BAB
5
SUHANA
mengetap
bibir. Sedari tadi dia perasan sepasang mata itu asyik memandangnya. Membuatkan
dia naik rimas dengan perbuatan itu. Nak mengajar pun rasa tak selesa.
Selesai
mata pelajaran yang diajarnya, Suhana melangkah keluar dari kelas. Ustazah Mimie
bakal mengambil alih kelas bagi mata pelajaran agama islam. Murid-murid yang
bukan beragama islam pula sudah berpusu-pusu keluar untuk ke kelas pendidikan
moral yang diajar oleh Miss. Chin.
Kehadiran
lelaki yang asyik memandangnya langsung tidak dihiraukan. Suhana meneruskan
langkah menuju ke bilik guru. Wajahnya beraksi tenang walaupun hatinya mula
tidak sedap dengan tindakan lelaki itu yang membuntuti langkahnya.
Sampai
di satu lorong, Suhana menghentikan langkahnya. Begitu juga dengan lelaki di
belakangnya itu. Kemudian Suhana melangkah semula. Lelaki itu pun turut
melangkah juga. Berhenti lagi. Si lelaki juga berhenti. Lagak mereka berdua dah
tak ubah seperti cerita Pendekar Bujang Lapuk.
Kerana
tak tahan dengan sikap lelaki itu, Suhana memecut dengan laju. Entah-entah
lelaki ini orang gila agaknya!
Disebabkan
berlari tanpa menoleh kiri dan kanan, Suhana terlanggar Cikgu Wan. Mujur wanita
bertubuh gempal itu tak jatuh tersungkur. Suhana pula yang terjelopok jatuh ke
lantai akibat perlanggaran itu.
“Masya-Allah…
kenapa dengan kamu ni Hana? Berlari macam budak-budak.” Ujar Cikgu Wan membantu
Suhana bangun dari duduknya.
Suhana
mengibas-gibas punggungnya yang terasa sengal. “Errr… maafkan saya cikgu. Saya tak sengaja.” Pinta Suhana dengan
kepala menunduk.
“Takpe. Yang kamu berlari macam kena kejar
anjing ni kenapa?”
Belum
sempat Suhana menjawab, kelibat lelaki yang mengejarnya tadi muncul di hadapan.
Membuatkan Suhana mencicit bersembunyi di belakang Cikgu Wan. Apa-apa yang
jadi, biar lelaki itu berdepan dengan Cikgu Wan dulu.
“Eh,
kenapa pulak ni?” pelik Cikgu Wan
melihat perangai Suhana yang tiba-tiba sahaja bersembunyi di belakangnya.
“Tu…
tu… orang gila cikgu. Dia ikut saya dari tadi.” Lurus jari telunjuk Suhana
ditunding ke arah lelaki itu.
Cikgu
Wan berpaling. Kemudian dia mengerut kening.
“Hana,
tu adik saya la. Wan Daniel.” Terang Cikgu Wan kepada Suhana yang nampak
ketakutan.
Mata
Suhana membulat. “Adik?!”
Serentak
itu Cikgu Wan dan Wan Daniel mengangguk.
BESAR
ketawa Wan Daniel. Kelakar mengingatkan kejadian sebentar tadi. Padanlah gadis
itu memecut laju meninggalkan dia. Rupa-rupanya gadis itu menyangka bahawa dia
orang tak siuman. Patutkah muka kacak macam dia disangka orang gila? Kelakar
sungguh!
Suhana
yang mendengar ketawa Wan Daniel menarik muka. Geram dengan sikap lelaki itu.
Hidup-hidup dia menyangka lelaki itu orang tak siuman, rupanya dia adalah adik
Cikgu Wan. Malu bukan main dia bila Cikgu Wan memperkenalkan mereka tadi.
“Awak
tahu tak? Awak la satu-satunya perempuan yang sangka saya ni orang gila. Selama
ni takde perempuan yang lari bila
nampak saya. Tapi awak… boleh pula awak pecut seratus meter.” Ujar Wan Daniel
yang masih bersisa tawanya. Selama ini dia sering dikejar ramai wanita. Namun
untuk pertama kalinya, ada seorang wanita pula yang berlari menjauhinya.
Sesuatu yang menarik!
Macam
manalah Suhana tak buka langkah seribu kalau perangai lelaki itu mencurigakan?
Dia memang takut dengan lelaki perangai pelik ini. Kenangan dikejar lelaki gila
ketika dia bersekolah menangah dulu masih segar dalam ingatan. Sampai ke hari
ini, dia memang pobia sangat dengan orang gila. Mahu bergetar kepala lututnya.
“Awak
tengok muka saya ni macam orang tak betul ke?” tanya Wan Daniel pada Suhana.
Gadis itu hanya mendiamkan diri dari tadi. Langsung tiada sepatah kata yang
lahir dari bibirnya yang menawan itu.
Malas
Suhana nak melayan. Pertanyaan Wan Daniel dibiarkan sepi tanpa jawapan.
Menyampah pula dia dengan sikap adik Cikgu Wan ini. Terserlah ciri-ciri kaki
perempuannya.
“Awak
nak keluar tengok wayang tak?” tanya Wan Daniel tiba-tiba. Ketawanya sudah
berhenti. Kini dia memulakan tugasnya mahu mengayat gadis manis itu. Manalah
tahu gadis itu sudi menerima pelawaannya.
Suhana
tidak mahu menghiraukan Wan Daniel. Tumpuannya diberi kepada buku latihan
murid-murid.
“Emmm… kalau tak, apa kata kita keluar
minum-minum. Boleh juga kita berkenalan. Mengeratkan silaturahim….” Tambah Wan
Daniel lagi dengan senyuman menggoda. Dia memang tak pernah kenal erti berputus
asa. Tambah-tambah dengan gadis cantik macam Suhana ini. Lagi berkobarlah semangatnya.
‘Mengeratkan
silaturahim konon?! Porah… macamlah aku percaya sangat.’ Hati kecil Suhana
bersuara. Lelaki perangai macam Wan Daniel ini memang tak masuk dalam carta
hatinya.
Cikgu-cikgu
yang lain hanya menahan senyum mendengar ayat-ayat Wan Daniel. Mereka memang
sudah faham sangat dengan perangai Wan Daniel yang pantang melihat wanita
berdahi licin. Tambah-tambah orang baharu macam Suhana. Memang tak mungkin
dilepaskan.
“Niel…
buat apa tercegat kat situ? Tak nampak ke Hana tengah sibuk buat kerja? Jangan
kacau staf akak boleh tak?” tegur Cikgu Wan yang baru keluar dari biliknya
sebaik terlihat kelibat Wan Daniel masih tercegat di hadapan meja Suhana.
Daripada air muka Suhana, dia tahu stafnya itu kurang selesa dengan kehadiran
Wan Daniel.
“Mana
ada Niel kacau kak. Niel cuma nak berkenalan je. Nak mengeratkan silaturahim.”
Cikgu
Wan mencebik. Adiknya itu ada saja modalnya nak menjawab. Dasar kasanova!
“Dah!
Tak payah nak eratkan silaturahim. Masuk bilik akak. Akak ada benda nak mintak
tolong dengan Niel.” Arah Cikgu Wan.
Wan
Daniel mendecit. Baru saja dia nak jual minyak wangi Hugo Boss, kakaknya sudah
kacau daun. Langsung tak bagi peluang kepadanya untuk mengenali Suhana. Ada
saja kerja yang hendak disuruhnya. Tak sporting
langsung!
Setelah kelibat Wan
Daniel hilang di sebalik muka pintu, Suhana menghela nafas lega. Rimas benar
dia dengan perangai Wan Daniel. Lelaki itu memang ada tokoh menjadi buaya
jadian.
BEST.
BalasPadamterima kasih
Padam