BAB
7
“KASYAH,
do you want to
follow us out to eat together?” Dr. Rohana bertanya
kepada lelaki itu yang masih tekun memeriksa beberapa fail di hadapannya.
Dr.
Akasyah mendongak. Jam tangan dijerling. Sudah pukul 1.05 minit tengah hari
rupanya. Tak sedar dah masuk waktu rehat.
Lantas
sebuah senyuman dihadiahkan kepada Dr. Rohana yang tercegat di muka pintu.
“Thank you for the
invitation, Ana. But I’m sorry,
I ada bawa bekalan dari rumah.” Tolak Dr. Akasyah lembut.
“You
ni Kasyah, tak pernah pun nak join I dengan Nar keluar makan. Asyik bawa bekal
dari rumah aje.” Rungut Dr. Rohana. Sepanjang bekerja di klinik lelaki itu, tak
pernah sekali pun Dr. Akasyah mahu keluar makan bersama mereka. Lelaki itu
lebih selesa makan bekalan yang dibawanya dari rumah. Dia, Dr. Sunarto, Dr.
Akasyah dan arwah isteri lelaki itu, Dr. Zahida merupakan rakan sejak dari
zaman universiti lagi.
Dr.
Akasyah tersenyum lagi. “Apa boleh buat Ana. Mak I yang masakkan bekal untuk I.
Kalau I tak bawa nanti, dia bising pulak.
You pun kenal perangai mak I tu macam mana kan?”
“Untung
la you dapat mak yang prihatin macam auntie
Fauziah, Kasyah.” Puji Dr. Rohana. Dia cukup kenal dengan Hajah Fauziah. Wanita
yang memang seorang wanita yang peramah dan baik hati.
Tersenyum
saja Dr. Akasyah mendengarnya. Sememang dia bertuah mendapat seorang mak yang
penyayang dan sanggup berkorban untuknya. Jasa mak tak dapat dibalas dengan
wang ringgit.
“So… betul you tak nak join I dengan Nar?
Nanti you menyesal.” Sambung Dr. Rohana lagi.
“Yupe. You all pergi la. I makan kat klinik aje. Anyway, I don’t want to disturb you and Nar. I know you guys definitely
need some time together, right?”
Usikan
penuh makna Dr. Akasyah menyebabkan wajah Dr. Rohana yang putih mulus itu
bertukar merah. Malu tak terperi dia mendengar usikan itu.
“Hisy… you ni. Ada-ada aje. Okey la. Kami
pergi dulu. Bye….”
“Okey. Have a nica day you guys.”
Setelah
pintu kembali tertutup rapat, Dr. Akasyah menyandarkan tubuhnya di bahu kerusi.
Perutnya masih kenyang. Pagi tadi dia sempat bersarapan dengan nasi goreng air
tangan maknya. Matanya dipejam. Cuba mencari ruang untuk berehat sebentar.
Namun
ketenangan Dr. Akasyah tak bertahan lama. Suara kecoh-kecoh dan bunyi pintu
biliknya yang dikuak dari luar menyebabkan matanya dibuka semula.
“Cik…
tolonglah faham, sekarang ni waktu rehat. Kalau nak jumpa doktor kena tunggu pukul
dua nanti.” Sira cuba sedaya upaya menghalang wanita bergaun merah itu daripada
masuk ke dalam.
Namun
sayang, arahannya tidak dihiraukan. Malah dengan kasar wanita itu menolak tubuh
kurus Sira ke tepi. Mujurlah dia tak jatuh tersungkur.
“Zaza?!”
tersentak Dr. Akasyah melihat gerangan si dia yang berlenggang lenggok
menghampiri mejanya.
“Zaza,
awak buat apa kat sini?” tanya Dr. Akasyah kehairanan.
“Errr… doktor saya….” Sira datang
mendekat. Rasa bersalah kerana tidak berjaya menghalang wanita itu daripada
memasuki bilik di waktu rehat.
“Tak
mengapa, Sira. Dia sepupu saya. Awak boleh keluar.” Ujar Dr. Akasyah tidak mahu
menyalahkan pekerjanya.
Sira
mengangguk. Kemudian dia melangkah keluar dan menutup perlahan pintu bilik Dr.
Akasyah.
“Awak
buat apa kat sini?” sekali lagi Dr. Akasyah bertanyakan soalan yang sama kepada
Zaza.
“I
nak jumpa you la. Takkan itu pun tak boleh. I rimas betul la dengan staf you
tu. Nak halang-halang I pulak!” rungut Zaza menghampiri tempat duduk Dr.
Akasyah. Tangannya sudah naik meraba bahu sepupunya itu.
“Klinik
ni ada prosedur. Waktu rehat kami tak terima pesakit.” Balas Dr. Akasyah sambil
melepaskan jemari Zaza yang sudah naik meraba bahunya. Rimas betul dia dengan
perangai Zaza yang suka pegang-pegang. Asal jumpa saja, Zaza akan memeluk
lengannya tanpa rasa malu.
“Kalau
pesakit tu betul-betul harapkan rawatan you, macam mana? You tak nak rawat jugak ka?”
Dr.
Akasyah mengeluh. Malas nak berlawan cakap dengan Zaza. Sebagai sepupu gadis
itu, dia sudah faham sangat dengan perangai anak bongsu mak usunya ini.
“Awak
sakit apa?” acuh tak acuh saja Dr. Akasyah bertanya.
Jemari
runcing Zaza kembali bermain-main di bahu Dr. Akasyah. Lagaknya manja
mengalahkan kucing siam nak beranak sepuluh. Sedangkan dia tak tahu, Dr.
Akasyah dah rimas dengan tindakannya itu.
“I
sakit rindu la, Kasyah.” Ujar Zaza dengan nada manja dibuat-buat. Cuba menarik
perhatian lelaki itu.
“Kalau
dah tahu awak tu sakit rindu, pergilah lepaskan rindu tu kat tempat sepatutnya.
Yang awak datang ke klinik ni buat apa pulak?
Saya bukannya boleh rawat sakit rindu awak tu pun.”
Zaza
tersengih. Punggungnya dilabuhkan atas meja kerja Dr. Akasyah. Wajah duda
beranak satu itu dipandang sepenuh hati. Sudah lama dia sukakan sepupunya ini.
Cuma Dr. Akasyah saja yang tidak mahu melayan.
Dulu
hatinya patah apabila Dr. Akasyah memilih untuk berkahwin dengan Dr. Zahida.
Namun setelah isteri sepupunya itu meninggal dunia, harapannya kembali
bersinar. Sejak itu dia tak pernah berputus asa mengejar cinta Dr. Akasyah.
Biar ada yang mencemuh, melontarkan jolokan ‘perigi mencari timba’, dia tak
pernah hiraukannya. Apa yang penting, dia ingin menakluki lelaki ini.
“Sebab
tu I datang ke sini. I datang nak lepaskan rindu I pada you.” Tanpa segan silu,
Zaza mengakui rindunya pada Dr. Akasyah.
Dr.
Akasyah mengeluh. Sudah berbuih mulutnya memberitahu Zaza. Antara mereka tidak
mungkin akan bersama. Dia tak sukakan Zaza. Hubungan antara mereka hanya
hubungan persaudaraan. Tak mungkin lebih daripada itu.
“I
tahu you tak sukakan I, tapi… I really
love you. I can’t forget you. Please understand me, Kasyah.” Rayu Zaza.
Demi meraih keinginannya untuk hidup bersama lelaki itu, dia tidak perlu malu
untuk berterus terang.
“Dah
berkali-kali saya beritahu awak, Zaza. Antara kita tak mungkin bersama. Saya
anggap awak sebagai adik. Tak lebih dari itu.”
Zaza
mendengus. Geram mendengar jawapan Dr. Akasyah. Puas dia merayu, tetapi hati
Dr. Akasyah masih beku mendengar rayuan manjanya. Entah apalah yang ditunggu
lelaki itu lagi? Sudah tiga tahun arwah Zahida pergi. Takkan sampai ke hari ini
lelaki itu masih setia pada orang yang tak mungkin hidup semula?
“Habis
tu sampai bila you nak menduda? Kasyah, arwah Zahida dah takde. Dia dah mati! You kena cari
pengganti untuk diri you dan Adam. Takkan you masih nak setia pada orang yang
dah lama mati?” tekan Zaza dengan nada sedikit meninggi.
Hampir
saja Dr. Akasyah melenting marah mendengar kata-kata Zaza itu. Namun dia cuba
bersabar. Tak guna dia hendak bertekak dengan Zaza. Biarlah gadis itu berkata
apa semahunya. Dia tak nak ambil peduli. Soal hatinya ini, cukuplah hanya Allah
Yang Maha Mengetahui.
Melihat
perubahan air muka Dr. Akasyah, Zaza tahu dia telah terlanjur kata. Cepat-cepat
dia bertindak. Jemari lelaki itu diraih dalam genggamannya.
“Sorry, Kasyah. I tak bermaksud macam tu.
Cuma… I kecewa dengan sikap you. You sepatutnya beri peluang pada diri you
untuk mencari pengganti arwah Kak Ida. Bukannya nak terus hidup macam ni.
Lagipun, you tak kesian ke tengok Adam tu. Dia pun perlukan kasih sayang
seorang ibu jugak.”
Dr.
Akasyah sekadar mengherot senyuman segaris. Bijak sungguh Zaza bermain kata.
Siap mengaitkan nama Adam dalam bicaranya. Macamlah dia tak tahu Zaza ini
bukannya suka sangat pun dengan Adam. Ada saja sikap Adam yang menjadi protesnya.
“Kalau
you kahwin dengan I… I promise to give
full affection on you. I will treat you to the fullest. You tak akan
menyesal tau.” Goda Zaza. Kakinya disilangkan sehingga menampakkan pahanya yang
putih melepak. Tangannya pula sudah mula memaut leher Dr. Akasyah bersama bibir
merahnya merekah dengan senyuman.
Rimas
sungguh mata Dr. Akasyah melihat aksi Zaza yang duduk bersilang paha di
hadapannya itu. Bukan dia tak tahu niat sebenar Zaza. Gadis itu sengaja
menggoda imannya dengan aksi berahinya itu. Astagfirullah
al azim, Zaza memang dah melampau. Apa dia fikir Dr. Akasyah ini lelaki
mata keranjangkah? Bisa ditawan dengan pakaian seksi dan aksi menggodanya itu?
Nampaknya Zaza dah silap buat perhitungan.
Pantas
saja Dr. Akasyah melepaskan pautan Zaza pada lehernya. Dia bangun dari duduk.
Tak sanggup memikul dosa dengan perbuatan Zaza yang melampau.
“Saya
fikir awak dah salah tempat, Zaza. Saya doktor yang merawat pesakit, bukannya
doktor cinta. Rasanya lebih baik awak pulang. Rehat, solat dan tenangkan minda.
Itu lebih bagus untuk terapi diri.” Sinis kata-kata Dr. Akasyah. Maknanya juga
cukup mendalam.
Zaza mengetap bibir. Geram mendengar sindiran sinis itu. Dengan hati yang
panas, dia bangun dari duduk. Nampaknya hari ini bukan hari bertuahnya. Tak
pasal-pasal dia menerima sindiran pedas Dr. Akasyah. Namun Zaza tak akan
berputus asa. Dia akan memastikan lelaki itu menjadi miliknya. Miliknya yang
mutlak!
best nak lagi.
BalasPadamtq baby mio..
Padam