Bab
11
“ANA?” suara
itu membuatkan Ku Ana berpaling. Begitu juga dengan Qisya, dia turut memandang
wanita bertubuh gempal yang menegur ibu mentuanya.
Ku
Ana mengecilkan anak mata. Cuba mengingati nama wanita yang menegurnya. Rasanya
dia kenal wanita itu.
“Ini
aku la Ana. Aminah.” Datin Aminah memperkenalkan diri. Dah lama sangat mereka
tak berjumpa. Tentu sahaja Ku Ana tak mengenalinya. Lagipun dia bukan lagi
sekurus dulu.
“Aminah?
Aminah Ratu Kebaya!” teka Ku Ana.
Datin
Aminah ketawa sambil mengangguk-angguk. Geli hatinya mendengar gelaran itu. Itu
gelarannya ketika muda-muda dulu.
“Masya-Allah,
Min… aku langsung tak kenal kau. Maaflah.” Ku Ana sudah bangun dari duduknya.
Dia dan Datin Aminah saling berpelukan.
“Takpe… aku tak kisah. Aku tahu kau mesti
tak cam aku lagi. Maklumlah… aku sekarang ni bukan lagi ratu kebaya tapi ratu
abaya.” Seloka Datin Aminah.
Ku
Ana ketawa. Jari-jemari mereka bertaut erat. Lama tak jumpa, rindu pula
rasanya. Dulu sewaktu di sekolah, dia dan Datin Aminah memang berkawan rapat.
Ke mana pasti berdua. Pendek kata mereka ini tak ubah seperti belangkas.
“Kau
masih maintain macam dulu, Ana. Masih cantik.” Puji Datin Aminah. Kagum sungguh
dia melihat badan temannya yang masih slim seperti zaman muda mereka.
“Alaaa…
maintain apanya? Kurus aje. Sepatutnya dah tua-tua macam ni badan lagi cantik
kalau berisi. Nampak sihat sikit. Takdelah
nampak macam orang sakit.”
“Aku
ni pulak… dah terlebih sihat, Ana.
Nak diet pun dah tak larat.” Balas Datin Aminah bersama tawa mesranya.
Qisya
yang masih duduk di tempatnya sekadar memerhati dua wanita itu bersembang. Dua
teman lama yang dah lama terpisah, bila berjumpa memang riuh setaman. Macam
dia, Nisya dan Casabell jugalah. Sesekali berjumpa, gelak tak ingat suami dan
anak-anak.
“Eh…
Min, jom la join kami makan. Kebetulan dah jumpa ni, bolehlah kita sembang
panjang sikit.” Pelawa Ku Ana.
“Hmmm… boleh jugak. Kebetulan aku memang tengah tunggu anak aku ni. Entah bila
munculnya.” Datin Aminah tidak menolak. Punggung yang berisi dilabuhkan atas
kerusi kosong bersebelahan dengan Ku Ana.
“Oh
ya, Min… kenalkan ini menantu aku, Qisya dan anaknya.”
Qisya
memanjangkan tangannya bersalaman dengan Datin Aminah. Penuh hormat dia
menunduk mencium tangan wanita sebaya usia ibu mentuanya itu.
“Cantik
menantu kau Ana. Cucu kau pun comel macam mamanya.” Puji Datin Aminah ikhlas.
Matanya tak lepas memandang dua beranak itu. Si kecil yang duduk di kerusi
budak cukup menarik hatinya. Montel rasa nak gomol.
Qisya
yang mendengar pujian itu sudah kembang hati dibuatnya. Lebar saja dia
tersenyum. Pantang benar dengar orang puji dirinya cantik.
Ku
Ana memanggil pelayan. Menyuruh Datin Aminah memesan makanan sambil mereka
berbual panjang. Ada banyak perkara yang hendak dibualkan. Dah lama tak jumpa,
sesekali berjumpa tak salah rasanya mereka duduk berjam-jam di restoren secret
resepi ini.
Sedang
bersembang sambil menikmati hidangan masing-masing, telefon pintar Datin Aminah
berbunyi. Pantas dia memandang skrin. Nama Amanda tertera di situ.
“Hello….”
“Hello… mummy kat mana ni? Manda dah sampai.”
“Mummy tengah makan kat secret resepi.
Manda masuk la dulu. Makan dengan mummy.”
“Alaaa…
parking penuh la mummy. Lagipun Manda tak boleh lama ni. Nadia tengah tunggu Manda.”
Balas Amanda.
Datin
Aminah cuba memaniskan wajahnya di hadapan Ku Ana dan Qisya. Sedangkan dalam
hati dia cukup berkecil hati dengan sikap anaknya itu. Takkanlah nak keluar dan
duduk makan bersamanya pun tak sempat? Sibuk sangat dengan aktiviti bersama
kawan-kawannya itu.
“Manda…
masuk dulu. Mummy ada hal lagi ni.
Assalammualaikum.” Tanpa menunggu jawapan Amanda, laju Datin Aminah menamatkan
perbualan. Dengan Amanda dia perlu berkeras sekali-sekali.
“Arghhh! Malas betul la macam ni. Kalau
aku tahu mummy masih ada hal, baik
suruh Pak Mus aje yang ambil mummy.”
Dengus Amanda.
Sudahlah
waktu seperti ini nak mencari parkir agak susah, mummynya pula masih ada hal. Memaksa Amanda ikut rentak mummynya. Mujur jugalah ada sebuah Camry
keluar dari parkir. Membuatkan Amanda bergegas mengambil parkir yang ada.
Dengan
rasa sebal, Amanda masuk ke pusat membeli-belah. Dia melangkah menuju ke secret
resepi. Mummy yang sedang
melambai-lambai tangan kepadanya membuatkan dia mengatur langkah. Sebuah
dengusan kecil lahir dari bibirnya tatkala mata terpandang kelibat dua wanita
tak dikenali berada di situ.
‘Hisy… kalau tau mummy ada kawan kat sini, tak nak aku masuk. Menyesal!’ Amanda
merungut dalam hati.
“Ana,
kenalkan ini la Amanda anak aku. Manda, ini Auntie Ana dan Qisya, menantu
Auntie Ana.” Datin Aminah saling memperkenalkan mereka.
Amanda
cuba tersenyum walaupun nampak sangat senyumannya itu plastik. Tangan
bersalaman dengan Ku Ana dan Qisya.
“Cantik
anak kau, Min. Sebiji macam kau muda-muda dulu.” Puji Ku Ana. Anak gadis yang
sedang berdiri itu memang cantik orangnya cuma senyumannya agak tawar.
“Duduk
la Amanda. Pesan makan. Kita makan sambil berbual. Auntie dengan mummy
Amanda ni kawan lama. Tak sangka jumpa hari ni.” Ku Ana yang terkenal dengan
sikap peramahnya mempelawa.
Amanda
menarik senyuman kelat. Punggungnya dilabuhkan pada kerusi bersebelahan Qisya.
Tiada sapa mesra diberikan kepada wanita itu.
Sepanjang
berada di situ, Amanda hanya mendiamkan diri sahaja. Langsung tak berminat
untuk berbual sama. Cuma sesekali bila Ku Ana yang mesra alam itu bertanyakan
soalan kepadanya, dia akan menjawab sepatah dua. Wajahnya juga sudah
menunjukkan reaksi bosan tahap petala.
Sejam
berlalu, mereka saling berpamitan. Datin Aminah sempat menjemput Ku Ana
sekeluarga datang ke rumahnya. Dapat juga mereka berkenalan dengan suami
masing-masing. Hubungan yang telah lama terputus ini perlu dieratkan semula.
Setelah
masing-masing membawa haluan ke hala tuju yang bertentangan, Qisya mula membuka
bicara. “Anak Auntie Min tu nampak
sombong kan bonda?” ujarnya.
Sejujurnya
Qisya kurang senang dengan sikap Amanda yang agak menyombong. Sepanjang
pertemuan tadi, Amanda menunjukkan sikap tak mesra alam. Wajahnya juga tawar
tanpa senyuman.
“Hisy… Qisya ni. Tak baik cakap macam
tu.” sangkal Ku Ana. Bukan dia tak perasan wajah bosan Amanda sewaktu dalam
restoren tadi. Cuma dia tak nak melayan hati bersangka yang bukan-bukan.
Mungkin anak temannya itu letih, kerana itulah wajahnya semacam sahaja.
“Bukan
Qisya nak cakap yang bukan-bukan. Cuma… Qisya perasan la bonda. Dia tu macam
tak suka aje dengan kita. Nak buka mulut berbual pun susah. Muka tu ketat
sepanjang masa.” Qisya sudah mula mengomen. Buat apa nak berpura-pura suka,
sedangkan hatinya ini cukup tak berkenan pada sikap Amanda.
“Entah
la. Bonda pun perasan sebenarnya. Tapi tak baiklah kita fikir yang bukan-bukan.
Manalah tahu Amanda tu letih ke… kurang sihat ke… pasal tu dia tak berapa
ceria.”
Qisya
sekadar menjungkit bahu. Alasan bondanya sukar diterima akal. Kalau ya sakit
atau letih sekali pun, apa salahnya tersenyum. Tak luak pun senyuman tu walau
sedikit. Malah senyuman itu ibarat satu sedekah. Tapi Amanda, nak tengok dia
tersenyum ikhlas memang susah.
“KENAPA
Manda buat muka macam tu?” tegur Datin Aminah sewaktu mereka dalam perjalanan
balik. Hatinya cukup geram melihat wajah Amanda tadi. Langsung takde manisnya. Walau anak itu cuba
tersenyum, namun senyumannya nampak plastik dan tak berseri. Nampak sangat tak
ikhlas.
“Buat
muka macam mana? Dah muka Manda macam ni. Nak buat macam mana lagi?”
Menjawab
bukan main lagi si Amanda ini. Sepatah ditegur, perpatah-patah dibalasnya.
“Amanda
ni kenapa dah kurang ajar sangat dekat mummy
sekarang ha? Apa sebenarnya masalah Manda sampai dah tak tahu nak hormat orang
tua? Ini pelajaran yang Manda dapat belajar kat oversea? Belajar biadap dengan mummy,
daddy dan semua orang?” meletup juga
amarah Datin Aminah akhirnya. Selama ini dia agak berlembut dengan Amanda.
Namun hari ini amarahnya sudah tak dapat dibendung lagi.
Amanda
sekadar mendiamkan diri. Sesekali mummynya
naik angin, dia agak cuak. Tak berani nak menjawab.
Datin
Aminah mengeluh. Berat sangat bunyi keluhannya itu. Jarang benar dia memarahi
Amanda. Dia terlalu sayangkan anaknya itu. Apatah lagi Amanda merupakan
satu-satu anaknya.
“Mummy tak sangka Manda dah berubah
sejauh ini. Dulu Manda tak macam ni. Manda anak manja dan selalu tersenyum.
Menggembirakan hati mummy dengan daddy. Tapi sekarang….” Datin Aminah
menunduk. Terasa ada air yang bergenang pada pelupuk matanya.
Melihat
mummynya sedih kerana dia, Amanda
tahu dia berdosa. Namun hatinya keras untuk memohon maaf.
Datin
Aminah menghela nafas. Cuba menenangkan diri. Air mata disekat. Tak akan
dibiarkan air mata itu gugur di hadapan Amanda.
Suasana
perjalanan kembali sunyi. Masing-masing melayan diri sendiri.
TERJENGKIT-JENGKIT
kaki Tengku Danish menghampiri isterinya. Bukan main jauh lagi isteri
kesayangannya itu termenung. Entah apalah yang dimenungkan. Sejak kebelakangan
ini, isterinya seolah-olah ada masalah besar pula. Bila ditanya, tak lain mesti
masalah berkaitan dengan Tengku Rayyan. Nampak gayanya isterinya itu dah jadi
‘bonda kedua’ adiknya itu.
“Sayang!”
Tengku Danish memeluk Qisya dari belakang. Suka hatinya setiap kali berjaya
mengejutkan sang isteri. Besar tawanya.
“Abang
ni memang suka Qisya mati awal ye?”
sergah Qisya. Melayang semangatnya dek perbuatan sang suami.
“Alaaa…
janganlah cakap macam tu. Abang sayang sangat kat sayang. Kalau sayang mati
dulu, abang dah takde kawan lagi.
Sayang segala-galanya bagi abang.” Tengku Danish tak nak sesekali isterinya
berkata begitu. Cintanya pada Qisya terlalu dalam dan dia tak dapat bayangkan
hidupnya sepi tanpa isterinya disisi.
Qisya
tersenyum. Bahagia rasanya mendengar kata-kata Tengku Danish. Pantas dia
berpusing dan berhadapan dengan suaminya. Tangannya sudah naik memeluk erat
pinggang sang suami.
“Qisya
tahu abang sayangkan Qisya. Qisya pun sayangkan abang. Abang hero Qisya dan
anak-anak.”
Kembang
hati Tengku Danish mendengar. Ciumannya mendarat ke dahi Qisya. Waktu anak-anak
semua sudah tidur inilah masanya dan isteri untuk memadu kasih.
“Sayang
tengah fikir apa tadi? Bukan main jauh lagi abang tengok sayang termenung.”
Tengku Danish melepaskan pelukan. Jemari isterinya diraih lalu diajak isterinya
duduk di atas buaian rotan yang terdapat di balkoni bilik mereka.
Qisya
duduk di atas riba Tengku Danish sambil tangan suaminya memeluk erat tubuhnya
dari belakang.
“Qisya
tengah fikirkan pasal si Amanda tu.” beritahu Qisya. Entah mengapa dia tak
dapat membuang rasa tak suka pada Amanda. Boleh pula gadis sombong itu
menghantui fikirannya malam ini.
Berkerut
dahi Tengku Danish mendengar nama yang cukup asing pada pendengarannya.
“Amanda?
Siapa Amanda?”
“Amanda
tu anak Auntie Min, kawan lama bonda.”
Tengku
Danish menjawab dengan bunyi ‘O’ yang panjang.
“Tapikan
bang… Qisya tak sukalah Amanda tu. Sombong!” dengus Qisya.
Masih
terbayang wajah menyombong Amanda siang tadi. Buat hati Qisya meluat pula. Dia
memang pantang Hang Jebat sungguh dengan orang berlagak sombong ini. Tahulah
cantik, anak orang kaya tapi tak boleh ke mesra sikit. Ini tidak, dengan muka
ketat tak tahu nak senyum tu jugaklah yang ditayangnya. Menyampah!
“Ye ke?”
Qisya
mengangguk. Jemari suaminya dirangkum erat ke jemari kecilnya.
“Macam
mana sayang tahu dia tu sombong? Perasaan sayang aje kut.”
Qisya
mencebik. “Tahu la bang. Dari air muka dia yang tak pandai senyum tu, saya dah
tahu dia tu sombong. Tak sukalah orang sombong-sombong ni.”
“Alaaa…
dulu Intan pun sombong jugak. Tapi
sekarang ni sayang dengan Intan dah boleh jadi kawan baik. Kut mana la tau
suatu masa nanti sayang dengan si Amanda tu boleh jadi kawan jugak.”
Qisya
menjelir lidah. Tak hingin dia nak
berkawan baik dengan si sombong itu. Menyakitkan hati saja.
“Dah
la tu sayang… don’t have to think about
it. Biarkanlah dia. Tak luak mana pun kalau dia nak menyombong dengan
sayang. Apa yang penting, keluarga kita. Takyah
nak fikir orang lain.”
Qisya
mengangguk. Benar juga kata suaminya. Apalah yang dia fikirkan sangat pasal si
Amanda itu. Buang bil elektrik saja!
“Dah! Jom masuk
tidur. Sejuk la kat luar ni.” ajak Tengku Danish. Tubuh isterinya dicempung
lantas dengan romantik dia mengendong tubuh Qisya untuk dibawa masuk ke dalam
bilik. Qisya sekadar ketawa kecil. Suka dimanjakan suaminya begitu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan