Bab
15
“WHAT?!? No way!”
Tempikan
Amanda yang bergema kuat mengejutkan Sunarti yang sedang menuang teh ke dalam
cawan. Hampir tertumpah air yang dituangnya. Wajah Amanda kelihatan bengis sekali.
Mencicit Sunarti berlari ke dapur sebaik sahaja menyelesaikan tugasnya. Biarlah
anak-beranak itu berunding. Dia sebagai pembantu rumah tiada hak masuk campur.
Lagipun dia tak boleh tahan tengok wajah anak majikannya yang sudah berubah
seperti Mak Lampir. Menakutkan!
“Amanda,
tolong kawal sikit suara tu. Tak malu ke terpekik-pekik?” tegur Datuk Omar.
Sikap anaknya itu selalu sahaja membuat dia jadi kurang sabar. Mujurlah
tangannya ini belum pernah lagi sampai ke pipi Amanda. Jika tidak memang
berpinar juga pipi mulus anaknya itu.
“Semua
ni tak masuk akal tau! Manda tak kenal pun siapa dia orang tu. Tiba-tiba mummy
nak suruh Manda kahwin dengan lelaki yang Manda tak kenali. Tak ke tu sesuatu
yang gila?!”
“Amanda!
Watch your mouth!” tengking Datuk
Omar. Hampir saja dia mahu melempang mulut Amanda yang biadap. Tetapi isterinya
cepat sahaja menghalang.
“Whatever! Manda tetap dengan keputusan
Manda. Manda tak setuju. Manda tak nak kahwin!” tegas Amanda dengan
keputusannya.
Amanda
mencapai kunci keretanya yang tergantung pada dinding. Kemudian dia bergerak ke
pintu utama. Keluar lebih baik dari terus berdepan dengan sesuatu yang tak
pernah terlintas di akalnya.
“Amanda!
Kamu nak ke mana tu? Dengar dulu apa yang mummy
nak cakap.” Datin Aminah bangun dari duduknya. Dia cuba mengejar Amanda yang
sudah bergerak ke arah kereta.
“Nak
dengar apa lagi? Keputusan Manda muktamad. Manda tak nak kahwin! Tak nak!!”
Amanda tak nak menghiraukan permintaan mummynya.
Dia masuk ke dalam perut kereta. Enjin kereta dihidupkan.
Tiba-tiba,
dunia Datin Aminah rasa berputar. Pandangannya kelam dan akhirnya dia rebah ke
lantai.
“Min?!”
jerit Datuk Omar berlari mendapatkan isterinya. Digoncang tubuh itu
berkali-kali namun isterinya tidak juga bangun.
Amanda
yang terpandangkan kejadian itu terkedu. Segera dia keluar dari perut kereta. “Mummy….” Serunya.
“Are you happy with what you did,
Amanda?” Tajam mata Datuk Omar merenung si anak yang berdiri di hadapannya.
Ikutkan hati, mahu diajar Amanda agar tahu menghormati orang tua. Namun dalam
situasi begini, dia harus mendahulukan isterinya. Dia amat bimbangkan keadaan
Datin Aminah yang tak bermaya itu.
Amanda
diam tak berkutik. Wajahnya tunduk ke lantai.
“Sunarti!
Tolong ambil kunci kereta saya!!” Datuk Omar menjerit nama Sunarti. Meminta bantuan
pembantu rumahnya itu.
Cepat
sahaja Sunarti sampai ke halaman depan dengan kunci kereta yang diminta Datuk
Omar.
“Ya
Allah… apa udah jadi bapak?” Sunarti kaget. Kalut melihat
keadaan Datin Aminah.
“Dah!
Dah! Jangan banyak tanya. Kunci kereta saya mana?”
“Ini
bapak.” Sunarti menghulurkan kunci
kereta kepada Datuk Omar.
“Sekarang
tolong saya angkat datin ke dalam kereta.” Pinta Datuk Omar. Tubuh isterinya
yang gempal membuatkan dia perlukan pertolongan Sunarti.
Amanda
hanya mampu melihat. Hendak membantu, tetapi lidahnya keluh berkata-kata.
“Tahniah,
Amanda Sofea. Manda dah berjaya buat mummy
jatuh sakit. Daddy bangga ada anak
macam Manda.” Sebelum berlalu, sempat Datuk Omar menitip sindira sinis buat
anaknya.
Amanda
pejam mata. Sindiran daddy terlalu
pedas menyapa halwa telinganya.
TENGKU RAYYAN
baru saja melangkah masuk ke dalam rumah sebaik sahaja terdengar suara bondanya
memanggil-manggil nama walid. Cemas saja lagak bondanya itu. Bagai ada sesuatu
yang buruk terjadi.
“Bonda,
nak ke mana ni?” tegur Tengku Rayyan. Wajah bonda yang kalut dipandang.
“Bonda
dengan walid nak ke hospital.” Beritahu Ku Ana. Ketika itu suaminya baru saja
turun ke bawah.
“Hospital?
Buat apa? Siapa yang sakit?” bertalu-talu Tengku Rayyan bertanya. Hatinya juga
sudah dilanda cemas. Mintalah dijauhkan perkara buruk menimpa keluarganya.
“Auntie Min. Dia pengsan dekat rumah. Baru kejap tadi Uncle Omar telefon
bagitau bonda.”
“Astagfirullah al azim. Kenapa dengan Auntie Min, bonda?”
“Entah
la Ryan. Bonda pun tak tahu. Tu yang bonda dengan walid nak ke sana tengok
keadaan Auntie Min.”
Tengku
Rayyan mengangguk. Walaupun tak kenal rapat dengan wanita yang dipanggil Auntie Min itu, tetapi dia senang dengan sikap peramah Auntie Min.
“Ryan
ikut la sekali. Kan Ryan dah kenal Auntie
Min dengan Uncle Omar.
Sekurang-kurangnya kalau Ryan ikut, sedap jugak
hati Uncle Omar tengok Ryan ada kat
sana.” Ujar Ku Ana.
Tengku
Rayyan berfikir sejenak. Hatinya nak ikut, tetapi bila memikirkan anak pasangan
itu, hatinya jadi berat. Tak sanggup dia nak bertentang mata dengan si
perempuan sewel itu.
“Marilah….
Ryan janganlah fikir lagi.” pujuk Ku Ana.
Tengku
Rayyan menghela nafas. Kemudian dia mengangguk. “Baik la bonda. Tapi tunggu
kejap. Ryan nak tukar baju.”
“Tak payahlah nak
tukar baju. Pakai aje kemeja tu. Lagipun bonda nak cepat ni.” ujar Ku Ana lagi.
Hatinya cukup risau selagi tak nampak keadaan Datin Aminah.
Bestnya cita ni, smbng lagi akak ♥
BalasPadamlma dah tngu smbngan dia, akhirnya ada juga :)
insya-ALLAH nanti akak sambung ya..tq sbb suka..
PadamBest sangat sangat !!! Please sambungkan.
BalasPadamnti sy sambung k...
PadamAda smbungan tak?...best sgt....
BalasPadamC3R da terbit menjadi senaskah novel..terima kasih kerana menyukainya
PadamBest laaa.. akak buat laa lg sambungan.. novel akak yg nie ada tak jual kt popular.. heheh
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam