CINTA
MASAM MANIS
**7**
KERANA desakan
Nisya, terpaksalah Qisya beralah. Tak pasal-pasal dia sudah tersadai di
tengah-tengah majlis persandingan adik Encik Darish dan pasangannya. Pengantin
yang ada di atas pelamin, sama cantik sama padan. Asyik tersenyum sedari tadi.
Bertemakan warna kuning keemasan, pilihan pengantin kelihatan begitu mewah.
Ala-ala persandingan Di-Raja macam tu.
Kalau aku kahwin nanti, aku nak tema ala-ala taman bunga. Biar penuh
pelamin aku dengan bunga rose merah.
Baru gempak. Ceh… ceh… ceh… berangan nampak. Boyfriend pun tak ada. Ada hati
nak pasang angan-angan naik pelamin. Pelamin anganku musnah ada la…
Qisya menjenguk. Cuba mencari kelibat Nisya yang sudah hilang entah ke
mana. Semalam bukan main beria-ia lagi Nisya mengajaknya. Konon malu nak
berdepan dengan keluarga Encik Darish. La ni, dia ditinggalkan sorang diri. Tak
patut betul si Nisya ni. Bila dah mesra sikit dengan keluarga Encik Darish,
terus dia lupakan aku. Huhuhu… kalau tahu macam ni, aku tak akan tunduk pada
pujuk rayu dia. Dahlah sorang manusia pun aku tak kenal kat majlis ni.
Terkapai-kapai sorang diri. Aduh… apa nak buat ni?
“Qisya…” sapa satu suara.
Macam biasa dengar aje suara ni. Macam suara…
“Tuan Syed?” ujar Qisya tatkala matanya jatuh pada sekujur tubuh sasa
yang berdiri di hadapannya.
Syed Aiman tersenyum. Pantas lelaki yang kelihatan macho dengan baju
melayu warna biru firusnya itu melabuhkan punggung dan duduk di sebelah Qisya.
Tetamu yang duduk semeja dipandang dan diberikan senyuman segaris.
“Tuan Syed buat apa kat sini?” tanya Qisya. Hisy… soalan bodoh betullah!
Dah tentu-tentulah Syed Aiman ke sini nak tengok pasangan yang sedang
bersanding atas pelamin. Takkan nak tengok pertunjukan sarkas pulak. Lain kali
cubalah buat soalan yang mencabar minda sikit. Ini tak… tanya pun soalan budak
sekolah tadika tahap satu. Si otak sudah mula memalukan tuannya.
Diamlah! Bentak sang hati. Geram dengan si otak. Ada saja yang nak
dibahaskan. Time-time macam ni pulak
tu!
“Datang nak tengok orang kahwin la. Takkan nak tengok badut buat
pertunjukan sarkas pulak. Awak ni Qisya…” Selamba kerek Syed Aiman
menjawab sambil kepalanya digeleng-geleng. Senyumannya semakin lebar.
Qisya tersengih. Malu sendiri mendengar jawapan bosnya itu. Betullah apa
yang Syed Aiman jawab tu. Tak sangka kerek juga Syed Aiman ni. Berlainan betul
dengan perwatakan sewaktu berada di ofis.
Kalau di ofis, Syed Aiman kelihatan
sedikit tegas. Tegas aje tau… bukan tahap ganas. Heheheee…
Namun Qisya cukup kagum dengan sikap kepimpinan bosnya itu. Sebagai
seorang lelaki muda, ternyata Syed Aiman sudah mampu memikul tanggungjawab yang
besar sebagai ketua syarikat. Memang cukup mengagumkan.
“Pengantin lelaki tu kawan saya. Tu yang datang ke sini. Lagipun famili
kita memang dah lama kenal.” Akhirnya Syed Aiman menjelaskan. Rona muka Qisya
yang sudah kemerah-merahan itu mencuit hatinya. Cute betul bila gadis ini beraksi sebegitu. Tampak comel sangat.
Jika ada yang melihat, pasti tiada siapa yang menduga gadis ini sudah berusia
dua puluh empat tahun. Persis gadis belasan tahun sahaja.
Qisya mengangguk. Daripada gaya keluarga Encik Darish buah hati si Nisya
itu, Qisya sudah dapat meneka bahawa lelaki pujaan hati sahabat baiknya itu
juga datang dari keluarga orang-orang berada. Macam manalah Qisya tak bersangka
begitu jika majlis persandingan ini dilangsungkan di Hotel Maya yang bertaraf
lima bintang. Hmmm… bertuahnya Nisya.
“Awak kawan pengantin perempuan tu ke?” Syed Aiman bertanya setelah
menyedari stafnya itu hanya lebih banyak tersenyum dari berbicara. Selalunya
bila bergaul dengan teman-teman di ofis, Qisya boleh tahan juga lawaknya. Bukan
dia tak pernah terlihat gelagat Qisya yang suka menyakat Kak Nab, pembersih
pejabat di Smart Home Holding. Melatah teruk makcik tu dibuatnya. Nakal
sungguh. Dan bila dia datang, semua kecut macam tikus. Buat-buat diam.
Qisya menggeleng. “Bukan. Saya datang sini temankan housemate
saya. Dia kawan abang pengantin perempuan.” Jelas Qisya.
“Owh… macam tu. Kiranya awak
tak kenal sesiapalah kat sini, kan? Selain daripada saya sorang?” banyak pula soalan Syed Aiman. Kat pejabat nampak macam
pendiam. Serius. Tapi kat luar lain sangat karektornya. Agak menyenangkan.
“Macam tulah, Tuan Syed.” Pendek Qisya menjawab.
“Tak apa, biar saya temankan awak.” Kata Syed Aiman.
Bulat mata Qisya mendengar kata-kata lelaki itu.
“Eh… tak apalah Tuan Syed. Saya tak kisa duduk sendiri kat sini. Lagipun
mana ada orang jahat yang nak culik saya. Kalau ada pun, saya buka aje langkah
silat gayung yang atok saya ajar. Sure
tak ada sesiapa yang berani dekat.” Iyalah… takkan nak suruh Syed Aiman duduk
semeja dengannya pula. Seganlah.
Syed Aiman ketawa. Terasa lucu mendengar ayat selamba rock gadis itu.
Inilah Qisya yang selalu diintainya di Smart Home Holding. Qisya yang selamba
dengan ayat-ayat kereknya. Yang selalu buat satu ofis pecah dengan gelak tawa.
Cuma bila berdepan dengannya, gadis itu berubah menjadi seperti wanita melayu
terakhir. Tak banyak bicara kecuali berkisar hal-hal kerja.
Dahi Qisya berkerut. Pelik betul bos aku ni. Seingat aku, tak ada pun aku
ni buat lawak jenaka. Tiba-tiba pulak dia boleh bantai ketawa macam tu. Macam
tak hengat dunia. Sampaikan semua
mata memberi perhatian pada kami. Hisy… Tuan Syed ni ada penyakit mental
agaknya?
“Kenapa Tuan Syed ketawa? Saya buat lawak ke?” soal Qisya seperti orang
bodoh. Mimik mukanya mengusik hati lelaki Syed Aiman.
“Qisya… tak payahlah nak bertuan-tuan Syed dengan saya dekat sini.
Panggil aje Aiman. Di sini awak bukan lagi staf saya. Lagipun, kalau awak
panggil saya Tuan Syed, rasa diri saya ni macam dah tua sangat pulak. Macam dah
jadi bapak-bapak.” Mesra Syed Aiman berbicara. Dia teringin mahu mengenali
gadis itu dengan lebih dekat lagi. Entah kenapa, dia cukup senang dengan gadis
manis itu. Ada sesuatu yang menarik tentang Qisya Nur Alifa Binti Haji Zahiddin
pada pandangan matanya.
Heheheee… iye tak ya jugak, kan? Tuan Syed. Macam panggilan orang-orang
tua pulak. Tapi, boleh ke panggil Aiman je? Tak manislah. Lagipun dia tetap bos
aku walaupun bukan dalam kawasan ofis. Tapi… kalau masih panggil dia Tuan Syed,
nanti dia kata aku ni skema pulak. Nak panggil apa ekk?? Panggilan yang glamour
sikit. Hah!!
“Kalau macam tu apa kata saya panggil Tuan Syed dengan panggilan Bos? Tak
adalah nampak macam panggilan orang tua-tua. Lagipun bos tu tetap melambangkan
yang Tuan Syed ni majikan saya. Amacam?” Qisya tersengih. Macam anak kecil
tayang gigi baru tumbuh la pulak.
Syed Aiman tersenyum. Perempuan ni… ada saja alasan dia. Dah tu buat muka
macam ni pulak depan aku. Sweet sangat! Mujur anak dara orang, jika tidak… dah
lama aku tarik hidung mancung dia yang comel tu.
“Okeylah… Aiman tak kisah…” selamba Syed Aiman berkata.
Bulat mata Qisya mendengarnya. Lawak juga bosnya itu.
Pantas tawanya pecah. Syed Aiman turut tertawa bersama.
INTAN NATASHA
mengetap bibir. Sedari tadi dia mencari-cari lelaki itu. Dekat sini rupanya.
Bukan main mesra lagi dia melayan seorang gadis berbaju kurung hitam hijau dan
bertudung hijau lumut. Macam dah lama sangat kenal. Boleh pula pakat gelak
berdua. Membuatkan api cemburu Intan Natasha menyala dengan tiba-tiba.
Cool Intan! Tarik nafas. Control… control. Tak boleh nak
melatah. Anggap aje perempuan tu kawan Aiman atau sesiapa sahaja yang tidak
dikenali. Sebagai model terkenal tanahair, aku kena bersabar. Hati kecil Intan
Natasha berkata-kata. Langkahnya pantas dibawa ke tempat di mana Syed Aiman dan
gadis itu sedang duduk. Kehadirannya langsung tidak disedari. Bukan main
khusyuk Syed Aiman berbual dengan gadis itu. Menyalakan lagi api cemburu yang
semakin membara. Namun hatinya cuba ditenangkan.
“Ehem…” Intan Natasha berdehem. Nak bagi tahu yang dia sudah tercegat di
situ. Sakit hatinya melihat kemesraan Syed Aiman bersama gadis itu.
Pantas dua kepala berpusing ke arah suara halus yang berdehem tadi.
“Eh… Intan. Duduklah.” Pelawa Syed Aiman sebaik sahaja menyedari
kehadiran Intan Natasha. Senyumannya mekar di bibir.
Qisya memerhati gadis yang berdiri di sisi Syed Aiman dengan mata yang
tidak berkedip. Bukankah itu Intan Natasha? Model terkenal tanahair. Cantiknya!
Persis anak patung.
“Dari tadi I cari you. Ingatkan you dah pulang.
Rupa-rupanya you kat sini.” Daripada nadanya, jelas terdengar rasa tidak
puas hati Intan Natasha.
“Sorry… I tengok you asyik sangat bersembang dengan auntie
Bada, jadi I tak naklah ganggu you
dengan dia. Kebetulan I ternampak Qisya kat sini. Jadi I
datanglah duduk berborak dengan dia. Kebetulan dia pun tak kenal sesiapadekat
sini melainkan I.”
“Qisya?” soal Intan Natasha. Dahinya berkerut. Pura-pura tidak tahu.
Sedangkan dia yakin Qisya yang dimaksudkan oleh Syed Aiman sudah pasti gadis
bertudung yang duduk disebelah lelaki itu.
Syed Aiman menepuk dahi. Lupa hendak memperkenalkan Intan Natasha pada
Qisya. Hinggakan gadis itu terpinga-pinga.
“Aduh… lupa nak kenalkan. Intan, ini Qisya. Staf baharu yang kerja dekat
syarikat I. Qisya, ini Intan Natasha. My bestfriend girlfriend.”
Syed Aiman memperkenalkan dua gadis.
Qisya tersenyum. Tangan dihulur. Bertuah rasa hatinya dapat berjumpa
dengan Intan Natasha. Ini kalau Casabelle tahu, sure menangis makan hati
berulamkan jantung. Mana tidaknya, Casabelle minat gila dekat Intan Natasha.
“Hi… tak sangka dapat jumpa Cik
Intan. Kawan saya minat sangat kat Cik Intan.”
Intan Natasha sekadar tersenyum nipis. Tidak berminat mahu beramah tamah
dengan gadis itu. Salam yang dihulurkan juga disambut dengan lagak yang
selamba. Entah kenapa, hatinya jadi kurang senang dengan Qisya. Dia dapat
rasakan gadis itu seolah-olah mahu merebut Syed Aiman daripadanya.
Sedar akan tingkah Intan Natasha, Qisya mendiamkan diri. Sombongnya!
Dalam hati sempat juga beri komen.
“Man, jom la kita ke meja VIP. Mama dan papa I nak jumpa dengan you
tu. Dah lama diaorang tak sembang dengan you. Jom la…” Rengek Intan
Natasha. Sempat juga dia menjerling ke arah Qisya yang hanya jadi pemerhati
tanpa suara.
Hmmm… cantik jugak perempuan ni. Biarpun tak pakai make-up tebal, tetap
kelihatan manis. Intan Natasha berkata sendiri dalam hati.
“Tapi…” Syed Aiman keberatan. Kesian pula nak tinggalkan Qisya seorang
diri di situ.
“Tak apa, bos. Bos pergilah. Tak lama lagi adalah kawan saya tu datang.”
Ujar Qisya. Takkan nak suruh Syed Aiman duduk temankan dia dekat situ pula.
Lagipun, dari cara Intan Natasha memandangnya, dia yakin gadis itu tidak
sukakan dia. Mesti kes cemburu. Tengok cara pun dah tahu.
Ceh… apa dia ingat aku ni terhegeh-hegeh nak suruh Syed Aiman datang sini
ke? Bos yang nak datang sini dengan rela hati. Bukan aku yang suruh.
“Betulkah ni awak tak kisah duduk di sini sorang diri?” tanya Syed Aiman.
Wajah manis itu dipandang.
Qisya tersenyum dan menggeleng. Manakala Intan Natasha sudah mencebik
mendengar pertanyaan Syed Aiman pada gadis itu. Lain benar intonasinya. Nampak
seperti Syed Aiman sudah sukakan gadis itu.
“Tak. Bos pergilah.”
Akhirnya Syed Aiman akur. Lantas dia melangkah bersama Intan Natasha
menuju ke meja VIP. Sempat juga dia mencuri pandang ke arah Qisya yang
kelihatan tenang di hujung sana.
“MANA kau pergi?” tanya Qisya sebaik
sahaja Nisya mengambil tempat duduk disebelahnya. Bukan main berseri-seri lagi
wajah sahabatnya itu. Senyum sampai ke telinga. Dah macam Joker versi perempuan
pula Qisya tengok. Mahu empat puluh lima minit dia ditinggalkan oleh Nisya yang
konon mengaku sahabat baik itu. Sahabat baik apa kalau aku ditinggalkan sorang
diri kat sini. Mujur tak ada orang yang sudi nak culik aku. Kalau ada… tak ke
kesian babah dan umi aku kat kampung. Kehilangan seorang anak gadis yang cantik
lagi manis. Aduh… dah melalut pulak Cik Qisya Nur Alifa ni.
“Sorrylah. Rizz ajak aku jumpa mak ayah dia. Sembang punya sembang
sampai aku terlupa yang aku bawa kau sekali. Kau dah makan ke?”
Qisya mencebik. Tarak guna punya kawan! Boleh pulak dia lupakan aku bila
dah jumpa bakal mak mentua. Cit! Porah!!! Kalau tau macam ini jalan ceritanya,
awal-awal lagi aku dah tolak ajakan minah kerek ni.
“Apa sorry-sorry? Balik rumah masak karilah!”
Baru sekarang nak tanya aku pasal makan? Memang tak berhati mulia betul
makcik ni!
“Kalau aku tahu kau tinggalkan aku macam ni, pengsan sedar balik pun aku
tak hingin nak temankan kau.” Omel Qisya lagi. Tapi masih lagi dalam nada
berbisik-bisik. Takkan nak jerit-jerit pulak. Buat malu aje. Nanti tak
pasal-pasal kena halau dengan pak guard. Tak ke memalukan diri namanya.
“Ala… janganlah marah, beb. Sorrylah…
aku pun tak sangka Rizz nak kenalkan aku dengan mak ayah dia time macam ni. Kau
janganlah nak marah aku pulak. Sorry…”
pinta Nisya dengan muka minta dikasihani. Rasa bersalah pula tinggalkan sahabat
baiknya itu seorang diri di situ. Sedangkan dia bukan main lagi beramah mesra
dengan bakal mentua dan ipar duai.
Qisya mengherot bibir. Kemudian berdiri.
“Eh, kau nak ke mana tu?” soal Nisya. Terkejut melihat Qisya bangun dari
tempat duduknya. Takkan merajuk pulak perempuan sorang ni. Mampus aku nak pujuk
nanti.
“Aku nak ke toilet. Nak ikut ke?”
sinis Qisya bertanya.
Nisya tersengih. Macam kerang busuk tak laku. Ingatkan Qisya hendak
meninggalkan dia tadi.
Dia tinggalkan aku, boleh. Aku baru nak ke toilet, dah gabra semacam.
Hisy… entah apalah yang ditakutkan sangat. Setahu aku, tak ada pulak manusia
yang makan daging orang kat sini. Aku pun selamat lagi ni. Tak kurang sikit pun
daging-daging empuk aku ni.
Membebel punya membebel, tanpa disengajakan Qisya terlanggar seseorang.
Terkejut biawak hidup dia dengan insiden yang tidak disengajakan itu. Bertambah
terkejut bila matanya jatuh pada baju melayu yang dipakai lelaki itu sudah
lencun dengan air oren.
Alamak! Macam mana boleh tak nampak ni? Mampus aku…..
“Errr… sorry, Encik. Saya tak sengaja.” Pinta Qisya. Tanpa disengajakan,
dia dengan terkocoh-kocoh mengelap baju melayu lelaki itu dengan tisu yang ada
ditangan. Bukan bersih jadinya, malah semakin kotor. Aduh…
“Hei… apa awak buat ni? Dah…
dah…” lelaki itu menolak sedikit tubuh Qisya supaya menjauhinya.
Kala dia berpaling dan mata bertentang mata, keduanya tergamam sebelum
masing-masing menjerit ayat,
“Awak!!!” serentak.
Qisya mengetap bibir. Tak sangka jumpa bapak jin tu dekat sini.
Manakala Tengku Danish sudah mendengus geram. Kenapa mesti ada
pertembungan lagi dengan perempuan gila ini? Menyusahkan! Setiap kali
bertembung dengan si gila ini, pasti ada saja bala yang akan menimpanya.
“Buta ke? Tak nampak orang depan mata.” Kasar nada suara Tengku Danish.
“Siapa yang buta? Saya tak sengaja. Sorry!”
selamba kerek Qisya menjawab. Wajahnya sudah masam mencuka. Benci dan sakit
hati pula tengok muka bapak jin ni!
Tahulah aku salah, tapi janganlah nak berlagak sangat. Kan aku dah mintak
maaf.
“Ingat… dengan mintak maaf, baju saya ni boleh bersih.” Tengku Danish
masih tidak mahu mengalah.
“Habis tu nak buat macam mana? Dah saya betul-betul tak sengaja. Bukan
susah mana pun, cuci aje baju awak tu.”
“Okey!” pintas Tengku Danish.
Tanpa berlengah dia membuka baju melayu biru yang dipakainya.
Mata Qisya bulat melihat tindakan spontan Tengku Danish. Eh… apa kena
dengan bapak jin ni? Tiba-tiba aje buka baju depan aku. Tak tahu malu betul!
Sewel agaknya. Banyak wayar yang terputus kat dalam kepala tu. Qisya melilau ke serata tempat. Takut-takut
jika ada orang yang memerhati tindakan gila lelaki di hadapannya itu. Nanti dituduh
yang bukan-bukan pula. Tak rela you!
Nasib baik tak ada orang. Semuanya sibuk menyaksikan persandingan
pasangan pengantin yang sama padan di atas pelamin.
“Hei… awak buat apa ni?” tanya
Qisya keras. Jantungnya berdegup kencang.
“Nah!” Tengku Danish menyerahkan baju melayu yang dibuka kepada Qisya.
Mujur baju singlet masih dipakai. Jika dibuka sama, tak ke haru biru jadinya
hidup si Qisya.
“Apa ni?” Qisya membuang baju yang diserahkan lelaki kembali kepada
tuannya.
“Saya nak awak cuci baju tu sampai bersih!” arah Tengku Danish. Mujurlah
dia sempat menyambut kembali baju melayunya yang dibuang oleh gadis itu.
“What?!” besar suara Qisya.
Matanya juga sudah bulat seperti biji guli. Rasa nak dilunyai-lunyainya sahaja
lelaki itu. Suka-suka hati saja nak suruh dia cuci baju. Ingat dia ada buka kedai
dobi ke?
Namum bila sedar suaranya yang melengking tinggi itu, Qisya mula
melilaukan biji mata. Takut andai suaranya menarik perhatian ramai.
“Jangan nak berangan. Saya tak hingin nak cuci baju awak. Apa awak ingat
saya ni maid awak ke? Suka-suka hati
nak arah suruh cuci baju.”
Tengku Danish tersenyum sinis. Dia memang tahu gadis itu pasti tidak akan
bersetuju. Dah agak dah……
“Okey… kalau macam tu saya buka singlet
ni sekali. Lepas tu saya jerit. Saya akan bagitahu semua orang yang ada dekat
sini, awak cuba nak perkosa saya. Awak mahu macam tu?” ugut Tengku Danish.
Qisya mengetap bibir. Jahatnya otak lelaki itu. Ingat aku terliur sangat
ke nak perkosa dia? Sepanjang hayat aku, belum pernah aku dengar perempuan
perkosa lelaki. Kalau lelaki perkosa perempuan tu, memang selalulah.
“Gila! Awak ingat orang akan percayakan awak?” Sebenarnya dalam hati ada
juga rasa takut. Takut ada yang percaya tuduhan palsu bapak jin ini. Tapi Qisya
tetap tidak mahu mengalah. Egonya melambung tinggi setiap kali berdebat dengan
lelaki kerek di hadapannya itu.
“Okey… Fine! Saya jerit…
to!!!!” Tengku Danish mengugut. Mulutnya sudah siap sedia terbuka hendak
berteriak. Memang satu tuduhan yang tak masuk dek akal jika dikatakan gadis itu
hendak memperkosanya, tapi itulah ayat yang terlepas dari mulutnya. Jadi…
hentam sajalah.
Sepantas kilat Qisya menerpa. Mulut lelaki itu ditutup dengan telapak
tangan. Takut jika lelaki sewel itu menjerit seperti apa yang diperkatakannya.
Otak bapak jin ni boleh tahan jugak jahatnya. Dibuat dia menjerit betul-betul,
tak ke haru biru hidup Qisya jadinya. Memalukan kaum kerabat seumur hidup. Mana
dia nak letak muka yang cute lagi comel ini.
“Okey… okey! Saya cuci.”
Akhirnya… Hisy, terpaksa mengalah
pula dengan bapak jin ni!
Tengku Danish melepaskan tangan Qisya yang menutup mulutnya sebentar
tadi. Boleh tahan kuat juga perempuan sorang tu tutup mulut dia. Hampir sesak
saluran pernafasan. Mujur tak koma akibat sesak nafas.
“Good girl!” ucap Tengku Danish
dengan senyuman sinis yang terukir di bibir. Qisya pula sudah mencebik. Geram!
Geram! Geram!
“Mintak nombor telefon awak?” minta Tengku Danish.
“Buat apa?” tanya Qisya geram.
“Untuk kesenanganlah. Bila awak dah siap cuci dan bersihkan segala
kotoran kat baju saya tu, senang saya nak call
dan cari awak. Takkan awak nak simpan baju saya tu buat kenangan terindah
pulak. Kain baju tu mahal tau. Awak tak mampu nak bayar ganti rugi.”
Qisya mengetap bibir. Berlagak pulak bapak jin ni! Aku pun sejuta-juta
kali tak hingin nak simpan baju melayu dia tu. Setakat kain macam tu, kat jalan
TAR melambak. Lagi nak eksen!
“Cepatlah.”
“012 31032405”
Laju tangan Tengku Danish menari-nari pada kayped handphone Black Berrynya. Mencatat nombor yang keluar dari
bibir Qisya. Sesaat, telefon bimbit Qisya mengalunkan irama ‘Nobody’ daripada
Wonder Girls. Terkial-kial dia mencari telefon bimbit yang berada di dalam tas
tangan. Skrin dilihat. Tertera nombor telefon yang tidak dikenali. Siapa pulak ni?
“Tu nombor saya. Saja nak testing,
manalah tahu orang tu bohong. Bagi nombor palsu.” Selesai berkata sedemikian,
Tengku Danish pun berlalu dengan muka dan gaya yang selamba.
Qisya mendengus geram. Rasa mahu dibunuhnya saja lelaki itu. Biar masuk
ke Liang Lahad! Arghhhh……….
Bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan