TIGA
Mawar merah
**22**
“ASSALAMUALAIKUM…
selamat pagi umi.” Ucap Zara manja. Dia yang baru bangun tidur masih lagi
mengenakan pajama warna pink dengan
gambar Hello Kitty pada bahagian hadapan baju. Rambutnya yang panjang itu hanya
diikat tinggi dan disimpul.
“Waalaikumusalam.
Hmmm… dah bangun pun tuan puteri
bongsu umi ni. Ingatkan nak tidur sampai matahari tegak atas kepala.” sindir
Puan Inara.
Anak
daranya yang seorang ini memang gemar bangun lewat. Jaranglah dia lihat Zara
akan bangun awal pagi jika hari cuti seperti ini. Usai bersolat subuh, anaknya
itu pasti akan tidur semula. Itulah perangai buruk anaknya yang sukar untuk
diubah. Banyak kali dia menegur, Zara buat endah tak endah sahaja. Malah dengan
banyak bunyi, Zara akan memberikan alasan jika dia menegur. Itu yang buat dia
sudah malas hendak menegur perangai buruk anaknya itu.
Zara
tersengih dengan tangan menggaru-garu tepi telinga. Dia memang sudah biasa
mendengar sindiran pagi umi yang tidak berpuas hati dengannya yang suka bangun
lambat. Alaaa… bukannya hari-hari pun. Waktu cuti hujung minggu je.
Erkk…
iye ke? Bukan biasanya memang bangun
lewat ke? Kalau bukan suara jam lonceng yang berdering, jangan harap nak
bangun. Jika jam lonceng dah tak berkesan, terpaksalah jeritan umi pula yang
mengambil alih tempat.
Dia
merapati meja makan. Aroma nasi lemak air tangan uminya cukup membangkitkan
selera. Buat perutnya berkeroncong dengan tiba-tiba. Semalam dia tak lalu makan
dek lamaran gila mamat poyo itu.
Terkejut beruk sehinggakan perutnya menjadi kenyang. Hari ini awal pula dia
merasa lapar.
“Sedapnya
bau! Yang ni Zara punya ye?” tanpa
menunggu jawapan dia terus duduk dan menyuap nasi lemak ke dalam mulut. Entah
sempat atau tak dia baca bismillah. Main suap aje. Dah lapar benar nampaknya
dia.
“Zara…
yang tu…” belum pun sempat Puan Inara menghabiskan ayatnya, terjengul wajah
seorang anak muda dari bilik air dengan baju-Tnya yang sedikit basah.
Zara
yang memandang jadi tercekik. Sambal ikan bilis rasa tersangkut pada leher.
Sah! Ini mesti sebab tak baca bismillah ketika menyuap tadi. Pasal tulah sampai
tercekik.
Pantas
dengan laju dia mencapai air putih dan meneguknya sekali gus. Tidak berkedip
matanya memandang wajah lelaki yang baju Tnya sedikit basah itu.
‘Mengapa
mamat poyo ada ada kat sini?
Bagaimana dia boleh masuk? Siapa yang jemput dia ke mari?’ Kepalanya mula
diserbu dengan pelbagai soalan mengenai Hakimie a.k.a Mamat Poyo yang berwajah selamba itu.
Glup!
Tiba-tiba Zara terkenangkan pasal lamaran gila mamat poyo itu semalam. Jangan-jangan mamat poyo itu datang pagi-pagi begini sebab nak melamar dia dan
beritahu pada abah dan umi? Oh… tidak!!!
Zara
mula tidak senang duduk. Kehadiran lelaki itu di rumah abah membuatkan dia rasa
sukar untuk bernafas.
“Ya
ALLAH… kesiannya Kimie. Dah basah baju tu. Mintak maaflah sebab terpaksa
susahkan Kimie pulak.” Pinta Puan
Inara seraya bangun dari duduknya. Langsung tak perasan keadaan anak gadisnya
yang tercekik sambal ikan bilis sebentar tadi dengan wajah yang cemas.
Kehadiran Hakimie membuatkan dia lupa pada si anak manja yang seorang itu.
Hakimie
yang berlagak selamba itu menayang senyuman buat Puan Inara. Dia yang perasan
Zara tercekik hanya buat biasa sahaja. Dalam hati sudah ketawa jahat melihat
perubahan air muka Zara melihatnya ada di sini. Pasti gadis itu memikirkan
pasal lamarannya semalam.
“Takpelah mak cik. Sikit aje ni.” balas
Hakimie penuh sopan. Ada ciri-ciri untuk dijadikan calon menantu kepada
pasangan Cikgu Muhammad Zainal dan Puan Inara.
Sejuk
aje hati Puan Inara melihat senyuman Hakimie. Tutur kata anak muda itu juga
mendapat perhatiannya. Hatinya mula ‘jatuh cinta’ pada anak teruna Dr. Haji
Helmie itu.
‘Elok
sangat dijadikan calon menantu.’ Bisik hati kecilnya.
Zara
yang mendengar nada sopan Hakimie sudah mencebik. Geli geleman dia jadinya. Eiii yak! Sejak bila pula mamat poyo ni pandai nak
berlembut-lembut. Selalu tu bukan main garang lagi seperti singa jantan.
“Ina…
mana awak letak topi koboi abang?” suara Cikgu Muhammad Zainal berkumandang
dari ruang atas. Puas dia mencari topi koboi berwarna hitam itu namun tidak
ketemu. Isterinya jika menyimpan sesuatu barang memang susah nak jumpa
kecualinya tuan yang menyimpan itu mencarinya sendiri.
“Ada
kat dalam almari tu.” jawab Puan Inara. Bunyinya kuat namun nadanya tetap
lembut.
“Abang
tak jumpalah. Ina tolonglah carikan. Abang nak cepat ni.”
Puan
Inara menggeleng. Itulah perangai suaminya, cari barang mesti susah nak dapat.
Lepas tu mulalah mengomen kononnya dia yang simpan sampai susah untuk dicari.
Nampak sangat yang suaminya itu hanya mencari ala kadar saja. Cari guna mulut
bukan guna mata, itulah yang jadi semua benda tak nampak.
“Iye la. Kejap Ina cari.” Balas Puan
Inara.
“Kimie
duduk dulu. Mak cik naik atas cari topi pak cik kamu. Pak cik kamu tu memang
begitu, cari barang memang susah sangat nak jumpa.” Ujar Puan Inara mesra.
“Zara… tolong sendukkan nasi lemak tu untuk Kimie ya.” Sambungnya lagi menala
pandangan pada anak gadisnya yang sudah mencebik-cebik. Dia tahu anaknya itu
merupakan president persatuan
‘anti-Hakimie’.
Hakimie
duduk di kerusi berhadapan dengan Zara setelah Puan Inara berlalu untuk naik ke
atas sebentar. Selamba saja wajahnya. Langsung tidak menghiraukan wajah tegang Cik
Minah kelibut yang bagaikan ingin menelan dirinya sahaja. Tangan
mengelap-ngelap baju yang sedikit basah. Sampai di rumah ini tadi, dia lihat
Cikgu Muhammad Zainal sibuk membaiki paip di bahagian bilik air dapur yang
bocor. Simpati melihat lelaki sebaya papanya itu bertukang, dia menawarkan
pertolongan. Mujurlah dia ada asas dalam bab-bab pertukangan ini. Jadi tidak menjadi
masalah padanya untuk membuat kerja pertukangan.
“Encik
Hakimie buat apa dekat rumah saya ni?” soal Zara dengan mata yang tajam seperti
mata burung helang. Langsung tak kedengaran nada mesra alamnya.
Hakimie
angkat wajah. Memandang tepat wajah Zara yang pada pandangannya kelihatan comel
pagi-pagi begini. Bersih saja wajah gadis itu biarpun tanpa sebarang calitan
alat solek. Kecantikan yang begitu semulajadi.
“Encik
Hakimie dengar tak apa yang saya tanya? Encik Hakimie buat apa dekat sini?”
rimas dia bila lelaki itu memerhatikan dia.
“Saja.
Nak melawat bakal mak dan ayah mentua.” Balas Hakimie penuh nada bersahaja.
Jawapannya itu lebih kepada jawapan mengusik untuk menyakitkan hati Zara
pagi-pagi ini.
Dia
ini memang suka sakitkan hati Zara agaknya.
Dalam
hati Hakimie sudah ketawa suka melihat wajah berang Zara dengan jawapan
selambanya itu.
“Jangan
nak perasan ye! Bila masa umi dengan
abah saya jadi bakal mentua awak?! Mulut tu tolong jaga sikit tau!” Zara tak
suka bila Hakimie berkata begitu. Tak pernah terfikir pun dalam benaknya mahu
berpasangan dengan mamat poyo itu.
Mintak dijauhkan!
Hakimie
sekadar tersengih. Dia sudah faham dengan perangai Zara yang pantang diusik.
Jika diusik, mulalah hendak naik angin. Muka pula sudah merah bagaikan udang
yang dipanggang.
“Sikit
masa aje lagi umi dengan abah awak akan jadi mentua saya. Awak bersabar dulu ye.” Semakin galak pula Hakimie hendak
mengusik Zara yang wajahnya sudah merah itu. Mujurlah warnanya merah, jika
hijau naya juga dia jadinya.
“Uwek…
perasan!” bentak Zara meluat sambil menjelirkan lidahnya.
“Aik?
Belum apa-apa lagi awak dah nak muntah? Cepat betullah awak ni. Saya belum
pegang pun lagi.” Hakimie sudah mengusik usikan 18sx. Kotor pula otaknya
pagi-pagi begini.
Zara
menjengilkan matanya mendengar usikan otak kuning Hakimie itu. Kalaulah abah
dan uminya tiada di dalam rumah ini, sudah lama dia tikam Hakimie menggunakan
pisau yang ada dekat rak tu. Biar lelaki itu mati kena bunuh!
‘Boleh
pula nak buat lawak 18sx macam tu! Dah gatal sangat nampaknya si mamat poyo ini.’
“Masya-ALLAH…
Zara! Kenapa tak sendukkan nasi lemak tu untuk Kimie? Budak bertuah. Kan umi
suruh tadi.” Puan Inara yang muncul semula di ruang dapur menegur. Bulat
matanya memandang tingkah Zara yang selamba badak air itu. Dia tengah sedap
mengadap nasi lemak, Hakimie pula dibiarkan macam tu aje. Air pun langsung tak
dituangkan.
Tergeleng
Puan Inara melihat tingkah tidak sopan anaknya. Sanggup membiarkan tetamu
seperti itu. Kalau benci pun, janganlah tunjuk perangai begitu. Tak manis buat
begitu pada tetamu yang datang bertandang ke rumah.
“Takpelah mak cik. Saya dah kenyang. Lagipun
saya dah sarapan tadi.”
Puan
Inara hanya mampu mengukir senyuman mendengar tutur kata Hakimie. Tergeleng-geleng
dia melihat keselambaan anak gadisnya yang menyuap nasi lemak ke dalam mulut.
Langsung tidak mahu menjemput tetamu untuk bersarapan sama. Selamba saja dia.
Mahu
rasanya Puan Inara mencuci telinga anaknya itu ketika itu juga, tetapi air muka
anaknya perlulah dijaga depan Hakimie. Nanti Hakimie dan suaminya sudah pergi
bolehlah dia cuci telinga Zara. Bagi ceramah sikit. Bertuah punya anak!
“Jom
pergi.” Suara Cikgu Muhammad Zainal kedengaran menyapa.
Pantas
Puan Inara menoleh. Suaminya kelihatan begitu bersemangat sekali. Pertama kali
nak pergi memancinglah katakan. Tentu semangatnya berkobar-kobar. Selama ini,
suaminya mana pernah pergi memancing. Hari sabtunya sibuk dengan aktiviti di
sekolah. Sudah pencen ini dapatlah dia meluangkan masa untuk beriadah.
Penampilan
lelaki itu membuatkan Hakimie menarik senyum. Pantas dia bangun dari duduknya untuk
mendapatkan Cikgu Muhammad Zainal yang bersemangat waja. Sayang papanya tidak
dapat ikut sekali memandangkan hari ini tiba-tiba sahaja papanya ada emergency call daripada hospital. Ada hal kecemasan yang memerlukan perhatian
papanya sebagai pakar bedah. Dan sebagai seorang doktor, papanya terpaksa
membatalkan aktiviti memancing hari ini untuk menyelamatkan satu nyawa. Jadi
terpaksalah dia dengan cikgu pencen ini saja yang pergi memancing berdua.
Dia
ada juga mengajak Farok. Tapi sahabatnya itu menolak dengan alasan ingin balik
ke kampung hari ini. Ada hal penting yang hendak dibincangkan dengan
keluarganya yang tinggal di kota bersejarah Melaka itu. Hal apa itu, tidak pula
dia mahu masuk campur. Mungkin adalah hal yang penting tu. Jika tidak, masakan
Farok menolak ajakannya untuk pergi memancing.
Ajak
Yusri pula, sahabatnya itu menolak kerana ingin menemani isterinya di rumah.
Tidak sanggup meninggalkan isterinya yang kini sudah berbadan dua. Kebajikan
isteri kena jaga. Itu kata Yusri bila dia sudah mula mengusik dengan mengatakan
temannya itu duduk di bawah ketiak isteri. Heheheee…
“Abah
nak pergi mana ni?” tanya Zara kepada abahnya yang ringkas berbaju-T dengan
seluar slack hitam dan bertopi koboi.
Macam nak pergi menembak aje.
“Abah
nak pergi memancing dengan Hakimie.” Bangga Cikgu Muhammad Zainal memberitahu
dengan bibir bersulamkan senyuman manis buat anak daranya itu. Langsung dia
tidak dapat mengesan wajah cemberut anak daranya bila berdepan dengan Hakimie.
Bulat
mata Zara mendengar jawapan abahnya. Dia menala pandangan kepada Hakimie yang
masih beraksi selamba badak jantan. Entah kenapa dia tidak suka abahnya pergi
bersama mamat poyo itu? Hatinya jadi
takut-takut hendak membiarkan abahnya pergi berdua dengan Hakimie. Takut Hakimie
akan membincangkan hal lamarannya itu pada abah. Jika itu terjadi, mahu pengsan
dia seumur hidup.
Tidak!
Tidak! Dia tak boleh nak biarkan Hakimie pergi berdua dengan abahnya.
“Dahlah.
Jom Kimie. Pak cik dah tak sabar nak memancing ni. First time la katakan.” dengan nada teruja, Cikgu Muhammad Zainal mengajak
Hakimie pergi. Bahu anak muda itu ditepuk bersama ketawa kecil yang terletus
keluar.
“Okey.
Jom.”
“Eh…
tunggu! Orang nak ikut.” Zara menegah. Dia sudah pun bangun dari duduknya.
Tergesa-gesa dia hendak mengikut sama.
Cikgu
Muhammad Zainal dan Hakimie saling berpandangan.
“Orang
bersiap kejap. Tunggu tau.” Dengan terkocoh-kocoh, Zara mendaki anak tangga
satu-per-satu menuju ke biliknya.
“Kita
tunggu ajelah kejap si Zara tu. Nanti kena tinggal, panjang pula muncung dia.”
Ujar Cikgu Muhammad Zainal kepada Hakimie.
Tidak
banyak soalan, Hakimie hanya mengangguk dengan kata-kata Cikgu Muhammad Zainal.
Hanya
lima belas minit menanti, akhirnya kelibat Zara kelihatan di ruang tamu rumah.
Gadis itu kelihatan manis bergaya simple.
Cukup dengan berseluar jean hitam dan t-shirt
biru gelap. Rambut pula ditocang dua lalu dihias dengan topi ala koboi warna
coklat. Comel pula dia begitu. Nampak seperti anak-anak remaja.
“Ha…
dah turun pun tuan puteri kita. Dah. Jom kita bergerak. Nanti matahari naik
meninggi pula.” Ujar Cikgu Muhammad Zainal.
Tahu
suaminya sudah mahu bergerak, Puan Inara bangun lalu mendapatkan sang suami.
Tangan tua itu dikucup penuh keikhlasan. Perkara biasa yang dia lakukan setiap
kali suaminya hendak keluar meninggalkan rumah.
“Orang
pergi dulu ye umi.” Barulah giliran
Zara mendapatkan uminya. Lalu menyalam dan mencium penuh hormat tangan wanita
kesayangannya itu.
Setelah
dia bergerak sedikit, barulah giliran Hakimie pula mendapatkan wanita itu.
Tangannya dihulur dan dia menyalam hormat Puan Inara yang kelihatan seakan-akan
sebaya dengan mak longnya. “Pergi dulu mak cik.”
“Iye la. Hati-hati bawak kereta tu.”
Hakimie
hanya mengangguk sebelum dia bergerak ke keretanya.
Dalam
perjalanan, tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Zara. Dia hanya
diam membisu sambil membuang pandangan ke luar jendela. Hanya suara sembang
kosong antara abahnya dan Hakimie saja yang kedengaran. Tiada pun Hakimie
menyebut hal lamaran itu kepada abahnya.
“Kimie
nanti tolong berhenti dekat shell tu
ya? Pak cik nak singgah ke tandas kejap. Time macam inilah perut pak cik ni
buat hal.” Pinta Cikgu Muhammad Zainal. Perutnya kurang selesa dan rasa hendak
dibuang isi di dalamnya. Tadi dekat rumah, dia tidak ada ‘melepas’ memandangkan
perutnya tidak terasa sakit.
“Baiklah
pak cik.” Jawab Hakimie kemudian dia membelok ke shell. Memberhentikan kenderaan di tepi.
Setelah
Cikgu Muhammad Zainal berlalu dengan kelam-kabutnya, Hakimie mengerling Zara
yang duduk di bahagian belakang.
“Awak
ikut sebab takut saya cakap dekat abah awak yang saya nak melamar awak, kan?”
tebak Hakimie.
Zara
yang tunak memandang ke luar sedari tadi memandang ke depan.
“Bila
masa saya kata macam tu? Encik Hakimie jangan nak perasan sangat ya.” Dia
menafikan tembakan tepat Hakimie. Mana dia nak mengaku depan Hakimie yang
sebenarnya dia ikut sama kerana takut Hakimie mengatakan hasrat lamarannya itu
kepada abahnya. Gila apa nak tunang dengan mamat
poyo itu?! Dia tak sudi dan dia tak ingin!
Malas
hendak membuka bicara lagi, Hakimie pantas menguatkan volume lagu Gangnam Stail yang bergema melalui corong radio. Bukan
alang-alang lagi dia menguatkan suara. Hingga ke tahap paling besar tu.
“Hey! Besar sangat tu! Sakit telinga
saya.” Jerit Zara sambil menekup telinganya dengan ke dua belah tangan.
Malangnya,
jeritannya itu langsung tidak menarik perhatian Hakimie. Lelaki itu tak dengar
langsung Zara sudah marah-marah di tempat duduk belakang.
Pantas
Zara bangun dan menyisipkan sedikit badannya yang kurus itu melalui celah
tengah. Tangannya dipanjangkan lalu dia mematikan suara radio yang membingitkan
telinga.
“Baru
aman.” Ucap Zara.
Hakimie
yang sedang asyik dengan irama yang membuatkan dia seolah-olah ingin menari itu
tersentak. Dia mengerling Zara yang berwajah selamba. Pantas tanpa menghiraukan
Zara, dia kembali membesarkan suara radio.
“Hey!
Encik Hakimie ni pekak ke? kecikkanlah suara radio tu.” pekik Zara lagi.
Hakimie
buat tidak dengar.
Zara
mendengus. Dia kembali bangun dan ingin memboloskan diri untuk ke depan. Mahu
mengecilkan suara radio yang cukup membingitkan telinganya. Sudahlah speaker
benar-benar di belakang dia. Mahu pekak dia dibuatnya.
Namun
tingkah Zara terhenti bila Hakimie meletakkan tangannya di atas butang volume. Tanda tidak membenarkan Zara
mengecilkan suara radio yang berkumandangan.
Zara
kembali duduk. Tangannya disilangkan ke dada lalu dia mendengus kuat. Sakit
telinga dan hati dengan tingkah bongkak Hakimie.
‘Cepat-cepatlah
abah datang. Tak sanggup nak tengok perangai buruk mamat poyo ini’ Pohonnya dalam hati.
******************************************************************************
ZARA
merengus kasar. Dia naik rimas bila ada mata yang asyik memerhatikan
gerak-gerinya sedari tadi. Bosan dilihat-lihat begitu. Kalaulah ditangannya
ketika ini ada garfu, mahu dikoreknya biji mata si lelaki yang asyik
pandang-pandang mukanya itu. Pantas, novel Hanya Milikmu keluaran LNP daripada
Siti Auni itu ditutup dan diletakkan di atas riba. Dengan berani dia mengangkat
wajah lalu membalas pandangan si pemuda yang sedari tadi asyik pandang dia.
“Apa
pandang-pandang?!” Sergah Zara kasar dan garang.
“Perasan!
Siapa pandang awak Cik Zara Dania? Saya tak pandang awak pun.”
“Kalau
Encik Hakimie tak pandang saya, habis tu Encik Hakimie pandang siapa lagi?
Takkan Encik Hakimie pandang pokok-pokok kat belakang saya tu pulak?” Geram sungguh Zara dengan
Hakimie. Macamlah dia tak nampak mata Hakimie yang memandang tajam ke arahnya.
Lagi tak nak mengaku. Memang poyo!
“Memang
saya pandang pokok tu. Saya rasa pokok tu cantik jika nak dibandingkan dengan
awak. Sesuai kalau saya taman kat rumah. Sejuk pandangan mata saya ni
memandangnya.”
Sebuah
jelingan maut dihadiahkan pada Hakimie. Benci benar dia dengan kepoyoan
Hakimie. Boleh pula kata pokok di belakangnya lebih cantik berbanding dia.
Rabun apa mata lelaki itu nak banding-bandingkan dia dengan pokok? Sewel!
Kemudian
pandangan beralih pula pada abahnya yang duduk bersembang dengan seorang lelaki
yang hampir sebaya dengan usianya di hujung sana. Abah memang jenis peramah.
Baru kenal setengah jam. Abah dengan lelaki sebayanya itu sudah boleh
bersembang panjang sementara menunggu joran mereka tersangkut ikan. Mungkin
kerana faktor usia, abah dengan lelaki yang lebih senang dipanggil Pak Hussin
itu boleh ‘masuk’ bercerita. Maka tinggallah dia berdua dengan mamat poyo itu di jeti ini.
Ketika
pandangannya kembali ke wajah Hakimie, sekali lagi dia dapat menangkap lelaki
itu sedang merenungnya. Tajam macam burung helang mata lelaki itu memandang ke
arahnya.
“Encik
Hakimie pandang-pandang saya macam tu kenapa? Encik Hakimie dah tak betul apa
nak pandang-pandang orang?!” bentak Zara. Dia tak suka cara pandangan Hakimie
kepadanya. Nampak lain benar. Selain daripada itu… dia juga jadi berdebar
melihat cara pandangan Hakimie itu.
“Salah
ke kalau betul saya pandang awak? Suatu hari nanti kalau awak jadi tunang saya,
saya kena pandang awak jugak. Lainlah
kalau dah jadi tunang saya awak masih suruh saya pandang perempuan lain lagi.”
Hakimie sudah mula mahu menyakat.
Sementara
menunggu umpan dimakan ikan, baik dia mengisi masa lapangnya ini dengan
menyakat Zara. Tak adalah dia bosan sangat mendengar celoteh gadis genit itu.
Zara kan jenis pantang diusik. Bila diusik, mulalah nak marah-marah. Muncung
panjang sedepa.
Zara
menjungkit bibir. “Eiii… saper nak jadi tunang Encik Hakimie?”
“Awaklah.
Saper lagi.”
“Tolong
sikit ye. Jangan nak perasan. Saya
tak sudi nak jadi tunang Encik Hakimie. Saya tak suka.”
“Lama-lama
nanti sukalah tu.”
“Encik
Hakimie ni kenapa ha? Suka nak cari gaduh dengan saya.”
“Bila
masa saya nak cari gaduh. Awak tu yang suka nak marah-marah. Tu tak lama lagi,
tergolong dalam golongan orang-orang darah tinggilah tu.”
Zara
mengetap bibir. Meluat mendengar omongan Hakimie yang asyik tak sudah-sudah
bercakap pasal pertunangan tak jadi mereka itu. Macam beria sangat Hakimie
hendak menjadikan dia sebagai tunangan. Huh! Tak nak. Dia tak mahu menjadi
tunangan Hakimie yang sering membulinya itu. Nanti tak pasal-pasal kena buli
seumur hidup.
Tidak
mahu melayan Hakimie lagi, dia kembali menyambung bacaannya yang tergendala
gara-gara lelaki itu. Membaca novel-novel cinta adalah minatnya. Biarpun dia
mengaku dia brutal, namun dia merupakan salah seorang pengemar novel-novel
cinta dekat Malaysia ini. Bagi sokongan dekat penulis-penulis tanah air
tercinta.
Dekat
laman Facebooknya pun, ramai juga rakan-rakan penulis yang dia jadikan rakan.
Sambil-sambil berkawan, dapat jugalah dia baca e-novel melalui blog-blog
rakan-rakan penulis. Seronok kawan dengan penulis. Dapat juga dia tumpang
popular. Heheheee… yor la tu!
Melalui
novel yang dibacanya, Zara mencuri pandang pada Hakimie yang duduk tidak jauh
daripadanya. Sibuk benar nampaknya mamat poyo itu melayan telefon bimbitnya.
Tahulah telefon bimbit Hakimie itu canggih. Samsung Galaxy S4. Tapi janganlah
asyik dengan telefon itu saja. Bosanlah tak bersembang.
Amboi…
tadi Hakimie mengusik, kau jual mahal. Sekarang ni berharap pula supaya lelaki
itu mengajak bersembang. Tak faham betul dengan Zara ni.
“Saya
tahu saya ni hensem. Jangan nak
pandang curi-curi macam tu.” sergah Hakimie menangkap aktiviti pandang
curi-curi Zara.
Bulat
mata Zara mendengar kata-kata lelaki itu. Pantas dia berdehem. Membetulkan rona
wajahnya yang sudah memerah. Tak sangka dia kena ‘tangkap’.
“Uwek… perasan!” Zara menjelirkan lidah.
Persis kanak-kanak pula.
Rasa
mahu Hakimie tergelak melihat aksi Zara itu, namun senyum dan tawanya disimpan
kemas dalam hati.
“Awak
rasa saya ni serius ke nak jadikan awak tu tunang saya?” soal Hakimie. Dia tahu
kenapa Zara ikut sama dalam aktiviti memancing hari ini. Semua kerana gadis itu
takut dia akan membuka mulut menyatakan hasrat untuk melamar Zara pada orang
tua Zara.
“Manalah
saya tahu. Otak Encik Hakimie tu bukannya betul sangat. Dibuatnya Encik Hakimie
tak makan ubat, beritahu abah saya hal tak masuk akal tu, mahu merana saya
seumur hidup. Saya tak nak bertunang dengan Encik Hakimie.” Dengan tulus Zara
memberitahu.
“Habis
tu awak ingat saya ni pun kemaruk sangatlah ya nak bertunang dengan minah
kelibut macam awak? For your information
Cik Zara Dania, saya sendiri tak sudi nak bertunang dengan awak. Awak bukan
tergolong dalam golongan wanita yang saya cari.” Dengan lagaknya, Hakimie
berkata.
Zara
mencebik. “Syukur Alhamdulillah. Senang hati saya dengar kalau saya ni bukan
tergolong dalam golongan wanita idaman Encik Hakimie. Sekurang-kurangnya
amanlah dunia saya. Takde pembuli
dalam hidup saya ni.” Zara menyampuk. Apa lelaki itu ingat, dia teringin
sangatkah nak bertunang dengan kaki buli? Tolong sikit! Mintak dijauhkan!
Tiba-tiba
Zara merasakan ada percikan air mengenai wajahnya. Dia mencari arah tuju
percikan itu. Matanya menangkap joran yang sudah bergerak-gerak. Pantas dia
bangun sambil menjerit, “Ikan! Ikan!” sambil melonjak-lonjak.
Hakimie
yang sedikit terkejut mendengar jeritan gadis itu segera bangun dari duduknya.
Dia bergerak menuju ke tepi jeti. Joran yang sudah bergerak-gerak itu dicapai
lalu dia mengangkatnya.
Seekor
ikan merah yang agak besar tersangkut pada joran.
“Wah…
besarnya! Bestlah awak!” Disebabkan begitu
teruja melihat ikan yang terkena pada mata kail, Zara lupa yang berdiri di
sebelahnya itu adalah musuhnya. Dan tanpa dia sedar, tangannya sudah melekat
kemas pada lengan sasa lelaki itu.
Hakimie
tersentak. Sentuhan lembut jemari Zara pada lengan sasanya membuatkan dia
terkedu tidak tahu hendak berbuat apa. Hanya pandangan matanya saja yang
melekat pada wajah halus mulus Zara Dania. Lama dan dalam sekali pandangan
mereka bersatu.
Zara
juga seperti itu. Terus diam dan tidak lagi tersenyum riang. Akibat gembira
melihat jorannya terkena ikan, sampai dia terpegang lengan Hakimie. Membuatkan
dia juga seolah-olah hanyut dalam renungan lelaki itu.
“Besarnya
ikan.” Suara Cikgu Muhammad Zainal mengejutkan Zara dan Hakimie yang saling
berpandangan.
Cepat-cepat
Zara melarikan tangannya yang melekat pada lengan Hakimie. Begitu juga dengan
pandangan matanya. Cepat saja dia larikan ke arah abahnya.
“Tengoklah
joran siapa? Joran orang tau abah.” Zara bangga diri sambil memaut manja lengan
abahnya. Rasa yang kurang selesa tadi kerana memegang lengan si mamat poyo dibuang jauh-jauh. Tidak mahu
perasaan kurang selesa itu menghantui dirinya.
Mendengar
kata bangga diri Zara itu, membuatkan Hakimie mencebik. Memanglah joran itu
kepunyaan Zara. Tapi yang letak umpan pada joran tersebut adalah dia. Perempuan
tu tau nak kata itu joran dia saja. Huh!
“Kimie…
besar ikan tu ya.” Cikgu Muhammad Zainal menghampiri Hakimie. Bahu anak muda
itu ditepuk perlahan.
Hakimie
tersenyum. “Besar pak cik. Ni kalau kena buat sup memang sedap. Isi lembut dan
manis.”
“Betul
tu Kimie. Ini kalau mak cik kamu yang buat sup… hmmm… memang macam ni!” Cikgu Muhammad Zainal memuji masakan
isterinya sambil mengangkat ibu jari tanda masakan isteri kesayangannya itu
memang terbaik.
Hakimie
tidak tahu hendak berkata apa. Hanya mampu tersenyum saja.
“Malam
ni apa kata Kimie dengan papa Kimie makan malam kat rumah. Kita minta mak cik
kamu buat sup ikan merah special.” Cadang Cikgu Muhammad Zainal.
Mendengar
pelawaan abahnya, Zara tarik muka. Dia tak suka pada cadangan abahnya itu.
“Eh… takpelah pak cik. Menyusahkan Mak Cik Inara pula.” Hakimie menolak
lembut. Bukan dia tak sudi, cuma dia kurang selesa hendak duduk makan bersama
keluarga Zara. Lagipun dia pasti Zara juga tidak mahu dia makan malam bersama
keluarganya.
“Apa
yang susahnya. Mak cik kamu tu lagi suka makan malam beramai-ramai. Alaaa…
datang aje. Nanti pak cik call papa kamu jemput dia datang ke rumah.”
Tidak
mahu menghampakan Cikgu Muhammad Zainal, akhirnya Hakimie berkata, “Baiklah pak
cik.”
Zara
ketap bibir. Jawapan Hakimie membuatkan dia rasa sukar hendak bernafas.
Hisy…
nampaknya malam ini dia kena menghadap lagi muka mamat poyo itu. Arghhh!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan