TIGA
Mawar merah
**16**
bIBIRNYA
hanya tersungging senyuman terpaksa melihat gadis di hadapannya yang makan
dengan begitu lahap sekali. Bagaikan sudah setahun tak jumpa makanan. Tingkah
gadis itu membuatkan meja mereka menjadi tumpuan. Ramai yang melihat ke arah
mereka berdua. Ada yang memandang bagaikan ingin terkeluar bijik mata, ada juga
yang memandang sambil berbisik-bisik dengan bibir yang tergaris senyuman sinis.
Pasti sedang ‘menganyam’ ketupat.
Hakimie
menarik nafas. Dia ni manusia ke gergasi? Makan macam orang tak pernah makan. Lahapnya.
“Sedaplah
makanan dekat sini awak. Sebelum ni saya tak pernah lagi makan dekat sini.
Boleh tak saya tambah lagi. Nak makan cheese
cake.” Pinta Neelofa kepada Hakimie. Mulutnya penuh dengan makanan.
Mahu
terbeliak mata Hakimie bila mendengar Neelofa berkata begitu. Sudah banyak yang
dimakannya, takkan tak kenyang-kenyang lagi. Ini perut ke tayar? Hati kecil
Hakimie berbisik. Jelik dengan kelahapan gadis itu.
Belum
pun sempat dia bersuara, gadis bertubuh gempal itu sudah mengamit tangannya.
Memanggil pelayan untuk menambah pesanan makanan. Setelah menerima pesanan yang
dipesan oleh gadis ini, pelayan tadi pun berlalu.
“Awak
tak nak makan ke?” tanya Neelofa. Matanya tertancap pada pinggan di hadapan
lelaki itu yang masih tidak terusik. Terliur dia hendak mengambilnya namun dia
segan. Nanti apa pula kata lelaki kacak di depannya itu bila pinggannya yang
masih berisi itu dia ambil. Jika diberi kebenaran itu lainlah ceritanya.
“Awak
nak ke?” Bagaikan mengerti dengan pandangan Neelofa, Hakimie bertanya.
Laju
Neelofa mengangguk. Rezeki mana boleh ditolak.
“Nah.
Ambiklah.” Hakimie menolak perlahan pinggannya yang langsung tidak terusik itu
ke depan Neelofa. Sebaik dia melihat gadis yang bertemu janji dengannya itu,
seleranya mati. Dia terasa kenyang apatah lagi dengan melihat cara Neelofa
makan.
“Terima
kasih. Mama saya cakap, tak elok membazir makanan. Nanti TUHAN marah.” Ujar
Neelofa kemudian menyudu Tomyam Kung ke dalam mulut. Sedap!
Hakimie
sekadar tersengih. Bicara Neelofa itu memang ada benarnya. Tapi… Neelofa ini
sudah terlebih makan. Kalau gadis inilah yang menjadi pasangan hidupnya, mahu
cekedinglah dia. Mana tidaknya, tentu hari-hari gadis ini saja yang akan
menghabiskan semua makanan yang ada.
Belum
habis tomyam kung itu diratanya, kini Neelofa beralih pula pada cheese cake yang terhidang depan mata.
“Sedapnya!!!”
ujar Neelofa menikmati keenakan kek dari Secret Resepi itu.
“Awak,
saya tanya sikit boleh?”
Neelofa
hanya mengangguk. Mulutnya yang penuh dengan makanan itu membuatkan dia sukar
untuk bersuara.
“Macam
mana awak boleh terfikir nak berkenalan dengan saya?”
Sebenarnya
Hakimie memang berasa pelik. Bagaimana papanya boleh terfikir hendak memadankan
dia dengan gadis ini. Bukanlah dia hendak menghina bentuk tubuh Neelofa yang
besar itu, cuma dia pelik bila maknya berkenan dengan gadis sebegini. Dia ini
bukanlah memilih yang cantik-cantik dan slim-melim
aje, tetapi biarlah yang elok dipandang mata. Bukan macam Neelofa yang pelahap
ini.
Aduhai…
ini kalau dibawa ke majlis makan malam sah memalukan dengan gaya lahapnya itu.
“Sebenarnya
tak fikir pun semua tu. Zara yang fikir. Dia yang bagitau saya kata awak
beria-ia nak berkenalan dengan saya. Zara kata, awak pernah ternampak saya dan
mintak dia aturkan temujanji dengan saya. Pasal tu saya setuju jumpa awak hari
ini. Lagipun Zara ada bagitau saya yang awak ni banyak duit dan nak belanja
saya makan tiap-tiap hari.” Neelofa mula memberitahu cerita sebenar. Mulutnya
masih berisi dengan makanan.
“Owh… ya ke?” Hakimie mengetap bibir.
‘Zara!
Rupanya ini semua angkara kau ye. Takpe… takpe. Kau nak kenakan aku? Okey. Game
on! Kita mulakan permainan sekarang.’ Dalam hati Hakimie sudah menyimpan
dendam buat Zara. Berani gadis itu mengenakan dia. Takpe… dia pasti akan membalasnya.
Hakimie
pandang Neelofa. Lepas ini tak akan ada lagi pertemuaan seterusnya bersama
gadis ini.
‘Mintak
maaflah Neelofa. Ini pertemuan pertama dan terakhir.’
******************************************************************************
BUKAN
main seronok lagi Zara ketawa. Berdekah-dekah bunyinya. Terasa senak pula
perutnya. Entah macam manalah rupa lelaki itu bila bertemu dengan Neelofa?
Tentu pucat tak berdarah. Padan muka! Siapa suruh gelakkan dia. Kan dah
terkena.
Wanie
yang duduk di hadapannya hanya menggeleng-geleng. Seronoknya Zara ketawa.
Tidakkah BFFnya itu takut andai kata bos mereka tahu bahawa ini semua plan dia?
Tak pasal-pasal dapat ‘hukuman’ baru lagi Zara daripada Hakimie. Zara juga yang
membebel-bebel nanti. Tapi… bila tengah sedap kenakan orang tak ingat pula.
Zara
dengan Hakimie sebenarnya sama saja perangai mereka. Dua kali lima, lima kali
dua. Sepatutnya mereka berdua ini yang layak untuk dipadankan bersama. Tentu
haru-biru jadinya hubungan mereka.
“Tentu
muka mamat poyo tu dah berubah tengok
Lofa kan Wanie. Dapat aku bayangkan macam mana muka dia sekarang ni.” Zara
bersuara lalu ketawa lagi. Dia cuba membayangkan bagaimana kelakarnya wajah
Hakimie kala berdepan dengan Neelofa.
“Tak
patut kau buat macam tu Zara. Kesian kat Lofa tu. Dia tak bersalah tau. Kesian
dia sebab terlibat sama dalam plan gila kau ni.”
“Alaaa…
kau ni. Aku bukannya buat jahat pun. Aku sekadar nak kenalkan dia orang berdua
aje. Manalah tahu mamat poyo tu
berkenan dengan si Lofa. Dapat juga kau Pak Cik Doktor menantu dalam masa
terdekat ni. Lagipun babe… aku kesian
tengok Pak Cik Doktor tu, dia dah tak sabar-sabar nak bermenantu. Sunyi tinggal
sendirian. Kalau ada menantu, tentu tak lama dapat cucu. Ada juga teman Pak Cik
Doktor bermain.” Balas Zara tanpa sekuman pun rasa bersalah. Lagi seronok dapat
mengenakan Hakimie adalah. Siap bagi berbagai alasan lagi. Memang pencipta
alasan yang paling bijak.
“Aku
tahulah niat kau tu baik untuk menolong Pak Cik Doktor kau tu. Tapikan kesian
kat Lofa. Sah lepas hari ni Encik Hakimie tak akan jumpa dia lagi.”
“Kau ni tahu-tahu aje yang mamat poyo tu tak akan jumpa Lofa lagi.
Mana tahu test mamat poyo tu perempuan macam Lofa, siapa yang tahu kan? Alaaa… kau
jangan bimbanglah. Aku dah bagitau kat Lofa yang ni cuma kenal-kenal je. Belum
tentu jadi. Lofa pasti faham punya.” Yakin sungguh Zara dengan dirinya.
Wanie
hanya menggeleng. Bercakap dengan Zara ni memang dia tak pernah nak menang.
Asyik BFFnya itu saja yang nak menang. Sudahlah begitu, sepanjang dia dengar
Zara panggil Hakimie, asyik mamat poyo
saja. Tak pernah nak panggil yang elok-elok. Mamat poyo… mamat poyo.
“Kau
dengan Enciki Hakimie tu sebenarnya dua kali lima je. Dua-dua sengal.
Sepatutnya kau tu yang padan dipasangkan dengan Encik Hakimie.”
“Aku?
Dengan mamat poyo tu?” Zara menunding
jari telunjuk ke batang hidungnya sendiri.
Wanie
mengangguk-angguk. Dia lagi suka jika Zara yang berpacaran dengan Hakimie.
Biarpun dia suka melihat lelaki itu, namun dia turut bersetuju dengan kata-kata
Kak Uda tempoh hari. Hakimie dengan Zara padan dipasangkan. Sama-sama sweet.
“Eiii… mintak dijauhkan. Tak hingin tau tak?”
“Laaa…
apesal pulak? Encik Hakimie tu hensem tau. Ramai perempuan yang
tergila-gilakan dia. Kareena pun separuh mati minat kat Encik Hakimie tapi
kesian langsung tak kena layan.” Wanie ketawa kecil mengenangkan Kareena.
Kasihan… biar Kareena beraksi bagai nak rak depan Hakimie, tapi langsung tidak
berjaya menarik minat lelaki itu. Hakimie buat tidak nampak saja pada Kareena
yang seksi tahap melampau itu. Kesian…
“Tu
perempuan gila. Pasal tu boleh tergila-gilakan lelaki yang poyo tu.” Selamba
kerek Zara berkata.
Tok!!!
“Auch! Sakitlah.” Jerit Zara bila
kepalanya diketuk oleh Wanie sesuka hati. “Kepala aku ni bayar zakat tau. Yang
kau pergi ketuk-ketuk tu apesal?”
sambungnya tidak berpuas hati.
“Kau
tulah. Boleh pulak cakap macam tu. Tak baik tau.” Gumam Wanie. Geram dengan
sahabatnya yang asyik lepas cakap sahaja. Bagi kahwin dengan Hakimie karang,
baru tau!
“Laaa…
yang kau nak sebelahkan mamat poyo tu lebih sangat buat apa? Aku tahulah dia tu
bos pujaan hati kau. Tapi aku memang tak sukakan dia. Aku bencikan dia. Dia tu
pembuli nombor satu Negara. Aku tak suka!”
Wanie
mengherot bibir ke kiri dan kanan. Mengaju percakapan Zara.
Zara pula malas nak menyambung topik itu lagi.
Bercakap pasal mamat poyo itu, hanya akan membuatkan dia dengan Wanie bertekak.
Wanie itu sudah tidak ubah seperti penyokong setia Hakimie. Apa saja yang baik,
pasti milik Hakimie. Sedangkan hakikatnya lelaki itu banyak sangat keburukannya
yang membuatkan Zara naik jelik.
Kemudian
dia mengambil sepotong lagi Pizza lalu dimasukkan ke dalam mulut. Hari ini dia
dengan Wanie keluar bersuka-ria dekat Suria KLCC. Rancangan awal nak tengok
wayang untuk menyegarkan minda yang berserabut dengan kerja.
“Kau
tak berkenan ke dekat Encik Hakimie tu Zara? Dia tu hensem tau.”
Mahu
tersedak rasanya Zara mendengar kata-kata Wanie itu. Laju dia menggeleng dan
mencapai air minuman.
“Yakin
aje kau geleng. Macam mana kalau suatu ketika nanti kau terjatuh cinta dekat
Encik Hakimie?”
Zara
meletakkan separuh roti pizza yang dimakannya ke atas pinggan.
“Kalaulah
betul aku akan jatuh cinta dengan mamat
poyo, hari aku terjatuh cinta dengan dia tu bermakna aku ni dah sewel. Dah
gila dan mereng.” Selamba Zara menuturkan katanya. Air minuman ringan disedutnya
lagi.
“Kau
nikan babe. Ikut sedap mulut aje
bercakap. Langsung tak guna otak. Kau tau tak… setiap apa yang kita cakapkan tu
merupakan satu doa. Kau nak ke betul-betul jadi sewel? Jadi mereng?” geram
benar Wanie dengan sikap Zara yang sambil lewa itu.
“Hisy… kau ni! Mintak dijauhkan. Aku tak
naklah jadi sewel. Tapi… aku rasa kalau aku terjatuh cinta dekat Mamat Poyo tu memang aku dah sewellah.
Iya la… aku ni langsung tau tak terfikir nak bercinta dengan dia tu. Kalau nak
jadikan dia sebagai musuh, memanglah aku ada terfikir.”
“Apa
kurangnya Encik Hakimie tu? Dia hensem dan ada kerjaya yang baik. Kalau kau
hidup dengan dia, bahagia hidup kau.”
Zara
mencebik. Hah… ini apa kes pula kawannya itu tiba-tiba nak mengutarakan hal itu
pada dia? Memanglah Hakimie itu hensem
tapi sayang dia tak suka lelaki yang suka membuli. Dia tak sukakan pembuli!
“Takde yang kurang. Terlebih tu ada la.”
“Habis
tu yang kau tak suka dia kenapa?”
Zara
mendecit. Geram pula bila Wanie bagaikan beria-ia mahu mengenenkan dia dengan Hakimie.
Nampaknya virus alongnya sudah berjangkit pula dekat Wanie. Hendak mengenenkan
dia dengan lelaki yang dia tak suka.
“Babe, kita jangan borak pasal tu lagi
boleh tak? Aku nak makan ni. Kalau asyik dengar cerita pasal Mamat Poyo tu, nanti aku boleh jadi
kenyang. Sayang Pizza ni tak berhabis.” ujar Zara serius. Pizza yang berada
dipinggan diangkat kembali untuk disuap ke dalam mulut.
Wanie
tidak berkata apa. Dia pun buat perkara yang sama seperti Zara. Mengambil
sepotong Pizza lalu disuap ke dalam mulut. Daripada bertekak dengan Zara pasal
Hakimie, baik mereka makan. Kenyang juga perut.
Usai
makan dan merehatkan sebentar perut yang kenyang, dua gadis itu pun melangkah
keluar dari restoren Pizza Hut. Kini langkah kaki diheret untuk ke tingkat tiga
Suria KLCC. Tiket sudah dibeli awal-awal lagi. Hanya tinggal lima belas minit
saja lagi filem yang mereka ingin tontoni akan bermula. Tak boleh nak lambat.
“Pssttt… babe. Tu… tu!” Wanie menyiku Zara. Mulutnya memuncung menunding ke
arah sepasang pasangan.
“Apa?”
tanya Zara.
“Tu!”
Wanie masih memuncungkan bibirnya.
Zara
hanya mengikut saja muncung bibir Wanie yang bagaikan itik siam itu.
Serta-merta matanya membulat. Dadanya berombak kencang.
“Sembunyi!
Sembunyi!” arah Zara pada Wanie. Lengan sahabatnya itu ditarik untuk
menyembunyikan diri di sebalik kedai Converse. Tidak mahu kelibat mereka
kelihatan oleh pasangan itu.
‘Hisy…
macam mana boleh terserempak dengan si kurus cekeding tu dekat sini.
Menyusahkan betul.’ Gerutu hati kecil Zara. Jika boleh, sampai bila-bila pun
dia tidak mahu lagi bertembung dengan Ajib. Dia masih ingat apa kata Ajib
tentang dia. Dia ini orang gila. Sakit hatinya pada Ajib masih belum reda.
Takut nanti bila mereka bersua muka, penumbuk sulungnya singgah ke wajah lelaki
perasan hensem itu.
Ini,
dengan perempuan mana lagi Ajib berkepit. Dia sendiri tidak kenal. Yang pasti
perempuan kali ini bukan lagi perempuan yang sama ketika dia menyerang Ajib
dulu. Perempuan yang ini kulitnya gelap dengan rambut kerinting diwarnakan
merah. Pakaian jangan cakaplah. Masya-ALLAH… macam orang tak cukup kain aje.
“Babe…” Wanie mencuit bahu Zara.
“Diamlah.
Aku tak nak dia perasan kita ada kat sini.”
Wanie
hanya menurut. Mendiamkan diri dan hanya meneropong dari cela-cela kedai
bersama Zara. Dah macam penyiasat pula aksi mereka ini.
Setelah
line clear, barulah Zara dan Wanie
keluar dari tempat persembunyian mereka dengan menarik nafas lega.
“Kenapa
kau nak sembunyikan diri dari Ajib? Sepatutnya kau bagi nampak dekat dia, yang
kau masih boleh ketawa riang walaupun tanpa dia. Kau dah berubah. Biar
terkeluar bijik mata dia tu pandang kau.” Ujar Wanie bila Zara dirasakan
membuat tindakan bodoh dengan menyembunyikan diri daripada Ajib si kurus
cekeding.
Kalau
dialah di tempat Zara, sudah dia tayang dirinya depan Ajib. Biar lelaki itu
telan air liur dengan apa yang pernah dibuatnya.
“Aku
malaslah nak bertembung dengan dia. Sakit hati aku bila teringatkan dia sanggup
mendustai cinta aku dan kata aku ni orang gila.”
Tiada
kata yang mampu Wanie lafazkan. Dia hanya mendiamkan diri. Dia pun sakit hati
juga bila teringatkan cerita Zara pasal Ajib mengata BFFnya itu perempuan gila
tempoh hari. Sedangkan Ajib tak fikir, dia itulah yang gila. Gila perempuan!
Ketika
kaki melangkah masuk ke JGV Cinemas, suasana di sana riuh dengan suara-suara
manusia yang beratur hendak menonton filem. Zara dan Wanie melangkah untuk
beratur membeli makanan dan minuman untuk dibawa masuk ke dalam panggung.
“Wanie…
Zara” suara itu membuatkan Wanie dan Zara berpaling. Menoleh ke belakang
mereka.
“Encik
Farok?” serentak mereka berdua menyebut nama lelaki itu.
Farok
tersenyum. Gembira dapat bertemu dengan dua gadis itu di sini. Tak sangka
sungguh dia akan bertemu dengan mereka.
“Datang
tengok wayang jugak ke?” tanya Farok sekadar untuk berbahasa.
Zara
dan Wanie laju mengangguk. Memanglah mereka datang ke sini untuk menonton
wayang. Takkan nak buat wayang pula.
“Nak
tengok cerita apa?” tanya Farok lagi. Matanya tunak memandang wajah manis Wanie
yang kelihatan malu-malu kucing hendak membalas pandangannya itu.
“Man
Of Steel.” Akhirnya jawapan kepada soalannya itu hanya Zara yang beri.
“Kebetulan.
Kami pun nak menonton cerita yang sama.” beritahu Farok tanpa dipinta.
Mendengar
perkataan kebetulan itu, mata Zara dan Wanie berkalih pula pada seorang anak
lelaki yang berdiri di sebelah lelaki itu. Comel sungguh kanak-kanak lelaki
itu.
“Hai…
ini mesti Farhan kan?” Wanie membongkokkan badannya lantas menegur anak kecil
yang diteka sebagai Farhan itu.
Farhan
mengangguk. Dia jadi malu-malu kucing bila wanita yang pada pandangan matanya
cukup cantik itu menegurnya.
“Comelnya.
Dah lama Acik Wanie nak jumpa Farhan. Baru hari ini dapat jumpa. Selalu tu
dapat sembang dalam telefon aje.” Teruja pula Wanie bila dapat jumpa dengan
anak kecil bernama Farhan itu. Pipi montel Farhan dicuit penuh geram. Selalunya
dia hanya berpeluang mendengar coletah Farhan melalui corong telefon. Kini dia
dapat bertemu empat mata dengan si kecil yang comel dan montel itu.
Zara
yang melihat keterujaan Wanie itu sudah berlipat-lipat dahinya. Sejak bila
Wanie selalu bersembang dengan anak teruna Encik Farok itu? Hmmm… nampaknya dia sudah tertinggal
satu cerita.
Kemudian
pandangannya dialihkan pula kepada Farok. Nampaknya lelaki itu begitu asyik
memandang Wanie yang sedang bersembang dengan anaknya. Lebar dia tersenyum.
Melihatkan itu, hatinya Zara meronta-ronta ingin mengorek rahsia yang telah
Wanie sembunyikan dari pengetahuannya. Pasti ada sesuatu yang berlaku. Jika
tidak… takkan sampai begitu sekali cara Wanie melayan Farhan.
‘Wanie!
Ni mesti ada yang kau rahsiakan daripada aku. Takpe… takpe… aku pasti akan
korek rahsia kau sampai dapat.’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan