TIGA
Mawar merah
**23**
Every time I make a wish…
I wish u were here…
Me…
Kumbang
Jingga’
BERKERUT-KERUT
dahi Zara membaca kad yang hadir bersama tiga kuntum mawar merah di atas
mejanya itu. Masuk kali ini, sudah tiga kali dia menerima jambangan bunga
sebanyak tiga kuntum itu daripada orang yang sama. Orang misteri yang memakai
nama Kumbang Jingga.
Siapakah
dia? Zara tidak tahu. Dia benar-benar tidak tahu!
Satu
keluhan meniti keluar dari bibir comel Zara. Rimas dikunjungi tiga mawar merah
yang dia sendiri tidak tahu siapa pengirimnya.
“Kak
Uda tahu tak siapa yang letak bunga ni kat sini?” Zara bertanya kepada Kak Uda
yang duduk di tempat sebelah. Tempat yang hanya dipisahkan melalui partition.
“Entah!
Akak pun tak tahu.” Ringkas dan padat jawapan Kak Uda. Jika sebelum ini
kehadiran jambangan bunga itu menarik minat mereka satu ofis, namun kini tidak
lagi. Kak Uda yakin, itu mesti peminat misteri Zara yang bagi.
Sejak
Zara sudah berubah feminin ini, ramai yang menyimpan hati pada gadis manis itu.
Cuma Zara saja yang buat-buat jual mahal. Malas hendak melayan, katanya.
Mendengar
jawapan Kak Uda itu, Zara mendecit. “Hisy… siapalah yang punya kerja ni? Tak
habis-habis nak mainkan orang. Kalau Zara jumpa manusia ni… siaplah Zara
kerjakan. Ni tak lain tak bukan… nak kenakan oranglah ni.”
“Alaaa…
mana tau tu peminat misteri Zara.” Sampuk Kak Uda.
“Peminat
apanya? Zara ni bukannya artis Kak Uda. Tak perlu nak peminat-peminat segala.
Lainlah kalau Zara ni artis macam Maya Karin ke… Lisa Surihani ke… Izara Aisyah
ke… memang patutlah dapat bunga ni.” Balas Zara.
“Hah…
betullah tu. Zara ka nada iras Izara Aisyah. Mana tahu ada yang sangka Zara ni
Izara Aisyah. Pasal tu bagi bunga tu untuk Zara.” Balas Kak Uda lagi.
Zara
sekadar tersengih. Kembang hatinya bila Kak Uda mengatakan dia ada iras Izara
Aisyah. Bukan Kak Uda saja yang berkata begitu. Malah ada beberapa orang teman
juga mengatakan wajahnya persis Izara Aisyah. Dan yang paling dia tak dapat
lupa bila ada sekumpulan remaja pernah mengejar dia hanya kerana menyangka dia
ini Izara Aisyah. Siap nak minta autograph lagi. Jenuh juga dia mengatakan
bahawa dia bukan Izara Aisyah kepada kumpulan anak-anak gadis remaja itu.
Sehinggalah Wanie datang menyelamatkan dia. Sesak dikelilingi
‘peminat-peminat’nya itu. Entah bagaimanalah perasaan seorang artis bila
dikerumuni seperti itu ya? Tentu ada juga yang naik rimas cuma tak nak
menyatakannya.
Dia
orang biasa saja. Bukan artis popular sampai ada peminat nak hadiahkan bunga
berhari-hari kepadanya. Dia rimas betul bila tak tahu siapa yang beri bunga itu
pada dia. Mulalah kepalanya runsing memikirkan si pengirim yang tidak
diketahui. Takut-takut si pengirim itu adalah orang yang dibencinya.
Dalam
dia serabut memikirkan siapakah gerangannya si pengirim tiga kuntum mawar merah
itu, tiba-tiba telefon bimbitnya mengalunkan lagu rancak daripada gadis-gadis
comel Wonder Girls.
‘Siapa
pulak yang mengacau waktu-waktu aku
tengah berserabut ni? Tak boleh nak kasi aku aman sikit.’ Dia menggumam. Namun
dalam geram pun, telefon bimbit yang terletak dalam laci meja kerjanya itu
tetap juga dicapai.
Pada
skrin telefon bimbit Sony Xperia Znya itu, tertera nama alongnya.
“Apasal
pulak orang tua ni call aku?” tanya Zara kepada diri sendiri.
Akibat
lambat menjawab panggilan daripada alongnya itu, talian pun terputus dengan
sendirinya. Tapi tidak lama. Cuma selang dua saat sebelum telefon bimbit yang
masih berada di tangan berlagu semula.
Kali
ini dia pantas menjawab.
“Apasal
adik lambat sangat jawab call along?
Dah banyak kali tau along call adik.”
Jerkah Fara di hujung talian.
Cepat
sahaja Zara menjarakkan telefon bimbit dari telinganya. Mujurlah dia bertindak
dengan pantas. Jika tidak, sah telinganya akan bernanah akibat jerkahan along.
‘Husy! Banyak kali konon! Sedangkan baru
dua kali along menelefon. Itu pun dah nak dikira banyak kali. Huh!’
Sempat
Zara mencebik marahkan perangai buruk alongnya yang satu itu. Sudahlah
menelefon dia, lepas tu langsung tak bagi salam. Main jerkah-jerkah saja. Entah
perangai buruk siapalah yang menurun dekat alongnya itu? Setahu dia, abah
dengan umi selalu ajar anak mereka mengenai adab dan tatasusila. Tapi along… hmmm… susah nak cakap!
“Hisy… budak ni! Ada ke takde ni?” Suara Fara menerjah lagi.
Menyedarkan sang adik yang berkyahal untuk seketika.
Zara
mengeluh. ‘Along ni ada penyakit agaknya? Pasal tu kalau bercakap mesti nak
jerit-jerit.’ Hatinya membentak dengan sikap alongnya. “Ada lagi la along. Ha…
apahal along call orang?”
“Owh… ingatkan dah tidur.” Ujaran Fara
itu membuatkan Zara mengetap bibir. Takkanlah dia nak tidur dekat ofis pula?
Kalau dekat rumah tu… mungkinlah!
“Along
dekat bawah ni. Dekat lobi. Along nak jumpa adik.”Sambung Fara kemudian.
Zara
mengerut kening. Dia memandang jam tangan yang melingkar kemas pada pergelangan
tangan kanannya. Baru pukul 9.05 minit pagi. Awalnya along nak jumpa dia.
“Along
tunggu adik kat lobi. Jangan lambat.” Sesudah menyudahi ayatnya itu, Fara
memutuskan talian tanpa menunggu jawapan daripada Zara.
Zara
mengeluh. Geram dengan perangai alongnya yang tak henti-henti hendak memberi
arahan ditaktornya itu. Malas-malas Zara mengangkat punggung. Nanti jika dia
tak jumpa dengan alongnya yang sedang menunggu itu, mengamuk pula alongnya itu.
Mahu tak mahu, kena jugalah dia pergi ke lobi untuk berjumpa dengan alongnya.
“Kak
Uda… Zara ke lobi kejap ye. Nak jumpa
along.” Beritahu Zara kepada Kak Uda yang tekun membuat lakaran kertas kerjanya
itu. Kak Uda memang seorang pekerja yang rajin.
Kak
Uda memanggung kepala lalu mengangguk sahaja.
Sampai
di lobi, Zara mula mencari kelibat alongnya. Di sudut sana, di atas sofa merah
yang memang disediakan khas untuk menunggu, kelihatan alongnya sedang rancak
berbual dengan seseorang. Tidak pula dia kenal siapa orangnya kerana lelaki yang
rancak bersembang dengan alongnya duduk membelakang.
“Adik!”
Fara menjerit sambil melambai-lambai tangan kepada adiknya masih berdiri di
depan pintu lif.
Serta-merta
juga si lelaki yang duduk membelakang tadi menoleh. Bibirnya mekar dengan
senyuman manis.
Mahu
gugur buah jantung Zara dari tangkainya kala terpandangkan wajah itu. Kamal
Ariffin?!
“Adik!
Marilah sini.” Suara Fara bergema lagi sambil melambaikan tangan.
Zara
mengeluh. Padanlah alongnya rajin datang ‘melawat’. Rupanya ada udang di
sebalik mee. Huh! Memang along suka menyusahkan hidup dia.
Malas-malas
dia melangkah juga mendekati alongnya dan Kamal Ariffin. Lelaki itu hanya
tersenyum-senyum memandangnya.
Sampai
saja di tempat along dan Kamal Ariffin, hidungnya diserbu haruman yang begitu
kuat daripada jejaka berkaca mata itu. ‘Hmmm…
dia ni tak sah agaknya kalau tak pakai minyak wangi berbotol-botol? Sesak
lubang hidung aku menghidu bau minyak wangi dia tu. Kuat sangat! Dah macam
minyak wangi bergerak pula dia ini.’ Dalam mengutuk lelaki di depannya itu,
Zara mampu juga mengukir senyuman paksa buat Kamal Ariffin. Tak eloklah dia
buat muka pada lelaki itu. Kamal Ariffin bukannya ada buat salah apa pun.
“Ada
apa along nak jumpa orang?” soalan diajukan pada along yang sedang
tersenyum-senyum memandangnya.
“Tak
boleh ke kalau along nak jumpa adik sendiri?” Tiada jawapan yang Fara berikan.
Malah dia memberikan soalan lain pula kepada adiknya itu.
“Bukanlah
tak boleh. Awalnya along nak jumpa orang. Belum tengah hari pun. Along dah
terpacak dekat ofis orang ni. Lagipun… along tu kalau nak jumpa orang mesti ada
hal penting. Kalau tak… jangan haraplah along nak jumpa dengan orang.”
Fara
tersengih. Tersindir mendengar ujaran adiknya. ‘Amboi… adik aku ni. Main
sindir-sindir pula. Mentang-mentang Kamal ada dekat sini. Bukan main lagi dia
nak menyindir aku. Takpe… sabar!’
“Sebab
along ada hallah along datang nak jumpa adik.”
Zara
menjulingkan mata ke atas. Tidak percaya pada kata-kata alongnya. Dia tahu apa
tujuan alongnya datang ke mari. Itu tak lain tak bukan mesti nak menjalankan
misinya dalam memasangkan dia dengan Kamal Ariffin.
Manakala
si minyak wangi bergerak itu pula hanya mendiamkan diri mendengar bicar dua
beradik. Bibirnya tersungging senyuman lebar.
“Jom
kita keluar breakfast.” Ajak Fara.
Lengan adiknya dipaut erat sambil tersenyum ala-ala manja.
“Orang
dah breakfast dekat rumah.” kata Zara
yang membawa makna menolak lembut ajakan alongnya.
“Alaaa…
jomlah adik. Kesian Kamal. Dia sanggup datang ke sini semata-mata nak ajak kita
pergi breakfast.”
Zara
mengerling Kamal Ariffin. Lelaki itu pandai memainkan mimik wajah menagih
simpati. Membuatkan dia menghela nafas lantas tiada pilihan lain selain
daripada bersetuju.
“Okey
la.” Putusnya akhirnya.
Fara
sudah tersenyum lebar. Begitu juga dengan Kamal Ariffin.
“Tapi
kita breakfast dekat restoren kat
depan tu aje ya. Malaslah nak pergi jauh-jauh.” Cadang Zara sambil menunjuk
restoren Haji Samad yang terletak di seberang jalan sana.
Fara
dan Kamal Ariffin sama-sama mengangguk. Tidak kisahlah bersarapan di sana, asal
dapat keluar bersama Zara Dania.
“Yaya,
akak keluar breakfast dulu ya. Kalau
ada yang cari… tolong beritahu akak keluar kejap.” Sempat Zara menitipkan
pesanan buat Yaya.
Gadis
manis itu hanya mengangguk sambil tersenyum-senyum.
Ketika
mereka bergerak menghampiri restoren Haji Samad, tiba-tiba pula telefon bimbit
Fara mengalunkan lagu Gangnam Stail. Dengan terkocoh-kocoh dia menyeluk tangan
ke tas tangannya. Kemudian menarik keluar telefon bimbit dari dalam.
“Assalamualaikum
abang.” Manja dia menyapa. “Ayang nak keluar breakfast dengan adik ni. Kenapa ya bang?” sambung Fara lagi.
Zara
yang mendengar langsung tidak berkata apa. Hanya mendengar perbualan along
dengan abang iparnya.
“Apa?
Abang kat rumah? Tengah sakit perut cirit-birit? Alahai… kesiannya suami
kesayangan ayang ni. Abang makan apa sampai sakit perut ni? Ye la… ayang balik sekarang juga. Abang
rehat dulu ye. Nanti ayang belikan
abang pil chi kit teck aun dekat
kedai runcit Chi Lee. Bye abang. Love you.”
Zara
yang mendengar setiap bait perbualan alongnya dengan Abang Rezza sudah mengerut
kening.
“Aduh…
sorrylah. Along tak dapat nak keluar breakfast dengan adik dan Kamal. Along
ada hal emergency. Abang Rezza tak
sihat. Along kena balik sekarang jugak.”
Bergegas benar nampaknya Fara hendak meninggalkan adiknya bersama Kamal
Ariffin.
“Kalau
macam tu… takpelah. Lain kali ajelah
kita keluar breakfast.” Putus Zara.
Dia pun bukannya nak keluar makan pagi sangat. Sudah alongnya yang beria-ia
mengajak. Jadi dia pun ikut sajalah. Kalau nak harapkan dia yang kemaruk sangat
tu, jangan mimpilah!
“Eh…
takpe! Takpe! Adik pergilah temankan Kamal breakfast. Kesian Kamal. Dari tadi dia dah berniat nak ajak kita breakfast bersama.”
“Tapi….”
“Okeylah.
Along pergi dulu. Kesian kat Abang Rezza kamu tu dekat rumah sorang diri. Dah… babai!” Cepat saja
Fara memotong ayat yang mahu Zara suaranya. Dia tidak mahu rancangannya gagal.
“Kamal,
saya pergi dulu ye. Awak pergilah breakfast dengan Zara. Bye.” Kemudian dia berpaling pula pada
Kamal Ariffin.
Tanpa
menunggu lebih lama lagi Fara pun berlalu meninggalkan adiknya berdua-duaan
dengan Kamal Ariffin. Dalam hati, dia sudah tersenyum lebar. Menjadi juga
rancangan dia. Kak Zauyah, pembantu rumah yang baru sebulan bekerja dengannya
itu memang pembantu yang cekap. Tahu saja masa yang tepat untuk menelefonnya.
Memang bijak! Heheheee…
Zara
ketap bibir. Melihat sikap kelam-kabut alongnya, dia dapat rasakan along
sebenarnya sengaja hendak meninggalkan dia berdua-duaan dengan Kamal Ariffin.
Macamlah dia tak kenal dengan perangai sebenar alongnya itu. Huh!
Kan
betul apa yang dia fikir. Mesti ada udang disebalik mee!
******************************************************************************
KAMAL ARIFFIN
ini tidaklah teruk sangat. Orangnya memang hensem.
Badan pula agak sasa dengan kulit putih melepak. Cuma apa yang buat dia kurang
berkenan, dia tak suka haruman yang dipakai oleh lelaki itu. Kuat menusuk ke
lubang hidung. Dan apa yang dia dapat rumuskan daripada pertemuan ini, ia suatu
pertemuan yang cukup membosankan. Serius!
“Awak
anak nombor berapa?” soal Kamal Ariffin dengan tiba-tiba. Memecah kesunyian
yang tercipta antara dia dengan Zara.
Zara
yang sedari tadi sudah diselubungi rasa bosan mengangkat kepalanya. Terkejut
mendengar soalan daripada Kamal Ariffin. Berkerut dahinya. ‘Dia ni bodoh ke
buat-buat bodoh? Patut ke tanya soalan macam tu? Kan dia dah tahu aku ni anak
bongsu. Lagi nak tanya. Huh!’
“Bongsu.”
Acuh tak acuh Zara menjawab. Malas nak melayan si minyak wangi bergerak itu
lebih-lebih. Semakin lama dia di situ, semakin bosan pula dia. Dia bukannya
boleh hidup dalam suasana bosan seperti ini. Cepat saja matanya naik mengantuk.
“Owh… saya anak sulung.” Tanpa ditanya,
Kamal Ariffin memberitahu kedudukannya dalam keluarga.
Zara
sekadar menyungging senyuman di bibir. ‘Macamlah aku kisah dia anak ke berapa.
Tak tanya pun!’
“Awak
suka warna apa?” tanya Kamal Ariffin lagi.
‘Aduh…
dia ni! Tanya pun soalan budak-budak tadika. Bosan betul la! Apa dia ingat
sekarang ni kami tengah mengadakan sesi berkenalan ala-ala budak tadika ke?
Huh!’
“Purple.”
“Owh… saya suka warna kuning. Saya tak
suka warna purple. Sebab warna purple tu tak cantik. Kuning melambangkan
kemewahan. Sebab tu saya suka warna kuning. Kalau saya kahwin nanti… saya nak
pakai warna kuning. Bla… bla… bla…” akhirnya Kamal Ariffin mula bersembang.
Malangnya,
Zara langsung tidak tertarik hendak bersembang dengan lelaki itu. Dia bosan
mendengar cerita Kamal Ariffin mengenai warna kegemarannya itu. Sudahlah tu,
sesuka hati saja lelaki itu mengutuk warna kegemarannya. Cukup tidak sopan!
Dalam
melayan rasa bosan tahap melampaunya itu, tiba-tiba… ting! Mentol kecil
dikepalanya itu sudah menyala. Menunjukkan ada idea bernas yang lahir dari
otaknya untuk melepaskan diri dari cerita minyak wangi bergerak itu.
“Ermmm… Encik Kamal Ariffin. Sebenarnya
saya ada hal nak beritahu pada awak.” Tutur Zara memotong cerita ‘dongeng’
Kamal Ariffin tentang warna kegemarannya. Bosan pula dia nak dengar mari
bercerita tentang warna yang disampaikan oleh Kamal Ariffin. Buat dia mengantuk
saja.
Terus
cerita Kamal Ariffin terhenti dari ceritanya tentang warna-warna alam.
“Beritahu apa ya?” soalnya sambil memandang wajah Zara.
Zara
menghela nafas. Dia tahu dia tak patut hendak merosakkan hati minyak wangi
bergerak itu. Tapi… apa lagi yang dia perlu lakukan? Dia tak sukakan Kamal
Ariffin. Dia tak mahu lelaki itu terus mengharapkan kasihnya yang tak mungkin
akan berputik. Jadi… pembohongan ini sajalah yang dapat menyelamatkan dia dari
terus diburu minyak wangi bergerak.
“Saya
tahu along saya berusaha hendak menyatukan Encik Kamal Ariffin dengan saya.
Saya hargai niat baik along saya. Tapi… saya tak boleh nak serahkan hati saya
pada Encik Kamal Ariffin.”
“Tak
boleh? Tapi kenapa? Apa kurangnya saya? Apa saya ni tak cukup kacakkah nak
bergandingan dengan awak?” Kamal Ariffin mula terasa hati. Sebenarnya dia sudah
mula sukakan Zara ketika hari pertama mereka berjumpa. Cuma… sikapnya yang
pemalu ini membuatkan dia lambat hendak bertindak. Mujurlah Fara seorang teman
yang baik. Sudi membantunya hari ini untuk mengajak Zara keluar bersama. Jika
bukan kerana bantuan temannya itu, sudah tentu pagi ini dia tidak dapat keluar
bersama Zara.
“Errr… ini bukan soal kacak atau tak
kacak Encik Kamal Ariffin. Saya bukan jenis perempuan yang suka pandang rupa
paras untuk memberi cinta. Encik Kamal Ariffin tak kurang apa pun. Semuanya
lengkap. Encik Kamal Ariffin kacak dan bergaya.” ‘Termasuklah minyak wangi yang
semerbak harumnya itu.’ sambung Zara dalam hati.
“Kalau
semuanya lengkap, kenapa awak tak boleh nak terima saya? Jujur saya katakan,
saya ini bukannya jenis lelaki yang mudah jatuh cinta. Ramai juga wanita yang
mengharapkan kasih saya, tapi saya buat tak layan sebab saya tak sukakan
mereka. Saya tahu mereka Cuma sukakan saya sebab saya ni kaya dan kacak. Saya
tak suka perempuan macam tu.”
Amboi…
terserlahnya keperasanan Kamal Ariffin. Siap mengaku yang dia itu mempunyai
ramai peminat bagai. Riak semacam aje Zara tengok. Lagi menambahkan ciri-ciri
yang membuatkan kenapa Kamal Ariffin harus ditolak dari hidupnya. Dia tak suka
lelaki yang perasan dan berlagak riak ini.
“Saya
tahu. Tapi….”
“Tapi
apa?” gelojohnya Kamal Ariffin mencelah. Tidak sabar hendak tahu kenapa adik
bekas teman sekelasnya itu menolak cintanya. Dulu dia pernah sukakan Fara. Bila
tahu wanita itu sudah berkahwin, terus rasa suka itu terpadam. Kini, hatinya
jatuh suka pula pada Zara, adik kepada Fara.
“Saya
dah ada boyfriend. Dan kami sudah
merancang akan bertunang tak lama lagi.” Hah… kan dah kena kelentong.
Serta-merta
air muka Kamal Ariffin berubah. Dari hensem
dah jadi tak hensem.
“Saya
mintak maaf.” Zara cuba melirihkan suaranya. Konon-konon dia pun tengah
bersedih kerana telah mengecewakan Kamal Ariffin. Sedangkan dalam hati sudah
tergelak dia melihat wajah mendung lelaki itu.
Selama
ini dia sering dikecewakan. Kini giliran dia pula mengecewakan kaum Adam itu.
Cukup kejam!
“Kalau
betul awak nak bertunang, kenapa Fara tak pernah cerita pada saya? Saya rasa
awak sengaja nak mereka-reka cerita untuk mengelakkan diri daripada saya kan?”
tebak Kamal Ariffin.
Dia
tidak percaya pada omongan Zara. Kalau benarlah gadis itu hendak bertunang dan
mempunyai teman istimewa, sudah tentu Fara memaklumkan hal itu kepadanya. Tapi…
Fara tak kata apa pun. Cuma apa yang pernah Fara ceritakan dekat dia dulu, Zara
ini sudah banyak kali putus cinta dan ditinggalkan teman lelaki. Disebabkan
itu, Fara mahu mencari lelaki baik untuk Zara dan dialah lelaki baik itu.
“Eh…
betullah!” Geram pula Zara bila Kamal Ariffin bagaikan tidak termakan dengan
pembohongannya itu.
“Kalau
betul… beritahu saya siapa teman lelaki yang bakal menjadi tunangan awak tu?
Selagi awak tak ada bukti, saya tak akan percaya cakap awak.” Nampaknya Kamal
Ariffin ini memang bijak orangnya. Siap nak minta bukti bagai. Tak mudah
percaya pada omongan palsu Zara.
Zara
ketap bibir. Waktu-waktu macam ini pulalah si minyak wangi bergerak itu mahukan
bukti. Dari mana dia nak dapat bukti dalam masa kecemasan seperti ini? Takkan
nak memperkenalkan anak teruna Haji Samad yang baru berusia enam belas tahun
itu sebagai pakwenya? Itu nampak sangatlah dia sedang berbohong. Nak
memperkenalkan Haji Samad sebagai boyfriend
pula, memang tak bolehlah. Nanti mengamuk pula Hajah Zainun dibuatnya. Rupanya
suami tersayang ada skandal dengan pekerja Star Properties Snd Bhd. Terus Zara
kena band tak boleh makan dekat restoren Haji Samad lagi.
‘Habis
tu… nak cari siapa pula ni untuk menjayakan watak tunang jadian aku tu?’ Hati
Zara berbisik.
Dalam
kesibukan memikirkan siapa yang perlu dijadikan mangsa untuk menjadi tunang
jadiannya, tiba-tiba mata Zara terarah pada susuk tubuh seorang lelaki yang baru
melangkah melangkah keluar dari Star Properties. Nampaknya langkah lelaki itu
sedang menuju ke sini. Ke restoren Haji Samad.
Bibirnya
tersungging senyuman. Akalnya mula berjalan. Nampaknya memang ‘rezeki’ dialah
lelaki itu. Heheheee…
Pantas
dia bangun. Segera mendapatkan Hakimie yang baru melangkah masuk ke dalam
restoren Haji Samad. Lengan mamat poyo itu dipaut dengan mesra. Sehingga
membuatkan Hakimie terkejut beruk.
“Apa
hal ni?” sempat dia melontarkan pertanyaan itu kepada Zara yang sedang
tersenyum-senyum.
“Jangan
banyak tanyalah! Ikut ajelah.” Gumam Zara bernada geram. Bibirnya masih lagi
tersengih menayang senyuman plastik semanis madu di depan Kamal Ariffin yang
sudah berubah seratus dua puluh peratus wajahnya itu. Kelakar pula dia.
Hakimie
tidak banyak ‘cekadak’. Hanya mengikut saja rentak langkah kaki si minah kelibut
itu. Dia yakin, pasti minah kelibut itu ada agendanya yang tersendiri. Jika
tidak, minta maaflah minah kelibut itu hendak peluk-peluk manja lengan sasanya
ini.
“Encik
Kamal Ariffin, kenalkan… inilah teman lelaki saya dan kami bakal melangsungkan
majlis pertunangan tak lama lagi.” Bersama senyuman manis, Zara memperkenalkan
Hakimie kepada minyak wangi bergerak itu sebagai teman lelaki yang bakal
menjadi tunangannya. Macam betul aje!
Hakimie
menghulurkan tangan kepada Kamal Ariffin yang sudah lain benar raut wajahnya
itu. Kamal Ariffin pun bangun dari duduknya. Menyambut salam yang dihulurkan.
“Muhammad
Hakimie.”
“Kamal
Ariffin Tan Sri Ramlan.” Siap dengan nama bapanya diberitahu. Biar lelaki di
depannya ini tahu bahawa dia bukan orang calang-calang.
Hakimie
sekadar tersenyum. Langsung tidak tergugat bila Kamal Ariffin memberitahu dia
anak seorang tokoh ternama yang mempunyai pangkat Tan Sri.
“Okeylah.
Kalau macam tu dah takde apa-apa lagi yang saya perlukan. Saya pergi dulu.” Ada
nada kecewa yang bertandang di hati, namun sebagai seorang lelaki matang, dia
pasrah dengan keputusan Zara Dania.
Setelah
lelaki itu melangkah meninggalkan mereka, Zara menghela nafas lega. Lebar dia
tersenyum. Tanpa sedar, dia masih lagi memaut kemas lengan sasa Hakimie.
Terlupa lelaki yang dipegangnya itu adalah musuh ketatnya. Pembuli nombor satu
Negara!
“Awak
nak peluk lengan saya sampai ke petang ke?” tegur Hakimie dengan sinis.
Dengar
saja teguran sinis itu, laju Zara melepaskan pelukannya pada lengan sasa
Hakimie. Wajahnya sudah bertukar ke warna merah jambu. Malu bukan kepalang lagi
dia kerana tersasar memeluk lengan mamat
poyo itu. Kan sudah kena sound!
Pandangannya
dibuang ke arah lain. Tak sanggup dia nak pandang wajah mamat poyo yang telah dipeluk lengannya itu.
Melihat
kebisuan Zara, Hakimie bersuara lagi. “Sejak bila kita ni jadi couple? Dan… sejak bila pulak saya nak
bertunang dengan awak?”
Zara
mencebik. Dia berlakon ajelah. Bukannya betul pun. Ikut hati dia, memang dia
tak sendiri pun tak sudi nak bercouple
dan bertunang dengan mamat poyo itu.
Menyemakkan kepala otak dia saja.
“Kenapa
awak diam? Awak sukakan saya ya?” galak pula Hakimie menyoal.
Soalannya
pula soalan maut yang bisa membuatkan wajah Zara berbahang-bahang.
“Eiii… perasannya awak ni. Dahlah! Saya
nak balik ofis. Nak buat kerja.” Tanpa memandang wajah sekilas ke wajah
Hakimie, Zara menonong laju keluar dari restoren Haji Samad. Wajahnya sudah
berbahang sangat-sangat.
Hakimie
pula sudah tersungging senyuman di bibir melihat gelagat minah kelibut itu. Tercuit hatinya melihat tingkah Zara Dania.
Semakin hari, semakin ada saja gelagat Zara yang mampu membuatkan dia
tersenyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan