CINTA
MASAM MANIS
**3**
DERINGAN jam lonceng yang terletak di
tepi katil mengejutkan Qisya yang sedang lena dibuai mimpi. Pantas dia
memanjangkan tangan mencapai jam lonceng berbentuk ladybird yang membingitkan
telinga. Memekak aje awal pagi! Orang nak tidur pun tak senang. Hushhh…
Huarghhh!!!
Qisya menguap besar. Langsung tak tutup mulut. Tak senonoh betul. Kalaulah
makcik Atie Kepoh yang berkenan nak jadikan Qisya sebagai menantunya itu dapat
melihat, tentu cancel terus hajat tu
bila tengok perangai tak senonoh anak perempuan Hajah Azyan yang seorang ini.
Menguap tak tahu nak tutup mulut. Mujur tak ada ‘cik lat’ yang masuk ke dalam
mulut. Kemudian Qisya mengeliat ke kanan dan ke kiri. Biar rasa selesa sedikit.
Mood baru bangun tidur ni biasanya
malas tahap ular sawa betina. Kalau dilayan, makin menjadi-jadilah tahap
mengantuknya.
“Aduh…
kenapalah cepat sangat masa ni berlalu? Rasa macam baru aje aku tidur. Tup-tup
Cik Jam dah memekak.” Omel Qisya sendiri.
“Ahhh…
malasnya! Inilah padahnya kalau dah sebulan jadi penganggur terhormat. Bila start
kerja balik, mulalah rasa malas. Sebelum ni, bukan main bosan lagi duk asik
berperap kat rumah membesarkan badan.
Bergosip dengan makcik Bedah dan Tuty. Kan bagus kalau hari ni masih
lagi hari cuti? Tak payahlah aku nak bangun seawal ini.” Sambil membebel
seorang diri, Qisya bangun dari tempat tidurnya. Jam di atas meja sisi sempat
dijerling. Pukul 5.30 pagi.
Seperti
biasa, selimut dilipat. Kemudian cadar katil bercorak ladybird ditarik dan dikemaskan. Anak patung pooh yang sudah hampir
sama baya dengan usianya itu diletakkan elok di atas kepala bantal. Sayangnya
dia pada anak patung itu. Ke mana sahaja pasti akan dibawa bersama. Maklum,
anak patung yang diberi nama Mr. Pooh itu merupakan hadiah pemberian babah dan
umi sebaik sahaja dia menjangkau usia satu tahun. Kira hadiah birthday pertama yang dia dapat la.
Itulah teman lelaki kesayangannya.
Dengan
langkah yang longlai, Qisya menghampiri cermin meja soleknya. Wajahnya yang serabai
dengan rambut yang mengerbang ala pontianak harum sundal malam ditenung penuh
khusyuk. Jelas kelihatan kesan bedak sejuk yang sudah bertompok-tompok memenuhi
segenap wajahnya. Dari zaman sekolah hingga sekarang, Qisya dan bedak sejuk
memang tidak dapat dipisahkan. Bagaikan satu kewajipan dia kena pakai bedak
sejuk setiap malam. Entah-entah, esok lusa bila dah kahwin, mesti laki dia
terkejut tengok muka bini dia yang bersalut bedak sejuk ni. Menakutkan! Macam
hantu tepung aje!
Hisy… teruknya muka aku ni! Tak cantik
langsung! Dah serupa macam hantu Kak Limah balik rumah pulak. Ni kalau Mamat
Khalid nampak, sure dia amik aku jadi pelakon untuk ‘Hantu Kak Limah Balik
Rumah’ part II. Kutuk hati kecil
Qisya.
Aik,
baru tahu ke cik Qisya Nur Alifa? Selama ni bukan main lagi engkau puji diri
sendiri. Engkaulah yang terchantek,
terjelita, terkiut, tercomel dan segala ‘ter’ yang sewaktu dengannya. Balas
mindanya. Saja nak usik tuannya yang kerek ini. Tapi… biarpun nampak teruk, aku
tetap kelihatan vouge! Suara hati
mula berkata. Tidak mahu mengalah dengan si minda yang selalu nak buat protes.
Aduh… ingatkan dah sedar diri, rupanya masih juga dengan perangai gila dia yang
suka puji diri-sendiri tu. Lantaklah Qisya. Asalkan kau bahagia, ceria dan
gembira.
Selesai
mandi, Qisya pantas mencapai telekung dan sejadah yang terletak kemas di atas
penyidai kayu. Kemudian dia berdiri tegak menghadap kiblat untuk menunaikan
solat subuh dua rakaat. Senakal mana pun dia, kewajipan kepada ALLAH tetap akan
dia tunaikan kecuali bila dia datang bulan. Inilah keistimewaan orang
perempuan. ALLAH sayang lebih. Dalam sebulan pasti akan dapat ABC. Heheheee…
beruntung jadi kaum Hawa.
Sejak
dari kecil, babah dan umi sudah ajar anak-anak untuk tidak lalai mendirikan
solat. Kata babah, solat itu tiang agama. Dan sebagai umat islam, kita tidak
boleh meninggalkan solat tanpa alasan yang kukuh. Sedangkan masa sakit pun kita
masih boleh mengerjakan solat jika kita masih mampu dan terdaya.
Habis
sahaja menunaikan kewajipan sebagai umat islam, Qisya terus bersiap. Hari ini
merupakan hari pertama dia bekerja di tempat baharu setelah sebulan berhenti
kerja di tempat lama. Semuanya gara-gara Encik Lufti Abdul Hadi. Kalau bukan
kerana lelaki tua kerepot, berperut boroi dan berkepala botak itu, tak adalah
dia nak berhenti kerja di Mega Holding. Sebuah syarikat pengeluar barangan
sukan golf yang terkenal di Ibu Kota. Disebabkan lelaki itulah dia berhenti.
Mana tidaknya, Encik Lufti tu gatal nak mampus. Tak sedar diri tu dah tua.
Rumah kata pergi, kubur kata mari… mari… Masih ada hati nak menggatal tahap
buaya tembaga.
Umur
dah dekat sebaya babah aku pun masih tak sedar diri. Agaknya kat rumah Encik
Lufti tu tak ada cermin, tak? Pasal tu Encik Lufti tak sedar yang rambut dia tu
dah luruh, tinggal separuh aje. Tak lama lagi nak luruh sepenuhnya. Perut dia
tu dah boroi mengalahkan wanita mengandung sembilan bulan. Nasib dialah makan
penumbuk sulung aku, di hari aku berhenti kerja tu. Siapa suruh berani-berani
nak jalarkan garfu dia kat badan aku. Kan dah kena! Apa dia ingat, aku ni anak
kucing ka? Nak dibelai-belai manja. Huh! Padanlah tu perut boroi dia kena
penumbuk aku!
Qisya
tersenyum jahat. Lucu bila mengenangkan kerutan menahan sakit pada wajah Encik
Lufti ketika dia melepaskan tumbukan ke perut boroi lelaki itu. Baru padan
dengan muka tak hensem Encik Lufti. Puas hati aku! Tu la… gatal la lagi!!!
Releks Qisya… tak payah nak ingatkan
buaya tembaga pencen yang tak sedar diri tu. Sekarang ni, kau bukan lagi staf
Mega Holding. Sebentar lagi kau bakal menjadi staf Smart Home Holding. Sebuah
syarikat terkenal yang menyediakan perkhidmatan lengkap system keselamatan ,
pembinaan, ubah suai, lanskap, hiasan dalaman dan perabot rumah atau bangunan
yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Mempunyai beberapa cawangan di sekitar
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Malah Smart Home Holding juga
mempunyai cawangannya di sekitar Singapura, Brunei dan Indonesia. Dan kini,
syarikat terkenal itu mula mengorak langkah membuka sebuah cawangan di
Filipina. Wah… memang bertuah dapat peluang ni!
Smart
Home Holding sememangnya merupakan sebuah syarikat yang besar dan mempunyai
modal berbayar sebanyak 5.5 juta Ringgit Malaysia. Itu info yang Qisya dapat
sewaktu mencari profil Smart Home Holding di internet sebaik sahaja dia
diterima bekerja di syarikat itu. Sesungguhnya, dia amat bersyukur kerana
diberi peluang untuk bekerja di situ. Bukan senang nak dapat kerja zaman
sekarang ni. Malah, ramai juga di antara rakan-rakan satu Universiti dengannya
yang masih memegang jawatan sebagai ‘Penganggur Terhormat’.
Baju
kurung Pahang dari sutera cina berbunga kecil cukup cantik bila terletak di
badan Qisya yang langsing dan tinggi lampai. Ada la dalam lima kaki tujuh inci.
Tubuhnya yang langsing dan tinggi lampai itu diwarisi dari genetik sebelah Haji
Zahiddin. Kalau ikut Hajah Azyan, alamatnya Qisya jadi kecil molek dan
tembamlah. Kecil molek aje tau… bukannya dalam golongan ayam serama. Hajah
Azyan memang kecil molek, persis ketinggian pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud
a.k.a Akak Ogy aje macam tu dan memiliki bentuk tubuh yang agak tembam. Heheheee…
Tapi
masuk bab muka, Qisya memang mewarisi 90% wajah umi terchenta, Hajah Azyan Haji
Sulaiman. Muka bujur sirih, mata bulat, hidung mancung, bibir mungil dan yang
paling penting adalah lesung pipit di pipi kiri kanannya. Semua itu diwarisinya
daripada umi kesayangannya itu. Jika sewaktu kecil, wajah Qisya lebih mirip
kepada wajah Haji Zahiddin. Namun bila dah meningkat dewasa, wajahnya semakin
hari semakin iras pada wajah Hajah Azyan. Tak kisahlah mirip wajah siapa pun,
yang penting aku tetap anak kesayangan babah dan umi. Tak gitu.
Wajahnya
yang putih bersih tanpa jerawat hanya disolek nipis. Cukup sekadar menggunakan
bedak muka, maskara, pemerah pipi dan lip gloss bewarna pink. Kesemua alat
solek milik Qisya merupakan jenama Mary Kay. Aik? Takkan sampai jenama alat
solek pun nak diberitahu. Ada-ada aje penulis ni.
Wajah
yang telah siap disolek ala kadar itu dibelek-belek. Takut kalau-kalau
solekannya terlebih tebal dari kamus Oxford.
Lagipun, mana ada orang yang pergi ofis mengenakan solekan tebal hingga 1 1/2
inci. Kalau macam itu, bukan nak pergi kerja namanya. Tapi nak pergi berlakon
teater. Heheheee… Qisya tak naklah jadi seperti Cik Fatin, bekas rakan sekerja
merangkap Ketua Bahagian Akaun sewaktu dia bekerja di Mega Holding. Make up Cik Fatin punyalah tebal. Macam lagak
pelakon opera cina aje jadinya. Kalau Qisya bersolek tebal, nanti tak pasal dia
dikatakan anak murid Cik Fatin pulak. Hisy…
tak naklah! Tak sanggup dia nak jadi pengikut Cik Fatin yang sentiasa bad mood
24 jam itu. Mujur kini Qisya tak berdepan lagi dengan wajah yang sentiasa masam
mencuka itu lagi. Jika tidak, mahu stress
juga dia asyik mengadap wajah masam Cik Fatin.
Tok!
Tok! Tok! Pintu bilik Qisya diketuk kuat. Macam nak roboh pintu biliknya
diketuk sedemikian rupa. Angkara siapalah agaknya, ya? Tak ada disiplin
langsung!
“Qisya!
Kau dah siap ke belum ni? Buat apa lagi kat dalam tu? Berangan nak kahwin
dengan anak raja ke? Kau nak tumpang ke nak bawak kereta sendiri? Kalau kau
bawak kereta sendiri, aku dan Bell jalan dulu. Dah jam berapa ni?!” Nisya
bersuara nyaring.
Bingit
pula telinga Qisya dengar suara nyaring makcik sorang ni menjerit-jerit awal
pagi. Apa dia ada ujibakat nak jadi bini Tarzan ke pagi-pagi macam ni? Sebab tu
nak test power jeritan dia yang maha nyaring tu. Sampaikan satu taman ni
boleh dengar suara nyaring dia. Kalau merdu macam suara Datuk Siti Nurhaliza,
takpelah jugak. Ini macam suara katak betina panggil hujan saja. Hampeh!
Merosakkan kemerduan bunyi betul!
“Iye
la… iye la… aku dah siaplah ni. Aku tumpang kau. Malas nak drive.” Ujar
Qisya. Pantas beg tangan dicapai, bakul kecil berisi telekung dan novel terbaru
yang dibeli juga di capai sama. Itu sudah menjadi kewajibannya. Sewaktu dia
bekerja di Mega Holding dulu pun, dia sering berbuat demikian. Telekung untuk
dia mengerjakan solat. Novel pula untuk mengisi masa lapang di waktu rehat bila
dia malas hendak keluar makan tengah hari.
Qisya
segera membuka pintu bilik yang tadinya tertutup rapat dan melangkah ke meja
makan untuk bersarapan pagi. Sebelum pergi ke ofis, perut kena isi dulu.
Nisya
dan Casabelle sudah menanti di meja makan. Hari ini Nisya dengan rela hati
menyediakan sarapan pagi untuk mereka bertiga. Menunya adalah nasi goreng
kampung dengan horlick panas. Semua memang sudah sedia maklum bahawa Nisya
memang sudah jadi tukang masak di rumah itu. Mahu harapkan Qisya dan Casabelle?
Hmmm… alamat kena makan nasi bungkus ajelah. Bukannya diaorang tak pandai
masak, tapi M.A.L.A.S… MALAS!
“CIK Qisya Nur Alifa?” sapa seorang
lelaki.
Qisya
berpaling. Kemudian dia berdiri dari duduknya. Seorang lelaki kacak bergaya
lengkap berkemeja putih, bersut dan bertali leher hitam serta berseluar slack
hitam melangkah menuju ke kerusi di hadapannya. Mungkin lelaki inilah C.E.O
Smart Home Holding. Mudanya…. Hati kecil Qisya berkata.
“Ya, saya.” Jawab Qisya perlahan.
Amboi… jadi gadis pemalu la pulak dah. Sedangkan selama ni, dialah heroin. Dulu
waktu kat Mega Holding, Qisyalah yang paling kuat menyakat teman-teman satu ofis.
Terutama Kak Sapura. Kesian Kak Sapura… semput dia menahan latah akibat disakat
oleh budak nakal yang berjiwa remaja sorang ni. Tapi bila jumpa aje bos muda
yang hensem dan bergaya ni, terus ubah personaliti jadi gadis ayu. Dah macam
sesi interview untuk menjadi finalis ‘Gadis Melayu’ pula rasanya. Cit!!!
“Welcome
to Smart Home Holding.” Ujar lelaki itu tenang. Segaris senyuman terukir
pada bibirnya yang agak kemerahan.
Alahaiiiiiiiiii…
hensemnya! Hati kecil Qisya sekali lagi berdetik.
“Terima
kasih encik… err…” Qisya sedikit
gugup. Pantas matanya melirik pada tanda nama yang dipakai oleh lelaki itu.
Syed Aiman.
Owhhh… rupanya nama lelaki hensem ni Syed Aiman. Patutlah hensem
macam arab-arab, rupanya keturunan Syed. Hehehe…
Syed
Aiman tersenyum. Sedar akan kegugupan gadis di hadapannya itu. Biasalah,
pekerja baru. Lama-lama nanti, okeylah tu. Sebagai Ketua Pegawai Pemasaran,
gadis itu pasti boleh menyesuaikan diri dengan pentas persekitaran.
“Silakan
duduk.” Jemput Syed Aiman.
Qisya
kembali melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
“Awak
tahukan jawatan awak di sini?” soal Syed Aiman.
Qisya
mengangguk. Sememangnya dia tahu jawatannya di Smart Home Holding. Sebagai
Ketua Pegawai Pemasaran. Memang sesuatu yang tidak pernah terjangkau dalam
fikirannya. Seingatnya dia hanya memohon untuk jawatan Pegawai Pemasaran. Tidak
disangka pula dia akhirnya ditawarkan sebagai Ketua Pegawai Pemasaran. Itulah
yang dikatakan dengan ‘Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu’.
Hehehe…
“Saya
harap awak gembira bekerja di sini. Jangan segan nak bertanya jika ada sebarang
masalah. Awak boleh bertanya pada Fadli, tak pun awak boleh terus bertanya pada
saya.” Syed Aiman menyambung kata. Pandangan matanya menatap redup raut wajah
manis di hadapannya. Wajah manis itu mengingatkan dia pada seorang pelakon yang
namanya tidak dia ketahui. Tapi memang manis.
“Insya-ALLAH…
saya pun harap macam tu.” Alahai… skemanya jawapan. Biar betul yang bagi
jawapan ni Qisya Nur Alifa. Gadis kerek yang brutal walaupun bertudung.
Setelah
hampir tiga puluh minit berada di bilik Syed Aiman, bersoal jawab dan
berkenalan dengan majikannya itu, Qisya melangkah keluar dengan hati yang lega.
Ternyata, Syed Aiman seorang ketua yang prihatin pada setiap kebajikan stafnya. Bukan seperti majikan lamanya,
Encik Lufti yang terlebih gatal itu.
“Tuan
Syed cakap apa?” sebaik sahaja keluar dari bilik Syed Aiman, seorang wanita
bertubuh gempal menerpa ke arahnya. Ditangan wanita itu terdapat bungkusan
keropok udang Double Dacker.
Qisya
terpinga-pinga. Ini apa kes tiba-tiba datang main terkam macam harimau betina
aje ni? Nasib baik roh aku tak melayang dek dengar suara akak ni. Jika tidak…
kan ke naya. Kempunan aku nak bekerja di Smart Home Holding. Dah tu, kempunan
nak berboskan Syed Aiman yang muda, kacak bergaya itu. Huhuhuuu…
“Err… tak ada apa-apa. Cuma… Tuan Syed
suruh bekerja dengan baik.”
“Iye
ke? Hahahahahahaha” tiba-tiba wanita bertubuh gempal itu ketawa dengan nada
yang cukup kuat.
Eheh… pelik betullah akak ni. Seingat
aku, takde pun aku buat kelakar
antara benua. Buat lawak ujang pun takde
jugak. Yang tetiba nak ketawa besar
ni, kenapa? Aduh… Fening! Fening!
“Tuan
Syed tu hensem, kan? Tak terpikat
ke?” soal wanita itu lagi. Matanya merenung tepat wajah Qisya. Hmmm… cantik budak ni. Kalau dipadankan
dengan Tuan Syed yang hensem ala-ala
orang arab tu, memang padan sangat-sangatlah. Bagai pinang di belah dua.
Lagipun Tuan Syaed tu masih muda. Baru masuk dua puluh sembilan tahun awal
bulan lepas. Muda lagi tu. Kalaulah Tuan Syed ada jodoh dengan budak ni...
alamatnya tak lama lagi makan nasi minyaklah kami kat Smart Home Holding ni.
Heheheee…
Qisya
semakin pelik. Soalan jenis apa pulak ni? Hisy…
“Dah…
dah… jangan dilayan sangat Kak Mila ni. Dia ni memang macam tu. Mulut tak
pernah nak diam. Ada saja yang dibebelkannya. Mari Qisya, saya tunjukkan tempat
duduk awak.” Tiba-tiba suara Yaya, setiausaha Syed Aiman yang peramah itu kedengaran.
“Nama
akak, Jamilah. Tapi budak-budak kat sini semua panggil akak dengan nama kak
Mila.” Wanita bertubuh gempal itu memperkenalkan dirinya.
“Ada
sambungan tu… Kak Mila Murai.” Sampuk satu suara garau. Pantas tiga wanita
berpaling. Fadli tersenyum memandang tiga wanita Smart Home Holding.
“Pandailah
kamu.” Ujar kak Mila Murai sambil mencebikkan bibirnya. Dia memang cukup
terkenal dengan nama Kak Mila Murai dikalangan staf-staf Smart Home Holding.
“Betullah
apa yang si Fad cakapkan tu, Kak Mila. Kan ke Kak Mila terkenal dengan nama Kak
Mila Murai. Mana tidaknya, hari-hari online
Murai.com nak baca gosip pasal artis. Dah tu, bila ada cerita-cerita panas, Kak
Mila pulak yang jadi tukang sampai. Pot pet-pot pet macam mulut burung Murai.”
Yaya pula bersuara. Bibirnya mekar sengan senyuman. Seronok juga mengenakan Kak
Mila Murai pagi-pagi begini.
“Iye
la tu. Korang berdua ni memang suka menyakat akak. Nanti akak bagi kahwin baru
tau.” Ujar Kak Mila Murai. Fadli dan Yaya terdiam. Pandangan mata bersatu.
Lantas, kedua-duanya menunduk malu. Seperti ada sesuatu yang mereka
sembunyikan. Entah-entah… dalam hati ada cinta, tak?! Heheheee… Cuma Fadli dan
Yaya sahaja yang tahu dan ada jawapannya.
“Nama
kamu siapa?” soal Kak Mila Murai.
“Qisya
Nur Alifa Binti Zahiddin.” Senafas Qisya menyebut nama yang menjadi
kebanggaannya sejak dari lahir lagi. Nama yang telah dihadiahkan oleh babah dan
umi. Dan yang paling istimewa, ‘Alifa’. Nama tu diambil sempena nama Nek Tee,
Siti Alifah.
“Qisya
Nur Alifa? Hmmm… pelik nama kamu ni, ekk.
Tapi sedap didengar. Macam nama orang arab pun ada jugak. Akak nak panggil kamu
apa? Qisya ke? Nur ke? Alifa ke?” Patut pun Kak Mila di beri gelaran Kak Mila
Murai, mulut tak pernah nak diam. Ada sahaja modalnya untuk bercakap. Heheheee…
tentu department ni meriah dengan
mulut Kak Mila Murai yang meriah ni.
“Panggil
Qisya aje, kak.” Ujar Qisya ramah. Mula senang dengan Kak Mila Murai. Wanita
itu mengangguk-angguk umpama burung belatuk.
“Eh,
Qisya dah kenal dengan semua staf kat
sini ke?” soal kak Mila Murai lagi. Tangannya lincah memasukkan kerepek pisang
cap Cikgu Karim dan isteri ke dalam mulut.
Qisya
mengangguk. “Dah, pagi tadi Yaya dah bawa saya ke setiap department.”
Kak
Mila Murai mengangguk-angguk lagi. Rupa-rupanya dia seorang sajalah yang belum
berkenalan dengan Qisya. Kak Mila Murai mengamati gadis di hadapannya itu.
Cantik! Puji hatinya. Wajah Qisya mengingatkan dia pada Ayu Raudhah, pelakon
dan model yang cantik manis itu. Cuma Qisya ni kulitnya tak seputih Ayu
Raudhah. Dan Qisya juga bertudung. Manis gadis ni. Kalau macam inilah, sah
ramailah kaum Adam kat Smart Home Holding ni yang gila bayang dengan Qisya.
Yang dah sedia miang tu, bertambah gilalah bila nampak perempuan berdahi licin
macam ni. Dan sah-sah jugalah ada yang akan cemburukan dia. Biasalah manusia,
mana boleh tengok orang lebih sikit.
“Kak
Mila… ada panggilan telefon ni!” teriak Aton. Pantas lamunan kak Mila Murai
terhenti. Hisy.. kacau daun betul.
“Iye
la… iye la… akak datang ni. Kau ni Ton, tak boleh tengok akak releks sikit. Ada aje yang kau nak
kacau.” Bebel Kak Mila Murai. Dia sudah mula bergerak mendapatkan Aton Avon
yang bibirnya merah menyala dek lipstick Avon kegemarannya itu.
Qisya
tersenyum. Seronok dengan telatah Kak Mila Murai.
“Kak
Mila tu memang begitu. Mulut tak tahu nak berhenti. Saya harap awak senang
bekerja di sini.” Ujar Yaya.
Qisya
tersenyum lagi. Apalah penyakit budak ni hari ini? Asyik senyum aje sedari
tadi. Tak kejangkah otot-otot mulut dia asyik nak tersenyum. Hmmm… inilah yang
dikatakan terlebih hormone happy.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan