W4J4H-W4J4H K354Y4N64NKU

Khamis, 9 Oktober 2014

Cinta Rahsia Hati 4





BAB 4

STREETTT………
Bunyi itu membuatkan jantung Suhana bagai ingin terloncat keluar. Bergetar lututnya. Pucat lesi wajahnya. Matanya pula sudah terpejam rapat bagaikan pasrah dengan ketentuan Ilahi. Jika inilah penghujungnya, izinkan dia mengucap dua kalimah syahadah.
“Hoi! Kau ni buta ka? Nak mampus!” jerkah seorang perempuan.
Perlahan-lahan Suhana membuka mata. Hanya seinci saja jaraknya dengan kereta Lamborghini hitam berkilat itu. Nasib baik tak kena. Kalau kena tadi, memang hari ini mak dan adik-adik akan menyambut jenazahnya di kampung.
“Hoi, Betina! Kau ni dahlah buta, pekak pulak tu. Yang kau masih tercegat kat situ buat apa? Berambus la!!” sergah perempuan berambut merah itu lagi. Wajahnya yang dicalit dengan solekan tebal kelihatan cukup menyeramkan. Dah macam perempuan sihir.
Mendengar bicara menghiris kalbu perempuan tak tahu adab itu, hati Suhana tiba-tiba saja mendidih. Pantas dia bergerak mendekati perempuan sombong itu.
“Cik, kita ni orang Malaysia. Cakap tu tolong beradab sikit boleh tak? Tak payahlah nak jerit-jerit. Cik tak malu ke nak jerit-jerit macam tu depan orang ramai. Muka saja cantik tapi bahasa buruk.” Sedas Suhana bagi. Sampai naik merah muka perempuan sombong itu dibuatnya.
“Kau jangan nak ajar aku ya! Aku ni belajar sampai overseas. Aku tahu apa yang aku buat.”
“Sebab cik belajar sampai oversea la cik dah terlebih pandai. Ni Malaysia, bukan oversea tempat cik nak tunjuk lagak dan jadi manusia tak berbahasa.”
Bergerak-gerak rahang Rita bila gadis bertudung itu masih terus mengenakan dia. Selama ini tiada seorang pun yang berani menjawab setiap bicaranya. Tapi perempuan berbaju kurung itu, berani bukan main!
“Hei… kau jangan main-main dengan aku. Kau belum kenal aku siapa? Aku ni anak datuk. Daddy aku orang berpengaruh kat KL ni.” jari telunjuk Rita sudah naik ke muka Suhana.
“Saya tak kisah siapa ayah cik. Kuat macam mana sekali pun pengaruh ayah cik, Allah lagi berkuasa. Jangan sombong dengan pangkat yang ayah cik ada. Satu hari nanti, Allah tarik semua tu dan cik tak punya apa-apa.”
Semakin mendidih hati Rita dibuatnya. Pantas dia menjenguk ke dalam kereta.
Darling… you buat apa kat dalam tu? Tak dengar ke perempuan kampung ni mengata I? Keluar la! Ajar sikit perempuan kampung ni.” Rita mengadu pada kekasihnya yang hanya duduk mendiam diri di dalam kereta.
Si lelaki menghela nafas.
Darling!” bentak Rita bila kekasihnya masih tidak mahu berganjak dari tempat duduk pemandu.
Malas-malas si lelaki keluar. Cermin mata yang dipakai ditanggalkan. Selamba dia memandang wajah dua orang perempuan di sebelahnya. Seorang bergaya dengan rambut kemerahan dan baju yang sungguh seksi. Manakala seorang lagi bertudung litup dan berbaju kurung merah jambu. Nampak sangat dia orang kampung.
Namun kala mata bertentang mata dengan gadis kampung itu, ada sesuatu yang menarik hatinya. Membuatkan matanya langsung tidak berkerdip memandang wajah si dia yang manis menawan.
Rita segera mendapatkan kekasihnya. Lengan sasa itu dipaut. Dia mahu perempuan kampung itu tahu bahawa lelaki tampan ini adalah haknya. Jangan sesiapa berani mengambil haknya ini.
Darling, you ajar sikit perempuan bodoh ni! Suka-suka hati dia saja mengata I. Dia tak tahu lagi I ni siapa kan? Dia ingat dia tu dah kuat sangat agaknya!” Rita bersuara menarik perhatian Wan Daniel, lelaki yang dicintai.
Suhana mencebik bibir. Geli telinga mendengar kata-kata perempuan sombong itu. Bangga sangat dengan pangkat keluarganya yang bertaraf VVIP. Dasar perempuan sombong!
“Dah la tu honey. Tak baik gaduh-gaduh. Lagipun malulah orang tengok.” Wan Daniel bersuara. Cuba meredahkan kemarahan di hati Rita. Lagipun sekarang ini mereka menjadi tontonan umum. Seganlah sikit.
Terjengil mata Rita bila Wan Daniel berkata begitu. Mujur tak terkeluar dari springnya.
Darling! Apa ni? You nak sebelahkan perempuan kampung ni ke?” darahnya mula menyirap. Membuatkan kulit wajahnya yang putih licin itu menjadi kemerah-merahan. Ingatkan bila mengadu pada Wan Daniel, lelaki itu akan menyebelahinya. Tapi lain pula yang jadi.
“I bukan nak sebelahkan sesiapa. I cuma cakap apa yang betul. You tu anak orang ternama. Malulah kalau ada antara orang-orang yang tengok ni rakam aksi you dan upload dalam youtube. You nak ke terkenal dengan cara macam ni?” Wan Daniel bersuara dengan nada separuh berbisik. Orang sekarang ni bukannya boleh percaya sangat. Silap hari bulan ada yang buat rakaman dan siarkan ke dalam youtube. Lepas tu mulalah nak kongsi dan jadikan video itu sebagai viral.
Rita menarik muka.
“Dahlah. You masuk dulu. Biar I cakap dengan perempuan tu.” pujuk Wan Daniel.
Rita mendengus. Dengan kaki dihentak kuat, dia bergerak ke tempat duduk penumpang. Sebelum masuk ke dalam kereta, sempat juga dia memberi jelingan maut kepada Suhana.
“Cik, sorry la. Kawan saya tu berangin sikit. Cik jangan ambil hati sangat ya.” Pinta Wan Daniel lembut. Wajah di hadapannya ini cukup mendebarkan.
“Saya tahu saya ni orang kampung. Tapi saya pun ada harga diri. Kalau iya pun saya salah, janganlah nak jerit-jerit macam tu sekali.”
“Saya tahu. Sebab tu saya nak mintak maaf bagi pihak kawan saya.”
Suhana menghela nafas. Tak guna dia terus berkeras. Emaknya selalu berpesan, beri kemaafan tak kira pada musuh sekali pun. Allah sayang pada hambanya yang ringan memberi kemaafan pada orang lain. Pantas kepalanya dianggukkan.
Wan Daniel tersenyum. Senang hati melihat anggukan perempuan itu.
“Saya Wan Daniel. Cik?” Wan Daniel amat berharap dia akan mengetahui nama gadis bertudung itu.
“Maaf. Saya kena pergi. Assalammualaikum….” Tanpa memperkenalkan diri, Suhana terus saja berlalu. Untuk apa dia memberitahu namanya pada lelaki itu? Baginya itu semua tidak penting. Cukuplah dia dah maafkan teman wanita lelaki itu.
Wan Daniel mendecit. Ada rasa kecewa bermukim di hati. Baru bercadang nak mengetahui nama gadis manis itu. Tapi gadis itu terlebih dahulu meninggalkannya. Membuatkan dia penasaran dalam diam.

“AWAK diterima mengajar di tadika ini.” ujar Cikgu Wan kepada gadis manis di hadapannya.
Suhana tersenyum. Hatinya melonjak riang. Rasa nak lompat bintang sepuluh kali. Tak sia-sia dia datang temuduga. Akhirnya berjaya juga dia mendapat kerja itu.
“Terima kasih cikgu. Terima kasih banyak-banyak.”
Gembiranya tak tergambar dengan kata-kata. Walau sekadar mendapat kerja sebagai guru tadika, namun itu sudah cukup buat Suhana gembira. Sekurang-kurangnya dapat juga dia membantu emak menyara persekolahan adik-adiknya di kampung.
Cikgu Wan sekadar menganggukkan kepalanya. Rasa gembira jelas terpancar pada wajah gadis muda itu.
“Bila saya boleh mula mengajar cikgu?” teruja Suhana ingin memulakan kerjanya.
“Esok awak dah boleh mula mengajar. Hari ni, saya nak bawa awak tengok-tengok kawasan tadika. Jom saya kenalkan awak dengan kakitangan saya.”
Suhana membuntuti langkah Cikgu Wan. Mereka masuk dari kelas ke kelas. Tadika Bintang Cemerlang ini terbahagi kepada empat kelas. Kelas satu untuk kanak-kanak berusia enam tahun, kelas dua untuk lima tahun dan kelas tiga pula menempatkan kanak-kanak berusia empat tahun. Manakala kelas empat dikhaskan untuk kanak-kanak berusia sebulan hingga tiga tahun.
Seronok Suhana melihat keletah anak-anak kecil itu. Mereka kelihatan comel dan petah berkata-kata. Wajah-wajah polo itu menerbitkan rasa sayangnya. Suhana memang sukakan budak-budak. Di kampung pun, dia menolong emak mengajar budak-budak mengaji di sebelah malam.
           Usai berkenalan dengan guru-guru di Tadika Bintang Cemerlang dan meninjau kelas-kelas yang ada, Suhana pun dibenarkan pulang. Esok dia akan datang semula sebagai cikgu tadika. Tak sabar dia hendak berbakti pada anak-anak kecil ini. Memulakan persekolahan dengan A, B dan C.

 

3 ulasan:

  1. Nk lagi dik...bila nk smbg...best

    BalasPadam
  2. Nk lagi dik...bila nk smbg...best

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf..baru dapat balas..cuti bersalin 3bln..x jenguk lgsg blog..ok2..nti sy sambung ye..terima kasih krn sukakan CRH

      Padam