BAB
2
DR.
AKASYAH membaringkan tubuhnya di atas katil. Baru lega
segala urat sendinya. Penat melayan karenah Adam siang tadi cukup terasa.
Setelah berjaya memujuk anak terunanya itu, dia membawa Adam makan tengah hari
di KFC. Habis makan, Adam merengek minta mainan baru. Diturutkan saja kemahuan
anaknya itu. Selepas mendapat mainan, Adam mengajaknya pula ke Taman
Layang-layang. Seronok benar Adam bermain layang-layang di sana. Hilang segala
rajuknya.
Alhamdulillah…
Adam anak yang senang mendengar kata. Perangainya tak ubah seperti arwah
Zahida. Arwah isterinya itu juga kuat merajuk, namun senang dipujuk. Itulah
persamaan arwah isterinya dan Adam.
Mengenang
arwah Zahida, hati Dr. Akasyah dirundung pilu. Andai kata arwah Zahida masih
ada sampai ke hari ini, tentu Adam tak akan terbiar. Tentu Adam mendapat kasih
sayang sepenuhnya.
Dr.
Akasyah mencapai bingkai gambar di meja sisi. Gambar yang cukup bermakna.
“Abang
terlalu rindukan Ida.” Luah Dr. Akasyah sambil mengusap lembut wajah arwah
isteri yang terpampang di bingkai gambar.
Matanya
dipejam. Bingkai gambar dibawa dekat ke dada. Dipeluk seeratnya. Seolah-olah
dia sedang memeluk tuan punya badan.
“ABANG….”
Suara
itu menyapa gegendang telinga Dr. Akasyah. Sayu bunyinya. Membuatkan hatinya
juga menjadi pilu. Namun dia tetap berkeras tidak mahu berpaling menghadap
wajah Dr. Zahida.
“Abang…
tolonglah tengok Ida.” Rayu Dr. Zahida. Sedih hatinya bila suami tercinta buat
tak layan pada panggilannya.
Dr.
Akasyah masih berkeras. Masih membelakang tidak mahu menghadap wajah isteri
tercinta. Sedangkan hatinya sudah cair mendengar rayuan Dr. Zahida. Mana
mungkin dia bisa tidak mengendahkan isterinya itu.
“Sampai
hati abang tak nak tengok Ida. Abang dah tak sayangkan Ida lagi ka?” lirih
suara Dr. Zahida. Tak sangka hati suaminya menjadi sekeras ini.
“Ida
pun apa kurangnya. Sampai hati tak bagitau abang semua ni.” balas Dr. Akasyah.
Ada nada kesal pada suaranya. Kecewa dengan sikap berahsia isterinya.
“Bukan
Ida tak nak bagitau abang. Cuma… Ida tak berani nak hadapi kenyataan ni. Ida
takut, bang. Ida tak nak tinggalkan abang dengan Adam. Tapi… ini takdir hidup
Ida.”
Bicara
Dr. Zahida memalingkan tubuh Dr. Akasyah. Ditenung wajah sayu isterinya yang
mula digenangi air mata. Luruh jantungnya melihat wajah kekasih hatinya yang
pucat bagaikan tak berdarah.
Lantas
saja dia menarik Dr. Zahida ke dalam pelukannya.
“Abang
sayangkan Ida. Abang cintakan Ida. Jangan tinggalkan abang, sayang.” Air mata
Dr. Akasyah mengalir ke pipi. Runtuh ego seorang lelaki bila mengetahui insan
tersayang bakal pergi meninggalkannya tak lama saja lagi. Hanya menunggu masa
sahaja.
Dr.
Zahida membalas pelukan Dr. Akasyah. Teresak-esak dia menangis dalam dakapan
suaminya. Mungkin ini hari terakhir dia berada dalam pelukan hangat itu.
Selepas ini segalanya hanya tinggal kenangan.
“Kalaulah
boleh… Ida juga tak nak tinggalkan abang dengan Adam. Tapi Allah dah tulis
takdir Ida kat sini. Kita tak boleh menghalangnya.”
“Kita
masih boleh berusaha sayang. Ida masih boleh sembuh.”
Dr.
Zahida menggeleng. “Mustahil, bang. Penyakit Ida dah merebak. Kanser Ida dah
sampai ke peringkat ke empat. Ida tahu bila-bila masa saja Ida akan pergi
menghadap Ilahi. Maafkan Ida, bang. Ampunkan segala dosa-dosa Ida. Halalkan
makan minum Ida.”
Semakin erat Dr.
Akasyah memeluk Dr. Zahida. Sebolehnya dia tidak mahu melepaskan pelukan itu.
Namun dia tahu, kuasa Allah tiada siapa dapat menghalang. Suatu hari nanti, dia
juga akan menghadapi saat kehilangan isterinya ini.
sedihnya, ksian Adam kecik2 lagi dah xde Ibu.. smbng lagi :)
BalasPadamkesian kan..nti saya sambung lagi..
PadamTiada siapa yg mampu menghalang kematian...
BalasPadambetul tu... =(
Padampendeknya!! nak lagi.. cepat2xlah siapkan cerita ni ya.. kalau keluar, saya first beli.. cewaahh!!
BalasPadaminsya-Allah nanti saya sambung lagi..hehe
Padam