Tiga
Mawar merah
**11**
“ZARA
tolong
umi hantarkan ayam kurma dan sayur nangka muda masak lemak cili padi ni dekat
Pak Cik Helmie.” Pinta Puan Inara sambil mengunjukkan mangkuk tingkat pada
anaknya yang sedang bersenang-lenang baring-baring atas sofa. Memang dasar anak
dara pemalas betul anaknya yang seorang ini.
Dengar
saja arahan daripada uminya, Zara yang sedang seronok menonton cerita kartun
Disney mendongak.
“Orang
penatlah umi.” Dia membalas malas.
“Aik?
Hantar dekat rumah seberang jalan tu pun dah penat? Pemalas betul anak dara umi
ni. Asyik berbaring macam dogung aje
kerjanya.” ujar Puan Inara kurang berpuas hati dengan jawapan anaknya. Sengaja
dia menyamakan Zara dengan dugong. Dia tahu anaknya itu pasti akan menjadi
‘rajin’ jika sudah disamakan dengan dugong. Zara memang tak suka disamakan
dengan habitat yang satu itu.
Zara
tarik muncung bila dikata pemalas dan disamakan pula dengan dugong.
“Iye la. Iye la. Orang hantar.” Malas-malas dia akhirnya mengalah juga.
Bangun lalu mengambil mangkuk tingkat yang diunjukkan umi kepadanya.
Dengan
langkah yang diatur kemas, Zara bergerak menuju ke rumah Dr. Haji Helmie yang
terletak bertentangan dengan rumah mereka. Di halaman rumah lelaki yang
dipanggilnya sebagai Pak Cik Doktor itu, tersadai sebuah motosikal berkuasa
tinggi jenis Ducati berwarna merah hitam. Motosikal idaman dia tu.
Pantas
Zara mendekati motosikal tersebut. Menilik-nilik motosikal yang sudah lama
menjadi idamannya itu.
“Wah…
cantiknya! Tak sangka sungguh Pak Cik Doktor ada motosikal ini.” Zara berkata
sendiri. Dia benar-benar sukakan motor itu.
“Ehemmm…”
satu deheman kedengaran.
Laju
Zara menegakkan badannya yang sedang terbongkok-bongkok meneliti ‘badan’
motosikal idamannya itu.
“Awak
ni siapa? Nak mencuri ya?” tanya suara lelaki itu bertalu. Siap menuduh Zara
sebagai pencuri lagi.
Dahi
Zara berkerut. Cuping telinganya menegak. Dia rasa seperti pernah dengar suara
itu. Suara yang cukup familiar pada
pendengarannya. Perlahan, dia memusingkan badannya. Cuba melihat wajah pemuda
yang menegurnya itu. Mungkinkah… benar dialah orangnya?
Bulat
mata Zara kala pandangan sudah bertaut dengan si pemuda.
“Mamat poyo!” ucapnya sepantas kilat.
Hakimie
yang buat muka poyonya itu sudah menjungkit kening sebelah ala-ala The Rock.
Wajah yang selalu dia pamerkan bila berhadapan dengan Zara. Rasa terkejutnya
dipendam dalam hati. Tidak mahu gadis itu tahu bahawa dia juga sebenarnya
terkejut akan pertemuan malam ini. Tak sangka sungguh.
Agak
lama juga Zara terkedu sehinggalah suara Dr. Haji Helmie kedengaran, “Kimie,
siapa tu? Kenapa tak jemput tetamu masuk?”
Tidak
menunggu lama, Dr. Haji Helmie segera bergerak ke muka pintu. “Zara? Eh…
masuklah. Kimie… kenapa tak jemput Zar masuk ke dalam?”
Zara
sudah tidak tahu hendak berkata apa. Dia diam sahaja. Manakala Hakimie pula
langsung tidak membalas kata papanya. Tajam dia merenung Zara yang kelihatan
manis dalam pakaian simple. Dah macam budak-budak remaja saja persis Zara
dengan hanya berT-shirt lengan pendek dan bertrack bottom begitu. Manis dan
comel.
Dr.
Haji Helmie memandang anaknya dan gadis manis bernama Zara Dania itu silih
berganti. Tersenyum dia.
‘Hai…
budak berdua ni. Saling merenung sampai tak sedar dan dengar apa yang aku
cakap.’ Hatinya berbisik.
“Kimie!”
bahu anak bujangnya itu dipukul lembut.
“Hah.”
Hakimie tersedar. Cepat dia memandang wajah papanya yang sudah
tersengih-sengih. Kemudian dengan selamba dia membuang pandangan ke arah lain.
Zara
juga yang sedar sudah tertunduk memandang lantai. Tiba-tiba rasa malu menyerbu
dirinya. Macam mana dia boleh terpandang mamat
poyo itu begitu sampai tak sedar Pak Cik Doktor sudah tercegat depan pintu.
Huh!
“Errr…
pak cik ni umi ada berikan sikit lauk untuk pak cik.” Kata Zara akhirnya. Dia
bergerak sedikit memberikan mangkuk tingkat berisi lauk ayam kurma dan sayur
nangka muda masak lemak cili padi itu kepada Dr. Haji Helmie. Sempat dia
memberi jelingan maut kepada Hakimie yang masih tercegat di situ sambil tayang
muka poyo. Siap peluk tubuh sasanya
lagi.
“Laaa…
buat susah-susah aje.” Balas Dr. Haji Helmie sambil menyambut mangkuk tingkat
yang Zara hulurkan kepadanya.
Zara
sekadar tersenyum. “Kalau macam tu Zara balik dulu ya pak cik.”
Dr.
Haji Helmie mengangguk. “Iye la.
Sampaikan salam pak cik pada abah dan umi Zara. Cakap pak cik ucap terima
kasih. Dah selalu sangat bagi pak cik lauk. Segan pula rasanya.”
“Takpe pak cik. Rezeki jika dikongsi
bersama, lagi berkat kita dapat.” Balas Zara penuh sopan dan lembut.
Hakimie
yang mendengar nada suara sopan gadis itu hanya mendiamkan diri. Tertarik pula
dia melihat kesopanan Zara berdepan dengan papanya. Ada gaya menjadi menantu
pilihan.
“Zara
balik dulu pak cik. Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.”
Balas Dr. Haji Helmie.
Tanpa
menunggu lebih lama, Zara terus berlalu dari situ. Pandangan tajam Hakimie yang
menikam wajahnya membuatkan dia naik rimas. Geram dia bila lelaki itu
tenung-tenung dia begitu. Macam tak pernah nampak dia saja. Sedangkan setiap
hari mereka berjumpa di pejabat. Menyampah!
‘Apa
agaknya hubungan mamat poyo itu
dengan Pak Cik Doktor ya? Anak kut? Sebab wajah mamat poyo itu ada sedikit iras dengan Pak Cik Doktor.’ Zara
bertanya pada diri sendiri. Cuba mencari siapa sebenarnya Hakimie pada Dr. Haji
Helmie. Jika benarlah anak, memang tak sesuai. Dr. Haji Helmie seorang lelaki
yang baik. Tak sama perangai dengan Hakimie yang suka membuli dan penjahat itu.
“Dah!
Masuk dalam cepat. Jangan nak pandang anak dara orang macam nak tersembul biji
mata.” Sindir Dr. Haji Helmie sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
Sedar
akan sindiran papanya, Hakimie segera masuk ke dalam. Membuntuti langkah
papanya yang sudah bergerak ke dapur. Punggung dilabuhkan atas kerusi meja
makan.
“Pa…
dia tu siapa?” tanya Hakimie walaupun hakikatnya dia sudah kenal dengan Zara.
Cuma dia ingin tahu dengan lebih dekat lagi.
“Tu
Zara. Anak Pak Cik Nal.” Beritahu Dr. Haji Helmie.
“Pak
Cik Nal yang papa kenalkan dekat Kimie masa kita solat jumaat tempoh hari tu
ke?” tanya Hakimie ingin tahu. Teringat dia pada lelaki sebaya papanya yang
cukup peramah orangnya itu.
Dr.
Haji Helmie mengangguk. Mengiakan tekaan anaknya.
Lauk
yang sudah dipindahkan ke pinggan di letak atas meja. Nampak menyelerakan
sungguh lauk yang dimasak oleh jirannya itu. Kecur air liurnya. Terutama bila
melihat rupa sayur nangka muda masak lemak cili padi itu. Huh… cukup menaikkan
selera makannya yang memang gemarkan masakan kampung ini.
“Kenapa
Kimie tanya? Berkenan ke?” soalnya pula setelah Hakimie mendiamkan diri.
Punggung sudah dilabuhkan atas kerusi. Mereka dua beranak sudah bersedia mahu
menikmati makan malam yang cukup menyelerakan.
Usai
mengaminkan bacaan doa makan, Hakimie berkata, “Hisy… papa ni ke situ pulak. Takdelah. Kimie tak berkenan dekat perempuan tu.” tukasnya.
Dr.
Haji Helmie malas hendak menyambung perbualan lagi. Hakimie kalau dengan
perempuan semua dia tak berkenan. Entah perempuan macam manalah yang anaknya
itu berkenan hendak jadikan suri hidupnya nanti. Jangan cari bakal isteri yang
perangai macam ‘hantu’ sudahlah. Dia sentiasa mendoakan agar ada perempuan
‘baik’ yang ALLAH ciptakan untuk menjadi tulang rusuk anak lelaki kesayangannya
itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan