Tiga
Mawar merah
**10**
Tum
Paas Aaye, Yoon Muskuraaye…
Tumne Na Jane Kya Sapne Dikaaye…
Abh To Mera Dil, Jage Na Sota Hai…
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai…
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai…
Tumne Na Jane Kya Sapne Dikaaye…
Abh To Mera Dil, Jage Na Sota Hai…
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai…
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai…
GEDEBUK!!!
“Adoi!!!”
Zara menggosok-gosok kepalanya yang terhantuk atas lantai. Sakit giler!!! Sampai terbangun dia dibuatnya.
Entah-entah sudah ada benjolan pada kepalanya ketika ini.
Ini
semua gara-gara mimpi seram yang dialaminya itu. Tak pepasal dia terjatuh dari atas katil dengan gaya yang paling
dahsyat. Selama ini pernah juga dia bermimpi perkara-perkara seram seperti
dikejar Dinosaur, Pontianak, dan
dilamar Pakcik Os (Huh… mimpi tu muncul sejurus selepas dia tahu pakcik tak
sedar diri tu sukakan dia.) tapi takdelah
sampai jatuh dari katil pula.
Namun
hari ini dalam sejarah, mimpi seram yang dialaminya ini mampu membuatkan dia
jatuh terlentang begini. Memang seram bangat,
dong!
“Huh…
apesal pulak mamat poyo tu boleh
tersesat masuk ke dalam mimpi aku ni. Aku takde pulak teringatkan dia, tetiba
pulak dia muncul dalam mimpi aku.
Kalau jadi watak penjahat tu takpelah
jugak. Ini watak hero. Eiii… tak rela aku nak jadi heroin dia!
Tak rela!!!” gumam Zara tidak suka.
Awal
pagi lagi dia sudah bengang dengan mimpinya sendiri. Adakah patut mimpi macam
tu pulak?! Macam dah takde hero lain lagi nak diketengahkan
dalam mimpi dia. Carilah hero yang buat dia tersenyum bila terbangun dari
tidur. Ini tidak… si mamat poyo itu
pula yang menjadi heronya. Memang menyakitkan hatilah jawabnya.
Semalam,
sebelum masuk tidur dia berdoa semoga diberi mimpi yang indah. Mimpi yang
Menyanyi dan menari bersama Shah Rukh Khan memandangkan semalam dia sempat
melayan filem hindi yang cukup hit era 90-an, Kuch Kuch Hota Hai. Mahu menjadi
heroin filem hindustan.
Entah
dimana silapnya, watak hero itu diganti pula dengan si mamat poyo yang cukup dibenci. Dah tu… mereka siap berkejar-kejaran
lagi dipersisiran pantai sambil bergolek-golek. Main sorok-sorok di taman bunga
dan berguling-guling di atas rumput yang menghijau. Betul-betul Kuch Kuch Hota
Hai bila dalam mimpi tersebut dia siap bersari dan pakai gelang tangan dan kaki
‘kerincing-kerincing’ segala. Hindustan sangat!
Dalam
keseronokan bermiming, akhirnya dia tergolek jatuh ke lantai dan kepalanya
terhantuk. Hadoi!!!
Sesungguhnya…
mimpinya kali ini merupakan mimpi yang paling seram pernah dialami. Tak ada
mimpi yang seram selain daripada mimpi malam tadi. Mimpi kena kejar dengan
kuntilanak pun dia takdelah sampai dia
jatuh tergolek dari katil. Mimpi kali ini benar-benar sejarah dalam hidupnya.
Zara
pantas bangun. Tidak mahu terlampau memikirkan mimpi seram yang dialami. Nanti
merosakkan mood dia saja. Pantas dia
mencapai tuala dan segera keluar dari bilik.
Hari
ini dia mandi dalam keadaan senyap. Tiada mood
mahu menyanyi-nyanyi. Bukan macam selalu, jika mandi saja pasti lagu-lagunya
pun berkumandang. Macam-macam jenis lagu akan dia nyanyikan. Dari berentak pop rock hinggalah ke rentak syair.
Usai
mandi, dia terus menyarung pakaian kerja yang malam-malam lagi sudah siap
digosok. Memandangkan semalam dia bermimpi ngeri, dia bangun lebih awal hari
ini. Tidak perlu khidmat umi atau ‘Cik Jam’ untuk membuatkan dia terjaga.
Rambutnya
yang panjang itu sudah diikat tinggi seperti ekor kuda. Dia memang suka ikat
rambut ekor kuda ini. Ringkas dan kemas. Wajah dikenakan solekan tipis. Cukup
hanya dengan bedak, eye liner dan lipstick warna lembut. Tak perlu nak
tebal-tebal. Dia memang tak gemar bersolek tebal. Sampaikan penampilannya yang
simple ini pernah mendapat kritikan daripada along dan Wanie. Kata mereka dia
ni cantik tapi pakai asal tangkap muat sahaja.
Ahhh…
lantaklah mereka nak cakap apa! Yang penting, Zara selesa dengan apa yang
dipakainya.
Semburan
minyak wangi disembur ke badan. Cukup untuk memberikan haruman yang menyegarkan
pagi-pagi begini.
Selesai
semuanya, dia segera turun ke bawah. Ketika kaki berada di anak tangga, aroma
nasi lemak air tangan umi sudah menyapa rongga hidung. Membuatkan perutnya mula
berdondang sayang. Laparlah pula.
Pantas
dia mengatur langkah menuju ke ruang dapur.
“Assalamualaikum
umi…” sapa Zara manja. Pinggang uminya dipeluk dari belakang hingga membuatkan
wanita anggun berbaju kurung itu terkejut kecil.
“Waalaikumusalam.
Hisy… budak bertuah ni. Terkejut umi.
Nasib baik umi takde sakit jantung
tau.” Balas Puan Inara. Geram benar dengan sikap anaknya yang seorang itu. Suka
sangat buat dia terkejut.
Zara
sekadar tayang sengih. Dia melepaskan pelukannya dan beralih di sebelah kanan
umi. Wangi sambal bilis tumis berlada itu cukup membangkitkan seleranya. Umi
memang pakar memasak.
“Awal
bangun? Selalunya bukan main liat lagi anak dara umi ni nak bangun pagi. Kalau
mulut umi tak membebel awal pagi, mesti Zara tak akan bangun sendiri.” Tegur
Puan Inara sedikit pelik. Selalunya dialah yang jadi tukang kejut kepada anak
daranya yang seorang itu. Tapi hari ini tahu pula si anak bangun sendiri.
“Hmmm… Zara mimpi seramlah umi. Tu yang
terbangun lebih awal daripada biasa.” Balas Zara sambil buat mimik muda sedih.
Malang betul dia kerana mimpinya itu. Benjol kepala dia.
“Iye
ke? Mimpi seram apa yang anak dara umi ni mimpi? Kena kejar dengan hantu ke?”
Puan
Inara tetap mahu melayan cerita anaknya. Sedari dulu, dia memang gemar melayan
cerita anak-anaknya yang hanya seramai tiga orang itu. Ini akan mengeratkan
lagi hubungannya bersama anak-anak. Dia tahu suaminya agak sibuk dengan urusan
kerja, jadi sebagai seorang ibu dan suri rumah tangga dia kenalah rapat dengan
anak-anak. Dia tidak mahu anak-anaknya kurang kasih sayang.
“Hisy… ini lagi seram dari tu…”
“Apa
yang seram sangat?”
“Tak
boleh nak sharelah umi. Mimpi tu
seram sangat. Zara tak nak ingat. Meremang bulu roma sangat kalau ingat mimpi
tu.”
“Ker… anak abah ni takut kalau mimpi tu
jadi kenyataan.”
Suara
Cikgu Muhammad Zainal yang tiba-tiba kedengaran dari arah belakang itu
membuatkan dua wanita tersebut berpaling serentak. Sejak pencen ini, Cikgu
Muhammad Zainal rajin membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Ini pun dia
baru sahaja selesai menyiram pokok-pokok bunga kesayangan Puan Inara yang
terletak di halaman rumah.
“Tu
pun salah satu daripadanya jugaklah,
abah. Kan arwah opah pernah cakap, mimpi jangan cerita. Nanti jadi kenyataan.
Zara tak naklah mimpi semalam tu jadi kenyataan pulak.” Balas Zara. Pesanan arwah opah yang satu itu masih tersimpan
kemas dalam kotak fikirannya.
“Umi
pergilah duduk. Biar Zara pindahkan sambal bilis ni ke dalam mangkuk.”
Puan
Inara mengangguk. Dia bergerak ke meja makan dan melabuhkan punggungnya di atas
kerusi bersebelahan dengan suaminya. Mata masih lagi memandang tingkah anak
daranya yang seorang itu. Satu-satunya anak dara yang masih tinggal bersama
mereka suami isteri.
Setelah
dua anaknya mendirikan rumah tangga, kini hanya tinggal Zara seorang sahaja
lagi yang menjadi penyeri dalam rumah ini. Celoteh anaknya yang seorang itu
saja sudah cukup menceriakan dia dengan suami. Zara memang anak yang manja
dengan keletahnya yang agak nakal. Tak padan dengan statusnya seorang
perempuan, nakal Zara mengalahkan anak lelaki. Waktu kecilnya pun, anak gadis
ini berperwatakan agak kelakian. Cuma sejak dia naik ke tingkatan satu, barulah
terserlah sifat-sifat feminin anaknya itu. Namun itu pun masih lagi mengekalkan
sikap kasarnya itu.
Zara
mencapai pinggan di atas meja. Kemudian dia menyenduk nasi lemak ke dalam
pinggan sederhana besar jenama Arcopal kesayangan umi. Sambal bilis dibubuh
bersama telur rebus dan timun yang telah dihiris bulat. Pinggan yang sudah
diisi lengkap itu dihulurkan kepada abahnya.
“Terima
kasih.” Ucap Cikgu Muhammad Zainal setelah mencapai pinggan berisi nasi lemak.
Lapar perutnya melihat dan menghidu haruman nasi lemak air tangan isteri
tercinta.
Zara
sekadar tersenyum. Kemudian dia mengulangi perbuatan yang sama dan kali ini
pinggan diberikan pula kepada uminya yang duduk bertentangan dengannya. Seperti
abahnya, uminya juga mengucapkan ucapan terima kasih.
Selesai,
barulah Zara mengambil nasi lemak untuk dirinya pula. Nasi sikit, tapi sambal
bilis dengan telur rebus kena banyak. Heheheee…
Usai
membaca doa makan, dia pun menyuap nasi lemak masuk ke dalam mulut. Fuh… sedap hingga menjilat sudu menjadi
licin.
Zara
mendongak. Rasa ada yang memandangnya tanpa kerdip.
“Abah…
umi… kenapa ni? Kenapa pandang Zara macam tu?” tanya Zara sedikit pelik dengan
cara abah dan umi memandangnya.
Cikgu
Muhammad Zainal dan Puan Inara saling berpandangan. Kemudian mereka sama-sama
ketawa kecil. Tak sangka mereka berdua begitu asyik melihat tingkah anak
kesayangan itu sehinggakan nasi lemak dalam pinggan tidak terusik. Seronok pula
mereka melihat tingkah Zara yang kian dewasa. Seperti anak itu masih lagi anak
kecil kesayangan ramai.
Semakin
berkerut dahi Zara bila abah dan uminya ketawa.
“Kenapa
ni? Ada yang tak kena ke dekat muka Zara ke sampai umi dengan abah pakat
sama-sama gelakkan Zara?” Zara meraba-raba wajahnya. Manalah tahu ada sesuatu
yang terlekat pada wajahnya ini sehingga mencuit hati abah dan uminya.
“Takde apa-apalah, sayang. Muka anak abah ni
dah cantik. Dah comel.” Ujar Cikgu Muhammad Zainal sambil dipersetujui oleh
isterinya dengan anggukan kepala.
Zara
Dania Binti Muhammad Zainal itu memang anak gadis yang cantik dan comel. Buah
hati pasangan Cikgu Muhammad Zainal bersama Puan Inara. Bila melihat Zara, hati
tua Cikgu Muhammad Zainal akan terusik. Cepatnya masa berlalu. Anak-anak
gadisnya kini sudah meningkat dewasa. Dia jadi rindu pada keletah anak-anaknya
waktu kecil dahulu. Terutama pada Zara Dania yang bertubuh tembam dan bulat.
Anak itu kini sudah menjadi anak dara sunti yang manis orangnya.
“Habis
tu kenapa abah dengan umi ketawa pulak?”
“Abah
ketawa sebab abah seronok tengok tingkah Zara. Tak sedar cepat benar masa
berlalu. Dulu Zara kecik aje, tapi sekarang ni dah besar. Dah boleh tolong umi
buat kerja dapur.” Puji Cikgu Muhammad Zainal kepada anak manjanya itu.
“Kalau
macam tu bang, tentu tak lama lagi ada orang datang meminang kan? Maklum… bunga
dalam taman jagaan kita ni nampaknya semakin hari semakin berkembang. Harum
pula baunya tu. Tentu ada kumbang yang tersangkut.” Puan Inara sekadar
mengusik. Mahu melihat reaksi Zara.
Jika
suatu hari nanti muncul seorang pemuda menyunting anak manjanya ini untuk
dibawa pergi, adakah hatinya tegar melepaskan Zara Dania? Sedangkan dulu
sewaktu dua puterinya dipinang, hatinya menjadi gusar. Dia bukan sahaja gusar
kerana gundah anaknya dipinang, namun dia juga risau andai pemuda yang meminang
anak-anaknya itu tidak mampu menjaga puteri-puterinya sebaik mungkin. Dia
begitu sayangkan anak-anaknya.
Namun,
dia panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Menantu sulungnya iaitu Raja Rezza
seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Bersama lelaki itu anaknya Fara
Deeba hidup bahagia dan memiliki dua orang cahaya mata yang keletah. Puteri
keduanya Sara Diana juga sedang meniti bahagia bersama lelaki pilihannya Yusri
Haji Yusof. Ternyata, Yusri seorang lelaki yang boleh disandarkan harapn untuk
menjaga anak keduanya itu. Dia berharap agar bahagia itu akan terus menjadi
milik anak-anaknya ini. Semoga anak bongsunya Zara Dania juga akan menemui
kebahagian sama seperti kakak-kakaknya.
Panjang
pula muncung Zara bila diusik sedemikian rupa. Awal pagi lagi abah dengan
uminya sudah mahu menyakat. Dia baru aje dapat melupakan Ajib dan mahu
memulakan hidup baru tanpa memikirkan soal lelaki, abah dan umi pula sudah mahu
membangkitkan isu itu awal-awal pagi begini. Siapalah yang tak tarik muncung?
“Apalah
umi ni… awal pagi dah cakap pasal isi pinang meminang. Kalau betullah ada orang
nak pinang Zara, orang tu kenalah hensem
macam Aaron Aziz dan kaya-raya macam Putera William. Baru Zara terima! Kalau
kurang, boleh bye-bye.”
“Amboi…
demandnya anak kita ni bang. Tinggi
sangat permintaan dia.”
“Mestilah.
Anak umi dengan abah ni kan cantik plus
comel. Kenalah cari yang setaraf sikit.” balas Zara sambil buat muka comel
dengan mata yang dikerdip-kerdip.
Serentak
itu juga, mereka bertiga ketawa riang. Ruang makan itu kedengaran riuh dengan
celoteh-celoteh Zara yang seterusnya. Celoteh yang sering memeriahkan suasana
mereka tiga beranak.
Usai
sahaja menghabiskan sarapan paginya, Zara mengangkat pinggan kosong ke singki.
Kemudian dibasuh. Jarum jam tangannya masih awal namun dia perlu ke tempat
kerja sekarang. Bukankah dia sekarang ini sudah menjadi pembersih pejabat
Hakimie? Setiap pagi dan petang dia terpaksa membersihkan bilik lelaki itu.
Memang menyusahkan!
“Orang
pergi dulu abah, umi.” Pinta Zara kemudian dia menyalam tangan abah dan uminya.
“Iye
la. Bawak kereta tu hati-hati. Jangan nak bawak laju sangat.” Sahut Puan Inara
sambil memberikan pesanan penaja buat anaknya itu.
“Okey.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.”
Serentak Cikgu Muhammad Zainal dan Puan Inara menjawab salam.
Setelah
menyarung kasut tumit tingginya, Zara segera menuju ke kenderaan. Ketika itu
juga, dia terlihat kelibat Dr. Haji Helmie sedang melambai-lambai tangan kepada
seseorang yang berada dalam sebuah kenderaan. Tidak pula dia pasti sangat warna
dan nombor kenderaan tersebut kerana hari masih sedikit gelap seolah-olah bakal
memberitahu hujan akan turun.
‘Mungkin
anak Pak Cik Doktor tak?’ Fikir Zara sendiri. Dia memang tahu Pak Cik Doktor
yang duduk di sebelah rumahnya itu ada seorang anak. Namun dia tidak tahu pula
siapa gerangan anak Pak Cik Doktor. Dia tak pernah jumpa atau ternampak pun
kelibat anak Pak Cik Doktor. Cuma umi dan abahnya sahaja yang pernah
terserempak. Kata umi, orangnya hensem
dan bergaya.
Hmmm…
hensem pun buat apa kalau sanggup
tinggalkan ayah tinggal sendirian tanpa teman. Kejam! Dalam diam Zara sempat
mengutuk anak Pak Cik Doktor yang duduk di rumah berhadapan dengan rumah mereka
itu.
‘Sudah
Zara! Jangan nak menyibuk hal orang. Baik kau cepat sebelum mamat poyo tu kenakan kau lagi.’ Datang
suara berbisik. Meminta dia supaya datang cepat ke pejabat sebelum mamat poyo yang paling dibencinya itu
datang.
Tanpa
berlengah, Zara terus masuk ke dalam perut kenderaan. Dia tidak mahu terlewat.
Dia rimas bila membuat kerja dan mata tajam Hakimie asyik memerhatikan
gerak-gerinya. Tak tenang jiwanya hendak membuat kerja pembersihan, jawatan
tambahannya kini. Huhuhuuu…
******************************************************************************
DIA
masih lagi duduk sambil menongkat dagu. Pensil yang dipegang langsung tidak
bergerak pun sejak dari tadi. Fikirannya jauh sangat melayang. Mimpi malam
semalam masih menganggunya. Masih berlegar-legar di benaknya.
Harapannya
semoga mimpi seram itu tidak akan menganggu tidurnya untuk malam ini.
Oh…
tidak! Dia tidak mahu mimpi itu menganggunya sekali lagi. Cukuplah hanya sekali
itu sahaja mimpi itu datang bertandang. Kalau nak mimpi untuk berjumpa dengan mamat poyo itu lagi, dia berharap dia
akan membunuh lelaki itu dalam mimpinya kali ini. Tak nak cinta-cinta lagi.
Eiii…
geli buah pinggangnya mengingatkan babak-babak romantik mereka semalam yang
siap main kejar-kejar dan sorok-menyorok segala.
“Hoi… makcik! Jauh termenung. Dah pergi ke
benua mana tu?” kejut Wanie sambil menampar bahu sahabat baiknya yang sedari
tadi asyik melamun. Entah apalah yang dimenungkan sahabatnya yang seorang itu.
Mimik wajahnya berubah-ubah. Macam memikirkan masalah Negara pulak.
Zara
terkejut beruk. Pensil yang berada dalam pegangannya terlepas dan jatuh menyembah
meja.
‘Bertuah
punya Wanie! Boleh pulak dia main
sergah-sergah badak sumbu waktu-waktu macam ni. Nasib baiklah roh aku tak
melayang keluar meninggalkan tuannya. Jika tidak… alamat aku dah ‘jalan’ terus
meninggalkan dunia yang fana ini.’
Zara
berpaling. Tajam pandangan matanya menikam wajah Wanie yang tersengih-sengih
bagaikan kera betina. Langsung takde
rasa bersalah dengan apa yang dia lakukan sebentar tadi. Selamba saja dia
menarik kerusi kosong di hadapan Zara lalu melabuhkan punggungnya di situ.
“Kau
ni dah takde kerja lain lagi ke hah?
Asyik nak sergah-sergah aje. Mujurlah aku tak mampus tau!” Marah Zara. Geram
dengan sikap tidak bermoral Wanie. Sudahlah dia tengah bad mood sekarang ni. Wanie pula sengaja nak cari pasal.
Spontan
dia menolak kepala Wanie dengan perasaan geram.
“Woi…
ni apehal tolak-tolak kepala aku pulak. Kepala aku ni bayar zakat tau!”
giliran Wanie naik marah bila kepalanya ditolak dengan kasar oleh si kawan.
“Tau
pun marah! Yang kau buat aku terkejut sampai nak meninggal tu takpe pulak. Boleh pulak ye?” gumam Zara.
Kak
Uda yang duduk di tempatnya sudah menggeleng-gelengkan kepala. Zara dengan
Wanie ni tak ubah bagaikan anjing dengan kucing. Asal berjumpa saja pasti nak
bercakaran. Tak pernah nak aman damai.
“Eiii… korang berdua ni macam anjing
dengan kucinglah. Tak boleh nak berjumpa langsung.” Akhirnya Kak Uda bersuara
juga.
Elok-elok
suasana di bahagian mereka itu tenang, tiba-tiba jadi kecoh pula disebabkan
suara dua minah kelibut ini. Macam kanak-kanak.
“Saya
kucing. Wanie anjing.” Laju Zara menjawab.
“Eh…
apasal aku pulak yang kena jadi
anjing. Aku tak nak! Aku nak kucing. Kau tulah yang anjing.” Balas Wanie tidak
mahu mengalah.
“Takde! Takde! Aku dah ‘cop’ awal jadi kucing.” Zara macam biasalah, mana mahu
beralah dengan Wanie. Nak menang aje.
“Hisy… macam budak-budak!” sungut Kak
Uda.
Wanie
pandang Zara. Kemudian Zara dengan laju menjelirkan lidahnya kepada Wanie.
Melihatkan
tingkah spontan Zara itu, Wanie tergelak kecil. Dengan Zara marahnya mana boleh
lama-lama. Cukuplah sekadar marah-marah sayang gitu.
“Alaaa… itu pun nak sentap. Aku kejut sikit
ajelah. Kau ni babe… sejak-sejak
bergelar ‘janda’ ni bukan main garang lagi aku tengok. Pantang diusik, laju aje
nak marah-marah.” Dalam hendak memujuk hati kawannya itu, Wanie masih lagi main
ayat-ayat menyindir.
Zara
menarik muka. Wanie ini kalau bercakap bukan nak fikir perasaan dia. Sesuka
hati nak panggil dia ‘janda’. Sudahlah dia memang pantang Hang Jebat benar
dengar gelaran tersebut. Wanie pula nak sebut-sebut.
Aduh…
memang perlu dilesinglah Cik Nur Hawanie ini.
‘Bertenang
Zara! Bertenang! Tarik nafas dan hembus. Jangan nak marah-marah. Kau bukannya
tak faham dengan perangai si mangkuk ayun ini. Tenang! Tenang!’ Zara cuba untuk
menenangkan dirinya sendiri. Bertekak dengan Wanie bukanlah tindakan yang
bijak.
Kak
Uda sudah malas hendak menghiraukan perbualan dua sahabat baik itu. Buat penat
mulut dan buang air liur saja mendamaikan mereka berdua. Bukannya nak dengar
pun. Sama aje kejadiannya. Namun gaduh mereka bukan panjang. Tak sampai lima
minit, sekejap lagi dengarlah tu mereka ketawa-ketawa.
Zara
jika sudah bertemu dengan Wanie memang begitulah jadinya. Bertekak tak
sudah-sudah. Dahlah tu… dua-dua nak jadi pemenang. Habis tu… siapa yang harus
jadi ‘pengalah’?
“Yang
kau dok termenung ni apahal? Masih ingatkan Ajib lagi ke?” tanya Wanie bertalu.
Pelik
benar jika BFFnya itu belum dapat melupakan Ajib sedangkan sudah masuk dua
bulan hubungan antara Zara dan Ajib terputus. Takkan kuat sangat ‘mandrem’ yang
Ajib berikan dekat Zara? Sehingga terlalu sukar untuk sahabatnya itu melupakan
lelaki kurus cekeding itu.
Zara
menjeling geram. Wanie ni kan… suka cakap tak bertapis.
“Aku
bukan fikir pasal si kurus kering tulah! Kau boleh tak jangan sebut nama dia tu
depan lagi depan aku. Sakit tau telinga aku dengar nama dia.” Bidas Zara. Dia
sudah tidak mahu lagi mendengar nama Ajib. Dia bencikan lelaki itu. Ajib si
kurus kering itu sudah lama dipadam dari fikirannya.
Bibir
Wanie mengukir senyuman lebar. Tangannya ditadah sebagai tanda berdoa. Pandai
Zara upgradekan gelaran untuk Ajib.
Jika sebelum ini Ajib terkenal dengan gelaran kurus cekeding, namun Zara beri
gelaran baharu pula. Kurus kering! Kahkahkah…
“Alhamdulillah…
sedar juga kawan aku ni rupanya. Terima kasih Ya ALLAH.”
Zara
mencebik. Overlah Wanie ni.
“Habis
tu… yang kau termenung panjang dengan muka yang bagaikan orang tak siap tu apehal? Cuba kongsi dekat aku ni hah?
Mana tahu aku dapat tolong. Aku nikan pembantu peribadi kau.” Wanie memeluk
bahu Zara. Senang hatinya bila Zara sudah berjaya melupakan Ajib. Itulah yang
dimahukan olehnya. Zara dengan Ajib memang tak padan langsung. Sedar juga
akhirnya Zara akan kenyataan itu.
Sekali
lagi Zara mencebik. Pembantu peribadi konon! Ceh… memang Wanie ni jenis
perempuan over acting. Sepatutnya dia
ambil seni lakon bukannya undang-undang.
Namun
pertanyaan Wanie itu tetap dibalasnya. “Aku mimpi ngerilah malam semalam, beb.”
“Mimpi
ngeri? Hisy… dah tua-tua ni pun masih
mimpi ngeri jugak ke?” dihujung
kata-katanya, Wanie sudah menghamburkan ketawa. Kelakar bila mendapat tahu Zara
mendiamkan diri disebabkan mimpi ngeri. Tak pernah-pernah sahabatnya begitu.
Menganggap mimpi itu sesuatu yang serius. Mimpi ngeri apakah itu? Dikejar hantu
kuntilanak atau dibaham dengan raksasa? Heheheee…
Wanie
jadi penasaran ingin tahu.
Satu
jelingan maut ditujukan kepada Wanie yang galak ketawa. Wanie ingat dia
main-mainkah? Mimpinya itu memang ngeri. Dia tak pernah didatangi mimpi
‘sengeri’ mimpi semalam.
“Ini
yang aku malas nak bagitau kau ni.” tungkas Zara sebal.
Itu
baru intro. Kalau dia dah buka isi cerita mesti lagi galak Wanie akan ketawa.
Wanie ni kalau otak sewelnya itu datang menyerang, memang parah juga jadinya.
Ketawa tak pandang keliling. Main ‘bantai’ aje.
“Okey.
Okey. Aku mintak maaf. Kau mimpi ngeri apa sampai terbawa-bawa dalam fikiran
ni, babe? Mimpi kena kejar dengan
hantu Kak Limah Balik Rumah ke?”
“Ini
bukan hantu Kak Limah, tapi ini lagi seram dari hantu Kak Limah.”
“Ye ke? Seram macam Sundal Bolong?” tanya
Wanie. Teringat cerita hantu Sundal Bolong zaman dia kanak-kanak dulu. Cukup
menyeramkan. Tak sampai sekerat jalan, dia sudah surrender tak nak tengok cerita hantu itu lagi. Sundal Bolong cukup
menyeramkan sehingga terbawa-bawa ke alam mimpi. Sumpah! Sampai sekarang ini
pun dia tak tahu apa penghujung cerita Sundal Bolong. Dia memang tak suka
menonton cerita seram! Diakan jenis penakut tahap melampau. Mahu hesteria dia
jika menonton cerita-cerita seram ini.
“Lagi
seram dari Sundal Bolong!”
“Hantu
apa lagi seram dari Sundal Bolong?”
“Hantu
mamat poyo!”
Mendengar
nama hantu yang keluar dari bibir comel Zara itu membuatkan Wanie ketawa besar.
Terbahak-bahak dia ketawa. Langsung tidak mempedulikan mata-mata yang
memandang. Dia bagaikan sudah terlupa bahawa kini dia berada di pejabat dan
bukannya di rumah. Mentang-mentang bos tiada di ofis, bukan main kuat lagi dia
tergelak. Nama hantu yang baru diberitahu oleh Zara itu cukup mengelikan ulu
hatinya.
“Ada
ke nama hantu macam tu?” Kak Uda yang duduk hanya memasang bersebelahan dengan partition tempat Zara sudah mengerutkan
dahi mendengar nama hantu yang disebut oleh Zara. Hantu apa tu? Tak pernah
dengar pun. Hantu versi modenkah? Atau dia ini yang terlambat pick-up info filem-filem terkini.
Setahunya, memang dia tak pernah dengar nama hantu tu. Siapa pulak pengarah yang mengarahkan filem
Hantu mamat poyo ini? Ahmad Idhamkah?
Serentak
itu juga Zara ketawa berdekah-dekah. Geli hati melihat ekspresi wajah Kak Uda.
Kesian kakak seorang itu, berkerut-kerut dahinya cuba mencari mana-mana filem
hantu dengan tajuk hantu mamat poyo. Heheheee…
“Mana
ada hantu mamat poyo?! Zara ni saje yang pepandai bagi nama. Setahu Kak
Uda, belum ada pun filem dengan tajuk macam tu yang dibuat dekat pasaran
perfileman kita mahupun luar Negara.” Ujar Kak Uda lagi penuh semangat waja.
Zara
tarik sengih. Ngeee…
“Memanglah
Kak Uda tak pernah jumpa hantu atau tengok hantu tu. Cuma Zara dengan Wanie aje
yang pernah jumpa dan lihat secara live.”
Berlipat-lipat
dahi Kak Uda mendengar tawa dia gadis muda itu. Tahulah dia yang Zara dan Wanie
sebenarnya sudah mengenakan dirinya. Hampeh
punya perempuan!
Malas
hendak melayan perangai gila-gila dua gadis itu, Kak Uda meneruskan kerjanya.
Lebih baik dia menumpuhkan perhatian pada kerja di hadapannya itu daripada
bersembang dengan Zara dan Wanie.
“Okey
beb… sekarang teruskan cerita pasal
mimpi seram kau dengan hantu mamat poyo
tu. Aku dah tak sabar nak dengar ni. Manalah tahu boleh buat novel cerita cinta
seram.”
“Amboi…
kau nak ambik kesempatan ye atas
mimpi aku.”
Wanie
tersengih. Apa salahnya jadikan mimpi Zara itu sebagai novel. Dapat juga
mengaut keuntungan yang berlipat-lipat ganda. Lagipun dia memang minat juga
menulis ini cuma belum ada rezeki untuk dia mencuba dalam bidang penulisan.
“Pasal
terlampau bencikan mamat poyo tu… tak
pepasal semalam aku termimpikan pasal dia. Yang buat aku bengang tu… boleh pulak dia masuk dalam mimpi aku jadi
watak hero menggantikan tempat Shah Rukh Khan dalam filem Kuch Kuch Hota Hai.
Siap menyanyi dan kejar-kejar bagai. Eiii… mimpi tu benar-benar buat aku bad mood. Buat aku hilang selera nak
makan dan buat kerja. Malang betul sebab dia muncul dalam mimpi aku.”
bersungguh-sungguh Zara menceritakan mimpi seramnya itu sambil badannya
digerak-gerakkan. Cukuplah sekali dia mengalami mimpi tersebut. Jangan malam
nanti dia mengalami mimpi yang sama juga. Dia tak sanggup.
Sekali
lagi Wanie ketawa besar. Sejak kebelakangan ini dia selalu mendengar keluhan Zara
mengenai Hakimie. Zara memang bengang giler
dengan Hakimie. Tak boleh dengar nama Hakimie disebut, mulalah Zara tarik muka.
Apatah lagi bila sudah bertentang mata. Mulalah masing-masing nak berlawan ayat
pedas.
Hairan
juga Wanie dengan ketuanya itu. Dalam ramai-ramai pekerja di department ini, hanya Zara seorang yang
menjadi mangsa pembulian Hakimie. Pantang dia terserempak dengan Zara, mulalah
dia nak suruh Zara buat itu dan ini. Kadang-kadang tu kerja yang disuruh memang
tak masuk dek akal. Takde kena-mengena
pun dengan kerja Zara sebagai seorang arkitek.
“Macam
manalah kau boleh termimpikan dia? Dah tu… siap berlakon watak dalam cerita
Kuch Kuch Hota Hai pulak. Ini sah kau
dah terjatuh hati dekat dia tu sampaikan kau termimpikan dia. Nampaknya tak
lama lagi lupuslah status janda berhias kau tu.”
Pappp!
Tidak
menunggu lama, laju Zara menampar lengan putih gebu Wanie
“Auch! Apa ni beb? Kenapa main pukul-pukul ni?!” Wanie mengumam sambil menggosok
lengannya yang terasa pijar ditampar oleh Zara. Sakit tu!
“Kau
tulah. Mulut takde insurans. Sesuka
hati cakap macam tu. Ingat aku ni dah kemaruk sangat ke dengan mamat poyo tu? Biar aku menjanda
lama-lama. Nama nak jatuh hati dekat mamat
poyo tu… jangan harap. Tak akan! Never!!!”
“Tak
baik kau cakap macam tu babe. Manalah
tahu suatu masa nanti ALLAH terbalikkan perasaan kau pada Encik Hakimie. Dari
benci bertukar sayang. Baru padan dengan muka kau. Menjilat ludah sendiri.”
“Huh… nauzubillah. Aku sentiasa berdoa
semoga pintu hati aku ni tertutup rapat-rapat buat dia. Aku tak nak menjadi
mangsa pembulian dia seumur hidup.” Dengan lagaknya Zara membidas kata.
Wanie
sudah malas hendak bertekak. Bertekak sampai setahun pun, Zara tetap membenci
Hakimie.
Kak
Uda yang hanya memasang telinga mendengar perdebatan dua sahabat itu hanya
menggeleng-geleng. Malas dia hendak masuk campur. Barulah dia tahu rupanya
hantu mamat poyo yang Zara katakan
padanya adalah Encik Hakimie.
Zara!
Zara! Memang suka bagi gelaran manja-manja pada semua orang.
Di
dalam biliknya, Hakimie duduk termenung memikirkan mimpinya malam semalam.
Bagaimana minah kelibut itu boleh
tersesat masuk ke dalam mimpinya? Pelik, namun itulah hakikatnya bila gadis
bernama Zara Dania itu muncul sebagai heroin dalam mimpinya semalam. Sudahlah
tu, siap menari dan menyanyi lagu Hindustan lagi mereka berdua. Sedangkan,
hakikatnya dia ini bukanlah jenis yang gemar menonton cerita Hindustan. Tapi
semalam, tak pasal-pasal dia mimpi jadi watak hero Kuch Kuch Hota Hai pula.
Cukup menghairankan.
Tok!
Tok! Tok!
Ketukan
pada permukaan pintu membuatkan lamunan Hakimie berterbangan. Pantas dia
membetulkan kedudukan tubuhnya sebelum membenarkan si pengetuk masuk ke dalam.
“Morning bos…” bersama senyuman lebar,
Kareena menegur. Dia masuk ke dalam bersama sebiji mug di tangan.
“Morning Kareena.”
“Ini
saya ada bancuhkan air Nescafe untuk bos.”
Tanpa
disuruh, Kareena meletakkan air Nescafe berasap nipis di depan meja kerja
ketuanya. Selama ini kerja membancuh air telah ditugaskan kepada Zara.
Sampaikan dia tiada peluang langsung hendak membuat air minuman untuk lelaki
pujaannya itu. Namun hari ini dia mengeraskan hati untuk membancuh air minuman
untuk Hakimie. Dia mahu lelaki itu rasa air tangannya yang manis lemak berkrim.
Berkerut
dahi Hakimie memandang mug berisi air Nescafe yang Kareena letak di atas
mejanya. Setahunya dia tidak meminta pun setiausahanya itu membuatkan air
untuknya. Baik pula hati Kareena membuat air minuman untuk dia pagi ini.
Lagipun,
tugas membancuh air minumannya ini sudah diserahkan kepada Zara.
“Zara
mana? Bukan ke ini kerja dia?”
Berubah
air muka Kareena mendengar Hakimie berkata begitu. Kecil hatinya.
Bersusah-payah dia membancuh air untuk Hakimie, namun nama si Zara juga yang
meniti pada bibir lelaki itu. Entah-entah Zara sudah ‘mandremkan’ Hakimie
agaknya melalui air minuman yang selalu dibancuhnya itu. Kareena sudah fikir
yang bukan-bukan.
“Alaaa…
Encik Hakimie. Apa salahnya saya bancuhkan air minuman untuk Encik Hakimie.
Lagipun, ini memang kerja saya sebagai setiausaha Encik Hakimie. Kebetulan saya
buat air untuk diri saya, jadi saya pun bancuhlah untuk Encik Hakimie sekali.”
Kareena merengek manja-manja.
Hakimie
menghela nafas. Air muka Kareena yang sudah berubah keruh itu membuatkan dia
malas hendak memberi respons yang lebih-lebih. Alamatnya dia hanya membiarkan
sahaja air bancuhan Kareena berada di atas mejanya.
“Okeylah.
Thanks.” Ucap Hakimie bersahaja.
Baik
juga Kareena membuatkan air untuknya hari ini. Jadi dia tak perlulah nak
menghadap muka Zara awal pagi. Lagipun bayangan mimpi semalam masih kuat
menganggu akal fikirannya. Membuatkan dia jadi kurang selesa mahu berdepan
dengan minah kelibut itu.
Lebar
senyuman Kareena mendengar ucapan yang terlahir pada bibir Hakimie. Suka benar
hatinya bila Hakimie sudah meminum air bancuhannya yang penuh dengan rasa kasih
dan sayang. Air mukanya yang keruh sebentar tadi sudah kembali ceria dengan
bibir seksinya mengukir senyuman menggoda.
Ya!
Dia memang hendak menggoda Hakimie. Namun bosnya itu nampak liat sangat untuk
menerima godaannya yang maha hebat ini.
Opsss…
hebatkah? Kalau hebat takdelah dia
jadi penasaran seperti ini. Huhuhuuu…
“Encik
Hakimie hendak apa-apa lagi ke?” soalnya bersama wajah ceria.
“It’s okey Kareena. Takde apa-apa lagi yang saya perlukan.
Kalau ada yang saya mahu, nanti saya interkom awak.”
“Kalau
macam itu, saya keluar dulu ya.”
Hakimie
sekadar mengangguk. Matanya sudah tertumpuh pada skrin komputer. Ada kerja yang
perlu dibereskan.
Rupanya,
dua insan ini mengalami mimpi yang serupa.
BERSAMBUNG...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan