Bila lagu cinta
bergema
~7~
Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan
Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
O…wu..wo..o..
Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali
Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo
Wo wo wo..
Wo wo wo..a a ai aishiteru
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan
Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
O…wu..wo..o..
Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali
Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo
Wo wo wo..
Wo wo wo..a a ai aishiteru
“NAK
ke mana tu?” tegur Puan Sri Hanum kala terlihat kelibat anak bujangnya yang
menuruni anak tangga sambil berlagu riang. Jam baru pukul 6.40 pagi. Anaknya
itu sudah kelihatan begitu bergaya sekali. Dengan baju t-shirt polo warna putih
bergaris merah, seluar jeans hitam dan bertopi putih. Ini tak lain tak bukan
mesti nak keluar lagi. Susah sangat nak duduk diam kat rumah hujung minggu
macam ini.
“Riz
nak keluar main golf dengan abang Mie, ma.” Selamba Harriz menjawab. Langsung
tidak menghiraukan renungan tajam mamanya itu. Langkahnya sudah dibawa ke ruang
makan. Kerusi ditarik dan dia pun duduk di atas kerusi. Teko berisi air coklat
kegemarannya dituang ke dalam cawan. Bihun goreng campur udang segar disenduk
masuk ke dalam pinggan.
Hmmm…
sedap betul bihun hasil air tangan mamanya itu. Puan Sri Hanum ni biarpun ada
pembantu rumah namun bila hal masak-memasak memang dia yang sediakan sendiri.
Kak Moon hanya membantu menyediakan bahan-bahan yang diperlukan sahaja. Dia
memang tak benarkan Kak Moon masak.
“Iye
ke nak keluar dengan Fahmie? Ke Riz nak keluar dengan teman-teman wanita Harriz
yang berbagai rupa dan ragam tu?” sinis Puan Sri Hanum menyindir. Macamlah dia
tak tahu dengan perangai anak bujangnya yang kaki perempuan itu. Sudah naik
berbuih mulutnya membebel marahkan Harriz yang asyik berkepit dengan
perempuan-perempuan yang langsung tak menepati citarasanya untuk dijadikan
calon menantu. Namun anaknya itu buat tak dengar sahaja. Malah bukan main galak
pula Harriz memasang teman wanita yang berbagai rupa.
“Ish…
mama ni ke situ pulak. Betullah, ma. Riz ada appointment nak main golf
dengan abang Mie pagi ni. Takkan nak keluar dating awal pagi begini? Shopping
complex pun tak buka lagi tau, ma. Kalau mama tak percaya Riz nak pergi
main golf dengan abang Mie, mama boleh call abang Mie atau kak Hanis.” Balas
Harriz.
Puan
Sri Hanum mengetap bibir. Harriz ni ada sahaja jawapannya. Susah betul dengan
perangai anak lelaki tunggalnya itu. Tak pernah nak kalah bila bercakap. Sebiji
macam perangainya jugak. Bak kata orang, emak borek anak rintik.
“Harriz
jangan nak main-main dengan mama. Mama tak nak Harriz terlibat lagi dengan
perempuan-perempuan yang entah dari mana asalnya itu. Mama dah tak nak baca
gosip-gosip pasal Harriz lagi. Ingat mama dengan papa bangga sangat ke bila ada
media yang melaporkan Harriz ni playboy nombor satu dekat KL? Memalukan aje.
Tak pernah ada dalam keturunan kita yang bergelar playboy. Papa masa muda-muda
dulu pun tak ada buat perangai macam Harriz” Omel Puan Sri Hanum. Memang benar.
Suaminya ketika muda-muda dulu tak ada perangai buruk macam Harriz ini.
Suaminya merupakan seorang lelaki yang budiman. Disebabkan itulah hatinya
terpaut pada Tan Sri Hamdan walaupun ketika itu suaminya hanyalah anak seorang nelayan.
Kali
ini Harriz malas hendak membalas kata. Dia menyuap lagi bihun goreng ke dalam
mulut. Menikmati keenakan bihun itu lebih bagus dari dengar omelan mama di awal
pagi ini. Aduh… mama. Suka sangat membebel. Betul-betul mewarisi perangai arwah
nenek. Dan sekarang perangai kuat membebel itu jatuh pulak kepada mama dan
Hanni. Nasib baik Kak Hanis dan Hanna tak berjangkit penyakit yang sama.
Heheheee…
“Mama
tak suka Harriz terlibat dengan perempuan-perempuan tu lagi. Dahlah perangai
tak senonoh, pakaian pulak macam orang tak cukup kain. Rimas mata mama ni
tengok.” Puan Sri Hanum mengumam. Dia memang tak berkenan dengan beberapa orang
teman wanita Harriz yang pernah dijumpanya. Dia juga sudah memberi amaran
kepada beberapa orang wanita yang sering Harriz usung ke sini sana untuk
menjauhkan diri daripada anaknya itu. Jangan harap dia nak terima salah seorang
daripada mereka untuk dijadikan menantu. Baginya, dia sudah ada pilihan yang
dirasakan cukup sesuai untuk dijadikan teman hidup Harriz.
“Iye
la, ma. Riz tahu.” Hanya ayat itu yang keluar dari mulut Harriz. Hisy… mama ni!
Buat hilang selera makan aku aje. Boleh tak biarkan aku aman damai menikmati
kelazatan bihun ini. Ini tak… pot-pet pot-pet macam burung kakak tua.
“Harriz
jangan cakap tahu-tahu aje. Mama tak nak Harriz berdampingan dengan teman-teman
wanita Harriz tu lagi. Ini last warning dari mama.” Nada suara mama kedengaran
serius. Wajah jugak kelihatan serius sekali. Langsung tak ada segaris senyuman.
Aduh…
mama ni kan… buat perut aku kenyang cepat betullah. Sejak kebelakangan ni mama
suka sangat buat aku migraine. Asyik nak kawal pergerakan aku aje.
“Ehem…
awal pagi lagi saya dah dengar awak membebel. Apa yang dibebelkan tu, Cik Hanum
oi?” suara Tan Sri Hamdan kedengaran. Kemudian lelaki yang kelihatan masih
segak itu mengambil tempat duduknya di tempat biasa. Di kepala meja yang
menunjukkan dia adalah ketua isi rumah di banglo mewah tiga tingkat itu.
“Ni
hah… anak bujang abang ni. Awal pagi lagi dah nak keluar. Katanya nak keluar
main golf dengan Fahmie. Saya tak nak dia keluar dengan perempuan-perempuan
yang tak senonoh tu. Nanti tak pasal-pasal ada lagi berita terhangat yang akan
keluar dalam akhbar-akhbar tabloid.” Ujar Puan Sri Hanum kepada suaminya. Dia
bangun dari duduk. Air coklat dituang ke dalam cawan. Kemudian dia menyenduk
pula bihun goreng ke dalam pinggan untuk diberikan kepada suami tercinta.
Tan
Sri Hamdan mengerling ke arah Harriz. Memang benar kata isterinya. Harriz
nampak begitu bergaya sekali pagi ini. Nampak sangat yang anak bujangnya itu
hendak keluar. Harriz ni dah semakin dewasa susah sangat nak duduk lekat kat
rumah. Ada sahaja aktiviti hujung minggunya.
Melihat
gerlingan mata papanya, Harriz yakin pasti papanya juga akan meleterinya sama
macam mama. Sebelum itu terjadi, ada baiknya dia angkat kaki. Dia tak mahu awal
pagi dibebani dengan leteran kedua orang tuanya itu.
“Okeylah
ma, pa, Riz pergi dulu. Nanti matahari meninggi pulak kalau nak main golf.”
Harriz bangun dari duduknya. Tangan papa dan mama disalam lalu dicium penuh hormat.
Senakal mana pun dia, papa dan mama merupakan orang yang paling dihormatinya.
Setakat ini belum pernah lagi dia meninggikan suara kepada mama dan papa
walaupun kadang kala tahap kesabarannya hampir hilang dengan sikap mama dan
papa yang kuat mengongkong sejak dia tercalon sebagai lelaki paling banyak
teman wanita oleh sebuah majalah tempatan.
“Hah…
Harriz jangan balik lambat sangat. Malam ni mama ada buat makan-makan sikit.
Kita ada tetamu nak datang ke rumah.” Pesan mama sebelum Harriz mahu melangkah
meninggalkan ruang makan.
“Siapa?”
soal Harriz hairan. Mama ni tak habis-habis dengan tetamu. Entah siapa lagilah
tetamu istimewa mama untuk malam ini. Ini tak lain tak bukan mesti kawan-kawan
mama yang ada anak perempuan untuk dikenankan dengannya. Huh! Mama ni tak
habis-habis mahu mengenenkan dia dengan anak-anak gadis rakan-rakannya.
“Datuk
Syed Rahman dengan Datin Syarifah Elina. Syarifah Ezora pun ada sekali.” Ujar
mama sambil bibirnya mula mekar dengan senyuman yang paling manis sekali.
Pantang sebut nama Syarifah Ezora, pasti sengihan pada bibir mama akan mekar
selebarnya.
“Aik…
bukan bulan lepas pun mama ada jemput mereka datang makan malam dekat rumah
jugak ke?” Takkan setiap bulan nak adakan makan-makan untuk menjemput keluarga
Datuk Syed Rahman datang ke rumah pulak? Soalan yang seterusnya hanya bergema
di dalam hati.
“Itu
bulan lepas. Ini bulan ni. Kali ni mama mahu Harriz ada dekat rumah time mereka
datang. Mama tak nak jadi macam bulan lepas. Kesian mama tengok Ezora. Kecewa
sangat dia tak dapat jumpa kamu. Itu semua kamu punya pasallah. Suka sangat
mungkir janji” Ujar mama. Wajahnya sudah kembali tegang. Teringatkan kejadian
bulan lepas, dia menjadi geram. Sakit betul hatinya dengan Harriz. Boleh pula
anak bujangnya itu tak balik makan malam itu. Sedangkan awal-awal lagi dia
sudah beritahu Harriz akan kedatangan keluarga Syarifah Ezora ke rumah mereka.
Boleh pula Harriz buat-buat lupa.
Harriz
sekadar mengangguk. Bosan betul dia bila mamanya begitu mendesak untuk dia
bertemu dengan Syarifah Ezora anak manja Datuk Syed Rahman dengan Datin
Syarifah Elina itu. Entah apalah yang istimewa sangat dengan Syarifah Ezora
sampaikan mama begitu teruja hendak menjadikan Syarifah Ezora sebagai menantu.
Nak kata Syarfiah Ezora itu lain daripada yang lain dengan wanita-wanita yang
selalu diusungnya ke sana ke mari, tak ada juga. Sama aje. Pakai baju pun dedah
sana dedah sini jugak. Rambut pun diwarnakan perang jugak. Itukah calon menantu
pilihan mama? Huh!
Kalau
iye pun mama nak cari menantu, carilah yang macam Balkish. Heheheee… Bibir
Harriz tersungging senyuman manis.
“Eheh…
senyum pulak dia. Harriz dengar tak apa yang mama cakap ni?”
“Iye…
Riz dengarlah, ma. Okeylah ma, pa… Riz pergi dulu. Dah lewat ni.” Harriz pun
berlalu pergi. Dia sudah tidak sanggup mendengar mama membebel lagi. Dah tu
siap sebut-sebut nama Syarifah Ezora pula. Playboy macam mana pun dia, kalau
Syarifah Ezora yang terlebih manja itulah hendak dijadikan teman hidup… huh…
memang dia tak hingin!
“Tengoklah
anak bujang abang tu. Entah perangai playboy siapalah yang diikutnya? Pantang
nampak perempuan cantik, mulalah dia nak jual minyak. Kalau perempuan yang dia
suka ni baik takpe jugak. Boleh jugak saya pertimbangankan. Ini tak… perangai
entah apa-apa. Hisy… tak berkenan betul saya. Lainlah kalau di Ezora tu. Memang
saya berkenan jadikan dia menantu. Sambil tu dapat juga kita mengeratkan
hubungan dengan Rahman dan Elina.”
Tan
Sri Hamdan menggeleng-geleng. Keinginan isterinya yang mahu menyatukan Harriz
dengan Syarifah Ezora itu semakin hari semakin menjadi pula. Boleh dikatakan
setiap hari nama Syarifah Ezora meniti keluar dari mulut isterinya. Macam dah
tak sabar sangat isterinya itu hendak bermenantukan Syarifah Ezora.
Tan
Sri Hamdan memang geram dengan perangai kaki perempuan anak lelaki tunggalnya
itu. Namun dia tak adalah sampai bersemangat waja nak jodohkan Harriz dengan
Syarifah Ezora. Apa yang dilihat oleh Tan Sri Hamdan, anak sahabat baiknya si
Syarifah Ezora itu takdelah berbeza sangat dengan wanita-wanita yang sering
berkepit dengan Harriz. Nampak sama aje dari segi berpakaian. Cuma mungkin
Syarifah Ezora ini latar belakangnya diketahui oleh isterinya. Lagipun Syarifah
Ezora kan anak sahabat baik Puan Sri Hanum. Pasal tulah isterinya berkenan
sangat pada Syarifah Ezora. Kalau dia… hurmmm… rasanya dia tak berapa berkenan
dengan anak gadis Datuk Syed Rahman itu biarpun dia dengan Datuk Syed Rahman
berkawan baik sejak dari Universiti lagi.
Dia
sentiasa berdoa semoga ada wanita yang lebih baik dari Syarifah Ezora untuk
anak lelaki kesayangannya itu.
HARRIZ dan Fahmie mengambil tempat
duduk di Golfer’s Terrace Lounge setelah menghabiskan permainan golf mereka
sebentar tadi. Matahari sudah agak meninggi waktu ini. Nasib baiklah mereka
datang awal untuk bermain. Takdelah berpanas hingga ke tengahari. Setelah
sekian lama tak bermain golf bersama Fahmie, akhirnya Harriz berjaya juga
menewaskan abang iparnya itu hari ini. Selalunya bila ada peluang bermain golf
berdua, Harriz memang tak pernah menang dengan Fahmie. Pasti abang iparnya itu
yang menjadi pemenang tegar. Namun hari ini nampaknya dia sudah berjaya
memecahkan rekod dengan mengalahkan abang iparnya itu. Gembira sungguh dia.
Hinggakan dia menjerit keseronokan.
“Lama
kita tak main sama, nampaknya Riz dah banyak kemajuan ye. Sampai dapat tewaskan
Abang Mie hari ni.” ujar Fahmie. Fresh orange yang dipesan tadi disedut
perlahan. Lega rasanya bila dapat membasahkan tekak dengan jus oren yang sejuk
itu. Panas-panas macam ini memang sesuai sangat minum minuman sejuk.
“See
my leg la Abang Mie.” Harriz sudah bangga diri. Senyumannya lebar hingga ke
telinga. Siapalah yang tak gembira bila dapat menewaskan musuh tradisi dalam
permainan ini. Rasa macam nak umumkan kepada semua aje. Khakhakhaaa..
Fahmie
mencebik. Ini yang dia malas kalau sudah puji Harriz. Mulalah adik iparnya itu
bangga diri tak sedar dunia. Riak bukan main lagi. Huh!
Tiba-tiba
Samsung Galaxy Note Harriz berbunyi. Harriz mencapai handphone yang
diletakkan di atas meja. Skrin menunjukkan panggilan itu datangnya daripada
mama. Harriz mengeluh. Malas-malas dia menjawab panggilan tersebut. Ini tak
lain tak bukan mesti nak bagi remaind pasal dinner malam ni. Bosan betul!
“Yes…
ma.” Ucap Harriz ketika talian sudah dijawab.
Harriz
menghela nafas. Bibirnya digerak-gerak mengikut setiap butir bicara mama.
Melihat perilaku Harriz itu, Fahmie tersenyum lebar. Nakal sungguh adik iparnya
itu. Ini kalau mama nampak mesti dah kena sound. Boleh pulak dia mengajuk
percakapan mama sesuka hati.
“Okey…
I know. Riz ingat. Bye ma. See you tonight.” Malas Harriz
menjawab. Setelah talian dimatikan, satu dengusan keluar dari mulutnya. Mama ni
tak habis-habis dengan Syarifah Ezora. Kalau dah berkenan sangat dengan
Syarifah Ezora itu, apa kata mama pinangkan Syarifah Ezora untuk papa. Dapat
juga mama kawan baru. Bebel Harriz dalam hati. Kurang bersetuju dengan kehendak
mamanya yang mahu dia bersatu dengan Syarifah Ezora.
“Kenapa?”
tanya Fahmie yang sudah mula mahu menyibuk. Kalau muka Harriz dah macam cuka
basi itu, tentu ada sesuatu yang tak kena. Dia bukannya tak faham dengan
perangai Harriz tu.
“Mama…
dia mahu Riz ada untuk dinner malam ni.” jawab Harriz lemah. Malas betul
dia hendak fikir pasal dinner malam ini. Lebih-lebih lagi bila dia
terpaksa berdepan dengan Syarifah Ezora yang terlebih manja tahap gaban itu. Entah-entah
gaban pun kalah dengan kemanjaan Syarifah Ezora itu. Hisy… geram sungguh
rasanya bila terpaksa nak buat-buat suka bila berdepan dengan Syarifah Ezora
malam nanti.
“Habis
tu? Yang tarik muka masam tu kenapa pulak?”
Harriz
mengeluh lagi. Rasanya kali ini sudah banyak kali dia mengeluh bila
mengenangkan Syarifah Ezora yang cukup merimaskan jiwa raganya itu. Mungkin
inilah yang Balkish rasakan setiap kali dia datang menganggu. Hah… tahu pun!
Itulah yang Balkish rasa Encik Harriz oi. Sekarang baru sedar ke?
“Riz
malaslah Abang Mie. Tak berkenan dengan si Ezora tu. Entah apalah jampi yang
Ezora dah bagi dekat mama sampaikan mama mahu sangat Ezora jadi menantu. Rimas
betul!”
Fahmie
sudah ketawa. Kelakar rasanya bila Harriz yang kaki perempuan itu boleh mengeluarkan
perkataan rimas pada seorang perempuan. Bukankah selama ini dalam kamus hidup
adik iparnya itu tak ada perkataan rimas pada seorang wanita? Sebolehnya Harriz
mahu membelai semua wanita yang mendampinginya. Konon dia itu pencinta wanita.
“Aik…
elok sangatlah tu kalau mama nak jodohkan Riz dengan Ezora. Sekurang-kurangnya
dah ada seorang perempuan yang Riz boleh layan setiap hari sebagai seorang
isteri. Takdelah nak bertukar-tukar pasangan lagi lepas ni.” Ujar Fahmie. Boleh
pula dia bersekutu dengan rancangan ibu mentuanya itu.
Mencerlung
mata Harriz memandang abang iparnya. Amboi abang Mie ni. Sebelahkan mama pulak!
Tahulah abang Mie tu menantu kebanggaan mama, tetapi tak payahlah nak sokong
mama dalam segala hal pulak. Tahukah abang Mie yang Syarifah Ezora itu seorang
yang cukup menakutkan? Huh… tak sanggup Riz nak jadi suami dia! Ngeri.…………..
“Hisy…
tak nak Riz. Ezora bukan wanita pilihan Riz. Dalam hati Riz ni dah ada wanita
yang bertakhta. Cuma tunggu masa yang sesuai aje untuk disatukan.” Perasan pula
Harriz bila berkata sebegitu. Bila masa dia dengan gadis yang dimaksudkannya
itu hendak disatukan. Tak tahu malu betul. Orang tak hingin dia pulak yang
lebih-lebih. Nampaknya Harriz pun dah sama kes dengan Syarifah Ezora juga.
Terkejar-kejar orang yang tak sukakan dia. Huhuhuuu…
“Who?
Balkish?” tanya Fahmie. Memang sejak kebelakangan ini adik iparnya itu
sering ke pejabatnya. Konon datang hendak berjumpa dengannya bincang pasal
itulah inilah, tapi macamlah dia tak tahu yang Harriz datang semata-mata nak
jumpa dengan Balkish. Setiausahanya yang cantik manis itu. Kadang-kadang tu
Fahmie tegur juga cara Harriz yang dirasakannya agak melampau. Tapi macam
biasalah, Harriz buat tak layan aje. Malah semakin galak pula Harriz menganggu
Balkish. Harriz ni kalau pasal perempuan memang susah sikit nak bagi nasihat.
Lebih-lebih lagi perempuan yang disukainya. Memang dia mahu miliki sampai
dapat. Itulah Harriz Tan Sri Hamdan!
Bibir
Harriz sudah tersungging senyuman nakal. Memang tepat tekaan abang iparnya itu.
Memang Abang Mie ni seorang yang memahami.
“Bijak
betullah Abang Mie ni. Tahu aje siapa yang Riz maksudkan.”
“Hurmppp…
siapalah yang tak nampak cara Riz pandang Balkish tu? Semua staf kat bahagian
abang tu nampak. Dah serupa nak terkam aje kalau boleh. Kalau iye pun Riz
berkenan dekat Balkish, control-controllah sikit sikap gelojoh tu.
Jangan bagi nampak sangat. Buat malu aje tau.”
Besar
ketawa Harriz mendengar komen abang iparnya itu. Tawanya yang besar itu menarik
perhatian beberapa pelanggan yang duduk di Golfer’s Terrace Lounge, Tropicana
Golf & Country Resort.
“Okey
bos… lain kali Riz akan control diri sikit. Tapikan Abang Mie… Riz geram
sangatlah dekat Balkish tu. Dia buat tak layan aje dengan Riz. Kalau dengan
Abang Mie, bukan main lebar lagi senyuman dia. Dengan Riz… senyuman pun main
paksa aje. Mahu tak mahu aje dia layan Riz.” Adu Harriz. Dia tahu senyuman
Balkish tak pernah ikhlas untuknya. Namun dia tetap suka melihat senyuman itu.
Padanya senyuman Balkish merupakan penawar rasa rindu yang sentiasa menggebu.
“Iye
la… Macam manalah Balkish nak senyum semanis kurma dekat Riz kalau tiap-tiap
hari muka Riz terconggok depan meja dia mengacau. Kalau sehari tak menganggu,
boleh tak? Ini tak… tiap-tiap hari nak ganggu. Siapalah yang tak rimas.
Jangankan Balkish, Abang Mie pun rimas jugak tau asyik tengok Harriz terconggok
dekat ofis Abang Riz.”
“Alaaa…
Riz cuma nak lepaskan rasa rindu dekat Balkish ajelah, Abang Mie. Kalau sehari
Riz tak pandang wajah Balkish, rasa tak lengkap hari-hari yang Riz lalui. Rasa
kosong aje.” Si buaya jadian sudah memulakan mukadimah jiwang karatnya.
“Abang
bukannya apa… cuma nak bagi nasihat sikit kat Riz tu. Kalau Riz serius sukakan
Balkish, bagi Balkish masa dan ruang untuk rindukan Riz. Manalah tahu kalau dia
tak jumpa Riz dalam seminggu ke dua minggu ke dia boleh rindukan Riz. Dari situ
barulah timbul rasa cinta. Ini tidak… hari-hari Riz nak jumpa Kish. Balkish tu
baik orangnya. Abang Mie tak nak Riz main-mainkan perasaan Balkish pulak.”
“Jangan
risaulah Abang Mie. Kali ni Riz betul-betul serius. Tak main-main punya. Riz
akan pastikan yang Riz tak akan mempersiakan hidup Balkish.” Bersungguh Harriz
menyakinkan abang iparnya. Memang kali ini dia begitu serius. Belum pernah dia
seserius ini bila berbicara berkaitan dengan soal wanita. Selalunya dia sekadar
main-main saja.
Fahmie
mengangguk. Dia juga berharap agar apa yang diperkatakan oleh adik iparnya
suatu yang ikhlas.
AKHIRNYA Harriz berjaya juga
memboloskan diri dari cengkaman Syarifah Ezora. Rimas betul dia bila Syarifah
Ezora yang terlebih aksi manja itu asyik memaut lengannya. Lagak dah macam
pengantin baru pulak mereka berdua bila Syarifah Ezora tak mahu melepaskan
pautan mesranya itu. Nasib baiklah depan family, jika tidak memang dah
awal-awal lagi Harriz angkat kaki. Tak kuasa dia nak melayan perangai gediks
Syarifah Ezora itu. Namun mama yang asyik memberi jelingan isyarat mata dekat
Harriz itu membuatkan Harriz terpaksa control perasaan yang berkocak. Jelingan
mama tu bukannya apa, nak suruh Harriz layan Syarifah Ezora kesayangannya itu
baik-baiklah. Huh!!!
Punggungnya
dilabuhkan atas kerusi berhadapan dengan kolam renang yang terbentang indah di
halaman rumah banglo kebanggaan papa dan mamanya yang terletak di Bukit
Damansara. Selesa sikit rasanya bila Syarifah Ezora tak ada membuntutinya
sampai ke sini. Jika tidak, mahu mengerbang rambutnya yang sudah agak panjang
itu dengan rengekan manja Syarifah Ezora yang mengada-ngada. Merengek mengalah
kanak-kanak lima tahun nak gula-gula lolipop sahaja.
Harriz
mengeluh. Susah betul bila mama dah jatuh cinta dekat Syarifah Ezora. Semua
yang terbaik milik gadis berkulit putih itu. Kalau macam inilah gayanya, dia
kena bertindak lebih cepat daripada mama. Dia perlu menyelamatkan diri daripada
dikahwinkan dengan Syarifah Ezora yang tak pernah masuk ke dalam senarai
wanita-wanita yang hendak dijadikan calon isterinya itu.
“Apesal
Abang Riz duduk dekat sini? Kan kat dalam tu ada tetamu.” Tegur Hanni
tiba-tiba. Dia yang baru muncul itu sudah pun melabuhkan punggung di atas
kerusi bertentangan dengan abangnya. Wajah Harriz ditenung. Lagak macam orang
ada masalah besar sahaja abangnya itu. Ini mesti pasal Syarifah Ezora. Alaaa…
taulah!
“Abang
Riz saje nak ambik angin. Panaslah kat dalam tu.” Harriz bagi alasan.
“Iye
ke? Ke… Abang Riz nak larikan diri dari Kak Ezora?” Hanni meneka. Rasanya
tekaannya itu mengena dengan tepat.
“Itu
pun salah satu daripadanya jugak.” Kata Harriz.
Hanni
tersengih. Dari tadi dia memerhatikan tingkah abangnya itu yang tak ubah
seperti cacing kepanasan. Nampak sangat yang abangnya tak selesa bila Syarifah
Ezora asyik berkait lengan dengannya. Yang si Syarifah Ezora tu satu… tanpa
segan silu dia memaut kemas lengan Abang Harriz di depan ahli keluarga mereka.
Apa Syarifah Ezora fikir ini kat Luar Negara ke nak pegang-pegang depan orang
tua? Dah jadi macam Mat Salleh. Lainlah kalau dah ada ikatan yang sah. Bukan
setakat nak pegang tangan, cium pipi depan family pun boleh. Ini belum
ada apa-apa dah lebih-lebih. Hanni sendiri naik loya tengok perangai Syarifah
Ezora itu.
Satu
keluhan kecil keluar dari mulut Harriz. Rimas betul dia jadinya dengan
kehadiran Syarifah Ezora dan orang tuanya itu. Dia kena berpura-pura senang
hati menyambut kedatangan tiga beranak itu dalam keterpaksaan. Ini semua mama
punya pasal. Huhuhuuu…
Hanni
menjongketkan sebelah keningnya bila pandangan bersatu dengan Harriz. Keluhan
yang lahir dari bibir abangnya itu pasti ada makna yang tersirat. Kedengaran
macam berat aje.
“Kenapa?”
soal Hanni.
“Bosan!”
pendek Harriz menjawab.
Hanni
mengerut kening.
“Apesal
bosan?” banyak pula soalan si budak kecik ini.
“Abang
Riz bosan dengan perangai mama tu. Bukan main suka lagi nak pasangkan Abang Riz
dengan Syarifah Ezora. Sudahlah Syarifah Ezora tu tak termasuk dalam list
wanita-wanita yang Abang Riz suka.” Luah Harriz tanpa berselindung.
Hanni
menarik senyuman lebar.
“Alaaa…
apa nak susah. Kan Abang Riz dah ada Kak Balkish. Abang Riz bawalah Kak Balkish
datang rumah kenalkan dengan mama dan papa. Hanni yakin mama pasti tak akan
paksa Abang Riz untuk kahwin dengan Kak Ezora. Mama tu bukannya apa… dia tak
suka tengok Abang Riz berkepit dengan awek-awek Abang Riz yang tak tentu
perangai itu. Pasal tu mama mahu Abang Riz disatukan dengan Kak Ezora.” Ujar
Hanni.
“Macam
mana nak ajak Kak Balkish datang mengadap mama dan papa sedangkan Kak Balkish
tu langsung tak nak layan Abang Riz?” Bodoh betullah Harriz ni. Selama ni bukan
main bijak lagi dia kalau pasal perempuan. Tapi bila masuk bab Balkish, dia
jadi bengong pulak!
“Apalah
Abang Riz ni. Itu pun lagi mau tanyakah? Hisy… apa punya playboy dah…”
Harriz
tersengih-sengih. Rambutnya digaru-garu macam ada segumpal kelemumur di atas
kepalanya itu.
“Entahlah…
kalau dengan Balkish ni Abang Riz jadi bodoh sikit. Taktik nak mengurat pun tak
jalan.” Akui Harriz akan kebodohannya itu.
Hanni
menjeling. Hisy… bodoh jugak rupanya abang aku ni.
“Amboi…
dekat sini rupanya anak bujang mama ni. Puas mama cari kat dalam tu. Rupanya
dekat sini Harriz duk melepak dengan Hanni.” Suara Puan Sri Hanum mematikan
tingkah dua anaknya. Harriz dan Hanni memang kamceng sejak dari kecil lagi.
Harriz
dan Hanni menoleh ke arah mama mereka. Disamping mama kelihatan kelibat
Syarifah Ezora yang manja memaut lengan mama. Bukan main lebar lagi senyuman
Syarifah Ezora yang manja itu kala terpandangkan wajah kacak Harriz. Hatinya
mula berlagu riang. Di belakang mama dan Syarifah Ezora pula kelihatan Hanna
dan Datin Syarifah Elina sedang berbual mesra. Hanna ni memang kawan baik
Syarifah Ezora sejak dari kecil lagi. Pasal itulah Hanna menyokong bila mama
mahu menyatukan abangnya dengan kawan baiknya itu.
Serentak
Harriz dan Hanni bangun dari duduk masing-masing bila mama dan ahli kabinetnya
sudah berdiri di lokasi mereka berdua. Wajah mama dan Hanna kelihatan begitu
berseri menyambut kedatangan dua beranak itu. Bukan main lagi sengihan mama dan
Hanna.
“Saje
ambik angin malam kat luar ni, ma. Kenapa mama cari Harriz?” Balas Harriz akan
kata-kata mamanya itu. Dihujung katanya pula dia sempat bertanya.
“Budak
bertuah ni. Ni hah… Ezora dengan auntie Elina dah nak balik. Jumpa kamulah
dulu.” Ujar mama.
Dah
nak balik ke? Baguslah kalau macam tu. Aman sikit dunia aku. Kalau nak balik
sekarang ni pun takpe jugak! Getus hati kecil Harriz. Bibirnya cuba dilorekkan
dengan segaris senyuman masam-masam manis buat Syarifah Ezora dan mummynya.
“Harriz
free tak esok?” tiba-tiba Datin Syarifah Elina bertanya setelah mendapat
signal mata daripada anak kesayangannya si Syarifah Ezora.
“Boleh
temankan Ezora shopping. Auntie ada meeting dengan ahli persatuan
yang auntie ikut esok. Tak dapat nak temankan Ezora keluar shopping. Nak
suruh Ezora jalan sendiri, auntie tak berani pulak. Maklumlah… Ezora nikan baru
balik dari Itali, tak berapa biasa lagi dengan kawasan sekitar KL ni. Jadi
auntie berharap sangat Harriz dapat temankan Ezora esok.” panjang pula
sambungan Datin Syarifah Elina. Anak gadisnya Syarifah Ezora pula sudah
tersengih-sengih macam kerang busuk yang tak laku di pasar tani.
“Hah…
elok sangatlah tu. Kebetulan Harriz memang free esok. Bolehlah dia
temankan Ezora keluar shopping. Lagipun tentu Ezora tak arif sangat lagi
kat KL ni sebab dah lama duduk kat Itali tu. Kan Harriz… esok Harriz boleh
temankan Ezora, kan?”
Belum
sempat Harriz berkata apa, mamanya terlebih dahulu bersuara. Sudahlah tu, siap
bagi persetujuan lagi bagi pihaknya. Amboi… mama, bila masa pula Harriz
bersetuju nak temankan Syarifah Ezora keluar shopping. Mama ni
pandai-pandai ajelah. Namun kepalanya dianggukkan juga bila melihat renungan
tajam mamanya itu.
Hanni
sudah menjulingkan mata ke atas. Meluat betul dia bila dengar Syarifah Ezora
tak reti jalan kat Kuala Lumpur ini. Sedangkan bukannya dua puluh tahun
Syarifah Ezora berada di Itali. Takat dua tahun aje pun. Itu pun Syarifah Ezora
ada juga balik ke Malaysia setiap kali Hari Raya menjelang tiba. Memang mengada
betullah si Syarifah Ezora ini! Padanlah Abang Harriz langsung tak berkenan.
Lebar
senyuman Syarifah Ezora dan mummynya bila melihat anggukan perlahan pada kepala
Harriz.
“Hai…
awak berdua kat sana tu tak nak balik lagi ke?” Kedengaran suara Datuk Syed
Rahman menegur.
“Iye
la… nak baliklah ni.” jawab Datin Syarifah Elina. Suaminya itu tak boleh nak
tengok dia bersuka ria sedikit. Ada sahaja yang diganggunya.
“Okeylah…
auntie balik dulu ye.” Kata Datin Syarifah Elina kenapa anak-anak sahabat
baiknya. Kemudian satu-persatu anak Puan Sri Hanum datang lalu bersalam penuh
hormat dengannya. Dia pun melangkah bersama Puan Sri Hanum mendekati suaminya
yang sedang menunggu di tempat letak kereta. Disamping suaminya kelihatan juga
kelibat Tan Sri Hamdan yang segak berbaju batik hijau. Sedondon dengan Puan Sri
Hanum yang mengenakan baju kurung batik warna senada.
Melihat
Hanna dan Hanni yang sudah melangkah untuk mendapatkan daddynya, Syarifah Ezora
merapati Harriz. Bibirnya yang bewarna merah jambu itu terukir senyuman manja
ala-ala gadis comel. Ceh!
“Esok
I tunggu you kat rumah ye.” Tutur Syarifah Ezora dengan manja. Tubuhnya sudah
terpusing-pusing ke kiri kanan.
Harriz
cuba untuk tersenyum. Mahu tak mahu sahaja dia melayan kerenah Syarifah Ezora.
“Okey…
esok I ambil you.”
Syarifah
Ezora mengangguk sambil matanya menjeling manja wajah kacak Harriz. Sebelum
berlalu dia sempat juga menghadiahkan sebuah ciuman ke pipi Harriz. Membuatkan
Harriz tersentak bukan main. Bukannya dia tak pernah menerima ciuman daripada
teman-teman wanitanya, cuma ciuman daripada Syarifah Ezora itu dirasakan agak
melampau la pulak. Mujurlah tak ada sesiapa yang perasan akan tindakan spontan
Syarifah Ezora itu. Buat malu aje!
Hisy…
perempuan macam inikah yang patut dia buat bini? Hurmmm… Fikir sejuta kali pun
dia tetap tak mahukan Syarifah Ezora menjadi isterinya.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan