BAB
8
ESOK
merupakan
hari ibu sedunia. Memandangkan esok hari ibu, Suhana mengajar anak-anak
muridnya menyediakan kad hari ibu untuk diberikan kepada ibu masing-masing. Teruja
benar anak-anak kecil itu menyediakan kad untuk ibu mereka. Riuh rendah kelas
lima cemerlang dengan suara riang anak-anak kecil ini.
Suhana
memandang Adam. Anak kecil itu bagai tidak menghiraukan arahannya. Seronok pula
Adam mengacau rakan-rakannya membuat kerja.
“Adam…
kenapa tak buat kerja yang cikgu suruh? Adam pun kena buat kad untuk ibu Adam jugak.” Tegur Suhana.
Adam
tersentak. Tindakannya menganggu Norin yang sedang menyediakan kad untuk ibunya
juga terhenti.
“Esok
Adam boleh bagi kad yang Adam buat untuk ibu Adam.” Sambung Suhana lagi.
Adam
menunduk. Wajahnya berubah mendung. Kemudian tanpa sepatah kata dia terus
berlari keluar meninggalkan kelas.
Tindakannya
ini mengundang rasa terkejut di hati Suhana. Tergamam dia melihat tindakan Adam
yang berlari keluar. Tak pernah dia nampak Adam berkelakuan begitu. Biasanya
Adam pelajar yang ceria dan mendengar kata. Adakah dia tersalah cakap?
“Cikgu…
sebenarnya kan Adam tu takde mak. Mak
Adam dah lama meninggal dunia.” Bagaikan mengerti apa yang sedang bermain dalam
fikirannya, si kecil Norin bersuara.
Sekali
lagi Suhana tergamam. Tak menyangka kata-katanya tadi telah mengguris hati anak
kecil itu. Rasa bersalah datang mengetuk hati.
“Murid-murid
semua, cikgu nak keluar kejap. Kamu semua jangan bising dan buat nakal tau.
Buat kerja yang cikgu suruh. Nanti cikgu masuk balik.”
Murid-murid
sekadar mengangguk tanda faham dengan arahan yang diberi.
Suhana
keluar. Liar bebola matanya mencari kelibat Adam. Ke mana agaknya anak itu
menyembunyikan diri? Tentu Adam sedang bersedih dengan apa yang dia katakan
tadi. ‘Hisy… apa la aku ni? Mulut
gatal sangat!’ gumam Suhana marahkan diri sendiri.
Suhana
menghela nafas. Kelibat Adam akhirnya berjaya dikesan. Kemudian dia melangkah
mendapatkan Adam yang sedang duduk di atas kerusi kayu menghadap taman permainan.
Punggungnya
dilabuhkan di situ. Wajah Adam yang muram dijerling.
“Sorry….” Pintanya tanpa segan.
Adam
diam tak berkutik. Kepalanya menunduk memandang rumput-rumput yang menghijau.
“Adam
marah cikgu ke?” tanya Suhana lagi.
Kali
ini Adam memberi tindak balas. Kepalanya digelengkan.
“Habis
tu kalau Adam tak marah cikgu, kenapa Adam diam aje? Adam tak nak maafkan cikgu
ke?”
Sekali
lagi Adam menggeleng. Mulutnya yang amat petah berkata-kata selama ini seolah
terkunci mengungkap kata. Kepalanya masih tunduk memandang bumi.
“Adam…
cikgu mintak maaf ya. Cikgu tak tahu Adam takde mak. Kalau cikgu tahu, cikgu tak cakap macam tu.” pinta Suhana
ikhlas. Rasa bersalah sungguh dia melihat Adam yang masih membisu hanya kerana
terguris dengan kata-katanya tadi.
Adam
masih lagi mengunci mulut. Kepalanya langsung tidak mahu diangkat.
“Sebenarnya
Adam… kita berdua senasib. Kalau Adam takde
mak, cikgu pula takde ayah. Ayah
cikgu dah lama meninggal. Waktu tu umur cikgu sepuluh tahun. Adik-adik cikgu
pun kecik macam Adam aje. Ayah cikgu terlibat dalam kemalangan waktu nak pergi
kerja. Tapi cikgu tak pernah lupakan arwah ayah. Setiap kali menjelang hari
bapa, cikgu selalu buat kad untuk arwah ayah. Tak kisahlah kalau ayah tak dapat
lihat dan baca kad yang cikgu buat. Apa yang penting, kad tu luahan hati cikgu
betapa cikgu sayangkan arwah ayah.” Tenang saja Suhana berbicara. Kenangan
bersama arwah ayahnya terbayang depan mata. Sungguh, dia tak pernah lupakan
memori indah itu.
Adam
mendongak. Wajah Suhana dipandang.
“Adam
pun boleh buat macam cikgu jugak. Tak
salah buat kad untuk orang yang dah tinggalkan kita. Sekurang-kurangnya Adam
boleh simpan kad tu atau beri pada ayah Adam. Cikgu pun ada masa buat macam tu jugak. Kadang-kadang cikgu bagi mak
cikgu tengok dan baca kad yang cikgu buat untuk arwah ayah.” Beritahu Suhana
lagi. Tak salah dia nak berkongsi cerita hidupnya dengan anak kecil ini. Semoga
pengalaman hidupnya ini menjadi pedoman untuk Adam tidak rasa terpencil.
Suhana
pandang Adam. Wajah penuh sayu itu merobek hatinya. Tanpa di duga, Adam
menerpah dan memeluk erat tubuhnya. Membuatkan dia terpanar.
“Cikgu…
Adam mintak maaf.” Pinta Adam perlahan. Dia tahu tak sepatutnya dia berlari
keluar kelas tanpa izin cikgunya itu. Esak tangisnya juga mula kedengaran. Saat
ini dia amat merindui arwah mamanya.
Suhana
menggeleng. Sebak mendengar tangisan anak kecil itu. “Takde apa yang perlu cikgu maafkan. Adam tak salah apa pun.”
Lantas
dia membalas pelukan Adam. Dikucup penuh kasih ubun-ubun si kecil itu.
“ADAM
kenapa tak tidur lagi ni? Kan esok nak ke sekolah.” Tegur Hajah Fauziah sebaik
melihat kelibat Adam yang masih terjenguk-jenguk ke luar. Fikirnya anak kecil
itu sudah terlena. Tak sangka Adam masih berjaga walhal jam sudah menunjukkan
pukul 10.15 minit malam.
“Adam
tengah tunggu abah ni nek.” Jawab Adam selamba. Dari tadi dia tak senang duduk
menunggu kepulangan abahnya. Sekejap-kejap dia akan menjenguk ke luar jendela
dengan harapan abahnya sudah pulang dari klinik.
“Nak
tunggu abah untuk apa? Abah Adam tu entah pukul berapa sampai ke rumah. Baik
Adam masuk tidur dulu. Esok boleh bangun awal jumpa abah.”
Ikut
hati tua Hajah Fauziah ini, memang ada rasa terkilan dengan sikap Dr. Akasyah
Alimin. Tumpuan anak tunggalnya itu dilebihkan kepada urusan di klinik daripada
anaknya sendiri. Kasihan Adam, jarang sekali dia dapat bersua muka dengan
abahnya. Kadang-kala, hujung minggu pun Dr. Akasyah bekerja hingga pulang lewat
malam.
Hendak
marah, rasanya sudah berbuih mulutnya ini membebel. Namun sikap Dr. Akasyah
masih tak berubah. Bukan dia tak pernah menasihati anaknya itu. Nasihatnya
sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kesibukan Dr. Akasyah semakin
menjadi-jadi. Keluar pagi, baliknya malam.
Nasib
baik dia masih bernyawa. Katakanlah jika dia sudah tiada suatu hari nanti. Entah
apa akan jadi pada nasib Adam? Bertambah sunyilah hidup Adam tanpa kasih sayang
yang patut diterimanya pada usia sekecil ini.
“Tapi
nek….”
“Adam
tidur dulu. Nanti abah dah balik nenek kejutkan Adam.” Pujuk Hajah Fauziah.
Adam
menghela nafas. Langsir yang diselak ditutup semula. Dia bergerak ke katil.
“Nenek
janji ya. Nanti abah dah balik nenek kena kejutkan Adam.”
Hajah
Fauziah mengangguk. Tubuh kecil itu diselimutkan dan dahi Adam dikucup penuh
kasih. Setelah lampu dipadam dan pintu ditutup rapat, dia kembali turun ke
bawah. Ketika itu jam sudah melewati pukul 10.30 minit malam.
Buku
‘Cerita Cinta Ahmad Ammar’ dicapai. Seronok rasanya membaca perjalanan hidup
anak muda yang telah pergi menemui Ilahi ini. Tersentuh hati keibuannya.
Alangkah bahagia mempunyai anak seperti Ahmad Ammar.
Pintu
yang terkuak membuatkan pembacaannya terbantut. Pantas Hajah Fauziah mendongak.
Kelihatan kelibat Dr. Akasyah di situ.
“Assalammualaikum….”
Ucap Dr. Akasyah sebaik pandangannya bertembung dengan pandangan sang ibu.
“Waalaikumusalam. Baru balik?”
Dr.
Akasyah sekadar mengangguk. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa dengan badan
sudah menyandar mencari keselesaan.
“Kasyah
nak makan ke? Mak panaskan lauk.”
Tumpah
rasa simpati Hajah Fauziah melihat nasib anaknya itu. Hendak marah, namun marahnya
tak terluah. Dia tahu mengapa anaknya itu berubah laku. Kesibukannya demi
mengelak diri dari terus mengingati arwah Zahida.
“Takpelah mak. Kasyah tak lapar lagi. Nanti
kalau rasa lapar, Kasyah panaskan lauk sendiri.” Dr. Akasyah tidak mahu menyusahkan
maknya. Dari siang hingga ke malam, mak telah menjaga kebajikan dia dan
anaknya.
“Mak
kenapa tak tidur lagi? Adam mana?”
“Mak
tunggu Kasyah la. Adam pun baru aje tidur. Dari tadi dia tunggu Kasyah. Puas
mak pujuk baru dia nak tidur.” Beritahu Hajah Fauziah.
Mendengar
cerita Hajah Fauziah, rasa bersalah datang menjengah. Kasihan anaknya itu.
Tentu ada sesuatu yang hendak ditunjuknya sehingga dia sanggup menunggu. Dr.
Akasyah dah faham sangat dengan perangai Adam.
“Sampai
bila Kasyah nak jadi macam ni? Tak kesian ke dekat Adam tu? Sibuk macam mana
sekali pun, jangan abaikan Adam. Dia pun perlukan perhatian dan kasih sayang
Kasyah jugak.” Tegur Hajah Fauziah.
Tak guna dia marah-marah. Menasihati dalam lembut itulah yang paling berkesan.
Dr.
Akasyah menghela nafas. Tahu dirinya ini bukanlah seorang ayah yang terbaik.
Namun apa yang dilakukan bukan kerana dia tak sayangkan Adam. Kasih sayangnya
pada anak itu tiada tandingan. Cuma dia tidak betah duduk di rumah lama-lama.
Kenangan bersama arwah Zahida pasti akan menjelma. Hanya dengan menyibukkan
diri sahaja dia bisa melupakan kenangan-kenangan itu.
“Kasyah
tahu mak. Maafkan Kasyah.” Pinta Dr. Akasyah meraih jemari tua maknya. Dikucup
penuh kasih jemari itu.
“Kasyah
tak buat salah apa pun dengan mak. Mak cuma nak ingatkan Kasyah. Jangan abaikan
Adam sebab dia satu-satunya harta yang arwah Ida tinggalkan untuk Kasyah.
Kasyah patut menghargainya.”
Dr.
Akasyah mengangguk. Benar apa yang mak katakan.
“Dah
la. Kasyah pergilah naik mandi. Lepas tu rehat. Kalau nak makan, lauk ada dalam
peti ais. Mak pun nak masuk tidur jugak
ni.”
Sekali
lagi Dr. Akasyah mengangguk. Matanya menyoroti langkah mak.
Sebaik
kelibat tua itu menghilang, Dr. Akasyah juga bangun dari duduknya. Anak-anak
tangga dipanjat. Ketika melintasi bilik Adam, pintu bilik anak itu dibuka.
Dilihatnya Adam sudah terlena di situ. Perlahan-lahan dia mendekati tubuh kecil
yang diselubungi selimut tebal.
“Maafkan
abah, nak.” Ucapnya sayu. Wajah kecil itu mengundang rasa bersalah yang amat
besar dalam dirinya. Dia sedar tak sepatutnya dia membiarkan Adam terabai tanpa
kasih sayang.
“Abah
sayang Adam.” Bisiknya lagi. Lantas sebuah ciuman hinggap ke pipi Adam.
best.
BalasPadam