Bab
7
“KAU ni
tak reti bahasa ke? Dah beratus kali
aku cakap… aku tak sukakan kau. Boleh tak jangan ganggu aku lagi.” rengus
Amanda bila Ali beria-ia mengajak dia keluar makan tengah hari itu. Sakit
hatinya tak terperi. Ali ini pekak agaknya? Tak faham bahasa! Dah ditolak
berkali-kali masih buat muka tembok menghadap dia.
“I
tak kisah kalau you tak sukakan I. Apa yang penting I sukakan you. I nak kahwin
dengan you.” Ali masih berkeras. Tetap berdiri tegak di hadapan Amanda.
Matanya
dijulingkan ke atas. Rasa nak muntah pun ada jugak. Tak terfikir dalam fikiran Amanda nak berkahwin dengan mamat sotong itu. Ewu… please la!
“Amanda,
I tahu I ni lembik. Tapi I tetap seorang lelaki. I tetap ada perasaan pada
perempuan. Dan I nak kahwin dengan you.” Sekali lagi Ali mengulangi kata yang
sama.
Amanda
naik geram. Tanpa dapat ditahan laju saja jari telunjuknya menonjol kepala Ali.
“Hei… kau dengar sini baik-baik! Aku tak
suka kau! Aku tak sudi pun nak kahwin dengan kau. Lelaki sotong macam kau ni
tak layak pun untuk aku. Tolonglah… Ali, cermin diri kau tu dulu sebelum ada
hati nak kahwin dengan aku. Bagai langit dengan bumi tau!”
Sedih
hati Ali mendengar penghinaan Amanda kepadanya. Hina sangatkah menjadi lelaki
lembik? Amanda langsung tak menjaga hati dan perasaannya yang terguris ini.
Tanpa sedar, ada air mata yang bergenang pada pelupuk matanya.
Amanda
mencebik. Melihat wajah Ali yang berubah keruh hatinya semakin sakit.
Sikit-sikit nak nangis. Cengeng mengalahkan orang perempuan.
“Dah
la Ali. Jangan buang masa kau duk raih simpati aku kat sini. Kalau kau nak
meraung sekali pun, cari tempat lain. Air mata kau tu tak laku depan aku.
Menyampah tu ada la!”
Keras
benar hati Amanda. Ali ikhlas sukakan dia, tetapi dia buat tak layan sahaja.
Tanpa
mahu menghiraukan Ali, Amanda berpaling untuk melangkah. Buang masa saja layan
air mata mamat sotong itu.
Namun
belum sempat dia melangkah, pergelangan tangannya diraih. Membuatkan Amanda
berpaling dengan wajah bengis. Sepantas kilat tangan kirinya menampar pipi Ali.
Berani sungguh mamat sotong itu memegang tangannya. Kan dah dapat habuan!
Ali
terkedu. Pipinya yang nanar akibat tamparan Amanda diusap. Pedihnya tak
terkira.
“Hei
sotong! Kau dengan sini baik-baik. Jangan sesekali kau berani sentuh aku.
Sekali lagi kau buat… aku belasah kau cukup-cukup! Faham?!” Amanda menjerit
kuat. Kolar baju Ali yang dicengkamnya dilepaskan dengan kasar. Wajahnya bengis
mengalahkan Mak Lampir.
Kemudian
dia terus berlalu dengan hati mendidih.
“Manda,
mana Ali? Kenapa tak jemput dia masuk?” tanya Datin Aminah sewaktu Amanda
melangkah masuk ke dalam.
Amanda
tidak menjawab. Dengan perasaan marah yang meluap-luap dia berlalu naik ke
atas. Datin Aminah hanya menggeleng-geleng kepala melihat sikap berangin
anaknya itu. sekejap okey, sekejap lagi k.o.
TERKOCOH-KOCOH
Amanda menuruni anak-anak tangga. Wajahnya masih mencuka dek kejadian siang
tadi. Amarahnya pada si Ali masih lagi menyala-nyala. Tak guna betul mamat sotong itu. Berani dia pegang
tangan Amanda.
“Nak
ke mana ni Manda?” tegur Datin Aminah. Penampilan si anak diperhati. Daripada
gayanya saja, dia tahu anaknya itu mahu keluar lagi.
“Manda
nak jumpa kawan.” Pendek jawapan diberi.
Datin
Aminah mengeluh. “Takkanlah tiap-tiap malam nak jumpa kawan?”
Mendengarkan
soalan mummynya itu, Amanda mendengus
kasar. Pantang baginya bila ada yang cuba menyekat kebebasannya. Dia tak suka
hidup terkongkong.
“Malam
ni malam jumaat, Manda. Apa kata Manda duduk rumah ikut mummy dengan daddy baca
yassin. Berkat juga hidup tu.”
Amanda
mendecit. “Alaaa… mummy ni! cerewet
betul la. Manda nak keluar jumpa Nadia dan Dila je. Bukannya nak pergi mana
pun. Dah la mummy. Manda dah lambat
ni. Manda pergi dulu.”
Tanpa
menghiraukan perasan mummy yang
tercalar dengan kata-katanya, dia segera menghidupkan enjin kereta. Tak
menunggu lama, dia pun beredar dari situ.
Sepanjang
dalam perjalanan, Amanda tak sudah-sudah mengeluh. Dia tahu dosa-dosanya sudah
tinggi menggunung. Dosa pada mummy
dan daddy. Dosa pada Yang Maha Besar.
Cuma dia tak kuat melawan godaan perasaan. Baginya hanya ini jalan terbaik
untuk dia melupakan segala-galanya.
Mengenangkan
apa yang terjadi, dendamnya pada kaum lelaki tak pernah padam. Kerana seorang
lelakilah dia jadi seperti hari ini. Kerana seorang lelakilah Amanda yang dulu
telah ‘mati’ buat selama-lamanya. Amanda benci lelaki! Benci yang teramat
sangat.
Tiba-tiba
telefon pintarnya berbunyi. Amanda segera mencapainya. Tertera nama Nadia pada
skrin. Lalu dia menjawab panggilan dari teman baiknya itu.
“Beb… kau dekat mana ni? Aku dengan Dila
dah lama tunggu kau tau. Dah nak berkulat pun.” Sergah Nadia tanpa memberi
salam.
“Aku
on the way la ni. Korang tunggu la kejap.”
“Ye la… ye la! Kami tunggu la ni. Kau tu cepat la sikit.”
“Okey!”
Talian
dimatikan. Ketika tangannya membuang telefon pintar ke kerusi penumpang, tanpa
sedar dia telah menyondol sebuah motor. Tersentak dia buat seketika.
Amanda
mengetap bibir. Cepat-cepat dia melangkah turun dari keretanya. Kecut perutnya
melihat seseorang sudah terbaring di atas jalan. ‘Alamak… aku dah bunuh orang
ke?’ Hatinya berbisik.
“Adoi….”
Suara erangan seorang lelaki membuatkan Amanda menghampiri.
“Errr… encik, encik tak apa-apa ke?”
kalut dia jadinya. Dia tahu ini adalah salahnya. Dia tak nampak lampu isyarat
telah bertukar merah. Mujur juga dia tak memandu laju tadi. Jika tidak tentu berlaku
kemalangan serius.
“Errr… maafkan saya. Saya tak sengaja.”
Pinta Amanda.
Lelaki
itu menanggalkan helmetnya. Nasib baik dia pakai gloves, jacket dan boots. Kalau
tidak tentu sahaja dia mengalami kecederaan yang teruk.
Serentak
itu, Amanda menjerit nyaring. “You?!?”
jari telunjuk lurus ditunding ke hidung mancung lelaki di hadapannya.
Si
lelaki juga agak terkejut. Tak sangka boleh terserempak lagi dengan perempuan
garang bercampur sewel itu.
“Hmmm… ingatkan siapalah tadi.” Selamba
Amanda bersuara. Wajahnya sudah berubah, dari takut-takut kepada berlagak.
Tangan disilang ke dada.
“Macam
mana awak memandu? Awak tak nampak ke lampu isyarat dah tukar merah?” lelaki
itu bangun dari duduknya. Motornya yang terlentang di jalanan turut
dibangunkan. Hanya lampu sisi motor sahaja yang pecah.
“Saya
tak perasan.”
Bukan
main senang lagi Amanda menjawab. Langsung takde rasa bersalah. Selamba saja wajahnya.
Lelaki
itu menggeleng-geleng. Apa punya spesis la perempuan yang berdiri di hadapannya
ini? Takde hati perut langsung! Malas
nak bersoal-jawab dengan perempuan garang bercampur sewel itu, dia menghidupkan semula enjin motor dan berlalu pergi.
Buang liur bertekak dengan orang wayar tak cukup.
Amanda
mencebik. Terkedik-kedik dia masuk semula ke dalam perut kereta. Ini semua
Nadia punya pasal. Jika Nadia tak kacau dia sewaktu memandu, tentu dia tak akan
langgar orang. Nasib baik jugalah manusia yang dilanggar itu lelaki yang
ditemuinya tempoh hari. Kalaulah orang lain, tentu dah jadi kes polis.
Sekurang-kurangnya dia boleh menarik nafas lega.
Sampai
di tempat yang dijanjikan, Amanda memarkir keretanya bersebelahan dengan Honda
City milik Nadia. Kelihatan Nadia dan Dila sedang rancak berbual sambil
menikmati minuman mereka. Terkekeh-kekeh dua gadis itu ketawa. Sedangkan dia
ini, hatinya masih panas dengan apa yang terjadi siang tadi. Tak sabar dia nak
meluahkan ketidak puasaan hatinya terhadap tingkah laku Ali yang cukup
menjengkilkan.
Tap!
“Oh…
mangkuk ayun dah sampai!” latah Dila. Teman seorang itu memang kuat melatah.
Pantang tercuit, mulalah dia melatah yang bukan-bukan.
Mencerlung
tajam mata Amanda memandang Dila.
“Ngeee… sorry beb. Tak tak sengaja.” Pantas Dila bersuara. Terlajak perahu
dapat diundur, terlajak kata badan merana. Dia bukannya tak faham dengan sikap
panas baran Amanda. Tak boleh salah sikit, mulalah Amanda nak marah-marah.
Nadia
sudah tersenyum-senyum melihat kekalutan Dila berdepan dengan si snow queen. Pucat lesi wajah teman
seorang itu. Kasihan….
“Huh!”
Amanda mendengus. Punggung dilabuhkan atas kerusi kosong bertentangan dengan
Nadia. Wajahnya masam mencuka.
“Alaaa…
beb, kau janganlah marah-marah. Kau bukannya tak tahu penyakit latah si Dila
ni. Maafkanlah dia.” Nadia membuka bicara.
“Ini
bukan pasal Dila la!”
“Habis
tu saper pulak yang sakitkan hati kau?” teruja Nadia mahu mengetahui. Entah
siapalah yang berani sangat buat temannya yang seorang ini naik angin? Kalau
dia dan Dila, mereka memang tak berani buat Amanda marah. Amanda bila sudah
marah mahu tertunggang langgang segala meja dan kerusi dibuatnya.
“Saper lagi kalau bukan sotong lembik
tu!”
“Ali?”
Serentak
Nadia dan Dila menyembut nama mamat
sotong itu. Setahu mereka hanya Ali seorang digelar sotong oleh Amanda. Tak
sangka Ali si mamat sotong berani
buat Amanda naik darah. Amazing!
“Apa
dia buat sampai kau marah sangat ni?” tanya Nadia.
“Dia
tu dah gila! Rasanya kat rumah dia takde
cermin kut! Sebab tu dia tak tahu
macam mana muka dia. Patut ke dia nak kahwin dengan aku? Gila!” bentak Amanda
geram
Disebabkan
lucu, tawa Nadia dan Dila meletus. Geli hati dan ketiak mendengar kata-kata
Amanda. Terutama bab kahwin. Kelakar sungguh!
Mendengar
tawa dua temannya, hati Amanda mendidih tahap maksimum.
“Hoi…
yang korang ketawa ni kenapa? Aku serius la! Bukannya buat lawak bodoh!” marah
Amanda.
Serta-merta
Nadia dan Dila terdiam. Baru mereka tersedar yang sedang duduk di hadapan
mereka ketika ini adalah snow queen. Wajahnya bengis tanpa senyuman.
“Ngeee… sorry la beb.” Pinta
Nadia tersengih ibarat kerang busuk. “Aku rasa kelakar la bila mamat sotong tu nak kahwin dengan kau.
Macam tak caye dia boleh terfikir ke
arah tu.” sambung Nadia lagi. Rasa nak gelak tetapi dia cuba menyembunyikan
rasa gelihatinya. Nanti tak pepasal
kena sound sekali lagi.
“Tu
yang aku geram tu! Dia tak sedar diri ke yang dia tu lembik. Huh… ada hati nak
kahwin dengan aku konon! Sekali aku terajang, dah mampus.”
“Kau
ni beb… tak baik tau buat macam tu.
Kesian dia….” Dila yang sedari tadi mendiamkan diri mula bersuara. Tak senang
hati mendengar bait kata Amanda yang menyombong. Tahulah Amanda punya wajah
yang jelita. Kulit halus mulus dan hidung mancung terletak. Tapi janganlah nak
sombong sangat. Ali tu pun ada hati dan perasaan juga. Lagipun Ali tu takdelah teruk sangat. Orangnya boleh tahan
kacak cuma gayanya saja yang lemah gemalai seperti penari Mak Yong.
Pandangan
Amanda beralih pada Dila. Tajam matanya meratah wajah Dila yang mempunyai iras
gadis jepun.
Glup!
Dila telan liur. Seram sejuk tubuhnya menerima renungan tajam Amanda. Bila-bila
saja pasti Amanda anak memetirnya.
“Ngeee… maksud aku… kesian kat dia
sebab….” Ayatnya mati di situ. Tak tahu nak bagi alasan apa. Dia ni pun satu.
Dah tahu Amanda tu jenis angin satu badan, masih gatal mulut nak cakap yang
bukan-bukan. Kan sekarang dia sendiri kalut nak bagi alasan. Hai la Dila!
“Errr… dah la tu beb. Dari kau terus
marah-marah macam ni. Apa kata kita release
tension. Jom berdansa!” Nadia meleraikan ketegangan Amanda.
“A’ah… betul cakap Nad tu. Jom… jom!”
laju Dila bangun dari duduknya. Menonong dia berjalan ke hadapan sebelum api
naga betina Amanda menyambar telinganya. Tak pasal-pasal renting pula
telinganya nanti.
Amanda
mendengus. Bersama rasa hati sebal, dia membuntuti langkah teman-temannya.
Benar kata Nadia, daripada dia memikirkan pasal mamat sotong itu, lebih baik dia berseronok. Lagipun dengan menari
dia dapat melepaskan segala ketegangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan