Tiga
Mawar merah
**12**
PETANG jumaat itu dia tidak pulang terus ke rumah.
Dia singgah ke SACC Mall untuk mencari novel terbaharu Acik Lana yang diterbitkan
oleh Kaki Novel. Rata-rata komen yang dia dengar mengatakan novel terbaharu
daripada Acik Lana memang best giler.
Disebabkan dia ini merupakan hantu novel, jadi dia tak naklah ketinggalan untuk
mendapatkan koleksi terbaharu Acik Lana itu. Lagipun dia sudah ada kesemua
novel-novel karya Acik Lana. Yang terbaharu ini mana boleh dia ketinggalan.
Pilih
punya pilih, bukan karya terbaharu Acik Lana saja yang dibelinya. Malah ada
beberapa buah novel yang sinopsisnya menarik hati juga telah dibeli sekali. Pada
Zara, jika hendak memilih novel dia akan pastikan novel tersebut memiliki cover yang cantik dan sinopsis yang
baik. Tak tunggu lama dia pasti akan membelinya. Itulah antara dua karektor
yang harus ada pada novel untuk menarik minatnya untuk membeli.
Usai
membuat pembayaran di kaunter MPH Bookstores, dia membawa langkah ke bahagian
bawah pula. Teringin hendak melihat kasut di Vincci. Manalah tahu ada jualan
murah. Bolehlah dia membeli sepasang dua kasut untuk dirinya. Sudah agak lama
juga dia tidak membeli kasut. Kebetulan sudah ada di sini, bolehlah dia
membeli. Lagipun hari inikan sudah gaji. Heheheee…
Ketika
dia melalui Palma Café, dia terpandangkan wajah seorang makhluk ALLAH yang
sedang duduk berdua-duaan dengan seorang gadis muda di sudut hujung restoren
tersebut. Matanya dikecilkan sedikit. Cuba mengecam wajah sang lelaki yang
bukan main lagi sedang berkepit dengan seorang perempuan muda. Siap main
suap-menyuap persis pengantin baharu lagi. Daripada pengamatannya, itu bukanlah
perempuan yang pernah dia lihat bersama Ajib tempoh hari. Ini perempuan lain.
Perempuan yang lagi muda daripada dia dan wanita yang pernah dilihatnya tempoh
hari. Entah-entah gadis seksi itu masih bersekolah agaknya.
Tiba-tiba
api kemarahan Zara mengelegak. Melihat kemiangkan lelaki itu yang begitu
terserlah, membuatkan dia seperti mahu membelasah Ajib waktu ini juga. Ajib ini
memang dasar mata keranjang. Menyesal pula dia kerana pernah menjalinkan
hubungan cinta dengan Ajib. Kalau tahu beginilah perangai sebenar lelaki itu,
mati hidup balik pun dia tak mahu berpacaran dengan si kurus cekeding itu.
Laju
dia mengatur langkah dan menerpa ke arah Ajib yang sedang bercanda-ria dengan
seorang gadis muda di sisinya.
“Ini
rupanya kerja kau ya? Tak padan dengan kurus. Gatal nak mampus! Kau kata kau
nak berkahwin dengan gadis pilihan orang tua kau. Rupanya… kau ni buaya jadian!
Tak pernah puas dengan seorang wanita.” serang Zara sambil menepuk kuat meja
makan Ajib dan teman wanitanya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Mujur
orang tak ramai mana waktu itu. Hanya ada beberapa orang sahaja yang makan di
sana.
Lantaklah
orang nak pandang sekali pun, Zara memang sudah sakit hati benar dengan Ajib
ini. Ikutkan memang dia tak nak jumpa Ajib sampai bila-bila. Tapi memandangkan
lelaki itu yang sedang asyik-masyik bermanja-manjaan dengan seorang gadis muda,
terus dia datang menyerang. Benci benar dengan sikap buaya jadian Ajib yang tak
sedar diri itu. Entah-entah, sudah berapa ramai perempuan menjadi mangsa
penipuan Ajib ini. Menyesal tak sudah dia kerana tak dengar nasihat alongnya
dulu.
Terkejut
beruk Ajib dibuatnya. Hampir terloncat dia kerana rasa terkejutnya itu. Teman
wanitanya itu juga begitu. Terkejut bukan kepalang bila disergah sebegitu.
Sedang asyik bermadu kasih dengan si kurus pujaan hatinya, tiba-tiba datang
pula seorang wanita datang menyerang. Siapa tak terkejut?
“Darling… what going on? Who is she?”
gadis muda berpakaian seksi yang begitu manja gemersik suaranya itu bertanya
pada Ajib dengan nada rengekan seorang kanak-kanak.
Geram
pula Zara dengan gadis muda itu. Bodoh! Tak tahu dirinya sedang dipermainkan
oleh jantan keparat seperti Ajib. Cukuplah dia sahaja yang pernah menjadi mangsa
‘bodoh’ kerana Ajib, janganlah ditambah lagi perempuan ‘bodoh’ seperti dia
dulu.
Syukur…
kerana hubungannya dengan Ajib tak panjang. Jika tidak, sahlah dia hari-hari
menangis air mata darah mendapat seorang suami yang miang giler seperti Ajib ini.
“Darling… siapa dia ni?” gadis itu
merengek lagi bila Ajib mendiamkan diri.
Ajib
bukannya apa, dia terkejut tahap singa laut kala terpandangkan wajah garang
Zara di situ. Ketar juga lututnya. Namun demi menunjukkan dia jantan macho di
hadapan Aini, dia buat-buat tak kisah pada sergahan berhantu Zara.
“Errr… entah! I pun tak tahu darling. Orang gila kut.”
Selambanya
Ajib kata Zara orang gila. Ini membuatkan api yang sedang membara dalam hati
Zara kian panas. “Apa kau kata? Aku perempuan gila?”
Tingkah
Zara yang secara tiba-tiba bagai ingin menerkam itu membuatkan gadis muda itu
segera menyembunyikan wajahnya ke dada Ajib. Ajib pun apa lagi, terus dia ambil
kesempatan dengan memeluk buah hati baharunya itu.
“Darling… I takutlah. Orang gila ni dah
mula nak menyerang.” Rengek si gadis sambil menguatkan pagi pelukannya pada
Ajib.
Terjegil
biji mata Zara melihat keselambaan Ajib dan gadis muda yang sedang
berpeluk-pelukan di hadapannya itu. Mendidih tahap kemarahannya. Meluat benar
dia melihat adegan mesra-mesra alam dua pasangan tak ingat dunia itu.
Mujurlah
dia bukan dalam golongan perempuan gedik. Sepanjang bercinta dengan Ajib dulu,
dia tak pernah nak benarkan Ajib memeluk dia sesuka hati. Setakat pegang tangan
aje. Itu pun waktu melintas jalan. Jika tidak, memang dia tak kasih Ajib
menyentuhnya sesuka hati.
Yang
perempuan tu pun satu juga. Percaya saja kata Ajib yang dia ini perempuan gila.
Menyakitkan hati!
“Baik
kau berambus orang gila! Kalau tak aku panggil sekuriti nanti.” ujar Ajib
menghalau. Ikutkan hati, dia agak gerun juga melihat wajah garang Zara. Namun
diberanikan hati demi menjaga maruahnya di hadapan kekasih baharunya itu.
Zara
naik berang. Pantas dia mencapai segelas air oren yang terletak di atas meja
Ajib dan pasangannya. Tanpa menunggu lama, dia terus mencurahkan air oren itu
ke atas kepala Ajib.
“Hey… apa ni?!” teriak gadis muda yang
turut terkena tempisan siraman Zara.
“Ni
hadiah untuk korang berdua.” Ujar
Zara bengang kemudian dia pun berlalu dari situ dengan hati yang panas membara.
Puas
hatinya kerana dapat mengenakan Ajib. Namun dalam masa yang sama hatinya
tersentuh dek sikap Ajib terhadapnya. Sesedap bahasa sahaja Ajib menggelar dia
sebagai orang gila. Sedangkan suatu ketika dulu, Ajib menggelar dia sebagai
‘sayang’, ‘intan payung’ dan bermacam panggilan manja yang enak-enak didengar.
Tapi sekarang ini sudah bertukar menjadi orang gila pula. Cukup menyedihkan.
Zara
melabuhkan punggung pada bangku batu di luar pusat bangunan. Perasaannya
benar-benar tersentuh. Bodohnya dia kerana pernah percaya pada lelaki pendusta
seperti Ajib. Tanpa sedar, air matanya mengalir. Terhenjut-henjut bahunya dek tangisan
yang kian kedengaran. Hatinya benar-benar terluka.
“Tak
guna awak menangis sebab lelaki macam tu.”
Teguran
itu membuatkan esakan Zara terhenti. Dia mendongak bagi melihat suara yang
menegurnya. Jika tidak silap pendengaran, dia amat mengenali suara itu milik
siapa.
Hakimie
yang berdiri di hadapan Zara beraksi selamba. Dia menghulurkan sapu tangan
berwarna merah kepunyaannya kepada gadis itu.
Zara
pula tidak menjawab. Terkedu dia dengan kehadiran Hakimie di situ. Bagaimana
lelaki itu dapat tahu dia ada di sini? Ajaib.
******************************************************************************
TERESAK-ESAK
Zara menangis. Sakit benar hatinya mengenangkan sikap Ajib padanya tadi. Ajib
tanpa mahu menjaga hatinya, laju saja menggelar dia perempuan gila. Menyesal
sungguh dia kerana telah memberikan hatinya buat lelaki itu. Kalaulah dia tahu
lebih awal perangai sebenar Ajib, tak akan sesekali dia membenarkan lelaki itu
mencuri hati miliknya ini. Tapi… sikap dan peribadi yang Ajib tonjolkan padanya
dulu membuatkan dia tertipu.
Benarlah
kata orang, cinta itu buta. Dan kerana cinta itu buta jugalah dia tidak berjaya
melihat keburukan Ajib meskipun along dan Wanie sering menasihatinya agar
jangan percayakan Ajib. Uwaaa!!!
Hakimie
yang setia menemani Zara sudah menjulingkan biji mata ke atas. Inilah dia
perempuan. Asal putus cinta sahaja, pasti akan melalak tak ingat dunia.
Macamlah di dunia ini sudah kehabisan lelaki sampai meraung tak sedar diri.
Macam budak kecik!
“Sampai
bila awak nak menangis ni? Takkan nak menangis sempai ke subuh pulak?” tanya Hakimie pada Zara. Dia
sudah bosan mendengar tangisan gadis itu yang tak ada tanda merah mahu
berhenti.
Zara
yang masih melayan jiwa bluessnya
menoleh. Panjang muncungnya memandang Hakimie. Menyibuk betul mamat poyo itu. Suka hati dialah nak menangis sampai ke subuh sekali pun.
Hakimie peduli apa?!
Sejak
dia dapat tahu Hakimie itu anak Pak Cik Doktor, dia sudah jarang menghantar
makanan ke rumah Pak Cik Doktor. Takut terserempak lagi dengan Hakimie. Malas
dia asyik nak pandang wajah lelaki itu.
“Kalau
saya menangis sampai ke subuh pun… takde
kaitan dengan Encik Hakimie.” Zara meneruskan tangisannya yang terbantut
gara-gara teguran Hakimie. Benci benar dia dengan mulut celopar lelaki itu.
Menyibuk aje.
Kali
ini Hakimie sudah mendecit. Rimas benar dia mendengar tangisan Zara yang tidak
berhenti itu. Ikutkan hati memang dia nak tinggalkan Zara dan beransur pergi. Lantak
gadis itulah hendak melalak sekali pun. Ada dia kisah?
Tapi
bila mengenangkan jiwa gadis itu yang yang kacau-bilau, terus niatnya terhenti.
Takut juga jika Zara melakukan sesuatu yang bodoh. Orang bila putus cinta ni
suka buat perkara yang tak masuk dek akal. Pasal itulah dia tak boleh
meninggalkan Zara. Takut gadis itu terjun bangunan pula. Siapa yang tahu kan?
“Awak
ni macam budak-budaklah! Awak tahu tak… tak guna awak menangis beria-ia macam
ini disebabkan lelaki macam tu? Bazir air mata awak aje. Baik awak simpan air
mata tu untuk benda yang lagi penting dari menangis kerana lelaki tak ada
perasaan macam itu.” geram Hakimie dengan Zara. Kalaulah gadis itu adiknya,
mahu dia menunjal kepala Zara bagi betul sikit.
Zara
pandang Hakimie dengan pandangan pelik. ‘Macam mana dia tahu aku menangis sebab
lelaki?’ tanyanya pada diri sendiri.
“Encik
Hakimie intai saya ye?” tuduh Zara
sambil meluruskan jari telunjuknya ke wajah Hakimie.
“Buang
masa saya nak intai awak. Ingat saya ni takde
kerja lain ke selain daripada mengintai awak?”
“Habis
tu macam mana Encik Hakimie tahu saya menangis disebabkan lelaki?”
Hakimie
mendengus. “Kebetulan saya lalu dekat restoren tampat awak menyerang pasangan
tadi. Saya nampak awak marah-marah. Lepas tu awak keluar dan menangis.”
“Maknanya
Encik Hakimie ikut sayalah ya?”
“Awalnya
saya memang tak nak ikut awak. Tapi memandangkan saya ni ketua yang baik dan
tak sanggup lihat staf saya bunuh diri gara-gara cinta yang kecundang, jadi
saya pun ikutlah awak sampai ke sini. Lagipun, saya kenal mak bapak awak. Saya
tak sampai hati tengok mak bapak awak bersedih hanya kerana anaknya membunuh
diri disebabkan seorang lelaki. Memalukan keluarga saja.”
Zara
ketap bibir. Bila masa dia hendak bunuh diri? Hakimie saja yang suka fikir yang
bukan-bukan. Dia belum sampai ke tahap hendak membunuh diri gara-gara lelaki
kurus seperti Ajib itu.
Malas
hendak melayan Hakimie, Zara kembali menangis.
Hakimie
mendengus. ‘Alahai… ingatkan dah diam. Rupanya sambung lagi.’
“Boleh
tak berhenti menangis? Awak macam budak-budak tau kalau menangis macam ni.
Malulah sikit orang tengok.” Tegur Hakimie sedikit keras. Dari tadi mereka
menjadi bahan tontonan orang ramai. Namun Zara buat selamba sahaja. Langsung
takde rasa malu. Dia pula yang naik
segan bila mereka menjadi bahan tontonan.
“Encik
Hakimie tak faham. Encik Hakimie tak rasa apa yang saya rasa sekarang.” Balas
Zara. Bercakap dengan Hakimie bukannya lelaki itu faham pun apa yang dirasainya
ketika ini.
Sekali
lagi Hakimie mendengus. Sedap rasa saja Zara kata dia tak pernah rasa apa yang
dirasai oleh minah kelibut itu ketika
ini. Dia pernah merasai kehilangan. Bukan seorang wanita yang pernah
mendustainya, malah dua orang wanita yang amat disayanginya. Luka yang amat
dalam sehinggakan dia sukar untuk menerima kehadiran insan bergelar wanita lagi
di dalam hidupnya.
Cuma…
dia tidak suka menceritakan kisah hidupnya pada orang lain meskipun papanya
sendiri. Dia lebih gemar memendam sendiri apa yang dirasainya. Biarlah hanya
TUHAN sahaja yang mengetahui rahsia hatinya ini.
“Kalau
pun awak kata saya tak tahu apa yang awak rasa, tapi boleh tak awak jangan nak
meraung macam orang kematian laki? Benda dah jadi, biarkanlah ia berlalu. Yang
penting awak pandang ke depan dan bina hidup baharu semula. Jika ALLAH izinkan
usia awak masih panjang, awak pasti akan berjumpa dengan lelaki yang
benar-benar baik untuk awak. Tak perlulah awak nak menangis sebab lelaki yang
sekadar hendak mempermainkan perasaan awak tu. Dia sedap-sedap ketawa, awak
pula mati-mati kecewa bagai nak rak. Kuatlah sikit. Jangan nak lemah semangat
sangat. Awak tak akan mati tanpa cinta lelaki seperti itu.”
Sebak
pula hati Zara mendengar kata nasihat lelaki itu. Lantas, semakin kuat dia
menangis. Cengeng!
Gayanya
dah sama dengan gaya Anna menangis bila diusik dengan abangnya Ayit.
“Atau…
awak menangis sebab awak dah kehilangan ‘dara’ awak pada dia kut.” Terlintas
pula kenyataan itu di benak Hakimie. Iyalah… sudah Zara itu menangis macam
orang kematian lagi, manalah tahu dia menyesal sebab kehilangan ‘dara’nya.
Zaman sekarang ni ramai sangat orang yang terlanjur dalam bercinta.
Pappp!
Laju
Zara menampar lengan sasa Hakimie. Mulut lelaki itu lancang sangat mengata.
Ingat dia ni ‘murah’ sangatkah sampai nak serah ‘benda’ berharganya itu hanya
kerana cinta? Tolong sikit ya! Dia tak semurah itu.
“Auch… sakitlah!” Hakimie mengerang.
Sakit juga penampar gadis itu. Tak padan dengan tangannya yang kecil. Pedasnya
membuatkan kulitnya yang putih itu menjadi pijar.
Lengannya
digosok perlahan.
“Tau
pun sakit. Yang Encik Hakimie pergi fikir benda yang bukan-bukan tu kenapa?
Saya ni masih waras lagi tau. Masih ada iman di dada biarpun iman saya tak
sekuat mana. Saya masih sayangkan harga diri saya. Takkan nak serah harga diri
bulat-bulat dekat lelaki yang bukan suami kita. Encik Hakimie ingat… saya ni
bodoh ke?” gumam Zara geram. Hakimie ni kalau bercakap main lepas sahaja. Boleh
pula fikir sampai ke situ.
“Manalah
tahu kan? Orang sekarang ni demi cinta saja sanggup serahkan semua asal orang
yang dicintai tu tak lari pergi. Konon nak tunjuk buktilah yang cintanya itu
sepenuh hari. Last-last, sendiri yang merana bila si dia lari dengan perempuan
lain.”
“Itu
perempuan lain dan bukannya saya!” Zara bertegas dengan kata-katanya.
“Alhamdulillah…
kalau macam itu okeylah. Saya ingatkan awak tu menangis sebab dah takde ‘dara’.”
Kali
ini giliran Zara pula mendengus. Sakit hati bila Hakimie berulang kali
mengungkapkan ayat yang sama. Benci!
“Saya
bukan nangis sebab saya sedih kehilangan jantan keparat tu. Saya menangis sebab
saya rasa saya begitu bodoh dulu kerana percayakan dia. Saya sangka dia baik.
Rupanya dia lebih kejam dari Dracula. Benar kata along, si kurus cekeding itu
bukanlah lelaki baik untuk saya. Rugi saya tak dengar nasihat along sebelum ni.
Uwaaaa!” Zara menyambung tangis.
Zara…
Zara… boleh pula samakan Ajib dengan Dracula.
“Memang
awak bodoh pun.”
Hakimie
ni pun satu hal juga, bercakap main tembak aje. Langsung tak fikir perasaan
orang. Sudahlah Zara tengah sedih sekarang ni. Lagi dibantainya gadis itu. Kerek betul!
Zara
ni dah serupa orang buat filem pula menangis depan khalayak ramai. Tahulah dia
tengah kecewa, tapi janganlah sampai menangis di tempat awam macam ni. Nasib
baiklah mereka bukan selebriti. Jika tidak, tentu sudah ditangkap gambar curi
dan disiarkan ke laman muka buku untuk dijadikan cerita sensasi.
Sebuah
jelingan tajam Zara hadiahkan kepada Hakimie. Lelaki itu, asal buka mulut saja
pasti akan menyakiti hatinya. Lebih baik diam!
“Awak
tahu tak apa yang lelaki suka pada seorang perempuan?”
Malas
Zara nak layan. Nanti ada lagi ayat-ayat Hakimie yang bisa membuatkan dia
hilang sabar dan semakin kuat menangis. Kata-kata lelaki itu memang setajam
pisau yang bisa menghiris jiwa.
“Lelaki
ni biasanya tak suka perempuan yang cengeng. Yang kuat mengongkong. Yang kuat
membebel. Yang kuat menangis. Dan terlalu bergantung harap pada mereka. Lelaki
sukakan perempuan yang pandai berdikari dalam masa yang sama seorang yang
manja. Tapi manja dalam konsep ini bukanlah manja yang mengada-ngada dan kuat
merengek. Kalau yang itu, sah awal-awal lagi akan direject. Kalau boleh biarlah manja tu manja ada class dan valuenya yang
tersendiri.”
Manja
ada class dan value? Tak pernah dengar pun manja jenis begitu.
“Tapi
saya ni bukan tergolong dalam golongan yang Encik Hakimie sebut tu. Saya ni brutal tau. Manja-manja ni tak layanlah.”
Tanpa
dapat ditahan, ketawa Hakimie terhambur mendengar kata-kata Zara. ‘Brutal
konon! Brutal jiwa lara tu adalah.’
Mendengar
tawa Hakimie, Zara menghadiahkan sebuah jelingan maut buat lelaki itu. Kan dia
dah kata, Hakimie ini asal buka mulut sahaja pasti akan menyakitkan hati.
“Awak
ni kelakarlah Zara Dania. Mengaku diri tu brutal.
Tapi menangis macam minah-minah.” Hakimie ketawa lagi.
“Encik
Hakimie kalau bercakap sekadar nak menambahkan luka dalam hati saya ni, baik
tak usah nak bagi komen apa-apa. Menyakitkan hati saja.” Gumam Zara. Air
matanya sudah kering.
“Mungkin
bagi awak… awak bukan dalam golongan yang saya sebutkan tadi tu. Tapi… pandang
orang lelaki lain. Kalau dah menangis macam inilah, memang bukan tersenarai
dalam wanita pilihan. Sepatutnya bila awak bercinta, awak tak boleh serahkan
hati dan perasaan awak tu seratus peratus pada orang yang awak cintai. Kena
simpan sikit untuk awak. Jadi jika awak kehilangan orang yang awak cintai suatu
hari nanti, awak takdelah rasa sakit
yang teruk sangat. Awak pun kenalah jual mahal sikit kalau awak nak orang
lelaki menghargai awak. Kalau jual murah sangat, inilah padahnya. Senang-senang
aje kena tinggal. Orang lelaki ni biasanya sukakan perempuan yang pandai jual
mahal. Rasa berharga dan berbaloi dapat perempuan macam itu.”
Zara
hanya mendiamkan diri. Terasa dengan kata-kata Hakimie. Benarlah tu, sepatutnya
dia cuba jual mahal sikit bila Ajib menguratnya dulu. Bukannya murah sangat
sehinggakan Ajib tidak pandai menghargai cintanya. Dia lupa pada hakikat itu. Bukannya
dia tak pernah mengalami pengalaman ditinggalkan teman-teman lelakinya yang
sebelum ini sebelum Ajib. Dia saja yang tak serik-serik. Masih nak jual murah
siap ada diskaun lagi.
“Mulai
hari ini… awak kena tanam dalam diri awak yang awak tak akan mudah menangis
sebab lelaki lagi. Kalau awak berterusan macam ini, sampai bila-bila pun awak
tak akan jumpa lelaki yang benar-benar ikhlas sayangkan awak.” Hakimie terus
menerus menyuntik kata semangat kepada Zara. Tak salah rasanya dia hendak
membantu gadis itu memperbaiki dirinya.
“Lagi
satu… tolonglah ubah sikit penampilan awak ni.” komen Hakimie lagi. Zara ni
cantik, tapi penampilan agak kurang sedikit.
Zara
pandang dirinya. Ada yang kurang ke? Dia rasa okey aje. “Kenapa dengan
penampilan saya? Okey apa?”
“Sebagai
perempuan, awak kenalah sentiasa kelihatan cantik. Bukan pakai asal tangkap
muat saja seperti yang awak pakai sekarang ni. Cuba tengok cara awak
berpakaian? Orang lelaki mana yang akan pandang. Jadilah wanita yang
berpersonaliti. Yang sentiasa tahu berhias.”
Benarlah
berhias itu hanya untuk suami sahaja. Namun dalam kes Zara ini, dia masih boleh
berhias untuk kelihatan menarik. Bukannya berpakaian seperti ini.
“Salahkah
saya pakai macam ni. Okey apa?”
“Awak
rasa memang okey. Tapi orang lelaki tak suka sangat tengok perempuan pakai
macam ni. Ni… entah fesyan apa tah! Nenek saya lagi pandai berfesyen daripada
awak. Tapi itu bukanlah bermakna awak mesti pakai yang menjolok mata. Cukup ala
kadar dan nampak menarik.”
Amboi…
Hakimie ni, bukan main lagi mengutuk. Dah serupa perunding kecantikan pula
lagaknya mengutuk penampilan Zara. Langsung tidak diendahkan perasaan gadis
itu.
Zara
ketap bibir. Sesuka hati pula lelaki itu mengutuk dia. Takkan dia nak pakai
gaun kembang ke pejabat? Dah giler!
Nanti teman-teman satu pejabat ingat dia sudah sewel pula.
Mungkin
benar kata lelaki itu, dia perlu mengubah cara dia berpakaian. Alongnya dan
Wanie juga sering mengutuk penampilannya yang sekarang ini. Konon fesyennya ini
sudah ketinggalan zaman.
Mungkin
inilah masa untuk dia berubah. Ubah cara penampilan dan bersikap jual mahal sedikit.
Zara bangun dari duduknya. Membuatkan Hakimie sedikit terkejut dengan
tindakannya yang spontan itu.
“Mulai
hari ini… saya Zara Dania Binti Muhammad Zainal tak akan mudah menyerah pada
lelaki. Saya pasti kuatkan semangat dan buat kaum lelaki pula yang tunduk pada
saya.” Penuh keazaman Zara menyuarakan tekadnya. Lagaknya itu kelihatan comel
ala-ala gadis korea.
“Terima
kasih bos!” ucapnya kepada Hakimie. Sebuah senyuman dihadiahkan buat lelaki
itu.
Hakimie
membalasnya.
Terpanar
seketika Zara melihat senyuman ketuanya itu. Hensem! Hatinya sudah mula pandai memuji. Heheheee…
BERSAMBUNG...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan