Bila lagu cinta
bergema
~4~
BMW
bewarna hitam pekat berkilat yang dipandu Harriz itu meluncur laju membelah
kedinginan malam yang disinari cahaya rembulan yang begitu indah sekali. Dia
sedikit pun tidak menghiraukan rengakan manja Amylia tadi ketika dia menolak
ajakan gadis itu untuk keluar berhibur malam ini. Sedangkan selama ini dia
langsung tidak pernah menolak ajakan Amylia mahupun teman-teman wanitanya yang
lain untuk keluar bersama. Jika ada yang mengajak, dengan berbesar hati dia
akan mengikut. Dia pasti tak akan melepaskan peluang keemasan untuk bersama
dengan teman-teman wanitanya. Malah memang itulah saat yang selalu dinantikan
olehnya.
Namun
malam ini, buat pertama kali dia telah menolak ajakan Amylia untuk keluar
bersuka ria ke kelab malam. Dia tak ada mood
hendak keluar bersama Amylia malam ini. Bukan sahaja Amylia, malah ajakan
beberapa orang gadis juga sudah ditolaknya untuk malam ini sahaja. Dia langsung
tak ambil kisah bila Amylia atau gadis-gadis itu buat-buat merajuk kala ajakan
mereka ditolak Harriz tadi. Lantaklah kalau diaorang nak merajuk sekali pun,
Harriz sudah malas hendak memujuk rajuk mereka itu. Kalau Amylia atau
gadis-gadis itu nak merajuk seumur hidup pun Harriz sudah tak ambil kisah lagi.
Ingatannya
saat ini hanya pada Balkish. Sehingga memaksa dia untuk pergi ke rumah sewa
gadis itu yang terletak di Taman Sungai Wang. Tak kisahlah apa sekali pun
tanggapan Balkish terhadapnya. Asalkan dia dapat melepaskan kerinduan terhadap
Balkish, itu sudah cukup memadai. Manalah tahu malam ini nasib bertuah
menyebelahinya. Dapat juga dia keluar dating dengan Balkish walaupun dia cukup
tahu itu tak mungkin akan terjadi. Heheheee…
Bibir
Harriz tersungging senyuman manis. Bayangan wajah Balkish menari-nari depan
layar mata. Tak sabar benar dia hendak bertemu dengan gadis manis bertudung
litup itu. Belum pernah selama ini dia sukakan seorang wanita yang bertudung.
Selama ini teman-teman wanitanya pasti dalam edisi khas seksi-seksi belaka.
Buat dia naik geram bila melihat peha putih gebu yang terhidang depan matanya
itu. Mujurlah dia masih mampu mengawal gelora nafsunya. Tidak lagi tergamak
merosakkan anak dara orang. Kalau setakat belai-belai manja dan ringan-ringan
itu memang biasalah dia buat.
Namun
Balkish lain. Gadis itu terlalu sukar untuk didekati. Bagaikan sang burung merpati.
Namun Harriz sudah berazam, hati Balkish pasti akan ditawan juga. Tak kiralah
betapa susah sekali pun! Hanya Balkish yang diingininya kini. Bukan setakat
suka-suka, tetapi dia cukup yakin hatinya sudah jatuh cinta pada gadis itu. Dia
mahu Balkish menjadi miliknya yang mutlak.
Harriz
memberhentikan BMW hitamnya di hadapan pintu pagar rumah sewa Balkish dan
kawan-kawan. Nampaknya rumah sewa gadis itu masih terang-benderang. Kereta MyVi
kuning milik Balkish juga ada ditempatnya. Tentu Balkish dan teman-temannya ada
di rumah dan masih belum tidur lagi. Senyuman pada bibir Harriz kian melebar.
Dia kemudian menekan hon beberapa kali sehinggalah ada seseorang yang sedang
menjenguk dari dalam rumah. Itu adalah salah seorang daripada kawan-kawan
Balkish. Dia lupa nama gadis tinggi lampai itu. Yang pasti gadis itu juga
memiliki wajah dan boleh tahan cantik.
Setelah
enjin kereta dimatikan, Harriz keluar dari BMW hitamnya. Dia berdiri tegak di
hadapan pintu pagar yang masih bertutup rapat. Bibirnya tersungging senyuman
manis ketika melihat kawan Balkish yang tinggi lampai itu sudah tercegat di
depan pintu pagar dengan senyuman yang lebar di bibir. Kemudian si gadis tinggi
lampai yang berambut panjang itu segera membuka pintu pagar.
“Hai…
Balkish ada, tak?” tanya Harriz. Amboi Harriz ni! Ingat ini kat Negara orang
putih ke nak ber’hai-hai’ segala. Tak tahu nak bagi salam. Cubalah bagi salam
sikit. Kan bagus. Barulah masuk ke dalam senarai lelaki soleh pilihan Balkish.
Ini tidak… ‘hai-hai’. Hmmm… macam
mana nak tambat hati gadis bertudung kalau perkara sekecil ini pun Harriz tak
boleh nak buat?
“Ada…
Encik...?” Ella pura-pura tak tahu nama lelaki itu. Sedangkan awal-awal lagi
dia sudah tahu nama Harriz melalui Balkish. Sengaja buat-buat tak tahu.
Biasalah Ella… pelakon wanita paling popular dekat Sungai Wang ini. Siapa yang
tak kenal.
“Harriz.”
Harriz menyebut nama yang selama ini menjadi kebanggaannya itu.
Ella
mengangguk-angguk. Bibir pula masih lagi tersengih-sengih dengan senyuman yang
konon paling manis dalam dunia.
“Ella.”
Ella pula memperkenalkan diri. Alahai… tak malu betullah. Harriz tak tanya pun
nama Ella tapi dengan sukacitanya Ella memberitahu namanya itu kepada Harriz.
“Hmmm… nice name. Macam nama penyanyi rock tanahair.” Puji Harriz. Memang
Harriz ni tak pernah lokek dengan puji-pujian. Disebabkan itulah teman-teman
wanitanya sentiasa kembang hati bila Harriz kerap memuji.
Ella
ketawa kecil. Kembang hatinya bila Harriz puji macam itu. Iye la… siapalah yang tak kembang hati bila dipuji oleh seorang
lelaki kacak seperti Harriz ini? Tentu dia tersenyum lebar bila dipuji
sedemikian.
“Thanks Encik Harriz.” Ucap Ella
tersipu-sipu. Alahai… penyakit miang si Ella dah mula dah!
“Don’t call me Encik Harriz. Panggil
Harriz aje. Lebih mesra kan?” Harriz
sudah memulakan peranannya. Dia ni kalau dengan perempuan memang pandai betul
berkata-kata. Macam manalah tak ramai wanita yang jatuh cinta kepadanya? Hurmmm… dasar buaya betul Harriz Tan Sri
Hamdan ini! Entah-entah perangai Tan Sri Hamdan masa muda-muda dulu pun macam
Harriz jugak kut.
Laju
betul Ella mengangguk-angguk. Dah macam versi burung belatuk betina. Rasanya
semakin lama dia tengok Harriz yang hensem itu, semakin menjadi-jadi gila
bayangnya itu. Biasalah Ella, kalau nampak lelaki hensem aje mesti cair
hatinya. Heheheee…
“Errr… Balkish ada tak?” Harriz kembali
kepada soalan pertamanya. Inilah tujuan dia ke sini. Hendak bertemu dengan
gadis manis bermata bulat bernama Balkish yang sering membuatkan malamnya
termimpi-mimpi.
“Ada!
Dia tengah menonton TV kat dalam. You nak jumpa dia ke?” tanya Ella. Dia sudah
mula menggunakan bahasa ‘I’ dan ‘you’ dengan Harriz.
Harriz
sekadar mengangguk. Jawapan Ella itu sudah cukup membuatkan dia tersenyum
lebar. Dia cuma tanya Balkish ada di rumah atau tidak, Ella pula bagi jawapan
penuh dengan mengatakan Balkish sedang menonton TV. Nampak gayanya Balkish
belum tidur lagi. Tak sabar benar Harriz hendak bertemu dengan Balkish. Hari
ini dia sibuk benar dengan urusan syarikat. Sehinggakan dia tidak ada masa
hendak ke F&F Holding untuk menjenguk Balkish. Sebab itu rindunya
membuak-buak terhadap gadis manis itu. Rasa macam dah setahun tak bertemu.
Heheheee…
Aduh…
gatal betul si Harriz ini!
“Kalau
macam tu you tunggu kejap, ye? I masuk dalam panggilkan Kish. Sorrylah… tak
dapat nak ajak you masuk dalam rumah. Maklum… rumah anak dara. Jadi you kenalah
tunggu dekat luar aje.” Amboi… bukan main mesra lagi si Ella guna kata ganti
diri ‘I’ dengan ‘you’ itu. Dah tu tubuhnya yang langsing itu sudah terliuk-lentuk
macam api lilin yang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Hisy!
“It’s okey… I understand. Thanks, my beautiful
lady.” Ucap Harriz. Siap panggil ‘my
beautiful lady’ lagi untuk si Ella.
Bukan setakat itu, Harriz juga sempat mengenyit mata nakal ke arah Ella yang
sudah mahu melangkah itu. Pandai betul Harriz ambil hati orang perempuan.
Padanlah dia ni ramai teman wanita. Rupa-rupanya butir bicaranya seperti madu
yang kedengaran begitu manis sekali.
Ella
sudah tersenyum lebar. Kembang semangkuk hidungnya bila Harriz memanggil dia ‘my beautiful
lady’. Alahai… mamat hensem ni romantik betullah! Kan bagus kalau dia
datang sini nak jumpa aku. Tentu dunia ni terasa bagai aku yang punya.
Khakhakhaaa…
Suara
ketawa Ella yang tiba-tiba itu membuatkan Balkish dan Aleya tersentak.
Masing-masing sudah memusingkan kepala menghadap Ella yang siap ketawa sambil
bercekak pinggang itu. Dah serupa lagak Shin Chan pula Ella buat gaya macam tu.
Hisy… apa kena dengan si Ella ratu dangdut ini? Tetiba aja ketawa macam Shin
Chan. Dah sewel agaknya minah tingtong ni!
“Hah…
yang korang macam nak terkeluar bijik mata tengok aku tu kenapa? Aku tahulah
aku ni beautiful lady, tapi tak
payahlah nak tunjuk muka excited
korang tu dekat aku.” Selamba biawak betina Ella mengaku dirinya beautiful lady
seperti yang Harriz katakan tadi.
Balkish
mencebik bibir. Jari telunjuk dibawa dekat ke mulut lalu isyarat hendak
termuntah dibuat. Uwek!
Aleya
pula sudah menepuk dahi. Perasan betul!
“Hoi…
Cik Ella penyanyi dangdut, Orang hodoh pun tak mengaku hodoh tau. Apa lagi
orang cantik yang mengaku cantik. Kau ni dah tahap orang perasan gila cantik.”
Tungkas Aleya geram. Ella ni memang kuat sangat perasan. Suka sangat cakap diri
dia tu cantik. Hisy!!!
Ella
mencebik. “Jealouse la tu.” Si hensem
kat luar tu pun panggil aku beautiful
lady tau. Sambungnya dalam hati.
“Takde maknanya aku nak jealouse. Macamlah kau tu cantik sangat macam Puteri Diana!” Sampuk
Aleya. Semakin dilayan perasaan gila cantik si Ella ni, semakin menjadi-jadi
gila perasannya itu.
“Hah… Kish, tu kat luar tu si hensem nak
jumpa kau.” Ella memalingkan pandangannya ke arah Balkish yang sedang menonton
Buletin Utama di TV3. Bukan main khusyuk lagi Balkish tengok berita terkini
yang disiarkan. Berita hari-hari berkisar pasal politik. Kadang-kadang bosan
jugak nak dengar.
Dahi
Balkish berkerut. Si hensem mana pulak maksud Ella ni?
“Dah…
dah… tak payah nak tayang muka confuse
kau tu. Harriz ada kat luar tengah tunggu kau.” Beritahu Ella.
Serta-merta
mata Balkish membulat. Sudahlah matanya memang bulat. Bila dia membulatkan lagi
matanya, rasa macam nak terkeluar saja bijik mata Balkish yang bewarna dark brown itu. Hah… untuk pengetahuan
umum, bebola mata Balkish ni tak payah nak pakai contect lens. Memang dah asli warna brown. Bebeola mata yang diwarisi daripada arwah mamanya.
Harriz?!
Hisy… apa pulak yang King Of The
Crocodile tu mahukan malam-malam begini? Aduh… stress…stress aku macam ni! King
Of The Crocodile tu betul-betul menganggu hidup aku. Ini yang aku malas
kalau dia dah tahu alamat rumah sewa aku. Boleh dikatakan tiap-tiap hari dia
ganggu hidup aku sejak dah tahu rumah ni. Arghhh… stressnya aku macam ni!!! Balkish menjerit dalam hati.
Dengar
sahaja nama Harriz yang meluncur keluar dari mulut Ella, dengan sepantas kilat
Aleya menjenguk ke luar rumah melalui jendela.
“Alahai…
hensemnya dia, Kish. Bergaya betul.”
Puji Aleya spontan. Bibirnya pula sudah mekar dengan senyuman. Sambil itu
jemarinya melambai-lambai ke arah Harriz di luar sana yang sudah mengangkat
tangan kepadanya. Kenangan berbual dengan Harriz pagi kelmarin mula terimbau
kembali. Kan bagus kalau dapat bersembang lagi dengan Harriz yang peramah itu.
Harriz ni memang hensem. Pakai t-shirt dengan seluar jeans pun masih terserlah
kehensemannya itu. Apa lagi kalau dia dah pakai baju kameja dengan tali leher
dan berseluar slack, lagi bertambah kehensemannya. Bisa membuatkan Aleya
menjadi angau.
Balkish
sudah mencebik. Aleya ni pun dua kali lima saja dengan Ella. Pantang betul
nampak lelaki hensem. Huh… hensem sangat ke Harrriz tu? Sampai
Aleya, Ella dan ramai gadis boleh tergila-gila sukakan Harriz. Takat muka macam
Dennis Oh, alaaa… tak hensem mana pun. Lainlah kalau muka macam Tom Cruise masa
muda-muda dulu. Memang hensem giler-giler!
Yang itu Balkish pun mahu.
“Hah, yang kau tercegat kat situ buat
apa, Kish? Kesian si hensem tu tunggu
kau kat luar. Tak baik buat orang tunggu lama-lama.” Ella membesarkan volume suaranya. Mengejutkan Balkish
yang dari lamunan sesaat. Hisy… Balkish ni! Boleh pulak dia sedap-sedap duduk
dekat situ termenung, sedangkan ada makhluk ALLAH yang hensem sedang menantinya
di luar sana. Tak patut sungguh!
“Aku
tak naklah! Kau pergilah bagitau dia aku dah tidur. Tak pun kau cakap aje aku
takde dekat rumah. Atau susah-susah kau ajelah layan King Of The Crocodile tu bersembang.” Balkish memberi cadangan.
Malas betul dia hendak keluar berjumpa dengan Harriz.
Ella
menggigit bibir. Matanya dijengilkan. Balkish ni degil betul. Dia mahu aku guna
kekerasan ke seret dia ke luar jumpa dengan Harriz. Amboi… Ella, dah lagak mak
tiri pulak nak main seret-seret. Inilah padahnya kalau terlampau banyak sangat
menonton sinetron. Sampai terbawa-bawa watak orang jahat. Heheheee…
“Kalau
si hensem tu datang sini nak jumpa
aku, tak payah kau syorkan untuk aku layan dia. Memang aku akan beri layanan
baik punya untuk si hensem tu. Malangnya si hensem tu datang bukan nak jumpa
aku, tapi kau. Lagipun aku memang dah bagitau dia yang kau ada kat rumah tengah
menonton TV. Dah… dah… kau pergilah jumpa dia kejap. Kesian Harriz datang dari
jauh-jauh semata nak jumpa kau tapi kau pulak tak nak jumpa dia. Pergilah Kish.
Tak baik buat orang tertunggu-tunggu.” Pujuk Ella. Wajah Balkish yang sudah
memasam itu langsung tidak dihiraukan.
Balkish
mendengus. Geram betul dia dengan Ella. Suka betul memaksa. Apalah salahnya
kalau Ella bagi alasan yang dia dah tidur ke… dia takde dekat rumah ke… kan
senang. Takdelah dia nak bersusah-payah macam pergi jumpa buaya jadian itu.
Huh! Ella ni memang sengaja betul!
“Macam
mana kau tahu dia datang dari jauh?” soal Balkish geram. Muncungnya sudah tajam
macam Daisy si itik betina girlfriend
Donold Duck.
“Amboi…
bukan main mesra lagi kak Liza tu bersembang dengan Harriz. Siap tergelak-gelak
lagi. Jealouse pula aku tengok
kemesraan diaorang berdua. Ini laki Kak Liza tu tak cemburu ke tengok bini dia
bersembang dengan lelaki yang lebih hensem
dari dia ar? Kalau akulah… sah aku jealouse punya.” Tutur Aleya sendirian.
Cemburu pula dia tengok kak Liza jiran sebelah rumah yang sedang berbual-bual
dengan Harriz. Bukan main mesra pulak tu. Ini kalau husband kak Liza nampak sah kena sound terang-terang. Mujur husband
dia tak nampak. Mana tidaknya, boleh pulak kak Liza layan lelaki muda yang
lebih hensem bersembang sambil
tergelak mesra. Husband mana yang tak
cemburu? Huh!!!
Ella
memanjangkan sedikit lehernya ke muka pintu yang terbuka luas. Memang benar
kata Aleya. Nampaknya Kak Liza sedang memotong jalan dengan bersembang mesra
dengan Harriz di luar sana. Amboi Kak Liza ni… tak nak ketinggalan kalau nampak
lelaki hensem. Ini yang buat aku
terancam ni.
Balkish
sudah mengetap bibir. Nampaknya Kak Liza pun sudah terkena aura si Harriz buaya
jadian itu. Tak boleh jadi macam ni. Dia kena cepat jumpa Harriz sebelum
perbualan Kak Liza dengan buaya jadian itu menjadi panjang lebar. Nanti tak
pasal-pasal ada cerita lain pulak yang timbul. Pantas dia bangun dari duduknya.
Langkah dibawa menuju ke arah biliknya yang terletak di bahagian tengah antara
bilik Aleya dengan Ella.
“Hah… kau nak ke mana pulak tu? Arah luar
kat sini, bukan dekat situ.” Bulat mata Ella bila melihat langkah Balkish yang
sudah dibawa ke dalam bilik. Orang tunggu kat luar tu boleh pulak dia nak masuk
ke dalam bilik. Kesian Harriz tunggu lama-lama.
Balkish
mendengus. Geram betul dia dengan perangai tak sabar Ella. Ada jugak dia hempuk
si Ella ni karang! Terus hilang ingatan tak ingat apa-apa. Tak boleh nak
bersabar sikitkah? Ikutkan rasa hati ni… dia memang tak nak jumpa Harriz. Biar
lelaki itu berkulat tunggu dekat situ. Tapi memandangkan kak Liza dah mula
beramah mesra dengan Harriz kat luar tu, kenalah dia keluar juga. Nanti tak
pepasal Harriz buat cerita pula pasal diaorang. Mulalah timbul gosip terhangat
kat kawasan perumahan ni. Tak sanggup Balkish hendak menjadi heroin cinta kat
kawasan ni.
“Taulah!
Aku nak pergi pakai tudung dulu. Takkan nak tayang rambut jumpa buaya jadian
tu. Rambut aku ni khas untuk bakal suami aku aje tau. Bukannya untuk ditayang
kepada umum.” Gumam Balkish sambil menghadiahkan sebuah jelingan ala Pontianak
Harum Sundal Malam kepada Ella. Aku cekik-cekik juga leher si Ella ni. Macam
tak tahu yang rambut itu satu aurat. Tak boleh nak sesuka hati sesedap rasa
Maggie nak bagi tayangan free dekat
orang bukan mukhrim. Lebih-lebih lagi dekat lelaki yang berstatus buaya darat
macam Harriz Tan Sri Hamdan.
Sebaik
sahaja Balkish menghilang ke dalam biliknya, Ella dan Aleya saling
berpandangan. Kemudian keduanya ketawa kecil. Kelakar betul tengok Balkish yang
keras kepala tapi berhati lembut itu. Heheheee…
Tapi
Balkish dengan Harriz memang padan sangat! Bagai pinang dibelah dua. Bagai
bulan dengan bintang. Bagai Prince
Charming dengan Cinderella.
******************************************************************************
BALKISH
masih cuba memaniskan wajahnya walaupun dalam hati dia sudah menjerit geram
dengan kedatangan tak diundang Harriz itu. Ikut rasa hati, mahu
dicekik-cekiknya leher Harriz. Biar tak bernafas lagi dekat muka bumi ALLAH
ini. Tapi… dia tak sanggup pulak menjadi seorang penjenayah gara-gara buaya
jadian itu. Mahu tak mahu kenalah dia berpura-pura tersenyum menyambut
kedatangan Harriz. Konon-konon dia gembira sangat dengan kedatangan Harriz yang
tak diundang itu.
“Apa
yang Encik Harriz nak datang malam-malam ni?” tanya Balkish sambil tayang
senyuman manis. Eh, bukan manis la… tapi masam. Tak sudi Balkish nak tersenyum
manis dengan King Of The Crocodile di
depannya itu. menyesakkan fikiran saja.
Harriz
yang masih lagi berdiri di tepi pintu pagar rumah sewa Balkish sudah mengukir
senyuman manis. Wajah gadis inilah yang dirinduinya. Begitu asyik dia memandang
wajah Balkish sehinggakan pertanyaan gadis itu dibiarkan sepi tanpa sebarang
jawapan. Balkish ni tak pakai make-up
pun tetap kelihatan cantik. Inilah yang dikatakan dengan kecantikan asli. Kalau
berhari-hari menatap wajah Balkish pun dia tak akan bosan.
Balkish
mengetap bibir. Geram betul dengan Harriz. Boleh pula lelaki itu tenung
wajahnya sebegitu. Sedangkan pertanyaannya tidak dijawab langsung. Huh! Ada
jugak yang kena sepak ni karang!! Omel Balkish dalam hati. Sikap lelaki itu
yang semakin hari semakin merimaskan cukup-cukup mencabar tahap kesabaran
Balkish. Sabar hati! Sabar… Balkish menenangkan gelodak yang semakin membara
dalam hati. Kan sabar itu separuh daripada iman.
“Encik
Harriz!” Balkish menguatkan volume
suaranya. Manalah tahu lelaki di depannya itu sudah pekak. Sebab itu tak dengar
apa yang dia tanyakan. Tangannya sudah disilangkan ke dada. Bosan betul dia
dengan Harriz yang tak pernah mahu faham bahasa itu.
Entah
sampai bilalah penderitaan aku diganggu oleh King Of The Crocodile ini akan berakhir. Huhuhuuu…
“Hah?
Opsss… sorry. I asyik sangat tengok
wajah you sampaikan tak dengar apa yang you tanya. Eiii… you tanya apa tadi?” Harriz tersenyum manis sambil
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Eiii…
ini yang aku geram sangat ni! Boleh pulak si King Of The Crocodile ni tenung muka aku dan tak dengar apa yang
aku cakap. Aduh… kenapalah aku kena berdepan dengan mamat ni malam-malam macam
ni! Menyakitkan hati sungguh. Dalam geram Balkish tetap juga cuba memaniskan
wajahnya. Sedangkan hati sudah marak menyala dengan sikap sambil lewa Harriz
itu. Kalau ada hal penting kata sajalah. Tak payah nak pergi tenung-tenung muka
aku. Ingat muka aku ni dibuat barang pameran ke nak tenung-tenung?! Gumam
Balkish dalam hati. Geram! Geram! Geram!
“Saya
tanya… Encik Harriz nak apa datang malam-malam begini?” soal Balkish dalam nada
geram. Geram-geram pun dalam keterpaksaan wajahnya masih cuba dimaniskan.
“Tak
ada apa… I saja datang nak jumpa you. Lagipun siang tadi I tak sempat nak
jenguk you dekat F&F Holding.” Tutur Harriz. Bibirnya mekar dengan senyuman
kumbang jantan tengah mengayat bunga di taman.
Tak
payah jenguk pun takpe! Menyusahkan saja. Lagi senang hidup aku kalau kau tak
datang sampai bila-bila. Desis hati Balkish geram.
“You
free tak? Jom kita pergi keluar
makan. Kebetulan I belum makan lagi ni.” Ajak Harriz. Manalah tahu Balkish sudi
menerima pelawaannya itu.
YA
ALLAH Ya Tuhanku… sabarkanlah hatiku dengan perangai lelaki ini. Aku tak
sanggup menjadi hamba-MU yang melakukan jenayah gara-gara seorang lelaki yang
cukup merimaskan ini. Amin… Doa Balkish dalam hati. Rasanya kalau dia tak
bersabar, sudah lama King Of The
Crocodile itu ditembak dengan senapang gajah. Lepas tu kulit buaya itu akan
disiat-siat untuk dibuat beg tangan cap Harriz Hamdan.
“Mintak maaflah banyak-banyak Encik
Harriz. Saya baru aje lepas makan
dengan kawan-kawan saya. Kenyang lagi ni. Tak larat nak makan lagi.” Beritahu
Balkish. Senyuman manis masih lagi terukir di bibir walaupun hati tengah geram
sesangat!
“Kalau
macam tu apa kata kita keluar bersiar?” Harriz masih tidak mahu mengalah. Masih
lagi mencuba. Kali ini dia mengajak Balkish keluar bersiar pulak. Aduh… Harriz,
kalau dah keluar makan pun Balkish tak mahu, apatah lagi nak keluar
bersiar-siar? Hmmm… kempunan ajelah.
Balkish
mengerutkan dahinya mendengar pelawaan lelaki itu. Biar benar King Of The Crocodile ini? Dia ajak aku
keluar bersiar? Hisy… sah si buaya jadian ni dah sewel. Tak pun mesti dia
tengah mengigau.
“Bersiar
malam-malam begini? Eh… tak naklah Encik Harriz. Dah malam ni. Nak ke mana pula
malam-malam macam ni. Lagipun saya tak biasa keluar malam-malam begini. Tak
manis dipandang dek jiran tetangga orang perempuan macam saya keluar
malam-malam dengan sorang lelaki. Nanti tak pasal-pasal menimbulkan fitnah
pulak. Saya tak nak jadi bahan fitnah jiran tetangga.”
“Kalau
you takut keluar berdua dengan I… apa kata you ajak Aleya dengan Ella sekali.
Tak akan timbul fitnah kalau kita keluar berempat.” Harriz masih lagi mencuba.
Balkish
tayang sengihan. Lelaki ni betul-betul tak faham bahasa. Aku cakap dalam bahasa
melayu aje, tapi masih jugak dia tak faham. Dia mahu aku cakap dalam bahasa
hindi kut, baru nak mengerti.
“Takpelah
Encik Harriz. Saya dah mengantuk ni. Esok nak pergi kerja lagi. Encik Harriz
baliklah. Tak manis jiran-jiran saya tengok Encik Harriz tercegat depan rumah
orang perempuan malam-malam begini. Nanti ada pulak yang bagi gosip. Encik
Harriz juga yang susah kalau ada gosip sampai ke telinga teman-teman wanita
Encik Harriz tu.” Sengaja ayat teman-teman wanita itu ditekannya.
“Errr…
tapi…”
“Selamat
malam Encik Harriz. Assalammualaikum.” Balkish lebih pantas bersuara. Langsung
tak bagi chance untuk Harriz memberi sebarang alasan. Jika tidak, mahu mirgain
dia malam ini dibuatnya.
Harriz
mengeluh. Mahu tak mahu dia terpaksa juga berlalu jika Balkish sudah berkata
sedemikian. Lagipun dengan pantas Balkish sudah menutup semula pintu pagar
rumah sewanya. Nampak sangat dia sudah dihalau. Huhuhuuu… sampai betul hati
Balkish.
“Walaikumsalam.
Okeylah… I balik dulu. Good night, sweet
princess.” Ucap Harriz sebelum dia berganjak ke BMW miliknya. Tidak sampai
seminit, BMW Harriz pun menghilang meninggalkan blok rumah sewa Balkish. Memang
Harriz kecewa kerana tidak berjaya mengajak gadis itu keluar dengannya. Namun
dalam kecewa Harriz tetap tenang kerana dia akan pastikan hati Balkish pasti
akan menjadi miliknya juga suatu hari nanti.
Melihat
BMW hitam yang sudah menghilang itu, Balkish ketawa kecil. Seronok rasanya
dapat kelentong Harriz yang cukup merimaskan itu. Hahahaaa… padan muka dia!
Mengigau nak ajak aku keluar. Hisy… jangan harap aku nak keluar dengan buaya
jadian tu. Simpang malaikat 44!
“Amboi…
happy betul Kish akak tengok. Maklumlah…
dapat jumpa buah hati, kan?” teguran kak Liza tiba-tiba mengejutkan Balkish
yang sudah mahu melangkah masuk ke dalam rumah.
“Eh…
Kak Liza. Mana ada. Tu kawan Kish ajelah.”
Tepis Balkish. Tak kepingin dia nak jadikan Harriz sebagai buah hati. Nanti tak
pepasal dia makan hati pulak. Perangai kaki perempuan macam tu memang selalu
sangat buat orang makan hati. Dahlah dia memang arlegik sangat makan-makan hati
ni. Hati ayam… hati lembu… hati kerbau… huh, semua tu dia tak pandai nak makan.
Apa lagi hati manusia.
Kak
Liza tersenyum nakal. Tadi sebelum Balkish keluar berjumpa dengan Harriz dia
sempat bersembang dengan lelaki itu. Melalui Harriz dia mendapat tahu hubungan
Balkish dengan jejaka hensem itu. Lagi Balkish tak nak mengaku. Malulah tu!
“Iye
la tu. Akak tahu Kish malu nak mengaku. Tapi si Harriz tu kata Kish ni kekasih
dia. Alaaa… Kish, akak tengok Kish dengan Harriz tu memang padan pun. Bagai
pinang dibelah dua. Kalau naik pelamin memang cukup padan. Akak harap korang
berdua cepat-cepat kahwin. Tak sabar nak tengok Kish dengan Harriz tu naik
pelamin. Nanti kalau dah bercadang nak mendirikan rumah tangga, jangan lupa tau
jemput akak. Akak pun nak jugak merasa nasi minyak Kish.” Ujar Kak Liza. Bukan
main lagi dia. Siap nak merasa nasi minyak Balkish dengan Harriz pula tu.
Balkish
sudah tersengih-sengih. Dalam hati dia sudah mengumam marahkan Harriz.
Pandai-pandai saja lelaki itu bagitahu Kak Liza yang diaorang pasangan kekasih.
Macamlah betul apa yang dikatakannya itu. Huh… tak kepingin Balkish nak berkasih
sayang dengan Harriz yang gatal bin miang itu. Mintak dijauhkan!
Yang
Kak Liza ni pun satu, pergi percaya aje bulat-bulat apa yang si buaya jadian tu
kata. Dah tu mulalah pepandai nak syorkan dia kahwin cepat-cepat dengan si
buaya jadian itu. Eiii… tak nak aku kahwin dengan King Of The Crocodile tu. Simpang malaikat 44! Tak pepasal
anak-anak aku terikut pulak perangai buaya jadian tu yang suka bertukar-tukar
pasangan. Menyakitkan kepala.
“Heee…
takpelah Kak Liza. Kish masuk dalam
dulu ye. Assalammualaikum…” Balkish cepat mengelak. Malas hendak berlama-lama.
Nanti panjang pula cerita Kak Liza pasal Harriz yang baru dikenali itu. Tak
kuasa Balkish nak melayan.
“Iye
la… Walaikumsalam…” jawab Kak Liza sambil tersenyum lebar. Niatnya yang tadi
hendak menutup pintu pagar rumahnya diteruskan bila Balkish sudah berlalu masuk
ke dalam.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan