Bab
8
TENGKU RAYYAN memasang
signal untuk memarkirkan keretanya.
Setelah berkali-kali pusing taman bunga, barulah dia dapat mencari parkir.
Kawasan ini memang susah mencari tempat meletak kenderaan. Silap hari bulan,
mahu pusing sampai ke petang barulah dapat mencari. Boleh dikatakan hari ini
merupakan hari bertuah Tengku Rayyan kerana baru lima kali pusing, dia sudah
dapat mencari parkir.
Namun
belum sempat dia memasukkan kereta ke dalam petak kosong, sebuah kereta comel
terlebih dahulu memintasnya. Selamba sahaja kereta Volkswegen Beetle merah menyala itu masuk ke dalam. Langsung tidak
menghiraukan kereta Tengku Rayyan yang sudah berkelip-kelip lampu signalnya
sedari tadi.
Melihat
seorang gadis berkaca mata hitam yang melangkah keluar dari perut kereta, hati
Tengku Rayyan serta-merta mendidih. Gadis itu lagi! Nampaknya gadis itu memang
sengaja mencari pasal dengannya. Sudahlah dia kelam-kabut mahu menghadiri
mesyuarat. Senang-senang saja gadis itu memintas parkirnya.
Pantas
Tengku Rayyan keluar dari perut kereta.
“Cik!
Awak tak nampak ke saya dah pasang signal?”
sergah Tengku Rayyan. Hilang rasa hormatnya dengan sikap selamba gadis itu.
kenapalah setiap kali terserempak dengan gadis itu harinya menjadi hari paling
‘bertuah’?
Amanda
berpaling. Begitu juga dengan Nadia dan Dila. Terpanar seketika dua teman itu
melihat wajah kacak di hadapan mereka. Sedangkan Amanda sudah menarik muka
masam mencuka. Kenal benar dengan wajah lelaki yang berdiri di hadapannya.
“Saya
tak nampak pun. Apa yang saya tahu, saya nak masuk parkir.” Berlagaknya jawapan
Amanda.
“Boleh
tak awak tolong bersopan sikit? Saya dah pasang signal awal-awal lagi. Jadi parkir tu saya yang punya.” ujar Tengku
Rayyan. Dengan perempuan berlagak seperti Amanda ini tak guna dia nak
berbaik-baik. Perempuan itu jenis lepas cakap dan tak tahu menghormati orang.
“Excuse me? Awak punya parkir ya? Sorrylah ye. Setahu saya takde pulak nama awak kat parkir tu. So… parkir tu khas untuk orang ramai.
Siapa cepat, dia dapat! Saper suruh
awak lambat macam kura-kura? Cari la parkir lain.” Balas Amanda tidak mahu
mengalah.
Mendidih
hati Tengku Rayyan mendengarnya. Dahlah hari panas terik. Perempuan garang sewel itu pula sengaja mahu mendidihkan
lagi hatinya. Karang tak pepasal ada juga perempuan yang makan pelempangnya!
Hari ini dalam sejarah la kalau itu terjadi. Siapa suruh kurang ajar sangat?!
Dia memang tak kuasa dengan perempuan jenis kasar-kasar ini.
“Dah!
Let’s go girls.” Ujar Amanda pada
Nadia dan Dila. Geram sungguh dia melihat cara Nadia dan Dila memandang lelaki
itu. Macam nak terkeluar biji mata perempuan berdua itu. Dasar perempuan mata
keranjang!
“Hensemnyer beb. Cair aku tengok.” Ujar
Nadia tergedik-gedik. Lebur jiwa wanitanya melihat wajah kacak itu. Rasa nak
peluk-peluk.
“A’ah… aku pun.” Sokong Dila. Tak puas
rasanya memandang wajah kacak tadi. Kepalanya ditoleh semula ke belakang.
Lelaki itu sudah pun masuk ke dalam keretanya.
Amanda
mencebik. “Dah… jangan nak menggatal! Jom!” tanpa menghiraukan teman-temannya,
dia berjalan laju ke hadapan.
Di
dalam kereta, Tengku Rayyan mendengus geram. Malang tak sudah nasibnya bila
bertembung dengan perempuan sewel
itu. Tak pasal-pasal terpaksa dia mencari tempat baru. Dahlah susah nak cari
parkir. Perempuan itu pula sengaja nak cari gaduh.
“Hisy… menyusahkan betul!” dengus Tengku
Rayyan.
Setelah
berpusing tiga kali, Tengku Rayyan masih tak dapat tempat parking. Akhirnya dia memutuskan untuk memarkirkan keretanya di
belakang Volkswagen Beetle merah
menyala milik perempuan sewel. Hanya
itu jalan yang terlintas dalam fikirannya.
“Hmmm… kau curi parking aku ya? Sekarang… rasakan! Biar berkulat kau tunggu aku
habis meeting.” Gumam Tengku Rayyan
dengan bibir tersungging senyuman sinis.
“ARGHHH… geramnya. Mana pulak dia pergi ni?!?” gerutu Amanda mengepal-ngepal penumbuknya.
Sakit hati kerana pemilik kereta Mercedes itu masih belum muncul-muncul sedari
tadi. Sudah setengah jam dia dan teman-temannya menunggu. Namun bayangan lelaki
itu masih juga tak menjelma.
“Sabar
la Manda. Mungkin dia ada hal kut.” Pujuk Nadia. Wajah bengis Amanda bila marah
cukup menakutkan. Hilang wajah cantik manis gadis itu.
“Sabar?
Dah pukul berapa ni? Dah setengah jam tau aku menunggu.” rungut Amanda.
Nadia
dan Dila terdiam. Tak berani menjawab. Amanda ini kalau dah marah bukannya
boleh dibawa bermain-main. Lancar saja dia melancarkan peluru berpandu.
Mundar-mandir
Amanda di hadapan kereta lelaki tadi. Dia tahu lelaki itu sengaja memblok
keretanya. Sengaja nak membalas dendam.
“Eiii… benci!” tayar kereta disepak
sekuat hati.
“Adoi!”
kemudian dia menjerit. Sakit kakinya akibat perbuatan sendiri.
Nadia
dan Dila saling berpandangan. Kemudian mereka tersenyum kecil. Kelakar dengan
tindakan Amanda. Sendiri cari pasal, sendiri juga merasa sakitnya.
Tak
lama selepas itu, kelibat Tengku Rayyan kelihatan. Bersahaja lagak lelaki itu
sambil berpamitan dengan seorang wanita dan lelaki. Siap berlambai-lambai lagi.
Menyemarakkan lagi api di hati Amanda.
‘Amboi…
bukan main lagi dia. Aku dah macam tunggul batu tunggu kat sini, dia langsung
tak peduli. Nak cari gaduh dia ni!’ Hati Amanda mendesis marah.
Dari
jauh Tengku Rayyan menekan punat kereta. Bersahaja dia melangkah. Kelibat si
perempuan sewel yang sedang menayang
wajah bengis sambil bercekak pinggang itu langsung tidak dihiraukan. Jika
perempuan sewel itu boleh berlagak
selamba, dia juga boleh.
Tanpa
menghiraukan wajah bengis di sebelahnya, pintu kereta dibuka.
Amanda
mengerut kening. Selamba saja lelaki itu. Bagaikan dia ini tidak ada di sisi.
Bengang betul!
“Hei… awak pergi mana ha? Tau tak saya
dah lama tunggu kat sini. Awak memang suka blok kereta saya ya? Takde tempat lain ke nak parking?” sergah Amanda garang.
Tengku
Rayyan buat tak dengar. Enjin kereta dihidupnya. Wajahnya langsung tak
menunjukkan sebarang reaksi. Ini menaikkan lagi api kemarahan Amanda.
“Hoi…
Awak pekak ke?!” hampir terkeluar anak tekak Amanda kerana menjerit sedemikian
rupa. Air liurnya yang tersembur membuatkan Tengku Rayyan mengesat muka.
“Awak
tak dengar ke saya tengah bercakap dengan awak ni?”
Masih
tiada respon. Malah bersahaja Tengku Rayyan menutup pintu kereta. Kemdian
mengundur keretanya ke belakang sebelum berlalu tanpa pamitan. Nak minta maaf
jauh sekali.
Sikap
membisu lelaki itu membuatkan Amanda bertukar wajah. Asap mulai keluar dari
kepalanya. Tahap marahnya sudah meletup sehingga mengeluarkan lavra gunung berani.
Lelaki itu memang sengaja memancing api dalam dirinya.
“Arghhh… tak guna punya jantan!!!” teriak
Amanda sekuat hati. Lagak dah tak ubah seperti Pontianak mengamuk.
Berpasang-pasang
mata yang memandang langsung tidak dihiraukan. Hatinya tengah menggelegak
dengan sikap lelaki itu. Boleh pula tak menghiraukan setiap butir bicaranya.
Dengan hati panas 360 darjah, dia masuk dan menghempas kuat pintu kereta.
Berdentum bunyinya.
Nadia
dan Dila diam tak berkutik. Kecut perut melihat wajah garang Amanda. Di dalam
kereta, mereka hanya membiarkan Amanda menceceh memaki hamun lelaki tadi. Tahu
sangat api kemarahan Amanda telah mencapai tahap paaaaaaling maksimum!
Melalui cermin
pandang belakang, Tengku Rayyan dapat melihat tingkah perempuan sewel itu. Dia yakin tentu perempuan sewel itu tengah berapi-api marahkan
dia. Lantaklah! Biar perempuan tak beradab itu tahu dia juga bisa menyakitkan
hati orang lain. Puas sudah dia berlembut. Namun perempuan itu tak pernah
bersopan. Kini gilirannya menyakiti hati orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan