Tiga
Mawar merah
**6**
JAM
di
tangannya dikerling. Masih awal lagi rupanya. Sejak dijatuhi hukuman denda
membersihkan bilik Hakimie yang berlagak itu, dia sudah tidak dapat lagi datang
lambat ke pejabat. Biasanya dulu dia suka datang pada masa-masa kecederaan
sehingga membuatkan Puan Rohana naik pening dengan tingkahnya itu. Tapi
sekarang dia perlu lebih awal daripada Hakimie.
Setelah
kereta Proton Saganya diparkir pada tempat letak kenderaan yang tersedia untuk
kakitangan Star Properties Snd Bhd. Langkah diorak menuju ke bangunan Star
properties yang setinggi tiga tingkat itu. Ofis Zara ditingkat ke dua. Tingkat atas
menempatkan admin department di samping bilik Pengarah Urusan, Datuk Haji Omar
manakala paling bawah pula menempatkan kaunter, stor, lobi dan café.
Langkahnya
diatur dengan longlai. Tidak terkocoh-kocoh seperti kebiasaan yang dia lakukan.
Maklum… diakan sampai awal. Jadi tak payahlah dia nak terkejar-kejarkan masa
untuk ke bilik mamat poyo itu. Dia
masih ada masa sebelum mamat poyo perasan bagus itu masuk ke pejabat.
Dalam
asyik berlenggang kangkung melangkah untuk masuk ke ruang lobi bangunan mewah
Star Properties Snd Bhd, tiba-tiba ada seseorang memanggil namanya dari
belakang. Dia berpaling. Dengan jarak yang tidak berapa jauh daripadanya,
kelihatan Pak Cik Os sedang menghampirinya bersama senyuman lebar di bibir.
Kedua belah tangan disembunyikan ke belakang.
“Pak
Cik Os. Kenapa ye?” Zara bertanya
sebaik saja pak cik pengawal sudah berhenti di hadapan dia. Tersengih-sengih orang
tua sorang tu sehingga menampakkan
giginya yang hanya tinggal beberapa batang saja lagi. Yang lain… semua sudah
‘runtuh’ dek arus usia. Ngeee…
Pak
Cik Os yang perasan segak itu tersenyum semakin lebar lagi bila mendengar suara
lunak Zara menegurnya. Nafasnya ditarik dalam sebelum dihembus perlahan.
Berdepan dengan Zara ini membuatkan dia jadi gementar dan berdebar-debar.
Cantik
benar Zara hari ini. Macam bidadari. Dalam hati Pak Cik Os memuji.
Dahi
Zara berkerut. Pakcik Os pandang dia tanpa berkedip. Adakah terdapat sesuatu
pada mukanya yang menyebabkan pakcik sorang
tu pandang dia sedemikian rupa? Hmmm…
“Pak
Cik Os…” panggil Zara. ‘Berkhayal pulak
pak cik ni. Dah tu asyik tersengih saja. Kalau gigi tu lawa takpelah jugak. Ini… hmmm…’ Hati
kecil Zara mendesis.
“Ermmm… ni, abang nak bagi bunga ni khas
buat Zara.” Pantas tangan yang tersembunyi di belakang tadi di bawa ke depan.
Sekuntum bunga matahari dihulurkan kepada Zara.
Zara
terkejut. Mujur rohnya tidak melayang ke mana-mana.
Uwek!
Nak muntah rasanya bila Pak Cik Os yang tak sedar diri itu membahasakan dirinya
sebagai abang. Tak sedar diri. Umur sudah menjangkau enam puluh tahun, tapi
masih nak berabang-abang dengan Zara yang baru nak masuk dua puluh empat tahun
ini. Abah Zara sendiri lagi muda jika hendak dibandingkan dengan Pak Cik Os.
Sudahlah tu, siap bagi bunga segala. Bunga matahari pula tu. Ingat Zara ni
penggemar bunga matahari macam Jaafar Onn ke? Agak-agaklah Pak Cik Os oi!
Walaupun
hatinya sudah terasa sebal, namun Zara tetap cuba untuk tersengih. Cuba
menenangkan hatinya sendiri. Dengan orang tua seperti Pak Cik Os ini, dia
kenalah tunjuk sikap sopan santun. Lagipun Pak Cik Os pengawal keselamatan di
sini. Tak baiklah dia berkasar dengan ketua pengawal keselamatan itu. Lainlah
kalau Pak Cik Os sudah terlebih batasan. Itu memang dia punya hak untuk
memarahi lelaki tua nyanyuk itu. Kes seperti ini, dia kenalah pandai mengawal emosi
diri dan cuba bertenang biarpun rasa geli, geram dan meluat dengan sikap gatal
Pak Cik Os sudah mula menyerang menguasai diri. Mencengkam-cengkam jiwanya
untuk menengking pak cik tak sedar diri itu.
“Zara
ambillah bunga ni.” sambung Pak Cik Os lagi bila Zara langsung tidak menyambut
bunga yang dihulurkan.
“Errr… takpelah pak cik. Saya tak suka bunga sebenarnya.” Zara bagi alasan.
Sebenarnya dia memang suka bunga tapi takkanlah nak terima pula bunga yang
diberikan oleh Pak Cik Os? Nanti perasan pula pak cik sorang tu. Ingat dia ada
harapan nak tawan hati Zara. Eiii…
tak rela you!
“Ambillah
Zara. Abang beli khas untuk Zara.” Pak Cik Os masih mendesak.
‘Belum
sedar diri juga rupanya orang tua nyanyuk ni. Patut ke nak berabang-abang
dengan aku? Hisy… tak padan! Kalau atuk tu memang layaklah!’ Hatinya mengutuk.
Geram pula dengan sikap miang-miang keladi Pak Cik Os.
‘Sabar
Zara… sabar!’ Dia cuba menyabarkan diri sendiri.
“Abang
tahulah abang ni tak kaya. Tak mampu nak belikan Zara bunga yang banyak
berdozen-dozen. Tapi… abang betul-betul ikhlas bagi bunga matahari ni untuk
Zara. Terimalah… ini tanda hati abang untuk Zara tau.” Pak Cik Os mula buat
muka sedih.
Zara
mencebik. Rasa nak muntah depan Pak Cik Os waktu itu juga. Boleh pula nak tagih
simpatinya dengan buat muka begitu. Ceh!
Dalam
rasa terpaksa, Zara ambil juga bunga yang Pak Cik Os berikan. Dalam hati dia
sudah geram yang teramat sangat dengan perangai Pak Cik Os itu. Orang tua itu
benar-benar sudah nyanyuk!
“Terima
kasihlah ye pak cik. Susah-susah
aje.” Zara sekadar nak jaga hati Pak Cik Os. Sedangkan dalam hati dia sudah
berkata, ‘Huh! Kalau tak bagi aku lagi suka. Menyampah!’
Pak
Cik Os sudah tersenyum lebar. Baru senang hatinya bila Zara menerima pemberian
daripadanya itu. Kembang hatinya bila Zara sudi menerima bunga matahari yang
dia petik di halaman rumah jirannya awal
pagi tadi. Tak sia-sia dia memetik bunga matahari itu. Akhirnya, Zara sudi
menerima.
Sedangkan
dia tak tahu perasaan sebal Zara terhadap dia ketika ini sudah begitu menebal.
Mujurlah Zara masih pandang Pak Cik Os itu sebagai orang tua yang perlu
dihormati, jika tidak memang dia tak bagi peluang punya.
“Untuk
Zara… abang rela bersusah payah.”
Eiii…
yak! Tekak Zara benar-benar sudah
loya. Nampaknya pak cik sorang itu
sudah nyanyuk.
“Zara
pergi dulu ye pak cik.
Assalamualaikum.”
“Walaikumusalam.”
Laju,
Zara beredar dari situ. Geli-geleman dia dengan tingkah Pak Cik Os. Meluat pun
ada juga. Mujur tiada yang nampak Pak Cik Os memberikan dia bunga matahari ini.
Jika tidak, memang tebal mukanya berinci-inci.
Sampai
di hadapan pintu lif, Zara terus mencampakkan bunga matahari itu ke dalam tong
sampah. Huh… tak naklah dia bunga itu naik ke pejabatnya. Buat malu saja.
“Awal
kau sampai hari ni babe. Ada mimpi
benda baik ke?” tegur Wanie ketika Zara sudah sampai ke pejabat. Hari ini Wanie
sekali lagi memilih tema pink untuk penampilannya. Cuma kali ini pinknya
dipenuhi dengan fesyen polkadot pula.
Hmmm…
Cik Nur Hawanie ni memang penggemar tegar warna pink sungguh!
“Takkan
nak kena mimpi benda baik baru aku kena datang awal ke pejabat.” Bersahaja
jawapan daripada Zara. Dia sudah duduk di tempatnya.
“Bukanlah
macam tu. Cuma… aku pelik bila kau sampai awal ke ofis. Biasanya kau tu, kalau
tak sampai dalam masa-masa kecederaan ni, jangan haraplah nak nampak batang
hidung kau awal-awal begini.” Wanie masih bersuara sambil sudah tercegat depan
meja Zara. Pagi-pagi begini sebelum hendak memulakan kerja, dia memang suka
bertenggek di depan meja Zara untuk berbual kosong.
Cuma
sejak akhir-akhir ini, sejak temannya itu dijatuhkan hukuman kerana melukis
gambar tuan ketua dalam bentuk ‘NATES’, sahabatnya itu selalu saja sibuk awal
pagi. Zara kena kemas bilik Encik Hakimie sebelum Encik Hakimie masuk ke
pejabat.
Malas
Zara hendak membalas. Setelah meletakkan begnya ke dalam laci, dia bergegas
pula untuk ke bilik Ketua Arkitek yang poyo
itu. Dia perlu membersihkan bilik mamat
poyo sebelum lelaki itu masuk ke pejabat pada pukul 8.00 pagi nanti.
Sebaik
pintu bilik itu dikuak dari luar, alangkah terperanjatnya Zara melihat susuk
tubuh yang berada di atas kerusi kulit berwarna hitam itu. Mahu melayang
semangatnya.
‘Eh…
bila masa lelaki ni sampai? Haish…
malang betul! Ingatkan dia belum sampai lagi.’ Hatinya menggumam. Terkejut
melihat susuk Hakimie yang sudah duduk di kerusinya.
“Errr… ermmm… assalamualaikum Encik Hakimie.” ucap Zara. Serba-salah pula
dia. Sepatutnya dia yang kena awal daripada lelaki itu, tetapi nampaknya dia
terlewat.
“Waalaikumusalam.”
Tidak bernada Hakimie menjawab salam yang diberikan. Mata masih tertumpuh pada
skrin komputer. Kehadiran Zara langsung tidak diendahkan.
Zara
mengerling jam tangannya. Baru pukul 7.30 minit pagi. Masih awal dan lelaki itu
sudah datang lebih awal daripada dia.
‘Hisy…
leceh betullah! Susahlah nak buat kerja kalau macam ni. Kalau dia takde, senang sikit aku nak buat kerja.’
Omel Zara dalam hati. Dia tak suka dengan kehadiran lelaki itu di situ.
Dengan
hati yang berbelah bahagia, dia melangkah juga ke dalam. Kain lap dan bulu ayam
yang dibawa, disapu atas meja kopi. Meja kopi tersebut tiadalah kotor dan
berhabuk sangat, namun tetap juga dia bersihkan. Bagi berkilat lagi. Biar
bersinar memancar-mancar.
Kemudian
dia mengemas pula kabinet yang menempatkan fail-fail penting. Meja hias yang
menempatkan bingkai gambar juga dikemasnya. Bahagian ini dia ambil masa
sedikit. Baru dia perasan, ada gambar budak kecil pada bingkai gambar tersebut.
Diangkat bingkai gambar budak kecil itu. Dia tersenyum. Comel benar budak kecil
dalam gambar itu. Rasa hendak dicubit-cubit pipi montel itu.
“Saya
suruh awak mengemas, bukannya suruh awak tilik gambar-gambar kat atas meja tu,”
sindir Hakimie. Matanya masih tertumpuh pada skrin komputer.
Cepat-cepat
Zara meletakkan semula bingkai gambar itu ke tempatnya kembali. Dia
mempercepatkan tugasan yang diberi. Cepat dia mengemas, lagi cepat juga dia
beredar dari bilik mamat poyo perasan
bagus itu. Dia sendiri tidak sanggup hendak berlama-lama di situ. Apatah lagi
melihat wajah selamba biawak jantan mamat
poyo tersebut. Bertambahlah dia
meluat.
Setelah
memastikan semuanya kelihatan bersih dan berkilat, Zara mula bergerak ke pintu
untuk keluar.
“Buatkan
saya air Nescafe.”
Zara
yang baru hendak memulas tombol pintu terhenti tindakannya. Laju dia berpaling
ke arah Hakimie. Wajah lelaki itu ditatap. Ketenangan yang terpancar pada wajah
lelaki itu benar-benar menyeksa hati Zara. Benci sangat dia melihat ketenangan mamat poyo itu.
“Boleh
tolong ulang tak? Apa yang Encik Hakimie katakan tadi?” pinta Zara yang sudah
buat-buat tersenyum. Sedangkan dia benci sangat nak lemparkan senyuman buat
lelaki perangai kerek semacam itu. ‘Baru jadi Ketua Arkitek dekat sini, sudah
berlagak macam Tuan Pengarah. Datuk Haji Omar yang Pengarah Urusan itu pun takdelah kerek macam dia ni. Mengada aje
lebih!’
Hakimie
angkat wajah. Seperti selalu, air mukanya sentiasa tenang bila berhadapan
dengan Zara. Keningnya pula dijungkit naik seperti The Rock. Itu yang buat Zara benci melihatnya. Air muka Hakimie
yang sebegitu seolah-olah mengejeknya.
“Disebabkan
awak lewat hari ini, saya tambah lagi tugas khas untuk awak.”
“What?” teriak Zara. Terkejut benar dia
mendengar kata-kata Hakimie. Kalau bukan fikir lelaki itu ketuanya, mahu
ditembaknya lelaki itu menggunakan senapang gajah. Biar berkecai tubuh sasa
Hakimie si mamat poyo. Sesuka hati
nak arah dia buat itu ini.
Dia
sudah terlalu banyak kerja yang perlu dibuat, takkan nak tambah lagi tugasnya?
Ini tak adil!
“Boleh
tak jangan menjerit macam tu?! Sakit tau telinga saya dengar! Kalau jerit suara
cantik macam Jaclyn Victor, saya tak kisah jugak.” tungkas Hakimie sambil
menenyeh-nenyeh telinganya. Berdesing telinga dia mendengar volume suara Zara yang melantun dengan
nada tertinggi. Kalau Cikgu Siti Hajar dengar, sah Zara akan diambil sebagai
pelajar. Suara Zara boleh mengalahkan suara tinggi Jaclyn Victor tapi nadanya
sumbang.
Kembang
kempis lubang hidung Zara mendengar kata-kata lelaki itu. Semakin sakit hatinya.
Ikutkan hati yang sudah panas ini, mahu dia menjerit lagi kuat daripada tadi.
Biar rosak gegendang telinga mamat poyo
yang suka menyusahkan hidupnya itu.
“Encik
Hakimie tau tak saya ni dah banyak kerja nak kena buat? Yang pergi tambah lagi
tugas saya tu buat apa? Encik Hakimie memang sengaja nak kenakan saya, kan?
Sengaja nak buat saya?” bertalu soalan yang Zara berikan.
‘Hisy minah ribut ni, mulut macam bertih
jagung.’ Dalam hati Hakimie mengutuk. “Suka hati sayalah nak suruh awak buat apa
sekali pun. Saya ketua awak! Saya ada hak nak suruh awak buat apa sekali pun.
Awak tak boleh nak ingkar arahan saya. Remember
that!”
Zara
ketap bibir. Geram dia mendengar jawapan balas daripada Hakimie. Selambanya
kata lelaki itu menerjah gegendang telinganya.
“Lagipun…
awak masih ada hutang dekat saya yang awak belum langsaikan lagi.” Sambung
Hakimie seraya menyambung kembali tugasannya di hadapan komputer. Selambanya…
Rasa
seperti sudah ada asap yang keluar dari hembusan hidung Zara ketika ini.
Tinggal nak keluarkan api saja lagi. Hutang apa pula yang dia belum bayar pada
lelaki itu. Setahu dia, dia belum pernah lagi berhutang pada sesiapa pun. Wang
simpanan dan gajinya masih mencukupi untuk perbelanjaan harian dirinya sendiri.
Tak perlu nak hutang-hutang.
“Bila
masa saya ada hutang dengan Encik Hakimie ni? Encik Hakimie jangan pepandai nak
buat cerita pulak ye!” marah Zara.
Iya
la, siapa tak marah kalau dituduh ada hutang kan?
Hakimie
kembali angkat muka. Ditatap wajah gadis itu. Jelas terpancar kemarahan pada
wajah Zara. Kelakar pula dia lihat. Namun dia cukup bijak menyembunyikan
senyuman di bibirnya. ‘Tak lama lagi… adalah orang akan bertukar jadi She Hulk.’ Hatinya sempat mengutuk lagi.
“Takkanlah
awak ni dah nyanyuk Cik Zara Dania Binti Muhammad Zainal? Takkan sudah lupa
yang awak sudah langgar kereta saya dan awak belum lagi langsaikan pembayaran
sampai ke hari ini. Now… remember?”
Hakimie mengingatkan Zara akan kejadian dua minggu lepas.
Zara
menggigit bibir. Dia benar-benar sudah lupakan hal tersebut. Bukannya dia
sengaja larikan diri dari tidak membayar gantirugi, tetapi dia benar-benar
terlupa.
“Saya
tahu awak tentu tak cukup duit untuk bayar gantirugi yang beribu-ribu tu. Jadi…
sebagai bayaran, awak kena buat semua kerja yang saya arahkan tanpa bantahan.”
Sambung Hakimie dengan lagak angkuhnya. Yakin sangat Zara tak mampu hendak
membayar jumlah gantirugi yang dia perlukan.
Memang
poyo!
Panas
pula hati Zara bila lelaki itu mula nak tunjuk angkuh depan dia. Secara
terang-terangan pula nak menghina dia kata tak mampu buat bayaran gantirugi.
Tahulah Hakimie tu kaya-raya, tetapi janganlah nak over sangat cakap dia tak mampu nak bayar gantirugi itu pula
Setakat dua tiga ribu tu, dia masih mampu bayar tau. Dia masih ada duit
simpanan dalam bank untuk buat pembayaran yang diperlukan.
“Bagitahu
saya berapa gantirugi yang perlu saya bayar?” Kalau Hakimie berlagak angkuh,
Zara juga mula tunjuk lagak bongkak. Konon-konon dia punya banyak wang untuk
buat bayaran gantirugi. Dia tidak mahu mamat
poyo itu memandang rendah pada dirinya hanya kerana dia ini pekerja bawahan
Hakimie.
“RM
sepuluh ribu.”
Glup!
Air liur ditelan. Gila apa nak mintak gantirugi sebanyak itu. Macamlah kereta
dia tu ada kecederaan yang teruk. Cuma sedikit aje. Itu pun cuma ada kesan
calar yang hanya sedikit. Takkan nak mintak bayaran semahal itu pulak?
“Awak
tunggu apa lagi? Bayarlah sekarang. Saya nak cash! Tak nak cek. Nanti cek tendang pulak!”
Zara
merengus. Benci benar dengan dia nak tengok muka berlagak Hakimie. Mentang-mentanglah
tahu yang dia tidak ada RM sepuluh ribu itu, sesuka hati Hakimie hendak membuli
dia.
Dengan
rasa sebal, dia keluar dari bilik berhawa dingin itu. Hatinya cukup panas
dengan kerenah Hakimie yang sengaja mahu mengenakan dia. Ikut hati yang tengah
panas ini, mahu rasanya dia menghempas daun pintu bilik lelaki itu hingga
tercabut pintunya. Biar lelaki itu tahu, betapa marahnya dia ketika ini.
Hakimie
yang berada di dalam sudah tersenyum tanda menang. Puas hatinya kerana berjaya
membuatkan Zara berapi.
“Macam
seladang betina.” Ejeknya.
******************************************************************************
PANTAS
langkahnya dibawa ke bahagian pantry. Dihentak-hentak kakinya ketika berjalan.
Dah macam gergasi pula lagaknya berjalan dengan kaki terhentak begitu. Itu
tanda dia tengah tunjuk perasaan. Memprotes pada sikap buli yang semakin
menjadi-jadi di Star Properties sejak kebelakangan ini.
“Mentang-mentang
dia bos, sesuka hati saja dia buli aku. Eiii…
bencinya!!! Kalaulah aku ada magik, aku nak ubah dia jadi lipas. Senang sikit
aku nak pijak-pijak bagi lenyek. Lepas tu masuk dalam tong sampah! Baru aman
damai hidup aku. Takdelah tunggang langgang macam ini.” Zara sudah marah-marah.
Mug
dicapai. Kemudian dia membuka pula cabinet yang menempat bungkusan minuman
berpakej. Macam-macam ada tetapi tangannya memilih Nescafe 3 IN 1 clasic untuk
Hakimie. Dalam marah-marah, dia buat juga air Nescafe buat lelaki itu.
“Ikutkan
hati aku ni… mahu rasanya aku simpan racun tikus dalam minuman dia ni. Biar dia
mampus. Sejak dia ada ni, hidup aku dah tak aman macam dulu. Suka sangat nak
cari pasal dengan aku. Aku tahu… dia memang sengaja datang awal hari ni untuk
kenakan aku dan buat aku macam ni. Macamlah aku tak kenal dengan perangai dia
yang suka cari pasal dengan aku tu. Apa saja yang aku buat, semua tak kena di
mata dia. Aduh… rasa macam dah nipis sangat tahap kesabaran aku ni bila
berhadapan dengan dia. Rasa macam nak bunuh aje dia tu hari ni jugak!” Zara meneruskan bebelannya.
‘Astagfirullahalazim…
bawa beristigfar Zara. Bersabar. Ingat ALLAH. Jangan kerana marah, kau jadi
pembunuh pula. Free-free kau masuk
penjara sebab lelaki tak cukup wayar tu. Ingat… ALLAH sayang pada hambanya yang
sabar.’ Akalnya membisikkan kewarasan. Cuba menenangkan jiwanya yang sudah mula
kacau dek sikap melampau Hakimie.
“Ya
ALLAH, sabarkanlah hati aku ini.” Akhirnya dia berdoa. Minta kepada ALLAH S.W.T
agar dia diberi kesabaran dalam menempuhi dugaan hidupnya ini.
“Apa
yang dibebelkan tu Zara? Dari luar saya dengar bebelan awak. Terpot-pet,
pot-pet.” Teguran Farok membuatkan Zara sedikit terperanjat. Terhinjut bahunya
akibat kejutan itu.
“Kursss…
semangat!” ujarnya seraya mengurut dada. Mujurlah mug di tangannya itu tidak
terlepas. ‘Encik Farok ni… suka sangat main kejut-kejut macam tu. Nasib baik
tak termelatah aku tadi.’
“Errr… maaf!” Pinta Farok setelah
menyedari tindakannya tadi membuatkan Zara terperanjat. Melihat wajah gadis itu
yang sudah pucat, dia jadi serba-salah pula. Sepatutnya dia bagi salam terlebih
dahulu supaya Zara tidak terkejut dengan tegurannya itu.
“Tak
mengapala Encik Farok. Saya okey. Ingatkan siapalah tadi.” Sejujurnya Zara tak
marah pun pada Farok. Dia cuma terkejut saja.
Farok,
duda anak satu itu tersenyum. Lega bila Zara berkata begitu. Ingatkan Zara akan
mengamuk kerana dia buat gadis itu terkejut tadi.
“Dari
luar saya dengar awak membebel. Kenapa? Siapa yang sakitkan hati awak pagi-pagi
ni?” Farok sudah bergerak ke cabinet. Dia juga mahu membancuh air untuk dirinya
sendiri.
Zara
mendecit. Serta-merta wajahnya berubah. “Huh… siapa lagi kalau bukan kawan baik
Encik Farok si mamat poyo. Dialah orangnya yang buat saya
marah-marah pagi-pagi begini.”
Semua
orang tahu bahawa Hakimie dengan Farok merupakan sahabat baik. Mereka sama-sama
menuntut di UM sebelum Hakimie melanjutkan pengajiannya ke salah satu
universiti dekat New York dalam bidang seni bina.
Farok
tersenyum. Dia sudah mengagak, tentu Hakimie yang telah membuatkan Zara naik
angin. Dia sudah sedia maklum akan hubungan kurang baik antara Hakimie dan
Zara. Setiap hari, bagaikan ada saja yang tidak kena antara mereka berdua.
Hakimie pun satu hal juga. Suka sangat menyakiti hati Zara. Kasihan Zara
terpaksa buat itu dan ini atas arahan yang Hakimie berikan.
“Kenapa
dengan bos kita tu? Apa yang dia buat dekat awak hari ni?” tanya Farok.
“Dia
tu… memang sengaja tau Encik Farok! Dia sengaja nak kenakan saya. Boleh dia
suruh saya buatkan air Nescafe untuk dia? Huh! Apa dia ingat saya ni orang gaji
dia ke? Macam-macam dia suruh saya buat.” Zara meluahkan rasa tak puas hatinya
kepada Farok.
Farok
tersengih. Dah agak mesti ada lagi yang Hakimie suruh membuatkan Zara panas
hati. “Alaaa… awak toksah layan
sangatlah Hakimie tu Zara. Buat tak dengar aje. Dia memang macam itu. Cerewet!”
Bukannya dia nak menghasut, cuma dia rasa tak patut Zara melayan sangat sikap
cerewet Hakimie itu.
“Ikutkan
hati saya ni Encik Farok, memang saya malas nak melayan. Tapi mamat poyo tu suka sangat ugut
macam-macam. Mentang-mentanglah dia ketua. Sesuka hati dia nak membuli pekerja
bawahan. Terutama saya ni ha.”
Benarlah
tu! Dalam ramai-ramai staf dekat Star Properties ini, Zara jugalah yang sering
menjadi mangsa pembulian Hakimie. Itu yang Zara geram dan tak puas hati. Kenapa
dia menjadi insan terpilih sebagai mangsa pembulian kejam Hakimie?
“Mungkin
Encik Hakimie tu syok dekat awak tak Zara?” Farok cuba menyakat dengan suara
yang diperlahankan. Bibirnya tersungging senyuman nakal.
Zara menunjukkan isyarat hendak termuntah
mendengar kata-kata Farok. “Takde
maknanya Encik Farok. Ikut hati yang tengah mendidih ni… mahu saya letak racun tikus
dalam minuman dia ni. Biar mampus! Sakit hati saya dengan arahan dia yang
merepek-repek tu. Saya ni kerja bukan untuk jadi tea lady dia.”
Tersenyum
Farok mendengar omelan Zara. Makin panjang berjela pula gadis manis itu
membebel melepaskan amarahnya pada Hakimie.
“Biasalah
Zara… Encik Hakimie tu kan bos besar. Kita ni kuli aje. Kenalah ikut arahan
bos. Kalau melawan nanti, laporan prestasi hujung tahun akan jadi teruk pulak.”
Malas
Zara hendak membalas. Bos macam itulah yang paling dia tak suka. Bos yang suka
mengambil kesempatan ada pekerja bawahan dan kaki buli.
“Okeylah
Encik Farok, saya nak kena hantar air Nescafe Tuan Muda tu dulu. Nanti kehausan
pulak Tuan Muda kita tu tak minum
pagi ni. Assalamualaikum.” Ujar Zara kemudian dia mengangkat mug berisi air Nescafe
yang sudah siap dibancuhnya tadi. Asyik bersembang, sampai jadi suam air
Nescafe Hakimie di buatnya.
BERSAMBUNG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan