TIGA
Mawar merah
**18**
HARI
ini Zara datang lebih awal lagi. Semuanya angkara alongnya. Awal pagi lagi dia
sudah masuk ke dalam bilik Zara dengan membawa empat biji jam lonceng. Di atur kemas
di setiap penjuru bantal. Kemudian diset jam lonceng itu dengan agar serentak berbering.
Berdesing telinga Zara mendengar bunyi yang membingitkan itu. Nasib baik
gegendang telinganya tak pecah.
Lantas
dia terpacak di atas katil dengan muka yang mamai dan rambut yang serabai. Mata
bulat macam biji guli. Terkejut biawak tu beb!
Ingatkan ada bangunan runtuh tadi. Tak pun ada kecemasan yang memerlukan dia
segera bangun untuk menyelamatkan diri. Bila dia terbangun dalam keadaan yang
terkejut seperti itu, alongnya pula buat muka selamba biawak betina tanpa rasa
bersalah tayang senyuman sinis.
Tak
berhati perut langsung! Gumam Zara geram dengan sikap tak bermoral alongnya. Rasa
nak cekik aje leher kakaknya yang seorang itu. Biar tak bernafas.
Inilah
yang masalahnya jika along sudah bermalam di rumah abah. Memang dia tak ada
peluang untuk bangun sesuka hati. Along dah jadi seperti warden asrama. Ada
saja cara alongnya untuk membuatkan dia bangun seawal pagi.
‘Huh!
Harap-harap cepatlah Abang Rezza balik dari seminar dekat Indonesia itu. Takdelah aku kena menghadap kerenah along. Ini
baru semalam along dan anak-anak dia bermalam di rumah abah. Aku sudah jadi tak
keruan dengan perangai gila kuasa along tu. kalau seminggu… mahu pecah kepala
aku agaknya. Bukan tak seronok along dan anak-anak buah aku tu bermalam kat
rumah. Seronok memang seronok cuma masalahnya… aku tak suka dengan sikap gila
kuasa along tu. Mengalahkan abah dan umi saja. Berletar bagaikan mak nenek.
Macam
tadi pagi, bukan main bijak lagi along atur jam lonceng mengelilingi katil
tidur aku. Berdering sekali gus buat aku terkejut beruk. Nyaris aku nak
melompat dari katil gara-gara terkejut beruk. Lepas tu, boleh pula along, umi,
abah dan dua anak buah bertuah tu pakat ramai-ramai gelakkan aku. Huh! Memang
tak berhati perut langsung.’ Zara bermonolog sendiri mengenangkan sikap
alongnya yang seorang itu
Alongnya
itu memang jenis penakut. Suami pergi berseminar lima hari dekat Jakarta,
alongnya bersama anak-anak pula pulang ke rumah abah. Alasan kononnya rindukan
abah dan umi. Rindu nak bermalam dekat rumah abah.
Ya
sangatlah tu. Macamlah Zara tak tahu alongnya itu jenis manusia penakut
nauzubillah. Duduk dalam rumah pun nak takut. Entah apalah yang ditakutkan
sangat duduk dekat rumah sendiri bersama anak-anaknya itu pun Zara tak tahu.
Padanlah Anna tu pun jenis penakut. Mewarisi sikap penakut daripada mummy dia rupanya.
“Hai…
Zara.” sapa Encik Minhat ketika Zara sedang berdiri menunggu pintu lif terbuka.
Lebar
senyuman lelaki itu. Dah persis Joker pula.
Tidak
mahu mengecilkan hati Encik Minhat yang selama ini tidak pernah memandangnya
itu, Zara tetap membalas dengan senyuman tersebut. Ikut hati dia meluat
sebenarnya. Tapi demi menjaga hati pelanggan setia Star Properties Snd Bhd yang
seorang itu, kenalah dia senyum juga. Nanti dikatakan sombong pula.
Buka
saja pintu lif, Zara terus melangkah masuk ke dalam. Diikuti oleh Encik Minhat.
Jelingan-jelingan mata Encik Minhat langsung tidak dihiraukan. Dia memang
meluat benar dengan Encik Minhat yang sudah beristeri dua itu. Gatal nak
mampus!
Ini
datang pagi-pagi, entah apa lagilah urusannya. Kerap benar nampaknya Encik
Minhat ini ada urusan dekat Star Properties. Setahu Zara, projek kerjasama
mengenai Sweet Perdana Resort antara MNE Corporation dan Star Properties Snd
Bhd sudah dua bulan berakhir. Malah Sweet Perdana Resort juga bakal memulakan
operasinya tak lama saja lagi.
Sebaik
sampai ke tingkat dua, Zara melangkah keluar diikuti dengan Encik Minhat yang
masih memandangnya. Mata gatal lelaki itu tak lepas-lepas meratah segenap tubuh
milik Zara. Bergetar naluri lelakinya memandang tubuh gadis itu biarpun pakaian
yang membaluti tubuh Zara tidaklah seseksi mana. Tidak seperti pakaian Kareena
yang memang seksi tahap melampau. Tapi… dia suka!
“Zara,
tunggu kejap. I ada something nak
cakap dengan you.”
Mahu
tak mahu, Zara terpaksa juga menghentikan langkahnya. Berpusing menghadap Encik
Minhat yang bermata keranjang itu.
‘Aduhai…
ada juga aku korek biji mata lelaki ni pakai garfu. Biar buta macam Kassim
Selamat. Macamlah aku tak tahu mata dia tu tengah bernafsu pandang aku. Huh!’
“Ada
apa ya Encik Minhat?” tanya Zara cuba melembutkan nada suaranya.
“You
free tak lunch ni? I nak ajak you keluar lunch
bersama. Sambil tu… boleh kenal dengan lebih rapat.”
Aduhai…
berterus-terang sangat Encik Minhat itu. Nampak sangat miangnya. Tolong ya…
Zara tak hingin nak berkenalan lebih
rapat dengan Encik Minhat.
“Maaflah
Encik Minhat. Saya tak boleh. Ada janji dengan Wanie.”
“Ye ke? Hmmm… kalau macam tu esok macam mana? Bolehkan?” Encik Minhat tak
putus asa. Tak dapat keluar bersama hari ini, esok pun dia sanggup tunggu.
“Esok?”
Zara menggaru-garu dagunya. Konon dia tengah berfikirlah tu. “Esok pun tak
boleh Encik Minhat. Esok saya ada janji dengan kakak saya pulak.”
Zara
bagi alasan lagi. Dalam jadual dia bukannya ada janji pun dengan
kakak-kakaknya. Tapi sengaja dia berkata begitu untuk mengelak daripada keluar
dengan lelaki miang ini. Tak rela you!
“Kalau
begitu…”
“Sorry sangat-sangat Encik Minhat. Jadual
saya full sampai hujung tahun ni.
Lain kali sajalah ya. Assalamualaikum.” Belum sempat lelaki itu bersuara, laju
Zara memotong. Siap bagitau yang jadualnya penuh sampai ke hujung tahun. Nampak
sangat dia memang tak sudi nak keluar dengan Encik Minhat si miang keladi itu.
Terkebil-kebil
mata Encik Minhat kala Zara pergi meninggalkan dia. Hampa dan kecewa kerana
pelawaannya ditolak. Namun, dia tak akan mengalah. Dia masih ada masa untuk
cuba mendekati Zara. Dia akan pastikan Zara menjadi isteri ke-tiganya.
Sampai
dalam pejabat, Zara melihat tempatnya menjadi perhatian teman-teman sekerja.
Entah apa yang ada di mejanya itu sampai dikerumuni begitu sekali. Pantas saja
dia mempercepatkan langkahnya untuk ke tempatnya itu.
“Assalamualaikum
dan selamat pagi.” Zara menyapa. Memberi salam dan mengucap selamat kepada
mereka yang bertenggek di mejanya ketika ini
Salam
dan ucapan selamatnya itu dijawab hampir serentak oleh teman-teman.
“Wah…
cantiknya bunga.” Mata Zara kini tertumpuh pada tiga kuntum mawar merah yang
terletak dimejanya. “Saper punya ni?”
tanyanya menyambung kata. Punggung sudah dilabuhkan atas kerusi. Haruman mawar
merah itu menusuk masuk ke lubang hidung.
“Saper punya lagi… kau punyalah. Kan kena
letak atas meja kau tu.” Balas Wanie. Ketika dia sampai tadi, tiga kuntum mawar
merah itu sudah terletak kemas atas meja Zara.
Dahi
Zara berkerut. Dia menunding jari telunjuk ke batang hidungnya. Empat kepala
mengangguk serentak.
“Cepatlah
Zara. Bacalah kad dekat cela bunga tu.” Ujar Wanie. Teruja hendak tahu siapa
agaknya pengirim yang telah mengutuskan kuntuman mawar merah itu kepada BFFnya
itu. Belum pernah-pernah ada seorang pun di dalam pejabat mereka ini yang
menerima jambangan bunga seperti ini. Zara orang pertama dan bertuah.
Sampaikan
tadi, ketika Kareena melalui meja ini mencebik-cebik bibir si kawan. Apa lagi
maknanya tu kalau bukan cemburu tanda buta. Maklum… dia mana pernah dapat bunga
macam yang Zara dapat. Kahkahkah!
Zara
capai kad yang disertakan. Dibuka lalu isi di dalamnya dibaca. Ringkas saja
perutusan kad berwarna merah jambu muda itu.
Just a little nOte 2 say thanks!
Me…
Kumbang
Jingga’
“Kumbang
Jingga?” serentak mereka semua menyebutnya. Dahi Zara berkerut. Dia pandang
Wanie dan teman-teman yang lain silih berganti. Semua hanya mengangkat bahu tanda mereka juga tidak
tahu siapakah gerangan sang kumbang jingga itu.
“Siapa
Kumbang Jingga tu Kak Zara?” Suraya atau lebih mesra dengan panggilan Yaya, budak
penyambut tetamu yang rajin ‘melawat’ kawasan sebelum masa bekerja bermula
sudah bertanya ingin tahu. Nama yang dirasakan begitu klasik pada
pendengarannya. Harap-harap janganlah orangnya seklasik namanya ini.
“Entah.”
Zara jungkit bahu. Dia tak kenal sesiapa pun yang ada nama gelaran ‘Kumbang
Jingga’.
“Wah…
nampaknya sang Kumbang Jingga ni peminat Kak Zara la. Secret admirer.” Komen Yaya lagi. Bibirnya mekar dengan senyuman.
Tumpang gembira untuk Kak Zaranya yang cantik manis. Entah siapalah peminat mesteri
Kak Zara itu agaknya? Teringin juga dia nak tahu. Tapi dengan nama yang sudah
serupa begitu, macam mana nak kenal orangnya?
“Merepeklah
Yaya ni.” Tungkas Zara tidak senang. Dia bukan artis sampai hendak ada peminat
segala. Entah-entah ini kerja orang-orang yang hendak mengenakan dia. Dia masih
ingat lagi zaman sekolah menengah dulu dia pernah terkena April Pool daripada rakan-rakan sekelasnya. Salah seorang daripada
rakannya itu adalah si Wanie BFFnya ini. Gila! Dia tak nak terkena lagi.
“Entah-entah
ini kerja kau tak Wanie? Otak kau tu bukannya boleh percaya sangat. Suka pekena
aku.” Zara tenung wajah Wanie. Bukan dia tak tahu dengan otak Wanie yang
kekadang boleh terlebih tahap meroyannya itu.
“Hisy… kau ni tuduh aku pulak! Takdelah. Lagipun, buat sayang duit aku aje belikan bunga untuk kau.
Dari belikan untuk kau, baik duit tu aku buat beli kasut baru. Lagi ada
faedah.” Balas Wanie tegas.
Zaman
sekolah dulu bolehlah dia buat sambutan april
pool untuk mengenakan rakan-rakan sekelas. Tapi sekarang ini dia sudah
tiada masa hendak memikirkan semua itu. Lagipun, First April kan lagi dua minggu. Buat apa nak buat sambutan
terlebih awal pulak?
“Kalau
bukan kau, mungkin ada orang yang tersesat letak atas meja aku, tak? Lagipun…
dalam kad ni mana ada nama aku pun.” Ujar Zara sambil menunjukkan kad kecil itu
kepada teman-temannya.
“Tapi
bunga ni ada atas meja kau. Maknanya kaulah yang punya.” Balas Mariana, si
eksekutif pemasaran.
“Eh,
tak naklah. Kau nak, tak?” Zara bertanya kepada Mariana.
Mariana
menggeleng. Gila nak mampus. Kalau cik abang kesayangannya tahu ada bunga untuk
dia, mahu merajuk sebulan cik abang kesayangannya itu. Tak naklah! Dia tak
larat nak memujuk cik abangnya bila sudah merajuk. Mengalahkan rajuk orang
perempuan tu.
“Yaya
nak? Kak Uda? Wanie?” kini dia bertanya pula pada Wanie, Yaya dan Kak Uda.
Serentak
Yaya dan Kak Uda menggeleng. Takde
seorang pun yang mahu. Wanie pun macam itu juga. Dia memang sukakan bunga namun
jika bunga itu bukan untuknya, dia memang tak mahu. Biarlah bunga yang ada
nanti memang dikhaskan untuk dia daripada seorang yang istimewa.
“Kalau
macam tu buang ajelah dalam tong sampah.”
“Eiii… jangan! Tak baik kau Zara. Orang
dah penat-penat kasi, kau nak masukkan dalam tong sampah pulak. Simpan ajelah.” Halang Wanie sebelum Zara sempat membuang
tiga kuntum mawar merah itu ke dalam tong sampah.
“Betul
tu. Simpan ajelah Kak Zara. Lagipun bunga ni nampak cantik apa.” Sokong Yaya.
“Hah…
kalau macam tu apa kata Yaya letak bunga ni atas meja kaunter penyambut tetamu
tu. Nampak cantik juga kaunter tu dengan bunga ni.”
“Tak
naklah Kak Zara. Inikan bunga untuk Kak Zara. Yaya tak naklah.” Biarpun dia
berminat dengan tiga kuntum mawar merah yang segar-bugar itu, namun dia tiada
hati mahu mengambil bunga itu daripada tuannya. Dia yakin, pasti kuntuman mawar
merah itu datangnya daripada seseorang yang meminati Kak Zara dalam diam. Tak
eloklah dia ambil pula.
Alaaa…
dalam novel berlambak cerita begini yang dia baca. Dia tahulah pasti ada
seseorang yang menaruh hati pada Kak Zara. Tunggu dan lihat sajalah
penghujungnya nanti.
“Ni
kenapa berkumpul ramai-ramai dekat sini? Takde
kerja ke?”
Suara
yang menegur itu membuatkan kesemua di situ berpaling. Kareena yang begitu
seksi dengan skirt pendeknya sedang berdiri tidak jauh daripada mereka. Bongkak
sungguh gayanya.
“Dah!
Dah! Pergi bersurai. Jangan nak bertenggek dekat sini. Masa bekerja dah
bermula. Hah… Yaya, yang you nak menyibuk dekat sini buat apa pulak? Takde kerjakah yang boleh you buat dekat kaunter depan tu. Menyibuk
aje datang sini. Nanti ada orang luar yang nak bertanya itu dan ini, siapa nak
menjawab? Takkan I pula yang kena jawab soalan dia orang.”
Over
pula Kareena ni. Macamlah dia tu ketua dekat sini sampai pepandai nak mengarah
itu dan ini. Kasihan budak Yaya tu. Sampai mencicit dia bergerak menuju ke
tingkat bawah yang ditinggalkan.
Yang
lain-lain sudah kembali ke tempat duduk masing-masing termasuklah Wanie. Bukan
mereka takutkan Kareena, tetapi lebih kepada meluat dengan gaya sombong
perempuan seorang itu. Macamlah dah cantik sangat! Macamlah dia tu madam besar nak arah itu dan ini!
“Hah…
Zara, yang you ni dah kemas bilik Encik Hakimie ke?” tegur Kareena kepada Zara
pula. Bibirnya dijuihkan ketika melihat tiga kuntum mawar merah yang berada di
dalam pegangan Zara. Cemburu kerana selama ini dia belum pernah mendapat
jambangan bunga cantik seperti itu.
Sebenarnya
dia dah sakit hati dengan Zara sejak minggu lepas lagi. Tengok perubahan
penampilan gadis itu, membuatkan dia rasa kedudukannya telah tergugat. Nampak
Zara lagi cantik dari dia. Itu yang dia tak suka!
“Kejap
lagilah. Kan masa bekerja tinggal lima minit lagi. Nanti saya pergilah kemas.”
Zara membalas dengan gaya bersahaja. Dia duduk di kerusinya sambil meletakkan
jambangan mawar merah itu di atas meja. Malas dia nak layan Kareena.
“Kejap!
Kejap! Hey… kejap lagi Encik Hakimie
nak masuk tau. You nak biarkan bilik dia tu semak dan berhabuk ke? Atau… you
nak tunggu Encik Hakimie masuk dulu baru you nak buat kerja?” Geram benar Kareena
dengan jawapan Zara. “Huh… macamlah I tak tahu yang you tu sengaja nak
menggatal dengan Encik Hakimie kan? Sebab tu you nak tunggu masa dia masuk ofis
baru you nak kemaskan bi…”
Pappp!
Belum
sempat Kareena menghabiskan ayatnya, Zara telah menghempas buku dengan kuat di
atas meja. Sakit hatinya mendengar tuduhan Kareena itu. Ingat dia ni dah suka
sangatkah nak menghadap muka Hakimie setiap hari? Kalau bukan disebabkan
arahan, dia pun tak sudi tau. Dia bukannya jenis perempuan yang tergedik-gedik
macam Kareena.
Terhenjut
bahu Kareena disebabkan tindakan Zara itu.
Wanie,
Kak Uda dan beberapa staf lain yang agak berhampiran dengan tempat mereka semua
terkejut. Mata sudah memandang pada dua wanita yang muka masing-maisng tegang.
“Kareena,
kalau kau tak puas hati sebab aku kemaskan bilik Encik Hakimie kesayangan kau
tu, apa kata kau tolong kemaskan bilik tu untuk aku. Hey… aku pun… kalau bukan disebabkan arahan Encik Hakimie kesayangan
kau tu, tak sudi tau nak mengemas bilik tu. Bukan kerja aku pun!”
Pandangan
mata Zara yang tajam, membuatkan hati Kareena jadi gementar. Lantas, tanpa
menunggu lama dia terus berlalu dari situ. Takut nanti jika berlama-lama lain
pula jadinya. Tengok muka Zara yang sudah seakan-akan mahu menerkamnya itu,
membuatkan dia perlu ‘cabut’ dengan kadar yang segera. Nanti Zara bertukar
menjadi She Hulk, dia juga yang naya.
Berlalu
saja Kareena dari mejanya, Zara mendengus kasar.
“Gila
punya Kareena!” bentaknya. Namun dalam marah dia terasa lucu juga melihat wajah
pucat si Kareena tadi. Tahu juga perempuan tu takut. Ingatkan dah hebat sangat.
“Jangan
layan sangat si Kareena tu Zara. Dia tu bukannya apa, cemburu dengan kamulah
tu. Maklum… diakan tak pernah dapat bunga macam yang kamu dapat. Pasal tu tahap
cemburu dia meluap-luap.” Kak Uda yang sudah duduk ditempatnya bersuara. Dia
juga meluat benar dengan perangai Kareena. Berlagak nak mampus!
“Bukannya
Zara nak sangat bunga ni kak. Zara sendiri tak minta. Tak tahu pun siapa yang
bagi.”
“Akak
tahu. Dahlah. Jangan dilayan sangat marah tu. Nanti tak pasal-pasal kamu
termasuk pula dalam group Puan Rohana
pula.”
“Group Puan Rohana? Bukan kita ni memang
berada dalam group dia ke Kak Uda?”
Blur Zara seketika. Setahunya dia dengan Kak Uda kan memang termasuk dalam group Puan Rohana.
“Bukan
group kerjalah adik sayang oi.”
“Habis
tu?”
“Group penyakit darah tinggi.”
Mendengarkan
itu, automatik bibir Zara menguntum senyuman. Kak Uda ni ada-ada saja.
Pandai-pandai nak buat group untuk
Puan Rohana yang garang nak mampus itu. Entah macam manalah gayanya Puan Rohana
menjadi ketua di Sandakan? Tentu kecut perut staf-staf di sana dapat ketua
garang persis singa betina jadian seperti Puan Rohana.
Kuntuman
mawar merah yang terletak di atas meja, ditenung. Cantik! Wangi! Siapa agaknya
pemberinya? Hmmm…
******************************************************************************
“JAUH
termenung. Dah sampai ke mana? Bulan? Marikh? Atau Pluto?” tegur Fara kepada
adiknya yang duduk termenung itu. Dua mug
berisi air milo panas diletakkan di atas meja kopi.
Remote Astro
dicapai. Kemudian dia tukar siaran. Layan drama korea lagi best. Lagipun Zara bukannya menonton pun. Asyik termenung saja
kerja adiknya itu. TV pula yang tonton dia. Entah apalah yang dimenungkan? Nak
kata menungkan masalah Negara, mustahil pula. Zara bukan Perdana Menteri. Tapi…
nampaknya Zara begitu khyusuk sekali dengan masalah termenungnya itu.
Fara
jerling Zara. Adiknya itu langsung tidak memberikan sebarang respons kepada
tegurannya. Diam saja. Dah macam patung cendana.
Pantas
Fara mencapai kusyen kecil berbentuk hati yang berada atas sofa. Dibaling dan
mengena tepat ke muka Zara yang tengah asyik melayan perasaan. Fikir masalah
Negara Negeria agaknya sampai dia menegur pun tidak dihiraukan.
“Oh…
kau mawarku… juita kalbu… gadis yang ku rindu…” tak pasal-pasal Zara
termelatah. Siap mendendangkan lagu ‘Kau Mawarku’ yang pernah dipopularkan oleh
kumpulan 2 By 2 dan Datuk Siti Nurhaliza lagi. Fantastik bombastik benar latahan Zara malam itu. Sehingga
membuatkan Fara ketawa berdekah-dekah.
Zara
ketap bibir. Kusyen kecil itu dibaling semula kepada alongnya yang sedang
mentertawakan dirinya sambil menekan-nekan perut. Kelakar sangatlah tu dapat
mengenakan dia. Tapi sayang, balingannya tidak mengena bila Fara dapat mengelak
dengan jayanya.
‘Hisy!!!
Tersasar pula.’
“Apa
along ni? Main baling-baling pulak!
Ingat orang ni apa nak baling-baling?” marah Zara. Geram dengan perangai
alongnya yang kekadang macam budak-budak. Pandai saja kata dia macam perangai
Ayit dan Anna, tetapi alongnya tak sedar pula yang perangainya itu pun dah sama
macam anak-anaknya juga.
Dia
tengah binggung memikirkan pasal siapakah si pengirim tiga kuntum mawar merah
yang diterimanya ketika di pejabat tadi, alongnya pula hendak main-main. Wrong time okey! Ececeh… speaking London si
kawan!
“Dah
adik tu along tengok serius bebenor.
Along pun balinglah kusyen tu bagi adik sedar. Ingatkan adik tidur dengan mata
yang terbuka.” Balas Fara tanpa rasa bersalah.
Zara
mendengus. Kalau disuruh bagi alasan, kasi saja dekat alongnya. Memang pandai
sangat mencipta alasan. Kalau ada pertandingan mencipta alasan terbaik, sah-sah
boleh menang. Adakah orang tidur dengan mata yang terbuka luas? Mereng!
“Adik
fikir pasal apa ni? Jauh benar along tengok adik termenung. Sampaikan along
tanya pun adik boleh tak layan aje. Asyik sangat dengan menungan adik tu. Cuba
kongsi dengan along yang bijak pandai ni.”
Zara
menghela nafas. Dia memang hendak berkongsi dengan alongnya tentang apa yang
menganggu fikirannya ketika ini. Tapi… bila memikirkan pemikiran alongnya yang
bagaikan orang tua-tua itu, terus niatnya dibatalkan dengan serta-merta.
Biar
dululah. Lagipun manalah tahu kut-kut memang benar ada orang yang tersalah
hantar bunga tu kat atas meja aku tadi. Bunga sesat.
“Dik!
Along tanya ni.” Fara menguatkan sedikit volume
suaranya. Pantang benar dia jika soalannya tidak berjawab.
“Takde apa-apalah. Orang tengah fikir pasal
kerja je.” Zara berdalih. Lagi bagus cakap begitu dekat along daripada beritahu
hal yang sebenar.
“Owh… ingatkan fikir pasal Ajib lagi.” Laju
Fara membalas.
Sekali
lagi Zara mendecit. Kali ini keras sedikit bunyinya.
“Along
boleh tak jangan sebut nama si kurus cekeding tu depan orang lagi. Geli tahu
telinga orang ni mendengar nama dia tu. suka bagi orang bad mood aje.” Tungkas Zara tidak senang hati dengan sikap alongnya
yang suka lepas cakap itu.
“Hah?
Cuba adik ulang apa yang adik cakap tadi?” Fara yang buat-buat terkejut itu
menggosok-gosok telinganya.
Zara
mendecit. Over pula lakonan alongnya
yang sengaja buat-buat pekak itu. Pekak betul-betul kang baru padan dengan muka!
“Orang
kata… boleh tak along jangan sebut nama si kurus cekeding tu depan orang lagi!
Orang tak suka!!!” sebiji-biji ayatnya ditekan. Bagi jelas sikit pada
pendengaran along yang konon dah jadi orang pekak itu.
“Alhamdulillah…”
Fara mengucap syukur. Dia meraup wajahnya tanda syukur yang teramat sangat.
Akhirnya… adiknya itu sudah berjaya melupakan Ajib. Inilah yang hendak
didengarnya selama ini.
“Akhirnya
adik dapat juga lupakan si kurus cekeding tu. Along ingatkan tadi dah cinta
separuh mati.”
“Huh!
Takde maknanya nak cinta separuh mati
dekat lelaki perangai macam naga jadian begitu. Menyakitkan hati saja.” Bebel
Zara. Kemarahannya pada Ajib masih jelas terpancar. Kata-kata Ajib yang
mengatakan dia ini orang gila masih terngiang-ngiang di telinga. Kurang ajar
punya Ajib! Adakah kata dia ini orang gila? Eiii… geramnya!
“Baguslah
kalau adik dah lupakan dia. Sekurang-kurangnya si Kamal Ariffin tu ada peluang
yang besar untuk mengisi kekosongan hati adik.” Fara tersengih. “Eh… sebut
pasal Kamal, adik dengan dia macam mana? Dah ‘berkembang’ ke?”
Sejak
memperkenalkan Zara pada Kamal Ariffin, dia belum berpeluang lagi hendak
menanya perkembangan hubungan adiknya dengan lelaki bekas teman sekolahnya itu.
Bagaimana ya hubungan mereka berdua? Okey ke K.O?
Zara
hanya menjungkit bahu. Nampak sangat dia tak berminat nak menjawab pertanyaan
alongnya berkaitan dengan Kamal Ariffin. Lelaki itu boleh tahan kacaknya, namun
itu masih belum mampu untuk mengikat hati Zara untuk menerima lelaki itu
sebagai teman tapi mesra.
Air
milo dalam mug yang sudah sejuk itu
dicapai lalu dihirup. Asyik sangat melamun, sampai sejuk air minuman
kegemarannya itu.
Sejak
dia pulang dari sesi perkenalan dengan Kamal Ariffin sebulan yang lalu,
nampaknya lelaki itu langsung tidak menghubunginya. Hantar SMS pun takde. Jadi takkanlah dia pula yang nak
terhegeh-hegeh menghantar SMS atau menghubungi lelaki itu? Buat malu aje.
Manalah tahu Kamal Ariffin tidak berminat hendak mengenalinya dengan lebih
dekat? Kalau berminat, mesti lelaki itu akan menghubungi dia usai pertemuaan
pertama mereka dulu. Jadi… buat apa dia nak terkejar-kejar pula kan?
“Dia
ada call adik tak?” Fara bertanya
lagi. Dia jadi tak puas hati bila Zara menjungkitkan bahu seperti itu. Macam
takde perkembangan langsung hubungan antara adiknya dengan Kamal Ariffin.
Zara
menggeleng. Bosan melanda bila alongnya mula mahu menjadi penyiasat
persendirian. Mula hendak bertanyakan itu dan ini pasal hubungan dia dengan
Kamal Ariffin yang langsung tiada perkembangan memberangsangkan.
“Adik
ada call dia?” tanyanya lagi.
Sekali
lagi Zara menggeleng dengan mata yang tertancap pada skrin TV yang sedang
menayang drama korea. Alongnya itu memang pengemar drama-drama korea. Ikutkan
Zara, dia kurang sikit drama-drama korea ni kecuali Full House dan My Girl. Dua
buah drama itu saja yang paling diminatinya. Lain-lain, dia tak layan sangat.
Tapi kalau cerita seram dan perang, bagi saja padanya. Memang dialah juara.
“Kalau
dia tak call adik, kenapa adik tak call dia? Kan dah tahu nombor telefon
masing-masing. Cubalah adik yang mulakan dulu. Telefon, tanya khabar. Ini tak…
adik pun diam aje. Macam mana hubungan korang
nak berkembang?”
Ini
yang Zara bosan bila alongnya sudah membebel. Macam nenek-nenek. Umi sendiri
tak bising macam along. Entah-entah along ni mewarisi sikap arwah tok yang suka
membebel itu agaknya. Dulu ketika mereka semua masih anak kecil, mereka selalu
mendengar arwah tok selalu marahkan umi dan abah. Mereka yang nakal ini tak
pernah pula kena marah dengan arwah tok.
“Along…
orang ni perempuan. Takkanlah orang yang terhegeh-hegeh nak call si Kamal Ariffin kawan along tu. Eiii… tak nak ar. Nampak sangat macam perigi mencari timba. Lagipun along… orang
tak rasa pun yang Kamal Ariffin tu sukakan orang ni. Kalau dia berminat,
tentu-tentu lepas hari tu dia akan call
orang dan atur temu janji lagi. Ini jangankan nak telefon, SMS yang hanya
beberapa sen tu pun takde.”
Mug
berisi air milo yang hanya tinggal setengah saja lagi itu diletakkan atas meja
kopi. Dia sudah bangun dan meluruskan pinggangnya. Daripada alongnya menambah
lagi soalan-soalan yang bisa membuatkan dia migraine,
baik dia naik ke atas dan masuk tidur.
“Hah…
tu nak ke mana pulak tu?” tanya Fara
bila melihat adiknya sudah mula melangkah entah hendak ke mana.
“Orang
nak masuk tidur.” Balas Zara.
“Awalnya
adik nak masuk tidur?” soal Fara dengan dahi berkerut-kerut.
“Dah
mengantuklah along… lagipun esok orang kerja. Kalau datang lambat, nanti kena
baham dengan singa jantan kat ofis orang tu. Good night.”
“Hmmm… good night.”
Di
dalam biliknya, Zara merebahkan tubuh di atas katil. Namun belum sempat dia nak
bersenang-lenang, tiba-tiba pula telefon bimbitnya mengeluarkan irama Gwiyomi.
“Aduh…
telefon ni pun. Waktu-waktu begini jugalah dia nak berbunyi. Sengaja nak ganggu
aku bersenang-lenang atas katil!” sambil mengumam sendiri, dia bangun dari
baringnya. Pantas menuju ke meja solek yang menempatkan telefon bimbitnya itu.
Dia
lihat nama si pemanggil. Kamal Ariffin!
Panjang
umur lelaki itu. Baru kejap tadi along membuka cerita tentang lelaki itu dan
sekarang ini Kamal Ariffin sudah menelefonnya.
Butang
answer ditekan.
“Assalamualaikum…”
Zara cuba mengawal nada suaranya.
“Waalaikumusalam.
Maaflah I ganggu you malam-malam begini.”
Tahu
pun menganggu. Ingatkan tak sedar tadi. Hati kecil Zara berkata. Namun diluar
dia berkata lain pula, “Eh… takpe.
Saya pun belum tidur lagi ni.” Hamboi!
Pandainya anak dara Cikgu Muhammad Zainal dan Puan Inara ini berdrama. Boleh
jadi pelakon terbaik ni. Kalah Maya Karin.
“You
tengah buat apa tu?” Kamal Ariffin bertanya.
Baru
habis mengumpat awak dengan along. Sekali lagi hati kecil Zara menjawab. Namun
pada bibir lain pula yang dia lahirkan. “Tak buat apa-apa pun. Awak pula buat
apa?”
“I
tengah tunggu kawan keluar minum. Kebetulan teringat dekat you, jadi I cubalah call you bertanyakan khabar.”
“Oh
ye ke?”
Untuk
seketika, Zara layan juga berbual dengan Kamal Ariffin di talian. Setelah
sepuluh minit berbual, akhirnya perbualan mereka pun tamat. Tiada apa yang
menarik. Zara sekadar menganggap perbualan mereka itu hanya sebagai perbualan
kosong sahaja.
Huarghhh!!!
Dia
sudah menguap. Mata juga sudah mengantuk. Pantas tanpa mahu berlengah, Zara
terus memanjat katil dan merebahkan tubuhnya di situ. Matanya sudah terlalu
berat dan minta untuk segera dia melelapkan mata.
Selamat malam semua!
Semoga mimpi yang indah-indah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan