Bab
12
AROMA yang
cukup menyelerakan membuatkan Amanda melangkah ke dapur. Kembang kuncup hidung
mancungnya menghidu aroma itu.
“Hmmm… sedapnya bau. Mummy masak apa ni?” tegur Amanda setelah berada di dapur.
Kelihatan
Datin Aminah dan Sunarti sibuk menyediakan pelbagai jenis lauk pauk. Sunarti
sampai tak cukup tangan bergerak ke situ sini gara-gara arahan majikannya.
“Masak
sambal tomato.” Pendek jawapan Datin Aminah. Lincah tangannya memasukkan
bahan-bahan ke dalam kuali.
“Hmmm… sedap!” kecur liur Amanda mendengarnya.
Dia memang gemar sambal tomato mummynya
yang meletup.
“Mummy masak banyak-banyak ni kenapa?”
tanyanya lagi. Pelik melihat pelbagai jenis lauk pauk yang sudah terhidang atas
meja.
“Ada
la.” Selamba jawapan Datin Aminah.
Amanda
mencebik. Tak berpuas hati dengar jawapan mummynya.
Namun disebabkan mummynya kelihatan
sibuk sekali, dia membatalkan niat untuk bertanya. Lantas dia membawa kaki
untuk naik ke atas. Mandi dan bersiap kerana malam ini dia nak keluar bersama
Nadia dan Dila.
Selesai
mandi, Amanda bersiap. Dress separas
lutut berwarna merah menyala itu menjadi pilihannya. Kemudian blazer hitam
dipadankan. Berpusing-pusing dia membelek tubuhnya di hadapan cermin. Perfecto!
Kini
giliran menyolek wajahnya pula. Wajahnya sekadar disolek nipis. Rambutnya
dibiarkan terlepas tanpa ikatan. Kemudian dia bergaya seksi dengan bibir
sengaja dimuncung-muncung. Kelakar pula Amanda beraksi begitu. Nakal saja
lagaknya.
Setelah
berpuas hati dengan penampilannya, dia segera turun ke bawah. Bersiap sedia
mahu pergi.
“Nak
ke mana tu?” tanya Datuk Omar sewaktu Amanda bernyanyi-nyanyi kecil menuruni
anak-anak tangga.
Amanda
tersentak. Hampir gugur jantungnya mendengar suara daddynya yang garang.
“Manda
nak keluar jumpa kawan-kawan.” Klise benar jawapannya. Setiap hari itulah
jawapan yang diberi apabila ditanya.
“No! Malam ni daddy tak izinkan Amanda keluar.”
Berkerut
dahi Amanda mendengar arahan daddynya.
Wajah daddy dipandang.
“What?! But I have made an appointment with my friends.” Jawab Amanda
dengan nada tak puas hati.
“Batalkan!
Malam ni kita ada tetamu. Daddy mahu
Amanda duduk dekat rumah.”
“Itukan
tetamu daddy dengan mummy. Apasal Manda pulak kena duduk dekat rumah?” Amanda ini kalau tak menjawab tak
sah rasanya. Suka sangat nak buat daddynya
naik darah.
“Ini
tetamu keluarga kita. So… kita kenalah layan. Dah! Daddy tak nak dengar apa-apa alasan lagi. Manda naik sekarang dan
tukar pakaian Manda ni. Daddy tak
berkenan tengok Manda pakai macam orang tak cukup kain!” arah Datuk Omar tegas.
Kali ini dia tak akan berlembut lagi dengan anaknya itu. Cukuplah selama ini
dia menurut segala kehendak Amanda.
“Tapi….”
“No excuse! Rise up and change your clothes!”
Amanda
mendengus. Tak suka dengan arahan daddynya.
Namun dia terpaksa mengalah. Wajah garang daddynya
memberi arahan membuatkan dia sedikit cuak. Takut juga andai dia melawan buruk
pula padahnya.
Masuk
sahaja ke dalam bilik, pintu dihempas kasar. Berdentum bunyinya. Tubuhnya yang
langsing dilayangkan ke atas katil. Amanda merengus kasar.
“Bosan
betul! Nak keluar pun tak boleh. Macamlah tetamu aku yang datang ke rumah ni.”
rungut Amanda tak puas hati kerana malam ini dia terpaksa berperap kat rumah
melayan tetamu yang akan bertandang.
Tangannya
mencapai telefon pintar. Lalu menaip mesej kepada Nadia. Dia perlu memaklumkan
kepada rakannya itu bahawa dia tak dapat keluar malam ini.
Selang
beberapa minit kemudian, mesej balasan dari Nadia diterima. Pendek saja jawapan
temannya itu. Hanya, OK!
“Huh…
itu aje? Nampak sangat minah ni tak kisah aku tak keluar. Hampeh!” bebel Amanda.
Tangan dibawa naik ke dahi. Dia tak betah duduk lama-lama di rumah. Bosannya
berganda-ganda!
Ketukan
di muka pintu kedengaran. Kemudian terjengul kepala Sunarti di balik muka
pintu. Tersengih-sengih pembantu rumah seorang itu memandang dia.
“Hah…
kau nak apa?” kasar Amanda bertanya. Meluat pula dia lihat Sunarti
tersengih-sengih begitu. Ingat dah cantik macam Luna Maya ke nak sengih macam
tu? Macam Luna Color ada la!
“Errr… Non Amanda, ibu sama bapak
suruh turun. Tetamunya udah sampe’ dong.”
Amanda
mendengus. Tak kuasa dia nak turun. Tetapi ini arahan daddy. Jika dia ingkar, nanti daddy mengamuk pula.
“Ye la! Ye la! Nanti aku turun.” Malas-malas dia menjawab.
“Errr… pesan bapak lagi. Suruh Non
Amanda pakai baju sopan-sopan. Ngak
mau pakai skirt pendek.”
“Arghhh! Ye la! Aku tau la. Dah! Dah! Keluar. Menyemak aje kat bilik aku.”
Halau Amanda.
Segera
Sunarti berlalu. Lembut saja dia menutup pintu. Syukur kerana kali ini tiada
tengkingan Amanda yang singgah ke telinganya. Selalu tu, mahu pekak dia mendengar
jerit pekik anak majikannya yang angin satu badan itu.
Amanda
menggaru-garu rambutnya berkali-kali. Lagak seperti ada kutu tapi sebenarnya
dia melepaskan stress kerana desakan daddy. Malam ini daddy mengarah mengalahkan ditaktor! Membuatkan Amanda terpaksa
mengalah kerana kecut perut.
SUARA
orang bergelak ketawa di ruang tamu mematikan langkah Amanda. Hatinya yang
sedia panas bertambah panas apabila mendengar tawa riang di ruang tamu.
Gara-gara tetamu itu, dia pula menjadi mangsa. Tak pepasal malam ini dia dikurung dalam rumah.
Amanda
menarik nafas. Cuba menenangkan diri. Kemudian dengan lagak selamba dia
melangkah ke ruang tamu. Wajahnya cuba dimaniskan.
“Amanda…
meh bersalaman dengan tetamu kita.”
Panggil Datin Aminah. Anaknya itu nampak manis berbaju kurung. Sudah lama dia
tak nampak Amanda semanis ini. Sejuk matanya memandang Amanda berpakaian
seperti itu.
Amanda
menurut. Dia bergerak mendapatkan wanita berbaju kurung sutera korea di sebelah
mummynya lalu menyalamnya penuh
hormat. Rasanya dia kenal wanita itu. Wanita itulah yang ditemuinya dua minggu
lalu di secret resepi bersama mummynya.
Sejuk
pandangan Ku Ana melihat Amanda berbaju kurung. Nampak manis dan berseri.
Rambutnya pula hanya ditocang satu.
Setelah
bersalaman dengan Ku Ana, Amanda bergerak pula mendapatkan lelaki yang duduk di
sebelah daddynya. Rasanya lelaki
hampir sebaya daddynya itu pasti
suami Ku Ana. Ketika matanya memandang wajah yang duduk tak jauh dari lelaki
itu, matanya membulat. Rasa nak terjonjol keluar.
‘Apa
mamat ni buat dekat sini?’ hatinya
mendesis. Mendidih secara tiba-tiba melihat wajah yang telah dianggap sebagai
seterunya itu.
“Amanda,
kenalkan ini Tengku Rayyan. Anak Uncle
Man dan Auntie Ana.” Beritahu mummynya seolah-olah tahu apa yang
bermain dalam mindanya ketika ini.
Amanda
sekadar menarik senyuman sinis. Sebelum berlalu ke tempat duduk kosong
bersebelahan dengan mummynya, sempat
dia memberi jelingan maut pada Tengku Rayyan. Menyampah betul dia tengok muka
selamba beruk jantan lelaki itu.
‘Hisy… menyampah betul tengok muka mamat ni. Kalau tau dia tetamu yang
dimaksudkan tu, tak hingin aku nak
turun melayan. Duk dalam bilik buat taik mata lagi bagus!’ Dengus Amanda dalam
hati. Benci betul rasanya dia nak pandang muka Tengku Rayyan. Memanglah lelaki
itu kacak tapi dia langsung tak berkenan.
‘Perempuan
sewel ni pandang aku macam nak telan
aje. Kalaulah aku tahu walid dengan bonda datang ke rumah dia ni, jangan harap
aku nak ikut sekali. Tak kuasa aku tengok muka perempuan sewel ni.’ Tengku Rayyan yang berlagak selamba membebel dalam hati.
Kerana desakan bonda, dia mengalah. Disebabkan itulah dia terdampar di banglo
Seri Idaman ini.
‘Ceh!
Curi-curi pandang konon! Apa dia ingat aku suka sangat ke jumpa dia kat sini?
Menyakitkan hati tu ada la! Menyibuk aje datang rumah orang!’ Rungut Amanda
lagi.
‘Huh!
Aku lagi tak suka jumpa dia. Dah la sewel,
garang nak mampus pulak tu.’ Suara
hati Tengku Rayyan juga terus merungut.
“Ibu…
bapak… makanannya udah di siapin.” Suara Sunarti kedengaran. Mematikan bicara yang diselangi
gelak tawa.
“Hmmm… makanan dah terhidang. Jom la kita
semua makan. Perut pun dah lapar ni. Sambil-sambil tu boleh la kita sembang
panjang.” Pelawa Datuk Omar selaku ketua rumah.
“Siapa
suruh kau datang sini?” bukan main cantik lagi bahasa Amanda menegur Tengku
Rayyan sewaktu mereka bergerak ke ruang makan. Ketika itu dia dan Tengku Rayyan
berjalan di belakang orang tua masing-masing.
Tengku
Rayyan mencebik. “Kalau tau ini rumah awak… saya pun tak teringin nak datang.
Tambah-tambah berjumpa dengan orang sakit jiwa macam awak ni.” balas Tengku
Rayyan.
Amanda
menggigit bibir bawahnya. Berombak kencang dadanya bila Tengku Rayyan
mengatakan dia pesakit jiwa. Lelaki itu memang nak cari pasal!
‘Arghhh!!!! Kenapa la mangkuk ayun tu datang ke sini? Benci…
benci… benci!’ hatinya berteriak geram.
‘Takpe… aku kenakan kau cukup-cukup malam
ni. Tengok la!’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan