W4J4H-W4J4H K354Y4N64NKU

Rabu, 31 Julai 2013

3 MAWAR MERAH24







TIGA
Mawar merah
**24**

PEEWITTT! Sorang aje ke?” tegur si Koman, gangster paling terkenal dekat taman perumahan ini. Kerjanya malam-malam asyik melepak dengan sekutunya dekat taman permainan itu. Dah macam orang takde rumah pulak. Kerjaya tetap kut!
Zara tidak menghiraukan usikan Koman. Dia mempercepatkan langkahnya. Malas benar dia hendak melayan Koman yang perasan hensem itu bersembang. Dahlah rambut mengerbang macam tak pernah disyampu bertahun-tahun, gigi pula kuning berkarat. Benci betul dia tengok si Komen itu.
Jika bukan disebabkan tekaknya yang teringin sangat nak makan burger Abang Ramlee, jangan haraplah dia nak keluar malam-malam begini. Baik dia duduk dekat rumah tengok kartun kegemarannya Doc McStuffins. Menyesal pula dia tak bawak skuter tadi. Kalau bawak tadi, takdelah dia kena lalu depan mat-mat haprak ini.
“Amboi… sombongnya. Abang tanya sikit pun tak jawab.” Koman bersuara lagi. Kini dia sudah bangun dari duduknya dan melangkah mengekori Zara.
Zara menjeling. Langkahnya diatur laju. Dalam benci dan meluat dengan si Komen mereng itu, tetap terselit rasa takutnya pada Koman. Manalah tahu kalau-kalau Koman bertindak diluar dugaan. Naya dia!
“Zara… janganlah macam ni. Abang ni dah lama tau terliur dekat Zara. Bagilah abang merasa Zara sikit. Sikit pun takpe. Asal dapat rasa je.” Koman sudah berdiri di depan Zara. Menghalang gadis itu dari meneruskan langkahnya. Geng sekutu pula sudah ketawa berdekah-dekah. Biasalah… watak sampingan mana boleh nak komen lebih-lebih.
Hey… jangan nak kurang ajar tau! Mulut tu jaga sikit.” bentak Zara. Sakit hati mendengar ayat kurang ajar si Koman tak sedar diri itu. Ingat dia ni makanan ke nak rasa-rasa?! Memang mulut si Komen itu celopar tahap melampau.
“Aduh… melawanlah geng. Ini yang aku suka ni. Lagi melawan, lagi mencabar. Buat aku jadi geram! Auwwww!!!”
Watak sampingan ketawa lagi mendengar ayat ketua mereka yang seterusnya.
Zara ketap bibir. Geram dengan Koman dan geng sekutunya. Dia ingin melangkah, namun Koman menghalang. Tangannya didepangkan.
“Hey! Kau buat apa ni? Tepilah! Aku nak lalu.” Bentak Zara tunjuk garang. Waktu-waktu kecemasan seperti ini, baik dia bertindak releks daripada gelabah. Nanti tak pasal-pasal Koman senang mengesan tahap gementar di hatinya itu.
“Nak lalu ke? Boleh! Tapi sebelum tu cium kat sini dulu.” Koman menunjukkan jari telunjuknya ke pipi. Bukan senang dia hendak mendapat peluang keemasan seperti ini. Sudah lama dia perhatikan Zara, gadis itu nampak sombong benar dengannya. Jika dia mengusik, Zara selalu buang muka dan memberinya jelingan tajam. Malam ini… apa kata dia ambil peluang yang ada untuk ‘mencuba’ gadis manis itu. Kebetulan, tak ada orang di taman itu kecuali dia dan kawan-kawannya.
Rasa mahu saja Zara melempang si Koman. Ada hati nak mintak dia cium. Huh! Jangan harap. Ingat muka tu licin selembut kulit bayi ke dia nak cium-cium? Tak sedar diri kulit muka tu menggerutu macam jalan raya belum kena tar.
Zara cuba untuk bergerak ke tepi. Mencari ruang untuk memboloskan diri dari tangan Koman yang didepangkan.
Eheh… nak ke mana pulak ni? Zara belum cium abang lagi tau. Mana boleh pergi macam tu aje.” Koman menghalang lagi. Dia tidak sesekali membiarkan Zara terlepas pergi.
Watak-watak sampingan juga sudah mula menghalang perjalanan Zara. Ikut sama bertindak seperti tindakan ketua mereka.
Heykorang ni kenapa ha? Takde kerja lain lagi ke nak kacau anak dara orang. Nanti aku bagitau dekat mak bapak korang. Biar padan dengan muka korang semua!” Zara mengugut. Sebenarnya dia sudah mula cuak dengan tingkah Koman bersama tiga sahabatnya itu. Macam orang khayal baru telan benda yang bukan-bukan aje. Mata tu merah seperti saga.
‘Ya ALLAH… lindungilah hambaMU ini.’ Dalam hati Zara memohon doa. Meminta perlindungan daripada TUHAN Yang Maha Berkuasa.
“Alaaa… tak takut. Bagitaulah. Tapikan… rasanya kalau dah ‘merasa’ kau ni, mana kau berani lagi nak bagitau mak bapak kita orang. Mesti malu. Silap-silap bunuh diri.” Kid pula bersuara sambil terkekeh-kekeh ketawa. Anak muda yang baru berusia tujuh belas tahun ini awal-awal lagi sudah rosak. Sayang!
Koman and the gang ketawa kuat. Ketawa persis watak-watak penjahat dalam drama-drama melayu. Ini membuatkan Zara semakin cuak. Tambahan pula keadaan di situ agak sunyi sepi. Tak seperti selalu yang agak riuh dengan anak-anak muda melepak dekat taman. Mungkin disebabkan geng keparat ini sedang melepak di sini, jadi tiada seorang pun yang sudi melepak di situ malam ini. Mana tidaknya, jika Koman and the gang ada di sini, pasti buat kacau. Tidak mahu bercampur dengan Koman and the gang, maka anak-anak muda yang selalu bersembang-sembang di situ tiada malam ini.
“Abang dah lama sukakan Zara. Bagilah abang ‘merasa’ Zara malam ni. Abang janji akan layan Zara dengan baik. Tak bagi sakit punyalah. Kalau sakit pun sebab pecah dara aje!” Koman mula menghampiri Zara. Mahu dipegangnya tangan gadis itu, namun Zara menepis dengan kasar.
“Kurang ajar!” bentak Zara. Dia ingin menampar, namun serentak itu jugalah pergelangan tangannya disambar oleh Koman.
“Janganlah main ganas macam ni sayang. Nanti abang main ganas juga, sayang sendiri yang sakit. Kalau sayang berlembut, abang pasti layan dengan lembut. Sedap!!!!!”
Kata-kata Koman disambut dengan gelak tawa teman-temannya yang bodoh itu.
Kecut perut Zara bila Koman sudah mula mahu menarik tangannya. Seperti mahu mengheretnya ke taman yang sunyi sepi itu. Di fikirannya kini sudah terbayang kejadian buruk akan menimpa diri.
“Lepaslah!” teriak Zara. Dia rasa ingin menangis namun air matanya tidak pula mahu keluar. Rasa takut sudah beraja di hati.
Pertama kali dia jadi takut sebegini. Mungkin kerana Koman and the gang ini otak tak betul membuatkan Zara naik takut bukan kepalang. Takut jika dia diapa-apakan oleh manusia-manusia tak ada perasaan hormat itu.
Dalam sibuk bertarik tali dengan si Koman, ada cahaya lampu tertuju pada mereka. Membuatkan tindakan bertarik-tarik itu terhenti.
Cahaya itu membuatkan pandangan Koman menjadi silau dan membuatkan dia mengangkat sebelah tangan bagi menghalang cahaya mengenai anak mata. Zara turut melakukan tindakan yang serupa.
Seseorang turun dari perut kenderaan.
“Lepaskan dia.” Ujarnya keras.
Wah… gaya dah serupa hero Malaya. Siapa agaknya dia ini ya?
Disebabkan perasaan takut yang teramat sangat, Zara tak cam suara itu milik siapa.
Heylu saper ah? Kalau lu mau betina, cari tempat lain la. Ini wa yang punya. Wa yang rembat dulu. Kalau lu mau, bagi wa rasa dululah baru wa pass dekat lu. Itu pun kalau lu sanggup tunggu la sebab geng wa pun nak merasa juga barang bagus.”
Samsengnya si Koman. Siap ber’lu-wa’ lagi.
Rasa mahu saja Zara menampar mulut celupar Koman yang tak ada insurans itu. Sesuka hati nak gelar dia ‘betina’. Ingat dia ni binatang ke nak betina-betina. Kurang ajar betul lelaki ni! Dah tu… siap nak pass-pass dia lagi macamlah dia ni bola.
Lelaki yang wajahnya tidak dapat Zara cam kerana silau cahaya lampu melangkah menghampiri mereka. Bergaya sungguh caranya melangkah dengan kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.
Lu jangan datang dekat. Betina ni wa yang punya!” Ujar Koman. Ikutkan hati, dia sebenarnya sudah cuak bila lelaki bertubuh sasa itu sudah menghampiri mereka. Mahunya lelaki itu membelasahnya, mampus! Jatuhlah saham dia depan pengikut-pengikutnya itu. Dia ni bukanlah kuat mana pun. Setakat samseng taman permainan kanak-kanak aje.
Setakat nak kacau anak dara orang tu, dia beranilah. Kalau dah berdepan dengan lelaki tegap macam ini, memang kecut perutlah dia.
Amaran Koman tidak dihiraukan. Langkah pemuda itu semakin dekat. Dan bila langkah itu sudah benar-benar di hadapan mereka semua, Zara terkedu. Dia cukup kenal dengan lelaki itu. Bulat matanya memandang wajah Hakimie yang serius. Macam singa jantan daaa!!!
“Aku bagi kau dua pilihan, nak rasa penumbuk aku atau nak rasa sepak terajang aku? Pilih yang mana satu kau nak!” Selamba saja Hakimie bertanya sambil tangan dikeluarkan dari poket seluar. Butang baju kameja dibuka katupnya lalu tangan baju disinsing hingga ke paras siku.
“Dah buat pilihan?” Tajam matanya menikam wajah Koman and the gang. Satu-per-satu wajah yang berdiri di hadapannya itu dipandang bagaikan ingin ditelan hidup-hidup. Setakat Koman and the gang ini, bukanlah lawannya.
Koman telan air liur. Terasa perut air liur melalui ruang kerongkongnya. Begitu juga dengan ahli kumpulannya yang bertiga itu. Masing-masing sudah menelan air liur yang terasa perit semacam. Kid, budak kecik itu sudah bersembunyi di belakang Koman. Tadi bukan main temberang lagi dia berkata-kata. Sekarang… kecut tak ada ‘jantan’. Hilang taikonya.
“Okey. Takpe. Aku lepaskan dia. Kalau kau nak sangat, nah… ambik! Aku pun tak heran sangatlah betina sombong macam ni.” Koman menolak perlahan tubuh Zara kepada Hakimie.
Mujur Zara tak terjelepok jatuh. Tubuhnya sempat dipaut kemas oleh Hakimie.
“Jom geng. Kita blah.” Koman yang berlagak samseng itu dengan terkocoh-kocoh segera mengajak gengnya berlalu dari situ. Naya jika mereka berlama-lama di situ. Melihat susuk tubuh lelaki itu, dia tahu lelaki itu bukanlah saingannya.
Setelah Koman and the gang berlalu, Hakimie memandang Zara. Gadis itu diam tidak berkutik. Selalunya, bukan main lagi mulut tu. Macam peluru torpedo.
Menyedari tangan Hakimie yang masih memaut kemas lengannya, Zara cepat-cepat menjarakkan diri. Wajah sudah menunduk memandang jalan raya. Pasti ketika ini wajahnya sudah bertukar ke warna merah jambu.
‘Aduh! Apasal dengan aku ni? Kenapa pulak tiba-tiba nak malu-malu kucing? Haish!’
“Dah! Jom saya hantar awak balik.” Ujar Hakimie. Dia sudah mula berpusing untuk ke keretanya semula.
Sebenarnya perasaan dia juga sudah lain benar waktu ini. Untuk mengcover perasaan yang entah apa-apa itu, dia buat-buat serius.
Namun, Zara masih lagi di situ. Diam dan langsung tidak mahu bergerak. Perasaannya jadi tidak menentu.
Hakimie berpaling. Dia merengus kuat. Keras kepala betul minah kelibut itu. Sudah ditawarkan pertolongan pun, masih nak tunjuk keras kepala. Tanpa mempedulikan Zara, dia segera masuk ke perut kereta dengan wajah yang tegang. Dia memang tak suka dengan orang yang degil seperti Zara.
Perlahan dia menggerakkan kenderaan yang dipandu. Sampai di tempat Zara berdiri, kenderaan diberhentikan.
“Saya kira hingga tiga, kalau awak berkeras tak nak masuk jugak, saya tinggalkan awak dekat sini. Biar geng perogol bersiri tadi tu datang rogol awak beramai-ramai. Jadi apa-apa, awak jangan nak menyalahkan saya pulak. Saya dah tolong, awak tu yang buat perangai degil keras kepala.”
Zara memuncung. Dia mendengus mendengar ayat Hakimie yang main lepas saja. Langsung tak fikir hati dan perasaannya.
“Satu…” Hakimie mula mengira.
Muka serius sambil pandangan tertala ke depan. Langsung tak menoleh pada Zara yang sudah terkulat-kulat itu. Berkira-kira sama ada mahu ikut atau terus berdegil dengan egonya.
‘Masuk ajelah Zara. Janganlah tunjuk keras kepala kau tu. Kau nak ke jumpa dengan si Koman mereng tu dengan geng dia lagi? Dari kau terpaksa menghadap muka tak hensem Koman itu, baik kau terima pelawaan mamat poyo ini. Selamat dunia akhirat.’ Suara hatinya menyuarakan pendapat.
“Dua…” Hakimie masih meneruskan pengiraannya.
Kalau Zara tak naik juga setelah dia menyelesaikan pengiraannya, dia tetap akan meninggalkan gadis itu. Lantaklah nak jadi apa sekali pun. Sudah Zara itu yang tunjuk keras kepala depan dia, kan?
Zara menghela nafas. Tanpa berlengah, dia terus masuk ke dalam perut kereta Hakimie. Egonya terpaksa diketepikan. Jika terlalu mementingkan egonya yang melangit itu, buruk padahnya. Nanti tak pepasal, si Koman mereng itu datang semula bersama geng keparatnya. Untung ada manusia yang menghulurkan bantuan ini, terimalah bantuan itu dengan hati yang terbuka. Lupakan sebentar bahawa lelaki itu adalah mamat poyo!
Melihat Zara yang berdesup masuk ke dalam keretanya, membuatkan Hakimie rasa hendak ketawa. Namun disimpan kemas rasa lucunya itu di dalam hati. Wajah serius masih dipamerkan depan gadis itu.
‘Nampak aje ala-ala berani tapi rupanya penakut.’ Komennya dalam hati.
Berada dalam kereta bersama mamat poyo itu, Zara hanya membatukan diri. Diam tidak berkutik. Jika selalu, asal bertembung dengan mamat poyo itu pasti dia akan melancarkan serangan. Tak henti-henti mulutnya bagaikan bertih jagung.
Namun malam ini dia hanya mampu mendiamkan diri. Tiada ayat-ayat ‘manja’ yang terluah dari bibirnya yang seksi itu. Dia sudah kehilangan kata-kata. Perasaannya bercampur-baur.
Sampai saja di depan pintu pagar rumah, Zara terus membuka pintu kereta. Tanpa menoleh, tanpa ucapa terima kasih, dia terus keluar dari perut kenderaan yang dipandu Hakimie. Menonong dia berjalan masuk ke dalam rumah dengan wajah yang cukup membahang.
Hakimie yang melihat hanya mampu menggelengkan kepala. Namun dalam masa yang sama, bibirnya mengukir senyuman segaris. Senyuman bersulamkan bahagia.
Dan Zara, masuk saja ke dalam biliknya terus menghumban badan ke atas katil bertilam empuk. Dia mendengus. Memarahi kedegilan diri. Memarahi kesombongan diri yang langsung tidak tahu hendak beradab.
“Bodoh sombonglah kau ni Zara. Orang dah tolong, kau langsung tak cakap terima kasih. Main blah macam itu aje. Ingat cantik sangatlah tu buat perangai macam itu? Eiii… tak patut tau!” Marah Zara pada dirinya sendiri. Bagaikan orang tidak siuman saja dia mencubit lengannya sendiri dengan kuat. Melepaskan geram pada kesombongan diri sendiri.
Ouch!” dia mengadu sendiri bila cubitannya itu terlebih bisa.
Tok! Tok! Tok!
Ketukan pada permukaan pintu membuatkan Zara berpaling. Malas-malas dia bersuara, “Masuklah. Pintu tak berkunci.” Kemudian matanya dipejamkan.
Terjengul kepala Puan Inara pada permukaan pintu. Tergeleng-geleng dia melihat anaknya yang sedang berbaring dengan tangan yang dibawa ke dahi. Macam orang tengah memikirkan masalah Negara saja anaknya yang seorang itu. Besar sangat fikirnya.
“Zara ni belum tua lagi dah jadi pelupa. Ni ha… umi bawa burger yang Zara beli tadi.” Puan Inara meletakkan plastik berwarna hitam itu di atas meja sisi katil anak daranya.
Serta-merta Zara membuka matanya. Burger? Baru dia teringat pada burger yang dibelinya tadi. Akibat perasaannya yang tunggang langgang bagai dilanggar todak, dia keluar tanpa menghiraukan burger yang dibelinya.
Errr… dari mana umi dapat burger ni?” tanya Zara biarpun dia tahu burger itu tertinggal di dalam kereta Hakimie.
“Dari mana lagi… dari Kimie la. Dia yang hantarkan burger ni. Dia kata Zara tertinggal burger ni dalam kereta dia.”
Zara menggaru-garu belakang telinganya.
“Dah. Umi nak turun ke bawa. Burger tu makan. Jangan dibuat perhiasan pulak. Dari tadi asyik sebut nak makan burger. Nanti kempunan pulak.” pesan Puan Inara sebelum dia menutup semula daun pintu bilik tidur anaknya itu.
Setelah daun pintu tertutup rapat, Zara segera bangun dari baringnya. Dia melompat turun dari katil. Kemudian berlari dan menjenguk ke luar jendela setelah langsir berwarna purple gelap itu diselak sedikit. Dari dalam bilik tidurnya, dia dapat melihat dengan jelas abahnya sedang berbual dengan Hakimie a.k.a Encik Mamat Poyo yang sering buat dia menyampah. Entah apalah yang dibualkan sehingga bukan main abahnya tergelak-gelak manakala Hakimie pula begitu lebar senyumannya.
Terpegun Zara melihat senyuman lelaki itu. Nyata, Hakimie itu ada ‘Smile Killer’ yang bisa membunuh. Asyik pula dia melihatnya. Membuatkan bibirnya turut tersenyum sama.
Dalam keasyikan menatap senyuman mamat poyo itu, tiba-tiba Zara terkedu. Pandangan mata Hakimie yang memanah matanya membuatkan dia bagaikan hilang semangat.
Haish! Cepat-cepat dia menutup langsir. Bersembunyi di sebalik langsir dengan tangan yang sudah dibawa ke dada.
Kuat jantungnya berdebar!

******************************************************************************

USAI mandi dan berpakaian ringkas, Hakimie merebahkan tubuhnya di atas katil bertilam empuk. Meluruskan segala urat dan sendi yang bersimpul sana-sini akibat kerja yang dilakukan siang tadi. Biarpun dia tak buat kerja berat seperti buruh binaan, namun kepenatan memerah otak dan menghadap komputer tetap membuatkan badannya menjadi letih.
Hakimie menghela nafas. Fikirannya kini terarah pula pada Zara Dania si minah kelibut. Gadis manis yang konon-konon berlagak berani tapi sebenarnya penakut. Baru digertak sedikit oleh Koman and the gang, sudah pucat dan cuak wajah manis itu. Kelakar rasanya bila mengenangkan wajah Zara tadi. Dah putih macam hantu kapur! Heheheee
Ketika dia bersembang dengan Pak Cik Cikgu tadi, dia perasan ada mata yang mengintai di tingkat atas. Dan bila dia memanahkan pandangannya ke situ, dia dapat melihat dengan jelas Zara sedang memandang ke arahnya bersama senyuman di bibir. Terkesima dia melihat senyuman gadis kelibut itu. Manis! Semanis kurma.
Dia mengeluh. Sebolehnya dia tidak mahu perasaan yang memburu dirinya ketika ini bertandang sekali lagi. Dia takut ditinggalkan dan kecewa untuk kali yang seterusnya. Namun, apakan daya. Dia hanya insan biasa. Semakin dilawan perasaan itu, semakin kuat pula perasaan itu memburu hidupnya.
“Kalau suatu hari nanti Kimie terjatuh cinta dekat Zara macam mana?”
Tiba-tiba soalan papanya beberapa hari lepas bergema semula. Membuatkan hatinya semakin gundah-gulana.
Memang dia akui, Zara cantik. Malah pertama kali dia terlihat gadis itu, hatinya sudah tertarik cuma dia menahan hati daripada terus hanyut dengan kecantikan minah kelibut itu. siapa sangka, rupanya mereka bekerja di tempat yang sama. Membuatkan dia semakin ‘dekat’ dengan gadis itu.
Cuma masalahnya, Zara itu garang macam singa betina. Wajahnya sentiasa cemberut setiap kali mereka bertembung. Macam Snow Queen pun ada juga. Lagipun, dia takut untuk mengakui perasaannya. Takut kecewa lagi seperti mana Eriza pernah mengecewakan dia.
Tok! Tok! Tok! Bersama ketukan di muka pintu, suara Dr. Haji Helmie kedengaran memanggil anak terunanya. “Kimie! Kamu tak nak makan ke?”
Sebagai anak soleh, Hakimie bangkit dari baringnya. Dia bergerak menuju ke arah pintu yang tertutup rapat. Malam ini dia bermalam di rumah papanya memandangkan rumahnya sedang dalam pengubahsuaian.
Tombol pintu dipulas lalu dikuak luas daun pintu.
Wajah Dr. Haji Helmie bersama senyuman di bibir terlayar depan mata. Papanya itu memang tak pernah ‘kering’ dengan senyum di bibir.
“Kimie tak nak makan ke?” sekali lagi soalan yang sama diajukan kepada anaknya.
Hakimie menggeleng seraya menjawab, “Kimie dah kenyang, pa.”
Hmmmiye la. Segala lauk papa letak dalam peti sejuk. Kalau Kimie rasa lapar nanti, panaskan aje. Papa nak masuk tidur ni.” beritahu Dr. Haji Helmie.
Iye la.” Pendek saja jawapan Hakimie.
Setelah pintu ditutup semula, dia mula menguap. Matanya sudah mulai layu dan mahu dilelapkan. Kemudian bergerak ke katil dan merebahkan semula badannya di situ. Mata dipejam dan dia berharap agar lenanya ditemani mimpi-mimpi indah.
Amin…

4 ulasan:

  1. sambungg lagi ye kakkk, novel 3 mawar merahnya...
    lagi seru2 ni kakkkk, nak tau sangat lanjutannya..
    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. alalaaaa..dah tak sambung lagi sayang..manuskrip ni hanya sampai di sini..tunggu masa nak terbit jadi novel je.. =)

      Padam
  2. bila nk sambung cite nie.. seronok lah.... best sgt2..bila akan di terbitkan nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cerita ni dah lulus penilaian..insyaALLAH akan diterbitkan bawah terbitan Love Novel..cuma tak tahu bila tarikh akan diterbitkan ke versi cetak..

      Padam