Tiga
Mawar merah
**3**
TEKUN
sekali Hakimie membelek majalah di tangan. Siaran berita yang ke udara langsung
tidak menarik minatnya. Bukannya dia tidak suka melihat berita, cuma sejak
kebelakangan ini berita-berita di Malaysia ini lebih banyak berbicara soal
politik. Dan dia bukanlah seorang yang terlalu obses soal politik ini. Daripada
terlalu mengikuti perihal politik yang tak akan ada surutnya, baik dia membelek
majalah berkaitan dengan design
terbaharu rumah-rumah di luar Negara. Boleh juga dijadikan ilham untuk projek
terbaharu Star Properties Snd Bhd nanti. Bukannya copy-paste hasil idea orang lain, cuma menginginkan ilham untuk
menambahbaik lagi hasil lukisan pelan di syarikat.
Dr.
Haji Helmie yang duduk di sofa berhadapan dengan anaknya hanya memerhati
gelagat Hakimie. Sejak anak lelaki tunggalnya itu balik dari New York, belum
pernah dia melihat Hakimie keluar ke mana-mana di waktu malam. Aktiviti harian
anaknya itu hanya rumah dan pejabat sahaja. Jika tiada di rumah, di pejabatlah
Hakimie berada. Dia sudah masak benar dengan aktiviti harian Hakimie.
Walaupun
anak lelakinya itu tidak tinggal bersama dia kerana Hakimie lebih suka duduk
sendiri, namun dia sudah faham benar dengan perangai anak bujangnya yang
seorang itu. Hakimie bukan anak jenis suka menjelma jadi ‘Batman’ di malam
hari. Hakimie lagi suka duduk di rumah dan menghabiskan masa dengan melukis
pelan-pelan untuk mengisi masa malamnya itu.
Sebagai
seorang bapa bukannya dia tak suka Hakimie duduk di rumah malam-malam begini. Sejujurnya
dia gembira bila anaknya, Hakimie tidak terlalu melibatkan diri dalam aktiviti
sosial di luar sana. Tidak seperti anak-anak muda zaman sekarang yang suka
menghabiskan masa malam mereka ke kelab malam dan lepak-lepak di gerai makan
mamak. Hakimie bukan anak seperti itu. Dia tidak gemar aktiviti di luar rumah
pada waktu malam meskipun dia bebas melakukan itu kerana dia tidak tinggal
bersama papanya.
Alhamdulillah…
walaupun tidak dibesarkan dengan didikan daripada seorang mama, namun Hakimie tetap
menjadi anak yang soleh. Dia amat berterima kasih pada adiknya, Datin Hajah
Ainon yang telah berjaya mendidik anaknya ini menjadi insan yang berguna kala
dia sibuk dengan kerjanya sebagai seorang doktor di hospital kerajaan suatu
ketika dulu.
Namun,
keadaan Hakimie yang terlalu menyibukkan diri pada kerja membuatkan dia sedikit
risau. Sepatutnya Hakimie memberi ruang dalam dirinya sendiri untuk bersosial
bersama teman-temannyadi luar sana. Bukanlah keluar hingga masuk ke kelab-kelab
malam. Tetapi cukuplah sekadar duduk bersembang sekejap di gerai-gerai makan
sahaja. Tidak pun, keluar beriadah di hujung minggu. Ini tidak. Anaknya itu
seolah-olah tiada masa untuk semua itu.
Lagipun,
sampai bila Hakimie perlu hidup dengan kerja, kerja, kerja. Dalam usia yang
sudah menjangkau dua puluh lapan tahun, sepatutnya Hakimie sudah boleh
memikirkan soal kahwin. Tidak pun soal teman wanita. Ini tidak… anaknya itu
seolah-olah tiada masa memikirkan masa depan dirinya sendiri. Terlalu sibuk
dengan urusan kerjanya sahaja.
Sebuah
lagi keluhan terlahir pada bibir Dr. Haji Helmie. Pening kepalanya memikirkan
perihal satu-satu anak lelakinya itu. Itu baru seorang, jika dia punya sepuluh
anak yang perangai sama macam Hakimie, entah-entah dia sudah diserang penyakit
darah tinggi agaknya.
Hakimie
angkat kepala. Memandang papanya yang tidak sudah-sudah mengeluh sejak dari
tadi. Entah apa yang dikeluhkan oleh papanya itu. kedengaran berat sekali
bunyinya.
“Pa…
kenapa ni? Asyik mengeluh aje Kimie dengar. Papa ada masalah ke dekat klinik tu?”
Soal Hakimie ingin tahu. Majalah di tangan ditutup dan dibiarkan berada di atas
riba. Tumpuannya kini tertumpuh pada papanya.
Dr.
Haji Helmie menghela nafas. Sedar pula anaknya itu yang dia asyik mengeluh
sejak dari tadi. Ingatkan, Hakimie sudah ‘hanyut’ sangat dengan majalah
kegemarannya itu.
“Hakimie
ni bila lagi nak kahwin? Takkan nak membujang sampai ke tua pulak? Papa ni dah tua Kimie. Bila-bila
masa sahaja ALLAH akan ambil papa untuk kembali ke pangkuan-NYA. Sebelum papa
menutup mata, papa teringin sangat tengok Kimie berumah tangga. Ada isteri dan
anak-anak.”
Itu
dia! Tanpa mukadimah, tanpa salam, Dr. Haji Helmie terus kepada isinya sahaja.
Sudah malas hendak pusing-pusing taman bunga. Baik dia terus bertanya soalan
yang berlegar di kepala otaknya ketika ini.
Giliran
Hakimie menghela nafas. Ini yang menyebabkan dia jarang balik ke rumah sejak
kebelakangan ini. Papa suka sangat bercakap soal nikah-kahwin sekarang.
Sikit-sikit nak tanya soalan yang sama.
“Papa
janganlah cakap macam tu. Kimie selalu doakan papa panjang umur dan diberi
kesihatan yang baik.”
“Itu
papa tahu, tapi papa ni dah tua Kimie. Bila-bila saja akan pergi. Sebelum tu…
papa pun mahu juga lihat Kimie berkahwin. Punya keluarga sendiri. Papa pun
teringin nak bergurau dan bermain dengan cucu-cucu papa. Tengok rakan-rakan
sebaya dengan papa, kebanyakannya sudah ada cucu-cucu mereka sendiri untuk
diajak bermain. Tapi papa… tiada sesiapa pun untuk diajak berhibur.”
Besar
sungguh impian Dr. Haji Helmie mahu melihat anak lelakinya itu mendirikan rumah
tangga. Dia terlalu mengharapkan keadaan di rumah ini berubah dengan kehadiran
menantu dan cucu-cucunya.
Nak
harapkan siapa lagi kalau bukan Hakimie. Dia bukannya ada anak lain selain
daripada Hakimie. Hanya anaknya itu sahaja ‘harta’ yang dia miliki. Jika boleh,
dia mahu melihat Hakimie berkahwin sebelum dia menutup mata. Lagipun, dalam
usia yang sudah menjangkau dua puluh lapan tahun itu, sudah terlalu eloklah
jika Hakimie mendirikan rumah tangga. Bukannya asyik sibuk dengan urusan kerja
dua puluh empat jam.
“Bukan
Kimie tak nak kahwin pa, cuma… belum sampai waktunya lagi untuk Kimie mendirikan
rumah tangga. Kimie masih belum bersedia.”
Dr.
Haji Helmie mengeluh lagi. Hakimie bila disoal soalan kahwin, pasti itu sajalah
jawapannya. Belum sampai waktu dan belum bersedia.
“Sampai
bila nak tunggu sampai waktunya kalau Kimie langsung tak nak buka hati tu untuk
mana-mana perempuan. Papa kenalkan Kimie dengan beberapa orang anak perempuan
teman-teman papa, tapi… semua Kimie tak berkenan. Kata tak sepadan dan tak serasi.
Papa sendiri tak tahu perempuan macam mana lagi yang Kimie nak cari untuk dijadikan
pasangan hidup. Sedangkan anak-anak kawan-kawan papa tu tak kurang juga
hebatnya, cantik dan sopan. Kimie tu saja yang selalu bagi alasan macam-macam
untuk mengelak.” Bukan sekali dua dia memperkenalkan Hakimie dengan anak
teman-temannya, namun semua ditolak mentah-mentah oleh anak bujangnya itu.
Bermacam alasan yang Hakimie beri.
Hakimie
hanya mampu berdiam. Bila bab nikah-kahwin ini dikeudarakan, memang dia tak
banyak menjawab. Sebenarnya dia rimas membicarakan topik ini. Tapi dia tak
mahulah papanya terasa hati bila dia menyuarakan kerimasannya itu. Mahu dengan
tidak, kenalah dia menadah telinga mendengar saja omongan papanya.
“Kalau
Kimie kecewa disebabkan Eriza, papa rasa Kimie tak patut hukum diri sendiri
disebabkan kekecewaan masa lalu. Bukan jodoh Kimie dengan Eriza. Sepatutnya
Kimie pasrah menerima ketentuan Ilahi.” Dr. Haji Helmie menambah. Sejak anaknya
itu putus tunang dengan Eriza tiga tahun lalu, perangai Hakimie juga sudah
berubah. Hakimie seolah-olah menjauhkan diri daripada jatuh cinta sekali lagi.
Anaknya itu seolah-olah sudah kurang keyakinan dengan kaum Hawa.
Inilah
yang Hakimie bosan bila papa sudah mengutarakan soal kahwin. Pasti akan timbul
juga soal Eriza. Gadis yang pernah menjadi tunangannya. Gadis yang pernah
dicintai sepenuh jiwanya. Namun, gadis itu juga yang telah melukakan hatinya
bila memutuskan pertunangan mereka di saat-saat mereka hampir menuju ke gerbang
perkahwinan.
Benar
dia kecewa sangat dengan perbuatan Eriza yang begitu tegar memutuskan
pertunangan mereka kerana mengejar cinta lelaki lain. Namun dia sudah dapat
menerima hakikat perpisahannya dengan Eriza. Malah dia sudah tidak menaruh
apa-apa harapan lagi pada gadis itu untuk kembali kepadanya. Baginya, Eriza
sama saja dengan perempuan lain yang suka bermain dengan cinta. Dia sedar,
jodohnya bukan bersama Eriza Tan Sri Khalid.
Cuma
itulah… kekecewaan itu membuatkan dia kurang percaya pada kaum Hawa sekali lagi.
Baginya, wanita umpama mawar berduri. Nampak cantik dan harum, namun durinya
cukup tajam hingga membuatkan sesetengah manusia terluka. Jika sebelum ini dia
memang pernah fobia pada wanita, tapi kehadiran Eriza menyuntik semangat baru
dalam hidupnya. Eriza begitu bermakna buat dia. Tapi… akhirnya gadis itu juga
telah mengkhianatinya. Membuatkan dia serik dengan insan bergelar wanita.
“Papa
bukan nak paksa Kimie untuk berkahwin dalam masa terdekat ini. Papa cuma mahu
Kimie beri ruang kepada diri sendiri untuk bercinta sekali lagi. Jangan kerana
kekecewaan masa lalu, Kimie dah serik untuk bercinta lagi. Bukan semua wanita
itu sama perangainya, Kimie. Cubalah beri ruang itu untuk Kimie mengenali hati
budi mereka. Jangan jadikan kenangan lalu punca Kimie menolak cinta dalam hati
Kimie tu.” Sambung Dr. Haji Helmie lagi. Cuba menyuntik kata-kata semangat buat
anaknya.
Hakimie
tertawa kecil. Kata-kata papanya itu kedengaran lucu pula pada cuping
telinganya. Papa kalau bagi nasihat memang pandai. Dia suka mendengar segala
nasihat papanya tapi… nasihat papa tentang perempuan kedengaran lucu pula pada
dia.
Bukannya
papa tak boleh nak bagi nasihat berkaitan dengan cinta, rumah tangga dan
wanita. Cuma… kelakar! Itu saja jawapan yang dia ada.
“Aik…
ketawa pulak dia. Papa tengah serius
ni, Kimie boleh pulak ketawakan
papa.” Tungkas Dr. Haji Helmie bila anaknya itu sudah mula ketawa-ketawa.
Anaknya
itu begitulah, jika diajak berbicara soal nikah-kahwin ini bukannya mahu ambil
serius. Malah dia pula yang ditertawakan. Entah apa yang kelakar sangat pada
nasihatnya itu.
“Macam
manalah Kimie tak ketawa. Papa ni pandai sangat nak suruh Kimie kahwin. Tapi
papa tu… sampai sekarang ni masih menduda jugak.
Langsung tak nak buka pintu hati papa tu dekat sesiapa. Kalau Kimie yang kahwin
dulu, tu langkah bendul namanya, pa. Kimie tak naklah langkah bendul pulak. Sebagai anak dan lagi muda
daripada papa, biarlah Kimie mengalah. Biarlah papa yang nikah dulu sebelum
Kimie.” Sambil berkata, bibir Hakimie tersungging senyuman nakal. Hatinya rasa
digeletik rasa suka dapat mengusik papanya.
“Tu
hah… Mak Cik Siti dah lama sangat menunggu papa. Papa saja yang buat tak layan.
Kesian Kimie tengok Mak Cik Siti tu. Setia benar nampaknya dia dekat papa.”
Sambung Hakimie lagi bersama gelak tawanya yang sudah pecah.
Sememangnya
itulah kenyataan. Papanya pandai-pandai hendak menyuruh dia mendirikan rumah tangga.
Namun, papanya sendiri sampai sekarang ini masih terus menduda sejak berpisah
dengan mamanya. Bukannya tiada perempuan yang cuba mengorat papanya, tapi
papanya saja yang tak nak melayan. Mak Cik Siti, jiran mereka sewaktu di rumah
lama dulu sudah lama menaruh hati pada papanya. Cuma papanya saja yang buat
tidak tahu. Buat tidak kisah pada perasaan Mak Cik Siti. Kasihan Mak Cik Siti.
Sampai mereka berpindah ke rumah baharu ini, papa tetap tidak membalas cinta
Mak Cik Siti.
Dr.
Haji Helmie mengetap bibir. Inilah yang dia malas hendak berbicara soal
nikah-kahwin dengan Hakimie. Pasti anak itu akan memulangkan paku buah keras
kepadanya semula.
“Papa
lain Kimie. Papa ni dah tua. Dah tak layak nak fikir soal nikah-kahwin ni lagi.
Yang penting, tumpuhkan perhatian pada amal ibadah dan dekatkan diri pada
ALLAH. Soal kahwin ni dah tak termasuk dalam senarai.”
“Tua-tua
papa pun… masih laku jugak. Papa tu
aje yang selalu nak jual mahal.”
Itulah
hakikatnya. Papanya biar sudah berusia, tapi masih ramai juga yang hendak
mengorat papanya itu. Cuma… papanya tidak pernah melayan. Bukannya dia tak tahu
senarai peminat-peminat papanya itu. Waktu dia kecil dulu pun, cikgu kelasnya
Cikgu Saripah minat giler-giler dekat
papanya. Tapi papa buat ‘dek’ aje. Sampaikan Cikgu Saripah berputus asa nak
pikat hati papa.
Dr.
Haji Helmie hanya mampu menggeleng. Itulah dia Muhammad Hakimie. Anak lelakinya
yang terlalu bijak mengelak bila diajak berbicara soal perkahwinan. Alih-alih,
dia pula yang terkena.
“Bercakap
dengan Kimie ni… memang takde
kesudahannya. Ada saja modal nak menjawab. Dahlah… papa nak masuk tidur. Esok
pagi papa dah janji dengan kawan nak keluar berjoging bersama.”
“Kawan?
Hah… ini mesti perempuan kan? Bakal mak tiri Kimie ke? Papa ni baru aje pindah
kat sini pun dah ada kawan ye.” Galak
Hakimie mengiat papanya yang sudah bangun dari duduk. Bersedia untuk naik ke
atas.
“Bakal
mak tiri apanya? Kawan papa tu lelaki. Jiran kita yang tinggal kat sebelah ni
ha. Tu la kamu… jarang sangat balik rumah sampaikan jiran yang duk sebelah
rumah kita ni pun Kimie tak kenal.” Dr.Haji Helmie menggumam.
Mereka
anak-beranak memang masih baru tinggal di sini. Baru tiga bulan. Rumah ini
adalah rumah yang dibeli daripada seorang kawan. Rumah lama yang terletak di
Taman Seri Jaya telah disewakan kepada orang lain.
Hakimie
tidak menjawab. Dia hanya ketawa saja.
“Kimie
pula jangan tidur lewat sangat. Fikir-fikirkanlah apa yang papa cakapkan tadi.
Untuk kebaikan Kimie jugak. Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam,
pa. Sweet dreams, pa. Jangan lupa mimpikan
Mak Cik Siti ya.” Ucap Hakimie sambil masih lagi terus mengusik.
Dr.
Haji Helmie menggeleng-geleng. Nakal benar anaknya itu. Sempat juga mahu
mengusik dirinya ini. Alahai… dengan Puan Siti si janda beranak lima itu pulak tu.
Setelah
kelibat papanya tidak kelihatan, Hakimie menghela nafas lega. Mujurlah dia
pandai mengelak daripada terus diasak dengan soalan nikah-kahwin daripada
papanya sebentar tadi. Sudahlah dia memang tidak suka mendengar persoalan itu.
Papanya pula suka bangkitkan hal itu depan dia.
“Bosan!”
tungkas Hakimie.
Bukannya
dia anti-wanita. Cuma… kenangan-kenangan lalu membuatkan dia seolah-olah
alergik dengan wanita. Rumah tangga papanya yang berkecai dan pertunangannya
yang terputus ditengah jalan membuatkan dia fobia untuk menyintai seorang
wanita. Baginya semua wanita sama saja perangainya. Sama seperti mama dan
Eriza. Dia tak akan percaya lagi.
******************************************************************************
TERKEBIL-KEBIL
mata Zara memandang siling yang dicat dengan warna putih. Hatinya dipagut rasa
geram yang teramat sangat. Geram dengan si mamat
poyo yang memang sengaja hendak
mencari pasal dengannya siang tadi. Tahulah Hakimie itu bos dia, tapi janganlah
sesuka hati nak buli staf bawahan sepertinya ini pula.
Arghhh…
Zara rasa ingin menjerit sekuat hati. Sakit benar hatinya dengan keangkuhan
Ketua Arkitek baharu Star Properties Snd Bhd itu siang tadi. Berlagak lebih
sangat. Muka tu pula poyo semacam
aje. Langsung tak senyum. Hensem pun,
kalau muka ketat semacam tak guna juga. Itu baru jadi Ketua Arkitek, kalau jadi
pemilik Star Properties Snd Bhd, entah macam mana angkuhnya lagi muka si
Hakimie itu agaknya. ‘Mujurlah dia itu bukan anak pemilik syarikat.’ Komen hati
Zara.
Ingatkan
bila Puan Rohana sudah berpindah ke tempat lain, dia akan bebas seperti sang
burung. Rupanya dia silap. Kali ini dia ‘berjumpa’ pula dengan sang singa
jantan. Lagi ganas daripada Puan Rohana.
Huhuhuuu…
apalah nasib!
Tahulah
yang dia telah melakukan kesalahan dengan melanggar belakang kenderaan Hakimie
pagi tadi, tapi janganlah nak ambil kesempatan hendak membalas dendam pula. Tak
adillah namanya tu. Dia paling benci orang yang tak berlaku adil sebegitu. Mentang-mentang
jadi tuan ketua, sesuka hati nak jalankan edisi buli-membuli. Itu baru sehari
mereka bekerja di bawah satu bumbung, jika sudah lama sah akan menjadi-jadi
sifat kaki buli si Hakimie itu.
Bayangkan,
pagi tadi tak pasal-pasal lelaki itu menyuruh dia membuat air kopi untuknya. “Ingat
aku ni setiausaha dia ke? Kan Kareena ada. Sepatutnya kerja-kerja seperti itu
Kareenalah yang kena buat. Tentu Kareena berbesar hati menyediakan minuman mamat poyo tu. Kareena kan minat tahap
meroyan dekat dia. Memanglah ringan tulang bila disuruh. Apa kena mengena
dengan aku pulak? Aku ni hanya
seorang arkitek biasa sahaja. Bukan setiausaha merangkap pembuat kopi!” Zara
berkata sendiri melepaskan amarah yang bersarang dalam hati.
“Lagipun…
aku kerja kat sana ditawarkan jawatan sebagai seorang arkitek, bukannya sebagai
setiausaha. Jadi buat apalah nak suruh aku buat semua kerja tu. Tu… nampak
sangatlah nak kenakan aku. Nak balas dendam dengan aku sebab dah terlanggar
kereta dia pagi tadi. Arghhh… tak
sukanya!!!” Dia menyambung lagi. Meluahkan sakit hati pada Hakimie dengan
menumbuk-numbuk bantal peluknya. Bayangkan itu adalah wajah Encik Muhammad
Hakimie yang cukup menyebalkan.
Kalau
hari-hari dia marah-marah begini, alamatnya tak lama lagi dia akan masuk ke
dalam group Puan Rohanalah jawabnya.
Masuk group pesakit darah tinggi!
Dia
bangun dari baringnya. Kemudian melompat turun dari atas katil. Langkahnya
dibawa ke rak kecil menempatkan segala novel-novel dan peralatan melukis.
Pantas sahaja dia mencapai pensil dan kertas putih. Daripada tak dapat tidur,
ada baiknya dia menconteng sesuatu untuk memuaskan hatinya sendiri. Lagipun…
sudah lama dia tak buat aktiviti menconteng ini. Selalu tu asyik buat design rumah aje.
Kerusi
ditarik kemudian dia duduk. Kedua belah tangan menongkat dagu. Cuba berfikir
apa yang perlu dia lakukan di waktu matanya liat hendak terlelap.
“Nak
lukis apa ya?” soal Zara pada diri sendiri. Otaknya ligat berfikir apa yang
perlu dia lukis pada waktu tengah malam begini. Dulu waktu zaman sekolah dia
memang suka subjek lukisan. Malah lukisannya juga pernah memenangi tempat
pertama ketika pertandingan antara daerah serta dianugerahkan pingat pelukis
muda berbakat.
Waktu
dekat universiti dulu pun, dia selalu melukis juga. Hasil lukisan itu akan
dijual kepada rakan-rakan sekuliah dan dijadikan duit poket untuk menampung
perbelanjaannya. Ada juga di antara lukisan-lukisannya yang mendapat tempat untuk
dijual di Galeri Raja Rezza, abang iparnya itu. Dapatlah duit sampingan
sedikit.
Ting!
Tiba-tiba
mentol kecil menyala di kepala.
Tersengih-sengih
dia dibuatnya. Waktu-waktu begini, timbul pula idea yang dirasakan cukup bernas
ini. Lantas dia terus mencapai pensil. “Bagus-bagus… dapat juga aku nak
lepaskan geram. Lepas ni bolehlah aku tidur dengan nyenyak. Heheheee…” Zara berbicara sendiri.
Laju
tangannya menconteng kertas putih di depan. Bibirnya sudah tersungging dengan
senyuman.
Figura
seorang lelaki mula bermain-main di layar ingatannya. Heheheee…
BERSAMBUNG...
Hehel...lukis ape tu zara.....
BalasPadamheheheee..lukis encik poyo..
Padam