BILA LAGU CINTA
BERGEMA
~6~
HARRIZ
duduk di buaian rotan yang terdapat di koridor biliknya sambil merenung ke dada
langit yang gelap. Hanya kerlipan bintang-bintang dan cahaya rembulan yang
kelihatan. Menyerikan keindahan malam itu. Sejak kebelakangan ini dia kerap
duduk di situ melayan jiwanya yang kacau disebabkan seorang wanita bernama
Balkish. Sudah agak lama juga dia tak diserang penyakit angau seperti ini sejak
hatinya berkecai hanya kerana seorang wanita yang benar-benar dicintai dulu.
Tiga tahun lalu, hatinya milik Dhia. Namun kini nampaknya hatinya sudah menjadi
milik Balkish pula. Setelah sekian lama hatinya itu tertutup buat cinta,
akhirnya kehadiaran Balkish telah membuka semula pintu hati itu.
Tiba-tiba
Harriz tersenyum. Setiap kali nama Balkish terlintas dalam benaknya, setiap
kali itu juga senyuman lebar akan menghiasi bibir kemerah-merahan miliknya.
Balkiah ada aura yang tersendiri dapat menarik minatnya. Membuka kembali
cintanya yang selama ini tertutup rapat.
Balkish!
Gadis itu memang cantik. Harriz tidak boleh menafikan kenyataan itu. Hidungnya
mancung. Bibirnya comel dan kemerahan. Kulitnya putih mulus. Matanya bulat dan
bersinar. Alis matanya melentik. Senyumannya… semanis madu. Orang kata jika
kita ada lesung pipit, senyuman kita akan nampak manis. Balkish tak ada pun
lesung pipit, namun senyumannya tetap begitu manis dipandang. Buat Harriz tak
lena tidur jadinya.
Harriz
sendiri tak tahu kenapa dia boleh sukakan Balkish. Cuma apa yang dia pasti,
pertama kali terpandangkan wajah Balkish ketika dia makan tengahari bersama
abang iparnya tiga bulan lalu, hatinya sudah terpaut. Pertama kali dia memang
sukakan rupa paras Balkish yang cantik itu. Sesuai dengan piawaian yang dia
mahukan daripada seorang wanita. Bila dia cuba mendekati Balkish, gadis itu
pula sering menghindarkan diri. Langsung tak layan ayat-ayat cintanya. Selama
ini belum pernah dia ditolak oleh mana-mana perempuan. Namun berlainan dengan
Balkish. Gadis itu terlalu sukar untuk didekati. Apa sahaja yang diberikannya,
pasti akan ditolak oleh Balkish dengan pelbagai alasan. Itulah yang membuatkan
dia semakin ingin memiliki hati keras Balkish itu. Dia dapat melihat betapa
berbezanya Balkish dengan gadis-gadis yang selama ini didampinginya. Balkish
bukan tergolong dalam perempuan yang gilakan harta dan wang ringgit
semata-mata.
Tiba-tiba
Harriz mengeluh. Tadi dia ada pergi ke rumah sewa Balkish. Niatnya macam
biasalah, hendak melepaskan rasa rindu dengan menatap wajah yang sering menganggu
lenanya itu sejak kebelakangan ini. Tapi sampai sahaja di sana, dia lihat
kereta MyVi Balkish tak ada di tempat biasa. Jiran sebelah rumah Balkish yang
bernama Kak Liza itu memberitahu bahawa semua anak dara sunti di rumah itu
telah balik bercuti di kampung masing-masing awal pagi tadi. Hampa rasa hati
Harriz ketika Kak Liza berkata sebegitu. Akhirnya dia pulang ke rumah dengan
rasa kecewa yang terbuku dalam hati. Sampaikan dia tak ada mood hendak keluar
bersuka ria dengan Amylia. Lantaklah kalau Amylia hendak merajuk sekali pun.
Dia sudah tak ambil peduli soal rajuk-merajuk ini lagi. Padanya sekarang apa
yang penting misi memiliki hati Balkish Binti Borhan. Itu yang paling penting
dan utama!
Samsung
Galaxy Note dibuka. Kemudian dia menekan peti simpanan gambar. Di situ terdapat
beberapa keping gambar-gambar comel Balkish yang diambil secara senyap-senyap.
Semua buat muka masam kecuali satu gambar Balkish tersenyum ketika berdepan
dengan abang iparnya. Manis sungguh senyuman gadis itu. Buat dia gila bayang.
Gambar itu juga telah dijadikan sebagai wallpaper skrinnya. Bila kerinduan
terhadap Balkish menyerang, gambar-gambar curi inilah yang sering dijadikan
teman pelepas rindu.
Ini
kalau Balkish tahu… tentu Balkish akan marah. Heheheee… Harriz tertawa kecil bila
terbayangkan wajah geram Balkish yang kelihatan comel itu. Rasa seperti hendak
dicubit-cubitnya pipi Balkish.
“Ehemmm…”
suara deheman yang kedengaran keras itu mengejutkan Harriz yang sedang leka
memandang wajah gadis pujaan hatinya itu. Cepat-cepat dia menyembunyikan
Samsung Galaxy Note miliknya ke dalam poket seluar tidur yang dipakainya.
“Abang
Riz tak keluar ke malam ni?” tanya Hanni yang agak kehairanan dengan adanya
kelibat Harriz di rumah malam itu. Biasanya waktu-waktu seperti ini Harriz
pasti akan keluar berhibur dengan kawan-kawannya. Tak pun keluar dengan
awek-aweknya yang gediks itu. Jarang sungguh ada kelibat abangnya itu di
rumah jam seperti ini.
“Tak!
Malas.” Pendek dan padat jawapan yang keluar dari mulut Harriz.
Dahi
Hanni berkerut seribu. Hairan binti pelik dia mendengar jawapan abangnya itu.
Tak pernah dia dengar Harriz berkata sebegitu sebelum ini. Kalau pasal keluar
berhibur, memang abangnya yang seorang itulah yang nombor satu. Sampaikan naik
pening kepala mama dibuatnya. Bukan mama seorang sahaja yang pening kepala,
papa pun ikut migraine dengan perangai anak teruna seorang ini. Bertuah punya
anak.
Harriz
pandang Hanni.
“Dah…
tak payah nak buat muka hairan ajaib tu dekat Abang Riz. Abang Riz malas nak
keluar malam ni. Takde mood. Hah… yang Hanni masuk bilik Abang Riz tak ketuk
pintu dulu ni kenapa? Main rempuh aje bilik orang. Kalaulah time ni Abang Riz
tengah tukar baju, tak ke haru.”
Hanni
ketap bibir. Amboi… bukan main lagi bahasa abangnya itu. Time susah aku
jugak yang dicarinya. Kali ni kalau ada aweks dia buat hal lagi, jangan
harap aku nak tolong. Pandai-pandai sendirilah sattle masalah.
“Eheh…
jangan nak main tuduh aje tau. Hanni dah ketuk pintu sebelum masuk tadi. Abang
Riz tu yang tak sedar. Asyik tersengih-sengih macam orang tak betul tenung
handphone Abang Riz tu. Entah apalah yang menarik sangat ada kat dalam tu
sampai bukan main lebar lagi Abang Riz tersenyum.” Hanni bersandar malas pada
pagar besi di koridor bilik tidur abangnya. Sempat juga dia memandang ke bawah.
Dari situ kelihatan kolam renang yang luas terbentang. Indah sungguh
pemandangan dari arah bilik abangnya ini.
“Iye
ke? Abang Riz tak dengar pun Hanni ketuk pintu.”
“Macam
mana nak dengar kalau Abang Riz dah asyik sangat pandang handphone Abang Riz
tu. Hanni pelik betullah dengan Abang Riz sejak kebelakangan ni. Asyik
termenung aje. Macam orang angau. Kali ni perempuan mana pulak yang buat Abang
Riz angau ni?” bersahaja sahaja Hanni berkata.
Harriz
tersengih. Hanni ni bijak betullah. Tahu aje yang dia sedang dilanda penyakit
angau. Susah betul nak sembunyikan apa-apa dari budak kecik sorang ni. Macam
Nujum Pak Belalang! Sama dengan setiausahanya si Zatul itu.
“Nampak
sangatkah yang Abang Riz tengah angau?” tanya Harriz meminta kepastian. Hanni
sekadar menganggukkan kepalanya. Sambil itu tangan disilangkan ke dada. Butalah
sesiapa yang tak nampak.
“Siapa
awek malang tu?” selamba Hanni menyoal. Kesian betul perempuan yang menjadi
mangsa cinta abangnya itu. kalau dialah… huh, tak hingin dia nak serah hati
dekat lelaki playboy macam abangnya itu.
“Sedap
bahasa aje Hanni kata awek tu malang. Awek ni bukan sembarangan awek tau. Awek
ni awek paling bertuah kat dunia ni sebab dapat membuatkan Abang Riz jatuh
cinta padanya. Belum pernah Abang Riz rasa perasaan macam ni sepanjang hidup
Abang Riz.” Tutur Harriz penuh semangat. Hanni ni kalau bercakap tak pernah nak
berlapis. Main ikut sedap mulut dia tu aje. Tak padan dengan kecik! Bebel
Harriz dalam hati.
Hanni
mencebik. Harriz ni kalau pasal perempuan memang nombor satu. Dasar buaya
darat! Playboy Metropolitan!
“Hurmmm…
iye la tu Abang Riz. Macamlah Hanni ni tak tahu dengan perangai Abang Riz yang
kaki perempuan itu. semua perempuan pun abang Riz kata bertuah bila dapat abang
Riz. Tapi yang sebenarnya diaorang tu malang sebab lepas aje Abang Riz dah puas
dengan diaorang, Abang Riz akan tinggalkan diaorang macam tu aje. Hmmm… entah
sampai bilalah perangai playboy Abang Riz ni akan berubah.” Panjang lebar Hanni
membebel. Dah boleh jadi tokoh membebel paling muda. Dalam ramai-ramai anak
mama, Hani seorang yang mewarisi perangai suka membebel mama itu. Yang lain
semua macam perangai papa yang cool! Heheheee…
Sebenarnya
Hanni tak suka dengan perangai Harriz yang suka bertukar-tukar pasangan itu.
Sudah banyak kali juga dia memberi nasihat kepada Harriz, tapi macam biasalah.
Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Harriz ni memang pencinta wanita.
Teman wanitanya… dah tak boleh dibilang dengan jari-jemari. Campur dengan jari
kaki pun tak cukup juga. Dan yang paling Hani tak suka bila sahaja Harriz
memutuskan hubungan dengan teman-teman wanitanya itu bila dia sudah mulai
bosan. Mulalah ada yang cari Hanni nak minta tolong pujukkan Harriz supaya
jangan tinggalkan mereka. Huh! Apa diaorang fikir aku ni PA Abang Riz ke?!
Itulah… masa serah hati, jantung, limpah dan segala yang sewaktu dengannya tak
mahu fikir. Bila dah kena tinggal baru nak fikir yang abang Riz tu buaya darat
paling jahat kat KL ni. Sakit kepala aku dibuatnya.
Sebenarnya
dulu Harriz bukanlah buaya darat jadian seperti sekarang. Dulu Harriz pencinta
wanita yang begitu setia. Namun sejak wanita bernama Dhia itu tinggalkan Harriz
kerana seorang lelaki Mat Salleh, sikap Harriz terus sahaja berubah. Terus
menjadi kaki perempuan yang sering bertukar pasangan. Sudah hampir tiga tahun
jugalah Harriz berperangai seperti ini. Entah sampai bilalah semua ini akan
berakhir. Hanni selalu berdoa semoga ada seorang wanita yang mampu
mengembalikan abang Harriznya yang dulu. Yang setia hanya pada seorang
perempuan.
“Alaaa…
yang ni serius punya. Tak main-main.” Ujar Harriz bersungguh-sungguh. Memang
kali ini dia tak ada niat hendak main-main. Dia serius mahu memiliki Balkish.
Perasaan yang sudah lama dibuangnya kini muncul semula. Dan wanita yang berjaya
membawa perasaan itu semula adalah Balkish!
Hani
mencebik. Kurang percaya dengan bicara abangnya itu. Biasalah Abang Riz…
mula-mula memang cakap serius. Tapi esok lusa bila Abang Riz dah bosan mulalah
Abang Riz cari awek lain untuk dijadikan pengganti. Huh! Hanni berbicara
sendiri di dalam hati.
“Pertama
kali Abang Riz pandang dia, hati Abang Riz dah terpaut. Dia lain dari
wanita-wanita yang Abang Riz jumpa selama ni. Dia tak sama dengan mereka yang
tergila-gilakan Abang Riz dan sanggup memberikan apa sahaja terhadap Abang Riz.
Belum pernah ada seorang wanita pun yang menolak cinta Abang Riz. Tapi dia… dia
lain sangat. Dia dingin dan langsung tak pandang apa yang Abang Riz miliki. Itu
yang buat hati abang Riz semakin terpaut. Abang Riz rasa… Abang Riz dah jatuh
cinta pada dia. Bukan lagi rasa… malah Abang Riz cukup yakin dengan perasaan
Abang Riz sekarang.” Penuh keasyikan Harriz meluahkan apa yang terbuku dalam
hati. Siap berdrama lagi dengan mendongak memandang bulan. Dah macam pungguk
rindukan bulan pula keadaan Harriz seperti itu.
Hanni
memandang Harriz tanpa berkerdip. Belum pernah dia melihat Harriz seperti itu
bila berbicara pasal wanita sejak abangnya itu putus cinta dengan kak Dhia tiga
tahun lalu. Benarkah apa yang didengarnya malam ini? Adakah ini Harriz Hamdan
yang dikenalinya dulu? Abangnya yang setia pada cinta yang satu.
“Waaa…
nampaknya Abang Riz betul-betul dilamun cinta ni. Saper perempuan yang
buat hati Abang Riz terbuai sampai macam ni sekali?” tanya Hanni. Dia
benar-benar tidak percaya dengan apa yang didengarinya ketika itu. Abang Riz
jatuh cinta? Macam mimpi pulak. Selama ini dia tak pernah dengar Harriz
berbicara soal hati dan perasaan. Kalau pasal perempuan tu memang biasalah.
Naik muak Hanni mendengar cerita-cerita pasal aweks Harriz yang berbagai ragam
dan gedik menggelitis itu.
“Balkish.”
Sepatah nama itu meniti keluar dari bibir Harriz.
“Balkish?”
Ulang Hanni dengan dahi yang berkerut. Dia tak pernah dengar pun di antara
teman-teman wanita abang Harriznya yang bernama Balkish. Sah! Ini mesti
perempuan baru lagi.
Harriz
sekadar mengangguk. Samsung Galaxy Note dihulurkan kepada Hanni. Membiarkan
Hanni melihat dan menilai sendiri siapakah gerangan si dia yang bernama Balkish
yang telah membuatkan dia gila bayang. Buat dia angau bagaikan pungguk yang
merindui sang rembulan. Cewah! Bermadah pujangga pulak anak teruna Tan Sri
Hamdan ni.
“Cantiknya…”
puji Hanni. Tidak sedar yang suaranya sudah mengeluarkan full volume
yang membolehkan seisi rumah banglo ini dapat mendengarnya.
“Syhhh…
perlahanlah sikit. Apa Hanni nak bagi announcement dekat orang tua kat
bawah tu ke?” Harriz meletakkan jari telunjuknya ke bibir. Hanni ni tak boleh
ke kalau tak jerit-jerit. Macam orang kena histeria aje! Itu baru nampak
wajah Balkish dalam skrin Samsung Galaxy Note Harriz, kalau nampak secara live
mahu pengsan agaknya budak mulut murai tercabut ekor ni.
Hanni
tersengih. Rambutnya yang panjang itu diselak ke belakang. Dia bukannya sengaja
pun nak keluarkan full volumenya itu. Tetapi dia benar-benar terpana
melihat gadis yang dimaksudkan oleh abangnya. Orangnya memang cantik. Bertudung
pulak tu! Pada mulanya dia menyangka gadis yang buat abangnya angau itu sama
aje fesyennya dengan aweks Harriz yang sebelum-sebelum ini. Ternyata
tanggapannya itu meleset.
“Opsss…
sorry, bos! Tak sengaja. Terlebih excited ni. Heheheee…” Tidak
berkedip matanya memandang wajah Balkish yang terpampang pada skrin handphone
milik Harriz. Tidak pernah dia melihat abangnya itu berhubungan dengan
mana-mana gadis bertudung. Biasanya aweks Harriz semua edisi seksi-seksa
belaka. Pakai baju macam orang tak cukup kain. Belah sana belah sini. Tonjol
sana tonjol sini. Nampak sangat nak goda tahap keimanan Abang Riz yang senipis
kulit bawang itu. Mujurlah Abang Riz belum sampai ke tahap ‘membaham’ anak
orang. Kalau tidak… tak ke haru biru jadinya hidup mama dan papa dapat anak
lelaki buaya jadian. Heheheee…
“Dekat
mana Abang Riz kenal dia?” tanya Hanni mula mahu menyibuk. Kalau gadis
bertudung yang gambarnya terdapat pada skrin handphone itulah yang Harriz mahu
jadikan sebagai teman hidupnya, memang Hanni akan bersetuju seratus-peratus.
“Ada
la…” Harriz cuba berahsia. Mana boleh bagitahu dekat mana dia kenal Balkish.
Nanti tak pepasal Hanni datang ke ofis abang Mie pula nak menyiasat pasal
Balkish. Otak Hanni ni bukannya boleh pakai sangat. Budak kecik ni otak
penyiasat. Macam Detektif Conan. Kecil-kecil cili padi. Kalau macam ni kena
infom cepat-cepat kat Kak Hanis. Jangan bagi Kak Hanis bagitau dekat si kecik
ni pasal Balkish lebih-lebih. Fikir Harriz.
Hanni
mencebik. Tak puas hati dengan jawapan yang keluar dari mulut abangnya.
“Huk
eleh… takkan dengan Hanni pun nak berahsia segala? Selama ni Hanni tak pernah
pun bocorkan rahsia Abang Riz dekat sesiapa, meskipun dekat mama dan papa. Kali
ni kenapa pulak nak rahsia-rahsia ni?”
“Kali
ni lain Cik Hanni sayang oi. Yang ni special case.”
“Ekk…
habis tu yang lelain tu case apa pulak?”
“Yang
lain-lain tu case nak lepas rasa bosan takde aweks.” Selamba sahaja
Harriz menjawab.
Hanni
mengherot bibirnya ke kanan. Dia buat mimik muka meniru aksi percakapan
abangnya. Memang dasar buaya betul Abang Riz ni. Entah-entah dulu papa pun sama
perangai dengan Abang Riz. Pasal tu Abang Riz berperangai macam ini. Playboy
melampau sangat. Pantang nampak perempuan berdahi licin, semua dia nak sapu!
Memang
padanlah mama dengan papa tarik balik kondominium yang diaorang bagi pada Abang
Harriz tu balik. Macam ini punya perangai memang tak boleh nak dibiarkan
tinggal sendiri. Nanti jadi pula perkara yang memalukan. Mana taknya, sebelum
ini mama pernah tertangkap Abang Harriz bersama teman wanitanya berdua-duaan di
kondominium mewahnya itu. Mengamuk sakan mama! Pasal itulah kondominium itu
ditarik balik dan Abang Harriz terpaksa tinggl di rumah. Jadi tak ada lagi
istilah bawa balik ‘betina’ macam mama kata tu dalam kamus hidup Abang Harriz.
Heheheee…
“Jahatlah
Abang Riz ni. Tak baik tau buat macam tu. Kesian perempuan-perempuan yang
selama ni bagi cinta dan sayang mereka dekat Abang Riz. Alih-alih Abang Riz
tinggalkan mereka macam tu aje.” Komen Hanni. Dasar buaya betul abang aku ni!
Nasib baiklah boyfriend aku si Kuzer tak berperangai buaya jadian macam Abang
Riz. Jika tidak… mahu merana jiwa dapat pakwe perangai buaya tembaga dan yang
sewaktu dengannya macam ini.
“Mana
ada Abang Riz jahat. Sebelum Abang Riz couple dengan awek-aweks
Abang Riz tu, awal-awal lagi Abang Riz dah bagitau diaorang yang Abang Riz tak
nak hubungan yang terlalu serius. Diaorang sendiri yang bersetuju dengan syarat
Abang Riz tu. Lagipun… Hanni fikir diaorang tu ikhlas ke sukakan Abang Riz?
Entah-entah diaorang tu cuma mahukan duit Abang Riz aje. Entah-entah diaorang
jugak pasang pakwe keliling pinggang. Lelaki dengan perempuan zaman sekarang ni
Hanni, perangai dua kali lima aje.”
Mendengar
kata-kata Harriz itu, Hanni turut bersetuju. Memang perempuan-perempuan cantik
yang mendampingi abangnya selama ini hanya mahukan diut Abang Harriz saja.
Tengok sahaja apa yang mereka mahukan. Semua barangan yang berjenama dan
terkenal. Sesuai sangatlah tu. Si buaya darat berjumpa dengan si pisau cukur.
“Tapi
Balkish ni lainlah, Hanni. Dia tak sama dengan perempuan-perempuan yang abang
Riz jumpa selama ni.” Keluh Harriz. Kekadang timbul rasa terkilan dengan sikap
Balkish yang buat tak layan sahaja pada dirinya itu. Layan acuh tak acuh
sahaja.
Dahi
Hanni berkerut-kerut.
“Lain
macam mana maksud Abang Riz ni? Hanni tak fahamlah.”
Harriz
menghela nafas. Kemudian dia bangun dari duduknya. Tubuhnya yang sasa itu
disandarkan pada pagar besi.
Sementara
Hanni pula sudah melangkah mengambil alih tempat abangnya untuk duduk di buaian
rotan. Lenguh kakinya berdiri dari tadi. Wajah Harriz dipandang. Tidak sabar
mahu mendengar kelainan Balkish yang Harriz maksudkan. Nampak macam menarik aje
kisah cinta terbaru abangnya ini. Bolehlah dia buat jalan cerita untuk novel
terbarunya nanti. Hehehe...
“Hanni
tahukan…”
“Nope.”
Pinta Hanni laju sambil kepala digelengkan.
“Bagi
Abang Riz habiskan ayat dulu boleh, tak?” gumam Harriz geram.
Hanni
tayang gigi. Sebenarnya dia sengaja nak menyakat abangnya itu. Tak seronoklah
kalau Abang Harriznya buat muka serius. Heheheee…
“Okey…
teruskan.”
Harriz
mencebik.
“Hanni
kan tahu… selama ni tak ada seorang perempuan pun yang menolak cinta Abang Riz
yang hensem ni.”
Hanni
buat muka seolah-olah nak termuntah kala Harriz menyatakan dirinya hensem.
Perasan betul!
“Boleh
tak Abang Riz jangan nak perasan. Loya tekak Hanni dengar pengakuan berani mati
Abang Riz tu la.” Ujar Hanni. Kembali memotong kata abangnya
Kali
ini giliran Harriz pula tayang gigi
“Iye
la… Iye la… nak gurau sikit pun marah. Selama ni apa yang Abang Riz mahu Abang
Riz boleh dapat dengan mudah. Petik jari aje, Abang Riz boleh dapat ramai awek.
Tapi tidak dengan Balkish… dia perempuan pertama yang tolak cinta Abang Riz.
Abang Riz petik banyak jari pun dia tak pandang langsung. Semakin Abang Riz
mendekat, semakin dia menghindar. Dia buat tak layan aje dengan Abang Riz.
Macam Abang Riz ni tak wujud. Apa yang Abang Riz bagi semua dia tolak dengan macam-macam
alasan. Susah betul nak tawan hati dia.” Beritahu Harriz perihal Balkish.
Hanni
ketawa kecil. Kelakar pula bila ada perempuan yang menolak abangnya ini.
Selalunya Harriz bukan main mendabik dada lagi bila sering berjaya mendapatkan
gadis-gadis yang diingininya. Kali ini… baru abangnya itu tahu. Tak semua
perempuan tu dapat dibeli dengan wang ringgit dan kebendaan.
“Iye
ke? Hurmmm… baguslah macam tu. Well done for Kak Balkish” Ujar Hanni sambil
membahaskan Balkish dengan panggilan kakak. Dia yakin Balkish pasti lagi tua
dari dia yang baru berusia tujuh belas tahun itu. Selamba badak aje dia cakap
macam tu depan Harriz. Langsung tak peduli perasaan abangnya yang sudah
terguris mendengar komen pendeknya itu.
Harris
mengerut kening. Wajah Hanni ditenung tajam. Boleh pula si budak kecik ni cakap
bagus??? Siap buat ucapan ‘well done’ lagi.
“Itu
maknanya Kak Balkish seorang perempuan yang bijak. Dia tak sanggup nak bagi
hati dia dekat Abang Riz yang playboy ni. Baguslah macam tu, kan.” Amboi Hanni
ni… bukan main lagi dia.
Harriz
mengetap bibir. Hanni ni suka betul berfikiran yang negatif tentang dirinya.
Apa dia ni teruk sangatkah sampai Hanni rasa dia tak layak untuk Balkish. Dia
akui memang dia ni playboy. Kaki perempuan. Tetapi sejak bertemu dengan Balkish
hatinya sudah tawar dengan perempuan-perempuan yang lain. Dia mahu serius
dengan Balkish seorang. Susah sangatkah untuk Hanni mengerti isi hatinya itu.
Apa punya adiklah Hanni ni? Tak bagi sokongan moral kat abang sendiri. Kang
Harriz cakap begitu Hanni berkecil hati pulak. Biasalah Hanni tu… kuat sangat
merajuk.
“Tapi
dengan Balkish Abang Riz serius. Abang Riz tak ada niat pun nak main-mainkan
dia.” Serius kedengaran suara Harriz. Dia mahu menyakinkan Hanni bahawa dia
serius kali ini. Bukan main-main!
Melihat
wajah Harriz yang bertukar serius dan nada suaranya yang tegas itu, Hanni sedar
bahawa kini abangnya itu memang betul-betul telah jatuh cinta. Jika tidak,
takkan seperti ini kelakuan Harriz. Duduk termenung dan tak keluar malam.
Biasanya Harriz ni memang jenis yang tak pernah lekat duduk kat rumah. Selalu
aje keluar berhibur ke Kelab-kelab Malam bersama awek-aweknya yang
bertukar-tukar itu. Macam tukar baju.
“Okey…
Hanni percaya dengan cakap Abang Riz. Macam nilah… kalau Abang Riz serius sukakan
Kak Balkish, Abang Riz tunjukkan dekat Kak Balkish yang Abang Riz bukan
main-main dekat dia. Abang Riz memang sukakan dia. Abang Riz… orang perempuan
ni nampak aje keras, tapi kalau Abang Riz bijak memainkan peranan Abang Riz,
Hanni yakin Kak Balkish pasti sukakan Abang Riz. Alaaa… Abang Riz kan bijak
pasal perempuan. Tentu Abang Riz tahu cara yang terbaik buat Kak Balkish jatuh
cinta dekat Abang Riz. Tapi perkara pertama yang perlu Abang Riz lakukan adalah
buang perangai playboy Abang Riz tu. Hanni yakin Abang Riz pasti boleh dan Kak
Balkish akan jatuh cinta dengan Abang Riz juga akhirnya.” Panjang lebar Hanni
memberi kata semangat. Dah macam orang dewasa pula dia ni.
Harriz
sudah tersenyum kembali. Boleh tahan juga Hanni ni bagi kata-kata semangat. Tak
padan dengan kecik.
Ya!
Dia perlu bijak membuatkan Balkish jatuh cinta padanya. Balkish… aku akan
pastikan kau jadi milik aku! Kini keazaman ingin memilik Balkish semakin
menebal.
AMYLIA menghenyak punggungnya di
atas sofa. Handphone BlackBerrynya dilempar atas sofa bertentangan. Tangan
dibawa ke dada lalu disilangkan. Dia merengus kasar. Wajahnya masam mencuka.
Sakit benar hatinya dengan Harriz. Untuk malam ini sahaja sudah masuk lima
belas kali Harriz menolak ajakannya untuk keluar bersama. Sejak kebelakangan
ini susah benar untuk dia keluar bersama Harriz. Ada-ada sahaja alasan yang
diberikan oleh lelaki itu. Nampaknya Harriz macam nak jauhkan diri daripadanya.
Takkanlah
Harriz sudah bosan dengan aku? Soal Amylia kepada diri sendiri. Kemudian
kepalanya digeleng berkali-kali. Cuba menghalau apa yang sedang bermain dalam
fikirannya itu.
“Tidak!
Tidak! Tidak! Aku tak boleh nak biarkan Harriz bosan dan tinggalkan aku. Aku
akan pastikan Harriz menjadi milik aku. Cuma berkahwin dengan Harriz sahaja aku
boleh menikmati kesenangan dengan mudah. Aku tak boleh lepaskan dia. Aku tak
akan biarkan dia pergi macam itu aje.” Amylia berbicara seorang diri. Tekadnya
bulat untuk memiliki Harriz. Dia tak akan melepaskan Harriz walau apa pun yang
akan terjadi.
Bukan
senang hendak mendapatkan lelaki muda yang kaya-raya seperti Harriz.
Kebanyakkan lelaki yang ditemuinya semua tua-tua belaka. Biasalah kalau dah ada
pangkat Datuk, Tan Sri segala ni mesti orangnya sudah berumur. Ada pun yang
muda sikit tapi muka tak hensem macam Harriz.
“Hello
darling… apesal monyok aje ni?” Satu suara menegur. Kemudian sebuah ciuman
hinggap pula ke dahi Amylia.
Amylia
mendongak. Wajah Datuk Manaf dipandang. Ini lagi seorang lelaki tua yang gatal tak
sedar diri. Dia ingat aku serius ke sukakan dia? Huh… dahlah perut boroi,
kepala botak, tak selera aku tengok. Nasib baik duit banyak. Itu ajelah yang
buat dia jadi hensem sikit. Amylia mengejek dalam hati.
“I
bosanlah ling duduk terperap aje kat dalam kondominium ni. Jom kita
keluar shopping.” Amylia sudah buat aksi manja-manja bila Datuk Manaf
melabuhkan punggung disebelahnya. Jemarinya menguis-guis dada Datuk Manaf yang
tidak berbaju itu. Macamlah body cantik sangat.
Datuk
Manaf pun apa lagi, terus sahaja membelai mesra rambut panjang keperangan milik
Amylia. Haruman wangian rambut Amylia membangkitkan semula nafsu lelakinya.
Sedangkan baru tadi dia dengan Amylia berasmara. Kini nafsunya kembali
menyerang. Dengan Amylia, memang susah untuk dia mengawal gelora nafsu jantan.
Tapi bila berada dekat dengan isterinya si Datin Rose, nafsunya langsung tak
ada.
“I
bukan tak nak keluar shopping dengan you, darling. Tapi you pun
fahamkan kedudukan I macam mana. I tak naklah Datin Rose dapat tahu nanti.
Susah kita.” Ujar Datuk Manaf sambil bibirnya sudah mula mencium pipi gebu
Amylia. Hisy… Datuk Manaf ni, gatal tak hengat dunia!
Ceh!
Dasar lelaki pengecut. Belakang aje berani. Tapi depan takut bini! Cemuh Amylia
dalam hati. Belaian Datuk Manaf ke atas dirinya dibiarkan sahaja.
“You
ni macam tulah… asal I ajak shopping aje mesti you bagi seribu satu alasan.
Tapi kalau you mahu I layan you, I tak pernah pun membantah.” Amylia sudah
tarik muncung. Tubuh Datuk Manaf yang melekat dekat dengan tubuhnya ditolak
jauh. Dia sudah membelakangkan Datuk Maruf dan mula buat-buat merajuk. Dia amat
yakin lelaki tua itu akan cair dengan rajuknya itu. Biasalah… lelaki tua yang
gatal macam Datuk Manaf ni memang tak boleh nak tengok perempuan muda merajuk.
Mulalah gelabah satu macam.
“Okey
macam ni, apa kata you pergi shopping sorang diri atau ajak sesiapa aje
temankan you. I bagi you duit.” Datuk Manaf sudah memujuk. Dia tahu pasti
Amylia akan cair bila mendengar perkataan duit.
Amylia
sudah menarik senyum segaris bila mendengar Datuk Manaf berkata sebegitu. Namun
dia masih buat-buat merajuk dengan Datuk Manaf. Bagi gelabah lagi lelaki tua
tak sedar diri itu.
Datuk
Manaf mengeluh kecil. Dia cuba mendekati Amylia yang sudah duduk jauh
daripadanya. Lengan gadis itu disentuh. Namun Amylia mengelak. Datuk Manaf
tidak mahu mengalah. Dia masih berusaha merapatkan kedudukan dengan Amylia.
“Darling…
janganlah macam ni. I bukannya tak nak temankan you pergi shopping. Tapi you
sendiri tahukan kedudukan I. I bagi you duit. You boleh shopping sepuas hati
you. Kalau tak cukup jugak… you boleh gunakan kad kredit ni.” Datuk Manaf
menghulurkan kad kredit yang dikeluarkan melalui dompetnya kepada Amylia.
Melihat
kad kredit bewarna emas yang terpampang depan matanya itu, senyuman dibibir
Amylia mekar dengan lebar. Dah macam senyuman joker pulak Amylia ketika itu.
Senang sungguh hatinya melihat kad kredit yang dilayang depan matanya. Serentak
itu juga dia mengambil kad kredit yang Datuk Manaf hulurkan. Lalu dengan manja
dia melentokkan kepalanya di bahu Datuk Manaf. Tidak kisahlah lelaki itu sudah
layak digelar bapa, dia tetap akan melayan Datuk Manaf dengan sebaiknya asalkan
dia mendapat pulangan yang setimpal dengan apa yang diberikan.
Datuk
Manaf dengan gatalnya mengelus-ngelus rambut Amylia yang harum mewangi itu.
Fikirannya sudah terbayangkan kehangatan pelukan Amylia sebentar sahaja lagi.
Perempuan macam Amylia ni bukannya susah nak pujuk. Bagi duit, mulalah Amylia
cair.
“Okey
I tak akan paksa you. Thanks darling.” Ucap Amylia. Sebuah ciuman hinggap ke pipi
tua Datuk Manaf.
“Cium
kat situ aje ke?” Soal Datuk Manaf yang sudah tersungging senyuman menggoda.
Uwek… rasa nak termuntah aje sesiapa yang tengok lagak Datuk Manaf yang gatal
miang berkurap itu.
“You
ni nakallah…” giat Amylia. Lengan lelaki tua itu dicubit manja. Senyumannya
lebar dan begitu menggoda. Pantas dia bangun dari duduknya. Tangan Datuk Manaf
ditarik lalu dibawa masuk ke dalam bilik. Datuk Manaf apa lagi… ikut sahaja
langkah menggoda Amylia itu. Rasa macam tak sabar sahaja dia hendak menerkam
tubuh Amylia yang kelihatan begitu montok.
Nampaknya
malam ini Datuk Manaf dan Amylia sekali lagi bergelumang dengan dosa. Mereka
sudah tidak takut lagi akan hukuman yang bakal diterima suatu hari kelak. Nafsu
telah melalaikan mereka berdua. Dan syaitan juga sudah ketawa dengan besarnya
melihat cucu cicit Nabi Adam ini kecundang dengan hawa nafsu mereka sendiri.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan