CINTA
MASAM MANIS
**6**
“QISYA… please…”
rayu Nisya. Air mukanya sudah berubah menjadi lima sen tak laku. Berharap
sangat agar sahabat baiknya itu bersetuju. Cuma Qisya seorang sahaja harapan
yang dia ada. Nak harapkan Casabelle, amoi sorang tu awal-awal lagi dah
menolak. Nak balik Melaka, kata. Dah rindu tahap gaban dekat mummy
dengan daddy dia.
“Tak nak arr. Kau pergilah
dengan Encik Darish berdua. Aku tak naklah kacau daun pulak. Lagipun yang kawin
tu kan adik Encik Darish. Dah tentu-tentu Encik Darish nak memperkenalkan kau
dengan anggota keluarga dia. Kalau aku ikut sekali, takut mak ayah Encik Darish
ingat aku ni bakal madu kau pulak.” Tolak Qisya. Selamba dengan bahasa
kereknya.
Nisya mencemik. Qisya ni ada sahaja jawapan yang keluar dari mulut dia.
Nak mintak tolong pun banyak alasan.
“Ala… bolehlah, beb. Cuma kau aje harapan nusa bangsa aku. Takkan aku nak
pergi sorang. Malulah…” tutur Nisya
bersungguh. Sudah sebulan dia bercinta dengan Encik Darish, jiran sebelah rumah
yang dikatakan persis Fahrin Ahmad itu. Tidak disangka lelaki itu akan
mengajaknya pergi ke majlis perkahwinan adiknya yang berlangsung esok. Tak ada
persiapan nak jumpa bakal mentua. Sebab itu dia beria-ia mengajak Qisya.
sekurang-kurangnya dia ada teman. Dapatlah control sikit rasa malu yang
menebal.
“Buat apa nak malu? Kau tak ada hidung ke? Aku tengok lengkap je semua.
Cantik lagi. Kalau tak cantik, masakan Encik Darish jiran sebelah tu boleh
terpikat. Jatuh cinta separuh mati. Hehehe…” Qisya mengusik. Suka tengok rona
muka Nisya yang sudah kemerah-merahan ibarat udang yang dipanggang. Memang dia
dah agak si Nisya pasti akan bercinta dengan Encik Darish punya. Sebab itulah
sekarang ni selalu sangat menghilang. Konon ada kerja. Ada OT. Rupa-rupanya
pergi dating dengan Encik Darish. Ceh… nak bohong konon! Last-last tertangkap jugak. Heheheee…
Bila terkenangkan kembali insiden dua minggu lepas, memang mencuit hati.
Mana tidaknya, tengah best-best dua pasangan sejoli tu menjamu selera di Mc’D,
tiba-tiba aje Qisya dan Casabelle buat serang hendap. Tersedak si kawan bila
dengan selamba Qisya menepuk bahunya. Manakala Casabelle sudah tersengih di
sebelah. Kantoi. Tak dapat nak lari.
Qisya dan Casabelle dengan selamba dan muka tak tahu malu duduk semeja
dengan Nisya dan Encik Darish. Merah padam muka keduanya bila diusik. Nisya hanya
tersengih-sengih menahan rasa geram. Dalam hati, hanya ALLAH sahaja yang tahu.
Rasa nak dicekek-cekek saja leher Qisya dan Casabelle. Padanlah awal pagi dah
menghilang. Mengintip dia rupanya… cit! Tak guna betul minah-minah kerek ni.
Pandai pulak diorang tangkap muat aku.
“Hisy… kau ni! Ke situ pulak.
Jom la temankan aku. Kalau kau ada, sekurang-kurangnya tak adalah aku malu
sangat berdepan dengan keluarga Rizz.” Amboi… sekarang ni cik Danisya Izzaty
dah ber’Rizz’ nampaknya. Mesranya…… heheheee… Tak lama lagi sure panggil abang punya. Tak pun darling. Hahahahahahahaha… Qisya mula
ketawa terbahak-bahak di dalam hati.
“Ala… malaslah beb. Aku paling tak suka jadi bodyguard ni. Kau
pergi berdua dengan Encik Darish ajelah. Buat apa nak ajak aku pulak.”
Air muka Nisya sudah bertukar menjadi seperti duit satu sen tembaga.
Sedih bila sahabat baiknya itu menolak. Takkan nak temankan dia untuk sehari
pun Qisya nak berkira sangat. Dia benar-benar perlukan kawan untuk pergi ke
majlis persandingan adik kekasih hatinya itu.
“Sampai hati kau, Qisya. Time
kau nak elakkan diri dari Amar London dan makcik Atie Kepoh, akulah yang tolong
cover kau. Kalau bukan sebab aku
tolong cover, dah tentu kau tak dapat elakkan diri dari dua beranak tu. Biar
dua beranak yang menakutkan itu ganggu hidup kau. Bila sampai masa aku perlukan
pertolongan kecemasan, kau buat derk aje. Tak ada perasaan langsung” Nisya dah
mula mengungkit. Buat muka sedih ala-ala Siput Sarawak. Kalau ajak secara baik
si Qisya tak layan, baik dia mengungkit. Untung-untung Qisya sedar. Hidup
bersahabat ni kena tolong-menolong.
Aduh… ini yang aku lemah ni. Dengan mengungkitnya… dengan muka mintak
kesiannya… hisy… pandai betul buat
hati aku cair.
“Hmmm… iya la! Iya la! Kau ni…
kalau dah habis modal mulalah nak mengungkit. Malas betul! Tolong tak pernah
nak ikhlas.”
Nisya tersenyum lebar. Pantas sahaja tubuh sahabatnya itu dipeluk.
“Macam nilah yang dikatakan kawan baik.” Ujar Nisya seraya ketawa
bagaikan hantu susu.
Qisya mencebik. “Iya la… banyaklah kau punya kawan baik. Dah… dah!
Lepaslah. Rimas tau kena peluk-peluk ni. Nanti kalau Encik Darish nampak, macam
mana? Tak ke kena gossip. Eiii… tak rela aku.” Laju tangannya
meleraikan pelukan Nisya. Lemas bila dipeluk sebegitu. Apa Nisya fikir, dia
anak teddy bear? Dipeluk-peluk.
“Ala… kau ni! Nak peluk sikit pun tak boleh. Esok lusa, bila dah berlaki…
takkan rimas jugak bila laki kau peluk.”
“Ek eleh… makcik sorang ni. Kata aku pulak. Aku ni boyfriend pun tak ada. Macam mana nak berlaki. Lainlah kau tu. Dah
ada cik abang Darish. Tak lama lagi dah boleh kena peluk-peluk.” Sebiji Qisya
mengenakan Nisya. Malu si kawan dibuatnya.
Qisya bangun dari duduknya. Tersenyum pandang wajah Nisya
yang sudah merona merah. Padan muka! Tu la… nak kenakan aku sangat. Kan dah
terkena balik. Hehehe… dari layan minah kerek ni, baik aku masuk bilik. Layan
YM. Nak tengok TV pun, tak ada satu rancangan yang menarik. Semuanya siaran
ulangan. Biasalah… Astro.
QISYA
tersenyum bila menerima pesanan YM daripada sahabat alam mayanya, ‘Hot Prince’. Setelah hampir dua minggu
tidak menerima apa-apa berita daripada Hot
Prince, akhirnya malam ini lelaki itu muncul kembali. Ke manalah agaknya Hot Prince menghilang selama dua minggu
ini? Pergi kahwin kot. Hati Qisya berperi. Kemudian dia ketawa sendiri.
‘Hot Prince’ : Hi… lesung
pipit.
‘Lesung Pipit’ : Hi… lama m’hilg. P mna?
‘Hot Prince’ : Ada… cma
lama x on9. Bz dgn kja. Awk pa kbr?
Rindu
plak nk sembg dgn awk… J
‘Lesung Pipit’ : Sy sht. Alhamdulillah… rindu ke? Hehehe…
Sy pun rindu awk jgk… J
Rindu? Memang Qisya rindukan si ‘Hot
Prince’. Dah lama tak bersembang dengan ‘Hot Prince’. Rindu dengan ayat gila-gila lelaki itu. Tapi rindu
Qisya tak adalah sampai ke tahap angau. Sudah ditanam dalam hati, dia tak akan
jatuh cinta pada rakan alam maya. Biasanya rakan alam maya ni lebih banyak yang
tipu dari betul. Macam dia jugalah. Menipu aje yang lebih. Tapi tipu identiti
ajelah. Tak nak orang tahu siapa disebalik ‘Lesung
Pipit’.
‘Hot Prince’ : Klu mcm 2…
apa kata kita jumpa.
Nk x?
Hot Prince buat cadangan. Sudah
agak lama mereka berdua menjadi sahabat di alam maya. Teringin juga hendak
bertemu dengan Lesung Pipit.
‘Lesung Pipit’ : Awk nk jumpa sy ke? Tp sy ne xcntk…
Muka hodoh… badan gemuk… kulit gelap…
Tkt bila awk nmpk sy… nti awk cabut lari…
Qisya ketawa sendiri membaca ayat yang ditaipnya.
‘Hot Prince’ : Rupa paras bkn sglanya. Tk kisa la cmna…
Yg pting p’sahabatan… kan? J
Betullah tu… tapi buat masa sekarang hati aku belum terbuka nak jumpa.
Biarlah bersahabat dalam YM ni aje. Nak jumpa kat luar, aku tak bersedia lagi.
Takut jugak kalau-kalau si Hot Prince
ni lelaki tua kerepot. Tak ke haru blue hidup
beta. Huhuhu… Hati Qisya berkata-kata. Dalam seronok bersembang dengan Hot Prince, rasa takut tetap ada. Takut
terjumpa dengan lelaki tua yang sudah boleh digelar datuk. Orang tua zaman
sekarang lagi hebat berchatting daripada
orang muda. Maklum… nak mengorat. Jual ayat-ayat cinta! Mana tahu laku…
bolehlah tambah cawangan.
‘Lesung Pipit’ : InsyaALLAH… ada peluang kita jumpa la…
Mcmna dgn puteri impian awk? Dah luahkan
isi hati?
Qisya bertanya. Selama berkawan dengan Hot Prince, dia memang tahu lelaki itu sudah mempunyai gadis
idamannya. Malah, Hot Prince selalu
menceritakan tentang ‘Puteri Impian’.
Tentu puteri impian seorang yang cantik. Jika tidak, masakan Hot Prince terlalu menyintai gadis itu.
Bertuah puteri impian.
‘Hot Prince’ : Blm lg. Msh
mcm 2 jgk… x tau nk luah
mcmna. Lidah ne kelu stiap kali berjumpa.
‘Lesung Pipit’ : Ala… xkn smpi mcm 2 skli. Beranikanlah diri
2. Klu x, smpi ke tua pun si dia xkn tahu awk
cintakan dia. Lelaki kna la brani… J
‘Hot Prince’ : Doakan sy
ada keberanian…
‘Lesung Pipit’ : Sy doakan utk awk. Caiyok! Caiyok!
J
‘Hot Prince’ : J Thanx Lesung Pipit.
Awk memang da best!
‘Lesung Pipit’ : Thanx aje?
‘Hot Prince’ : Bis2 nk apa
lg?
Soalan dari Hot Prince mengukir
senyuman di bibir mungil Qisya.
‘Lesung Pipit’ : Blnja la mkn… J
‘Hot Prince’ : No problema…
bila2 msa pun bole.
‘Lesung Pipit’ : Ok… nti sy tuntut jji awk… k la awk..
sy dah ngantuk ni. Nk tdo. Gnite… sweet
dream…
‘Hot Prince’ : Ok… gnite.
Sweet dream. Mmpikan sy…
‘Lesung Pipit’ : Mcmna nk mmpi klu xpenah jumpa…
rupa pun xtahu mcmna..
‘Hot Prince’ : Bygkan saja
mcm pelakon kesygan yg awk
suka 2… hehehe…
‘Lesung Pipit’ : Ceh… perasan! K la… salam.
‘Hot Prince’ : Wslm syg… J
Qisya hanya tersenyum membaca
perkataan ‘sayang’ yang digunakan oleh Hot
Prince. Lelaki tu, ada-ada aje modal yang dia ada untuk mencuit hati Qisya.
Mujur Qisya tak perasan. Iya la… masakan dia nak jatuh cinta pada seseorang
yang dia tak pernah kenal secara zahirnya.
Lampu ditutup dan lampu tidur
dipasang. Lama dia memandang siling putih yang terbentang luas di depan mata.
Esok nak temankan Nisya pergi majlis kahwin adik Encik Darish pula. Aduh…
menyusahkan betul minah kerek sorang tu. Tak pasal-pasal aku diheret bersama ke
majlis perkahwinan bakal adik iparnya. Nasib… nasib…
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan