W4J4H-W4J4H K354Y4N64NKU

Selasa, 21 Mei 2013

3 MAWAR MERAH4





Tiga
Mawar merah
**4**

“ZARA!!!” jeritan Puan Inara bergema lagi. Masuk kali ini, sudah tiga kali dia membuat latihan vokal. Dah macam orang nak ikut uji bakat pertandingan Kilauan Emas pula dia pagi-pagi begini.
Semua ini gara-gara si anak yang cukup liat untuk bangun pagi. Sudah bermacam cara dia gunakan, namun Zara tak juga bangkit-bangkit. Malah dengan senang hatinya Zara menarik semula comforter untuk menutupi tubuhnya yang terdedah pada kesejukan pagi.
Puan Inara sudah menggigit bibirnya ketat-ketat. Geram benar dengan tingkah anak bongsunya yang seorang itu. Dia sudah sakit suara terjerit-jerit, boleh pula anaknya itu menarik selimut dengan gaya tak bersalah. Bersahaja saja tingkahnya. Tak sedarkah anak itu sekarang ini sudah pukul berapa? Lagi nak membuta tak ingat masa.
Hey… budak bertuah ni. Boleh pulak dia tarik selimut balik. Nanti tak kena kejut, marah pulak. Kata kita tak kejutkan dia.” bebel Puan Inara sendirian.
“Zara! Bangunlah! Zara tak kerjakah hari ni?” sekali lagi Puan Inara berteriak.
Zara masih lena. Masih tidak berkutik dek jeritan uminya yang maha nyaring. Enak sahaja dia menyelesakan tidurnya dengan mengiringkan badan ke sebelah kanan. Siap tersenyum lagi.
Dengan hati yang sebal, Puan Inara melangkah keluar dari bilik tidur anaknya itu. Bibirnya tidak sudah-sudah mengomel. Perangai anaknya yang satu inilah yang sering buat dia pening kepala. Liat bangun pagi. Esok lusa bila sudah berkahwin, sah-sah suami dia pula yang akan jadi tukang kejut.
“Kenapa dengan Ina ni? Awal pagi lagi sudah membebel. Apa lagi yang dibebelkan tu sayang oi.” Sapa Cikgu Muhammad Zainal yang baru keluar dari bilik air. Dia sudah bersiap sedia untuk pergi ke sekolah. Hanya tinggal sebulan sahaja lagi dia bergelar seorang pendidik sebelum bersara wajib bulan depan. Sedih juga rasanya hendak meninggalkan kerjayanya ini, namun dalam sedih dia bangga kerana telah berjaya menabur bakti kepada anak-anak bangsa.
“Pasal apa lagi… pasal anak manja abang tulah!”
“Anak manja saya, anak manja awak jugak.” Balas Cikgu Muhammad Zainal. Benarlah tu. Memang Zara Dania itukan anak manja mereka.
Puan Inara mendengus.
“Dia tak bangun lagi ke?” tanya Cikgu Muhammad Zainal sambil memerhatikan isterinya yang terbongkok-bongkok menyelongkar laci meja sisi di tepi katil mereka. Entah apa yang dicari isterinya itu.
“Belum! Dah sakit anak tekak saya ni menjerit bangunkan dia, tapi tak juga bangun-bangun! Anak sorang tu… asal nak bangun pagi aje mesti macam inilah jadinya. Tu yang saya selalu membebel suruh dia masuk tidur awal. Tapi tak pernah nak dengar kata. Asyik nak menonton televisyen hingga ke jauh malam. Tak pun… sibuk dengan Facebook dia tu. Hah… pagi-pagi begini bukan reti nak bangun sendiri. Saya juga yang jadi mangsa.” Omel Puan Inara. Dia mencapai sebiji jam lonceng lantas keluar dari bilik. Laju dia membawa langkah semula ke bilik bujang anak daranya.
Melihat tingkah isterinya itu, Cikgu Muhammad Zainal hanya menggeleng kepala. Dia yakin pasti isterinya sedang merangkak satu pelan untuk mengejutkan anaknya itu. Jika tidak, takkan nak bawa jam lonceng segala.
Sampai di bilik Zara, Puan Inara mengetap bibirnya. Bertuah benar anak sorang ni. Sedap pulak dia tidur. Takpe… tunggu kejap lagi!
Laju Puan Inara mengunci jam lonceng.
Satu… dua… tiga!
Kringgg!!!
Serentak itu jam lonceng berteriak nyaring. Benar-benar di sebelah cuping telinga kanan Zara. Terkejut beruk si anak. Laju dia terpacak di atas katil dengan mata yang terkebil-kebil. Rambutnya jangan cakaplah… mengerbang bagaikan Hantu Kak Limah.
Arghhh… apa ni umi? Kenapa kacau orang tengah tidur? Orang tengah mengantuk tahap gaban ni.” Zara mula merengek bila tidurnya diganggu.
Baru saja dia start enjin nak berdansa dengan Shah Rukh Khan, umi sudah menempel jadi extra pula. Tak boleh nak biarkan dia berdansa dengan hati yang senang.
“Banyak cantik Zara punya mengantuk ya. Zara tak kerjakah? Tahu tak sekarang ni dah pukul berapa?” bertalu Puan Inara menyoal.
“Kerjalah umi. Tapi… awal lagikan. Kasilah can orang tidur kejap lagi. Orang cuti dari buat solat ni. Nanti bila umi dan abah dah habis solat, baru kejutkan orang balik.”
“Awal Zara kata? Cik Zara Dania binti Muhammad Zainal, tahu tak sekarang sudah pukul 7.10 minit pagi? Zara nak pergi kerja atau tidak ni?” Puan Inara bercekak pinggang sambil menanti respons daripada anaknya.
“7.10 minit pagi?” soal Zara semula memandang uminya yang sudah bercekak pinggang dengan wajah yang sudah mahu berubah menjadi warna hijau itu.
Puan Inara mengangguk berkali-kali. Mengiakan pertanyaan anaknya sambil menayang muka depan jam lonceng di depan mata si puteri. Biar anaknya itu nampak dengan jelas jarum jam sudah bergerak dengan pantas. Bukan nak tunggu dia.
“Oh… tidak!” Tiba-tiba Zara menjerit lantang. Dengan pantas dia melompat turun dari atas katil. “Kenapa umi tak bangunkan orang awal-awal? Kan dah lambat! Ah… ni mesti mamat poyo perasan bagus tu ambil peluang nak kenakan orang secukup rasa. Sudahlah hari ni orang kena buat pembentangan mengenai projek Vila Jaya tu depan wakil dari Smart Home Holding dan Meet Snd Bhd. Kalau lambat, sah-sah mamat poyo tu akan menjadi singa jantan betul-betul. Oh… tak sanggup! Tak sanggup!” Zara membebel.
Terbayang wajah garang Hakimie yang rambutnya sudah kembang ala-ala raja singa di depan mata. Glup! Gerun pula dia bila banyangan itu terlayar depan matanya.
Dia tak boleh nak lambat. Dia perlu sampai tepat pada waktunya. Dia tak sanggup membiarkan telinganya bernanah mendengar bebelan lelaki itu. Cukup-cukuplah dulu dia selalu kena bebel dengan Puan Rohana. Jangan mamat poyo itu juga memiliki perangai bebelan yang sama dengan Puan Rohana pula.
‘Tulah… siapa suruh tidur lewat. Kan sudah bangun lambat.’ Otaknya mula marahkan diri sendiri.
“Jangan nak salahkan umi pulak ye. Umi dah kejutkan Zara banyak kali. Zara tu yang liat sangat nak bangun. Terkelek sana, terkelek sini.”
Pantas Zara mencapai tuala yang tersangkut pada penyidai kayu. Laju dia bergerak menuju ke bilik air yang terletak dalam kamar beradunya.
“Amboi… tu nak ke mana pulak tu?”
“Nak mandilah umi. Orang dah lambat ni.”
“Kalau iye pun, kemaslah dulu tempat tidur ni. Takkan nak biarkan berselerak macam ni pulak.”
“Alaaa… orang dah lambat tahap melampau ni umi. Tak sempat nak mengemas.”
“Habis tu takkan nak biar macam ni?”
Zara yang sudah masuk ke dalam bilik air menjengulkan semula kepalanya. Bibirnya terhias senyuman manis. “Umi tolong kemaskan untuk orang ye. Boleh lerrr. Thanks umi. I love you so much!”
Puan Inara menggeleng-geleng. Banyak cantik muka anaknya itu. Dia yang terlambat, uminya ini pula yang terpaksa menjadi tukang kemas. Benar-benar sudah melampau.
Bersama bebelan yang panjang, Puan Inara kemaskan juga tempat beradu anaknya itu. Sakit matanya melihat tempat yang berselerak dengan bantal dan comforter berterbangan ke sana sini.
Usai mandi, Zara terus menyarung baju yang telah siap digosok semalam ke tubuhnya yang agak langsing. Dibelek-belek dirinya di hadapan cermin hias. Hmmm… okeylah tu.
Kemudian, dia menyelongkar pula beg yang menyimpan peralatan solaknya. Disolek wajahnya dengan solekan ala kadar. Tak naklah make-up over sangat seperti si Kareena dan Wanie. Nanti tak pasal-pasal dia kena cakap copy-paste dua minah tu pula. Hisy… tak naklah. Dia ini bukannya jenis perempuan yang suka nak make-up tebal-tebal. Cukup dengan bedak, eye liner dan lipstick, itu sudah memadai untuk dia berpenampilan ke pejabat. Rambut pula sekadar diikat seperti ekor kuda sahaja. Cukuplah Kareena dan Wanie sahaja yang suka bermake-up tebal di pejabat mereka. Jangan ditambah dengan dia pula.
Selesai aktiviti berdandan, dia melangkah turun ke bawah. Terkocoh-kocoh saja lagaknya. Jam di pergelangan tangan tidak henti-henti dipandang. Harap-haraplah dia masih sempat sampai ke ofis sebelum tuan ketuanya yang masuk dahulu. Jika tidak… sah akan kena marah. Daripada pengamatannya terhadap Hakimie, dia tahu lelaki itu ada ciri-ciri mengikut jejak Puan Rohana yang suka marah-marah itu.
“Zara… meh sarapan. Umi ada goreng nasi ni.” ajak Puan Inara sebaik sahaja kelibat anaknya yang terkocoh-kocoh menuruni anak tangga itu kelihatan.
“Tak sempatlah umi. Orang dah lambat sangat-sangat ni.” lembut Zara menolak. Dia benar-benar sudah lewat.
“Laaa… kalau iye pun, makanlah sesudu dua aje. Nanti kempunan. Dahlah awak tu pandu kereta.”
Zara mengalah. Dia segera ke meja makan dan menyuap sesudu nasi goreng yang sudah umi hidangkan atas pinggan ke dalam mulut. Kemudian air milo yang masih panas itu dihirup. Adoi… terbakar lidah dia. Husy
“Perlahanlah sikit. Panas air tu.” tegur Puan Inara bila melihat aksi kepanasan Zara yang sudah mengibas lidahnya yang sedikit terbakar.
“Okeylah umi. Orang pergi dulu ye. Assalamualaikum.” Tangan uminya dicapai lalu dia tunduk dan mencium hormat tangan wanita yang paling dihormatinya itu. Sebuah ciuman mendarat ke pipi umi.
Ye la. Hati-hati bawak kereta tu. Jangan disebabkan lambat, Zara pandu laju-laju pulak. Waalaikumusalam.”
“Okey!” hanya itu balasan Zara kemudian dia segera berlalu keluar.
Puan Inara menggeleng-geleng melihat tingkah si anak yang sudah hilang masuk ke dalam perut kenderaan. Anak dengan abahnya sama saja. Cuma makan sesuap lepas tu kelam kabut pergi ke tempat kerja.
Hmmm

******************************************************************************

ALHAMDULILLAH. Akhirnya dia sampai juga ke Star Properties Snd Bhd dengan selamat. Bukan main laju lagi dia memandu tadi. Takut tak sempat sampai ke pejabat dalam masa yang ditetapkan. Hari ini dia akan membentangkan . Disebabkan itu, dia menjadi pengguna jalan raya yang kurang berhemah. Nasib baiklah dia tak kena saman dengan mana-mana polis trafik tadi. Bukan main lagi dia celok sana, celok sini.
Buatlah selalu ye Cik Zara Dania. Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Nanti suatu hari jangan menyesal bila kena saman dengan pak polisi.
Masa yang masih berbaki lima minit itu membuatkan Zara tergerak hati hendak bersembang dengan Wanie sebentar. Lagipun, mesyuarat bersama Smart Home Holding dan Meet Snd Bhd belum mula lagi. Dia ada sesuatu yang hendak diperlihatkan pada sahabat baiknya itu. Pasti Wanie kagum dengan hasil seninya ini. Heheheee
Babe… kau nak tengok sesuatu tak?” ujar Zara sebaik mendekati meja Wanie yang terletak di bahagian hadapannya.
Wanie yang ketika itu sedang asyik menenyeh lipstick warna pink kegemarannya pada bibirnya agak terkejut. Mujur tak gugur jantung. Lipstick yang ditenyeh pula sudah meleret sedikit dari bibir. Terkeluar dari landasan bibirnya yang comel.
Ceh… comellah sangat! Perasan.
Hisy… kau ni! Tak tahu nak bagi salam ke? Habis rosak solekan aku ni.” Marah Wanie. Tisu dicapai lalu dia mengesat sedikit kesan leretan lipstick warna pink pada bibir yang mencacatkan penampilan.
Zara pandang Wanie. ‘Hai… Wanie ni. Sama aje perangainya dengan si Kareena tu. Asyik nak berdandan saja. Dah tu… semua kena serba pink. Dah macam adik-beradik pink panther pulak aku tengok.’ Dalam hati, Zara mengutuk.
“Alaaa… sudah-sudahlah tenyeh gincu tu Cik Nur Hawanie oi. Kau dah cantik dah tu. Takyahlah nak jadi kembar si Kareena pulak.”
Wanie mendecit. Zara ni pepandai aje kata dia nak jadi kembar si Kareena mulut itik itu. Eiii… kalau nak jadi kembar Kareena, memang dia tak sudi. Buang masa!
Lipstick daripada jenama Mary Kay itu dimasukkan semula ke dalam beg solekan tempat dia menyimpan alat-alat soleknya. Ke mana saja, beg sederhana besar yang bisa menempatkan alatan solek itu pasti di bawa bersama. Tak lengkap rasanya jika tiada beg itu bersamanya.
Kemudian dia mengangkat wajah memandang Zara. Tersengih-sengih si kawan memandangnya.
“Hah… apa yang kau nak bagi aku tengok sangat tu? Kau dapat cek besar ke?”
“Ini lagi besar nilainya daripada sebuah cek.”
Ye ke? Hah… apa dia?”
‘Amboi… serius benar mak cik sorang ni hari ini. Bukan main garang lagi. Mentang-mentang aku kacau dia tengah bergincu. Terus nak marah-marah.’ Desis hati kecil Zara.
Zara tayang sengih dengan lebih lebar lagi. Lantas kertas putih yang digulung itu ditebarkan depan muka Wanie. Ha, biar Wanie nampak dengan jelas dan terang apa yang dilukisnya.
“Tadaaa!” ujarnya bersama sengihan. “Cantik tak?” soalnya minta pendapat Wanie pula.
Berkerut-kerut dahi Wanie melihat hasil lukisan Zara. Ini manusia ke apa? Siap ada tanduk dan ekor lagi. Dah macam NATES pulak dia tengok. Tapi… apa mimpi Zara lukis si NATES ini? Takkan semalam mimpi berdating dengan NATES penyesat manusia ini. Cuma bezanya, si NATES yang Zara lukis ini siap bersut dan bertali leher lagi. Pakai kereta besar pulak tu. NATES ada kereta mewah ke? Dan wajah si NATES itu, bagaikan dia kenal pula. Tapi… siapa ya?
Melihat dahi Wanie yang berkerut seribu iru, Zara tersengih. “Kalau kau nak tahu… inilah mamat poyo tu. Aku bayangkan dia ada ekor dan tanduk. Sesuai kan kan kan!” termuncung-muncung bibir Zara memberitahu tanpa dipinta.
Mamat poyo mana pulak ni?” semakin binggung Wanie dibuatnya. Rambutnya yang dihiasi cekak rambut warna pink itu digaru-garu.
“Alaaa… mamat poyo mana lagi. Yang menggantikan tempat Puan Rohana tu la. Kalau kau nak tahu, lelaki perasan bagus itulah mamat poyo.” jelas Zara dengan penuh semangat waja. Usai menyiapkan hasil lukisannya itu semalam, barulah dia dapat melelapkan mata dan tidur dengan lena sekali.
Bulat mata Wanie mendengar kata-kata Zara. Berani benar sahabatnya itu menggambarkan majikan mereka dengan sedemikian rupa. Padanlah wajah itu seperti pernah dilihatnya. Giler! Otak Zara benar-benar sudah mereng nak cari pasal dengan tuan ketua baharu. Tak puas-puas agaknya dulu selalu cari masalah dengan Puan Rohana. Sampaikan dengan ketua baharu pun Zara nak cari ‘penyakit’ jugak. Zara ni benar-benar sudah terlebih gen brutal.
“Macam mana? Cantik tak hasil seni aku ni?” Zara bertanya lagi minta jawapan yang masih belum diberikan.
Wanie yang hendak berkata sesuatu terhenti. Matanya memandang tepat ke belakang Zara. Terkedu dia. Terasa perit pula air liur yang melalui celah kerongkongnya ketika ini. Sukar hendak ditelan.
Babe… aku tanya kau ni. Cantik tak lukisan aku ni? Yang kau buat muka macam terserempak dengan mamat poyo tu buat apa pulak? Hah… ni mesti kau kagum tahap dewa tengok hasil lukisan aku ni kan kan kan? Serupakan?” Sekali lagi dia bertanya bertalu-talu. Tahulah lukisan dia tu memang hebat, tapi Wanie janganlah buat muka macam tu pula. ‘Dah macam rupa cicak betina tertelan skru. Heheheee….’ Hatinya mengutuk lagi.
Hmmm… cantik! Pandai sangat awak melukis ya Cik Zara Dania Binti Muhammad Zainal. Serupa sangat.” Ada suara yang menyampuk dari belakang. Suara seorang lelaki. Yang pasti, Zara sudah mulai mengecam suara itu milik siapa.
Glup! Dia telan air liur. Perit pula rasanya.
Perlahan-lahan dengan rasa takut-takut berani, dia memusingkan badannya. Debaran di dada jangan cakaplah. Sudah menggila bagai diamuk badai ombak dipersisiran pantai. Cewah! Ayat… puitisnya.
Zara cuba ‘menyelambakan’ wajahnya biarpun dalam hati sudah terdetik rasa gementar. Mana tak gementar sebab dia tahu dia memang bersalah. Namun disebabkan egonya yang melangit membuatkan dia buat muka selamba biawak betina takde rasa bersalah lintas tengah jalan.
Di hadapannya kini berdiri seorang lelaki yang wajahnya baru saja dia inspirasikan dalam lukisannya semalam. Punya serius wajah lelaki itu. Seratus-peratus sama dengan apa yang dilukisnya. Cuak dia sebentar. Takut juga kalau-kalau lelaki itu mengamuk dek kerana hasil seninya yang terlebih kreatif ini.
‘Tulah… siapa suruh pergi cari masalah. Kan dah kantoi.’ Otak sudah mula mengejak tuannya.
Ngeeeermmm…” Zara kehabisan kata. Rambutnya yang tidak gatal digaru berkali-kali.
“Lukisan ni saya simpan. Nanti saya nak dengar awak buat ‘pembentangan’ mengenai lukisan ni depan saya.” selamba Hakimie menarik kertas yang Zara pegang. Kemudian dia melangkah laju tanpa menoleh.
Kareena yang begitu setia di sisi ketuanya sudah tersenyum sinis. Suka hati dapat melihat wajah pucat Zara kena ‘serang hendap’ dengan Hakimie. Nampaknya, Hakimie tidak sebulu dengan Zara. Ada can la untuk dia terus mengurat ketuanya itu. Peluangnya dirasakan begitu cerah sekali kerana belum pernah lagi Hakimie menyergah dia begitu sepertimana Hakimie menyergah Zara.
Amboi… perasan betul si Kareena ini. Tahap keyakinan yang sudah cukup melampau-lampau.
“Siaplah! Siapa suruh cari masalah?” sebelum berlalu, sempat dia berbisik sinis kepada Zara yang masih kaku di tempat meja Wanie. Bibirnya tersenyum-senyum.
Farok yang hanya menjadi pemerhati sedari tadi sudah melepaskan keluhan. Zara ni memang tak sudah-sudah nak cari bala. Dulu dengan Puan Rohana, sekarang dengan Hakimie pula. Dia sudah faham benar dengan sikap Hakimie itu. Pasti sahabatnya itu akan membuat pelbagai rancangan untuk ‘kenakan’ Zara lepas ni. Hakimie tu kalau dalam bab membuli ini memang boleh tahan juga orangnya.
“Dah… jom masuk bilik mesyuarat. Encik Hakimie dah tunggu tu.”
“Hah? Mamat poyo tu pun ikut meeting sama ke, Encik Farok?” terkejut Zara mendengar kata-kata Encik Farok. Matanya membulat bagaikan biji guli.
Haish… dahlah mata tu sedia besar dan bulat, dibesar-besarkan lagi macam tu. Bertambah besarlah jadinya. Dah macam mata burung hantu.’ Wanie mengutuk dalam hati kala terlihat mata bulat Zara yang menggerunkan.
Farok sekadar membalas dengan anggukan sahaja. Semakin menjadi-jadi pula Zara menggelar Hakimie dengan panggilan mamat poyo. Kelakar namun tawanya tetap ditahan. Zara memang ratu bagi nama-nama ‘comel’ buat rakan-rakan sekerja. Semua ada nama ‘manja’ mereka masing-masing.
Rasa mahu gugur jantung Zara melihat anggukan di kepala ketua kumpulannya itu.
‘Adoyai… apasal pulak mamat poyo tu nak ikut meeting segala? Kan ini kerja kumpulan Encik Farok. Biar sajalah Encik Farok yang uruskan meeting bersama Smart Home Holding dan Meet Snd Bhd ini. Tak payahlah dia nak menyibuk.’ Hatinya menggumam. Kurang suka bila Hakimie turut serta dalam mesyuarat mereka.
‘Jangan nak mengada Zara Dania! Sedar sikit yang dia tu ketua. Jadi dia memang berhak pun hadir dalam mesyuarat ini. Kau tu… buat apa lagi tercegat dekat situ. Cepat! Nanti angin lagi Encik Hakimie tu. Sudahlah kau ada ‘hutang’ dengan dia.’ Otak mula membebel marahkan tuan punya badan.
Zara mendecit. Hisy… ini yang ‘lemau’ ni! Lemah segala urat sendi.

******************************************************************************

USAI membuat pembentangan di hadapan Farok dan beberapa orang wakil daripada Smart Home Holding dan Meet Snd Bhd sambil diperhatikan oleh tuan ketua Encik Hakimie, Zara sudah boleh menarik nafas lega. Senang hatinya bila dapat menyampaikan persembahan dengan lancar dan baik.
Biarpun pada mulanya dia gementar hendak membuat pembentangan di hadapan mamat poyo itu dan beberapa orang wakil yang dihantar daripada Smart Home Holding dan Meet Snd Bhd yang bekerjasama dalam projek Vila Jaya ini, namun setelah menarik nafas, menenangkan diri dan memulakan dengan ‘bismillah’, akhirnya dia berjaya juga melaksanakan amanah yang diberi dengan tenang dan penuh keyakinan. Tersenyum puas dia bila diberi tepukan yang gemuruh. Rata-rata memuji persembahannya yang begitu meyakinkan.
Nampaknya Farok juga amat berpuas hati dengan pembentangan yang dipersembahkan oleh ‘anak didiknya’ itu hari ini. Awalnya dia kurang yakin juga dengan Zara. Tapi, bila gadis itu sudah mula membuka mulut menghujahkan hasil perbincangan mereka, dia amat-amat berpuas hati. Tidak salah dia memilih Zara untuk menerajui projek kali ini. Pilihannya memang tepat.
Cuma Hakimie, lelaki itu diam seribu bahasa. Seolah-olah persembahan Zara membentangkan kertas kerja di hadapannya tidak berjaya untuk menarik minatnya. Selamba dia membelek-belek Samsung S4 di tangan.
Ini membuatkan Zara mengetap bibir. Geram pula dia dengan keselambaan Hakimie yang buat-buat sibuk itu. Sudah banyak yang dia bentangkan, boleh pula lelaki itu buat tidak kisah. Entah apa yang menarik sangat dengan telefon bimbitnya itu. Tahulah telefonnya itu mahal. Tapi janganlah disebabkan telefon mahal itu, perhatian pada pembentangannya tidak diendahkan. Penat tahu dia bercakap membentangkan hujah untuk projek kerjasama ini.
“Kimie….” seru Farok perlahan dan agak panjang. Dia cuba menyedarkan tuan besar yang sudah hanyut dengan telefon bimbit di tangan. Mesti tengah melayari laman sosial Facebook. Kan Facebook menjadi kegilaan ramai sekarang ini.
Hakimie yang buat-buat sibuk mengangkat wajah. Pandangannya ditala pada Zara yang masih berdiri di hadapan. Membuatkan Zara melarikan pandangannya ke arah lain. Lelaki itu, pandangan matanya cukup mengerunkan. Buat Zara naik cuak saja.
“Okey! Bagus! Saya berpuas hati.” Ujar Hakimie bersahaja. “Tapi… rasanya ada satu perkara lagi yang Cik Zara lupa nak bentangkan depan saya pagi ni.”
Dahi Zara berkerut. Apa lagi yang dia lupa? Semua telah dibentangkan. Tiada apa pun yang tertinggal.
Farok pandang Hakimie dengan dahi berlipat. Setahunya, pembentangan Zara pagi ini semuanya sudah dibentangkan dengan sempurna. Maklumlah… sebelum membuat pembentang kepada umum, dia sudah memeriksa kertas kerja tersebut semalam dan berbincang dengan Zara. Bila dirasakan sudah bagus, barulah kertas kerja itu dipersetujui untuk dibentangkan kepada rakan kongsi mereka untuk projek ini. Apa lagi yang kurang agaknya?
‘Hakimie ini, macam-macam saja. Sikap cerewet tu tak pernah nak hilang-hilang sejak dari dulu.’ Farok berkata dalam hati mengomen sikap temannya itu.
Semua yang turut berada di bilik mesyuarat memberi tumpuan kepada Hakimie. Serius benar raut wajahnya. Seperti benar, Zara memang terlupa hendak membentangkan satu perkara penting lagi. “It’s okey. Yang tu… saya akan panggil Cik Zara untuk buat pembentangan di depan saya nanti.” ujar Hakimie bersahaja.
Hati Zara dipagut resah. Apa pula yang hendak lelaki itu suruh dia bentang lagi? Kan semuanya sudah jelas. Atau telinga dia tu yang tersumbat tak dengar apa yang aku bentangkan.
Selesai sahaja mesyuarat dengan wakil Smart Home Holding dan Meet Snd Bhd, Zara segera mengemas kertas-kertas kerjanya. Dia ingin segera melangkah keluar dari bilik berhawa dingin itu. Namun, langkahnya terhenti bila namanya dipanggil oleh Hakimie.
“Zara Dania! Tunggu. Awak masih ada pembentangan yang perlu dibentangkan depan saya.” Ujarnya penuh lagak.
Zara ketap bibir. Baru saja dia nak melangkah keluar. Lelaki itu sudah menegah. Menyuruh dia untuk menunggu. Hampeh! Ingatkan dapatlah dia memboloskan diri daripada Hakimie.
Farok dan lima orang pegawai yang diwakilkan daripada syarikat masing-masing sudah keluar dari bilik tersebut. Begitu juga dengan Kareena yang terpaksa keluar kerana dia perlu melayan rakan kongsi mereka itu untuk menjamu selera di bilik mesyuarat dua yang telah siap dihidang dengan juadah makan tengahari.
Mereka semua meninggalkan Zara yang tercegat di tepi meja dengan wajah bengang. Bengang kerana dia saja yang tidak dapat keluar daripada ‘gua’ yang menyeksakan itu.
Lima minit berlalu, suasana antara Zara dengan Hakimie masih lagi sepi. Ini membuatkan dia jadi bosan. Dia mendengus. Kata ada lagi yang perlu dia bentangkan, tapi lelaki itu buat selamba dengan menyibukkan diri dengan smartphonenya itu. Langsung tidak bersuara dan mengendahkan Zara yang tercegat bagaikan patung cendana. Kalau ada yang tak faham tentang apa yang dia bentangkan tadi, tanyalah cepat. Jangan buang masa dia pulak. Dia masih ada kerja yang perlu diselesaikan.
Ehem…” akhirnya Zara berdehem.
Hakimie angkat wajah. Keningnya dinaikkan ala-ala The Rock dengan wajah ‘stone’.
“Tuan Ketua yang budiman lagi bijaksana… ada apa-apa lagikah yang perlu saya bentangkan? Kalau ada yang Tuan Ketua tak faham… saya boleh jelaskan untuk Tuan Ketua memahaminya.” Kerek semacam ayat Zara. Nampak sangat ayat tak puas hati.
Hakimie tarik sengih. Dia kemudian menyandar pada kerusi kulit yang diduduki. Perempuan itu kalau bersuara, memang tak sah jika tiada ayat-ayat manis untuk menyindir.
“Memang ada perkara yang saya tak faham. Saya harap awak dapat bentangkan perkara ni dekat saya. Saya teringin sangat nak mengetahuinya kertas kerja awak yang satu lagi ni.” Hakimie turut menggunakan ayat kerek seperti Zara. Kertas putih itu dibentangkan atas meja.
Zara menggigit bawah bibirnya. Terlupa dia pada hasil lukisannya yang menjadi barang rampasan Hakimie tadi. Ingatkan lelaki itu sudah lupa pada hasil kreativitinya itu, rupanya belum.
Glup! Dia telan air liur. Tak tahu nak buat pembentangan apa tentang hasil seninya yang terlebih itu.
Zara DaniaI’m waiting.” Desak Hakimie setelah Zara mendiamkan diri. Tubuhnya masih dipeluk dengan gaya bersahaja. Konon buat gaya begitu, gaya macholah.
Zara tidak menjawab. Dia kehabisan modal untuk berkata-kata. Dia mengaku memang salahnya kerana telah melukis image lelaki itu dengan keadaan yang tidak sepatutnya. Disebabkan sedar akan kesalahannya itu, dia tidak mampu untuk membalas kata.
“Awak diterima bekerja di sini untuk menjadi seorang arkitek. Bukannya sebagai seorang pelukis kartun. Kalau awak dah teringin sangat jadi seorang pelukis, baik awak tak payah jadi arkitek. Baik awak bekerja di syarikat-syarikat yang memerlukan hikmat lukisan awak. Dekat sini, saya perlukan awak untuk menjadi arkitek Star Properties. Melukis gambaran bangunan perumahan, bukannya melukis image orang.” Ujar Hakimie.
Tiada jawapan. Zara masih terus mendiamkan diri dengan kepala yang sudah tunduk memandang lantai.
“Sebagai hukuman kepada apa yang awak lakukan ni, saya mahu awak kemas meja saya setiap hari. Pagi dan petang. Pagi sebelum saya masuk ke pejabat dan petang selepas saya balik. Saya mahu awak pastikan meja dan bilik saya sentiasa berada dalam keadaan kemas. Tak mahu ada habuk walau sebesar kuman sekali pun.” Hakimie sudah menjatuhkan hukuman.
Terkedu Zara mendengar hukuman yang diberikan. Apa ni? Kenapa aku perlu lakukan semua tu pulak? Kan itu kerja Kareena. Biarlah Kareena yang buat.
“Tapi Encik Hakimie… kan itu tugas Kareena. Diakan setiausaha Encik Hakimie. Sepatutnya kerja-kerja macam itu, dialah yang kena buat.” Zara memberanikan diri untuk membantah. Memang patut pun dia membantah sebab dia masih ada banyak kerja yang perlu dilakukan selain mengemas bilik mamat poyo itu.
“Itu saya tahu. Tapi ini arahan saya. Saya berhak menentukan sesiapa yang saya nak suruh untuk buat kerja tu. Awak tak boleh menolak.”
“Tapi…”
“Saya tak suka staf yang banyak bunyi dan membantah. Ini arahan saya sebagai ketua awak!” Hakimie meninggikan sedikit suaranya. Pantang benar dia dengan pekerja yang suka membangkang.
Krusss… semangat! Mahu gugur jantung Zara mendengar nada suara Hakimie yang sedikit meninggi itu. Sampai terhenjut bahunya akibat rasa terkejut.
“Awak boleh keluar sekarang. Pastikan petang ni awak kemas bilik saya selepas saya balik. Selagi saya tak balik, selagi itulah awak juga tak boleh nak balik.”
“Apa?” bulat mata Zara mendengar arahan tersebut.
Eiii… rasa mahu dia cekik-cekik leher sasa lelaki itu. Arahan yang lebih kepada sistem pembulian. Arghhh… tak sukanya!!!
Ikutkan hati, mahu rasanya dia buat laporan dekat bahagian atasan mengenai sikap ketua baharunya itu. Biar kena brandwash otak ketuanya itu. Sedangkan Datuk Haji Omar sendiri tidak pernah buat begini pada staf-stafnya. Tetapi lelaki ini… melebih-lebih pulak! Macamlah dia tu bos besar.
Dalam keterpaksaan, Zara akur juga. Dengan hati yang sebal dan marah-marah, dia melangkah keluar meninggalkan bilik mesyuarat itu.
Hari ini, satu hari moodnya kurang baik. Semua gara-gara arahan mandatori daripada Hakimie. Macam arahan hukuman mati saja!

BERSAMBUNG...

3 ulasan:

  1. Hihi...kena jadi tukang kemas yer...zara...mmg poyo nyer boss....

    BalasPadam
  2. Hihi...kena jadi tukang kemas yer...zara...mmg poyo nyer boss....

    BalasPadam