Bab 5
“AISYAH!”
Laung Fasha kuat. Dia yang sedang bersenang-lenang di atas sofa sedang asyik
menghadap majalah Media Hiburan. Aktiviti yang sering dia lakukan di rumah jika
tidak ke kolej.
Sepi.
Tiada jawapan pada laungannya itu.
“Aisyah!!”
kali ini jeritan Fasha lagi kuat daripada tadi.
Masih
sama. Masih sepi tanpa jawapan.
Fasha
merengus. Geram bila panggilannya tidak bersahut. Pantas majalah hiburan yang
dibaca dicampak atas meja. Dia bangun dengan tangan yang sudah dibawa ke
pinggang.
“Hey… mana pulak perginya ‘mangkuk ayun’ ni? Dah mampus agaknya!” Fasha
menggumam marah.
“Aisyah!!!!!”
dengan sepenuh tenaga, Fasha menjerit. Rasa bergegar anak tekaknya menjerit
begitu rupa. Dah boleh jadi tarzan.
Sama
seperti tadi, tiada jawapan kepada panggilannya. Buat penat dia saja
menjerit-jerit begitu. Sampai tercungap-cungap dia jadinya.
Fasha
hilang sabar. Bengkak hati bila Aisyah yang dipanggil-panggil tidak munculkan
diri. Berbekalkan amarah yang bersarang di hati, dia menghentak-hentak kaki
menuju bilik stor yang menempatkan Aisyah sejak lima tahun lalu.
“Hoi!
Perempuan! Kau buat apa dekat dalam bilik tu? Tak dengar ke aku panggil? Atau
kau nak aku seret kau keluar dari ‘sarang’ kau ni baru kau nak ke….” Bebelannya
terhenti kala terpandang sekujur tubuh Aisyah yang sedang sujud di atas
sejadah.
Dia
mendengus. Padanlah tiada sahutan. Rupanya Aisyah sedang menunaikan solat.
Dengan hati yang panas, Fasha kembali semula ke ruang tamu. Tubuhnya yang kurus
itu dihempas atas sofa.
“Menyusahkan
aku je!” rengusnya sambil tangan kembali mencapai majalah yang dicampak tadi.
Helaian yang tergendala dibaca diselak semula.
Fasha
memang suka membaca. Tapi bukan baca buku yang memberi ilmu sebaliknya membaca
majalah-majalah hiburan yang menghidangkan cerita dunia artis-artis tempatan
dan luar Negara. Tanyalah gosip-gosip tentang dunia hiburan, semua ada dalam
poketnya. Disebabkan itulah waktu SPM hari itu dia hanya mendapat keputusan
nyawa-nyawa ikan saja. Itu pun nasib baik lepas masuk kolej.
“Amboi…
amboi… bukan main kau terlentang atas sofa tu. Dasar anak dara pemalas!” suara
Puan Ainin kedengaran. Menyebabkan Fasha memalingkan wajah pada maknya.
“Apa
mak ni? Cakap Fas pemalas pulak.”
rungut Fasha. Kesal bila mak kata dia anak dara pemalas.
“Eh
eh… dah memang benar pun apa yang mak cakapkan ni. Fas tu memang pemalas! Tahu
nak baca majalah hiburan aje.” Tambah Puan Ainin sambil mengibas-gibas kipas
tangan ke muka.
Biar
ada kipas angin yang ligat berputar, namun itu tidak mampu menyejukkan
badannya. Dia dengan kipas tangan sudah begitu sinonim sekali. Sehingga di
Kampung Taman Sedia ini dia dikenali sebagai Ainin Kipas Tangan.
“Hah…
mana perempuan tu? Mak telefon Fas suruh dia pergi jaga kedai, Fas ada bagitau
dia tak?” mata Puan Ainin liar mencari kelibat Aisyah.
“Ada
dalam bilik dia.”
“Dalam
bilik? Hey… Fasha tak bagitau dia ke mak suruh pergi gerai? Mak tak harap
sangatlah budak Meon tu menjaga gerai. Entah-entah nanti budak Meon tu curi
duit kita pulak. Fasha ni tak boleh
harap betullah! Mak baru suruh buat kerja sikit, itu pun tak boleh.” Puan Aini
merungutkan Fasha.
“Mak!
Anak sedara kesayangan mak tu tengah
bersolat. Dia kan alim! Takkan mak nak suruh Fas heret dia keluar dari bilik
dia dengan telekung dia tu sekali. Nanti apa pula pandangan orang kampung pada
Fas? Buruk pula nama Fas kena ‘bahan’ orang kampung nanti.”
Tinggi
suara Puan Ainin, tinggi lagi suara Fasha melengking. Langsung tak hormat pada
ibu kandung sendiri. Tapi… tak perlu dihairan. Cara didikan Puan Ainin pada
anak-anaknya memang begitu. Kena sangatlah dengan perangainya juga. Dulu waktu
hayat ibunya masih ada, dia juga tidak pernah menghormati arwah ibunya. Selalu
melawan. Cuma arwah Ainon yang sering mendengar kata. Disebabkan itulah arwah
ibu terlalu menyayangi arwah Ainon dan membuatkan cemburunya pada arwah kakak
kembarnya itu bertimpa-timpa.
“Errr…
Fas panggil Kak Aisyah ke tadi? Maaflah… akak tengah solat tadi.” Aisyah yang
baru muncul di ruang tamu bersuara.
Fasha
memalingkan wajah memandang Aisyah. Meluat benar dia tengok muka Aisyah yang
penuh polos itu.
“Eeee…
jangan nak berkakak sangatlah. Geli telinga aku ni mendengarnya.” Tukas Fasha.
Aisyah
hanya mendiamkan diri. Tidak menjawab.
“Hah…
kau dah habis solat ke?” kini giliran Puan Ainin pula bersuara.
“Dah
mak su.” Pendek Aisyah menjawab.
“Kalau
macam tu kau pergi jaga gerai. Aku tak percaya sangat dekat budak Meon tu.
Nanti habis duit gerai tu dia curi. Orang miskin macam tu, kalau dah terdesak
sangat memang sanggup mencuri kat mana-mana pun.”
Begitulah
sikap mak sunya. Suka berburuk sangka dengan orang. Aisyah tahu Meon datang
daripada keluarga yang susah. Meskipun keluarganya susah, tetapi Meon seorang
anak yang baik dan rajin. Meon sanggup berhenti sekolah demi membantu Mak Kiah
mencari nafkah untuk mereka sekeluarga. Dia ramai adik. Dan sebagai seorang abang
dia rela berhenti sekolah demi melihat kejayaan adik-adiknya. Kasihan Meon,
dalam usia yang baru lima belas tahun dia sudah tahu mencari duit untuk
keluarga.
“Hoi!
Kau menung apa lagi tu? Tak dengarkah aku suruh kau pergi jaga gerai?” jerkah
Puan Ainin setelah melihat Aisyah masih tercegat di ruang tamu. Menggelegak
pula api marahnya.
Aisyah
yang memang terkenal dengan latahnya sudah termelatah. Terkejut mendengar
jerkahan maha nyaring daripada mak sunya.
“Oh…
mak kau Pontianak menjerit!” tak pasal-pasal laju pula bibirnya meluahkan ayat
tersebut. Sehingga membuatkan mata Puan Ainin bagai hendak tersembul keluar
mendengarnya.
“Apa
kau kata??? Aku Pontianak?” Puan Ainin bangun dari duduk lalu menghampiri
Aisyah. Telinga anak gadis berusia dua puluh tahun itu dipulas.
“Aduh…
sakit mak su. Ampun mak su. Aisyah tak sengaja.” Pinta Aisyah kesakitan bila
telinganya dipulas mak sunya.
“Tahu
pun sakit! Yang kau panggil aku Pontianak tu buat apa? Kau nak aku ‘kerjakan’
kau ke?”
Aisyah
menggeleng-geleng. Takut sungguh dia dengan mak sunya. Dia tahu perangai mak
su. Jika sudah naik ‘hantu’, memang teruk dia ‘dikerjakan’. Dulu waktu dia
masih sekolah, memang selalu sangat dia ‘makan’ penampar dan pukul terajang mak
su. Cuma sejak dia sudah meningkat dewasa ini mak su sudah kurang memukulnya.
Jika ada pun, hanya dicubit dan dipulas telinga saja.
Puan
Ainin mendengus. Dia melepaskan telinga Aisyah yang dipiat kuat.
“Dah!
Pergi dari sini. Menyampah benar aku tengok muka kau.” Halau Puan Ainin
akhirnya.
Cepat-cepat
Aisyah melangkah turun. Daripada menjadi mangsa pukul mak sunya, baik dia
segera ke gerai buah.
Basikal
kesayangannya kayuh. Hadiah terakhir pemberian arwah abah. Ketika itu dia baru
saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke lima belas tahun. Abah hadiahkan
dia basikal warna pink ini untuk
memudahkan dia ke sekolah. Tak adalah dia berjalan kaki lagi. Sampai sekarang,
basikal itu tetap menjadi harta kesayangannya. Biar sudah lima tahun berlalu,
namun basikal tersebut tetap dijaga dengan baik.
Dalam
Aisyah melayan perasaan, datang sebuah kereta dari arah bertentangan.
Menyebabkan basikal yang Aisyah kayuh hilang pertimbangan dan dia terjatuh ke
belukar di sebelah kiri.
TENGKU ISKANDAR
tergamam. Begitu juga dengan Tengku Haziq. Terkejut bukan main lagi. Terkaku
mereka berdua tanpa kata.
Setelah
sedar, laju Tengku Haziq melangkah keluar. Dia yakin tadi mereka melanggar
seseorang. Harap-haraplah orang yang dilanggar itu tidak mati atau mengalami
kecederaan yang teruk. Jika tidak, nahas mereka dikerjakan orang kampung.
Tengku
Haziq menghampiri seorang gadis. Rambutnya yang panjang menutupi bahagian wajah
membuatkan dia tidak nampak wajah gadis berbaju kurung merah jambu itu.
“Errr… cik, kami mintak maaf. Awak tak
apa-apa ke?” pinta Tengku Haziq.
Aisyah
berpaling mendengar suara yang menegurnya. “Errr…
tak, tak apa-apa.”
Terpegun
Tengku Haziq melihat gadis di hadapannya. Cantik mulus wajahnya. Wajah gadis
kampung yang jauh lebih jelita berbanding gadis-gadis kota. Tanpa alat solek
bertempek di wajah, gadis itu tetap kelihatan cantik di mata. Siapa agaknya
dia?
“Macam
mana awak kayuh basikal? Tak nampak ke kereta saya depan awak? Kalau saya
terlanggar awak tadi… macam mana? Menyusahkan!”
Suara
kasar itu membuatkan Aisyah mendongak. Tergamam dia buat seketika. Kacaknya
lelaki yang berdiri di hadapannya ketika ini. Walaupun wajahnya masam mencuka,
namun ketampanannya tetap terserlah. Daripada gaya lelaki itu, Aisyah tahu dia
bukan calang-calang orang. Tentu daripada golongan kaya-raya.
“Apa
pandang-pandang? Awak tak puas hati dengan saya ke?” jerkah Tengku Iskandar
pada Aisyah. Sakit hati bila mata gadis itu tidak berkerdip memandangnya.
Terus
Aisyah menjatuhkan pandangan mata. Terkejut mendengar nada kasar yang lahir
dari bibir lelaki tampan itu. Harap muka saja yang kacak tetapi bahasa hancur!
Tengku
Haziq yang kurang senang mendengar nada bicara abang sepupunya itu menjeling
geram. Tak bolehkah Tengku Iskandar bercakap dalam nada yang elok? Kenapa perlu
menengking. Kasihan gadis itu. Terkulat-kulat mendengar jerkahan Tengku
Iskandar yang bongkak dan sombong.
Aisyah
terjerit kecil bila dia cuba bangun. Telapak tangan kirinya terasa sakit dan
pijar. Pantas dia menjatuhkan pandangan mata pada telapak tangannya. Ada warna
merah mengalir keluar dari telapak tangannya ketika itu.
“Ya
ALLAH… tangan awak tercedera tu.” Pantas Tengku Haziq menegur. Terkejut melihat
darah mengalir keluar dari telapak tangan kiri si gadis.
Aisyah
juga terkejut. Baru sekarang dia perasan tangannya terluka. Tentu terluka
semasa dia terjatuh tadi. Maklumlah… tempat dia jatuh itu penuh dengan
batu-batu kecil.
“Mari
kami hantar awak ke klinik.” Sambung Tengku Haziq lagi.
“Eh…
takpe encik. Tak payah nak
susah-susah. Nanti saya sapu dengan minyak gamat.” Tolak Aisyah penuh sopan.
“Eh…
mana boleh. Tangan awak berdarah tu. Mana boleh sapu dengan minyak gamat aje.
Kena jumpa doktor. Manalah tahu kut terkena jangkitan bakteria.”
Mendengar
kata-kata Tengku Haziq pada gadis itu, membuatkan Tengku Iskandar mendengus.
Adik sepupunya itu terlalu baik melayan orang yang baru dikenali. Bosan! Tanpa
menunggu lama dia terus berlalu ke Toyota Harrier putih miliknya. Tak betah nak
berlama-lama di situ.
Pandangan
Aisyah menyorot langkah panjang lelaki bertubuh sasa itu. Wajahnya masam
menunjukkan rasa tidak suka. Serba-salah Aisyah hendak menerima pelawaan lelaki
yang seorang lagi.
“Takpelah encik. Nanti saya pergi klinik
sendiri.”
“Takpe cik. Tangan awak berdarah tu. Biar
kami yang bawa awak. Lagipun ini memang salah kami. Kami yang tak nampak awak
tadi.”
“Tapi….”
“Dahlah.
Jangan risau. Kami bukannya orang jahat. Kami ikhlas nak tolong awak. Marilah…
kami hantar awak pergi klinik dapatkan rawatan.”
Melihat
kesungguhan lelaki tampan yang seorang lagi membuatkan hati Aisyah mengalah.
Dia mengangguk dan cuba untuk bangun. Sakit di tangannya cukup menyengat
sehingga dia menjerit kesakitan.
Laju
Tengku Haziq menghulur bantuan. Cuba untuk memimpin gadis yang belum diketahui
namanya itu. Lupa gadis itu bukan sesiapa dengan dia. Sesuka hati saja dia nak
pegang-pegang.
“Errr… takpe. Saya boleh bangun sendiri.” Tolak Aisyah lembut. Digagahi diri
untuk bangun tanpa bantuan lelaki asing tersebut.
Tengku
Haziq tersenyum nipis. Segan dengan keterlanjuran sendiri. Merah padam
wajahnya.
Masuk
saja di dalam perut kereta, Aisyah mengambil tempat duduk di bahagian belakang.
Senyap saja dia. Apatah lagi dia menyedari ada pandangan tajam memanah wajahnya
dari arah cermin pandang belakang. Membuatkan dia jadi tidak keruan.
“Saya
Haziq. Yang ni abang sepupu saya Iskandar.” Tengku Haziq memperkenalkan diri
secara ringkas.
“Excuse me. Tengku Iskandar and Tengku Haziq!”
laju Tengku Iskandar memperbetulkan nama yang disebut sepupunya tadi. Biar
perempuan kampung yang duduk di belakang sana tahu siapa sebenarnya mereka.
Bukan orang sebarangan.
Aisyah
telan air liur. Seperti yang dia jangkakan, pasti lelaki berdua itu orang-orang
kaya. Ternyata, tekaannya tepat. Cuma dia tak sangka mereka ini berketurunan
kerabat yang mempunyai awal nama ‘Tengku’. Padanlah wajah dua lelaki itu hampir
seiras. Rupanya mereka berdua mempunyai pertalian darah.
Cuma
jika hendak dibandingkan antara Tengku Haziq dan Tengku Iskandar, lelaki
berwajah masam itu lebih kacak berbanding Tengku Haziq. Wajah masamnya tidak
memudarkan ketampanannya walau sedikit. Sedar lelaki itu memandangnya dengan
tajam, cepat-cepat Aisyah menjatuhkan pandangan matanya.
Tengku
Haziq menjeling Tengku Iskandar dengan ekor matanya saja. Kurang senang dengan
lagak abang sepupunya yang suka membanggakan diri. Kaya atau miskin itu
bukanlah ukuran hidup. Apa yang penting di mata ALLAH mereka ini semuanya sama.
“Nama
awak siapa?” Ingin sekali Tengku Haziq mengetahui nama si manis yang duduk di
belakang.
Aisyah
pandang Tengku Haziq sambil tersenyum nipis. “Siti Aisyah.” Jawabnya pada
soalan Tengku Haziq.
“Hmmm… cantik nama awak. Macam nama
isteri Rasulullah, Siti Aisyah.”
Pujian
itu disambut dengan senyuman di bibir Aisyah. Memang namanya diambil sempena
nama isteri Rasulullah. Arwah emak begitu mengagumi peribadi Siti Aisyah. Dan
dia… biarpun tidak mampu jadi sehebat Siti Aisyah, namun biarlah namanya ini
membawa dia kepada peribadi mulia wanita itu.
Mencebik
Tengku Iskandar mendengar pujian Tengku Haziq pada perempuan kampung di tempat
duduk belakang. Entah apalah yang adik sepupunya itu kagum sangat dengan nama gadis
kampung itu. Tak ada yang menarik minatnya. Nama biasa-biasa saja. Nama orang
kampung. Tak semoden nama teman-teman wanitanya di kota. Ada Sellina, Wanda,
Kizzie, Caroline, Julia, Suzie dan ramai lagi nama-nama glamor.
“TERIMA KASIH.”
Ucap Aisyah setelah kembali semula ke tempat di mana dia bertembung dengan
Tengku Haziq dan Tengku Iskandar.
Tengku
Haziq tersenyum. “Sama-sama.”
“Maaflah
sebab saya susahkan tengku dengan sepupu tengku.”
Sepanjang
dalam perjalanan tadi, Aisyah lebih senang mendiamkan diri. Cuma sesekali, bila
Tengku Haziq yang ramah bertanyakan soalan kepadanya barulah dia menjawab. Jika
tidak, dia lebih senang membisu. Apatah lagi cara Tengku Iskandar memandangnya.
Penuh dengan rasa benci dan meluat.
“It’s okey Aisyah. Tak susah mana pun.
Lagipun memang kami yang salah. Tak patut pandu kereta laju-laju dekat jalan
sempit macam ni. Tak pasal-pasal awak terbabas jatuh dalam belukar.”
Aisyah
tersenyum nipis. Baik sungguh hati Tengku Haziq. Lelaki itu juga jenis tidak
kedekut. Tadi sewaktu dia menerima rawatan di klinik Dr. Mariana, Tengku
Haziqlah yang telah membayar segala kos ubat-ubatan. Dia berjanji akan
membayarnya namun Tengku Haziq kata tak perlu. Dia menolong dengan ikhlas.
Pon!
Pon! Ponnn!!!
Bunyi
hon yang memanjang mengejutkan Tengku Haziq dan Aisyah. Pantas keduanya
menoleh. Di dalam perut kenderaan, wajah tegang Tengku Iskandar terserlah.
Barangkali marah kerana Tengku Haziq mengambil masa bersembang dengan Aisyah.
“Okeylah
Aisyah. Saya pergi dulu. Saya harap lain kali kita dapat berjumpa lagi.
Assalamualaikum.”
Benar!
Hatinya memang berharap dapat berjumpa lagi dengan gadis manis itu.
Aisyah
mengangguk dan menjawab. “Walaikumusalam.”
Aisyah
masih berdiri di tempatnya. Tersenyum dan membalas lambaian tangan Tengku
Haziq. Baik benar lelaki itu melayannya. Tak seperti lelaki seorang lagi.
Garang macam harimau. Seeloknya dia diberi nama ‘Tengku Harimau.’
Aisyah
tersenyum. Rasa kelakar dengan nama yang dicipta mindanya sendiri untuk Tengku
Iskandar. Rasa begitu sinonim nama itu dengan Tengku Iskandar yang sombong dan
bongkak!
sombongnya kau ni Iskandar...
BalasPadamtgk le nanti, hehehehe...
pape pun terbaiklah kak dayana,
emirlya ~ terima kasih lya..Tg. Iskandar ne sombong tahap gaban..heheee
Padamtengku harimau..... Hihihi
BalasPadamlynda oja ~ heheheeee....sebab garang dpt la nama manja Tg. Harimau
Padambest nak lagi.
BalasPadamok ok..nanti saya bagi lagi...terima kasih kerana suka.. =)
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKnp dekat utube x de ye ep 5 ? Dekat mana ye saya boleh tengok ?
BalasPadambest
BalasPadam