CINTA
MASAM MANIS
**4**
AMAR BIN AZMAN! Ikutkan rasa hati, mahu saja Qisya cekek-cekek
leher lelaki itu. Biar mampus. Dah banyak kali Qisya beritahu… ‘Tak nak! Tak
nak! Tak nak!’, takkan tak faham bahasa lagi. Nak Qisya cakap dalam bahasa
tamil ke? Tak pun dalam bahasa jepun. Baru anak teruna makcik Atie kepoh dan
pakcik Man kidal tu nak faham. Dah orang kata tak nak tu… janganlah nak
paksa-paksa pulak. Sekeh kang!
Yang makcik Atie kepoh tu pun satu, suka
sangat nak kenen-kenenkan aku dengan anak teruna sulung dia tu. Apa dia ingat,
si Amar tu baru balik study dari
London, aku heran sangat ke? Hisy… tak adanya aku nak heran. Baliklah
dari Negara Negeria sekali pun, ada aku kisa?!
Soal hati dan perasaan ni, mana boleh
dipaksa-paksa. Dah aku tak sukakan si Amar tu, nak buat macam mana? Kenalah
terima kenyataan yang dah sememangnya terang bersuluh. Tak payahlah nak
sorong-sorong si Amar tu dekat aku. Sampaikan suruh si Amar tu datang ke KL
semata-mata nak jumpa aku ni. Amar tu memanglah boleh tahan juga hensemnya. Tapi hati aku ni tetap tak
berkenan dengan dia. Bukan apa, si Amar tu kerek sangatlah. Berlagak yang dia
tu baru balik dari London. Itu yang buat aku tak berkenan dengan dia. Lagipun,
dia bukan lelaki pilihan hati aku ni. Lainlah kalau ada yang sudi meminangkan
Awal Ashaari untuk aku. Memang aku sanggup menerimanya dengan hati yang
terbuka. Tapi... mahukah Scha Al-Yahya bermadu dengan aku yang cute ni? Kihkihkih... perasan!
Qisya mendengus. Teringat kembali
pertemuannya dengan Amar sewaktu lelaki itu datang memenuhi undangan makan
malam daripada babah. Hisy… babah ni
pun satu jugak! Aduh... memanglah
babah tu satu. Tak ada dua atau tiga. Kalau ada dua atau tiga, tentu pening kepala
umi nak cam yang mana satu suami kesayangan dia. Okey... okey... sambung balik apa yang nak diomelkan. Babah ni pun
satu! Tau la berkawan baik dengan pakcik Man kidal tu, tapi janganlah sampai
nak kenenkan anak daramu yang cute lagi comel ini dengan si Amar kerek tu. Tak
sanggup!
“You dah
berubah. Tak macam dulu lagi. I suka tengok you sekarang.” Kata Amar sewaktu
dia dan Qisya duduk berdua di anjung rumah.
‘You’?
‘I’? Yaiii!!! Geli telinga aku ni mendengarnya. Rasa macam cair aje tahi
telinga aku dengar mamat kerek ni ber’you’ ber’I’ dengan aku. Mentang-mentanglah baru balik
dari London, nak tunjuk eksen la
konon. Entah-entah kalau dia baru balik dari Indon, sah dia akan cakap guna ‘gue’ ‘lo’. Huh! Tak kuasa…
Babah, umi dan adik-adik semua ada di dalam
rumah. Buat pakatan rakyat tengok cerita Pendekar Bujang Lapok. Hmmm… iya sangatlah tengah menonton tu.
Macamlah aku tak tahu yang babah, umi dan adik-adik awal-awal lagi dah berpakat
membawa berkat nak beri ruang untuk si Amar kerek ni duduk berbual dengan aku.
Alaaa… trick lama. Senang-senang aje aku boleh baca.
“Berubah? Tak macam dulu? Habis tu dulu
aku macam mana?” soal Qisya. Tak kuasa nak ber’I’
ber’you’ dengan si Amar kerek. Mahu
juga dia tahu, dulu dia macam mana sampaikan si Amar kerek boleh berkata
sebegitu. Teruk sangatkah dia dulu jika hendak dibandingkan dengan dia yang
sekarang?!?
“Dulu you sememeh, hitam. Tak
cantik langsung pada pandangan mata I.
But… you look better now. You’re beautiful. I betul-betul tak sangka you
boleh jadi secantik ini. You buat I terpegun. Sampaikan tak
berkedip mata I bila pertama kali lihat you di majlis pertunangan Pian anak
makcik Siti.” Dengan selamba biawak jantannya, Amar memberi komen di antara
Qisya dulu dan sekarang.
Cit! tak
guna punya Amar London. Suka-suka hati dia aje kutuk aku sememeh dan hitam
dulu. Apa dia fikir, dia tu dah masuk golongan lelaki-lelaki terhensem kat
Malaysia ni ke? Jangankan kat Malaysia, kat Kuala Lipis ni pun si Amar ni belum
masuk carta lelaki terhensem lagi. Menyakitkan hati betul dia ni!
Alahai...
hati. Sabarlah. Nanti tak pepasal anak lelaki kebanggaan Makcik Atie Kepoh ni
masuk ICU pulak dek penumbuk sulung aku.
Sejak malam tu, Qisya dah serik nak jumpa
Amar lagi. Malas nak layan ayat-ayat kerek mamat London yang perasan diri dia
hensem tu. Banyak kali juga si Amar menelefonnya. Tapi setiap kali mamat tu
telefon, setiap kali itu juga Qisya akan membiarkan telefon bimbitnya tidak
berjawab. Biarlah suara mesin perempuan tu aje yang layan si Amar. Tak pun, pasti
Nisya atau Casabelle yang menjadi mangsa disuruh menjawab panggilan mengelikan
hati daripada Amar anak Pakcik Azman.
“HOI!!!”
Novel terbaharu dalam pegangan Qisya
terlepas menyembah lantai. Cantik saja novel itu landing ke atas permaidani
merah putih yang terbentang di ruang tamu. Pantas dia berpaling dengan
pandangan yang bagaikan hendak menelan mangsa.
“Bell! Kau ni tak ada kerja lain ke, hah?
Asyik kejutkan orang aje. Mujur aku tak ada penyakit lemah jantung. Kalau
tidak, boleh koma setahun aku kau buat macam ni.”
Casabelle sudah tersengih seperti kerang
basi dalam peti ais. Seronok dapat mengenakan sahabat baiknya itu. Siapa suruh
kuat sangat berangan? Kan dah kena serang hendap dengan dia. Hahaha…
“Dah kau tu asyik melamun, aku pun
lancarlah serang hendap. Hehehe… Hah, cakap nak pergi makan kat luar? Yang kau
asyik termenung macam orang mati laki tu, kenapa?” soal Casabelle. Dia sudah
siap dengan hanya berbaju T biru dan berseluar jeans hitam separas lutut.
Rambutnya yang pendek mencecah paras bahu itu diikat dua. Comel pula bila dia
buat stail seperti itu. Tampak keanak-anakan. Comel aje. Menyerlah wajah
kacukan Cina-Kadazannya.
Untuk pengetahuan umum, si Casabelle ni berdarah kacukan. Daddynya berdarah cina dari bumi
bersejarah Melaka, manakala Mummynya
pula orang Kadazan dari Sabah. Biarpun berbangsa Cina-Kadazan, namun Casabelle
tidak fasih bercakap dalam bahasa Ibundanya. Malah, dia cukup fasih berbahasa
melayu. Disebabkan minat yang mendalam pada adat-adat orang melayu dan agama
islam, Casabelle telah mengambil keputusan untuk memeluk islam. Dah masuk
setahun jugalah dia jadi saudara baharu. Sepanjang tempoh itu, Casabelle memang
rajin belajar tentang agama. Dan sebagai makluman, nama baharu Casabelle adalah
Nur Aminah Abdullah. Nama tu dipilih sebab Casabelle minat sangat tengok drama
popular Nur Kasih. Aduh… berpengaruh juga drama tu pada si Casabelle.
Yang seronoknya, penghijrahan Casabelle ini direstui oleh kedua orang
tuanya. Jadi tak adalah kes kena buang keluarga gara-gara dah peluk agama Islam.
Syukur alhamdulillah... auntie Leza
dan suaminya memang sporting.
“Tak ada
apalah, cuma… aku teringatkan si Amar.” jawab Qisya jujur. Tiada apa yang perlu
dirahsiakan daripada sahabatnya itu. Persahabatan yang terjalin sedari kecil
dengan Casabelle dan Nisya membuatkan tiada sebarang rahsia di antara mereka
bertiga. Hubungan baik mereka terjalin atas hubungan persahabatan yang terjalin
antara orang-orang tua mereka bertiga. Malah, keakraban mereka bertiga tak ubah
seperti adik beradik.
“Amar London?! Oh my gucci. Kau rindu dia ke?” teka Casabelle. Matanya yang sepet
itu tepat merenung wajah ayu milik anak gadis Haji Zahiddin. Biar betul si
Qisya ni? Selama ni bukan main anti dadah lagi dia bila nama si Amar tu
disebut. Tapi malam ni, boleh pula dia teringatkan si Amar mamat London tu.
Takkan Qisya dah rindukan Amar London, kut?!
Qisya mengetuk kepala Casabelle.
“Hisy…
simpang malaikat empat puluh empat! Tak ada maknanya aku nak rindukan si mamat
London yang perasan tahap merbahaya tu. Aku ni tengah geram… geram sangat!!!
Kau mulut boleh tak jangan main serkap jarang je.”
“Auch…
apa ni?! Main ketuk-ketuk kepala orang pulak. Kepala aku ni bayar zakat tau.
Kalau kau tak rindukan dia, yang kau teringat kat dia tu, kenapa? Bukan rindu
lagi ke namanya tu?” Panjang muncung Casabelle.
“Aku bukannya apa, geram sangat kat mamat
London tu. Tak faham bahasa langsung. Dah aku kata tak nak tu, masih nak
paksa-paksa. Menyakitkan hati.” Marah Qisya.
“Dahlah… jangan layan sangat rasa marah
kau tu. Nanti tak pasal-pasal kau kena tekanan darah tinggi pulak. Jangan
dilayan sangat si Amar mamat London tu. Kata tadi nak pergi makan kat restoren
abang Usop. Jomlah… perut aku dah bergoyang Inul ni.”Ujar Casabelle yang sudah
tercegat depan pintu. Perutnya yang kempis itu ditepuk-tepuk. Badan kecik tapi
kuat makan!
“Iyalah… iyelah… kau ni kalau bab makan
memang nombor satu. Tak padan dengan kurus.” Pantas Qisya membuntuti langkah
temannya itu. Tudung di atas kepala diperkemaskan. Sebelum meninggalkan rumah,
mereka akan pastikan semuanya telah berada dalam keadaan yang selamat. Baru
senang hati nak keluar.
“Kereta Encik Darish tak ada la, Qisya.”
Ujar Casabelle separuh berbisik.
“Hmmm…
kebetulan! Nisya pun kata ada hal malam ni. Mungkin diaorang keluar dating,
tak? Saja tak nak bagitahu kita. Hmmm… musykil ni?” Qisya cuba meneka sambil
memasang tali pinggang keledar. Lantas senyuman penuh makna kedua-duanya mekar
terukir dibibir masing-masing. Jeng… jeng… jeng!
SAMPAI sahaja di
restoren Abang Usop Tomyam Thai, Qisya memarkirkan Viva La Divanya di tempat
letak kereta yang tersedia beberapa langkah sahaja dari restoren. Mujur tempat
parkir masih banyak yang kosong. Tak perlulah nak bersusah payah parkir
jauh-jauh. Perutnya sudah berdangdut sejak dari tadi. Kemalasan tahap melampau
memaksa dia dan Casabelle untuk mencari makan di luar malam ini. Selalunya
Nisya yang rajin memasak bila berada di rumah.
Namun, malam ini sahabat mereka itu balik
lambat kerana ada hal yang memerlukan perhatiannya dengan segera. Itu kata
Nisya sewaktu menghantar Qisya dan Casabelle balik petang tadi. Tak tahulah hal
apa yang penting sangat tu. Tidak pulak Qisya dan Casabelle bertanya dengan
lebih lanjut. Maklum, petang-petang bila dalam perjalanan pulang dari kerja
semua agak penat. Jadi tak adalah soalan selanjutnya yang keluar dari mulut
Qisya dan Casabelle. Apa yang penting masa itu adalah tidur sementara menunggu
sampai ke rumah.
Tapi memandangkan kereta Encik Darish pun
tak ada di rumahnya, Qisya dan Casabelle mengandaikan bahawa Nisya keluar
bersama lelaki itu. First date katakan. Hehe… balik rumah nanti, mesti korek
cerita habis-habis. Tunggulah kau Cik Danisya Izzati Binti Darsani.
“Wah… laparnya! Perut ni dah
berkeroncong sejak dari tadi. Tak sabar nak makan tomyam thai abang Usop.” adu
Casabelle sebaik sahaja kakinya mula melangkah.
Qisya mengangguk. “Aku pun!” akuinya.
Ketika mereka terkocoh-kocoh mahu cepat ke
restoren Abang Usop Tomyam Thai, Qisya tidak sempat mengelak bila ada satu
susuk tubuh yang sasa melanggarnya. Akibat daripada pelanggaran itu, Qisya
terjatuh dan terduduk di atas jalan raya. Gedebuk! Macam nangka busuk dah…
“Auch!!!” jeritnya.
“Sorry! Saya tak sengaja.”
Lelaki itu cuba menghulurkan bantuan
dengan menghulurkan tangannya bagi membangunkan Qisya yang sudah terjatuh ibarat
nangka busuk dimakan ulat. Casabelle yang berdiri di sebelah Qisya pula sudah
tergamam melihat kejadian yang berlaku sepantas kilat itu.
Qisya mendongak. Wajah lelaki itu direnung
tajam. Dia kenal lelaki itu! Bukankah??? Ah… bapak jin!
Manakala, si lelaki juga sudah mengerutkan
dahinya sebaik sahaja terpandangkan wajah gadis di hadapannya. Seingatnya, dia
seperti pernah terjumpa perempuan yang kini sedang merenungnya dengan tajam. Di
mana, ya? Dia cuba mengingati sesuatu. Kemudian… dia! Jerit hatinya. Inilah
gadis yang menyebabkan plat keretanya terpatah dua tempoh hari. Tak sangka
mereka boleh berjumpa lagi. Kecilnya Kuala Lumpur ini. Hinggakan dia boleh
terserempak sekali lagi dengan gadis itu.
“Tak payah! Saya boleh bangun sendiri. Tak
payah nak tunjuk baik!”
Qisya menolak kasar tangan lelaki itu. Dia bangun
dan mengibas-gibas perlahan punggungnya yang terasa sengal. Aduh… entah berapa
persenlah saham aku jatuh tadi agaknya? Buat malu aje. Terjatuh macam nangka
busuk yang tak laku dijual.
Lelaki itu tersenyum sinis. Tangannya
dialihkan dari menghulurkan bantuan. Kalau dia tahu gadis itu merupakan orang
yang sama pernah bertengkar dengannya tempoh hari, tak hingin dia hendak
menghulurkan tangan.
Casabelle yang masih berdiri di tempatnya
sudah memaksa matanya yang sedikit sepet itu untuk dibulatkan. Terkejut dia
apabila mendengar ayat dan melihat perlakuan kasar Qisya. Wajah sahabatnya itu
juga sudah berubah kelat. Nampaknya Qisya dan lelaki hensem itu seperti sudah
pernah berjumpa sebelum ini.
“Okey! Kalau macam tu, lain kali
kalau berjalan tu tengok-tengoklah sikit. Jangan main redah aje. Sampaikan
orang yang berjalan di depan awak pun boleh tak nampak.” Spontan ayat yang
keluar dari mulut lelaki itu. Sinis sekali pada pendengaran Qisya.
Hisy… bapak jin ni! Dah dia yang langgar
aku. Dia pulak nak suruh aku tengok-tengok bila berjalan. Tak nak mengaku salah
langsung. Qisya cuba sedaya upaya untuk menahan rasa marah yang datang
bertandang. Perutnya yang semakin mengalunkan irama dangdut itu sudah tidak
dihiraukan. Pertembungan dengan lelaki ini buat kali yang kedua benar-benar
mencabar tahap kesabarannya.
“Tolong sikit ek Mr. Man! Sepatutnya bukan saya yang kena
tengok-tengok, tapi awak! Sebab pada saya awak yang ada masalah penglihatan.
Bukannya saya. Logic ke malam-malam macam ni pakai cermin mata hitam? Hisy… tak masuk akal langsung. Lainlah
kalau orang buta. Opss… awak ni buta ke?” sindir Qisya dengan lancar. Bibirnya
sengaja dijongketkan sedikit dengan senyuman sinis. Hmm… rasakan kelaserkan
mulut aku.
Air muka
lelaki itu berubah. Kaca mata hitamnya ditanggalkan. Baru dia tersedar bahawa
dia masih berkaca mata hitam sedari tadi. Percuma sahaja dia dikenakan oleh
gadis yang telah dinobatkan sebagai seterunya itu. Tanpa berlengah, dia meninggalkan
gadis itu bersama seorang temannya yang mendiamkan diri sejak dari tadi. Malas
dia hendak bertekak dengan gadis itu. Lagipun moodnya kurang baik malam ini.
“Mr. Man!
Ingat sikit, hari dah malam! Jangan nak pakai kaca mata hitam. Nanti tak
pasal-pasal awak langgar lori ayam pulak. Berbau tahi ayam pulak kereta mahal
awak tu nanti.” jerit Qisya menambahkan lagi bahang kemarahan lelaki itu.
Sebaik masuk ke dalam kereta Porsche merah
cili miliknya, pintu dihempas kuat. Bukti betapa panas hatinya dengan kata-kata
Qisya. Sudahlah tadi hatinya sakit melihat kemesraan gadis pujaan hatinya
bersama musuh ketatnya. Ditambah pula dengan kelancangan mulut gadis ini.
Bertambah meluap-luap api kemarahannya.
Qisya pula sudah ketawa terbahak-bahak.
Seronok meraih kemenangan keduanya bila lelaki itu berlalu dengan wajah yang
masam mencuka. Hempas lagi kuat pintu kereta tu. Biar roboh.
“HENSEM kan mamat tadi tu.” Casabelle bersuara ketika
mereka menghadap nasi goreng kampung special Abang Usop Melaka.
“Mamat mana?” dahi Qisya berkerut. Wajah
Casabelle yang sudah memerah ibarat kucing betina naik miang itu cukup
membuatkan tekak Qisya berasa loya. Hatinya masih sakit dengan lelaki tadi, si
Casabelle pula sudah tersenyum-senyum dengan miangnya. Siap buat pujian kononnya
mamat tu hensem. Pigidah!!! Muka macam tak ubah macam bapak jin, itu yang dikatakan hensem? Hmmm… buta!
“Ala… mamat yang kau langgar tulah.”
“Correction!
Bukan aku yang langgar dia, tapi dia yang langgar aku. Kau jangan
nak terbalikkan fakta, ekk. Kang tak pasal-pasal ada pulak kau bermalam kat
sini aku tak bagi tumpang balik rumah. Menapaklah kau dari sini untuk sampai ke
Teluk Villa.” Qisya membetulkan ayat yang digunakan Casabelle. Suka-suka hati
saja cakap aku yang langgar. Sedangkan hakikat dan kenyataan yang sebenar
adalah bapak jin itu yang langgar aku. Jalan tak tengok orang di depan. Dahlah
badan dia tegap, terpelanting tubuh aku yang kurus ni dibuatnya. Tak
pasal-pasal, aku terduduk ibarat nangka buruk yang sudah dimakan ulat buah.
Aduh… memang memalukan. Mujurlah tak ramai makhluk ALLAH yang lalu lalang. Jika
tidak, jatuh banyaklah harga saham aku.
“Ha’ah…
silap! Lelaki yang langgar kau tu. Hensemlah
dia tu! Sekali pandang ada iras-iras pelakon korea Daniel Henney pulak.
Bertuahnya sesiapa yang jadi girlfriend
dia.” Kata Casabelle.
Qisya mencebik. “Hensem ke? Aku tak nampak hensem
pun. Bagi aku, hensem lagi apek tua
yang naik basikal jual gula-gula kapas kat kawasan perumahan kita tu. Ada
iras-iras Jet Lie.”
Hisy… buta agaknya si Qisya ni!
Macam itu punya hensem mamat tadi,
dia bandingkan pula dengan apek tua yang jual gula-gula kapas di Taman Teluk
Villa. Tak bermata betul! Tahulah dia tengah sakit hati dengan lelaki tu, tapi
janganlah sampai butakan mata semata-mata kerana rasa sakit hati dia tu. Takkan
Qisya tak boleh nampak dengan jelas betapa kacaknya wajah lelaki tadi. Persis
Daniel Henney. Badan pula sasa seperti Aaron Aziz, pelakon utama KL Gangster
tu. Dah tu, tinggi pulak. Adalah dalam enam kaki. Wah! Memang menepati
ciri-ciri lelaki idaman semalaya.
Casabelle sudah tersengih-sengih. Bayangan
wajah tampan milik lelaki tadi mula bermain di layar matanya. Betapa hensemnya
lelaki itu. Kan bagus kalau aku jadi girlfriend
dia. Seterusnya jadi wife. Bila ada
anak nanti, tentu comel-comel belaka. Hehehe… Amboi, jauhnya Miss Casabelle
Chong ni berangan. Muka pula dah kemerah-merahan seperti udang yang dipanggang.
“Hoi… perempuan! Kau ni kenapa?
Tersengih-sengih macam kambing gurun. Aku tengah bengang ni! Kau pulak buat
muka menggatal tahap kucing betina nak mengawan. Dah buang tebiat ke?!” Qisya
menyepak kaki Casabelle dari bawah meja. Terjerit si kawan.
“Hisy…
kau ni! Main tendang-tendang pulak. sakitlah!”
“Tau pun sakit. Habis tu yang kau asyik
tersengih seperti kerang tak masak tu, kenapa? Dah macam orang sewel aje aku tengok.”
“Ala… relekslah,
Qisya. Janganlah tension-tension.
Kalau kau buat muka macam ni, hilang kecantikan kau. Kan baik kalau kau
ceria-ceria selalu. Lupakanlah hal tadi tu.” Pujuk Casabelle.
Qisya mendengus. Bayangan wajah lelaki itu
datang menerpa. Sakit hatinya setiap kali wajah itu datang tanpa diundang.
Benci, sebenci-bencinya! Kali ini, kalau dia jumpa lagi bapak jin tadi, dia
akan pastikan bapak jin tu tak akan hidup lama.
Ekkk?? Berani ke nak bunuh bapak jin tu? Cakap
aje yang lebih... porah!!!!!
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan