TIGA
Mawar merah
**20**
SAMPAI
saja di tempat letak kenderaan, dia memandang tepat ke arah Proton Saganya yang
berwarna putih berkilat itu. Di atas keretanya terdapat bakul berupa jambangan
bunga tiga mawar merah. Siapa pula yang sesat tinggalkan jambangan bunga dekat
keretanya itu?
Dia
pandang Wanie. Sahabatnya itu juga buat muka pelik dengan bahu yang sudah
diangkat.
Segera
tanpa membuang masa Zara mengatur langkah mendapatkan Miss Saganya. Jambangan
bunga itu sama seperti yang diterimanya minggu lepas cuma kali ini diletakkan dalam
bakul kecil yang sungguh comel sekali. Dicelahnya terselit sekeping kad kecil
berwarna merah jambu. Warna kegemaran Wanie tu.
Ingatkan
dia sudah tidak dikunjungi tiga kuntum mawar merah itu lagi. Ternyata
telahannya silap. Kali ini jambangan itu menunggunya di tempat letak kenderaan
pula setelah minggu lepas jambangan itu terletak elok di atas mejanya.
‘Siapa
pula yang letak bunga ni atas meja aku?’ Jambangan bunga mawar merah tersebut
dicapai. Lalu dia menoleh ke kiri dan kanan. Mencari-cari manalah tahu ada
seseorang yang berperangai pelik dan boleh disyak sebagai pengirim jambangan
ini. Dan ketika itu jugalah matanya bertembung dengan Pak Cik Os yang sedang
tersengih-sengih memandangnya.
‘Pak
Cik Os? Husy… takkanlah! Kan hari tu
Pak Cik Os bagi aku bunga matahari. Mustahil bunga ros ini dia yang bagi. Tak!
Tak! Aku yakin ini bukan kerja Pak Cik Os. Pasti ada orang lain yang buat semua
ni.’ Zara berkata sendiri.
Cepat-cepat
dia mengalihkan pandangannya dari terus bertembung dengan anak mata Pak Cik Os
yang sudah mula tersenyum-senyum. Malas hendak melayan pak cik tua yang semakin
hari semakin menggatal itu. Meluat benar dia. Dia sering berdoa semoga TUHAN
menguatkan tahap kesabaran dalam dirinya bila berhadapan dengan Pak Cik Os.
Takut nanti dia bersikap kurang ajar pula pada Pak Cik Os kerana sudah terlalu
geram dengan perangai pak cik tak sedar diri itu. Syukur, Alhamdulillah. ALLAH
mendengar doanya bila Pak Cik Os sekarang ini sudah kurang sedikit
menganggunya. Itu pun gara-gara dia mengaku yang kononnya dia bakal
melangsungkan majlis pertunangan tak lama lagi. Otak penipu betul si Zara Dania
ini.
Perhatiannya
kini kembali pada jambangan tiga mawar merah yang berada di tangan. Seperti
minggu lepas, jambangan kali ini juga diselitkan dengan sekeping kad kecil di
mana depannya terdapat gambar dua pasang beruang comel yang sedang berkasih.
Kad tersebut ditarik lalu isi di dalam kad pun dibaca perlahan dalam hati.
‘Assalammualaikum…
One day I cought myself smiling for no
reason
Then I realized I was thinking of u
Hugs2u…
Kumbang
Jingga’
Zara
mengetap bibir dengan mata masih lagi tertumpuh pada kad kecil berwarna merah
jambu muda itu. Warna yang cukup romantis.
“Siapa
sang kumbang jingga ni erk? Masuk
kali ini sudah dua kali dia hantar bunga dan kad untuk kau. Nampaknya dia ini
betul-betul peminat kau.” Wanie yang setia disebelah Zara bersuara. Dia pun
sudah naik pelik dengan pengirim bernama Kumbang Jingga itu.
Siapa?
Siapa? Siapa? Itulah soalan yang berlegar dalam kepala Wanie ketika ini.
“Entahlah
babe. Aku pun tak tahu. Tapikan… aku
rasa mesti orang ni orang yang kenal aku. Yang tahu serba-serbi tentang aku.
Aku rasa ini semua pasti main-main.” Zara meluahkan apa yang terbuku dalam
hatinya. Dia dapat rasa ada orang yang hendak mempermainkan dia. Cuma dia tak
naklah main tuduh-tuduh pula.
“Takkanlah
babe. Aku tak rasa orang ni nak
mainkan kau. Mesti dia ni serius nak berkenalan dengan kau.” Sangkal Wanie
menyatakan keyakinannya.
“Aku
tak rasa pengirim ni seriuslah. Ni mesti nak main-mainkan aku. Kalau betul nak
berkenalan, jumpalah face to face.
Buat apa nak kirim-kirim bunga segala. Kan senang. Tak payah nak membazir kirim
bunga macam ni.”
“Alaaa…
kau ni. Itu tandanya si pengirim ni seorang yang romantik. Dia nak kenal kau
dengan cara yang macam ni. Cara misteri tapi romantik. Pasal tulah dia tak nak
jumpa face to face. Nanti takdelah misterinya kalau dia sudah
bersemuka dengan kau. Dia nak buat kau suspens tu. Nanti dah lama sikit, dia
muncullah depan kau pulak kenalkan
diri dia yang sebenar. Alaaa… babe,
macamlah kau tak pernah tengok dan baca cerita-cerita cinta yang jalan dia
lebih kurang sama aje dengan kes kau ni. Inilah yang dikatakan secret admirer!”
Tercebik-cebik
Zara mendengar kata-kata Wanie itu. Kalau bab romantik-romantik ini, bagi
sajalah pada Wanie. Memang nombor satu! Dia yang sudah kerap bercinta dan putus
cinta ini pun tidak juga seromantik Wanie yang baru pertama kali bercinta
dengan Farok. Dia jika bercinta seorang yang simple dan agak brutal. Tak naklah jiwang-jiwang ini. Bukan jiwa
dia pun nak berjiwang lebih sangat.
Kehadiran
jambangan bunga itu bukan menyenangkan hatinya, malah membuatkan dia bertambah
serabut itu adalah. Dia tak suka misteri-misteri ni. Dia lagi suka
terang-terang. Malas nak perah otak memikirkan siapa gerangannya pengirim tiga
kuntum mawar merah ini. Buat sakit otak saja.
“Misterilah
sangat!” gumam Zara akhirnya.
“Misteri
nusantara.” Balas Wanie bersama tawa kecilnya. Usai menyudahkan katanya itu, smartphone Sony Xperia Znya mengalunkan
irama lagu Mr. Sexobeat. Itu petanda ada panggilan yang perlu dia jawab.
Melihat
nombor yang tertera, bibir Wanie tersungging senyuman manis. Serentak itu juga
dia menjarakkan diri daripada Zara untuk menjawab panggilan daripada buah hati
pengarang jantungnya itu. Biarpun sering ketemu di pejabat, namun mereka sering
juga berhubung melalui telefon bimbit. Di pejabat keduanya lebih senang
berurusan mengenai kerja.
Tidak
mempedulikan hal Wanie yang sejak akhir-akhir ini sedang angau bersama Encik
Farok kesayangannya itu, Zara mengorak langkah mendekati seorang mak cik
pembersih. Melihat mak cik pembersih itu, akalnya ligat berjalan. Daripada
jambangan itu dilempar masuk ke dalam bakul sampah, baik dia membuat amal
jariah dengan memberi sedekah. Ada juga pahala yang dia dapat.
“Assalamualaikum…”
sapa Zara kepada mak cik pembersih yang sedang sibuk menyapu sampah di tepi
longkang.
Wanita
bertudung hitam itu menoleh. Dahinya berkerut. Salam dijawab.
“Ada
apa?” tanyanya yang masih mengerutkan dahi.
“Hmmm… mak cik nak bunga tak?” tanya
Zara.
Mak
cik pembersih buat muka blur. Pelik.
“Ni
ha… ada orang tersalah letak bunga dekat atas kereta saya. Sayang kalau saya
buang dalam tong sampah. Mak cik ambiklah.” Jambangan bunga mawar itu dihulurkan
kepada mak cik pembersih.
“Eh… tapi ini bukan mak cik punya. Anak
punya agaknya. Pasal tu letak atas kereta anak.”
Laju
Zara menggelengkan kepalanya. “Bukan saya punya mak cik, sebab takde pun letak nama saya. Rasanya orang ni
tersalah letak kut atas kereta saya. Mak cik ambiklah. Buat perhiasan. Cantik
jambangan bunga ni mak cik. Sayang kalau dimasukkan ke dalam tong sampah.”
Bibir
mak cik pembersih merekah dengan senyuman. Jambangan yang dihulurkan diambil
lalu dicium. Wangi! Belum pernah dalam seumur hidupnya dia mendapat hadiah
berupa jambangan bunga seperti ini. Jangankan bunga mawar, bunga tahi ayam pun
dia tak pernah dapat. Suaminya memang tak romantik langsung. Nanti pulang rumah
bolehlah dia tayang bunga ni dekat suami dia. Bagitau ada peminat yang bagi.
Biar suaminya cemburu. Heheheee…
Hamboi!
Mak cik pembersih ni pun pandai jugak nak berlakon ye. Rasa-rasa suami mak cik pembersih ni cemburu ke kalau isteri
dia dapat jambangan bunga? Hmmm…
entahlah! Malas nak mengulas.
“Terima
kasihlah ye nak. Cantik bunga ni. Mak
cik tak pernah dapat. Inilah pertama kali dalam hidup mak cik dapat bunga
cantik begini.” Gembira benar nampaknya mak cik pembersih. Lebar dia tersenyum.
“Sama-sama
mak cik.” Balas Zara dan kemudian dia pun berlalu dari situ.
Bibirnya
mekar dengan senyuman. Baru puas hatinya bila dapat menyedekahkan jambangan
bunga mawar merah itu kepada orang yang memerlukan. Melihat wajah gembira mak
cik pembersih itu mengambil jambangan bunga tadi, hatinya turun dipalu rasa
gembira. Hari ini dia telah melakukan satu kebaikan. Hahahaaa!
“Wei… apesal
kau bagi bunga tu dekat mak cik pembersih tu ha?” Wanie bertanya seusai dia
habis berbual dengan buah hati pengarang jantungnya. Terkejut dia melihat Zara
yang begitu baik hati telah memberikan jambangan bunga tersebut kepada makcik
pembersih itu tadi.
“Laaa…
salahkah?”
“Memanglah
salah. Bunga tu untuk kau. Yang kau pergi sedekahkan bunga tu dekat orang lain
untuk apa? Tak patut tau.”
“Suka
hati akulah. Dah aku tak suka bunga tu… jadi hak akulah nak bagi dekat sesiapa
tu. Lagipun babe, aku happy tau bila tengok muka happy mak cik tu ambik bunga tu tadi.
Sekurang-kurangnya aku telah melakukan sesuatu yang baik sebab dapat
mengembirakan orang lain.” Selambanya Zara menutur kata.
Wanie
menjulingkan mata ke atas. Tidak dapat menerima kata-kata Zara yang selamba
kerek itu.
“Dahlah
babe. Jom kita pergi. Kata nak keluar
makan.” Zara mengajak. Dia sudah masuk ke dalam perut kenderaan. Tidak guna
hendak berbicara dengan Wanie mengenai pengirim bunga misteri itu. Dia tidak
mahu mengambil tahu. Dia tahu mesti ada orang yang hendak mempermainkan dia.
Manalah tahu kut-kut pengirim bunga itu merupakan staf-staf nakal di sini yang
sekadar mahu mengusik dia. Lagipun dia tak naklah terperasan nanti. Buat malu
aje.
Wanie
yang tidak berganjak dari tempat berdirinya sudah tayang sengih.
Berlapis
dahi Zara melihat sengihan Wanie itu. “Yang kau tersengih-sengih lagi tu buat
apa?”
“Babe… sorrylah. Aku tak jadilah nak lunch dengan kau. Aku… aku…” Wanie sudah
tayang muka serba salah. Takut mengecilkan hati BFFnya itu bila dia membatalkan
janji makan tengah hari secara tiba-tiba.
“Aku…
aku… aku apa?” sergah Zara yang sudah mulai geram melihat wajah Wanie yang
takut-takut itu. Macamlah dia ini makan orang sampaikan Wanie nampak
takut-takut padanya.
Wanie
menarik nafas lalu dihembus. “Aku ada janji dengan Farok.” Ucapnya perlahan dan
takut-takut.
Zara
mendengus. ‘Ingatkan ada buat salah besarlah tadi minah kerek seekor ni?
Rupanya nak keluar makan tengah hari dengan buah hati pengarang jantungnya itu.
Itu pun nak takut-takut bagitau aku. Huh!’
“Sorry… babe. Kau marah ke?” tanya Wanie
masih takut.
“Kau
ni kan Wanie… macamlah aku ni jenis manusia takde hati perut. Sampaikan itu pun
aku nak marah. Aku okeylah. Kau pergilah lunch together-gether dengan che abe
kau tu.”
Wajah
Wanie yang mendung tadi sudah kembali ceria. “Betul ke kau tak marah?”
Zara
mengangguk sambil tersenyum. Kenapa perlu dia nak marah? Sedangkan dulu waktu
dia bercinta dengan Ajib, dia sering meninggalkan Wanie untuk keluar makan
berdua dengan si kurus cekeding itu. Sekarang ini giliran Wanie pula tengah
bercinta. Biarlah temannya itu merasa bahagia pula. Tak adillah jika dia nak
mengongkong pergerakan sahabatnya itu.
Wanie
menarik nafas lega. Dia ingatkan Zara marah tadi kerana membatalkan temujanji
mereka ini last minute. Mujurlah Zara seorang teman yang begitu memahami.
“Okeylah.
Aku pergi dulu. Babai… korang jangan
nakal-nakal tau.” Ujar Zara sebelum dia meninggalkan Wanie yang masih berdiri
di situ menanti kedatangan putera idaman hatinya.
******************************************************************************
“IYA LA!
Iya la! Orang dah sampai ni. Nak parking kereta kejap.” Ujar Zara geram bila
angahnya asyik bertanya bila dia hendak sampai. Angahnya sejak mengandung ini,
perangai sudah serupa dengan alongnya. Asyik nak cepat saja. Pantang lambat
sikit, mulalah nak membebel.
Setelah
memastikan kenderaannya berada dalam keadaan parking yang elok, Zara terus meluru keluar dari perut kenderaan.
Terkocoh-kocoh dia melangkah untuk ke restoren tempat dia berjanji dengan
angahnya.
“Adik!”
panggil Sara sambil melambai-lambai tangan ke arah Zara yang baru melangkah
masuk ke dalam restoren.
Pantas
Zara mendekati meja kakak dan abang iparnya.
“Huh…
putus nafas orang disebabkan angah ni. Semua nak cepat. Nasib baiklah tak susah
nak cari parking.” Ujar Zara ketika
dia sudah melabuhkan punggung di atas kerusi. Peluh di dahi dikesat dengan tisu
muka.
Gara-gara
terkejar-kejar disebab angah, sampai dia berpeluh-peluh dibuatnya.
Sara
tersengih. Bebelan adiknya langsung tidak diendahkan.
“Kesian
adik Abang Ery ni… takpe, disebabkan
angah buat adik berpeluh-peluh, kita denda angah belanja makan tengah hari ni.”
Yusri menghulurkan simpatinya pada si adik ipar.
“Good idea, Abang Ery! Ha… disebabkan
angah dah buat orang kelam-kabut, jadi angah kena belanja orang. Orang dah
lapar giler ni.”
“Takde hal la. Adik mintaklah apa yang nak
dimakan. Angah belanja.”
Pantas
Yusri mengamit tangannya. Memanggil seorang pelayan untuk datang ke meja
mereka.
Seorang
pelayan datang bersama menu ditangan. Setelah mengambil pesanan daripada
pelanggan, pelayan tadi pun beredar ke kaunter untuk menghantar menu yang
dipesan.
“Ni
apa kes tiba-tiba angah ajak orang keluar lunch
ni?” tanya Zara menala pandangan pada wajah angahnya yang kian berseri-seri
sejak berbadan dua ini.
“Aik?
Takkanlah nak lunch dengan adik sendiri pun kena ada hal. Tak boleh ke angah
ajak adik lunch bersama?”
“Bukan
tak boleh. Tapi pelik sikitlah. Angah kan sejak-sejak dah kahwin ni dah jarang lunch dengan orang. Sibuk lunch dengan Abang Ery aje.”Ujar Zara
lebih kepada menyindir.
Sara
tersenyum. Jemari adiknya itu dicuit.
“Amboi…
main sindir-sindir nampak.”
“Siapa
makan cili dialah yang terasa pedas.” Sinir jawapan Zara.
“Iya
la… angah mintak maaf sebab dah lama tak keluar lunch dengan adik. Hari ni angah belanja adik makan ye. Dah… takmo tarik muka macam tu. Nanti tak lawa.” Sara yang bijak sudah mula
memujuk adik kesayangannya. Zara jika sudah merajuk memang susah juga hendak
dipujuk. Mengaku saja jiwa brutal, tapi bab-bab merajuk ni boleh tahan juga
adiknya itu.
Tidak
lama selepas itu, pesanan makanan yang Zara pesan tadi telah sampai ke meja.
“Wah…
laparlah.”
“Kalau
lapar… makanlah.” Pelawa Yusri.
Zara
tersenyum. Tangan ditadah lalu doa makan dibaca perlahan. Setelah mengaminkan
doa, dia kemudian menyuap nasi goreng kampung ke dalam mulut.
Sedap!
Rasa yang cukup sesuai dengan kehendaknya.
Melihat
kelibat yang baru melangkah masuk ke ruang restoren, Yusri memanjangkan
tangannya lalu melambai-lambai pada seseorang. Bibirnya terukir senyuman manis.
Begitu juga dengan Sara. Dia sudah tersenyum lebar memandang wajah yang datang.
“Kimie!
Aku ingatkan kau tak sudi nak datang tadi.” Yusri sudah bangun dari duduknya
lalu bersalaman dengan Hakimie.
Huk!
Huk! Huk!
Zara
terbatuk. Tersedak mendengar nama yang meniti keluar dari mulut abang iparnya.
Melihatkan
itu, laju Sara menghulurkan air kepada adiknya yang sudah merah padam wajahnya
itu.
Hakimie
berpaling. Mengecilkan sedikit anak matanya memandang gadis yang tersedak itu.
“Kenapa
ni adik?” tanya Sara sedikit cemas.
Zara
menggeleng-geleng. Air di dalam gelas dihabiskan sekali gus. ‘Ni apasal mamat
poyo ni boleh datang ke sini?’ hatinya berbisik sambil memicingkan mata
memandang Hakimie yang sudah buat muka selamba. Muka tenang yang cukup
membuatkan Zara sakit hati.
“Duduk
Kimie.” Pelawa Yusri.
Hakimie
mengambil tempat duduk di sebelah Zara. Zara pula mengengsot sedikit
menjarakkan kedudukan dengan Hakimie. Wajahnya sudah masam-masam kelat. Selera
makannya yang meluap-luap sebentar tadi terbantut gara-gara kehadiran insan
itu. Terus dia jadi kenyang.
“Zara,
kenalkan… ini kawan baik Abang Ery. Hakimie namanya.” Yusri menala pandangan ke
wajah masam mencuka adik iparnya. Tadi manis saja wajah itu. Dalam sekelip mata
sudah masam seperti ini.
Dia
pandang wajah Sara. Isterinya itu menjungkit bahu. Tanda dia sendiri tidak
mengerti mengapa dengan tiba-tiba wajah adiknya itu sudah boleh tukar menjadi
asam gelugur.
“Kami
dah kenal Ery.” Akhirnya Hakimie menyatakan kebenaran itu.
Yusri
dan Sara saling berpandangan. Tidak faham bagaimana Hakimie boleh kenal dengan
Zara.
“Kami
kerja satu ofis.” Sambung Hakimie lagi.
“Mamat poyo.”Ucap Zara penuh bersahaja.
Pukkk!
“Auch! Apa ni angah? Kenapa tendang kaki
orang pulak. Sakit tau.” Zara mengadu
geram bila tulang keringnya menjadi sasaran si angah.
Sara
menjegilkan matanya. Geram dengan keceluparan mulut si adik yang langsung tidak
tahu hendak menunjukkan hormat pada tetamu. Padanlah umi selalu bising dekat
Zara.
Zara
mendengus. Dia faham benar dengan isyarat angahnya itu.
Yang mamat poyo itu
pula, entah macam manalah boleh tersesat jadi kawan baik abang iparnya? Suatu
kebetulan yang cukup menyakitkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan