Bila lagu cinta
bergema
~1~
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
…………………………………
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
…………………………………
Hafiz & Adira – Ombak Rindu
BALKISH
melangkah menuju ke bilik air. Mengambil wuduk dengan tertib. Selepas itu dia
melangkah semula ke dalam bilik dan menyarung telekung warna putih yang
terlipat kemas atas penyidai kayu. Kemudian sejadah dibentang. Dia berdiri
tegak dan mengangkat takbir. Penuh khusyuk dia mendirikan solat Maghrib.
Selesai memberi salam, selawat puji-pujian ke atas Nabi junjungan Muhammad
S.A.W dialunkan. Kemudian dia mengangkat tangan dan berdoa.
Ya
ALLAH Ya Tuhanku… Ampunkanlah segala dosaku. Berilah aku ketabahan dan
kesabaran dalam menempuh ranjau kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. Ya
ALLAH… aku bermohon kepadaMU… Ampunkanlah dosa-dosa ayah dan mamaku.
Tempatkanlah roh mereka bersama orang-orang yang beriman. Orang-orang yang
Engkau berkati. Y ALLAH… Berikanlah kesihatan yang baik kepada ibuku. Engkau
ampunkanlah dosa-dosanya. Engkau panjangkanlah usianya dan murahkanlah
rezekinya. Berikanlah juga kesihatan yang baik buat tok mak dalam usia emasnya
ini. Engkau berkatilah hidup tok mak. Ya ALLAH Ya Tuhanku… Aku meminta
kepadaMU… berikanlah kebahagian kepada kakakku, Batrisya. Kurniakanlah dia dan
suaminya dengan kelahiran anak-anak yang soleh dan solehah. Ya ALLAH… Aku juga
meminta kepadaMU… berkatilah Pak Salleh sekeluarga. Berikanlah mereka
sekeluarga kesihatan yang baik. Murahkanlah rezeki mereka.
Ya
ALLAH… Sesungguhnya aku hambaMU yang kerdil. Makbulkanlah doa-doaku Ya ALLAH.
Sesungguhnya hanya kepadaMU aku meminta kerana hanya Engkau Yang Maha Memberi.
Amin… Amin… Ya Rabal alamin. Kemudian tangannya yang ditadah tadi dibawa dekat
ke muka lalu disapu ke wajah.
Selesai
mengerjakan suruhan ALLAH S.W.T, Balkish bergerak ke arah katil. Tubuhnya yang seberat
lima puluh kilogram itu dihempas ke atas tilam empuk. Leganya bila dapat
meluruskan badan yang sedari tadi asyik duduk membuat kerja di ofis.
Tiba-tiba
BlackBerrynya mengalunkan irama syahdu lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan
Adira. Itu petanda ada mesej yang masuk. Pantas dia mencapai telefon bimbit
yang terletak di atas meja sisi. Satu dengusan keluar dari bibirnya yang comel.
Nampaknya
mesej itu datang dari seorang yang selalu menganggu hidupnya sejak akhir-akhir
ini. Mahu tak mahu masej itu dibuka lantas dibacanya juga.
‘Hai sweet princess… tgh bt pe 2?’
Begitulah
bunyi mesej yang datang. Balkish mengetap bibir. Pantas mesej ringkas itu
dibiarkan tanpa balasan. Tak ada masa dia hendak membalas mesej yang dirasakan
tidak penting langsung itu.
Sejak
kebelakangan ini, lelaki itu sering sahaja menganggu hidupnya. Di ofis, lelaki
itu sering kali terconggok depan mejanya. Naik rimas dia dibuatnya. Ikutkan
rasa hati, mahu dilesingnya wajah yang konon perasan hensem itu. Cit!!!
Memang
dia bencikan lelaki itu. Sehingga rakan-rakan sekerja pun tahu akan perasaannya
itu. Malah Kak Norma pernah mengusik. Jangan benci-benci… nanti lama-lama jatuh
cinta. Begitulah ayat Kak Norma setiap kali dia meluahkan rasa geramnya atas
kehadiran tak diundang lelaki itu ke ofis.
Jatuh
cinta?! Dengan Harriz Tan Sri Hamdan? Huh… simpang malaikat 44! Tak hingin aku
nak bercinta dengan lelaki berstatus buaya darat seperti dia. King Of The Crocodile! Raja kepada
segala jenis buaya darat yang ada kat Kuala Lumpur ini. Kasilah aku sejuta
ringgit sekalipun, aku tetap akan kata TAK NAK! Apatah lagi nak kasi free. BOLEH JALAN!
Apa
dia ingat dengan muka handsome ala-ala pelakon korea dan segala kemewahan yang
dia miliki, aku boleh terpikat? Huh… tolong sikit! Aku tak semurah itu. Aku
bukan seperti perempuan-perempuan mata duitan yang boleh dia taburi dengan
segala kemewahan untuk didampingi. Lagipun lelaki berstatus buaya darat seperti
si Harriz itu bukannya boleh percaya sangat. Hari ini dia akan kata cinta. Esok
atau lusa cintanya akan beralih kepada perempuan lain, yang lagi muda dan
cantik. Lelaki macam itukah yang perlu untuk aku sandarkan rasa cinta? Oh…
tidak! Tak rela aku hendak memperjudikan nasib diri semata-mata kerana lelaki
seperti Harriz.
Balkish
mengetap bibir. Bayangan wajah Harriz yang kononnya hensem itu menerja kotak
fikirannya. Terasa geram pula dia bila wajah yang sentiasa mekar dengan
senyuman menggoda itu datang tanpa dipinta. Lantas layar ingatannya menerpa
pada kejadian siang tadi, yang membuatkan dia semakin jengkel pada anak teruna
Tan Sri Hamdan itu.
******************************************************************************
“MORNING sweet princess…”
Sejambak
mawar merah diletakkan di atas mejanya. Pantas Balkish angkat muka. Bulat
matanya bila melihat wajah Harriz yang tersenyum menggoda memandangnya. Hisy…
bala betul! Apa dia buat kat sini? Ini yang buat aku moody. Tak boleh tengok aku senang langsung! Ada saja gangguan
emosi yang dia berikan pada aku. Awal pagi pulak tu. Arghhh!!! Rasa macam nak menjerit aje.
“Errr… Encik Harriz? Buat apa kat sini?”
soal Balkish sedikit gusar. Dia sebenarnya memang tidak senang dengan
kedatangan Harriz ke tempat kerjanya. Dia tidak mahu menjadi bahan cerita
rakan-rakan sekerja. Lagipun dia bimbang jika ada rakan-rakan sekerja menuduh
dia hendak menggoda adik ipar bosnya itu. Sedangkan dalam hati tak ada niat
langsung nak menggoda King Of The Crocadile itu.
“Saja!
Nak jumpa you. I miss you so much! I call you many times.. but you didn’t
answer. Sebab tu I datang sini semata-mata nak lepaskan rasa rindu I ni
pada you. I rindu nak dengar suara you… wajah you… and everything about you,
my sweet princess. You drive me crazy, I can't sleep
because I am thinking of you.”
Luah Harriz bersungguh-sungguh. Hisy…
dah macam bunyi lagu pulak. Pandangannya tidak lepas dari menatap raut wajah
manis milik gadis bernama, Balkish. Betapa dia rindukan gadis itu. Sungguh!
Hatinya tidak menipu. Dia benar-benar rindukan Balkish.
Sejak
mengenali Balkish, hatinya sering sahaja tidak keruan andai tidak dapat menatap
wajah gadis itu. Dia benar-benar sudah gilakan Balkish.
Balkish
mengetap bibir. Berapi rasa hatinya mendengar kata-kata lelaki itu.
Geli-geleman pun ada. Paling dia tak suka bila Harriz memanggilnya dengan
panggilan ‘sweet princess’. Kalau
bukan kerana akalnya masih boleh berfikir dengan waras, sudah lama lelaki itu
ditempelaknya. Biar lelaki itu berasa malu ditempelak di hadapan orang ramai.
Menyakitkan hati betul! Nasib baiklah dia masih sedar bahawa lelaki yang
berdiri di hadapannya ini adalah adik ipar kesayangan majikannya, Encik Fahmie
Datuk Farhan.
Dia
menjeling Kak Norma yang mengekek nakal. Bukan main seronok lagi kakak yang
sorang itu mentertawakan dirinya. Lina, Siti dan Suzila yang sudah mengambil
tempat duduk masing-masing, hanya mampu menguntum senyuman penuh makna.
Senyuman apa lagi kalau bukan senyuman mengusik.
Cit!
Suka la tu! Macamlah aku tak tahu senyuman diaorang yang penuh makna tersurat
dan tersirat tu. Gumam hati kecil Balkish. Sebuah jelingan maut dihadiahkan
buat sahabat-sahabatnya itu.
Tidak
kurang ada juga yang menghadiahkan dia dengan jelingan tanda cemburu.
Terutamanya Fasha. Aduh… apalah yang nak dicemburukan sangat? Kalau si Fasha tu
rasa nak serah diri jadi ‘gila friend’
si Harriz buaya darat ni, dipersilakan. Aku tak ada sebarang halangan. Malah,
kecil tapak tangan… Stadium Bukit Jalil aku tadahkan. Ambiklah!!!!! Free Of
Charge.
“Encik
Harriz, please! Kalau Encik Harriz datang sini sebab ada urusan dengan
Encik Fahmie, Encik Harriz boleh tunggu di ruang menanti di hujung sana. Tapi
kalau Encik Harriz datang sini semata-mata nak cakap semua ni pada saya, lebih
baik Encik Harriz balik. Saya tak ada masa nak layan Encik Harriz bersembang
perkara-perkara mengarut macam ni. Saya ada banyak kerja nak dibuat.” Tegas
sungguh Balkish berkata. Wajah pula sudah kelat macam daun jambu batu. Tak
manis langsung. Dia memang pantang betul bila Harriz bermadah berhelah seperti
itu untuk membeli jiwanya. Rasa nak termuntah aje.
“Lagi
satu Encik Harris, lain kali tak payahlah nak bazirkan duit belikan saya semua
ni lagi. Saya tak nak. Lagipun saya tak suka bunga.” Balkish cuba mengembalikan
sejambak mawar merah yang diberikan oleh Harriz padanya.
Cantik!
Tapi dia tak sudi menerima pemberian lelaki itu. Dia tidak mahu masuk ke dalam
jerat yang telah Harriz sediakan untuk dirinya. Tak pasal-pasal tergadai body pulak nanti disebabkan jambangan
mawar merah itu! Huh… nauzubillahminzalik.
“Balkish,
jangan macam ni. Jangan tolak pemberian I. I ikhlas beri bunga ni dekat you.
Lagipun bunga cantik macam ni memang sesuai dengan gadis secantik you. Ambiklah… jangan hampakan hati I. I
betul-betul ikhlas tau.” Harriz mengumpan. Jambangan mawar merah itu dihulurkan
kembali kepada Balkish dengan harapan gadis itu sudi menerimanya. Mana ada
perempuan yang tak suka bunga. Selama ini jika dia memberi jambangan bunga
kepada teman-teman wanitanya, semua akan menjerit gembira. Lepas tu dia pun
akan menerima satu ciuman sebagai balasan. Bukan dia yang mintak dicium.
Teman-teman wanitanya itu yang sudi nak cium dia yang hensem ini. Heheheee…
Hisy…
mamat ni! Tak faham bahasa betul. Dah aku kata tak nak tu… tak naklah! Takkan
itu pun tak faham lagi. Nak aku cakap dalam bahasa tamil ke? Tapi… kalau aku
cakap dalam bahasa tamil, lagilah dia tak reti.
Aduh… susahnya bila jumpa orang tak faham bahasa ni. Kang ada juga bunga dia ni
masuk dalam bakul sampah. Itu agaknya yang dia mahukan.
“Tak
apalah, Encik Harriz. Terima kasihlah sebab bagi saya bunga cantik ni. Tapi
saya tak boleh nak terima. Doktor dah pesan pada saya supaya jauhkan diri dari
terkena kelopak bunga. Kulit saya ni alergi pada kelopak bunga, terutama bunga rose. Kalau terkena, kulit saya akan
jadi gatal dan kemerah-merahan. Hidung dan mata saya jugak akan berair dan
bengkak.”
Boleh
guna ke alasan tu? Ah… hentam sajalah! Yang penting dia tak akan ganggu aku
lagi. Aku dah tak tahan dengan mamat ni. Sebelum rasa sabar aku ni hilang, baik
dia pergi. Nanti tak pasal-pasal, ada pulak anak Tan Sri yang masuk ICU dek
terkena penengan karate-do aku. Dia tak tahu yang aku ni ada tali pinggang warna-warni.
Kak
Norma, Lina, Siti dan Suzila sudah pecah ketawa mendengar alasan yang diberikan
Balkish. Macam dah tak ada alasan yang lebih baik daripada itu. kreatif
betul alasan yang dicipta. Hehehe…
“Assalammualaikum,
Balkish.” Satu suara mendekati meja Balkish.
Pantas
Balkish berpaling. Harriz juga ikut sama menoleh ke arah datangnya suara itu.
Cukup kenal dengan tuan punya suara tersebut. Seorang lelaki berusia
pertengahan 30-an yang masih segak dan bergaya menghampiri meja Balkish.
“Walaikumsalam,
Encik Fahmie.” Balas Balkish mesra. Dia bangun dari duduknya. Sebagai seorang
setiausaha kepada lelaki itu, dia perlu menghormati bosnya. Kepala ditundukkan
sedikit. Dah macam orang Jepun pula dia berlagak seperti itu. Sebuah senyuman
manis dihadiahkan buat Encik Fahmie, Pengurus Account Department F&F HOLDING tempat dia bekerja. Manis!
Ini
membuatkan renungan mata Harriz melekat terus pada seraut wajah yang mempersona
itu. Tidak berkedip matanya melihat wajah Balkish bila gadis itu tersenyum.
Selama ini orang akan kata, jika seseorang itu punya lesung pipit senyumannya
itu bagaikan satu pemanis. Tapi Balkish tak ada lesung pipit pun senyumannya
tetap manis. Harriz bagaikan dipukau. Gadis itu benar-benar telah mencuri hati
lelakinya. Aduh… ini yang dia tak tahan.
“Ehem… hai, Riz! Bukan main khusyuk lagi
kau tenung staf abang? Macam nak terkeluar aje bijik mata kau tu.”usik Encik
Fahmie kepada adik iparnya.
Pantas
Harriz tertawa. Baru dia tersedar bahawa dia begitu tekun merenung senyuman
Balkish yang manis terukir buat abang iparnya itu. Sehinggakan dia lupa akan
kehadiran lelaki itu di situ. Alangkah bahagianya jika senyuman manis itu
terukir indah buat dirinya? Tentu dia akan menjerit kegembiraan.
Balkish
yang sedar akan usikan majikannya itu hanya mampu tertunduk malu. Wajahnya
sudah kemerah-merahan ibarat udang yang dipanggang menggunakan bara api.
Hatinya pula mula berapi dengan perangai selamba katak jantan Harriz Tan Sri
Hamdan. Kalau bukan kerana lelaki itu datang menganggunya, tidaklah dia menjadi
bahan usikan Encik Fahmie pagi-pagi begini.
Hisy…
ini semua gara-gara dia, King Of The
Crocodile!
Kawan-kawan
sekutu sudah mengekek nakal mendengar usikan bos mereka. Menambahkan lagi rasa
geram dalam hati Balkish.
Hampah
gas punya kawan-kawan! Tak boleh harap langsung! Bukannya nak tolong cover line aku, malah bukan main seronok
lagi diaorang gelakkan aku. Nantilah korang! Ada ubi, ada batas… lain hari aku
balas! Gumam hati Balkish geram. Matanya dijengilkan kepada geng bas sekolahnya
yang berempat itu. Sepantas itu juga kak Norma, Lina, Siti dan Suzila menekup
mulut dengan tangan masing-masing. Mengawal tawa yang masih lagi berbaki.
“Hah… apa hal kau datang awal pagi kat
ofis abang ni? Ada urusan penting ke?” tanya Encik Fahmie.
“Alaaa…
Abang Mie ni. Takkan nak jumpa abang ipar sendiri pun tak boleh. Ada hal bisnes yang Riz nak bincangkan.”
“Hmmm… iyelah tu Riz. Macamlah abang tak tahu niat Riz tu. Datang sini
bukan nak jumpa abang bincang pasal bisnes
pun. Tapi nak jual ayat-ayat cinta dekat Balkish, kan?”
Semakin
merah wajah Balkish bila Encik Fahmie berkata sebegitu. Nampak sangatlah yang
Encik Fahmie mengambil kisah hal-hal di dalam pejabat. Jika tidak, takdelah
lelaki itu tahu yang adik iparnya itu selalu datang menganggu. Aduh… malunya!
Rasa tebal puka kulit muka ni.
Sekali
lagi Harriz ketawa besar. Tajam sungguh pandangan abang iparnya itu. Sampai dia
nak mengurat Balkish pun abang iparnya dapat tahu. Ketara sangatkah dia nak
mengurat wanita manis itu? Hurmmm…
“Alaaa…
sportinglah sikit Abang Mie. Kalau
pun Riz nak menjual ayat-ayat cinta, bukannya dengan isteri orang pun. Single sama single, available sama available. Bolehlah tu.” Selamba badak
Harriz berkata. Langsung tidak menghiraukan jelingan maut Balkish yang berdiri
disebelahnya.
“Dah!
Dah! Jangan nak berlebih-lebih pulak. Tengok dah semakin merah muka Balkish
dengar usikan Riz. Kalau betul Riz datang sini nak bincang pasal bisnes dengan
abang, jom masuk dalam bilik kita bincang. Tak payah nak jual minyak cinta
dekat sini.” Ujar Fahmie kepada Harriz. Kemudian dia segera masuk ke dalam
biliknya.
Balkish
mengetap bibir. Geram betul hatinya mendengar gelak ketawa Harriz yang tak
sudah-sudah itu. Sebelum lelaki itu menghilang masuk ke bilik abang iparnya,
sempat juga lelaki itu mengenyit mata nakal ke arah Balkish. Spontan itu juga
Balkish menjelirkan lidahnya.
Tak
guna! Buaya……………………..
******************************************************************************
TOK! TOK! TOK!
Bagai hendak roboh pintu bilik Balkish diketuk sekuat itu. Terkejut jantung
hatinya. Mujurlah tak gugur dari tangkainya. Kalau tidak… dah Inalillah wainalillah hirajiun la dia
jadinya. Hisy… berapa banyak ‘nya’
dah!
Ini
kalau bukan kerja si Aleya budak gemuk tu, tentu kerja si Ella budak tinggi
macam galah itu. Kan cuma mereka berdua sahaja housemate yang Balkish ada. Siapa lagi punya angkara kalau bukan
mereka berdua?
“Kish…
oh Kish! Kau dah tidurkah?” suara Ella kedengaran. Sah! Ketukan yang hendak
memecahkan pintu bilik Balkish tadi datangnya daripada Ella.
Pantas
Balkish melompat turun dari atas katilnya. Dia bergerak ke pintu lalu tombol
pintu dibuka luas. Ella ni memang tak boleh nak tengok dia bersenang-lenang
sikit.
“Ni
nak apa ketuk pintu bilik orang macam nak bagi pecah aje?” sergah Balkish
garang. Kedua belah tangannya dicekak ke pinggang. Lagaknya itu dah tak ubah
macam mak tiri garang dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih yang begitu
popular suatu ketika dulu.
“Wah…
ada gayalah kau jadi mak tiri Bawang Putih, Kish. Sejibik…” ujar Ella yang
sudah tersengih-sengih macam kerang busuk kat Pasar Ikan Seri Kembangan.
Perkataan ‘sebijik’ sengaja diterbalikkan kepada ‘sejibik’. Entah sekolah mana
Ella belajar guna perkataan tu.
Balkish
menggigit bibir. Hisy… dia ni! Nak
samakan aku dengan mak-mak tiri yang jahat tu pulak. Aku ketuk kang kepala tu.
Baru padan dengan muka yang selalu perasan cute
sepanjang zaman tu!
“Dah…
kau jangan nak tukar topik pulak! Yang kau pergi ketuk pintu bilik aku macam
nak bagi pecah aje tu, kenapa? Aku ada hutang dengan kaukah? Atau kau memang
sengaja nak cari pasal?” gumam Balkish garang. Sebenarnya dia sengaja nak buat
garang. Bagi gertak sikit dengan minah kerek sorang ni. Biar takut sikit. Si
Ella ni bukannya boleh bagi muka sangat. Perangai tak makan saman.
“Alaaa…
itu pun nak marah. Relekslah sikit.
Tu hah… kat luar tu ada orang nak jumpa kau.” Ujar Ella yang sememangnya tak
pandai nak ambil hati itu.
Dahi
Balkish berkerut. Orang nak jumpa? Ulangnya dalam hati. Kemudian dia
memusingkan kepala lalu melihat jam lonceng yang terletak atas meja sisi. Jam
menunjukkan tepat pukul 8.15 minit malam. Siapa pula yang hendak berjumpa
dengannya jam seperti ini? Takkan tak boleh nak tunggu hari esok.
“Saper?” tanya Balkish sepatah.
Ella
menjungkit bahu. Bibirnya dicebiknya.
“Manalah
aku tahu.” Jawabnya acuh tak acuh.
Kemudian
bibir Ella yang sentiasa bergincu merah menyala itu mengukir senyuman lebar.
Eheh…
ni apasal pulak tersengih-sengih ni? Dah buang tebiat kut.
“Tapi
yang pasti kan Kish… dia seorang lelaki yang hensem. Muka ala-ala pelakon korea si Dennis Oh. Tinggi dan
bertubuh sasa. Boleh buat my heart
cair tengok muka dia tu. Heheheee…” Ella sudah tayang muka gatal. Kedua belah
tangannya dibawa ke dada lalu dengan penuh mengada-ngada dia melentokkan
kepalanya ke permukaan dinding. Mata pula sudah dikerdip-kerdip macam orang
miang nak berlaki. Bayangan wajah hensem itu membuatkan dia angau.
Balkish
menjulingkan matanya ke atas. Meluat binti loya pula tekaknya bila tengok Ella
buat aksi gatal tahap kucing parsi betina seperti itu. Ella ni memang pantang
jumpa lelaki hensem. Mulalah gatal tahap maksimumnya itu datang. Hai… Cik Ella…
nasib baiklah muka kau cantik.
Bila
mendengar ciri-ciri lelaki yang dimaksudkan oleh Ella itu terutama tang muka
yang konon-konon macam Dennis Oh, tiba-tiba Balkish teringatkan seseorang.
Tapi… takkanlah lelaki itu sampai datang ke sini pulak? Hisy… mustahil la! King Of
The Crocodile tu bukannya tahu pun
aku tinggal menyewa kat kawasan ni. Orang lain kut. Balkish berkata pada diri
sendiri.
“Cepatlah
Kish… kau menungkan apa lagi tu? Dia dah lama tunggu kau kat depan tu.” Ujar
Ella. Mematikan lamunan sesaat Balkish.
Pantas
Balkish menyambar selendang yang terletak atas penyidai kayu. Selendang warna
hitam itu diletak kemas atas kepalanya. Kemudian dia melangkah keluar
membuntuti langkah Ella yang sudah bergerak laju ke depan. Ella, kalau pasal
lelaki hensem memang laju aje jalan
dia.
Di
depan pintu pagar yang telah dibuka, kelihatan kelibat Aleya yang sedang
terpusing-pusing kiri dan kanan. Wajah lelaki di depannya itu ditatap penuh
minat. Hensemnya lelaki ini… kalaulah
aku dapat menjadi girlfriend dia, kan
bagus! Tentu akulah gadis manis yang paling bertuah dalam dunia fana ini.
Hahahaaa… Aleya sudah ketawa miang dalam hati. Bayangan dia sedang memakai baju
pengantin bersama lelaki hensem di
depannya itu menerpa. Dah tu baju pengantinnya pula kembang macam baju
Cinderella. Seronoknya jika angan-angan itu menjadi kenyataan.
Tanpa
sedar ketawa Aleya terkeluar. Ini membuatkan lelaki hensem di depannya itu tersentak. Mana tidaknya, tak ada yang
kelakar tetiba aje dia mengekek
ketawa. Hisy… jangan si hensem ni sangka aku perempuan gila
sudahlah. Kalau tak… musnah harapan aku nak tackle
hati si hensem ni.
“Opsss… heheheee… sorry.” Pinta Aleya. Malu bukan kepalang bila dia lihat wajah
lelaki itu yang nyata terkejut beruk disebabkan ketawanya yang tiba-tiba
terkeluar itu. Nanti tak pasal-pasal lelaki itu ingat dia ni sewel pulak. Husy!
Ella
menerpa di sebelah Aleya. Bibirnya tersungging senyuman manis bila mata lelaki
hensem itu memandang ke arahnya pula. Alahai… tergoda my heart tengok muka cute
mamat ni. Siapalah namanya si hensem
ini ye? Mahu sekali aku mengenalinya.
“Mana
Kish?” Bisik Aleya ke telinga Ella. Lengan sahabatnya itu dicuit. Hisy… si Ella ni! Mulalah nak menggoda
tu. Pandang lelaki tak berkedip mata. Tak boleh jadi macam ni! Aku kena cepat
bertindak. Tak boleh nak biarkan si budak tinggi macam galah ni mendahului aku.
“Jap lagi dia keluarlah.” Balas Ella
dengan mulut terkatup tapi bibir maintain senyum manis. Geram betul bila Aleya
sengaja menganggu konsentrasinya menatap wajah hensem di depan mata yang cukup menggoda.
Kemudian
kedua-dua wanita itu berpaling memandang wajah hensem di depan mereka. Bibir keduanya tidak putus memberikan
senyuman yang kononnya paling manis sekali di dunia ini. Ini membuatkan lelaki
hensem itu juga turut tersungging senyuman manis. Senyuman yang bisa membuatkan
hati Aleya dan Ella bagaikan hendak gugur ke bumi. Alahai…
Balkish
melangkah keluar dengan dahi yang berkerut-kerut. Dia meninjau-ninjau. Cuba
melihat siapakah gerangannya si dia yang sedang berada di luar pintu pagar itu.
Sehinggakan Aleya dengan Ella begitu khusyuk berdiri di situ bagaikan patung
cendana. Hensem sangat agaknya lelaki itu sampai dua sahabat baiknya itu tak
berganjak langsung. Selipar jepun disarung ke kaki. Kemudian dia melangkah
perlahan-lahan menuju ke pintu pagar.
“Hai… sweet princess!” sapa Harriz sambil
tayang senyuman paling manis buat Balkish. Terserlah lesung pipit di kedua
belah pipinya.
Bulat
mata Balkish tatkala terpandangkan wajah lelaki yang sedang bersandar megah
pada BMW hitamnya itu. Bukan main selamba lagi lelaki itu mengenyit mata ke
arahnya.
Balkish
mengetap bibir. Hisy… bala betul! Apa
pulak yang buaya ni mahukan malam-malam begini? Tak reti nak duduk diam ke dia ni? Asyik menganggu hidup aku aje!
“Errr… Encik Harriz? Buat apa dekat
sini?” tanya Balkish. Sebaik mungkin dia cuba mengawal rasa marahnya dengan
tindakan lelaki itu yan sampai sanggup datang ke perumahan sewanya. Malulah
dilihat dek jiran-jiran kalau dia tetiba marah-marah.
Mata
melilau melihat ke kiri dan kanan. Nampaknya jiran-jiran sebelah-menyebelah
rumah sewanya itu masih bersembang-sembang di luar rumah. Kak Liza sudah
tersenyum simpul memandang. Sebagai balasan, Balkish juga melemparkan senyuman
buat wanita itu. Heeeee…
“I
datang jumpa cousin I yang tinggal
sekitar kawasan ni. Tetiba I teringatkan you. Jadi rasanya baik I jumpa you
sekali. You free tak? Jom keluar
makan-makan dengan I.” ujar Harriz yang masih dengan senyuman yang masih mekar
dibibirnya itu. Hairan betul? Tak sakit ke bibir lelaki itu asyik
tersengih-sengih sebegitu? Hisy…
Iye
sangatlah jumpa cousin dia. Macamlah
aku tak tahu yang dia sengaja nak jumpa aku. Ini kerja siapa entah pergi bagi
alamat rumah aku dekat King Of The
Crocadile ni? Kena siasat ni. Esok siaplah pemberi maklumat itu aku
kerjakan.
“Errr… macam mana Encik Harriz tahu saya
tinggal kat kawasan ni?” tanya Balkish. Ajakan Harriz tadi langsung tidak
dijawab.
“Kak
Norma yang bagitahu.” Lurus bendul Harriz menjawab. Langsung tak menyedari
bahawa Balkish sengaja bertanya begitu untuk mencungkil rahsia siapa yang telah
memberitahunya yang Balkish menyewa di Perumahan Taman Sungai Wang.
Balkish
mengetap bibir. Dalam hati nama Kak Norma sudah dijerit sekuatnya. Esoklah Kak
Norma! Siapa Kish lumat-lumat Kak Norma macam sambal belacan. Pandai-pandai
bagitahu mamat ni yang aku tinggal kat sini. Aduh! Nampaknya lepas ni aku jadi
bahan gosip jiran tetangga la nampanya.
“Kish…
jomlah. Kita keluar makan-makan. Boleh jugak kita sembang panjang. Kalau you
tak selesa keluar berdua dengan I… you boleh ajak dua kawan you yang
cantik-cantik ini.” Sekali lagi Harriz mempelawa. Sempat dia mengenyit mata ke
arah Aleya dan Ella yang masih tercegat di situ.
Aleya
dengan Ella apa lagi. Terus buat muka gatal tahap perempuan meroyan!
Tersengih-sengih bila ada yang puji diaorang cantik.
“Jom
le Kish.” Ajak Aleya dan Ella serentak. Merengek bagaikan anak kecil yang
sedang memujuk ibu mereka untuk dibelikan gula-gula lolipop. Peluang untuk
keluar bersama lelaki hensem itu tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Inilah
peluang untuk berkenalan dengan si hensem persis wajah lelaki korea itu.
Peluang sekali seumur hidup! Heheheee…
Balkish
menjengilkan biji matanya. Hisy…
minah berdua ni! Pantang nampak lelaki hensem
sikit mulalah tergedik-gedik macam kucing siam nak mengawan. Aduh… parah betul!
Macam manalah aku boleh dapat dua kawan yang gediks macam diaorang ni?! Nasib baiklah aku tak terjangkit
penyakit gediks diaorang ni.
Melihat
mata Balkish yang sudah terjengil itu, pantas Aleya dan Ella menikus. Tak
berani lagi nak merengek-rengek memujuk Balkish untuk menerima ajakan mamat
hensem itu. Nampaknya hasrat di hati untuk keluar bersama si hensem bernama
Harriz itu hanya tinggal mimpi sahaja. Huhuhuuu…
Balkish
cuba memaniskan wajahnya memandang Harriz yang masih menanti jawapan
daripadanya. Dia kenalah pura-pura senyum manis. Sebab kak Liza jiran sebelah
rumah asyik pandang ke arah mereka aje. Husy…
susah betul bila jadi perhatian macam ini. Semua kena dikontrol.
“Hmmm… takpelah Encik Harriz. Lain kali ajelah. Lagipun hari dah malam, tak
manis kalau kami keluar malam-malam begini. Nanti apa pulak kata jiran tetangga
bila nampak kami keluar jam seperti ini.” Penuh sopan santun Balkish menyusun
kata.
“Tapi
kita keluar ramai-ramai, right?
Bukannya kita berdua aje. Jom la…” Harriz masih mahu mencuba. Manalah tahu hati
wanita itu akan lembut lantas menerima pelawaannya itu. Dia tak akan mengalah
dengan begitu mudah. Pantang menyerah kalah sebelum berjuang habis-habisan.
Heheheee…
Belum
sempat Balkish membalas kata-kata Harriz, suara azan dari masjid berdekatan
dengan kawasan perumahan tempat dia tinggal berkumandang. Sayup-sayup
kedengaran suara Bilal yang tengah mengalunkan azan yang mana menandakan waktu
solat Isyak sudah pun tiba. Pantas senyuman kecil terukir pada bibir comel
Balkish.
Terima
kasih ya ALLAH! Ucapnya dalam hati.
“Nampaknya
azan dah berkumandang. Saya kena solat. Sorry
ya Encik Harriz. Lain kali aje ye.
Saya masuk dalam dulu. Assalammualaikum…” sepantasnya Balkish mendapat idea
yang paling bagus untuk mengelakkan diri dari pelawaan Harriz itu. Tanpa
berlengah dia melangkah untuk masuk ke dalam rumah. Namun langkahnya mati bila
teringatkan sesuatu. Pantas dia berpaling.
“Ehem…
korang tak nak solat ke? Tak elok melambat-lambatkan waktu solat.” Sindir
Balkish. Cuba mengembalikan dua sahabatnya yang nampak sudah angau itu kembali
ke alam nyata.
Aleya
dan Ella tersengih memandang Harriz.
“Errr… sorry ye Encik Harriz. Kami masuk dulu. Bye… assalammualaikum. Jumpa lagi.” Ujar Aleya. Dia menarik tangan
Dynas yang masih tersengih-sengih itu. Dengan terkocoh-kocoh mereka melangkah
masuk ke dalam rumah.
“Babai…”
ujar Ella yang masih tak puas hati melihat wajah hensem lelaki itu. Sah malam
ini dia akan termimpikan lelaki itu. Hehehe…
“Dah!
Dah! Jangan nak terbabai. Masuk!”
bagaikan ibu tiri Balkish memberi arahan kepada Ella.
“Encik
Harriz… tolong tutup pintu pagar, ye. Terima kasih.” Selepas itu Balkish
menutup rapat daun pintu. Dalam hati dia sudah ketawa besar melihat wajah
terpinga-pinga Harriz. Padan muka!
Khakhakhakhakhakhakha!
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan