TIGA
Mawar merah
**15**
“ZARA!”
Panggil Puan Inara.
Zara
yang sedang bersenang-lenang menonton rancangan Melodi di depan TV, mendongak.
Wajah uminya dipandang.
“Ada
apa umi?”
“Zara
tolong umi hantar kuih karipap ni dekat rumah Pak Cik Helmie.” Puan Inara mengunjukkan
bekas Tupperware kepada anaknya yang kini sudah duduk.
“Alaaa…
orang malaslah umi. Tunggu abah balik nantilah. Biar abah aje yang bagi dekat
Pak Cik Doktor.” Zara mengeluh. Malas benarlah dia nak ke rumah keluarga Pak
Cik Doktor. Nanti tak pasal-pasal dia terserempak lagi dengan anak bujang Pak
Cik Doktor yang poyo itu. Dia tak
naklah! Sudahlah dekat ofis berjumpa, takkan hujung minggu begini pun dia kena
menghadap muka mamat poyo yang eksennya nak mampus itu. Huh!
“Hisy… Zara ni pemalas sungguh. Nak
tunggu abah balik dari pekan, sejuk karipap ni nanti. Tak sedap dimakan.”
Zara
mendecit. Uminya pun satu hal juga. Kerap sangat beri makanan dekat Pak Cik
Doktor. Tahulah umi dengan abahnya ini berhati mulia. Gemar bersedekah pada
jiran tetangga mereka, tapi janganlah lebih-lebih pula. Dah tu… asal nak
disuruh menghantar mesti dia yang menjadi mangsa. Macamlah dia ini posmen.
Sudahlah
dulu Hakimie pernah menggelar dia posmen gara-gara dia menyampaikan surat
wanita bernama Eriza itu kepada Hakimie. Sekarang ini, uminya pula sudah
membuatkan dia benar-benar menjadi posmen. Nak hantar makanan ke sebelah, mesti
dia yang menjadi tukang hantarnya.
“Alaaa…
yang umi pun rajin sangat nak beri makanan dekat jiran kita tu kenapa? Orang
malaslah nak ke sana.” Rengek Zara tidak suka.
“Zara
Dania!” Puan Inara sudah meninggikan sedikit suaranya tanda dia menegur cara
anaknya itu menjawab. Siap sebut nama penuh anaknya itu lagi. Itu sebagai tanda
dia benar-benar tidak suka dengan cara anaknya bercakap.
Zara
melepaskan keluhan. Rasa bersalah pula dia kerana berkata begitu pada uminya.
Pantas dia menunduk dan berkata, “Orang mintak maaf umi.”
Kali
ini Puan Inara pula melepaskan keluhan. Tidak betah dia hendak marah-marah pada
si anak yang begitu mudah melafazkan kata maafnya itu.
“Orangnya
bukannya sengaja tak nak tolong umi hantar karipap tu dekat Pak Cik Doktor,
cuma….” Zara mematikan ayatnya di situ. Keluhannya dilepaskan lagi. Kali ini
kedengaran lebih berat daripada tadi.
“Cuma
apa?” tanya Puan Inara mahu tahu. Selalunya bila disuruh menghantar apa-apa
makanan ke rumah Dr. Haji Helmie, jarang juga anaknya itu memberi alasan. Namun
sejak dua tiga hari ini, jika disuruh banyak sangat alasan Zara. Alamatnya
kenalah suaminya yang menghantar makanan yang ingin diberikan kepada jiran
sebelah rumah mereka itu.
“Cuma
dekat rumah Pak Cik Doktor sekarang ni ada jembalang tanah. Orang tak naklah
terserempak dengan jembalang tu. Nanti dia hisap pulak darah anak sunti umi ni pulak. Umi nak ke jembalang tanah tu
sedut darah anak gadis umi ni? Kesian orang….” Selamba saja Zara berkata sambil
menarik panjang perkataan ‘kesian orang’ itu. Ikut sedap mulut dia saja gelar
Hakimie sebagai jembalang tanah. Sudahlah dia panggil Hakimie Mamat Poyo, sekarang ni panggil jembalang
tanah pula. Macam-macamlah gelaran ‘manja’ yang dia bagi pada Hakimie ni.
Puan
Inara menggeleng-geleng. Dua orang anak perempuannya, si along dan adik ini
memang bijak mencipta alasan. Nampak sangat Zara ni menurun perangai anak
sulungnya yang bernama Fara Deeba itu. Tak pernah-pernah dekat rumah Dr. Haji
Helmie ada jembalang tanah, pandai-pandai saja anaknya buat cerita. Terdengar
dek jiran tetangga, kan tak elok. Menjatuhkan nama baik Dr. Haji Helmie saja.
Nanti dituduh ‘membela’ pula jirannya itu hanya kerana kelancangan tutur kata
anak gadisnya ini.
“Dah!
Jangan nak reka alasan bijaksana awak tu Zara Dania. Nah… tolong umi hantar
kuih karipap ni pada Pak Cik Helmie. Kesian dia takde makanan untuk minum
petang. Bersedekah ni banyak pahalanya. ALLAH galakkan kita bersedekah walaupun
sedikit.” Dalam menyuruh, sempat juga Puan Inara berkhutbah kepada anak daranya
yang pemalas itu.
“Tapi
nanti jembalang tu terkam orang.” Zara masih mahu memberi alasan tak gunanya
itu.
“Eheh…
anak dara umi ni. Menjawab aje kerjanya. Dah. Dah. Pergi hantar kuih ni. Takde
maknanya hantu jembalang awak tu. Dah! Pergi tolong umi.” Pantas Puan Inara mencapai
remote astro dan terus ditekan butang
off.
“Apa
ni umi? Orang baru nak tengok gosip pasal Zizan bercinta dengan Emma Maembong
tu.” Zara mengeluh bila uminya mematikan siaran. Baru nak dengar kenyatan dari
Zizan dan Emma Maembong, umi sudah mematikan siaran tersebut.
“Tak
payah nak menyibuk urusan dunia seni. Takde
makna pun. Dari menyibuk urusan dia orang, lebih baik Zara tolong umi. Dapat
juga ganjaran pahala dari ALLAH.”
Zara
memuncung. Malas-malas dia bangun dari duduknya dan mencapai bekas Tupperware
berisi kuih karipap yang masih panas itu.
‘Minta-mintalah
si mamat poyo tu takde dekat rumah.’ Doa Zara dalam hati.
Ketika
keluar dari rumah, dia menjenguk kepala ke halaman rumah Dr. Haji Helmie yang
bertentangan dengan rumah mereka. Yang tersadai di garaj lelaki itu hanyalah
sebuah kenderaan jenis Toyota Harrier kepunyaan Dr. Haji Helmie. Ini membuatkan
Zara menghela nafas lega.
‘Alhamdulillah…
takde mamat poyo tu. Senang sikit kerja aku.’
Dengan
senang hati, Zara pun melangkah untuk ke rumah Dr. Haji Helmie.
Berlenggang-lenggok dia.
Lonceng
tepi pintu pagar ditekan. Selang beberapa minit selepas menekan lonceng, keluar
Dr. Haji Helmie bersama senyuman di bibir.
“Assalammualaikum
pak cik.” Tegur Zara.
“Waalaikumusalam.
Masuk Zara.” Balas Dr. Haji Helmie mempelawa Zara masuk ke dalam.
Pintu
pagar automatic itu dibuka. Kemudian Zara melangkah mendekati Dr. Haji Helmie
yang berdiri di depan muka pintu.
“Ini
umi suruh Zara hantar kuih karipap untuk pak cik.” Zara menghulurkan bekas
Tupperware kepada Dr. Haji Helmie.
“Terima
kasih. Aduh… susah-susah saja.” Balas Dr. Haji Helmie sambil menyambut bekas
Tupperware yang Zara hulurkan kepadanya.
“Zara
temankan pak cik minum petang. Kebetulan pak cik ada bancuh milo. Rasa tak
seronok pula minum petang seorang diri. Kebetulan ada Zara ni, ada juga teman
pak cik.”
Zara
sudah tersengih bagaikan kerang busuk. Permintaan lelaki sebaya abahnya itu
menarik simpati di hatinya. Dia yakin, pasti Pak Cik Doktor merasa sunyi
tinggal di rumah besar ini seorang diri.
“Zara
tunggu kat gazebo tu. Pak cik nak tukar kuih karipap ni masuk dalam pinggan.
Nanti kita boleh minum sama-sama.” sambung Dr. Haji Helmie lagi.
Belum
sempat Zara menutur kata, lelaki itu sudah menghilangkan diri ke dalam rumah.
******************************************************************************
BANYAK
pula cerita Dr. Haji Helmie. Sehinggakan Zara tidak dapat lagi hendak melarikan
diri dari situ. Salahnya juga. Yang pergi gatal-gatal bertanyakan pasal si
Hakimie itu buat apa. Kan Pak Cik Doktor sudah mula bercerita panjang tentang
satu-satu anak lelakinya itu. Cerita pasal Hakimie dari zaman lelaki itu
kanak-kanak hingga ke hari ini. Satu-per-satu rahsia Hakimie dibuka Pak Cik
Doktor pada Zara.
Barulah
Zara tahu kenapa Hakimie begitu marah padanya ketika dia memberikan surat Eriza
kepada lelaki itu tempoh hari. Rupanya, Eriza itu bekas tunangan Hakimie. Namun
Eriza berlaku curang dan meninggalkan Hakimie kerana lelaki lain.
Mendengarkan
cerita itu, tumpah juga rasa simpati Zara pada Hakimie. Rupanya Hakimie ada
pengalaman pahit dengan wanita. Padanlah lelaki itu nampak cukup dingin melayan
staf wanita di pejabat. Ada udang disebalik mee rupanya.
“Kimie
tu nampak aje macho, tapi dia
sebenarnya anak yang manja dan cepat terasa hati. Dia jarang mengadu masalahnya
pada pak cik namun pak cik tahu Hakimie banyak memendam rasa. Dia tak nak
susahkan pak cik sebab itulah dia tak suka nak bagitau pak cik apa-apa pun.”
Dr. Haji Helmie masih meneruskan ceritanya mengenai Hakimie. Sambil bercerita,
dia akan ketawa kecil mengenangkan sikap anak bujangnya itu.
Dari
kecil hingga dewasa, Hakimie memang anak yang nakal. Namun nakal Hakimie hanya
padanya saja. Pada orang lain, Hakimie sering berlagak serius.
Zara
tidak membalas. Hanya menadah telinganya
untuk mendengar cerita Dr. Haji Helmie yang seterusnya. Banyak jugalah cerita
pasal mamat poyo itu yang diketahuinya
daripada Dr. Haji Helmie.
“Tapi
satu sikap dia yang pak cik tak berkenan. Bila pak cik tanya bila nak bawa
calon menantu balik jumpa pak cik, mulalah dia mengelak bagi banyak alasan.
Kata belum bersedia. Pak cik tahu dia pernah kecewa kerana Eriza. Tapi jangan
disebabkan kekecewaan itu dia hukum perempuan lain pula. Tak semua perempuan
itu perangainya sama.”
Sambil
mendengar, Zara mengangguk-anggukkan kepalanya bagai burung belatuk. Bersetuju
seratus dua puluh peratus dengan omongan Pak Cik Doktor. Bukan semua perempuan
sama. Contohnya adalah dia! Dia inikan jenis perempuan yang setia pada cinta.
Hanya kaum lelaki yang tak berhati perut saja yang selalu membiarkan dia
terluka dan disakiti. Uwaaa!
“Hakimie
tu umur dia berapa pak cik?” Zara bertanya. Depan Dr. Haji Helmie dia tidak
membahasakan Hakimie sebagai Encik Hakimie. Lagipun dia malas hendak
memberitahu Dr. Haji Helmie bahawa dia dengan Hakimie bekerja di bawah satu
bumbung yang sama. Biarlah lelaki itu tidak tahu apa-apa.
“Dah
dua puluh lapan tahun. Dah elok sangat kalau dia berumah tangga. Dulu zaman pak
cik, umur baya Kimie sekarang ni pak cik sudah ada Hakimie.” Dr. Haji Helmie
menjelaskan usia Hakimie yang sememangnya Zara tak pernah tahu pun. Rupanya
lelaki itu seangkatan dengan usia abang iparnya, Abang Ery.
“Kalau
begitu memang dah elok sangatlah dia berumah tangga kan pak cik.” Balas Zara
bersama senyuman di bibir. Dalam kepala dia sudah merencanakan satu rancangan
khas buat Hakimie. Heheheee…
Amboi…
tu bunyi ketawa jahat saja. Sah otak penuh geliga Zara sudah merangkak satu
rancangan untuk mengenakan Hakimie.
“Memang
dah elok sangat Zara.”
“Kenapa
pak cik tak carikan calon untuk Hakimie? Mana tahu dia berkenan dengan calon
yang pak cik carikan.” Zara sekadar memberi cadangan. Jika menjadi, dapatlah
dia memtertawakan lelaki itu. Dia masih belum ada peluang untuk membalas dendam
dengan apa yang sering Hakimie lakukan pada dia dekat pejabat. Jadi inilah masa
untuk dia membalas dendam. Kah kah kah!
“Pak
cik dah puas kenalkan dia pada anak-anak perempuan kenalan pak cik. Tapi satu
pun dia tak berkenan.”
“Pak
cik cubalah lagi. Mana tahu kali ni Hakimie berkenan dengan calon pak cik tu.”
“Pak
cik dah kehabisan calon Zara.” Ujar Dr. Haji Helmie. Sudah habis anak-anak
temannya yang diperkenalkan kepada Hakimie tapi satu pun tidak menjadi.
“Zara
ada calon?” akhirnya dia bertanya kepada Zara pula. Manalah tahu kut-kut gadis
manis itu ada calon yang sesuai untuk Hakimie. Tidak pun… apa kata Zara
calonkan dirinya saja. Dia lagi suka jika Zara yang menjadi pasangan Hakimie.
“Hmmm… ada! Anak Mak Cik Munah yang duduk
dekat rumah hujung blok A. Cantik perempuannya. Nama dia Neelofa. Macam nama
artiskan pak cik.”
Amboi
Zara. Dah persis ajen mencari jodoh pula dia.
Dahi
Dr. Haji Helmie berkerut. Cuba membayangkan wajah anak Puan Munah dan Encik
Sarip yang Zara cadangkan itu. Dia jarang nampak anak gadis itu. Tapi namanya
kedengaran sedap. Manalah tahu muka sama cantik dengan pelakon bernama Neelofa
itu.
“Kalau
pak cik nak… Zara boleh aturkan pertemuan. Yang penting, pak cik kenalah suruh
Hakimie jumpa dia. Nanti pandailah Zara carikan tempat untuk dia orang berjumpa.
Pak cik janganlah risau. Semuanya akan ditanggung beres.” Ujar Zara sambil
menaikkan ibu jarinya tanda ‘baik’.
“Tapi…
Kimie mahu ke? Dia tu banyak sangat alasannya.”
“Kita
cuba dululah. Nanti Zara cuba tanya Lofa. Okey tak?”
Akhirnya
Dr. Haji Helmie mengangguk tanda bersetuju dengan rancangan gadis muda di
depannya itu.
Manalah
tahu Hakimie boleh berkenan dengan si Neelofa. Kan… kan… kan!
******************************************************************************
“MINGGU
depan Kimie sibuk tak?” tanya Dr. Haji Helmie ketika dia menghubungi anaknya itu.
“Tak.
Minggu depan Kimie free.” Hakimie
menjawab. Sebetulnya minggu depan dia tiada apa-apa rancangan yang hendak
dilakukan.
“Bagus!”
balas Dr. Haji Helmie sedikit bersemangat.
Suaranya
itu mengundang curiga di hati Hakimie.
“Papa
dah aturkan pertemuaan Kimie dan Lofa. Minggu depan papa mahu Kimie jumpa
Lofa.”
“Hah?!”
Terkejut beruk Hakimie dengan kata-kata papanya. Takde angin, takde ribut,
tiba-tiba papanya mengatur temujanji untuk dia pula.
“Saper Lofa tu? Kimie tak pernah dengar
pun nama tu.” tanya Hakimie inginkan kepastian.
“Alaaa…
anak dara Puan Munah dan Encik Sarip yang duduk dekat blok A tu. Cantik
orangnya. Kimie kenal-kenallah dulu. Papa dah aturkan temujanji Kimie dengan
Lofa.” Ujar Dr. Haji Helmie cuba meyakinkan anak bujangnya. Sedangkan hakikat
sebenar dia sendiri tidak pernah bertemu dengan Neelofa anak Encik Sarip itu.
Kalau Encik Sarip tu memang pernahlah dia jumpa sesekali dekat surau taman
perumahan tempat mereka tinggal.
Dahi
Hakimie berkerut. Sudah lama papanya tidak mencarikan jodoh untuknya, alih-alih
malam ini ‘penyakit’ lama papanya itu muncul kembali.
“Tapi…”
“Takde tapi-tapi. Papa tak nak dengar
sebarang alasan. Keputusan papa muktamad. Jangan Kimie nak malukan papa pula.
Dahlah, papa nak solat ni. Azan dah berkumandang. Assalamualaikum.” Cepat-cepat
Dr. Haji Helmie mematikan talian.
Setelah
talian dimatikan, dia dengan Zara sama-sama ketawa gembira.
Dalam
hati, Zara sudah terbayangkan adegan pertemuan penuh lawak antara Hakimie
dengan Neelofa.
‘Kah kah kah… padan muka kau mamat
poyo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan