CINTA
MASAM MANIS
**5**
JAKET kulit hitam dibuka dan
dibuang ke atas katil. Satu dengusan kasar keluar dari mulutnya. Hari ini
macam-macam perkara yang terjadi. Semua membangkitkan rasa marah. Mujur dia
masih boleh mengawal rasa marah yang bertandang. Jika tidak, dah lama dipenggal
kepala-kepala orang yang menyakitkan hatinya.
Belum
pun reda rasa geram melihat kemesraan Intan Natasha bersama seorang lelaki yang
amat dikenalinya, muncul pula perempuan gila yang telah diiktiraf sebagai
seterunya itu. Menambahkan lagi rencah amarah dalam dirinya. Ikutkan hati, mahu
saja ditonyoh-tonyohnya mulut laser gadis tersebut. Nasib baik dia masih boleh
bersabar. Tak sanggup nak menjatuhkan maruah bertumbuk, berWWF dengan seorang
perempuan. Nanti dia dikatakan lelaki dayus pula.
Gila
punya perempuan! Mulut laser nak mampus! Nasib baik dia perempuan, kalau
lelaki… dah lama makan penumbuk sulung aku. Ingat muka tu cantik sangat
agaknya! Ceh… kalau nak dibandingkan dengan Intan, bagai langit dengan bumi.
Kutuk Tengku Danish bersungguh. Bila dah sayang, memanglah si Intan Natasha
seorang sahaja yang cantik di depan mata.
Tengku
Danish mendengus kasar. Hatinya bertambah sakit bila terkenangkan ejekan gadis
itu. Menjatuhkan air mukanya sahaja.
“Mr. Man! Ingat sikit, hari dah
malam! Jangan nak pakai kaca mata hitam. Nanti tak pasal-pasal awak langgar
lori ayam pulak. Berbau tahi ayam pulak kereta mahal awak tu nanti.”
Cis...
tak guna! Percuma saja dia dikenakan oleh perempuan itu. Tapi silapnya juga,
siapa suruh pakai kaca mata hitam malam-malam. Kan dah malu sendiri. Mujurlah
tak ramai orang yang lalu lalang. Jika tidak, sah jatuh menjunam harga dirinya.
Ditertawakan sedemikian rupa.
Kalau
aku jumpa kau lagi, siaplah kau aku kenakan. Dalam hati sudah ditanam tekad
mahu mengenakan seteru yang tidak diketahui namanya itu.
Tengku Danish meraup wajah. Cuba menghalau
rasa geram yang semakin bersarang di dalam diri. Kalau semakin dilayan, semakin
parah jadinya. Jadi lebih baik lupakan saja. Dari layan jiwa yang kacau
disebabkan perempuan gila itu, ada baiknya dia pergi mandi. Badan pun dah
lekit. Tak selesa.
Dua puluh minit kemudian, Tengku Danish
keluar dari bilik air. Lantas menuju ke almari pakaian. Selesai memakai baju T tanpa
lengan dan mengenakan seluar pendek paras lutut, dia melangkah ke meja kerja.
Laptop yang terletak di atas meja dibuka. Serta-merta terlayar wajah cantik
Intan Natasha pada skrin laptop. Wajah cantik yang tersenyum dengan menawan.
Membuatkan jantungnya berdegup dengan pantas. Lantas, wajah yang terlayar di
hadapan skrin diusap. Alangkah bahagianya jika tuan empunya diri muncul dikala
hatinya sedang sakit merindu.
Tengku Danish mengeluh. Kenapa susah
sangat untuk dia meluahkan rasa cinta pada gadis itu? Dan kenapa terlalu sukar
untuk Intan Natasha memahami isi hatinya? Selama ini, dia terpaksa berpura-pura
di hadapan Intan Natasha. Berpura-pura menganggap hubungan mereka hanya sekadar
kawan biasa. Berpura-pura tiada sebarang perasaan istimewa terhadap gadis itu.
Sedangkan hatinya tidak seperti itu. Hatinya meronta-ronta setiap kali melihat
kemesraan layanan Intan Natasha pada Syed Aiman, kawan merangkap pesaing dalam
merebut cinta Intan Natasha.
Hubungan Tengku Danish, Syed Aiman dan
Intan Natasha telah lama terjalin. Malah keluarga mereka juga berkawan baik.
Sudah lama Tengku Danish menyintai Intan Natasha di dalam diam. Sejak di zaman
remaja lagi. Cuma gadis itu saja tidak menyedarinya. Malah, Intan Natasha lebih
memberi perhatian kepada Syed Aiman. Setiap kali keluar bertiga, Intan Natasha
lebih melayan Syed Aiman daripada dirinya. Kata Intan Natasha, Syed Aiman
seorang yang istimewa. Inilah yang membuatkan Tengku Danish yakin Intan Natasha
menyukai Syed Aiman. Cuma rasa cinta itu belum berbalas memandangkan dari cara
Syed Aiman melayan Intan Natasha. Atau mungkin Syed Aiman berpura-pura tidak
sedar akan layanan yang diberikan oleh gadis itu.
Ahhh... semuanya menjadi tanda soal yang
menyesakkan! Apa yang pasti... cinta Puteri Intan Natasha akan jadi milik aku!
Tengku Danish menanam azam.
Sedang asyik melayan perasaan, tiba-tiba
telefon bimbitnya mengeluarkan alunan suara Jason Mraz dengan dendangan lagu
popularnya, ‘I’m Yours’.
Siapa pulalah yang buat gangguan time macam ni? Nak releks pun susah!
Potong stim betul! Rungut Tengku Danish. Baru nak layan perasaan, terus hilang
entah ke mana. Skrin telefon bimbit yang sudah berhenti bunyinya dilihat. Erin!
Hisy... apa pulak yang perempuan sorang ni nak malam-malam buta begini?
Selang sesaat, alunan suara Jason Mraz
berkumandang kembali. Sekali lagi skrin telefon memaparkan nama orang yang
sama. Sah! Ini tentu ada sesuatu yang dia mahukan. Biasalah Erin... siapa yang
tidak kenal dengan perangainya yang gedik-gedik manja itu. Dengan keluhan yang
berat, Tengku Danish menjawab panggilan. Sebenarnya malas, tapi terpaksa.
Bingit telinga dengar bunyi telefon bimbit yang tidak henti-henti.
“Dear... kenapa lambat sangat nak
jawab panggilan I?” rengek suara dari hujung sana. Siapa lagi kalau
bukan Erin. Modal yang terkenal dengan kecantikan dan keseksiannya.
Sebut pasal Erin, dia ni merupakan teman
tapi mesra Tengku Danish. Tak lebih daripada itu. Cuma Erin sahaja yang
lebih-lebih. Memperkenalkan Tengku Danish sebagai kekasihnya kepada media.
Perasan lebih katakan. Tengku Danish dah halang Erin memperkenalkan dia sebagai
kekasih kepada umum, namun gadis itu berdegil. Apa salahnya, kata Erin. Lagipun
itu salah satu cara menaikkan lagi namanya di persada seni. Hmmm... iya
sangatlah tu!
Disebabkan cerita yang kononnya Tengku
Danish tengah hangat bercinta dengan Erin, bonda mengamuk sakan. Membebel 24
jam di talian. Mujur tak berdarah telinga Tengku Danish mendengar omelan bonda.
Salah satu ayat bonda yang Tengku Danish ingat sangat.
“BONDA TAK SUKA DANISH RAPAT SANGAT DENGAN
PEREMPUAN TU. KALAU NAK CARI ISTERI, CARILAH YANG BOLEH JADI ISTERI YANG BAIK
DAN IBU YANG BOLEH MENDIDIK BAKAL ANAK-ANAK DANISH SEBAIKNYA. BUKAN PEREMPUAN
SEPERTI ITU. TAK KISA LA KALAU BAKAL MENANTU BONDA TU MUKA TAK CANTIK. YANG
PENTING BAIK DARI SEMUANYA. BONDA TAK SUKA PEREMPUAN YANG PANDAI MEROKOK DAN
MINUM ARAK SEGALA NI. FAHAM!”
Wah... keras betul bunyi amaran bonda.
“Dear...
kenapa senyap ni? Soalan I you tak
jawab pun...” suara Erin sudah merengek manja.
“I baru habis mandi.” Pendek
jawapan Tengku Danish.
Dalam mood
yang tak berapa baik seperti ini, dia sebenarnya malas hendak melayan Erin.
Bukannya dia tidak faham dengan perangai Erin. Mengada-ngada. Rasa menyesal
pula berkenalan dengan modal terkenal itu. Kalaulah dia tahu begini jadinya,
dia tak hingin nak berkenalan dengan Erin sewaktu Najmi memperkenalkan dia
dengan gadis itu. Sosial Erin tahap melampau. Bukan setakat merokok, malah Erin
cukup biasa minum arak. Mungkin lebih daripada itu. Bukannya dia tak pernah
terlihat Erin keluar dari sebuah hotel bertaraf lima bintang bersama seorang
lelaki yang boleh dikatakan sudah berumur. Siap berpeluk-pelukan lagi. Cuma
waktu itu Erin tidak terperasaankan dirinya. Itu yang membuatkan dia tidak suka
terjebak dengan Erin.
Senakal-nakal Tengku Danish, dia masih
tahu batas-batas pergaulan. Memang betul dia kaki perempuan. Tapi semua dilayan
hanya sekadar kawan biasa. Tak lebih daripada itu. Kalau ada yang nak serius,
awal-awal lagi dia akan tolak. Cintanya hanya pada Intan Natasha seorang. Dia
berkelakuan seperti ‘playboy’ pun, disebabkan mahu mengurangkan rasa
kecewanya dengan layanan Intan Natasha terhadapnya. Kira kes nak balas
dendamlah.
“Jom keluar. I bosanlah duduk kat
rumah sorang-sorang. Zila dah keluar dengan boyfriend dia. Lagipun malam
kan masih muda lagi.” Ajak Erin dengan suara yang direngek-rengek. Hisy... geli
pula telinga ni dengar rengekan Erin yang mengada-ngada itu.
Tengku Danish mengerling jam meja. Sudah
pukul 9.30 malam! Memanglah masih awal, tapi dia tak ada mood nak keluar.
Lebih-lebih lagi dengan Erin.
“I penatlah, Erin. Nak tidur awal.”
Tolak Tengku Danish. Tak ada mood nak keluar jolly-molly malam ni.
“Alaaa... jom la keluar, sayang. Takkan you
nak tidur seawal ni? Jom la... temankan I. Dah lama kita tak jumpa.
Rindulah... Setiap kali I call you ajak keluar, you mesti bagi
alasan sibuk. Jom la... dear. Keluar dengan I malam ni. I
janji akan pastikan you happy malam ni. You tak akan menyesal
dengan layanan I. You tak
pernah lagikan rasa layanan I. So... apa kata malam ni I layan
you first class.” Rayu Erin. Intonasi suaranya sudah seperti kucing
betina nak mengawan. Menggoda habis.
Tengku Danish mencebik. Apa Erin ingat dia
berminat dengan umpan yang diberikan. Sorry! Nampaknya gadis itu salah
orang. Ini Tengku Danish Tengku Norman! Sebuaya-buaya dia, belum pernah lagi
dia ‘ngap’ anak dara orang. Tapi... Erin tu masih dara lagikah? Ahhh...
lantaklah dara atau tidak. Yang penting dia memang tak berminat untuk itu
semua. Playboynya ada had. Masih tahu menjaga nama baik keluarga.
Masakan dia hendak menconteng arang ke muka bonda dan walid yang telah banyak
memberi kebebasan kepadanya selama ini. Sebaiknya dia menggunakan kebebasan
yang telah diberikan oleh bonda dan walid. Lagipun dia masih ingat ALLAH, Maha
Melihat.
“Sorry... I tak boleh. Letih
sangat. You ajak orang lainlah. Gud nite!” tanpa menunggu lebih
lama lagi, laju sahaja butang merah ditekan. Lantaklah kalau Erin nak merajuk
sekali pun. Ada aku kisah?
Sekali lagi alunan suara Jason Mraz
berkumandang. Tengku Danish mendengus. Hisy... perempuan sorang ni! Tak reti
bahasa ke? Pantas talian yang sudah bernyanyi-nyanyi dibiarkan. Nanti-nanti
Erin pandailah bosan sendiri. Takkan tak sedar yang aku memang tak nak layan
dia lagi.
Beberapa minit kemudian, telefon bimbitnya
berbunyi lagi. Dia mengeluh. Perempuan ni memang tak reti bahasa. Dia nak
dengar aku marah agaknya. Pantas dengan rasa geram yang menggunung, telefon
bimbit dicapai. Skrin memaparkan wajah dan nama seorang wanita yang amat disayanginya.
Kalau wanita ini yang menelefon, tentu ada hal penting yang perlu diambil
perhatian. Pantas butang hijau ditekan.
“Assalammualaikum, bonda.” Hormat Tengku
Danish memberi salam. Tiba-tiba rasa marah terbuang jauh entah ke mana.
Panggilan daripada bonda menyejukkan hati lelakinya. Bibir juga sudah mula
mengukir senyuman segaris.
“Walaikumsalam... Danish buat apa?” sambut
suara Ku Ana. Ceria aje bunyinya.
“Tak buat apa-apa. Tengah duk lepak kat
dalam bilik. Bonda apa kabar?” tiba-tiba rasa rindu pula pada wanita itu. Sudah
agak lama dia tidak pulang ke rumah. Kesibukan yang melampau, membuatkan dia
jarang ada kesempatan untuk balik ke ‘Istana Kristal Villa’. Tentu bonda
terasa hati dengan sikapnya itu.
“Alhamdulillah, sihat. Cuma bonda rindukan
Danish. Dah sebulan Danish tak balik. Call pun tidak. Langsung tak ingat
bonda.” Ku Ana buat suara berjauh hati. Memang dia jauh hati pun. Dengan sikap
Tengku Danish yang seolah-olah tidak pernah memperdulikan dirinya. Sejak Tengku
Danish berpindah ke kondominium Indah Permai, anak itu sudah jarang balik ke ‘Istana
Kristal Villa’. Jika balik pun, susah sangat nak bermalam di situ. Hanya
melalui Tengku Norman dan Tengku Rayyan sahaja dia mendapat tahu keadaan diri
Tengku Danish.
“Bukan macam tu... cuma sejak kebelakangan
ni Danish bz dengan kerja.”
“Bz sangatlah tu... sampai bonda
pun tak ingat. Nanti bonda bagitau walid, tak payah nak bagi Danish kerja
banyak-banyak. Ada masa sikit untuk bonda.” Kata Ku Ana.
Tengku Danish tertawa. Lucu juga bonda ni.
Takkan nak suruh dia goyang kaki pula. Nanti apa kata staf di Istana Kristal
Holding? Mentang-mentang dia anak big bos, suka-suka hati saja tak buat
kerja. Sebagai Ketua Jurutera, dia kenalah bagi contoh yang baik pada staf-staf
bawahan. Barulah kena hormat sikit.
“Hah... yang pergi gelak tu, kenapa pulak?
Bonda bukan melawak pun.” Ujar Ku Ana.
Cepat-cepat Tengku Danish mematikan
tawanya. Alahai bonda ni... sejak bila pula cepat terasa hati. Baru ketawa
sikit, dah kena sound.
“Tak ada apalah bonda. Cuma bonda tu...
sejak bila dah jadi cepat terasa ni? Bukannya Danish tak balik satu tahun. Baru
sebulan. Dulu waktu Danish study kat London, tak ada pulak bonda cepat
terasa macam ni. Hah... ini sah ada krisis sejuk dingin dengan walid.” Ujar
Tengku Danish seraya mengusik bondanya.
“Dah... dah... jangan nak buat-buat
andaian. Bonda dengan walid okey-okey je.”
Itulah kenyataannya. Memang bonda dan
walid pasangan yang bahagia. Dia sendiri jarang mendengar bonda dan walid
bertengkar. Jika ada pun, mungkin bonda dan walid hanya bertegang urat di dalam
bilik. Bila berdepan dengan anak-anak, bonda dan walid tidak pernah dilihat
bermasam muka. Malah, bonda dan walid sering bergurau-senda. Kadang-kadang,
tanpa segan silu walid akan mencuit hidung dan mencium pipi bonda di hadapan
mereka.
“Hujung minggu ni jangan pulak Danish tak
balik.” Pesan Ku Ana.
“Kenapa? Apa apa-apa yang istimewa ke,
bonda?”
“Tengok tu... belum tua dah lupa. Apa nak
jadi dengan Danish ni?! Takkan Danish dah lupa, kan ke anak auntie
Badariah dan uncle Halim nak nikah hujung minggu ni. Nama aje kawan baik
dengan si Badrul, tapi tarikh nikah kawan sendiri pun tak ingat.” Omel Ku Ana.
Geram pula dengan sikap sambil lewa anak sulungnya itu. Pelupa sangat!
Tengku
Danish menepuk dahi. Dia betul-betul terlupa. Mujur bonda ingatkan. Jika tidak,
tentu dia akan terlepas majlis nikah Badrul dan tunang tersayang, Siti Najwa.
Tentu Badrul akan tarik muka dengannya. Masih teringat ugutan Badrul sewaktu
sahabatnya itu menelefon empat hari lepas.
“KALAU
KAU TAK DATANG, KITA PUTUS SAHABAT!”
Aduh...
dah macam budak-budak tadika pula si Badrul ni. Sampai main ugut putus-putus
sahabat. Macam-macam.
“Ya ALLAH... Danish lupalah, bonda. Nasib
baik bonda tolong ingatkan. Kalau tak, merajuk sepuluh tahunlah si Bad dekat
Danish”
“Tu la Danish... entah apalah yang ada
dalam fikiran tu. Sampaikan semua benda nak lupa. Entah-entah bonda pun
lama-lama Danish lupakan.”
“Tak adalah sampai macam tu sekali...”
sangkal Tengku Danish. Apa pun yang jadi, ingatan pada bonda tak pernah padam.
Cuma kesibukan yang membebankan membuatkan dia susah hendak menjenguk wanita
itu.
“Okeylah... bonda nak masuk tidur.
Jangan lupa balik. Assalammualaikum...”
“Yes Madam! Walaikumsalam...”
Tengku Danish buat gaya tabik spring. Macamlah Ku Ana nampak apa yang dia buat.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan