ISTERI
DALAM SANGKAR
**3**
BUNYI
panggilan masuk ke telefon bimbitnya mengejutkan Tengku Iskandar yang sedang
lena. Malas-malas dia memanjangkan tangan mencapai telefon bimbit di atas meja
sisi. Mata masih lagi terpejam rapat. Mengantuk tahap gaban!
‘Hisy…
siapa pulak yang kacau daun ni?!
Orang nak tidur pun susah!’ rungutnya dalam hati.
“Helooo….”
Dengan suara serak, dia bersuara.
“Assalamualaikum!
Tak bangun lagi ke?!” sergah suara di hujung sana. Garang kemain!
Tengku
Iskandar yang mamai-mamai bersuara lagi. “Waalaikumusalam. Siapa ni?”
“Tengku
Iskandar! Ini mummy la! Takkan suara mummy sendiri dah tak kenal?!” bukan main
‘berapi’ lagi Tengku Maria bila anak lelakinya itu tidak mengenali suaranya.
Jika anak itu berada di depan mata, sudah dipiat telinganya itu. Boleh pula
suara dia, anaknya tak kenal. Cukup menaikkan lagi rasa panas di hatinya ketika
ini.
Mendengar
pengenalan diri dari suara di corong telefon, terus mata Tengku Iskandar bulat
bagai biji guli. Menjadi terang, seterang-terangnya!
“Eh…
mummy. Sorry… line tak berapa clear. Tu
yang tak berapa dengar suara mummy.”
Dia memberi alasan. Sedangkan dia benar-benar tidak ‘cam’ suara mummynya tadi.
Tengku
Maria mendengus.
“Tengku
Iskandar dekat mana ni?” soal Tengku Maria tegas. Jika dia sudah memanggil
Tengku Iskandar dengan nama penuh begitu, maknanya dia tengah serius.
“De…
dekat ofis la mummy. Dekat mana lagi.”
Bohongnya. Tangan Sellina yang melingkar kemas pada pinggangnya dialihkan.
Tidak mahu gadis berkulit hitam manis itu tersedar.
Perlahan-lahan
dia bangun dari atas katil. Bergerak keluar dari ruang bilik yang sejuk
disebabkan penghawa dingin. Jika bukan kerana mummy menelefon, tentu dia tak
tahu hari sudah siang. Berada dalam bilik berhawa dingin dan agak suram itu
bersama Sellina, membuatkan dia tidak sedar hari sudah siang.
“Jangan
nak bohong mummy Tengku Iskandar! Mummy dekat ofis sekarang ni! Mummy tak nampak pun bayang-bayang
Tengku Iskandar dekat ofis kita ni!” tegas Tengku Maria dengan suara yang
meninggi. Membuatkan Tengku Iskandar terpaksa menjauhkan telefon bimbit dari
telinga. Jika tidak, mahu bernanah telinganya mendengar jeritan nyaring mummy yang sudah mula naik angin.
“Ngeee….”
“Mummy mahu Tengku Iskandar datang ke
ofis sebelum pukul sepuluh! Ingat… kita ada meeting dengan Istana Kristal
Holding pukul 10.30. Sebelum tu mummy
ada perkara nak bincang dengan Tengku Iskandar.” Tengku Maria memberi arahan.
Belum
sempat Tengku Iskandar membalas, talian sudah diputuskan.
Dia
pandang jam dinding. Sudah pukul 9.15 minit pagi. Ini bermakna dia hanya ada
masa empat puluh lima minit saja lagi. Dia perlu cepat. Jika tidak tentu mummynya akan mengamuk. ‘Kuasa’ mummy lebih besar daripada daddy. Kalau mummy sudah mengamuk, memang susahlah jalan hidupnya. Takut nanti,
semua ‘keistimewaannya’ akan ditarik balik atas arahan mummy. Daddy memang tak
pernah bantah kalau mummy yang bagi
arahan.
Dalam
otaknya berjalan memikirkan mesyuarat yang akan berlangsung tak lama saja lagi
itu, tiba-tiba ada satu tangan menjalan ke pinggangnya. Memeluk tubuhnya dengan
kejap dari belakang sambil mencium belakang tubuhnya yang tidak berbaju.
“Darling… kenapa you keluar tak kejutkan
I?” rengek Sellina manja. Matanya masih terpejam-pejam tanda dia masih
mengantuk dan mahu tidur dalam pelukan Tengku Iskandar.
“I
kena balik.” Beritahu Tengku Iskandar tanpa menjawab pertanyaan Sellina yang
dirasakan tidak penting itu. Apa yang dia fikirkan sekarang dia perlu berada di
pejabat sebelum pukul sepuluh. Jika tidak tentu mummy akan marah.
“Balik?
Tapi kan awal lagi ni. You stay la
dulu. I belum puas lagi nak bermanja dengan you. Kalau you nak… I boleh bagi
layanan yang lebih baik dari semalam.” Sellina menggoda. Jemari runcingnya
sudah bermain-main pada dada bidang Tengku Iskandar. Mahu menggoda iman lelaki
itu sekali lagi. Kehangatan pelukan Tengku Iskandar semalam masih terasa hangat
pada tubuh seksinya ini.
Hampir
saja Tengku Iskandar ‘tersungkur’ dengan godaan Sellina. Namun cepat dia
tersedar apabila bayangan wajah mummy
menerjah kotak fikiran. Siap bercekak pinggang dan mata yang membulat lagi.
Seramnya wajah mummy mengalahkan
wajah Mak Lampir.
“Tak
bolehlah Lina. I kena balik. Ada meeting
dekat ofis pukul sepuluh setengah nanti.” Jemari Sellina yang cuba mengoncang
imannya itu dilepaskan. Dia melangkah masuk ke dalam bilik lantas mengambil
pakaiannya yang bertaburan di atas lantai.
Sellina
mendengus geram. Kecewa bila godaannya tidak berjaya melembutkan hati Tengku
Iskandar.
“You
batalkan ajelah meeting tu darling. Atau… you mintak cousin you si Haziq tu yang handle. Takkan tak boleh?” Pujuk Sallena
tidak mahu mengalah bila godaannya ditolak.
“Tak
boleh. Mummy tengah tunggu I.”
Kali
ini dengusan Sellina semakin kuat kedengaran. Tengku Iskandar ini kalau dengan mummynya memang tak pernah nak berkata
tidak. Ikut saja apa kata mummynya
itu. “Sikit-sikit mummy you! Entah
apalah yang you takut sangat dengan mummy
you tu?!”
“Ini
bukan soal takut. Ini soal kerja. You tahu kan I bakal menjadi CEO syarikat.
Kalau I tak tunjukkan prestasi yang baik depan mummy and daddy I, macam mana dia orang percaya I
boleh handle syarikat dan serahkan TG
Holdings pada I. I tak nak kehilangan TG Holdings.”
Mendengarkan
itu, bibir Sellina merekah dengan senyuman. Pantas dia mendekati Tengku
Iskandar. Dia tahu lelaki itu bakal menjadi pemilik TG Holdings bila Tengku
Yusuf menyerahkan syarikat itu kepada Tengku Iskandar kelak. Syarikat yang
mempunyai beberapa rangkaian perniagaan terbesar di Malaysia. Bukan itu sahaja,
malah TG Holdings juga mempunyai beberapa projek kerjasama dengan beberapa
syarikat gergasi dari luar Negara. Pendak kata, TG Holdings merupakan syarikat
pembinaan yang cukup kukuh ekonominya ketika ini.
“Okeylah
kalau macam tu. I tak akan halang you. Tapi you kena janji tau… malam ni kita
keluar lagi. Kita habiskan masa macam malam tadi. I tak puas la nak
bermanja-manja dengan you.” Suara Sellina beralun manja.
Tengku
Iskandar hanya tersenyum. Tidak berkata ya, tidak juga berkata tidak. Dia tidak
mahu berjanji kerana kelak Sellina akan menuntut janjinya itu. Dia tidak mahu
ada ikatan dengan Sellina. Gadis itu hanya teman dia bersosial.
Sebelum
dia pergi meninggalkan Sellina, gadis seksi itu sempat menghadiahkan ciuman
hangat ke bibirnya. Ciuman pagi yang cukup menghangatkan.
Ah…
Sellina, dia memang pandai menggoda!
BERGEGAS
Tengku Iskandar masuk ke ruang pejabat. Jam di tangan sudah berulang kali
dipandang. Takut andai dia terlebih dari masa yang telah mummy tetapkan.
“Selamat
pagi Tengku Iskandar.” Sapa Syeeda penuh hormat.
“Selamat
pagi. Tengku Mummy mana?” tanyanya
pada Syeeda yang berdiri tegak di tempatnya itu.
Semua
orang di dalam ofis ini memanggil Tengku Maria dengan panggilan Tengku Mummy.
“Ada
dekat dalam Tengku Iskandar.” Beritahu Syeeda.
“Dah
lama dia tunggu?”
Syeeda
mengangguk sambil berkata, “Dah hampir sejam Tengku Mummy tunggu Tengku.”
Tengku
Iskandar mengetap bibir. Mampuslah dia kena ceramah percuma dari mummynya pagi ini. Ini yang buat jiwanya
menjadi lemah. Dia paling tak suka awal pagi lagi sudah ‘dicuci’ telinga oleh mummy. Mummy kalau sudah membebel, mahu sampai esok pagi pun belum tentu
akan tamat. Itu yang dia tak suka!
Sebelum
melangkah masuk, dia sempat berdoa semoga mood
mummy tidaklah ke ‘laut’ sangat agar
ceramah paginya tak panjang berjela.
Tersenyum
Syeeda melihat tingkah ketuanya itu. Tengku Iskandar ni memang kaki perempuan.
Sampaikan dia pening kepala nak melayan karenah setiap seorang teman-teman
wanita Tengku Iskandar itu. Tapi bila berdepan dengan Tengku Maria, kecut anak
jantan seorang itu dibuatnya. Dengan Tengku Maria jangan main-main. Semua staf
di TG Holdings ini takut pada Tengku Maria yang mana senyumannya terlalu mahal
hendak diukir itu. Serius dua puluh empat jam. Syeeda sendiri takut pada Tengku
Maria.
“Hai…
mummy!” sapa Tengku Iskandar bersama
senyuman manis di bibir.
Mencerlung
tajam wajah Tengku Maria memandang anak tunggalnya itu. Ini apa kes nak hai-hai
ni? Sudah tak tahu nak bagi salamkah?
“Dah
tak pandai nak kasi salam? Dah terikut sangat budaya orang barat?”
Bertalu
Tengku Maria melontarkan soalan sinis kepada anak tunggal yang semakin hari
semakin liar pula perangainya itu. Menyesal dia hantar Tengku Iskandar belajar
ke luar Negara dulu. Kalau tahu budaya ini yang anaknya itu bawa balik ke
Malaysia, baik dia sekolahkan saja Tengku Iskandar di sini. Sekurang-kurangnya
takdelah matanya sakit tengok budaya
barat yang anaknya itu bawa balik bersama.
Tengku
Iskandar tersengih. “Errr… sorry. Assalamualaikum mummy.”
“Waalaikumusalam.”
“Sorrylah… Is lambat sikit sebab jalan
sesak sangat.” Tengku Iskandar memberi alasan. Dia meletakkan briefcase atas meja.
Tangan mummynya dicapai lalu disalam.
Kemudian pipi wanita itu pula dikucup kiri dan kanan. Punggung dilabuhkan di
atas sofa berdepan dengan mummy.
“Jalan
sesak atau Is tak bermalam dekat kondo Is tu?” Sindir Tengku Maria dengan mata
menjeling anak bujangnya. Bukan dia tak tahu aktiviti sosial Tengku Iskandar
yang gemar berpeleseran dengan perempuan-perempuan yang memang awal-awal lagi
sudah ditendang dalam senarai calon menantunya.
Tersengih
Tengku Iskandar mendengar sindiran mummynya.
Macam tahu-tahu saja yang dia tak bermalam di kondonya itu semalam. Mummy ni macam Nujum Pak Belalang.
Entah-entah mummy ada pasang spy
untuk mengintip setiap aktivitinya tak?
“Hisy… mana ada mummy. Is tidur dekat kondo la. Mummy
ni pepandai aje nak tuduh Is yang bukan-bukan. Berdosa tau mummy main tuduh-tuduh. Fitnah namanya tu.” Masih nak bohong demi
menutup perbuatannya daripada dihidu mummy.
Segala aktivitinya tak boleh diketahui oleh mummy
dan daddy. Pandai pula dia berkata
dosa sedangkan dosa yang dipikulnya tidak dihiraukan.
Entah
sampai bilalah dia hendak berubah? Entah sampai bilalah dia terus hanyut dalam
dunia yang penuh godaan ini?
Tengku
Maria mengeling.
“Remember Is! Mummy dah bagi warning
pada Is. Jangan malukan mummy dan daddy. Kalau ada perkara buruk yang
mencemarkan nama baik family kita,
jangan harap Is akan pegang jawatan CEO di TG Holdings ni. Segala keistimewaan
Is pun mummy akan tarik balik.” Ugut
Tengku Maria. Hanya dengan cara itu saja dia dapat mengawal sedikit aktiviti
sosial anaknya yang kaki perempuan itu. Tengku Iskandar memang takut sangat
jawatan CEO tidak diberikan kepadanya.
“Don’t worry mummy. I remember
what I promised and
Is tak akan malukan mummy dan daddy serta nama baik keluarga kita. Your have to believe me, mummy.”
Tengku
Maria mencebik. Cakap Tengku Iskandar ini bukannya boleh pakai sangat. Lagi
banyak auta dari fakta.
“Dah
la! Mummy malas nak dengar cakap
kelentong Is tu. Bukannya boleh pakai sangat pun. Cakap depan mummy lain, belakang mummy lain yang Is buat.”
Melihat
anaknya berdiam, Tengku Maria menyambung lagi. “Macam mana dengan cadangan yang
mummy usulkan pada Is tu? Is dah
fikirkan ke?”
Dia
ingin tahu jawapan Tengku Iskandar. Kalau anaknya itu bersetuju, penghujung
bulan ini juga dia dan suaminya akan datang merisik. Tengku Iskandar ini hanya
sesuai diikat dengan ikatan saja. Baru perangai kaki perempuannya itu akan
hilang.
Berkerut
dahi Tengku Iskandar. “Cadangan yang mana satu mummy? Is tak ingat la.”
Mengetap
bibir Tengku Maria mendengar kata-kata Tengku Iskandar. Nampak sangatlah
anaknya itu tidak pernah mengambil serius apa yang dia perkatakan selama ini.
Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Bertuah punya anak!
“Tentang
nak jodohkan Is dengan Puteri Waiduri tu la. Dah fikir?”
Tengku
Iskandar menggaru-garu tepi telinganya. Dia sudah lupa tentang itu. Ingatkan mummynya sekadar memberi cadangan
suka-suka saja. Tak sangka mummy agak
mendesaknya dalam hal ini. Dia tak fikir pun lagi. Malas! Lagipun dia tak
berkenan dengan Puteri Waiduri anak
Megat Sufian dan Tengku Liza itu. Berlagak lebih sangat.
“Tengku
Iskandar! Dengar tak apa yang mummy
cakap ni?” keras suara Tengku Maria apabila anaknya itu tidak menjawab
pertanyaannya.
Tok!
Tok! Tok!
Ketukan
pada muka pintu mematikan perbualan dua beranak.
“Come in.”
panggil Tengku Iskandar laju.
Tersembul
wajah Syeeda dari muka pintu bersama senyuman manis terukir di bibirnya.
Mujurlah Syeeda ini isteri orang. Jika masih single-mingle memang
sudah kena ‘ayat’ dengan Tengku Iskandar.
“Maaf
menganggu Tengku Iskandar, Tengku Mummy.”
Penuh sopan Syeeda mengungkap kata. Gerun dia melihat wajah serius Tengku Maria
yang tak pernah nak tersenyum itu. Asyik serius dua puluh empat jam! Tak sama
dengan Tengku Yusuf yang sentiasa melemparkan senyuman buat semua staf di TG
Holdings.
“It’s okey Syeeda. You tak menganggu pun.”
Tengku Iskandar membalas. Dia rasa Syeeda telah menjadi penyelamat yang
menyelamatkan dia daripada terpaksa menjawab soalan mummy.
“Tengku
Danish dari Istana Kristal Holding dah sampai. Nak suruh dia masuk ke dalam
atau suruh dia tunggu di bilik mesyuarat?” beritahu Syeeda mengenai kedatangan
Tengku Danish Tengku Norman.
“Suruh
Tengku Danish masuk.” Belum sempat Tengku Iskandar memberi jawapan, Tengku
Maria terlebih dahulu bersuara.
“Baiklah
Tengku Mummy.”
Syeeda
pun menjemput Tengku Danish masuk ke dalam bilik Tengku Iskandar yang serba
mewah itu.
“Assalamualaikum….”
Ucap Tengku Danish bersama senyuman dibibir ketika melangkah masuk ke bilik
Tengku Iskandar Tengku Yusuf, bakal pewaris TG Holdings.
Tengku
Maria yang jarang tersenyum itu sudah melebarkan senyumannya kala terpandangkan
wajah Tengku Danish. Lelaki yang sudah beristeri dan mempunyai tiga orang
cahayamata itu merupakan anak pasangan Tengku Norman dan Ku Ana. Keluarga mereka
memang berkenalan rapat. Inilah peluang pertama mereka dapat bekerjasama dalam
menjayakan satu projek perumahan.
“Waalaikumusalam.”
Jawab Tengku Maria senang.
Tengku
Danish bersalaman dengan Tengku Iskandar dan Tengku Maria. Dia sudah biasa
dengan dua beranak ini. Tiada apa yang hendak disegankan. Cuma dari segi
bekerjasama dalam mengusahakan sebuah projek, ini adalah kali pertama. Dia
berharap agar kerjasama kali pertama ini membuahkan hasil yang lumayan.
“Tengku
Mummy apa khabar?” Sekadar berbahasa,
Tengku Danish bertanyakan khabar wanita yang usianya hampir sebaya dengan
bondanya itu.
“Alhamdulillah.
Tengku Mummy sihat. Bonda Danish
macam mana? Dah lama Tengku Mummy tak
jumpa dia.”
“Bonda
sihat Tengku Mummy. Alhamdulillah.”
“Okeylah.
Danish dan Is bincanglah. Tengku Mummy
nak balik. Ada kerja yang perlu dibuat dekat butik. Nanti sampaikan salam
Tengku Mummy pada bonda Danish ya.”
Tengku
Danish mengangguk dan berkata, “Insya-ALLAH Tengku Mummy.”
Tengku
Iskandar sudah bangun dari duduknya. Dia mendekati Tengku Maria dan lalu
menyalam tangan mummy.
Setelah
Tengku Maria menghilang, Tengku Iskandar menjemput Tengku Danish duduk. Mereka
hendak memulakan perbincangan mengenai projek Royal Kondominium yang bakal
dijayakan bersama. Projek perumahan mewah yang menelan belanja berjuta-juta
ringgit.
hehe...lame x komen kt blog akak...lindu...hehe...laa igt tgku danish adik badik dgn tgku iskandar... hehe
BalasPadamwanie ~ saja nak lepaskan rindu pada Tengku Danish..tu yg 'jemput' dia dtg kt IDS..hahahaaaaaa
Padamhahaha
Padam