TIGA
Mawar merah
**21**
“EIII! Berlagak
nak mampus! Kalau aku ada kuasa magik, aku nak tukar dia jadi bola! Boleh
tendang sesuka hati ke mana saja aku mahu. Tendang sampai terkeluar dari muka
bumi ni pun boleh.” Zara meluahkan rasa geramnya sebaik keluar dari bilik
Hakimie. Sakit benar hatinya dengan lelaki itu. Suka sangat nak suruh dia buat
itu dan ini. Dahlah tu, kerja yang disuruh pula tak ada kaitan langsung denga
kerjanya sebagai seorang arkitek. Entah hape-hepa
tah!
Mujurlah
Hakimie itu anak Pak Cik Doktor dan teman baik abang iparnya. Jika bukan… sudah
ditembaknya lelaki itu dengan senapang gajah.
Kak
Uda dan Wanie yang mendengar bebelan mak nenek si Zara sudah memalingkan mua
memandang gadis itu. Ini apa kes pula lagi yang Encik Hakimie buat sampaikan
Zara membebel marah-marah. Siap nak tukar Encik Hakimie jadi bola lagi untuk
dia tendang sesuka hatinya.
“Apasal
ni Zara? Keluar-keluar aje dari bilik Encik Hakimie terus membebel marah-marah.
Apa lagi yang bos kesayangan kamu tu buat dekat kamu?” Kak Uda bertanya.
Zara
mencebik mendengar perkataan ‘bos kesayangan’ yang Kak Uda gunakan untuk
Hakimie. Tak ada gunanya dia nak sayangkan bos perangai seperti itu.
Menyusahkan staf sahaja.
“Zara
geram sangat dengan mamat poyo tu
kak! Hari ni Zara bukan sengaja nak datang lambat. Kereta Zara buat hal. Itu
pun Zara dah hantar mesej kat dia awal-awal bagitahu hal tu. Boleh pula dia
kata tak terima alasan Zara. Kalau kereta rosak, buat apa bawak. Masalahnya,
Zara mana tahu kereta tu nak rosak tengah jalan! Nama aje dia tu sekolah
tinggi, tapi otak lembap!” adu Zara dalam geram.
Kak
Uda sudah menggelengkan kepala mendengar aduan Zara. Memang tak patut sungguh
Encik Hakimie tak terima alasan Zara itu. Bukannya Zara senjaga pun nak datang
lambat hari ni. Gadis itu ada hal. Sebagai ketua, sepatutnya Encik Hakimie
kenalah bertimbang rasa pada stafnya.
“Habis
tu Encik Hakimie suruh kamu buat apa pula sampaikan kamu membebel marah?” edisi
siasat menyiasat masih diteruskan.
Zara
tarik muncung.
Kak
Uda dan Wanie sudah saling berbalas pandang melihat muncung panjang sedepa Zara
itu. Hah… ini mesti ada hukuman lagi yang Encik Hakimie berikan pada Zara
sampaikan muncungnya sudah jadi sepanjang itu.
“Hah!
Buat apa lagi awak tercegat dekat situ? Jom, kita bergerak sekarang.”
Suara
Hakimie membuatkan kepala Kak Uda dan Wanie berpusing. Masing-masing
menayangkan senyuman buat lelaki itu.
Zara
mendengus. Berat sungguh hatinya hendak mengikut arahan Hakimie si pembuli
nombor satu itu.
“Cik
Zara Dania… awak dengar tak apa yang saya cakap? Atau… awak mahu saya kosongkan
markah prestasi awak untuk tahun ni. Macam itukah?” ujar Hakimie penuh bersahaja
kemudian melangkah meninggalkan Zara yang sedang terkebil-kebil.
Hah…
itulah yang Zara tak suka! Hakimie suka sangat mengugut dia. Suka nak
menakut-nakutkan dia dalam soal markah prestasi kerjanya. Dia memang tak nak
markah prestasi kerjanya kosong hanya kerana Hakimie si pembuli nombor satu
itu. Uwaaa!!!
Bersama
dengusan kasar seperti bunyi kerbau yang sedang marah, Zara mencapai beg
tangannya. Dia benar-benar marah pada Hakimie.
‘Mamat poyo!!!’ Teriaknya dalam hati.
“Korang nak ke mana?” tanya Wanie kepada
Zara.
“Nak
berperang!” selamba Zara menjawab. Hatinya tengah mendidih ketika ini.
Ketika
sampai di depan lif berada di belakang Hakimie, dia mengangkat tangan dengan
melakonkan tangannya seperti mencekik leher mamat
poyo itu. Sakit benar hatinya dengan
Hakimie. Lebih baik agaknya jika dia mencekik leher lelaki poyo itu.
“Saya
nampak apa yang awak buat.” Ujar Hakimie.
Tingkah
Zara terhenti. Glup!
Baru
dia tersedar, pada satu sudut di dinding tepi, ada cermin besar yang terletak.
Pantulan imej yang menggambarkan dia sedang mencekik Hakimie tertera pada muka
cermin. Tidak hairanlah bagaimana lelaki itu dapat tahu apa yang sedang dia
lakukan.
Haish!
Laju dia menjatuhkan tangannya. Muka pula cuma beriak selamba walaupun dalam
hati dia sudah lain rasa kerana tak sangka dia akan terkantoi depan mamat poyo itu.
Tanpa
banyak kata, Zara ikut saja langkah kaki si mamat
poyo.
Sudah
lima belas minit berlalu. Zara yang sejak masuk ke dalam perut kereta Hakimie
hanya mendiamkan diri sudah mula tidak senang duduk. Ke mana agaknya lelaki itu
hendak membawa dia? Jangan-jangan Hakimie hendak menjual dia pada orang jahat
agaknya? Huisy… nauzubillah! Mintak dijauhkan fikiran yang buruk-buruk
menyinggah pada fikirannya itu terjadi ke atas dirinya.
“Encik
Hakimie nak bawak saya pergi mana ni?” akhirnya Zara bersuara juga setelah lima
belas minit perjalanan mereka hanya ditemani suara DJ radio yang bertugas.
Hakimie
yang tenang memandu tidak menjawab. Pemanduannya diteruskan.
Melihatkan
tingkah poyo lelaki itu, Zara
mengetap bibir. ‘Dah pekak agaknya mamat
poyo ni.’
“Encik
Hakimie… saya tanya ni. Encik Hakimie nak bawak saya ke mana? Encik Hakimie
jangan nak buat yang bukan-bukan ya? Entah-entah Encik Hakimie ada niat yang
tak baik pada saya. Jangan-jangan nak jual saya tak?” terluah juga apa yang
difikir dalam fikirannya kepada Hakimie.
Tanpa
dapat ditahan, ketawa Hakimie meledak. “Awak ingat awak tu laku sangatkah
sampai saya nak jual? Hmmm… kalau
perangai macam awak ni, bapak ayam pun tak sanggup nak beli. Menyusahkan dia
orang saja dengar mulut awak yang asyik pot pet-pot pet itu.”
‘Amboi…
sedapnya mamat poyo ni kutuk aku. Apa dia ingat aku ni tak lawa ke? Hey… semua orang kata aku ni ada iras
Izara Aisyah tau. Lawa tu. Kalau kena jual, sah harga berjuta-juta.’
Zara
tarik muka. Bercakap dengan lelaki itu memang menyakitkan hati.
“Dah!
Tak payah awak nak fikir yang bukan-bukan. Saya belum terfikir lagi nak jual
awak. Lagipun duit gaji saya dah terlebih cukup untuk menyara hidup saya. Buat
apa nak jual awak pula? Takde
faedahnya.” Hakimie menyambung bicara setelah melihat cebikan pada wajah Zara.
“Habis
tu… Encik Hakimie nak bawak saya ke mana?” Zara mengulangi ayat yang sama. Dia
tidak akan berpuas hati selagi tidak mendapat jawapan yang pasti daripada
lelaki itu.
“Saya
nak bawak ke lokasi penggambaran.”
“Lokasi
penggambaran?” berkerut dahi Zara. Dia bingung. Dia tak faham dengan apa yang
dimaksudkan oleh Hakimie akan lokasi penggambaran.
“Tak
payah awak nak buat dahi berlipat-lipat macam itu Cik Zara Dania. Dah serupa
nenek-nenek pula saya tengok.” Sindir Hakimie penuh nada bersahaja.
Serta-merta
Zara mencebik. Lelaki itu jika tidak mengenakan dia memang tak jadi.
“Encik
Hakimie kalau bercakap boleh tak jangan nak pusing-pusing taman bunga. Encik
Hakimie nak bawak saya ke mana sebenarnya? Kata nak jumpa client.” Zara sudah naik angin dengan sikap penuh bersahaja lelaki
itu.
“Saya
memang nak jumpa client la ni.”
“Tadi
Encik Hakimie kata nak ke lokasi penggambaran?”
Pening!
Pening! Mana satu yang betul ni? Jumpa client atau pergi ke lokasi penggambaran
yang entah apa-apa tu?
“Awak
tak payah nak banyak tanya Zara. Kat sana nanti awak cuma perlu ikut rentak
saya.”
Zara
benar-benar tak faham dengan maksud Hakimie. Pening kepalanya memikirkan apa
maksud tersirat lelaki itu. Ke mana sebenarnya dia hendak di bawa?
‘Ya
ALLAH… lindungilah aku daripada lelaki sewel ini.’ Doanya dalam hati.
Kalau
Hakimie berani hendak mengapa-apakan dia, dia tak akan teragak-agak melempang
lelaki itu.
******************************************************************************
“SIAPA
perempuan ni?”
Itulah
ayat pertama yang keluar dari mulut Memey Suhaiza kala melihat Hakimie datang
bersama seorang teman. Sakit hatinya bila Hakimie datang dengan perempuan lain
ke sini. Tujuannya memanggil Hakimie datang untuk melepaskan rindu pada lelaki
itu. Namun tak sangka pula Hakimie datang bersama gadis lain untuk bertemu
dengannya.
Zara
yang mendengar pertanyaan kurang mesra daripada wanita itu, terasa lain hati.
Daripada pandangan mata wanita itu pun dia sudah dapat menangkap rasa kurang
senang wanita itu padanya.
“Oh
ya…I lupa nak kenalkan pada you. Ini Zara Dania.” Hakimie memperkenalkan Zara
kepada Memey Suhaiza yang sudah mencuka.
Zara
menghulurkan tangan tanda perkenalan namun sayang salamnya tidak bersambut.
‘Huh!
Sombong nak mampus!’ Getus hatinya.
“Siapa
dia? Kenapa dia datang dengan you ke sini?” kasar nada Memey Suhaiza bertanya.
Dia tak sukakan perempuan yang datang bersama lelaki pujaan hatinya itu.
“Sorrylah Memey. I sebenarnya yang ajak
dia datang ke sini sebab kita orang kebetulan memang ada janji nak pergi beli
barang-barang hantaran.”
Huk!
Rasa seperti ada benda yang menyangkut pada kerongkong Zara ketika ayat
penghabisan itu kedengaran menyapa halwa telinganya. Beli barang hantaran?
Barang hantaran siapa pula yang dia orang nak beli?
“Beli
barang-barang hantaran untuk siapa?” semakin kasar nada bicara Memey Suhaiza.
“You
tak tahu ke?” Hakimie pura-pura bertanya.
Laju
Memey Suhaiza menggeleng-geleng.
“Sorry mungkin papa I lupa nak bagitau
dekat daddy you yang I akan bertunang
hujung bulan ni dengan Zara Dania.” Laju sahaja ayat itu keluar dari mulut
Hakimie.
Zara
yang duduk di sebelahnya sudah rasa hendak pitam. Rasa kabur pandangan matanya.
Biar benar?! Lelaki ini sudah gila agaknya? Bila masa mereka bercadang hendak
bertunang? Oh… tidak! Dia tak hingin
nak bertunang dengan mamat poyo itu!
Mahu merana seumur hidup.
“What?!” melengking tinggi suara Memey
Suhaiza mendengar kata-kata Hakimie. Spontan itu juga dia bangun dari duduknya
dengan mata yang merenung tajam ke wajah Zara.
Hakimie
pula, boleh saja dia berlagak biasa dengan tingkah Memey Suhaiza yang sudah
terkejut beruk itu. Ketawanya ditahan dalam hati. Kelakar rasanya dia melihat
wajah kedua wanita itu. Dua-dua mempamerkan riak terkejut bagaikan beruk
betina. Kah kah kah!
“Kenapa
you tak bagitau I yang you dah nak bertunang?” tanya Memey Suhaiza dengan dada
yang naik turun. Dia benar-benar marah mendengar perkhabaran itu.
“I
tengah bagitau you la ni.” dengan selambanya Hakimie membalas. Wajahnya masih
tenang seperti tadi.
Zara
sudah mengetap bibir. Dia mula sedar tentu Hakimie sedang mempermainkan
perempuan yang rambutnya mengerbang bagaikan singa betina ini. Pantas dia
mendekatkan sedikit wajahnya ke wajah Hakimie. Dia perlu mengatakan sesuatu
yang membuatkan dia tak berpuas hati dengan lelaki itu. “Bila masa saya nak
bertunang dengan Encik Hakimie ni? Encik Hakimie jangan nak mengarut ye.” Bisiknya geram.
Tiada
jawapan yang Hakimie berikan pada persoalan Zara. Wajahnya sentiasa tenang.
Membuatkan hati Zara dipagut rasa geram. Dia ingin bersuara namun belum sempat
dia berbuat demikian, Hakimie terlebih dahulu bersuara.
“Kebetulan
I dah bagitau you hal ni… I nak jemput you sekeluarga ke majlis pertunangan
kami penghujung bulan ni. I harap you sekeluarga sudi hadir.” Tutur Hakimie
yang bagaikan mengerti bahawa Zara akan mengatakan sesuatu. Dia tak nak gadis
itu bersuara.
“You
kejam Kimie! I cintakan you. Tapi… sampai hati you lakukan semua ni pada I.”
Sudah ada getaran pada suara Memey Suhaiza. Rasa ingin menangis namun egonya
menghalang.
“Dah
banyak kali I bagitau you, Memey. I tak boleh nak berikan cinta I pada you.
Tapi you berdegil. You tetap nak paksa I. Hati dan perasaan I ni hanya pada
dia. Zara Dania.” Pantas, Hakimie memalingkan wajahnya dan merenung dalam ke
anak mata Zara.
Zara
terkedu. Kata-kata Hakimie kedengaran ikhlas menyapa halwa telinganya. Renungan
mata pemuda itu membuatkan dia keluh tanpa kata. Dia bagaikan hanyut dan
dadanya tiba-tiba berdebar hebat!
Memey
Suhaiza semakin berapi mendengar kenyataan Hakimie itu. Pantas tanpa menunggu
lama dia mencapai beg tangannya lalu berlalu dari situ. Mati-mati dia sangkakan
Hakimie tidak mempunyai teman wanita. Rupanya lelaki itu bakal melangsungkan
majlis pertunangan tidak lama lagi. Tebal mukanya kerana selama ini
mengharapkan cinta Hakimie. Jikalau dia tahu Hakimie sudah berteman, mati hidup
balik pun dia tak akan tebalkan muka terhegeh-hegeh mengejar cinta lelaki
berwajah tenang itu.
Setelah
Memey Suhaiza berlalu, Zara masih dalam keadaan seperti tadi. Masih kaku dengan
pandangan matanya masih memandang mata Hakimie. Redup pandangan lelaki itu
mendamaikan jiwanya.
‘Mendamaikan
jiwa? Biar benar? Wake up Zara Dania!’
Suara halus itu berbisik. Menyedarkan Zara yang bagaikan sudah terpukau dek
panahan mata Hakimie.
Baru
dia sedar bahawa dia sudah terlalu jauh merenung ke dalam anak mata Hakimie.
Membuatkan dia jadi malu pada diri sendiri dan lelaki itu. Pantas dia
memalingkan wajahnya ke arah lain. Wajahnya sudah bertukar ke warna merah
jambu. Perasaannya mula bercampur baur.
‘Hisy… apa kena dengan aku ni? Kena pukau
apa?! Sedar sikit yang duduk sebelah ni musuh kau.’ Zara marahkan diri sendiri.
Boleh pula dia terpukau kerana mamat poyo
itu.
Hakimie
tiba-tiba sahaja ketawa. Gelihatinya melihat wajah merah jambu Zara. Nampak
sangat gadis itu sedang menyembunyikan perasan malunya.
Mendengar
tawa Hakimie, membuatkan Zara berpaling ke arah lelaki itu semula. Inilah
pertama kali dia mendengar dan melihat wajah itu ketawa riang. Selalu tu, muka
lelaki ini tegang saja. Beku umpama ais batu. Bila dia ketawa begini, nampak
lebih kacak pula.
‘Eheh…
ni tiba-tiba nak puji musuh kenapa pulak?
Wake-up! Wake-up! Jangan nak mengada puji musuh ketat sendiri.’
“Yang
Encik Hakimie ketawa tak ingat dunia ni kenapa? Dah gila apa? Otak tu dah
mereng ke?” tanpa berlapis, Zara menghamburkan ayat pedasnya. Dengan Hakimie
tak perlu nak kata berlapis-lapis. Main belasah saja.
Namun
ayat pedas itu langsung tidak meninggalkan kesan pada hati Hakimie. Semakin
seronok pula dia ketawa.
“Sejak
bila saya nak bertunang dengan Encik Hakimie? Encik Hakimie jangan nak perasan
ya! Saya tak hadap pun nak bertunang dengan Encik Hakimie. Daripada bertunang
dengan Encik Hakimie, saya lebih rela tak kahwin seumur hidup. Biar saya jadi
anak dara tua.”
Zara
ni bila sudah marah, langsung tak berfikir bila mengungkap kata. Boleh pula dia
kata begitu. Dimakbulkan TUHAN apa yang dia kata, seumur hidup dia tak kahwin.
Padan muka!
“Amin…
mudah-mudahan ada malaikat yang lalu dan mencatat apa yang awak baru katakan
tadi. Tergolong juga awak dalam senarai antartu terlampau.” Laju Hakimie
mengaminkan omongan Zara tadi.
Semakin
bengang Zara dengan lelaki itu. Sakit benar hatinya. Kalaulah dia tahu ini
rancangan Hakimie, jangan harap dia nak ikut perintah lelaki itu. Dia sanggup
markah prestasinya kosong daripada terpaksa dikenalkan sebagai tunangan
Hakimie. Menyakitkan hati sahaja.
“Bagitau
mak bapak awak hujung bulan ni keluarga saya datang meminang.” Ujar Hakimie
penuh bersahaja. Jus oren yang dipesannya tadi dihirup. Kering tekaknya asyik
bertekak dengan Zara. Bertekak dengan Zara, memang tak ada penghujungnya.
Bulat
mata Zara memandang lelaki itu. “Encik Hakimie jangan nak buat lawak bodoh ye?”
Hakimie
menggeleng sambil berkata, “Nope!”
“Encik
Hakimie!” Zara meninggikan suaranya melihat tingkah Hakimie.
“Ada
nampak muka saya ni macam main-main ke?” Hakimie mendekatkan mukanya ke muka
Zara.
Glup!
Zara telan air liur. Wajah Hakimie yang hanya tiga inci daripada wajahnya
membuatkan wajahnya kembali membahang. ‘Ni apahal pulak dekat-dekatkan wajah dia dekat aku ni? Dah buang tebiat apa mamat poyo ni?!’
“Zara…
saya tanya ni… muka saya ni nampak main-main ke?” Hakimie mengulangi ayat yang
sama.
Zara
tidak menjawab. Hanya menggeleng kepala saja. Wajah mamat poyo itu nampak
serius bebenar. Tak nampak pun dia main-main.
“Good! Kalau macam tu saya rasa awak
tentu faham dengan maksud saya tadi. Minggu depan saya akan suruh papa saya
hantar rombongan ke rumah awak untuk meminang awak.” Hakimie nampak serius
dengan kata-katanya.
Mahu
rasanya Zara pitam ketika itu juga. Melihat wajah yang sudah tidak tersenyum
itu, dia yakin Hakimie bukan lagi bermain dengan kata-katanya seperti tadi.
Hakimie benar-benar serius.
‘Biar
benar?! Oh… tidak!!!’ Zara menjerit di dalam hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan