Bila lagu cinta
bergema
~10~
“HAI…”
Satu suara kedengaran menyapa dengan lembut lagi romantis.
Teguran
itu membuatkan Balkish mendongak. Mujur dia tak terjatuh dari kerusinya kala
melihat tuan punya suara yang sudah tersenyum dengan senyuman menggoda kalbu
itu. Iye la tu… menggoda kalbulah sangat! Hisy… apa pulak yang dia buat dekat
sini ni? Buat aku bad mood aje. Baru
hari pertama kerja, dia dah munculkan diri. Tak bolehkah dia ni biarkan hidup
aku senang sikit? Aduh… migraine
pulak aku tetiba.
“Encik
Harriz? Heee… Encik Harriz buat apa dekat sini?” Soal Balkish yang sudah mula
gusar dengan kehadiran mengejut Harriz itu. Cuti selama empat hari itu
membuatkan dia hampir lupa pada suara lelaki yang sering kali menganggu
hidupnya kini. Alahai… bala ni! Kalau aku ada magik… mahu rasanya aku hilang
diri saat ini jugak. Tak payah nak berdepan dengan lelaki yang tak pernah faham
bahasa ini. Kan aku dah reka cerita yang kulit aku ni tak boleh terkena
kelopak-kelopak bunga rose. Lagi nak bagi bunga dekat aku. Huhuhuuu… Entah
bahasa apa lagilah yang aku nak cakap dekat King
Of Crocodile ini supaya dia faham yang aku tak nak diganggu!
“Saje…
jumpa you. I dah lama tak jumpa you. Rindu sangat dekat you.” Harriz dengan
ramah bersuara. Kemudian dia menghulurkan sejambang bunga rose yang telah
digubah dengan begitu indah sekali. Diletakkan di atas meja Balkish.
Bulat
mata Balkish melihat Harriz dengan selamba meletakkan jambangan mawar itu di
atas mejanya. Aduh… lelaki ni betul-betul tak faham bahasa. Dia nak aku cakap
dalam bahasa Tamil baru nak mengerti agaknya. Tapi masalahnya, aku pulak yang
tak pandai nak berbahasa Tamil.
“Eh…
apa ni Encik Harriz? Saya kan dah kata yang saya ni arlegik dekat bunga. Saya tak nak bunga ni. Nanti kulit saya
gatal-gatal.” Ujar Balkish. Dia sebenarnya bukanlah arlegik pun dekat bunga.
Cuma yang buat dia jadi arlegik
dengan tiba-tiba tu sebab si pemberi bunga ni. Itu yang dia arlegik tu.
“Tapi
ini bunga plastic. Bukannya bunga
segar pun. I masih ingat yang you kata you arlegik dekat kelopak-kelopak bunga
segar. Pasal tu I belikan you bunga plastic
aje supaya kulit you tak terkena arlegik.
I harap you sudi menerimanya. Khas buat yang cantik manis” Ujar Harriz dengan
ayat jiwa-jiwa. Mana mungkin dia lupa yang kulit Balkish tak boleh terkena
kelopak bunga. Pasal itulah awal-awal lagi dia sudah menempah bunga rose
plastic untuk bidadarinya itu. Supaya kulit Balkish yang putih melepak dan
halus mulus itu tak terkena pada alahan.
Balkish
mengetap bibir. Hisy… nampaknya dia sudah tak boleh menolak lagi kali ini.
Takkan dia nak kasi alasan yang sama juga sedangkan bunga plastik tak membawa
sebarang kesan pun ke atas kulitnya. Mahu tak mahu kenalah dia terima dengan
hati yang sebal.
“Terima
kasihlah Encik Harriz.” Malas-malas Balkish berkata. Jambangan bunga yang
diberi oleh Harriz diletakkan sahaja di hadapan mejanya.
Suara
ketawa kecil Kak Norma dan Siti membuatkan Balkish mengerling ke arah
rakan-rakan sekerjanya itu. Amboi… bukan main suka lagi diorang ni. Kak Norma
pula siap angkat ibu jarinya memberi isyarat ‘baik’ kepada Balkish.
“Kasih
you dah lama I terima.” Spontan sahaja Harriz menjawab sambil mata langsung tak
mahu lari ke arah lain dari melihat wajah Balkish.
Sedar
wajahnya diperhatikan, Balkish buat-buat sibuk. Dia menyambung kembali
tugasannya yang tergendala sebentar tadi disebabkan Harriz. Tapi dia tak boleh
nak concentrate sebab ada sahaja mata
yang memandang tingkahnya itu. Cepatlah berambus oi. Tak selesa betullah ada
mata yang tengok-tengok ni. Gumam Balkish dalam hati.
“You
apa kabar? Sihat tak?” tanya Harriz kepada Balkish. Mata masih juga tertumpuh
pada raut wajah Balkish yang putih bersih. Cantik kulit muka gadis itu.
Langsung takde sebarang jerawat. Geram pula Harriz tengok.
“Alhamdulillah…
saya sihat. Terima kasihlah sebab Encik Harriz ambil berat tentang saya.”
Balkish sekadar berbasa-basi. Ikutkan rasa hati ni, malas sungguh dia hendak
melayan kerenah Harriz buaya jadian itu. Menyesakkan fikiran betul.
“I
memang sentiasa ambil berat pasal you. I tak boleh nak tengok you sakit atau
bersedih. Kalau boleh, biarlah you sentiasa sihat dan ceria. Baru senang hati I
ni.” Harriz bermadah-helah. Mahu membeli
hati dan jiwa gadis manis itu dengan kata-kata romantiknya yang lembut itu.
Balkish
cuba mengukir senyuman mendengar kata-kata Harriz itu. Sedangkan dalam hati
rasa nak termuntah sahaja dia dibuatnya. Loya semacam! Uwek!!
“Encik
Harriz datang ni nak jumpa Encik Fahmie ke? Kejap saya beritahu dengan Encik
Fahmie yang Encik Harriz dah sampai ye.”
Ujar Balkish yang sudah mahu menekan butang interkom. Dia sudah malas mahu
mendengar kata-kata memikat Harriz itu. Rasa hendak terkeluar segala isi dalam
lubang telinganya. Geli betul. Lagipun dia takut tahap kesabarannya akan pecah
akibat terlalu lama melayan kerenah Harriz. Sudahlah dia memang tak sukakan
Harriz ni.
“Eh
takpe. I datang bukan nak jumpa Abang
Mie. I nak jumpa you. Kalau Abang Mie tu… bila-bila masa pun I boleh jumpa
dia.” Halang Harriz.
Balkish
tersengih. Butang interkom tidak jadi ditekannya.
“Macam
mana cuti dekat kampung? Seronok?”
Husy…
banyak pulak tanya buaya jadian ni.
Balkish
sekadar menarik senyuma segaris. Kepalanya hanya dianggukkan bagi menjawab
pertanyaan Harriz.
“Bestnya you dapat balik kampung. Dulu
waktu atuk dan nenek I sebelah papa masih ada, kami pernah jugak balik ke
kampung papa di sebelah Perak. Tapi bila diorang dah takde, kami semua dah tak balik kampung lagi. Sambut raya pun dekat KL
ni aje. Lain kali I harap dapat ikut you balik ke kampung you. Tentu seronok,
kan?”
Eheh…
ni apa kes pulak nak ikut balik kampung aku ni? Ingat dia tu siapa nak
ikut-ikut aku pulak? Tak sedar diri betul King
Of Crocodile ini!
Balkish
malas hendak menjawab. Cuma bibirnya sahaja dipaksa untuk tersenyum manis.
Sedangkan jemarinya sibuk menaip kertas kerja yang Encik Fahmie berikan
kepadanya tadi.
“You
dah lunch ke? Jom kita keluar lunch.” Ajak Harriz.
“Lunch?” soal Balkish. Buat-buat terkejut
sakan. Macam tak tahu aje makna lunch
dalam bahasa melayu adalah makan tengahari. Lagi mahu buat muka terkejut beruk
betina. Jemari yang tadi rancak menari pada keyboard komputer terhenti.
Harriz
mengangguk-angguk. Bibirnya masih lagi mekar dengan senyuman yang cukup manis.
Pelik betul. Tak kejangkah urat-urat sekitar rahang lelaki itu asyik tersenyum
begitu? Mungkin Harriz menyangka dengan tersenyum sebegitu hati Balkish akan
cair agaknya. Macam hati ramai gadis yang bisa cair disebabkan senyumannya itu.
“Sorry Encik Harriz. Saya banyak kerja
nak kena buat ni. Empat hari bercuti, kerja melambak-lambak. Lagipun waktu lunch lagi sejam. Lain kali aje ye.”
Macam biasa, Balkish pasti menolak. Mana mungkin dia akan keluar makan berdua
dengan lelaki playboy itu. Nanti tak pasal-pasal terlihat dek salah seorang
teman wanita Harriz, mampus dia dikerjakan. Kalau bukan sebab takut kelihatan
oleh salah seorang aweks Harriz pun memang dia tak pernah sudi hendak keluar
dengan lelaki itu.
“Alaaa…
kerja tu you boleh tangguh dulu. Nanti I bagitau Abang Mie yang I bawa you
keluar lunch. Tak jadi hallah.” Desak
Harriz.
Ketika
itu jugalah pintu bilik Pengurus Kewangan F&F Holding terbuka luas.
Terpacul wajah Fasha yang baru keluar dari bilik bosnya itu dengan wajah mencuka.
Ini tak lain tak bukan mesti kena cuci telinga. Pasal tu buat muka macam rojak
basi begitu. Pelik betul dengan Fasha sejak kebelakangan ini. Datang kerja
lewat. Balik kerja awal. Buat kerja salah. Dah tu rajin pula menghilangkan diri
time-time pejabat. Itu yang Encik
Fahmie panggil untuk memberi sedikit ceramah buat pekerja syeksyennya yang
seorang itu.
Sebelum
berlalu ke tempatnya, Fasha sempat juga mengerling Balkish dengan pandangan
yang menjengkelkan. Cemburu rasa hatinya bila rakan sepejabatnya itu sering
mendapat perhatian daripada lelaki kacak idaman ramai, Harriz Tan Sri Hamdan.
Dia yang lebih bergaya dan up to date
daripada Balkish ini langsung tak dipandang dek Encik Harriz.
“Hai…
Riz. Bila sampai?” Kedengaran suara Fahmie menegur. Membuatkan Harriz dan
Balkish menoleh dengan serentak. Lelaki berkemeja biru gelap itu baru keluar
dari biliknya selepas memberi ceramah free
pada Fasha. Sakit kepalanya bila ada stafnya yang tak memberi perhatian
terhadap kerja.
“Baru
aje.” Balas Harriz pendek.
“Buat
apa dekat sini? Kenapa tak masuk dalam bilik Abang Mie?” soal Fahmie lagi.
Harriz ni tak lain tak bukan mesti tengah mengacau Balkish. Tengok dari muka
Balkish yang tersenyum paksa itu pun dah dia tahu. Hurmmm… entah sampai bilalah
Harriz ni nak menganggu Balkish agaknya? Ini lagi seorang yang buat dia pening.
Harriz Tan Sri Hamdan. Bertuah punya adik ipar!
“Riz
cadang nak ajak Balkish keluar lunch.
Tapi dia kata banyak kerja nak disiapkan. Ermmm… boleh tak Riz pinjam P.A Abang
Mie ni kejap? Keluar lunch aje.”
Pinta Harriz pada Fahmie. Wajahnya sudah mintak simpati abang iparnya. Berharap
sangat agar Fahmie akan memberinya kebenaran untuk membawa Balkish keluar
makan.
Balkish
menggigit bibir bawahnya. Geram betul dia dengan Harriz ini. Berani pula buaya jadian
itu meminta kebenaran daripada Encik Fahmie hari ini. Aduh… janganlah Encik
Fahmie benarkan. Aku tak nak keluar makan dengan si buaya ni. Hati Balkish mula
berdebar-debar menanti jawapan daripada bosnya.
Fahmie
mengerling jam tangannya. Baru pukul 12.05 minit tengahari. Biasanya waktu
rehat bermula pukul 1.00.
“Bolehlah
Abang Mie. Kejap aje okey? Janganlah kemut sangat dekat adik ipar sendiri.”
Pujuk Harriz. Bahu abang iparnya itu dipeluk.
Fahmie
menggeleng-geleng. Harriz ni selagi tak diberi apa yang diingininya, selagi itulah
dia nak memujuk. Tengok tu, muka dah mintak simpati separuh nyawa aje Fahmie
tengok..
“Okey.
Abang benarkan. Tapi Riz kena hantar Balkish sebelum jam dua petang. Sebab
Abang Mie ada kerja nak mintak tolong buat dengan Balkish tu. Boleh?” Akhirnya
Fahmie memberi kebenaran.
“Okey,
set! Sebelum jam dua Riz pasti akan
hantar Balkish masuk ofis balik.” Harriz sudah bersuara riang. Bahu abang
iparnya ditepuk perlahan.
“Errr…
tapi Encik Fahmie. Saya masih ada kerja nak buat ni.” Balkish mula bersuara.
Terasa musnah hidupnya bila bosnya itu memberi keizinan untuk Harriz membawanya
keluar makan tengahari hari ini. Huhuhuuu… ini yang tak best kalau Encik Fahmie sudah ikut kehendak adik iparnya ini!
“Takpelah Balkish. Awak pergilah. Nanti
sebelah petang awak sambung balik kerja awak tu. Lagipun kesian kat adik ipar
saya ni. Dari dulu lagi nak keluar makan dengan awak. Nanti kempunan pula dia
tak merasa keluar makan tengahari bersama awak.” Dengan penuh diplomasi Fahmie
berkata-kata. Betul-betul menunjukkan dia seorang bos yang baik kepada
pekerja-pekerjanya.
Habis
siapa pulak yang nak kesiankan aku ni? Aku lagi kesian jika nak dibandingkan
dengan buaya jadian ni. Huhuhuuu…
“Baiklah
Encik Fahmie.” Rendah nada suara Balkish menjawab. Mana mungkin dia bisa
melanggar arahan yang diberikan oleh majikan yang baik seperti Fahmie. Mahu tak
mahu, dia kena jugalah pergi keluar makan tengahari bersama Harriz hari ini.
Betul-betul hari ini dalam sejarah.
Harriz
sudah tersengih panjang mendengar jawapan Balkish itu. Rasa tak sabar dia
hendak keluar berdua dengan Balkish. Hari ini memang hari bertuah untuknya.
“Come.” Ujarnya kepada Balkish ketika
gadis itu masih teragak-agak mahu bergerak.
Balkish
mengeluh. Dia akhirnya bangun dari tempat duduknya setelah mengambil beg dalam
kabinet. Ketika dia melalui meja rakan-rakan sekutunya, kelihatan senyuman
lebar pada bibir rakan-rakannya itu. Kak Norma pula siap beri pesanan khas lagi
untuknya. Geram betul!
“Ingat
Riz. Abang Mie bagi peluang dekat Riz untuk mengenali Balkish. Tapi Riz jangan
buat yang tak senonoh pulak tau.” Pesan Fahmie kepada adik iparnya dalam nada
yang perlahan.
“Don’t worrylah Abang Mie. Riz tak akan
buat yang tak baik dekat Kish. Riz pergi dulu ye. Thanks bro.” bahu Fahmie ditepuk perlahan.
“Have a nice day, Encik Harriz. Good luck.”
Ucap Kak Norma kepada Harriz ketika lelaki itu melalui mejanya. Lina, Siti dan
Suzila pula sudah mengekek ketawa kesukaan. Over
pula minah-minah ni.
Harriz
mengangguk sambil menaikkan ibu jarinya. Matanya dikenyit nakal ke arah empat
wanita manis itu sebelum satu fly kiss
diterbangkan buat Kak Norma, Lina, Siti dan Suzila. Huh… memang dasar buaya
jadian betul si Harriz ni. Yang Kak Norma, Lina, Siti dan Suzila pun dua kali
lima jugak. Bukan kain suka lagi diorang ketawa. Langsung tidak menghiraukan
Balkish yang sedang diamuk rasa amarah dalam diam.
Rasa
nak cekik aje leher Harriz ini! Biar sesak nafas. Keluh Balkish dalam hati.
******************************************************************************
BALKISH
rasa kekok diperhatikan sebegitu. Hingga nak suap nasi ke dalam mulut pun dia
jadi ragu-ragu. Mana tidaknya, mata Harriz langsung tak berkalih ke arah lain
daripada memandang wajahnya. Macamlah wajahnya itu sebuah pameran untuk
diperhatikan seasyik itu.
Hisy…
ini yang aku lemah ni. Bisik hati kecil Balkish.
“Errr… Encik Harriz tak nak makan ke?
Kenyang ke asyik dok tengok muka saya ni aje?” sinis Balkish menyindir. Geram
betul dia bila Harriz tak sudah-sudah mahu merenungnya. Kata nak ajak keluar
makan. Ini bukan makan lagi gayanya kalau dah asyik merenung muka aku aje sejak
dari tadi. Buat aku pun rasa tak larat nak menelan walau sebutir nasi ke dalam
mulut.
Harriz
ketawa besar mendengar sindiran itu.
“Sorry. Asyik sangat tengok muka you
sampai I tak lalu nak makan. You cantik sangat hari ni Balkish. Warna baju
kurung merah yang you pakai ni cukup sesuai dengan kulit you yang putih melepak
tu.” Akui Harriz.
Balkish
menggigit bibirnya lagi. Entah sudah kali ke berapa dia asyik menggigit
bibirnya untuk hari ini sahaja. Rasa boleh luka bibirnya itu akibat asyik
digigit dari tadi. Ini semua Harriz punya pasal. Dalam hati dia sudah mengajuk
percakapan Harriz yang memujinya itu. Dasar lelaki yang suka membeli jiwa.
Memang ringan mulut sangat memuji.
“Kecantikan
manusia ni hanya sementara aje, Encik Harriz. Bila-bila masa aje ALLAH boleh
menarik balik kecantikan yang dia berikan kepada hambanya. Sebab tu kita tak
boleh taksub sangat pada kecantikan semata-mata.” Ungkai Balkish. Masih lagi
menyindir lelaki di hadapannya itu.
Harriz
ketawa lagi. Balkish ni bukan sahaja cantik, malah bijak orangnya. Ini yang
buat dia semakin sukakan Balkish. Selama ini dia jumpa ramai wanita cantik.
Suka dan kembang hati bila dipuji. Tapi hakikatnya wanita-wanita itu tak cukup
bijak hingga membolehkan dia jatuh cinta. Balkish wanita bijak yang buat dia
semakin ingin memiliki. Bukan sekadar mahu main-main. Tapi untuk dijadikan
teman hidup.
“You
bukan saja cantik, tapi you jugak bijak. Itu yang buat I semakin sukakan you.”
Puji Harriz lagi.
Balkish
menjulingkan mata ke atas. Hisy dia ni! Asyik nak puji aku aje. Tak sedarkah
yang aku sedang menyindir dia? Eiii… geram betul!
Tanpa
menghiraukan Harriz yang masih memandangnya itu, Balkish menyuap nasi ke dalam
mulut. Lantak kaulah wahai sang buaya jadian. Tengoklah muka aku ni puas-puas
kalau itu boleh buat kau kenyang. Aku dah malas nak layan. Makan lagi bagus
dari asyik melayan kau. Lagipun perut aku dah lapar tahap gaban ni.
“Harriz?”
tiba-tiba ada satu suara menegur.
Pantas
Harriz mendongak. Dia kenal benar dengan suara perempuan yang baru menegurnya
itu.
Begitu
juga dengan Balkish. Dia pun ikut sama mendongak ke arah suara wanita yang baru
sahaja menegur Harriz. Wanita bertubuh agak gempal dengan baju blause hijau
lumut itu memandang dia dengan Harriz silih berganti. Tak berkedip mata wanita
itu memandang ke arah mereka. Disamping wanita itu ada dua wanita muda yang
bergaya seksi. Masam aje muka kedua wanita muda ini. Dah macam muka orang baru
tertelan mangga muda pula.
“Eh…
mama? Buat apa dekat sini?” tanya Harriz pada mamanya. Dia bangun dari duduk.
Ternyata dia amat terperanjat dengan pertemuaan tidak diduga itu. Tak sangka
dia boleh terserempak dengan mamanya itu di Top Hat Restaurant hari ini.
Sudahlah tu, bersama Hanna dan Syarifah Ezora pula.
Hah…
ini sudah bagus. Tak payahlah aku nak main sembunyi-sembunyi lagi.
Air
muka Syarifah Ezora nyata berubah bila melihat Harriz yang duduk semeja bersama
seorang gadis bertudung bawal hitam. Rasa macam hendak menangis pun ada ketika
itu. Maklumlah… Harriz itukan lelaki idaman hatinya. Mana mungkin dia dapat
menerima hakikat bahawa Harriz yang dipujanya itu sedang keluar makan berdua
dengan perempuan lain selain daripada dirinya yang lagi menawam ini. Jika bukan
disebabkan dia control ayu depan Harriz dan Puan Sri Hanum, mahu digayangnya
perempuan bertudung itu. Baru puas rasa hatinya. Siapa suruh suka-suka keluar
dengan pakwe orang.
Warghhh!!!
Syarifah Ezora sudah meraung di dalam hati.
Eheh…
perasaan benar si Syarifah Ezora ini. Bila masa pula Harriz buat pengumuman
ambil kau jadi girlfriend dia? Kau tu aje yang terhegeh-hegeh. Tak malu! Perasan!
Ejek satu suara halus. Menyemarakkan lagi rasa geram Syarifah Ezora terhadap
gadis di hadapan Harriz itu.
“Singgah
makanlah. Harriz tu buat apa dekat sini? Takde kerja ke?” sarkastik Puan Sri
Hanum menjawab. Sambil itu dia juga sempat bertanyakan soalan kepada anak
bujangnya itu. Wanita yang duduk di hadapan Harriz dipandang sekilas lalu. Mungkinkah
ini wanita yang dimaksudkan Harriz kepadanya tempoh hari? Otaknya ligat
memikirkan kata-kata Harriz beberapa hari lalu.
“Kan
lunch time. Riz keluar makanlah, ma.
Takkan keluar shopping pulak kat Top Hat Restaurant ni.” Laju Harriz
menjawab sambil cuba bercanda. Kalau mamanya singgah ke sini untuk lunch, begitu juga dengan dirinya.
Harriz
sedar jelingan ekor mata mamanya yang sekejap-kejap melirik ke arah Balkish
itu. Tajam sungguh jelingan mama. Mengalahkan ketajaman sebilah pisau.
“Tadi
mama call bawa Harriz keluar makan
sama, tak nak pulak. Kata banyak kerja la. Ni… dapat pulak Harriz keluar lunch. Takde pulak kerja Harriz yang
melambak tu ye.” Sindir Puan Sri Hanum dalam nada geram. Tadi dia ada menelefon
anak bujangnya itu. Mengajak Harriz untuk keluar makan tengahari bersamanya
dengan Hanna dan Syarifah Ezora. Namun anak bujangnya itu menolak dengan
memberi alasan sibuk dengan urusan kerja. Inikah kerja yang dimaksudkan oleh
anaknya itu? Keluar dengan seorang perempuan? Hurmmm… nampaknya perangai Harriz
yang kaki perempuan itu langsung tak pernah nak berubah.
Balkish
yang hanya menjadi pendengar tidak berminat hendak menyampuk perbualan
anak-beranak itu. Dia lebih senang mengambil langkah berdiam diri. Lagipun dia
tak kenal pun siapa mereka ini. Cuma dia dapat mendengar dengan jelas Harriz
memanggil wanita di hadapannya itu dengan panggilan mama. Dua gadis manis
disebelah mama Harriz itu tidak pula diketahuinya. Cuma salah seorang daripada
wanita muda itu memiliki wajah yang hampir sama dengan Harriz dan mamanya.
Mungkin adik Harriz kut. Entahlah…
Sempat
juga Balkish menghadiahkan sebuah senyuman kepada dua wanita muda itu bila mata
mereka saling bertentangan. Tapi malangnya, senyumannya itu dibalas dengan
sebuah jelingan tajam pula. Membuatkan senyuman Balkish mati dengan tiba-tiba.
Eheh…
ni nak jeling-jeling aku apekehal?
Korek kang bijik mata tu. Sombong tak bertempat! Gumam Balkish bila dua wanita
seksi itu menunjukkan wajah sombong macam burung merak yang sedang
mengembangkan ekornya yang cantik itu. Lebih-lebih lagi wanita yang pakai baju
warna pink sebelah mama Harriz itu. Jeling bukan main lagi dia. Macam nak
terkeluar aje bijik mata tu!
Puan
Sri Ezora berpaling pula ke arah Balkish. Wajah Balkish dipandang lama. Siapa
agaknya perempuan ni? Girlfriend baru
Harriz ke? Tapi… sejak bila pulak Harriz suka perempuan bertudung? Bukan selama
ni girlfriend Harriz semua
seksi-seksi belaka ke? Banyak pula soalan yang menerpa minda Puan Sri Hanum.
Sedar
dirinya diperhatikan oleh Puan Sri Hanum, pantas Balkish mengukir senyuman.
Hendak salam, tapi dia tak berani pula. Mahu salamnya tak disambut oleh Puan
Sri itu, tak ke dia malu sendiri. Alaaa… senyum ajelah. Itu pun dah cukupkan?
Balkish berkata kepada diri sendiri.
“Awak
ni siapa? Girlfriend baru Harriz ke?”
Puan Sri Hanum bertanya dengan tiba-tiba. Hatinya benar-benar ingin tahu siapa
gerangan wanita itu. Tiada nada mesra pun pada lontaran vokalnya itu. Mendatar
bagaikan orang tak ada perasaan.
Terkejut
beruk betina Balkish mendengar pertanyaan spontan Puan Sri Hanum itu. Namun
belum sempat dia menjawab, Harriz terlebih dahulu menjawab soalan mamanya itu.
“Yupe! Inilah wanita yang Riz bagitahu
dekat mama tempoh hari. Dialah teman wanita Riz. Bakal isteri Riz dan bakal
menantu mama.” Beritahu Harriz dengan tenangnya. Langsung tidak menghiraukan
perasaan wanita-wanita di sekelilingnya ketika ini.
Bulat
mata Balkish mendengar jawapan Harriz yang bersahaja itu. Mulutnya sedikit
ternganga. Mujur tak ada Cik Lat. Jika tidak tentu dah masuk ke dalam mulut
dengan free.
Gila!
Ni apa kes pulak nak mengaku yang aku ni girlfriend
dia depan mama dia pulak? Aku belum pun iktiraf dia ni sebagai boyfriend. Dia pula-pula dah pepandai
nak naikkan taraf aku depan mama dia.
Rasa
mahu sahaja Balkish berlari keluar masa itu juga. Namun dia perlu tenangkan
hati. Tak eloklah orang ramai yang sedang menikmati makan tengahari di sana
lihat dia berlari keluar dari Top Hat Restaurant meninggalkan anak-beranak ini.
Ingat ini cerita filem Hindustan ke? Nak main lari-lari. Lepas tu kena kejar
dek sang hero. Huiii… tak nak dia jadi heroin Hindustan. Ingat dia Madhuri
Dixit? Kajol? Aiswarya Rai yang main lari-lari sebab cinta dihalang keluarga.
Eiii… tolong sikit!
Syarifah
Ezora sudah menggigit bibir. Matanya memandang tajam wajah Balkish. Rasa macam
nak ditampar sahaja muka wanita itu. Namun langkahnya yang selangkah itu
dihalang oleh Hanna.
“Sabar…
inikan tempat awam. Malulah orang tengok.” Bisik Hanna ke telinga Syarifah
Ezora yang sudah berapi marah. Hanna tahu, pasti sahabatnya itu susah hendak
menahan rasa sabarnya ketika ini. Ikutkan hati, dia pun macam itu juga.
“Owhhh… jadi inilah perempuan yang Harriz
maksudkan itu? Perempuan yang Harriz bangga-banggakan sampai sanggup tolak
pilihan mama.” Ujar Puan Sri Hanum.
“Ma…
please. Ini tempat awam. Riz tak nak
bincang hal tu dekat sini. Kita bincang dekat rumah, okey?” Ujar Harriz bila
melihat air muka mamanya yang sudah berubah kelat. Dia yakin perasaan amarah
sedang menguasai mamanya kini. Namun dia tak mahulah membincangkan hal itu di
situ. Depan orang ramai dan Balkish. Biarlah hal itu diselesaikan di rumah
mereka nanti.
Puan
Sri Hanum mengetap bibir. Mujurlah Harriz mengingatkan dia bahawa mereka kini
berada di tempat awam. Kalau tidak, sudah disumpah serananya wanita bertudung
di hadapan anaknya itu kerana berani rapat dengan anak bujangnya. Sakit benar
rasa hatinya.
“Jom
kita makan tempat lain. Mama takde selera makan kat sini.” Ujar mama kepada
Hanna dan Syarifah Ezora.
Sebelum
berlalu, sempat juga tiga wanita itu memberi jelingan tajam buat Balkish yang
masih terpanar mendengar kata-kata Harriz sebentar tadi. Selera makannya mati
dengan tiba-tiba.
“Apa
Encik Harriz dah buat ni? Kenapa Encik Harriz cakap saya ni girlfriend Encik Harriz depan mama Encik
Harriz tu. Hakikatnya kita tak ada apa-apa hubungan pun. Encik Harriz jangan
lupa… saya keluar lunch dengan Encik
Harriz ni pun sebab Encik Fahmie. Jadi tolong jaga sikit perangai Encik Harriz
tu. Jangan nak pandai-pandai kenalkan saya ni sebagai girlfriend Encik Harriz pulak. Saya tak suka.” Tegas dan keras nada
suara Balkish. Matanya mencerlung memandang wajah Harriz yang nampak
serba-salah itu.
“I’m sorry, Balkish. I tahu I salah sebab
cakap macam tu. Tapi percayalah cakap I. I ikhlas dengan apa yang I cakapkan
tadi. I serius nak jadikan you isteri I.” akui Harriz. Tenang dia mengucapkan
ayatnya itu. Dia mahu Balkish tahu dia bukan main-main. Dia serius dengan
kata-katanya.
Bertambah
bulat mata Balkish mendengar pengakuan berani mati lelaki itu.
“I think you’re crazy, Encik Harriz. Kita
baru keluar sekali. Saya tak suka Encik Harriz merepek yang bukan-bukan.”
Bentak Balkish. Saat ini timbul pula rasa menyesal kerana telah bersetuju
mengikut Harriz keluar makan tengahari. Tak pasal-pasal dia berdepan dengan
satu lagi masalah besar. Sudahlah masalahnya dengan ibu belum selesai. Sekarang
ni timbul satu lagi masalah baru.
“I
serius Balkish. I tak main-main. I mahu jadikan you isteri I yang sah. Sudi tak
you jadi suri dalam hidup I, Balkish?”
Balkish
terkedu. Lamaran jenis apa ni? Berkawan tidak, bercinta tidak… tiba-tiba sahaja
lelaki itu melamarnya. Gila! Memang kerja gila.
“Stop it, Encik Harriz! Jangan cakap yang
bukan-bukan lagi, boleh tak? Saya keluar dengan Encik Harriz bukan nak dengar
benda merepek macam ni. Sudahlah! Hantar saya balik ofis. Saya tak ada selera
nak makan.” Panas hati Balkish. Selera makan mati sebaik sahaja Harriz membuat
pengakuan bodoh di hadapan mamanya itu sebentar tadi. Malah lamaran mengejut
lelaki itu juga membuatkan dia jadi semakin kenyang.
“But… I’m serious.”
“Kalau
Encik Harriz tak nak hantar saya, takpe. Saya boleh balik sendiri naik teksi.”
Ugut Balkish. Wajahnya sudah masam mencuka. Hatinya benar-benar mendidih dengan
tindakan Harriz.
Sebelum
ini, biarpun dia tak sukakan Harriz, tapi dia tak pernah tarik muka masam
sebegini. Bercakap kasar pun tak pernah. Dia masih punya rasa hormat terhadap
lelaki bernama Harriz Tan Sri Hamdan itu.
Harriz
mengeluh. Terasa berat hatinya mahu menghantar gadis itu masuk semula ke ofis.
Namun demi mahu hati gadis itu sejuk, dia terpaksa juga mengalah.
“Okey.
I hantar you balik ofis.” Ujarnya mengalah.
Bila lagu cinta
bergema
~11~
Kau membuat ku berantakan
Kau membuat ku tak karuan
Kau membuat ku tak berdaya
Kau menolakku acuhkan diriku
Kau membuat ku tak karuan
Kau membuat ku tak berdaya
Kau menolakku acuhkan diriku
Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan
Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku
Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan
…………………………………
D’Masiv – Cinta Ini Membunuhku
“KISH…
pergilah jumpa Harriz tu. Kesian tau dia tunggu kau sejak dari tadi kat luar
tu. Janganlah kejam sangat buat macam ni.” Pujuk Ella lagi. Masuk kali ini
sudah tiga kali dia dan Aleya memujuk Balkish supaya keluar berjumpa dengan
Harriz. Namun sahabatnya itu buat tak layan sahaja. Malah buat-buat sibuk pula
membaca novel yang baru dibelinya itu.
Aleya
yang duduk di sebelah kanan birai katil hanya mengangguk-angguk seperti burung
belatuk. Biasanya kalau Harriz datang tak pernah pula Balkish sekeras ini. Tak
suka macam mana pun, Balkish pasti akan jumpa Harriz dengan perasaan yang
sebal. Tapi malam ini lain pula jadinya. Balkish langsung tak berganjak dari
katilnya ini. Macam kena gam aje punggung dia tu.
Balkish
berdecit. Novel Acik Lana bertajuk Maaf Jika Aku Tak Sempurna diletak atas
riba. Baru dua lembaran kertas yang dibacanya, dua minah kerek itu sudah datang
menganggu ketenteraman awamnya. Mencerlung matanya memandang wajah Aleya dan
Ella yang begitu setia duduk di birai katilnya itu dengan bibir yang
tersengih-sengih. Memujuk supaya dia jumpa dengan King Of Crocodile itu di luar sana. Geram betul dia bila Ella kata
dia kejam. Tapi Ella dengan Aleya tak tahu pula yang si buaya jadian itu
berganda-ganda lagi kejam dari aku! Sanggup buat cerita pasal aku! Ketuk kepala
tu kang.
“Yang
korang berdua ni sejak bila jadi orang suruhan King Of Crocodile tu nak pujuk-pujuk aku, hah? Dah aku kata tak nak
jumpa tu… tak naklah! Janganlah nak paksa-paksa aku pulak. Korang suruh aje dia
tu balik. Aku tak nak jumpa dia lagi.” Getus Balkish yang masih geram dengan
Harriz disebabkan perkara siang tadi. Suka-suka hati lelaki itu aje
memperkenalkan dia ni sebagai teman wanita depan ahli mama lelaki itu. Ingat
dia kembang hidungkah diperkenalkan sebagai gila friend Harriz buaya itu? Huh…
menyakitkan hati ada la!
Sudahlah
tu… Balkish paling tak suka tengok cara mama Harriz pandang dia. Macam dia ni
kemaruk sangat dekat anak Puan Sri yang Balkish tak tahu namanya itu. Menjeling
maut Puan Sri tu pandang Balkish.
Huh…
tolong sikit ye Puan Sri! Tak hingin aku dekat Harriz tu!!! Aku tak kemaruk pun
dekat dia. Bukan aku yang terhegeh-hegehkan Harriz tu, tapi Harriz yang terkejar-kejarkan
aku.
“Kita
orang ni bukannya apa. Kesian tengok Harriz tu hah. Dari tadi dok tunggu kau
kat kat luar tu. Dahlah sejuk kat luar tu malam ni. Kesian kita orang tengok
dia, Kish. Nanti terkena selsema pulak dia.” Ujar Ella dalam nada suara yang dilirihkan
menarik simpati Balkish. Aleya pula masih lagi terangguk-angguk.
“Ada
aku kisah? Lantak dialah nak kesejukan kat luar tu. Dia yang nak, kan? Aku dah
kata suruh dia balik. Tapi dia yang degil. Hah… suruhlah dia tunggu kat luar tu
sampai berkulat.” Balas Balkish masih lagi dalam nada marah-marah. Tahap
sabarnya sudah roboh akibat perangai Harriz yang suka-suka hati sahaja bagitau
dia ni bakal isterinya. Kalau betul takpe jugak. Ini tak betul sama sekali!
“Hisy…
tak baik tau Kish kau buat dia macam tu. Sejak bila kau tergolong dalam
golongan orang-orang yang kejam ni?” sekali lagi Ella menyebut perkataan kejam.
Samakan dengan Balkish.
“Kau…
sekali lagi cakap aku kejam, aku cili-cilikan mulut kau tu. Biar aku jadi kejam
betul-betul. Nak?” Ugut Balkish pada Ella. Renungannya tajam menikam wajah Ella
yang sudah pucat tak berdarah. Hah… tau takut!
Laju
Ella menggelengkan kepala. Mulutnya ditutup dengan kedua belah tangan. Aleya
juga buat aksi yang sama bila jelingan mata Balkish beralih pula kepadanya. Garang
betul Balkish malam ini. Macam Mak Lampir versi perempuan muda pula. Kecut
perut Aleya dan Ella dibuatnya.
“Dah…
dah… pergi bagitahu dekat King Of Crocadile
pujaan hati korang tu yang aku dah tidur. Aku malas nak layan dia punya merapu.
Menyakitkan hati tau, tak?!” Ujar Balkish sambil tangan diawang-awangkan
menghalau dua sahabatnya itu. Dia tak ada mood malam ini. Semuanya pasal
Harriz. Buat dia bad mood aje.
Aleya
dan Ella saling berpandangan. Nampaknya Balkish memang tak nak jumpa Harriz
malam ni.
“Yang
korang masih terpandang-pandang, terjeling-jeling ni kenapa? Dah… pergilah
bagitahu dia. Suruh dia balik. Kata aje aku dah tidur tak sedar diri. Nanti tak
pasal-pasal mati kesejukan pulak lelaki idaman hati korang tu kena embun malam
dekat luar tu lama-lama.” Sambung Balkish bila Aleya dan Ella masih belum
berganjak juga dari katilnya.
Aleya
dan Ella berpandangkan sesama sendiri lagi. Kemudian mereka berdua bangun dari
birai katil Balkish dan mula bergerak untuk melangkah.
“Apesal dengan Kish tu? Kejam semacam.”
Bisik Ella ke telinga Aleya sebelum mereka beredar dari bilik Balkish.
Aleya
hanya menjungkit bahu. Dia pun tak tahu macam mana Balkish boleh jadi sekejam
malam ini.
“Ehem…
jangan ingat aku tak dengar korang mengumpat aku dengan cakap aku ni kejam.
Nanti aku rejam korang berdua pulak. Baru korang tau kejam ke tak kejamnya aku
ni.” Perli Balkish. Matanya terpaku tepat kepada coretan novel yang baru
dibelinya dua hari lepas. Balkish ni boleh juga dikategorikan sebagai ‘Kaki Novel’.
Aleya
dan Ella berpandangan lagi. Hisy… pekak badak benarlah Kish ni. Punyalah halus
Ella berbisik ke telinga Aleya pun dia boleh dengar. Pantas dua minah kerek itu
beredar sebelum Balkish naik hangin sekali lagi. Mencicit mereka meninggalkan
Balkish seorang diri di situ.
Setelah
pintu bilik tertutup rapat, Balkish mengulum senyuman dibibir. Susah dia hendak
menahan tawa ketika melihat air muka Aleya dengan Ella yang berubah pucat bila
dia buat-buat marah tadi. Kalau dia toreh dengan pisau mudah dua minah itu,
pasti yang keluar adalah darah warna putih. Khakhakha… Balkish ketawa dalam
nada yang ditahan-tahan.
Padan
muka! Tulah… suka sangat paksa aku jumpa King
Of Crocodile itu. Kan sudah kena fire.
Heheheee…
Di
luar rumah sewa tiga dara pinggitan, kelihatan kelibat Harriz yang masih lagi
setia menanti kehadiran Balkish. Lelaki itu nampaknya sudah tidak sabar-sabar
lagi hendak bertemu dengan Balkish. Sejak siang tadi dia cuba mendapatkan
Balkish, namun tak berjaya. Nampaknya gadis itu begitu marah padanya setelah
dia dengan suka hati memperkenalkan Balkish sebagai teman wanitanya pada mama.
Dia
bukannya sengaja nak sakitkan hati Balkish dengan berkata begitu depan mama.
Spontan sahaja dia berkata sebegitu. Lagipun, dia memang serius pun hendak
menjadikan Balkish isterinya. Tak main-main punya. Kalau Balkish mahu dia
bersumpah dan junjung Al-Quran pun, dia sanggup. Dia benar-benar serius mahu
memperisterikan Balkish. Cuma… dia tahu tindakannya siang tadi tak kena pada
tempat dan masa yang sesuai. Sepatutnya dia kenalah pikat hati Balkish dulu
sebelum melamar gadis itu. Ini tidak… main terjah macam itu aje. Tak hairanlah
kalau Balkish naik angin satu badan. Itu pun mujur Balkish tak hempuk dia
dengan objek-objek keras. Huhuhuuu…
Kelibat
Aleya dan Ella kelihatan datang menghampiri.
“Mana
Balkish?” soal Harriz sambil menjengukkan kepalanya ke dalam. Mencari-cari
batang hidung mancung Balkish yang comel itu. Biasanya kalau Aleya dengan Ella
keluar dulu, Balkish pasti yang terakhir.
Aleya
dan Ella saling berpandangan sekali lagi. Malam ni aje sudah banyak kali dua
minah kerek ni saling berpandangan. Kalau berlainan jantina, sah diaorang dah
terjatuh chenta. Mana taknya, mata
bertentang mata tu.
“Sorry, you. Kish dah tidurlah. Kitaorang gerak banyak kali pun dia tak
bangun-bangun jugak. Kan Leya kan?” ujar Ella seraya mintak persetujuan Aleya
yang begitu setia berada disebelahnya.
“Ha’ah. Kish tu kalau tidur memang tak
sedar diri. Sampaikan bom meletup pun dia boleh tak bangun.” Balas Aleya pula.
Menyokong pembohongan yang baru Ella mulakan.
Amboi…
bersubahat betul dua sekawan ini. Sehati sejiwa diaorang bohong Harriz.
Harriz
melepaskan nafas lemah. Kecewa dia bila tidak berjaya bertemu dengan Balkish
malam ini untuk menerangkan kedudukan yang sebenar. Dia tak mahulah Balkish
salah faham akan dirinya.
Aleya
dan Ella berpandangan lagi. Simpati pula tengok muka Harriz ketika ini.
“You
baliklah dulu. Dah malam ni. Esok you jumpalah Kish balik. Kish bukan tak nak
jumpa you. Tapi dia dah tidur. Letih sangat agaknya.”
Harriz
sekadar mengangguk lemah mendengar kata-kata Ella itu. Dia yakin Balkish belum
tidur. Gadis itu pasti tidak mahu berjumpa dengannya.
“Okeylah.
I balik dulu. Thanks Ella, Aleya. Gud nite.”
Harriz
melangkah menuju ke BMW yang diparking luar pagar. Lemah sahaja langkahnya. Dia
masih lagi berharap agar Balkish sudi menemuinya. Namun harapannya hanya
tinggal harapan kosong. Balkish langsung tak keluar. Yang masih setia berdiri
di luar itu adalah Aleya dengan Ella. Harriz mengeluh.
Samsung
Galaxy Notenya dikeluarkan dari poket seluar slack yang dipakai. Kemudian dia
mula menaip.
‘I’m
sori… please 4give me. Gud nite Sweet Princess’
Kemudian
butang ‘send’ pun ditekan ke nombor
telefon telefon Balkish yang diminta daripada Kak Norma beberapa bulan lalu.
Biarpun dia tahu Balkish tak akan membalas masejnya itu, namun
sekurang-kurangnya dia tahu mesajnya telah sampai kepada Balkish.
Enjin
kereta dihidupkan. Selepas beberapa saat, Harriz pun menghilang meninggalkan
perkarangan rumah sewa milik Balkish bersama teman-temannya. Sebelum itu sempat
juga dia melambai tangan kepada Aleya dan Ella yang begitu setia di halaman
rumah.
“Kesian
Harriz tu, kan?” Kata Ella. Pertanyaan itu seolah-olah ditujukan kepada Aleya
yang masih berdiri di sebelahnya.
“Hurmmm… tak patut Kish buat hati lelaki hensem macam tu terluka.” Balas Aleya
pula.
Simpati
sungguh mereka melihat Harriz pergi dengan hati yang kecewa.
******************************************************************************
SEJAK dari
tadi Puan Sri Hanum tak senang duduk. Sekejap-kejap dia menjenguk ke luar
jendela. Menunggu kepulangan anak bujang yang telah membuatkan dia naik angin
satu badan hari ini. Kejadian siang tadi masih lagi membuatkan hatinya panas
membara sehingga ke malam ini. Sampaikan satu rumah ni kena sisa-sisa angin
putting beliungnya itu.
Puan
Sri Hanum menghenyak punggungnya yang berisi itu di atas sofa dengan wajah yang
masam mencuka. Tangannya disilangkan ke dada. Dia mengerling jam yang berukir
cantik di tepi dinding. Sudah pukul 11.45 minit malam. Namun batang hidung
Harriz tetap jugak belum kelihatan. Jangankan batang hidung, bayang-bayang anak
itu pun tidak kelihatan lagi.
Satu
dengusan kasar meniti keluar dari bibir Puan Sri Hanum.
“Kenapa
dengan awak ni Hanum oi? Sejak dari tadi saya tengok awak nampak gelisah aje.
Asyik terjenguk-jenguk. Siapa yang awak tunggu malam-malam begini?” tanya Tan
Sri Hamdan.
Sejak
dia pulang kerja petang tadi, dia dapat melihat sikap isterinya yang tak keruan
itu. Sudahlah tu… habis satu rumah ini kena dengan semburan api kemarahannya
itu. Sampaikan si Mahat pemandu keretanya itu juga kena marah tak pasal-pasal.
Kesian Mahat… terkebil-kebil matanya kena sembur dengan Puan Sri Hanum yang
hangin satu badan petang tadi.
“Saya
tengah tunggu anak bujang kesayangan abang ni. Dah pukul sebelas lebih masih
jugak tak balik-balik. Ini mesti keluar dengan perempuan tu!”
Berkerut
dahi Tan Sri Hamdan mendengar bebelan isterinya itu. Perempuan mana pulak
maksud isterinya ini? Setahu dia, anaknya itu sudah agak lama juga tidak keluar
berfoya-foya. Kerja di pejabat pun tidak lagi terbengkalai seperti dulu. Malah
dia juga ada bertanya kepada Zatul mengenai perangai anaknya sekarang.
Alhamdulillah… Zatul kata bos kecilnya itu sekarang sudah tidak seperti dulu
lagi. Kerja pun okey aje. Takde lagi masa mengular macam dulu-dulu. Kalau pun
Harriz keluar, cuma pergi ke F&F Holding untuk membincangkan urusan
perniagaan dengan Fahmie. Tak ada lagi komen negative mengenai anak bujangnya itu.
“Perangai
Harriz ni langsung tak pernah berubah! Saya dah bagi warning dekat dia, tapi dia masih lagi dengan perangai kaki
perempuan tu. Saya geram betul dengan Harriz ni, bang. Entah perangai siapalah
yang dia duplicate?” Luah Puan Sri
Hanum.
“Kenapa?
Apa lagi yang anak tu buat kali ni?” soal Tan Sri Hamdan ingin tahu.
“Abang
nak tau… siang tadi saya terserempak dengan Harriz bersama seorang perempuan
kat Top Hat Restaurant.” Beritahu
Puan Sri Hanum.
“Client kut.” Sampuk Tan Sri Hamdan
memotong percakapan isterinya.
“Client apa? Abang nak tau apa yang anak
bertuah abang tu bagitau saya? Perempuan tu teman wanita dia dan bakal menjadi
isteri dia. Geram betul saya! Boleh pulak dia kata macam tu dekat saya.”
Termuncung-muncung bibir Puan Sri Hanum meluahkan isi hatinya. Geram benar dia
nampaknya sampaikan jemarinya yang runcing itu mencubit-cubit kusyen kecil yang
berada atas riba. Mungkin dia beranggapan itu adalah peha Harriz yang
dicubit-cubitnya.
“Hah…
baguslah kalau Harriz cakap macam tu. Sekurangnya dia dah bersedia nak berumah
tangga dan serius dengan seorang wanita. Bukankah itu yang awak harapkan selama
ini? Supaya Harriz boleh setia pada seorang wanita dan mendirikan rumah
tangga?”
Puan
Sri Hanum mengetap bibir.
“Memanglah
saya mahu Harriz tu berkahwin. Ada rumah tangga. Ada isteri dan anak-anak. Tapi
bukan dengan perempuan yang saya tak kenal asal usulnya. Saya tahu sangat jenis
perempuan macam tu, bang. Mereka tu bukannya serius pun dekat Harriz tu. Tapi
lebih sukakan harta anak kita. Abang ingat saya tak tahukah taktik
perempuan-perempuan muda zaman sekarang ni. Saya ni bang… dah masak sangat
dengan perangai teman-teman wanita anak kita tu.”Tungkas Puan Sri Hanum.
“Lagipun
saya dah bercadang nak jodohkan Harriz dengan si Ezora tu. Abang tau tak?”
Sambungnya lagi. Suaminya dijeling penuh rasa geram.
Tan
Sri Hamdan menggeleng-geleng. Susah betul isterinya itu. Syarifah Ezora juga
yang menjadi pilihan hatinya. Entah apalah yang dilihat oleh isterinya itu pada
Syarifah Ezora sampai begitu sekali keinginan isterinya mahu bermenantukan anak
gadis Datuk Syed Rahman itu.
Bunyi
enjin kereta membuatkan kepala Puan Sri Hanum segera berpaling ke luar jendela.
Langsir warna biru laut itu di selak. Di luar sana kelihatan kereta BMW milik
Harriz sedang terparkir dalam garaj. Segera dia bangun dari duduknya dan
bergerak ke muka pintu.
“Harriz
dari mana ni? Dah lewat malam macam ni baru nak ingat balik rumah?” mukadimah
daripada Puan Sri Hanum kedengaran keras. Wajahnya juga masam mencuka menyambut
kepulangan anaknya itu.
“Riz
dari rumah Kak Nis la, ma.” Ujar Harriz lemah. Balik dari rumah Balkish, dia
terus singgah ke rumah Hanis. Meluahkan perasaannya pada kakaknya itu. Cuma
Hanis yang mengerti isi hatinya selain Hanni.
“Iye
la tu. Entah-entah Harriz baru balik dari rumah perempuan tu. Perempuan zaman sekarang
ni bukannya boleh percaya sangat. Nampak aje bertudung, berbaju kurung, tapi
perangai lagi teruk dari yang tak pakai tudung.” Sindir mama pedas.
“Ma…
please. Don’t say like that. Balkish bukan seperti perempuan yang mama
fikirkan. Balkish perempuan baik-baik, ma.” Tungkas Harriz akan tuduhan mamanya
itu. Dia tak nak mama beranggapan buruk terhadap Balkish.
“Why? Salahkah apa yang mama cakap pasal
perempuan yang Harriz bangga-banggakan itu? Tak semestinya dia bertudung, dia
tu baik.” Gumam Puan Sri Hanum.
Harriz
merengus. Malas nak melayan amarah mama. Diam lebih baik daripada dia bersuara
dan menjawab. Nanti dikata anak derhaka pula. Pantas dia ingin membuka
langkahnya kembali. Naik ke atas dan asuk ke dalam bilik beradu untuk
menenangkan diri. Lagipun dia kena fikirkan strategic yang baik untuk memujuk
Balkish supaya tak marahkan dia lagi. Tak seronoklah bila Balkish tak sudi nak
jumpa dia. Rasa macam tak meriah hidupnya ini.
“Tunggu
dulu, Harriz! Mama belum habis lagi dengan Harriz.” Halang Puan Sri Hanum.
“Apa
lagi ni, ma? Riz letihlah. Riz nak masuk dalam dan tidur.” Keluh Harriz bila
mama tidak mengizinkan dia untuk pergi.
“Harriz
kan dah tahu yang mama nak satukan Harriz dengan Ezora. Tapi Harriz masih
keluar dengan perempuan yang kita tak tahu latar belakang keturunannya. Harriz
langsung tak dengar cakap mama. Suka lawan cakap mama. Harriz nak jadi apa ni,
hah?” Bentak Puan Sri Hanum kasar.
“Harriz
bukan nak melawan cakap mama. Tapi Riz mahu mama faham… Riz tak sukakan
Syarifah Ezora. Riz cintakan Balkish dan cuma mahu berkahwin dengan Balkish
seorang. Cubalah mama faham sikit perasaan Riz ni. Riz tak boleh kahwin dengan
perempuan yang tak Riz cinta, ma. Riz dah besar. Riz dah ada pilihan sendiri.”
Bulat
mata Puan Sri Hanum mendengar kata-kata anaknya itu. Ikut rasa hati mahu
ditamparnya mulut Harriz yang cukup lancang menyuarakan keinginannya. Pandai
betul melawan. Ini pasal perempuan yang bernama Balkish itulah, bisik hati
kecil Puan Sri Hanum.
“Owh… jadi kalau Harriz dah besar, Harriz
bolehlah lawan cakap mama, ye? Tell me,
Harriz. Apa istimewanya perempuan tu berbanding dengan pilihan mama sampai
Harriz sanggup tolak Ezora?”
Suara
Puan Sri Hanum yang sudah melengking tinggi itu membuatkan Tan Sri Hamdan yang
duduk membaca majalah berkaitan dengan dunia perniagaan di ruang tamu kedua
bangun dari duduknya. Laju Tan Sri Hamdan melangkah mendapatkan dua beranak
yang sedang bertegang urat itu. Mulanya dia malas hendak masuk campur. Namun
lontaran vokal si isteri yang sudah menggunakan key paling tinggi itu
memaksanya untuk meninggalkan bacaan berkaitan dengan dunia perniagaan yang
paling digemarinya.
Harriz
menarik senyuman segaris. Membuatkan hati Puan Sri Hanum mendidih melihat
senyuman yang dirasakan menyindirnya itu.
“Balkish
dengan Ezora bagai langit dengan bumi. Ezora tak dapat menandingi Balkish, ma.
Balkish ada keistimewaannya yang bisa menarik hati Riz untuk jatuh cinta
kepadanya.” Yakin Harriz menuturkannya.
Puan
Sri Hanum mengetap bibir. Geramnya kini berlipat kali ganda setelah mendengar
kata-kata Harriz yang penuh keyakinan itu.
“Okey! We well see, Harriz Tan Sri
Hamdan. Benar atau pun tidak Ezora tak dapat menandingi perempuan yang Harriz
bangga-banggakan tu. Mama yakin sangat perempuan macam tu bukannya serius
sukakan Harriz tapi sekadar sukakan harta Harriz aje. Harriz akan menyesal
sebab tak ikut cakap mama.” Yakin sekali Puan Sri Hanum berkata.
Dengan
dengusan kasar, Puan Sri Hanum melangkah naik ke tingkat atas. Menuju ke bilik
beradunya yang terletak di tingkat tiga. Hatinya benar-benar panas dengan sikap
degil anak bujangnya itu. Semakin dewasa semakin tak dengar cakap!
Harriz
mengeluh. Susah benar bila mama tak nak bertolak ansur lagi dengannya. Nak ikut
kehendak mama sahaja. Sikit-sikit Syarifah Ezora. Fed-up betul!
“Dahlah
tu. Tak baik Riz lawan cakap mama. Mama Riz tu bukannya apa, dia tak nak Riz
terperangkap dengan perempuan-perempuan yang hanya nak ambil kesempatan
terhadap Riz. Itu aje.” Tan Sri Hamdan menghampiri anak bujangnya yang
kelihatan tak berpuas hati dengan tindakan isterinya itu.
“Tapi
Balkish bukan macam yang mama tuduh , pa. Balkish tak sama dengan
perempuan-perempuan lain yang hanya mahukan harta Riz. Balkish ni lain.” Harriz
masih mahu menangkan Balkish. Tak adil rasanya jika mama dan papanya menyamakan
Balkish dengan bekas teman-teman wanitanya yang bermata duitan selama ini.
“Papa
harap apa yang Riz katakan pasal teman wanita Riz ni betul. Papa bukannya apa…
tak suka Riz terjebak dengan perempuan yang bukan-bukan. Selama ni papa tak
larang pun Riz nak kawan dengan siapa. Tapi carilah yang elok sikit. Kalau Riz
rasa perempuan tu yang terbaik buat Riz, ajak dia kahwin. Kan bagus macam tu.
Menghalalkan sesuatu hubungan Tak akan ada sesiapa lagi nak cakap yang
bukan-bukan pasal Riz. Pasal mama, Riz tak perlu risau. Papa yakin mama pasti
dapat merestui hubungan Riz tu kalau benar wanita yang Riz katakan itu
benar-benar lebih baik dari Syarifah Ezora. Buktikan dekat mama.” Nasihat papa.
Sebelum dia berlalu naik untuk melihat keadaan isterinya yang sedang marah itu,
bahu anak bujangnya itu ditepuk perlahan.
“Thanks, pa.” ucap Harriz lemah.
Antara
papa dengan mama, papa lebih bersikap terbuka dan mudah bertolak ansur. Bukan
macam mama yang hanya mahu orang mengikut kehendaknya sahaja. Pasal itulah di
rumah ini mama digelar sebagai Mem besar sebab mama ibarat ketua keluarga.
Harriz
melangkah malas menuju ke arah sofa. Tubuhnya dihempas perlahan. Wajahnya
diraup. Dia benci bila keadaan jadi seperti ini. Lagi menyerabutkan fikirannya
bila Balkish tak mahu melayan dia lagi. Nampaknya Balkish benar-benar marah
kali ini. Dia kena bertindak dengan cepat. Tak boleh nak biarkan Balkish terus
marah dengan tindakannya tadi. Tapi apa yang dia katakana tadi sesuatu yang
benar. Dia ikhlas mahu memperisterikan Balkish Binti Borhan.
Bila lagu cinta
bergema
~12~
MASUK
hari ini sahaja sudah dua hari suku Balkish menarik muka masam mencuka.
Sampaikan Kak Norma, Lina, Siti dan Suzila tak berani nak tegur. Takut kalau
tersalah tegur, buruk pula padahnya. Jadi jalan terbaik adalah dengan berdiam
diri. Biarkan sahaja emosi Balkish stabil dahulu. Baru mereka memberanikan
untuk bertanya. Lagipun jarang benar mereka lihat Balkish masam sebegini. Kalau
takat masam-masam manja tu memang selalulah nampak. Entah-entah datang bulan,
kut. Pasal itu monyok aje wajahnya memanjang.
Di
rumah sewa pun keadaan Balkish tetap sama. Tiada senyuman menghiasi bibirnya
yang mungil itu. Asyik tarik muncung seperti Daisy Duck sahaja. Aleya dan Ella pun tak berani nak tegur. Takut
kena fire lagi dengan api kemarahan
Balkish yang tak surut-surut itu. Alamatnya, dua minah tingtong itu juga
mendiamkan diri sama seperti gangs Balkish dekat F&F Holding.
“Kish,
turun bawah jap. Ada orang nak jumpa kau ni.” tiba-tiba suara Kak Nora si
Pegawai Khidmat Pelanggan di lobi F&F Holding kedengaran melalui interkom.
Balkish
yang sibuk menaip mengerut kening. Siapa pula yang hendak berjumpa dengannya?
Harriz? Tiba-tiba nama buaya jadian yang buat dia bermasam muka selama tiga
hari ini terlintas dalam fikiran.
Tak
mungkinlah! Mustahil King Of Crocodile
itu yang datang. Biasanya kalau buaya jadian itu datang mana reti nak suruh Kak
Nora interkom tolong panggilkan aku untuk turun ke bawah. Dia tu biasanya main
rempuh aje masuk ke ofis ni. Maklumlah… mentang-mentang dia tu adik ipar
kesayangan bos, ikut suka hati dia aje keluar masuk ofis ni macam ofis sendiri.
Ni dah dua hari dia tak datang menganggu hidup aku lagi sejak peristiwa lunch
tempoh hari. Call atau sms pun tidak. Aman dunia aku. Mintak-mintaklah dia tak
ganggu hidup aku lagi buat selamanya. Ada juga kebaikan aku marah dia tempoh
hari. Terus senyap tak berani nak ganggu aku lagi. Kalau aku tau macam tu… dah
lama aku sembur si King Of Crocodile
tu. Siapa suruh gatal-gatal bagitahu mama dia yang aku ni girlfriend dia? Huh…
tak hingin aku nak jadi gila friend dia tu. Simpang malaikat 44 lalu.
Nauzubilah minzalik.
“Kish,
dengar tak akak cakap ni?” Suara Kak Nora kedengaran lagi. Lantang betul suara
kakak yang seorang itu. Macam marah aje sebab Balkish tak memberikan kata putus
samada mahu turun atau pun tidak. Diam membisu macam orang dah tak tahu nak
bercakap.
Balkish
tersentak dari lamunan sesaatnya itu. Saat macam ni sempat juga dia layan
lamunan terhenti. Tintong jugak Balkish ni. Pantas bibirnya menarik sengih.
“Hah…
ya… ya… Kish dengarlah Kak Nora. Siapa?” tanya Balkish. Dia pasti orang yang
dimaksudkan oleh Kak Nora itu pasti bukan Harriz.
“Entahlah…
akak pun tak kenal. Tapi orang dia hensem. Heheheee…” dihujung katanya Kak Nora
ketawa suka. Nadanya juga diperlahankan seolah berbisik.
Amboi
Kak Nora ni. Pantang jumpa lelaki kacak sikit mesti dia suka. Kak Nora ni
memang satu spesis dengan Aleya dan Ella. Boleh jadi geng!
Dahi
Balkish berkerut-kerut. Nampaknya orang yang dimaksudkan seorang lelaki.
Hurmmm… siapa agaknya, ya?
“Cepatlah
turun bawah, Kish. Kesian kawan Kish ni tunggu lama-lama.” Ujar Kak Nora lagi.
“Okey.
Jap Kish turun.”
Balkish
segera menyarung high heels yang terletak bawah meja. Kalau di ofis biasanya
Balkish lebih selesa hanya dengan berselipar jepun. Lenguh kaki nak pakai
tinggi-tinggi. Cuma bila hendak berjumpa dengan bos atau keluar daripada Account Department sahaja baru dia
mengenakan high heelsnya.
Sampai
di bawah, Balkish mempercepatkan langkahnya mendapatkan Kak Nora yang sentiasa
berada di tempatnya. Ruangan sederhana besar yang menempatkan meja khas untuk
Pegawai Khidmat Pelanggan itu kelihatan begitu indah sekali susun aturnya. Hari
ini nampaknya Kak Nora bekerja seorang diri sahaja memandangkan rakan
setugasnya Nurzatul bercuti sakit.
Belum
sempat Balkish menuju ke arahnya, Kak Nora terlebih dahulu menunding jari ke
arah seorang lelaki yang duduk membelakang di ruangan menunggu. Balkish pula
melencongkan arahnya ke arah tetamunya yang sedang menunggu. Siapa pula ni?
Hati kecilnya tertanya-tanya akan gerangan lelaki berkemeja putih yang sedang
menantinya itu.
“Errr… maafkan saya. Encik nak jumpa saya
ke?” ujar Balkish. Hendak bagi salam, takut pula kalau-kalau orang tersebut
bukan muslim. Jadi itulah ayat mukadimah yang dia mampu berikan.
Pantas
lelaki yang sedang duduk membelakang itu bangun dan memusingkan tubuhnya.
“Assalammualaikum,
Kish.” Ucap lelaki itu.
Butang
mata Balkish kala dia terpandangkan wajah lelaki yang menunggunya itu. Macam
tak percaya lelaki itu berdiri di depannya. Apa dia buat dekat sini?
“Abang
Eid?” Nama itu bergema keluar.
Eidham
tersenyum nipis. Dia tahu Balkish pasti terkejut dengan kedatangannya itu.
“Berdosa
tau kalau tak sambut salam.” Ujar Eidham yang masih lagi tersenyum mesra.
“Walaikumsalam.”
Jawab Balkish. Dia bukannya sengaja tak nak menjawab salam yang Eidham berikan.
Tapi dia terkejut sampai tak mampu nak berkata-kata.
“Abang
Eid buat apa dekat sini? Kak Risya mana?” soal Balkish bertalu. Matanya
melingas mencari-cari kelibat Batrisya. Namun tiada.
“Kak
Risya kat kampung. Abang datang sorang aje. Kebetulan selama dua hari abang ada
kerja dekat KL, jadi abang ambil peluang ni untuk berjumpa dengan Kish.”
Beritahu Eidham.
Balkish
mengetap bibir.
“Jom
teman abang lunch. Kan dah masuk
waktu rehat.” Sambung Eidham.
“Errr… tapi…”
“Jomlah.
Takkan Kish dah tak sudi nak keluar dengan abang lagi.” Eidham meneruskan
ayatnya. Berharap sangat agar Balkish sudi keluar bersamanya hari ini sebelum
dia berangkat pulang ke JB awal pagi esok.
Balkish
masih berkira-kira. Antara mahu dengan tidak. Mahu bukan kerana dia masih
mengharapkan kasih lelaki itu. Tetapi mahu kerana dia perlu menjelaskan
perasaannya yang sebenar kepada Eidham. Supaya Eidham sudah tidak berharap
padanya lagi. Biarlah Eidham terus menyemai kasih bersama Batrisya. Itu yang
terbaik. Tidak kerana dia takut ada fitnah yang akan melanda. Keluar dengan
suami orang, tentu ada banyak preskriptif negetif yang diberikan oleh
masyarakat biarpun kita tak bersalah. Walaupun suami orang yang dimaksudkan itu
adalah abang iparnya sendiri, dia tidak mahu jadi bahan cerita orang.
Balkish
menghela nafas perlahan. Rasanya dia perlu keluar dengan Eidham. Ya! Dia perlu
memberitahu Eidham akan perasaannya kini. Dia berharap sangat agar lelaki itu
tidak lagi terus-menerus menganggunya dan seterusnya membuatkan ibu percaya
kepadanya yang dia tidak akan merampas kebahagian rumah tangga Batrisya.
“Okey.
Abang Eid tunggu kejap. Kish nak naik ambil beg.” Putus Balkish. Dia berlalu
semula untuk naik ke tingkat lima mengambil beg tangannya.
Eidham
pula dengan penuh kesabaran menanti ketibaan Balkish. Berbunga-bunga hatinya
bila Balkish memberi persetujuan untuk keluar makan tengahari bersama. Sudah
lama dia mengimpikan saat berdua-duaan dengan Balkish.
******************************************************************************
EIDHAM
memandang wajah Balkish. Suasana makan tengahari mereka kelihatan begitu dingin
sekali. Balkish tak banyak cakap. Apa yang ditanya oleh Eidham, itulah yang
dijawabnya. Langsung tak mesra macam dulu-dulu ketika mereka keluar makan
berdua.
Jus orange dicapai
lalu disedut perlahan. Dia sedar Eidham asyik mengerling ke arahnya. Cuma dia
sahaja buat-buat tak layan. Apa yang Eidham tanya, itulah yang dijawabnya. Bila
Eidham cuba membuka cerita lama, dia buat-buat tak dengar. Malas hendak
menjawab. Diam lagi baik. Lagipun tujuannya bersetuju untuk keluar makan
tengahari bersama Eidham bukan untuk mengenang kembali cerita lama yang sudah
dia buang jauh-jauh di tengah lautan. Tujuannya mahu menerangkan perasaannya
terhadap Eidham kini. Dia tak mahu Eidham terus-menerus memburu cintanya lagi.
Yang berlalu tu biarkanlah berlalu.
“Dah
lama kita tak duduk berdua macam ni, kan. Macam dulu. Kita selalu keluar makan
bersama sambil study. Kish kalau
makan… tak pernah nak habis. Mesti abang yang habiskan makanan Kish tu. Ingat
lagi tak?” ujar Eidham. Sengaja dia mengungkit kisah lalu mereka supaya Balkish
tahu dia masih lagi mengingati gadis manis itu.
Balkish
malas betul nak jawab. Dia hanya mendiamkan diri. Tak habis-habis lagi Eidham
nak mengungkit kisah lalu mereka. Bosan! Baginya kenangan itu sudah lama
berlalu dan tak perlu lagi dikenang-kenang.
Eidham
menghela nafas bila Balkish langsung tidak memberi sebarang respons terhadap
apa yang diperkatakannya. Dia tahu Balkish dengar, cuma Balkish sengaja tak nak
melayannya. Keras sungguh hati gadis itu.
“Kish…”
panggil Eidham panjang. Nadanya juga kedengaran lembut dan romantik.
Balkish
langsung tidak mendongak ketika Eidham memanggilnya dengan nada sebegitu. Dia
masih berpura-pura khusyuk menikmati nasi goreng kampung yang dipesannya.
Hatinya langsung tak memberi sebarang tindak balas dengan nada romantik Eidham
itu.
“Kish
masih marahkan abang lagi ke? Maafkan abang, Kish. Abang tahu abang bersalah
dekat Kish. Tak patut abang lukakan hati Kish. Maafkan abang. Abang benar-benar
menyesal. Sekarang ni baru abang sedar yang abang memang perlukan Kish dalam
hidup abang. Abang tak dapat nak lupakan Kish.” Ujar Eidham bersungguh.
Balkish
mengangkat wajah. Mencerlung matanya memandang wajah Eidham. Berani sungguh
Eidham berkata begitu dengan dia. Nampaknya apa yang dia katakan sewaktu di
kampung dulu langsung tak diendahkan oleh lelaki itu. Malah semakin berani pula
Eidham meluahkan apa yang dirasakannya kini.
Dalam
diam, Balkish mengutuk sikap Eidham itu. Eidham yang ada di depannya ini begitu
berbeza dengan Eidham yang dikenalinya dulu.
“Abang
Eid, boleh tak jangan cerita pasal tu lagi? Kish tak sukalah.” Ujar Balkish
dengan tegas.
“Maafkan
abang, Kish. Abang bukan suka-suka nak cerita pasal kita. Tapi abang tak dapat
nak halang kenangan lalu kita dari menerjah kotak fikiran abang. Kenangan
bersama Kish tak pernah abang lupakan. Terlalu banyak yang manis untuk
dikenang.”
Balkish
tersenyum sinis. Jijik dia mendengar bicara Eidham itu. Sudah beristeri, tapi
masih mengenangkan kenangan silam dengan wanita lain. Kalaulah Kak Risya tahu…
alangkah sedihnya hati kakak kesayangannya itu.
“Tapi
Kish dah lupakan semua kenangan tu. Kish harap sangat Abang Eid jugak lupakan
kenangan tu sama dengan Kish. Biarlah kenangan tu terkubur. Sekarang Abang Eid
milik Kak Risya. Kish tak nak jadi perosak rumah tangga kakak sendiri.”
“Abang
tahu, Kish. Tapi abang tak dapat nak lupakan Kish. Abang masih cintakan Kish.
Dan abang tahu tentu Kish juga masih cintakan abang.” Tak semena-mena Eidham
membuat kesimpulannya sendiri.
“Tidak
Abang Eid! Kish dah lama buang perasaan cinta Kish dekat Abang Eid. Abang Eid
salah faham.” Jelas Balkish.
Eidham
ketawa kecil. Dia yakin Balkish tentu sedang menipunya. Dia tahu Balkish masih
menyintainya macam dulu. Kalau Balkish mengaku, dia sanggup tinggalkan Batrisya
dan pergi jauh bersama Balkish meninggalkan tanah Malaysia ini. Biarlah dia
hidup berdua dengan Balkish.
“Mustahil
abang salah faham. Abang tahu Kish bohong abang sebab Kak Risya. Kish… bagilah
peluang untuk diri Kish. Abang tahu perasaan Kish terhadap abang masih sama
macam dulu. Jika tidak… takkan sampai sekarang Kish masih single. Abang yakin sangat Kish masih cintakan abang. Betul, kan?”
Naik
pula darah Balkish bila Eidham berkata begitu. Yakin tak bertempat sahaja
Eidham. Ingat dia masih belum punya teman lelaki sebab masih mengharapkan cinta
Eidhamkah? Tolonglah… dia sudah tidak mengharapkan apa-apa lagi pada Eidham.
Cintanya sudah lama mati. Harapannya cuma mahu Eidham tidak mempersiakan cinta
Batrisya. Itulah satu-satu harapannya pada Eidham. Menjaga dan menyintai
Batrisya hingga ke akhir hayat.
“Siapa
kata Kish takde teman lelaki? Dari mana Abang Eid tahu?” soal Balkish dengan
nada geram.
Berubah
air muka Eidham mendengar pertanyaan Balkish itu. Takkanlah tekaannya meleset.
Takkanlah Balkish yang disayanginya itu sudah punya teman lelaki.
“Untuk
pengetahuan Abang Eid, Kish dah ada teman lelaki.” Bohong Balkish. Terpaksalah
dia buat bohong sunat demi mahu mengelak diri daripada Eidham.
“Abang
tak percaya. Abang tahu Kish sengaja cakap macam tu supaya abang jauhkan diri
dari Kish.”
“Terpulang.
Tapi untuk pengetahuan Abang Eid, Kish akan berkahwin dengan teman lelaki Kish
tu dalam masa terdekat ni.” Tambah Balkish lagi. Aduh… nampaknya bertambah lagi
dosanya hari ini kerana bercakap bohong.
Wajah
Eidham berubah lagi. Sukar untuk dia percaya kata-kata Balkish itu namun wajah
Balkish kelihatan serius ketika menuturkan ayat itu.
“Okeylah
Abang Eid. Masa rehat pun dah nak habis. Kish masuk ofis dulu. Assalammualaikum…”
Ujar Balkish. Dia bangun dari duduknya dan berpaling untuk melangkah keluar
dari restoren Hajah Kamariah yang terletak tak jauh dari bangunan F&F
Holding.
Tadi
Eidham ada menawarkan untuk makan di tempat yang jauh sedikit dari bangunan
pejabat Balkish. Namun Balkish menolak dan memberi cadangan untuk makan di
restoren Hajah Kamariah sahaja. Lagipun senang. Tak perlu nak naik kereta.
Jalan kaki tak sampai lima minit dah sampai.
Eidham
ikut bangun sama. Langkah Balkish disaingi. Hatinya tiba-tiba menjadi tak
keruan bila Balkish mengaku dirinya kini sudah berpunya.
“Siapa
nama lelaki tu?” soal Eidham tiba-tiba. Mematikan langkah Balkish yang baru
melangkah keluar dari ruang restoren Hajah Kamariah.
Tanpa
menoleh Balkish menjawab, “Harriz.”
Tak
sedar nama itu pula yang menjadi pilihannya. Adusss… macam mana nama itu pulak
yang jadi pilihan hati?!? Balkish… nampaknya kau memang cari masalah!
“Harriz? Who Harriz? Abang macam pernah
dengar nama tu.”
Balkish
mengetap bibir. Geram benar dia dengan Eidham.
“Dia
teman lelaki Kish. Dan kami merancang untuk berkahwin tak lama lagi. Puas?”
Ujar Balkish dalam nada geram. Langkahnya disambung semula. Dia tak nak
membuang masa bertekak dengan Eidham disebabkan seorang lagi lelaki yang boleh
membuatkan kepalanya bertambah migraine.
Eidham
menggeleng kepalanya berkali-kali. Spontan tanpa diduga dia menarik pergelangan
tangan Balkish. Menghalang langkah gadis itu.
Tersentak
Balkish bila Eidham berani bertindak sedemikian. Matanya mencerlung melihat
wajah Eidham yang sudah melepaskan genggamannya sebentar tadi.
“Kawal
sikit tindakan Abang Eid. Ingat Abang Eid… Kish ni adik ipar Abang Eid. Jangan
disebabkan tindakan Abang Eid ni Kish hilang rasa hormat dekat Abang Eid.”
Bentak Balkish.
“Abang
mintak maaf, Kish. Abang tak berniat pun nak buat macam tu. Cuma abang…”
“Kish
begitu sayangkan Kak Risya. Kish tak boleh tengok kakak menderita. Kish mahu
Abang Eid bahagiakan Kak Risya. Sekali Abang Eid lukakan hati Kak Risya, sejuta
kali Kish tak akan maafkan Abang Eid. Ingat Abang Eid, Kak Risya begitu
sayangkan Abang Eid. Jangan kecewakan Kak Risya dengan perangai Abang Eid ni.”
Ujar Balkish dengan tegas. Tanpa menoleh lagi dia kemudian berlalu meninggalkan
Eidham yang sudah dihambat rasa bersalah.
******************************************************************************
KLIK!
Klik! Klik!
Sudah
beberapa keping gambar yang berjaya ditangkapnya. Semua yang baik-baik belaka.
Bibirnya mengulum senyuman puas hati dengan melihat gambar-gambar itu. Tak
sabar dia nak menunjukkan gambar-gambar itu kepada tuannya untuk mengambil baki
upahnya yang masih tinggal separuh.
Pantas
telefon bimbit yang terletak atas dashboard kereta Kembara yang dipandu
dicapai. Nombor telefon seseorang didail. Dia perlukan memaklumkan kepada
tuannya yang kerjanya sudah selesai.
“Kerja
dah selesai. Esok saya hantar gambar-gambar ni dekat Puan. Jangan lupa baki
upah saya.” Kata Botak dengan lagak samsengnya. Kemudian butang merah ditekan.
“Senangnya
dapat duit. Buat kerja sikit macam ini pun dah boleh dapat seribu ringgit.
Heheheee… senang betul. Kalau hari-hari macam inikan bagus. Cepatlah aku jadi
kaya.” Botak berbicara sendirian macam orang mereng. Kemudian dia ketawa
terbahak-bahak. Ketawa orang jahat. Konon nak bagitahulah yang dia ni memang
penjahat yang sebenar.
Selepas
itu Kembaranya yang diparkir di bangunan F&F Holding sejak dari tadi
dipandu semula. Kerjanya sudah selesai. Dia perlu pulang dengan segera.
******************************************************************************
BALKISH
berpeluk tubuh merenung wajah kacak Harriz yang cukup membuatkan dia naik
geram. Rasa macam nak cekik-cekik aje leher lelaki itu. Biar mampus! Ingatkan,
dunianya akan aman untuk selama-lamanya sejak dia marah Harriz tempoh hari.
Rupanya dia silap. Lelaki itu memang jenis tak makan saman.
Malam
ini, boleh pula Harriz datang ke rumah sewa ini. Sudahlah tu… buat kacau pula.
Macam mana Balkish tak kata Harriz buat kacau kalau lelaki itu asyik
membunyikan hon keretanya sebab Balkish tak mau jumpa. Sampaikan ada jiran
tetangga yang menjenguk keluar melihat tingkah laku Harriz yang boleh disamakan
dengan lelaki gila talak itu. Buat bising aje!
Sampai
Aleya dengan Ella paksa Balkish bersungguh-sungguh untuk keluar berjumpa dengan
Harriz. Malu jiran tetangga tengok.
“Apa
lagi yang Encik Harriz mahu? Tak puas lagikah dengan apa yang Encik Harriz
cakap tempoh hari? Kenapa nak buat kecoh depan rumah saya hari ni? Kan saya dah
kata… saya tak nak jumpa Encik Harriz lagi. Encik Harriz tak faham bahasa ke?”
Kasar lontaran suara Balkish. Selama ini, biarpun dia geram tahap melampau
dekat Harriz, tak pernah walau sekali pun dia bercakap dengan nada kasar
seperti ini.
“I
mintak maaf, Balkish. I tau you masih marahkan I. Tapi you kena percaya cakap
I. I ikhlas sayangkan you. I benar-benar cintakan you.” Ujar Harriz. Meluahkan
isi hatinya. Lantaklah Balkish nak marah pun. Dia sudah tak peduli. Dia mahu
Balkish tahu yang dia begitu cintakan Balkish. Dia mahu menjadikan Balkish suri
dalam hidupnya.
Balkish
mendengus kasar.
“Encik
Harriz ni tak faham bahasa ke? Saya tak suka Encik Harriz. So tolong jangan
ganggu saya lagi. Selama ni… saya berlembut dengan Encik Harriz pun sebab saya
hormatkan Encik Harriz sebagai adik ipar bos saya. Jadi tolong ye… tolong jaga
sikit perangai Encik Harriz tu. Jangan sampai saya hilang rasa hormat dekat
Encik Harriz pulak.”
“Okey.
I tau. Tapi boleh tak you bagi I sekali peluang. I ikhlas Balkish. I nak kahwin
dengan you. I nak jadikan you isteri I.”
Bagai
nak terkeluar segala isi-isi dalam telinga Balkish mendengar kata-kata Harriz
itu.
“Eiii… tolonglah Encik Harriz. Jangan
cakap macam tu boleh tak? Macam mana saya nak kahwin dengan Encik Harriz
sedangkan saya tak cintakan Encik Harriz. Lagipun… mustahil untuk kita
berkahwin.”
“Tak
ada yang mustahil, Balkish. I benar-benar cintakan you. I nak kahwin dengan
you. Kalau you tak cintakan I… you boleh belajar untuk menyintai I. Kita kahwin
ye?” Harriz bagaikan sudah hilang kawalan. Beria-ia dia mengajak Balkish untuk
berkahwin. Memang tak masuk dek akal langsung.
Balkish
menggigit bibir bawah. Mahu sahaja ditamparnya lelaki itu. Bagi sedar sikit.
Jangan asyik nak bermimpi. Tiba-tiba mengajak dia kahwin. Ingat diaorang ni
pasangan yang sedang hangat bercinta ke nak kahwin-kahwin segala?!
“Balkish…”
panggil Harriz panjang. Mengharapkan persetujuan Balkish.
“Eiii…
saya tak taulah nak cakap apa lagi dengan Encik Harriz ni. Encik Harriz ni
memang dah sewel, tau tak? Tiba-tiba ajak orang kahwin. Saya tak suka Encik
Harriz. Faham?!” bentak Balkish. Dia sudah hilang sabar dengan perangai dan
tingkah laku King Of The Crocodile
itu yang semakin menyesakkan kepalanya. Sudahlah siang tadi dia berdepan dengan
Eidham yang tak tahu malu itu, sekarang ni kena pula berdepan dengan Harriz
yang tak faham bahasa. Memang tak masuk akal fikiran langsung nak mengajak dia
berkahwin. Huh!! Betul-betul menyakitkan hati.
“Balkish…
tolonglah. I benar-benar ikhlas nak kahwin dengan you ni.” Jerit Harriz bila
Balkish sudah masuk ke dalam rumah dengan muka yang masam mencuka.
Dengan
hati yang panas membara, daun pintu dihempas kuat. Lelaki itu betul-betul sudah
naik gila!
Aleya
dan Ella yang mengintai dari jendela segera mendapatkan Balkish. Terkejut juga
mereka melihat apa yang terjadi sebentar tadi. Malah mereka benar-benar tidak
menyangka Harriz boleh bertindak seperti itu. Macam orang tak betul aje
terjerit-jerit memanggil nama Balkish sambil membunyikan hon kereta di luar
sana tadi.
“Kish,
kenapa dengan Harriz tu?” soal Aleya dengan Ella serentak. Macam dah berjanji
aje yang mereka nak bagi soalan yang sama.
“Entah.
Gila!” hanya itu yang Balkish jawab. Kemudian dia melangkah masuk ke dalam
biliknya.
Aleya
dan Ella saling berpandangan. Kemudian mereka berlari semula ke arah jendela
bila melihat ada bunyi bising dan meriah di luar sana. Bagai hendak terkeluar
biji mata Aleya dengan Ella melihat Harriz. Entah apa lagi yang lelaki itu mahu
buat kali ini. Dengan beberapa budak-budak muda yang selalu lepak-lepak bermain
gitar di kawasan ini, Harriz mengadap rumah dengan penuh gaya seorang
superstar.
Kemudian…
petikan gitar pun dimulakan oleh Kudin selaku ketua budak-budak kaki lepak.
Berikan ku peluang terakhir sekali
lagi
Untuk membukti kasih sejujurnya di hati
Maafkan seandainya cintaku tidak sempurna
Kaulah insan pertama berpacaran dengan ku
Dan bersama ku mahu masa depan yang kukuh
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta
Luangkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik
Bukan dengan sengaja tidak cukup prihatin
Ku harap kau bersabar dan rasa lebih yakin
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta
Luangkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta
Luangkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta... ooo
Pencinta terbaik
Untuk membukti kasih sejujurnya di hati
Maafkan seandainya cintaku tidak sempurna
Kaulah insan pertama berpacaran dengan ku
Dan bersama ku mahu masa depan yang kukuh
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta
Luangkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik
Bukan dengan sengaja tidak cukup prihatin
Ku harap kau bersabar dan rasa lebih yakin
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta
Luangkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta
Luangkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta... ooo
Pencinta terbaik
Penuh
mendayu-dayu Harriz mendendangkan lagu kumpulan Sofazr, Pencinta Terbaik dalam
versi akustik. Walaupun suaranya tak sesedap vokalis kumpulan Sofazr, Aremeer,
namun persembahan penuh bergayanya itu tetap menarik ramai jiran tetangga untuk
melihat persembahan secara langsung dan percuma itu. Ada jugalah di antara
anak-anak dara jiran tetangga yang tangkap cintan mendengar Harriz menyanyi
dengan penuh irama itu. Tak kurang juga mak-mak anak dara yang sudah siap
pasang angan-angan hendak menjadikan Harriz sebagai menantu mereka. Heheheee…
seronoknya dapat menantu yang kacak dan pandai menyanyi macam Harriz.
Balkish
keluar dari bilik dengan wajah yang sudah naik berang. Sakit benar hatinya.
Harriz benar-benar sudah melampau. Boleh pula lelaki itu pakat ramai-ramai
dengan budak-budak yang selalu lepak dekat taman permainan tu membuat
pertunjukan live band dekat rumahnya.
Memang tak tau malu betul!!
Aleya
dengan Ella saling berpandangan. Mereka kemudian membuntuti langkah Balkish
yang sudah keluar rumah bagaikan Hulk
versi perempuan. Nampaknya rumah mereka malam ini menjadi tumpuan ramai bila
jiran tetangga sudah berkumpul depan rumah mendengar dendangan lagu yang Harriz
lagukan. Macam Harriz tu penyanyi popular pula.
Balkish
bercekak pinggang. Bukan main lagi Harriz menyanyi untuk merayu cintanya.
Betul-betul tak tau malu!
Melilau
mata Balkish mencari sesuatu untuk menghentikan persembahan percuma Harriz itu.
Kemudian dia terpandangkan baldi yang masih berisi air yang selalu Aleya
gunakan untuk menyiram pokok bunga di tepi pagar. Tanpa membuang masa, dia
mencapai baldi warna biru gelap itu. Sepantas kilat air yang masih berada dalam
baldi disiram ke arah Harriz yang masih asyik-masyuk menyanyi sepenuh hati. Dah
macam orang kena rasuk aje lelaki itu. Langsung tak tau malu.
Bushhhh!!!
Bunyi air disiram kedengaran jelas.
Serentak
itu suasana menjadi senyap. Budak-budak yang main gitar juga sudah berhenti
memetik tali-tali gitar mereka. Jiran tetangga yang menyaksikan persembahan
secara langsung itu juga sudah terkedu. Ada juga yang melopong. Masing-masing
memberi tumpuan kepada Balkish yang berwajah masam.
Tanpa
sepatah kata, Balkish kemudiannya meluru masuk ke dalam rumah semula.
Aleya
dan Ella benar-benar terkejut beruk betina. Sampai melopong mulut dua kawan itu
melihat Harriz yang basah lencun akibat disiram dengan air. Tak sangka Balkish
boleh berubah menjadi Hulk yang
begitu menakutkan.
“Dah…
dah… bersurai-bersurai. Persembahan dah tamat. Balik rumah masing-masing.” Ujar
Abang Nuar suami Kak Liza sambil bertepuk tangan. Menyuraikan majlis malam itu
yang tamat dengan penuh tragisnya.
Harriz
mengeluh. Tak disangka hati Balkish sekeras batu. Dengan baju yang basah
lencun, dia masuk ke dalam kereta.
Bila lagu cinta
bergema
~13~
Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
………………………………
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
………………………………
Stacy – Kisah Dongeng
SELESAI
menunaikan solat istikharah, Balkish melangkah malas menuju ke atas katil.
Tubuhnya dihempas perlahan. Sempat juga dia melirik ke arah jam lonceng yang
terletak elok di atas meja sisi yang sudah menunjukkan pukul 12.56 minit malam.
Padanlah suara Aleya dan Ella tak kedengaran lagi. Sudah lewat malam rupanya.
Tentu dua sahabat baiknya itu suda lena diulit mimpi-mimpi indah bertemu dengan
Prince Charming masing-masing.
Balkish
menghela nafas. Mata dia juga yang masih terkebil-kebil malam-malam begini.
Semua disebabkan pertemuan siang tadi dengan ibu. Dia benar-benar tak sangka
ibu sanggup datang ke KL semata-mata mahu berjumpa dengannya. Memang dia
terkejut sangat bila melihat kelibat ibu yang sedang menunggunya di lobi
F&F Holding. Sangkanya Eidham lagi yang datang. Namun bila sahaja Kak Nora
memberitahu ibunya datang dari kampung, terus dia terkedu.
Buat
apa ibu ke sini? Itulah soalan pertama yang berlegar di kepala otak Balkish
ketika itu.
Balkish
mengeluh lemah. Layar ingatannya kembali mengenangkan pertemuan dengan Hajah
Badariah siang tadi.
******************************************************************************
SUASANA
sunyi menghiasi pertemuan makan tengahari di antara Balkish dengan Hajah
Badariah. Tiada apa yang diperkatakan kecuali pandangan mata Hajah Badariah
yang tajam menikam wajah Balkish. Jika bukan disebabkan mereka berada di tempat
awam, mahu agaknya gadis itu dimaki hamun. Mendidih sungguh hatinya melihat
kepingan-kepingan gambar yang diberikan oleh Botak kepadanya tempoh hari.
Tiba-tiba
satu dengusan kasar meniti keluar dari mulut Hajah Badariah. Mencerlung matanya
memandang Balkish yang hanya membisu itu.
“Kish
dah fikir cadangan ibu?” soal Hajah Badariah dengan kasar.
Perlahan
Balkish angkat wajah. Lambat-lambat dia mengangguk. Takkan ibu datang sini nak
menuntut janji. Balkish masih belum bersedia nak berkahwin.
“Jadi
macam mana?” Hajah Badariah kembali menyoal.
“Maafkan
Kish, bu. Kish belum bersedia nak kahwin. Kish masih nak…”
“Nak
apa?” bulat mata Hajah Badariah memandang Balkish. Geram benar dia! Suaranya
juga sudah melengking tinggi. Langsung tidah menghiraukan beberapa pasang mata
yang mula memberi perhatian kepada mereka berdua.
Tersentak
Balkish mendengar suara ibunya yang sudah meninggi itu. Selama ini biarpun ibu
tak pernah melayannya dengan baik, namun ibu tak pernah meninggikan suara.
Inilah kali pertama dia mendengar suara ibu yang melengking tinggi itu.
“Kish
nak rosakkan rumah tangga Kak Risya? Nak tunggu Eidham? Macam tu ke?” bertalu
Hajah Badariah menghujani Balkish dengan soalan berupa tuduhan. Berombak
dadanya menahan rasa marah dalam dada. Jika bukan disebabkan dirinya dengan
Balkish mula menarik perhatian ramai, rasanya sudah lama tangannya sampai ke
pipi anak itu.
Laju
Balkish menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Tak,
bu. Bukan macam tu. Kish tak ada niat walau sebesar kuman pun nak rosakkan
rumah tangga Kak Risya. Ibu jangan salah faham.” Balkish ingin membela diri.
“Owh… tak berniat konon! Habis tu yang
ini apa?” pantas Hajah Badariah melontar sampul surat coklat itu di depan
Balkish.
Terpinga-pinga
Balkish dibuatnya. Perlahan-lahan dia mengambil sampul surat warna coklat itu
lalu dibuka isinya. Terkejut dia melihat isi di dalam sampul surat itu.
Beberapa keping gambarnya dengan Eidham sewaktu pertemuaan sehari lepas terpampang depan mata. Pandai
sungguh si jurugambar ini mengambil gambarnya bersama Eidham. Macam nampak real
pulak mereka berdua seolah-olah sedang keluar dating dan kelihatan begitu
mesra. Sedangkan hakikat sebenar bukan seperti yang tertera pada gambar-gambar
tersebut.
“Ibu…
ini bukan seperti yang ibu fikirkan.”
Hajah
Badariah menarik senyuman kelat.
“Iye
ke? Habis tu… untuk apa Eidham keluar berdua dengan Kish kalau bukan kamu
berdua nak berkasih-sayang? Nak lepaskan rindu dalam hati tu.” Tuduh Hajah
Badariah.
Balkish
beristigfar dalam hati. Sampai macam tu sekali penilaian ibu terhadapnya.
“Ingat,
Balkish. Ibu tak akan mengizinkan sama sekali Kish merosakkan rumah tangga
Batrisya.”
“Kish
tak akan rosakkan rumah tangga kakak, bu. Kish dah tak ada sebarang hubungan
lagi dengan Abang Eid. Percayalah, Kish bu.”
“Habis
tu yang dalam gambar tu apa? Masih nak menafikan?”
“Gambar
ni bukan seperti yang ibu sangkakan. Kish jumpa dengan Abang Eid sebab Abang
Eid…” Balkish mati kata-kata. Takkan nak bagitau ibu yang Eidham datang
berjumpa dengannya kerana mahu meluahkan isi hati. Husy… itu lagi masalah besar
kalau ibu tahu.
“Eidhan
jumpa Kish sebab apa?” soal Hajah Badariah dengan geram. Tangan disilangkan ke
dada.
Balkish
sudah mati akal untuk berbicara. Kepalanya ditundukkan memandang lantai. Kan
bagus kalau dia tak ikut Eidham keluar makan tengahari tempoh hari. Tak adalah
ibunya mengamuk macam ini.
“Mungkin
benar Kish sudah tidak sukakan Eidham lagi. Tapi Eidham? Dia akan terus
mengejar Kish selagi Kish tak mendirikan rumah tangga. Ibu tak nak Batrisya
terluka bila mendapat tahu suaminya menyintai adiknya sendiri. Selama ni Batrisya
begitu sayangkan Kish. Mesti dia akan kecewa bila dapat tahu hal ni.”
Hajah
Badariah menarik nafas. Wajah tiba-tiba berubah keruh. Dia tidak mahu nasib
yang menimpanya dua puluh tahun yang lalu berulang kembali kepada anak
perempuan kesayangannya itu. Jika boleh, dia mahu melihat Batrisya sentiasa
bahagia bersama Eidham.
“Selama
ni, ibu jaga dan besarkan Kish tanpa mintak apa-apa pun. Biarpun ibu tak pernah
nak layan Kish dengan mesra, namun ibu tak pernah mengabaikan sumber kewangan
dan pendidikan Kish. Ibu beri sama macam ibu bagi dekat Risya. Hari ini… ibu
mahu Kish balas jasa ibu itu. Ibu mahu Kish berkahwin demi kebahagian Batrisya.
Cuma itu sahaja jalan yang ada untuk Eidham lupakan Kish.” Mendatar suara Hajah
Badariah.
Tersentak
Balkish sekali lagi mendengar nada sayu ibunya itu.
“Tapi…”
“Ibu
merayu, Kish. Tolonglah… demi Batrisya. Kalau Kish tak nak buat pasal ibu,
takpe. Tapi tolonglah buat untuk Batrisya.” Rayu Hajah Badariah. Matanya
menentang mata Balkish. Ada genangan air pada kolam matanya ketika itu yang
membuatkan hati Balkish jadi tersentuh. Betapa agungnya kasih seorang ibu.
Alangkah indahnya jika dia juga mendapat kasih yang sama daripada ibu biarpun
ibu bukan ibu kandungnya.
Balkish
memejam mata. Cuba menahan rasa sebak yang sudah bertandang dalam hati. Dia
perlu berkorban demi kebahagian kakak yang amat disayanginya dan permintaan
seorang ibu. Nafas ditarik panjang. Kemudian perlahan-lahan nafasnya dihelakan.
“Baiklah,
bu. Kish akan buat apa yang ibu suruh.” Akhirnya Balkish terpaksa juga
bersetuju walaupun ketika ini dia tidak tahu dengan siapa dia perlu bernikah.
Semoga ALLAH memberikan dia petunjuk untuk mempermudahkan urusan ini. Hanya itu
yang mampu Balkish doakan untuk dirinya ini.
“Terima
kasih, Kish. Ibu janji segala kos perbelanjaan majlis akad nikah dan sanding
biar ibu yang tanggung.” Tiba-tiba ada senyuman yang terbit pada bibir Hajah
Badariah. Gembira dia bila Balkish sanggup mengikut rancangannya itu.
Inilah
kali pertama Balkish melihat ibunya benar-benar tersenyum ikhlas buatnya.
Selama ini, senyuman ibu hanyalah dibuat-buat. Nampaknya ibu memang benar-benar
inginkan kebahagian Batrisya sehingga ibu sanggup buat apa sahaja. Jika ini
jalan yang terbaik, jalan yang boleh merapatkan jurang antara ibu dengannya,
Balkish pasrah menerima ketentuan ALLAH ini. Biarlah dia berkorban.
******************************************************************************
ROMBONGAN
pengantin lelaki telah pun tiba. Balkish yang sudah didandan cantik menanti
dengan berdebar. Batrisya yang begitu setia disisi adiknya itu menyiku sambil
tersenyum nakal. Hajah Badariah dan Hajah Bedah juga sudah tersenyum-senyum
mahu menyambut menantu baru dalam keluarga mereka. Persetujuan Balkish untuk
berkahwin demi kebahagian Batrisya telah mengeratkan hubungannya dengan ibu dan
tok mak. Kini dia benar-benar telah diterima oleh dua insan yang disayanginya
itu.
Syukur
Alhamdulillah… terima kasih Ya ALLAH!
“Wah…
hensem betullah bakal suami kau tu Kish. Macam Prince Charming. Bertuahnya kau…
Jealousenya aku.” ujar Ella yang
sudah masuk semula ke dalam bilik pengantin. Tadi sewaktu Aleya memaklumkan
rombongan pengantin lelaki telah tiba, Ella dengan pantas telah berlari keluar.
Konon nak tengok muka pengantin lelaki yang telah dijodohkan dengan Balkish.
Apa
punya pengapit la si Ella ni. Boleh pulak dia main lari-lari kejap nak tengok
muka pengantin lelaki dan tinggalkan pengantin perempuan sorang diri. Memang
tak boleh diharap punya pengapit.
“Aku
terima nikahnya Balkish Binti Borhan dengan mas kahwinya lapan puluh ringgit
tunai.” Sekali lafaz sahaja Balkish akhirnya menjadi milik lelaki yang tidak
pernah dikenalinya itu. Entah kenapa matanya seakan samar-samar melihat wajah
lelaki yang dijodohkan denganya itu. Mungkin dia pening sebab tak cukup rehat.
Pasal itulah pandangannya agak kabur.
Serentak
ucapan itu sudah terlafaz, tanpa dapat ditahan-tahan air mata Balkish laju
mengalir. Kini dengan rasminya dia sah menjadi milik seorang lelaki yang tak
dikenali dan dicintai. Demi kasih terhadap Batrisya, dia akhirnya berkorban.
Ibu dan tok mak memeluk Balkish dengan erat sekali.
“Terima
kasih sebab sanggup berkorban demi Batrisya. Ibu sayang Kish.” Ujar Hajah
Badariah ketika tubuh Balkish diraih ke dalam pelukannya. Pipi anaknya itu
dikucup berulang kali.
Kemudian
Batrisya pula mengambil tempat memeluk adik kesayangannya itu. Airmata Balkish
dikesat perlahan. Bibirnya menarik senyuman segaris.
“Janganlah
menangis. Tak elok pengantin menangis macam ni.” Ujar Batrisya. Sebenarnya dia
juga sukar menahan sebak di dada kala adik kesayangannya itu sah menjadi milik
seorang lelaki.
“Lepas
ni Kish kena taat pada suami. Jadi isteri yang solehah. Akak sentiasa doakan
yang terbaik untuk Kish.” Sambung Batrisya memberi sedikit kata nasihat buat
Balkish.
Balkish
mengangguk-angguk. Airmatanya masih lagi deras mengalir.
“Kish
sayang Kak Risya.” Luah Balkish sambil sekali lagi tubuh kakaknya dipeluk erat.
Batrisya
membalas pelukan adiknya. Airmata yang ingin mengalir diseka dengan jari.
“Akak
pun sayang Kish.”
Sayu
hati Hajah Badariah dan Hajah Bedah melihat hubungan erat dua beradik itu.
“Assalammualaikum…
pengantin lelaki nak sarung cincin ni.” Ucap Aleya wakil kepada pihak pengantin
lelaki.
Eheh…
ni apahal si Aleya ikut belah lelaki pulak? Macam ada yang tak kena aje ni.
Balkish
menundukkan kepalanya. Ketika pengantin lelaki sampai di depannya, hanya kaki
pengantin lelaki yang berstokin hitam itu yang dilihatnya. Nak tengok muka, dia
segan pulak. Maklumlah… dia kan dengan suaminya itu hanya dijodohkan melalui
keluarga sahaja. Belum pernah bertentang mata lagi.
“Kish…
hulurlah tangan tu. Pengantin lelaki nak sarung cincin ni.” Bisik Batrisya ke
telinga Balkish.
Perlahan
Balkish menghulurkan jemarinya. Tak sampai seminit, sebentuk cincin emas putih
bertakhtakan berlian telah bersarung indah ke jari manisnya.
“Assalammualaikum…
my sweet princess.” Ucap si pengantin
lelaki.
Balkish
mengerut dahi. Rasa macam dia pernah dengar saja panggilan ‘sweet princess’
itu. Pantas dia mendongak. Memandang wajah pengantin lelaki yang telah
dijodohkan dengannya.
“Encik
Harriz?!” Ujar Balkish. Bulat matanya memandang wajah Harriz yang segak dalam
persalinan nikah warna putih bersih.
“Bukan
Encik Harriz, sayang. Tapi abang.” Selamba sahaja Harriz berkata. Bibirnya
mekar dengan senyuman manis. Gembira bukan main lagi dia dapat memperisterikan
Balkish.
Balkish
menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali. Sukar dia hendak percaya dia kini
menjadi isteri kepada Harriz Tan Sri Hamdan!
“Oh…
tidak!!!” Lantas dia menjerit sekuat hati.
******************************************************************************
“KISH!
Kish! Kish! Bangunlah! Kenapa dengan kau ni? Terjerit-jerit.” Aleya mengoncang
tubuh kurus Balkish berkali-kali. Terkejut beruk dia mendengar jeritan Balkish
yang kuat itu. Tengah dia sedap-sedap mengoreng nasi di dapur, tiba-tiba pula
Balkish menjerit penuh satu rumah. Dia pun apa lagi, dengan sudip yang masih
berada di tangan dia berlari masuk ke dalam bilik Balkish. Mahu memastikan
keselamatan sahabatnya itu.
Sampai
di bilik Balkish, dia terkedu melihat Balkish yang terjerit-jerit sambil
tangannya melibas-libas seolah menghalang sesuatu menghampirinya. Macam orang
kena rasuk aje lagak kawan seorang itu.
Balkish
tersentak. Dia bangun dari tidur. Wajah Aleya dipandang. Kemudian dia melihat
pula pakaian yang dipakainya ketika ini. Nasib baik! Dia masih lagi pakai baju
tidur. Ingatkan dia dalam baju pengantin tadi. Huh… mimpi rupanya dia.
“Kenapa
dengan kau ni? Tiba-tiba aje menjerit-jerit. Kau mimpi apa sampai boleh
mengigau ni?” soal Aleya. Dia sudah duduk di birai katil Balkish.
“Aku
mimpi ngerilah Leya. Ngeri sangat.” Beritahu Balkish. Dahinya terasa basah
dengan peluh hangat. Dalam seumur hidupnya, inilah kali pertama dia didatangi
mimpi ngeri yang membuatkan dia mengigau. Selama ni kalau dia termimpi jumpa
hantu pun dia tak pernah sampai terjerit-jerit macam orang hilang akal.
“Iye
la… mimpi ngeri apa?”
“Ngeri
sangat. Tak boleh nak bagitau.” Balkish
menggeleng-gelengkan kepalanya.
Aleya
mengerut dahi. Kemudian dia pula yang menggeleng-geleng sebagai tanda tidak
faham dengan perangai Balkish itu. Pantas belakang tangannya melekat pada dahi
Balkish. Normal aje suhu badan Balkish ni. Tapi bercakap macam orang tengah
meracau.
“Hah…
lain kali jangan fikir banyak sangat. Kan dah terbawa-bawa ke alam mimpi. Dah…
dah. Bangun. Kan ke hari ni kau ada kelas jam sepuluh pagi.”
Balkish
pandang jam lonceng. Baru pukul 8.15 minit pagi. Huh… mimpi ngeri itu
benar-benar telah mengejutkan dia. Macam manalah King Of Crocodile itu boleh tersesat masuk ke dalam mimpinya. Macam
real pulak. Huhuhuuu…
Selesai
segala-galanya, Balkish menuju ke kereta kancilnya. Tepat pukul 10.00 pagi
nanti dia ada kelas. Beginilah rutin hariannya sebagai seorang pelajar . Dari
isnin hingga jumaat dia akan bekerja. Sabtu dan ahad pula dia akan pergi kelas.
Penat tu jangan cakaplah. Berganda-ganda! Namun demi impian ingin mengenggam
segulung ijazah, dia perlulah berkorban segala-galanya.
“Apa
kena dengan kau tadi? Terjerit-jerit macam jumpa hantu Kak Limah. Terkejut aku
dengar. Nak aje aku berlari keluar tengok kau, nasib baiklah aku sedar yang aku
time tu tengah mandi-manda.” Soal Ella yang duduk di kerusi penumpang. Ella pun
macam Balkish juga. Bekerja sambil belajar. Nak majukan diri kenalah buat semua
ni.
Tadi
sewaktu terdengar jeritan kuat Balkish, dia tengah seronok mandi-manda. Hendak
juga dia berlari keluar menjenguk keadaan rakannya itu. Namun bila dia sedar
yang dia dalam keadaan yang cukup seksi, terpaksalah dia membatalkan hasrat
murninya itu.
“Bukan
jumpa hantu Kak Limah, tapi jumpa buaya.” Selamba sahaja Balkish berkata.
Ella
menarik senyuman di bibir seksinya yang ala-ala Angelina Jolie. Rasanya dia
dapat meneka buaya yang dimaksudkan oleh Balkish itu.
“Hah…
ini mesti mimpi jumpa Harriz, kan?” teka Ella yang sudah tersengih-sengih.
Balkish
tidak menjawab. Mata ditumpuhkan pada jalan raya yang tak berapa sibuk waktu
cuti-cuti begini. Bukan macam waktu pejabat. Sesak sampai menyesakkan otak.
Malas dia hendak fikir pasal mimpinya itu. Anggap sahaja mimpi itu sebagai
mainan tidur dan bukan kerana solat istikharah yang dia tunaikan malam semalam.
Memang bermimpi ngerilah dia kalau lelaki itu yang telah dipilih untuk menjadi
pendampingnya.
Tiba-tiba
Ella ketawa besar. Kelakar pula rasa hatinya bila Balkish boleh
termimpi-mimpikan Harriz.
Balkish
mengerling Ella dengan ekor mata.
“Yang
kau tetiba mengilai macam Cik Pon ni
kenapa?” Gumam Balkish dengan geram.
“Takdelah.
Luculah Kish kau boleh termimpikan Harriz tu.”
Balkish
mengherot bibir.
“Takde yang lucunya. Dia tukan macam hantu
juga. Anggap ajelah aku mimpi jumpa hantu.”
Kemudian
bibir Ella yang bergincu merah menyala itu menyengih. Badannya mengiring
sedikit ke arah Balkish.
“Kau
mimpi apa dengan Harriz, Kish? Bagitaulah kat aku. Mana tahu aku boleh tafsir
makna mimpi kau tu.” Ella sudah mula menyibuk. Mahu mengambil tahu mimpi
sahabatnya itu.
“Takde
apa.” Malas betul Balkish nak layan Ella bila bersembang pasal Harriz. Bukan
main bersemangat waja lagi sahabatnya itu. Kereta Kancil yang dipandu sudah
memasuki perkarangan UiTM. Di sinilah Balkish dan Ella menimba ilmu. Sebelum
mendaftar masuk ke UiTM dulu, ada juga mereka mengajak Aleya untuk turut serta
sama dengan mereka. Namun sahabat yang seorang itu kata belum bersedia dan menyuruh
mereka sahaja yang belajar dulu. Nanti bila pintu hati dah terbuka nak studi
semula, dia akan menyusul.
Hurmmm…
mana-manalah Cik Aleya oi. Asalkan bahagia sudah.
Ella
mencebik. Kedudukannya diperbetulkan.
“Huk
elek… ini tak lain tak bukan mesti mimpi kahwin dengan Harriz. Pasal tu
menjerit bagai tak hengat dunia.” Tebak Ella.
Balkish
menggigit bibir bawahnya. Tau-tau aje si Ella ratu dangdut ni aku mimpi kahwin
dengan Harriz. Nampaknya Ella memang hadir betul-betul waktu majlis pernikahan
aku dalam mimpi tu.
“Dah…
dah. Boleh tak stop cerita pasal King Of Crocodile
tu? Kita dah sampai ni. Kau nak turun ke tidak?” Omel Balkish. Dia sudah turun
dari MyVi kesayangannya itu.
Dengan
muka memcebik, Ella keluar dari perut kereta. Dia tak puas hati dengan Balkish
yang merahsiakan tentang mimpinya itu. Beria-ia dia mahu tahu mimpi yang buat
Balkish terjerit-jerit awal pagi tadi.
“Lepas
habis kelas tunggu aku dekat sini. Kalau kau lewat, siaplah kena tinggal.
Pandai-pandailah kau nak naik apa balik nanti.” Beritahu Balkish yang sudah
melangkah menuju ke dewan kuliahnya.
Ella
mencebik sambil meniru cara Balkish berkata-kata itu.
“Sebijik
macam mak tiri bagi arahan.” Komen Ella yang kemudian berganjak menuju ke
kelasnya.
******************************************************************************
BERKERUT-KERUT
dahi Balkish memandang Ella yang sudah terpusing-pusing kiri kanan lagak bagai
kanak-kanak riang rebina yang sedang menayangkan baju barunya kepada mak ayah
di tepi kereta Kancilnya itu. Bukan main lagi Ella nampaknya. Siap
ketawa-ketawa manja lagi. Ini siapa pulak
yang dia layan kali ni? Aduh… parah betul penyakit miang si Ella ni. Semakin
hari semakin menjadi.
“Ehem…”
Balkish berdehem. Bagi hint-hint
sikit dekat Ella yang sudah tak sedar akan kedatangannya itu. Kalau jumpa
lelaki, memang tak ingat kawan.
Ella
dan teman barunya itu menoleh ke arah suara deheman halus di belakang mereka.
“Eh…
Kish. Baru habis kelas ke?” soal Ella dengan mesra. Bibir mekar dengan
senyuman.
Balkish
sekadar mengangguk. Matanya sempat mengerling teman baru di depan Ella itu. Tak
pernah nampak pun lelaki itu sebelum ini. Student
baru agaknya. Tapi kalau student kenapa formal sangat cara berpakaiannya.
Hurmmm… ini mesti tergolong dalam golongan budak-budak skema.
Menyedari
lirikan mata Balkish, lelaki itu menghadiahkan sebuah senyuman. Membuatkan
Balkish turut membalas senyuman itu. Iye la… takkan nak tunjuk muka sombong tak
kena tempat pulak.
“Oh
ya, Kish. Kenalkan ini Dr. Ilham. Dr. Ilham ni lecture baru dekat kelas kami.” Beritahu Ella mengenai lelaki di
depannya itu.
Balkish
sekadar mengangguk sambil membalas senyuman Dr. Ilham ala kadar sahaja. Tak
perlulah nak senyum over sangat.
Nanti apa pula fikir lelaki itu. Jangan terjangkit dengan penyakit si Ella ni.
Kalau jumpa lelaki hensem sikit aje mulalah dia senyum lebar ala-ala Julia
Roberts.
Lepas
berbalas senyuman dengan Dr. Ilham, Balkish meminta diri untuk masuk ke dalam
perut kereta. Tak perlulah dia nak interframe
perbualan antara Ella dengan lecture
baru itu. Lagipun memang sikap Balkish, dia tak mudah mesra dengan orang yang
baru dikenali. Tapi itu bukan bermakna dia ni sombong.
“Okeylah,
Dr. Ilham. Saya kena pergi ni. Kawan saya tu pantang betul kalau orang lewat.
Mulalah membebel macam burung kakak tua.” Ujar Ella sedikit berbisik. Memang gossip girl betul Ella ni. Sempat juga
dia mengumpat pasal Balkish dekat Dr. Ilham yang baru beberapa jam dikenali
itu. membuatkan Dr. Ilham melorek senyuman lebar mendengar kata-katanya.
Sambil
ketawa kecil, Dr. Ilham mengerling ke arah gadis manis bertudung putih susu
yang sudah duduk di kerusi pemandu. Gadis itu… wajahnya seperti pernah Dr.
Ilham lihat. Tapi di mana, ya? Dialog Yassin Senario berkumandang dalam
hatinya.
“Okeylah…
saya pun dah nak balik ni.” Akhirnya dia membalas. Malas hendak memikirkan di
mana dia pernah lihat wajah seiras Balkish. Lagipun orang tua-tua pernah
berkata, dalam dunia ni kita ada tujuh orang yang sama muka.
“Okey.
Jumpa esok ye.” Tutur Ella dengan
hati yang berbunga-bunga. Semangat untuk datang ke kelas semakin membara-bara
sejak adanya lecture baru yang lagi
muda dan tampan ini. Takdelah dia
asyik menguap sebab mengadap muka Dr. Tahir Embong yang sudah tua kerepot perut
bulat itu.
Ella
masuk ke dalam perut kereta Kancil. Cermin kereta diturunkan.
“Bye Dr. Ilham… jumpa esok tau.” ucap
Ella dengan gembira. Bukan main lagi dia melambai-lambai Dr. Ilham yang turut
membalas lambaiannya itu.
“Sudah-sudahlah
tu, Ella oi. Tuan Doctor tu dah masuk
dalam kereta dia pun. Tak payahlah kau nak melambai beria-ia sangat macam tu.”
Sindir Balkish. Kereta Kancil sudah bergerak meninggalkan perkarangan Kampus
UiTM, Shah Alam.
“Dr.
Ilham tu hensem kan, Kish?” Ella
minta pandangan Balkish.
“Hmmm…”
hanya itu jawapan yang keluar.
“Muka
dia sweet sangat. Ada iras-iras Hans
Isaac gitu.” Bicara Ella lagi.
Balkish
menjulingkan matanya ke atas. Ella ni… asal jumpa lelaki hensem aje mesti sama dengan pelakon-pelakon lelaki yang dia minat.
Nasib baiklah dia belum jumpa lelaki yang ada iras Aaron Aziz yang menjadi
pujaan hati nombor satunya itu. Jika tidak… mahu pengsan agaknya si Ella ni
jadinya.
“Kau
ni kan… pantang nampak lelaki hensem
sikit. Mulalah nak jual taik minyak. Hisy…”
Ella
mencebik.
“Alaaa…
kan perangai manusia ni suka tengok benda yang cantik-cantik dan indah-indah.
Macam tu jugaklah dengan aku. Dahlah… jangan ganggu aku. Aku nak tidur jap. Nak
mimpi bersanding atas pelamin dengan Dr. Ilham yang kacak lagi bergaya. Tak
acilah kau aje mimpi kahwin dengan Harriz, King
Of Crocodile kesayangan kau tu.” Giat Ella seraya menyindir. Bibirnya
menarik senyuman nakal.
Balkish
menggigit bibir. Belum sempat dia membuka bicara, Ella terlebih dahulu
memejamkan matanya. Konon-konon dia sudah tidur. Pandai betul Ella menidurkan
dirinya dalam sekelip mata.
Balkish
menggeleng. Bibirnya menarik senyuman segaris melihat perangai Ella itu. Macam
budak-budak. Sedangkan hakikatnya Ella ni dah layak jadi mak budak. Ella dan
Aleya, merekalah sahabat Balkish yang bisa menghiburkan hatinya. Dia bertuah
kerana bersama Aleya dan Ella dia bebas bergelak ketawa. Berkongsi segala suka
dan duka.
Namun
bila ingatannya kembali menerjah kepada ibu dan tok mak, sebuah keluhan
dikeluarkan. Kenapalah dia tak pernah gembira bergelak ketawa bila bersama
keluarganya sendiri? Dia terasing dalam keluarga yang dia cintai.
Ketika
itu juga lagu ombak rindu dendangan Hafiz dan Adira berkumandang dari corong
radio. Lagu itu… ibarat permintaan dalam dirinya.
‘TUHAN
TOLONG LEMBUTKAN HATI DIA… UNTUK TERIMAKU SEADAANYA… KERNA KU TAK SANGGUP…
KERNA KU TAK MAMPU… HIDUP TANPA DIA DISISIKU…’
Bila lagu cinta
bergema
~14~
BALKISH
masih duduk sambil menongkat dagu. Masuk malam semalam sahaja, sudah tiga malam
berturut-turut dia mengalami mimpi yang sama. Mimpi bernikah dengan Harriz Tan
Sri Hamdan. Naik berpeluh dahinya disebabkan mimpi ngeri itu. Yang peliknya
setiap kali habis bersolat istikharah di tengah malam, dia pasti didatangi
mimpi tersebut. Takkanlah ini membawa makna Harriz merupakan jodoh yang telah
ALLAH tetapkan untuknya.
Oh
tidak! Tak mungkin Harriz itu jodoh aku. Aku tak nak jadi isteri dia. Tidak!
Tidak! Tidak! Berkali-kali Balkish menggelengkan kepala. Menghalau bayangan dia
dan Harriz yang sedang bersanding di atas pelamin.
Balkish
bukannya apa. Dia memang kurang selesa dengan Harriz. Sudahlah Harriz tu kaki
perempuan. Dia tak berani nak ambil risiko untuk memberi peluang kepada Harriz
untuk mendekatinya. Dia takut hatinya akan jatuh sayang dan lelaki itu pula
akan tinggalkan dia suatu hari nanti setelah mendapat apa yang diingininya.
Pengalaman lalu mengajar dia untuk lebih berhati-hati tentang cinta. Dia tak
boleh membiarkan hatinya terluka lagi. Namun ini bukanlah bermakna dia langsung
tak akan membuka pintu hatinya kepada mana-mana lelaki. Cuma biarlah lelaki itu
yang betul-betul setia dan tak akan meninggalkan dia suatu hari nanti.
Impiannya,
biarlah dia mendapat teman hidup seperti Imam Muda Asyraf. Yang boleh
membimbingnya. Mengimamkan dia waktu solat berjemaah. Beruntung wanita yang
bernama Nurhusna Yusof kerana mendapat seorang suami seperti itu.
Harriz?
Entahlah… Balkish tak berani nak bagi peluang kepada Harriz. Selama ni pun bila
Harriz menegurnya, tak pernah dia dengar lelaki itu memberi salam. Asyik
ter’hai-hai’ je. Macam tak tahu nak bagi salam. Bukanlah Balkish kata Harriz
tak ada pengetahuan agama, cuma… entahlah, dia tak begitu yakin dengan Harriz.
Itu
satu. Kedua pula Harriz itukan playboy
nombor satu dekat KL ni. Aweks
keliling pinggang. Kalau dia beri juga peluang kepada Harriz, katakanlah dia
TERJATUH cinta dekat lelaki itu dan lelaki itu tinggalkan dia kemudian hari,
macam mana? Kan hidup dia juga yang haru.
Tapi…
masalahnya sekarang lelaki itulah yang hadir dalam mimpinya setiap kali dia
meminta petunjuk ALLAH. Nak kata itu cuma mainan tidurnya sahaja, tak logik
juga. Takkan mainan tidur sampai tiga malam berturut-turut. Dah tu mimpi yang
sama pula setiap kali.
Arghhh…
Balkish menggaru kepala. Lagaknya menggaru bagaikan atas kepala tu ada
berkilo-kilo kelemumur yang sudah sebulan tak berbasuh. Tak pun ada beribu-ribu
kutu yang sedang membiak. Bukan main laju lagi tangannya menggaru kepala yang
langsung tak terasa gatal. Beginilah Balkish kalau fikiran tengah serabut. Suka
garu-garu kepala. Kekadang tu dia akan patah-patahkan jari-jemarinya. Entahlah…
mungkin dengan cara itu sahaja dia dapat menenangkan jiwa yang kacau bilau bila
kepala digaru selaju-lajunya. Sekurang-kurangnya dapat juga meringankan beban
yang berat dalam kepala otaknya ketika ini.
Aleya
dan Ella saling berpandangan. Hairan binti pelik dengan perilaku Balkish itu.
Mata sahaja tertumpuh pada drama korea yang sedang ditayangkan di saluran NTV7,
sedangkan fikiran dan jiwa sahabat itu sudah hilang entah ke mana. Daripada
cara Balkish menggaru kepalanya itu, nampaknya macam berat saja masalah yang
dihadapi. Inilah masa yang sesuai untuk pakar jiwa seperti Aleya dan Ella
menampilkan diri menawar khidmat bantuan kecemasan.
“Apa
kena dengan kau ni, Kish? Macam orang ada masalah Negara aje.” Soal Aleya
memulakan sesi khidmat bantuan kecemasan yang akan diberikan sebentar sahaja
lagi.
“Entah!
Dah serupa orang berkutu menggaru macam tu.” Balas Ella pula. Keropok Double Decker perisa udang disumbat ke
dalam mulut. Waktu santai macam ini keropok udang Double Daecker wajib menjadi hidangan sampingan.
Balkish
menghela nafas. Dia memusingkan badan mengadap Aleya dan Ella. Wajahnya
kelihatan sugul. Namun dalam sugul-sugul itu pun matanya sempat juga melirik ke
arah keropok udang Double Decker yang
Ella makan. Amboi… amboi… Ella ni kan. Memang tau! Suka sangat rampas keropok
udang Double Decker aku. Bukan main
sedap lagi dia mengunyah keropok tu. Macam buat hak sendiri aje. Hisy… nasib
baik aku ada masalah besar. Kalau tak… dah memang aku sound awal-awal minah tingtong ni. Sempat Balkish mengomel dalam
hati.
“Aku
memang ada masalah Negara sekarang ni. Aku tak tau apa nak buat. Korang… korang
tolonglah aku. Aku betul-betul buntu ni. Dalam delima sangat-sangat.” Luah
Balkish dengan mimik muka minta simpati.
Berkerut-kerut
dahi Aleya dan Ella. Mereka saling berpandangan.
“Korang
janganlah buat muka pelik macam nenek kebayan tu. Aku betul-betul dalam delima
ni. Korang tolonglah aku…” Rayu Balkish lagi. Suaranya sudah macam orang nak
menangis aje.
“Iye
la… iye la… kami akan tolong kalau termampu. Tapi sebelum tu kau ceritalah kat
kitaorang apa halnya sampai kau buat muka begini?” ujar Aleya selaku ketua
kumpulan penyelesai masalah. Heheheee…
Balkish
menghela nafas sekali lagi. Dia perlu menceritakan semuanya kepada Aleya dan
Ella malam ini juga. Tidak lupa dia juga perlu menceritakan pasal mimpinya
selama tiga malam berturut-turut itu kepada sahabat-sahabatnya itu. Dia mahukan
pendapat Aleya dan Ella. Lagipun, selama ini memang tiada sebarang rahsia
antara mereka bertiga. Suka duka dikongsi bersama. Di sini, Aleya dengan Ella
la keluarga yang dia ada. Apa salahnya jika berkongsi masalah. Dapat juga dia
melegakan kekusutan yang sedang melanda.
Tekun
Aleya dan Ella mendengar cerita Balkish. Drama korea yang sememangnya menjadi
kegilaan mereka bertiga sudah tidak dihiraukan lagi. Cerita Balkish lagi
menarik hati daripada drama korea berkisar komedi romantik itu. Sesekali ada
jugalah Aleya dan Ella menyampuk cerita Balkish. Tapi takdelah banyak sangat.
Dalam 20% aje macam tu. Lagi 80% memang Balkish seorang aje yang bercakap.
“Itu
yang buat aku tak senang duduk tu.” Ujar Balkish bila ceritanya sudah habis
diluahkan. Barulah lapang sikit rasa dalam dada ni bila dah meluahkan apa yang
dipendam.
“Korang
tolonglah aku. Aku binggung sekarang ni. Tak tahu nak buat apa.” Sambung
Balkish lagi. Kepalanya digaru-garu. Ini kalau ada kelemumur memang dah penuh
bahu baju tidur Balkish dek kelemumur yang memutih.
“Tak
tahu kenapa pulak? Kau dah dapat
jawapanlah, Kish. Takkan itu pun kau tak sedar jugak. Dah terang-terang lepas
kau bersolat istikharah yang muncul dalam mimpi kau Harriz. Itu maknanya Harriz
la jodoh kau.” Balas Ella. Aduh… Kish… kenapalah kau ni bodoh sangat? Takkan
tak dapat-dapat jawapan lagi. Dah terang lagi bersuluh, itu pun tak boleh nak
fikir. Buat apa nak peningkan kepala?
Balkish
mengeluh. Bukannya dia tak nampak. Cuma dia tak berapa nak boleh terima dengan
apa yang dia mimpikan selama tiga malam ini. Takkan dengan Harriz???
“Kish…
apa yang ALLAH beri dalam mimpi kau tulah jawapan yang kau cari. Kau pun
tahukan makna solat istikharah? ALLAH dah bagi petunjuk tu.” Ujar Aleya pula.
Lembut sahaja nadanya. Dah persis jelmaan Mak Aminah pula Aleya bila beraksi
sebegitu.
“Tapi…”
“Kish…
bagilah Harriz tu peluang. Aku dengan Ella tau kau tak sukakan Harriz sebab dia
tu playboy nombor satu kat KL ni.
Tapi tak salahkan kalau kau bagi dia peluang untuk korang saling mengenali hati
budi masing-masing. Mana tahu dia betul-betul serius dekat kau. Lagipun Kish,
tak semestinya dia yang suka bertukar pasangan itu jahat. Tak semestinya orang
yang nampak alim dan setia itu baik. Kau kena buka sikit pintu hati kau untuk
mengenali Harriz. Jangan nak fikir yang negative
aje dekat dia.” Ujar Aleya lagi.
“Tak
semua lelaki tu sama Kish. Macam Eidham. Dia nampak baik, penyayang dan setia.
Tapi tengok apa yang dia buat dekat kau. Dia lupakan kau ketika dia berada jauh
dari kau. Lepas tu… apa dia lakukan sekarang? Dia nak pujuk kau kembali ke
pangkuan dia sedangkan dia dah ada Kak Risya. Sedangkan pada zahirnya Eidham tu
nampak macam lelaki budiman je kan. So…
macam orang putih kata, Don't judge a book by it’s cover… means not to judge people or things by what you look like from the outside, dear.” Sambung Aleya panjang lebar. Siap speking London lagi.
Melopong
mulut Ella mendengar kata-kata Aleya yang siap speking London itu. Tak berkedip matanya. Wow… hebat jugak budak chubby
ni bagi nasihat. Boleh jadi pakar motivasi si Aleya ni.
Balkish
menghela nafas. Betul juga apa yang Aleya katakan itu. Eidham! Lelaki itu
nampak sahaja pada luarannya seorang lelaki yang penyayang dan budiman. Namun
dalam diam lelaki itu juga hampir sama dengan sesetengah lelaki yang suka
mempermainkan cinta.
“Ada
sebab kenapa ALLAH tentukan Harriz untuk kau, Kish. Mungkin hanya kau seorang
saja yang mampu membimbing Harriz untuk menjadi pencinta terbaik. Tak
semestinya dia akan terus memegang title
King Of The Crocodile seperti yang selalu kau katakan tu. Buka sikit mata
dan hati kau. Jangan sebab Eidham, kau anggap semua lelaki tu sama.” Tutur
Aleya lagi.
Aleya
ni sesekali bercakap memang boleh tahan juga nasihatnya. Boleh masuk hingga ke
tulang sum-sum.
Ella
yang duduk di sebelah Balkish itu juga sudah kagum dengan kata-kata Aleya. Tak
disangkanya Aleya boleh jadi secerdik ini bila beri nasihat. Ingatkan Aleya ni
gila-gila aje. Rupanya Aleya juga seorang yang bijak. So… Don't judge a book by it’s
cover… Heheheee…
******************************************************************************
“AKU memang pencinta wanita… namun ku
bukan buaya… yang setia pada seribu gadis… ku hanya menyintai dia… aku memang
pencinta wanita… aku memang pencinta wanita yang lembut spt dia… ini saat ku
akhiri semua… pencarian dalam hidup… cintaku ternyata aku mau hanya dia”
Bukan
main gembira lagi Harriz mengalunkan lagu popular Irwan Shah itu. Siap
mengoyang-goyangkan badannya lagi. Gembira tahap blue hypo dia sebaik sahaja menerima panggilan telefon sebentar
tadi. Umpama mimpi dalam mimpi bila gadis pujaan hatinya itu tiba-tiba aje
menelefon untuk mengajak dia berjumpa esok.
Aduh…
cepatlah siang. Tak sabar rasanya hendak berjumpa dengan Balkish. Melepaskan
rindu dalam hati. Heheheee… Harriz sudah tersengih miang.
Punggung
dilabuhkan pada kerusi rotan yang mengadap kolam renang. Kepala diletakkan atas
tangan yang sudah disilangkan pada bahu kerusi. Kaki pula disilang sambil
digoyang-goyang dengan gembiranya. Sejak dia dah tak mengular malam-malam
begini, dia memang suka habiskan masa duduk di kerusi rotan itu sambil merenung
kolam renang yang terbentang luas. Dapat mendongak ke langit melihat
bintang-bintang yang cantik menghiasi malam.
Hai…
kenapalah dulu dia tak perasan yang duduk mengadap langit malam ni lagi bagus
dari melayan muzik-muzik dan kerlipan lampu-lampu dekat Kelab Malam tu? Kalau
tahu macam ini punya seronok duduk lepak dekat rumah, tentu dia tak akan keluar
malam. Bertambah seronok bila duduk sambil ingatan diarahkan kepada Balkish si
gadis idaman. Heheheee…
Kalau
dah bosan sangat, dia akan berenang untuk menyegarkan diri. Berenang waktu
malam lagi bagus daripada waktu siang. Takdelah rasa panas. Kulit pun tak akan
menjadi gelap.
“Happy nampak. Siap nyanyi-nyanyi lagi.
Ini mesti ada berita gembira.” Tegur Hanni yang baru sampai. Abangnya itu,
sejak diserang penyakit angau ini memang lain benar tingkah lakunya. Kejap
senyum sorang diri, kejap lagi duduk termenung dan kejap lagi menyanyi-nyanyi
macam nak ikut pertandingan AF. Aduh… mujur AF sudah tamat. Jika tidak, sah
Abang Harriz akan menjadi salah seorang finalis AF yang digilai ramai.
Silap-silap boleh dapat jadi johan walaupun suara Abang Harriz menyanyi
takdelah sesedap mana langsung. Harap muka aje yang bagi kredit lebih. Macam
Mawi dululah. Ikutkan betul, suara Amylia lagi sedap dari Mawi. Tapi sebab Mawi
ada aura yang tersendiri, terus jadi juara AF musim ketiga. Malah Hanni sendiri
tak terkecuali ada mengundi Mawi waktu itu. Heheheee…
Hanni
melabuhkan punggung di atas kerusi sebelah Harriz. Wajah abangnya yang
kelihatan begitu berseri-seri ditatap. Sejak Abang Harriz membuat pengakuan
yang dia sudah ada teman wanita dekat mama, hubungan Abang Harriz dengan mama
kelihatan agak dingin. Mama layan Abang Harriz acuh tak acuh sahaja. Bukan mama
aje yang sedingin salju, anak kesayangan mama Kak Hanna juga macam tu. Muncung
aje mulut Kak Hanna setiap kali bertembung dengan Abang Harriz. Biasalah Kak
Hanna… kan ke Syarifah Ezora tu geng Kak Hanna sejak dari sekolah rendah lagi.
Memanglah Kak Hanna ikut sakit hati bila Abang Harriz tak sudi nak jadikan Kak
Hanna tu sebagai isteri.
Tapi
Hanni… dia memang seronok bila Abang Harriznya tak jadi nak kahwin dengan
Syarifah Ezora. Dia pun ikut meluat dengan perangai gediks Syarifah Ezora itu.
Tak berkenan langsung dia nak berkakak iparkan Syarifah Ezora yang terlebih
gediknya. Kak Hanis? Macam Hanni jugalah. Ikut sama menyebelahi pilihan hati
Harriz. Papa pula, nampak aje tak sebelahkan mana-mana pihak. Namun Hanni yakin
papanya itu pasti menyebelahi Abang Harriz. Daripada cara papa tu Hanni sudah
dapat melihat, papa pun kurang berkenan dengan Syarifah Ezora biarpun Syarifah
Ezora tu anak kawan baik papa.
Harriz
mengurut dada. Kursss… semangat!
Terbang sebentar semangatnya dek teguran Hanni yang mengejut itu. budak kecik
ni memang suka sangat bagi dia terkena penyakit jantung. Macam tak boleh nak
bagi salam. Tiba-tiba aje tegur macam tu.
“Hanni
ni tak boleh nak bagi hint-hint sikit
ke sebelum tegur abang. Main sergah macam tu aje. Mujur abang tak gol tau.”
Rungut Harriz. Seingatnya Hanni pergi rumah Nirmala untuk buat study group. Ni
tiba-tiba pula tercegat sebelah dia sambil tayang senyuman yang paling kiut
miut tu.
“Bukan
Hanni pergi rumah Nirmala ke buat study
group?” soal Harriz.
“Hmmm…
orang baru balik dari rumah Mala la ni. Nampak Abang Riz dok melangut dekat
sini, jadi Hanni pun datanglah nak join sekali.” Beritahu Hanni.
“Hah…
apa yang Abang Riz happy sangat ni?
Bukan main lagi Hanni dengar Abang Riz menyanyi. Kalah Irwan Shah.”
Harriz
sudah tayang senyuman lebar.
“Adalah.
Mana boleh cakap.” Kerek Harriz menjawab.
Hanni
mencebik. Huk ekeleh… kereklah Abang Riz ni!
“Iye
la tu. Tak payah nak bagitau pun Hanni tau kenapa Abang Riz happy bagai tak
ingat dunia.” Perli Hanni.
Harriz
tersenyum lagi. Keningnya diangkat-angkat nakal. Cuba mendera hati Hanni yang
suka sangat menyibuk urusan orang tua itu.
“Eleh…
nak sembunyi-sembunyi konon. Kalau ada masalah, Hanni juga yang Abang Riz
cari.” Hanni sudah menarik muncung. Sakit pula hatinya bila Harriz
mempermainkan dia seperti itu. Pantas dia bangun dari duduknya. Masuk dalam
layan cerita menarik dalam TV lagi best dari layan Abang Harriz yang kerek itu.
“Hanni…
Hanni. Alaaa… janganlah macam ni. Sikit-sikit nak merajuk. Abang Riz main-main
ajelah.” Panggil Harriz bila melihat Hanni sudah mahu meninggalkan dirinya.
“Okey…
okey… Abang Riz bagitau. Hanni duk la sini dengar cerita Abang Riz ni.” Ujar
Harriz.
Hanni
mencebik. Tengok tu… kan dah kata. Abang Harriz ni mesti nak cerita dekat dia juga.
Pantas Hanni melabuhkan semula punggungnya di atas kerusi sebelah Harriz. Wajah
Harriz yang terlebih ceria itu dipandang.
“Hah…
cakaplah. Kenapa Abang Riz happy
sangat ni?” tanya Hanni tak sabar nak tahu.
Harriz
tersenyum. Kemudian dia pun mulalah menceritakan apa yang buat dia gembira
bukan main malam ini. Rasa tak sabar nak tunggu hari esok.
Puan
Sri Hanum mengerling kelibat Harriz yang tersenyum gembira selepas menjawab
panggilan telefon daripada seseorang. Bukan main lebar lagi senyuman anak bujangnya
itu. Dah mengalahkan senyuman Joker
musuh ketat Batman. Beberapa hari ini
muka anak itu kelihatan muram aje, tetiba pula lepas menerima panggilan telefon
sebentar tadi wajah itu berubah ceria. Siap bersiul-siul lagi.
Sejak
Harriz membuat pengakuan dia sudah ada teman wanita, Puan Sri Hanum sudah malas
hendak melayan Harriz lagi. Bercakap pun hanya hal-hal penting sahaja. Jika nak
bersembang kosong, jangan harap. Dia memang tak sudi. Hatinya masih lagi sakit
dengan pengakuan Harriz itu. Beria-ia dia mahu menyatukan Harriz dengan
Syarifah Ezora, anak itu pula menolak. Itu yang buat dia bengang. Entah apalah
yang istimewa sangat dengan teman wanita Harriz itu sampaikan Harriz tergamak
menolak Syarifah Ezora.
Namun
dalam diam dia sebenarnya masih lagi berhajat mahu menyatukan Harriz dengan
Syarifah Ezora. Cuma buat masa sekarang hatinya masih lagi diulit rasa geram.
Tunggu keadaan tenang dulu, barulah dia menjalankan semula rancangannya. Dia
nekad mahu menjadikan Syarifah Ezora sebagai menantu. Hanya Syarifah Ezora yang
layak untuk Harriz. Tak mungkin ada perempuan lain yang lagi layak daripada
anak sahabat baiknya itu.
“Itu
mesti baru lepas bercakap dengan perempuan tu. Pasal tu gembira bukan main lagi
malam ni.” Sindir Hanna yang turut mengerling melihat gelak tawa Harriz dan
Hanni di luar sana. Bukan main rancak lagi abang dan adiknya itu bersembang.
Siap bergelak ketawa lagi.
Puan
Sri Hanum mengetap bibir. Geramnya bertandang lagi.
“Mama
kena bertindak cepat, ma. Jangan sampai Abang Riz kahwin dengan perempuan yang
kita tak tahu asal usulnya. Mama bukan tak tahu perangai teman-teman wanita
Abang Riz tu. Semua gila harta. Biarpun bertudung, tapi tak semestinya hati pun
baik. Ramai orang bertudung sekarang ni jauh lagi jahat dari yang tak
bertudung.” Hanna sudah mula menghasut. Dia memang tak berkenan dengan
perempuan bernama Balkish itu. Biarpun dia tak kenal Balkish dengan lebih
dekat, namun entah kenapa dia rasa tak sukakan Balkish. Macam ada sesuatu yang
tak kena sahaja. Lebih-lebih lagi Zack pernah memberitahunya yang Balkish tu
pisau cukur. Dari mana Zack kenal Balkish? Zack kata Balkish tu teman
sekelasnya ketika menuntut di sekolah menengah dulu. Pasal itu Zack kenal
Balkish. Cuma buat masa sekarang Hanna belum lagi mahu bagitau mama perilaku
Balkish yang sebenar seperti yang diceritakan oleh buah hatinya, Zack.
“Hanna
ada rancangan ke?” tanya Puan Sri Hanum kepada Hanna. Hanna menggeleng. Dia
belum punya rancangan yang bagus buat masa ini.
“Ma…
mama kan boleh aje paksa Abang Riz supaya kahwin dengan Ezora. Buat apa nak
mintak persetujuan Abang Riz lagi. Abang Riz tak akan dapat buat apa-apa kalau
mama paksa dia bersungguh-sungguh. Hanna yakin Abang Riz pasti akan tunduk
jugak dengan arahan mama.” Ujar Hanna.
“Tapi
tak guna juga Abang Riz kahwin dengan Kak Ezora kalau perkahwinan diaorang
nanti tak bahagia. Mama nak ke lihat rumah tangga Abang Riz dengan Kak Ezora
berantakan. Lepas tu cerai-berai. Lagi malu kan kalau kahwin sebulan dua lepas
tu bercerai?” Sampuk Hanni yang baru muncul di ruang tamu.
Segera
Hanna dan mama berpaling. Mencerlung mata mereka memandang budak kecik yang
menyampuk itu. Tak padan dengan usia, Hanni begitu petah berbicara.
“Hanni
tau apa? Jangan menyampuk orang tua bercakap boleh tak? Hanni tu baru enam
belas tahun tau.” Bentak Hanna. Kurang senang dengan Hanni yang suka sangat
membangkang kata-katanya. Mentang-mentang Hanni ni geng dengan Abang Harriz.
Selalu sangat nak menangkan abang kesayangannya itu!
Hanni
mengerling tajam ke arah Hanna. Kakaknya yang seorang itu memang tak pernah nak
sebulu dengannya.
“Biarpun
Hanni ni baru enam belas tahun, tapi Hanni tak nak tengok rumah tangga abang
Hanni tak bahagia. Kak Hanna ni, kenapa? Suka sangat masuk campur urusan
peribadi Abang Riz. Apa salahnya kalau Abang Riz berkahwin dengan perempuan
yang dia suka. Apa kena mengena dengan Kak Hanna pulak? Bukannya Kak Hanna yang
nak kahwin!”
“Kau
jaga sikit mulut kau tu Hanni. Aku ni kakak kau. Aku tak nak mama dengan papa
malu buat kali yang kedua pergi meminang orang yang tak cintakan Abang Riz. Lepas
tu pinangan mentah-mentah kena tolak. Aku tak nak jadi macam kes Dhia dulu.”
Tekan Hanna geram. Kalau mama tak ada di situ, mahu dicili-cilinya mulut
celupar Hanni. Biar tahu hormat orang yang lebih tua daripadanya.
“Kalau
Kak Hanna mahu orang hormatkan akak, Kak Hanna tu kena belajar orang-orang
sekeliling Kak Hanna dulu. Jangan nak mendongak langit sangat. Lagipun, Kak
Hanna tak boleh nak samakan Kak Balkish dengan Kak Dhia. Itu tak adil.” Balas
Hanni. Semakin geram pula dia dengan perangai kakaknya yang seorang itu.
Mentang-mentang anak kesayangan mama, Hanna rasa cukup megah berlagak sombong.
Puan
Sri Hanum sudah sakit kepala dengan pertelingkahan dua anak daranya itu.
“Eiii…
sudahlah! Diam-diam! Sakit kepala mama dengan korang berdua ni. Dahlah… mama
taulah apa yang patut mama buat. Tak payah korang nak masuk campur. Hah… Hanni
tu, jangan nak ikut campur sangat urusan orang dewasa. Fikir dulu pasal
pelajaran. Next year dah nak ambil
SPM. Dah, naik atas ulang kaji pelajaran. Mama tak nak Hanni malukan mama dapat
keputusan yang sekadar cukup-cukup makan.” Ujar mama tegas. Dengan muka masam
mama melangkah naik ke atas. Meninggalkan dua anak daranya yang masih lagi
menjeling-jeling antara satu sama lain.
Hanni
ketap bibir. Tengok mama tu. Nama Hanni sorang aje yang disebutnya. Sedangkan
Kak Hanna langsung tak ditegur. Bertambah lemak berkrimlah perangai sombong Kak
Hanna tu dimanjakan sedemikian rupa. Huh! Nasib baiklah papa tak berapa nak
manjakan Kak Hanna. Kalau tidak… tak tahulah macam mana teruknya perangai Kak
Hanna jadinya.
Bila lagu cinta
bergema
~15~
Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah ku merasai begitu
Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu
Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah ku merasai begitu
Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu
Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu
……………………………
Faizal Tahir – Sampai Syurga
MATA
Harriz langsung tak mahu lepas dari memandang wajah di depannya itu. Rindu
bukan main dia dekat Balkish. Sejak peristiwa dia memperkenalkan Balkish
sebagai girlfriendnya kepada mama
beberapa hari lepas, gadis itu langsung tak mahu melayan dia. Dia ada juga
datang ke ofis abang iparnya. Konon-konon nak jumpa Balkish, nak mintak maaf
segala. Tapi wajah Balkish yang langsung tak senyum memandangnya itu
membantutkan niat yang terpendam. Takut juga kalau-kalau tahap kesabaran Balkish
sudah hilang dia akan difire
teruk-teruk. Jatuhlah maruahnya sebagai seorang lelaki yang hensem lagi
bergaya. Lagi-lagi takut kalau Balkish menyiram dia dengan air sekali lagi.
Aduh… bergandalah malunya.
Jadi
dia biarkan ajelah Balkish untuk seketika seperti yang dinasihatkan oleh Kak
Hanis dan Abang Mie. Mana tahu bila dah tenang-tenang nanti Balkish pula yang
akan mencari dia. Siapa tahu, kan? Rindu tu memanglah rindu. Tapi kenalah
berkorban sikit.
Tengok
macam hari ini. Tak ke kesabarannya selama dua hari itu membuahkan hasil bila
dengan tiba-tiba aje Balkish menelefonnya semalam untuk ajak dia keluar lunch
bersama. Umpama mimpi dalam mimpi. Berkali-kali juga dia mencubit pipinya
sendiri. Takut jika itu hanyalah satu mimpi. Tapi ternyata, itu adalah kenyataan
yang begitu membahagiakan. Betul apa yang Abang Mie dan Kak Hanis katakan.
Akhirnya Balkish sendiri yang mencarinya. Memang hari bertuah. Heheheee…
Harriz
bahagia sangat. Macam nak buat announcement
kat semua orang yang dia menerima panggilan telefon daripada Balkish. Tak
percaya si cantik manis itu mahu keluar lunch lagi dengannya. Ini mesti sebab
Balkish rindukan dia. Heheheee…
Semalam
dia tak dapat nak lelapkan mata menunggu hari ini. Tadi dekat ofis pun dia tak
concentrate nak buat kerja. Mata asyik pandang jam untuk menunggu waktu lunch.
Tak sabar sungguh dia hendak keluar dengan Balkish.
Balkish
di depan dipandang. Cantiknya gadis itu. Dengan kebaya hitam bersulamkan
bunga-bunga warna merah, penampilan Balkish kelihatan begitu anggun sekali. Solekan
yang dikenakan juga kelihatan begitu padan. Orang cantik macam Balkish ni, tak
payah nak pakai mekap tebal-tebal pun tetap kelihatan cantik. Membuatkan jiwa
lelaki Harriz bergetar hebat memandangnya.
“You
nampak cantik hari ni. Ayu sangat. Hurmmm…
tapi you hari-hari pun nampak cantik.” Harriz sudah mula memuji. Dia memang
cukup murah dengan sikap yang suka memuji. Dulu dengan teman-teman wanitanya
pun, dia kerap juga memberikan pujian seperti ini. Tapi waktu itu takdelah
ikhlas mana pun pujian Harriz tu. Sekadar nak ambil hati teman-teman wanitanya
sahaja. Namun dengan Balkish, dia memang ikhlas setiap kali berkata-kata.
Cewah!
Balkish
menjulingkan mata ke atas. Ini yang dia tak suka dengan Harriz. Suka sangat nak
beli jiwa raganya dengan pujia-pujian sebegitu. Sikit-sikit cantik! Huh… apa
kecantikan itu aje ke yang penting. Aduh… lelaki. Suka sangat dengan kecantikan
rupa paras.
“Hurmmm…
terima kasih atas pujian tu Encik Harriz.” Hanya itu yang mampu Balkish jawab.
Malas betul dia nak layan jiwang karat si Harriz itu. Tapi apakan daya, dia
kena juga berjumpa dengan Harriz.
“I
benar-benar tak sangka yang I akan keluar lunch
bersama gadis cantik macam you. Umpama mimpi dalam mimpi pulak bila you call I semalam dan kata nak lunch together hari ni.”
Balkish
mengetap bibir. Aduh… cukup-cukuplah dengan pujian dan ayat membeli jiwa itu.
Aku bosan betul dengar.
“Sudahlah
tu Encik Harriz. Cukuplah Encik Harriz puji saya. Saya jumpa Encik Harriz ni
bukan nak dengar Encik Harriz puji-puji saya segala.” Sindir Balkish. Geram!
Harriz
menarik senyuman di bibir. Kemudian dia menongkat dagu memandang Balkish. Tak
puas betul dia nak pandang wajah itu.
“Tapi
orang cantik macam you memang layak dipuji.” Katanya lagi dengan bibir yang
mekar dengan senyuman.
“Tapi
takde makna pun pujian seperti itu kepada saya.” Selar Balkish. Semakin geram
pula dengan perangai Harriz itu. Boleh pula lelaki itu dengan selamba biawak
jantan menongkat dagu merenungnya bagai nak terkeluar bijik mata.
Keadaan
sunyi buat seketika. Balkish membuang pandangan ke luar jendela besar Mc’Donalds. Memerhati gelagat anak-anak
remaja zaman sekarang yang begitu berani berpegangan tangan. Teringat pada
dirinya waktu seusia dengan usia pasangan remaja yang kelihatan begitu asyik
melayari perasaan cinta itu. Dulu dia pun macam itu juga. Keluar berdua dengan
Eidham. Namun dia dengan Eidham bukan keluar bersuka ria seperti pasangan
remaja itu. Mereka keluar untuk mengulangkaji pelajaran bersama di library. Nak keluar untuk suka-suka dan
menonton wayang, memang tak pernah. Keluar pun ada batas, tak adalah sampai
berpegangan tangan seperti itu di tempat awam. Sepanjang dia berkasih dengan
Eidham, tidak pernah sekali pun dia membenarkan lelaki itu memegang tangannya.
Malah, Eidham juga tidak pernah melebihi batasnya sebagai seorang kekasih.
Balkish
mengeluh. Itu kisah lalu. Tak perlu dia kenangkan lagi. Eidham dulu tak sama
dengan Eidham yang sekarang.
“Balkish…”
panggil Harriz panjang.
Tiada
respons daripada Balkish. Matanya masih asyik memandang ke luar. Burger prosperity yang masih berbaki
separuh di depan langsung tidak diusik. Sedangkan Balkish memang gemar sangat
dengan burger prosperity.
“Pasal
hal malam tu dengan hal mama I… I nak mintak maaf sangat-sangat dekat you. I
tau I tak patut buat macam tu dan tak patut bagitau mama I begitu. Tapi… I
ikhlas, Balkish. I benar-benar sayangkan you. I benar-benar mahu jadikan you
isteri I.” luah Harriz. Sejak dari semalam lagi dia sudah memikirkan dialog
ini. Dia benar-benar ikhlas dengan apa yang diperkatakannya.
“Sudi
tak you menjadi isteri I yang sah, Balkish?” Lamar Harriz. Spontan dan
bersahaja dia melamar ratu hatinya itu.
Balkish
menghela nafas lemah. Dia memalingkan muka memandang wajah Harriz yang duduk di
depannya. Lamaran itu kedengaran kosong baginya. Seperti tiada apa-apa makna.
“Tapi
Encik Harriz tak kenal siapa saya yang sebenarnya. Takkan Encik Harriz dengan
semudah itu nak jadikan saya ni isteri Encik Harriz pulak?” tutur Balkish.
Lembut sahaja nada bicaranya. Tiada guna dia nak marah-marah dengan seorang
lelaki yang tak pernah mengenal erti putus asa seperti Harriz. Lagipun, benar
kata Aleya dan Ella. Apa salahnya jika dia memberi peluang kepada Harriz.
“I
tahu kita tak saling mengenali. Tapi kita boleh bagi peluang untuk kita saling
berkenalan, kan? I bukan main-main, Balkish. Memang selama ni I ada ramai kawan
perempuan. Tapi semua tu tak serius. I tau you tak sukakan I sebab I ni kaki
perempuan. Tapi sejak I kenal you, I dah tak ada sebarang hubungan lagi dengan
wanita lain. I nak serius dengan you… I tak rasa pun nak mempermainkan you
walau sedikit. I ikhlas nak kenal you dengan lebih dekat. Sebab tu I nak kahwin
dengan you. Biarlah perasaan cinta you tu hadir pada I selepas kita berkahwin
nanti. Macam orang dulu-dulu.” Kata Harriz.
Itulah
juga yang Ella cakap padanya pagi tadi. Manalah tahu perasaan cintanya itu akan
hadir selepas dia menjadi isteri Harriz. Ella siap bagi contoh ibu bapanya
lagi. Konon-konon ibu dan bapanya kahwin bukan atas dasar cinta, tetapi kerana
keluarga. Tapi sampai sekarang rumah tangga ibu dengan bapanya bahagia.
“I
tak akan paksa you beri jawapan sekarang. You fikirkan masak-masak. Tapi I
memang ikhlas mahu berkahwin dengan you.”
Balkish
menghela nafas. Dia sudah tidak ada pilihan lagi lagi.
“Kalau
saya bagi Encik Harriz peluang itu, mahukah Encik Harriz berjanji satu perkara
dengan saya?”
Harriz
sudah mengukir senyuman yang lebih lebar daripada tadi. Terasa lamarannya sudah
diterima oleh puteri pujaan hati.
“Everything for you my sweet princess.”
Balkish
sudah menjulingkan mata ke atas. Ini yang dia tak suka dengan Harriz. Over bukan main. Dia belum pun beri
persetujuan, lelaki itu sudah sweet
princess-sweet princess dengannya.
Balkish
tarik nafas dalam-dalam. Kemudian dihembus. Semalaman dia berfikir. Walaupun
berat hati, dia kena juga ikut apa yang telah dimimpikannya. Mungkin memang
inilah suratan hidupnya. Memang ALLAH telah tetap Harriz menjadi pendampingnya.
“Saya
setuju jadi isteri Encik Harriz. Tapi Encik Harriz kena ikut syarat saya dan
janji tak akan memaksa dan menganggu hak-hak peribadi saya sehinggalah saya
benar-benar bersedia menjadi isteri Encik Harriz dalam ertikata yang sebenar.
Sanggupkah Encik Harriz terima syarat saya tu?”
Untuk
seketika Harriz berdiam. Senyuman yang menghiasi bibirnya juga sudah mati dengan
tiba-tiba. Jemarinya menggaru-garu dagu. Menimbang syarat yang telah gadis itu
letakkan kepadanya. Dapatkah dia menahan dirinya dengan syarat itu?
“Saya
tahu… sebagai seorang isteri dalam islam, saya tak patut meletakkan jurang itu
dalam hubungan suami isteri yang sah dan halal. Tapi saya tak boleh nak berikan
apa yang menjadi hak Encik Harriz sebab saya tak cintakan Encik Harriz. Saya
kena belajar untuk menyintai Encik Harriz, barulah saya dapat memberikan apa
yang menjadi hak Encik Harriz yang sepatutnya. Saya tak paksa Encik Harriz
untuk bernikah dengan saya kalau Encik Harriz berat hati menerima syarat saya.
Encik Harriz berhak cari perempuan yang lagi bagus daripada saya. Yang dapat
memberi segala kebahagian kepada Encik Harriz. Segalanya terpulang kepada Encik
Harriz. Keputusan di tangan Encik Harriz.” Panjang Balkish mengulas. Dia
berharap sangat agar Harriz memahami kehendaknya itu. Kalau pun lelaki itu tak
mahu menerima syaratnya yang tak masuk dek akal itu, dia tak akan memaksa untuk
Harriz menikahinya. Dia sedar, tak patut dia menyeksa batin lelaki itu.
berkahwin, tapi hidup macam orang tak kahwin. Tak masuk akal, kan?
“Okey!”
Tiba-tiba Harriz bersuara. Bibirnya pula merekah dengan senyuman. Keningnya
rancak menari joget terjongkit-jongkit.
Berkerut
dahi Balkish mendengar perkataan ‘okey’ yang keluar dari mulut Harriz. Senyuman
yang tadi malap kembali mekar menghiasi bibir lelaki itu.
“Apa
yang okey?” Binggung Balkish dibuatnya, lantas dia bertanya.
“Okey!
I setuju dengan syarat yang you minta. Tapi I pun ada syarat juga. Boleh?”
Balkish
menghembus nafas perlahan. Aduh… nampaknya Harriz juga mahu memberikan syarat
kepadanya pula. Iye la… mana adilkan kalau dia seorang sahaja yang yang
meletakkan syarat pada perkahwinan mereka nanti, Harriz pun pastilah mahukan
syarat juga. Perlahan Balkish mengangguk. Bersetuju ajelah asalkan syarat yang
lelaki itu minta tak melampaui batas.
“I
mahu you bagi peluang dekat I untuk buat you jatuh cinta pada I. Jangan halang
apa yang I lakukan untuk mencuri hati you. Hanya itu syarat yang I mahu.
Boleh?” Pinta Harriz. Matanya langsung tak berganjak ke tempat lain. Tepat
memandang wajah Balkish yang sedikit gelisah.
“You
jangan bimbang, I tak akan buat sesuatu yang tak senonoh ke atas you. I akan
curi hati you dengan cara I yang tersendiri. Asalkan you tak larang apa yang I
lakukan untuk memenangi hati you tu.” Tegas Harriz. Walaupun dia telah
dinobatkan sebagai playboy nombor
satu dekat KL ni, namun dia belum pernah lagi merosakkan anak dara orang. Playboynya tetap ada batas. Playboy
pilihan gitu.
Balkish
mengangguk lemah. Apa lagi yang dia boleh lakukan selain daripada bersetuju
dengan syarat yang Harriz mahukan. Lagipun Harriz sudah berjanji tak akan
membuat sesuatu yang diluar batasan mereka berdua nanti setelah bergelar suami
isteri. Dia berharap sangat agar lelaki itu berpegang pada janjinya.
Lebar
senyuman Harriz kala melihat anggukan pada kepala Balkish. Rasa macam nak
menjerit aje dia waktu tu. Tak sabar dia nak menawan sekeping hati milik
Balkish Binti Borhan. Dia pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencuri
hati itu nanti. Dia yakin usahanya akan membuahkan hasil.
“Jadi
bila you mahu kita langsungkan majlis akad nikah? Ikutkan hati I ni… hari ini
pun I sanggup nikah dengan you. Tak sabar I nak jadikan you sebagai isteri I.”
Ujar Harriz yang sudah tidak sabar itu. Air pepsi yang masih berbaki disedut
perlahan.
Balkish
mencebik. Geram pula dia dengan sikap gelojoh Harriz yang tak sabar-sabar itu.
Meluat pun ada juga!
“Kena
buat ikut adat Encik Harriz. Kalau iye pun… tak perlulah nak gelojoh sangat.”
Sindir Balkish sinis. Satu jelingan maut dihadiahkan kepada lelaki itu.
Harriz
sudah ketawa besar mendengar sindiran Balkish.
“Okey…
kalau macam tu minggu depan I hantar rombongan meminang. Lepas tu minggu seterusnya
kita kahwin. Tak payahlah nak tunang-tunang segala. Buat lambat aje.” Putus
Harriz.
Bulat
mata Balkish mendengarnya. Gelojoh benar lelaki itu.
“Eh…
tapi sebelum tu kita kena buat surat perjanjian untuk perkahwinan kita dulu,
Encik Harriz.” Usul Balkish.
“Surat
perjanjian?” Harriz kerut kening.
Balkish
mengangguk laju bak burung belatuk.
“Tak
perlu.” Bantah Harriz. Tegas sahaja dia bersuara sambil tangan diangkat seperti
orang sedang melafazkan ikrar.
Balkish
mengetap bibir mendengar jawapan Harriz yang teramat tegas itu. Belum pun
kahwin, Harriz sudah menunjukkan kuasa vetonya sebagai seorang lelaki. Entah
macam mana pula perangai lelaki itu bila mereka berkahwin nanti?
“Tapi
nanti Encik Harriz langgar janji dan syarat yang sudah ditetapkan. Saya tak nak
ar kalau macam tu.” Ujar Balkish yang
memang kurang senang dengan bantahan Harriz. Baginya surat perjanjian itu
penting untuk simpanan mereka berdua.
Harriz
menarik senyuman dibibir. Spontan dia bangun dari duduknya dan meletakkan
tangan di atas kepala Balkish yang bertudung putih hari ini.
“I
bersumpah… I tak akan buat lebih daripada batasan yang sepatutnya sehinggalah
you sendiri yang sanggup memberikannya kepada I dengan rela hati.”
Terkedu
Balkish mendengar sumpahan lelaki itu. Tak berkedip matanya memandang Harriz
yang masih lagi meletakkan tangan di atas kepalanya.
“Hisy…
jangan main dengan sumpah, boleh tak Encik Harriz? Nanti sumpah tu makan diri
Encik Harriz sendiri. Baru padan dengan muka!” Bentak Balkish. Tangan Harriz
yang masih melekat kemas atas kepalanya ditepis.
Harriz
ketawa suka. Dia kemudian duduk semula. Wajah Balkish ni… biarpun marah tetap
nampak comel.
“Kenapa?
You tak sanggup ke tengok bakal suami you kena makan dengan sumpah? You sayang
jugak dekat I ye.” Giat Harriz. Seronok pula dia dapat menggiat gadis itu hari
ini.
Balkish
membesarkan matanya memandang Harriz. Macam nak telan aje lelaki itu. Boleh
pula kata macam tu.
“Jangan
nak perasan boleh tak? Saya tarik balik karang persetujuan saya tu.” Ugut
Balkish. Marah bercampur geram yang teramat sangat.
“Alaaa…
okeylah. You ni kan Kish… cepat benar nak melenting. I baru nak usik-usik manja
sikit. Dah marah-marah.” Omel Harriz sambil tersenyum senang. Terasa hari ini
hari yang penuh dengan kebahagiaan.
“Tapikan…
kalau you marah, you nampak lagi cantik. Comel sangat-sangat.” Harris memuji.
Balkish
menjulingkan mata ke atas. Aduh… entah macam manalah kehidupannya dengan Harriz
nanti bila dah berkahwin. Entah-entah tiap hari diaorang akan bertengkar.
Tengok perangai Harriz yang kuat mengusik ini dan perangainya yang cepat
melenting itu, pasti ada sahaja yang mereka tengkarkan nanti.
******************************************************************************
ZATUL memandang
pelik muka bosnya. Sejak dari pagi tadi hinggalah ke petang ini, bibir bosnya
langsung tak pernah lekang dengan senyuman. Mood bosnya pula baik bukan main
lagi. Siap buat amal jariah dengan membelanja staf di bahagian Kejuruteraan ini
dengan ayam KFC lagi. Macam kena nombor ekor saja bosnya itu.
“Errr… Encik Harriz, saya tanya sikit
boleh tak?” tanya Zatul yang duduk di depan Harriz yang sedang menandatangani
beberapa dokumen penting.
“Hmmm… apa dia?” jawab Harriz tanpa
memandang wajah Zatul. Tangannya sibuk menandatangani dokumen-dokumen depan
mata.
“Hari
ni Encik Harriz dapat nombor ekor ke? Senyum bukan main lagi saya tengok. Siap
belanja besar lagi.”
“Kenapa?
Awak tak suka ke saya belanja makan?” soalan Zatul tak dijawab. Sebaliknya
Harriz memberi soalan pula kepada Zatul.
“Bukanlah
macam tu, Encik Harriz. Cuma hari ni Encik Harriz nampak lain sikit. Senyum tu…
macam ada makna yang tersirat aje. Entah-entah Encik Harriz ada awek baru tak
ni? Pasal tu happy aje saya tengok.”
Harriz
angkat muka. Zatul sudah menaikkan keningnya sambil terjongkang-jongket.
“Awak
tengok muka saya ni kalau gembira aje mesti pasal bab awek ke, Zatul?” soal
Harriz. Jari telunjuk dihala ke batang hidungnya sendiri.
Zatul
mengangguk. Memang itulah kenyataannya. Selama tiga tahun bekerja dibawah
seliaan lelaki itu, dia sering melihat bosnya gembira kerana wanita-wanita yang
dia dampinginya. Setiap kali masuk pejabat, bosnya itu tak pernah escape dari bercerita pasal aweksnya yang seksa-seksi belaka itu.
Naik fed-up juga kadang-kadang Zatul
nak layan. Tapi memandangkan lelaki itu ketuanya, anak tuan punya syarikat
tempat dia bekerja ini, maka dia kenalah tadah sahaja telinga mendengar luahan love story bosnya yang tak sudah-sudah
itu. Asyik bercinta, tapi nikahnya entah bila.
Harriz
menyandarkan badan ke bahu kerusi kulit warna hitamnya. Dia tersenyum lagi.
“Ada
betulnya juga apa yang awak teka tu. Tapi kali ni bukan sembarangan awek. Kali
ni… saya serius seratus-peratus. Takde istilah nak main-main. Saya dah penatlah
Zatul asyik main-main ni. Kali ni saya nak serius. Saya tak pernah rasa macam
ni sebelum ni Zatul. Dialah wanita yang berjaya buat saya jadi gila bayang.
Siang malam terbayang-bayang.”
Zatul
angkat kening. Aduh… bosnya sudah mula berayat jiwang karat.
“Iye
ke Encik Harriz?” Zatul tayang muka seakan kurang percaya dengan ungkapan
kata-kata bosnya itu. kemudian dia menyambung lagi.
“Alaaa…
selalu pun Encik Harriz cakap macam tu dekat saya. Tapi lepas dua tiga bulan,
Encik Harriz tukar girlfriend lagi.
Konon tak serasi la… tak sehati sejiwa la… tak sehati berdanda la… opsss,
sehati berdansa pulak. Heheheee… Alaaa… saya dah masak sangat dengan perangai
Encik Harriz tu.” Selar Zatul. Bosnya itu bukannya boleh percaya cakapnya kalau
pasal perempuan. Hari ni beria-ia cakap sayang, cinta, rindu segala. Tunggulah
dua tiga bulan lagi, mulalah bosnya itu cari yang lain pula.
“Itu
lain. Kali ni saya betul-betul serius. Cuba awak tengok muka saya ni
betul-betul… nampak macam nak main-main ke?” Harriz menyuruh Zatul tenung
wajahnya yang mula beraksi serius.
Zatul
mencebik. Yo yo oh aje Encik Harriz
ni! Seriuslah konon. Setakat serius dua tiga jam tu, baik tak payah Encik
Harriz oi. Hati kecil Zatul mencela.
“Kali
ni saya betul-betul jatuh cinta, Zatul. Saya tak main-main lagi. Saya dah dapat
apa yang saya cari dan apa yang saya mahukan. Saya tak pernah rasa seperti ini
sebelum ini.” Harriz menyandarkan kembali badanya di bahu kerusi. Bibirnya
mekar dengan senyuman kala bayangan wajah Balkish terlintas depan mata. Tak
sabar dia hendak menunggu saat-saat indah hidup bersama Balkish. Dia pasti akan
berjaya membuatkan gadis itu jatuh cinta padanya nanti.
Melihat
senyuman Harriz itu, Zatul menggeleng lemah. Parah nampaknya penyakit bos aku
kali ni.
“Apa-apa
je la Encik Harriz. Saya doakan Encik Harriz bahagia. Tapi kali ni saya harap
sangat Encik Harriz serius. Jangan nak main-main macam selalu. Hai… pening tau
Encik Harriz kepala saya ni kena layan awek-awek Encik Harriz tu. Lagi-lagi
kalau yang berani datang ke ofis ni. Kalau sorang tu takpelah jugak, ini
kekadang sampai dua tiga orang yang datang dalam satu masa. Dah tu siap buat show WWF
lagi dekat department kita ni.
Berketar lutut saya ni nak cover line
Encik Harriz tau.” Ujar Zatul.
Harriz
ketawa besar. Dia amat berterima kasih kepada Zatul kerana telah mengcover
linenya selama ini. Bukan sahaja tolong cover
line dia dekat awek-aweknya, malah Zatul juga selalu cover linenya dekat papa. Sebab itulah tahun ini dia dengan murah
hati telah menyenaraikan nama Zatul sebagai penerima Anugerah Pekerja
Cemerlang. Semua itu kerana kecemerlangan Zatul dalam menjalankan
tugas-tugasnya. Bukan setakat kerja mengcover
linenya, tetapi juga dalam
kerja-kerja hariannya itu.
Bila lagu cinta
bergema
~16~
KELUARGA
Tan Sri Hamdan sudah berkumpul di halaman rumah. Tadi Harriz ada menelefon,
meminta agar semua ahli keluarga berkumpul malam ini. Ada hal penting yang
ingin diumumkan kepada semua. Pasal itulah Hanis, Fahmie dan anak-anak pun ada
sama.
Yang
peliknya, Syarifah Ezora pun tak ketinggalan untuk turut serta dalam perjumpaan
keluarga Tan Sri Hamdan ini. Eheh… sejak bila Syarifah Ezora dinaik taraf
sebagai ahli keluarga Tan Sri Hamdan ni. Belum register pun dah buat muka tak tau malu nak ikut perbincangan
penting ahli keluarga. Huh! Sungguh menyakitkan hati.
Puan
Sri Hanum apa lagi. Siap buat layanan first class untuk Syarifah Ezora yang
menjadi pujaan hatinya itu. Tak lekang senyuman dibibirnya melayan Syarifah
Ezora yang buat-buat manja tahap meroyan. Geli-geleman mata Hanni tengok
tingkah Syarifah Ezora yang tak tahu malu itu bermanja-manja dengan mamanya.
Dari tadi tak lepas-lepas memeluk erat lengan mama. Hmmm… itu nak ambil hati la
tu.
“Eiii… Hanni geram betullah tengok Kak
Ezora tu Kak Nis. Mengada lebih sangat.” Bisik Hanni ke telinga Hanis.
Hanis
hanya tersenyum sambil menggeleng lembut. Tiada sebarang komen yang keluar dari
mulutnya walaupun dalam hati dia turut bersetuju dengan kata-kata Hanni itu.
Aduhai… kenapalah mama berkenan sangat dengan Ezora ni? Macam ini punya
perangai… aku pun tak hingin nak jadikan sister
in low.
“Ibu…
ibu… mana Pak Ngah ni? Dari tadi abang tak nampak Pak Ngah. Abang dah tak sabar
nak main tembak-tembak dengan Pak Ngah ni.” Tanya Adam pada ibunya yang begitu
teruja nak bertemu dengan Pak Ngahnya. Sekarang ni, Adam sudah mula mengelarkan
dirinya sebagai ‘abang’ sejak dia mendapat tahu ibunya sudah ada baby dalam
perut. Biarpun perut ibunya belum besar lagi sebab usia kandungan baru mencecah
tiga bulan dua belas hari, namun Adam dah mula praktis membahaskan dirinya
sebagai ‘abang’. Tak sabar dia nak dapat adik baru. Adam siap buat permintaan
lagi. Nak adik lelaki supaya ada kawan bermain tembak-tembak dan bergusti.
Alahai… Adam Izhar. So… sweet.
“Pak
Ngah tengah on the way la tu. Adam
tunggu kejap lagi ye. Kan sabar tu separuh daripada iman. Nanti Pak Ngah sampai
bolehlah Adam main tembak-tembak dengan Pak Ngah.” Beritahu Hanis dengan
lembut. Dia sudah tahu sangat dengan perangai Adam yang terlalu manja dekat
Harriz itu.
Adam
sekadar mengangguk. Dia kembali menbelek-belek pistol mainan yang baru
dibelinya seminggu lalu. Langkahnya laju menuju ke arah ayah dan atoknya yang
sedang bersembang-sembang.
Kalau
Tan Sri Hamdan dengan Fahmie dah bersembang, tak lain tak bukan mesti berkisar
pasal perniagaan dan golf.
“Betullah.
Abang Riz ni kata nak umum hal penting. Tapi dia pulak yang lambat. Kak Nis
rasa… Abang Riz nak buat pengumuman pasal apa ye?” Hanni menggaru-garu
kepalanya. Cuba memikirkan apalah yang hendak diumumkan oleh abangnya yang
seorang itu.
“Entahlah.
Akak pun tak tau. Tak dapat nak teka. Hanni taulah abang kesayangan Hanni tu…
penuh dengan surprise.”
“Entah-entah
Abang Riz nak buat pengumuman dia nak kahwin tak, Kak Nis?” tebak Hanni
sendiri. Kemudian tak pasal-pasal dia ketawa. Sampaikan berkerut dahi Hanis
melihat tingkah adiknya itu.
“Hah…
yang ketawa tetiba ni kenapa pulak?
Macam orang dah tak betul pulak Hanni ni Kak Nis tengok.”
“Heheheee…
takdelah Kak Nis. Orang cuma terbayangkan… kalaulah betul Abang Riz nak buat
pengumuman yang dia nak kahwin… tentu mama, Kak Hanna dan Kak Ezora pengsan.
Kan?” Hanni ketawa lagi. Bayangan wajah mama, Kak Hanna dan Kak Ezora yang
sudah sakit kepala andai itu terjadi menerja lagi. Menggeletek hatinya.
Hanis
menggeleng-geleng sambil tersenyum nipis. Adiknya yang seorang itu memang tak
pernah sebulu dengan Hanna. Ada sahaja yang digaduhkan. Tapi kadang-kadang tak
boleh salahkan Hanni juga. Hanna tu yang melampau sangat. Sampaikan dengan adik
sendiri pun tak pernah nak beralah.
“Amboi…
bukan main happy lagi puteri-puteri
papa ni. Tergelak-gelak.” Tan Sri Hamdan mengambil tempat duduk ditengah-tengah
anak perempuannya.
“Sesekali
kumpul macam ni seronokkan, pa.” ujar Hanis. Sewaktu usianya seperti Hanni, dia
begitu manja dengan papa.
“Hmmm…
papa kalau anak-anak, menantu dan cucu-cucu papa berkumpul, itulah saat yang
paling gembira sekali bagi papa. Kalau hari-hari macam ni lagi seronok. Meriah
juga rumah ni. Takdelah sunyi sangat.” Telus Tan Sri Hamdan berkata.
Hanis
dan Hanni bersetuju dengan papa. Seronok dan meriah rumah banglo ni bila semua
orang berkumpul. Lebih-lebih dengan keletah si Adam Izhar yang sering mencuit
hati itu. Memang bertambah meriah.
“Betul
tu. Lagipun… takdelah asyik nak mendengar suara leteran mama aje kan, pa?” ujar
Hanni dengan manja. Lengan papa dipaut mesra sambil bibir sudah tersungging
dengan senyuman nakal.
Mujurlah
mama duduk jauh sikit dari mereka. Jadi takdelah mama dengar apa yang Hanni
cakapkan.
Tan
Sri Hamdan hanya tersenyum mendengar komen Hanni.
“Yeyyy… Pak Ngah dah sampai!!!” Jeritan
Adam membuatkan semua mata memandang ke arah Harriz yang baru melangkah masuk
ke halaman rumah yang dihiasi taman mini yang indah.
Harriz
segera menyambut Adam. Membawa Adam ke dalam dukungannya. Pipi si comel yang
baru berusia lima tahun itu dikucup.
“Wah…
semakin hencomboy la anak sedara kesayangan Pak Ngah ni.” Puji
Harriz.
“Mestilah.
Sekarang abang dah ada girlfriend tau
Pak Ngah. Bukan sorang tau. Tapi…” Bangga Adam memberitahu Pak Ngahnya sambil
jarinya dinaikkan tiga. Itu bermakna dia ada tiga orang teman wanita.
Adam!
Adam! Kecik-kecik dah tau pasal perempuan. Ini tak lain tak bukan tentu
mewarisi perangai playboy Pak Ngah
dia.
“Iye?
Wah… hebatlah anak sedara Pak Ngah
ni. Macam inilah anak lelaki. Kena ramai girlfriend.”
Sekali lagi Adam dipuji. Rambut anak saudaranya itu digosok perlahan.
Membuatkan Adam menepis tangan Harriz.
“Alaaa…
janganlah gosok rambut abang cam tu. Tak hencomboy
la nanti.” Rengek Adam manja. Rengekannya membuatkan Harriz ketawa besar.
Ketika
dia melangkah, matanya sempat terlihat kelibat Syarifah Ezora yang sudah
mengerling-gerling manja ke arahnya. Bukan main manja lagi gadis itu dengan
mama.
Eh…
bukan ini perjumpaan ahli keluarga aje ke? Yang Ezora terlibat sama kenapa
pulak? Bisik Harriz dalam hati. Meluat pula dia melihat tingkah Syarifah Ezora
itu. Aduh… kenapalah perempuan ni tak tau malu sangat.
“Late!” Ucap Hanni setibanya Harriz di
tempat mereka berkumpul. Jarinya mengetuk-ngetuk pergelangan tangan yang
konon-konon memberi isyarat jam.
Harriz
tersengih.
“Sorry. Jalan jam sangat tadi. Ada accident
dekat jalanan. Itu yang lambat.” Beritahu Harriz.
Wajah
mama digerling. Bukan main lebar lagi senyuman mama melayan Syarifah Ezora yang
duduk disebelahnya. Manakala disebelah kanan mama pula kelihatan kelibat Hanna
yang rancak menaip-naip sesuatu pada BlackBerrynya sambil tersenyum seorang
diri.
“Harriz
cakap nak umumkan sesuatu. Apa dia? Cakaplah cepat. Sebab mama pun memang ada
pengumuman penting jugak malam ni.” Ujar Puan Sri Hanum sambil
tersenyum-senyum. Dia sudah tak sabar nak bagitau semua yang ada di halaman itu
berkenaan dengan majlis yang telah dirancangnya.
Tan
Sri Hamdan hanya mengerling sikap isterinya itu. Dia rasa sejak akhir-akhir ini
sikap isterinya sedikit keterlaluan. Asyik mahu orang mengikut kehendaknya.
Sedangkan isterinya itu… tak pernah mahu bertolak ansur.
“Kalau
iye pun, bagilah Harriz tu tarik nafas kejap Puan Sri Hanum oi.” Balas Tan Sri
Hamdan.
Puan
Sri Hanum mencebik. Suaminya itu… memang suka sangat menyebelahi anak-anak.
Pasal tulah semua anak-anak rapat dengan Tan Sri Hamdan berbanding dirinya.
Kecuali Hanna yang sedari kecil memang sudah begitu manja dengan dirinya.
Harriz
pandang satu-persatu wajah-wajah yang ada di halaman malam itu. Semua ahli
keluarga kesayangannya ada di situ. Nafasnya ditarik dalam. Kemudian dihembus
perlahan. Dia sudah bersedia mahu memaklumkan kepada semua yang ada bahawa dia
ingin menamatkan zaman bujang.
Semua
mata memandang Harriz. Tak sabar nak tau. Alisya dan Adam yang tak tahu apa-apa
itu pun pandang tepat ke wajah Pak Ngah mereka. Excited aje dua budak kecil itu mahu tahu apa yang Pak Ngah mereka
ingin umumkan.
“Harriz
nak kahwin.” Laju ayat itu meniti keluar.
Melopong
mulut semua yang hadir. Syarifah Ezora sudah tersenyum panjang. Belum pun
dengar Harriz nak kahwin dengan siapa, senyumannya sudah lebar hingga ke
telinga. Confident sangat yang Harriz
mahu berkahwin dengannya.
“Harriz
nak kahwin dengan Balkish.” Sekali lagi Harriz mengatur ayatnya. Kali ini
dengan lebih jelas dan menyebut tuan punya nama yang bertakhta di hati.
Kali
ini semua yang hadir sudah bulat mata memandang Harriz. Begitu juga dengan
Syarifah Ezora. Merah padam mukanya ketika mendengar nama perempuan yang meniti
keluar dari mulut Harriz itu. Rasa hendak sahaja dia menjerit kuat. Namun cuba
dikawal amarah itu bila dia mengenangkan dia kini berada di tengah-tengah
keluarga Tan Sri Hamdan.
“Apa
yang Harriz cakap ni?!” tinggi suara Puan Sri Hanum. Dia sudah bangun dari
duduknya dengan api kemarahan yang meluap-luap.
“Yes… ma. Riz nak kahwin dengan Balkish.
Kami dah bincang hal ni siang tadi dan kami dah bersetuju nak adakan majlis
akad nikah hujung bulan ni. Sebab tu malam ni Riz nak bincang dengan semua
orang untuk meminang Balkish untuk Riz hujung minggu ni.” terang Harriz.
“Nope! Mama dah ada calon untuk Harriz.
Mama dah pilih Ezora untuk jadi pasangan Harriz.” Bentak Puan Sri Hanum.
“Sorry, ma. Riz tak cintakan Ezora. Riz….”
Belum
sempat Harriz menghabiskan kata-katanya, Syarifah Ezora sudah bangun dari duduk
lalu berlari laju meninggalkan taman mini yang indah itu. Laju airmatanya jatuh
membasahi pipi.
“Ezora...
tunggu dulu.” Panggil Puan Sri Hanum. Dia sudah mula mengejar anak manja
sahabat baiknya itu. Begitu juga dengan Hanna. Sempat dia melemparkan sebuah jelingan
maut kepada abangnya.
Hanni
sudah menjerit keriangan. Berita yang baru disampaikan oleh abangnya itu
merupakan berita paling hangat di pasaran ketika ini.
******************************************************************************
“HARRIZ
sedar tak apa yang Harriz cakap ni? Mama tak setuju!!!” tinggi lontaran vokal
Puan Sri Hanum ketika Harriz memaklumkan hal itu kepada mereka semua sebentar
tadi. Mencerlung matanya memandang
Harriz. Bagai hendak ditelan sahaja anak itu.
Kesian
Syarifah Ezora. Teresak-esak gadis manis itu meninggalkan rumah ini sebentar
tadi.
Seperti
yang Harriz jangka. Mamanya pasti akan menentang hasrat murninya itu. Kan ke
mama dah berkenan mahu mengenenkan dia dengan Syarifah Ezora. Rasa mahu
tergelak juga dia melihat perubahan air muka Syarifah Ezora tadi. Merah padam
muka gadis itu. Itulah… sibuk sangat nak datang ikut sama dalam pertemuaan
keluarga ini, kan dah frust
menonggeng.
“Riz
sedar, ma. Tapi ini memang pilihan Riz. Riz nak kahwin dengan Balkish.” Balas
Harriz.
Puan
Sri Hanum mendengus kasar. Dia berdiri dekat dengan anak lelakinya itu. Tak
senang hati dia dengan keputusan mendadak yang Harriz buat. Dia baru nak
jalankan rancangannya mahu mengikat tali pertunangan antara Harriz dengan
Syarifah Ezora. Harriz pula sudah terlebih advance
mahu bernikah dengan Balkish. Memang boleh buat dia terkena heart attack.
“Harriz
memang dah melampau kan? Langsung tak nak dengar cakap mama. Apa kurangnya
Ezora tu sampai Harriz beria-ia sangat nak kahwin dengan perempuan lain? Apa
lebihnya perempuan tu???” Bentak Puan Sri Hanum. Matanya tajam menikam wajah
Harriz.
“Ma…
please. Tolonglah bagi Riz peluang
untuk buat pilihan sendiri. Riz cintakan Balkish. Bukannya Ezora. Riz nak
kahwin dengan Balkish.”
“Kamu
ni memang…” jari telunjuk Puan Sri Hanum sudah terarah dekat ke muka Harriz.
Bibirnya diketap tanda geram yang teramat sangat sehinggakan susah untuk dia
meneruskan kata.
“Sudahlah
tu Hanum. Tak guna awak nak halang apa yang anak kita mahukan. Ini sudah
menjadi pilihan dia. Biarkan ajelah. Lagipun Harriz dah besar panjang. Dah tahu
pilih mana yang terbaik untuk diri sendiri.” Ujar Tan Sri Hamdan yang sudah
mula masuk campur. Takut kalau dibiarkan nanti lain pula jadinya. Bukannya dia
tak tahu isterinya itu ada penyakit darah tinggi. Takut juga kalau-kalau
tekanan darah tinggi isterinya akan naik dengan mendadak pula.
“Abang
ni memang selalu nak sebelah si Harriz ni. Pasal tu anak ni naik minyak sangat.
Buat hal ikut suka dia aje. Kalau abang rasa abang nak ikut sangat kehendak
anak kesayangan abang ni… abang pergilah pinangkan perempuan tu untuk dia
sorang-sorang. Saya tak nak ikut. Saya tak nak pisang berbuah untuk kali yang
kedua macam kita pernah pinang si Dhia tu dulu.”
“Ma…
Balkish bukan Dhia. Dan Balkish tak sama dengan Dhia. Tolong jangan sesekali
mama nak samakan Balkish dengan Dhia. Balkish dengan Dhia langsung tak sama.”
Harriz mempertahankan cinta hatinya. Memang itulah kenyataannya. Balkish tak
sama dengan Dhia!
Mencerlung
mata Puan Sri Hanum memandang Harriz. Geram mendengar jawapan lantang anaknya
itu.
“Apa
yang tak sama? Harriz jangan nak sebelahkan sangat teman wanita Harriz tu.
Jenis-jenis perempuan yang selalu Harriz angkut tu… semua mama dah faham sangat
fiilnya. Bukan serius mana pun sukakan Harriz. Tapi lebih kepada sukakan harta
Harriz aje.”
“Balkish
bukan macam tu, ma.” Sangkal Harriz pantas. Dia sudah tak tahan dengan
kata-kata kesat mamanya sendiri terhadap Balkish. Mama tak kenal pun siapa
Balkish, tapi sudah membabi buta menuduh Balkish sama dengan wanita-wanita yang
pernah dia dampingi selama ini.
“Mama
tak peduli!!! Mama tak izinkan Harriz kahwin dengan perempuan yang kita tak
tahu asal-usulnya itu. Kalau Harriz nak kahwin… kahwin dengan Ezora. Ezora
berkali-kali ganda lebih baik daripada teman-teman wanita Harriz tu. Mama yakin
sangat kalau Harriz kahwin dengan Ezora, hidup Harriz akan bahagia. Lagipun
Harriz dengan Ezora sama taraf.” Dalam marah yang membara, Puan Sri Hanum
sempat lagi menyatakan hasrat hatinya yang terlalu ingin menyatukan Harriz
dengan Syarifah Ezora.
Tan
Sri Hamdan menggeleng-geleng. Mujurlah Hanis dengan Fahmie serta anak-anaknya
sudah pulang ke rumah. Sebaik sahaja melihat keadaan yang bakal menjadi tegang
tadi, Fahmie segera mengajak isteri dan anak-anaknya pulang. Jika tidak, tak
elok sangat menantu dan cucu-cucu melihat perangai isterinya yang sudah seperti
orang hilang akal itu. Cakap langsung tak bertapis. Hanna dengan Hanni pun
sudah diarahnya masuk ke dalam bilik masing-masing. Biar dia, isterinya dan
Harriz sahaja yang duduk berbincang.
“Perempuan
tu… siapa nama dia… hah, Balkish. Dia tu mesti ada niat yang tak baik dekat
Harriz. Pasal tu ajak kahwin dengan cara yang mengejut. Itu tak lain tak bukan
mesti nak menghakis harta Harriz la tu. Perempuan macam tu… tak layak nak jadi
menantu mama! Tak malu ke dia nak bermentuakan orang besar-besar macam kita ni?
Sedarlah diri dia tu sikit!”
“Hanum!”
Suara Tan Sri Hamdan sudah melengking tinggi menyebut nama isterinya.
Terdiam
Puan Sri Hanum buat seketika. Harriz juga terkejut mendengar suara papanya yang
tinggi itu. Selama ini jarang benar dia mendengar papa menbentak mamanya
sebegitu. Mungkin tahap kesabaran papa sudah hilang dek sikap mama yang sukar
sangat dikawal.
“Sudah-sudahlah
tu. Tak baik awak tuduh meluluh orang yang awak tak kenal. Kita belum kenal pun
budak Balkish tu lagi. Tak tahu pun bagaimana perangainya. Jangan nak samakan
dia dengan perempuan-perempuan yang pernah Harriz usung selama ni. Tak adil
untuk kita tuduh dia sebegitu.” Ujar Tan Sri Hamdan tegas. Tan Sri Hamdan ni
sesekali bersuara memang kecut perut juga dibuatnya.
Puan
Sri Hanum mendengus. Tangan disilangkan ke dada. Wajahnya masam mencuka. Sakit
hatinya bila suaminya juga turut menyebelahi Harriz.
“Saya
pun bukan asal dari keluarga senang-senang. Saya pun anak nelayan aje, Hanum.
Tapi awak pun suka saya jugakkan? Kahwin dengan saya jugakkan? Tak semua orang
susah tu hanya mahukan harta orang-orang kaya. Sebagai ibu bapa, kita kena
terima pilihan anak kita. Bukannya bertindak membabi buta macam ni. Awak tak
malu ke dengan Fahmie dan Hanis tadi? Dengan cucu-cucu awak? Sepatutnya awak
kawal sikit diri awak tu. Jangan sampai berkelakuan seperti ini depan anak dan
menantu.”
“Abang
suka sangatkan sebelahkan si Harriz ni. Pasal tu anak kita ni semakin besar
kepala. Bertindak ikut suka hati tanpa bincang dengan kita terlebih dahulu.”
Puan Sri Hanum masih tidak berpuas hati.
“Apa
yang Harriz buat sekarang ni nak berbincanglah. Hanum… boleh tak awak
bertimbang rasa sikit. Jangan asyik nak ikut kehendak awak tu aje. Saya tahu
awak dah janji dengan Syarifah Elina nak satukan Harriz dengan Syarifah Ezora.
Tapi kalau anak kita dah ada pilihannya sendiri, biarkanlah dia dengan
pilihannya. Dia yang nak bina masjid, biarlah dia yang pilih makmumnya. Kita
sebagai orang tua doakan saja yang terbaik untuk dia dengan pasangannya.”
Sekali
lagi Puan Sri Hanum mendengus. Tak guna bertekak dengan suaminya bila suaminya
sudah menyebelahi Harriz. Nampaknya memang dia kempunanlah nak bermenantukan
Syarifah Ezora.
“Suka
hati abang.” Bentak Puan Sri Hanum dengan muka yang masam mencuka.
“Mama
tak nak ambil tahu semua tu. Mama tak nak masuk campur! Kalau Harriz rasa nak
kahwin, nak buat majlis akad nikah, Harriz uruslah sendiri. Mama tak ambil
peduli lagi segala urusan Harriz lepas ni.” bentak Puan Sri Hanum. Kemudian dia
melangkah naik ke tingkat atas sambil menghentak-hentak kakinya sebagai tanda
protes.
Hanna
meraup wajahnya. Dia memang sudah menjangka tindakan mama ini. Dia memang sudah
menyangka mama tidak akan bersetuju.
“Dahlah…
Harriz jangan fikir sangat. Minggu depan kita pergi meminang. Perkara baik
macam ni tak elok dilambat-lambatkan.” Ujar Tan Sri Hamdan. Kesian dia melihat
wajah sugul anak lelakinya itu. Geram juga dia dengan perangai isterinya yang
semakin menjadi-jadi itu.
“Tapi
mama macam mana, pa? Riz yakin sangat mama tak akan ikut serta pergi meminang.”
Keluh Harriz.
“Takpelah.
Kalau mama tak nak pergi… biar papa, Fahmie dengan Hanis aje yang pergi. Harriz
jangan risau sangat. Pasal mama tu… alaaa, jangan layan sangat. Lambat-laun
hatinya pasti akan sejuk. Mama tu bukannya apa… dia sentiasa mahukan yang
terbaik untuk Harriz. Kan Harriz satu-satunya hero di hati mama. Pasal tu dia
mahukan yang terbaik untuk Harriz. Tapi cara mama tu aje yang salah. Nak Harriz
ikut kehendaknya sahaja.” Panjang papa berbicara.
“Dah.
Harriz jangan fikir sangat. Papa naik atas dulu tengok mama. Merajuk panjanglah
mama kamu tu dekat papa malam ni.”
Harriz
tersenyum nipis.
“Thanks, pa.” ucap Harriz. Rasa terharu
bila papa sentiasa membela dirinya.
Papa
memejam sekejap mata sambil tersenyum senang. Dalam hati dia mengucap rasa
syukur kerana satu-satu anak lelaki yang dia ada akhirnya sudah terbuka hati
untuk mendirikan rumah tangga. Semoga wanita yang bernama Balkish itu dapat
membimbing anaknya itu.
******************************************************************************
SEJAK
balik dari rumah Tan Sri Hamdan tadi, Syarifah Ezora asyik mengunci diri dalam
biliknya. Langsung tak mahu keluar. Jenuh Datin Syarifah Elina dengan Datuk Syed
Rahman memujuk puteri kesayangan mereka itu untuk membuka pintu. Namun Syarifah
Ezora tetap tidak mempedulikan mereka. Malah semakin menjadi-jadi pula tangisan
Syarifah Ezora.
“Ezora
sayang… kenapa ni? Tolonglah buka pintu ni. Jangan buat mummy dengan daddy
risau. Siapa yang buat Ezora bersedih? Cuba cakap dekat mummy dengan daddy. Please open the door my dear, Ezora.”
Lembut suara Datin Syarifah Elina memuju anak manjanya itu. Risau sungguh rasa
hatinya mendengar suara tangisan Syarifah Ezora yang semakin menjadi-jadi.
Malah dia semakin bimbang bila anaknya itu mula membuang barang-barang hingga
ada bunyi pecah yang kedengaran.
“Darling. I risaulah. Apesal dengan Ezora
tu? I rasa mesti ada yang tak kena. Pasal tu Ezora jadi macam ni.” Datin
Syarifah Elina menoleh ke arah suaminya.
“I
nak call Hanum la. Tentu dia tahu apa
yang dah jadi dekat Ezora sampai macam ni Ezora mengamuk.” Pantas Datin
Syarifah Elina cuba untuk menelefon sahabat baiknya itu. Hatinya kuat
mengatakan amukan Syarifah Ezora malam ini pasti ada kaitannya dengan keluarga
itu. Sedangkan sewaktu anaknya itu hendak berjalan ke rumah Tan Sri Hamdan
tadi, bukan main berseri-seri lagi wajah Syarifah Ezora. Tapi balik sahaja dari
sana, Syarifah Ezora terus mengunci diri di dalam bilik sambil menangis dan
membuang-buang barang.
Nombor
telefon Puan Sri Hanum didail. Bibirnya di ketap. Telefon bimbit sahabatnya itu
berada di luar kawasan.
“Hisy…
tak dapatlah pulak.” Gumam Datin Syarifah Elina. Bibirnya digigit-gigit.
“Takpelah. Biar I call Hamdan. You tolong pujuk Ezora.” Ujar Datuk Syed Rahman.
Telefon bimbit isterinya diambil. Kemudian nombor telefon Tan Sri Hamdan dicari
dan didail.
Tiga
kali deringan, akhirnya talian dijawab.
“Sayang…
please. Open the door. Jangan buat
mummy macam ni. Apa sebenarnya yang dah terjadi. Cuba cakap dekat mummy. Kita
bincang elok-elok.” Suara Datin Syarifah Elina berkumandang lagi. Lembut dan
penuh sabar dia memujuk anak kesayangan itu.
Kali
ini suara tangisan Syarifah Ezora sudah berhenti. Suasana menjadi sunyi-sepi.
Ini membuatkan hati Datin Syarifah Elina semakin menjadi tak keruan. Takut anak
kesayangannya itu bertindak sesuatu yang diluar jangkaan.
“Bik!
Oh… Bik! Cepat bawa ke sini kunci pendua bilik Cik Muda.” Teriak Datin Syarifah
Elina memanggil bibik.
Bibik
yang baru hendak menyuap nasi ke dalam mulut bergegas mendapatkan kunci pendua
bilik Syarifah Ezora. Dengan pantas dia memanjat anak tangga menuju ke arah
Datin Syarifah Elina yang masih memujuk anak kesayangannya itu di luar bilik.
“Hah…
cepatlah, bik. Yang bibik masih tercegat dekat situ buat apa lagi? Cepat bawa
sini kunci penduanya.”
“Ini
kuncinya, bu.” Kunci diserahkan kepada Datin Syarifah Elina.
Dengan
kasar kunci dirampas. Geram betul Datin Syarifah Elina dengan bibik yang lembap
itu.
“Hah,
yang tercegat dekat sini kenapa pulak? Dah… pergilah!” kasar Datin Syarifah
Elina berkata.
Terkocoh-kocoh
bibik yang sudah berusia lima puluh tiga tahun itu meninggalkan majikannya.
Dalam hati terasa sayu diperlakukan sebegitu oleh Datin Syarifah Elina. Namun
ditabahkan juga hatinya dengan kata-kata kesat wanita itu. Demi mencari rezeki
yang halal, dia perlulah bersabar. ALLAH sentiasa bersama hambanya yang sabar.
Bulat
mata Datin Syarifah Elina melihat keadaan bilik anak tunggal kesayangannya itu.
Bersepah sana-sini. Malah bunyi pecah tadi rupanya datang dari cermin solek
Syarifah Ezora yang sudah terpecah dua.
Perlahan-lahan
Datin Syarifah Elina menghampiri Syarifah Ezora yang sudah duduk sambil memeluk
lututnya sendiri. Menangis teresak-esak tanpa bunyi.
“Sayang…
what happened to you my dear? Talk to me.”
Lembut suara Datin Syarifah Elina kedengaran. Berlainan sekali bunyinya bila
dia sedang berbicara dengan bibik. Rambut ikal anaknya yang bewarna perang itu
dibelai penuh kasih sayang.
Syarifah
Ezora tidak bersuara. Cuma tangisannya sahaja yang sudah pecah kembali. Tubuh
mummynya dipeluk erat.
Tersentak
Datin Syarifah Elina. Laju dia turut membalas pelukan anak manjanya itu.
“Hey… kenapa ni? Siapa yang buat anak
kesayangan mummy ni menangis. Cakap dekat mummy. Apa dah jadi sebenarnya. Ezora
janganlah asyik menangis macam ni. Buat mummy risau tau.”
“Ha…
Harriz.” Syarifah Ezora cuba untuk memberitahu kejadian yang sebenar.
“Yea… kenapa dengan Harriz? Apa yang
Harriz dah buat dekat Ezora ni?” Rasa tak sabar Datin Syarifah Elina mahu tahu.
Mungkin ada sesuatu yang telah Harriz lakukan terhadap puterinya itu sehingga
Syarifah Ezora menangis beria-ia.
“Ha…
Harriz nak kahwin mummy. Ha… Harriz nak kahwin dengan orang la… lain.”
Teresak-esak Syarifah Ezora memberitahu. Kemudian tangisannya pecah lagi.
“What? Are you sure my dear?” soal Datin
Syarifah Elina terkejut mak beruk. Melengking tinggi suaranya.
Syarifah
Ezora hanya mengangguk-angguk. Tiada suara untuk berkata-kata lagi. Hatinya
sakit bercampur pedih mendengar kenyataan Harriz tadi. Andai kata gadis bernama
Balkish itu ada di depan matanya, mahu sahaja dia mencekik-cekik leher gadis
itu kerana begitu berani merampas Harriz daripada dia.
“It’s okey. Nanti mummy cakap dengan
auntie Hanum. I’m sure auntie Hanum
tak akan bersetuju dengan perkahwinan ini. Kan auntie Hanum sayangkan Ezora. Please stop crying. Biar mummy handle masalah ni. Ezora tak perlu risau
apa-apa.” Api amarah Datin Syarifah Elina juga sudah menyala-nyala.
“Tapi…”
Syarifah Ezora tidak dapat meneruskan kata-katanya. Suaranya tersekat-sekat.
“Syhhh… dah, dah. Jangan banyak fikir.
Mummy taulah apa yang harus mummy lakukan. Mummy tak akan maafkan orang yang
dah buat anak mummy ni menangis.”
Siapa
agaknya gerangan wanita yang berani sangat membuatkan anaknya itu menangis dan
kecewa hingga jadi begini?
“Mummy…
Zora sayang sangat kat Harriz. Zora tak boleh hidup tanpa Harriz. Zora tak nak
kehilangan Harriz, mummy.” Rintih Syarifah Ezora dalam pelukan ibunya. Esak
tangisnya kedengaran lagi.
Sayu
rasa hati Datin Syarifah Elina mendengar rintihan anaknya itu. Api kemarahannya
semakin meluap-luap. Ikutkan amarah yang bertandang dalam hatinya itu, mahu
sahaja dia pergi ke rumah Tan Sri Hamdan dan Puan Sri Hanum malam ini juga.
Tegar sungguh anak lelaki sahabat baiknya itu melukakan hati Syarifah Ezora.
“I know my princess.
Dahlah. Jangan menangis lagi. Mummy janji mummy akan paksa Harriz kahwin dengan
Ezora.”
Syarifah
Ezora mendongak. Memandang wajah mummynya dengan penuh harapan. Selama ini
mummy dengan daddy tidak pernah menghampakan segala permintaannya. Sebutlah apa
yang dia inginkan, pasti akan ditunaikan oleh mummy dan daddy.
“Promise, mummy?” pintanya penuh
mengharap. Dia tak mungkin akan melepaskan Harriz kepada perempuan lain.
Datin
Syarifah Elina mengangguk penuh yakin. Harapan menggunung anaknya itu tak
mungkin akan dihampakan.
Perlahan
ada segaris senyuman mekar pada bibir Syarifah Ezora. Dia berharap agar mummy
berjaya memaksa auntie Hanum menyatukan dia dengan Harriz.
Bila lagu cinta
bergema
~17~
Dingin malam yang menyelubungi
Hening sayu dalam hati
Berbicara bersendirian
Ku rasa resah
Selama dibuai rindu
Pada cinta yang terlalu
Terpendam di dalam hayalan
Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Ku tawan cinta yang sama
Hening sayu dalam hati
Berbicara bersendirian
Ku rasa resah
Selama dibuai rindu
Pada cinta yang terlalu
Terpendam di dalam hayalan
Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Ku tawan cinta yang sama
……………………………
Ziana Zain – Dingin
TENANG
Tan Sri Hamdan berdepan dengan wanita yang berjaya mencuri hati puteranya itu.
Ini rupanya Balkish. Orangnya manis bertudung litup. Budaknya juga nampak
lembut dan bersopan santun. Benarlah seperti apa yang Fahmie dan Hanis beritahu
padanya tadi, pilihan Harriz kali ini memang tepat. Tak salah kalau Balkish
yang Harriz mahukan sebagai isteri. Balkish dengan Syarifah Ezora bagaikan
langit dengan bumi.
Tak
hairanlah kenapa anak bujangnya itu begitu tergila-gilakan Balkish. Sehingga
sanggup melawan cakap mamanya yang mahu menyatukan dia dengan Syarifah Ezora.
Sedangkan, Syarifah Ezora itu cara berpakaiannya sama sahaja dengan gadis-gadis
yang pernah Harriz dampingi selama ini.
Tadi,
awal pagi Fahmie dan Hanis berjumpa dengannya. Melalui Fahmie dia mula tahu semua
cerita. Rupanya selama ini Harriz selalu ke F&F Holding bukan untuk
berjumpa dengan Fahmie menguruskan soal bisnes, tapi lebih kepada mengurat
Setiausaha menantunya itu. Harriz… Harriz… Memalukan sungguh.
Namun
Fahmie sendiri tak menyangka Balkish akhirnya jatuh cinta juga dekat Harriz
yang kuat menganggunya itu. Inilah kelebihan Harriz. Pakar cinta. Hingga mampu
membuatkan hati Balkish yang selama ini begitu meluat dengannya boleh berubah
sayang.
Balkish
hanya diam membisu. Tiada bicara yang lahir dari bibirnya. Makanan yang
terhidang depan mata pun hanya dicuit sedikit sahaja. Fikirannya masih
memikirkan untuk apa lelaki separuh usia bernama Tan Sri Hamdan Bin Razak ini
ingin bertemu dengannya? Pertama kali berdepan dengan usahawan dan jutawan
perniagaan yang terkenal itu, dia jadi tidak senang duduk.
“Tentu
Balkish tertanya-tanya… kenapa saya nak jumpa dengan Balkish, kan?” Soalan
pertama yang keluar dari mulut Tan Sri Hamdan setelah hampir lima belas minit
mereka mendiamkan diri. Hanya menikmati hidangan yang dihidangkan depan mata
dalam keadaan yang senyap.
Balkish
sekadar mengangguk. Mulutnya seolah-olah terkunci rapat untuk berbicara. Memang
benar telahan lelaki itu, memang dia sedang ternanti-nantikan untuk apa
sebenarnya pertemuan ini. Kalau nak bincang urusan bisnes, memang sesuatu yang
mustahil. Dia hanyalah setiausaha Encik Fahmie. Bukannya seorang pakar dalam
bidang perniagaan untuk membincangkan urusan bisnes dengan seorang ahli
perniagaan yang cukup terkenal seperti Tan Sri Hamdan.
Namun
jauh dalam lubuk hatinya, dia dapat rasakan pertemuaan tengahari itu lebih
kepada membincangkan hal mengenai Harriz. Ya! Harriz Tan Sri Hamdan.
“Semalam
Harriz dah beritahu pada kami semua yang dia hendak berkahwin dengan kamu. Saya
tak kenal kamu, Balkish. Sebab tu saya hendak berkenalan dengan kamu. Hendak
tahu dengan lebih jelas dari kamu sendiri… kenapa kamu hendak berkahwin dengan
anak saya? Sedangkan kamu kan tahu perangai Harriz tu macam mana? Dia tu ramai girlfriend. Sanggupkah kamu menerima
dirinya yang kaki perempuan itu?”
Dah
agak dah! Memang pasal Harriz.
Balkish
menarik nafas. Kemudian dihembus perlahan. Pertama kali berdepan dengan Tan Sri
Hamdan, dia perlu bijak untuk berbicara.
“Maafkan
saya, Tan Sri. Sebenarnya secara jujur saya katakan, saya tak menyintai anak
Tan Sri.” Jujur dan telusnya Balkish memberitahu. Seolah tiada rasa bersalah
untuknya memberitahu perkara yang sebenar kepada lelaki itu. Tenang sahaja nada
bicaranya.
Tersentak
Tan Sri Hamdan mendengar jawapan gadis itu. Berani mengaku yang dia tak
cintakan Harriz. Kata-kata isterinya mula terngiang-ngiang di telinga. Adakah
benar telahan isterinya itu? Wanita bertudung ini hanya mahukan harta anaknya
sahaja. Namun bila dia amati gadis di hadapannya itu, dia cukup yakin telahan
isterinya jauh terpesong. Tapi… kenapa pula gadis ini begitu berani mengaku dia
tak menyintai Harriz? Apa motifnya mahu berkahwin dengan Harriz jika dalam hati
tak ada rasa cinta?
“Kalau
kamu tak cintakan Harriz. Kenapa kamu nak kahwin dengan Harriz? Apa yang kamu
mahukan dari Harriz?” Soalan yang bermain di minda diluahkan. Nadanya sedikit
berbeza daripada tadi. Sedikit keras dan tegas. Namun wajah Tan Sri Hamdan
masih tenang seperti tadi biarpun hatinya sudah digocak api amarah.
Siapalah
yang tak marah bila ada yang berkata mahu berkahwin tapi tak cinta? Habis tu
untuk apa berkahwin kalau tak cinta? Nak harta? Itukah yang diingini gadis ini?
“Jodoh,
Tan Sri. Encik Harriz merupakan jodoh yang telah ALLAH tetapkan untuk saya.”
Berkerut
dahi Tan Sri Hamdan. Tak faham dengan bicara gadis itu. sekelumit rasa marah
masih ada kerana kata-kata gadis itu sebentar tadi.
“Sebelum
saya bersetuju untuk berkahwin dengan Encik Harriz, saya telah menunaikan solat
istikharah. Selama tiga malam berturut-turut itulah saya mendapat mimpi yang
sama. Saya lihat Encik Harriz pengantin lelaki yang menyarungkan cincin ke jari
saya. Pada mulanya saya susah nak percaya mimpi tu. Saya menganggap mimpi tu
cuma mainan tidur saya saja. Tapi malam keempat saya mintak petunjuk ALLAH,
saya didatangi mimpi yang sama. Mimpi bernikah dengan anak lelaki Tan Sri.
Sebab tu saya cukup yakin… Encik Harriz la jodoh terbaik untuk saya.” Nafas
ditarik lalu dihembus sebelum dia menyambung bicara.
“Saya
tau, Tan Sri. Encik Harriz memang ramai teman wanita. Saya juga pada asalnya
memang tak berkenan dengan perangai Encik Harriz yang kaki perempuan itu. Tapi
bila saya dapat mimpi ni… saya mula berfikir. Tentu ada sebab dan hikmah kenapa
ALLAH tentukan jodoh kami berdua. Saya sedar saya tak layak untuk anak Tan Sri.
Bagai langit dengan bumi. Tapi percayalah cakap saya Tan Sri. Saya berkahwin
dengan Encik Harriz bukan kerana saya mahukan harta keluarga Tan Sri. Sebesar
kuman pun saya tak pernah terfikir mahu membolot harta kekayaan keluarga Tan
Sri. Apatah lagi mahu menumpang senang.” Panjang lebar Balkish mengulas.
Perasaan
Tan Sri Hamdan tiba-tiba sahaja menjadi tenang dan sejuk mendengar pengakuan
gadis itu. Rasa seperti memang inilah wanita yang layak untuk anaknya itu.
Belum pernah dia bertemu dengan wanita yang sudi berkahwin dengan anaknya hanya
kerana mimpi. Selama ini, jika ada wanita-wanita yang mendampingi Harriz, semua
mahukan duit anaknya itu sahaja. Jika wanita ini sudi menerima anaknya yang kaki
perempuan itu hanya disebabkan mimpi yang ALLAH berikan untuknya, jadi kenapa
tidak dia sudi menerima wanita yang baik ini untuk menjadi menantunya. Memang
benar… mungkin hanya Balkish yang mampu mengubah diri Harriz yang kerap
berfoya-foya itu.
Lagi
pula, sejak akhir-akhir ini dia sendiri melihat perubahan dalam diri Harriz.
Anaknya itu sudah tidak keluar malam lagi. Di Elite Corporation, Zatul sering memaklumkan bahawa bosnya selalu
berada di pejabat waktu pejabat. Tidak lagi suka mengular macam dulu. Bawa
teman-teman wanitanya masuk ke pejabat pun tidak. Bila ada di antara
teman-teman wanitanya yang membuat panggilan ke pejabat, Harriz sudah tidak
pernah menjawab panggilan yang dibuat. Asyik memberi alasan sibuk memanjang.
Kira disiplin Harriz kian cemerlang sejak tiga empat bulan ini disebabkan
Balkish. Jika keluar pun hanya pergi ke pejabat Fahmie. Konon nak bincang
urusan bisnes yang bakal diusahakan bersama abang iparnya itu. Tak sangka anak
itu ke sana kerana hendak mengurat gadis bertudung ini.
Harriz…
Harriz. Memang otak perempuan. Tapi dia bersyukur kerana perempuan pilihan
Harriz adalah perempuan seperti yang berada di depan matanya ini. Yang sedap
mata memandang.
Tiba-tiba
Tan Sri Hamdan tersenyum lebar. Dia menarik nafas lega. Walaupun terbit juga
sedikit rasa terkilan, namun dia yakin pasti wanita ini yang terbaik buat
anaknya itu.
“Tapi
sanggupkah awak hidup dengan lelaki yang awak tak cinta?” Tan Sri Hamdan tetap
mahu menduga. Sudikah Balkish bernikah dengan Harriz yang tidak dicintai itu?
Balkish
mengukir senyuman segaris. Membalas senyuman Tan Sri Hamdan yang dirasakan
ikhlas buatnya.
“Pada
awalnya memang saya tak sanggup. Tapi saya kena belajar untuk menerima.
Bukankah pemberian ALLAH itu adalah yang terbaik untuk kita sebagai hambanya, Tan
Sri?” Jawapan yang diakhiri dengan soalan kepada Tan Sri Hamdan.
Laju
kepala lelaki itu mengangguk-angguk. Inilah menantu yang dia impikan untuk
Harriz. Bijak! Biarpun ada sedikit rasa terkilan dalam hatinya. Kenapa Balkish
tidak sukakan Harriz? Namun jawapan gadis bertudung itu yang mengatakan dia
akan cuba belajar menyintai Harriz, membuatkan dia menarik sedikit nafas lega.
Sebagai ayah kepada Harriz, dia akan mendoakan kebahagian anaknya itu bersama
wanita ini.
Cuma
perkhabaran ini tidak boleh sampai ke pengetahuan isterinya. Dia yakin
isterinya itu tidak akan bersetuju untuk Harriz berkahwin dengan Balkish andai
dia tahu keadaan yang sebenar. Sedangkan sekarang ini pun isterinya itu sudah
menentang habis-habisan. Apatah lagi jika isterinya itu tahu keadaan yang
sebenarnya. Biarlah dia seorang sahaja yang mengetahuinya.
“Tak
salah Harriz pilih Balkish. Lega rasanya hati saya ni bila Balkish dah berkata
begitu. Sekurang-kurangnya saya dah ada jawapan untuk semua soalan. Tak adalah
menjadi teka-teki lagi.”
“Maafkan
saya Tan Sri. Saya tahu keputusan kami untuk mendirikan rumah tangga ini
sesuatu yang amat mendadak dan terburu-buru. Tapi… saya tak mintak buat majlis
besar-besaran, cukuplah sekadar majlis akad nikah sahaja. Itu pun sudah memadai
buat saya.”
“Takpe, Balkish. Saya merestuinya. Saya cuma
berharap agar Balkish boleh mengubah Harriz menjadi lelaki yang baik. Menjadi
suami yang bertanggungjawab. Besar harapan saya agar Balkish dapat membimbing
Harriz kembali ke pangkal jalan.” Besar harapan Tan Sri Hamdan kepada Balkish.
Hatinya berasa yakin bahawa gadis itu sahaja yang mampu mengubah perangai kaki
perempuan anak bujangnya itu. Lagipun jika bukan gadis ini mempunyai auranya
yang tersendiri, tak mungkin anaknya itu serius untuk mendirikan rumah tangga.
Dia tahu Balkish pasti boleh mengubah anaknya itu. Mengembalikan Harriz yang
dulu kepada mereka semua.
Balkish
sekadar mengangguk perlahan. Nampaknya awal-awal lagi Tan Sri Hamdan sudah
meletak satu harapan ke atas bahunya.
“Insya-ALLAH,
Tan Sri. Saya akan cuba sedaya-upaya saya. Saya pun bukannya sebaik mana.
Terima kasih… sebab beri restu Tan Sri kepada kami.” Luhur Balkish berkata.
Lega rasa hatinya kerana lelaki itu memberi restunya kepada mereka.
Sekurang-kurangnya masjid yang bakal dibina mendapat restu daripada salah
seorang orang tua Harriz.
“Tapi
sebelum tu uncle nak mintak sesuatu
dari Balkish.” Tan Sri Hamdan sudah mula ramah. Jika tadi dia membahasakan diri
dengan menggunakan ‘saya’, tetapi kini dia sudah membahasakan dirinya sebagai
‘uncle’.
“Apa
dia Tan Sri?” Balkish masih seperti tadi. Masih memanggil lelaki separuh usia
itu dengan panggilan Tan Sri. Janggal dia mahu memanggil ‘uncle’ biarpun Tan
Sri Hamdan sudah memulakan panggilan itu. Kalau usia ayah masih panjang hingga
kini, tentu ayah juga sudah sebaya Tan Sri Hamdan. Fikir Balkish. Terbit
kerinduan pada kasih sayang seorang ayah yang tak pernah dirasainya.
“Boleh
tak tarikh nikah kita lewatkan ke bulan depan? Maksud uncle pertengahan bulan depan. Kalau nak buat majlis akad nikah
hujung bulan ni, rasanya tak sempat kita nak buat elok-elok. Tinggal dua minggu
aje lagi. Dah kelam-kabut sangat. Kalau Balkish setuju, hujung minggu ni uncle dengan rombongan akan datang
meminang. Lepas tu kita bolehlah buat persiapan yang simple-simple seperti yang Harriz dan Balkish inginkan. Boleh?”
“Saya
ikutkan saja mana yang baik, Tan Sri.” Jawab Balkish tanpa banyak songeh.
Tan
Sri Hamdan tersenyum puas.
“Baguslah
kalau macam tu. Eh… asyik sangat kita bersembang. Balkish… jemputlah makan.”
Senang hati Tan Sri Hamdan bila gadis itu mahu bertolak ansur.
Sekurang-kurangnya mereka masih mempunyai masa untuk membuat persiapan majlis
pernikahan Harriz yang bakal dilangsungkan awal bulan depan. Insya-ALLAH.
******************************************************************************
BUKAN
main masam lagi wajah Datin Syarifah Elina ketika itu. Langsung tak ada sedikit
senyuman pun. Dah macam muka Mak Lampir nak mengamuk pulak muka Mak Datin
sorang tu. Jika bukan kerana dia memikirkan Puan Sri Hanum itu sahabat baiknya
dari kecil lagi, mahu sahaja dia mengheret Syarifah Ezora untuk pulang ke
rumah. Sakit benar hatinya bila mendapat tahu berita itu daripada suaminya
semalam. Padanlah Syarifah Ezora menangis beria-ia, rupa-rupanya anak lelaki
Puan Sri Hanum telah merobek hati anak kesayangannya itu. Sesuatu yang terlalu
sukar untuk dimaafkan!
“Kalau
bukan sebab kita ni kawan dari kecil, I tak hingin nak berjumpa dengan you
lagi, Hanum. Sampai betul hati Harriz lukakan hati Ezora. Apa kurangnya anak I
ni sampai Harriz tolak Ezora? Ezora lengkap segala-galanya. Dia cantik,
berpendidikan tinggi, berharta dan lahir dari keluarga yang berada. Apa lain
yang kurang tentang Ezora sampai Harriz bukan main sombong lagi menolak anak I
ni?” Hati Datin Syarifah Elina masih panas membara.
Syarifah
Ezora yang mendengar kata-kata pujian mummynya mengenai dirinya itu sudah
kembang hidung. Bangga bukan main lagi dia. Mujurlah matanya berselindung dek
cermin mata hitam saiz pepatung yang dipakainya, jika tidak… tentu semua nampak
betapa bersinarnya mata Syarifah Ezora kerana pujian melambung tinggi itu.
“I’m sorry, El. I tahu Harriz tak patut
lukakan hati Ezora. I pun bengang dengan anak I tu. Sejak berkawan dengan
perempuan tu… bukan main berani lagi Harriz melawan cakap I. Apa I cakap semua
dia tak nak dengar. Semua nak nak berpihak dekat perempuan tu!” Adu Puan Sri
Hanum dengan nada geram yang tak sudah-sudah. Semalaman dia merajuk dengan
suaminya. Merajuk kerana suaminya begitu mengikut kehendak Harriz.
“Entah-entah
budak perempuan yang hendak berkahwin dengan Harriz tu dah bomoh-bomohkan anak
you, tak? Pasal tu Harriz semakin berani melawan cakap you. Alaaa… zaman
sekarang ni, bomoh-bomoh tu masih ada lagi.”
Puan
Sri Hanum mengetap bibir. Ada kemungkinan juga cakap Datin Syarifah Elina itu.
Siapa tahu, kan? Mungkin benar anaknya telah diberi ubat guna-guna. Sebab
itulah Harriz tak mau dengar cakapnya lagi.
“Habis
tu sekarang ni macam mana? Harriz dah sakitkan hati Ezora. Harriz pun dah nak
kahwin dengan perempuan tu. Apa lagi yang kita ada? Nampaknya impian kita nak
berbesan hanya tinggal angan-angan ajelah, Hanum. Kalau I tau Harriz bakal
lukakan hati anak I ni… I tak akan sesekali ikut rancangan you untuk satukan
diaorang. Ini semua salah you, Hanum. You yang paksa sangat agar Harriz
disatukan dengan Ezora. Tengok macam sekarang, anak I dah jatuh cinta dekat
anak you yang kaki perempuan itu. Tapi anak you pula dengan senang hati
hancurkan hati anak I. Memang melampau!” meluap-luap api kemarahan Datin
Syarifah Elina. Dia memang tak boleh lihat anaknya bersedih. Sakit benar
hatinya.
“El,
you janganlah cakap macam tu. Majlis akad nikah tak langsung pun lagi. Kita
masih ada harapan nak satukan Harriz dengan Ezora.”
Mencerlung
mata Datin Syarifah Elina memandang Puan Sri Hanum yang masih meninggi
harapannya mahu menyatukan Harriz dengan Syarifah Ezora.
“Harapan
apa lagi yang kita ada? Anak you dah tolak anak I. Dah terang-terang dia tak
sukakan Ezora. So… harapan apa lagi
yang you maksudkan kita ada?” bertubi-tubi Datin Syarifah Elina melontarkan
soalan.
“El,
you janganlah buat macam ni dekat I. Kan kita kawan baik dari kecil. You pun
tau kan I begitu sayangkan Ezora. I pun mahu Ezora jadi menantu I juga.”
“You
aje yang beria-ia mahukan anak I ni jadi menantu you. Tapi anak you si Harriz
tu langsung tak pandang Ezora. Macam mana nak kahwin?”
Puan
Sri Hanum menghela nafas. Dia sedar sahabatnya itu sudah naik angin. Namun dia
tetap tidak boleh menyalahkan Datin Syarifah Elina. Ini semua berpunca
daripada… Balkish! Ya… perempuan bernama Balkish itulah yang menjadi segala
punca bagi masalah ini.
“Sudahlah
Hanum. Lupakan saja pasal nak berbesan tu. I dah tawar hati nak berbesan dengan
you. You pun bukannya dapat buat apa-apa lagi. Tak dapat pun nak halang
keinginan anak you untuk berkahwin dengan perempuan lain. So… buat apa lagi I
nak harap untuk kita berbesan.”
“Tapi
El…”
“Sudahlah.
I nak balik. I dah malas nak cakap benda yang menyakitkan hati ni. I doakan aje
you dapat menantu yang baik. Jangan you dapat anak hantu jadi menantu
sudahlah.” Pantas tas tangan bewarna keemas-emasan disisi meja dicapai.
“Jom
Ezora. Kita balik.” Arah Datin Syarifah Elina kepada Syarifah Ezora yang duduk
diam sedari tadi. Dia ingin menyampuk. Namun suaranya seolah-olah tersekat. Dia
berharap dapat berkahwin dengan Harriz, namun ini pula yang jadi. Mummy
benar-benar naik berang bila auntie Hanum kata tak dapat nak halang Harriz
daripada berkahwin dengan perempuan pilihannya itu. Lebih-lebih lagi bila uncle
Hamdan sudah menyebelahi pihak Harriz. Sedih rasanya hati Syarifah Ezora. Rasa
mahu meraung sahaja dia di situ. Peduli apa orang lalu lalang tengok.
Puan
Sri Hanum mengerling ke arah Syarifah Ezora yang bercermin mata besar itu.
“Auntie
akan pastikan Harriz akan berkahwin juga dengan Ezora suatu hari nanti. Auntie
begitu sayangkan Ezora.” Ujar Puan Sri Hanum pada Syarifah Ezora. Jemari anak
itu diramas lembut.
Syarifah
Ezora sekadar mengangguk lemah. Dia juga memang berharap sangat dapat berkahwin
dengan Harriz. Hatinya sudah diberikan sepenuhnya kepada lelaki itu. Dia tak
sanggup kehilangan Harriz. Biarpun Harriz tidak menyintainya, dia tetap mahu
memilik Harriz. Tiada perempuan lain yang boleh merampas Harriz daripadanya.
Bila lagu cinta
bergema
~18~
KOTAK
cincin baldu bewarna merah hati itu dibelek-belek. Kemudian cincin emas putih
bertakhtakan tiga butir berlian dikeluarkan. Tersenyum-senyum dia sendirian
memerhati cincin itu. Semalam, dia langsung tak masuk ofis kerana cincin itu.
Habis kedai emas di Suria KLCC dia masuki semata-mata hendak mencari cincin
yang terbaik untuk bakal isteri tercinta. Hehehe… sampaikan Kak Hanis merungut
dengan mengatakan dia begitu cerewet mengalahkan orang perempuan mencari
barang. Kesian… Kak Hanis. Demi adik kesayangannya ini, dia turutkan juga
permintaan Harriz yang minta dia temankan untuk mencari cincin nikah. Kata
Harriz, Hanis seorang yang begitu pakar mengenai barang kemas. Tentulah
kakaknya itu pandai membuat pilihan yang terbaik.
Nak
harapkan mama, hmmm… sejak Harriz mengumumkan bakal bernikah dengan Balkish tak
lama lagi, mama dah buat perang dingin dengan Harriz. Bila bertembung, mama
buat tak layan aje dengan kehadirannya. Atas meja makan pula, mama langsung
tidak menghiraukan Harriz lagi. Mama seolah-olah menjadi Snow Queen yang begitu dingin dan beku.
Di
sini, bermula daripada staf yang bekerja di bahagian lobi sehinggalah yang
bekerja di tingkat enam bangunan Elite
Corporation, semua asyik membicarakan
perihal berkenaan majlis pernikahan anak tuan punya Elite Corporation yang akan berlangsung awal bulan depan. Cepat
benar berita tersebar. Ada yang berbisik baik, ada juga yang berbisik jahat.
Menabur fitnah dengan mereka pelbagai preskulasi sendiri. Kalau benar takpelah
jugak. Ini semuanya auta belaka. Namun itu semua tidak dihiraukan oleh Harriz.
Dia sudah lali dengan semua perkara seperti itu. Yang penting, dia tahu apa
yang dia lakukan.
Cincin
berlian itu dibelek sekali lagi. Senyumannya kian melebar. Rasa tak sabar dia
menunggu saat-saat bahagia bergelar suami kepada Balkish. Harap-harap saiz jari
Kak Hanis ini sama dengan saiz jari Balkish.
Semalam
papa ada memberitahunya, papa akan menghantar rombongan meminang Balkish hujung
minggu ini. Dan majlis akad nikah pula akan berlangsung awal bulan depan.
Syukurlah… papa tidak menentang seperti mama.
Teringat
Balkish, rasa rindu itu mula menyerbu. Lantas Samsung Galaxy Note yang berada
di atas meja dicapai. Nombor telefon Balkish dicari lalu didail. Bibirnya
mengukir senyuman paling indah kala panggilannya dijawab di hujung sana. Terus
dia bangun dari duduknya. Bergerak sedikit dan membuang pandangan ke luar.
Kuala Lumpur memang tak pernah lekang daripada kesibukan. Dari tingkat lima
bangunan Elite Corporation, dia boleh
lihat dengan jelas kesibukan kota. Malah dari dalam biliknya ini, dia juga
dapat melihat bangunan indah KLCC yang tinggi.
“Hai… you. Tengah buat ape tu?” Soalan pertama daripada Harriz
ketika Balkish menjawab panggilan telefon yang dibuatnya.
“Assalammualaikum,
Encik Harriz. Kita ni orang islam… kan elok kalau bagi salam dulu sebelum
menyapa.” Tegur Balkish di hujung talian.
Harriz
ketawa kecil. Rambutnya digaru perlahan.
“Walaikumsalam.
Sorrylah. Tak sengaja. Dah terbiasa.”
“Lain
kali tu belajar bagi salam. Jangan nak terhai-hai.
Kita ni orang islam. Bukannya orang putih.” Gumam Balkish lagi.
“Okey.
Lain kali I akan bagi salam dulu. Okey, sayang?” Romantik sungguh suara Harriz
memanggil Balkish dengan panggilan sayang.
“Ufff… jangan panggil sayang boleh tak?”
pinta Balkish. Geli geleman dia bila Harriz memanggilnya seperti itu.
Harriz
ketawa kecil. Alahai… Balkish. Pantang diusik mulalah nak melatah.
“You
ni tak boleh nak berguraulah, Kish. Apa salahnya kalau I panggil you sayang?
Kan tak lama lagi kita bakal menjadi suami isteri. Kenalah praktis awal-awal
panggil sayang. You tu pun… kenalah mula belajar dan sesuaikan diri panggil I
abang. Jangan nak berencik-encik lagi.” Harriz sudah ketawa-ketawa.
“Tolong
sikit ye Encik Harriz. Kita masih ada
tiga minggu aje lagi untuk majlis ni berlangsung. Dalam tempoh tu,
bermacam-macam perkara boleh jadi. Kalau Encik Harriz terlebih sangat nak
menggatal, saya dengan ringan hati akan membatalkan majlis ni.” Balkish sudah
mula mengugut. Hanya itulah satu-satunya cara buat Harriz berhenti
beromantik-romantik dengannya. Geli benar dia mendengar.
“Alaaa…
you ni. Sikit-sikit nak batal majlis. I main-main ajelah. Oh ye… bila you nak
balik kampung beritahu family you pasal perkara ni?”
“Hari
ni.” Pendek Balkish menjawab.
“Hari
ni?” soal Harriz dengan dahi yang berkerut-kerut.
“Ha’ah. Saya dekat airport sekarang ni.
Nak balik kampung. Saya mintak cuti dua hari.” Malas hendak disoal-siasat
lebih-lebih, Balkish terlebih dahulu memberitahu.
“Kenapa
tak bagitau I?” keluh Harriz. Kecewa sangat dia bila Balkish langsung tak
bagitau dirinya. Huhuhuuu… Rasa macam nak menangis pun ada. Pasti dia akan
merindui kekasihnya itu.
“Untuk
apa saya nak bagitau Encik Harriz pulak?”
“Iye
la. Kalau tak… boleh I ikut you balik kampung sama. Boleh I berkenalan dengan
bakal mak mentua I. Jadi bila kita kahwin nanti takdelah I nak segan sangat
dengan keluarga you. You taulah… I ni penyegan orangnya.”
“Takde
maknanya, Encik Harriz. Dahlah… saya dah nak bording ni. Encik Harriz ni takde kerja lain ke selain daripada menganggu
saya, hah?”
“Heheheee…
I ada banyak kerja. Tapi I tak dapat nak buat kerja sebab asyik terbayangkan
wajah you. I miss you so much my sweet
prin…”
Tuttttttttttt…
tuttttttttt… tuttttttt…
Belum
pun sempat Harriz menghabiskan ayatnya, Balkish sudah mematikan talian.
Harriz
memandang telefon bimbitnya. Kemudian bibirnya tersungging senyuman nipis.
Balkish… Balkish.
Pantas
dia mula menaip sesuatu.
‘I
miz u so much my sweet princess. Muah…’
Kemudian
mesej jiwang berkarat itu disend kepada Balkish. Selang sesaat, buat pertama
kali dalam hidupnya mesejnya dibalas oleh Balkish.
‘I
hate u!!!!!’
Harriz
suda ketawa membaca balasan itu.
“Balkish.
Aduh… tak sabar nak jadikan kau milik aku.” Ucap Harriz sendirian. Melayan hati
yang tengah berbunga cinta.
******************************************************************************
SAMPAI
sahaja di Senai International Airport,
Johor Bahru, Balkish terus mengambil teksi yang banyak berhenti mengambil
penumpang di luar airport. Dia
mengarahkan pakcik teksi untuk membawanya ke tanah perkuburan orang-orang Islam
di Kampung Melayu Majidee. Sudah lama dia tidak menjenguk kubur arwah ayah
dengan mamanya di situ. Terasa kerinduannya terlalu mencengkam jiwa.
Sejak
dia tahu siapa dirinya yang sebenar, barulah dia tahu kubur sebelah arwah ayah
itu merupakan kubur arwah mamanya. Dulu setiap kali hari raya menjelma bila
mereka sekeluarga menziarah kubur, dia tak pernah tahu itu adalah kubur arwah
mamanya. Malah ibu dengan tok mak pun tak pernah memberitahunya itu adalah
kubur arwah mama. Cuma Batrisya ada
memberitau, kubur sebelah arwah ayah itu merupakan kubur makcik. Pada waktu itu
dia memang tak tahu makcik yang dimaksudkan oleh Batrisya adalah kubur mamanya.
Namun, hatinya sering berdebar setiap kali memandang kubur itu. Dan dia dengan
Batrisya sering membacakan surah yasin pada kubur itu bila ada peluang
menziarahi kubur arwah ayah. Rupa-rupanya, kubur yang dia tak pernah tahu
selama ini milik mamanya itu merupakan kubur seorang wanita yang telah
melahirkan dia ke dunia ini.
Selesai
membaca yasin dan memohon doa ke hadrat Ilahi untuk arwah ayah dan mamanya,
Balkish duduk sekejap. Batu nisan kedua-dua kubur yang bersebelahan itu diusap
lembut. Sayu rasa hatinya.
“Maafkan…
Kish mama, ayah. Sebab dah lama sangat tak datang jenguk mama dengan ayah.
Bukannya Kish lupakan mama dengan ayah, cuma keadaan Kish waktu tu tak berapa
nak mengizinkan untu Kish ke sini. Tapi… Kish tak pernah lupakan mama dengan
ayah. Mama dengan ayah tetap ada di hati Kish.” Ujar Balkish sambil melekatkan
tangannya ke dada. Tanda disitu arwah mama dengan ayah tetap dikenang. Batu
nesan mamanya diusap perlahan. Terasa airmatanya sudah mengalir lesu ke pipi.
Biarpun dia tak pernah jumpa mamanya, tak pernah rasa pelukan mamanya, namun
dia begitu yakin mamanya seorang wanita yang penyayang. Dia rindukan mama!
“Ma…
Kish begitu rindukan mama. Kish tak pernah jumpa mama. Tapi Kish yakin… mama
pasti seorang wanita yang baik dan tabah menghadapi dugaan hidup. Bukan seperti
yang selalu tok mak katakan dekat Kish. Kish yakin mama tak sekejam itu.” Sayu
Balkish berbicara sendiri. Airmara semakin deras mengalir. Biar tak pernah
berjumpa dengan wanita itu, namun dia begitu rindukan belaian seorang ibu.
Selama hidupnya, dia tak pernah merasa kasih sayang itu.
Ibu?
Dalam hati ibu dia hanyalah insan asing yang menyusahkan. Kehadirannya tak
pernah disenangi oleh ibu dan tok mak sejak dari dulu lagi. Semakin pilu rasa
hati Balkish bila mengenangkan layanan ibu dan tok mak kepadanya selama ini.
Seperti dia memang tiada pertalian darah dengan mereka berdua. Entah sampai
bilakah ibu dan tok mak terus melayannya sebegini.
Perlahan…
nafas ditarik panjang-panjang. Kemudian dihembus. Dia perlu menenangkan
dirinya. Ada perkara yang lebih penting hendak dimaklumkannya kepada semua hari
ini. Disebabkan itulah dia telah mengambil cuti selama dua hari mulai hari ini.
Mujurlah Encik Fahmie seorang ketua yang cukup memahami. Terus sahaja bosnya
itu memberi kelulusan untuk dia mengambil cuti. Nampaknya minggu ini dia
terpaksa dia ponteng kelas. Pertama kali dia ponteng kelas sejak dia mengambil
PJJ di UiTM. Dia sudah memaklumkan hal itu kepada Dr. Saadiah, lecture yang bertanggungjawab dalam
kelasnya. Alhamdulillah… mujurlah Dr. Saadiah memberikan dia kebenaran. Tapi
nampaknya dia kenalah bekerja keras mengejar mata pelajaran yang ketinggalan
untuk dua hari itu.
“Ma…
Yah, Kish datang hari ni sebab Kish nak bagitau mama dengan ayah… Kish akan
bernikah awal bulan depan. Restui Kish, ma… yah. Kish takut dengan keputusan
yang Kish ambil. Tapi… Kish perlu berkorban demi Kak Risya. Kish begitu
sayangkan kakak. Kish mahu lihat Kak Risya bahagia.” Nafas dihela. Airmata yang
mengalir diseka dengan belakang tangan.
Kemudian
tangan ditadah. Dia membacakan surah Al-Fatihah untuk arwah ayah dan mamanya.
Botol mineral berisi air putih disiram perlahan-lahan pada tanah kubur arwah
ayah dan mama.
“Kish
balik dulu, ma… yah. Insya-ALLAH, jika dipanjangkan umur Kish akan datang
semula melawat ayah dengan mama.”
Dengan
berat hati, Balkish berlalu meninggalkan kawasan tanah perkuburan itu.
******************************************************************************
“CONGRATULATION…
Kish! Akak gembira dengar berita ni.” Ucap Batrisya sambil memeluk erat tubuh
adik tercinta. Pipi Balkish dikucup berulang kali. Gembira bukan main lagi dia
bila Balkish memaklumkan kepada mereka semua bahawa adiknya itu ingin
menamatkan zaman bujang.
Balkish
sekadar menarik senyuman nipis. Matanya sempat mengerling reaksi ibu yang duduk
dihadapan. Tiada sebarang respon yang ditunjukkan oleh ibunya. Diam tidak
berkutik. Senyum pun tidak. Tok mak yang duduk disebelah ibu pula masam
mencuka. Begitulah wajah tok mak setiap kali dia ada di sini. Terusik hati
Balkish melihat tingkah ibu dan tok mak.
“Thanks, Kak Risya.” Balas Balkish lembut.
Hanya Batrisya sahaja yang menunjukkan reaksi suka bila dia memberitahu hal
itu. Yang lain semua buat tak ambil kisah sahaja.
Eidham,
matanya tajam merenung wajah Balkish.
“Hurmmm…
kahwin tergesa-gesa ni mesti ada perkara tak elok dah terjadi. Entah-entah dah
‘berisi’.” Sinis dan pedih sekali sindiran yang tok mak berikan kepada Balkish.
Hingga membuatkan Batrisya mengerling neneknya itu. Tok mak ni memang suka main
lepas cakap.
“Tak
baik tok mak cakap macam tu. Risya yakin Kish tak akan buat perkara yang
memalukan.” Selar Batrisya dengan tegas. Jika berkaitan dengan Balkish, dialah
orang pertama yang akan mempertahankan adiknya itu.
Tok
mak mencebik. Dia bangun dari duduknya. Tak suka dia hendak duduk lama-lama di
ruang halaman rumah itu bila Balkish ada sama. Sakit segala isi dalamannya
setiap kali memandang wajah Balkish.
“Risya
tau apa? Orang sekarang ni… lebih-lebih lagi yang keturunan memang dah suka
buat onar tu… jangan disangka baik alim sangat. Nampak aje bertudung, tapi
dalam hati tu tak sebaik yang disangka.” Bidas tok mak lagi. Meluat benar dia
melihat wajah Balkish. Kenapalah gadis itu kerap sangat balik ke sini sejak
kebelakangan ini? Buat hatinya bagai disiat-siat.
Mencerlung
mata Batrisya mendengar kata-kata tok maknya yang sudah mula melangkah masuk ke
dalam rumah. Tok mak memang dah keterlaluan. Semakin tak ditegur sikapnya itu,
semakin menjadi-jadi pula. Ibu pula langsung tak mahu bersuara menegur sikap
tok mak yang dah menjadi-jadi. Ini yang buat Batrisya sedikit terkilan dengan
sikap ibu.
Rasa
hendak sahaja dia menjawab, namun genggaman jemari Balkish dan isyarat mata
adiknya itu menghentikan niatnya itu.
Balkish
menarik senyuman segaris bila Batrisya mengalah. Dia tak mahulah Batrisya dan
tok mak bertegang urat hanya kerana dirinya. Biarkanlah. Dia sudah lali dengan
caci-maki tok mak itu.
Hajah
Badariah juga sudah kelihatan bangun dari tempat duduknya. Wajahnya langsung
tidak memberi sebarang reaski terhadap berita yang Balkish sampaikan sebentar
tadi. Sedangkan dia patut memeluk anak itu dan mengucapkan terima kasih kerana
Balkish sudi mengikut kehendaknya. Namun entah kenapa, mulutnya begitu sukar
mengungkapkan kata terima kasih itu buat Balkish. Malah hatinya turut
berkata-kata, memang wajar Balkish berkorban untuk Batrisya kerana selama ini
Batrisya begitu menyayangi Balkish.
“Ibu
nak ke mana?” soal Batrisya bila lihat ibunya sudah bangun seolah ingin
berlalu.
“Ibu
nak masuk dalam. Nak berehat awal. Esok awal pagi ibu nak lawat cawangan
restoren kita kat Taman Berjaya.” Hajah Badariah memberi alasan. Dia bukannya
hendak berehat. Cuma dia juga sama seperti emak mentuanya, kurang selesa untuk
duduk bersembang jika Balkish ada sama. Hati seolah-olah terguris bila melihat
wajah gadis itu.
“Okeylah.
Assalammualaikum. Gud nite, bu.” Ucap
Batrisya manja sekali. Pipi ibu dikucup kiri dan kanan.
Balkish
yang duduk disebelah hanya mampu melihat kemesra dua beranak itu. Timbul juga
rasa cemburu di hati kecilnya. Seronok jadi Batrisya. Semua orang sayangkan
Batrisya. Dia juga begitu sayangkan kakaknya itu.
Setelah
ibu masuk ke dalam, Batrisya mengembalikan posisi duduknya mengadap Balkish.
Lebar dia tersenyum sambil jemari adiknya digenggam erat.
“Siapa
nama bakal suami Kish tu?” Eidham yang sedari tadi hanya mendiamkan diri dan
buat-buat sibuk dengan membaca buku undang-undangnya sudah bersuara. Hatinya
bagai dicarik-carik bila Balkish mengumumkan akan bernikah dengan lelaki
pilihannya awal bulan depan. Terlalu tergesa-gesa dirasakan keputusan Balkish
itu.
“Ha’ah la Kish. Siapa nama bakal suami
Kish tu? Akak pun nak tau juga.” Teruja Batrisya ingin tahu.
“Encik
Harriz.” Terlanjur Balkish menyebut Harriz dengan panggilan itu.
“Encik
Harriz?” dahi Batrisya berkerut.
“Errr…
tak. Maksud Kish, Abang Harriz.” Laju dia memperbetulkan kesilapannya. Tak mahu
Batrisya mengesyaki sesuatu.
Abang
Harriz? Huh! Uwek!! Rasa nak
terkeluar muntah panggil Harriz macam itu. Kalaulah Harriz dengar dia guna
panggilan ‘Abang Harriz’ itu, tentu lelaki itu tersenyum hingga kembang lubang
hidung.
“Sweetlah Kish ni. Abang Harriz. Dah
macam Ezza ombak rindu panggil Harriznya pulak. Abang Harriz gitu.” Batrisya
sudah mengulum senyuman nakal. Terbayang lakonan mantap Aaron Aziz sebagai
Harriz dan Maya Karin sebagai Ezza dalam filem box office Ombak Rindu. Biarpun dia tak sempat melihat filem box
office itu di panggung wayang kerana dia masih berada di UK ketika itu, namun
DVD yang dibeli membuatkan dia berulang kali menonton filem romantik itu. Aaron
Aziz dan Maya Karin memang sesuai.
Balkish
sekadar menarik senyuman nipis. Itu lagi baik dari dia panggil King Of The Crocodile mahupun buaya
jadian. Lagi sweet sangat-sangat.
Alahai…
Kak Risya. Kalaulah kakak tahu Kish dengan Encik Harriz tu bukanlah pasangan
kekasih, adakah Kak Risya akan segembira ini menerima berita perkahwinan Kish?
Eidham
yang duduk di sebelah Batrisya hanya mendengar dengan perasaan yang tak keruan.
Hatinya tak boleh menerima perkhabaran itu. Dia tak rela Balkish menjadi milik
lelaki lain. Dia perlu berbicara dengan Balkish.
“Sayang.
Boleh buatkan abang Nescafe, tak? Hauslah.” Pinta Eidham kepada Batrisya. Hanya
itu sahaja jalan yang ada untuk dia membuatkan Batrisya beredar memberi ruang
untuk dia bersembang dengan Balkish.
Balkish
pandang Eidham. Dia tahu lelaki itu sengaja minta kakaknya pergi ke dapur untuk
berbual dengannya.
“Eh,
takpe. Biar Kish yang pergi buat. Kak
Risya dengan Abang Eid tunggu dekat sini ye.” Laju Balkish memintas. Tanpa
membuang masa dia terus sahaja berlalu masuk ke dalam rumah dan meluru ke dapur.
Sesampai
sahaja di dapur, Balkish terus mencari botol yang menempatkan serbuk Nescafe.
Namun belum sempat dia memasukkan serbuk Nescafe itu ke dalam mug, Eidham
terlebih dahulu menyambar mug yang masih kosong. Tersentak Balkish dengan
kehadiran Eidham itu. Bila masa pula Eidham masuk ke dapur ini mengekorinya?
Namun dia cuba berlagak tenang.
“Apa
yang Kish buat ni?” soal Eidham dengan tegas. Tajam matanya memandang Balkish
yang buat-buat tidak tahu dengan kehadirannya itu.
“Buat
Nescafe la.” Acuh tak acuh Balkish menjawab. Setiap kali Eidham berada dekat
dengannya, dia pasti diburu rasa cemas.
Takut jika ibu atau tok mak terlihat atau terdengar perbualan mereka. Lagi
bertambah cemas jika Kak Risya sendiri yang mendengarnya. Dia tidak mahu ada
salah faham lagi.
Eidham
mendengus. Tiba-tiba dia berada geram dengan jawapan acuh tak acuh Balkish itu.
Sedangkan dia cukup yakin Balkish pasti tahu soalan sebenarnya.
“Bukan
itu maksud abang, Kish. Abang tanya… apa yang Kish buat sampai tergesa-gesa nak
kahwin? Kish sengaja, kan? Kish nak balas dendam dekat abang, kan? Kish nak
sakitkan hati abang, kan?” bertubi Eidham bertanya. Nadanya perlahan, namun
bunyinya kedengaran keras. Tajam matanya memandang Balkish yang masih beraksi
tenang itu.
Balkish
berpaling memandang Eidham yang berdiri tidak berapa jauh daripadanya. Tajam
matanya memandang Eidham. Semakin hari, dia semakin geram dengan perangai
Eidham yang semakin menyeksa perasaannya itu. Eidham benar-benar sudah berubah.
Tidak lagi seperti yang pernah dikenalinya dulu.
“Abang
Eid. Tolong sikit ye. Kish tak pernah
berdendam pun dengan Abang Eid. Kish kahwin, sebab ini jodoh Kish.” Tegas juga
Balkish menjawab. Mug ditangan Eidham dirampas kasar. Kemudian dia mengisi
Nescafe ke dalam mug warna merah itu sebelum menuang air panas ke dalamnya. Bau
aroma air Nescafe sudah menyerbu masuk ke lubang hidung. Sedapnya bau air
Nescafe.
“Jangan
nak bohonglah Kish. Abang tau Kish buat semua ni sebab nak bagi abang sakit
hati. Kish nak balas dendam dengan abang sebab abang kahwin dengan Batrisya.
Kish…tolong jangan buat abang macam ni. Abang tau abang bersalah dengan Kish.
Tapi abang tak boleh nak tengok Kish kahwin dengan lelaki lain. Bagi abang masa
Kish. Abang pasti akan berkahwin dengan Kish dan kita pergi jauh dari sini. Jauh
dari semua orang. Abang mahu hidup bersama Kish.”
Balkish
ketawa kecil. Kelakar dia mendengar rayuan Eidham yang bagaikan orang dah
hilang akal. Lelaki itu sudah tak ubah seperti orang gila talak. Meroyan
agaknya!
“Kish
takde masa nak bagi Abang Eid sakit hati segala. Untuk pengetahuan Abang Eid,
Kish cintakan Harriz. Dan kami akan bernikah tak lama lagi. Jadi tolong ye
Abang Eid, tolong jangan nak ganggu Kish lagi. Kish tak akan kahwin dengan
Abang Eid sebab dalam hati Kish sekarang dah ada nama Abang Harriz.” Lancar
Balkish berkata. Siap panggil Abang Harriz lagi. So… sweet. Kalaulah
Harriz dengar, tentu tak putus-putus senyuman lelaki itu. khakhakhaaa…
Geram
sungguh Balkish dengan Eidham. Disebabkan lelaki itulah dia kena berkahwin
dengan Harriz. Disebabkan lelaki itulah dia terpaksa berbohong. Memang
menyusahkan. Dua cawan mug Nescafe yang telah siap dibancuh segera di angkat.
Manakala satu cawan mug lagi dibiarkan tinggal di situ. Pandai-pandai Eidham la
buat nescafenya sendiri. Balkish dah tawar hati nak layan Eidham lagi setelah
melihat perangai Eidham yang kian menjadi-jadi itu.
Kemudian
dengan cepat-cepat Balkish berlalu dari situ. Meninggalkan Eidham yang masih
tak berpuas hati dengannya.
Ah…
lantak Eidham la!
Bila lagu cinta
bergema
~19~
Dulu
Aku pandang diriku
Kekasih yang setia
Tak pernah berdusta
Aku pandang diriku
Kekasih yang setia
Tak pernah berdusta
Kini
Aku mulai merasa
Sedap hati mendua
Perlahanku tinggalkan kamu
Aku mulai merasa
Sedap hati mendua
Perlahanku tinggalkan kamu
Tapi
Semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu
Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku
Semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu
Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku
……………………………
Klangit – Sesal Mendua
DHIA
melepaskan sebuah keluhan berat. Lirik lagu itu dirasakan amat kena dengan
situasinya kini. Saat ini, dia begitu rindukan Harriz. Teringat kenangan indah
bersama lelaki itu. Jika dulu, Harriz la yang sering ada di sisinya ketika dia
memerlukan teman untuk berbicara. Tapi kini… dia sunyi tanpa Harriz di sisi.
Hendak
berjumpa dengan Harriz, Dhia belum ada kekuatan untuk bersemuka dengan lelaki
yang pernah dikecewakan hatinya itu. Dia tak tahu bagaimana hendak berdepan
dengan Harriz. Tak tahu apa yang perlu diperkatakan setelah apa yang dia
lakukan pada Harriz tiga tahun lalu. Dek kerana terlalu percayakan Justin,
lelaki yang berasal dari Perth, Australia itu, akhirnya Dhia meninggalkan
Harriz. Sedangkan ketika itu Harriz sudah hantar rombongan meminang dirinya di
kampung. Tanpa rasa bersalah Dhia meminta arwah ayahnya menolak pinangan
daripada keluarga Harriz.
Ketika
itu memang arwah ayah amat marah dengan tindakan Dhia yang dirasakan langsung
tak masuk dek akal. Namun amarah ayah tidak diihiraukan sama sekali oleh Dhia.
Dhia mabuk dengan amukan cinta Justin yang sudah berjanji akan menikahinya bila
Dhia sudi mengikutnya nanti. Akan sentiasa menyayanginya sampai bila-bila. Dan
dengan senang hati juga Dhia telah mengikut Justin ke Australia dan tinggal
serumah bersama lelaki itu. Dhia lupa pada ALLAH. Dia lupa bahawa dia merupakan
orang islam. Dhia lupa pada pahala dan dosa. Dia lalai sehingga terhasut dengan
bisikan syaitan dan terlalu ikutkan nafsu. Sehingga dia merelakan lelaki
berlainan agama dengannya itu membelai segenap inci tubuhnya. Dan yang paling
menjijikkan, dia pernah sekali menggugurkan kandungannya atas permintaan
Justin. Konon Justin belum bersedia mahukan anak. Masih mahu berdua-duaan
dengan Dhia. Dhia yang mabuk cinta masa itu hanya menurut sahaja keinginan
kekasih hatinya itu.
Dhia
meraup wajahnya berkali-kali. Terasa dirinya begitu bodoh kerana terlalu
mempercayai kata-kata auta Justin selama ini. Dia serahkan segala-galanya
kepada Justin, namun lelaki itu hingga ke saat ini pun tidak sudi menikahinya.
Bukan sahaja tidak mahu menikahinya, malah sehingga ke saat ini Justin masih
tidak menukar agama asalnya. Dia sahaja yang tergila-gilakan Justin. Sedangkan
Justin, lelaki itu hanya membuat dia sebagai pelepas nafsu semata-mata. Jijik
sungguh Dhia bila mengenangkan hubungan terlarangnya bersama Justin selama ini.
Bagaimana Justin mencumbuhi segenap inci tubuhnya. Jika boleh dibasuh dengan
tanah merah, sudah lama dia menyucikan semula tubuhnya yang kotor itu.
Dan
ketika ini, rasa rindu terhadap Harriz begitu menyeksa jiwanya. Membuatkan
airmatanya mengalir membasahi pipi. Kalaulah dia tidak terlalu ikutkan kata
hati, sudah tentu kini dia bahagia sebagai isteri Harriz. Sudah tentu Harriz
memberikan dia kasih sayang yang tak berbelah bahagi.
“Dhia…”
sentuhan lembut pada bahunya membuatkan Dhia berpaling kepada wanita pemilik
suara serak-serak basah itu.
Cepat-cepat
Dhia mengesat airmatanya.
“Kenapa
ni? Apasal kau menangis?” Tanya Azura yang sudah melabuhkan punggung di sebelah
Dhia. Wajah sahabatnya itu ditenung. Sejak kembali semula ke Malaysia seminggu
yang lalu, Dhia sering sahaja mengelamun. Rasanya Azura tahu apa yang bermain
dalam fikiran temannya itu. Cuma dia tak mahu bertanya dengan lebih lanjut
lagi. Biarlah Dhia menenangkan perasaan dulu. Azura yakin Dhia pasti akan
menceritakan segala-gala kepadanya juga nanti.
Dhia
melepaskan keluhan. Seminggu berada di tanahairnya ini, seminggu juga dia
dipukul ombak rindu terhadap Harriz Tan Sri Hamdan. Dia ingin memendam rasa
hatinya, namun kesakitan yang dirasa sudah tidak tertanggung lagi. Dia perlukan
seseorang untuk mendengar luahan hatinya.
Kalaulah
arwah ayah masih hidup, tentu arwah ayah akan menempelaknya atas kebodohannya
itu.
“Aku…
aku rindukan Harriz, Zura. Terlalu rindukan dia.” Luah Dhia. Dia sudah tidak
terdaya hendak memendam parasaannya itu lagi. Dia benar-benar rindukan Harriz.
Lelaki yang begitu setia menyintainya. Namun dengan tegar dia melukakan hati
Harriz.
Azura
menghela nafas. Sudah ditebak memang perkara inilah yang membuatkan Dhia diam
membisu sejak kembali ke Malaysia. Bukannya dia tak tahu apa yang telah terjadi
pada hubungan cinta Dhia dengan Harriz. Tiga tahun lalu, Dhia begitu bahagia
bersama Harriz. Sehinggalah lelaki bernama Justin itu hadir dan membuatkan Dhia
lupa pada cintanya terhadap Harriz. Dek kerana mabuk cinta, Dhia sanggup
meninggalkan Harriz dan pergi mengikut Justin ke Luar Negara. Langsung Dhia
tidak menghiraukan Harriz yang begitu setia menyintainya.
Sejak
dari hari itulah, Azura mendapat tahu Harriz sudah berubah. Seratus peratus
berubah! Harriz berubah menjadi lelaki yang suka mempermainkan perempuan
sehingga Harriz digelar sebagai playboy
nombor satu di Kuala Lumpur. Teman wanita keliling pinggang. Begitu hebat
penengan cinta Dhia sehingga Harriz berubah menjadi seperti itu.
“Aku
tau aku bersalah, Zura. Tapi… aku tak boleh nak tipu perasaan aku sendiri. Aku
rindukan cinta dan kasih sayang Harriz.” Luah Dhia lagi. Airmata yang dikesat
tadi mengalir kembali. Kali ini dia sudah tidak kisah menangis di hadapan
Azura. Dia mahu melepaskan semua.
Azura
mengenggam jemari Dhia yang lembut.
“Kalau
macam tu kau pergilah jumpa Harriz, Dhia. Mintak maaf dekat dia.” Cadang Azura.
Dia juga kesian dengan Dhia. Lagipun dia yakin Dhia sudah insaf dengan apa yang
talah dia lakukan dulu terhadap Harriz. Jika tidak, takkanlah sampai begini
penyesalan Dhia kerana tindakan bodohnya dulu.
“Tapi
macam mana kalau Harriz tak nak jumpa aku? Aku takut, Zura. Takut Harriz tolak
nak bersemuka dengan aku. Aku pernah lukakan hati Harriz. Mahukah dia berjumpa
dengan aku lagi?”
“Kau
cubalah dulu, Dhia. Mana tahu Harriz mahu berjumpa dengan kau. Belum cuba belum
tahu.”
Dhia
mengesat airmata. Hatinya berbelah bahagi. Tak tahu apa yang perlu dia lakukan.
Namun jauh dalam lubuk hati, dia terlalu ingin bersemuka dengan Harriz.
Meluahkan kerinduan yang terpendam dalam hatinya.
“Kau
temankan aku jumpa Harriz, Zura. Boleh tak?” Pinta Dhia.
Azura
cuma mengangguk. Tak salah untuk dia menemani Dhia untuk bertemu dengan Harriz.
Manalah tahu cinta sahabatnya dengan Harriz akan berputik kembali.
******************************************************************************
HARRIZ
mengerut kening. Ni siapa pulaklah yang pergi main-main? Sekejap-kejap
menelefon. Bila dia jawab, tak nak pula bercakap. Diam macam orang bisu. Ini
sah ada orang yang hendak berkenalan dengan aku yang hensem menawan. Tapi sorrylah. Hati aku ni dah ada yang
punya. Tak lama lagi nak bergelar suami orang. Pilih orang lain aje ye. Aduh…
Harriz sudah mula perasan tahap gaban. Masuk bakul angkat sendiri!
Sekali
lagi Samsung Galaxy Notenya mengeluarkan irama yang sama. Dia memerhatikan
nombor yang keluar melalui skrin. Nombor yang asing baginya. Juga tak sama
dengan nombor yang tadi. Mungkin pemanggil yang sama dengan nombor yang tadi.
Sengaja nak guna nombor lain sebab dah dua panggilan nombor itu yang dibiarkan
sepi. Malas nak jawab panggilan daripada orang yang tak tahu bercakap. Bisu
betul-betul karang baru padan muka!
Talian
tidak dijawab. Namun selang sesaat handphonenya berirama semula. Juga nombor
yang sama. Harriz mendengus. Cepat dia menekan butang hijau.
“Helo!
Siapa ni? Kalau tak nak bercakap baik tak usah telefon. Buat habis duit aje.”
Tanpa mukadimah yang sedap didengar, Harriz terus menengking. Aduh… sejak bila
Harriz dah jadi mat-mat sensitive ni? Marah-marah tak tentu pasal. Sah! Ini
mesti dah terjangkit dengan penyakit suka marah-marah Balkish. Heheheee…
“Sayang…
apesal marah-marah ni?” suara rengekan manja dari corong sana kedengaran.
Harriz
mengerut kening. Sayang? Hisy… ini bekas awek aku yang mana satu pulak ni
panggil-panggil aku sayang?
“Sayang…
ini I la. Amylia.” Macam tahu-tahu apa yang Harriz fikirkan, laju Amylia
memperkenalkan dirinya. Di hujung sana dia sudah ketawa manja. Entah apalah
yang kelakar hingga membuatkan Amylia ketawa-ketawa kesukaan.
Harriz
mengeluh. Alahai… Amylia rupanya. Apalah yang perempuan sorang ini mahukan. Tak
sudah-sudah menelefon dirinya. Jika panggilan melalui telefon bimbit tidak
dijawab, wanita itu akan menelefon pula melalui talian ofis. Mujurlah Zatul
setiausahanya itu bijak pandai orangnya. Bermacam-macam alasan yang dia berikan
kepada Amylia. Zatul pun sekarang dah pandai kelentong. Sama otak dengan bosnya
jugak. Heheheee…
Namun
malam ini, nampaknya Harriz sudah tidak dapat mengelak lagi.
“Sayang,
kenapa senyap aje ni? You masih ada di talian ke?” Sengaja Amylia melunakkan
suaranya. Hendak menggoda hati lelaki Harriz dengan suaranya yang lunak itu.
Suaranya yang manja itulah yang sering menggetarkan hati beberapa lelaki yang
mendampinginya selama ini.
“Hmmm…”
hanya itulah jawapan Harriz. Badannya direbahkan di atas katil. Telefon bimbit
masih melekat pada telinga.
“Sayang,
I sekarang ni ada kat Beijing tau. I ikut rombongan company. Bestnya dekat
sini sayang… musim sejuk. Best kalau
you ada sama.” Beritahu Amylia tanpa diminta.
Tak
tanya pun. Jawab Harriz. Namun jawapan itu hanya bergema dalam hatinya sahaja.
Malas dia nak layan Amylia. Aduh! Kejamnya Harriz ni! Dulu… Amylia itulah
pujaan hati pengarang jantung. Sekarang ni nak dengar suara Amylia yang
merengek manja itu pun dia dah rasa loya. Harriz… Harriz… tak patut sungguh.
Tapi…
padan jugalah dengan Amylia yang terlebih gatal itu. khakhakhakhakhakhakhakha…
“I
dah tak sabar nak balik KL, sayang. Nak jumpa you. I miss you so much. Dah lama kita tak keluar bersama. I rindu nak
peluk lengan sasa you. Nak you belai rambut I.” Amylia sengaja lagi mahu
menggoda hati Harriz dengan menyebut kenangan mereka bersama. Dia sudah nekad,
hati Harriz akan ditawan semula. Tak mungkin untuk dia melepaskan lelaki seperti
Harriz. Kerana lelaki itu sahaja yang akan buat dia berjaya mencapai apa yang
diingininya.
“Huarghhh…” Sengaja Harriz buat-buat
menguap besar. Sudah tak larat dia hendak mendengar celoteh Amylia itu.
Sedangkan belum sampai sepuluh minit Amylia berbual dalam talian.
“Sayang…
you mengantuk ke?”
“Ha’ah, Amy. I mengantuk sangat.” Bohong
Harriz.
“Awalnya
you mengantuk, sayang. Selalunya you tak akan tidur seawal ini. Sejak bila
pulak you dah mula tidur awal ni?”
“I
penat sangat siang tadi. Itu yang buat I mengantuk.” Sekali lagi Harriz
mencipta alasan. Asal dapat melepaskan diri dari Amylia. Soalan Amylia langsung
tidak dijawabnya. Suka hati dialah nak tidur awal ke lambat.
“Okeylah
kalau macam tu. You rehatlah.” Balas Amylia. Ada nada kecewa yang kedengaran.
“Okey Amy. Take care tau dekat sana.”
Harriz sudah menarik senyuma panjang.
“Sayang,
dua minggu lagi I akan balik KL. You datang jemput I dekat KLIA ye time I balik
nanti.” Pinta Amylia dengan manja.
Lamanya
rombongan company Amylia buat holiday dekat Beijing. Hmmm… ini holiday dengan staf-staf company ke holidah dengan sugar daddy?
Biasalah… Amylia tu kan ramai yang ‘bela’.
Harriz
melepaskan keluhan. Aduh… ada lagi.
“Okey!”
Pendek jawapan Harriz. Acuh tak acuh aje.
“Okey bye sayang. I love you.” Gembira bukan main lagi Amylia.
“Hmmm…”
Kejamnya Harriz. Hanya itu yang dijawabnya dan dengan pantas dia terus menekan
butang merah.
“Fuh…” Lahir bunyi itu dari mulut Harriz.
Lega rasa hatinya bila talian sudah diputuskan. Kali ini… nampak nombor yang
tidak dikenali keluar melalui telefon bimbitnya, sumpah dia tak akan jawab
lagi.
Tok…
tok… tok…
Bunyi
ketukan pada permukaan pintu memaksa Harriz bangun dari baringnya. Terjengul
kepala Hanni dari muka pintu. Tersenyum-senyum macam kambing betina.
“Boleh
Hanni masuk?” Pinta Hanni.
“Hmmm…
masuklah Cik Hanni oi. Selalu tu main rempuh aje masuk bilik Abang Riz. Hari ni
nak mintak permission pulak.” Selamba
aje Harriz membalas.
Hanni
tayang sengih. Punggungnya dilabuhkan di atas single sofa yang terdapat di
bilik bujang abangnya itu. Nama saja bilik bujang, tapi hiasannya macam bilik
orang yang dah beristeri. Lengkap segala-galanya. Abang Harriz ni memang
mementingkan kualiti dan kekemasan. Bukan macam dia yang main ‘hentam sajalah…’
“Siapa
yang call? Macam layan tak layan aje
Hanni tengok Abang Riz menjawab. Muka macam belacan tumis.” Tanya Hanni yang
memang suka lepak-lepak dalam bilik abangnya itu. Sejak abangnya tidak lagi keluar
malam, Hanni merupakan pengunjung setia yang selalu datang ke biliknya untuk
berbual-bual.
“Owh… Hanni intai Abang Riz, ye?
Curi-curi dengar ye… dah tu boleh pulak sesedap rasa kata muka Abang Riz ni
macam belacan tumis. Macam ini punya hensem bergaya Abang Riz, Hanni nak
samakan dengan belacan. Tak patut… tak patut!” Harriz menggeleng-gelengkan
kepalanya berulang kali.
“Heheheee…
alaaa… tak sengajalah. Bukannya nak curi dengar pun. Terdengar.” Ujar Hanni.
Manja bunyi suaranya itu.
“Siapa
yang call?” soal Hanni lagi setelah
pertanyaan sebentar tadi dibiarkan sepi tanpa jawapan. Selagi dia tak tahu
siapa yang menelefon, selagi itu dia hendak tahu. Biasalah Hanni… penyibuk!
“Amylia.”
“Amylia
yang seksi giler tu ke? Yang pakai
baju tak pernah nak cukup kain tu?” soal Hanni lagi. Setahunya, jika Amylia itu
yang dimaksudkan oleh abangnya itu, orangnya memang seksi gila. Baju memang tak
pernah cukup kain. Geli mata Hanni melihat gelagat awek abangnya yang seorang
itu. Sudahlah seksi melampau-lampau, gatal pun tahap tak tahu malu. Dua kali
lima dengan Syarifah Ezora. Cuma yang membezakan Amylia dengan Syarifah Ezora
adalah mama sukakan Syarifah Ezora dan benci sangat dekat Amylia. Heheheee…
Biasalah
mama… kan Syarifah Ezora itu bakal menantu tak jadi kesayangannya.
Tersenyum
Harriz mendengar komen adiknya itu. Perlahan Harriz mengangguk.
“Ewuuu… apa dia nak call Abang Riz? Abang Riz jangan nak buat hal lagi ye. Tinggal dua
minggu aje lagi majlis akad nikah akan berlangsung. Abang Riz jangan nak
mengada-ngada nak layan Amylia tu lagi. Ingat… Abang Riz. Abang Riz tu dah nak
jadi suami orang tau.” Hanni sudah jadi seperti mak nenek. Membebel memberi
peringatan kepada abangnya itu. Dia tak nak Harriz kembali kepada perangai
lamanya.
“Iye
la makcik oi. Abang Riz ingat.”
“Good!” Balas Hanni yang sudah buat aksi
bercekak pinggang. Tak sabar rasanya dia hendak melihat abangnya itu dalam
pakaian pengantin. Tentu bertambah hensem. Kihkihkihhh… Gigit jarilah bekas
awek-aweks Abang Riz lepas ni. Kemudian Hanni ketawa lagi. Kali ini tanpa sedar
ketawanya terlepas keluar. Ingat nak ketawa dalam hati, tak sangka boleh
terlepas keluar dengan bunyi yang kuat.
“Haih… yang ketawa tak pasal-pasal ni,
kenapa pulak?” tanya Harriz dengan kening yang diangkat sebelah. Dah macam
kening Ziana Zain pula. Tapi versi lelakilah.
“Takde
apelah Abang Riz. Hanni cuma terbayangkan muka sorang-sorang bekas aweks Abang Riz yang gigit jari bila
dapat tahu Abang Riz kahwin nanti. Tentu ramai yang frust menonggeng. Kesian…” Hanni ketawa lagi sambil kepalanya
digeleng-geleng. Sukanya dia!
Harriz
hanya menarik senyuman segaris mendengar komen adiknya itu. Bukan awek-aweknya
sahaja yang frust menonggeng, mama
dengan auntie Elina pun frust
menonggeng juga dengan berita pernikahannya itu. Dengar cerita, auntie Syarifah
Elina mengamuk sakan bila dapat tahu Harriz akan bernikah dengan pilihan
hatinya awal bulan depan. Sampaikan mak datin seorang itu langsung tak mahu
tegur mama. Kononnya, mama tak berkeras memaksa dia untuk berkahwin dengan
Syarifah Ezora.
Alamatnya…
hubungan persahabatan mama dengan auntie Syarifah Elina yang kononnya terjalin
sejak dari kecil itu terputus. Semua disebabkan kesombongan Datin Syarifah
Elina sendiri yang sudah tak nak tegur mama. Mama pula yang memang terkenal
dengan sikap keras hatinya itu terikut sama rentak sahabat baiknya itu. Juga
melancarkan perang dingin dengan Datin Syarifah Elina. Mama ikut sama tarik
muka. Namun, dalam masa yang sama mama tetap masih melancarkan mogok dinginnya
terhadap Harriz.
Hrummm…
mama dengan auntie Syarifah Elina! Macam budak-budak. Main putus-putus kawan!
Mujurlah papa dengan Datuk Syed Rahman masih berkawan baik. Malah Datuk Syed
Rahman dengan ikhlas menyatakan sudah tiada jodoh di antara Harriz dengan
anaknya itu. Apa boleh buat. Mungkin ada lelaki lain yang sudah ditetapkan
untuk Syarifah Ezora.
“Mama
pun frust menonggeng jugak. Kesian
mama.” Ujar Harriz perlahan. Namun kata-katanya itu mampu didengar oleh Hanni
hingga membuatkan gadis manis itu ketawa kecil.
“Bukan
mama aje tau, Abang Riz. Auntie Syarifah Elina, Kak Hanna dengan Kak Ezora pun frust menonggeng jugak dengan keputusan
Abang Riz ni. Kesian...” Tambah Hanni. Ayat ‘kesian’ yang keluar dari mulutnya
sengaja dipanjangkan. Sambil kepala digeleng berkali-kali. Konon simpatilah
dengan nasib insan-insan yang terluka hatinya itu. Sedangkan bibir Hanni sudah
melorek senyuman mengejek.
Harriz
mengangguk-angguk. Sebenarnya jauh dalam lubuk hati, dia sedih melihat
kekecewaan mamanya itu. Namun apakan daya, perasaan cintanya tak boleh
dipaksa-paksa. Dia begitu cintakan Balkish. Tak mungkin untuk dia berkahwin
dengan Syarifah Ezora atau orang lain selain daripada Balkish.
“Abang
Riz tak patut buat mama macam tu. Tapi… dalam masa yang sama Abang Riz begitu
cintakan Balkish. Abang Riz tak boleh nak kahwin dengan Syarifah Ezora.” Harriz
meluahkan isi hatinya.
Hanni
sekadar mengangguk. Perlahan dia melangkah lalu duduk di birai katil abangnya.
Badannya diiringkan mengadap Abang Harriznya yang masih baring beralaskan
tangan.
“Alaaa…
nanti-nanti mama okey la tu. Abang Riz bukannya tak tau dengan sikap mama. Mama
tu kalau marah kejap je.”
“Tapi
macam mana kalau mama tak dapat nak terima Balkish bila kami dah kahwin nanti?”
“Alaaa…
Abang Riz jangan risaulah. Hanni yakin mama pasti akan jatuh sayang dekat Kak
Kish. Mama tu bukannya apa Abang Riz. Mama tu dah fobia dengan kejadian yang
pernah jadi dekat Abang Riz dulu. Ingat tak dulu kes mama dengan papa pergi
meminang Kak Dhia. Bukan main happy
lagi mama dengan papa pergi meminang Kak Dhia untuk Abang Riz, alih-alih Kak
Dhia tolak pinangan tu macam tu aje. Tanpa rasa bersalah langsung. Sampaikan
keluarga kita jadi buah mulut orang sebab pinangan Abang Riz yang kena tolak
tu. Sebab tu mama tak nak kejadian yang sama berulang semula. Mama takut hati
Abang Riz akan kecewa lagi.” Jelas Hanni.
Biarpun
dia tidak bersetuju dengan tindakan mama yang mahu menyatukan abangnya dengan
Syarifah Ezora, namun dia tidak mahulah hubungan abang dan mamanya renggang dan
sedingin salju. Mama bukannya kejam mana pun. Cuma kejadian lalu membuatkan
mama lebih berhati-hati dalam memilih bakal menantu. Lagipun, Abang Harriz la
satu-satunya anak lelaki mama. Tentulah mama mahukan isteri yang terbaik buat
abangnya itu.
“Tapi
Balkish tak sama dengan Dhia.”
Hanni
cuma mengangguk.
“Itu
orang tahu. Abang Riz banyak-banyaklah berdoa. Minta pertolongan daripada
ALLAH. Insya-ALLAH, ALLAH akan menolong hambanya yang berada dalam kesusahan.”
Bagai ustazah pilihan Hanni memberi kata semangat.
Harriz
mengangguk. Adiknya itu, cukup matang dalam pemikiran.
******************************************************************************
PUAN SRI HANUM
menghenyakkan punggungnya yang berisi itu di atas katil. Wajahnya masam
mencuka. Dia membantah keputusan yang telah diambil oleh suaminya tempoh hari.
Namun suaminya langsung tak ambil peduli. Membuatkan dia melancarkan mogok tak
mahu bercakap dengan suaminya itu.
Dari
ekor mata, Tan Sri Hamdan mengerling perilaku isteri kesayangannya. Bukan main
panjang lagi muncung isterinya itu. Kalau disukat dengan kayu pengukur,
entah-entah dah sampai sepuluh sentimeter panjang muncung isterinya. Hmmm…
boleh tahan panjang juga tu. Tanpa sedar dan dapat ditahan-tahan, tawa kecil
Tan Sri Hamdan terlepas juga. Sepantas itu juga Puan Sri Hanum membuang
pandangan ke arah suaminya. Terkejut dia mendengar tawa suaminya yang jelas
pada pendengarannya itu.
Pantas
Tan Sri Hamdan menekup mulutnya. Jelingan tajam isterinya memaksa dia supaya
berhenti ketawa.
“Yang
abang gelak-gelak ni kenapa?” gumam Puan Sri Hanum marah. Dia yakin pasti
suaminya itu sedang mempertawakan dirinya.
“Eh…
mana ada.” Nafi Tan Sri Hamdan.
“Yang
tadi tu.”
“Owh… abang ketawa baca buku ni.” Sambil
menunjukkan buku berkaitan dengan dunia perniagaan itu kepada isterinya yang
masih menarik muncung.
“Jangan
nak bagi alasan ye bang. Ini buku pasal dunia niaga. Takde yang kelakar. Saya
tahu abang tengah gelakkan saya. Ingat… kita masih dalam perang lagi ni.”
Tan
Sri Hamdan hanya tersenyum lebar. Baru dia perasan bahawa buku yang ditunjukkan
kepada isterinya itu berkisar dunia perniagaan. Mana ada yang lawak jenaka
segala. Lainlah kalau baca buku gila-gila.
“Awak
belum habis lagi ke lancar mogok awak tu dekat saya?”
Puan
Sri Hanum tidak menjawab. Sebaliknya dia buat-buat sibuk dengan menyapu losyen
ke tangannya. Begitulah rutin hariannya sebelum tidur. Pasti mengulit tubuhnya
dengan losyen untuk memberikan kelembutan dan kesegaran pada tubuhnya yang kian
dimamah usia.
“Tak
boleh ke awak bertolak ansur sikit dengan Harriz tu? Apa salahnya dia pilih
Balkish sebagai isterinya. Abang tengok Balkish tu baik budaknya. Tak salah
kalau dia jadi menantu kita.”
Puan
Sri Hanum mencebikkan bibir mendengar pujian suaminya itu.
“Hanum
sendiri tengok masa kita datang meminang hari sabtu lepas, kan. Balkish tu
sopan santun orangnya. Sepatutnya awak kena bangga dapat bakal menantu macam
tu.”
“Sudahlah
bang. Boleh tak jangan cakap pasal tu lagi. Sakit tau hati saya ni. Abang tu…
asyik nak sebelahkan perempuan tu pasal apa? Abang kenal sangat ke dengan dia?
Takde maknanya nak bersopan santun. Saya tetap tak suka. Asal usul entah dari
mana tah. Kita sendiri tak tau.”
Satu
keluhan keluar dari mulut Tan Sri Hamdan. Lalu majalah dunia niaga itu
diletakkan atas meja sisi tepi katil.
“Tak
baik cakap begitu. Awak sendiri tengok keluarga Balkish waktu kita pergi
meminang tempoh hari. Dia ada emak, nenek dan kakak. Keluarganya dari orang
baik-baik aje abang tengok. Tak ada apa yang patut awak risaukan lagi.”
“Iye
la tu. Abang tak nampakkah cara layanan emak dengan nenek dia tu? Nampak sangat
yang diaorang pun tak sukakan perempuan tu. Acuh tak acuh aje diaorang melayan.
Saya nampaklah, bang. Entah-entah dia tu bukan anak yang baik. Pasal tu emak
dengan nenek sendiri pun layan macam tu.” Komen Puan Sri Hanum. Memang itulah yang
dilihatnya di hari dia dengan suaminya meminang Balkish untuk Harriz. Emak
dengan nenek Balkish langsung tak mesra dengan gadis itu. Mahu tak mahu sahaja
mereka melayan Balkish. Cuma wanita bernama Batrisya itu sahaja yang nampak
begitu gembira ketika itu. Sedangkan emak dengan nenek Balkish cuma
berpura-pura sahaja.
Menggeleng
kepala Tan Sri Hamdan mendengar komen isterinya itu.
“Tak
baik awak cakap begitu. Itu fitnah namanya.”
“Abang…
saya bukan suka-suka nak cakap tau. Dari cara layanan diaorang tu pun saya dah
tahu. Nampak sangat yang diaorang cuma berpura-pura rasa gembira.”
Tan
Sri Hamdan menggeleng lagi.
“Saya
kecewa sangat dengan Harriz tu. Entah apa kurangnya Ezora sampai Harriz sanggup
pilih perempuan tu jadi isteri. Kesian Ezora… gara-gara Harriz, dia kecewa
sangat. Gara-gara tu juga hubungan persahabatan saya dengan Elina berantakan.
Abang tahu apa? Asyik nak sebelahkan anak aje.”
“Hubungan
awak yang berantakan dengan Elina tu bukan disebabkan Harriz. Awak dengan Elina
yang bertindak seperti budak-budak. Bermasam muka tak kena tempat. Cubalah
matang sikit. Awak tu dah jadi nenek tau. Kalau Elina lancar perang dekat awak,
awak janganlah lancar perang jugak. Buat tak tahu aje.” Pelik sungguh Tan Sri
Hamdan dengan sikap isteri dan isteri sahabat baiknya, Datuk Syed Rahman itu.
Disebabkan tidak jadi berbesan, kedua wanita itu saling menarik muka. Malah,
langsung tak nak bertegur sapa.
“Huh!
Tak nak saya. Elina tu yang kebudak-budakan. Saya dah kata dekat dia yang saya
masih boleh pujuk Harriz. Tapi abang tau apa yang dia buat… habis satu
persatuan Zumba dia bagitau pasal Harriz yang nak kahwin dengan perempuan entah
mana-mana tu. Sakit tau hati saya ni. Nasib baiklah saya kenangkan Ezora. Kalau
tidak…” Puan Sri Hanum sudah mengepal penumbuknya. Aksinya ini membuatkan Tan
Sri Hamdan mengekek ketawa.
Puan
Sri Hanum mendecit. Geram pula dia dengan suaminya yang sering mempersendakan
kata-katanya itu.
“Dahlah!
Saya malas nak cakap dengan abang. Bukannya abang nak percaya pun apa yang saya
cakap. Kita tengok ajelah nanti, baik sangat ke bakal menantu abang pilihan
abang tu. Saya yakin… perempuan macam tu cuma mahukan harta anak kita aje..”
seraya itu tubuhnya yang agak berisi dihempas lembut atas tilam. Malas benar
dia hendak bercakap dengan suaminya sekarang. Ada sahaja yang tak kena. Bosan
betul!
Tan
Sri Hamdan menjungkit bahu. Hai la Hanum… dah tua-tua pun masih nak merajuk.
Mengalahkan budak kecil. Komen Tan Sri Hamdan dalam hati. Bibirnya yang sedikit
kemerahan itu melakar senyuman segaris. Andai kata Puan Sri Hanum tahu apa yang
ada disebalik pernikahan anak mereka itu, pasti isterinya bertambah mengamuk
dan sakit hati. Disebabkan itulah Tan Sri Hamdan mengambil langkah untuk
mendiamkan diri daripada menceritakan hal yang sebenar. Biarlah dia seorang sahaja
yang mengetahuinya.
Bila lagu cinta
bergema
~20~
PANDANGAN
matanya masih terlekat kemas pada wajah kacak di hadapannya itu. Tak banyak
yang berubah pada diri Harriz. Masih seperti Harriz yang dulu. Cuma kini rambut
lelaki itu sahaja yang sudah agak panjang. Membuatkan wajahnya agak nakal
sedikit. Mungkin benarlah apa yang dibacanya dari beberapa majalah sebelum ini.
Harriz Tan Sri Hamdan merupakan playboy nombor satu dekat KL.
Pelayan
lelaki yang mengambil order sebentar
tadi datang semula bersama pesanan yang diminta. Sempat dia mengerling wajah
pasangan yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Biasanya kalau lelaki yang
biasa dipanggil Encik Harriz itu datang bersama pasangannya ke sini, pasti
suasana di antara keduanya meriah dengan gelak tawa dan usikan-usikan manja
daripada Encik Harriz. Tapi hari ini setelah sekian lama dia tak lihat kelibat
Encik Harriz datang ke Melting Pot Café,
Concorde Hotel, lelaki itu bersama pasangannya kelihatan begitu beku
sekali. Tiada gelak tawa dan usikan-usikan manja.
Setelah
pelayan lelaki itu beredar dari meja mereka, Harriz mula menyedut watermelon jus yang dipesan tadi.
Kehadiran Dhia di pejabatnya awal pagi tadi memang sesuatu yang mengejutkannya.
Sangkanya dia tak akan ketemu lagi dengan wanita itu. Tak sangka kala ini pula
Dhia hadir setelah sekian lama menghilang.
“You
apa khabar?” tanya Dhia. Memulakan mukadimah di antara mereka berdua tengahari
itu. Dia berasa sedikit janggal bila keadaan antaranya dengan Harriz menjadi
begitu sepi.
“Baik.”
Selamba dan cukup ringkas Harriz menjawab.
Dhia
dapat rasakan kedinginan Harriz melayannya ketika ini. Langsung tiada kemesraan
seperti dulu. Namun dipaksa juga bibirnya agar mengukir sebuah senyuman
mendengar jawapan Harriz itu.
“Dah
lama kita tak duduk semeja macam ini, kan?” Dhia sudah memulakan bunga-bunga
ayatnya.
“Dulu…
you selalu temankan I keluar lunch
bersama. You yang selalu pesan makan kesukaan I. You akan marah bila I kata tak
nak makan sebab diet. You kata tak
perlu nak diet… kalau I gemuk
sekalipun, you tetap sayang I. I masih ingat semua tu, Riz. Masih ingat setiap
butir bicara you.” Sambung Dhia lagi. Mengenang memori indah antara dia dengan
Harriz. Memang kenangan itu sesuatu yang indah.
Harriz
menghela nafas. Rasa bosan pula dia bila Dhia sengaja mahu mengungkit kisah
lama mereka. Baginya itu kenangan dulu. Yang telah lama dia kubur dalam dairi
kehidupannya. Kini… masa depannya akan bermula bersama Balkish. Dia tak mahu
menoleh ke belakang lagi.
“I
pun masih ingat makanan kesukakan you, Riz. You tak berapa suka makan yang
pedas-pedas. You suka makan butter prawn.
Sepinggan pun you boleh habiskan sorang diri.” Kenang Dhia mengenai makanan
kesukaan lelaki itu. Harriz memang hantu udang. Entah-entah sekilo udang yang
dimasak butter prawn pun dia boleh habiskan sehingga licin pinggan.
“Boleh
tak kita tak perlu sembang pasal semua tu. Apa tujuan you nak jumpa I
sebenarnya?” soal Harriz yang sudah mulai bosan dengan adegan-adegan kenang
terindah yang Dhia bicarakan.
Tersentak
Dhia mendengar intonasi suara Harriz yang sedikit keras. Ketara sangat Harriz
masih menyimpan dendam terhadapnya. Dhia ketap bibir. Airmata rasa ingin
mengalir namun ditahan sekuat hati. Dia tidak mahu menangis di depan Harriz.
“I
datang… sebab I nak mintak maaf dekat you. I tahu I yang bersalah. I tak patut
percayakan kata-kata Justin dan tinggalkan you. I menyesal Riz. Menyesal
sangat.” Ada getar pada suara Dhia ketika ini. Sedaya upaya dia menahan rasa
hatinya yang kian dihambat kesayuan.
Harriz
menyandar pada bahu kerusi. Kalaulah perkataan itu Dhia ucapkan tiga tahun
lalu, tentu dia sudi menerima gadis itu semula. Namun kini, perasaan sayangnya
pada Dhia sudah tiada lagi. Cuma seorang sahaja wanita yang bertakhta di dalam
hatinya.
“I
dah lama maafkan you Dhia. Sejak I rela hubungan antara kita sudah tak ada
apa-apa makna lagi. Sejak I dah boleh teruskan kehidupan I tanpa you.” Ujar
Harriz. Memang dia sudah maafkan Dhia. Tapi untuk menerima Dhia semula dalam
hidupnya, sesuatu yang terlalu mustahil.
Dhia
tunduk memandang lantai. Apple jus
yang dipesannya langsung tidak terusik.
“I
tahu you masih berdendam dengan apa yang I buat tiga tahun lepas, Riz. Tapi I
benar-benar dah menyesal. Kalau boleh… I mahu kembali semula ke pangkuan you. I
mahu buat you gembira macam dulu lagi. I rindukan you, Riz. Rindu sangat pada
hubungan lalu kita.”
Harriz
menggeleng-geleng. Rasa mahu sahaja dia ketawa besar waktu itu. Senang sungguh
Dhia mahu kembali ke pangkuannya setelah begitu mudah Dhia melupakan dia dulu.
Masih terasa kepedihan itu bila Dhia melontarkan kata-kata hinaan buatnya bila
dia menghalang Dhia dari mengikut Justin ke Luar Negara. Masih terngiang-ngiang
kemarahan mama bila Dhia menolak pinangan yang dihantarnya. Seolah dia tiada
maruah ketika itu. Begitu tegar Dhia memperlekehkan maruah lelakinya.
Dan
kini… Dhia ingin menyambung semula kisah cinta mereka yang telah dia buang
jauh-jauh suatu ketika dulu. Huh! Mustahil untuk dia kembali kepada Dhia.
Wanita yang telah membuatkan dia berubah menjadi seorang yang berperwatakan playboy. Mempermainkan perasaan ramai
wanita di luar sana.
“Sorry Dhia. Mungkin dulu I pernah terfikir
mahu you kembali semula ke dalam hidup I. Tapi sekarang ni I dah tak ada
apa-apa perasaan untuk you lagi. Mustahil untuk kita bersama semula.”
“Tapi
I sayangkan you, Riz. I mahu memperbaiki kesilapan yang I buat dan kembali pada
you. Berilah I peluang sekali lagi Riz. I akan buktikan yang I serius dengan
kata-kata I.”
“Nope! I rasa kita memang bukan
ditakdirkan untuk bersama, Dhia. I bukan untuk you. Dan you juga bukan untuk
I.” tegas Harriz bila Dhia seolah-olah mahu berkeras dengan keinginannya.
Dhia
tidak berani mengangkat wajahnya. Dia tunduk sambil cuba mengesat airmata yang
sudah membasahi pipi. Dia sudah tidak ada kekuatan mahu menyembunyikan
tangisannya daripada pandangan Harriz. Biarlah dia menangis. Mana tahu dengan
tangisan itu hati jantan Harriz akan lembut menerimanya semula.
Harriz
menghela nafas. Jika dulu, dialah orang yang paling susah hati bila Dhia
menangis. Dia hanya mahu melihat senyuman pada wajah cantik itu. Tiada sebarang
kesedihan.
“I
mintak maaf, Dhia. I benar-benar tak boleh nak sambung semula kisah cinta kita.
Hati I sekarang sudah dimiliki. Dan untuk pengetahuan you, I akan berkahwin tak
lama lagi. I tak nak lukakan hati bakal isteri I. Dia begitu bermakna buat I,
Dhia. Tak ada wanita lain lagi dalam hidup I selain daripada dia.” Terang
Harriz.
Dhia
terkedu. Airmatanya semakin deras mengalir. Pantas dia mengeluarkan cermin mata
hitam dari tas tangan lalu disarung ke wajah untuk menutupi matanya yang sudah
lencun dengan airmata. Dia tidak mahu ada pengunjung yang perasan akan tangisannya
itu. Setelah itu barulah dia mengangkat semula wajahnya. Memandang wajah Harriz
yang kelihatan begitu tenang. Seolah tiada perasaan melihat tangisannya.
“I
tak berdendam dekat you. I dah maafkan apa yang you lakukan dulu. Sekarang ni
kita punya jalan hidup masing-masing, Dhia. I bahagia dengan wanita pilihan I
dan I juga mahu you terus mencari kebahagian you sendiri. Antara kita tak
mungkin akan bersama semula.”
Dhia
hanya mengangguk lemah. Tiada guna untuk dia memaksa cinta Harriz lagi andai itulah
yang dikatakan oleh lelaki itu. Untuk apa dia menagih cinta Harriz lagi andai
kata Harriz sudah tidak cinta padanya. Dia kena merelakan kebahagian Harriz
seperti mana Harriz pernah melepaskan dia pergi dulu. Dia tidak patut
mementingkan diri sendiri. Dalam keterpaksaan, Dhia cuba untuk mengukir
senyuman pada bibirnya.
“Maafkan
I, Riz. I tak patut cakap begitu dekat you. I tak patut kembali semula ke sini
semata-mata mahu memburu kembali cinta you. Maafkan I, Riz. Maafkan I.” pinta
Dhia berulang-kali.
“Sudahlah
Dhia. Biarpun kita tak boleh nak menyambung semula cinta kita, tapi kita masih
boleh jadi kawan. I tak pernah nak anggap you sebagai musuh I.”
Dhia
cuba mengukir senyuman. Walaupun senyuman itu terasa pahit, namun sedaya upaya
cuba dimaniskan.
“Terima
kasih Riz. Sebab you masih sudi menerima I sebagai kawan you.”
Harriz
mengangguk-angguk. Dalam hati, dia sentiasa mendoakan agar Dhia bahagia bersama
lelaki lain.
******************************************************************************
TOK! TOK! TOK!
Bertalu-talu Azura mengetuk pintu bilik Dhia. Tadi sekembali sahaja dari
bertemu dengan Harriz, Dhia terus mengunci diri. Langsung tak keluar-keluar
hingga ke malam ini. Bimbang juga hati Azura dibuatnya.
“Dhia…
bukalah pintu ni.” lembut Azura memanggil.
Tidak
sampai seminit, akhirnya pintu yang dikunci dari dalam dibuka luas.
Azura
menjengukkan kepala ke dalam. Kelihatan Dhia sedang berdiri tegak mengadap ke
tingkap yang dibuka luas. Khusyuk sungguh wanita itu merenung ke luar.
“Dhia…”
panggil Azura.
“Aku
tak patut jumpa Harriz, Zura. Sepatutnya aku pendam aje apa yang aku rasa ni.
Tak patut aku luahkan dekat dia.” Ujar Dhia sambil terus merenung bulan yang
indah di luar sana.
Dahi
Azura berkerut seribu. Tidak faham dengan bait kata-kata Dhia yang secara
tiba-tiba itu.
“Sepatutnya
aku tak perlu balik semula ke sini. Sepatutnya aku perlu terus tinggal di Luar
Negara. Bukankah sebelum ini memang itulah yang aku inginkan. Aku mahu hidup
bebas di Negara yang bersalji. Tak sepatutnya aku kembali. Tapi…” nafas dihela
sebelum kata-katanya disambung semula.
“Aku
begitu rindukan Harriz. Aku ingin sangat berjumpa dengan Harriz. Aku mahu
menyambung semula cinta kami yang aku sendiri putuskan suatu ketika dulu.”
Tanpa dapat ditahan, airmata Dhia mengalir membasahi pipi. Bila terkenangkan
kata-kata Harriz siang tadi, bahawa lelaki itu bakal melangsungkan majlis
pernikahannya tak lama lagi, hati Dhia bagaikan dihiris dengan sembilu.
Sakitnya teramat sangat. Dia hendak memberontak marah. Namun bila mengenangkan
siapalah dirinya kini, dia rasa terlalu kerdil untuk berasa marah dengan
keputusan Harriz itu. Dia bukanlah siapa-siapa pada Harriz lagi.
Tangisan
Dhia yang mula kedengaran itu membuatkan hati Azura dipalu rasa hiba. Pantas
dia merapati sahabatnya itu lalu tubuh Dhia diraih ke dalam pelukannya. Sebagai
sahabat, dia rasa dia perlu ada di sisi Dhia ketika sahabatnya itu berada dalam
keadaan duka. Lagipun, sebelum ini Dhia sudah terlalu banyak membantunya hingga
dia berada di tahap sekarang. Jika bukan kerana Dhia yang sudi memberikan dia
modal untuk membuka kedai keknya itu, tentu dia tak akan berjaya sebagai
seorang peniaga muda yang berjaya kini.
“Harriz
dah buang aku dalam hidup dia, Zura. Harriz dah ada wanita lain yang lebih
penting dari aku.” Tangis Dhia. Hatinya benar-benar terluka kini.
Azura
tidak terkejut dengan kenyataan Dhia itu. Sejak Dhia tinggalkan Harriz tiga
tahun lalu, lelaki itu sudah jauh berubah. Sering kali juga Azura terserempak
dengan Harriz dengan berlainan teman wanita. Malah Harriz sudah cukup terkenal
dengan gelaran playboynya.
“Harriz
akan berkahwin tak lama lagi, Zura.” Beritahu Dhia lagi. Esakannya semakin
memecah kesunyian malam.
Azura
mengangguk-angguk.
“Syhhh… dahlah tu Dhia. Jangan menangis
lagi. Relakan aje pernikahan Harriz. Mungkin di luar sana masih ada lelaki yang
lebih baik dari Harriz telah ALLAH ciptakan untuk kau. Kau kena terima semua ni
dengan hati yang redha.” Pujuk Azura yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
Hanya mendengar luahan hati Dhia.
Dhia
menangis lagi. Relakah hatinya dengan kehilangan ini? Sedangkan kepulangannya
di bumi Malaysia ini semata-mata mahu menyambung semula hubungan cintanya
dengan Harriz. Dia mahu memperbaiki hubungan mereka.
Dhia
teresak. Sukar baginya hendak melepaskan Harriz. Biarpun dulu dia pernah
melukakan hati lelaki itu, tapi kini hatinya kembali merindui Harriz. Sayang!
Dia terlambat untuk kembali. Harriz bukan lagi untuknya. Cinta lelaki itu bukan
lagi buat dia. Dia menyesal kerana melepaskan lelaki sebaik Harriz suatu ketika
dulu. Andai masa dapat diputar semula, akan Dhia putar masa itu ketika cinta
antara dia dengan Harriz masih utuh. Akan Dhia kembali disaat-saat Harriz ingin
menjadikan dia sebagai ratu dalam hidupnya.
Tapi
Dhia benar-benar sudah terlewat. Masa itu tak mungkin dapat dikembalikan semula
kepada suatu ketika dulu. Seperti kata Azura, Dhia perlu redha walaupun hatinya
terluka. Kerana inilah balasan yang perlu diterimanya atas dosa-dosa silamnya.
King Of Crocodile |
Sweet Princess |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan