Bab
14
DATIN AMINAH meletakkan
dulang berisi sepinggan moist chocolate
cake dan seteko teh di atas meja bulat. Kemudian dia menuang teh ke dalam
cawan. Lalu dihulurkan kepada Ku Ana yang sedang ralit melihat persekitaran
halaman rumah yang bersih.
“Terima
kasih, Min. Buat susah-susah kau aje.”
“Sama-sama,
Ana. Takde susah mana pun. Kek ni pun
kau yang bagi. Aku cuma bancuh airnya aje.” Balas Datin Aminah lalu melabuhkan
punggung di atas kerusi bersebelahan temannya.
Mereka
saling berbalas senyum.
“Ryan
macam mana? Sihat?” tanya Datin Aminah. Entah kenapa ringan pula mulutnya ini
mahu bertanyakan pasal anak muda itu. Hatinya sudah tertawan dengan sikap baik
Tengku Rayyan.
“Alhamdulillah…
sihat. Cuma tu la, Ryan tu sibuk sangat dengan kerja. Asyik menghadap kerja aje
dua puluh empat jam.” Beritahu Ku Ana perihal anak seorang itu.
“Biasa
la… dia kan orang harapan syarikat. Memanglah kena sibuk dengan kerja.”
“Tapi
kalau iye pun, kenalah ada masa untuk
diri sendiri. Ini tak… langsung takde
masa nak keluar bersosial dengan kawan-kawan. Apa lagi nak bersantai dengan family.”
Cerita
Ku Ana membuatkan Datin Aminah terkenangkan anaknya Amanda. Amandanya pula
terlalu banyak masa bersosial dengan teman-temannya sehingga tiada masa mahu
bekerja. Kasihan suaminya itu, terpaksa bekerja menguruskan syarikat
memandangkan anak seorang ini tak boleh diharap. Dulu ada juga Hakimie
membantu. Tetapi kini Hakimie sudah membuka syarikat kecilnya sendiri di JB.
“Takkan
Ryan tu takde teman wanita, Ana?
Orang hensem macam tu, mesti ramai
yang suka.”
Ku
Ana mengeluh. Berat sungguh keluhannya menyapa halwa telinga Datin Aminah.
“Kenapa
ni?”
“Sebenarnya
Min… Ryan tu dah bertunang.”
“Oh…
ye ke? Tahniah. Aku tak tahu pula.
Habis tu bila majlis pernikahannya nak berlangsung?” Ada rasa sedikit kecewa bermukim
di hati Datin Aminah. Baru dia berhajat mahu mendekatkan Tengku Rayyan dengan
Amanda. Tak sangka anak muda itu sudah berpunya. Sangkanya Tengku Rayyan masih
kosong dan boleh dijadikan menantu. Dia cukup berkenan jika anak muda itu
menjadi suami Amanda.
Ku
Ana diam tak berkutik. Wajahnya muram. Ada garis-garis mendung pada wajah
jelitanya.
“Ana….”
Datin Aminah mula curiga. Kenapa wajah Ku Ana tiba-tiba bertukar suram?
Ku
Ana menghela nafas. “Sepatutnya majlis pernikahan berlangsung tiga tahun lepas,
Min. Tapi… tunang Ryan terlibat dalam kemalangan tiga hari sebelum majlis
berlangsung.” Ayatnya mati di situ. Terasa ada sebak melanda diri namun
ditahan.
Terkejut
Datin Aminah mendengarnya. Ringan mulutnya menyebut perkataan ‘Inalillah wa inalillah hirojiun’.
“Maafkan
aku, Ana. Aku tak tahu.” bersimpati Datin Aminah dengan nasib yang menimpa
keluarga itu. Tentu kejadian itu menjadi tamparan terhebat dalam hidup mereka.
Kehilangan seseorang yang disayangi dalam masa majlis perkahwinan ingin
dilangsungkan.
“Bukan
salah kau, Min. Dah nasib kami kehilangan arwah. Allah lebih sayangkan arwah
Sofea. Sebab tu arwah pulang ke pangkuanNya dalam usia yang muda.”
Mereka
sekeluarga dah lama dapat menerima hakikat. Cuma Tengku Rayyan yang masih tidak
dapat kenyataan pahit itu. Cintanya terlalu dalam pada Sofea.
“Sejak
arwah Sofea pergi tinggalkan kami semua, Ryan dah berubah. Dia dah tak seceria
dulu. Nak berkumpul dengan family pun
dah takde masa. Waktunya dihabiskan
dengan kerja, kerja, kerja.” cerita Ku Ana tentang perubahan sikap anaknya.
“Bagilah
Ryan tu masa Ana. Bukan senang lupakan orang yang dia cinta. Lebih-lebih lagi
dia kehilangan arwah tunangnya tiga hari sebelum hari paling penting dalam
hidup mereka. Tentu tu satu tamparan buat Ryan.” Pujuk Datin Aminah.
Ku
Ana menghela nafasnya semula. “Dah tiga tahun, Min. Ryan masih macam tu.
Bukannya aku tak berusaha kenalkan dia dengan perempuan lain, tapi semua
ditolaknya. Tak tengok muka pun lagi, awal-awal lagi dia dah mengelak. Aku pun
dah tak tahu macam mana lagi nak cakap. Kalau boleh, aku nak Ryan berkahwin dan
mulakan hidup baru. Sampai bila dia nak hidup bersama kenangan silam?”
“Sabar
ya Ana ya.” Pujuk Datin Aminah. Hanya itu yang boleh dikatakan untuk menenangan
hati gundah temannya itu. “Sebenarnya Ana, nasib kita ni serupa.” Sambung Datin
Aminah.
Ku
Ana mengerut kening. Wajah Datin Aminah ditatap. “Kenapa pulak kau kata macam tu? Amanda pun kehilangan tunang dia jugak ke?”
Tertawa
kecil Datin Aminah mendengar pertanyaan Ku Ana. “Anak aku tu mana pernah bertunang.”
“Habis
tu?”
“Dulu
Amanda tu anak yang ceria dan manja. Dialah penyeri hidup aku dan suami. Tapi
sejak dia pulang dari oversea,
perangai dia dah lain, Ana. Degil dan tak nak dengar kata. Umur Amanda tu dah
dua puluh lima tahun. Tapi sampai sekarang dia ada boyfriend. Nak cerita pasal lelaki pun susah. Takut jugak kalau-kalau anak aku tu berminat
kat sesama jenis.”
“Hisy… kau ni Min. Mintak dijauhkan perkara macam tu jadi kat anak-anak kita. Alaaa…
kau jangan bimbanglah. Insya-Allah suatu hari nanti ada la tu jodoh Amanda.”
Ujar Ku Ana. Dia cukup yakin gadis secantik Amanda pasti boleh mendapat jodoh
cuma masanya sahaja belum tiba.
Datin
Aminah mengangguk-angguk. “Aku ni bukannya apa Ana. Aku dah berapa kali cuba
kenalkan Amanda tu dengan anak lelaki kawan-kawan aku, tapi sorang pun dia tak berkenan. Macam-macam
perangai dia buat asalkan si lelaki tu menolak. Naik geram aku tengok perangai
Amanda tu.”
Terlepas
tawa kecil Ku Ana mendengar bebelan Datin Aminah. Macam-macam saja dua beranak
itu.
“Ana…
hmmm… kalau aku bagi cadangan kau nak
terima tak?” Datin Aminah tersengih-sengih menayang giginya yang putih bersih.
“Cadangan?
Apa dia?” dengan dahi berkerut, Ku Ana bertanya.
“Hmmm… apa kata aku pinang Ryan untuk
Amanda.”
Tergelak
besar Ku Ana mendengarnya.
“Ana!
Aku serius la.”
“Kau
ni Min… kalau nak buat lawak pun, agak-agaklah. Kau dari zaman kita sekolah
sampai dah ke tua ni masih tak ubah-ubah lagi ye. Suka buat lawak.” Ku Ana menyuap sedikit moist cake ke dalam
mulut.
“Aku
tak main-main la Ana. Aku serius. Aku nak pinangkan Amanda tu untuk Ryan.”
Wajah
serius Datin Aminah memaksa Ku Ana mengambil serius perkara ini.
“Kau
biar betul Min? Tak pernah dibuat dek orang.”
“Aku
serius!” Datin Aminah tayang wajah serius. “Lagipun tak pernah orang buat tu la
yang perlu kita buat.”
Ku
Ana mengerut kening.
“Aku
tahu anak aku tu serba kekurangan, Ana. Tak padan pun dengan Ryan.”
“Eh…
kau jangan cakap macam tu Min. Aku tak bermaksud macam tu pun. Cuma… aku
terkejut. Tak tau nak kata apa.”
“Aku
tau benda ni bukan boleh di bawa main-main, Ana. Tapi aku dah berkenan dengan
Ryan. Kalau boleh aku nak Ryan jadi suami Amanda. Biar dia didik Amanda. Anak
aku tu keras kepala. Tapi aku yakin… Ryan pasti boleh didik Amanda jadi wanita
dan isteri solehah.”
Tinggi
sekali harapan Datin Aminah terhadap Tengku Rayyan.
“Aku
bukan tak nak Min. Aku pun suka kalau Amanda jadi menantu aku. Amanda tu gadis
baik. Cuma… aku takut Ryan tu yang tak boleh didik Amanda. Kau pun tahu kan
kisah Ryan. Aku takut Ryan tak dapat beri kasih sayang pada Amanda.”
“Kita
berilah dia orang masa. Yang penting… kita kahwinkan dia orang dulu. Macam
mana?”
Ku
Ana diam tak berkutik. Cadangan Datin Aminah itu baik cuma dia khuatir Tengku
Rayyan akan menolak. Dia faham sangat perangai anak terunanya itu.
“Ana….”
Ku
Ana panggung kepala. “Baik la. Aku setuju. Tapi perkara ni kita kena bincang
dengan suami masing-masing.”
Lebar
senyuman di bibir Datin Aminah. “Yang tu kau jangan risau. Nanti aku bincang
dengan Omar. Kau bincang la dengan suami kau ya. Mudah-mudahan usaha kita ni
dipermudahkan. Amin….” Datin Aminah meraup wajahnya.
“Amin….”
Ku Ana membalas dengan membawa tangan ke wajah. Berharap semoga perkara baik
ini dapat dijalankan tanpa halangan.
HUK! HUK! HUK!
Amanda
tersedak. Sepantas kilat dia mencapai air putih di depannya. Diteguk sekali
gus.
‘Lega.’
Bisik hatinya.
Tengah
dia enak menikmati makan tengah hari, tiba-tiba pula mummynya berbicara sesuatu yang menyekat selera makannya. Tak pepasal nasi tersekat pada saluran
kerongkong. Nasib baiklah dia tak mati tercekik.
“Itu
mesti tak baca bismillah.” Ujar Datin Aminah. Wajah anaknya sudah memerah
seperti udang dipanggang.
“Bukan
tak baca bismillah la mummy. Tapi
terkejut dengar cakap mummy tu. Hisy… tak sesuai!” bentak Amanda.
Punyalah lapar perutnya tadi, tapi sebaik mummy
membuka usul tentang perkara it uterus seleranya mati. Lauk-pauk yang enak
menjadi tak sedap padanya.
“Apa
yang tak sesuai? Mummy tengok Manda
kalau bergandingan dengan si Ryan tu, bagai pinang dibelah dua.”
Amanda
menjongkit bibir. Mata dijulingkan ke atas. “Bagai pinang dibelah sepuluh tu
ada la.” Balasnya dengan gaya loya semacam.
Sakit
hati Datin Aminah melihat tingkah anak daranya itu. Boleh pula tayang muka
macam tu depan dia.
“Amanda
ni kenapa?” bentak Datin Aminah geram.
“Mummy tu la yang kenapa? Tiba-tiba pula
hari ni cakap pasal mamat mangkuk ayun tu. Manda tak suka la.” Inilah Amanda versi baharu. Sepatah
ditanya, berpuluh-puluh patah dijawabnya.
“Apa
salahnya kalau mummy nak jodohkan
Manda dengan Ryan? Bukannya Ryan tu suami orang pun. Single and available. Sesuai la dipadankan dengan Manda.”
“Eiii… tak nak! Tak sepadan langsung.”
“Oh…
kalau macam tu siapa yang sepadan dengan Manda? Ali?” sengaja Datin Aminah
menyebut nama Ali di hadapan Amanda. Dia tahu betapa arlegiknya anaknya itu
pada Ali. Pantang nama Ali disebut-sebut, mulalah Amanda cemberut.
“Please la mummy! Ali tu berganda-ganda tak padan dengan Manda. Si lembik tu…
sekali Manda jentik aje dah terjerit-jerit. Ewu…
tak berkenan!”
“Habis
tu kalau semua tak berkenan, Manda berkenan dekat siapa pulak? Nadia atau Dila?” Naik temperature
Datin Aminah setiap kali berbicara dengan anaknya seorang ini. Jawpannya bisa
mendapat serangan darah tinggi.
Amanda
cemberut. “Apa mummy ni? Ke situ pulak? Mummy fikir Manda ni suka kaum sejenis ke? Manda bukan macam tu
la.”
“Kalau
bukan macam tu… kenapa semua calon yang mummy
kenalkan kat Amanda semua Amanda tolak. Satu pun tak berkenan. Dulu mummy berkenan sangat dengan si Zarif
tu. Budaknya baik dan mummy yakin
sangat dia pasti boleh jadi suami yang baik. Tapi Manda yang tak nak. Buat
perangai tak senonoh. Sekarang ni mummy
nak padankan dengan Ryan, Manda tak nak jugak.
Kenapa?”
Amanda
ketap bibir. Inilah soalan yang paling tak digemari bila bersembang dengan mummy. Dah lama mummy tak berbicara soal teman hidup dengannya. Tapi hari ini mummy dah mula balik. Stress!
“Eiii… dah la. Manda naik atas tidur lagi
bagus.” Tanpa berlengah Amanda berlalu dari situ. Wajah mummynya yang mula
berubah mendung langsung tidak dihiraukan.
Sampai
di biliknya, dia menutup rapat pintu bilik. Amanda bersandar pada belakang
pintu. Dadanya berombak kencang. Pelupuk matanya mula digenangi air.
“Maafkan
Manda mummy. Manda tak berniat nak
kurang ajar dekat mummy.”
Tanpa
dapat ditahan lagi, air matanya mengalir juga. Teresak-esak Amanda menangis
dengan kedua belah tangan menekup mulut. Dia tak nak ada sesiapa mendengar
tangisannya. Biarlah semua orang menganggap dia ini degil dan berhati batu. Itu
lebih baik dari membiarkan dirinya yang lama kembali semula.
Bukan
pintanya berubah sejauh ini, tetapi peristiwa itu mengajar Amanda menjadi
seorang yang keras hati.
TERBAHAK-BAHAK
Tengku Norman ketawa mendengar usul isterinya itu. Sampai berair matanya.
Isterinya dan Datin Aminah dua kali lima sahaja. Dua-dua ada sifat lawak
jenaka. Kalau kedua sahabat baik ini bergabung memasuki rancangan Raja Lawak,
tentu mereka boleh menang. Apa taknya, lawak yang didengarinya ini terlalu
kelakar hingga mengalahkan lawak Jozan.
Ku
Ana menarik muka. Meluat pula dia dengar suaminya ketawa seperti itu.
“Abang!
Saya serius ni. Abang boleh pulak
ketawa macam Pontianak lelaki!” rengus Ku Ana. Sakit hatinya ini kerana
suaminya mengambil enting saja pada apa yang diperkatakannya tadi.
Tengku
Norman cuba meredahkan tawanya. Perutnya yang senak kerana banyak ketawa
ditekan-tekan. Dia tahu isteri kesayangannya itu sudah naik marah. Namun dia
tak boleh menahan rasa gelihati.
“Abang!!!”
Kali ini suara Ku Ana naik ke frenkunsi paling tinggi. Tahap geramnya dah tak
terkata!
“Ouch!” Tengku Norman mengadu sakit bila
lengannya menjadi sasaran sepit ketam sang isteri. Berbisa sungguh penengannya.
“Kali
ni kalau abang ketawa lagi, saya cubit lagi kuat dari yang ni.” Ugut Ku Ana.
“Okey!
Okey! Abang tak ketawa lagi.” Tengku Norman menahan tawa. Dipam mulutnya agar
tawanya tak meletus lagi.
“Saya
serius ni. Abang tak fikir ke kita patut kahwinkan Ryan tu secepat mungkin.
Semakin lama dia macam tu, semakin tak senang hati saya ni bang.”
“Ana…
awak ni pun… bukannya awak tak tahu Ryan tu macam mana. Awak tak fikir ke anak
bujang kesayangan awak tu akan menolak? Tak payah diusulkan Ana, saya dah tahu
sangat jawapan Ryan.”
Bukan
Ku Ana tak dapat mengagak jawapan Tengku Rayyan, tetapi dia amat menyimpan
harapan agar anak terunanya itu setuju disatukan dengan Amanda. Lagipun dia
kenal baik dengan Datin Aminah. Dia tahu temannya itu datang daripada keluarga
baik-baik. Jadi tak mustahil anak gadisnya juga seorang anak yang baik walaupun
Amanda itu agak sombong budaknya.
Tapi
itu takpe. Nanti dah kahwin, tahulah
Tengku Rayyan mendidik Amanda. Alaaa… bukannya susah mana pun nak ajar budak
macam Amanda itu. Cuma Tengku Rayyan perlukan kelembutan dan kesabaran sahaja.
Ku Ana yakin anaknya itu boleh melakukannya.
“Tapi
bang… saya dah janji dengan Min nak pujuk Ryan terima Amanda sebagai isteri.”
Tengku
Norman menggeleng-geleng. Isterinya ini suka sangat berjanji perkara yang
sukar.
“Macam
ni la… abang tak perlu buat apa-apa. Apa yang saya mahukan cuma sokongan abang.
Tolonglah saya bang… kalau boleh saya nak sangat tengok Ryan naik pelamin dan
bina kehidupan baru. Sampai bila dia nak kenangkan orang yang dah takde? Kehidupan perlu diteruskan.”
Ku
Ana bila menginginkan sesuatu, memang bijak berkata-kata.
“Suka hati awak la
Ana. Abang ni ikut aje. Mana yang baik, kita teruskan. Jangan awak kecewa lagi
sudah la.” Tengku Norman mengalah. Tak guna berbalah dengan isterinya itu. Jika
itu yang terbaik, dia hanya menurut. Semoga percaturan isterinya menjadi kali
ini. Dia tak nak isterinya kecewa lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan