BAB
3
“APASAL
buat
muka belacan tak cukup kering ni? ” Wan Daniel bertanya kepada Suhana yang
duduk di kerusi penumpang. Sedari tadi dia perasan wajah masam tunangnya itu.
Seperti ada sesuatu yang tak kena pada hatinya.
Terjengil
mata Suhana bila Wan Daniel mengatakan wajahnya seperti belacan tak cukup
kering. Ingat dia ini belacan ke? Menyakitkan hati sungguh!
“Kalau
dah tahu muka saya ni macam belacan, yang awak gatal mengurat saya dulu tu kenapa?”
marah Suhana pada Wan Daniel yang mula tersengih-sengih. ‘Orang tengah serius,
dia main-main pulak!’
“Alaaa…
janganlah marah sayang. Macam muka belacan pun, saya tetap cintakan awak. Awak
kan jantung hati saya. Kalau jantung saya takde, macam mana saya nak teruskan hidup?”
Suhana
mencebik. Kasanova bila dah berkata-kata memang macam itulah ayatnya. Ayat nak
beli jiwa. Tapi sayang, dia tak termakan pun dengan ayat belaian jiwa Wan
Daniel itu. Rasa nak termuntah tu ada la!
“Okey,
okey… saya serius. Cuba awak bagitau saya apa yang buat awak tak puas hati
sampai tak nak cakap dengan saya langsung?” Wan Daniel berlagak serius.
Sesekali dia menjeling ke arah Suhana yang duduk berpeluk tubuh di sebelahnya.
“Awak
tu la!”
“Kenapa
dengan saya pulak?” dahi Wan Daniel
berkerut. Cuba mengingati kesalahan yang dilakukan sehingga menimbulkan rasa
tak puas hati Suhana.
“Memang
la awak! Yang awak pergi gatal-gatal menyanyi kat majlis tu tadi buat apa? Dah
tu, siap main tuju-tuju pulak. Awak
ingat kita ni pelakon nak buat filem ka? Malu la sikit! Kat majlis tu ramai giler orang. Saya malu la awak buat
macam tu.”
Ohhh…
itu rupanya yang buat Suhana tak puas hati. Ingatkan perkara besar manalah
tadi. Perkara kecil aje.
“Laaa…
salahkah kalau saya menyanyi dan tuju lagu tu kat awak? Saya bukannya tuju kat
perempuan lain pun. Kat tunang saya je. Lagipun saya ni kan jiwa romantik. Apa
salahnya tunjuk rasa romantik kat tunang depan orang lain.”
Suhana
mengetap bibirnya rapat-rapat. Selamba saja Wan Daniel memberi jawapan.
Sedangkan tadi dia dah cukup segan dengan persembahan tak diduga Wan Daniel
itu. Sampaikan dia menjadi bahan usikan rakan-rakan dan bekas guru-guru lelaki
itu. Merah padam mukanya menahan usikan yang datang bertimpa-timpa.
Kalau
dari awal dia tahu Wan Daniel akan membuat persembahan di majlis itu, tak ingin
dia nak turut serta. Duduk di rumah lagi bagus.
“Tapi
saya tak suka. Awak tak nampakkah ada kawan-kawan awak yang mencebik sebab meluat
awak main tuju lagu kat saya? Awak suka la dia orang buat muka dan sindir saya
macam-macam?”
Sebenarnya
pelik juga, entah apa yang didengkikan pada dirinya ini sampai ada beberapa
orang bekas rakan sekolah Wan Daniel yang menyindirnya tadi. Padahal dia tak
buat salah apa pun. Kenal mereka pun tidak.
“Alaaa…
biarlah yang nak mencebik tu. Kita bukannya kacau hidup dia orang pun. Sebenarnya
dia orang tu cemburu sebab saya menyanyi tuju lagu kat awak sorang. Cuba saya
tuju kat dia orang, sah-sah melonjak macam orang kena sampuk kera sumbang.”
Lucu
juga kata-kata Wan Daniel itu. Hampir buat Suhana hendak tergelak. Namun bijak
dia menyembunyikan rasa gelihatinya. Wan Daniel ini memang ada saja jawapannya.
Tak pernah nak mengalah.
“Dah,
dah… lain kali kalau saya menyanyi lagi saya tuju kat semua orang. Jadi takdelah yang cebik-cebik lagi, kan? Awak
pun takdelah buat muka belacan tak cukup
kering lagi depan saya.”
Lengan
Wan Daniel menjadi sasaran. Dicubit sekuat hati. Geram betul dia bila Wan
Daniel panggil dia seperti itu.
“Adoi…
sakitlah sayang.”
“Tahu
pun sakit. Lain kali cakaplah lagi muka saya ni macam belacan tak cukup kering.
Lagi sakit saya cubit awak.” Ugut Suhana. Geram benar dia dengan perangai Wan
Daniel yang suka mengusik.
Wan
Daniel ketawa besar. Seronok sebenarnya dapat mengusik Suhana. Tunangnya itu
agak garang orangnya. Namun dalam garang, sifat lembutnya tetap terserlah. Itu
yang membuatkan Wan Daniel jatuh cinta pada Suhana. Gadis itu berbeza daripada
gadis-gadis yang pernah didampinginya. Suhana bagitu istimewa di hatinya.
Kereta
yang dipandu berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar rumah sewa Suhana dan
rakan-rakannya.
“Okey
la. Dah sampai. Saya masuk dulu. Awak pandu kereta tu elok-elok ya. Jangan nak racing pulak.” pesan Suhana sebelum dia membuka pintu untuk memboloskan
diri dari perut kereta.
“Ya
la. Saya faham. Takde nak racingnya. Takat bawa 120 kilometer sejam
aje.”
Terjengil
mata Suhana mendengar ayat terakhir Wan Daniel itu. Bibirnya diketap kerana
geram.
“Jangan
nak mengada!” Jari telunjuknya naik menegak.
Wan
Daniel tersengih. “Gurau aje la. Saya takkan bawa laju-laju.”
Sebelum
Suhana melangkah, Wan Daniel memanggil nama gadis itu semula. Pantas Suhana
berpaling.
“I love you.” Ucap Wan Daniel penuh
romantik.
Suhana
sekadar tersenyum nipis. Ucapan itu sudah acap kali didengar. Setiap kali
menamatkan pertemuan atau perbualan melalui panggilan telefon, Wan Daniel
sering mengungkap ayat keramat itu buatnya.
“Dah
lewat ni. Awak pergilah balik.”
“Awak
masuk la dulu. Lepas awak dah masuk nanti saya gerak.” Ujar Wan Daniel. Selagi
Suhana tak masuk ke dalam rumah, selagi itu dia tak akan menggerakkan kenderaannya.
Keselamatan gadis itu paling utama.
Suhana
mengangguk. Sebuah senyuman dihadiahkan kepada tunangnya itu. Senyuman yang
sering hadir dalam mimpi Wan Daniel.
Setelah
memastikan Suhana selamat masuk ke dalam rumah, Wan Daniel menghela nafas. Tak
pernah sekali Suhana menyahut kata cintanya. Setiap kali dia melafazkan cinta,
Suhana hanya menyambutnya dengan sebuah senyuman. Sesekali dia teringin
mendengar Suhana menyebutnya. Namun apakan daya, Suhana tak pernah melafaz kata
cinta.
SUHANA
merebahkan badan di atas katil. Matanya memandang kipas yang ligat berpusing di
atas siling. Mindanya mula mengimbau majlis reunion yang berlansung awal malam
tadi. Seronok rupanya jumpa kawan-kawan lama. Dia juga pernah menerima undangan
yang sama dari sekolah lamanya. Cuma, tak pernah sekali pun dia menghadirikan
diri. Dia terus sepi tanpa khabar berita.
Ikutkan
rasa hati, teringin juga dia mahu menghadiri majlis reunion sekolah
lamanya. Namun dia takut terserempak
dengan wajah itu. Hatinya tak cukup kuat berdepan dengan wajah yang pernah
singgah di hatinya ini. Takut andai dia kecundang lagi.
Suhana
menghela nafas. Pelik dengan perasaan sendiri. Setelah sekian lama berlalu, dia
masih mengharapkan sesuatu yang tak mungkin menjadi miliknya. Untuk apa dia terus
menanti? Sedangkan dia sedar siapa dirinya. Dia tunangan orang. Tunang Wan
Daniel Wan Arif.
Mengenang lelaki seorang
itu, bibir Suhana merekah dengan senyuman. Lelaki yang pernah dibenci dan
ditolak berkali-kali. Namun Wan Daniel tak pernah mengalah untuk mendapatkan hatinya.
Best cita ni...
BalasPadam3 watak hero, 3 watak heroin, pergh mmg best :)