TIGA
Mawar merah
**24**
“PEEWITTT! Sorang aje ke?” tegur si Koman, gangster paling terkenal dekat taman
perumahan ini. Kerjanya malam-malam asyik melepak dengan sekutunya dekat taman
permainan itu. Dah macam orang takde
rumah pulak. Kerjaya tetap kut!
Zara
tidak menghiraukan usikan Koman. Dia mempercepatkan langkahnya. Malas benar dia
hendak melayan Koman yang perasan hensem
itu bersembang. Dahlah rambut mengerbang macam tak pernah disyampu
bertahun-tahun, gigi pula kuning berkarat. Benci betul dia tengok si Komen itu.
Jika
bukan disebabkan tekaknya yang teringin sangat nak makan burger Abang Ramlee,
jangan haraplah dia nak keluar malam-malam begini. Baik dia duduk dekat rumah
tengok kartun kegemarannya Doc McStuffins. Menyesal pula dia tak bawak skuter
tadi. Kalau bawak tadi, takdelah dia
kena lalu depan mat-mat haprak ini.
“Amboi…
sombongnya. Abang tanya sikit pun tak jawab.” Koman bersuara lagi. Kini dia
sudah bangun dari duduknya dan melangkah mengekori Zara.
Zara
menjeling. Langkahnya diatur laju. Dalam benci dan meluat dengan si Komen mereng itu, tetap terselit rasa takutnya
pada Koman. Manalah tahu kalau-kalau Koman bertindak diluar dugaan. Naya dia!
“Zara…
janganlah macam ni. Abang ni dah lama tau terliur dekat Zara. Bagilah abang
merasa Zara sikit. Sikit pun takpe.
Asal dapat rasa je.” Koman sudah berdiri di depan Zara. Menghalang gadis itu
dari meneruskan langkahnya. Geng sekutu pula sudah ketawa berdekah-dekah.
Biasalah… watak sampingan mana boleh nak komen lebih-lebih.
“Hey… jangan nak kurang ajar tau! Mulut
tu jaga sikit.” bentak Zara. Sakit hati mendengar ayat kurang ajar si Koman tak
sedar diri itu. Ingat dia ni makanan ke nak rasa-rasa?! Memang mulut si Komen
itu celopar tahap melampau.
“Aduh…
melawanlah geng. Ini yang aku suka ni. Lagi melawan, lagi mencabar. Buat aku
jadi geram! Auwwww!!!”
Watak
sampingan ketawa lagi mendengar ayat ketua mereka yang seterusnya.
Zara
ketap bibir. Geram dengan Koman dan geng sekutunya. Dia ingin melangkah, namun
Koman menghalang. Tangannya didepangkan.
“Hey!
Kau buat apa ni? Tepilah! Aku nak lalu.” Bentak Zara tunjuk garang. Waktu-waktu
kecemasan seperti ini, baik dia bertindak releks daripada gelabah. Nanti tak
pasal-pasal Koman senang mengesan tahap gementar di hatinya itu.
“Nak
lalu ke? Boleh! Tapi sebelum tu cium kat sini dulu.” Koman menunjukkan jari
telunjuknya ke pipi. Bukan senang dia hendak mendapat peluang keemasan seperti
ini. Sudah lama dia perhatikan Zara, gadis itu nampak sombong benar dengannya.
Jika dia mengusik, Zara selalu buang muka dan memberinya jelingan tajam. Malam
ini… apa kata dia ambil peluang yang ada untuk ‘mencuba’ gadis manis itu.
Kebetulan, tak ada orang di taman itu kecuali dia dan kawan-kawannya.
Rasa
mahu saja Zara melempang si Koman. Ada hati nak mintak dia cium. Huh! Jangan
harap. Ingat muka tu licin selembut kulit bayi ke dia nak cium-cium? Tak sedar diri
kulit muka tu menggerutu macam jalan raya belum kena tar.
Zara
cuba untuk bergerak ke tepi. Mencari ruang untuk memboloskan diri dari tangan
Koman yang didepangkan.
“Eheh… nak ke mana pulak ni? Zara belum cium abang lagi tau. Mana boleh pergi macam tu
aje.” Koman menghalang lagi. Dia tidak sesekali membiarkan Zara terlepas pergi.
Watak-watak
sampingan juga sudah mula menghalang perjalanan Zara. Ikut sama bertindak
seperti tindakan ketua mereka.
“Hey… korang
ni kenapa ha? Takde kerja lain lagi
ke nak kacau anak dara orang. Nanti aku bagitau dekat mak bapak korang. Biar padan dengan muka korang semua!” Zara mengugut. Sebenarnya
dia sudah mula cuak dengan tingkah Koman bersama tiga sahabatnya itu. Macam
orang khayal baru telan benda yang bukan-bukan aje. Mata tu merah seperti saga.
‘Ya
ALLAH… lindungilah hambaMU ini.’ Dalam hati Zara memohon doa. Meminta
perlindungan daripada TUHAN Yang Maha Berkuasa.
“Alaaa…
tak takut. Bagitaulah. Tapikan… rasanya kalau dah ‘merasa’ kau ni, mana kau
berani lagi nak bagitau mak bapak kita orang. Mesti malu. Silap-silap bunuh
diri.” Kid pula bersuara sambil terkekeh-kekeh ketawa. Anak muda yang baru
berusia tujuh belas tahun ini awal-awal lagi sudah rosak. Sayang!
Koman and the gang
ketawa kuat. Ketawa persis watak-watak penjahat dalam drama-drama melayu. Ini
membuatkan Zara semakin cuak. Tambahan pula keadaan di situ agak sunyi sepi.
Tak seperti selalu yang agak riuh dengan anak-anak muda melepak dekat taman.
Mungkin disebabkan geng keparat ini sedang melepak di sini, jadi tiada seorang
pun yang sudi melepak di situ malam ini. Mana tidaknya, jika Koman and the gang ada di sini, pasti
buat kacau. Tidak mahu bercampur dengan Koman
and the gang, maka anak-anak muda yang selalu bersembang-sembang di situ tiada
malam ini.
“Abang
dah lama sukakan Zara. Bagilah abang ‘merasa’ Zara malam ni. Abang janji akan
layan Zara dengan baik. Tak bagi sakit punyalah. Kalau sakit pun sebab pecah
dara aje!” Koman mula menghampiri Zara. Mahu dipegangnya tangan gadis itu, namun
Zara menepis dengan kasar.
“Kurang
ajar!” bentak Zara. Dia ingin menampar, namun serentak itu jugalah pergelangan
tangannya disambar oleh Koman.
“Janganlah
main ganas macam ni sayang. Nanti abang main ganas juga, sayang sendiri yang
sakit. Kalau sayang berlembut, abang pasti layan dengan lembut. Sedap!!!!!”
Kata-kata
Koman disambut dengan gelak tawa teman-temannya yang bodoh itu.
Kecut
perut Zara bila Koman sudah mula mahu menarik tangannya. Seperti mahu
mengheretnya ke taman yang sunyi sepi itu. Di fikirannya kini sudah terbayang
kejadian buruk akan menimpa diri.
“Lepaslah!”
teriak Zara. Dia rasa ingin menangis namun air matanya tidak pula mahu keluar.
Rasa takut sudah beraja di hati.
Pertama
kali dia jadi takut sebegini. Mungkin kerana Koman and the gang ini otak tak betul membuatkan Zara naik takut
bukan kepalang. Takut jika dia diapa-apakan oleh manusia-manusia tak ada
perasaan hormat itu.
Dalam
sibuk bertarik tali dengan si Koman, ada cahaya lampu tertuju pada mereka.
Membuatkan tindakan bertarik-tarik itu terhenti.
Cahaya
itu membuatkan pandangan Koman menjadi silau dan membuatkan dia mengangkat
sebelah tangan bagi menghalang cahaya mengenai anak mata. Zara turut melakukan
tindakan yang serupa.
Seseorang
turun dari perut kenderaan.
“Lepaskan
dia.” Ujarnya keras.
Wah…
gaya dah serupa hero Malaya. Siapa agaknya dia ini ya?
Disebabkan
perasaan takut yang teramat sangat, Zara tak cam suara itu milik siapa.
“Hey… lu
saper ah? Kalau lu mau betina, cari tempat lain la. Ini wa yang punya. Wa yang
rembat dulu. Kalau lu mau, bagi wa rasa dululah baru wa pass
dekat lu. Itu pun kalau lu sanggup tunggu la sebab geng wa pun nak merasa juga barang bagus.”
Samsengnya
si Koman. Siap ber’lu-wa’ lagi.
Rasa
mahu saja Zara menampar mulut celupar Koman yang tak ada insurans itu. Sesuka
hati nak gelar dia ‘betina’. Ingat dia ni binatang ke nak betina-betina. Kurang
ajar betul lelaki ni! Dah tu… siap nak pass-pass
dia lagi macamlah dia ni bola.
Lelaki
yang wajahnya tidak dapat Zara cam kerana silau cahaya lampu melangkah menghampiri
mereka. Bergaya sungguh caranya melangkah dengan kedua belah tangan dimasukkan
ke dalam poket seluar.
“Lu jangan datang dekat. Betina ni wa yang punya!” Ujar Koman. Ikutkan
hati, dia sebenarnya sudah cuak bila lelaki bertubuh sasa itu sudah menghampiri
mereka. Mahunya lelaki itu membelasahnya, mampus! Jatuhlah saham dia depan
pengikut-pengikutnya itu. Dia ni bukanlah kuat mana pun. Setakat samseng taman
permainan kanak-kanak aje.
Setakat
nak kacau anak dara orang tu, dia beranilah. Kalau dah berdepan dengan lelaki
tegap macam ini, memang kecut perutlah dia.
Amaran
Koman tidak dihiraukan. Langkah pemuda itu semakin dekat. Dan bila langkah itu
sudah benar-benar di hadapan mereka semua, Zara terkedu. Dia cukup kenal dengan
lelaki itu. Bulat matanya memandang wajah Hakimie yang serius. Macam singa
jantan daaa!!!
“Aku
bagi kau dua pilihan, nak rasa penumbuk aku atau nak rasa sepak terajang aku?
Pilih yang mana satu kau nak!” Selamba saja Hakimie bertanya sambil tangan
dikeluarkan dari poket seluar. Butang baju kameja dibuka katupnya lalu tangan
baju disinsing hingga ke paras siku.
“Dah
buat pilihan?” Tajam matanya menikam wajah Koman
and the gang. Satu-per-satu wajah yang berdiri di hadapannya itu dipandang
bagaikan ingin ditelan hidup-hidup. Setakat Koman
and the gang ini, bukanlah lawannya.
Koman
telan air liur. Terasa perut air liur melalui ruang kerongkongnya. Begitu juga
dengan ahli kumpulannya yang bertiga itu. Masing-masing sudah menelan air liur
yang terasa perit semacam. Kid, budak kecik itu sudah bersembunyi di belakang
Koman. Tadi bukan main temberang lagi dia berkata-kata. Sekarang… kecut tak ada
‘jantan’. Hilang taikonya.
“Okey.
Takpe. Aku lepaskan dia. Kalau kau
nak sangat, nah… ambik! Aku pun tak heran
sangatlah betina sombong macam ni.” Koman menolak perlahan tubuh Zara kepada
Hakimie.
Mujur
Zara tak terjelepok jatuh. Tubuhnya sempat dipaut kemas oleh Hakimie.
“Jom
geng. Kita blah.” Koman yang berlagak
samseng itu dengan terkocoh-kocoh segera mengajak gengnya berlalu dari situ.
Naya jika mereka berlama-lama di situ. Melihat susuk tubuh lelaki itu, dia tahu
lelaki itu bukanlah saingannya.
Setelah
Koman and the gang berlalu, Hakimie
memandang Zara. Gadis itu diam tidak berkutik. Selalunya, bukan main lagi mulut
tu. Macam peluru torpedo.
Menyedari
tangan Hakimie yang masih memaut kemas lengannya, Zara cepat-cepat menjarakkan
diri. Wajah sudah menunduk memandang jalan raya. Pasti ketika ini wajahnya
sudah bertukar ke warna merah jambu.
‘Aduh!
Apasal dengan aku ni? Kenapa pulak tiba-tiba nak malu-malu kucing? Haish!’
“Dah!
Jom saya hantar awak balik.” Ujar Hakimie. Dia sudah mula berpusing untuk ke
keretanya semula.
Sebenarnya
perasaan dia juga sudah lain benar waktu ini. Untuk mengcover perasaan yang entah apa-apa itu, dia buat-buat serius.
Namun,
Zara masih lagi di situ. Diam dan langsung tidak mahu bergerak. Perasaannya
jadi tidak menentu.
Hakimie
berpaling. Dia merengus kuat. Keras kepala betul minah kelibut itu. Sudah ditawarkan pertolongan pun, masih nak
tunjuk keras kepala. Tanpa mempedulikan Zara, dia segera masuk ke perut kereta
dengan wajah yang tegang. Dia memang tak suka dengan orang yang degil seperti
Zara.
Perlahan
dia menggerakkan kenderaan yang dipandu. Sampai di tempat Zara berdiri,
kenderaan diberhentikan.
“Saya
kira hingga tiga, kalau awak berkeras tak nak masuk jugak, saya tinggalkan awak
dekat sini. Biar geng perogol bersiri tadi tu datang rogol awak beramai-ramai.
Jadi apa-apa, awak jangan nak menyalahkan saya pulak. Saya dah tolong, awak tu yang buat perangai degil keras kepala.”
Zara
memuncung. Dia mendengus mendengar ayat Hakimie yang main lepas saja. Langsung
tak fikir hati dan perasaannya.
“Satu…”
Hakimie mula mengira.
Muka
serius sambil pandangan tertala ke depan. Langsung tak menoleh pada Zara yang
sudah terkulat-kulat itu. Berkira-kira sama ada mahu ikut atau terus berdegil
dengan egonya.
‘Masuk
ajelah Zara. Janganlah tunjuk keras kepala kau tu. Kau nak ke jumpa dengan si
Koman mereng tu dengan geng dia lagi? Dari kau terpaksa menghadap muka tak
hensem Koman itu, baik kau terima pelawaan mamat poyo ini. Selamat dunia
akhirat.’ Suara hatinya menyuarakan pendapat.
“Dua…”
Hakimie masih meneruskan pengiraannya.
Kalau
Zara tak naik juga setelah dia menyelesaikan pengiraannya, dia tetap akan
meninggalkan gadis itu. Lantaklah nak jadi apa sekali pun. Sudah Zara itu yang
tunjuk keras kepala depan dia, kan?
Zara
menghela nafas. Tanpa berlengah, dia terus masuk ke dalam perut kereta Hakimie.
Egonya terpaksa diketepikan. Jika terlalu mementingkan egonya yang melangit
itu, buruk padahnya. Nanti tak pepasal, si Koman mereng itu datang semula
bersama geng keparatnya. Untung ada manusia yang menghulurkan bantuan ini,
terimalah bantuan itu dengan hati yang terbuka. Lupakan sebentar bahawa lelaki
itu adalah mamat poyo!
Melihat
Zara yang berdesup masuk ke dalam keretanya, membuatkan Hakimie rasa hendak
ketawa. Namun disimpan kemas rasa lucunya itu di dalam hati. Wajah serius masih
dipamerkan depan gadis itu.
‘Nampak
aje ala-ala berani tapi rupanya penakut.’ Komennya dalam hati.
Berada
dalam kereta bersama mamat poyo itu,
Zara hanya membatukan diri. Diam tidak berkutik. Jika selalu, asal bertembung
dengan mamat poyo itu pasti dia akan
melancarkan serangan. Tak henti-henti mulutnya bagaikan bertih jagung.
Namun
malam ini dia hanya mampu mendiamkan diri. Tiada ayat-ayat ‘manja’ yang terluah
dari bibirnya yang seksi itu. Dia sudah kehilangan kata-kata. Perasaannya
bercampur-baur.
Sampai
saja di depan pintu pagar rumah, Zara terus membuka pintu kereta. Tanpa
menoleh, tanpa ucapa terima kasih, dia terus keluar dari perut kenderaan yang
dipandu Hakimie. Menonong dia berjalan masuk ke dalam rumah dengan wajah yang
cukup membahang.
Hakimie
yang melihat hanya mampu menggelengkan kepala. Namun dalam masa yang sama,
bibirnya mengukir senyuman segaris. Senyuman bersulamkan bahagia.
Dan
Zara, masuk saja ke dalam biliknya terus menghumban badan ke atas katil
bertilam empuk. Dia mendengus. Memarahi kedegilan diri. Memarahi kesombongan
diri yang langsung tidak tahu hendak beradab.
“Bodoh
sombonglah kau ni Zara. Orang dah tolong, kau langsung tak cakap terima kasih.
Main blah macam itu aje. Ingat cantik
sangatlah tu buat perangai macam itu? Eiii…
tak patut tau!” Marah Zara pada dirinya sendiri. Bagaikan orang tidak siuman
saja dia mencubit lengannya sendiri dengan kuat. Melepaskan geram pada
kesombongan diri sendiri.
“Ouch!” dia mengadu sendiri bila
cubitannya itu terlebih bisa.
Tok!
Tok! Tok!
Ketukan
pada permukaan pintu membuatkan Zara berpaling. Malas-malas dia bersuara,
“Masuklah. Pintu tak berkunci.” Kemudian matanya dipejamkan.
Terjengul
kepala Puan Inara pada permukaan pintu. Tergeleng-geleng dia melihat anaknya
yang sedang berbaring dengan tangan yang dibawa ke dahi. Macam orang tengah
memikirkan masalah Negara saja anaknya yang seorang itu. Besar sangat fikirnya.
“Zara
ni belum tua lagi dah jadi pelupa. Ni ha… umi bawa burger yang Zara beli tadi.” Puan Inara meletakkan plastik berwarna
hitam itu di atas meja sisi katil anak daranya.
Serta-merta
Zara membuka matanya. Burger? Baru
dia teringat pada burger yang
dibelinya tadi. Akibat perasaannya yang tunggang langgang bagai dilanggar
todak, dia keluar tanpa menghiraukan burger
yang dibelinya.
“Errr… dari mana umi dapat burger ni?” tanya Zara biarpun dia tahu
burger itu tertinggal di dalam kereta Hakimie.
“Dari
mana lagi… dari Kimie la. Dia yang hantarkan burger ni. Dia kata Zara tertinggal burger ni dalam kereta dia.”
Zara
menggaru-garu belakang telinganya.
“Dah.
Umi nak turun ke bawa. Burger tu
makan. Jangan dibuat perhiasan pulak.
Dari tadi asyik sebut nak makan burger.
Nanti kempunan pulak.” pesan Puan
Inara sebelum dia menutup semula daun pintu bilik tidur anaknya itu.
Setelah
daun pintu tertutup rapat, Zara segera bangun dari baringnya. Dia melompat
turun dari katil. Kemudian berlari dan menjenguk ke luar jendela setelah
langsir berwarna purple gelap itu
diselak sedikit. Dari dalam bilik tidurnya, dia dapat melihat dengan jelas
abahnya sedang berbual dengan Hakimie a.k.a Encik Mamat Poyo yang sering buat dia menyampah. Entah apalah yang
dibualkan sehingga bukan main abahnya tergelak-gelak manakala Hakimie pula
begitu lebar senyumannya.
Terpegun
Zara melihat senyuman lelaki itu. Nyata, Hakimie itu ada ‘Smile Killer’ yang
bisa membunuh. Asyik pula dia melihatnya. Membuatkan bibirnya turut tersenyum
sama.
Dalam
keasyikan menatap senyuman mamat poyo itu, tiba-tiba Zara terkedu. Pandangan
mata Hakimie yang memanah matanya membuatkan dia bagaikan hilang semangat.
Haish!
Cepat-cepat dia menutup langsir. Bersembunyi di sebalik langsir dengan tangan
yang sudah dibawa ke dada.
Kuat
jantungnya berdebar!
******************************************************************************
USAI
mandi dan berpakaian ringkas, Hakimie merebahkan tubuhnya di atas katil
bertilam empuk. Meluruskan segala urat dan sendi yang bersimpul sana-sini
akibat kerja yang dilakukan siang tadi. Biarpun dia tak buat kerja berat
seperti buruh binaan, namun kepenatan memerah otak dan menghadap komputer tetap
membuatkan badannya menjadi letih.
Hakimie
menghela nafas. Fikirannya kini terarah pula pada Zara Dania si minah kelibut. Gadis manis yang
konon-konon berlagak berani tapi sebenarnya penakut. Baru digertak sedikit oleh
Koman and the gang, sudah pucat dan
cuak wajah manis itu. Kelakar rasanya bila mengenangkan wajah Zara tadi. Dah
putih macam hantu kapur! Heheheee…
Ketika
dia bersembang dengan Pak Cik Cikgu tadi, dia perasan ada mata yang mengintai
di tingkat atas. Dan bila dia memanahkan pandangannya ke situ, dia dapat
melihat dengan jelas Zara sedang memandang ke arahnya bersama senyuman di
bibir. Terkesima dia melihat senyuman gadis kelibut itu. Manis! Semanis kurma.
Dia
mengeluh. Sebolehnya dia tidak mahu perasaan yang memburu dirinya ketika ini
bertandang sekali lagi. Dia takut ditinggalkan dan kecewa untuk kali yang
seterusnya. Namun, apakan daya. Dia hanya insan biasa. Semakin dilawan perasaan
itu, semakin kuat pula perasaan itu memburu hidupnya.
“Kalau
suatu hari nanti Kimie terjatuh cinta dekat Zara macam mana?”
Tiba-tiba
soalan papanya beberapa hari lepas bergema semula. Membuatkan hatinya semakin
gundah-gulana.
Memang
dia akui, Zara cantik. Malah pertama kali dia terlihat gadis itu, hatinya sudah
tertarik cuma dia menahan hati daripada terus hanyut dengan kecantikan minah kelibut itu. siapa sangka, rupanya
mereka bekerja di tempat yang sama. Membuatkan dia semakin ‘dekat’ dengan gadis
itu.
Cuma
masalahnya, Zara itu garang macam singa betina. Wajahnya sentiasa cemberut
setiap kali mereka bertembung. Macam Snow Queen pun ada juga. Lagipun, dia
takut untuk mengakui perasaannya. Takut kecewa lagi seperti mana Eriza pernah
mengecewakan dia.
Tok!
Tok! Tok! Bersama ketukan di muka pintu, suara Dr. Haji Helmie kedengaran
memanggil anak terunanya. “Kimie! Kamu tak nak makan ke?”
Sebagai
anak soleh, Hakimie bangkit dari baringnya. Dia bergerak menuju ke arah pintu
yang tertutup rapat. Malam ini dia bermalam di rumah papanya memandangkan
rumahnya sedang dalam pengubahsuaian.
Tombol
pintu dipulas lalu dikuak luas daun pintu.
Wajah
Dr. Haji Helmie bersama senyuman di bibir terlayar depan mata. Papanya itu
memang tak pernah ‘kering’ dengan senyum di bibir.
“Kimie
tak nak makan ke?” sekali lagi soalan yang sama diajukan kepada anaknya.
Hakimie
menggeleng seraya menjawab, “Kimie dah kenyang, pa.”
“Hmmm… iye la. Segala lauk papa letak dalam peti sejuk. Kalau Kimie rasa
lapar nanti, panaskan aje. Papa nak masuk tidur ni.” beritahu Dr. Haji Helmie.
“Iye la.” Pendek saja jawapan Hakimie.
Setelah
pintu ditutup semula, dia mula menguap. Matanya sudah mulai layu dan mahu
dilelapkan. Kemudian bergerak ke katil dan merebahkan semula badannya di situ.
Mata dipejam dan dia berharap agar lenanya ditemani mimpi-mimpi indah.
Amin…