Tiga
Mawar merah
**7**
ZARA
mencebik. Malas benar dia dengan Wanie yang tak henti-henti asyik memuji
Hakimie. Asyik-asyik nak ulang topik yang sama. Mentang-mentanglah hari ini
hasil kerjanya mendapat pujian daripada Hakimie semasa mesyuarat pagi tadi.
Bukan main lagi dia puji mamat poyo
itu. Konon, Hakimie merupakan ketua yang paling baik di dunia ini. Takde bos yang lebih baik berbanding
Hakimie. Sudahlah baik, kacak pula itu. Begitulah melambung tinggi pujian Wanie
pada Hakimie.
Nak
termuntah Zara mendengar setiap pujian Wanie kepada musuh ketatnya itu. Melampau
sangat Wanie memuji lelaki itu begitu. Semua yang baik-baik dan indah-indah
milik Hakimie. Sedangkan hakikatnya, lelaki itu merupakan lelaki paling teruk,
cerewet dan poyo di muka bumi ini.
Tiada lelaki yang paling teruk selain Muhammad Hakimie Bin Helmie!
“Zara!”
Namanya
yang dipanggil itu membuatkan Zara berpaling ke belakang. Begitu juga dengan
Wanie.
Pak
Cik Os yang tersengih-sengih sedang menapak menghampiri Zara dan Wanie. Sikat
di poket seluar di keluarkan lalu dia menyikat rambutnya yang hanya tinggal
beberapa helai sahaja lagi.
Wanie
sudah kelucuan. Rasa mahu dia tergelak melihat tingkah Pak Cik Os yang berlagak
bagaikan Mat Romeo itu. Apa hal pula agaknya dengan Pak Cik Os hari ini. Lain
benar tingkahnya. Bagaikan ada sesuatu yang mengusik jiwa tua Pak Cik Os.
Zara
yang memandang sudah kegeraman. Hatinya jadi tidak senang dengan tingkah Pak
Cik Os.
‘Hai…
harap-haraplah Pak Cik Os yang miang ini tidak mengulangi perangai nyanyuknya
pagi semalam. Jika tidak, mahu setahun aku menjadi bahan usikan Wanie. Otak
mengusik Wanie ni memang boleh tahan juga jahatnya. Kena banyak bersabar jika
Wanie sudah mula mengusik. Kalau tak banyakkan bersabar, mahu bergaduh besarlah
jadinya dengar usikan Wanie yang terlalu menguji iman itu.’ Dalam diam, Zara
berharap. Hal pagi semalam ketika Pak Cik Os memberikan sekuntum bunga matahari
padanya masih segar di ingatan. Dan tiada seorang pun yang tahu akan hal
tersebut walaupun teman baiknya, Nur Hawanie.
“Selamat
tengahari Zara.” Sapa Pak Cik Os mesra. Bibirnya tersungging senyuman. Pagi
tadi dia ada juga cuba-cuba mengintai Zara, namun bayang pujaan hatinya itu
tidak kelihatan.
“Selamat
tengahari Pak Cik Os… ada apa ya?” Zara bertanya. Dalam hati dia berdoa, semoga
penyakit nyanyuk Pak Cik Os tidak menyerang tengahari ini. Dia tak nak Wanie
tahu Pak Cik Os sebenarnya sedang ‘menggatal’ dengan dia. Malu tu!
“Alaaa…
Zara janganlah panggil abang pak cik. Rasa macam dah tua sangat pulak kalau Zara panggil abang macam tu.
Panggil ajelah Abang Os. Kan nampak muda dan mesra.” Dengan tak sedar dirinya,
Pak Cik Os menutur kata.
Zara
ketap bibir. Pakcik Os sudah mula menunjukkan ciri-ciri hendak menggatal dekat
dia lagi nampaknya. Wanie yang sebelah dijerling. Daripada air muka sahabatnya
itu, dia tahu Wanie sedaya upaya sedang menahan tawanya. Mulutnya dikepam-kepam
menahan ketawa daripada terus meletus. Terkejut dia mendengar pak cik pengawal
keselamatan itu membahasakan dirinya sebagai abang pada Zara.
Abang!
Kahkahkah…
“Heheheee… errr… ada apa ya?” sekali lagi Zara mengulangi pertanyaan yang
sama. Dia cuba sedaya upaya menyabarkan hatinya.
“Hmmm… macam ni, abang ada dua keping
tiket wayang Dilwale Dulhania Le Jayenge untuk tayangan hujung minggu ni. Kalau
Zara free… abang nak ajak Zara
menonton sama. Nanti abang jemput Zara dekat rumah Zara. Sambil-sambil tu…
boleh abang berkenalan dengan mak ayah Zara sekali. Heheheee…” Pak Cik Os tersengih menampakkan giginya yang hanya
tinggal beberapa batang sahaja lagi.
Amboi…
gatal nak mampus!
Rasa
seperti ada skru yang tersangkut pada kerongkong Zara ketika ini. Sukar untuk
dia hendak bernafas. ‘Abang Os’ ni nampaknya sudah nyanyuk benar. Adakah patut
nak ajak Zara menonton wayang. Dah tu Dilwale Dulhania Le Jayenge pulak. Aduh… kalau cerita tulah, dekat
DVD pun boleh tengok. Malah Panggung Sabtu dekat TV3 pun dah beberapa kali
menayang cerita tersebut.
‘Eh…
tolonglah pak cik! Jangan nak menggatal pula ya! Tak teringin aku nak keluar
menonton wayang dengan pak cik. Pak cik pun jangan perasan nak jumpa abah dan
umi. Sedar-sedarlah diri tu pak cik!’ Hati Zara mengumam marah. Mahu dihambur
kemarahan pada Pak Cik Os namun memandangkan lelaki itu warga emas, rasa
simpati pula dia nak menghamburkan kemarahan kepada warga emas.
Wanie
yang setia disebelah sudah mahu pecah ketawa bila mendengar pelawaan Pak Cik Os
pada Zara. Kira nak ajak datinglah
tu. Hai… kelakarnya!
“Errr… mintak maaflah Pak Cik Os. Zara
tak free hujung minggu ni. Ada overtime nak kena buat dekat ofis. Kan
Wanie kan?” Zara minta sokongan Wanie yang kelihatan cukup sukar mahu menahan
rasa kelakarnya itu.
Wanie
yang asyik mengepam mulutnya daripada pecah di depan Pak Cik Os hanya
mengangguk-angguk bagaikan burung belatuk. Kelakar betul dia dengan permintaan
Pak Cik Os nak mengajak Zara keluar tengok wayang hindi.
Alahai…
Pak Cik Os, rupa-rupanya selama ni ada hati dekat Zara. padanlah selama ni
Pakcik Os selalu jeling-jeling manja dekat mereka. Rupanya menjeling manja
dekat Zara. Aduyaiii… Kelakarnyeee...
“Iye ke? Takpelah kalau macam tu. Lain kali ajelah kita pergi tengok wayang
berdua ya. Kesian Zara kena overtime.
Lama ke overtimenya?” Disebalik kata-katanya,
ada nada sedih yang kedengaran. Dia sudah merancang mahu mengenali Zara dengan
lebih dekat lagi, tapi apakan daya… kerjaya gadis pujaan hatinya itu lebih
penting daripada menonton wayang. Sebagai kekasih, dia pasrah bila kekasih
hatinya menolak untuk menonton bersama demi kerjaya. Dia sokong seratua
peratus.
Hamboi…
pak cik! Tak sedar diri langsung. Sejak bila Zara tu jadi kekasih hang? Inilah
yang dinamakan tua kutuk tak sedar diri. Rumah kata pergi, kubur kata mari pun
masih tak nak bertaubat lagi. Huh!
Zara
sekadar memberi sengihan paksa. Perilaku Pak Cik Os yang asyik membahasakan
dirinya sebagai Abang Os itu cukup meloyakan tekaknya. Jika bukan kerana dia
ingin menjaga air muka lelaki itu sebagai pengawal keselamatan di situ, mahu
rasanya dia menengking. Meluat benar bila Pak Cik Os duda anak lima itu hendak
menggatal dengannya.
Kenapalah
dalam ramai-ramai staf dekat Star Properties Snd Bhd ini Pak Cik Os harus
memilih dirinya? Kenapa tak pilih orang lain. Kan ramai lagi yang
cantik-cantik. Kareena! Kan Kareena itu lagi cantik. Lagi seksi. Lagi bergaya.
Kenapa tak pilih Kareena saja?
Biarpun
Zara kini sudah ‘menjanda’ sejak Ajib meninggalkan dirinya, namun dia takdelah kemaruk sangat nak cari pengganti
Ajib dalam masa terdekat ni. Dan kalau pun dia nak cari pengganti Ajib, dia tak
akan cari lelaki yang dah sama taraf dengan usia abahnya. Atau lebih tua lagi
dari abahnya. ‘Husy… simpang malaikat
empat puluh empat! Lelaki macam Pak Cik Os ini bukanlah termasuk dalam list aku.’
“Okeylah
Pak Cik Os. Kita orang pergi dulu ye.
Nak lunch ni.” Pinta Zara dengan gaya
kelam-kabut.
“Iye la. Hati-hati jalan tau. Tengok kiri
kanan. Kalau ada yang kacau atau sakat Zara, bagitau dekat Abang Os. Biar abang
luku kepala diaorang guna cotar ni.”
Pak Cik Os berpesan sambil menepuk-nepuk cotar
yang selalu ada bersamanya setiap kali dia bertugas.
Tiada
balasan daripada Zara. Cuma bibirnya sahaja yang memberi sengihan. Kemudian
cepat-cepat dia menarik lengan Wanie untuk berlalu dari situ. Mengheret
temannya itu sampai ke tempat letak kenderaan khas untuk staf Star properties
Snd Bhd.
Setelah
mereka berlalu, ketawa Wanie akhirnya pecah juga. Dia sudah tidak dapat menahan
rasa gelihati yang bersarang dalam jiwa. Apatah lagi bila melihat perubahan air
muka Pak Cik Os bila ajakannya ditolak mentah-mentah oleh Zara.
Pappp!!!
“Aduh!
Sakitlah, dowh!” jerit Wanie bila
lengannya menerima tamparan Zara. Tawanya serta-merta terhenti.
“Tau
pun sakit. Yang kau tergelak-gelak ni apehal?
Sengaja nak cari pasallah tu.” gumam Zara bengang. Sakit hati bila Wanie tak
sudah-sudah mentertawakan dirinya. Kalau iye
pun dah kelakar sangat lawak tengahari yang pak cik tua tu buat, janganlah
ketawa sampai macam kena rasuk hantu pulak.
Sengaja tau nak buat dia bengkak hati.
“Heheheee… takdelah. Aku gelihati tengok Pak Cik Os tu. Rupanya dia ada hati
dekat kau selama ni. Padanlah asyik jeling-jeling kau aje selama ni pakcik sorang tu. Rupanya dalam hati ada taman.
Tak sangka sungguh aku babe. Dalam
ramai-ramai pekerja dekat sini, kau jugaklah
yang paling bertuah dapat tiket wayang percuma. Kahkahkah.”
Sekali
lagi ketawa Wanie pecah. Kelakar benar!
Zara
malas nak layan. Wanie tu bukannya makan saman punya orang. Lantaklah nak
ketawa sampai pecah perut sekali pun. Nanti dah pecah perut si Wanie ni barulah
dia giliran dia pula yang akan ketawa terbahak-bahak.
“Dahlah tu Cik Nur Hawanie. Dah takde bertuahnya kalau pak cik tua tu yang
mengajak. Malang ada lagi ada la!”
Semakin
galak Wanie ketawa mendengar keluhan Zara.
“Cepatlah!
Asyik nak ketawa je. Kata dah lapar tahap gaban. Kalau kau rasa dengan tergelak
tu lapar bole hilang, kau tinggal. Aku dah lapar ni. Takde masa nak dengar ketawa kau tu.”
“Iye la… iye la… jom! Kau ni asyik nak marah je. Nanti cepat tua tau!”
Wanie
sudah memeluk bahu teman baiknya itu sambil jalan beriringan. Mereka memang Best Friend Forever!
Tanpa
mereka sedar, rupanya kejadian itu sempat diperhatikan oleh seseorang.
Membuatkan orang tersebut tersenyum lebar mengetahui apa yang terjadi.
******************************************************************************
ZARA
mengecilkan sedikit anak matanya. Balik dari makan tengahari bersama Wanie tadi
dia perasan akan kelibat seorang wanita yang tertinjau-tinjau di luar pintu
pagar Star Properties Snd Bhd. Ketika itu dia tidak merasa apa-apa. Mungkin
wanita itu sedang menantikan seseorang.
Namun
bila dia turun untuk mengambil barangnya yang tertinggal di dalam kenderaan,
kelibat wanita itu masih lagi kelihatan di tempat yang sama. Masih seperti tadi
yang terjenguk-jenguk. Tingkahnya itu menimbulkan rasa curiga di benak Zara.
Pantas, dia cuba menghampiri wanita tersebut.
“Assalamualaikum…
boleh saya tolong?” tegur Zara.
Si
wanita yang sedang tertinjau-tinjau bagaikan seorang pencuri terkejut.
Terhinjut bahunya. Tangan di bawa ke dada lalu diurut perlahan. Dia tak sedar
pun kehadiran gadis yang menegurnya itu. Asyik sangat berfikir samada hendak
masuk atau tidak, sehinggakan dia tidak sedar pun ada yang datang
menghampirinya.
“Maaf.”
Pinta Zara. Sedar yang dia telah membuatkan wanita yang sedang tertinjau-tinjau
itu mengalami kejutan.
Wanita
berambut perang itu berpaling.
Orangnya
cantik dengan wajah anak kacukan.
“Dari
tadi saya nampak cik dekat sini. Cik tunggu orang ke?” tanya Zara kembali.
Wanita
cantik itu menggigit bawah bibirnya yang dicalit dengan gincu warna merah
menyala. Dia berkira-kira hendak bersuara.
Melihat
kebisuan wanita cantik itu, Zara mengecilkan anak matanya. Wajahnya cuba
mencari wajah wanita cantik itu. Lagaknya memandang penuh dengan gaya penuh
curiga. Sehingga membuatkan wanita cantik itu jadi gelabah.
‘Hisy… apa kena perempuan ni pandang aku
macam ni?’ Hatinya berkata sendiri. Kurang senang dengan cara tenungan gadis
berambut panjang yang diikat seperti ekor kuda itu. Gadis itu jika pandai
bergaya, pasti menyerlahkan lagi kecantikannya. Ini pakai tangkap muat saja.
Sempat dia menilai gadis di depannya itu.
“Cik
ada niat tak baik dekat syarikat kami ye?
Cik ni pengintai ye?” Zara menebak.
Main tuduh melulu aje.
Iyalah,
kan sekarang ni ramai yang jadi pengintip untuk menjatuhkan syarikat lawan.
Bukannya dia tak tahu yang Star Properties Snd Bhd ini dicemburui oleh beberapa
syarikat dekat luar sana. Ada di antaranya yang berniat hendak menjatuhkan Star
Properties Snd Bhd. Manalah tahu wanita cantik ini dihantar untuk mengintip
projek-projek di sini. Siapa yang tahu, kan? Muka cantik ni tak semestinya
baik.
“Eh!
Tidak!” pantas wanita cantik itu menjawab. Kepalanya digeleng laju-laju. Dia
tidak mahu gadis muda di hadapannya itu menyangka dia ini ada niat yang tidak
baik terhadap Star Properties Snd Bhd. Dia bukan seperti yang dituduh.
Zara
tersenyum. “Laaa… pandai bercakap jugak cik ni rupanya. Ingatkan bisu tadi. Heheheee… saya gurau ajelah cik. Saya
tahu cik bukan orang jahat.” Zara sudah ketawa besar. Suka bila jeratnya
mengena. Memang otak Zara ni kerek. Boleh pula cakap begitu semata-mata nak
tahu wanita cantik itu orang bisu atau tidak. Haish!
Wanita
cantik mengetap bibirnya rapat-rapat. ‘Tak guna betul budak perempuan ni. Boleh
pulak dia kenakan aku begitu. Buat
cuak aje.’ Sungut wanita cantik bergaya moden itu. Terkena dia.
“Sorrylah cik. Saya saja nak buat cik
bercakap aje. Saya tanya, cik diam aje. Ingatkan cik orang bisu tadi.” Ujar
Zara penuh selamba. Memang kerek.
Wanita
itu cuba mengukir senyuman. Wanita muda di hadapannya itu nampak begitu
bersahaja orangnya. Mungkin… gadis itu dapat menolong dia.
“Cik
ni tunggu orangkah? Kenapa tunggu dekat sini? Kalau nak jumpa atau tunggu
orang, masuklah ke dalam. Kat luar ni panas.”
“Tak
mengapalah, cik. I sebenarnya… cuma nak bagi sampul ni dekat Hakimie.” Wanita
itu menunjukkan sampul surat warna putih yang dipegangnya sedari tadi pada
Zara.
Dengar
saja nama mamat poyo itu meniti pada
bibir wanita cantik di hadapannya, mata Zara mengecil lagi.
“Boleh
tak you tolong I berikan sampul ni dekat Hakimie?” pinta sang wanita cantik.
Kali
ini Zara mengherot pula bibirnya ke kiri dan kemudian ke kanan. Menimbang tara
permintaan wanita cantik di hadapannya itu. Kalau boleh dia tak nak jumpa
lelaki itu atas urusan yang remeh-temeh. Dia kan tak suka Hakimie.
“I need your help. Please...” Wanita
cantik mengharap dengan penuh harapan. Dia tahu, dia tak mungkin dapat bertemu
dengan Hakimie. Dia perlukan seseorang untuk membantunya. Dan gadis itu, dia
rasa gadis muda itu mampu membantunya untuk menyampaikan sampul yang dibawa
kepada Hakimie.
Zara
menghela nafas. Inilah yang dia paling tak suka bila ada yang cuba tunjuk muka
minta simpati depan dia. Cepat saja hatinya menjadi belas.
“Iye
la.” Dia akhirnya akur dalam keterpaksaan.
Wanita
cantik tersenyum. Dia menghulurkan sampul berwarna putih itu kepada Zara. Dalam
sekelip mata saja sampul surat sudah bertukar tangan.
“Thanks. I harap sangat sampul tu sampai
pada Hakimie.” Penuh harapan wanita cantik menutur kata.
“Okey.
Nanti saya sampaikan. Apa dalam ni? Surat cintakah?”
Mendengar
pertanyaan Zara, serta-merta wajah wanita cantik itu bertukar merah. Bagaikan
udang yang sudah dipanggang saja.
‘Hai…
menyibuk betul perempuan ni.’ Kata hati wanita cantik. Namun pertanyaan itu
tidak pula mengundang rasa marah dalam benaknya.
“Terima
kasih cik….” Ayat wanita cantik terhenti. Dia tidak tahu nama gadis peramah di
hadapannya itu.
“Zara
Dania. Panggil aje Zara. Awak?”
“Eriza.”
******************************************************************************
KALAU
bukan disebabkan permintaan wanita cantik bernama Eriza itu yang beria-ia mahu
dia menyampaikan sampul ini kepada Hakimie, jangan haraplah dia akan datang ke
bilik lelaki itu. Bencinya dia pada Hakimie begitu menebal sehingga membuatkan
dia tak suka berhadapan dengan lelaki itu. Namun, petang ini dia terpaksa demi
menjalankan amanah yang diberikan oleh seorang wanita yang mengharapkan
pertolongannya.
Siapa
wanita itu? Tidak pula dia hendak tahu dengan lebih lanjut. Dia menegur pun
kerana dia hairan melihat Eriza yang terhendap-hendap bagaikan seorang pencuri.
Ingatkan pencuri betul-betul tadi. Tapi… masakan seorang wanita cantik yang
pandu kereta BMW itu seorang pencuri? Tak masuk dek akallah, kan? Tapi kalau
pengintip yang dihantar untuk mengintip Star Properties Snd Bhd itu mungkin
juga.
Terkenangkan
wajah Eriza yang sedikit keruh bila dia berkata begitu, membuatkan dia
tersenyum. Kelakar juga rasanya. Kesian… tak pepasal wanita cantik yang baik
itu dituduh sebagai seorang pengintip. Jahat betul otak Zara.
“Kalau
awak datang ke dalam bilik saya ni sekadar untuk termenung, baik tak usah
datang. Saya takde masa nak tengok
awak termenung macam tu depan saya. Macam orang kurang siuman aje
tersenyum-senyum sorang diri.” Sedas
Hakimie menembak. Langsung tak peduli yang kata-katanya itu mampu
‘mencederakan’ hati orang lain. Main tembak aje.
Dengar
saja ayat maha pedas daripada Hakimie, serta-merta Zara tersedar dalam dunia
khayalannya. Senyuman di bibir mati dengan serta-merta. Dia menggigit bibir
bawah menunjukkan dia geram mendengar kata-kata Hakimie yang lebih berupa
penghinaan itu.
Mamat poyo
itu kalau buka mulut saja pasti kata-kata yang keluar dari mulutnya itu sesuatu
yang menyakitkan. Itu yang buat Zara benci sangat nak mengadap si Hakimie ini.
Ini pun, hanya kerana dia terpaksa demi amanah yang diberikan oleh seorang
wanita.
“Ni…
ada surat untuk Encik Hakimie.” ujar Zara sambil meletakkan sampul surat di
atas meja Hakimie.
Mamat
tu memang tak bertimbang rasa. Dari Zara masuk ke dalam, sampai ke saat ini
langsung tak pelawa duduk. Naik lenguh kaki Zara berdiri tegak macam tu.
Berkerut
dahi Hakimie melihat sampul surat yang terletak elok di atas mejanya itu. Sampul
surat dan wajah Zara yang masih berdiri itu dipandang silih berganti.
“Tadi
ada seorang wanita ni suruh saya hantar surat ni dekat encik. Katanya, dia
teman lama Encik Hakimie.” tanpa disuruh Zara menjelaskan kedudukan dari mata
dia dapat surat tersebut.
“Siapa?”
hanya ayat itu yang keluar dari mulut Hakimie. Hatinya jadi tidak senang. Dia
bagaikan sudah dapat meneka siapakah gerangannya wanita yang dimaksudkan oleh
stafnya itu.
“Cik
Eriza.” Laju dan penuh yakin Zara memberikan jawapan.
‘Dah
agak. Pastinya dia.’ Hati lelaki Hakimie berbisik.
Kemudian
satu dengusan keluar dari mulutnya. “Yang awak pergi ambil surat ni kenapa?
Sejak bila awak pergi tukar profession
jadi posmen pulak? Setahu saya,
syarikat takde pulak lantik awak
jawatan sebagai posmen.” Sindir Hakimie penuh nada sinis.
‘Aduhai…
sabarlah wahai hati! Lelaki ni memang sengaja betul nak uji tahap kesabaran
aku. Eiii… nak rasanya aku
cili-cilikan mulut dia yang tak berinsurans tu.’ Bentak Zara dalam hati. Sakit
hatinya pada Hakimie semakin menjadi-jadi pula.
“Dah!
Saya tak nak surat ni. Awak pergi ambil dan buang dalam tong sampah.” Surat
yang terletak di atas meja langsung tidak diusiknya.
“Tapi
Encik Hakimie… surat tu Cik Eriza mintak saya sampaikan dekat encik. Tak baik
tau encik tak baca surat tu.”
Amboi…
Zara. Berani juga nak menjawab dan ingkar pada arahan tuan ketua ya. Dah lupakah
yang lelaki itu garang seperti singa jantan? Nak rambut Encik Hakimie tu
mengerbang macam raja singa baru nak diam ke? Menjawab aje kerjanya.
“Sekarang
ni siapa yang ketua awak? Saya atau Cik Eriza awak tu?”
Zara
mengetap bibirnya.
“Saya
tanya awak ni? Siapa ketua awak?” Kali ini Hakimie bertegas. Nadanya kedengaran
keras sekali menerpa cuping telinga Zara.
Dalam
malas-malas Zara akhirnya menjawab, “Encik Hakimie la.”
“Hah…
tahu pun. Yang awak tak dengar arahan saya tu kenapa? Awak nak melawan ye?”
Zara
menggelengkan kepalanya. Namun dalam hati dia sudah mula membebel marah. ‘Ikut
hati ni, memang nak melawan. Kau tu kaki pembuli. Nasib baiklah aku kena fikir
pasal prestasi kerja. Dahlah zaman sekarang ni nak cari kerja punya main susah.
Kalau prestasi kerja tak elok, takut kena buang kerja pula.’
“Tahu
pun zaman sekarang ni susah nak cari kerja. Oleh sebab tu… jangan sesekali awak
merancang nak melawan cakap saya. Saya penilai prestasi kerja awak.” Sambung
Hakimie lagi.
Terkejut
Zara mendengar ungkapan kata lelaki itu. ‘Haish… tahu-tahu saja dia apa yang
aku gumamkan dalam hati. Macam nujum pak belalang.’
“Dah!
Buang surat tu. Saya tak nak surat tu menyemak atas meja saya.”
Akur
dengan arahan ketuanya, Zara mengambil semula surat Eriza yang diletakkan atas
meja Hakimie. Kasihan Eriza. Bersusah payah dia tulis surat untuk Hakimie,
namun sedikit pun lelaki itu tidak mahu membaca isi di dalamnya. Kejam!
“Pastikan
awak buang surat tu betul-betul. Saya tak nak ada yang baca surat tu nanti.
Jika itu terjadi… saya akan pastikan awak tak akan hidup dengan senang.” Pesan
Hakimie dengan wajah serius.
Glup!
Cuak pula Zara mendengar pesanan penaja ketuanya itu. Nampak macam kes serius
sahaja sampai begitu sekali pesanan yang ditajanya.
Tidak
mahu membuang masa dengan lebih lama di bilik Hakimie, pantas Zara keluar
dengan perasaan yang sebal. Beginilah perasaannya setiap kali keluar dari bilik
Hakimie. Sentiasa nak marah-marah saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan