Bila lagu cinta
bergema
~2~
“MORNING my sweet princess!”
Sapaan itu membuatkan Balkish terkejut. Bulat matanya memandang wajah Harriz
yang sedang bersandar megah pada BMW hitam milik lelaki itu. Baru sahaja
Balkish hendak membuka pintu pagar rumah, tetiba sahaja dia sudah disapa oleh
satu suara yang amat dikenalinya itu. Suara yang selalu menganggu hidupnya
sejak akhir-akhir ini sehinggakan kadang-kadang dia rasa hilang sabar dengan
lelaki itu. Mujurlah dia tak menjerit akibat terkejut mendengar sapaan lelaki
itu.
Harriz
yang bersandar penuh bergaya pada BMW hitamnya yang bersinar-sinar itu sudah
tayang senyuman semanis gula-gula lolipop. Spontan itu juga Balkish mengerling
jam di tangan. Baru pukul 7.15 minit pagi. Awalnya lelaki itu sudah tercegat
depan pintu pagar rumah. Hisy… awal pagi lagi dia sudah disajikan dengan wajah
Harriz yang konon tahap hensem meletup itu.
“Eh…
Encik Harriz? Buat apa kat sini pagi-pagi begini?” Soal Balkish sambil cuba
memaniskan air mukanya. Ikut rasa hati mahu diterkamnya lelaki itu. Namun dia
perlu sabarkan hati. Takut bila tahap kesabarannya sudah hilang, ada jugak anak
Tan Sri yang dihantar masuk ke ICU dek terkena kungfunya pagi itu.
Jangan
kata dia pergi ziarah rumah cousin dia awal pagi begini sudah. Nampak sangatlah
yang dia kelentong! Sambung Balkish dalam hati.
“I
dari rumah cousin I yang tinggal
sekitar area ni tadi. Lepas tu teringat pulak dekat you. Pasal tu I singgah kat
sini mahu jumpa you. I rasa hidup I ni tak akan lengkap kalau tak nampak muka
you sehari. Dah macam jadi kebiasaan pulak I mesti tengok you dulu baru dapat
buat kerja. Kalau tak… semua kerja macam tak menjadi.” Selamba biawak Harriz
menjawab soalan Balkish.
Balkish
menjulingkan biji matanya ke atas. Kan betul apa aku fikir. Mesti buaya jantan
ni akan cakap begitu. Nampak sangat yang dia tu sebenarnya memang sengaja
tunggu aku kat sini. Takkan seawal pagi begini dah ziarah rumah cousin dia? Tak masuk dek akal. Aduh…
ini yang aku malas bila King Of The
Crocodile ni dah tahu alamat rumah aku. Sah dia akan ganggu hidup aku lepas
ni.
Arghhh…
rimasnya! Ini semua kak Norma punya pasal. Nantilah kak Norma… sampai aje kat
ofis Kish siat-siat kulit putih gebu kak Norma tu bagi makan kat ikan jerung.
Pepandai aje bagi alamat Kish dekat King
Of The Crocodile ni!
“You
dah nak gerak ke pejabat ke?” tanya Harriz. Awal pagi begini sudah dapat
menatap wajah cantik Balkish membuatkan dia semakin bersemangat. Kalau
hari-hari macam ini, alangkah indah hari-hari yang dilaluinya. Heheheee…
Balkish
sekadar mengangguk. Malas hendak berbual panjang dengan Harriz yang tak pandai
faham bahasa itu. Fikirannya kini hanya terlekat pada kak Norma. Tak sabar rasa
hatinya hendak menyerang ibu kepada tiga orang cahayamata itu. Sesuka hati saja
bagi alamatnya kepada Harriz. Tak pasal-pasal dia sudah mengadap muka lelaki
itu di awal pagi. Husy!!!
“Kalau
macam tu biar I hantarkan Balkish. Kebetulan I juga nak jumpa Abang Mie pagi
ni.” pelawa Harriz. Bibirnya tersungging senyuman manis. Senyuman yang bisa
mencairkan hati para wanita. Namun sayang senyuman itu tidak dapat melembutkan
hati Balkish.
Amboi
Harriz ni, rajin pula dia jumpa Fahmie sejak akhir-akhir ini. Nampak sangat
yang dia nak pergi menyelam sambil minum air.
“Eh…
takpe-takpe Encik Harriz. Saya ada kereta sendiri. Saya boleh memandu
sendiri ke pejabat. Tak payahlah Encik Harriz nak susah-susah hantarkan saya.”
Tolak Balkish. Hisy… macamlah aku ni
takde kenderaan sendiri nak pergi ke
pejabat. Kalau pun aku takde kereta,
aku lebih rela naik bas berhimpit macam ikan sardin daripada tumpang Harriz
buaya jadian ini. tak pepasal aku kena ‘ngap’
pula di tengah jalan. Husy… nauzubillahminzalik. Orang lelaki ni
bukannya boleh percaya sangat. Lebih-lebih yang kaki perempuan macam ini. Ada
saja helanya.
“Takpe… I ikhlas. Lagipun I rela susah
disebabkan you, Balkish. I lagi suka.”
Balkish
mengetap bibir. Susah betul bila bercakap dengan orang yang tak pandai faham
bahasa macam Harriz ini. Itu yang membuatkan Balkish tak sukakan Harriz. Lelaki
itu selalu membuatkan dia rimas dengan setiap perbuataannya.
“Takpelah Encik Harriz. Saya boleh memandu
sendiri. Terima kasih sajalah atas pelawaan Encik Harriz tu…” Ayat Balkish
tergantung di situ setelah mendengar pintu grill rumah ditutup dan bunyi tapak
kaki kasut tumit tinggi milik Aleya dan Ella kedengaran.
Aleya
dan Ella tersenyum miang kala terpandang wajah hensem yang sudah terpacak awal
pagi di depan rumah sewa mereka itu. Awal pagi lagi mata disajikan dengan wajah
hensem, menambahkan semangat dalam diri Aleya dan Ella. Kalau hari-hari macam
ini, Aleya dengan Ella sanggup menjadi penunggu setia depan pintu pagar.
Asalkan dapat cuci mata melihat wajah hensem ala korea itu. Heheheee!
“Hah… itu pun kawan-kawan saya dah
keluar. Saya pergi dulu ye Encik Harriz. Takut terlambat pulak masuk ofis
nanti. Assalammualaikum…” Tanpa berlengah Balkish menuju ke arah MyVi kuning
miliknya. Meninggalkan Harriz yang sudah terpinga-pinga dengan tindakan
sepantas kilatnya itu.
Ella
sudah masuk ke dalam kereta bila terlihat isyarat mata daripada Balkish. Belum
sempat dia hendak menyapa lelaki hensem itu, Balkish dah bagi isyarat mata
menyuruh dia segera masuk ke dalam perut MyVi kuning milik sahabatnya itu. Mahu
tak mahu kenalah dia akur. Huhuhuuu…
Manakala
Aleya pula terus berlalu ke pintu pagar. Hari ini giliran Aleya yang menutup
pintu pagar. Tadi Ella sempat berbisik mengatakan dia sudi menutup pintu pagar
untuk hari ini bagi menggantikan tempat Aleya. Amboi… Ella kalau nampak lelaki hensem aje terus tunjuk rajin. Selalu
dialah yang paling malas nak tutup pintu pagar rumah kalau hendak pergi kerja.
Susah sangat nak disuruh. Namun Aleya menolak kesanggupan sahabatnya itu.
Macamlah dia tak tahu niat Ella yang hendak beramah-tamah dengan si hensem itu.
Ceh!
Aku pun mahu juga bertegur sapa dengan mamat hensem tu. Ingat dia sorang aje ke
yang mahu? Sorry ek Cik Ella ratu
dangdut… Cik Aleya ratu kebaya pun mahu jugak berkenalan dengan si hensem ini. Pat-pat siku lipat, siapa
cepat dia dapat! Khakhakhaaa…
“Apasal
dengan mamat hensem tu Kish? Awal
pagi lagi dia dah datang ke sini.” Tanya Ella ketika Balkish sudah mengambil
tempat duduk di kerusi pemandu. Manakala dia sudah pun bersandar duduk di
kerusi sebelah. Kepalanya sempat berpusing melihat kelibat Aleya yang sedang
bersembang dengan si hensem itu. Bertuahnya budak montel itu. Dapat pulak
bersembang dengan mamat hensem yang baru dikenali semalam.
“Entah!
Mengigau kut.” Acuh tak acuh sahaja Balkish menjawab. Dia membetulkan cermin
pandang belakang. Memandang kelibat Aleya yang sudah terpusing-pusing melayan King Of The Crocodile itu. Balkish
mendengus. Hisy… si Aleya ni sempat
jugak melayan buaya jadian tu! Kena ngap
dengan buaya jadian tu baru padan dengan muka. Habis segala isi dan lemak-lemak
dia tu kena baham. Yang tinggal cuma tulang!
Pon!
Pon! Pon!!!
Balkish
membunyikan hon kereta. Beri isyarat yang dia hendak mengeluarkan keretanya. Si
Aleya ni pun dua kali lima aje dengan Ella. Pantang nampak lelaki hensem.
Mulalah nak jual taik minyak. Ngam sangatlah jumpa dengan King Of The Crocodile
yang suka bagi ayat-ayat cinta itu. Memang cerita bertambah jadi menarik.
“Aku
pelik betullah dengan kau ni, Kish.” Tiba-tiba Ella menyuarakan rasa peliknya
dengan sikap Balkish itu. Dia masih lagi memandang ke belakang. Untungnya si
budak gemuk ni… awal-awal lagi sudah dapat bersembang dengan si hensem itu. Aku jugak yang telan air
liur. Huhuhuuu… Kenapalah hari ini bukan giliran aku yang tutup pintu pagar?? Arghhh… kecewanya hati ini.
“Pelik
kenapa pulak?” tanya Balkish sambil
masih memandang cermin pandang belakang. Melihat kereta BMW Harriz yang sudah
pun berlalu meninggalkan blok D kawasan perumahan Sungei Wang. Lega rasa
hatinya. Berambus juga buaya jadian itu akhirnya. Alhamdulillah…
“Iye la… macam itu punya hensem muka mamat tu pun kau tak nak
layan. Sudahlah hensem, pakai kereta
besar pulak. Sah-sah mamat hensem tu tergolong dalam golongan
orang-orang kaya. Takkan itu pun kau nak reject
jugak, Kish. Tolak tuahlah namanya tu.” Kata Ella bersungguh-sungguh.
“Itu
pendapat kau. Pendapat orang yang hanya tengok pada muka, kereta besar dan
harta semata-mata. Bagi aku… kalau aku reject
Encik Harriz tu pun, aku tak akan kehilangan tuah yang kau katakan tu. Kau
belum kenal Encik Harriz tu siapa? Dia tu playboy
nombor satu kat KL ni. Hisy… aku tak
naklah jadi mangsa Encik Harriz yang seterusnya. Nauzubillahminzalik.”
“Owh…
nama mamat hensem tu Harriz ye, Kish?
Hurmmm… macam familiar ajelah nama dia tu Kish.” Ella masih belum berhenti
bercakap mengenai Harriz.
“Hrmmm… nama si buaya tu Harriz.
Memanglah kau macam familiar nama tu.
Sebab dia tu memang terkenal dengan sikap buaya darat dia kat KL ni. ‘Gila friend’ dia keliling pinggang.
Pasal tu aku cakap aku tak nak jadi mangsa Encik Harriz tu yang seterusnya. Tak
pasal-pasal merana jiwa.”
“Kau
ni Kish… tak baik tau cakap begitu.” Bidas Ella tak puas hati bila Balkish
berkata begitu. Patut ke kata ‘gila
friend’? Tak patutkan…….
“Kalau
aku la di tempat kau… aku rela jadi mangsa Encik Harriz tu, Kish. Dahlah dia hensem ala-ala hero Korea. Kaya-raya
pulak. Bertuah badan.” Ella mencela lagi. Bibirnya yang sentiasa dioles dengan lipstick warna merah menyala itu sudah
tersungging senyuman gatal tahap kucing betina siam. Ini kalau lembu Haji Rosli
nampak bibir Ella yang merah menyala ni sah kena sondol.
Balkish
sudah mencebik. Si Ella ni kalau pasal lelaki hensem aje mesti dia rela segala hal. Hai… parah betul penyakit
budak Ella ni. Mujurlah dalam rela-rela dia tu body tak tergadai. Hisy…
nauzubillahminzalik!
“Iye la… bertuah la sesangat. Esok lusa
bila dia jumpa perempuan yang lebih cantik dan muda, dia tinggalkan kau… baru
kau sedar yang kau tu bernasib malang. Tapi waktu tu dah tak guna kau nak
menyesal, nasi dah jadi bubur Cik Aziella oi.” Komen Balkish.
Ella
menjeling geram. Hisy… Kish ni! Suka
betul nak memanipulasi fikiran aku. Baru aje aku nak pasang angan-angan bercinta dengan lelaki bernama Harriz
yang hensem itu, Kish dah musnahkan angan-angan aku. Haprak punya kawan!
Aleya
yang sudah memboloskan diri masuk ke tempat duduk belakang MyVi milik Balkish
tersungging senyuman manis. Seronok betul dia bila dapat berbual dengan Harriz
walau pun hanya sebentar. Bertambah gembira bila Harriz memuji dirinya. Kata
Harriz, Aleya nampak cantik sangat hari ini. Hahahaaa…
Tanpa
sedar tawanya terkeluar. Ingat nak ketawa dalam hati saja. Tak sangka pula
boleh terkeluar.
Pantas
dua kepala berpaling serentak. Terkejut mendengar ketawa Aleya yang tak
semena-mena itu. Entah apalah yang kelakar sangat sampai budak chubby yang comel itu boleh tergelak.
“Opsss… sorry!” pinta Aleya sambil
menekup bibirnya dengan kedua belah tangan.
******************************************************************************
“ALAAA…
sorrylah Kish. Akak bukannya sengaja
nak bagi alamat rumah Kish dekat Encik Harriz. Tapi akak terlanjur kata. Tengah
syok-syok bercerita, tersasul pula terbagi alamat rumah Kish.” Ujar Kak Norma
bersungguh-sungguh. Memang dia tak berniat pun hendak memberitahu alamat rumah
Balkish pada Harriz. Tapi dia telah terlanjur memberitahu alamat rumah Balkish
tanpa sedar. Ini semua sebab dah naik syok bercerita dengan Harriz yang hensem
bergaya itu. Hahahaaa…
Balkish
tarik muka. Macamlah dia tak tahu dengan perangai kak Norma yang suka
kenan-kenankan dia dengan Harriz. Konon Harriz itu cukup padan kalau
bergandingan dengannya. Ceh! Pandai-pandai aje
kak Norma nak padankan dia dengan Harriz si buaya jadian itu. Kalau pun kak
Norma tu dah bermurah hati sangat nak jadi tukang cari jodoh untuknya, carilah
lelaki yang baik sikit. Yang boleh diharap. Bukannya lelaki berstatus King Of The Crocodile. Itu bukan cari
jodoh lagi namanya, tapi cari masalah.
“Kish
marah akak ke? Kish… akak mintak maaf banyak-banyak. Akak betul-betul tak
sengaja. Sumpah!” kak Norma mengangkat sebelah tangannya seolah-olah sedang
melafazkan ikrar.
“Iye la tu… berani aje bersumpah. Nanti-nanti Kak Norma kena baham dengan sumpah
sendiri. Baru padan dengan muka tu.” Gumam Balkish.
Lina,
Siti dan Suzila sudah mengangguk-angguk. Bersetuju sangat dengan kata-kata
Balkish. Jangan berani-berani nak bersumpah. Nanti tak pepasal kena telan dek sumpah sendiri. Abang Erman jugak
yang untung. Mana taknye… dapat
kahwin baru. Khakhakhaaa…
Kak
Norma tersengih. Wajah Balkish ni biar pun masam tetap kelihatan cantik. Ramai
yang kata Balkish ada persis wajah Datin Norjuma. Jadi tak hairanlah jika
Harriz Tan Sri Hamdan yang playboy
itu boleh terkejar-kejarkan Balkish. Orang cantik la katakan!
“Akak
berani bersumpah sebab akak cakap perkara yang sebenar. Akak memang tak sengaja
terbagi alamat rumah Kish dekat Encik Harriz.” Sekali lagi Kak Norma mengulangi
ayat yang sama. Perkataan ‘TER’ sengaja ditekankan supaya Balkish tahu yang dia
benar-benar tak sengaja.
“Petang
semalam lepas balik dari ofis… akak dengan husband
dan anak-anak pergi beli barang dapur dekat Jusco. Tak sangka boleh terserempak
dengan Encik Harriz dekat situ. Akak pun berbual la kejap dengan Encik Harriz.
Dia banyak sangat tanya pasal Kish. Tengah sedap-sedap berborak tu… entah macam
mana akak boleh terbagi alamat rumah Kish dekat Encik Harriz. Bukannya akak
suka-suka nak kasi pun. Mulut ni yang tak sengaja nak kasi.” Terang kak Norma.
Dia tak naklah Balkish sangka yang dia ni suka-suka nak kasi alamat gadis manis
itu dekat Encik Harriz. Dia bukannya tak tahu bagaimana antinya Balkish dekat
Harriz. Macamlah Harriz tu virus yang boleh memudaratkan aje dalam hidup Balkish.
“Hah… lain kali kalau Kak Norma berbual
dengan Encik Harriz tu kenalah control
sikit. Jangan nak over acting sangat.
Kan dah terbagi alamat si Kish ni. Kish jugak yang susah.” Suzila mencela.
Perkataan ‘TER’ sengaja ditekannya sama seperti Kak Norma tadi. Bibirnya pula
sudah tersungging senyuman sinis. Sengaja mahu menyakitkan hati kak Norma.
Dengar
saja suara si Suzila yang sudah mencela itu, pantas saja kak Norma menjengilkan
biji matanya. Hisy… budak Zila ni!
Dah bersusah-payah aku nak pujuk si Kish ni dia pulak sengaja nak buat Kish
marah balik. Aku sekeh kang kepala tu, baru tau!
“Akak
kan dah kata yang akak tak sengaja.” Kak Norma bersuara dengan kuat. Marahlah
tu.
“Iye la… iye la. Kish maafkan Kak Norma. Lain kali jangan buat lagi.”
Balkish yang tak suka nak memanjangkan hal sudah memberi kemaafan kepada kak
Norma. Dia bukannya marah sangat pun. Saja nak gertak. Bagi pucat sikit muka Kak
Norma yang selalu berlagu riang itu.
Mendengar
kemaafan yang diberikan oleh Balkish membuatkan Kak Norma tersenyum lebar.
Rasanya lebar senyuman Kak Norma dah sampai ke telinga. Maklumlah… orang dah
buat salah besar. Mestilah happy bila
dah diberi kemaafan. Heheheee…
“Ini
yang akak sayang dekat Kish. Meh sini
cium sikit…” Kak Norma memeluk Balkish. Bibirnya yang merah menyala itu sengaja
dirapatkan ke pipi Balkish. Konon nak menghadiahkan ciuman paling mahal buat
gadis manis itu.
“Eiii… apa ni Kak Norma? Dah… dah… tak
payah nak cium-cium. Hisy… gelilah!”
Balkish menolak mulut Kak Norma yang sudah memuncung hampir mendarat ke
pipinya.
Kak
Norma ketawa besar. Lega rasa hatinya melihat wajah Balkish yang kembali
tersenyum itu. Balkish ni marah bukannya lama mana pun. Marah-marah sayanglah
katakan.
“Kish…
aku tanya sikit boleh tak?” Setelah melihat Balkish kembali tersenyum, Lina
memberanikan diri untuk bertanya. Takut juga dia melihat wajah garang Balkish
tadi. Mana taknya, tak pernah dia lihat Balkish mengamuk macam itu tadi.
Sampai-sampai aje terus serang Kak Norma. Pucat wajah Kak Norma dek serangan
hendap Balkish itu.
Balkish
menoleh ke arah Lina. Keningnya dinaikkan.
“Tapi
kau kena janji tak akan marah.” Ujar Lina ragu-ragu.
Balkish,
Kak Norma, Siti dan Suzila saling berpandangan. Hisy… suspen betul soalan yang Lina nak kemukakan ni. Sampai-sampai
nak suruh Balkish berjanji supaya tak marah.
“Iye la… aku tak marah. Kenapa? Teruk
sangatkah aku marah tadi?”
Serentak
itu empat kepala mengangguk-angguk umpama burung belatuk. Memang menakutkan
bila Balkish mengamuk tadi. Macam mak gorilla.
“First time nampak kau marah Kish. Garang
sangat. Dah serupa mak gorilla pulak aku tengok. Kecut perut aku tengok. Tak
pernah aku tengok kau segarang itu.” Siti memberi komen. Cuak benar dia melihat
kemarahan Balkish tadi.
“Betul…
betul… betul.” Kak Norma sudah meniru cara percakapan Ipin adik kembar si Upin
yang comel itu. Hai… besar sungguh pengaruh Upin Ipin. Sampaikan emak budak
macam Kak Norma ni pun boleh terikut-ikut rentak percakapan Upin Ipin yang
sering buat Kak Ros naik marah itu.
“Heheheee…
aku sengaja je buat-buat garang. Bagi
korang takut sikit. Ini semua Kak Norma la punya pasal. Budiman sangat bagi
alamat Kish dekat King Of The Crocodile
tu.” Balkish mengerling Kak Norma. Wanita yang sudah mencecah usia 36 tahun itu
hanya tersengih ibarat kerang busuk.
“Hah…
apa yang kau nak tanya sangat ni Lina? Buat suspen je.” Balkish kembali memandang Lina.
Lina
menggigit bibirnya yang dicalit dengan lipstick
warna merah jambu. Warna kegemarannya.
“Aku
nak tanya kau sikit pasal Encik Harriz.” Teragak-agak Lina menuturkan ayat.
Takut kalau Balkish mengamuk untuk kali yang kedua pagi ini.
Balkish
yang tadi sudah ceria kembali berwajah serius kala nama Harriz meniti keluar
dari bibir comel si Lina. Aduh… apalah nasibnya hari ini? Dahlah awal pagi
bersarapan dengan muka Harriz yang sentiasa tersenyum itu. Sekarang ni pula
diajukan soalan yang berkaitan dengan Harriz pula. Kenapalah lelaki itu muncul
dalam hidupnya? Seterusnya menghantui kehidupan Balkish.
Hohohooo…
apalah dosaku sampai begini sekali buaya jadian itu menghantui hidupku ini?
Menyedari
wajah Balkish yang sudah berubah serius, pantas sahaja empat sekawan membisu. Opsss… nampaknya si Lina dah tersalah
cakap. Kali ni sah Balkish akan mengamuk lagi.
Satu-persatu
wajah sahabat-sahabatnya diperhati. Masing-masing sudah buat muka mintak
simpati. Alahai… kesian pula dia bila lihat wajah lima belas sen setiap seorang
sahabat-sahabatnya itu. Terutama sekali Kak Norma. Bukan setakat buat muka lima
belas sen, tapi dah jadi muka satu sen. Husy…
over acting betul Kak Norma ni. Padan
sangat dengan gelaran yang diberikan kepadanya itu, Primadona!
“Kau
janganlah serius macam ini Kish. Kecut perut kami tengok kau begini. Aku ni
bukannya apa… sekadar bertanya untuk menyelesaikan apa yang berserabut kat
dalam kepala otak aku ni. Itu aje. Takde
niat pun nak kenen-kenenkan kau dengan Encik Harriz si King Of The Crocodile itu seperti yang Kak Norma selalu buat.”
dihujung kata Lina cuba buat lawak dengan memanggil nama yang selalu Balkish
gunakan untuk Harriz. Malang lawaknya itu tidak menjadi bila Balkish masih
enggan memaniskan wajahnya. Serius tahap ibu tiri bawang putih.
“Hisy… apa pulak nak libatkan akak dalam
hal ni?” Gumam Kak Norma bila namanya sudah dilibatkan sama.
Balkish
menarik nafas. Kemudian dihembuskan perlahan-lahan. Cuba mengawal rasa amarah
yang kembali bertandang. Awal pagi lagi kawan-kawannya sudah mengutarakan tajuk
mengenai HARRIZ TAN SRI HAMDAN! Cukup membosankan!
“Hah… apa yang kau nak tahu sangat?”
akhirnya Balkish mengalah dengan merendahkan intonasi suaranya.
Bibir
Lina sudah tersungging senyuman ‘hehehe’.
“Aku
nak tahu kenapa kau tak sukakan Encik Harriz tu? Aku tengok Encik Harriz tu
bukan main beria-ia lagi sukakan kau. Siap bagi kau macam-macam lagi. Kau aje
yang tak nak layan. Kenapa ek?” soal
Lina. Kak Norma, Siti dan Suzila sudah mengangguk-angguk tanda menyokong soalan
yang diajukan oleh Lina itu. Sebenarnya mereka pun nak tahu juga apa masalah si
Balkish ni sampai tak nak layan Harriz yang hensem bergaya itu.
“Aku
tak sukalah Encik Harriz tu. Cuma itu!” pendek jawapan Balkish. Tak perlu nak
ulas panjang lebar kenapa dia tak sukakan lelaki itu. Cukup hanya itu yang
kawan-kawannya perlu tahu.
Empat
sekawan saling berpandangan. Serentak itu empat suara menyoal soalan yang sama.
“But why?”
Balkish
menggigit bibirnya yang hanya dicalit dengan lip gloss bewarna baby pink.
Warna lembut yang begitu sesuai dengan bibirnya yang mungil.
“Encik
Harriz tu buaya jadian. Teman wanita keliling pinggang. Aku tak naklah jadi
mangsa dia yang seterusnya. Bukan lelaki macam itu yang aku cari untuk aku
berikan hati aku ni. Kalau boleh aku nak cari lelaki yang bertanggungjawab dan
boleh bimbing aku.”
“Tapi
Encik Harriz tu takdelah teruk
sangat, Kish. Aku pernah nampak Encik Harriz ikut Encik Fahmie pergi solat
jumaat dua minggu lepas” Potong Siti. Baginya Harriz tak adalah teruk sangat
kalau hendak digandingkan dengan Balkish. Cuma mungkin Harriz itu kaki
perempuan. Tapi itukan boleh hilang bila Harriz sudah ketemu dengan cintanya
yang sejati. Tak mustahil Balkish boleh mengubah sikap playboy lelaki itu andai kata Balkish sudi memberikan peluang untuk
Harriz mengenalinya.
“Memanglah
Encik Harriz tu tak teruk sangat. Tapi aku memang tak sukakan dia. Soal hati
dan perasaan ni tak bolehlah nak dipaksa-paksa. Aku harap korang faham. Lepas
ni jangan tanya aku lagi kenapa aku tak sukakan Encik Harriz. Aku memang tak
sukakan dia. Itu aje.” Nada Balkish
sudah berubah tegas.
“Okeylah… kalau macam tu lepas ni kami
tak akan tanya lagi pasal Encik Harriz dekat kau.” Ujar Suzila mewakili
sahabat-sahabat yang sudah mengangguk-anggukkan kepala. Tak ubah macam burung
belatuk.
Balkish
tersenyum senang. Mudah-mudahan lepas ni dia tak akan dengar lagi soalan
berkaitan dengan Harriz Tan Sri Hamdan. Jika tidak… mahu mengamuk besarlah dia
lagi jawabnya. Heheheee!
******************************************************************************
“BALKISH…
Balkish… Balkish.” Berkali-kali nama itu meniti keluar dari bibir Harriz.
Bayangan wajah Balkish juga sudah menari-nari depan layar matanya. Setiap kali
bayangan wajah itu menerja layar matanya, setiap kali itu juga senyuman pada
bibirnya mekar dengan semekar-mekarnya. Dia benar-benar sudah angaukan Balkish.
Sampaikan setiap detik wajah Balkish pasti akan menghiasi layar ingatannya.
“Amboi…
bukan main lebar lagi senyuman Encik Harriz ni. Teringatkan seseorang ke?”
teguran Zatul mematikan lamunan Harriz. Pantas dia berpaling memandang wajah
setiausahanya yang sentiasa tersenyum itu.
“Awak
ni Zatul… tak boleh ke ketuk pintu tu dulu sebelum masuk. Ini tak… main terjah aje.
Nasib baik saya ni takde penyakit
jantung. Jika tidak… tak ke saya dah ‘jalan’ sebab sapaan awak tu.” Gumam
Harriz. Kedudukan tubuhnya yang bersandar malas pada kerusi kulit kebanggaannya
itu diperbetulkan.
Zatul
tayang giginya yang tersusun bersih. Bukan dia sengaja hendak mengejutkan
Harriz dengan sapaannya. Tapi bosnya itu yang asyik sangat melamun. Dah tu
sekejap-sekejap tersenyum pulak. Itu tak lain tak bukan mesti fikir pasal
perempuan.
Hmmm…
susah betul bila dah ada gelaran playboy
ini. Tak pernah lekang dari memikirkan pasal perempuan. Aduh… Encik Harriz ni
tak penatkah fikir pasal awek ek.
Kalau akulah, tak sanggup rasanya nak pasang ramai-ramai. Si Meon yang seorang
itu pun dah buat aku sakit kepala memikirkannya.
“Saya
dah ketuk pintulah Encik Harriz. Encik Harriz tu yang tak sedar. Asyik sangat
melayan angan. Itu tak lain mesti fikir pasal awek-awek Encik Harriz kan?” Ujar
Zatul seraya mengutarakan satu pertanyaan. Di tangannya terdapat sebuah dairi
hitam tempat dia mencatat hal-hal penting yang perlu disampaikan kepada bosnya
itu sebelum sesi bekerja dimulakan. Begitulah rutin hariannya sebelum memulakan
tugas sehariannya.
“Awak
ni tahu-tahu aje apa yang sedang saya fikirkan. Awak ada magic ke baca fikiran orang? Atau awak ni keturunan Nujum Pak
Belalang?”
“Alaaa…
saya ni dah tiga tahun bekerja dengan Encik Harriz. Dah tahu sangat dengan
perangai Encik Harriz yang sentiasa fikir pasal perempuan tu. Kalau dah macam
itu punya senyuman, tentu fikir pasal perempuan.”
Harriz
tersengih. Rambutnya yang sudah agak panjang itu dikuak ke belakang. Bergaya
sungguh dia buat aksi macam itu. Nasib baiklah Zatul ni sudah bertunang dengan
Meon budak driver dekat Elite
Corporation ini, jika tidak dia pun boleh jatuh hati dengan kehenseman bosnya
itu. Sudahlah hensem, romantik pula tu. Cuma satu yang Zatul tak berkenan.
Sikap playboy majikannya itu. Aduh…
mahu migraine Zatul melayan kerenah girlfriends Harriz yang cukup
memeningkan kepala. Mana dengan bosnya lagi. Husy… inilah padahnya kalau dah jadi seorang setiausaha. Segala hal
berkaitan dengan bos kena ambil port.
Termasuklah hal-hal peribadi.
“Hah… dah. Awak ni kalau dibagi peluang
bercakap memang susah nak berhenti. Saya ada appointment ke hari ni?”
Zatul
tersenyum. Dia cukup senang bekerja dengan Harriz. Bosnya itu tidak cerewet
orangnya.
“Yupe… Encik Harriz ada lima appointment hari ni.” Beritahu Zatul.
“Lima?
Banyaknye…”
Zatul
hanya tersengih mendengar komen yang keluar dari mulut Harriz. Pantas dia
membuka helaian dairi hitamnya. Itu merupakan dairi keramat baginya. Tak boleh
tinggal atau hilang.
“Jam
sembilan nanti, Encik Harriz ada important
meeting dengan Tan Sri dan Mr. Yap dari Cemara Holding. Lepas tu Encik
Harriz ada meeting pulak dengan Mr.
Lim dari Icon Sdn. Bhd dekat Hotel Istana. Pukul satu tengah hari Encik Harriz
ada lunch date dengan Cik Amylia.
Pukul empat petang pulak Encik Harriz ada date
dengan Cik Zurin dan pukul lapan Encik Harriz ada janji dengan Encik Fahmie
untuk bermain bowling dekat Ground Bowling.” Satu persatu aktiviti
Harriz untuk hari ini dibaca.
“Hai…
sampaikan hal peribadi pun you catat jugak ke, Zatul?”
“Mestilah
Encik Harriz. Ini semua penting tau. Manalah tahu saya terlupa. Mampuslah saya
nanti kena fire dengan Encik Harriz.”
“Okeylah Zatul, thanks. Awak memang setiausaha yang baik. Tapi sebelum tu saya mahu
awak lakukan sesuatu untuk saya hari ni.” ujar Harriz.
“Apa
dia Encik Harriz. Macam serius aje
bunyinya.”
Harriz
tayang senyuman manis.
“Takdelah serius sangat. Tapi merbahaya
sikit tu ada la.” Usik Harriz. Suka dia tengok wajah Zatul yang sudah
kebingungan itu. Nampak macam suspen sungguh. Heheheee…
“Apa
dia Encik Harriz?” ulang Zatul kembali. Suspen aje kedengaran nada suara bosnya
itu. Tugas merbahaya apalah yang hendak diberikan kepadanya ini. Harap-harap
janganlah Encik Harriz suruh aku masuk pergi ke Gunung Ledang pergi meminang
Puteri Gunung Ledang untuknya. Mahu haru biru jadinya hidup aku nanti.
“I want you call Amylia and Zurin. Cancel
date hari ni dengan diaorang.” Beritahu Harriz. Dia sudah bangun dari
duduknya. Jam di tangan sudah menunjukkan angka 8.50 minit pagi. Hanya tinggal
sepuluh minit sahaja lagi untuk dia berjumpa dengan papanya. Tak boleh nak
lambat. Biasalah papa, kalau bab-bab important
meeting ni memang tak boleh nak lewat walau seminit. Apatah lagi ini
merupakan meeting mengenai projek
usahasama bersama Cemara Holding. Projek yang memberi keuntungan juta-juta. Husy… mata duitan juga papa tu ye. Pantang
ada projek yang memberi keuntungan berjuta-juta, semua papa nak rembat.
“Tapi
Encik Harriz saya nak bagi alasan apa kalau diaorang tanya kenapa Encik Harriz
batalkan temujanji?” Zatul sudah terpinga.
“Awak
rekalah apa saja alasan. Yang penting date
dengan diaorang cancel. Okey. Good luck
Zatul Itri.” Harriz sudah melangkah keluar dengan senyuman lebar yang
menghiasi bibir.
Zatul
menggaru rambutnya yang bersanggul kemas itu. Inilah tugas yang selalu buat dia
pening kepala. Kalau dengan Cik Zurin tu bolehlah dia kelentong sikit. Bukan
setakat kelentong sikit, banyak pun takpe.
Cik Zurin tak akan banyak soal orangnya. Biasalah Cik Zurin tu. Muka aje cantik
tapi otak ‘doh’.
Heheheee…
tak baik betul aku ni mengumpat.
Tapi
masalah Zatul sekarang adalah Cik Amylia. Wanita itu bukan saja susah hendak
dikelentong, malah garang orangnya. Kecut perut Zatul bila mengenangkan Amylia
yang garang macam singa betina itu. Bila cakap Harriz takde di ofis, mulalah Cik Amylia menengking. Kalau suara
tengkingannya itu lunak merdu takpe
juga. Ini dah macam suara petir aje
kedengaran. Menyakitkan telinga dan menggugurkan jantung.
Aduh…
apalah kena dengan bos aku ni? Suka betul bagi aku tugas yang mencabar hati.
Huhuhuuu…
Ya
ALLAH… lindungilah aku dari tengkingan beracun Cik Amylia. Cik Amylia tu nampak
aje cantik dan lemah lembut. Tapi
garang mengalahkan singa betina. Entah-entah Cik Amylia ada keturunan singa
betina agaknya. Pasal tu asyik menengking aje
kerjanya. Ya ALLAH Ya TUHANKU… lindungilah aku hamba-MU yang lemah ini. Amin…
Zatul
sudah mula berdoa meminta pertolongan daripada Yang Maha Esa. Debaran di
hatinya juga kian berdegup dengan kencang bila dia terpaksa menjalankan tugas
yang penuh cabaran dan bahaya ini. Berdepan dengan Cik Amylia memang tugas yang
amat berat sekali!
Arghhh…
Encik Harriz, kenapalah suka sangat bagi aku tugas ni? Tak sukanya!!!!!
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan