Bab 6
TENGKU ISKANDAR
menghirup udara segar pagi itu. Udara yang tidak dapat dihirup di kota
metropolitan seperti di Kuala Lumpur. Di sini, udaranya cukup segar tanpa
sebarang pencemaran. Pemandangan juga indah dengan kehijauan pokok dan bukit
bukau. Malah di sini tiada kesesakan seperti yang selalu dilaluinya.
Dingin
pagi yang menggigit tubuhnya langsung tidak dihiraukan. Biar dia memakai
sweater membalut tubuh sasanya, namun dingin suhu masih lagi terasa. Suhu di
Cameron Highlands memang sejuk. Tetapi itu tidak menjadi masalah untuk dia leka
memerhati keindahan yang terbentang luas di depan mata.
Bukan
sekali dua dia ke sini. Sudah banyak kali dia datang ke Cameron Highlands. Dan
percutiannya itu pasti akan ditemani wanita-wanita berdahi licin. Di tempat
sejuk begini, memang sesuai mengajak salah seorang ‘gundik’nya demi
menghangatkan tubuh yang dingin. Disebabkan kedinginan itulah Cameron Highlands
menjadi pilihan utama pasangan-pasangan pengantin baharu.
Selain menjadi
sebuah pusat peranginan dan pilihan berbulan madu, Cameron Highlands juga
terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan,
sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi. Kebanyakan tanaman yang
terdapat di sini jarang didapati ditempat lain terutama di Kuala Lumpur. Ini
kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman
tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bungaan seperti bunga
teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh
ditanam di kawasan ini.
Secara
keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling
menarik di Malaysia. Keindahan di Blue Valley Tea Estate, Gunung
Brinchang, Tringkap
dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau pelancong yang datang
bertandang. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm, Green Farm, Rose Valley
Village, Butterfly Farm, Butterfly Garden, Kea Farm, Pasar Sayur, Uncle Sam
Farm, Cactus Point, Tokong Sam Poh, Cactus Valley dan Strawberry
Farm. Malah untuk penginapan pula disediakan pelbagai hotel, resort dan rumah
rehat serta padang golf bagi mereka yang gemarkan permainan elite itu.
“Kau tak nak
gerak lagi ke?” suara Tengku Haziq mematikan lamunan Tengku Iskandar yang ralat
menikmati pemandangan nan indah di tanah tinggi Cameron Highlands.
“Kau dah siap?”
Pertanyaan dibalas dengan pertanyaan. Sedari tadi dia sudah bersiap. Hanya
menunggu Tengku Haziq saja. Adik sepupunya itu bersiap mengalahkan orang
perempuan. Pandai saja komen dia bersiap, tahu-tahu Tengku Haziq juga dua kali
lima sama saja dengannya.
“Aku dari tadi
lagi dah siap. Tinggal nak tunggu kau aje lagi keluar dari bilik. Ingatkan kau
masih tido. Maklumlah… kau kan
biasanya mana reti nak bangun awal.”
balas Tengku Haziq sempat menyindir.
“Aku bangun
lagi awal dari kau. Kau tu yang lambat bersiap. Mengalahkan orang perempuan.”
Kali ini giliran Tengku Iskandar pula membalas sindiran.
“Alaaa… kau
mengata aku, kau tu pun dua kali lima aje dengan aku kalau bersiap.” Tidak mahu
mengalah, Tengku Haziq menjawab lagi.
Sebenarnya
Tengku Iskandar dengan Tengku Haziq ini perangai lebih kurang sama saja.
Dua-dua jenis tak mahu mengalah. Dulu waktu mereka kecil-kecil, selalu jugalah
mereka bergaduh. Sampai naik pening Tengku Maria meleraikan pergaduhan mereka.
Namun pergaduhan mereka berdua tak adalah mengambil masa berhari-hari. Cukup
sejam, mereka baiklah kembali. Siap boleh bergelak ketawa lagi. Hinggalah
mereka sudah dewasa ini, perangai itu masih lagi sama.
“Sudahlah! Aku
malas nak bertekak dengan kau. Aku dah lapar gila ni. Jom kita gerak cari
makan.” ujar Tengku Iskandar sambil melangkah masuk ke dalam. Perutnya sudah
mula berkeroncong minta di isi. Tempat sejuk seperti ini membuatkan perutnya
cepat saja naik lapar.
Mereka masuk ke
dalam perut kenderaan.
“Kita nak ke
mana?” tanya Tengku Haziq sambil memasang tali pinggang kaledar.
“First… kita cari makan dulu la. Then baru fikir nak ke mana.” Balas
Tengku Iskandar yang sudah menghidupkan enjin kenderaan.
“Kau nak makan
katne?”
Tengku Iskandar
menjungkit bahu. Belum tahu nak makan dekat mana. Tekaknya yang lebih kepada
selera ‘orang putih’ ini biasanya tak masuk dengan masakan melayu. Tak ada
kelas kononnya!
“Kita makan
nasi lemak dekat gerai tepi-tepi jalan tu la. Teringin pula aku nak makan nasi
lemak pagi ni.” pinta Tengku Haziq. Dia tahu selera Tengku Iskandar cuma dia
memang teringin nak makan nasi lemak pagi ini.
“Nasi lemak?
Dekat gerai tepi-tepi jalan tu? Huh… tak naklah! Apa kelas makan kat gerai tepi
jalan tu? Banyak habuk dan kotor.” Penuh sombong Tengku Iskandar menolak.
“Kau ni tak
elok cakap camtu. Tak semestinya makanan kat gerai tu berhabuk dan kotor. Kau
tak pernah rasa, mana kau tahu penengannya. Cuba kau rasa sekali… perghhh…
pasti kau nak berkali-kali. Sedap!”
Mencebik bibir
Tengku Iskandar mendengar pujian Tengku Haziq.
“Dah! Kalau kau
teringin sangat nak makan nasi lemak, cari aje dekat Cool Resort. Dekat sana
nasi lemak lagi sedap dari kat gerai tepi jalan.” Putus Tengku Iskandar
akhirnya.
Tengku Haziq
sudah tiada daya mahu berkeras. Dia dah arif sangat dengan tempat pilihan abang
sepupunya itu. Pastinya tempat-tempat yang mempunyai standardnya yang tersendiri.
“TANGAN Kak Aisyah yang cedera tu dah okey ke?” tanya Meon pada
Aisyah.
Aisyah yang
sedang memasukkan buah-buah strawberri ke dalam polistren berpaling. Tersenyum dia pada Meon. Kasihan Meon.
Kecik-kecik dah pandai cari rezeki. Simpatinya dia pada nasib Meon cuma apalah
dayanya untuk menolong. Dia sendiri tak punya apa-apa simpanan untuk membantu
Meon. Semua simpanannya sudah diambil mak su untuk diserahkan pada Fasha.
Berkecai hati dia bila duit yang selama ini disimpan dalam ASB itu mak su desak
dia ambil untuk kegunaan pembelajaran Fasha di kolej.
Hendak melawan,
namun apalah daya. Dia sudah faham benar dengan perangai mak su.
“Dah okey sikit
Meon. Dah tak sakit sangat macam semalam cuma balutan ni belum boleh buka
lagi.”
“Kesian Kak
Aisyah. Tak pasal-pasal nyaris kena langgar.”
Simpati Meon
pada nasib Aisyah. Dia tahu penderitaan gadis yang dipanggil kakak itu. Aisyah
sering menjadi mangsa seksa Puan Ainin dan Fasha yang bongkak. Dia ingin
membela namun siapalah dia ini. Hanya orang suruhan di mata Puan Ainin yang
berlagak seperti bos besar itu.
“Dah nasib akak
Meon. Takpelah. Lagipun bukannya akak
cedera teruk pun. Takat luka kat telapak tangan ni aje.”
“Kak Aisyah ni
baik sangatlah. Pasal tu semua orang suka ambil kesempatan ke atas Kak Aisyah.
Terutama mak cik yang garang dan anaknya yang berlagak tu.”
Aisyah sekadar
tersenyum. Ros juga berkata begitu padanya. Dia ini terlalu baik sangat
sehingga ramai yang mengambil kesempatan atas kebaikannya itu. Dia juga tahu
siapa yang dimaksudkan Meon mak cik garang dan anak yang berlagak. Siapa lagi
kalau bukan mak sunya dan Fasha. Ini kerana Meon sudah kerap dengar mak su dan
Fasha marah-marah padanya. Mula-mula dulu dia segan juga kena marah depan Meon.
Tapi lama kelamaan dia sudah biasa dengan situasi itu. Malah Meon juga sudah
biasa dengar dia kena maki hamun.
Pernah sekali
Meon membela dia. Tak pasal-pasal Meon pula yang kena ‘sembur’ dengan mak
sunya. Kasihan pula dia dengar Meon kena hina dengan mak su.
“Kak Aisyah
kenal ke siapa orang yang nyaris langgar Kak Aisyah tu?” pertanyaan Meon masih
berkisar perihal orang yang nyaris melanggar Aisyah tengah hari semalam.
Aisyah
menggeleng. “Akak tak kenal la Meon. Mereka bukan orang kampung. Nampak gaya
macam orang luar aje. Mungkin datang bercuti kut dekat sini.”
“Huh! Dahlah
orang luar… bawak kereta pula laju-laju. Tak patut betul!”
Tersenyum saja
Aisyah mendengar komen Meon. Tangannya masih ligat memasukkan buah-buah strawberri
yang merah ranum ke dalam polistren
untuk dijual dalam paket. Jika dimasukkan ke dalam paket, senanglah pelanggan
nak beli. Buah strawberri ini dipetik dari kebun mereka.
“Dik… buah strawberri
ni berapa sekilo?”
Suara seorang
lelaki membuatkan Aisyah dan Meon berpaling. Aisyah mengecilkan sedikit anak
matanya. Baru semalam dia dihidangkan dengan wajah yang tak lokek dengan
senyuman itu. Hari ini ketemu lagi. Memang sesuatu yang tak disangka. Dan jika
lelaki ini ada… tentulah ‘Tengku Harimau’ itu pun ada sekali.
Tekaan Aisyah
mengena tepat. Ketika dia melarikan pandangan ke sebelah kanan Tengku Haziq,
matanya disajikan dengan wajah kelat Tengku Iskandar.
‘Hisy… dia ni! Tak tahu nak senyum
agaknya. Asyik nak mencuka aje.’ Hatinya mengomen.
“Aisyah?!”
“Tengku Haziq!
Buat apa dekat sini?” Aisyah bangun dari duduk dan melangkah ke depan gerai
buah milik keluarganya.
“Soalan bodoh!
Datang sini mestilah nak beli buah. Takkan nak beli buku pulak.” belum sempat soalan Aisyah dijawab, Tengku Iskandar
terlebih dahulu menjawab. Sinis dan pedas jawapannya.
Mencerlung
tajam mata Tengku Haziq pandang Tengku Iskandar. Tak bolehkah nak cakap
elok-elok? Sesuka hati saja cakap begitu. Entah sampai bilalah sikap sombong
abang sepupunya yang seorang ini akan hilang? Dia sendiri dah semakin rimas.
Dua kali lima saja dengan perangai Puteri Waiduri. Tapi bila Tengku Mummy nak jodohkan dengan gadis kota
itu, tak nak pulak. Tahu pula dia
gelabah.
Jawapan Tengku
Iskandar itu mengecilkan hati Aisyah. Sedarlah dia ini tak punya pelajaran
tinggi. Setakat SPM saja tapi janganlah beri jawapan begitu. Beginikah perangai
orang bijaksana? Suka memandang rendah pada orang-orang sepertinya.
“Teringin nak
makan buah strawberri, tu yang datang singgah. Tak sangka pula awak kerja dekat
sini. Eh… pandai-pandai saja saya ni kata awak kerja kat sini. Entah-entah ini
gerai awak tak?”
“Eh… tak.
Memang saya kerja aje dekat sini.” Jawab Aisyah menidakkan tekaan Tengku Haziq.
Biarlah orang lain tak tahu gerai buah ini adalah gerai peninggalan arwah abah
dan emaknya. Biarlah dia hanya dianggap kuli saja di gerai buah sederhana besar
ini.
Meon yang masih
memasukkan buah-buah strawberri ke dalam polistren
hanya menggeleng-geleng kepala mendengar kata-kata Aisyah. Aisyah memang
begitu. Tak mengaku gerai ini adalah miliknya yang ditinggalkan arwah Encik
Latiff dan Puan Ainon. Dia lebih senang mengakui dirinya adalah pekerja di
sini. Pasal itulah Puan Ainin berkuasa penuh di gerai ini. Bukan gerai ini
saja, malah kebun buah strawberri itu pun Aisyah juga yang punya tetapi yang
memungut hasilnya setiap bulan pastinya Puan Ainin yang tak tahu malu itu.
“Ziq, cepatlah!
Kau ni nak beli buah ke nak jual ayat?” sindir Tengku Iskandar yang sudah mula
kurang senang bila Tengku Haziq beramah mesra dengan gadis kampung itu. Dia tak
betah nak berlama di situ.
Merah padam
wajah Tengku Haziq jadinya. Segan bila Tengku Iskandar berkata begitu depan
Aisyah.
“Bagi saya
strawberri ni sekilo.” Minta Tengku Haziq.
Aisyah
mengangguk. Dia memasukkan buah-buah strawberri yang merah ranum ke dalam bakul
dan menimbangnya. Diberi lebih daripada yang diminta. Inilah yang dia lakukan
setiap hari. Bersedekah pada pelanggan-pelanggan yang datang membeli di gerai
ini.
“Ini buahnya.”
Bakul plastik
warna putih bertukar tangan.
“Berapa?” tanya
Tengku Haziq sambil mengeluarkan dompet dari poket belakang seluar yang
dipakai.
Aisyah
menggeleng. “Tak payah. Saya belanja.”
“Eh… mana boleh
macam tu. Awak pun kerja jugak dekat
sini. Nanti majikan awak potong gaji awak pulak.
Cakaplah berapa harganya.”
“Takpe. Saya ikhlas belanja Tengku Haziq.
Lagipun semalam tengku dah tolong bayar kos rawatan dan ubat-ubatan saya.”
“Semalam tu
memang salah kami pun. Memang patut saya tanggung semuanya. Awak janganlah
jadikan hal semalam sebagai balasan untuk hari ni pulak.”
Sekali lagi
Aisyah menggeleng-geleng. “Saya bukan beri sebagai balasan untuk semalam. Saya
beri ikhlas.”
“Ziq!” Tengku
Iskandar yang sudah menunggu di dalam perut kenderaan memanggil nama Tengku
Haziq dengan keras. Sakit pula matanya melihat Tengku Haziq bersembang
lama-lama dengan gadis kampung itu.
Tengku Haziq
mengeluh. Segan hendak mengambil buah strawberri itu tanpa membayar.
“Ambillah
tengku. Saya ikhlas.” Ujar Aisyah penuh mengharap.
“Kalau awak dah
kata macam tu, saya tak boleh nak menolak. Pepatah ada kata, rezeki jangan
ditolak, musuh pula jangan dicari. Terima kasih Aisyah.”
Aisyah
mengangguk sambil tersenyum. “Sama-sama.”
“Saya pergi
dulu. Assalamualaikum.”
“Walaikumusalam.”
Setelah
kenderaan yang dipandu Tengku Iskandar meluncur laju meninggalkan kawasan gerai
tersebut, Meon datang meletakkan beberapa paket bungkusan buah strawberri yang
sudah dibungkus ke depan. Sedari tadi dia hanya jadi pendengar saja. Teringin
juga nak tahu siapa lelaki berdua itu. Nampaknya seperti Aisyah mengenali
mereka.
“Kak Aisyah
kenal mereka ke?”
Aisyah
mengangguk. “Ha’ah. Baru kenal
semalam.”
“Owh……. Patutlah Kak Aisyah boleh sembang
panjang dia lelaki kulit putih tu.” Panjang bunyi ‘O’ yang keluar dari mulut
Meon. “Tapi kan Kak Aisyah… lelaki yang sorang lagi tu sombong kan? Kasar aje
dia bercakap. Main lepas je.” Meon sambung mengomen. Kali ini komennya hanya
untuk Tengku Iskandar sahaja.
“Biarlah Meon.
Dia sekolah tinggi. Akak ni setakat tingkatan lima aje. Pasal tu kut dia kata
akak buat soalan bodoh.”
“Kak… Meon ne
lagi la. Setakat tingkatan dua lepas tu berhenti sekolah. Orang kata Meon malas
tapi hakikatnya dia orang tak tahu apa yang Meon lalui. Meon nak bantu mak. Nak
harapkan ayah, kami semua tahu ayah tak akan balik lagi pada kami. Ayah dah
senang kut sekarang ni duduk dekat Sarawak tu.” Kemudian Meon kembali semula ke
belakang. Menyambung kerjanya yang terbantut seketika.
Sayu rasa hati
Aisyah mendengar keluhan Meon. Dia tahu ayah Meon sudah dua tahun berpisah
dengan Mak Kiah. Ayah Meon ke Sarawak mengikut seorang janda kaya. Ditinggalkan
isteri dan anak-anaknya di Cameron Highlands ini tanpa rasa simpati.
Lelaki
begitulah. Jika sudah kemaruk dan mabuk dengan cinta, anak-anak dan isteri memang
dah tak ingat. Dalam kepala asyik memikirkan cinta baru. Sedangkan dia tak tahu
yang hidup susah bersamanya selama ini adalah si isteri pertama yang dinikahi.
Aisyah
memandang ke jalan raya. Toyota Harrier putih itu sudah lama menghilang. Namun
kata-kata yang dilemparkan Tengku Iskandar padanya sebentar tadi masih lagi
terngiang-ngiang di cuping telinga. Menambahkan lagi rasa rendah dirinya selama
ini yang segan dengan taraf pendidikannya yang sekadar berkelulusan SPM sahaja.
heeee, sengal punya Iskandar..
BalasPadamingat org yang kelulusan SPM tu tak pandai ke??..
nak sindir pun agak2 le..
mmg tg. iskandar ni sengal lya..akak rasa nak sekeh2 kepala dia..hehehee
PadamSmbng lagi best... Tapi x suka la mak su and fasha 2
BalasPadamterima kasih ya sebab suka..
Padamheheheee..saya pun tak suka jgk dgn mak su n fasha..
Dh rsa hangat ni,mne bab 7,,
BalasPadamXsbar nk baca,hehe...he
bab 7 dah ada..jom terjah
PadamBAB 13 MNA Dear?..best ...suka sangat2x...
BalasPadambab 13 coming soon...hehehee..
Padam