TIGA
Mawar merah
**19**
“HAKIMIE
ni bila nak kahwin? Takkan nak membujang sampai ke tua pulak? Papa pun teringin jugak
nak bermenantu. Kawan-kawan yang sebaya dengan usia papa ni semua dah ada
menantu dan cucu. Cuma papa seorang saja yang masih belum merasa nak bermain
dengan cucu sendiri.”
Hakimie
yang sedang sudah menuang air panas ke dalam teko menoleh. Wajah papanya dipandang.
Ini apa kes tiba-tiba cakap soal menantu ni? Takkan pasal goreng cucur bilis kes
menantu boleh dikaitkan sekali..
Inilah
yang dia malas nak balik ke rumah papa. Asyik dengan bicara soal menantunya
yang tak pernah nak habis-habis itu. Dia bosan asyik berbual soalan yang sama.
Datang ke rumah mak longnya pun, soalan yang sama akan ditanya kepada dia. Mak
long dengan papa memang sesuai jadi adik-beradik. Dua-dua perangai sama.
Hakimie
melepaskan keluhan. Sesekali balik ke rumah papa, dia ingin menenangkan jiwa.
Tapi nampaknya jiwanya tambah berserabut lagi ada la.
“Nanti-nantilah
pa. Kimie bukannya dah lima puluh tahun sampai terdesak nak kahwin. Kimie baru
dua puluh lapan tahun. Lagipun Kimie masih belum bersedia nak mendirikan rumah
tangga. Nanti kalau Kimie dah bersedia, Kimie pasti bawak balik menantu papa tu
untuk dikenalkan pada papa.” Balas Hakimie sambil mengangkat teko bersama dua
biji mug dan melangkah masuk ke dalam
rumah. Lalu pergi pula ke gazebo buatan kayu yang terletak di halaman rumah.
Teko
diletak atas meja kecil yang diperbuat daripada kayu di luar rumah.
Petang-petang begini, lebih enak minum petang di halaman rumah daripada di
dalam. Tambah-tambah angin petang ini cukup mendamaikan.
Punggung
dilabuhkan di atas kerusi kayu. Dr. Haji Helmie turun melabuhkan punggung di
atas kerusi kayu berhadapan dengan anak bujangnya yang berwajah tampan itu. Hakimie
ini wajahnya lebih kepada dia namun kulitnya lebih kepada bekas isterinya.
Putih melepak memandangkan bekas isterinya dulu merupakan minah salih.
Pinggan
berisi cucur udang diletakkan atas meja. Hari ini Hakimie pulang ke rumah untuk
bersama dengan dia.
“Kimie
ni takde teman wanita ke?” tanya Dr.
Haji Helmie.
Hakimie
pandang wajah papanya. Ingatkan isu menantu, teman wanita ini sudah tamat.
Rupanya belum. Papanya masih lagi ingin menyoal soalan berkaitan dengan
perempuan. Tentang buah hati yang memang dia tiada langsung.
Laju
Hakimie menggeleng. Memang ketika ini hatinya tiada untuk menyintai mana-mana
perempuan. Dia lebih senang hidup begini.
“Pandangan
Kimie tentang Zara pula macam mana?” tanya Dr. Haji Helmie bersama senyuman di
bibir yang lebar.
Terlintas
dalam fikirannya ingin bertanyakan hal itu kepada Hakimie memandangkan anaknya
itu kelihatan cukup rajin pulang ke rumah sekarang ini semenjak pertemuan
dengan anak Cikgu Muhammad Zainal itu tempoh hari. Jika benarlah hati Hakimie
sudah tertaut pada Zara pada pertemuan pertama itu, memang dia tiada sebarang
halangan. Dia sendiri pun suka juga andai kata Zara itu menjadi menantunya.
Hakimie
malas nak membalas. Dia diam sahaja sambil memasukkan cucur udang ke dalam
mulut.
“Papa
suka dengan Zara tu. Rupa cantik. Budi bahasa pun baik.” Nampaknya Dr. Haji
Helmie sudah mahu memancing minat anaknya. Dia mahu tengok respons Hakimie mengenai
Zara.
“Hmmm… baiklah sangat!” Hakimie mencebik.
“Kalau baik, takdelah sampai nak
kenakan orang. Pandai-pandai nak meracun fikiran papa supaya Kimie keluar
berkenalan dengan Neelofa versi Enot tu. Macam tu yang papa kata baik? Orang
baik tak akan kenakan orang lain pa.” luah Hakimie. Dia masih menyimpan dendam
dengan rancangan jahat Zara yang mengenakan dia dua minggu lepas. Masih
berhasrat mahu membalas dendam terhadap gadis itu cuma menunggu masa sahaja.
Dr.
Haji Helmie ketawa. Dia tahu anaknya itu masih marah sebab dipermainkan oleh
Zara. Sumpah! Dia memang tak pernah kenal anak Puan Munah dan Encik Sarip yang
duduk di hujung Blok A itu. Zara yang kata cantik. Dia pun ikut sajalah tanpa
ada syak wasangka. Mana tahu rupa-rupanya Zara sengaja mahu mengenakan Hakimie.
Kelakar
benar dia bila Hakimie mengadu padanya sambil menggumam marah.
“Alaaa…
Kimie janganlah ambik hati sangat dengan apa yang terjadi. Zara main-main aje
tu.”
Hakimie
mencebik lagi. Papanya sudah terlebih-lebih mempercayai Zara daripada dia.
Suasana
sunyi buat seketika. Hakimie sibuk mencecah cucur udang ke mangkuk berisi sos
cili. Manakala Dr. Haji Helmie pula sedang menghirup air milonya yang masih
panas.
“Kalaulah
Zara tu digandingkan dengan Kimie, memang sepadan. Zara tu sesuai sangat jadi
menantu papa. Kalau jadi menantu, tentu rumah ni meriah dengan celoteh dia.”
“Huk!
Huk! Huk!” Hakimie terbatuk-batuk. Kata-kata papanya membuatkan cucur udang
tersangkut di lorong kerongkong. Adakah patut berkata macam tu waktu dia tengah
makan?
Tidak
menghiraukan batuk sang anak, Dr. Haji Helmie menyambung lagi katanya, “Papa
berkenan dengan Zara. Dia memang budak yang baik. Bersopan santun dan pandai
mengambil hati orang tua. Kimie dengan Zara sesuai sangat jadi pasangan. Bagai
pinang dibelah dua. Sama lawa.”
Hakimie
meneguk air milonya yang panas. Kepanasan air yang baru mendidih tidak
dipedulikan. Asalkan cucur udang dapat masuk ke dalam tekak.
“Mungkin
si Zara tu baik dan bersopan santun depan papa aje. Maklumlah… nak mengurat
anak papa yang hensem ni kenalah
ambik hati papa dulu. Nak menguratlah katakan…”
“Hisy… tak baik tau cakap macam tu. Zara
tak seperti yang Kimie fikirkan. Papa kenal dia. Dia budak yang baik.” Dr. Haji
Helmie menyelar kata-kata anaknya. Kurang senang dengan kata-kata anak
bujangnya. Perasan benar!
“Alaaa…
betullah! Kalau bukan pasal dia nak mengurat Kimie ni… papa ingat dia tu rajin
sangat ke nak datang ke sini? Tu datang mesti ada makna. Ada udang di sebalik
cucur yang papa goreng ni. Nak mengurat anak lelaki papa yang hensem, bergaya dan berkualiti ini.”
Usai
menyudahkan kata-katanya yang terover
perasan itu, Hakimie terpandangkan wajah Zara yang tercegat di tengah-tengah
persimpangan antara pintu rumah dengan taman mini. Tajam sungguh pandangan mata
gadis itu menikam anak matanya. Bagaikan mata burung helang saja. Tentu Zara
terdengar kata-katanya tadi.
“Zara?
Errr… bila sampai? Meh minum petang sama-sama.” Dr. Haji
Helmie juga seperti Hakimie. Terperanjat dengan kedatangan Zara yang tidak
dijangka-jangka itu. Daripada raut wajah gadis itu, Dr. Haji Helmie dapat
mengagak pasti anak manis itu telah mendengar kata-kata anaknya tadi.
“Takpelah pak cik. Abah suruh Zara hantar ni
dekat pak cik. Zara balik dulu. Assalammualaikum.” Zara meletakkan bakul berisi
Tupperware yang telah diisi dengan pengat pisang itu di atas lantaio. Kemudian
dia cepat-cepat beredar dari situ. Sakit hatinya mendengar kata-kata Hakimie
yang terlebih bahan perasannya itu. Kalaulah Pak Cik Doktor tiada di situ dan
lelaki itu pula berkata begitu, pasti sudah dicili-cilinya mulut lelaki perasan
itu. Ingat dah hensem sangat agaknya
sampai dia kemaruk nak mengurat!
Perasan!!!
“Zara…
tunggu dulu.” Dr. Haji Helmie sudah bangun dari duduknya. Mahu mengejar Zara
yang terkocoh-kocoh meninggalkan mereka dua beranak. Sempat dia memberi
jelingan tajam kepada anak bujangnya yang beraksi selamba. Takde perasaan bersalah langsung! Malah
dengan wajah selamba boleh pula Hakimie menyuap satu lagi cucur udang ke dalam
mulut.
******************************************************************************
“PERASAN!
Ingat dia tu hensem sangat ke? Ingat
dia tu popular macam Aaron Aziz sampai aku nak mengurat dia? Huh! memang dasar
lelaki perasan tak sedar diri! Setakat muka macam tu… aku tak heran sangatlah!” marah Zara. Tubuhnya
yang kecil molek itu dihempaskan atas sofa dengan perasaan marah yang masih
menebal.
Kalaulah
tiada Dr. Haji Helmie di sana waktu itu ketika Hakimie berkata begitu, mahu
agaknya dia menyumpit mulut celupar Hakimie. Biar bengkak tak dapat nak
bercakap lagi. Kalau bercakap pun buat sakit hati saja. Lebih baik diam!
“Boleh
pulak dia terfikir yang aku ni nak
mengurat dia. Kalau bukan sebab umi dan abah yang suruh hantar macam-macam
dekat rumah dia orang tu, jangan harap aku nak ke sana. Mintak maaf! Dia ingat
aku kemaruk sangat agaknya dengan dia tu. Huk
eleh… setakat muka macam dia yang perasan tu… berlambak aku boleh dapat
dekat Bukit Bintang! Bukan sorang,
bukan sepuluh orang, malah seratus orang pun aku boleh cari dalam masa sehari.”
Zara masih membebel sendiri. Masih meluahkan rasa tidak puas hatinya pada
keceluparan mulut Hakimie yang mengatakan dia ini hendak mengurat dia. Sesuka
hati memalukan dia depan Dr. Haji Helmie. Nanti Dr. Haji Helmie fikir betul
ajelah yang dia ni suka ke sana kerana Hakimie ada di situ. Huh!!!
‘Mujurlah
aku ni masih ada perasaan sopan depan Pak Cik Doktor, jika tidak… sudah aku
belasah mamat poyo tu.’ Hatinya
membentak.
‘Tapi…
berani ke kau nak belasah mamat poyo
tu Zara? Badan dia sasa. Kalau nak dibandingkan dengan badan kau ni… sah-sah
kau akan kalah.’ Dalam membentak, ada juga suara-suara yang mengejeknya.
“Benci!
Benci! Benci!!!” tanpa sedar Zara sudah menjerit sekuat hati.
“Apahal
ni adik? Terjerit-jerit macam nak jadi tarzan aje.” Sara yang baru muncul dari
ruang dapur bertanya. Terkejut dengar lengkingan suara Zara yang memenuhi ruang
tamu.
Zara
angkat wajah memandang abah, umi dan angahnya yang jalan beriringan ke ruang
tamu.
“Orang
geramlah! Sakit hati! Benci! Rasa nak bunuh orang aje ni!” luah Zara dengan
wajah yang cemberut. Muncung sudah panjang sedepa. Dah boleh dibuat penyangkut hanger.
Cikgu
Muhammad Zainal, Puan Inara dan Sara saling berpandangan. Entah siapa pula yang
buat angin kus-kus Zara datang petang-petang begini? Tadi sebelum ke rumah Dr.
Haji Helmie, elok saja angin anak dara seorang itu. Balik saja dari sana, terus
nak menjerit-jerit dan marah-marah. Siap nak bunuh orang lagi.
Macamlah
Negara ni takde undang-undang
sehinggakan Zara sesuka hati nak membunuh. Cakap tak pakai otak.
“Siapa
pulak yang kacau anak manja abah ni?
Cuba bagitau dekat abah. Biar abah rotan punggung orang yang sakitkan hati Zara
tu.” Lembut Cikgu Muhammad Zainal memujuk. Dia sudah duduk di sebelah anak
manjanya yang begitu mencuka wajahnya. Sudah persis muka tapai basi pula si
anak yang sedang marah itu. Heheheee…
“Ha’ah. Cuba cerita dekat angah dengan
umi ni. Siapa yang buat adik angah ni naik angin? Biar kami ajar budak yang
sakitkan hati adik tu.” sambung Sara pula.
Zara
mendecit. “Saper lagi kalau bukan mamat poyo tu. Ingat dia tu hensem sangatlah sampai tuduh orang nak
mengurat dia. Huh… tolong sikit! Setakat muka macam tu… orang tak heran sangatlah. Melambak dekat Shah
Alam ni. Petik jari… orang boleh dapat seratus orang dalam masa sehari.”
“Fuyooo… ramainya. Nanti peninglah kepala
abah nak pilih mana satu calon yang paling layak. Kena adakan audition la kalau
macam tu.” sempat Cikgu Muhammad Zainal bergurau. Mahu mengusik anaknya yang
memuncung itu.
Gurau
itu disambut dengan tawa isteri dan anak keduanya.
Zara
menjeling. Dia tengah panas hati, abah pula seronok buat lawak. Dia takde hati nak gelak. Hatinya benar-benar
hangat dengan kata-kata Hakimie. Lelaki itu bila buka mulut aje, pasti baunya
macam longkang!
“Mamat poyo tu siapa adik?” sejujurnya
Sara tidak kenal siapa Mamat Poyo yang dimaksudkan oleh adiknya itu. Teringin
juga dia nak tahu.
“Saper lagi kalau bukan Hakimie si
mangkuk ayun tu. Lelaki perasan tak sedar diri. Ingat muka dia tu muka
superstar ke sampaikan orang teringin nak mengurat?!” Kuat suara Zara menyebut
nama lelaki yang dibencinya itu. Harap-harap suaranya dibawa angin bayu lalu
menyapa halwa telinga Hakimie. Biar lelaki itu tahu yang dia ini tidak hadap
pun nak mengurat Hakimie. Jangan nak perasan tahap melampau.
“Laaa…
kenapa? Apa yang dah Kimie buat dekat Zara ni?” Puan Inara pula bertanya. Dia
memang perasan anak bongsunya itu bagaikan tidak sukakan Hakimie anak lelaki
tunggal Dr. Haji Helmie itu.
“Dia
tu umi… memang perasan tahap cipan! Adakah patut dia cakap dekat Pak Cik Doktor
yang Zara ni syok dekat dia. Datang sana dan buat baik dengan Pak Cik Doktor
sebab nak mengurat dia. Eiii…
tolonglah! Tak hingin Zara dekat si Mamat Poyo tu. Dia tu aje yang perasan
tak sedar diri.” Luah Zara geram.
Sara
dan abahnya sudah mengekek ketawa mendengar cerita Zara. Padanlah berapi
kemarahan Zara, rupanya dituduh hendak mengurat anak teruna jiran depan rumah. Hahahaaa....
“Dahlah.
Mungkin Zara tersilap dengar kut. Umi tengok si Kimie tu baik aje budaknya. Takdelah jahat mana.”
“Betul
tu Zara. Abah pun suka juga dengan Hakimie tu. Abah sering juga terserempak
dengan dia bersolat jumaat dekat masjid taman perumahan ni. Budi bahasa pun
baik dan dia hormat pada orang tua.” Cikgu Muhammad Zainal pula memuji.
Zara
mencebik. Ini apa kes pula tiba-tiba umi dan abahnya berpihak kepada pihak
musuh. Tak logic sungguh!
“Orang
belum pekak lagilah umi, abah. Orang dengar dengan jelas setiap butir bicara si
Mamat Poyo tu. Dia kata orang ni nak
mengurat dia.” Zara bengang. Nampaknya umi dan abahnya sudah berpihak kepada
pihak yang salah.
“Alaaa…
kalau betul pun Zara nak mengurat si Hakimie tu, apa salahnya. Abah pun suka
juga kalau dia jadi menantu abah.” Ujar Cikgu Muhammad Zainal sekadar mahu
mengusik.
Zara
semakin berapi mendengar usikan abahnya.
“Siapa
nak mengurat mamat poyo tu? Tak
hingin!” Dia akhirnya bangun dari duduknya dan berlari naik ke tingkat atas.
Hatinya sakit dek kata-kata lelaki itu tadi. Buat malu dia saja.
Puan
Inara menggeleng-gelengkan kepala melihat tingkah anak bongsunya yang nampak
sangat tidak berpuas hati. Bukan dia sengaja hendak berpihak kepada Hakimie.
Tetapi dia dapat melihat sendiri anak muda itu seorang pemuda yang baik. Bukan
dia saja yang berkata begitu, suaminya juga sering memuji Hakimie.
“Hakimie
tu siapa umi, abah? Sara tak pernah dengar pun nama dia sebelum ni.” Sara
bertanya kepada umi dan abahnya.
“Anak
Pak Cik Helmie yang baru pindah kat depan rumah kita tu ha.” Beritahu Puan
Inara.
“Owh…. Habis tu kenapa adik macam benci
sangat dekat dia? Mereka memang kenal ke?”
“Entahlah.
Umi pun tak tahu. Adik kamu tu… memang anginnya bermusim-musim. Sukar diramal.
Sedangkan yang umi tahu, Hakimie tu jarang balik ke sini kecuali sejak dua
menjak ni rajin juga umi nampak dia balik jenguk papanya itu.”
Sara
sekadar tersengih. Umi memang begitu prihatin dengan sikap anak-anaknya yang
pelbagai. Terutama sikap adik bongsunya si Zara Dania.
“Umi,
abah… Sara naik atas dulu ye. Nak
jenguk adik.” Pinta Sara penuh hormat.
Puan
Inara dan Cikgu Muhammad Zainal mengangguk.
“Pergilah.
Entah-entah dia tengah lepas geram tu.” ujar Cikgu Muhammad Zainal akhirnya.
Tersenyum
dia mendengar kata-kata abah.
Di
dalam biliknya, Zara sudah baring terlentang memandang siling yang dicat putih.
Hatinya masih lagi panas. Disebabkan itulah dia sengaja memasang penghawa
dingin ke tahap yang paling sejuk! Tapi itu pun suhu kepanasannya masih juga
terasa.
Tok!
Tok! Tok!
Ketukan
itu tidak dihiraukan. Siapa lagi yang mengetuk kalau bukan umi atau angahnya.
Dia malas hendak layan. Itu tak lain nak pujuk dialah tu.
“Boleh
angah masuk?”Sara menjengukkan sedikit kepalanya. Melihat adiknya yang
terlentang di atas katil bersaiz Permaisuri itu. Biar tidak dipelawa masuk ke
dalam, dia tetap menjengukkan kepala.
“Hmmm…” hanya bunyi itu sebagai jawapan
kepada pertanyaan angahnya. Dia tak bagi kebenaran pun… angahnya tetap masuk
juga.
Sara
tersenyum. Dia melangkah masuk ke dalam bilik adiknya yang serba-serbi berwarna
purple. Zara ni memang peminat warna purple. Tubuhnya yang agak berisi sejak
kebelakangan ini dibaringkan perlahan-lahan di sebelah Zara. Masam saja wajah
adiknya itu. Masih marahlah tu.
“Adik
masih marah lagi?” soal Sara meskipun dia sudah tahu adiknya masih marah.
Sengaja bertanya untuk memancing adiknya bersuara.
“Hmmm…” Zara menjawab dengan mengeluarkan
bunyi yang sama.
“Kalau
marah… pergilah ambil wuduk. Insya-ALLAH rasa marah adik tu akan hilang. Jangan
dibiarkan rasa marah tu menguasai diri. Tentu sekarang ni syaitan sedang ketawa
seronok dapat buat adik jadi marah-marah begini.” Sara memberi nasihat.
Zara
merengus. Tubuhnya diiringkan menghadap angahnya yang selalu saja kelihatan
tenang. Antara angah dengan along, angahnya ini lebih matang perwatakannya
meskipun angah anak yang kedua.
“Orang
geramlah angah. Benci betul dekat mamat poyo
tu. Boleh pulak kata begitu dekat Pak
Cik Doktor. Macam orang ni dah kemaruk sangat nakkan dia sampai nak mengurat
segala. Ingat dia tu hensem sangat
agaknya! Dia tu memang dah mereng.
Sudahlah mereng, sewel pula tu. Orang
tak hadaplah dengan manusia yang wayar tak cukup dipasang ni. Daripada mengurat
dia, lebih baik orang mengurat Ustaz Amirul guru mengaji dekat masjid tu. Lagi
mendatangkan faedah.” Zara meluahkan ketidak puasan hatinya. Siap membabitkan
Ustaz Amirul yang mengajar mengaji di masjid taman perumahan ini lagi. Rasa seperti
mahu disekeh-sekeh saja kepala Hakimie biar otaknya menjadi betul. Jangan nak
perasan sangat.
Sara
sekadar ketawa kecil. Tercuit hatinya melihat tingkah adiknya yang kelihatan
begitu bersungguh-sungguh meluahkan rasa amarahnya itu. Daripada gaya adiknya
itu, dia tahu Zara begitu bengang tahap gaban dengan lelaki bernama Hakimie
yang dipanggil mamat poyo itu.
“Kalaulah
Pak Cik Doktor takde dekat sana tadi…
mahu rasanya orang belasah mamat poyo
tu. Baru dia tahu tahap tali pinggang hitam orang ni.” Sambung Zara lagi yang
perasan kononnya dia ada tali pinggang hitam.
Ye
la sangat ada tali pinggang hitam. Yoyo
oh je!
“Mamat poyo tu hensem tak?” Sara terasa ingin tahu bagaimana agaknya pandangan
Zara terhadap lelaki yang digelar mamat
poyo.
Nama
Hakimie itu seperti nama sahabat lama suaminya saja. Cuma dia tidak pastilah
siapa orangnya Hakimie yang ini. Dia tak pernah nampak pun anak lelaki Pak Cik
Doktor yang duduk di hadapan rumah mereka ini. Mungkin orang yang berlainan
kut. Maklumlah… nama Hakimie itukan ramai yang pakai. Bukan sahabat suaminya
sahaja.
“Huh!
tak hensem langsung!” luah Zara
dengan rasa geram.
“Ye ke?” Sara bersuara penuh nada
ragu-ragu. Macam rasa mustahil saja lelaki bernama Hakimie itu tidak hensem.
Zara
mengeluh. “Hensem sikit la.” Jawabnya
lagi sehingga menerbitkan senyuman pada bibir Sara.
“Ha…
tu yang bahaya tu. Adik janganlah benci lama-lama dekat Mamat Poyo tu. Takut nanti perasaan benci tu akan bertukar sayang
pula. Kan orang tua-tua selalu berpesan, benci lawannya sayang.”
“Eiii… simpang malaikat empat puluh
empat! Tak nak! Orang tak nak sayangkan mamat
poyo tu.”
Sara
ketawa besar. Kelakar melihat mimik muka Zara yang begitu melucukan.
“Dahlah.
Jangan marah-marah lagi. Nanti tak pasal-pasal muka cepat berkedut dan senang
dapat penyakit darah tinggi.” Pujuk Sara.
Zara
menghela nafas. Ada benarnya juga kata angahnya itu. Jika selalu marah-marah,
nanti cepat tua dan diserang penyakit.
“Angah
ada berita gembira nak kongsi dekat adik.” Ujar Sara bersama bibir yang mekar
dengan senyuman manis.
“Apa
dia?”
“Tak
lama lagi… adik bakal dapat anak sedara
yang ke-tiga.”
“Hah?
Along pregnant lagi ke? Adoi…
mampuslah Abang Rezza sekali lagi. Sah perangai pelik along yang suka cium
ketiak Abang Rezza tu akan menjadi-jadi. Along tu asal mengandung aje mesti
perangai pelik dia yang satu tu pun akan keluar. Entah apalah yang harum sangat
dengan ketiak Abang Rezza tu sampaikan along nak melekat aje cium ketiak Abang
Rezza.” Selamba badak betina Zara mengutuk.
Teringat
perangai pelik alongnya setiap kali mengandung yang cukup mengeletek hatinya.
Ke mana saja, pasti hendak mencium ketiak suaminya. Dua kali along mengandung,
dua kali itu jugalah perangai alongnya sama pelik. Wangi sangat agaknya bau ketiak
Abang Rezza itu sampaikan alongnya gian sangat dengan ketiak tersebut?
Entahlah….
Sara
ketawa suka. Dia pun pelik juga dengan perangai alongnya setiap kali mengandung
itu. Harap-haraplah dia tidak menjadi seperti alongnya. Segan juga jika asyik
merengek kerana hendak mencium ketiak suami.
“Adik
ni kan… mentang-mentang along takde
dekat sini. Bukan main lagi mengutuk along. Kalau along tahu, sah kena luku.”
Ujar Sara ketawa kecil.
Zara
sudah tersenyum. Ada betul kata angahnya itu. Kalau alongnya dengar dia
mengutuk, sah sudah kena sound. Maklumlah… along tukan macam singa betina.
Asyik nak membaham aje kerjanya.
“Bukan
alonglah yang pregnant, sayang. Tapi
angah ni ha.” Sambung Sara kemudiannya. Malas hendak berahsia-rahsia. Berita
baik seperti ini kenalah dikongsi bersama insan-insan yang dia sayangi.
“What? Really?” Zara sudah bangun dari baringnya. Dia kini duduk bersila
menghadap angahnya yang hanya tersenyum-senyum sambil mengangguk-angguk.
“Dah
berapa bulan?”
“Baru
masuk dua setengah bulan.”
“Wah…
cepatlah. Terror betul Abang Ery ni.”
Usik Zara bersama ketawa besarnya.
Laju
Sara mencubit. Merah padam mukanya mendengar usikan Zara itu. Tersipu-sipu dia
menahan malu.
“Adik!”
“Sorry.” Cepat-cepat Zara memohon maaf.
Dia sekadar mahu mengusik saja. Tapi serius, memang angahnya ini agak cepat
berbanding alongnya yang dulu terpaksa menunggu setahun sebelum disahkan
mengandungkan Ayit.
“Lelaki
ke perempuan?”
“Baru
masuk dua setengah bulanlah sayang oi.
Belum tahu lagi apa jantinanya. Adik ni kan…”
“Ngeee… lupa. Apa pun congrats angah. Orang tumpang gembira
untuk angah dan Abang Ery. Tak sabar nak tunggu anak buah orang yang ke-tiga ni
keluar kat dunia. Mesti comel macam orang.” Sesungguhnya, berita itu membuatkan
Zara terlupa akan kemarahannya sebentar tadi. Siap perasan lagi kononnya si anak
buah bakal mewarisi bakanya yang comel.
Pandai
saja Zara ni. Macamlah dia ada ikut sama dalam ‘projek’ istimewa ini sampaikan
di kecil yang belum diketahui jantinanya itu ada irasnya. Hmmm… Zara, Zara!
“Thanks sayang. Doakan angah baik-baik aje sepanjang tempoh kehamilan ni ye.”
“Of course my lovely sister. Orang
sentiasa doakan yang terbaik buat angah.”
Pantas
dia menggengam erat jemari halus angahnya.
Ya! Semoga ALLAH
melindungi angahnya sepanjang tempoh kehamilan ini. Amin…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan