Tiga
Mawar merah
**2**
IRAMA
lagu Gwiyomi yang berkumandang melalui telefon bimbit Sony Xperia Z membuatkan dia
mengetap bibir. Masuk kali ini, sudah tiga kali irama itu berkumandang
menganggu ketenangan pemanduannya. Berlagu-lagu minta dijawab.
Dia
mendengus kasar. Pantas mengangkat telefon bimbit yang diletak atas kerusi
penumpang disebelahnya.
‘Siapa
pulak yang menganggu pemanduan aku
ni? Pagi-pagi dah kacau konsentrasi aku dalam pemanduan. Kacau aje!’
Wanie.
Nama dan gambar pemanggil tertera pada skrin telefon bimbitnya ketika ini. Satu
dengusan terlepas dari bibirnya yang comel dan agak seksi.
Si
Wanie ni memang pengacaulah. Suka benar buat gangguan pada waktu-waktu yang
salah. Eiii… geramnya!
“Hah…
kau nak apa ni? Awal pagi lagi dah buat gangguan teknologi.” Sergah Zara sebaik
sahaja panggilan yang dari tadi membingitkan telinganya itu dijawab.
Wanie
yang berada di talian, terkejut beruk mendengar sergahan sahabatnya itu.
Berdesing telinganya mendengar sergahan Zara. ‘Adui minah ni. Terkejut aku.
Garang macam singa betina baru ditinggalkan husband.
Heheheee…’ Hati kecil Wanie berdetik
nakal.
“Amboi…
garang betullah kau ni babe. Mentang-mentang
baru ‘bercerai’ dengan si Ajib kesayangan kau tu, garang mengalahkan ibu singa
yang baru lepas beranak aje. Terkejut aku dengar intonasi suara kau yang macam
petir di langit tu. Sakit tau telinga aku ni mendengar pekikan kau tu. Cubalah
guna nada yang lembut sikit. Sedap juga telinga aku ni mendengarnya. Dah tu…
bagi salam pun tidak.” balas Wanie yang berada di talian sebelah. Telefon
bimbitnya terpaksa dijauhkan sedikit dari telinga kala terdengar pekikan Zara
tadi. Mujur sempat. Jika tidak memang pekaklah dia jadinya.
Zara
ketap bibir. ‘Wanie ni awal pagi lagi sudah buat aku ‘mendidih’ macam nak
meletup. Sesedap bahasa saja dia kata aku baru lepas bercerai. Bila masa aku
berkahwin? Nampaknya si Wanie ni memang sengaja nak tempah tiket kena penumbuk
sulung aku.’
“Kau…
kalau bercakap tak sakitkan hati aku ni tak boleh ke? Ikut sedap mulut aje kata
aku dah bercerai. Kau nak rasa sambal belacan campur kasut tumit tinggi ke atau
sambal tumis campur penampar? Tangan aku ni pun dah gatal tak menampar orang
ni. Yang kau gatal sangat nak telefon aku pagi-pagi ni kenapa? Dah tak boleh
nak tunggu aku masuk ofis? Gatal jugak
nak menelefon! Hah! Assalamualaikum.”
Dah
panjang berjela Zara membebel, dihujung kata baru nak ingat bagi salam.
Zara!
Zara! Memang sewel betul otak minah seorang ini. Ada saja perangainya.
“Waalaikumusalam.
Ngeee… heee… alaaa… relekslah babe.
Tak baik tau nak marah-marah awal pagi. Nanti cepat tua tau. Muka cepat
berkedut. Aku gurau je tu.” Wanie cuba menenangkan Zara. Kecut juga dia kalau
Zara sudah marah-marah. Nanti tak pepasal dia terkena tempias taufan Katrina si
Zara pulak. Kawannya itu kalau angin
kus-kusnya sudah datang, boleh tahan juga amukannya. Kalah Puan Rohana.
“Kau
kat mana dah ni? Hari ni kau mula kerjakan? Takkan still cuti lagi kut. Tak puas-puas lagikah kau nak berkabung?”
Wanie bertanya. Mengalih topik.
Zara
mendengus kasar. Wanie memang sengaja hendak menyakitkan hati dia pagi-pagi
begini. Cakap tak berlapis. Main redah saja. Kalaulah Wanie ada di depan dia
sekarang ini, mahu rasanya dia ketuk kepala minah seorang itu.
“Aku
tengah on the way nak masuk ofislah
ni. Kau tu yang menyibuk sangat nak telefon-telefon aku. Macam dah tak sabar
sangat nak jumpa aku. Kalau iye pun
rindukan aku, sabar-sabarlah sikit. Aku tahulah kau dah teramat rindukan aku
ni. Rasa sunyi sebab aku takde.”
Uwek!
Perasan pula Zara yang Wanie rindukan dia.
Tapi
memang benar pun. Seminggu Zara mengambil cuti, memang Wanie rindukan
sahabatnya itu. Cuma dia tak naklah mengaku depan Zara. Nanti kembang setaman
pula Zara dibuatnya jika dia sudah membuat pengakuan secara lisan. Zara kan
jenis pantang kena puji.
“Laaa…
ye ke? Heheheee… sorrylah. Aku
ingatkan kau masih dekat rumah lagi tadi. Tu yang aku telefon. Nak kejutkan
kau. Maklumlah… kau tu kan ratu liat bangun pagi.” Di hujung sana Wanie sudah
mengekek ketawa.
Amboi…
sukanya Wanie. Mentang-mentang tuan punya badan yang ditertawakan itu tak ada
di depan. Jadi dia pun beranilah. Cuba Zara ada depan mata, tentu sudah menikus
tak berani nak kata apa-apa. Maklum… Zara itukan ada darah Tok Harimau. Garang
nak mampus! Cakap Puan Rohana itu garang, dia pun dua kali lima saja garangnya
sama dengan Puan Rohana.
“Babe… kau dah okey ke?” tanya Wanie.
Seminggu Zara bercuti untuk menenangkan fikiran. Dia berharap sahabatnya itu
kembali bersemangat seperti dulu. Alaaa… setakat Ajib si kurus kering tu, Zara
boleh dapat yang lagi baik daripada itu.
“Okey…”
malas-malas Zara menjawab. Memang dia okey, tapi okey dalam terpaksa. Bak kata
along, tak guna nak kenangkan lelaki yang tak mahukan kita.
“Ye ke? Alhamdulillah… baguslah kalau
macam tu. Senang hati aku dengar. Aku risau kau frust menonggeng. Alaaa… babe,
kumbang bukan seekor. Kalau Ajib dah ‘cabut’, ada ramai lagi lelaki yang baik
kat luar sana menunggu kau tau.” senang hati Wanie mendengarnya. Risau juga dia
andai Zara melakukan perbuatan bodoh. Orang zaman sekarang, bila putus cinta
sikit-sikit nak bunuh diri. Dia tak naklah sahabatnya itu juga melakukan
perbuatan bodah tak berotak itu.
“Hmmm…” jawab Zara malas. Dia yakin pasti
Wanie nak mengorek rahsia sejagat. Biasalah Wanie, dia tukan internet bergerak.
Kalau tak dapat bahan berita, jangan harap dia nak diam.
“Okeylah
babe. Kau tengah drive kan? Aku tak nak ganggu pemanduan kau. Aku jumpa kau dekat
ofis. Aku ada berita sensasi yang nak dikongsikan dengan kau. Sure kau teruja dengar berita aku ni. Take care! Assalamualaikum. Babai!”
“Okey.
Waalaikumusalam.”
Usai
menjawab salam, tiba-tiba Zara hilang kawalan. Terkejut dia melihat kereta
depannya yang berhenti dengan cara mengejut. Mahu tak mahu, terpaksalah dia
menekan brek dengan sekuat hati. Sampai berdecit bunyi tayar keretanya.
Dum!!!
Bunyi
dentuman kedengaran. Hingga membuatkan tubuh Zara yang kurus itu terdorong
sedikit ke depan. Mujur dia pakai tali pinggang kaledar. Jika tidak, sah
wajahnya yang putih halus mulus ini akan tertusuk dengan kaca-kaca runcing dan
tajam.
Dadanya
berdebar hebat. Terkejut yang amat sangat dengan kejadian sepantas kilat itu.
Jika dia terlambat menekan brek, sah-sah perlanggaran yang lagi dahsyat sudah
terjadi. Mujurlah dia cepat dan tangkas bertindak. Fuh!
Setelah
debarannya mulai redah, dia meluru keluar dari perut kereta Proton Saga yang
dipandu. Kurang asam betul pemandu di hadapannya itu. Boleh pula berhenti
mengejut dekat lebuh raya yang sibuk macam ni.
Bahagian
pertama yang Zara perhatikan adalah bahagian depan kenderaannya. Manalah tahu
kut-kut ada yang tercalar. Senang cerita nak minta gantirugi. Ini kereta baharu
tau. Baru pakai enam bulan.
‘Alhamdulillah…
nasib baik takde yang kemek.’ Hatinya
mengucap syukur bila mendapatinya keretanya tiada apa-apa kesan calar atau
kemek hasil dari perlanggaran tersebut.
Seorang
lelaki berkaca mata hitam keluar dari perut kenderaan Mercedes Benz yang
‘dihentam’ belakangnya oleh Zara. Dia memerhati bahagian belakang kenderaannya
sebelum mengorak langkah merapati Zara yang terbongkok-bongkok memeriksa kenderaannya.
Bukan main lagi Zara membuat pemeriksaan dengan teliti sekali. Sehinggakan
kedatangan lelaki itu pun dia tak sedar.
“Ehem…” lelaki berkaca mata hitam itu
berdehem.
Serentak itu juga Zara berpaling dengan
lipatan 180 darjah. Memerhati pemuda yang siap bersut hitam di hadapannya. Terpana
dia sebentar. Penampilan lelaki itu yang kemas bersut hitam sudah menyatakan
siapa dirinya yang sebenar. Tentu orang kaya. Tengok sajalah kereta yang dia
pakai. Mercedes Benz tu…
Kaca mata hitam yang dipakai ditanggalkan.
Sekali lagi Zara menjadi terpana. Bulat
matanya memandang wajah yang terhidang di depan mata. ‘Ya ALLAH… hensemnya makhluk ciptaan ALLAH ini.’
Pujinya dalam hati. Terpana dek wajah yang tampan.
“Macam mana awak memandu? Sampaikan
kereta saya berhenti pun awak boleh rempuh aje.” Ujar lelaki itu dengan gaya
tersendiri. Gaya poyo semacam.
Mendengarnya, Zara mencebik. Tersedar
dia dari panahan lelaki itu. Poyo aje lelaki itu bersuara. Terus wajah yang
terpampang kacak di depan mata bertukar menjadi wajah sang katak. Eh… apa pula kena mengena dengan wajah
katak ni? Macam dah takde binatang
lain lagi yang terbayang depan mata. Wajah katak yang paling tak disukainya itu
juga yang menjelma. Eiii… geli tau!
“Saya bukan sengaja. Yang encik tu nak
berhenti secara mengejut buat apa pulak?
Kan ini lebuh raya.” Poyo juga Zara membalas. Langsung tak mahu mengalah
walaupun sudah terang-terang dia yang bersalah.
Bawa kes ke tengah pun, dia tetap akan
disuruh membayar gantirugi kepada lelaki itu kerana langgar belakang.
“Cuba lihat lampu isyarat kat depan
awak? Warna apa ya?” lelaki itu menaikkan ibu jarinya lalu ditunjuk ke arah
lampu isyarat yang berada di depan.
Zara ketap bibir. Rupanya lampu isyarat
berwarna merah tanda berhenti. ‘Aduhai… memang aku la yang bersalah dalam hal
ni kalau macam tu. Boleh pula tak nampak warna merah sedang menyala di depan.
Haish… ini semua Wanie minah kelibut itu punya pasal. Kalau dia tak menggatal
pergi telefon aku pepagi buta, tak akan jadi hal seperti ini.’ Dalam situasi
sekarang, Zara masih sempat membebel dalam hati marahkan Wanie. Kesalahan
diletakkan atas bahu temannya itu.
Klik!
Tiba-tiba ada pancaran yang menyambar
wajah polos Zara. Membuatkan dia sedikit terperanjat. Bulat matanya memandang
wajah lelaki itu yang hanya beraksi selamba. Tenang sahaja.
‘Ini apa kes pulak tiba-tiba pergi tangkap gambar aku ni? Kalau iye pun nak tangkap gambar, bagitahulah aku
dulu. Dapat juga aku nak berhias lawa-lawa. Ini main snap ikut suka hati saja.’ Marah Zara dalam hati. Entah macam mana
rupa dia yang ditangkap secara mengejut itu? Jangan-jangan dah sama macam rupa
Hantu Kak Limah yang Ayit dan Anna takutkan itu.
Belum sempat hendak berkata apa, lelaki
itu laju mencapai telefon bimbit Zara ditangan Zara. Ditekan nombor-nombor pada
telefon bimbit tersebut. Kemudian butang dail pun ditekan. Sesaat, ringtone melalui Iphone 5 milik lelaki
itu pula kedengaran.
Bertambah lagi kerutan pada dahi Zara.
“This
is my number. Nanti saya call
awak bincang pasal gantirugi. Saya nak cepat.” Ujar lelaki itu sambil
menghulurkan semula telefon bimbit Sony Xperia Z itu kepada tuan empunya badan
semula.
Sekali lagi Zara melopong. Biar benar
lelaki ini? Pakaian punya bergaya, telefon pun bukan calang-calang, kereta mahal
tapi masih ada hati nak ambil gantirugi dekat dia yang sekadar memakai kereta
Proton Saga sahaja. Memamg dasar tak mahu rugi lelaki ini. Dasar keturunan Haji
Bakhil. Dengan perempuan pun mahu berkira. Sekurang-kurangnya Haji Bakhil
dengan perempuan muda dia akan berlembut dan rajin ‘bersedekah’. Bukan seperti
lelaki ini!
Tiada apa lagi yang mampu Zara
perkataan. Hanya matanya sahaja yang terkebil-kebil melihat lelaki itu yang
sudah melangkah menuju ke arah kenderaannya. Kemudian memecut sebaik sahaja
lampu isyarat sudah bertukar warna.
Bunyi hon kereta-kereta di belakang
memaksa dia mengatur langkah menuju semula ke kenderaannya.
Hisy…
bala betul! Awal pagi lagi sudah ada musibah.
Arghhh…
mampuslah aku kalau mamat poyo tu mintak gantirugi beribu-ribu. Pokai duit gaji
aku bulan ni.
Zara mengeluh. Nampaknya bulan ini
adalah bulan malang untuk dia. Sudahlah kena tinggal dengan teman lelaki,
sekarang ni dia terpaksa pula membayar gantirugi kepada lelaki.
Hai… memang makhluk bernama lelaki itu
cukup menyusahkan hidup dia!
******************************************************************************
“SELAMAT PAGI!!!”
Suara
Wanie kedengaran riang menyapa Zara yang baru keluar dari perut lif. Tak sempat
lagi dia nak masuk ke dalam ofis, kedatangannya sudah disambut depan pintu lif
oleh sahabat baiknya itu. Ceria benar nampaknya wajah Wanie pagi ini. Lain
daripada yang lain pula.
Dressing
pun nampak lagi mengancam daripada selalu. Serba-serbinya warna pink. Wanie memang penggemar tegar warna
tersebut. Tengok sajalah Honda Citynya itu, tak pasal-pasal turut disimbah
dengan cat berwarna pink juga.
“Pagi!”
acuh tak acuh Zara menjawab. Ikut hati ni, dia takde hati nak menjawab ucapan pagi Wanie. Hatinya masih lagi geram
dengan kejadian di jalan raya tadi. Mamat poyo
itu memang jenis berkira keturunan Haji Bakhil. Haji Bakhil bagus sikit dari
lelaki itu sebab Haji Bakhil nampak perempuan cantik terus sikap berkiranya
hilang, tapi mamat poyo itu… dengan perempuan pun nak berkira sangat. Boleh
pula send mesej pada dia mengingatkan
hal gantirugi. Jika tidak, gambarnya akan disiarkan di muka depan akhbar kerana
melarikan diri daripada membayar hutang. Memang melampau benar. Main ugut-ugut
pula.
Dia
melangkah masuk ke dalam ruang pejabat Star Properties Snd Bhd yang serba
mewah. Sudah setahun tiga bulan dia menjadi warga kerja Star Properties Snd Bhd.
Syukur Alhamdulillah… dia gembira bekerja di sini biarpun kadang kala dia
tertekan dengan bebanan kerja yang diberikan oleh ketuanya, Puan Rohana.
Puan
Rohana, si perempuan garang itu memang suka menyusahkan hidup Zara. Dia paling
tak sukakan Puan Rohana yang banyak sangat songehnya itu. Ini tak kena, itu tak
kena. Kalau semua tak kena, apa kata Puan Rohana buat kerja sendiri. Tak payah
nak arah dia untuk buat itu dan ini.
“Babe…
aku ada cerita baik punya nak bagitau kau ni.” ujar Wanie sebaik sahaja Zara
sudah melabuhkan punggung di tempat duduknya. Tersengih-sengih bibirnya yang
berwarna merah jambu itu memandang Zara.
“Apa
dia? Kau ni sepanjang masa ada saja cerita baik yang kau nak sampaikan dekat
aku. Tup-tup… takdelah sebaik mana
pun. Gempak aje yang lebih.”
Betullah
apa yang Zara cakap tu. Wanie kalau bercerita memang berapi-api. Tapi bagi Zara
cerita Wanie semua hampeh. Tak adalah gempak macam yang dia gembar-gemburkan.
“Kali
ni aku jamin cerita yang aku sampaikan ni memang sensasi giler.” Bersungguh-sungguh Wanie menutur kata.
Zara
sekadar mencebik. Dia membetulkan kedudukannya dan memandang ke wajah Wanie
yang sudah bertenggek depan mejanya. Kedua belah tangan diangkat untuk
menongkat dagu.
“Hah…
apa dia yang sensasi giler tu?”
Wanie
menarik sengih selebar sengihan si Joker. Tidak sabar rasanya dia hendak
berkongsikan berita gembira itu dengan sahabat baiknya yang seorang ini. Tentu
Zara juga akan jadi teruja sama seperti dia.
“Kau
dah tahu tak yang Puan Rohana dah dinaikkan pangkat dan berpindah ke cawangan
kita yang terletak dekat Sandakan?” tanya Wanie bersama sengihan di bibir.
Keningnya diangkat-angkat.
Zara
menggeleng. Berita itu benar-benar mengejutkan dia. Dia tak tahu pula yang
ketuanya yang garang itu sudah dinaikkan pangkat dan berpindah ke cawangan
Sandakan, Sabah. Lagipun, kan ke dia cuti minggu lepas? Jadi manalah dia tahu
perkembangan syarikat. Tiada seorang teman pun yang memberitahunya perkhabaran
gembira itu. Wanie juga diam seribu bahasa.
Tapi
jika benarlah bagai dikata, memang berita itu sesuatu yang menggembirakan
dirinya. Memang berita ‘horrey-horrey’
kerana dia memang tak sukakan Puan Rohana.
“Kau
mesti sukakan?” tebak Wanie. Daripada air muka sahabatnya itu, dia sudah tahu
isi hati Zara. Pasti sudah terloncat kegembiraan sahabatnya itu mendengar
perkhabaran ini. Maklumlah, musuh dah berambus! Tentulah hati melonjak gembira,
kan? Heheheee…
“Maunya
tak suka! Kau pun tahukan aku memang tak sukakan dia. Jadi berita ini merupakan
berita paling gembira yang aku dengar.” Sejujurnya Zara memberitahu kenyataan
isi hatinya yang sebenar. Bibirnya mengulum senyuman suka. Hilang ingatannya
pada kes di jalanan tadi.
“Tau…”
“Tapi
babe… saper pulak yang gantikan tempat si naga betina tu?” Zara bertanya.
Jika Puan Rohana yang garang itu sudah berpindah, siapa pula yang menggantikan
tempat Puan Rohana di Star Properties Snd Bhd ini sebagai Ketua Arkitek?
Soalan
Zara itu bisa membangkitkan senyuman yang paling manis pada bibir Wanie.
Menggebu rasa hatinya mendengarkan soalan tersebut. Mulalah dia terbayangkan
wajah si kacak yang menggantikan tempat Puan Rohana sejak seminggu yang lalu. Hmmm… angau dia jadinya.
Melihatkan
senyuman angau pada bibir Wanie, dahi Zara berkerut. ‘Ini apa kes pulak minah
ni tersenyum-senyum. Macam kucing siam nak menggatal aja aku tengok.’ Dalam
hati, Zara mengutuk.
“Babe! Kau ni kenapa? Tersengih-sengih!
Nak cerita ke nak sengih ni?” satu tamparan kecil hinggap pada lengan Wanie.
Wanie
tersengih. Lupa yang dia kini berada di meja Zara untuk memberitahu perkhabaran
gembira itu. Bayangan kacak lelaki itu benar-benar telah memukaunya. “Alaaa… sorrylah babe. Kau ni sikit-sikit nak marah. Sejak menjanda ni, bukan main
garang lagi aku tengok. Pantang dicuit, mulalah nak mengamuk. Macam Mak Singa pulak.” Wanie menyakat.
“Kau
nak cerita ke nak ejek aku ni Wanie? Kalau kau nak mengejek aku, baik kau pergi
duduk kat tempat kau tu sekarang sebelum aku naik ‘hantu’!” Zara sudah
menyeringai. Waktu moodnya kurang
baik ini jugalah Wanie mahu mengusik dia. Nanti tak pepasal, ada dia karate-do perempuan sengal seorang itu.
Baru padan dengan muka!
Wanie
tersengih lagi. “Ngeee… ya la. Ya la.
Aku ceritalah ni. Sikit-sikit nak marah!”
Zara
menjeling geram. Lambat macam siput aje si Wanie ni! Suka nak corner sana sini masuk jalan belukar.
“Yang
gantikan Puan Rohana adalah Encik Hakimie. Masya-ALLAH babe… hensem giler wa
cakap lu. Boleh buat hati aku ni gila
bayang. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi pun tak basah! Memang hensem tahap melampaulah aku cakap!”
bersama senyuman manis cap gatalnya itu, Wanie memberitahu.
Zara
mencebik. Wanie kalau disuruh berbicara soal lelaki hensem, memang dialah yang juara. Perangai gatal dari zaman sekolah
hingga ke zaman sudah bekerja ini tak pernah nak hilang-hilang. Dia ini, meskipun
sudah banyak kali putus cinta, tapi takdelah
segatal Wanie yang konon-konon polos itu.
“Bos
baharu kita tu memang hensem giler babe!
Orangnya tinggi, kulit putih, rambut hitam berkilat, bibir kemerah-merahan dan
bertubuh sasa. Yang paling mahal tu kan babe,
pandangan mata dia yang redup. Cukup romantik. Hancur lebur jiwa aku melihat
pandangan mata dia tu. cukup menggoda jiwa. Dengar cerita, dia masih lagi single and available. Kira sesiapa yang
dapat mengisi kekosongan hati dia ni memang perempuan yang bertuah.” Bersungguh-sungguh
Wanie menceritakan perihal ketua baharu yang menggantikan tempat Puan Rohana
sebagai Ketua Arkitek di Star Properties Snd Bhd ini. Teruja sungguh dia dengan
kehadiran ketua baharu itu. Mulalah dia nak pasang angan-angan kalau-kalau dia
menjadi wanita bertuah yang dapat mengisi kekosongan hati ketua baharu itu.
Namun
angan-angannya terbantut bila…
“Jangan
nak perasan ye… cermin dulu diri korang tu. Kalau setakat muka macam korang ni, jangan ingat Encik Hakimie tu
akan terpikat. Huh… tolonglah! Lainlah macam aku yang cantik ni dan bergaya ni.
Memang padan digandingkan dengan dia. Aku yakin, test Encik Hakimie tu pastinya pada wanita anggun macam aku ni.
Setakat korang ni, sah dia tak
pandang walau sebelah mata.
Lagipun…
aku ni setiausaha dia. Jadi dah semestinya aku lagi layak berada di samping dia
daripada korang semua. Jadi sebagai
amaran daripada aku sebelum hati korang
tu ‘robek’, ada baiknya korang lupakan hasrat untuk memenangi hati Encik
Hakimie tu daripada korang frust menonggeng.
Cuma aku yang layak untuk dia!” Entah dari mana datangnya, tiba-tiba suara
menggoda bagai buluh perindu si Kareena kedengaran memberi amaran dengan lagak
sombong dan bongkak.
Zara
dan Wanie yang tadi asyik bersembang sesama mereka kini berpaling memandang
tepat ke wajah Kareena anak Encik Kadir yang berlagak nak mampus itu.
Tu
dia… itik seranti dah bertukar wajah!
Zara
dan Wanie masing-masing sudah bulat mata melihat penampilan terbaharu daripada
Kareena Kadir. Biar benar yang berdiri ala-ala model nak memperagakan badan dan
baju tak cukup kain depan mereka sekarang ini adalah Cik Kareena Binti Kadir,
si setiausaha yang selalu perasan cantik dekat Star Properties Snd Bhd ini? Kareena
dah berubah sembilan puluh tujuh peratus!
Daripada
rambutnya yang kerinting, dah bertukar lurus dek teknik rebonding dan diwarnakan pula dengan warna dark brown. Bibirnya sudah semakin tebal dan seksi. Dah macam bibir
Angelina Jolie. Bajunya yang dulu tak berapa nak ketat, kini dah bertambah-tambah
pula ketatnya. Skirt pula jangan cakaplah, dah semakin singkat sehingga ke
paras paha sahaja. Cukup menggiurkan. Make-up
pula dah serupa orang nak buat pengambaran filem Hindustan. Tebal bagaikan lima
inci. Sama tebal dengan ketinggian kasut tumit tinggi yang dipakainya ketika
ini. Ini kalau ‘terpeliot’, sah masuk hospital kena simen.
Aduh…
ini mesti kes nak tarik perhatian ketua baharu yang menggantikan tempat Puan
Rohana itu. Jika dulu, bekerja sebagai setiausaha Puan Rohana takde pulalah Kareena seseksi-seksa ini.
Tapi bila sudah tukar ketua ini, melampau-lampau pula seksinya. Sampai terlihat
segala ‘lurah berendam’ yang tak sepatutnya kelihatan. Melampau tu!
Sedar
dirinya diperhatikan sedemikian rupa, Kareena menarik muka. Berlagak cantik
bagaikan dirinya itu ratu cantik dunia. Lantas dengan berlenggeng kangkung, dia
berlalu ke biliknya. Bilik yang mana di dalamnya turut menempatkan bilik Ketua
Akauntan, Encik Hakimie. Dia memang beruntung sebab menjadi setiausaha kepada
Encik Hakimie yang segak bergaya. Setiap hari bolehlah dia cuci mata memandang
wajah kacak bosnya. Kenyang mata dia hari-hari. Heheheee…
Setelah
Kareena berlalu ke tempat duduknya, Wanie menjuihkan bibir. Meluat dengan
perangai berlagak si Kareena, minah yang mendapat gelaran itik seranti kerana
bibirnya yang melentik itu. Mengada lebih sangat. Mentang-mentanglah dia setiausaha
Encik Hakimie. Eksen!
“Eiii… meluat benar aku tengok si itik
seranti tu. Berlagak sungguh! Bibir dia yang termuncung-muncung tu, mahu
rasanya aku cucuk dengan jarum peniti. Biar kempis. Jadi takdelah mulut dia tu nak main cakap ikut
suka hati aje.”
Dengar
saja ayat sahabat baiknya itu, ketawa Zara terus sahaja meledak. Kelakar pula
kedengaran ayat Wanie pada halwa telinganya. Dia tahu, ini pasti kes Wanie
cemburu pada Kareena.
“Hisy… kau ni, ketawa pulak! Kau tak sakit hati ke dengar
cakap si itik seranti tu? Perasan! Macamlah dia tu dah cantik sangat.”
Zara
menjungkit bahu bersama bibir yang dijuihkan. Dia sebenarnya langsung tak
terkesan pun dengan kata-kata Kareena tadi yang lebih kepada konon-konon bos
baharu itu dialah yang punya. Memang nampak sangat keyakinan Kareena itu, tapi
janganlah nak over confident sangat. Belum
tahu lagi test bos baharu itu yang
bagaimana. Tapi Kareena pula sudah melebih-lebih.
Cuma
Wanie yang berapi-api marahnya pada Kareena. Maklum… sekarang inikan Wanie
sudah menjadi salah seorang peminat tuan ketua baru yang kononnya kacak,
bergaya dan menawan itu. Tentulah hormon-hormon cemburu itu merembes dengan
kuat sekali. Itu perkara normal bila perasaan cemburu sudah menguasai diri.
Selang
dua minit, kedengaran derap kaki menghampiri tempat Zara dan Wanie bersembang.
Pantas mereka sama-sama berpaling ke arah derap kaki yang semakin menghampiri
mereka berdua.
“Assalamualaikum.”
Sapa Farok dengan mesra.
Farok,
si duda anak satu ini merupakan Penolong Arkitek Kanan Satu dekat Star
Properties Snd Bhd. Orangnya boleh tahan kacak dan sering sahaja tersenyum. Boleh
dikatakan, Farok ini adalah duda terhangat di pasaran. Wanie sendiri memang syok giler dengan Farok ini.
Alaaa…
Wanie, biasalah dia tu. Mana boleh nampak lelaki kacak. Mulalah semua dia nak admirer.
Antara
Puan Rohana dan Farok, kebanyakan staf lebih gemar berurusan dengan Farok
berbanding Puan Rohana. Farok lebih senang diajak berunding dan senang
mendengar pendapat staf bawah kawalannya. Zara memang beruntung kerana dia
bekerja di bawah tangan Farok. Manakala Wanie pula bekerja di bawah tangan Puan
Husna, Penolong Arkitek Kanan Dua.
“Waalaikumusalam.”
Zara dan Wanie sama-sama menjawab salam yang diberikan.
“Zara,
mari ikut saya kejap.” Ujar Farok kepada Zara. Tanpa menunggu jawapan gadis
itu, dia bergerak dahulu meninggalkan Zara yang masih duduk di tempatnya.
Tanpa
berlengah, cepat-cepat Zara bangun dari duduknya. Dia ikut saja langkah kaki
Farok yang berjalan mendahuluinya itu. Sampai di hadapan bilik yang sentiasa
tertutup rapat itu, barulah dia sedar ke mana arah tuju Farok membawanya. Ke
bilik Ketua Arkitek.
‘Muhammad
Hakimie Bin Haji Helmie.’
Ketika
nama itu meniti di hatinya, terdetik sesuatu pada dada Zara. Tiba-tiba dia jadi
gementar.
Bilik
yang dulunya menjadi milik Puan Rohana itu kini sudah beralih tangan kepada
ketua baharu. Entah bagaimanalah fiil
ketua baharu ini agaknya? Adakah segarang Puan Rohana atau lebih garang lagi
berbanding Puan Rohana? Atau…
“Zara,
mari masuk.” Suara Farok mematikan lamunan sesaat Zara.
Pantas
dia mengangguk dan melangkah masuk ke dalam bilik berhawa dingin itu.
Setelah
pintu yang tertutup dikuak, kelihatan Kareena sedang membelek-belek wajahnya
melalui cermin mukanya. Lipstiknya
yang sudah terang-benderang itu ditambah lagi warnanya supaya bertambah pekat.
Merah menyala gitu!
Tak
cukup menyala agaknya gincu dibibirnya itu sampai begitu sekali dia menenyeh
gincu ke bibirnya yang melentik ala-ala Angelina Jolie. Rasa mahu saja Zara
ketawa melihat sikap Kareena yang beria-ia menenyeh gincu ke bibirnya yang
tebal dan seksi. Namun ditahan tawanya itu. Suka hati Kareenalah nak bergunci
setebal sepuluh inci sekali pun, yang penting perempuan sorang tu bahagia.
“Nak
jumpa Encik Hakimie ke?” tanya Kareena kepada Farok sebaik sahaja menyedari
kehadiran duda anak satu itu di dalam biliknya. Mendatar saja nada suara
Kareena. Kerek semacam betul minah itik seranti ini.
Farok
mengangguk. Memang tujuannya datang ke bilik ini adalah untuk bertemu dengan
ketuanya itu.
“Jap I bagitau Encik Hakimie.”
“It’s okey, Kareena. Hakimie dah tahu
kedatangan I ke sini. Dia yang suruh I datang jumpa dia dengan Zara. You tak
payah nak interkom dia ye.” Tegah
Farok sebelum sempat Kareena menekan butang interkomnya. Melihat Kareena
hatinya menjadi getik. ‘Hai la Kareena… gincu merah menyala!’
Mendengarkan
itu, debaran yang sudah reda tadi kembali menyerang. ‘Ketua baharu tu nak jumpa
aku? Patutlah Encik Farok bawa aku ke sini. Rupanya bos nak jumpa. Tapi… untuk
apa nak jumpa dia pula? Nak berkenalan kut. Tapi… mungkin jugak! Iye la… waktu dia
lapor diri menggantikan tempat Puan Rohana tempoh hari kan aku tengah cuti-cuti
berkabung. Pasal itulah kut dia nak berkenalan dengan staf dia.’ Zara cuba
menyedapkan hatinya sendiri biarpun kala ini dadanya sudah berdebar dengan
hebat bagai hendak pecah.
“Hmmm… kalau macam tu, masuklah.” Ujar
Kareena. Sempat dia mengerling Zara dengan ekor matanya yang agak tajam.
Tergugat pula dia dengan kehadiran Zara di situ. Takut kalau-kalau hati bos
pujaan hatinya itu akan terpaut kepada Zara pula. Zara memang simple orangnya. Bergaya biasa-biasa
saja dengan rambut yang biasanya diikat tocang atau pun ekor kuda, asal tangkap
muat macam tu. Namun biarpun begitu, kecomelan wajahnya masih lagi terserlah.
Itulah yang Kareena bimbangkan.
Usai
mendengar suara di dalam memberi kebenaran untuk mereka masuk ke dalam, Farok
dan Zara pun melangkah. Farok berlagak biasa, manakala Zara cuba mengawal debaran
di dada yang semakin menggila-gila.
“Morning bos. Ini aku bawakan Zara Dania
seperti yang kau suruh.” Ujar Farok kepada Hakimie. Selamba dia terus duduk.
Zara
yang melihat tidak berkata apa. Daripada cara Farok menegur ketua baru mereka
itu, nampaknya Farok dengan lelaki bernama Hakimie itu bagaikan sudah lama
kenal. Mungkin kawan lama kut. Siapa yang tahu kan?
“Zara,
duduklah. Buat apa tercegat aje.” Tegur Farok bila melihat Zara masih lagi
berdiri bagaikan patung cendana.
Zara
hanya menurut. Pantas dia menarik kerusi di depannya dan duduk di sebelah
Farok.
Dup
dap! Dup dap! Begitulah rentak irama yang berdendang di dadanya ketika ini.
Hakimie
yang duduk menghadap belakang itu memusingkan kerusinya. Dia tunduk memandang
fail biru di tangan. Membuatkan Zara agak sukar mahu melihat raut wajahnya yang
dikatakan hensem itu.
“Zara
Dania Binti Muhammad Zainal. Lahir pada Dua Puluh Empat Mei dan berbintang
Gemini. Anak bongsu daripada tiga beradik. Status, bujang. Pencapaian akademi
di sekolah menengah cemerlang dan memiliki peribadi yang baik. Aktif dalam
sukan bola jaring dan seni lukis. Pernah mewakili sekolah dalam pertandingan
melukis peringkat daerah dan mendapat tempat pertama serta diberi anugerah
pelukis muda berbakat. Berkelulusan Bachelor Of Science (Architecture) daripada
UiTM.”
Biodata
diri Zara dibaca satu-per-satu. Semuanya agak menarik didengar.
Namun
pada Zara, dia jadi kurang selesa bila biodatanya itu dibaca satu-per-satu di
hadapannya. Kalau nak baca pun, janganlah baca dalam nada macam itu. Macam nak
bagitahu dekat semua orang pula.
Farok
pula tidak berkata apa. Hanya mendengar saja Hakimie membaca satu-per-satu
biodata diri Zara. Sempat dia jeling wajah Zara yang duduk di sebelahnya itu.
Daripada air muka gadis itu, dia tahu ada rasa tidak senang di hati Zara pada
ketua baharu mereka.
Usai
menyudahkan pembacaannya mengenai biodata Zara, Hakimie mengangkat muka.
Memandang tepat ke wajah Zara Dania,
Ketika
itu… saat itu… Zara rasanya dunianya seakan-akan kabur. Berkali-kali dia
menggosok-gosok matanya. Bagi terang sikit. Benarkah apa yang dia lihat di
depannya kini? Lelaki itu… glup…
“Mamat
Poyo!” tanpa disengajakan, ayat itu
meluncur dari bibir Zara yang comel dan agak seksi. Tapi tidaklah seseksi mulut
Kareena yang melentik seperti mulut itik itu.
Terkejut
Farok mendengar ayat yang tergeluncur keluar daripada mulut Zara. Rasa hendak
saja dia tergelak namun ditahan. Takkan nak gelak depan bos pula. Nanti tak
pepasal dia kena marah dengan Hakimie. Biarpun dia dengan bosnya ini sudah lama
berteman, namun dia masih hormatkan Hakimie yang kini telah menjadi ketuanya.
Hakimie
menjungkit keningnya. Panggilan mamat poyo yang Zara berikan langsung tidak
berbekas di hati. Malah dia boleh lagi berlagak selamba di depan gadis itu
dengan memeluk tubuhnya yang sasa sambil bersandar malas pada dada kerusi.
Zara
ketap bibir. Sedar yang dia sudah terlanjur kata di hadapan lelaki itu. Padanlah
debaran di dadanya cukup menggila tadi. Rupa-rupanya debaran itu membawa makna
dia akan bertemu semula dengan lelaki pewaris Haji Bakhil yang ditemuinya di jalan
raya tadi. Sesuatu yang dia tak pernah sekali-kali menduganya. Tak sangka
sungguh, lelaki poyo itulah yang
telah menggantikan tempat Puan Rohana. Kalaulah tahu begitu, memang dia tak
setuju Puan Rohana berpindah. Dia lebih rela hari-hari tadah telinga dengar
bebelan Puan Rohana dari bekerja di bawah satu bumbung dengan mamat poyo ini.
‘Arghhh…
kenapalah nasib aku jadi seperti ini?’ Hati kecilnya sudah menjerit penuh rasa
geram.
BERSAMBUNG...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan