Tiga
Mawar merah
**13**
dI
dalam biliknya, Zara berdiri memandang cermin. Berpusing ke kiri dan kanan.
Tidurnya tidak lena sejak dari semalam gara-gara kata-kata Hakimie yang
berlegar di benaknya.
“Lagi satu… tolonglah ubah sikit penampilan
awak ni.”
Kutukan
Hakimie bergema lagi. Kutukan yang membuatkan dia tak dapat tidur dengan lena.
Lelaki itu jika sudah diberi peluang untuk bercakap, bukannya nak jaga hati
orang. Main belasah aje.
“Teruk
sangatkah penampilan aku yang gemar berseluar panjang dan berkameja selama ini?
Setahu aku… fesyen ini sudah sebati dengan jiwa aku. Takkan nak tukar fesyen
seperti Kareena pula. Eiii… tak
naklah! Itu sudah terlalu seksi-seksa namanya. Sampaikan nampak segala lurah
dan bukit-bukaunya. Nanti kalau aku pakai macam itu, mahu pengsan umi dan abah
melihat aku. Sah kena bagi ceramah free.”
Zara berkata sendiri sambil membelek-belek diri di hadapan cermin hias.
Ikutkan
dia ini bukan dalam golongan gila fesyan. Cukuplah fesyen yang dirasakan sesuai
dengannya. Nak berlebih-lebih, memang dia tak reti.
Zara
mendecit. ‘Susah juga nak berfesyen ni. Ini semua Encik Hakimie tulah punya
pasal. Adakah patut pergi kondemkan fesyen kesayangan aku ni. Kata fesyen aku
lagi teruk jika hendak dibandingkan dengan nenek dia. Huh! Buat malu aku aje.’
Dia
bergerak ke katil. Tubuhnya dilabuhkan di situ. Mindanya mula bergerak untuk
mengubah penampilannya yang sedia ada ini kepada penampilan yang lebih up-to-date.
“Hah!!!”
Tiba-tiba Zara menjerit. Teringat pada seseorang yang dirasakan cukup sesuai
bab-bab penampilan ini. Lantas dia bangun dan mencapai telefon bimbitnya.
Beberapa
ketika setelah mendail, panggilannya dijawab.
“Babe… aku nak mintak tolong dengan kau
ni!” Zara menerpah.
Wanie
di talian sebelah sudah menjauhkan sedikit telefon bimbitnya.
“Kau
tak tahu nak bagi salam ke mak cik? Main sergah aje.” Gumam Wanie bengang. Dia
baru nak lelapkan mata selepas menunaikan solat subuh. Zara sudah menerpah
bagaikan orang tak siuman. Buat dia terkejut saja. Ingatkan ada hal kecemasan
telefon pagi-pagi buta begini.
Zara
tersengih.
“Sorrylah babe. Aku tak sengaja. Excited
sangat nak mintak pertolongan kau.”
Kedengaran
dengusan Wanie di talian sebelah. “Hmmm…
apa yang kau nak mintak tolong dengan aku ni? Macam dah takde siang kau nak bagitau aku. Subuh-subuh begini juga kau nak
ganggu. Aku dahlah mengantuk sangat ni.”
“Alaaa…
kau janganlah berkira dengan aku pulak
Wanie. Kitakan BFF. Kau korbankanlah rasa mengantuk kau tu untuk aku sekejap.
Lagipun tak baik tau tidur balik lepas solat subuh. Nanti rezeki lambat masuk.”
Amboi…
bijak sungguh Zara beri nasihat. Macamlah dia tu tak tidur semula setiap kali
selepas subuh. Huh!
“Iye la… iye la! Hah… cakaplah cepat kau nak mintak tolong apa?”
“Nanti
temankan aku pergi KLCC. Boleh tak?”
“KLCC?
Buat apa?”
“Ada
la… please.”
“Hmmm… ye la. Tapi aku malas nak drive.
Kau ambik aku nanti.”
“Okey.
Takde hal. Nanti sebelum pukul tujuh
aku dah sampai depan pintu rumah kau.”
“Kau
jangan nak mengada sampai depan rumah aku sebelum pukul tujuh ye. Waktu tu KLCC pun belum buka lagi.”
Wanie memberi amaran. Gila apa nak ke KLCC awal pagi.
“Heheheee… aku gurau ajelah babe. Nanti dalam pukul sepuluh aku
gerak pergi rumah kau, okey?”
“Hmmm…” malas-malas Wanie menjawab.
Matanya sudah mengantuk yang teramat sangat ketika ini. Baik dia tidur sebentar
sebelum Zara datang mengambilnya. Semalam dia bersembang panjang dengan Farok
sampaikan tak sedar jarum jam sudah merangkak ke angka dua pagi. Seronok sangat
mereka bersembang.
“Okeylah.
Kau tidurlah. Jumpa nanti. Assalamualaikum.”
Setelah
talian diputuskan, Zara tersenyum lebar. Dia sudah dapat mentor yang boleh
membantu dia dalam menyelesaikan masalah penampilan tangkap muat yang
dihadapinya ini.
Wanie
itukan hantu fesyen! Heheheee…
******************************************************************************
“KAU
mimpi apa tiba-tiba nak ajak aku ke KLCC ni?” tanya Wanie setelah kenderaan
yang dipandu oleh Zara bergerak meninggalkan kawasan perumahan milik
keluarganya.
“Aku
mimpi Ajib.” Bersahajanya Zara menjawab.
“Babe… kau jangan nak buat gila okey!
Kata dah boleh lupakan Ajib. Ini siap mimpikan Ajib segala apa kes?” naik
bengang Wanie bila Zara berkata begitu. Kuat benar ‘mandrem’ Ajib sehinggakan
Zara begitu ‘meroyan’ dekat dia.
Zara
ketawa suka. Lucu melihat wajah tegang Wanie kala nama Ajib meniti pada
bibirnya. Dia tahu Wanie memang tak suka dia berpacaran dengan Ajib sejak
mereka menuntut di Universiti lagi. Tapi waktu itu… dia yang buta mata dan
hati.
“Aku
gurau ajelah babe. Aku sendiri pun
dah tak sudi Ajib muncul dalam mimpi aku. Jangan kata nak jadi hero, kalau dia
jadi penjahat dalam mimpi aku pun aku dah tak sudi. Buat semak aje.”
Mendengarkan
itu, Wanie kembali tersenyum. “Hah… macam tulah. Buang masa aje kau fikir Ajib
tu babe. Menyakitkan hati aje. Dekat
luar ni… berlambak lagi lelaki yang boleh kau pilih. Yang bujang, yang tua,
yang kurus, yang boroi… semua kau boleh dapat.”
“Amboi…
kau… kalau pasal lelaki memang nombor satu. Tapi… sampai ke sudah tak juga ada boyfriend. Tengok macam aku ni… dah
berapa ramai pakwe yang aku ada. Hmmm.” Setelah m’membahasakan’ Wanie,
Zara tunjuk lagak pula. Konon dia tu ‘minah terhangat di pasaran’ la sebab ada
ramai teman lelaki biarpun tak pernah bertahan lama.
“Aku
ni lain babe. Aku nak cari lelaki
yang betul-betul sesuai dengan citarasa aku. Bukan macam kau tu… pakai tangkap
muat aje. Last-last, kau sendiri yang
frust menonggeng.” Giliran Wanie pula
‘membahasakan’ Zara. Mana aci Zara seorang kenakan dia. Kenalah dia balas
balik.
“Iye la tu.” hanya itu ayat yang keluar
dari bibir Zara. Malas hendak panjang-panjangkan cerita lagi.
Kini,
topik perbualan mereka lebih kepada sembang-sembang kosong sahaja.
Setelah
memarkirkan kenderaan di tempat parkir, mereka pun keluar dan bergerak menuju
ke dalam bangunan KLCC yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia.
“Okey
kita dah sampai pun. So… boleh tak
Cik Zara Dania Binti Muhammad Zainal beritahu pada saya apa yang perlu saya
tolong?” tanya Wanie. Sejak tadi dia bertanya, apa yang perlu dia tolong
sehingga Zara mengajaknya sampai ke Suria KLCC ini. Tapi Zara kata tunggu
sampai dulu baru dia akan beritahu. Dah sampai ni, bagitahulah.
Zara
tersenyum. “Aku nak mintak tolong kau. Aku nak ubah penampilan aku ni.” ikutkan
memang dia malu nak minta tolong dengan Wanie, tetapi hanya Wanie yang boleh
tolong dia.
“Hah…
ubah penampilan?” terkejut Wanie dengar permintaan Zara itu. Pelik pula dia.
Dia
memandang Zara dari atas hingga ke bawah.
“Kau
janganlah pandang aku macam tu babe.
Aku tahulah aku tak sevouge kau.”
Ujar Zara bila Wanie memandangnya dengan pandangan begitu.
“Betul
ke kau nak ubah penampilan ni?” Wanie bertanya kurang percaya. Sudah lama dia
menegur cara Zara berpenampilan yang asal pakai itu, tetapi Zara langsung tidak
menghiraukan tegurannya.
Zara
mengangguk-angguk. “Tolonglah babe.
Kaukan pakar dalam fesyen-fesyen terkini ni. Kau tengok aku ni… fesyen sekadar
ala-ala aje. Tolonglah… hanya kau aje harapan yang aku ada.” Suara Zara
seakan-akan merayu.
“Sejak
bila kau nak ubah penampilan ni? aku peliklah.”
Banyak
‘cekadak’ pula si Wanie ni. Orang dah beria-ia mintak tolong itu, tolong
sajalah. Ini banyak pula peliknya. Komen itu dan ini.
“Alaaa…
kau tak kesiankan aku ke babe? Kau jugak pernah cakap dekat aku dulu,
sebagai orang perempuan kita kenalah pandai jaga penampilan diri. Jangan nak
pakai sememeh aje. Sekarang ni aku nak mintak bantuan kau untuk ubah penampilan
aku. Tak payahlah vogue macam kau ni.
Sekadar ala-ala kadar aje pun dah cukup.”
“Betullah
tu. Tapi aku pelik tiba-tiba aje kau nak ubah penampilan. Setahu aku… kau tu dah
cukup bangga dengan penampilan kau yang sekadar tangkap muat ini.”
Bukan
tak pernah Wanie menegur penampilan Zara, namun gadis itu sudah terlalu kembang
hati dengan penampilannya ketika itu.
“Sebab
penampilan ini sekadar tangkap muatlah aku nak berubah.”
Agak
lama Wanie merenung Zara. Pelik dengan kelakuan sahabat baiknya itu.
“Takpelah kalau kau tak sudi.” Sengaja Zara
melirihkan nada suaranya. Muka sudah mencemik minta simpati.
“Hisy… macam budak kecik! Sikit-sikit nak
merajuk. Dah! Tak payah nak buat muka macam tu dekat aku. Kalau kau serius nak
berubah, kau kena janji ikut kemahuan aku. Boleh?”
Laju
Zara mengangguk. Bibirnya terukir senyuman manis.
“Okey.
Mula-mula kita pergi shopping baju.
Jom!” Wanie mengajak. Teruja benar dia hendak melakukan transform ke atas sahabatnya itu. Ini kalilah! Heheheee…
Zara
hanya menurut. Wanie kalau sudah disuruh membeli-belah, memang dialah yang
nombor satu!
Mereka
kemudiannya bergerak masuk ke Aseana, kedai yang menempatkan pakaian untuk
golongan wanita. Rambang mata Zara melihat baju-baju di Aseana. Semuanya
cantik-cantik belaka. Si Wanie pula sudah meluruh ke bahagian yang paling
disukainya sambil menyuakan baju ke badannya.
Hisy…
Wanie ni! Dia pula yang over. Hati
kecil Zara mengomel.
Usai
sahaja aktiviti membeli-belah, mereka bergerak ke Food Court yang terletak di tingkat dua. Perut masing-masing sudah
berdondang sayang kelaparan. Banyak juga barang yang mereka beli. Selain
pakaian, Wanie menyuruh Zara memilih kasut dan beg tangan. Kalau nak berubah,
kenalah ubah semua. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal
lengan. Alang-alang mahu berubah, biar berubah seratus peratus. Entah
peribahasa manalah yang Wanie ambil ketika mengutarakan peribahasa tersebut.
“Lepas
makan ni kita nak ke mana?” Zara bertanya sambil menyedut air minumannya.
Alhamdulillah…
kenyang perut selepas diisi. Baru ada tenaga nak bershopping lagi.
“Lepas
ni ak aku nak ubah rambut kau pulak.”
Wanie menyentuh rambut Zara yang diikat ekor kuda itu.
“Aku
tak naklah gunting rambut. Sayang tau rambut panjang aku ni.”
“Kita
tak guntinglah sayang oii. Kita buat curl aje rambut kau ni. Aku tahulah kau
sayang sangat dengan rambut kau ni.” ujar Wanie memberi penerangan.
Sebagai
tanda faham, Zara hanya mengangguk-anggukkan kepalanya dengan senyuman menghiasi
bibir. Nasib baik Wanie ada, sahabatnya itu dalam bising-bising tetap juga mahu
menolong dia. Ini yang sayang Wanie ketat-ketat ni!
Opsss…
terambil tajuk novel Rafina Mimi Abdullah ‘Sayang Cikgu Ketat-Ketat’ pulak!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan