BAB
6
“ADAM!!!”
jeritan
Hajah Fauziah berkumandang nyaring. Dari tadi dia memanggil cucunya itu, namun
kelibat Adam tidak juga kelihatan. Cucunya itu memang liat sangat nak bangun
pagi. Sebiji perangai abahnya masa remaja dulu. Nasib baiklah dah dewasa ini
perangai Dr. Akasyah tidak lagi seperti itu. Tapi, menurun pula pada anaknya
ini.
“Adam!!!”
sekali lagi Hajah Fauziah menjerit.
“Iya
la nek. Adam datang la ni.” terkocoh-kocoh Adam menuruni anak-anak tangga.
Hajah
Fauziah mengetap bibir. Semput dia dibuat cucu seorang ini. Dah berkali-kali
dia menjerit, barulah kelibat Adam kelihatan.
“Apa
la nenek ni. Pagi-pagi dah jerit macam tarzan. Tak malu ke jiran-jiran dengar?”
Komplan Adam. Langkah dibawa ke meja makan.
“Amboi…
amboi… amboi… bukan main Adam mengata nenek ya. Sebab Adam la nenek jadi
tarzan. Nenek dah kejutkan elok-elok, Adam tak nak bangun. Bila nenek dah
menjerit, baru kelam-kabut Adam nak mandi dan bersiap.”
“Alaaa…
nek. Adam mengantuk la. Lepas subuh tadi Adam tidur balik.”
“Ada
aje alasan Adam ya. Dah! Dah! Cepat makan sarapan tu. Kejap lagi Abang Mamat
datang nak hantar Adam ke tadika.”
Roti
bersapu mentega disuap ke mulut. Kemudian air coklat yang telah suam pula
dihirup perlahan.
“Dah!”
ujar Adam sambil mengesat mulutnya dengan tisu. Tangan dihulurkan kepada
neneknya tanda ingin bersalam.
“Aih…
nasi goreng tu tak terusik pun.”
“Adam
kenyang la nenek. Tak lalu nak makan pagi-pagi. Adam makan kat sekolah aje la
nanti.” petah Adam berkata-kata.
“Tengok
tu… kalau menjawab sebiji macam abahnya.” Hajah Fauziah menyambut huluran
tangan si kecil.
“Biasalah
nek… like father, like son.” Balas Adam kemudian dia ketawa mengekek. Seronok
dapat menyakat neneknya pagi-pagi begini.
Hajah
Fauziah menggeleng. Nakal benar cucunya ini. Awal pagi lagi sudah menyakatnya.
Bijak saja dia berkata-kata. Memang anak abah betul!
Bunyi
enjin kereta yang berhenti di luar rumah kedengaran.
“Nenek,
Adam pergi dulu ya.” Pinta Adam. Bekal yang berada di atas meja dicapai.
“Ya
la. Hati-hati jalan tu. Kat sekolah jangan nakal-nakal. Dengar cakap cikgu.”
Pesan Hajah Fauziah pada cucu kesayangannya.
“Ya
la nenek. Adam tahu. Assalammualaikum….”
“Waalaikumusalam.”
Sebaik
saja kelibat Adam menghilang, Hajah Fauziah menghela nafas. Sayu hati tuanya
melihat anak kecil itu. Dalam usia lima tahun, Adam belajar menjadi anak yang
berdikari. Segala-galanya dilakukan sendiri tanpa bantuan sesiapa pun. Adam
memang anak yang baik biarpun kadang-kala nakalnya memeningkan kepala.
“Kalaulah
arwah Ida masih ada, tentu Adam tak seperti ini. Tentu Adam mendapat kasih
sayang yang sempurna.”
Terdetik
ingatan Hajah Fauziah pada arwah menantunya. Sungguh, dia begitu sayangkan
arwah Zahida. Menantunya itu merupakan wanita yang baik. Sayang, umurnya tak
panjang. Allah lebih menyayangi arwah Zahida dan mengambilnya dengan cepat.
Namun Hajah Fauziah tak pernah mengeluh. Dia percaya pada qada dan qadar Allah.
Tentu ada hikmah di sebalik kejadian. Doanya semoga satu hari nanti ada
perempuan bisa menggantikan tempat arwah Zahida di hati Dr. Akasyah dan menjadi
ibu kepada Adam Zakwan.
“MURID-MURID
semua, kenalkan ini Cikgu Dahlia Suhana. Mulai hari ini, Cikgu Suhana akan
mengambil alih kelas lima cemerlang sebagai guru kelas.” Cikgu Wan
memperkenalkan Suhana kepada pelajar kelas lima cemerlang.
Kesemua
pelajar memberi perhatian pada dua orang guru yang sedang berbual di hadapan
kelas. Namun mata lebih tertumpuh pada cikgu baharu yang bakal mengambil alih
kelas mereka. Orangnya cantik dan masih muda.
Setelah
Cikgu Wan berlalu, Suhana mengalihkan perhatiannya pada anak-anak kecil seramai
dua puluh orang di hadapannya itu. Mereka kelihatan begitu comel sekali.
Teringat pula dia pada anak-anak muridnya di Tadika Bintang Cemerlang yang
terletak di Shah Alam. Dia pasti
merindui keletah anak-anak itu.
“Okey…
memandangkan ini merupakan hari pertama cikgu di sini. Jadi cikgu nak
berkenalan dengan semua murid. Kita mulakan dari sebelah kanan. Nama?” Suhana
memulakan sesi perkenalan. Matanya tekun memandang si comel bertudung merah
jambu di sebelah kanannya. Comel benar anak kecil itu.
Satu-persatu
anak-anak kecil di hadapannya memperkenalkan diri. Ada yang bersemangat, tak
kurang ada yang malu-malu kucing. Telatah mereka ini mencuit hati Suhana.
Membuatkan senyuman tak lekang dari bibirnya.
Sampai
giliran seorang kanak-kanak lelaki, mata Suhana melekat kemas ke wajah itu.
Comel! Dan wajahnya seakan-akan iras seseorang.
“Nama
saya Adam Zakwan Bin Akasyah Alimin.”
Suhana
terkesima. Akasyah Alimin! Nama itu cukup dekat di hatinya. Wajah Adam Zakwan
ditenung sedalamnya. Cuba mencari jawapan pada soalan yang mula berlegar di
benaknya. Memang seiras, tapi….
“Cikgu
ni dah kahwin ke?”
Pertanyaan
nakal dari Adam mematikan lamunan Suhana. Pantas sahaja matanya membulat. Nakal
benar anak kecil ini. Boleh pula tanya soalan cepu emas seperti itu kepadanya.
Suhana
tersenyum. Dia melangkah di hadapan Adam.
“Kenapa
tanya? Awak nak kahwin dengan cikgu ke?” pertanyaan dibalas pertanyaan.
Adam
tersengih-sengih. Rakan-rakan lain juga begitu.
“Adam
kecik lagi. Tak boleh kahwin. Tunggu Adam besar nanti baru Adam kahwin dengan
cikgu.” Petahnya Adam berbicara. Sehingga mencuit hati Suhana tertawa kecil.
“Kalau
macam tu cikgu tak jadi la nak kahwin dengan Adam. Nanti Adam dah besar, cikgu
dah tua. Adam mana nak kahwin dengan cikgu lagi.”
“Hihihi….”
Adam sekadar ketawa kecil sambil menggaru-garu kepalanya. Suka benar hatinya
dapat cikgu muda yang cantik seperti Cikgu Suhana ini. Baru semangat dia nak
belajar.
“NENEK!!!”
jerit Adam sesampainya dia di rumah. Terkocoh-kocoh dia menanggalkan kasut
sekolah dan berlari masuk ke dalam.
“Nenek!!!”
sekali lagi dia menjerit. Memanggil-manggil neneknya yang tak kelihatan di
ruang tamu. Mana pula perginya? Selalu ada saja kelibat neneknya di situ sedang
membaca buku-buku ilmiah.
“Iye… iye,
nenek kat dapur ni.” Hajah Fauziah menjawab. Mahu gugur jantungnya mendengar
jeritan Adam. Entah apa kena dengan cucunya itu. Terjerit-jerit macam nampak
hantu.
“Nenek!”
Adam menerpah mendapatkan Hajah Fauziah yang sedang berdiri di tepi singki.
“Iye… kenapa ni terjerit-jerit macam kena
kejar hantu aje?” Tanya Hajah Fauziah mendapatkan cucu kesayangannya yang sudah
tercungap-cungap. Dah macam orang baru menamatkan larian marathon pula si Adam
ini.
Adam
menelan liur. Cuba menenangkan diri sebelum dia membalas kata-kata neneknya. “Apa
la nenek ni. Hantu mana keluar siang-siang. Abah selalu bagitau Adam hantu cuma
keluar waktu malam aje. Tapi Adam tak takut hantu, Adam cuma takut hukuman Allah
aje. Allah dengan hantu, Allah lagi kuat tau nek.” petah Adam memberi hujah.
Kagum
Hajah Fauziah dengan keberanian Adam. Jarang ada anak kecil seberaninya. Selalunya
kalau sebut pasal hantu, pasti anak kecil seusia Adam akan menggigil ketakutan.
Tapi Adam, cucunya ini hanya takut pada hukuman Allah.
“Habis
tu yang Adam pecut seratus meter kenapa pulak?”
“Adam
ada story nak bagitau nenek.” Bersama
senyuman comelnya, Adam mengheret tangan Hajah Fauziah ke kerusi.
“Apa
dia story yang Adam nak bagitau nenek
tu?” Hajah Fauziah bertanya seraya melabuhkan punggung di atas kerusi menghadap
wajah si kecil. Wajah yang saling tak tumpah seperti abahnya.
Adam
tersengih. Serta-merta bayangan wajah Cikgu Suhana terlayar depan mata. Cikgu
baharu yang cantik dan baik. Bukan macam Cikgu Moon yang garang dan berkaca
mata besar itu. Sekali Cikgu Moon menjerit, bergegar bangunan Tadika Bintang
Cemerlang. Cikgu Moon memang tak menepati ciri-ciri sebagai seorang guru.
Lainlah
macam Cikgu Suhana, dahlah cantik malah orangnya juga baik. Tutur katanya
lembut dan bibirnya tak lekang dengan senyuman. Semua rakan-rakan sekelas Adam
pun sukakan Cikgu Suhana. Mereka kata, Cikgu Suhana ini bagaikan bidadari.
Berkerut
kening Hajah Fauziah melihat sengihan Adam. Dari beria-ia cucunya itu nak
bercerita. Tapi sekarang ni boleh pula dia tersengih-sengih melamun entah ke
mana.
“Adam!”
Hajah Fauziah menyentuh lembut bahu Adam. Mengembalikan roh anak kecil itu
semula ke jasadnya.
“Hah?!”
Adam tersentak. Nasib baik tak melayang rohnya dikejutkan begitu. Tengah
seronok membayangkan wajah cikgu baharunya, nenek pula main kejut-kejut. Habis
berterbangan wajah Cikgu Suhana ditiup angin bayu.
“Tadi
bukan beria bagitau nenek sesuatu. La ni… boleh pulak Adam dok melamun sambil sengih-sengih. Apa dia yang Adam nak
bagitau nenek? Cakap la cepat. Nenek nak masak ni.”
Adam
tersengih lagi. kepalanya digaru-garu. Terlupa pula tujuan asalnya nak
bercerita perihal Cikgu Suhana kepada nenek.
“Nenek
nak tau tak? Cikgu Moon yang garang tu dah berhenti mengajar. Adam dengan kawan-kawan seronok sangat. Lepas ni
tak dengar lagi Cikgu Moon jerit-jerit.” Dengan wajah ceria, Adam memulakan
cerita.
Hajah
Fauziah hanya memasang telinga. Dia dah faham sangat Adam tak sukakan Cikgu
Moon. Setiap kali balik sekolah, Adam pasti merungut pasal cikgunya itu. Kata
Adam, Cikgu Moon suka marah-marah. Sampaikan ada tahapnya Cikgu Moon akan pulas
telinga murid yang tak tahu membaca dan kenal huruf. Sebagai orang tua, Hajah
Fauziah cukup tak berkenan dengan tindakan Cikgu Moon itu.
Sepatutnya
sebagai seorang guru, tambah lagi guru tadika, Cikgu Moon kena pandai mengawal
emosi. Memang wajarlah anak kecil seperti Adam dan teman-temannya itu bersikap
nakal. Dah nama pun budak-budak. Sebagai guru dan orang dewasa, Cikgu Moon kena
bijak mengawal mereka. Insya-Allah kalau kena pada caranya, anak-anak kecil ini
mudah mendengar kata. Bukannya dengan cara menjerit marah sampai kadang-kala
tangan naik pulas telinga. Kalau yang itu, memang budak takut dan tak suka.
“Habis
tu kalau Cikgu Moon dah berhenti, siapa pulak
yang nak ajar Adam dengan kawan-kawan?”
“Ada
cikgu baharu, nek. Nama dia Cikgu Suhana. Cantik……” puji Adam pada cikgu
baharunya yang baik hati.
“Amboi…
kecik-kecik lagi Adam dah pandai tengok orang cantik ya?” terjengil mata Hajah
Fauziah mendengar pujian Adam terhadap guru baharunya itu.
Adam
mengekek ketawa. “Mesti la nek. Cikgu Hana ni memang cantik.”
“Antara
nenek dengan Cikgu Hana tu, siapa yang paling cantik?” sengaja Hajah Fauziah
menduga hati Adam. Perkataan paling ditekan sedikit.
Adam
mengerut kening. Jari telunjuknya naik ke dagu. Lagak kononnya dia sedang
berfikir. Menimbang tara siapa yang paling cantik antara nenek dengan Cikgu
Suhana.
“Siapa?”
Hajah Fauziah menjungkit keningnya. Meminta jawapan segera daripada Adam.
“Cikgu
Hana la paling cantik.” Itu jawapan Adam. Jawapan maha ikhlas dari seorang anak
kecil.
“Amboi…
habis tu nenek ni tak cantik ka?” membutang mata Hajah Fauziah memandang si
kecil yang sudah terkekeh-kekeh.
“Bukan
tak cantik. Cuma nenek kurang sikit la. Cikgu Hana masih muda, tapi nenek kan
dah tua. Mesti la Cikgu Hana yang menang.” Petahnya Adam memberi jawapan.
Hajah
Fauziah pura-pura merajuk. Wajahnya sengaja dimasamkan.
“Dah,
dah… nenek tak nak dengar lagi la! Nenek nak sambung masak. Adam naik atas,
letak beg sekolah elok-elok lepas tu tukar pakaian. Nanti kita makan
sama-sama.” arah Hajah Fauziah. Dia sudah bangun dari duduknya dan bergerak ke
singki.
“Nenek!”
panggil Adam.
“Apa
lagi?” Hajah Fauziah berpaling pada si kecil yang sedang tersenyum manis
memandangnya. Senyuman yang bisa mencairkan hati tuanya ini.
“Biarpun
nenek tak cantik macam Cikgu Hana, tapi Adam sayang sangat dekat nenek. Sayang
sangat-sangat tau!”
Sebak
hati Hajah Fauziah mendengar pengakuan anak kecil itu. Hampir luruh airmatanya.
Adam memang cucu yang baik. Pandai mengambil hati tuanya.
“Nenek pun sayang
Adam. Sayang ketat-ketat!”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan