Bab
13
“RYAN dah
nak pergi ke?” tanya Ku Ana sewaktu melihat kelibat anak bujangnya itu
melintasi ruang makan.
Tengku
Rayyan berpaling. Kepalanya diangguk-angguk.
“Hmmm… kalau macam tu tolong bonda hantar
kek ni dekat Auntie Min.” pinta Ku
Ana. Tupperware berisi kek karot dihulurkan kepada anaknya.
“Auntie Min? Tapi kenapa Ryan pulak yang kena hantar bonda? Ryan nak
cepat ni. Mintak tolong Abang Mamat
ajelah yang hantar.” Tolak Tengku Rayyan beralasan. Jika boleh dia tak nak
bertembung lagi dengan perempuan sewel
itu. Menyakitkan hati saja. Cukuplah pertemuan malam selasa lepas. Dia tak
ingin ada pertemuan seterusnya dengan orang sakit jiwa.
“Mamat
mana tahu alamat rumah Auntie Min.
Kebetulan kan rumah Auntie Min tu
laluan Ryan jugak. Tolong la….” Rayu Ku Ana.
“Tapi
bonda….”
“Ryan…
please.” Ku Ana sudah buat muka minta
dikasihani.
Tengku
Rayyan menghela nafas. Dalam terpaksa dia mengalah juga.
Ku
Ana tersenyum senang. Bekas Tupperware bertukar tangan. Anaknya itu walau
degil, namun masih boleh dilembutkan. Tengoklah malam itu. Setelah dipujuk rayu
barulah Tengku Rayyan ikut sama ke rumah Datin Aminah. Pertama kali sejak
kejadian tiga tahun lalu Tengku Rayyan mengikut mereka keluar bersama. Ini
merupakan satu perkembangan yang baik.
“Nanti
Ryan sampaikan salam bonda dekat Auntie
Min ye. Kata terima kasih berikan
sambal tomato tempoh hari. Memang sedap.” Pesan Ku Ana.
Tengku
Rayyan sekadar mengangguk. Dia masuk ke dalam perut kereta bersama sebuah
helaan berat. Nampak gayanya dia kena berdepan lagi dengan si sewel itu.
Dalam
perjalanan ke rumah Datin Aminah, Tengku Rayyan tak sudah-sudah berdoa semoga
tak bertembung dengan Amanda. Tak berkenan dia dengan sikap perempuan seorang
itu. Suka sangat mencari pasal. Tengoklah malam itu. Bukan main lagi Amanda
menyakiti hatinya. Mentang-mentang berada di ‘gua’ sendiri. Bukan main lancang
mulut gadis itu mengenakan dia.
Ikutkan
Tengku Rayyan, dia nak balas balik apa yang Amanda lakukan pada dia. Tapi dia
tahu itu bukan perbuatan orang yang matang. Dia perlu bertenang dan bersabar.
Tak perlu ikut sangat rentak budak tak betul macam Amanda.
Kereta
berhenti di hadapan pintu pagar yang tertutup rapat. Tengku Rayyan memanjangkan
leher menjenguk ke halaman. Mencari kereta comel milik perempuan sewel. Nampaknya Volkswagen Beetle merah
menyala itu ada tersadai di dalam garaj. Menandakan pemiliknya juga berada di
rumah.
Kemudian
sebuah keluhan kecil terbit dari bibir Tengku Rayyan. Dia amat berharap tidak
bersua muka dengan Amanda hari ini. Merosakkan moodnya sahaja bertentang mata dengan gadis tak beradab itu.
Tengku
Rayyan keluar dari perut kereta. Dia melangkah ke pintu pagar lalu menekan
lonceng di tepi. Menunggu tuan rumah keluar dengan hati penuh sabar.
Mendengar
bunyi lonceng berdeting, Datin Aminah menjenguk ke ruang tamu. Kelihatan Amanda
sedang duduk santai di situ sambil mengunyah buah apple dan menyelak-nyelak
majalah hiburan. Apa sajalah anaknya itu, bunyi yang bertalu-talu pun tak
dihiraukannya.
“Manda…
pergi tengok siapa datang tu.” Arah Datin Aminah. Daripada Amanda takde kerja,
baik disuruh. Lagipun dia tak suka langsung tengok lagak Amanda yang tak ubah
seperti Mem besar itu.
“Alaaa…
malas la mummy. Suruh Sunarti la.”
“Sunarti
banyak kerja nak kena buat kat dapur ni. Manda kan releks, tolonglah jenguk
siapa yang datang.”
Amanda
mendecit. Majalah diletak ke tepi. ‘Baru nak bersenang-lenang, dah macam-macam
disuruh. Ini yang buat aku tak tahan duduk kat rumah.’ Sambil merungut, Amanda
bergerak ke muka pintu.
Matanya
dikecilkan. Cuba mengecam wajah lelaki yang sedang berdiri di luar pagar.
“Apa
dia buat datang sini?” tanya Amanda pada diri sendiri. Selipar jepun disarung
kemudian dia berjalan menghampiri Tengku Rayyan yang berpanas dekat luar.
“Hah…
awak! Nak apa datang sini?” selamba kerek Amanda bertanya. Tangannya
disilangkan ke dada.
“Saya
datang nak jumpa Auntie Min, bukannya
nak tengok muka tak betul awak tu.” Kalau Amanda boleh menyoal kerek, Tengku
Rayyan juga boleh menjawab kerek.
Amanda
menjeling. Tajam sungguh jelingannya. Dahlah dia berdiri di tengah panas ni,
lelaki itu pula sengaja nak memanaskan lagi hatinya.
“Mummy sibuk! Kalau nak apa-apa, cakap
aje dekat saya. Nanti saya sampaikan pada mummy.”
Tengku
Rayyan mencebik. Meluat dengan kesombongan tahap monster si perempuan sewel.
Kemudian
dia bergerak semula ke keretanya. Kiriman bonda perlu diserahkan.
“Ini…
bonda saya suruh bagi dekat Auntie Min.” Tengku Rayyan menghulurkan Tupperware kepada Amanda. Namun gadis
itu berlagak poyo. Tupperware yang dihulurkan langsung tak
disambut.
“Awak
ni dengar ke tak? Ini untuk mummy
awak.” Sakit hati Tengku Rayyan dengan sikap Amanda.
Amanda
mencebik. Sengaja tak nak disambut Tupperware
itu.
“Jangan
lengah-lengahkan masa saya boleh tak?” sabar Tengku Rayyan semakin menipis.
Perempuan sewel itu bagai mencabar
kesabarannya di tengah panas ini.
Tiba-tiba
kedengaran suara Datin Aminah menyapa. “Eh, Ryan. Kenapa tak masuk ke dalam.
Manda, kenapa tak buka pintu pagar tu?” kemudian soalan ditujukan pula kepada
si anak yang sedang berpeluk tubuh. Menggeleng-geleng kepalanya melihat sikap
Amanda yang selamba.
Pintu
pagar di buka luas.
“Masuk
la Ryan. Panas kat luar ni.” pelawa Datin Aminah ramah. Bibirnya mekar dengan
senyuman.
Sejak
mengenali anak teruna Ku Ana yang seorang ini, hatinya cukup tertarik dengan
peribadi Tengku Rayyan. Bukan dia saja yang memuji peribadi molek lelaki muda
itu. Malah suaminya juga turut berkenan.
“Takpelah auntie. Ryan cuma nak hantar kiriman bonda.” Tengku Rayyan
menghulurkan Tupperware kepada Datin
Aminah.
“Apa
ni?”
“Kek
karot.”
“Buat
susah Ryan aje hantar kat sini. Lain kali telefon je. Biar Amanda ambil kat
sana.”
Mendengar
mummynya berkata begitu, Amanda
menjulingkan mata ke atas. Tak ingin dia nak ke rumah lelaki mangkuk ayun itu.
“Takpelah auntie. Tak susah pun. Kebetulan laluan ke ofis memang lalu kat
sini.”
Datin
Aminah tersenyum senang. Tengku Rayyan memang anak yang baik.
“Okeylah
auntie, Ryan pergi dulu.” Tengku
Rayyan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Datin Aminah. Penuh hormat
dia tunduk mencium tangan wanita itu. “Oh ya… sebelum lupa, bonda kirim salam.
Katanya sambal tomato yang auntie
bagi hari tu memang sedap.”
Datin
Aminah ketawa kecil. Kembang hati mendengar pujian yang diberi.
“Assalammualaikum.”
Sebelum masuk ke perut kereta, Tengku Rayyan memberi salam
“Waalaikumusalam.” Balas Datin Aminah
sambil melambai-lambai tangannya kepada anak muda itu.
Sejurus
Mercedes yang dipandu pemuda itu berlalu, Datin Aminah mengerling wajah si anak
yang berdiri di sebelahnya.
“Kenapa
buat perangai macam ni? Langsung takde
adab depan tetamu. Tak baik buat Ryan macam tu. Apa salahnya Amanda jemput dia
masuk ke dalam?” Datin Aminah mula menegur sikap kurang manis anaknya itu.
Amanda
mengherot bibir. Eiii… tak kuasa dia
nak menjemput musuhnya itu masuk ke rumah. Biar dia berpanas hitam legam kat
luar ni!
“Sikap
Manda ni semakin hari semakin melampau. Mummy
tak faham betul dengan Manda.” Tanpa menunggu lama, Datin Aminah segera masuk
ke dalam. Bercakap dengan Amanda hanya menghabiskan liurnya sahaja. Masuk
telinga kanan, keluar telinga kiri.
KEDATANGAN
Tengku Rayyan di rumahnya petang itu mengejutkan Qisya. Sudah lama adik iparnya
itu tidak ke rumahnya ini. Tiba-tiba petang ini mereka dikejutkan dengan
kedatangan Tengku Rayyan. Ku Alisha dan Ku Anisya bukan main seronok lagi
menyambut kedatangan pak usu mereka.
“Minum,
Ryan.” Pelawa Qisya. Dia menghulurkan gelas berisi jus oren kepada adik iparnya
itu.
Gelas
bertukar tangan.
“Terima
kasih.” Ucap Tengku Rayyan.
Qisya
sekadar mengangguk kemudian mengambil tempat duduk di single sofa. Gembira
menyambut kedatangan adik iparnya itu. Entah apa mimpi Tengku Rayyan datang ke
rumahnya hari ini? Mungkin semalam menang loteri agaknya. Heheheee….
“Sihat?”
tanya Qisya.
Tengku
Rayyan mengangguk.
“Hmmm… dah lama Ryan tak datang ke sini.
Budak-budak selalu bertanyakan Ryan. Tengoklah tadi, bukan main happy lagi dia
orang tengok Ryan datang.” Beritahu Qisya. Anak-anaknya, Ku Alisha dan Ku
Anisya selalu merungut pak usu mereka sudah melupakan mereka.
“Ryan
sibuk kak long. Tu yang dah lama tak datang.”
Sebenarnya
dia sengaja menyibukkan diri. Cuba mengelak dari semua orang. Tapi… bila difikir
kembali, sampai bila dia perlu mengelak? Seperti kata abang longnya, dia perlu
bangkit memulakan hidup baharu. Namun ini bukanlah bermakna dia melupakan arwah
Sofea. Cuma dia perlu bangun dan cuba bergembira seperti dulu.
Dan
langkah pertama, dia perlu mulakan di rumah ini. Anak-anak saudaranya mampu
membuatkan Tengku Rayyan kembali tersenyum dan ketawa.
“Malam
ni makan kat sini ya. Kak long ada masak ayam masak merah.” Qisya mengajak. Dah
lama tak makan duduk semeja dengan anak muda itu.
Tengku
Rayyan mengangguk. “Kak long ni macam tau-tau aje Ryan nak datang ya. Siap
masak ayam masak merah lagi.”
Tersenyum
Qisya mendengarnya. Dia sendiri tak tahu kenapa hatinya tergerak nak masak menu
itu. Sedangkan ayam masak merah jarang menjadi pilihannya. Antara ayam masak
merah dengan ayam masak kicap, anak-anaknya lebih sukakan ayam masak kicap
kerana tak pedas.
“Entah
la… kak long macam terhidu pulak bau
Ryan nak datang sini. Tu yang masak ayam masak merah.” Seloro Qisya.
Tengku
Rayyan ketawa kecil. Hubungannya dengan Qisya memang rapat sebelum ini. Malah
sebelum wanita itu menjadi kakak iparnya lagi. Mereka banyak berkongsi rasa.
Suka dukanya diadu kepada Qisya. Kisah cintanya juga banyak diceritakan kepada
kakak iparnya itu.
Cuma
sejak arwah Sofea tiada, dia menjarakkan diri. Tiada lagi perkongsian diluahkan
kepada kakak iparnya itu. Semua dipendam dalam hati. Kesedihannya tak terluah
dengan kata-kata. Kehilangan Sofea dalam sekelip mata merubah perjalanan
hidupnya.
Bunyi
enjin kereta memasuki halaman rumah membuatkan Qisya menjenguk. Lebar
senyumannya melihat kelibat suami tercinta turun dari perut kereta. Pantas dia
bergerak ke pintu utama. Menanti suami tersayang.
Kereta
Mercedes yang terparkir elok di sebelah Audi Q5 isterinya membuatkan Tengku
Danish mengerut kening. Dia kenal benar kereta Mercedes hitam itu. Cuma akalnya
tidak mahu menerima. Takkanlah Tengku Rayyan datang ke rumahnya ini?
“Abang
perhati apa tu? Masuklah ke dalam. Tuannya ada kat dalam ni ha.” Sergah Qisya.
Bibirnya merekah dengan senyuman
Terkejut
si suami menerima teguran sang isteri. Mujur takde penyakit jantung.
Tengku
Danish merapati isterinya. Wajah Qisya ditenung dalam. Dia seolah-olah berkata,
“Benarkah atau sekadar mimpi?”
Ketawa
kecil Qisya dengan tingkah suaminya ini. Pipi Tengku Danish dicubit mesra.
Kemudian kepalanya diangguk-angguk mengiakan soalan tanpa kata suaminya itu.
Melebar
senyuman Tengku Danish melihat anggukan isterinya. Kepala dijenguk ke dalam.
Adiknya sedang melayan karenah anak-anaknya. Bagaikan mimpi melihat pemuda itu
berada di rumahnya dan sedang bergelak ketawa bersama Ku Alisha dan Ku Anisya.
Setelah tiga tahun berlalu, inilah kali pertama Tengku Rayyan menjejak kaki ke
sini. Semoga ini menjadi permulaan baharu dalam hidup adiknya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan