Bila lagu cinta
bergema
~31~
Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tak berundur dengan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Untuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Untuk membawa mimpi-mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tak berundur dengan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Untuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Untuk membawa mimpi-mimpi kita
……………………………
Asmidar
– Biar Sampai Ke Bintang
USAI mandi
dan membersihkan diri, Balkish melangkah keluar dengan hanya bertuala paras
lutut. Rambutnya yang panjang hingga mencecah paras pinggang itu kelihatan
basah kerana baru dicuci. Seksi sungguh Balkish. Mentang-mentanglah Harriz
tiada di dalam bilik ketika itu, suka-suka hati saja dia beraksi seksi tahap
melampau seperti itu.
Sebenarnya
Balkish agak pelik dengan Harriz. Setiap kali dia bangun pagi, dia tidak pernah
lihat kelibat suaminya itu di bilik tidur. Entah ke mana menghilangnya. Mahu
juga Balkish bertanya, namun lidahnya seolah-olah keluh untuk berbicara.
Balkish
membongkokkan sendiri badannya. Rambutnya yang masih basah itu dilap dengan
tuala pink separuh besar. Hari ini bapa mentuanya telah menjemput ibu, tok mak,
Batrisya dan Eidham untuk makan tengahari di rumah. Sebelah petang pula
keluarganya akan pulang semula ke JB. Harriz telah berjanji dengan ibu bahawa
dia akan menghantar mereka ke lapangan terbang.
Tanpa
diduga, daun pintu ditolak dari luar. Terkejut beruk Balkish dibuatnya. Begitu
juga dengan Harriz. Bukan main terperanjat lagi dia melihat keadaan isterinya
yang seksi itu. Membuatkan dia menelan air liur. Rasa mahu tersembul keluar
biji matanya melihat keseksian tubuh isterinya yang hanya bertuala paras lutut.
Tiba-tiba nafsu lelakinya bergelora. Tajam matanya merenung ke arah Balkish.
Pintu ditutup kemas.
Balkish
telan air liur. Lulutnya terasa lemah. Sedar akan renungan tajam suaminya itu,
dia berundur sedikit ke belakang. Dia tak sangka akan kantoi dengan suaminya
dalam keadaan sebegini. Peluh dingin sudah memercik ke dahi. Dia berundur dan
berundur sehinggalah tubuhnya sudah melekat ke dinding dan tiada ruang untuk
berundur lagi. Sementara Harriz pula semakin mendekat.
Harriz
tersenyum sinis. Laju dia mengepung Balkish dengan meletakkan ke dua belah
tangannya pada permukaan dinding. Matanya masih nakal merata tubuh isterinya
yang cukup mengiurkan. Pertama kali dia lihat isterinya begitu. Imannya yang
senipis kulit bawang itu sudah goyah.
“A…
apa yang a… awak nak bu… buat ni?” soal Balkish gugup. Seram dan berdebar dia
dengan renungan mata suaminya itu. Rasa hendak dicucuk mata nakal suaminya
dengan garfu. Biar buta macam Kassim Selamat!
Harriz
yang kelihatan segak dengan baju melayu dan kain pelikat sudah mendekatkan
wajahnya ke wajah Balkish. Haruman isterinya yang baru lepas mandi itu
membangkitkan lagi gelora nafsunya. Pertanyaan Balkish langsung tidak
diendahkan.
Balkish
memaling wajahnya dari dihidu Harriz yang bagaikan tidak sedar diri itu.
Tangannya memegang kuat tuala yang dipakai.
“A…
awak jangan nak buat yang tak senonoh ye. Saya je… jerit karang.” Ugut Balkish
yang sudah ketakutan dengan perilaku Harriz yang sudah membelai-belai rambutnya
yang masih basah. Langsung tidak menghiraukan pertanyaannya tadi.
Kalau
kau jerit pun siapa yang nak ambil peduli? Dia nikan suami kau. Ulang sekali
lagi. SUAMI KAU! Memang dia berhak nak buat apa sekali pun. Buang masa saja kau
nak menjerit, Kish. Ada suara halus datang berbisik. Membuatkan Balkish
mematikan niatnya untuk menjerit meminta tolong.
“Awak…
please… jangan buat saya macam ni.”
Balkish merayu. Bergetar tubuhnya bila bibir Harriz sudah sampai mencium
tengkuknya. Dia tidak berupaya mahu menolak tubuh suaminya itu. Tangannya kejap
memegang tuala. Takut terlondeh.
Harriz
yang bagaikan sudah dirasuk nafsu lelakinya itu langsung tidak mengendahkan
rayuan isterinya. Semakin ganas pula dia membenamkan bibirnya ke tengkuk
Balkish. Dicium tengkuk itu semahu hatinya. Jemarinya juga sudah menjalar
memaut kemas pinggang isterinya itu.
Balkish
semakin takut. Debaran didada juga semakin menggila. Dan bila Harriz mengangkat
wajah merenung ke anak matanya, cepat-cepat dia memejamkan mata. Dia tidak
berani hendak bertentang mata dengan Harriz yang bagaikan orang tengah dirasuk.
Ya! Dirasuk dengan nafsu jantannya.
Perlahan…
Harriz mendekatkan bibirnya ke bibir Balkish yang kemerahan dan bersinar. Lalu
dikucupnya bibir isterinya itu. Balkish yang terkedu dengan perlakuan Harriz
mahu meleraikan kucupan suaminya namun tidak berjaya. Tangan masih memegang
tuala yang terasa hendak terlondeh. Semakin galak Harriz melumat bibirnya tanpa
rela. Puas melumat bibir Balkish, sekali lagi ciuman Harriz beralih pada
tengkuk Balkish yang terdedah. Dia benar-benar hilang kawalan. Ketika ini
Balkish hanya mampu berdoa di dalam hati. Semoga ALLAH sedarkan suaminya itu
dari terus dipukul dengan gelora nafsu.
“Kak
Kish!!” Suara Hanni mengejutkan Harriz dan Balkish. Pintu yang tidak berkunci
ditolak dari luar. Kepalanya dijengukkan ke dalam.
Hanni
yang tak patut lihat babak romantik itu terkaku. Bulat sebentar matanya melihat
perilaku abang dan kakak iparnya itu. Dua saat berlalu, ketiga mereka bagaikan
kaku ditempat masing-masing. Dan bila Hanni mula sedar, cepat-cepat dia menutup
mata dengan tangan.
“Opsss… Sorry!” Pintanya. Daun pintu yang
tidak berkunci itu ditutup semula.
“Apalah
kau ni Hanni. Kalau iye pun nak masuk bilik orang… ketuklah dulu. Mintak
kebenaran. Bukan main serbu macam tu aje. Kan tak pasal-pasal dah lihat sesuatu
yang belum layak kau tengok.” Hanni mengomel sendiri. Kepalanya diluku dengan
tangan. Memarahi keterlanjuran dirinya sendiri.
Hanna
yang baru keluar dari biliknya memandang pelik wajah pucat adiknya itu. Apa
kena dengan budak kecik ni? Pucat lesu macam orang nampak hantu aje.
Hanni
yang sedar pandangan pelik kakaknya itu sudah tersengih.
“Heheheee…”
dia ketawa ‘hehehe’.
Hanna
menjeling. Sah! Hanni ni dah mereng. Tak pasal-pasal nak ketawa macam tu dekat
dia. Entah apa yang lucu sangat?! Adakah make-upnya keterlaluan sehingga
membuatkan adiknya itu ketawa? Atau kerana rambutnya yang sudah diwarna baru
itu yang mencuit hati Hanni?
“Why? Ada yang something wrong ke sampai you ketawa macam tu?” soal Hanna pelik
dengan kening yang sudah dijongket ala Ziana Zain.
Hanni
menggeleng. Tangannya digerak-gerak sebagai isyarat tiada apa-apa.
“Errr…
takdelah Kak Hanna. Kak Hanna nampak cantik sangat hari ni. Macam tuan puteri.”
Hanni mengubah topik. Memuji kakaknya yang suka berpakaian seksi itu dengan
pujian yang agak keterlaluan. Banyak kali papa menegur cara Kak Hanna
berpakaian, namun kakaknya yang seorang itu tak pernah nak ambil peduli. Tetap
dengan pakaian seksinya.
“Ni
puji ke sindir I ni?” Hanna sudah mula mahu marah. Pujian Hanni kedengaran
tidak ikhlas pada telinganya.
“Eheh…
mana ada. Orang ikhlaslah puji. Akak nampak cantik sangat hari ni dengan baju
serba merah. Padan sangat dengan kulit Kak Hanna yang putih melepak.” Kalau
lembut nampak sah kena sondol. Sambung Hanni dalam hati. Dia yang tidak mahu
kakaknya itu perasaan tingkah lakunya pantas memaut bahu Hanna. Mesra bukan
main lagi. Padahal sebelum ini jangan kata nak berpeluk bahu macam ini, nak
bermesra-mesra pun tak pernah. Hanna dengan Hanni memang tak pernah sebulu.
“Jom
kita turun breakfast, kak.” Ajak
Hanni mengarahkan kakaknya itu berlalu dari situ.
Hanna
yang malas hendak melayan perangai pelik adiknya hanya menurut. Entah mimpi apa
budak kecik itu hari ini… baik pula melayannya?
Di
dalam bilik berhawa dingin itu, Harriz dan Balkish masih lagi kaku tanpa
sebarang kata. Tangan Harriz masih memaut erat pinggang Balkish. Setelah pintu
ditutup kemas oleh Hanni, barulah keduanya sedar. Cepat Harriz melepaskan
pegangan tangannya. Mujurlah Balkish dapat mengimbangi badannya, jika tidak
pasti dia sudah terjatuh.
“Maafkan
saya.” Pinta Harriz tanpa mahu memandang wajah Balkish. Menonong laju dia
meninggalkan Balkish di dalam bilik seorang diri.
Setelah
Harriz berlalu, Balkish terduduk di atas lantai dengan dada yang masih berdebar
hebat.
******************************************************************************
BUKAN
main seronok lagi Hanni ketawa. Terdekah-dekah sehinggakan suara tawanya itu
kedengaran dari luar. Turut kedengaran sama adalah suara tawa Kak Moon. Entah
apa yang kelakar sangat? Sampai begitu sekali gabungan kuasa tawa Hanni dan Kak
Moon.
Balkish yang mendengarnya sudah
mengetap bibir. Dia beranggapan pasti Hanni dan Kak Moon sedang mengumpat pasal
dia dengan Harriz. Bukankah Hanni terlihat apa yang berlaku tadi? Jadi tidak
mustahil untuk adik iparnya yang nakal dan suka berceloteh itu memberitau apa
yang dilihatnya pada Kak Moon. Buktinya… ketawa Kak Moon yang bagaikan
Pontianak mengilai itu.
“Ehem…
ehem…” Balkish berdehem sehingga membuatkan Hanni dan Kak Moon yang berada di
ruang dapur itu menoleh.
Lihat
saja wajah kakak iparnya itu, bibir Hanni terus mengukir senyuman sinis.
Senyuman yang penuh dengan maknanya yang tersendiri. Begitu juga dengan Kak
Moon.
“Akak
dah berjaya halau nyamuk raksasa tu ke?” Perli Hanni yang tersengih-sengih.
Balkish
gigit bibir. Dia tahu nyamuk raksasa yang dimaksudkan oleh Hanni adalah Harriz.
“Nyamuk
raksasa tu bagi tinggal kesan tak gigit Kak Kish tadi?” sindir Hanni lagi.
Bibirnya masih mekar dengan senyuman mengejek.
Balkish
mengecilkan matanya memandang Hanni yang masih tersenyum-senyum. Mujurlah dia
bertudung, jadi kesan ciuman yang ditinggalkan oleh Harriz pada tengkuknya
tidak kelihatan.
“Nyamuk
raksasa? Eiii… ada ke nyamuk macam tu? Setahu akak nyamuk yang ada cuba nyamuk
adies aje. Nyamuk raksasa ni Kak Moon tak pernah jumpa lagi.” Kak Moon sudah
terpinga-pinga.
Hanni
ketawa terbahak-bahak. Lurus bendullah Kak Moon ni.
Balkish
lihat wajah Kak Moon yang berkerut seribu itu. Tahulah dia bahawa Kak Moon
tidak tahu apa yang telah berlaku. Tapi… apa yang buat Kak Moon dan Hanni
ketawa bagai tak ingat dunia tadi? Hmmm… tentu ada yang mencuit hati mereka
berdua. Asal jangan mengumpat pasal peristiwa romantiknya dengan Harriz tadi
sudahlah.
“Kak
Moon… yang ni bukan sembarangan nyamuk tau. Yang ni besar dan cukup menakutkan.
Sekali dia gigit, susah nak lepas.” Kata Hanni bila tawanya sudah redah.
“Iye
ke? Hisy… takutnya. Kish jumpa nyamuk raksasa kat mana? Sepanjang Kak Moon
kerja kat sini… Kak Moon tak pernah lagi jumpa nyamuk raksasa.” Kak Moon yang
tidak tahu apa-apa sudah bertanya dengan lurus bendul.
“Kak
Moon jangan percaya cakap Hanni ni. Dia ni suka berangan.” Balkish bersuara.
Lantas dia mencubit lengan Hanni sehingga membuatkan adik iparnya itu terjerit
kecil.
“Kak
Moon… nyamuk raksasa ni special
sikit. Dia tak akan gigit kita. Dia nak gigit Kak Kish sorang aje.”
Kak
Moon sudah menggaru-garu kepalanya. Pening dia dengar kata-kata anak majikannya
itu. Nyamuk mana pula yang pandai pilih-pilih gigit orang? Setahu Kak Moon,
nyamuk tak pernah memilih mangsanya.
“Eiii…
peninglah kepala Kak Moon. Dahlah! Malas Kak Moon nak layan Hanni. Hanni ni
kalau dah mula berceloteh susah sangat nak berhenti. Dah… tepi sikit. Kak Moon
nak letak nasi goreng ni kat meja makan. Kalau Puan Sri tahu sarapan pagi belum
dihidang, mampus Kak Moon kena leter.” Kak Moon mengambil mangkuk besar yang
sudah diisi dengan nasi goreng. Kemudian di bawa masuk ke ruang makan.
“Kak…
lain kali kalau nak beromantika dengan Abang Riz… kuncilah pintu. Nasib baik
Hanni yang masuk, mahunya mama yang terjah… tak ke pengsan jadinya. Heheheee…”
Hanni mengusik.
Balkish
yang sudah merah padam wajahnya dek usikan Hanni segera melancarkan cubitan
untuk kali yang ke dua.
“Nakallah
Hanni ni.” gumam Balkish.
“Alaaa…
usik sikit aje la.”
“Hanni
jangan cakap dengan sesiapa tau.” Pinta Balkish. Malu dia andai adik iparnya
yang mulut becok macam murai itu memberitahu apa yang dilihatnya kepada orang
lain.
“Don’t worrylah Kak Kish. Hanni tak akan
bagitau sesiapa.”
“Promise?”
“Promise!” Hanni angkat tangan bagaikan
orang sedang melafazkan ikrar.
Balkish
tersenyum. Lega kerana Hanni sudi menyimpan rahsia yang memalukan itu.
“Dahlah…
jom kita breakfast. Tadi Hanni ajak
Kak Hanna breakfast sama, tapi dia
tak nak. Awal pagi dah keluar dating.”
Dengar
saja Hanni kata Hanna pergi keluar dating, terus Balkish teringatkan Zack.
Mungkin Hanni tahu perihal teman lelaki kakaknya itu.
“Kak
Kish tanya sikit boleh tak?”
“Panjang
pun boleh…”
“Hanni
kenal Zack?”
Dahi
Hanni berkerut. Dia tak pernah dengar pun nama lelaki tu. Siapa ek? Laju dia
menggeleng.
“Tak
kenal. Kenapa? Siapa Zack tu?” Soalan dibalas dengan soalan.
Pantas
Balkish menggeleng. Dia yakin Hanni pasti tidak tahu siapa Zack. Jika tidak
takkanlah Hanni pula yang bertanyakan soalan ‘siapa Zack’ kepadanya?
“Takde
sesiapa la. Dah… jom kita breakfast.”
Ajak Balkish sambil berpimpin tangan dengan adik iparnya itu. Balkish cukup
selesa dengan Hanni. Adik iparnya itu cukup baik melayannya. Malah hanya
beberapa hari tinggal di banglo ini, hubungannya dengan Hanni sudah rapat
seperti telah lama berkenalan.
******************************************************************************
SEBAIK
saja keluarganya masuk ke balai berlepas, Balkish membuntuti langkah Harriz
menuju ke tempat letak kereta. Suaminya itu kelihatan begitu riang sekali. Siap
bersiul kecil lagi. Tadi, Balkish dapat lihat betapa mesranya Harriz melayan
keluarganya. Malah suaminya itu berjaya buat tok mak yang sering berwajah masam
mencuka itu tersenyum. Bijak sungguh Harriz mengambil hati ibu dan tok mak.
“Silakan
masuk Puan Balkish Binti Borhan.” Harriz sudah membuka pintu kereta untuk
Balkish. Mempersilakan isterinya itu masuk ke dalam.
Balkish
yang berwajah selamba masuk ke dalam perut BMW suaminya. Sejak dia dah
berkahwin ni, belum pernah sekali pun dia memandu kereta Kancilnya. Terasa
rindu pula hendak memandu kereta kesayangannya itu. Biar sekadar Kancil, namun
kenderaan itulah yang selalu diusungnya ke sana ke mari.
Sepanjang
perjalanan menuju pulang ke rumah, Balkish hanya mendiamkan diri. Tiada apa-apa
yang hendak dibicarakan. Sebenarnya dia masih malu dengan apa yang telah
berlaku awal pagi tadi. Disebabkan itulah dia sering melarikan pandangan anak
matanya setiap kali berlaga dengan anak mata milik Harriz. Peristiwa awal pagi
tadi masih berlegar-legar di dalam kepalanya. Dia berharap agar Harriz tidak
akan bertanyakan perihal itu.
“Sayang
marahkan abang?” tanya Harriz dengan tiba-tiba.
“Marah?
Untuk apa?” Serius. Balkish tak tahu untuk apa dia perlu marahkan Harriz.
Lelaki itu ada buat salahkah?
“Pasal
pagi tadi…” ujar Harriz.
Tiba-tiba
jantung Balkish bergetar hebat bila Harriz berkata begitu.
“Abang
tau abang tak patut buat begitu tanpa kerelaan sayang. Abang mintak maaf.”
Jujur Harriz ingin memohon maaf. Dia sendiri kesal dengan apa yang dilakukannya
pagi tadi. Dia sedar dia tidak seharusnya memperlakukan Balkish seperti itu.
Sepatutnya dia perlu bijak mengawal hawa nafsunya.
“Dahlah.
Perkara dah jadi. Saya tak nak ingat lagi. Lagipun saya dah maafkan awak.”
Cepat Balkish membalas kata.
Harriz
tersenyum nipis.
“Betul
ke sayang dah maafkan abang ni?”
Balkish
mengeluh. Kepalanya diangguk-angguk umpama burung belatuk. Lantas pandangannya
dibuang ke luar. Bilalah nak sampai ni? Rimas betullah berdua-duaan dengan
lelaki ni. Dan ketika itu juga Harriz memusing stereng keretanya ke simpang
sebelah kiri. Membuatkan Balkish mengerut dahi. Pandangannya dialihkan pada
Harriz yang begitu tenang memandu di sebelahnya.
“Kita
nak ke mana ni?” tanya Balkish. Setahunya ini bukan jalan balik ke rumah
mentuanya.
“Balik
kondominium abang.”
Bulat
mata Balkish mendengarnya. Balik kondominium abang? Ayat Harriz diulang dalam
hati.
“Tapi…”
“Alaaa…
sayang janganlah risau. Abang tak akan ambil kesempatan ke atas sayang lagi.
Abang just nak bawa sayang ke kondominium abang. Lagipun sejak kita kahwin ni
abang belum pernah lagi jenguk kondo tu. Entah-entah dah ada banyak sarang
labah-labah. Kita pergi tengok kondo abang kejap ye.”
“Buat
apa nak balik sana?” Balkish masih berat hati mahu pergi ke rumah suaminya.
Takut lelaki itu buat hal sekali lagi.
“Macam
abang kata tadi… nak jenguk konominium yang dah lama kena tinggal. Nanti sayang
bolehlah tolong abang kemas apa yang patut kat kondo tu.”
“Kenapa
saya pulak yang kena kemas?”
“Sebab
sayang isteri abang. Sayang merupakan puan rumah kepada kondominium tu.” Ada
saja jawapan Harriz yang bisa mematahkan setiap butir bicara Balkish.
Malas
hendak banyak bicara, Balkish ikut saja kehendak suaminya itu. Lagipun, jika
mereka balik ke banglo keluarga suaminya itu dia hanya akan dihadiahkan dengan
jelingan tajam Puan Sri Hanum sahaja.
Sampai
di kondominium mewah milik Harriz, Balkish melangkah masuk ke dalam. Liar
matanya memerhati setiap ruang kondominium mewah itu. Tinggi betul citarasa
suaminya itu. tengok saja perabot dalam kondominiumnya, semua yang mahal-mahal
dan mewah-mewah belaka. Nampaknya lelaki itu peminat warna putih dan biru.
Buktinya warna yang kebanyakan mengisi ruang di kondominium ini.
Harriz
mencalitkan jari telunjuknya di atas meja kopi.
Euwww…
tebalnya habuk. Pantas dia beralih pula pada kabinet. Nampaknya di situ pun
habuk sudah mula kelihatan. Adoi… inilah padahnya kalau rumah yang tiada
penghuni. Mesti habuk senang nak hinggap. Dulu dia tinggal di sini. Tapi sejak
mama tertangkap basah Harriz di sini bersama Atika, mama tidak membenarkan lagi
Harriz tinggal di sini. Bukan main mengamuk lagi mama ketika itu. Disebabkan
itulah Harriz terpaksa tinggal bersama keluarga.
Tapi
kini, setelah dia beristeri, dia memang punya niat mahu membawa Balkish tinggal
di kondominiumnya ini.
“Dah
sedia?” tanya Harriz mendekati Balkish yang ralit melihat sekeliling ruang
kondominium.
Berkerut
dahi Balkish.
“Sedia
untuk apa?”
Harriz
tersengih. Lengan baju kamejanya disinsing hingga ke paras lengan.
Memperlihatkan lengannya yang sasa.
“Kemas
rumah. Jom!” pantas tangan Balkish diraih lalu dibawa kea rah stor. Penyapu
diberikan kepada Balkish yang masih terpinga-pinga.
“Please sayang. Kita bersihkan
kondominium ni. Lepas tu kita pulang.” Pinta Harriz minta simpati.
Balkish
menghela nafas. Ada-ada saja lelaki itu. Kemudian penyapu yang dihulurkan
disambut.
Hampir
satu jam mereka berdua mengemas rumah. Harriz yang pada mulanya bercadang mahu
mengemas ala kadar saja akhirnya berubah fikiran bila merasa perlu mengubah
suai kedudukan beberapa perabot di dalam kondo itu.
“Ahhh…
penatnya.” Keluh Harriz yang sudah melabuhkan punggung di sebelah Balkish yang
duduk bersandar pada sofa akibat kepenatan. Isterinya itu juga kelihatan begitu
penat sekali. Kesian Balkish. Tak pasal-pasal terpaksa menolong Harriz
mengangkat beberapa perabot yang hendak diubah suai kedudukannya.
Tiba-tiba
perut Harriz berkeriut. Besar sungguh bunyinya sehingga membuatkan Balkish yang
duduk bersandar di sebelahnya mendengar. Laju kepala Balkish berpusing ke arah
Harriz. Rasa ingin saja dia ketawa namun ditahan tawanya. Depan Harriz, Balkish
selalu buat muka serius. Sedangkan kadang kala usikan dan keletah lelaki itu
mampu mencuit hatinya.
“Heheheee…
abang laparlah sayang.” Ujar Harriz tayang muka seposen minta simpati. Berharap
agar Balkish sudi memasak untuknya.
Tidak
lama selepas itu perut Balkish pula berbunyi. Sama besar dengan bunyi perut
Harriz tadi. Ini membuatkan bibir Harriz menarik senyuman nakal. Muka Balkish
sudah memerah. Malu beb! Hisy… apalah perut ni. Kalau iye pun lapar janganlah
bagi malu aku depan King Of Crocodile
ni.
“Errr… kalau macam tu saya pergi masak
sekarang.” Laju Balkish bangun dari duduknya. Malu benar dia bila Harriz sudah
tayang muka yang tersengih-sengih begitu. Apa lagi kalau bukan mahu
mengusiknya. Jadi, sebelum Harriz mula mengusik dan membuatkan mukanya semakin
merah lebih baik dia beredar ke dapur. Itu lagi selamat daripada menjadi bahan
usikan Harriz.
Di
dapur, Balkish membuka peti sejuk. Mencari kalau ada lauk yang boleh dimasak.
Namun peti sejuk itu kosong. Tiada apa-apa di dalamnya. Nama saja peti sejuk
besar, tapi isi takde. Kemudian kakinya melangkah pula ke kabinet. Mencari
kalau ada makanan dalam tin atau Maggie segera. Namun seperti peti sejuk,
kabinet juga kosong tanpa ada isi.
Balkish
mengeluh. Dia sudah bercekak pinggang ala ibu tiri, Rika Sumanto dalam sinetron
Bawang Merah Bawang Putih.
“Apa
pun takde. Macam mana nak masak? Eiii… nampak sangat yang King Of Crocodile ni tak masak kat rumah.” Omel Balkish sendirian.
Kakinya dibawa ke ruang tamu. Harriz kelihatan sedang berehat di ruang itu
sambil memejamkan matanya.
“Awak.”
Panggil Balkish.
Harriz
buka mata.
“Dah
siap ke? Cepatnya sayang masak?” pelik pula Harriz bila Balkish sudah tercegat
di depannya.
Balkish
menggeleng.
“Saya
belum masak pun lagi. Kat dapur tu takde satu makanan pun yang boleh dimasak.”
Ujar Balkish.
Harriz
menepuk dahi. Baru dia teringat bahawa dia sudah lama tidak membeli
barang-barang dapur di situ.
“Ah’ah
la sayang. Abang lupa la. Abang tak beli barang-barang dapur lagi kat sini.”
Balkish
ketap bibir.
“Habis
tu kita nak makan apa kalau semua barang takde?”
“Takpelah. Kita makan kat luar. Lepas tu
kita pergi beli barang dapur. Jom.” Pantas Harriz bangun lalu mencapai kunci
kereta.
******************************************************************************
“BURPPP!”
Bukan main besar lagi bunyi Harriz bersendawa. Kenyang sangat dia. Perutnya
yang sudah kekenyangan itu diusap-usap.
Balkish
yang mendengar bunyi sendawa Harriz sudah menarik senyuman segaris. Buruk
perangai betul dia ni! Komennya dalam hati.
“Dah?”
tanya Harriz pada Balkish. Isterinya itu sekadar mengangguk.
“Sayang
tunggu dekat sini, abang pergi bayar dekat kaunter ye.” Lantas Harriz bangun
menuju ke kaunter pembayaran.
Balkish
hanya memerhati gerak geri suaminya itu. kadang-kadang hatinya tercuit dengan
tingkah Harriz yang agak nakal. Lelaki itu sedaya upaya mencuri hatinya. Tapi
Balkish sendiri tidak pasti sampai bila dia boleh menerima Harriz sebagai suami
dalam erti kata yang sebenar.
“Balkish?”
teguran seseorang membuatkan Balkish memusingkan kepalanya. Di hadapannya
berdiri seorang lelaki kacak yang sedang tersenyum penuh mesra. Balkish kenal
lelaki kacak itu.
“Dr.
Ilham? Errr… hai.” Balkish bangun dari duduknya. Tersenyum melihat Dr. Ilham
yang menjadi pujaan hati sahabat baiknya, Ella. Pensyarah muda yang bisa
membuatkan hati jatuh cinta tatkala terpandangkan wajahnya yang kacak itu. Ella
pernah berkata, wajah Dr. Ilham ada iras-iras Farid Kamil.
“Dr.
Ilham datang makan?” soalan kurang bijak dari Balkish. Memanglah kalau dah
datang ke sini hendak makan, takkan nak beli baju pulak.
“Saya
datang nak bungkus makanan. Malas masak. Balkish datang dengan siapa? Dah lama
saya tak nampak Balkish masuk kelas.”
Terkejut
juga Balkish dengan bicara akhir pensyarah muda itu. Tak sangka Dr. Ilham perasan
akan ketidak hadirannya untuk masuk ke kuliah dalam beberapa minggu ini.
“Saya
datang dengan husband saya.
InsyaALLAH minggu depan saya masuk kelas semula.”
Air
muka Dr. Ilham sedikit berubah ketika Balkish memberitahu dia datang bersama
suaminya. Sangka Dr. Ilham selama ini Balkish itu masih solo. Tak sangka wanita
muda itu sudah mempunyai suami. Perlahan dia cuba mengukir senyuman. Tidak mahu
Balkish perasan apa yang sedang bermain dalam hatinya ketika ini.
“Saya
tak tahu pun yang awak ni dah berkahwin. Dah lama ke awak kahwin?” tanyanya
ingin tahu.
“Baru
je. Baru nak masuk dua minggu.” Jujur Balkish memberitahu.
Tak
semena, mata Dr. Ilham jatuh pada jari-jemari Balkish yang masih merah dengan
inai.
“Ye ke? Tahniah. Saya tak tahu pulak yang awak dah nikah. Ella takde pulak
beritahu saya. Kalau awak jemput tentu saya akan datang.”
“Terima
kasih. Buat majlis simple-simple aje Dr. Ilham. Saya tak jemput semua orang.
Asal buat apa yang wajib je.” Balas Balkish sambil tersenyum mesra.
Harriz
yang berada di kaunter pembayaran memandang isterinya yang disapa oleh seorang
lelaki. Kelihatan mereka berdua berbual dengan mesra sekali. Ini membuatkan
hati Harriz disuntik rasa cemburu. Siapa agaknya lelaki itu? Yang berbual mesra
dengan isterinya?
Usai
membuat pembayaran tanpa mengambil baki wang, Harriz melangkah laju mendapatkan
Balkish bersama lelaki itu. Rasa cemburunya sudah membuak-buak. Langkahnya agak
sumbang kerana terlalu tergesa-gesa mendapatkan isteri tersayang.
“Ehem…”
Dia berdehem sebaik sahaja sampai di situ.
Balkish
dan Dr. Ilham sama-sama menoleh. Harriz yang berdiri di belakang Balkish tayang
senyuman segaris biarpun hatinya bukan main cemburu lagi melihat lelaki di
depan wanita itu.
“Sayang…”
pantas dia meletakkan tangannya di bahu Balkish. Dirangkul erat bahu isterinya
itu. Nak bagitau dekat lelaki di hadapannya itu bahawa wanita itu adalah
isterinya. Jangan nak main-main mata! Nanti Harriz mengamuk dan ambil garpu
lalu dicucuk ke mata lelaki tersebut.
Balkish
yang nyata terkejut dengan tindakan spontan Harriz sudah tidak mampu berbuat
apa-apa. Membiarkan saja bahunya dirangkul oleh Harriz. Bibirnya diajar juga
untuk tersenyum. Dalam hati dia sudah mengumam marah. Geram benar dengan
perangai Harriz yang suka-suka hati hendak memeluknya dikhalayak ramai. Ingat
ini cerita romantik Hollywood ke nak main peluk-peluk depan orang ramai.
Malulah sikit dekat orang yang dah pandang-pandang jeling-jeling. Kita ni orang
melayu.
“Errr… Dr. Ilham, kenalkan ini suami
saya, Harriz.” Balkish memperkenalkan Harriz kepada Dr. Ilham.
“A…
abang, kenalkan Dr. Ilham. Pensyarah tempat Kish belajar.” Kemudian dia
memperkenalkan Dr. Ilham kepada Harriz.
Kedua
lelaki itu saling bersalaman. Dan ketika tangan saling berjabat, Dr. Ilham
dapat lihat api cemburu dalam anak mata Harriz yang menyala-nyala. Terasa ingin
saja dia ketawa melihat keletah lelaki itu.
******************************************************************************
TIDAK
pernah Balkish lihat Harriz diam membisu. Selalunya lelaki itulah yang paling
meriah dengan celotehnya. Kadang-kadang Balkish naik rimas dengan celoteh
Harriz yang sering mengusiknya itu. Tapi malam ini suaminya itu asyik diam
sahaja. Membuatkan Balkish tertanya-tanya, ada apa dengan Harriz? Kenapa diam
seribu bahasa. Adakah dia ada salah atau Harriz merajuk sebab hal petang tadi?
Teringatkan
hal petang tadi, Balkish rasa mahu ketawa. Dia sedar Harriz cemburu.
Soalan-soalan lelaki itu sudah cukup membuktikan bahawa suaminya itu dipukul
rasa cemburu. Tapi yang lucunya, bila Balkish tanya adakah Harriz cemburukan
Dr. Ilham. Hidup-hidup suaminya itu menyangkal tuduhannya itu. Kata Harriz, dia
bukanlah tergolong dalam golongan orang-orang yang kuat cemburu. Sepanjang
hidupnya, dia tak pernah ada rasa cemburu. Lepas tu terus diam membisu sampai
sekarang tak nak bercakap dengan Balkish. Sampaikan Harriz langsung tak singgah
beli barang-barang dapur dekat kondominiumnya. Langsung pulang ke banglo
keluarganya.
Hmmm…
iye la tu! Nampak sangat itu jawapan orang nak coverline perasaan ego yang melangit. Balkish bangun. Dia beredar
dari bilik berhawa dingin yang dikongsi bersama Harriz. Buruk benar muka
suaminya itu buat merajuk macam tu.
Sebaik
sahaja Balkish keluar, Harriz meletakkan semula buku bacaannya di atas meja.
“Huh!
Buat penat aje aku merajuk. Ingatkan dia nak pujuk. Rupa-rupanya dia buat tak
kisah aje. Menyesal pula aku buat-buat merajuk macam ni. Kalau tahu dia buat
tak layan aje, aku tak sanggup nak merajuk bagai nak rak.” Harriz berkata
sendiri. Mengutuk kebodohan dirinya yang merajuk tak pasal-pasal.
Tapi
tidak salah jika dia merajuk dan berharap agar isterinya itu memujuk. Dia pun
mahu juga rasa dimanjakan oleh wanita yang disayanginya.
Tidak
lama selepas itu, pintu bilik dibuka semula. Dengan pantas Harriz kembali
mencapai buku bacaannya. Konon-konon dia sedang asyik membaca.
Balkish
melangkah menghampiri suaminya yang masih merajuk. Mug berisi air coklat
kesukakan Harriz diletakkan di atas meja kopi.
“Awak
marahkan saya?” tanya Balkish yang sudah melabuhkan punggung di sebelah Harriz.
Harriz
buat tidak dengar. Konon masih merajuklah tu. Sedangkan dalam hati dia sudah
tersenyum puas mendengar pertanyaan isterinya itu. Heheheee…
“Awak
cemburu ye?” sekali lagi Balkish meneka soalan yang sama. Soalan yang buat Harriz
jadi malu dan akhirnya dia merajuk tak mahu bercakap dengan Balkish. Dia malu
bila wanita itu tahu dia sedang berasa cemburu melihat kemesraan isterinya itu
bersama lelaki lain.
“Salahkah
kalau abang cemburu? Sayang kan isteri abang? Jadi abang rasa tak salah kalau
abang ada rasa cemburu tengok sayang berbual dengan lelaki lain.”
Hah…
kan senang kalau dari tadi mengaku yang diri tu cemburu. Tak perlulah nak
buat-buat merajuk macam ni. Macam budak-budak tak berfikiran matang.
Balkish
tersenyum.
“Awak.
Sekalipun saya belum menyintai awak, tapi saya tak akan berlaku curang pada
awak. Saya masih sedar saya ni isteri awak. Awak tak perlu nak berasa cemburu
pada sesiapa. Sebab saya tetap isteri awak sampai bila-bila.”
Harriz
menghela nafas. Buku bacaan diletakkan di tepi. Dia berpaling memandang Balkish
yang duduk di sebelahnya. Lalu jemari Balkish diraih.
Dan
Balkish… dia membiarkan saja Harriz meraih dan mengenggam jemarinya. Kalau dia
halang sekali pun, Harriz memang akan mengenggam jemarinya juga.
“Abang
akan tunggu… sampai sayang benar-benar cintakan abang.” Luhurnya kata-kata
Harriz menusuk ke jantung hati Balkish.
“Terima
kasih.” Dan hanya itu yang mampu Balkish ucapkan. Dia sedar dia tak sempurna
sebagai seorang isteri. Namun jauh di lubuk hati, Balkish sentiasa berdoa
semoga cintanya hadir buat lelaki bernama Harriz.
“Kasih
sayang sudah lama abang sambut. Sayang sorang aje yang masih tak sambut kasih
abang. Tapi takpelah… abang akan berusaha sampai sayang cintakan abang.”
Bersungguh-sungguh Harriz berkata.
Balkish
hanya tersenyum.
“Oh
ya… boleh abang tanya sesuatu?”
Balkish
angguk. Jemarinya yang masih dalam genggaman Harriz tidak pula ditarik.
Entahlah kenapa pula dia berasa selesa bila Harriz memperlakukan dia sebegitu.
“Kenapa
sayang pakai tudung kat dalam bilik? Bukankah abang ni suami sayang yang sah.
Sayang bukalah tudung tu. Sayang nampak cantik sangat kalau tak pakai tudung.”
“Errr…” Balkish agak keberatan mahu
membuka tudungnya. Ikutkan memang benar kata Harriz. Mereka mukhrim dan Harriz
bebas melihat auratnya. Tapi… dia malu nak buka tudung memandangkan tengkuknya
ada kesan merah gigitan Harriz pagi tadi.
“Sayang
malu ye sebab kat leher tu ada kesan lovebite?”
Balkish
ketap bibir. Hisy… dia ni! Main terjah macam tu aje. Langsung tak ada tapisan
sirim. Buat malu aku je. Pantas jemarinya ditarik. Dia bangun dari duduk dengan
muka yang sudah memerah bagaikan udang yang dipanggang.
“Dahlah.
Saya malas nak layan awak. Saya nak tidur. Assalammualaikum.” Balkish bergerak
ke katil.
Harriz
tersenyum. Ucapan salam dibalas dalam hati.
Bila lagu cinta
bergema
~32~
PUAN SRI HANUM tersenyum
mesra. Tubuh wanita berbaju blause
hitam dipadankan dengan skirt pendek
paras peha itu dipeluk erat. Rindu sungguh dia pada Syarifah Ezora. Sejak
Harriz berkahwin, gadis manis itu sudah tidak pernah lagi bertandang ke
rumanya. Sedih juga dia bila Syarifah
Ezora seolah-olah mahu menjauhkan diri. Ini pun dia juga yang mengajak gadis
itu untuk bertemu.
“Ezora
sihat?” tanya Puan Sri Hanum seraya mencium kedua belah pipi Syarifah Ezora
bertaluh-talu. Kemudian dia melabuhkan punggungnya di atas bangku bersebelahan
gadis kesayangannya itu.
Syarifah
Ezora mengangguk. Dia sihat, cuma perasaannya sahaja yang sakit. Sakit kerana
terluka dengan tindakan Harriz yang sanggup berkahwin dengan wanita lain.
“Auntie rindu sangat dekat Zora. Dah lama
tak jumpa Zora.” Luah Puan Sri Hanum. Tubuh Syarifah Ezora yang sedikit
mengurus itu diperhati. Simpati dia melihat keadaan Syarifah Ezora.
“Zora
pun rindu juga dekat auntie. Cuma… auntie tahukan keadaan Zora. Mummy tak benarkan Zora jumpa auntie lagi. Ini kalau mummy tahu Zora jumpa auntie, tentu mummy naik marah. Zora terpaksa tipu mummy dengan kata Zora nak jumpa kawan lama.”
Puan
Sri Hanum menghela nafas. Dia tahu sahabatnya itu begitu marahkan dirinya.
Sampaikan Datin Syarifah Elina sanggup memutuskan persahabatan mereka selama
ini. Mujurlah Syarifah Ezora masih sudi berbual dan berhubung dengannya
walaupun secara senyap-senyap.
“Auntie faham. Tapi mummy Zora tu macam budak-budak. Dia tuduh auntie macam-macam depan kawan-kawan kami yang lain. Ikutkan hati auntie ni… auntie nak sangat Zora kahwin dengan Harriz, tapi Zora sendiri
tahukan perangai Harriz yang keras kepala tu. Bukan senang nak pujuk dia.”
Syarifah
Ezora pula menghela nafas.
“Habis
tu macam mana sekarang ni auntie?
Harriz dah kahwin. Zora dah takde
harapan lagi nak jadi menantu auntie.
Zora sayang sangat dekat Harriz. Zora tak boleh hidup tanpa Harriz.” Ujar
Syarifah Ezora dengan nada sedih. Dia memang kecewa. Namun dia berharap sangat
masih ada peluang untuknya bersama dengan Harriz atas bantuan Puan Sri Hanum.
Jemari
Syarifah Ezora digenggam.
“Zora
jangan cakap macam tu. Bagi auntie
masa. Auntie akan pastikan perempuan
tu berambus dari hidup Harriz dan Zora jadi menantu auntie. Cuma buat masa sekarang Zora kena bersabar sikit. Kita kena
buat plan yang baik dan teratur untuk memisahkan dia orang.”
“Auntie yakin ke kita dapat pisahkan dia orang?
Kan Harriz begitu sayangkan perempuan tu.”
Puan
Sri Hanum mengangguk dengan bersungguh-sungguh.
“Zora
jangan bimbang. Auntie taulah apa
yang patut auntie buat. Ezora
serahkan aje dekat auntie ye.”
“Kalau
macam tu… Zora serahkan pada auntie
semuanya. Dan Zora harap sangat perempuan jahat tu berjaya disingkirkan. Zora
begitu sayangkan Harriz, auntie. Zora
tak boleh nak hidup tanpa Harriz. Lagipun Zora tahu perempuan tu bukannya
ikhlas cintakan Harriz. Dia cuma mahu harta Harriz je.” Ujar Syarifah Ezora
dengan mimik muka minta simpati. Dalam hati dia berharap sangat agar wanita
sebaya mummynya itu terpedaya dengan mimiknya.
“Jangan
risau sayang. Auntie tahu apa yang
patut auntie lakukan. Zora pasti akan
jadi menantu auntie.” Puan Sri Hanum
memberi harapan dengan senyuman jahat yang terukir pada bibir. Dia belum punya
rancangan. Namun dia pasti akan lakukan sesuatu untuk memisahkan Harriz dan
Balkish.
“Dahlah.
Jom kita pergi spa. Dah lama auntie tak pergi spa cantikkan kulit.”
Syarifah
Ezora masih buat muka. Konon-konon mahu mencairkan hati Puan Sri Hanum.
“Sayang…
dahlah tu. Zora jangan risau. Auntie
tak akan mungkir janji. Zora pasti akan kahwin dengan Harriz. Dahlah. Tak
cantik tau buat muka macam ni. Jom ikut auntie
pergi spa.” Puan Sri Hanum sudah bangun. Dia menghulur tangan kepada Syarifah
Ezora yang masih mengada-ngada.
Lambat-lambat
Syarifah Ezora menyambut huluran tangan Puan Sri Hanum. Dia perlu mendesak
wanita itu supaya menyuruh dia berkahwin dengan Harriz. Dia tak boleh
kehilangan Harriz!
******************************************************************************
ALUNAN
muzik yang membingitkan langsung tidak dipedulikan. Bukan main seronok lagi
Amylia meneguk air minuman kesukaannya. Sampai tiga gelas sudah habis
diminumnya. Kepalanya pula tergeleng-geleng dengan badan yang terliuk-lentok
mendengar alunan irama lagu rancak yang dipasang.
“Hai.”
Tiba-tiba ada satu suara menyapa. Memaksa Amylia berpaling ke arah suara itu.
Dahinya berkerut. Siapa wanita itu? Dia tak kenal pun.
“Amylia, right?” tanya wanita itu lagi.
Menambahkan kerutan pada dahi Amylia.
“Yeah… and who are you?” soal Amylia yang
sudah kepeningan itu. Matanya dikecilkan bagi melihat dengan jelas wajah wanita
itu. Tapi sumpah! Dia tidak kenal wanita yang berdiri di sebelahnya itu.
Orangnya cantik dan wajahnya persis gadis Mat Salih.
Wanita
berbaju biru gelap itu mengukir senyuman.
“I’m Dhia.” Dhia memperkenalkan diri.
“Dhia?
Sorry… I tak kenal you.”
Dhia
tersenyum lebar.
“Memang
you tak kenal I, tapi kita kenal lelaki yang sama.”
Amylia
mengecilkan matanya. Menilik wajah itu sekali lagi. Manalah tahu wanita muda
yang duduk disebelahnya itu adalah isteri salah seorang lelaki-lelaki tua yang
sering didampinginya. Tapi mustahil! Lelaki-lelaki tua yang sering
didampinginya mempunyai isteri yang sama tua dengan mereka. Yang duduk
disebelahnya ini lebih kurang sama baya dengannya.
“Who?” tanya Amylia.
“Harriz
Tan Sri Hamdan.” Dhia membetulkan posisi duduknya. Mengadap Amylia dengan mata
yang tajam dan raut yang serius. Dah macam Mak Lampir pula wajah serius Dhia
kelihatan pada pandangan mata Amylia yang sudah pening-pening lalat itu.
Dengar
saja nama Harriz meniti keluar dari bibir Dhia, pantas Amylia menggigit bibir.
Mindanya mula membuat andaian, mungkin wanita itu juga merupakan salah seorang
bekas teman wanita yang pernah dipermainkan oleh lelaki buaya seperti Harriz.
Dendam Amylia terhadap Harriz masih menyala. Kata-kata penghinaan Harriz
padanya beberapa hari lepas masih lagi terngiang-ngiang. Dia pasti tak akan
lepaskan Harriz. Walau apa pun yang akan terjadi, Harriz pasti akan menjadi
miliknya.
“Owh… Harriz. Jadi you ni ex-girlfriend yang Harriz dah
tinggalkanlah? Macam tu?” teka Amylia buat aksi selamba. Air kencing syaitan
yang masih berbaki diteguk dengan rakus. Kalau wanita itu merupakan salah
seorang bekas teman wanita Harriz, dia malas hendak mengambil tahu.
“Yang
itu you tak perlu nak tahu. Siapa I bukannya penting. Apa yang penting
sekarang… I nak tawarkan satu tawaran hebat dengan you. Tawaran untuk memilik
Harriz Tan Sri Hamdan.”
Serta-merta
Amylia menoleh. Wajah Dhia yang serius itu dipandang tanpa mata yang berkedip.
Dhia mengangkat keningnya. Bibirnya ditarik sedikit bagi mempamerkan segaris
senyuman sinis.
“What do you mean?” dengan dahi berkerut
Amylia bertanya.
“Amylia…
Amylia. I tahu semua pasal you. Siapa diri you dan apa yang you lakukan. Dari
mana duit yang you dapat dan kemewahan yang you perolehi. But forget it. I tak nak tahu pun semua tu and I tak ada masalah
dengan apa yang you lakukan. Apa yang I nak… I nak buat satu tawaran dan
perjanjian dengan you untuk memiliki Harriz. Itu pun kalau you bersetuju dengan
rancangan dan cadangan I ni.”
Amylia
ketap bibir. Bicara wanita itu kedengaran begitu sombong pada pendengarannya.
Dengan sombong Amylia membalas kata, “ Apa yang hebat sangat yang you nak
tawarkan?”
Dhia
tersenyum sinis. Otaknya ligat memikirkan perancangan yang telah diatur. Dia
perlukan Amylia untuk melaksanakan rancangannya itu.
Bunyi
muzik yang semakin rancak membuatkan Amylia dan Dhia mengambil kesempatan untuk
berbincang. Pasti tiada orang yang dengar apa yang mereka rancangkan memandangkan
masing-masing sudah mabuk dengan arus muzik yang dimainkan.
Setelah
Dhia memberitahu rancangannya itu, Amylia ketawa terbahak-bahak. Ketawa
perempuan jahat. Manakala Dhia hanya tersenyum sinis.
“I
setuju!”
Tanpa
berfikir panjang, Amylia memberikan persetujuan pada rancangan jahat Dhia. Dia
sanggup melakukan apa saja asal dapat memiliki Harriz. Tangannya digamit kepada
pelayan perempuan yang bekerja malam itu. Minta ditambah air kencing syaitannya
dan satu gelas lagi diberikan kepada Dhia. Namun Dhia menolak air arak yang
dihulurkan oleh Amylia. Dia sudah lama tidak minum. Dan dia tidak akan minum
lagi.
Amylia
tidak memaksa. Dia mengangkat gelasnya dan dilagakan dengan gelas Dhia yang
berisi air coke. Kemudian dia ketawa lagi. Tidak sabar hendak melaksanakan
rancangan mereka berdua.
******************************************************************************
KETIKA
kakinya melangkah masuk ke dalam rumah teres dua tingkat itu, Azura masih belum
tidur. Sahabatnya itu masih lagi tekun membuat kerjanya di atas meja makan.
“Kau
belum tidur lagi, Zura?” tanya Dhia kepada Azura.
“Belum.
Aku tunggu kau. Kau dari mana ni Dhia? Dah lewat baru balik. Kau tahu tak aku
bimbang. Aku call pun kau langsung tak jawab.” Azura berpaling kepada Dhia yang
baru balik. Sempat dia mengerling jam di permukaan dinding. Sudah pukul 12.30
minit malam. Lewatnya Dhia balik malam ini.
Dhia
tersenyum nipis. Dia menarik kerusi lalu duduk berdepan dengan Azura. Sejak dia
kembali semula ke Malaysia ini, hanya Azura sahaja yang sering mengambil berat
akan dirinya. Hendak harapkan ibu saudaranya yang berada di Kelantan itu,
jangan haraplah. Ibu saudaranya itu tidak sudi menganggap dia sebagai anak
saudara sedikit pun. Kata ibu saudaranya, dia tidak punya anak saudara yang sanggup
lari ikut Mat Salih dan tinggalkan ayahnya sorang diri di kampung. Ketika arwah
ayahnya sakit tenat pun dia tidak balik untuk menjenguk.
“Aku
keluar dengan kawan tadi. Sorrylah…
tak maklumkan dekat kau yang aku balik lambat. Handphone aku kehabisan bateri.”
Dahi
Azura berkerut seribu. Setahunya Dhia mana ada kawan selain daripada dia. Sejak
dua menjak ini, Azura perasan perubahan Dhia. Awal pagi sahabatnya itu sudah
menghilang. Kemudian malam baru balik. Azura malas hendak bertanya. Mungkin
Dhia keluar berjalan-jalan kerana kebosanan berada di rumah. Namun malam ini
bila Dhia untuk pertama kali balik selewat ini, dia perlu juga mengambil tahu.
Dia tidak mahu Dhia jadi seperti dulu.
“Hisy…
kau ni. Janganlah pandang aku macam tu. Ni kawan yang baru aku kenallah.”
“Lelaki
ke?”
Dhia
ketawa.
“Perempuanlah.
Nasib kami sama, Zura. Sebab tu aku nak berkawan dengan dia.”
Azura
mengangguk.
“Okeylah.
Aku dah mengantuk ni. Aku naik atas dulu ye. Kau tu… jangan tidur lewat sangat.
Good night.”
“Dhia…
aku berharap kau jangan ulangi kesilapan yang lalu. Kalau kau keluar selama ni
untuk mengintai Harriz, baik kau hentikan saja perbuatan kau tu. Relakan
kebahgiaan Harriz. Dekat luar sana masih ada ramai lelaki baik untuk kau,
Dhia.” Sebelum Dhia berlalu, Azura sempat memberi pesanan. Macam tahu-tahu Dhia
selalu mengekori Harriz untuk mengintai gerak-geri lelaki itu. Sedangkan Dhia
tidak pernah memberitahu Azura apa yang sedang dirancangnya.
Dhia
sekadar mengangguk. Kemudian Dia mengangkat punggung dan menapak naik ke tingkat
atas. Masuk ke dalam biliknya.
Tubuhnya
dihempas perlahan di atas katil. Bibirnya tersungging senyuman lebar.
Persetujuan yang diberikan oleh Amylia umpama tiket bertuah padanya. Dia ada
rancangannya yang tersendiri.
“Amylia!
Amylia! Aku tak sangka kau begitu bodoh! Jangan kau ingat… lepas berjaya
menyingkirkan isteri Harriz, kau akan berjaya dapatkan Harriz. Harriz milik
aku! Dan selamanya akan tetap menjadi milik aku! Kau bukan saingan aku untuk
memiliki Harriz, Amylia!”
Lantas
Dhia ketawa suka. Tidak sabar rasanya hendak menjalankan rancangan jahatnya
itu. Terbayang depan matanya kehidupannya bersama Harriz suatu hari nanti.
Riz…
I miss you so much! Maafkan I, Riz. I
terpaksa buat semua ni. I tak boleh hidup tanpa you. Cuma you seorang aje
harapan yang I ada. I tak boleh biarkan perempuan lain merampas you daripada
I.Ucap Dhia. Dan bersama ucapan itu juga tanpa sedar air matanya mengalir lesu.
Dia begitu rindukan Harriz. Kenangan bersama lelaki itu tak mungkin dapat
dilupakan. Disebabkan itulah Dhia nekad mahu memiliki cinta Harriz semula.
Walau dengan apa cara sekali pun!
Manakala
di sebuah apartment mewah, Amylia juga sudah tidak sabar hendak menjalankan
rancangannya bersama Dhia. Pada Amylia, Dhia itu bukanlah sehebat mana pun.
Lepas mereka berjaya menyingkirkan perempuan yang menjadi isteri Harriz dari
hidup lelaki itu, dia yakin sangat dengan mudah dia akan menyingkirkan Dhia
pula. Sebelum ini dia berjaya bersaing dengan ramai gadis. Takkanlah dia akan
tewas di tangan gadis seperti Dhia.
Bukankah
itu perjanjiannya dengan Dhia tadi? Setelah Balkish disingkirkan, mereka berdua
akan bersaing secara sihat untuk memiliki Harriz.
“Dhia!
Huh… petik jari aku boleh tewaskan kau. Tapi sebelum tu… aku akan siasat latar
belakang kau terlebih dahulu. Aku pasti, kau tentu ada rahsia yang boleh aku
jadikan senjata untuk menantang kau nanti.” Kata Amylia sendirian.
Tubuhnya
yang seksi itu direbahkan di atas katil. Bayangan wajah Harriz mula terbayang.
“Harriz!
You tengoklah nanti. You pasti akan melutut depan I.” tekad Amylia. Matanya
dipejamkan. Kepalanya semakin berdenyut-denyut kerana terlalu banyak minum air
kencing syaitan.
Ketika
dia sedang berbaring sambil memicit-micit kepalanya, dari bilik air keluar
seorang lelaki menghampiri. Lelaki itu dengan rakus menyembamkan mukanya ke
leher Amylia. Membuatkan Amylia ketawa kegelian. Nampaknya malam ini dia akan
menikmati belaian kasih pelayan lelaki cina yang bekerja di Kelab Malam yang
biasa dijejakinya. Selama ini dia memang tau lelaki itu sukakan dirinya dan
selalu merenungnya. Cuma baru malam ini dia menerima pelawaan lelaki itu untuk
bermalam di apartment milik lelaki cina itu.
Bila lagu cinta
bergema
~33~
Aku tersesat menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkanku lepas penatku
Tuk sejenak lelap di bahumu
Beri aku jalan yang indah
Izinkanku lepas penatku
Tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Kau titipkan cahaya terang
Tak padam didera goda dan masa
Membuatku takut kehilangan
Kau titipkan cahaya terang
Tak padam didera goda dan masa
……………………………
Astrid
– Tentang Rasa
HARI ini
genaplah sebulan usia perkahwinan Balkish dengan Harriz. Sepanjang tempoh itu,
hubungan mereka kelihatan semakin hari semakin baik. Biarpun belum menjadi
suami isteri dalam ertikata yang sebenar, namun kehadiran Harriz dalam hidupnya
semakin menceriakan hari-hari Balkish. Malah lelaki itu semakin bersemangat
waja hendak meraih cintanya. Balkish sendiri tidak pasti, sampai bila dia harus
melayan Harriz sebegitu. Sedangkan dalam hatinya sudah terbit sedikit rasa
sayang buat Harriz.
Di
pejabat, Kak Norma sering mengusiknya. Membuatkan Balkish kadang-kala berasa
rimas dengan usikan Kak Norma yang dirasakan agak melampau. Ada-ada saja usikan
Kak Norma bila wajahnya tertayang depan mata wanita itu. Bila dia berkhayal,
Kak Norma akan kata dia termenung merindui Harriz. Memang benar telahan Kak
Norma. Memang dia termenung sebab memikirkan perhubungannya dengan Harriz yang
bukan seperti hubungan pasangan suami isteri yang lain. Namun itu bukan bererti
rindu Harriz. Rindu dan mengingati dua perkara yang berbeza.
Balkish
menghela nafas. Bila sebut pasal perhubungan, dia mula teringatkan hubungannya
dengan Puan Sri Hanum dan Hanna. Kedua wanita itu tidak pernah bermanis muka
dengannya. Ada saja kata sindiran pedas yang mereka hadiahkan buat dirinya.
Teguran dan jelingan tajam Tan Sri Hamdan langsung tidak diendahkan oleh isteri
dan anaknya itu. Malah sekarang ini Puan Sri Hanum dan Hanna sering pula
mengundang wanita bernama Syarifah Ezora untuk datang ke rumah. Balkish tak
tahu apa salahnya pada Syarifah Ezora sampaikan wanita itu memandangnya dengan
pandangan penuh kebencian. Syarifah Ezora juga tanpa sebarang sebab sering
menyindir dan mencacinya. Pada mulanya dia agak pelik. Kenapa harus Syarifah
Ezora membencinya sedangkan mereka tak pernah bersua muka sebelum ini.
Bila
Hanni memberitahu bahawa Syarifah Ezora itu merupakan menantu pilihan mama yang
tak jadi, barulah Balkish tahu kenapa wanita itu membencinya. Rupa-rupanya
Syarifah Ezora sukakan Harriz tetapi Harriz pula berkahwin dengannya. Jadi
tidak hairanlah kenapa Syarifah Ezora berdendam dengan dia tanpa dia tahu sebab
dendam wanita itu. Begitu juga dengan Puan Sri Hanum dan Hanna yang memang
tidak pernah sukakan perkahwinan mereka sejak dari awal lagi.
Seperti
malam semalam, dengan sewenang-wenangnya Hanna dan Syarifah Ezora menyindirnya
ketika mereka berada di meja makan untuk menikmati makan malam sekeluarga.
Kata
Hanna, “RIMAS BETULLAH I TENGOK ORANG YANG BERPURA-PURA ALIM NI! BERLAKON BAIK
DEPAN KITA SEDANGKAN DEKAT BELAKANG JAHAT BUKAN MAIN LAGI!” Rasa ingin
saja Balkish menangis ketika itu bila Hanna berkata sedemikian. Namun ditahan
rasa hatinya. Malah dia juga menghalang Harriz daripada memarahi Hanna. Dia
tidak mahu disebabkan dia hubungan Harriz dan adiknya itu berantakan.
Syarifah
Ezora membalas dengan lebih pedas lagi, “BERTUDUNG TAK SEMESTINYA BAIK. BETUL TAK,
PUAN BALKISH?” Seraya mengerling tajam kepadanya. Ketika itu apa yang
mampu Balkish lakukan hanya tunduk diam membisu. Dalam hati dia sudah menangis.
Apa salahnya? Apa yang dia buat hingga dia dilabelkan sebagai wanita jahat?
Mujurlah
deheman kasar Tan Sri Hamdan mendiamkan Syarifah Ezora dan Hanna. Jika tidak
tentu dia menjadi bahan sindiran saja. Manakan tidak, Puan Sri Hanum sendiri
menyokong tindakan anak dan gadis kesayangannya itu.
Balkish
mengerling jam yang melingkar dipergelangan tangan kanannya. Sudah pukul 8.05
minit malam. Sepatutnya dia berada di rumah waktu-waktu sebegini. Namun malam
ini dia sengaja balik lambat. Dia sudah maklumkan kepada Harriz yang dia balik
agak lewat malam ini. Balkish mahu mengelak daripada bertembung dengan Puan Sri
Hanum dan Hanna di meja makan. Setiap sindiran pedas mereka begitu menghiris
hatinya.
“Kish?
Kenapa tak pulang lagi? Dah lewat ni.” teguran berunsur pertanyaan daripada
Fahmie yang baru keluar dari biliknya mengejutkan Balkish.
“Eh…
errr… Encik Fahmie. Kejap lagi saya
balik” Gugup Balkish menjawab. Dia terkejut sebenarnya. Tak sangka bosnya itu
keluar dengan tiba-tiba.
“Kish…
Kish. Dah banyak kali Abang Mie tegur. Tak payah nak berencik-encik dengan
Abang Mie. Panggil Abang Mie kan elok. Lagipun Kish tu isteri Harriz. Dah ada
hubungan kekeluargaan dengan Abang Mie.” Tegur Fahmie.
Balkish
tayang sengih. Memang sejak hari pertama dia turun kerja lagi Fahmie sudah
menegurnya supaya jangan lagi berencik-encik memandangkan sekarang ini mereka
mempunyai hubungan kekeluargaan. Namun lidahnya keluh dan kadang-kala dia
tersasul memanggil Fahmie dengan panggilan encik. Maklumlah… sudah terbiasa.
“Takpelah. Abang Mie balik dulu. Kish jangan
balik lambat sangat. Nanti risau pulak
Harriz kat rumah tu. Assalammualaikum…”
“Waalaikumusalam.”
Jawab Balkish membiarkan majikannya itu pergi.
Lima
minit selepas Fahmie berlalu, barulah Balkish mengangkat punggung untuk balik.
Kebetulan ketika itu, Suzila dan beberapa orang lagi staf masih ada di tempat
masing-masing. Minggu ini ramai yang balik lambat disebabkan mengambil
overtime. Memandangkan syarikat memberi bonus kepada pekerja, maka bahagian
akaun sibuk membuat gaji pekerja. Disebabkan itulah ramai yang mengambil OT.
“Zila,
kau tak balik lagi ke?” tanya Balkish kepada Suzila yang sibuk membuat kerja.
“Kejap
lagilah, Kish. Lagipun, Bad masih dekat ofis dia. Dia dah janji nak ambil aku.”
Ujar Suzila. Begitulah adat bercinta. Semua nak kena jemput. Beruntung Suzila
dapat tunang yang baik dan mengambil berat seperti Badrol.
“Okeylah.
Kalau macam tu aku balik dululah ye. Assalammualaikum…”
“Ha’ah
la. Walaikumsalam. Pandu kereta elok-elok tau.” Sempat Suzila berpesan kepada
sahabatnya itu sebelum Balkish berlalu.
Sesampai
di kereta Kancilnya, Balkish terus masuk ke dalam perut kereta. Enjin
dihidupkan. Bunyi sebentar kemudian enjin kereta mati semula. Balkish mengerut
kening. Kemudian dia menghidupkan kembali enjin keretanya. Kejadian yang sama
berulang lagi.
“Hisy… apa kena pulak dengan kereta ni? Tetiba aje tak boleh nak start. Janganlah dia buat hal time macam ni.” Balkish mula berbicara
seorang diri. Dia cuba menghidupkan enjin keretanya lagi. Namun hampa bila
enjin masih tidak berjaya dihidupkan. Puas juga dia mencuba.
“Aduiii…
time macam inilah dia nak buat hal!
Apa kena pulak ni?!” gerutu Balkish.
Dia bukannya tahu pasal kerosakan kereta ni. Yang dia tahu cuma guna dan isi
minyak. Lain-lain hal serahkan pada makenik yang bertugas. Hah… itulah, kan
sekarang dah susah.
Jam
ditangan digerling. Nampaknya masa sudah menginjak ke angkat 8.30 minit malam.
Ya ALLAH… mana ada lagi workshop yang
buka waktu-waktu begini. Macam mana ni?
Tengah
berserabut memikirkan keretanya yang tidak dapat dihidupkan itu, tiba-tiba
BlackBerrynya berbunyi. Dia mengeluarkan telefon dari beg tangan. Pada skrin
tertera nama Harriz. Lelaki itu… macam tahu-tahu saja dia berada dalam
kesusahan. Pantas panggilan dijawab.
“Assalammualaikum
sayang. Kat mana ni? Masih dekat ofis lagi ke?” sapa Harriz dicorong sana. Tadi
Fahmie ada menelefon dia. Memberitahu bahawa Balkish masih berada di pejabat.
Itu yang dia telefon. Bimbang juga andaikata isterinya itu sorang diri di
F&F Holding.
“Walaikumsalam.
Saya kat B1 ni. Nak balik. Tapi kereta tak dapat nak start.” Beritahu Balkish dengan jujur.
“Rosak
ke?” Harriz mula risau. Risau bila mendapat tahu Balkish berada seorang diri di
B1. Takut kalau-kalau ada orang jahat yang akan mengapa-apakan isteri
kesayangannya itu.
“Rosaklah
kut. Dah banyak kali saya start… still
tak hidup-hidup jugak. Tak tahu apa masalahnya.”
“Okey.
Kalau macam tu sayang naik kat atas sekarang. Abang jemput sayang sekarang ni
jugak. Jangan duk lama-lama kat bawah tu sorang diri. Bahaya. Abang jalan
sekarang ni jugak ambil sayang.”
Belum
pun sempat Balkish hendak membalas kata, Harriz sudah memutuskan talian.
Seperti
yang disuruh oleh suaminya, Balkish naik semula ke tingkat atas. Kawasan B1 yang
sunyi sepi itu meremangkan bulu romanya. Kenapalah tadi dia tak terfikir yang
tindakannya berjalan sendirian di kawasan B1 ini boleh mendatangkan bahaya.
Dibuatnya muncul orang jahat dengan tiba-tiba, tak ke membahayakan diri
sendiri.
Hisy…
nauzubillah! Mintak-mintaklah dijauhkan daripada kejadian yang tidak baik. Laju
dia mengorak langkah ke G1. Menunggu di pondok pengawal lebih baik kerana di
sana sudah pasti ada pengawal keselamatan yang sedang bertugas.
Dalam
perjalanan menuju ke tingkat G1, Balkish rasa ada seseorang yang mengekorinya.
Semakin laju dia berjalan. Semakin laju juga derap kaki orang mengejarnya dari
belakang.
Nafas
Balkish sudah tercungap-cungap. Dengan laju dia menapak ke arah pondok
pengawal. Berharap di situ ada pengawal yang bertugas. Inilah padahnya kalau
bekerja sampai ke malam. Sedarlah yang diri tu perempuan. Fikir sikit apa andai
buruk yang akan terjadi. Masih nak tunjuk berani tak kena tempat.
Sampai
di pondok pengawal, Balkish terus mendapatkan Abang Abu yang bertugas malam
ini. Pelik sungguh lelaki itu melihat wajah Balkish yang pucat lesi.
“Apasal
ni, Kish? Pucat aje Abang Abu tengok. Kereta Kish mana?” Abang Abu yang memang
kenal baik dengan Balkish menegur.
“Ke…
kereta Kish tinggal dekat B1, Abang Abu. Rosak.” Sambil tercungap-cungap
Balkish membalas.
“Habis
tu yang Kish pucat lesi ni kenapa pulak?” soal Abang Abu kembali.
“Tadi…
waktu Kish nak naik lift ke G1, Kish
rasa ada orang ekori Kish la Abang Abu.” Balkish menyuarakan kecemasannya.
Abang
Abu memanjangkan leher memandang ke belakang. Begitu juga dengan Balkish.
Kelihatan kelibat Mr. Too yang sudah tercungap-cungap menahan nafasnya. Semput
agaknya orang tua itu.
“Ayo… amoi. Apasal you jalan laju sangat?
Sampai wa naik lelah owh kejal
sama you.” Ujar Mr. Too sambil mengurut-urut dadanya.
Balkish
dan Abang Abu saling berpandangan.
“Mr.
Too ke yang ikut saya tadi?” soal Balkish dengan mata yang sengaja yang
dikecilkan.
Mr.
Too mengangguk-angguk.
“Iya
lo. Wa ikut sama you sebab wa
tengok you manyak takut owh. Jadi wa pun ikut la sama you. Tapi you jalan macam itu lipas kudung.
Penat wa ikut.”
Tiba-tiba
Balkish dan Abang Abu ketawa serentak. Rupa-rupanya orang yang mengekori
Balkish dan membuatkan dia bergerak pantas itu adalah Mr. Too. Kelakarnya!
Ingatkan orang jahat manalah tadi.
Dahi
Mr. Too yang sediakala berkerut seribu itu sudah berkerut sejuta. Pelik bin
ajaib melihat Balkish dan Abu ketawa terbahak-bahak.
“Apasal
you dua olang ketawa ini macam? Wa bukan buat celita katun owh.” Mr. Too sudah mengumam geram.
“Eh…
takdelah Mr. Too. Kitaorang ketawa sebab tadi saya jalan laju sebab saya fikir
yang ikut saya tu orang jahat. Rupanya Mr. Too yang ikut saya dari belakang.”
“Waaa…
you dua olang ar… manyak jahat owh. Cakap wa olang jahat. Wa tiada
jahat punya olang owh… Wa olang baik ma.”
“Eheh…
saya bukan cakap macam tulah Mr. Too.” Balkish sudah mengibas-gibaskan
tangannya di depan Mr. Too. Tidak mahu lelaki cina itu salah faham. Dia tidak
pernah menuduh Mr. Too orang jahat. Lelaki itu merupakan seorang yang baik
hati. Ini kenyataan, bukannya sekadar hendak menjaga hati Mr. Too. Memang sejak
Balkish bekerja di situ, dia mengenali Mr. Too dan Abang Abu sebagai pengawal
yang baik dan berdidikasi dengan kerja mereka.
Mr.
Too ketawa kecil. Dengan bersahaja dia masuk ke dalam pondok pengawal sambil
berkata, “ Wa main-main saja ma. Wa
tau you dua olang tiada cakap begitu ma. Saja mau kasi main sama you saja amoi.”
Balkish
dan Abang Abu sama-sama menggeleng-geleng kepala melihat telatah Mr. Too yang
sudah ketawa-ketawa itu.
Sementara
menunggu Harriz sampai mengambilnya, Balkish berbual-bual dengan Abang Abu dan
Mr. Too. Dulu sewaktu dia belum ada kereta di pondok inilah dia selalu menunggu
Kak Halimah, rakan sekerja Aleya yang mana mereka bertiga tumpang dan bayar
bulan. Setelah dia memiliki kereta sendiri barulah mereka tidak ikut lagi
dengan Kak Halimah. Cuma sejak dia berkahwin ini terpaksalah Aleya dengan Ella
menumpang Kak Halimah semula. Mujurlah Kak Halimah tu satu kawasan perumahan
dengan mereka. Jadi tiada masalah besar untuk pergi balik bersama. Lagipun kata
Ella itu hanya untuk sementara waktu sahaja. Dia sekarang tengah dalam proses
pembelian kereta dan InsyaALLAH kalau tiada halangan akan keluar hujung bulan
ini.
Sedang
asyik bersembang, tiba-tiba berhenti sebuah Ducati 848 EVO betul-betul di
hadapan pondok pengawal. Balkish berpandangan dengan Mr. Too dan Abang Abu.
Penunggang Ducati yang berhelmet menutup paras mukanya itu menghampiri lokasi
mereka. Sambil melangkah penunggang berjaket hitam itu cuba menanggalkan helmetnya.
Dan ketika helmet tertanggal, mata Balkish bagaikan hendak tercabut keluar dari
soketnya.
“Awak?”
soalnya pada Harriz yang tayang senyuman manis. Hmmm… manislah sangat!
“Hai…
sayang. Sorry abang terlambat.”
Mr.
Too dan Abang Abu saling berpandangan. Kemudian mereka berpaling pula ke arah
Balkish dan Harriz.
Menyedari
pandangan mata kedua lelaki berusia itu seolah-olah berada dalam kebinggungan,
laju Balkish memberi penjelasan.
“Errr…
Mr. Too, Abang Abu… kenalkan ini suami saya.”
Harriz
tersenyum melihat dua pengawal keselamatan itu. Dia berjabat tangan dengan
keduanya. Jika tempoh hari dia diburu rasa cemburu melihat Balkish berbual
dengan Dr. Ilham, namun malam ini perasaan itu langsung tidak memburunya.
Mungkin dia merasakan Mr. Too dan Abang Abu bukanlah saingannya disebabkan
itulah dia tidak cemburu langsung. Malah dia cukup berterima kasih kerana dua
pengawal keselamatan itu ada di situ menjaga isteri kesayangannya itu.
“Ayo…
amoi. Wa ingat you masih single owh. Wa balu belcadang mau kasi kenal you
sama wa punya cousin owh. Dia masih single and available. Lupa-lupanya you
sudah kahwin senyap-senyap tidak jemput wa
makan itu nasi beliani.”
“Hisy…
bukan nasi beriani la Too. Nasi minyak.” Abang Abu mencela. Membetulkan kata
Mr. Too yang tersilap.
Balkish
dan Harriz sama-sama tersenyum mendengar cakap-cakap Mr. Too yang pelat cinanya
masih pekat. Nak sebut huruf ‘R’ pun tak reti. Semua kena tukar pergi huruf
‘L’. Suka hatilah Mr. Too. Asalkan Mr. Too bahagia hendaknya. Heheheee…
Mr.
Too yang banyak cakap itu menepuk dahi.
“Iya
lo… wa mana tau nama itu nasi ma. Wa main cakap saja. Amoi ah… you punya husband manyak hensem owh.
Lupa husband you macam itu helo kolea ma. Itu wa punya daughter manyak minat owh.” Mr. Too memuji Harriz.
Dengar
pujian Mr. Too, Harriz sudah tersenyum-senyum. Lebar benar senyumannya. Pantang
dipuji! Manakala Balkish pula sudah mencebik melihat senyuman tak hengat dunia Harriz yang berdiri di
sebelahnya itu.
“Encik
ah… you manyak lucky owh. Dapat ini wife yang manyak cantik lagi baik. You jaga baik-baik sama dia ah. Wa doakan you dua olang hidup bahagia. You dua olang sama lawa owh.” Sekali lagi pujian Mr. Too mencuit hati Harriz hingga
membuatkan dia ketawa.
“Saya
pasti jaga sama dia Mr. Too.”
Dahi
Mr. Too mula berkerut-kerut.
“Macam
mana encik tau nama saya?”
Harriz
tidak menjawab. Sebaliknya memberi isyarat jari telunjuk ke dada. Tindakan
Harriz itu membuatkan Mr. Too memandang bajunya. Kemudian dia ketawa.
“Ayo…
saya ini manyak lupa owh.” Ujarnya yang sudah ternampak tag
nama pada bajunya itu.
“Hmmm…
iyelah tu Mr. Too. Jangan puji manyak-manyak
owh. Nanti saya punya husband manyak
kembang hati. Saya juga yang susah owh.”
Balkish berkata sambil meniru loghat percakapan Mr. Too yang kelakar bunyinya.
Abang
Abu sudah ketawa.
“Okeylah
Mr. Too, Abang Abu. Kami balik dulu. Selamat malam.” Balkish melambai tangan ke
arah Mr. Too dan Abang Abu yang melambai-lambai kepada mereka berdua. Harriz
juga bertindak seperti itu.
“Nah.”
Harriz menghulurkan helmet kepada Balkish.
“Naik
ni ke?” soalan paling bijak yang Balkish berikan. Memanglah kena naik ni… habis
tu nak naik apa pulak? Ada ke Balkish lihat kenderaan lain yang tersadai dekat
situ selain Ducati ni? Takde kan!
Jadi maknanya naik Ducati ni la.
Harriz
mengangguk.
“Kenapa
bawak motor? Kenapa tak bawak kereta?” bertalu Balkish bertanya. Kurang selesa
dia hendak membonceng di belakang Harriz biarpun lelaki itu adalah suaminya.
“Abang
takut lewat kalau bawak kereta. Taulah jalan selalunya jam. Abang tak nak sayang tunggu terlalu lama. Pasal tu abang bawak
motor untuk cepat sampai.” Balas Harriz memberi alasan yang sudah dirancangnya
sejak dari tadi. Memang dia sengaja membawa motor untuk mengambil Balkish. Dia
mahu merasa isterinya itu memeluk dia dari belakang. Khakhakhaaa… jahat
betullah Harriz ni.
Balkish
ketap bibir. Helmet sudah bertukar tangan. Demi ALLAH! Balkish belum pernah
membonceng motosikal sebelum ini. Nak pakai helmet pun dia tak reti. Wajahnya
sudah memerah menahan rasa.
Macam
manalah nak pakai benda alah ni? Kang aku mintak dia yang pakaikan… macam
mengadalah sangat!
“Errr…” Balkish ingin memberitau, namun
belum pun sempat dia bersuara Harriz terlebih dahulu mengambil helmet
ditangannya lalu disarung ke atas kepalanya yang dilapisi tudung. Terkedu
sebentar dia. Macam tahu-tahu saja lelaki itu yang dia tak tahu nak pakai
helmet. Memalukan!
“Dah!
Mari naik.” Harriz menepuk tempat kosong dibelakangnya. Tangan kanannya
dihulur. Membantu Balkish untuk memanjat Ducati kesayangannya yang sudah lama
tidak dibonceng.
Balkish
mengeluh. Mujurlah hari ini dia pakai slack
bersama blazer. Mudahlah sikit dia
nak membonceng motosikal. Bayangkan jika dia pakai baju kurung. Tak ke jadi kes
haru biru jadinya. Harriz ni memang suka sangat buat sesuatu yang diluar
fikiran.
Lambat-lambat
Balkish menyambut huluran tangan Harriz. Lantas dia naik ke atas motor belakang
suaminya.
“Pegang
kuat-kuat tau.” Pesan Harriz sebelum dia bergerak hendak meninggalkan kawasan
F&F Holding. Sengaja dia berpesan begitu. Berharap agar Balkish memeluknya
dengan erat.
Balkish
ketap bibir. Tangannya sudah naik ke atas bahu Harriz. Nak peluk? Tolong sikit!
Tak rela you! Macamlah aku tak tahu makna senyuman miang keladi dia tu. Huh!
Memang suka sangat mengenakan aku. Arghhh… macam nak aje aku jerit kuat-kuat!!!
Sepanjang
dalam perjalanan Balkish tidak putus-putus berdoa, semoga perjalanan mereka
dilindungi ALLAH S.A.W. Gementar seluruh tubuhnya bila Harriz membawa motor
bagaikan tak ingat dunia. Laju bukan main lagi. Macam orang tak sayang nyawa.
Rasa hendak tercabut skru-skru pada lutut Balkish. Tanpa disedar, tangannya
yang tadi terletak atas bahu sudah mulai turun dan melekat pada pinggang
Harriz. Dipeluk erat pinggang suaminya itu. Matanya pula dipejamkan
rapat-rapat. Tubuhnya dan tubuh Harriz bersatu dengan begitu dekat sekali.
takut sungguh dia.
Mengerling
perilaku Balkish membuatkan senyuman nakal pada bibir Harriz menguntum. Lantas
ditambah lagi kelajuannya.
Harriz
memarkirkan Ducatinya di tempat asal. Dia mengerling ke belakang. Kelihatan
Balkish masih ralit memeluknya dengan mata yang masih terpejam rapat. Mahu saja
Harriz ketawa. Namun ditahan tawanya itu. Dia tidak mahu mengejutkan Balkish.
Biarlah buat sementara waktu dia berada dalam pelukan si isteri. Perlahan
tangannya sudah turun menyentuh jemari Balkish yang memeluk erat pinggangnya
itu.
Balkish
kerut dahi. Eh… apasal pulak tangan King Of Crocodile menjalar kat tangan
aku? Tak betul apa dia ni? Tengah bawak motor pun masih sempat nak
pegang-pegang. Dasar miang tak hengat
dunia betullah lelaki ni! Matanya dibuka. Pelik juga kerana terasa motor
seolah-olah sudah berhenti.
Ini
kan……? Otak Balkish sudah berjalan ketika melihat mereka kini berada di garaj
tertutup banglo keluarga Harriz. Liar matanya memerhati sekeliling.
Ya
ALLAH! Dah sampai rupanya. Pantas tangannya ditarik. Spontan itu juga tanpa
disengajakan dia menampar kuat bahu Harriz yang sedang memejam mata sambil
tersengih-sengih itu.
“Awak!
Kenapa tak bagitau dah sampai?” gumam Balkish. Tanpa berlengah dia terus turun
dari Ducati milik Harriz. Helmet dibuka.
“Abang
memang nak bagitau sayang, tapi abang tengok sayang syok sangat peluk abang.
Jadi abang biarkan ajelah. Manalah tahu sayang nak lepaskan rasa rindu dekat
abang yang hensem ni.” Itu pula alasan yang diberikan oleh Harriz. Alasan yang
mampu membuatkan rona muka Balkish berubah memerah.
Balkish
bercekak pinggang. Bibirnya digigit. Lagaknya tak ubah macam si ibu tiri.
Harriz ni memang sengaja betul tau!
“Eiii! Awak ni kan……….” Dengan muka yang
cemberut Balkish menapak meninggalkan Harriz yang sudah tersengih-sengih
memandangnya. Lagak Balkish yang bagaikan ibu tiri tadi benar-benar membuatkan
dia gelihati. Hendak ketawa, namun dia takut angin isterinya itu jadi kurang
elok pula.
Bila
Balkish sudah berada agak jauh, barulah Harriz menghamburkan ketawanya. Bukan
main besar lagi suaranya ketawa. Hinggakan Balkish masih dapat menangkap tawa
bersahaja suaminya itu.
Balkish
rasa wajahnya yang terasa membahang mendengar usikan Harriz sebentar tadi.
Malunya bila Harriz berkata sedemikian. ‘Abang
memang nak bagitau sayang, tapi abang tengok sayang syok sangat peluk abang’.
Huh! Apa dia ingat aku ni dah kemaruk sangat ke nak peluk dia. Eiii… tak hingin tau!
Ketika
kaki melangkah ke tingkat dua dalam banglo mewah itu, Balkish terserempak
dengan Puan Sri Hanum dan Hanna yang duduk menonton di ruangan keluarga. Cuma
dua beranak itu yang ada di sana. Kelibat Tan Sri Hamdan tidak nampak pula.
Mungkin berada di bilik bacaannya kerana setahu Balkish bapa mentuanya itu
memang gemar menghabiskan masa berada di bilik bacaan itu untuk membuat kerja. Bisnesman katakan. Dekat rumah pun sibuk
dengan kerja.
“Hmmm… tengoklah tu ma. Orang alim baru
balik. Patut ke seorang isteri balik selewat ini membiarkan suaminya menunggu
untuk makan malam bersama? Isteri solehah apa namanya tu?” sindir Hanna sambil
melemparkan jelingan tajam ke arah Balkish.
“Entah!
Mama tak tahu macam mana Harriz boleh suka dengan perempuan macam ni?” balas
Puan Sri Hanum dengan mukanya yang masam mencuka.
“Alaaa…
entah-entah dia dah bomohkan Abang Riz, ma. Pasal tu Abang Riz tergilakan
sangat dia ni.” Tambah Hanna lagi. Setiap butir bicaranya menghiris perasaan
Balkish.
Laju
Balkish melangkah naik ke atas. Sindiran pedas kedua wanita itu begitu
menyakitkan. Dia sudah tidak mampu hendak mendengarnya lagi. Ingatkan bila dia
balik lewat ke rumah, dia tidak akan terserempak dengan Puan Sri Hanum dan
Hanna. Ternyata dia silap. Dua beranak itu ada di mana saja. Maklumlah… inikan
rumah mereka. Jadi mereka berhak berada di mana pun mereka mahu.
Setelah
daun pintu di tutup rapat, Balkish bersandar belakang pintu. Perasaannya
terluka mendengar sindiran tajam ibu mentua dan adik iparnya itu. Untuk pertama
kali setelah sebulan menjadi isteri Harriz Tan Sri Hamdan, Balkish menangis
mengenang nasib dirinya yang sering dicaci dan dihina.
Entah
sampai bila episode duka dalam hidupnya ini akan berakhir?
******************************************************************************
USAI
bersolat isyak, Balkish melipat telekung dan meletakkannya di atas penyidai
kayu bersama sejadah. Harriz yang kelihatan tekun membaca majalah berkaitan
dengan kereta-kereta mewah dijerling. Khusyuknya lelaki itu. Sejak mereka
berkongsi bilik ini, Balkish sudah tahu serba sedikit minat Harriz. Rupanya
lelaki itu cenderung kepada kereta-kereta mewah. Lihat sahaja majalah-majalah
yang mengisi ruangan kabinetnya, kebanyakan adalah majalah berkenaan dengan
kereta-kereta mewah dari Luar Negara.
Balkish
mengetap bibir. Dia hendak berbicara sesuatu dengan Harriz. Dari tadi lagi dia
ingin membincangkan hal ini tapi tak sanggup pula berbincang di meja makan.
Apatah lagi bila dia melihat Harriz makan dengan begitu berselera lagi. Kasihan
juga dia pada Harriz. Suaminya itu sanggup menunggunya balik semata-mata mahu
makan bersama.
Nafasnya
dihela. Dia berharap agar suaminya itu bersetuju dengan permintaannya ini.
Selagi mereka berada di banglo mewah ini, selagi itu Balkish rasa tidak selesa.
Jelingan tajam dan sindiran pedas Puan Sri Hanum dan Hanna cukup menghiris
hatinya. Dia tidak mahu tahap kesabarannya hilang lantas menjadikan dia manusia
yang kurang ajar. Sebelum perkara itu terjadi, baik dia memujuk Harriz untuk
keluar dari rumah ini.
“Sayang,
kenapa ni? Tercegat macam patung cendana pulak abang tengok.” Tegur Harriz bila
dia sedar gelagat Balkish yang berdiri di hadapannya bagaikan sebuah patung.
Balkish
tersedar dari lamunannya. Perlahan dia melangkah dan duduk di sebelah Harriz.
Dia menarik senyuman segaris.
“Saya
nak cakap sesuatu dengan awak. Boleh?” pinta Balkish penuh kelembutan.
“Apa
pulak tak boleh? Cakaplah apa dia…”
Balkish
menunduk. Jari-jemarinya dipatah-patahkan. Aksi semulajadi bila dia berada
dalam sesuatu situasi. Dia hendak berbicara, tapi tak tahu nak mula macam mana.
“Sayang…
cakaplah. Apa dia? Kenapa diam aje ni? Sayang risaukan MyVi kesayangan sayang
tu ye? Don’t worry, honey. Abang dah
call Kevin suruh dia tengok kereta sayang esok.”
Itu
pun satu hal juga. Tapi bukan hal itu yang hendak Balkish bicarakan. Ini hal yang
lagi penting lagi.
“Saya
bukan nak cakap pasal kereta tu. Tapi hal lain.”
“Apa
dia? Cakaplah… abang tak akan makan sayang pun kalau sayang nak cakap.”
“Awak…
boleh tak kalau kita…” bicaranya terhenti. Entah kenapalah lidahnya terasa kelu
mahu membicarakan hal tersebut? Dia takut andaikata Harriz tidak bersetuju
dengan permintaannya. Sudah terlalu banyak yang dia minta lelaki itu lakukan
untuknya. Tidak adil jika dia meminta lagi. Tapi… sampai bila dia perlu
bertahan dengan kata cacian ibu mentua dan adik iparnya itu?
Harriz
angkat kening. Pelik benar dia melihat tingkah Balkish yang terkebil-kebil itu.
“Kita
apa ni sayang?” Soalnya tidak sabar.
Balkish
tarik nafas panjang. Kemudian dihembus perlahan. Dia perlu juga menyuarakan isi
hatinya itu kepada Harriz. Jika tidak, dia tidak akan senang hati.
“Awak…
macam ni. Sebenarnya kalau awak setuju… saya nak kita pindah ke kondominium
awak. Boleh tak? Lagipun… kan kita dah kahwin. Apa salahnya kalau kita cuba
bina rumah tangga kita sendiri. Awak nak tak?” Berhati-hati Balkish menyusun
kata. Takut dia tersalah kata suaminya itu berfikiran lain pula. Manalah tahu
Harriz memang suka tinggal bersama di rumah keluarganya ini. Takut nanti Harriz
berkecil hati pula bila dia mengajak untuk berpindah.
Harriz
meletakkan majalah kereta di meja kopi. Kedudukannya diperbetulkan. Dia
mengadap Balkish. Menentang redup mata isterinya itu. Memang dia pernah
bercadang hendak mengajak Balkish berpindah ke kondominiumnya selepas
berkahwin. Cuma dia belum berkesempatan hendak memberitahu mama dan papa akan
hal tersebut. Mungkin papa tak ada masalah. Tapi mama? Harriz tidak yakin mama
akan bersetuju dengan rancangannya itu.
“Kenapa?
Sayang tak selesa tinggal dengan family
abang ke?” Harriz cuba bertanya. Walaupun dia sedar memang Balkish tidak selesa
tinggal di situ memandangkan layanan buruk mama dan Hanna. Malah sekarang ini
mama dengan Hanna sudah mula berani mengajak Syarifah Ezora pula datang ke
sini. Semata-mata mahu menyakiti hati Balkish. Harriz ingin marah, namun dia
terpaksa bersabar demi Balkish.
“Bukannya
tak selesa cuma…” Balkish diam. Bibirnya digigti-gigit. Takkanlah dia hendak
memberitahu Harriz apa yang dikatakan oleh Hanna dan ibu mentuanya tadi? Jika
boleh dia tak naklah Harriz bertengkar dengan Hanna dan melawan ibu mentuanya
itu gara-gara dia pula. Jadi jalan terbaik adalah dengan berdiam diri.
“Abang
faham situasi sayang. Sayang jangan risau ye. Abang memang berniat nak bawa
sayang tinggal dekat kondominium tu pun. Lagipun… kondominium tu memang rumah
kita.”
Tiba-tiba
Balkish tersenyum lebar. Gembira sungguh dia mendengar jawapan suaminya itu.
Terharu pun ada jugak bila Harriz berkata kondominium itu adalah rumah mereka.
Baik sungguh hati Harriz!
“Betul
ke ni?”
Harriz
mengangguk. “Tapi sebelum tu kita kena bincang perkara ni dengan mama dan papa
terlebih dahulu. Abang tak naklah kita pindah macam tu aje. Nanti abang cuba
beritahu mama dengan papa hal ni. Okey?”
Balkish
mengangguk. Bersetuju dengan permintaan suaminya itu.
“Awak
rasa diaorang benarkan kita pindah tak?”
“Entahlah.
I’m not sure, sayang. Sayang taulah
mama tu. Kalau boleh dia nak anak-anak semua ada depan mata. But don’t worry. Abang tahulah apa yang
patut abang cakap dekat diaorang nanti. Sayang jangan risau pasal ni. Kalau
diaorang tak bersetuju pun abang pasti akan bawa sayang keluar dari rumah ni
suatu hari nanti. Abang mahu kita bina rumah tangga kita sendiri.”
Balkish
mengangguk lagi. Terharu pula dia kerana Harriz sudi menurut kehendaknya.
Nampak sangat Harriz begitu mengambil berat akan keadaan dan keselesaannya di
rumah ini. Lelaki itu… biarpun kadang-kala merimaskan Balkish dengan
kenakalannya, namun kebaikan Harriz semakin hari semakin terserlah. Menerbitkan
rasa sayang dalam hati Balkish.
Sayang?
Benarkah sayang? Yupe! Balkish sudah mula menyayangi Harriz dalam diam. Cuma
sekarang dia mahu mencari cintanya untuk lelaki itu.
“Awak…
terima kasih ye. Awak dah buat macam-macam untuk saya. Saya tak tahu macam mana
nak balas budi baik awak pada saya.”
“Kenapa
pulak sayang cakap macam ni? Sayang tu isteri abang. Dah semestinya abang mahu
buat yang terbaik untuk sayang. Abang mahu sayang hidup bahagia dan gembira di
samping abang. Lagipun abang dah janji dengan Batrisya, ibu dan tok mak yang
abang akan buat sayang gembira selalu. Abang kenalah berpegang pada janji tu.”
“Kalau
awak tak janji dengan family saya…
awak tak akan buat semua ni la ye?”
Bibir
Harriz merekah dengan senyuman.
“Kalau
tak janji sekali pun, abang tetap akan buat sayang rasa bahagia hidup di
samping abang. Sebab abang begitu cintakan sayang.”
Semakin
terharu Balkish mendengar bait bicara suaminya itu. Rasa berdosa mula
menbendung jiwanya kini. Berdosa kerana tidak pernah melaksanakan tanggungjawab
sebagai seorang isteri yang sebenar. Harriz! Dulu lelaki itu amat-amat dibenci
kerana dia menyangka Harriz suka mempermainkan perasaan perempuan. Tapi kini…
sehari demi sehari dia semakin melihat kebaikan yang ada dalam diri suaminya
itu. Harriz bukanlah seteruk yang dia sangkakan selama ini.
“Maafkan
saya, awak. Sebab saya bukanlah isteri yang sempurna untuk awak.” Balkish
menunduk. Rasa malu kerana dia mula rasakan dirinya bukan yang terbaik untuk
Harriz.
Harriz
capai jemari Balkish. Dielus jemari itu penuh kasih sayang.
“Abang
tak pernah salahkan sayang atas apa yang terjadi dalam hubungan kita. Abang
faham dan abang sanggup menerimanya sehingga sayang benar-benar menyintai
abang. Abang tak akan paksa sayang sehingga sayang benar-benar bersedia.
Lagipun abang memang sudah berjanji dengan diri abang sendiri. Abang akan
sentuh sayang bila dalam hati sayang ni dah ada cinta untuk abang.”
Tanpa
sedar, ada airmata yang mengalir lesu membasahi pipi gebu Balkish. Hatinya
benar-benar rasa sebak. Airmata yang mengalir tanpa disedari menitik mengenai
tangan Harriz.
Harriz
terkedu. Perlahan dia mengangkat dagu Balkish. Bergetar hebat hatinya melihat
airmata si isteri.
“Kenapa
ni? Kenapa sayang menangis? Abang ada buat salahkah?” bertalu Harriz bertanya
dengan nada sedikit cemas. “Kalau abang ada tersalah kata abang mintak maaf
sayang.” Sambungnya lagi.
Balkish
menggeleng-geleng. Laju benar dia menggeleng.
“Tak.
Awak tak salah apa-apa pun. Saya yang salah. Saya tak pernah laksanakan
hubungan suami isteri antara kita. Saya… saya… ni bukanlah isteri yang baik
untuk…” Jari telunjuk Harriz sudah melekat pada bibir Balkish. Menghalang
wanita manis itu daripada meneruskan bicaranya. Dia tidak mahu dengar ayat yang
seterusnya.
“Syhhh… sudahlah. Jangan cakap apa-apa
lagi. Abang tak pernah pun salahkan sayang. Abang cintakan sayang seikhlas hati
abang.”
Semakin
terseksa rasa hati Balkish mendengarnya. Dia menangis lagi. Malam ini dia jadi
begitu sensitive. Cepat benar dia
rasa ingin mengalirkan airmata. Selalunya Balkish pasti boleh bertahan
mendengar kata cacian dan sindiran pedas ibu mentua dan adik iparnya itu. Mungkin
juga dia menangis kerana terharu dengan cinta ikhlas yang Harriz tunjukkan
kepadanya.
Perlahan-lahan
Harriz menarik Balkish dan membawa isterinya itu ke dalam pelukannya. Balkish
tidak pula membantah. Membiarkan saja Harriz memeluk dan membelai-belai rambutnya
yang panjang mengurai itu. Ketika ini, dia mula merasa tenang. Jiwanya yang
kacau sebentar tadi bagaikan terpujuk dengan belaian Harriz.
“Abang
akan jaga sayang sepanjang hayat abang.” Bisik Harriz ke cuping telinga
Balkish. Bukan main romantik lagi nadanya. Pelukannya juga semakin
diperkemaskan.
Meremang
bulu roma Balkish mendengar bisikan romantik Harriz. Namun jauh di sudut hati
terbit rasa bahagia mendengar ayat jiwang berkarat suaminya itu. Matanya
dipejam rapat. Jiwanya mulai tenang. Airmatanya juga sudah kering dan esak
tangisannya sudah tidak kedengaran lagi. Dia hanyut dalam pelukan dan pujukan
Harriz.
Tok!
Tok! Tok!
Ketukan
yang bertalu-talu pada permukaan pintu mengejutkan Harriz dan Balkish. Spontan
masing-masing melepaskan pelukan mereka. Harriz menggaru-garu tepi telinganya.
Balkish pula membuang pandangan ke arah lain. Mukanya sudah merona merah.
“Kak
Kish… oh… Kak Kish.” Laungan suara Hanni dari luar kedengaran.
“Hah…
errr… ya… ya… akak datang ni.” Gugup
Balkish bersuara. Dengan laju dia bangkit dari duduknya dan bagaikan lipas
kudung dia terus menuju ke muka pintu yang berkunci. Mukanya sudah membahang.
Pasti kini sudah merona merah.
Melihat
Balkish yang gelabah, menarik senyuman pada bibir Harriz. Dia dapat rasakan
getar jantung isterinya itu. Rona merah pada wajah putih mulus Balkish
membuatkan Harriz semakin yakin dia mampu menawan hati isterinya itu dalam masa
terdekat ini. Tidak sabar rasanya hendak mendengar kalimah ‘I love you’ yang lahir dari bibir mungil
isterinya itu.
Ketika
pintu dibuka, kelihatan Hanni sedang tersenyum-senyum memandang Balkish.
“Nah…
novel akak.” Hanni menghulurkan beberapa buah novel milik Balkish yang
dipinjamnya. Wajah Balkish dipandang. Kemudian dia bersuara lagi, “Merahnya
muka Kak Kish…” komen Hanni.
Pantas
Balkish memegang pipinya yang terasa panas.
“Eh…
mana ada.” Tepisnya. Walaupun kenyataan memang wajahnya sudah merona merah.
“Betullah
Kak Kish. Merah macam udang kena panggang.” Balas Hanni lagi.
Balkish
gigit bibir. Haih… budak kecik ni. Mulut tu laju aje nak menegur. Tak boleh nak
tapis langsung.
“Hah…
ini mesti ada something ni.” Hanni menari-narikan jari telunjukkan depan mata
Balkish. Kemudian dia memberi isyarat mata melirik ke arah abangnya.
Perlahan-lahan dia berkata, “Abang Riz buat sesuatu yang buat muka akak jadi
merah ye?” usiknya dengan nada perlahan. Tidak mahu buat abangnya yang berada
di dalam bilik dengar apa yang dikatakannya.
Balkish
menjengilkan biji mata kepada Hanni. Haih… budak ni!
“Hehehe…
okeylah. Orang tak nak kacau. Good night
Kak Kish. Good night Abang Riz!” Ucap
Hanni. Suaranya sengaja ditekan bila dia mengucapkan selamat malam kepada
abangnya. Sempat dia mengenyit mata kepada Harriz yang buat-buat serius itu.
Hahaha…
serius la sangat. Macamlah aku tak tahu yang tu muka nak cover malu. Alahai
abang dengan kakak iparku ini. Sweet sangat! Cepat-cepat jatuh cinta. Aku dah
tak sabar nak dapat anak sedara baru. Heheheheee… Hanni mengomel sendiri dalam
hati.
Pintu
ditutup kembali.
“Apa
budak kecik tu nak?” tanya Harriz.
“Hanni
hantar novel yang dia pinjam minggu lepas.”
“Hmmm…
budak kecik tu… memang kaki novel.”
Balkish
tidak menjawab. Dia meletakkan beberapa buah novel yang Hanni pinjam
daripadanya di dalam kabinet. Kemudian cepat-cepat dia mengatur langkah ke
katil. Peristiwa sebentar tadi masih membuatkan dia berasa malu. Sebelum Harriz
mengusiknya, baik dia tidur walaupun dia tahu tidurnya tidak akan lena sebelum
lelaki itu melelapkan mata terlebih dahulu. Itu sudah menjadi kewajiban.
Balkish akan pastikan Harriz tidur terlebih dahulu sebelum dia benar-benar
tidur.
Jantungnya
disentuh. Dapat dirasa jantungnya yang masih bergetar hebat itu.
Hisy…
sudah-sudahlah tu. Janganlah bergetar lagi. Kata Balkish pada jantungnya
sendiri.
Bila lagu cinta
bergema
~34~
“NO!!! Mama
tak setuju!” Puan Sri Hanum sudah bangun dari duduknya. Terjengil biji matanya
memandang anak dan menantu yang duduk di hadapannya. Rasa hendak terloncat
keluar jantungnya ketika mendengar Harriz berkata mahu berpindah keluar dari
banglo ini. Kalau itu bakal terjadi, maka musnahlah segala rancangan yang baru
dirangkanya. Dia tidak mahu itu terjadi. Walau apa pun, dia tidak akan
membenarkan perempuan itu berjaya mengajak anaknya keluar dari rumah ini! Tidak
sama sekali!!!
“Tapi
ma…”
Belum
pun sempat Harriz hendak menghabiskan ayatnya, Puan Sri Hanum bersuara lagi
dengan bunyi yang keras.
“I say no, Harriz! Mama tak izinkan
Harriz berpindah keluar dari rumah ni. Apa salahnya tinggal kat sini? Rumah
kita ni dah cukup besar untuk kita semua. Buat apa sampai nak pindah keluar
pulak?” Puan Sri Hanum mengerling Balkish yang duduk menikus di sebelah Harriz.
Diam saja wanita itu sambil tunduk merenung lantai.
“Entah-entah
ini semua cadangan perempuan tu. Dia yang rasuk fikiran Harriz untuk pindah
dari sini.” Sindiran Puan Sri Hanum beralih pada Balkish.
“Ini
takde kena mengena dengan Balkish, ma. Riz yang bercadang nak bawa Kish pindah
dari sini. Riz nak hidup berdikari dengan Kish. Bina rumah tangga kami sendiri
seperti orang lain.” Balas Harriz mempertahankan Balkish.
“Tengok
tu! Harriz selalu menangkan dia. Apa mama cakap semuanya tak kena.” Bentak Puan
Sri Hanum tidak berpuas hati dengan jawapan anaknya. Sejak Harriz bersama
Balkish, dia dapat merasakan anaknya itu terlalu menyebelahi Balkish. Semua
yang diingini wanita itu akan ditunaikan oleh anaknya. Itu yang membuatkan dia
semakin menyampah dengan Balkish.
“Hanum…
boleh tak kalau awak jangan nak menjerit-jerit bila bercakap? Cakap elok-elok.
Bagi anak menantu kita ni cakap dulu. Kita dengar apa yang mereka hendak katakan.”
Tan Sri Hamdan sudah mencela. Naik geram pula dia mendengar lengkingan suara
isterinya yang bagaikan petir di langit. Macam dah tak boleh nak rendahkan volume suaranya itu.
“Abang
tu la. Ikut sangat kehendak anak abang ni. Pasal tu budak ni naik minyak. Saya
kata tidak. Jadi maknanya tidak! Harriz jangan nak lawan cakap mama lagi. Mama
tak izinkan Harriz pindah dari rumah ni. Faham?!” Tanpa berlengah Puan Sri
Hanum terus naik ke tingkat atas dengan kaki yang dihentak-hentak. Panas benar
hatinya.
Harriz
mengeluh. Dia bersandar pada bahu sofa. Wajahnya kelihatan sugul dengan
tindakan drastik mamanya itu. Mama… tolonglah mengerti kehendak anakmu ini.
Wajahnya diraup.
“Harriz…
Kish, sabar ya. Mama kamu tu bukannya apa… dia rasa sunyi kalau kamu berdua keluar
dari rumah ni. Maklumlah… rumah ni besar. Kalau kamu berdua sudah berpindah,
tentu dia akan menjadi sunyi.” Tan Sri Hamdan bersuara. Kasihan dia melihat air
muka Balkish yang berubah dek tengkingan isterinya sebentar tadi. Tentu
menantunya itu berkecil hati dengan tindakan isterinya itu.
Hanum…
Hanum… ingatkan bila dan semakin berusia ni semakin matang. Tapi sebaliknya
pula yang jadi. Nanti kalau aku tegur lebih-lebih, dia merajuk pulak. Dalam
hati Tan Sri Hamdan sudah mengomen perangai isteri kesayangannya yang semakin
memeningkan kepala.
“Tapi
pa… Riz dengan Kish nak belajar bina sendiri rumah tangga kami sendiri. Macam
pasangan suami isteri yang lain. Lagipun… bukannya kami nak duduk jauh-jauh.
Kalau mama rindu dan rasa sunyi, kami boleh balik bila-bila masa aje.” Cela
Harriz. Kurang berpuas hati dengan tindakan mamanya tadi.
Tan
Sri Hamdan mengangguk-angguk. Dia faham kedudukan anak dan menantunya itu.
Sebagai pasangan yang telah berkahwin, sudah tentu Harriz dan Balkish pun ingin
membina rumah tangga mereka sendiri. Namun dia punya alasan yang tersendiri
menghalang keinginan anak dan menantunya itu.
“Papa
faham. Kalau papa berada di tempat Harriz, papa pun mahukan keadaan yang
serupa. Tapi buat masa ni… tangguhkan dulu hasrat kamu berdua.”
“Pa,
kalau mama dengan Hanna layan Kish dengan baik. Riz tak kisah tinggal terus kat
rumah ni. Tapi papa sendiri tengok macam mana mama dengan Hanna layan Kish kan?
Kish bagaikan orang asing kat sini. Tak sudah-sudah dihadiahkan dengan jelingan
dan sindiran pedas. Riz tak nak…”
Balkish
tarik lengan Harriz. Memberi isyarat meminta suaminya itu jangan bercakap
sebegitu pada papa. Kurang ajar namanya kalau meninggikan suara dekat orang
yang lagi tua daripada kita. Tindakannya itu membuatkan Harriz berhenti bersuara.
Dia mengeluh.
“Maafkan
Riz, pa. Riz tak patut meninggikan suara pada papa.” Pinta Harriz yang mulai
sedar keterlanjuran nada suaranya bercakap dengan papa. Suaranya kedengaran
lemah. Segan bila tindakannya ditegur oleh Balkish.
Tan
Sri Hamdan menghela nafas. Dia pun kurang selesa bila isterinya selalu
menyindir Balkish. Bukannya dia tidak menegur tingkah isterinya yang dirasakan
amat keterlaluan, tapi faham sahajalah perangai Puan Sri Hanum. Bukannya
‘makan’ teguran. Semakin ditegur, semakin dibuat pula.
“Papa
faham Riz. Papa dengar dan nampak apa yang berlaku. Tapi buat masa ni papa
berharap sangat Riz dengan Kish dapat bersabar dulu dengan perangai mama dan
Hanna. Cuba curi hati mama secara perlahan-lahan. Mama tu nampak aje begitu,
tapi hati dia baik. Riz tahukan kenapa mama jadi begitu?” Tan Sri Hamdan
berhenti sebentar dan memalingkan pandanganya kepada Harriz. Anak lelaki itu
hanya berdiam diri.
“Apa
kata Riz dengan Kish tawan hati mama secara perlahan-lahan. Papa yakin,
insya-ALLAH suatu masa nanti mama pasti akan terima perkahwinan Riz dengan
Kish. Boleh?” sambung Tan Sri Hamdan bersama satu pertanyaan berupa sebuah
harapan.
Harriz
pandang Balkish. Mata isterinya ditentang. Balkish hanya menarik senyuman
segaris bersama kepala yang diangguk.
“Kish…
tinggal dekat sini ye? Papa yakin Kish pasti boleh curi hati mama. Cuma Kish
kenalah bijak mengambil peluang yang ada dan bersabar sikit dengan karenah mama
yang agak melampau itu. Papa kenal hati budi mama. Dia nampak aje macam tu,
tapi hatinya baik. Cuma buat masa ni dia belum dapat menerima kehadiran Kish
dalam hidup Harriz dan keluarga ni. Sebab tu… kalau boleh papa mahu Kish rebut
peluang untuk mencuri hatinya. Kalau Kish dengan Riz berpindah, sampai
bila-bila pun Kish tak akan dapat merasa kasih sayang mama yang sebenar. Papa
harap Kish dapat bersabar dan terus tinggal di sini bersama kami.”
Balkish
menoleh kepada bapa mentuanya. Wajah tua itu kelihatan begitu mengharap
pengertian daripada dia. Rasa bersalah pula jika dia membuatkan hati tua itu terguris
dengan keengganannya. Lagipun, bapa mentuanya itu seorang lelaki yang baik.
Tidak berhak dia memusnahkan harapan lelaki itu.
“Insya-ALLAH,
pa. Kish akan cuba sedaya upaya.” putus Balkish akhirnya. Tidak sanggup dia
hendak menolak permintaan bapa mentua yang baik seperti Tan Sri Hamdan.
Harriz
angkat muka. Memandang wajah Balkish yang tenang di sisinya.
“Tapi
sayang…”
“Takpelah,
awak. Betul juga apa yang papa cakap. Apa kata kita curi hati mama secara
perlahan-lahan. Kalau kita berpindah, itu hanya akan membuatkan hubungan saya
dengan mama akan bertambah renggang. Awak tentu mahu hubungan saya dengan mama
menjadi rapat kan?”
“Memanglah
abang nak hubungan sayang dengan mama menjadi rapat. Tapi abang tak sampai hati
dengar mama selalu sindir-sindir sayang dan cakap sayang yang bukan-bukan.”
“Takpelah. Saya anggap itu sebagai satu
cabaran untuk saya. Mulai hari ini… saya akan cuba curi hati mama dan buat mama
sayangkan saya.”
“Sayang
yakin ke?” tanya Harriz ragu.
Balkish
memejam sesaat matanya sambil mengangguk. Biarpun dia tahu susah untuk dia
hendak mencuri hati Puan Sri Hanum yang memang tidak sukakan dirinya, namun dia
akan mencuba.
Melihat
anggukan pada kepala Balkish membuatkan Harriz menghela nafas. Jemari isterinya
itu diraih. Hatinya disuntik rasa hiba melihat kesanggupan wanita itu untuk
menawan hati mama yang keras.
“Kalau
macam tu… kita berusaha sama-sama ye. Abang akan sentiasa sokong sayang dan ada
di sisi sayang.” Putus Harriz.
Sekali
lagi Balkish mengangguk. Bersyukur kerana Harriz sudi memahami. Lelaki itu,
semakin hari semakin menyenangkan hati Balkish dengan sikap yang selama ini
belum pernah Balkish lihat. Nampaknya, inilah wajah sebenar Harriz. Seorang
lelaki yang begitu mengambil berat akan dirinya dan sentiasa sudi bertolak
ansur dengannya. Dia bersyukur kerana ALLAH menemukan jodohnya dengan lelaki
seperti Harriz. Semoga cintanya hadir buat suaminya itu.
Senyuman
di bibir Tan Sri Hamdan melebar. Lega hatinya melihat kebahagian anak dan
menantunya. Dia sering berdoa, semoga rumah tangga anak dan menantunya
dilimpahi dengan kegembiraan dan kebahagiaan. Semoga hati Balkish mampu
menerima Harriz dengan seikhlas hati suatu hari nanti. Amin…
Di
dalam bilik berhawa dingin itu pula, kelihatan Puan Sri Hanum yang sedang
melepaskan rasa marahnya. Sakit benar hatinya bila Harriz berkata hendak
berpindah keluar dari rumah ini. Sedangkan dia telah pun membuat satu rancangan
hendak menghalau wanita bernama Balkish itu dari rumah ini seterusnya daripada
hidup Harriz. Jika mereka berpindah, maka musnahlah rancangan yang baru
dirangkanya.
Pantas
telefon bimbitnya dicapai. Nombor telefon Syarifah Ezora dicari lalu didail.
Dia perlu menghubungi gadis itu. Tak perlu menunggu lama, panggilannya dijawab.
“Hello…” Suara dari corong sana agak
serak-serak basah. Nampak sangat suara orang baru bangun dari tidur.
Puan
Sri Hanum mengetap bibir. Hisy… Ezora ni. Takkan masih tidur lagi? Dah pukul
berapa ni tak bangun-bangun lagi? Selaju itu juga dia mengerling jam di
dinding. Ketika itu jarum jam sudah menunjukkan angka 11.45 minit pagi. Eiii…
budak ni!
“Hello. Ezora… auntie ni. Ezora buat apa
tu? Masih tidur lagi ke? Dah pukul berapa ni masih tak bangun-bangun lagi?”
Geram pula Puan Sri Hanum dengan Syarifah Ezora.
“Huarghhh…” selamba badak sumbu betina,
Syarifah Ezora menguap. Dia mengenyeh-ngenyeh matanya yang masih mengantuk.
“Zora
mengantuklah, auntie. Kenapa ni call
Zora awal pagi?”
Awal
pagi? Hisy… budak ni! Dah nak masuk tengahari dia kata pulak awal pagi.
“Wake up, Ezora. Sekarang dah nak masuk
tengahari tau. Bukannya awal pagi. Apa kena dengan Zora ni? Anak dara tak elok
bangun sampai matahari terpacak atas kepala!” Disebabkan amarahnya yang masih
bersisa, Puan Sri Hanum menghamburkan rasa geram pada Syarifah Ezora.
“Eh…
auntie ni. Nak marah-marah Zora pula. Zora mengantuklah auntie. Semalam Zora
temankan cousin Zora pergi shopping.” Gumam Syarifah Ezora. Geram dia dengan
Puan Sri Hanum yang suka-suka meninggikan suara padanya. Mummy sendiri tak
pernah tinggikan suara dekat aku! Eiii… nasib baiklah aku mama Harriz. Kalau
orang lain sah sudah aku hamun!
“Auntie
nak apa ni call Zora?” Tanyanya yang kurang senang disergah sedemikian oleh
Puan Sri Hanum.
“Auntie
nak jumpa Zora.”
“Jumpa?
Why?” soal Syarifah Ezora yang masih
lagi bersenang lenang atas katil. Semalam dia tidur lewat bukan kerana menemani
cousinnya keluar bershopping. Sebenarnya dia pergi berhibur dengan sepupunya
yang baru balik dari Australia. Disebabkan itulah dia bangun lambat. Tapi kalau
tak tidur lewat pun, memang Syarifah Ezora suka bangun lambat. Itu sudah
menjadi rutin harian hidupnya.
“Ada
perkara penting yang perlu auntie bincangkan dengan Zora. Dahlah. Auntie takde
masa nak cakap dekat telefon panjang-panjang. Zora bangun dan cepat bersiap.
Kita jumpa dekat Pavilion. Bye.”
Sepantas itu Puan Sri Hanum memutuskan talian. Perkara penting tidak boleh
dibincangkan melalui telefon. Takut nanti ada pula yang terdengar perbualannya
dengan Syarifah Ezora. Musnahlah rancangannya.
Tanpa
membuang masa, Puan Sri Hanum terus sahaja bersiap.
******************************************************************************
“EIII…
menganggu aku tidur ajelah auntie
Hanum ni! Dahlah kepala aku pening lagi. Dia pulak nak bawa jumpa. Hisy… tak
boleh nak tengok aku senang langsung!” rungut Syarifah Ezora. Dia mengeliat.
Pusing ke kanan dan ke kiri. Kepalanya yang agak pening akibat penengan minuman
keras yang diteguknya semalam dipicit-picit. Matanya dipejamkan semula. Namun
itu hanya sesaat. Dia membuka semula matanya bila teringatkan kata-kata Puan
Sri Hanum tadi.
Malas-malam
Syarifah Ezora turun dari katil bersaiz king. Dengan kaki yang dihentak kasar
akibat memberontak tidurnya yang diganggu itu, dia menuju ke bilik air. Mandi
dan bersiap untuk berjumpa dengan Puan Sri Hanum.
Usai
bersiap dan berpuas hati dengan penampilannya, Syarifah Ezora menapak turun ke
bawah. Hatinya masih sakit bila dengan sewenang-wenangnya Puan Sri Hanum
memberikan arahan kepadanya. Mujurlah dia kena berlakon baik depan wanita itu.
Jika tidak… tak hingin dia berbaik-baik dengan Puan Sri seorang itu.
“Nak
ke mana ni Ezora?” tanya Datin Syarifah Elina sebaik sahaja terpandangkan
kelibat anaknya yang bersiap cantik itu. Ini tak lain tak bukan mesti pergi
keluarlah ni.
“Zora
nak keluar jumpa kawan mummy.” Bohong Syarifah Ezora. Dia memang tahu mummynya
tak suka dia keluar berjumpa dengan Puan Sri Hanum. Bukankah mummy dengan Puan
Sri Hanum sekarang sudah mengisytiharkan perang antara mereka. Jadi tidak
hairanlah kalau mummy tidak suka dia berjumpa dengan Puan Sri seorang itu.
“Mummy peliklah dengan Zora ni. Sejak
akhir-akhir ni selalu sangat jumpa kawan. Siapa kawan Zora tu?”
Syarifah
Ezora berdecit.
“Alaaa…
mummy. Kawan Zora ni mummy tak kenallah. Dia baru balik dari
Paris.” Bohong Syarifah Ezora lagi.
“Iye
la tu. Remember Syarifah Ezora! I don’t
want you to see Puan Sri Hanum again. Ingat sikit apa yang telah Harriz
buat dekat Ezora. Mummy tak nak ada sebarang hubungan antara keluarga kita
lagi. Cukup-cukuplah anak lelaki Puan Sri Hanum tu memalukan family kita sebelum ni. Kalau Ezora dah
nak kahwin, ada ramai lagi lelaki dekat luar sana yang boleh dijadikan pilihan.
Anak Syarifah Mastura si Syed Emer tu pun tak kurang hebatnya kalau hendak
dibandingkan dengan Harriz. Kalau Ezora nak… hari ni jugak mummy berbincang
dengan Syarifah Mastura.”
“Mummy. Please… understand me.
Ini bukan soal nak kahwin dengan orang lain. Tapi soal hati dan perasaan. Ezora
sayangkan Harriz. Ezora cintakan Harriz. Ezora cuma nak jadi isteri Harriz dan
bukannya Syed Emer. Tolonglah faham sikit. Takkan perkara semudah itu pun mummy
susah sangat nak support Zora? Ezora
tahu mummy sekarang tak baik dengan auntie Hanum. But… itu semua bukan urusan
Zora. Apa yang Zora mahu… Zora mahu kahwin dengan Harriz” Syarifah Ezora sudah
mula meninggikan suaranya.
Tadi
moodnya spoil disebabkan Puan Sri
Hanum. Sekarang ni mummy pula buat dia naik darah. Nampaknya hari ini bukan
hari yang baik untuknya.
“Watch your mouth, Syarifah Ezora! Jangan
nak biadap dengan mummy. Sedar sikit
dengan siapa Ezora bercakap!” Tengking Datin Syarifah Elina. Dia sudah bangun
dari duduknya dengan wajah yang menyinga. Bengang benar dia bila dengar
Syarifah Ezora berkata sedemikian. Macam dah takde lelaki lain dekat dunia ni
yang hendak dicintainya. Lelaki berstatus ‘playboy’ itu juga yang dicintainya
separuh mati. Sudahlah Harriz tidak sudi hendak berkahwin dengannya, masih lagi
terhegeh-hegeh hendakkan Harriz.
“Ezora
ni tak tahu malu ke? Harriz dah tolak cinta Zora mentah-mentah dengan berkahwin
dengan perempuan lain. Zora pulak masih terhegeh-hegeh hendakkan dia. Mana rasa
malu Zora hah? Ikutkan sangat kehendak Puan Sri Hanum tu!”
“Apa
mummy ni? Kenapa nak marah-marah
Ezora pulak? Dahlah. Ezora malas nak
layan mummy. Mummy langsung tak faham
keinginan Zora. Yupe! Memang Ezora nak jumpa auntie Hanum. Cuma auntie
Hanum aje yang faham keinginan Ezora. Nak harapkan mummy? Huh… jangan haraplah. Ikut sangat perasan dan tindakan yang
macam budak-budak itu.” Tanpa sebarang pamitan, Syarifah Ezora berlalu dengan
api kemarahan yang meluap-luap. Wajahnya masam mencuka. Pelik benar dia dengan
perangai mummynya kini. Suka sangat nak marah-marah. Jika dulu, mummy langsung tak pernah marahkan dia.
Selalu menyokong apa yang dia mahukan. Tapi kini, mummy selalu sahaja membantah.
“Syarifah
Ezora!” teriak Datin Syarifah Elina dengan lantang. Berang benar dia bila
Syarifah Ezora terang-terangan melawan katanya. Anak itu semakin hari kian
degil dan selalu saja mengingkari arahannya.
Syarifah
Ezora tidak menghiraukan suara mummynya itu. Laju dia menonong menuju ke tempat
letak kereta.
Enjin
kereta Mercedes dihidupkan. Kemudian dia terus memecut meninggalkan perkarangan
banglo indah milik keluarganya itu tanpa menghiraukan laungan mummy yang
menghalang dia untuk pergi bertemu dengan Puan Sri Hanum. Belum pun sempat dia
keluar dari jalan raya besar, tiba-tiba telefonya berbunyi. Dicapai telefon
tersebut. Satu bunyi decitan keluar dari mulutnya ketika melihat nama si
pemanggil.
“Ini
lagi sorang! Tak boleh nak bersabar langsung!” bentak Syarifah Ezora sebelum
talian dijawab. Wajahnya masam mencuka.
“Ezora
kat mana dah ni?” tanya Puan Sri Hanum dari corong sana.
“Ezora
on the way dah ni auntie.” Suaranya
cuba dilunakkan. Sedangkan dalam hati dia sudah membebel marah dengan sikap
tidak sabar Puan Sri Hanum. Namun demi Harriz, dia perlu juga bersabar dengan
karenah Puan Sri Hanum yang kadang-kala merimaskan itu. Ikut hati, dia memang
tidak dapat bersabar dengan sikap Puan Sri Hanum. Terpaksa saja dia buat-buat
tahan.
“Okey.
Kalau macam tu Ezora terus datang dekat sini. Auntie dengan Hanna tunggu Zora
dekat Secret Resipi.”
“Okey!”
Jawab Syarifah Ezora lalu memutuskan talian. Telefon bimbit yang sudah
dimatikan di buang ke arah kerusi penumpang yang kosong di sebelahnya.
******************************************************************************
“HABIS tu kita nak buat apa sekarang ni auntie? Takkan nak biarkan Harriz
berpindah keluar bersama perempuan tu. Kalau macam tu… sia-sia ajelah rancangan
yang baru kita rancang.” Rungut Syarifah Ezora. Muncungnya sudah panjang
sedepa. Dia ingat, comel sangatlah agaknya tu buat muka begitu. Perasan!
“Hisy… apa pulak nak pindah? Auntie tak
izinkan perempuan tu bawak Harriz berpindah. Walau apa pun yang jadi, auntie
pasti akan usahakan Harriz berkahwin dengan Ezora.”
Syarifah
Ezora sudah kembali tersenyum mendengar kata balas daripada Puan Sri Hanum.
Berbunga-bunga hatinya bila wanita itu memberikan harapan kepadanya.
“Thank you, auntie. Zora sayang auntie
sangat-sangat. Cuma auntie aje yang faham apa yang Zora inginkan. Nak harapkan
mummy dengan daddy? Hurmppp… jangan
haraplah. Asyik nak suruh Zora lupakan Harriz aje. Ingat senang ke nak lupakan
orang yang kita sayang. Zora ni… sayang sangat dekat Harriz. Zora tak boleh nak
hidup tanpa Harriz” mengada-ngada sungguh Syarifah Ezora berkata. Nada memujuk
Puan Sri Hanum.
“Ye
ke? Takpe… kalau diaorang tak support
Zora, auntie sentiasa ada di sisi Zora. Dari dulu sampai sekarang, auntie
memang suka sangat Zora jadi menantu auntie. Walaupun Harriz dah kahwin, tapi
auntie still mahukan Zora sebagai
menantu auntie.”
“Kalau
macam tu ma. Cepat-cepatlah kahwinkan Ezora ni dengan Abang Riz.” Hanna sudah
menyampuk. Geram benar dia mendengar cerita mama tadi. Kalaulah dia ada waktu
itu, rasa sudah naik penamparnya ke wajah Balkish. Biar perempuan itu tahu
tinggi atau rendahnya langit itu. Sedar diri sikit dekat mana dia berpijak.
Suka-suka hati sahaja mahu mengajak abangnya berpindah keluar dari kediaman
mereka. Bukannya Hanna tak tahu tujuan Balkish berbuat begitu. Mesti nak kaut
keuntungan daripada harta abangnya. Dasar perempuan licik. Benar kata Zack,
Balkish itu begitu licik perempuannya!
Mungkin
Abang Harriz, papa dan Hanni boleh terpedaya dengan sikap alim yang Balkish
tunjukkan depan mereka semua. Tapi bukan dia dengan mama. Hanna telah
menceritakan segala-galanya pada mama. Siapa diri Balkish yang sebenar. Sudah
tentulah mama bertambah benci Balkish bila mendapat tahu kebenaran yang
sebenar. Siapa yang hendak bermenantukan perempuan mata duitan seperti itu?
Silap hari bulan, setelah habis harta Abang Riz dikikisnya, dia cabut lari
pulak.
“Kalau
boleh… hari ni pun mama nak kahwinkan Ezora dengan Harriz. Tapi bukan semudah
itu. Tahu ajelah perangai Harriz tu. Mana mungkin dia ikut cakap mama kalau dah
gila sangat dekat bini dia tu.”
“Habis
tu apa yang perlu kita buat? Takkan nak tunggu lama-lama perempuan tu ada kat
rumah. Benci betullah Hanna tengok muka dia tu ma.” Hanna sudah tidak sabar
hendak mengusir Balkish keluar dari rumah mereka.
Puan
Sri Hanum mengangguk-angguk. Turut bersetuju dengan kata-kata anak
kesayangannya itu. Ikut rasa hati dia pun sudah tidak sabar hendak mengusir
Balkish keluar dari rumahnya. Tapi jika dia berbuat begitu, pasti Harriz akan
keluar ikut isterinya sama. Kan ke anaknya itu sekarang ini tengah asyik
dilamun cinta. Tentu saja kata-katanya tidak didengari.
“Kita
kenalah bersabar sikit, Hanna. Kita kena buat sesuatu yang boleh membuatkan
Harriz bencikan perempuan tu lalu membuang perempuan tu dari hidup dia dengan
sendiri. Bila semua tu dah terjadi, barulah Ezora mainkan peranan dia untuk
memikat hati Harriz pula. Mama yakin waktu tu Harriz pasti akan berkahwin juga
dengan Ezora. Mama akan desak dia untuk terima Ezora”
“Tapi
sampai bila kita nak tunggu, ma? Hanna dah tak tahan tengok muka perempuan tu
lagi. Sakit hati Hanna ni tengok muka dia yang tunjuk baik tu tau.” Hanna sudah
mahu memberontak. Kalau mama rasa tak boleh nak halau Balkish, biar dia saja
yang lakukan perkara itu. Bencinya terhadap Balkish begitu menggunung.
“I’m not sure about this… but you don’t worry
sayang. Mama akan ikhtiar secepat mungkin untuk mengusir perempuan tu
keluar dari rumah kita. Yang penting, kita kena bersatu hati untuk mengusir
perempuan tu dari hidup Harriz. Ezora pulak jangan sesekali berputus asa.”
“Selagi
auntie support Zora, Zora tak akan
berputus asa. Harriz pasti akan jadi milik Zora.”
Puan
Sri Hanum dan Hanna mengangguk-angguk. Selamanya mereka akan menyokong Syarifah
Ezora. Cuma Syarifah Ezora yang layak berada disamping Harriz!
******************************************************************************
KHUSYUK sungguh nampaknya Balkish memerhati perilaku Harriz yang sedang berbual melalui telefon bersama kakaknya Hanis. Bukan main gembira lagi suaminya itu menerima panggilan daripada Hanis. Lagak macam dah setahun tidak bertemu. Sedangkan baru dua minggu lepas Hanis ada balik ke sini untuk menjenguk keluarga. Namun disebabkan hubungan Harriz dan Hanis yang rapat membuatkan dia kelihatan begitu gembira menerima panggilan daripada kakaknya itu. Siap bergelak ketawa lagi.
Inilah
yang Balkish suka pada Harriz. Harriz sentiasa murah dengan gelak ketawa yang
menghiburkan. Tawanya kedengaran ikhlas dan bukan dibuat-buat. Belum pernah
Balkish lihat Harriz marah-marah sejak mereka bergelar suami isteri. Malah
suaminya itu tidak lekang daripada sifat romantik dan kelakar. Pagi-pagi,
sampai saja di ofis, Balkish pasti akan menerima mesej ringkas daripada Harriz.
Bunyinya seperti ini, ‘I Love U My Sweet Princess’.
Membuatkan Balkish tersenyum lebar sepanjang hari. Sampaikan Kak Norma
mengatakan dia kini terkena penyakit angau. Hisy… Kak Norma. Tahu aje apa yang
ada dalam hatinya kini. Cuma depan Harriz, Balkish buat-buat serius dan seperti
tak rasa apa-apa perasaan terhadap lelaki itu. Sedangkan dalam hati, hanya
ALLAH saja yang tahu getaran ini setiap kali Harriz datang dekat kepadanya.
Dia
sendiri tidak sedar, sejak bila perasaan itu hadir. Cuma yang pasti, Harriz
hadir tanpa diundang ke dalam hidupnya. Membuatkan dia rasa bahagia. Membuatkan
dia mula teringatkan kata-kata Aleya dan Ella. “Tak elok benci-benci. Nanti
lama-lama bertukar sayang. Hah… baru kau tahu tinggi rendah langit tu.”
Begitulah kata Aleya dan Ella dulu bila dia acap kali menyuarakan kebencian
terhadap Harriz. Ketika itu dia belum kenal siapa diri Harriz yang sebenar.
Yang dia tahu cuma Harriz itu King Of The Crocodile. Kaki perempuan yang perlu
dihidari. Kini dia sendiri sudah termakan dengan kata-kata sendiri bila dalam
hati sudah hadir rasa sayang.
Namun…
kisah lalu membuatkan Balkish takut untuk mengakui perasaannya itu. Tapi sampai
bila dia harus membiarkan ketakutan menguasainya? Bukan semua kisah cinta itu
sama. Sebuah keluhan kecil terbit dari bibirnya yang mungil.
Balkish
menilik diri lelaki yang kini bergelar suaminya itu. Lelaki yang pernah
dibenci. Selama ini dia selalu menafikan kehenseman milik Harriz di matanya.
Sebenarnya dia memang tahu Harriz itu seorang yang hensem cuma dia sengaja tak
nak mengaku. Takut dia menjadi salah seorang daripada perempuan-perempuan bodoh
yang jatuh cinta kepada Harriz hanya kerana wajah lelaki itu sahaja. Balkish
tidak mahu itu terjadi kepada dirinya. Disebabkan itulah dia berusaha untuk
menghindari lelaki bernama Harriz Tan Sri Hamdan itu.
Namun
sejak dia bergelar isteri Harriz, ada sesuatu tentang lelaki itu yang berjaya
memikat hatinya. Harriz bukanlah seteruk yang dia sangkakan. Harriz berpegang
pada janji. Tidak pernah memaksa dia menyerahkan sesuatu yang belum bersedia
untuk dia berikan. Malah Harriz juga seorang yang begitu penyayang. Contohnya
semalam. Bila terkenangkan kejadian semalam, Balkish jadi malu sendiri. Entah
apa yang telah merasuknya sehinggakan dia merelakan diri berada dalam pelukan
Harriz.
Balkish
tersenyum. Hatinya mula berbunga cinta.
What?
Cinta?
Balkish
cuba menolak kenyataan itu. Namun ketika kata cinta itu terucap, jantungnya
mula berdegup laju. Pantas dia meletakkan tangan hampir ke jantung.
Dup
dap! Dup dap! Dup dap! Begitulah irama jantungnya ketika ini bila dia mengakui
ada cinta dalam hati buat suaminya itu.
“Helo…
sayang.” Harriz menguatkan volume
suaranya. Tangannya dilayang-layang depan mata Balkish. Mengembalikan isterinya
itu ke alam nyata.
“Hah?”
Balkish tersentak.
“Wah…
wah… wah… melamun pulak dia. Dah sampai ke mana sayang abang pergi ni? Bulan?
Bintang? Atau ke hati abang?” usik Harriz. Hidung mancung Balkish dicuit.
Balkish
ketap bibir. Wajahnya sudah merona merah. Tangan Harriz yang mencuit hidungnya
ditepis. Jantungnya bergetar hebat.
“Hah…
ni mesti melamun fikir pasal abang yang hensem lagi macho ni kan?” tebak Harriz
sambil memuji diri sendiri. Bibirnya sudah tersungging senyuman nakal.
“Eiii…
tolonglah. Perasan.” Tepis Balkish. Mata dijulingkan ke atas. Tak sudah-sudah
dengan perasan dia tu.
Harriz
ketawa suka. Punggung dilabuhkan di atas kerusi rotan bersebelahan dengan
Balkish, menghadap kolam renang yang tenang.
“Kak
Nis kirim salam.”
“Walaikumsalam.”
Jawab Balkish. Sepanjang usia perkahwinannya dengan Harriz, hanya beberapa kali
sahaja Balkish berkesempatan bertemu dan bersembang dengan Hanis. Orangnya baik
dan mudah mesra. Balkish senang dengan Hanis.
“Minggu
depan sambutan hari lahir Adam yang ke lima tahun. Kak Nis jemput kita datang.
Nanti kita pergi sama ye.”
Balkish
hanya mengangguk. Tentulah dia akan pergi. Dia pun sudah lama tidak berjumpa
dengan Adam. Rindu rasanya dengan gelagat Adam yang sering mempamerkan aksi
malu-malu kucing setiap kali berdepan dengannya itu.
“Sayang.”
Panggil Harriz tiba-tiba. Romantik pula bunyi suaranya. Meremangkan bulu roma
Balkish.
“Hmmm…”
hanya itu bunyi yang keluar dari mulut Balkish.
“Bila
ek kita ada anak macam Adam. Abang teringin nak ada anak bersama sayang.”
Ayat
spontan Harriz itu buat Balkish mengetap bibir ketat-ketat. Wajahnya sudah
membahang. Hisy… lelaki ni! Tiba-tiba pulak cakap macam tu. Buat malu aku
pulak. Tanpa membalas kata Harriz, Balkish pantas bangun dari duduknya.
Daripada Harriz semakin jauh melalut, daripada wajahnya semakin panas dek
kata-kata Harriz, baik dia pergi dari situ. Tolong Kak Moon buat kerja dapur
lagi baik daripada melayan suaminya yang sudah mula naik miang itu.
Lagi
pula, ibu mentuanya tiada. Jadi senanglah untuk dia bergerak bebas menolong Kak
Moon buat kerja-kerja dapur. Entah ke mana ibu mentuanya itu pergi? Tadi
selepas Puan Sri Hanum membangkang keras niatnya dengan Harriz yang ingin
berpindah ke kondominium milik suaminya itu, ibu mentuanya it uterus beredar.
Masam saja wajahnya ketika keluar dari rumah. Hinggakan teguran Tan Sri Hamdan
langsung tidak dihiraukan. Hmmm… marah benar nampaknya ibu mentua aku tu. Bisik
hati kecil Balkish.
“Sayang
nak ke mana tu? Abang belum habis cakap lagilah.”
“Saya
nak ke dapur. Tolong Kak Moon lagi bagus dari layan awak merapu.”
“Aik?
Abang seriuslah sayang. Takkan sayang tak nak anak dengan abang yang hensem
lagi macho ni. Rugi tau.” Dihujung katanya, Harriz ketawa kuat.
Balkish
mencebik. Geram benar dia dengan Harriz. Pantas dia mengatur langkah dengan
laju.
Bila lagu cinta
bergema
~35~
Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu.
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu.
Teganya kau menari diatas
tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisa
Cintaku kau balas dengan dusta
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisa
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja
Cukup sampai disini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja
……………………………
Nirwana – Sudah cukup sudah
DARI tadi
mata Batrisya asyik melirik ke arah beg hitam milik Eidham yang terletak di
atas sofa dalam bilik tidur mereka. Entah kenapa hatinya seolah-olah terpanggil
untuk membuka beg hitam tersebut. Rasa seperti ada sesuatu di dalam beg hitam
itu yang menyebabkan Eidham tidak pernah berenggang dengan beg tersebut sejak
kebelakangan ini. Pelik sungguh dia. Malah tadi Eidham ada menghubunginya.
Bertanya sama ada beg hitamnya tertinggal di rumah ataupun tidak. Bila dia kata
beg tersebut ada di sini, laju pula Eidham memberi pesanan supaya dia jangan
mengusik beg tersebut. Ada dokumen-dokumen penting yang berada di dalam beg itu
kata Eidham. Namun, nada Eidham itu seolah-olah mengatakan ada satu rahsia yang
terdapat di dalam beg hitam itu yang dia sembunyikan daripada pengetahuan
Batrisya.
Batrisya
menggigit bibir. Rasa ingin tahu kian melonjak-lonjak. Hatinya kuat mengatakan
ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh suaminya di dalam beg tersebut. Apatah
lagi sejak kebelakangan ini dia dapat melihat dengan jelas perangai Eidham yang
semakin berubah. Kian dingin terhadapnya dan rumah tangga mereka. Eidham kerap
menghabiskan masa dengan kerja-kerja berbanding dirinya. Malah tiada lagi
layanan istimewa yang Eidham berikan kepadanya seperti dulu.
“Buka
ajelah Risya. Bukannya Eidham tahu pun kalau kau buka. Dia bukannya ada kat
sini pun.” Ada satu suara datang berbisik. Menghasut Batrisya untuk membuka beg
hitam tersebut.
“Tapi…”
Batrisya masih ragu-ragu.
“Dah.
Tak payah nak bertapi-tapi. Buka aje. Lagipun manalah tahu dalam beg hitam itu
ada rahsia yang Eidham sembunyikan selama ini daripada pengetahuan kau. Mana
tahu dia ada perempuan lain.” Suara hasutan syaitan semakin galak menyuruh
Batrisya membuka beg tersebut.
Batrisya
pejam mata. Cuba menghalau suara halus yang datang berbisik. Tak mungkin Eidham
ada perempuan lain. Eidham sayang aku. Batrisya memujuk diri sendiri.
“Sayang
tak bermaksud dia tak boleh berlaku curang di belakang kau. Lagipun kau sendiri
nampakkan perubahan Eidham sejak kebelakangan ini? Macam ada sesuatu yang dia
sembunyikan daripada kau. Buka ajelah. Dapat juga kau tau siapa perempuan tu!”
Suara itu menghasut lagi.
Batrisya
menggigit bibirnya lagi. Perempuan? Dia menggeleng-geleng. Tidak sanggup
andaikata Eidham ada perempuan lain selain daripadanya. Perlahan-lahan dia
melangkah kea rah sofa. Punggungnya dilabuhkan bersebelahan dengan beg hitam
milik Eidham. Dengan cermat, dia mengambil beg tersebut. Hatinya masih
teragak-agak sama ada mahu membuka atau pun tidak.
“Kau
tunggu apa lagi Risya? Buka ajelah. Sampai bila kau nak berteka-teki dengan
sikap suami kau sendiri? Kat dalam ni ada jawapan untuk teka-teki kau selama
ni.” Hasut sang syaitan lagi. Dah memang tugas syaitan itu untuk menghasut cucu
cicit Nabi Adam. Selagi syaitan tak berjaya, selagi itulah ‘dia’ terus mencuba
sehingga cucu cicit Nabi Adam tersungkur.
Pantas,
tanpa berlengah lagi Batrisya terus membuka beg hitam suaminya itu. Benar juga.
Bukannya Eidham nampak dan tahu dia menyelongkar beg hitam ini. Kan sekarang
ini Eidham berada di Kota Kinabalu untuk menghadiri perbicaraan clientnya di sana.
Satu
persatu isi di dalam beg hitam tersebut dibuka. Tiada apa-apa yang
mencurigakan. Semua kertas berkaitan dengan kerja sahaja. Mungkin benar kata
Eidham, beg ini menempatkan kertas-kertas kerjanya.
Tiba-tiba
tangan Batrisya mencapai sampul surat bersaiz sederhana besar. Dahi Batrisya
berkerut. Sampul surat yang agak tebal itu dibelek-belek.
“Sampul
apa pulak ni?” dia bertanya pada diri sendiri. Dahinya sudah berkerut-kerut.
Perlahan, dia membuka sampul bewarna putih itu. Ketika itu entah kenapa getar
pada jantungnya kian berdegup dengan laju. Rasa seolah-olah di dalam sampul
putih itu terdapat suatu rahsia yang disembunyikan oleh suaminya selama ini
daripada pengetahuannya.
“Bismillah…”
Itulah ucapan yang keluar dari mulut Batrisya ketika menarik keluar isi di
dalam sampul tersebut. Dan ketika isi di dalam sampul tersebut di tarik keluar,
Batrisya rasa dia begitu sukar hendak bernafas. Kalaulah matanya ada spring,
tentu sudah tertonjol keluar dek melihat gambar yang tertera dalam sampul
tersebut.
Satu
persatu gambar-gambar itu diperhatikan. Dia mula rasa tidak sedap hati bila
melihat kepingan-kepingan gambar milik Balkish yang berada di tangannya kini.
Semua gambar ketika Balkish masih bersekolah menengah. Dan bila tangannya
berhenti pada satu gambar, Batrisya rasa sukar hendak bernafas. Gambar Balkish
bersama Eidham sedang tersenyum mesra dan kelihatan begitu bahagia sekali.
Biarpun dalam gambar itu tiada aksi sentuhan, namun sudah cukup mengambarkan
situasi hubungan di antara kedua mereka. Nukilan yang terdapat di belakang
gambar itu juga membuatkan dia berdebar hebat. ‘Forever Us’, begitulah bunyi ayat di belakang gambar tersebut.
Tanpa
sedar, airmata Batrisya merembes keluar dengan laju. Hatinya hancur ketika itu
juga. Dia tidak menyangka selama ini suaminya punya hubungan dengan adik yang
paling disayanginya. Paling dipercayai dan dikasihi di dalam dunia ini. Dalam
rasa sedih dan kecewa, timbul rasa marah dan benci buat Balkish dan Eidham.
Batrisya rasa dikhianati oleh dua orang insan yang terlalu disayangi.
“Sampai
hati abang dengan Kish mainkan perasaan Risya. Risya benci abang dengan Kish!
Risya benci!!!” Teriak Batrisya kuat. Kemudian dia tersedu-sedan. Gambar-gambar
yang terdapat di tangan dibuang hingga berselerak di atas lantai. Hancur
hatinya melihat gambar-gambar tersebut.
Batrisya
menangis. Lutut didekatkan pada dada. Dia menangis semahu-mahunya. Hatinya
hancur luluh dengan gambar-gambar yang baru ditemuinya itu. Dia benar-benar
tidak menyangka adik dan suami sanggup mengkhianati dirinya. Dia rasa
dipermainkan!
“Risya?
Risya?” panggilan dan ketukan ibu pada muka pintu yang tertutup rapat langsung
tidak dihiraukan. Batrisya terus menangis.
“Risya…
kenapa ni sayang? Kenapa Risya terjerit-jerit? Sayang, buka pintu ni. Apa dah
jadi? Cuba cakap dekat ibu.” suara Hajah Badariah kedengaran lagi. Cemas
bunyinya. Dia terkejut mendengar jeritan Batrisya yang bergema mengisi ruangan
rumah. Bergegas dia berlari ingin mendapatkan Batrisya. Namun pintu bilik
anaknya itu berkunci membuatkan dia tidak dapat menerjah masuk ke dalam.
Tiada
jawapan daripada Batrisya. Hanya suara tangisannya sahaja yang kedengaran.
Membuatkan Hajah Badariah semakin cemas.
“Risya…
buka pintu ni sayang. Kenapa ni? Cuba cakap dekat ibu.”
“Kenapa
ni Riah? Apa kena dengan Risya?” Hajah Bedah yang baru muncul menegur. Cermin
mata yang hampir melurut jatuh dari batang hidung ditolak naik.
“Entahlah
mak. Riah sendiri tak tahu apa dah jadi.”
“Dah.
Biar mak yang cuba panggil dia.”
Hajah
Badariah memberi sedikit ruang kepada ibu mentuanya. Hatinya masih dipagut rasa
resah bila tangisan Batrisya semakin kedengaran. Dia yakin pasti ada sesuai
yang berlaku kepada anak kesayangannya itu. Jika tidak, takkan sebegini kuat
Batrisya menangis.
“Risya…
buka pintu ni. Kenapa ni? Cuba bawa bertenang. Cakap dekat ibu dengan tok mak
apa yang dah jadi. Buka pintu ni sayang.” Lembut Hajah Bedah memujuk cucu
kesayangannya itu. Pintu bilik diketuk-ketuk.
Batrisya
yang berada di dalam langsung tidak menjawab. Hanya tangisan yang mampu
diluahkan.
“Macam
mana ni mak? Riah risaulah dengan Risya tu. Dia langsung tak nak buka pintu.
Asyik menangis aje.” Hajah Badariah memuntahkan kerisauan di hati.
Hajah
Bedah menghela nafas.
“Biarkanlah
dia bertenang dulu. Nanti-nanti bila dia dah tenang, dia buka la pintu ni.”
“Tapi
mak… Riah risaulah. Batrisya tu tak pernah berkelakuan seperti ini sebelum ni.
Riah takut Risya buat perkara yang tak elok.”
Hajah
Bedah menggeleng-geleng. Dia kenal Batrisya. Anak itu walaupun kadang-kala
melawan katanya disebabkan terlalu menyayangi Balkish, namun dia yakin cucu
kesayangannya itu tidak akan buat perkara yang kurang bijak. Batrisya diberi
didikan agama yang cukup. Masakan dia tergamak melakukan sesuatu yang ditegah
oleh agama.
“Dahlah
Riah. Mak percaya yang Risya tak akan buat perkara yang tak elok. Biarkan
ajelah dia tu. Bagi dia bertenang dulu. Nanti bila dia dah bertenang baru kita
tanya apa yang dah jadi. Kamu janganlah risau sangat.”
“Tapi…”
“Dahlah.
Meh tolong mak masukkan benang kat jarum. Mak nak menjahit ni.”
Mahu
tak mahu, Hajah Badariah terpaksa akur dengan kata-kata ibu mentuanya itu. Dalam
kerisauan yang masih bersarang, dengan berat hati dia berlalu dari situ.
Membuntuti langkah Hajah Bedah yang sudah menuruni anak tangga untuk turun ke
bawah.
******************************************************************************
BATRISYA
terbaring lemah di atas katil. Tangisannya walaupun telah sudah tidak
kedengaran lagi, namun dia masih tersedu-sedan. Hatinya terluka dek perbuatan
suami dan adiknya sendiri. Dia benar-benar rasa tertipu. Ketukan ibu yang
bertalu-talu memanggilnya di luar bilik juga langsung tidak dihiraukan. Dia
ingin bersendirian buat sementara waktu.
Lagipun dia yakin andai kata dia
membuka pintu, pasti bertubi-tubi soalan yang akan ditanya olah ibu dan tok
mak. Dia belum bersedia mahu bercerita semua ini. Hatinya masih belum tenang
dan dia perlu menenangkan diri sebelum mengambil keputusan mengenai perjalanan
hidupnya bersama Eidham.
Tiba-tiba air mata Batrisya mengalir
lesu. Hatinya pedih umpama dihiris belati tajam mengenangkan kebenaran itu.
Kenapa
aku bodoh sangat? Kenapa aku tak nampak yang selama ini Abang Eid sukakan
Balkish. Pasal tu… Abang Eid tak pernah gembira sejak Balkish berkahwin. Abang
Eid tak pernah tersenyum waktu majlis pernikahan Balkish dan Harriz. Ahhh…
kenapa aku tak perasan semua tu? Kenapa aku boleh jadi buta tak nampak cinta
dalam mata Abang Eid untuk Kish? Kenapa? Bertalu-talu Batrisya menyoal dirinya
sendiri. Kala ini dia merasakan dirinya begitu bodoh kerana tidak nampak semua
itu.
Mungkin…
perkahwinan Kish dengan Harriz pun sebab Kish mahu mengaburi mata aku. Fikir
Batrisya.
“Sampai
hati abang khianati Risya. Sampai hati Kish bohongi akak.” Sekali lagi ucapan
yang sama meniti keluar dari bibir Batrisya. Hati yang terluka membuatkan
membenci Balkish dan Eidham. Dua insan yang terlalu disayanginya.
Air
mata berlinangan membasahi pipi. Sudah basah sarung bantal berwarna biru gelap
itu dek air mata Batrisya yang mengalir sejak dari tadi. Matanya kembali
menyorot pada kepingan-kepingan gambar Balkish yang masih bertaburan di atas
lantai. Pedih sungguh rasa luka di hatinya ketika melihat gambar-gambar itu.
Ketika itu, dia terlihat ada sehelai kertas yang tersembunyi disebalik
kepingan-kepingan gambar Balkish. Dahinya berkerut. Kertas apa tu?
Lambat-lambat
Batrisya bangun dari pembaringan. Menapak perlahan ke arah kepingan-kepingan
gambar adiknya yang bertaburan. Dia yakin kertas yang terlipat kemas disebalik
gambar-gambar Balkish itu adalah sepucuk surat. Pantas dia mencapai surat yang
terlipat kemas. Berbekalkan sedikit kekuatan yang ada, lipatan surat itu dibuka
perlahan-lahan. Surat yang telah terbuka dibaca isi kandungannya.
Dear…
Balkish ku sayang.
Assalammualaikum…
Terlebih
dahulu Abang Eid memohon maaf kepada Balkish dengan kehadiran surat ini. Bukan
maksud Abang Eid hendak melukakan hati Kish. Namun semua ini adalah ketentuan
Ilahi terhadap kita. Abang Eid harap, Kish sudi menerima takdir cinta kita
berdua.
Kish,
Abang Eid tahu cinta Kish terhadap Abang Eid begitu suci. Bukan salah Kish,
tapi semua ini sudah ditentukan dalam hidup kita semua. Abang Eid rasa berdosa
kerana telah mengkhianati janji-janji Abang Eid terhadap Kish. Namun Abang Eid
adalah manusia biasa. Tidak lepas daripada buat kesilapan dan hidup ini.
Kish…
maafkan Abang Eid. Abang Eid terpaksa putuskan hubungan kita. Sudah ALLAH tetapkan
jodoh Abang Eid bersama Batrisya. Sejak berada di sini, hubungan Abang Eid
dengan Batrisya kian intim. Dan tanpa sedar, Abang Eid terlanjur menyintai
Batrisya. Abang Eid terlalu menyayanginya dan ingin membina hidup berumah
tangga bersamanya. Benar kata Kish dulu, Batrisya seorang wanita yang istimewa.
Mungkin disebabkan keistimewaan itulah Abang Eid jatuh cinta padanya. Abang Eid
tidak berdaya hendak melawan perasaan yang hadir buatnya.
Berat
rasa hati Abang Eid mahu melepaskan Kish, namun Abang Eid terpaksa membuat
pilihan demi cinta Abang Eid terhadap Batrisya. Abang Eid sedar tak sepatutnya
Abang Eid buat Kish begini. Bukan mudah untuk Abang Eid mengambil keputusan ini
Kish. Abang Eid tidak mahu melukakan hati Kish yang selama ini Abang Eid kasihi.
Namun, dalam hati Abang Eid kini hanya ada nama Batrisya seorang. Malah, Abang
Eid telah melamar Batrisya dan berjanji akan mengambil dia sebagai isteri Abang
Eid yang sah.
Maafkan
Abang Eid, Kish. Abang Eid tahu kehadiran surat ini bisa menghiris perasaan
Kish. Bukan Abang Eid tidak sayangkan Kish, cuma perasaan cinta itu sudah lama
mati. Dan bila Abang Eid fikirkan, Abang Eid yakin perasaan Abang Eid terhadap
Kish selama ini bukanlah perasaan seorang kekasih kepada kekasihnya. Sebaliknya
perasaan seorang abang kepada adiknya. Abang Eid tahu Abang Eid kejam kerana
membuatkan hati Kish terluka. Tapi percayalah… ada insan lain yang telah
ditakdirkan untuk bersama Kish suatu hari nanti.
Doakan
kebahagian Abang Eid bersama Batrisya. Abang Eid juga sentiasa doakan
kebahagian Balkish. Maafkan Abang Eid sekali lagi.
Salam
Maaf,
Eidham
Linangan
airmata Batrisya mengalir dengan laju ketika membaca isi kandungan surat itu.
Batrisya yakin surat yang berada di tangannya itu adalah surat suaminya kepada
Balkish. Mungkin juga surat itu Eidham tulis sewaktu mereka mula bercinta dulu.
Atau mungkin ketika mereka telah mengambil keputusan untuk mendirikan rumah
tangga. Tapi surat itu tidak jadi dipos kerana Eidham masih berbolak-balik
dengan perasaannya sendiri. Itulah yang bermain dalam fikiran Batrisya.
Matanya
dipejam rapat-rapat. Surat bersaiz kertas kajang A4 itu dibawa dekat ke dada
yang semakin rasa sesak. Tiba-tiba Batrisya dipukul rasa bersalah terhadap
Balkish. Sangkanya Balkish yang telah mengkhianatinya kerana berhubungan dengan
Eidham. Namun dia silap. Sebenarnya dialah yang telah menjadi pengkhianat di
antara cinta Balkish dan Eidham. Dialah orang ketiga yang telah merosakkan
kebahagian mereka berdua. Dia perampas! Perampas kebahagian adik sendiri.
Rasa
ingin sahaja dia menjerit sekuat hati. Ingin melepaskan apa yang terbuku dalam
hatinya ketika ini yang semakin menyesakkan perasaa. Dia dihimpit rasa bersalah
dan berdosa terhadap Balkish. Sesak rasa dadanya menahan perasaan kecewa yang
membendung jiwa kerana begitu tegar merebut cinta adik kandung sendiri. Adik
yang terlalu disayanginya. Dia ingin melihat Balkish bahagia, tapi tidak
disangka dialah punca Balkish semakin derita.
Namun
ditahan jeritan itu daripada bergema memenuhi segenap ruang rumah. Dia tidak mahu
mengejutkan ibu dengan tok mak pada waktu sebegini. Dia tahu ibu dengan tok mak
tengah risaukan keadaannya yang tidak keluar-keluar sejak dari siang tadi.
Bukan dia sengaja mahu membuat hati kedua wanita itu menjadi risau, tapi dia
mahu bersendirian buat seketika.
“Kenapa
Kish tak bagitau kakak selama ni yang Kish bercinta dengan Abang Eid? Kenapa
Kish benarkan kakak jadi perampas kepada kebahagiaan Kish? Kenapa Kish? Kenapa
benarkan akak jadi perampas?!” bertalu-talu Batrisya menyoal dengan suara yang
sudah tersedu-sedan. Soalan yang hanya Balkish seorang sahaja dapat memberi
jawapan kepadanya.
Tangisan
yang ditahan menyebabkan dada Batrisya kian sesak. Lantas dia rebah di atas
lantai dengan mata yang terpejam rapat. Seluruh tubuhnya terasa lemah dan dia
sudah tidak sedar apa-apa lagi.
******************************************************************************
SUDAH
banyak kali Eidham menelefon. Namun tiada satu panggilan pun yang dijawab. Ini
membuatkan dia semakin dipagut rasa resah. Kenapa Batrisya tidak menjawab
panggilannya? Dan kali ini bila dia mencuba lagi, telefon telah pun dimatikan.
Eidham
mengeluh. Tubuhnya yang sasa tidak berbaju itu dihempaskan di atas katil. Bilik
hotel yang dingin langsung tidak mendinginkan hatinya yang kian gelisah.
Macam-macam yang berada di dalam fikirannya ketika ini. Kebisuan Batrisya dan
beg hitam yang tertinggal di rumah. Entah-entah Batrisya bisu sebab dah tahu
isi kandungan yang berada di dalam beg tersebut.
Ah…
ini tak boleh jadi! Kenapa hati aku rasa macam ada sesuatu yang berlaku di
rumah? Betulkah apa yang aku fikirkan? Pantas Eidham bangun dari pembaringan.
Telefon bimbit didail sekali lagi. Kali ini dia nekad hendak menghubungi ibu
mentuanya untuk bertanyakan perihal Batrisya.
Beberapa
kali dia cuba mendail, namun telefon bimbit ibu mentuanya juga tidak berjawab.
Ini membuatkan Eidham semakin gelisah. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk
menelefon rumah.
Hanya
tiga kali deringan, panggilan dijawab.
“Hello. Assalammualaikum. Kak Gaya ke?”
“Walaikumsalam.
Iye… Kak Gaya ni.” Sahut Kak Gaya dengan nada yang agak cemas.
“Kak
Gaya, ini Eid. Emmm… Risya ada tak? Eid call banyak kali kat handphone dia,
tapi tak berjawab. Boleh Kak Gaya tolong panggilkan Risya? Eid nak cakap dengan
dia.”
“Encik
Eid… errr… Puan… Puan Risya takde.” Tergagap-gagap Kak Gaya menjawab.
“Risya
takde?” sempat Eidham mengerling jam di tangan. Sudah pukul sepuluh dua puluh
minit malam. Ke mana pula perginya isterinya itu waktu-waktu seperti ini?
“Risya
ke mana Kak Gaya?”
“Errr… errr… se… sebenarnya Puan Risya
kena tahan dekat hospital Encik Eid.”
“What? Risya kena tahan masuk hospital?
Kenapa dengan Risya Kak Gaya? Dia sakit ke?” Eidham sudah mula cemas.
Terperanjat sungguh dia bila mengetahui isterinya berada di hospital.
“Emmm…
susahlah nak cakap Encik Eid. Nanti Encik Eid pulang Encik Eid tanyalah sendiri
dekat Puan Hajah. Kak Gaya tak tahu macam mana nak cakap. Kak Gaya ni cuma
pembantu rumah kat sini. Tak elok Kak Gaya yang cakap lebih-lebih.” Tutur Kak
Gaya. Iya la, dia hanya pembantu rumah dekat situ. Jadi lebih baik Hajah
Badariah atau Hajah Bedah saja yang bercakap dengan Eidham. Siapalah dia hendak
menceritakan apa yang telah terjadi kepada Batrisya. Nanti dia dikata
melebih-lebih pulak.
Hati
Eidham kian dirundung kerisauan yang tidak bertepi. Kata-kata Kak Gaya
seolah-olah mengatakan ada perkara buruk telah berlaku hingga membuatkan
Batrisya di tahan di hospital.
“Kalau
macam tu tak mengapalah Kak Gaya. Nanti Eid call
ibu.” Ujar Eidham yang sudah dilanda kerisauan. Risau andai ada perkara
buruk yang menimpa isterinya itu.
“Baguslah
kalau macam tu Encik Eid. Encik Eid telefonlah puan hajah sendiri bertanyakan
keadaan Puan Batrisya.”
“Iye
la Kak Gaya.”
“Oh
ya… bila Encik Eid balik ke sini?” Sempat Kak Gaya bertanya.
“Esok
pagi saya masih ada perbicaraan yang perlu saya selesaikan. Insya-ALLAH kalau
tak ada apa-apa halangan, petang baru saya berangkat balik.”
“Iye
la kalau macam tu.”
“Takpelah Kak Gaya. Saya nak cuba call ibu kejap. Nak tanya pasal Risya.
Assalammualaikum.”
“WAalaikumUsalam.”
Sebaik
saja perbualan dengan Kak Gaya dimatikan, Eidham pantas mendail pula nombor
telefon bimbit ibu mentuanya. Namun seperti tadi, panggilannya langsung tidak
dijawab.
Eidham
mendecit. Dia tidak tahu kenapa ibu enggan menjawab panggilannya. Mungkin ibu
tidak dengar atau mungkin juga ibu sengaja tidak mahu menjawab panggilan?
Eidham buntu. Dia tidak tahu dengan siapa lagi dia perlu bertanyakan perihal
Batrisya. Hatinya kian risau bila mengenangkan isterinya itu terlantar di
hospital. Apa sudah jadi pada Batrisya? Jika bukan kerana dia masih ada
perbicaraan untuk pagi esok, mahu saja dia berangkat pulang malam ini juga.
Keadaan Batrisya benar-benar membuatkan dia jadi tidak menentu.
Ya
ALLAH… lindungilah isteriku.
******************************************************************************
HAJAH
BADARIAH hanya memerhatikan saja
panggilan yang dibuat oleh menantunya itu. Tiada hati dia hendak menjawab
panggilan daripada Eidham. Hatinya sakit dan hancur. Disebabkan Eidham,
Batrisya pengsan tidak sedarkan diri. Sangkanya bila Balkish sudah berkahwin,
Eidham akan berputus asa untuk meraih kembali cinta Balkish. Nyata dia silap.
Semakin hari Eidham bagaikan orang gila talak.
Terus memikirkan Balkish dan meminggirkan Batrisya dari hidupnya.
Dia
tahu Batrisya pasti tertekan melihat gambar-gambar Balkish yang berada dalam
simpanan Eidham. Sebab itulah anaknya itu tidak sedarkan diri. Mujurlah Umar
ada. Dengan bantuan Umarlah pintu bilik Batrisya dapat dibuka. Terpaksa
dipecahkan kerana dia sudah terlalu risaukan anaknya itu. Dan bila pintu sudah
dapat dibuka, alangkah terkejutnya dia melihat tubuh Batrisya yang longlai di
atas lantai bersama sekeping surat dan kepingan-kepingan gambar milik Balkish
yang bertaburan di atas lantai. Ketika itu tahulah dia bahawa Batrisya sudah
mengetahui keadaan yang sebenar.
Hajah
Badariah meraup wajahnya. Menunggu doktor yang merawat Batrisya keluar dari
bilik rawatan. Dan bila pintu terbuka, cepat-cepat dia mendapatkan doktor
perempuan yang merawat anaknya itu.
“Macam
mana keadaan anak saya doktor?” tanyanya inginkan kepastian. Risau sungguh dia
melihat keadaan Batrisya yang lemah tidak bermaya ketika di bawa ke hospital
tadi. Hatinya tersentuh melihat keadaan satu-satu anak yang dia miliki itu.
Hajah
Bedah turut bangun dari duduknya sambil menghampiri doktor muda berkaca mata
itu.
“Puan
jangan risau. Saya dah beri suntikan pada anak puan. Anak puan tak ada apa-apa,
cuma dia berada dalam keadaan yang tertekan sehingga membuatkan badannya jadi
lemah dan jatuh pengsan.” Terang doktor wanita bernama Doktor Amira itu. Manis
sungguh orangnya.
“Boleh
saya jumpa anak saya doktor?”
“Boleh.
Tapi tolong jangan kejutkan dia. Biar dia tidur dan berehat.”
Hajah
Badariah mengangguk-angguk. Setelah doktor berlalu, dengan pantas dia meluru
masuk ke dalam bilik yang menempatkan Batrisya. Sayu hatinya melihat keadaan
Batrisya yang terbaring lemah di atas katil hospital.
Punggung
dilabuhkan atas kerusi berdekatan dengan katil. Jemari Batrisya disentuh dan
dielus penuh kasih. Sayu benar hatinya melihat keadaan Batrisya. Tumpah air
matanya melihat anak kesayangannya yang kelihatan pucat tidak bermaya.
“Ini
semua perempuan tak guna tu punya pasal. Sebab dia Risya jadi macam ni sampai
masuk hospital. Dasar anak perempuan perampas! Tak sudah-sudah nak menyusahkan
keluarga aku.” Rungutan tok mak mulai kedengaran mengisi ruang bilik yang
sunyi-sepi. Sedari tadi tok mak tidak putus-putus menyalahkan Balkish dengan
apa yang terjadi ke atas Batrisya. Bagi tok mak, Balkish adalah punca
segala-galanya permasalahan selama ini.
“Kalau
bukan sebab dia, tentu Risya tak akan jadi macam ni. Perempuan tu memang
pembawa sial untuk keluarga kita. Sampai bila-bila pun aku tak akan mengaku dia
tu keturunan aku!” Rungutnya lagi melepaskan amarah terhadap Balkish.
Tok
mak memang begitu. Apa saja yang berlaku ke atas keluarganya, pasti dia akan
menyalahkan Balkish. Seolah-olah Balkish itu adalah pembawa malang dalam
keluarga mereka.
“Mak…
sudahlah tu. Tak guna kita asyik salahkan Kish. Kish tak tahu apa-apa pun.”
Akhirnya Hajah Badariah bersuara. Letih dia asyik mendengar bebelan ibu
mentuanya yang tidak henti-henti hendak menyalahkan Balkish. Dia tengah
risaukan Batrisya, ibu mentuanya pula asyik membebel marahkan Balkish.
Mencerlung
mata Hajah Bedah memandang menantunya. Inilah kali pertama dia mendengar
menantunya itu berkata sebegitu. Nampak seolah-olah menyebelahi Balkish pula.
“Sejak
bila Riah pandai sebelahkan perempuan tu? Riah… sedar sikit. Pasal perempuan tu
keluarga kita jadi macam ni. Pasal dia Risya terlantar kat hospital ni. Dia
dengan mak dia sama aje. Dua-dua menyusahkan. Dua-dua dasar perempuan
perampas!” bentak Hajah Bedah dengan raut muka yang menyinga. Pantang benar dia
jika ada sesiapa yang menyebelahi Balkish. Disebabkan itulah sampai ke hari ini
hubungannya dingin dengan Haji Dollah, abang longnya. Dia tak suka bila Haji
Dollah menegurnya berkaitan dengan Balkish. Konon tak elok dia buang Balkish
dalam keluarga sendiri sedangkan Balkish itu merupakan cucu kandungnya.
Huh!
Sampai mati pun aku tak akan mengaku perempuan tu cucu aku.
“Dahlah
tu mak. Riah tak nak dengar lagi semua tu. Yang penting sekarang kesihatan
Risya. Tak guna kita nak ungkit perkara dah lepas.” Balas Hajah Badariah. Masih
cuba berlembut dengan ibu mentuanya itu. Air matanya berlinangan ke pipi.
Hajah
Bedah mendengus. Sakit hatinya bila Hajah Badariah menyebelahi Balkish.
“Memang
dah berlalu Badariah. Tapi sampai bila-bila pun mak akan ingat apa yang terjadi
ke atas keluarga kita. Mungkin Riah dah lupa apa yang kawan baik Riah tu dah
buat pada rumah tangga Riah. Dia rampas Borhan dari Riah dan Risya. Dia
musnahkan rumah tangga Riah dengan Borhan. Riah pulak senang-senang nak lupakan
semua tu. Riah… sedar sikit! Sebab perempuan tu Borhan mati. Borhan tinggalkan
kita semua.” Lantang suara tok mak. Air mata mula bergenang di kolam matanya.
Borhan satu-satu anak yang dia ada. Namun anak itu dirampas oleh perempuan yang
paling dibencinya. Tidak mungkin semudah itu dia menerima darah daging
perempuan yang telah memusnahkan kebahagiannya.
“Mak
tolonglah! Riah tak nak dengar lagi semua tu!” Tegas Hajah Badariah bersuara.
Suaranya sudah melengking tinggi. Sama lantang dengan suara Hajah Bedah tadi.
Tindakan
Hajah Badariah ini menyebabkan seorang jururawat masuk ke dalam bilik dan
memberi isyarat supaya mereka berdiam.
Hajah
Bedah mengeling geram anak menantunya. Terkilan sungguh dia bila Hajah Badariah
meninggikan suara kepadanya. Kecil hatinya bila anak menantu yang disayanginya
bersuara seperti itu.
“Dahlah
mak nak balik. Takut nanti kalau mak ada dekat sini menyusahkan Riah dengan
Risya pulak.” Ujar Hajah Bedah. Dia
kemudian keluar dari bilik itu dengan perasaan yang terkilan.
Hajah
Badariah memejamkan mata. Dia sedar tidak patut dia bersuara begitu kepada ibu
mentuanya yang selama ini telah banyak menyokongnya itu. Bukan niatnya mahu
meninggikan suara kepada ibu mentuanya. Tapi dia tertekan dengan sikap ibu
mentuanya yang tidak sudah-sudah mahu mengungkit kisah lama. Kalau boleh, dia
mahu lupakan kisah lama tersebut. Lagipun, tidak guna hendak menyalahkan
Balkish atas apa yang terjadi kepada Batrisya. Balkish tidak tahu menahu
tentang semua ini. Jika difikirkan semula, Balkish telah pun mengikut segala
kehendaknya dengan berkahwin demi melihat kebahagian Batrisya. Cuma Eidham yang
masih tidak dapat menerima hakikat tersebut. Eidhamlah yang patut dipersalahkan
dengan apa yang telah terjadi.
Hajah
Badariah memicit kepalanya. Dia tidak tahu apa kekurangan Batrisya sehingga
membuatkan Eidham melayan anaknya sedemikian rupa.
Ya
ALLAH… andai aku yang bersalah atas dosa-dosaku yang lalu, janganlah Engkau
hukum anakku atas kesilapan yang aku lakukan. Berikanlah kebahagian buat
dirinya Ya ALLAH. Berilah cinta dalam rumah tangganya. Rintih Hajah Badariah
dalam hati.
Bila lagu cinta
bergema
~36~
SEBAIK sahaja
meletakkan kereta di tempat letak kenderaan yang tersedia khas di banglo
keluarga Tan Sri Hamdan, Balkish melangkah turun. Langkahnya diatur dengan
longlai. Hari ini dia terpaksa balik awal sedikit daripada hari-hari biasa.
Malam ini kakak iparnya, Hanis akan mengadakan majlis sambutan hari lahir Adam
yang ke lima tahun. Disebabkan itulah dia kena balik awal untuk bersiap ke
majlis tersebut. Ikut rasa badan yang tidak berapa elok ini, malas rasanya
Balkish hendak pergi ke majlis itu. Maklumlah… majlis orang-orang kaya, tentu
ramai tetamu yang hadir dan banyak acara yang diadakan. Memandangkan Hanis
telah menelefonnya dan beria-ia mahu dia hadir, kenalah juga dia kuatkan
semangat untuk datang ke majlis malam ini.
Balkish
memicit kepalanya. Sejak dari tadi dia rasa tak sedap badan. Rasa pening dan
sakit kepala. Badannya juga agak panas. Namun dia kena kuatkan semangat melawan
rasa tidak sedap badan yang dialaminya.
“Baru
balik puan?” tegur Abang Mahat, pemandu keluarga Tan Sri Hamdan. Rajin
nampaknya Abang Mahat membersihkan kereta Mercedes hitam yang sering digunakan
untuk menghantar bapa mentuanya itu.
Balkish
menarik senyuman segaris dan mengangguk. Dia tiada tenaga hendak membalas kata
Abang Mahat. Cukuplah hanya dengan segaris senyuman dan anggukan di kepala.
Ketika
kaki melangkah masuk ke dalam banglo mewah tiga tingkat itu, kelihatan di ruang
tamu kelibat Puan Sri Hanum yang sudah bersiap cantik. Bukan main bergaya lagi
ibu mentuanya itu dengan baju kurung moden dipenuhi labuci liplap-liplap.
Mengalahkan orang kahwin nak naik pelamin pula rupanya. Hmmm… biasalah kalau
dah bergelar puan sri, datin sri dan datin-datin ni. Pakaian mesti kena vouge
sesuai dengan status.
Bila
Balkish lihat Puan Sri Hanum, memang dia akui ibu mentuanya itu seorang wanita
yang cantik. Pakai simple pun tetap kelihatan anggun. Jadi tidak hairanlah
kalau anak-anaknya juga mewarisi kecantikan yang dimilikinya. Asyik memerhati
ibu mentuanya yang kelihatan cantik itu, tidak disangka-sangka Puan Sri Hanum
mengalihkan pandangan ke arahnya. Menyebabkan pandangan mereka bersatu.
Balkish
mengukir senyuman sebagai tanda hormat kepada Puan Sri Hanum sebagai ibu
mentua. Namun sayang, senyuman yang dia berikan langsung tidak dibalas.
Sebaliknya sebuah jelingan tajam dihadiahkan Puan Sri Hanum kepadanya sebelum
ibu mentuanya itu menjerit memanggil nama Hanni.
“Hanni!
Buat apa lagi kat atas tu lama-lama? Tahu tak sekarang ni dah pukul berapa?
Takkan nak datang sana sekadar nak jadi tetamu khas aje. Sedarlah sikit diri
tu. Datang rumah orang buat la cara datang untuk menolong. Bukan untuk jadi
tetamu kehormat.” Jeritan Puan Sri Hanum lebih kepada menyindir Balkish yang
baru sampai itu. Geram benar dia setiap kali bertembung muka dengan Balkish.
Dengar
saja sindiran pedas ibu mentuanya itu, Balkish pantas menundukkan wajah.
Langkahnya diatur kemas untuk naik ke atas. Dia perlu cepat bersiap. Tidak mahu
dituduh berlagak sebagai tetamu kehormat pula. Ketika kaki mendaki anak-anak
tangga, dia terserempak dengan Hanni yang terkocoh-kocoh menuruni anak-anak
tangga. Cantik sungguh Hanni mengenakan dress labuh warna biru cerah itu.
Terserlah keremajaan wajahnya.
“Kak
Kish? Baru sampai ke? Abang Riz ada kat bilik tu. Tengah tunggu Kak Kish.”
Tegur Hanni ramah.
Balkish
mengangguk. Memang dia tahu Harriz sudah berada di rumah. Tadi suaminya itu ada
menelefonnya memberitahu bahawa dia akan menunggu Balkish untuk bergerak sama
ke rumah Hanis.
“Eh…
kenapa dengan Kak Kish? Muka nampak pucat je. Kak Kish demam ye?” laju Hanni
meletakkan belakang tangan ke atas dahi Balkish.
“Panasnya.
Kak Kish demam ni.” Sambung Hanni lagi.
Laju
Balkish menggeleng. Menidakkan kenyataan Hanni.
“Eh…
takdelah. Akak tak demamlah, Hanni.
Akak okey.”
“Mana
ada okey. Muka Kak Kish tu nampak
sangat pucatnya.” Bidas Hanni bersungguh-sungguh. Dah sakit tu mengaku ajelah
sakit. Lagi mahu bohong aku. Kak Kish. Kak Kish. Omel Hanni dalam hati.
“Apa
lagi yang Hanni tercegat dekat situ tu? Tahu tak mama dah tunggu lama kat bawah
ni. Hanni nak datang sebagai tetamu aje ke? Kalau iye pun, tolonglah
sikit-sikit apa yang patut kat sana nanti. Takkan nak biarkan Moon dengan Siti
aje sediakan semuanya.” Suara Puan Sri Hanum yang muncul dengan tiba-tiba itu
mengejutkan Hanni dan Balkish.
Hanni
ketap bibir. Hisy… mama ni! Kelam-kabut sangat. Macamlah majlis tu nak mula
sekarang ni jugak. Dalam aturcara majlis yang dibuat, majlis akan bermula
selepas waktu Isyak. Ni baru pukul empat tepat. Awal lagilah. Kata-kata itu
hanya bergema dalam hati.
“Iye
la ma. Hanni datanglah ni.” Ujar Hanni malas-malas. “Kak Kish kalau rasa tak
sihat tu janganlah pergi. Nanti Hanni bagitau dekat Kak Nis. Kak Nis sure faham punya. Kak Kish rehatlah ye.”
Balkish
sekadar mengangguk lemah. Bila Hanni dan ibu mentuanya sudah berlalu, dia pun
menyusun langkah untuk naik ke atas biliknya semula. Sakit di kepala kian
berdenyut-denyut. Perlahan-lahan tombol pintu yang tertutup kemas ditolak.
Ketika itu hidungnya menyapa bau harum semerbak minyak wangi Hugo Boss yang
menjadi haruman kesukakan Harriz. Nampaknya suaminya itu sudah bersiap sedia
untuk ke majlis hari lahir Adam. Lelaki itu kelihatan bergaya dengan kemeja
biru laut kasual mengikut sedikit potongan badan dan berseluar jeans hitam.
“Sayang
dah sampai? Kita gerak sama ye?”
tegur Harriz kala terpandangkan wajah Balkish yang baru muncul di dalam bilik.
Namun wajah cerianya tiba-tiba bertukar risau kala terpandang wajah pucat
isterinya itu.
“Kenapa
dengan sayang ni? Pucat aje abang tengok. Sayang tak sihat ke?” tanya Harriz
yang sudah mulai risau.
Laju
Balkish menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Takdelah. Saya okey cuma pening sikit aje.”
Bohongnya. Dia tidak mahulah kerana keadaannya yang kurang sihat itu membuatkan
Harriz membatalkan niat untuk ke rumah kakaknya malam ini. Lagipun Balkish
tidak mahu nanti ibu mentuanya menuduh dia sengaja buat-buat sakit untuk
mengelak hadir ke majlis hari lahir Adam.
“Kalau
macam tu kita tak perlu pergilah.” Putus Harriz.
“Eh…
takpe. Janganlah macam tu. Kan kita
dah janji dengan Kak Nis akan datang meraihkan hari lahir Adam. Saya okey. Awak
tunggu kejap ye. Saya pergi mandi kejap.” Pantas Balkish melangkah menuju ke almari.
Menarik keluar tualanya yang berwarna pink itu. Sakit di kepala hanya ALLAH
sahaja yang tahu. Rasa sudah tidak dapat ditahan lagi.
Ketika
dia hendak melangkah untuk ke bilik air, pandangannya dirasakan semakin kabur
dan dia rebah di atas lantai.
“Balkish.”
Terkejut Harriz dengan situasi yang tidak diduga itu. Laju dia mendapatkan
Balkish yang sudah terbaring lemah di atas lantai.
“Sayang…”
Harriz mengoncang tubuh Balkish yang lemah. Belakang tangan dilekapkan atas
dahi isteri kesayangannya itu. Panas! Nampaknya Balkish diserang demam panas
sehingga membuatkan dia menjadi lemah dan pengsan. Tanpa berlengah Harriz terus
sahaja mendukung tubuh Balkish dan meletakkan isterinya itu di atas katil.
******************************************************************************
BALKISH membuka matanya perlahan-lahan. Dia sedang terbaring di atas katil dalam biliknya bersama Harriz. Kemudian matanya menyorot ke arah kelibat seseorang yang sedang menunaikan solat di sebelah kanan ruangan bilik. Tidak jauh dari katil tempat dia berbaring. Dia kenal benar kelibat manusia tersebut. Itu merupakan kelibat Harriz. Dalam kesakitan, Balkish memanjat kesyukuran melihat perilaku Harriz itu.
“Sayang
dah sedar?” tegur Harriz usai dia menunaikan solat Asar. Dia merapati Balkish
yang masih lagi terbaring lemah di atas katil.
Balkish
sekadar mengangguk. Kepalanya masih lagi sakit dan badannya masih lemah tidak
bertenaga. Menyukarkan untuk dia bergerak untuk bangun.
“Saya
haus.” Ujarnya perlahan. Minta pertolongan Harriz untuk mengambil air minum
yang terletak di atas meja sisi katil.
“Kejap
abang ambilkan air.” Balas Harriz kemudian berlalu mendapatkan air yang sudah
disediakan di atas meja sisi katil sebelah kiri.
“Ini
airnya.” Harriz membantu Balkish untuk bangun dan menyuakan air suam ke mulut
Balkish. Nampaknya badan isterinya itu masih terasa panas. Tadi ketika Balkish
tidak sedarkan diri, dia telah menghubungi Dr. Hassim untuk datang ke rumah.
Menurut Dr. Hassim yang merupakan doktor keluarganya itu, Balkish diserang demam
panas.
“Tadi
Dr. Hassim datang periksa sayang. Dia kata sayang terkena demam panas. Dia ada
berikan ubat untuk turunkan panas badan sayang. Tapi sebelum makan ubat ni
sayang kena makan nasi terlebih dahulu.” Sambil membantu isterinya berbaring
semula, Harriz bersuara.
Balkish
hanya mendiamkan diri. Dia belum punya tenaga untuk membalas kata. Hanya
mendengar dengan tenaga yang begitu lemah.
“Sayang
tunggu dekat sini kejap ye. Abang
pergi ambilkan nasi untuk sayang. Kejap tau. Sayang jangan pulak bergerak-gerak.” Sambung Harriz lagi seraya memberi pesanan
khas buat isterinya itu. Dia bangun dan melangkah keluar dari bilik.
Setelah
Harriz berlalu, Balkish mengagahi diri untuk bangun. Dia belum menunaikan solat
Asar lagi. Dia perlu menunaikan solat sebelum waktu Asar berlalu. Dengan
sepenuh kekuatan yang ada, dia bangun dan melangkah untuk menuju ke bilik air.
Sewaktu
berdiri di hadapan cermin, mata Balkish tiba-tiba membulat. Dia memerhatikan
baju yang tersarung pada tubuhnya. Seingatnya, tadi dia mengenakan kemeja warna
putih bersama slack hitam. Kenapa tiba-tiba dia boleh berpakaian pajama pula?
Siapa yang telah bermurah hati menukar pakaiannya? Takkanlah Kak Moon kerana
Kak Moon awal-awal lagi telah dipinjam oleh Kak Nis untuk membantunya
menyediakan persiapan majlis hari lahir Adam untuk malam ini. Hanni? Mustahil
sebab adik iparnya itu sudah pun keluar bersama mama tadi.
Tiba-tiba
air muka Balkish merona merah. Di dalam rumah ini hanya Harriz seorang saja
yang tinggal. Takkanlah Harriz yang telah membantu menukar pakaiannya itu? Oh…
tidak! Kepala Balkish rasa semakin sakit dan pandangannya agak kabur dengan
tiba-tiba. Dia yang masih lemah itu rasa hendak pitam dan jatuh ke atas lantai.
Mujurlah ada seseorang yang telah menyambut tubuhnya daripada terus rebah di
atas lantai untuk sekali lagi.
“Sayang.
Kan abang dah pesan jangan bergerak.” Ucap Harriz yang sudah mencempung dan mengangkat
tubuh Balkish untuk dibawa ke atas katil. Risau benar dia dengan keadaan
Balkish ketika ini.
“Kalau
apa-apa terjadi pada sayang tadi macam mana? Sayang tu masih lemah. Doktor
pesan supaya sayang berehat.”
“Saya
nak bersolat.” Ujar Balkish lemah.
“Sayang
tak sihat tu. Berehatlah dulu. Nanti dah sihat dan ada tenaga sikit, barulah
sayang solat ye.” Pujuk Harriz penuh kasih.
Balkish
hanya mampu mengeluh lemah. Dia berbaring di atas katil. Fikirannya masih lagi
memikirkan baju pajama yang tersarung pada tubuh. Hendak bertanya pada Harriz,
dia malu andai kata suaminya itu mengaku bahawa dialah yang telah menukar baju
Balkish. Tidak sanggup rasanya dia hendak mengetahui perkara yang sebenar. Malu
sungguh dia. Tentu Harriz telah melihat apa yang terdapat pada segenap inci
tubuhnya. Memikirkan itu, serta-merta wajah Balkish merona merah.
“Sayang,
kenapa muka tu merah sangat? Panas sangat ke badan sayang tu?” Harriz yang
tidak mengetahui apa yang bermain dalam fikiran Balkish hanya meneka.
Laju
pula Balkish anggukkan kepala. Tidak mahu Harriz tahu bahawa wajahnya merah
kerana memikirkan hal lain. Bukan disebabkan panas yang dia rasai.
“Meh
abang suapkan sayang. Lepas tu makan ubat. Nanti turunlah panas badan tu.”
Harriz membawa dulang yang berisi bubur bersama telur goreng dadar ke arah
Balkish.
Lemah
mata Balkish menyorot menu yang dihidangkan suaminya itu. Lama matanya
memerhati telur goreng dadar yang sudah berwarna kehitaman. Ini telur dadar ke
telur hangus? Fikir Balkish.
“Errr… maaflah sayang. Abang sebenarnya
tak reti nak masak. Goreng telur pun tak pernah. Inilah first time abang goreng
telur. Pasal tu muka telur yang abang goreng ni special sikit.” Jujur Harriz
mengakuinya. Bibirnya sudah tersungging senyuman nakal. Malu pula dia bila mata
isterinya itu tidak lepas-lepas memerhati rupa telur dadarnya yang hitam legam
itu.
Balkish
hanya mampu menarik senyuman nipis. Hendak tergelak, namun dia tiada tenaga
hendak ketawa waktu itu. Hatinya disapa rasa terharu melihat ketulusan Harriz
melayannya. Ada getaran hebat pada jantungnya ketika ini melihat layanan
Harriz.
“Tapi
sayang jangan risau. Rupa telur ni memang teruk, tapi rasa telur ni memang
sedap. Meh abang suapkan sayang ye.” Harriz menyudu bubur. Disua ke mulut
Balkish.
Melihat
kesungguhan Harriz yang mahu menyuapnya itu, Balkish membuka mulut. Menelan
bubur nasi yang dimasak oleh suaminya.
“That my girl.” Ucap Harriz bila Balkish
menelan bubur yang dimasak. Tangannya menarik secubit telur dadar. Kemudian
disuakan semula kepada Balkish. Kali ini dia dapat melihat wanita itu
teragak-agak mahu membuka mulut.
“Makanlah.
Telur ni sedap tau.” Ujar Harriz meyakinkan Balkish akan kesedapan telur dadar
yang digorengnya.
Demi
menjaga hati Harriz yang telah menjaganya, Balkish buka juga mulutnya. Bila
telur dadar hitam legam itu masuk ke dalam mulut, dia rasa hendak termuntah.
Pahitnya! Cepat-cepat dia mencapai air kosong lalu diteguk.
“Errr… teruk sangat ke telur dadar yang
abang goreng?” soal Harriz mula rasa bersalah bila melihat Balkish menghabiskan
secawan air. Dia kemudian mencubit sedikit telur dadar hitam legam dan disuap
ke mulutnya sendiri.
“Uwek! Pahitnya!” komen Harriz pada hasil
masakan sendiri.
Balkish
yang melihat tingkah suaminya itu sudah tertawa kecil. Kelakar sungguh dia
melihat air muka Harriz yang berubah kelat sebaik sahaja telur goreng dadar
hitam legamnya itu masuk ke dalam mulut. Tentu Harriz juga sepertinya. Merasa
telur yang tawar dan pahit hangus itu.
“Eiii… tak sedap sungguh. Sorry ye sayang. Abang tak reti nak memasak. Sayang makan bubur aje ye. Asal dapat isi perut tu untuk makan
ubat.”
Balkish
hanya mengangguk. Menurut segala kehendak suaminya. Lega sedikit hati Harriz
melihat Balkish yang sudah mulai ketawa dan mahu menghabiskan bubur nasi kosong
tanpa lauk.
Usai
makan dan makan ubat yang diberikan oleh Dr. Hassim, Balkish kembali menyambung
tidurnya. Kepalanya masih terasa berat dia badannya masih lemah. Dia perlu berehat
untuk seketika.
******************************************************************************
MATA dibuka sebaik sahaja dia mendengar suara-suara kecoh di dalam bilik itu. Ketika itu, dia dapat melihat dengan jelas kelibat Batrisya yang sedang bercakap dengan Harriz sambil menyerahkan sampul surat putih kepada suaminya itu. Harriz menyambut lantas membuka isi sampul surat tersebut. Dapat dilihat perubahan air muka suaminya itu sebaik sahaja isi yang terdapat dalam sampul surat tersebut dilihat.
MATA dibuka sebaik sahaja dia mendengar suara-suara kecoh di dalam bilik itu. Ketika itu, dia dapat melihat dengan jelas kelibat Batrisya yang sedang bercakap dengan Harriz sambil menyerahkan sampul surat putih kepada suaminya itu. Harriz menyambut lantas membuka isi sampul surat tersebut. Dapat dilihat perubahan air muka suaminya itu sebaik sahaja isi yang terdapat dalam sampul surat tersebut dilihat.
“Jadi
sekarang awak dah percaya? Saya tak bercakap bohong. Memang inilah hakikatnya.”
Suara Batrisya kedengaran lagi. Agak tegas nada suara kakaknya itu menyapa
halwa telinga.
Harriz
menggeleng-geleng. Cuba untuk tidak mempercayai bukti yang tertera depan mata.
Namun dia itulah hakikatnya. Memang gambar-gambar yang dipegangnya itu adalah
gambar-gambar milik Balkish bersama Eidham, suami Batrisya. Padanlah selama ini
Eidham begitu dingin terhadapnya. Rupanya lelaki itu ada hubungan dengan isteri
yang amat dikasihinya itu. Jadi tidak hairanlah kenapa Balkish juga tidak
pernah mahu melayannya seperti isteri-isteri orang lain. Rupanya dalam hati
isterinya itu tertulis nama Eidham.
“Awak?
Kak Risya?” panggil Balkish yang sudah ada sedikit tenaga setelah menelan ubat
yang diberikan Dr. Hassim kepadanya tadi.
Serentak
itu Harriz dan Batrisya menoleh.
Balkish
pandang wajah keduanya silih berganti. Nampaknya wajah keduanya kelihatan
begitu tegang sekali.
“Kenapa
ni?” tanyanya lemah.
Batrisya
tidak menjawab. Sebaliknya dia berpeluk tubuh dan melemparkan pandangan ke arah
lain. Kelat saja wajahnya.
Harriz
pula merapati Balkish yang berwajah binggung.
“Awak?
Kenapa ni?” pertanyaannya beralih kepada Harriz yang memandangnya dengan
pandangan yang tidak pernah dia lihat selama ini. Pandangan yang penuh dengan
api kebencian.
“Sepatutnya
aku yang tanya kau, apa semua ni?” sejurus berkata sebegitu, Harriz melemparkan
beberapa keping gambar ke arah Balkish. Benar-benar mendarat di atas ribanya.
Balkish
terpana. Satu-persatu gambar-gambar itu diambil dengan hati yang bergetar
hebat. Gambar-gambar miliknya ketika berada di sekolah menengah bersama Eidham.
“Akak
benar-benar tak sangka Kish sanggup buat akak macam ni. Mengkhianati
kepercayaan yang akak berikan dekat Kish. Selama ni akak ingatkan Kish adik
paling baik buat akak. Tak sangka Kish ni pengkhianat!” melulu Batrisya
melemparkan hukuman kepada Balkish.
Terkedu
Balkish mendengar kata-kata Batrisya itu. Selama ini Batrisya tidak pernah
melemparkan kata-kata sebegitu kepadanya. Tanpa dapat ditahan, air mata Balkish
mengalir membasahi pipi.
“Padanlah
kau nak kahwin dengan aku. Rupanya ada sesuatu yang kau sembunyikan. Kau ni
memang dasar perempuan hina. Perempuan yang pentingkan diri sendiri.” Harriz
pula menambah. Menyimbah cuka ke luka Balkish yang kian berdarah. Menambahkan
lagi kepedihan yang dirasai oleh wanita itu.
“Keluar
kau dari rumah aku! Aku benci nak tengok muka kau!” jerkah Harriz kasar. Tanpa
simpati dia menarik pergelangan tangan Balkish. Mengheret isterinya itu untuk
keluar dari situ.
Balkish
meronta-ronta. Minta dikasihani oleh suaminya. Merayu-rayu kepada Batrisya yang
hanya melihat dia diperlakukan seperti kucing kurap.
“Sayang.
Sayang. Bangun sayang.” Harriz mengoyang-goyang tubuh Balkish. Peluh dingin
kian membasahi dahi isterinya itu. Nampaknya Balkish tengah mengigau disebabkan
panas badan yang dirasainya. Terkejut benar dia melihat Balkish yang
meronta-ronta sambil merayu-rayu kepadanya sebentar tadi.
Balkish
tersedar. Di matanya kini terlihat image
Harriz yang berwajah cemas. Bukan Harriz yang berwajah garang menyinga seperti
tadi. Pantas dan spontan, dia terus memeluk tubuh Harriz dengan erat.
Tangisannya kedengaran.
“Jangan
tinggalkan saya.” Pinta Balkish dalam tangisannya.
Pelik
sungguh Harriz mendengar permintaan Balkish itu. Pelukan Balkish dibalas dengan
erat. Penuh kasih sayang.
“Siapa
kata abang nak tinggalkan sayang? Abang tak pernah terfikir pun nak tinggalkan
sayang.” Lembut Harriz menutur kata.
“Saya
mintak maaf awak.” Ujar Balkish lagi. Masih menangis seperti tadi. Mimpi yang
dialaminya cukup menakutkan. Dia takut Harriz akan meninggalkan dia disebabkan
rahsia yang dia simpan selama ini. Dia perlu berterus terang perkara yang
sebenar.
“Mintak
maaf untuk apa sayang? Sayang takde salah apa-apa pun dekat abang.”
Balkish
melepaskan pelukannya. Memandang Harriz yang setia berada di sampingnya. Wajah
lelaki itu dipandang penuh rasa bersalah.
“Saya
bukan isteri yang baik untuk awak. Saya dah bohong awak. Saya berdosa pada
awak. Maafkanlah saya. Tolong jangan halau saya dalam hidup awak. Awak dah jadi
sebahagian daripada hidup saya.”
Harriz
menggeleng-geleng. Baginya Balkish masih lagi dalam keadaan mamai sehingga
terbawa-bawa mimpinya ke alam nyata. Atau mungkin panas badan Balkish masih
belum surut sehingga membuatkan Balkish meracau cakap yang bukan-bukan.
“Sayang
isteri yang terbaik buat abang. Abang tak akan halau sayang.” Akui Harriz
dengan jujur.
Setelah
hatinya kecewa disebabkan seorang perempuan, Balkish merupakan perempuan yang
telah berjaya mengetuk pintu hatinya untuk kembali bercinta. Balkish mengajar
dia untuk berusaha memilik dengan cara yang betul. Balkish mengembalikan dia
untuk sujud kepada ALLAH. Baginya, Balkish seorang isteri yang sempurna. Tiada
wanita lain yang dicintainya selain daripada wanita itu. Dia amat menyintai
Balkish.
“Tapi
saya tak rasa saya isteri yang baik buat awak. Saya tak pernah menjalankan
tanggungjawab sebagai seorang isteri sekali pun.”
“Tidak
sayang. Bukan itu yang abang mahukan daripada sayang. Apa yang abang inginkan
adalah cinta sayang. Abang sanggup tunggu untuk semua tu walau selama mana
sekali pun abang terpaksa menunggunya.”
Semakin
laju air mata Balkish mengalir. Kata-kata Harriz kedengaran begitu ikhlas
menyapa halwa telinganya. Kenapalah sukar sangat dia hendak mengungkapkan kata
cinta buat lelaki itu? Sedangkan dalam hatinya kini memang sudah wujud lelaki
bernama Harriz Tan Sri Hamdan. Cuma dia sukar untuk mengakuinya. Takut hatinya
dipermainkan seperti dulu.
“Kenapa
awak baik sangat pada saya, Harriz? Kenapa layan saya sebaik ini sedangkan saya
ni tak pernah pun melaksanakan tanggungjawab saya sebagai is…”
Belum
sempat Balkish menghabiskan kata-katanya, jari telunjuk Harriz sudah mendarat
menyentuh bibirnya. Menghalang dia dari terus berkata-kata.
“Sebab
abang cintakan sayang. Sayang segala-galanya bagi abang.” Seikhlasnya Harriz
mengungkap kata cinta. Memberi keyakinan kepada Balkish apa yang dirasainya
selama ini.
Balkish
tersedu. Hiba sungguh hatinya mendengar ayat cinta daripada Harriz. Pantas dia
memeluk erat tubuh Harriz sekali lagi. Menangis dalam pelukan suaminya itu.
“Abang
tak akan berhenti menyintai sayang sampai akhir nafas abang. Abang akan tunggu
sayang selama mana sekali pun.” Luah Harriz lagi. Biarlah malam ini Balkish
mengerti ketulusan isi hatinya itu. Pelukan semakin diperkemaskan. Rambut
Balkish yang harum wangi itu dikucup penuh kasih. Diusap-usap rambut panjang,
hitam berkilat itu.
“Kalau
sungguh awak cintakan saya seikhlas hati awak, jadikan saya milik awak yang
sepenuhnya malam ini.” ucap Balkish.
Terkedu
Harriz mendengar permintaan itu.
Perlahan-lahan
dia meleraikan pelukannya ke atas Balkish. Tangannya memegang kedua belah
lengan Balkish dengan lembut. Ditenung wajah isterinya yang lencun dengan air
mata. Isterinya itu tunduk membisu bersama tangisan yang masih lagi berbaki.
Dia memang ingin memiliki Balkish, namun bukan dengan cara yang sebegini. Dia
ingin memiliki Balkish atas dasar cinta antara mereka berdua. Itu janjinya.
Harriz
keliru dengan kata-kata Balkish sebentar tadi. Untuk apa dia memiliki Balkish
andai hati wanita itu belum berjaya diraihnya. Dia ingin memiliki dengan cara
yang sepatutnya. Mungkin disebabkan demam dan mimpi yang dialami, Balkish
bertindak untuk berkata sedemikian.
Penuh
kasih dia mengangkat dagu Balkish. Mengarahkan wanita itu untuk menentang
pandangan matanya. Dia mahu melihat kejujuran dalam mata Balkish. Benarkah apa
yang dikatakan oleh wanita itu? Tidakkah telinganya tersilap dengar? Dia
inginkan kepastian. Dia bukanlah lelaki yang hanya mahu memiliki kerana nafsu
semata-mata. Walaupun dia akui, getaran nafsu lelakinya ada setiap kali
berdua-duaan dengan Balkish. Seperti saat ini.
Balkish
hanya menurut. Matanya yang masih digenangi air mata diangkat untuk memandang
anak mata Harriz. Ada cahaya cinta yang dapat dilihatnya pada mata Harriz
ketika ini.
“Abang
cintakan sayang bukan kerana nafsu semata-mata. Abang ikhlas cintakan sayang.”
“Saya
tahu. Disebabkan itu saya ingin menjadi milik awak. Jadikan saya isteri awak
yang sebenar, Harriz. Jadikan saya salah seorang wanita yang benar-benar
menjadi seorang isteri kepada suaminya.”
Mata
Balkish dipandang lama. Ada kesungguhan pada kata-kata itu. Lalu… Balkish
memejamkan matanya raat-rapat. Merelakan Harriz melakukan apa saja ke atasnya.
Harriz
menilik wajah di depannya itu. Bibir Balkish yang merah bak buah delima
disentuh dengan jari-jemarinya. Perlahan-lahan dia mendekatkan bibirnya ke bibir
Balkish. Memaut erat bibir isterinya yang mungil.
Balkish
dapat rasa getar jantungnya kala bibirnya bertaut dengan Harriz. Tanpa diduga
tangannya memeluk kemas pinggang Harriz. Membuatkan Harriz turut membalas
pelukan itu dan membawa Balkish ke dalam dakapannya yang paling erat. Memeluk
erat tubuh isterinya itu dengan penuh rasa cinta di dalam hati. Balkish tidak
pula membantah. Membiarkan sahaja setiap perlakuan Harriz ke atasnya. Dia
seolah-olah hanyut di buai asmara seorang lelaki bergelar suami.
Dan
malam itu… terlaksanalah hubungan suami isteri yang sebenar antara Harriz dan
Balkish dengan kerelaan hati kedua-duanya. Semoga ALLAH memberkati hubungan
ini. Amin.
Bila lagu cinta
bergema
~37~
Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah
Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu
Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah
Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu
Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
……………………………
Melly
Goeslow Ft. Andhika Pramata – Butterfly
“SAYANG… bangun.”
Bisikan yang kedengaran romantik itu menyapa halwa telinga Balkish yang mulai
sedar dari lena. Terasa pinggangnya dirangkul dari belakang. Kemudian satu
kucupan hinggap pada bahunya. Pantas Balkish membuka sedikit matanya. Cahaya
lampu tidur melalui meja sisi menyinari ruangan bilik tidur berhawa dingin itu.
Balkish
yang bagaikan baru tersedar dari mimpi panjang mula teringatkan kejadian
semalam. Bagaikan ada layar yang tertera depan matanya, segala kejadian malam
semalam berulang di depan mata sehingga menyuntik warna merah pada wajahnya
yang putih mulus. Malu dan berdebar, itulah yang dia rasai ketika ini. Apatah
lagi bila lelaki dibelakangnya itu semakin mengeratkan lagi pelukan pada
tubuhnya. Membuatkan dia semakin gementar.
Sepantas
kilat, Balkish memejamkan matanya semula. Berpura-pura yang dia masih lagi
tertidur. Tidak sanggup rasanya dia hendak bangun dan berdepan dengan lelaki
itu. Perasaan malu bertandang membendung jiwa wanitanya.
“Sayang,
bangunlah. Nanti terlepas waktu subuh. Kita solat sama-sama ye.” Kejut Harriz lagi. Kini tangannya
beralih pula pada rambut panjang isterinya. Diselak sedikit rambut itu sehingga
menampakkan tengkuk isterinya yang banyak kesan merah. Bagaikan digigit nyamuk.
Sedangkan hakikatnya kesan itu adalah kerana kenakalannya.
Harriz
tersenyum lebar. Detik-detik indah semalam tak mungkin dapat dia lupakan sampai
bila-bila. Sesungguhnya dia bersyukur kerana ALLAH memberikan seorang isteri
yang baik kepadanya. Betapa indahnya pemberian ALLAH.
Tanpa
dijangka-jangka, bibir Harriz sudah mendarat ke tengkuk Balkish. Dikucupnya
tengkuk itu sehingga membuatkan Balkish mengeliat kegelian.
“Owhhh… sayang dah bangun ye. Sengaja tak nak buka mata ye. Hah… ini mesti malu dengan abang
kan?” Usik Harriz.
Balkish
tidak menjawab. Sebaliknya dia menarik perlahan selimut tebal untuk menutup
mukanya yang sudah membahang merah itu.
“Okey
takpe. Kalau sayang tak nak bangun…
abang akan bangunkan sayang dengan cara abang sendiri. Kali ni sayang jangan
salahkan abang kalau kita terlepas solat subuh.” Ugut Harriz.
Dengar
sahaja ugutan suaminya itu, Balkish dengan pantas membuka mata.
“Huarghhh… dah subuh ke?” Lakon Balkish
sambil mengeliat. Konon-konon dia baru tersedar. Sedangkan dari tadi lagi dia
dah bangun. Cuma malu nak berdepan dengan suaminya itu sahaja.
“Hah…
tahu pun bangun permaisuri hati abang ni. Ingatkan nak abang yang bangunkan
sayang tadi.”
Balkish
cuba mengawal perasaannya. Buat selamba sedangkan dalam hati hanya Yang Maha
Mengetahui sahaja yang tahu apa yang dirasainya. Rasa hendak gugur jantungnya
berdepan dengan lelaki itu. Apatah lagi bila melihat senyuman pada bibir
Harriz. Rasa nak pengsan saja. Malunya!!!
Ingin
saja Balkish berlari masuk ke bilik air saat ini juga. Namun bila dia terlihat
bajunya yang terletak elok di atas lantai, terus sahaja niatnya itu terbantut.
Alamak? Takkanlah aku… Dalam kepala sudah membayangkan keadaan dirinya ketika
ini. Serta-merta darah panas menjalar ke seluruh wajahnya. Membuatkan wajahnya
yang putih itu bertukar merah.
Perasan
akan perubahan tona warna wajah isterinya itu, membuatkan Harriz ketawa suka.
Dia suka sangat tengok wajah isterinya yang memerah. Itu tanda Balkish sedang
malu.
“Terima
kasih sayang. Untuk malam yang terindah dalam hidup abang. Abang bersyukur
sangat dapat isteri seperti sayang. Abang tak akan lupakan kenangan malam
pertama kita. Sayang begitu sempurna di mata abang.” Ucap Harriz romantik.
Balkish
sudah menggaru-garu tepi telinganya. Malunya pada Harriz membuatkan dia tidak
berdaya untuk berkata apa-apa lagi. Sebelah tangannya memegang erat selimut tebal
untuk menutupi bahagian dada.
“Jom
mandi. Lepas tu kita solat sama.” Selamba saja Harriz mengajak.
“Hah?”
bulat mata Balkish mendengar ajakan Harriz itu.
Harriz
pula hanya tersenyum lebar. Menampakkan baris-baris giginya yang putih bersih.
“Errr… mandi sama?” soal Balkish bagaikan
tidak percaya. Mana mungkin dia akan mandi bersama dengan suaminya itu.
Malulah!
Harriz
mengangguk-angguk. “Ha’ah. Kan sunat
hukumnya suami isteri mandi bersama.”
Amboi-amboi…
tahu pula Harriz hukum-hukum kalau dah tiba bab-bab sebegini. Ceh!
“Tak
nak ar.” Laju Balkish bersuara.
“Kenapa
pulak?” Dahi Harriz berkerut-kerut
mendengar jawapan Balkish.
“Sa…
sa…” Balkish menundukkan wajah sambil menggigit-gigit bibir bawahnya.
Tiba-tiba
Harriz ketawa besar.
“Hah…
abang tahu. Ini mesti kes malu dekat abang kan?” tebak Harriz.
Lambat-lambat
Balkish mengangguk. Memang dia malu hendak mandi berdua dengan Harriz.
“Okeylah. Kalau macam tu sayang mandi
dulu. Lepas tu abang pula yang mandi. Nanti bila sayang dah tak malu lagi, kita
mandi sama-sama ye.” Ujar Harriz
dengan nakal. Sengaja hendak mengusik isterinya yang sudah berwajah merah jambu
itu.
Eiii…
dia ni kan! Suka sangat nak kenakan aku. Selamba aje kata macam tu. Adui…
apalah nasib aku dapat laki macam ni yang begitu selamba dalam segala hal. Buat
aku pulak yang terkulat-kulat menahan
malu.
“Errr… boleh tak awak tutup mata kejap?”
“Tutup
mata untuk apa pulak?”
Balkish
gigit bibirnya lagi. Tangannya semakin kuat memegang selimut tebal hingga ke
paras leher.
“Tutup
ajelah. Please!” Ujarnya geram.
Harriz
ketawa lagi. Senang benar hatinya hari ini. Asyik ketawa saja dari tadi.
“Okey. Okey. Abang tau apa yang sayang
fikirkan. Mesti nak ambil baju kat bawa lantai tu kan. Heheheee…”
Wajah
Balkish semakin merah mendengar kata-kata Harriz itu. Memang Harriz ni selamba rock betul!
Sebaik
sahaja Harriz memejamkan matanya, laju dia mencapai pijama yang terletak atas
lantai. Tergopoh-gopoh dia menyarung pijama ke dalam tubuh. Sambil itu dia
memberi amaran supaya Harriz jangan sesekali mengintainya.
Selesai
sahaja baju dipakai, cepat-cepat dia masuk ke dalam bilik air. Membersihkan
diri untuk bersolat subuh. Bibirnya pula tersungging senyuman bahagia.
******************************************************************************
BAHAGIA
rasanya hati bila dapat mengerjakan solat bersama-sama insan bergelar suami.
Kala Harriz mengimamkan solat subuhnya, hati Balkish disuntik rasa hiba. Air
matanya mengalir bila Harriz berdoa untuk mereka berdua. Dalam masa yang sama,
dia turut berdoa kepada ALLAH agar hubungan mereka akan berkekalan hingga ke
hujung nyawa. Dia akui… kini cintanya adalah milik Harriz.
Setelah
mengaminkan doa, Harriz berpaling ke belakangnya. Memandang Balkish yang lencun
dengan air mata. Tangannya dihulur dan Balkish menyambut huluran itu bersama
ciuman tanda hormat.
“Maafkan
saya kerana membiarkan awak menunggu lama untuk waktu ini. Maafkan saya kerana
saya bukanlah isteri yang sempurna untuk awak. Terima kasih kerana jadikan saya
isteri awak yang sebenar. Awak terlalu baik bagi saya.” Kata Balkish sambil
mencium tangan Harriz.
Harriz
mengangkat dagu Balkish. Memandang wajah yang mulus tanpa sebarang solekan.
Cantiknya Balkish mengenakan telekung. Bersih saja wajahnya. Tersentuh hatinya
mendengar tiap bait kata isteri kesayangannya itu. Segaris senyuman terukir
pada bibirnya yang agak kemerahan. Tanda dia bukanlah lelaki yang mendekati
rokok. Lagipun merokok tidak baik untuk kesihatan.
“Sayang
tak pernah bersalah dengan abang. Abang tak pernah menyesal menunggu sayang
selama ini. Sudahlah. Jangan menangis lagi. Mulai hari ini, abang mahu
membahagiakan sayang sedaya upaya abang. Terima kasih kerana sayang sudi
menerima abang dalam hidup sayang.” Air mata yang mengalir di pipi Balkish
dikesat. Kemudian satu ciuman kasih singgah ke dahi isterinya itu.
Bahagianya
Balkish ketika itu.
“Sayang,
boleh tak abang mintak sesuatu?”
Balkish
cuma mengangguk. Apa saja yang diminta lelaki itu, akan ditunaikan selagi dia
termampu. Dia menanam azam dalam hati, ingin menjadi isteri yang solehah kepada
Harriz Tan Sri Hamdan. Mematuhi setiap perintah suaminya itu.
“Abang
nak sayang panggil abang dengan panggilan abang. Boleh?”
Balkish
menarik senyuman. Dia mengangguk lagi. Sebenarnya sejak dari dulu lagi dia
perlu memanggil Harriz dengan panggilan itu. Cuma dia saja yang tidak mahu.
Maklumlah… waktu itu Balkish belum bersedia menerima kehadiran Harriz dalam
hidupnya. Mana mungkin dia bisa memanggil lelaki itu dengan panggilan kemarat
tersebut tanpa kerelaan hati.
Namun
kini, dia sudah bersedia memanggil Harriz dengan panggilan abang yang
sepenuhnya.
“Terima
kasih, sayang.” Gembira sungguh Harriz melihat anggukan pada kepala wanita itu.
“Kasih
abang dah lama Kish terima.” Jawab Balkish cuba untuk berselorah. Meniru ayat
yang sering Harriz gunakan bila dia mengungkapkan ucapan terima kasih
kepadanya.
Harriz
ketawa riang. Dia suka bila Balkish sudah mula mahu bersenda dengannya.
“Owhhh… curi ayat abang ye. Nakal! But… I like.” hidung isterinya dicuit. Membuatkan Balkish ketawa
kecil. Bahagia dirasa semakin berkembang mekar dalam hatinya.
Terima
kasih Ya ALLAH, kerana berikan aku nikmat kebahagiaan ini. Ucap Balkish dalam
hatinya lagi. Tidak henti-henti dia berterima kasih kepada ALLAH dengan apa
yang dirasainya kini. Benarlah, setiap kesulitan itu pasti ada bahagia yang
akan menjelang tiba.
Kain
telekung dibuka. Sejadah dilipat kemas lalu digantung atas penyidai kayu jati
yang terletak bersebelahan dengan meja solek. Manakala Harriz sudah bergerak
menuju ke arah sofa. Punggung dilabuhkan di situ sambil tangan kanan membuka
songkok yang berada di atas kepala lalu diletak pula ke atas meja kopi yang
terletak di hadapannya. Mata tidak lepas memandang perilaku si isteri yang
menggoda hati lelakinya.
“Sayang,
meh sini duduk dekat abang.” Panggil
Harriz seusai isterinya itu meletakkan sejadah berserta telekung di atas
penyidai kayu jati.
Balkish
akur. Penuh sopan dia mengatur langkah menuju ke arah Harriz. Punggung
dilabuhkan bersebelahan dengan suaminya yang kelihatan lebih kacak dari
hari-hari sebelumnya. Heheheee…
Mungkin
disebabkan Harriz berbaju melayu dengan kain pelikat membuatkan Balkish lihat
Harriz begitu hensem pagi-pagi ini. Maklumlah… Balkish jarang nampak Harriz
berpakaian seperti ini. Sesekali dia lihat Harriz begini, kehenseman suaminya itu dirasakan
meningkat berkali-kali ganda. Hahahaaa…
Ini
kalau Harriz tahu Balkish tengah memuji ketampanannya, sah dia akan kembang
hati. Biasalah Harriz. Pantang dipuji cepat aje dia kembang. Tanpa sedar
Balkish terlepas ketawa kecil.
Dahi
Harriz berkerut-kerut.
“Kenapa
sayang ketawa? Ada yang kelakar ker
dekat muka abang ni?” bertalu Harriz bertanya. Serentak itu juga dia meraba
wajahnya. Manalah tahu ada sesuatu yang terdapat diwajahnya ketika itu sehingga
membuat isterinya itu ketawa sendiri.
Cepat-cepat
Balkish menggeleng.
“Takdelah. Saja nak ketawa. Muka abang takde apa-apalah.”
Harriz
mengecilkan matanya. Ini mesti ada sesuatu. Bisiknya.
“Habis
tu yang sayang ketawa kenapa?” dia masih tidak berpuas hati selagi tidak
mengetahui apa yang membuatkan isterinya itu ketawa.
“Takde apa-apa.”
“Okey… takpe. Tak nak cakap ye. Abang tahu macam mana caranya nak buat sayang
bagitau abang.” Serentak itu juga Harriz terus menjalarkan tangannya ke
pinggang Balkish. Digeletek pinggang itu sehingga membuatkan Balkish kegelian
dan ketawa besar.
“Abang…
janganlah.” Tungkas Balkish. Manja pula suaranya kedengaran bila dia berkata
sebegitu. Membuatkan hati lelaki Harriz tergoda dan menginginkan sesuatu dari
isterinya itu.
“Sayang
nak bagitau atau tidak?”
Balkish
ketawa lagi. Tidak tahan bila pinggangnya digeletek sebegitu. Kalau lagi lama
Harriz menggeleteknya, mahu keras dia dibuat suaminya itu. Pantas dia
mengangkat tangan untuk menyerah kalah.
“Okey. Okey. Orang bagitau.”
Serentak
itu juga Harriz berhenti menggeletek. Wajahnya dekat dengan wajah Balkish.
Ditenung anak mata isterinya dalam-dalam.
“Apa?”
“Orang
ketawa sebab…”
Sesaat
berlalu. Balkish masih tidak memberitahu sebabnya.
“Sebab
apa sayang? Nak abang geletek lagi ke?” ugut Harriz.
Laju
Balkish menggeleng. Tidak rela dia digeletek sekali lagi.
“Okey. Sebenarnya hari ni orang tengok
abang lebih hensem daripada biasa.
Tapi orang tak nak bagitau abang. Takut abang kembang. Tahulah abang tu…
pantang kena puji mulalah kembang semacam.”
Harriz
tersenyum lebar. Tangannya masih memaut erat pinggang Balkish.
“Iye ke? Baru hari ni sayang perasaan
abang hensem? Hmmm… kesian. Abang memang dah lama tahu yang abang hensem.”
Hah…
kan dah cakap. Harriz memang pantang dipuji. Mulalah nak riak semacam. Hisy!
Menyesal pula Balkish bagitau. Kalau tahu itu jawapan yang keluar dari mulut
Harriz, Balkish lebih rela kena geletek daripada dengar bicara Harriz yang
boleh mengakibatkan dia termuntah warna kelabu itu. Matanya dijulingkan ke
atas.
“Eiii…
perasanlah abang ni.” Balkish menampar lembut dada Harriz.
“Yang
perasan ni jugaklah sayang cinta kan?”
Balkish
ketap bibir. Ini yang dia malas nak berlawan cakap dengan Harriz. Ada saja
modalnya untuk menjawab.
“Abang…
lepaslah tangan tu. Kish nak turun bawah tolong Kak Moon sediakan sarapan
pagi.” Pinta Balkish. Tangan Harriz masih kemas memaut pinggangnya. Seolah
tidak mahu membiarkan dia berada jauh dari sisi.
“Alaaa…
biarlah Kak Moon yang sediakan sarapan pagi. Lagipun abang yakin mama dah turun
untuk buat sarapan. Sayang tahukan mama tak pernah biarkan Kak Moon masak? Apa
hal sekali pun, mama pasti akan masuk dapur. Jadi sayang tak payahlah nak turun
bawah.”
“Habis
tu takkan Kish nak duduk dalam bilik ni aje?
Nanti apa pulak kata mama. Kan kita dah berazam nak curi hati mama. Kalau Kish
duduk berperap dalam bilik aje…
sampai bila nak curi hati mama?”
“Nanti-nantilah
sayang curi hati mama tu. Sebelum tu apa kata sayang temankan abang tidur dulu.
Mengantuk lagi ni. Semalam tak puas tidur. Sayang tu la… buat tidur abang tak
lena.” nakal Harriz berkata. Perkataan ‘temankan’ itu sengaja ditekannya sambil
mengenyit mata nakal.
Ayat
Harriz yang kedengaran begitu berterus-terang itu telah membuatkan aliran darah
menyerbu naik ke wajah Balkish. Menyebabkan wajahnya yang putih mulus itu
diserbu warna merah. Dah macam udang dipanggang pula kelihatan.
“Errr…
errr…” Balkish tak tahu nak bagi alasan apa. Mata Harriz yang tajam menikam
anak matanya membuatkan jantungnya bergetar hebat.
Tanpa
menunggu sebarang jawapan daripada mulut isterinya itu, laju Harriz mencempung
tubuh Balkish. Diangkat lalu direbahkan perlahan-lahan di atas katil. Mata pula
tidak lepas-lepas daripada merenung anak mata isterinya itu. Dia ingin
mengulangi nikmat malam pertama mereka untuk kali yang kedua.
******************************************************************************
HARRIZ dan Balkish berpimpinan tangan menuruni anak tangga untuk ke ruang makan. Bahagia benar nampaknya mereka berdua. Lagak tak ubah seperti pasangan pengantin baharu yang baru aje bernikah semalam. Heheheee… hakikatnya, memang Harriz dan Balkish baru menjadi suami isteri dalam ertikata yang sebenar pun semalam.
HARRIZ dan Balkish berpimpinan tangan menuruni anak tangga untuk ke ruang makan. Bahagia benar nampaknya mereka berdua. Lagak tak ubah seperti pasangan pengantin baharu yang baru aje bernikah semalam. Heheheee… hakikatnya, memang Harriz dan Balkish baru menjadi suami isteri dalam ertikata yang sebenar pun semalam.
Lihat
saja kelibat anak dan menantunya itu, terus wajah Puan Sri Hanum mencuka. Tan
Sri Hamdan yang terbiasa duduk di bahagian kepala meja hanya mengerling wajah
isterinya yang mencuka itu. Kepalanya digeleng-geleng. Isterinya itu, asal
terlihat kelibat Balkish saja pasti mencuka. Tak pernah nak senyum. Begitu juga
dengan Hanna yang duduk bersebelahan dengan isterinya. Panjang muncung melihat
kelibat kakak iparnya yang duduk semeja dengan mereka. Entah sampai bilalah
mereka ni nak berubah dan terima kehadiran Balkish sebagai salah seorang ahli
keluarga?
“Morning ma… pa.” sapa Harriz yang
kelihatan gembira. Kerusi jati di sebelahnya ditarik untuk mempersilakan
permaisuri hatinya itu duduk. “Silakan duduk wahai permaisuri.” Kata Harriz.
Balkish
sekadar tersenyum nipis. Dia duduk dengan sopan. Sempat juga dia mengerling
wajah Puan Sri Hanum yang masam mencuka itu.
Alahai…
ibu mentuaku. Awal pagi lagi sudah cemberut. Senyumlah sikit. Muka dah lawa,
tapi asyik mencuka aje dua puluh empat jam. Lantas dia menghadiahkan senyuman
manis buat Puan Sri Hanum kala mata ibu mentuanya itu melirik ke arahnya.
Seperti biasa, senyumannya langsung tidak berbalas.
Hanni
yang duduk disebelah Balkish menyiku kakak iparnya itu. Pelik binti ajaib dia
melihat kemesraan abang dan kakak iparnya. Romantik bak pengantin baharu.
“Berseri
nampak. Bunga-bunga cinta berkembang mekar ker?”
bisik Hanni dekat ke telinga Balkish yang tertutup dek tudung yang dipakai.
Balkish
mengecilkan matanya. Pantas dia melarikan jemarinya ke bawah meja lalu mencubit
sedikit peha Hanni. Terjerit kecil gadis remaja itu.
“Hmmm… semalam, kenapa tak datang ke
majlis hari lahir Adam? Tahu tak yang Adam tunggu Harriz. Kesian mama tengok
budak tu balik-balik bertanyakan pasal Harriz.” Puan Sri Hanum mengatur bicara.
Harriz
yang duduk berdepan dengan mamanya mengangkat wajah.
“Eh…
bukan semalam Riz dah bagitau mama ker
yang Riz tak dapat datang sebab Kish tak sihat. Takkan Riz nak tinggalkan Kish
sorang diri kat rumah ni pulak.” Balas Harriz. Pinggannya dihulurkan kepada
Balkish. Meminta isterinya itu mengisi nasi lemak ke dalam pinggan yang kosong.
Perutnya berkeroncong melihat sambal sotong yang terhidang depan mata. Sambal
sotong air tangan mama memang yang terbaik pernah dirasainya.
“Betul
ke tak sihat? Mama tengok elok je.
Takde pun muka orang sakit.
Entah-entah itu cuma taktik nak mengelak dari pergi ke majlis semalam.” Puan
Sri Hanum mengerling Balkish dengan ekor matanya. Menyindir menantunya itu
seolah-olah memberi kepuasan buat dirinya.
“Awak
ni Hanum. Suka sangat menuduh yang bukan-bukan. Perkara sakit ni bukannya boleh
dibawa main-main.” Sampuk Tan Sri Hamdan. Surat khabar BH yang dibaca dilipat
kemas lalu diletakkan di tepi. Dia sudah bersedia untuk bersarapan pagi.
“Alaaa…
bang, orang kalau nak mengelak sanggup buat apa je.” Tak nak mengalah dengan suaminya, Puan Sri Hanum bersuara
lagi. Satu jelingan ditujukan buat Tan Sri Hamdan. Suaminya itu, suka sangat
nak menangkan anak menantu.
Sedang
menjamu selera, tiba-tiba kedengaran ada suara lunak merdu bak buluh betung
datang menyapa, “Hello… good morning you
all.” Ucap suara itu. Tergedik-gedik Syarifah Ezora berjalan dengan
senyuman yang lebar hingga ke telinga.
Serta-merta
wajah Puan Sri Hanum dan Hanna bertukar ceria. Senyum sampai ke telinga mereka
berdua melihat kelibat Syarifah Ezora yang datang awal pagi itu. Puan Sri Hanum
siap bangun dari duduknya lalu mendapatkan wanita berpakaian gaun pendek paras
peha itu. Mereka berpelukan seketika sebelum bertukar ciuman. Begitu juga
dengan Hanna. Haih… macam dah bertahun tak berjumpa aje lagaknya. Sedangkan
baru semalam mereka bertemu di majlis ulang tahun kelahiran Adam.
“Eiii…
nak termuntah Hanni tengok.” Komen Hanni perlahan. Meluat sungguh dia melihat
gaya gedik Syarifah Ezora. Entah apalah mimpi perempuan itu datang bertandang
ke rumah mereka awal pagi begini. Menyampah betul!
Balkish
yang mendengar komen pendek Hanni itu hanya mengeleng-geleng. Peha Hanni
ditepuk perlahan. Mengisyaratkan agar gadis remaja itu memaniskan wajahnya.
“Morning uncle.” Tegur Syarifah Ezora
dengan manja.
Tan
Sri Hamdan hanya mengangguk dan tersenyum nipis.
“Hmmm… it’s so delicious. Do you mind if i’m
joining you for breakfast, auntie?” Syarifah Ezora buat suara-suara manja.
Konon minta kebenaran daripada Puan Sri Hanum untuk sarapan bersama.
“Of course I don’t mind, my dear. Come… join
us for breakfast. Auntie ada masak nasi lemak berlaukkan sambal sotong pagi
ni.” bukan main beria lagi Puan Sri Hanum menjemput Syarifah Ezora untuk
bersarapan bersama mereka.
Syarifah
Ezora sudah tersengih lebar. Pantas dia menarik kerusi kosong di sebelah Hanna
dan melabuhkan punggung di sebelah sahabat baiknya itu.
“Makanlah.
Ezora pasti suka.” Pinggan yang telah siap terisi nasi lemak dan sambal sotong
diletakkan di hadapan Syarifah Ezora. Dah macam tuan puteri pula si Syarifah
Ezora ni Puan Sri Hanum layan begitu.
“Hmmm… sedapnya auntie. Pandai auntie masak.
Nanti bolehlah Zora belajar masak sambal sotong yang sedap ni dekat auntie ye.
Zora memang suka sangat memasak.” Puji Syarifah Ezora. Siap nak belajar masak
segala.
Amboi…
Syarifah Ezora. Depan Harriz dan Puan Sri Hanum bukan beria-ia lagi dia nak belajar
masak. Sedangkan dekat rumah pun dia langsung tak pernah nak masuk ke dapur.
Kalau masuk dapur pun sekadar nak cari makanan atau minum air. Nak masak?
Jangan harap! Haram dia tak tahu. Entah-entah nak jerang air pun tak reti!
“Of course la sedap. Auntie yang masak. Kalau Ezora nak tahu, sambal sotong ni makanan
kegemaran Harriz. Cuma kurangkan rasa pedas sebab Harriz tak tahan sangat
dengan pedas.” Beritahu Puan Sri Hanum.
“Iye ke? I tak tahu pun you suka sambal
sotong, Riz. Selama ni you tak pernah bagitau I yang you pengemar sambal
sotong.”
Harriz
buat-buat tidak dengar. Malas benar dia melihat drama yang dilakonkan oleh
Syarifah Ezora di depannya itu. Kalau bukan disebabkan rasa hormat dekat mama
dan papa, mahu rasanya dia menghalau Syarifah Ezora.
“Lain
kali bolehlah I masakkan sambal sotong untuk you.” Sambung Syarifah Ezora
dengan suara yang semakin dilunakkan.
“It’s okey, Zora. Tak perlulah nak
bazirkan masa you susah-susah masak untuk I. Isteri I boleh masakkan apa yang I
nak makan. lagipun I yakin masakan dari air tangan isteri I jauh lebih sedap
dari masakan orang lain.” Balas Harriz. Selamba saja wajahnya. Langsung tidak
menunjukkan rasa bersalah kerana kata-katanya itu telah melukakan hati Syarifah
Ezora. Jelingan tajam mamanya juga langsung tidak dihiraukan. Malah dengan
selamba sahaja dia meletakkan tangan ke
atas bahu Balkish. Merangkul erat bahu isterinya itu sambil tersenyum mesra.
Balkish
yang nyata terkejut dengan tindakan spontan suaminya hanya mendiamkan diri.
Tangan Harriz yang melekat kemas atas bahunya juga tidak diendahkan. Dibiarkan
saja tangan suaminya itu di situ.
Hanni
di sebelah sudah tersengih panjang. Kelakar benar dia melihat wajah Syarifah
Ezora yang sudah merona merah. Kesian… Padan muka! Tu la gediks sangat.
“Sayang
dah habis makan ke? Come let go.” Ajak Harriz dengan
tiba-tiba.
Balkish
tayang muka blur. Nak ke mana pula pagi-pagi begini?
“Kata
nak pergi rumah Kak Nis tengok Adam. Jom la.”
Mata
Balkish membulat. Bila masa pulak dia mengajak Harriz ke rumah Hanis?
Seingatnya dia tak kata apa-apa pun.
“Pergi
ajelah Kak Kish. Abang Riz nak ajak
Kak Kish mengelak dari manusia gedik kat depan ni.” bisik Hanni yang duduk
disebelahnya. Perlahan saja suami gadis manis itu.
“Owhhh… maaf, bang. Kish terlupa.”
“Sayang
ni memanglah. Cepat benar lupa. Ni yang buat abang geram dekat sayang ni.”
Sengaja Harriz menarik hidung mancung Balkish di hadapan semua orang. Beraksi
romantik buat mama, Hanna dan Syarifah Ezora berbulu. Khakhakhaaa… kelakarnya!
“Okeylah semua. Riz dengan Kish minta
diri dulu. Nak ke rumah Kak Nis.”
“Harriz!
Apa ni? Tak elok tau tinggalkan tetamu yang datang bertandang dekat rumah.”
Keras suara mama kedengaran.
“Kan
mama ada. Papa, Hanni dengan Hanna pun ada sama. Lagipun Riz dah janji dengan
Kak Nis nak ke rumah dia hari ni. Nak meraihkan hari lahir Adam yang kami
tertinggal semalam. Kan tadi mama juga yang bagitau Riz, Adam asyik bertanyakan
pasal Riz aje. Jadi sekarang ni Riz
nak ajak Kish pergi jenguk Adam la. Nak celebrate
birthday dia yang terlepas tu.”
Panjang pula Harriz membalas kata.
Puan
Sri Hanum mengetap bibir. Geram dengan keselambaan Harriz.
“Kami
pergi dulu. Jom sayang. Assalammualaikum.” Tanpa berlengah, dia terus meraih
jari-jemari Balkish. Mengajak isterinya itu untuk berlalu pergi dari situ.
Salam
yang diberikan hanya dijawab oleh Tan Sri Hamdan dan Hanni. Dua beranak itu
saling berpandangan sambil tersenyum sesame sendiri.
“Hisy…
tengok tu. Tak sopan sungguh. Pergi macam tu aje.” Rungut Puan Sri Hanum.
“Okeylah. Abang pun dah nak pergi ni.”
Puan
Sri Hanum memaling wajah memandang suaminya. Dahinya berkerut-kerut.
“Abang
nak ke mana pulak?” soalnya hairan.
“Abang
nak keluar shopping.” Selamba saja
Tan Sri Hamdan menjawab. Membuatkan isterinya itu melopong. Terkedu tanpa kata.
Hanni
yang mendengar jawapan selamba papanya rasa ingin tergelak. Lebih kelakar bila
melihat wajah mama yang sudah berkerut sejuta dahinya itu. Terkejut benar mama
bila papa kata hendak keluar shopping.
Iye la… selama ni papa mana suka keluar shopping.
Kalau mama mengajak, macam-macam alasan yang papa berikan. Alih-alih pagi ni
nak keluar shopping pula. Mana tak
mama terkejut beruk.
Opsss…
berdosa tau kata mama terkejut beruk. Tukar kepada yang lebih sopan sedikit.
Terkejut burung merak. Hah… yang ni
baru sesuai dengan mama yang cantik tapi sombong bak burung merak. Kihkihkihhh…
ketawa Hanni dalam hati.
“Pa,
nak ikut?” kata Hanni tiba-tiba. Dia pun nak mengelak dari duduk semeja dengan
Syarifah Ezora. Rimas benar dia bila berdepan dengan wanita itu. Takut nanti
muntah kelabunya akan keluar kalau berlama-lama menghadap muka dan tingkah
Syarifah Ezora.
“Okey. Jom.” Ajak Tan Sri Hamdan kepada
anak manjanya itu.
Puan
Sri Hanum mendengus geram sebaik saja semua orang telah beredar. Yang tinggal
cuma dia, Hanna dan Syarifah Ezora yang kelihatan tidak berpuas hati dengan
tindakan Harriz berlalu pergi begitu sahaja.
******************************************************************************
“KHAKHAKHAAA…”
besar ketawa Harriz sepanjang dalam perjalanan menuju ke rumah Hanis. Kelakar
benar dia mengingati wajah keruh mama, Hanna dan Syarifah Ezora tadi. Ketawanya
yang besar ini membuatkan Balkish menggeleng-gelengkan kepala. Tahu sangat dia
apa yang membuatkan suaminya itu ketawa suka.
“Tak
baik tau abang buat macam tu.” Ujar Balkish. Kini dia sudah mula membiasakan
diri memanggil Harriz dengan panggilan abang walaupun agak kekok untuk dia
memanggil panggilan itu.
“Alaaa…
abang bukannya buat jahat pun. Abang cuma ajak sayang mengelak dari diorang tu aje. Rimas betul abang dengan Ezora tu.
Tergedik-gedik. Abang pantang benar dengan perempuan perangai macam tu.” Luah
Harriz.
“Tapi
Syarifah Ezora tu kan sukakan abang. Pasal tu dia begitu. Lagipun… diakan
wanita pilihan mama.”
Harriz
mengerling Balkish dengan ekor mata.
“Tapi
abang langsung tak pernah sukakan Syarifah Ezora. Sebesar kuman pun takde perasaan abang ni untuk dia. Mama aje
yang beria-ia nak satukan abang dengan dia, tapi abang tak nak. Sebab dalam
hati abang ni dah ada nama sayang sorang. Balkish!”
Balkish
mencebik.
“Hah…
tu yang mencebik-cebik kenapa pulak? Tak caye
cakap abang ke? Kalau tak caye… cuba
sayang ambil kapak belah dada abang ni. Tengok nama siapa yang ada dalam hati
ni.” Harriz meletakkan tangan kiri dekat ke dadanya. Sementara tangan kanan
memegang stereng kereta dengan kemas.
“Ungkapan
tu dah tak releven la bang.” Tungkas Balkish pantas.
Harriz
ketawa suka.
“Abang…
Kish tanya sikit boleh tak?”
“Nak
tanya panjang-panjang pun takpe.”
“Hmmm… dulu abang pernah cakap dekat Kish
yang abang pernah bercinta sepenuh hati dengan seorang perempuan. Dan perempuan
tu pun dah kembali semula ke Malaysia. Hmmm…
abang pernah tak jumpa bekas kekasih abang tu lagi? Keluar makan-makan berdua
dengan dia.”
Harriz
tersenyum-senyum.
“Kenapa
tanya ni? Sayang jealouse ye?” Usik
Harriz.
“Hisy… ke situ pulak. Kish tanya ajelah,
bang.”
“Okey. Okey. Abang bergurau je.
Sebenarnya memang benar abang pernah bercinta sepenuh hati abang dulu. Tapi…
dia pergi ikut lelaki lain. Disebabkan kecewa, abang jadi macam yang sayang
mula-mula kenal dulu. Suka bertukar-tukar teman wanita dan langsung tak pernah
nak serius dalam sesuatu hubungan. Bagi abang masa tu, semua perempuan adalah
sama. Hanya mahukan duit semata-mata. Sehinggalah abang jumpa dan mengenali
sayang. Sayang lain daripada yang lain. Berbeza sangat. Hati abang terpaut dan
abang berazam untuk meraih cinta sayang. Abang serius dengan sayang. Syukur…
kerana ALLAH memperkenankan doa abang. Menjadikan sayang isteri abang.”
Bibir
Balkish terukir senyuman segaris mendengar kata-kata suaminya. Terharu pun ada
juga. Ketulusan dan kejujuran Harriz inilah yang telah menawannya. Menjadi
isteri Harriz membuatkan dia semakin mengenali peribadi lelaki itu. Lelaki yang
pernah dibenci dan digelar dengan gelaran King
Of Crocodile. Kini… crocodile
inilah yang telah menambat hatinya. Telah membaham dirinya sehingga membuatkan
dia lupa diri.
“Sekarang
ni abang jumpa lagi tak bekas kekasih abang tu?” pertanyaan diulang setelah
pertanyaan yang tadi tidak dijawab dengan lengkap.
“Sekali.
Itu pun sebelum kita bernikah dulu. Dia datang merayu nak sambung cinta kami
semula. Tapi abang tak nak. Abang dah lama kubur perasaan cinta abang untuk dia
dalam-dalam. Abang bagitau dia yang abang akan berkahwin dengan saya.
Alhamdulillah… dia dapat menerima berita itu. Sejak dari hari tu… abang
langsung tak pernah jumpa dia lagi. Mungkin dia dah fed-up nak merayu sebab dia
tahu abang sekarang sudah ada sayang dalam hati ni.”
Tekun
Balkish mendengar pengakuan Harriz. Jujurnya lelaki itu. Bukan seperti dia yang
masih belum berterus-terang tentang kisah silamnya. Entah bilalah dia punya
kekuatan untuk berterus-terang tentang semua itu kepada Harriz. Dia sendiri
tidak pasti.
Nafasnya
ditarik. Kemudian dihela perlahan. Dia perlu berterus-terang kepada Harriz
tentang kisah silamnya itu. Dia tidak mahu kejadian seperti dalam mimpinya itu
terjadi. Dia sayangkan rumah tangganya. Dia cintakan Harriz. Dia tidak mahu
kehilangan kasih sayang daripada lelaki sejujur Harriz.
“Abang…
kalau orang beritahu abang sesuatu, abang jangan marah orang ye?”
“Cakaplah
apa dia?”
Bibirnya
diketap. Masih berkira-kira untuk memberitahu. Dia tidak pasti dengan
penerimaan Harriz bila mendapat tahu kisah silamnya bersama Eidham. Dia takut
Harriz tidak dapat menerima kenyataan itu.
“Hah…
dah sampai pun.” Ayat Harriz itu membuatkan Balkish memusing kepala ke sebelah
kanan. Kini kereta BMW Harriz telah masuk ke perkarangan rumah banglo dua
tingkat milik Fahmie dan Hanis.
“Sayang
nak cakap apa tadi?” tanya Harriz setelah memarkirkan kereta di belakang Honda
City milik kakaknya Hanis.
“Hah? Errr… takpelah, bang. Nanti-nanti aje Kish beritahu abang ye. Tu hah… Encik Adam dah datang tunggu kita. Kan kita dah janji nak bawa
dia dengan Alisya keluar jalan-jalan hari ni. Jom turun.”
Pantas
Balkish melangkah keluar dengan senyuman yang merekah di bibir. Hanis dan
Fahmie serta anak-anak mereka sudah sedia menanti di muka pintu bersama
senyuman yang manis. Gembira menyambut kedatangan Harriz dan Balkish ke rumah
mereka.
******************************************************************************
JERITAN Adam bergema kuat di Berjaya Times Square Theme Park. Seronok bukan main lagi dia bermain berbagai jenis permainan di taman permainan ini. Lepas satu, satu tempat permainan yang dimainnya. Harriz dan Balkish hanya menurut saja kehendak Adam. Maklumlah… birthday boy. So apa yang dia mahu kenalah ditunaikan. Alisya yang ikut sama juga hanya menurut kehendak adiknya. Alisya memang tak banyak songeh seperti Adam.
Puas
bermain, Harriz mengajak Balkish, Alisya dan Adam menjamu selera. Sebagai birthday boy, Adam telah diberi kuasa
sepenuhnya untuk memilih tempat makan. Adam yang memang gemar ayam panggang itu
telah memilih Kenny Rogers Roasters sebagai tempat mereka menjamu selera. Kecoh
benar dia bercerita itu dan ini. Jika dulu dia malu-malu kucing dengan Balkish,
namun hari ini bukan main manja lagi dia pada Balkish. Siap nak berpimpin
tangan lagi dengan isteri Pak Ngahnya itu.
Alisya
pun seperti Adam juga. Cepat benar dia mesra dengan Balkish. Ini membuatkan
Harriz tersenyum lebar melihat aksi manja anak-anak saudaranya itu dekat
Balkish. Mulalah dia berasa tidak sabar untuk punya anak sendiri dengan
isterinya itu. Tentu hidup mereka akan jadi semeriah hari ini.
“Abang?
Senyum panjang nampak. Fikir apa?” Balkish yang duduk disebelahnya menegur.
Harriz
tersenyum lebar. Mata kembali dihala melihat Alisya dan Adam yang sedang
menikmati hidangan di depan mereka. Berselera benar mereka berdua.
“Abang
rasa abang dah bersedialah sayang.” Ujar Harriz menjawab pertanyaan Balkish.
“Bersedia
untuk apa?” Pelik benar Balkish dengan ayat suaminya itu.
Harriz
mendekatkan bibir ke telinga isterinya yang bertudung. Kemudian dia berbisik
sesuatu. “Abang dah bersedia untuk jadi seorang ayah. Abang dah tak sabar nak
ada anak dengan sayang. Sayang nak tak jadi ibu kepada bakal anak-anak abang?”
Merah
padam muka Balkish mendengar kata-kata Harriz. Pertanyaan lelaki itu membuatkan
dia semakin malu. Bibirnya diketap menahan perasaan malu yang datang menyerang.
Eiii… Harriz ni. Suka benar buat dia malu-malu macam ni.
“Sayang…
sudi ke tidak ni jadi ibu kepada bakal anak-anak abang?” tanya Harriz lagi.
Juga masih dalam nada berbisik.
Perlahan-lahan
Balkish mengangguk. Wajahnya semakin memerah. Jantungnya bergetar hebat. Hanya
ALLAH sahaja yang tahu apa yang dirasainya ketika ini. Rasa bahagia yang tidak
terhingga.
Harriz
tersenyum. Pantas dia meraih jemari Balkish yang berada di atas riba isterinya
itu lalu digenggam erat.
“Terima
kasih sayang. Insya-ALLAH abang akan cuba menjadi suami yang baik kepada sayang
dan ayah yang baik untuk bakal anak-anak kita.”
Ungkapan
ayat itu semakin menggetarkan naluri kewanitaan Balkish. Hai… Harriz. Kau
benar-benar buat aku bahagia.
Bila lagu cinta
bergema
~38~
“KAK RISYA. Jom
keluar makan” Suara Aleya kedengaran
lagi bersama ketukan halus pada permukaan pintu. Risau benar dia melihat
keadaan Batrisya yang asyik berkurung sejak dari petang tadi. Langsung tidak
menjamah sesuap nasi. Banyak kali dia mengetuk pintu, memanggil Batrisya untuk
makan namun panggilannya langsung tidak berjawab. Hendak bertanya, dia tidak
berani. Air muka Batrisya kelihatan tegang dan dirinya juga seakan tidak
terurus. Daripada pakaian yang tersarung pada tubuh wanita itu petang tadi,
Aleya yakin Batrisya lari dari Hospital. Tapi dia tak tahu pula sebab apa
Batrisya melarikan diri.
Setelah
lima minit berdiri di luar bilik yang pernah menjadi milik Balkish itu, Aleya
berlalu ke ruang tamu. Punggung dilabuhkan di sebelah Ella yang memandang tepat
ke wajahnya.
“Macam
mana?” tanya Ella.
Aleya
menggeleng-geleng.
“Dah
banyak kali aku ketuk pintu, tapi dia tak nak buka.” Beritahu Aleya. “Kau dah
call Kish ke?” sambungnya lagi.
Ella
mengangguk-angguk. “Dah. Kejap lagi dia sampai. Dia tengah on the way ke
marilah tu.”
Aleya
menghela nafas. Matanya kembali terarah ke permukaan pintu bilik yang masih
tertutup rapat. Entah apa yang telah berlaku kepada Batrisya. Dia sendiri tidak
tahu.
“Aku
rasakan… Kak Risya tu lari dari hospitallah, Leya. Baju yang dia pakai petang
tadi… baju hospital tu.”
Aleya
mengangguk-angguk. Bersetuju dengan kata-kata Ella. Memang pun baju yang
dipakai Batrisya petang tadi merupakan baju daripada hospital.
“Tapi
kenapa ek dia lari, Leya? Peliklah.
Kan ke dia tu anak kesayangan?” Ella
bertanya kepada Aleya. Cuba mencari jawapan untuk apa Batrisya melarikan diri
dari hospital.
“Entahlah.
Aku pun tak tahu. Mesti ada sesuatu yang telah terjadi menyebabkan Kak Risya
jadi macam tu. Setahu aku… Kak Risya tu periang orangnya. Belum pernah aku
lihat dia sebegini. Aku pun tak tahu apa dah jadi sebenarnya. Mungkin bila Kish
datang nanti Kish aje yang dapat tahu apa yang telah terjadi pada Kak Risya.”
Tutur Aleya. Dia cuba juga untuk meneka apa yang telah berlaku ke atas
Batrisya, tapi otaknya buntu. Dia dapat hendak memikirkan perkara-perkara logik
untuk apa wanita itu melarikan diri hingga datang ke rumah ini.
Sedang
asyik berfikir, tiba-tiba kedengaran bunyi enjin kereta masuk ke halaman rumah.
Laju Aleya dan Ella berlari untuk menjenguk dari sebalik langsir. Sebuah BMW hitam
terparkir di belakang Viva merah bata milik Ella yang baru keluar dua minggu
lepas. Bau dari kilang pun masih belum hilang.
“Kish
la.” Ujar Ella kala matanya terlihat kelibat Balkish yang keluar dari perut
kereta BMW itu.
Pantas
mereka berdua melompat turun dari sofa dan bergegas pula ke muka pintu. Daun
pintu dibuka luas.
“Syukur
kau dah sampai Kish. Kak Risya dari tadi asyik berkurung. Risau kami
dibuatnya.” Ujar Aleya sebaik sahaja wajah Balkish terpancul depan muka pintu.
“Kak
Risya mana?” tanya Balkish kelam-kabut. Risau benar hatinya ketika menerima
panggilan daripada Ella tadi. Sahabatnya itu memberitahu bahawa Batrisya ada di
rumah mereka sekarang. Pada mulanya dia ingatkan Batrisya sengaja datang kerana
ingin membeli-belah di KL. Tapi bila Ella memberitahu keadaan Batrisya yang
bagaikan orang tidak sihat itu, mulalah dia jadi gelisah tak tentu pasal.
Nasib
baiklah Harriz begitu memahami. Lepas hantar Alisya dan Adam balik ke rumah,
mereka berdua terus datang ke Taman Sungei Wang.
“Dia
ada kat dalam bilik kau.” Beritahu Aleya.
Tergesa-gesa
Balkish meluru masuk ke dalam. Hatinya benar-benar bimbangkan keadaan Batrisya.
Tok!
Tok! Tok! Pintu diketuk lembut.
“Kak
Risya. Kish ni… bukalah pintu.” Panggil Balkish lembut.
Dia
memandang Aleya dan Ella yang berdiri di kiri dan kanannya. Kedua sahabatnya
itu menjungkit bahu. Memang sejak petang tadi Batrisya asyik mengurung diri.
Makan dan minum pun tidak.
“Kak…
buka pintu ni. Kish datang ni.” sekali lagi Balkish mencuba. Pintu diketuk
lagi. Perlahan dan lembut ketukannya.
Sesaat,
dapat didengar kunci dibuka. Balkish toleh lagi Aleya dan Ella.
“Kau
masuklah. Kami yakin Kak Risya perlukan kau sekarang. Kami kat luar.” Ujar
Aleya yang nyata kelihatan lebih matang daripada biasa. Ella hanya
mengangguk-angguk.
Tombol
pintu dipulas. Balkish memanjangkan sedikit lehernya menjenguk Batrisya yang
berada di dalam. Kelihatan kakaknya itu sedang berdiri sambil mengadap ke luar
tingkap. Perlahan-lahan Balkish masuk ke dalam. Kemudian daun pintu ditutup
semula.
“Kak
Risya…” panggil Balkish lembut. Dia menghampiri Batrisya yang masih kaku
mengadap ke luar. Kakaknya itu kelihatan diam tidak berkutik. Langkah diatur
menghampiri Batrisya.
“Kak…
kenapa ni?” Bahu Batrisya disentuh beserta satu pertanyaan. Dan ketika dia
memusingkan tubuh Batrisya untuk bersemuka dengannya, sepantas kilat Batrisya
memeluk tubuhnya yang kurus itu. Dipeluk erat bersama tangisan yang sudah pun
pecah.
“Akak
mintak maaf, Kish. Akak berdosa dekat Kish. Akak ni perampas. Akak bukan kakak
yang baik.” Luah Batrisya bersama tangisan yang mula kedengaran. Bertubi-tubi
dia menyalahkan diri. Sehingga membuatkan Balkish menjadi kebinggungan.
“Kak
Risya… kenapa ni? Cuba cakap dekat Kish. Janganlah menangis macam ni.” Pujuk
Balkish tenang. Pelukan kakaknya dibalas.
“Kakak
mintak maaf, dik.” Pinta Batrisya lagi. Rasa bersalah menbendung jiwa. Sakitnya
perasaan yang ditanggungnya ini.
“Kenapa
nak mintak maaf? Kak Risya tak pernah bersalah sikit pun dekat Kish.”
Batrisya
menggeleng-geleng. Menidakkan kata-kata Balkish. Dia tetap bersalah. Kalau
bukan kerana dia merampas Eidham daripada Balkish, tentu adiknya itu kini
bahagia bersama Eidham. Dia punca hubungan Balkish dan Eidham terputus. Dia
puncanya!
Pelukan
dileraikan. Balkish memegang bahu Batrisya. Kakaknya itu masih lagi menangis
tersedu-sedan. Kelopak mata Batrisya kelihatan bengkak. Pasti kerana telah
terlalu banyak menangis.
“Akak
tak patut rampas Abang Eid dari Kish. Akak punca hubungan Kish dengan Abang Eid
terputus.” Pengakuan Batrisya menyebabkan dada Balkish berdebar hebat. Wajah
kakaknya ditenung dalam.
Batrisya
mengangkat matanya. Memandang Balkish dengan rasa bersalah yang semakin sarat
menyesak diri. Kalaulah masa itu dapat diundur semula, akan dia berikan kembali
cinta Balkish yang dirampasnya. Dia tidak mahu menjadi perampas cinta adik yang
teramat disayanginya itu.
“Akak
dah tahu semuanya, Kish. Kisah cinta Kish dengan Abang Eid. Akak dah tahu Kish
dengan Abang Eid pernah bercinta sebelum akak jadi perosak hubunga cinta korang
berdua. Kalaulah akak tak jadi orang ketiga dalam hubungan Kish dengan Abang
Eid, tentu sekarang ni Kish sudah bahagia menjadi isteri Abang Eid. Akak tak
patut ram…”
Belum
sempat Batrisya menyebut perkataan ‘rampas’ dari mulutnya, dengan pantas
Balkish meletakkan jari telunjuk ke bibir kakak kesayangannya itu. Menghalang
Batrisya daripada meneruskan katanya. Kepalanya digeleng-geleng.
“Jangan
cakap lagi Kak Risya. Kish tak pernah salahkan Kak Risya dengan apa yang telah
terjadi. Semua ini ketentuan ALLAH. ALLAH telah tetapkan Kak Risya menjadi
isteri Abang Eid. Kita sebagai hambanya hanya mampu berserah dengan apa yang
ALLAH berikan untuk kita. Jangan lupa tu, kak. Apa yang ALLAH berikan untuk
kita pasti ada hikmah disebaliknya.”
“Tapi…
Abang Eid tak bahagia bersama akak, dik. Abang Eid masih cintakan Kish.
Cintanya pada Kish tak pernah luntur.”
Balkish
menggeleng-geleng. Menidakkan kenyataan tersebut.
“Cinta
Abang Eid hanya untuk Kak Risya seorang.”
“Akak
tak mampu bahagiakan Abang Eid, Kish. Akak bukan isteri yang baik untuk Abang
Eid.” Luah Batrisya. Tangisannya bergema lagi. Selama ini dia berusaha
membahagiakan Eidham. Sangkanya Eidham bahagia, ternyata dia tidak mampu
membahagiakan suaminya itu. Eidham tidak bahagia bersamanya.
Tubuh
Batrisya dibawa ke dalam pelukannya. Sayu rasa hati Balkish melihat keadaan
kakaknya yang dirundung kesedihan itu. Dia mahu lihat Batrisya bahagia. Dia
mahu lihat senyuman di bibir kakaknya itu. Bukan tangisan seperti ini.
“Akak
sayang Kish.” Ucap Batrisya.
“Kish
pun sayang Kak Risya jugak.” Balas Balkish bersama air mata yang mulai jatuh
membasahi pipi.
******************************************************************************
SEPANJANG dalam perjalanan pulang ke rumah, Balkish hanya mendiamkan diri. Perbualan bersama kakaknya tadi masih terngiang-ngiang di telinga. Bukan itu yang dipintanya. Bukan itu yang mahu dilihatnya dalam cerita rumah tangga Batrisya. Dia mahu Batrisya bahagia. Bukan perceraian yang dia harapkan daripada kakaknya itu. Tidak! Dia tidak mahu Batrisya berpisah dengan Eidham.
SEPANJANG dalam perjalanan pulang ke rumah, Balkish hanya mendiamkan diri. Perbualan bersama kakaknya tadi masih terngiang-ngiang di telinga. Bukan itu yang dipintanya. Bukan itu yang mahu dilihatnya dalam cerita rumah tangga Batrisya. Dia mahu Batrisya bahagia. Bukan perceraian yang dia harapkan daripada kakaknya itu. Tidak! Dia tidak mahu Batrisya berpisah dengan Eidham.
Air
mata Balkish tumpah membasahi pipi. Keputusan Batrisya yang menginginkan
perpisahan daripada Eidham menyentuh hatinya. Dia tahu betapa dalamnya cinta
Batrisya terhadap Eidham. Kenapa perlu kakaknya itu menghukum diri untuk
berpisah dengan orang yang dicintainya. Sudah berkali Balkish memberitahu,
antara dia dengan Eidham adalah kisah silam. Tak mungkin untuk mereka bersama
semula kerana kini mereka bersama orang yang disayanginya. Namun Batrisya
berkeras. Rasa bersalah kerana merampas Eidham daripada Balkish membuatkan
keputusannya menjadi bulat.
Mata
dipejam seketika. Saat hidupnya mulai bahagia disamping Harriz, rumah tangga
kakaknya pula dilanda badai. Saat cintanya hadir buat Harriz, cinta Batrisya
pula padam terhadap Eidham. Ya ALLAH… kenapa semua ni terjadi? Kenapa perlu ini
yang berlaku disaat rasa bahagia mulai menjelma.
Ketika
inilah kata-kata Mak Aminah terngiang-ngiang di telinganya setiap kali dia
berduka lara dulu. “ALLAH sayang kita Kish. Disebabkan sayangnya ALLAH pada
kitalah maka ALLAH turunkan ujian yang setimpal dengan kekuatan yang kita
miliki. ALLAH tak akan uji hambanya dengan ujian yang tak setimpal dengan
kekuatan kita. Sebagai hambanya, kita patut bersyukur dengan ujian yang ALLAH
berikan. Itu bermakna ALLAH ingat kita dan ALLAH mahu kita juga sentiasa ingat
dan berdoa kepada-NYA.” Itulah kata-kata Mak Aminah yang sering dia jadikan
pedoman dalam hidupnya selama ini.
“Sayang…”
lembut Harriz memanggil. Tangan sebelah kirinya mendarat mengenggam jemari
sebelah kanan Balkish. Sedangkan tangan sebelah kanan memegang streng kereta
dengan kuat.
Balkish
buka mata. Air matanya diseka dengan belakang tangan sebelum dia memalingkan
wajah ke arah Harriz. Sebuah senyuman paksa dihadiahkan buat lelaki itu. Lelaki
yang begitu tulus menyayanginya. Kalaulah Harriz tahu dia pernah bercinta
dengan Eidham dan tahu Eidham masih menagih cintanya, adakah Harriz juga akan
mengambil tindakan yang sama seperti Batrisya? Adakah Harriz akan terus
menyayanginya lagi? Balkish tak tahu. Apa yang pasti dia tidak mahu kehilangan
Harriz.
Tidak!
Balkish tidak sanggup kehilangan untuk Harriz. Cintanya yang sedang berkembang
mekar buat Harriz membuatkan dia tidak mahu kehilangan lelaki itu. Dia perlu
berterus-terang kepada Harriz keadaan yang sebenar. Dia tidak mahu Harriz
mendapat tahu semua itu seperti yang Batrisya alami. Dia tidak mahu semuanya
jadi terlewat.
Nafasnya
ditarik panjang. Kemudian dihela perlahan.
“Kish
ada sesuatu nak bagitau abang.” Ujar Balkish.
“Apa
dia sayang?”
“Boleh
tak kita berhenti sekejap. Cari tempat yang sesuai untuk bercakap.” Pinta
Balkish. “Kish dah tak sanggup nak tanggung semua ni lagi. Abang perlu tahu dan
buat keputusan yang tepat. Kish tak nak terus-menerus membohongi abang.”
Sambung Balkish penuh berhati-hati.
Berkerut-kerut
dahi Harriz mendengarnya. Seperti ada yang mustahak mahu disampaikan oleh
isterinya itu. Pantas dia membelok ke jalan sebelah kanan. Mencari tempat yang
sesuai untuk dia dan Balkish berbual seperti yang dikehendaki oleh isterinya.
BMW
diberhentikan di bahu jalan setelah dia yakin tempat inilah yang paling sesuai
untuk mereka berbicara. Dulu, setiap kali dia dirundung masalah, tempat inilah
yang ditujunya. Dari sini, mereka dapat melihat pemandangan bandaraya Kuala
Lumpur dengan indah sekali.
Keadaan
di sini masih kelihatan ramai dengan pasangan kekasih dan remaja-remaja yang
sedang melepak. Maklumlah… malam baru menjangkau pukul 9.00 malam. Masih
terlalu awal. Tentu masih ramai yang mengambil peluang lepak-lepak di situ
sambil menikmati pemandangan yang indah. Lagipun dari sini dapat dilihat langit
yang terbentang luas bersama cahaya rembulan yang indah dan kerlipan-kerlipan
bintang yang menyinar.
Harriz
mengajak Balkish duduk di satu tempat yang tidak jauh dari kereta diparkirkan.
Tempat ini paling sesuai untuk mereka berbual. Di hujung sebelah kiri mereka
kelihatan ada pasangan sedang bercinta tengah berdating. Seronok bergelak
ketawa. Pasangan remaja yang bercinta, begitulah caranya. Di sebelah kanan pula
kelihatan beberapa orang remaja sedang lepak-lepak sambil bermain gitar dan
menyanyi-nyanyi.
“Apa
yang sayang nak bagitau abang?” tanya Harriz setelah melihat Balkish membisu
tanpa kata. Matanya merenung tepat wajah isterinya yang kelihatan muram itu.
Mendengar
pertanyaan itu, membuatkan perhatian Balkish pada bintang-bintang di atas
langit yang indah terhenti. Dia mengalihkan pandangan ke wajah Harriz. Nafas
ditarik panjang-panjang. Malam ini dia mahu memberitahu Harriz segala-gala yang
dia pendamkan selama ini.
“Sebelum
tu… Kish nak mintak maaf dekat abang kalau apa yang Kish katakan ini melukakan
hati abang. Kish tak berniat nak bohong abang selama ni.”
“Aik?
Siap nak mintak-mintak maaf segala. Dah macam nak sambut raya pulak. Macam
besar sangat kesalahan sayang ni.” Harriz mahu bergurau. Mahu menceriakan suasana
antara mereka berdua. Dia tak suka lihat Balkish dirundung masalah. Dia mahu
lihat isterinya itu ketawa dan tersenyum.
Segaris
senyuman nipis terukir di bibir mungil Balkish. Harriz! Lelaki itu suka sangat
bergurau. Suka menceriakan hidup Balkish.
“Memang
Kish buat salah besar dekat abang. Pasal tu Kish nak mintak maaf. Takut tak
sempat nak mintak maaf dengan abang waktu raya nanti.”
Cepat
Harriz mendaratkan jari telunjuknya ke bibir Balkish. Kepalanya
digeleng-geleng.
“Abang
tak nak sayang cakap macam tu. Raya tahun ni abang nak beraya dengan sayang.
Bukan tahun ni aje, untuk tahun-tahun yang seterusnya abang mahu sayang selalu
ada untuk abang.”
Balkish
mengangguk sambil memberi senyuman buat lelaki itu. Genggaman jari Harriz pada
jemarinya dieratkan.
“Ingat
lagi tak sebelum kita kahwin abang pernah tanya dekat Kish, adakah Kish pernah
bercinta sebelum ni? Tapi waktu tu Kish tak bagi jawapan apa-apa pun dekat
abang. Kish diam aje.”
Harriz
mengangguk. Memang benar dia pernah bertanyakan soalan itu kepada Balkish
sebelum mereka berkahwin dulu. Namun, tiada jawapan yang diberikan oleh
isterinya ketika itu. Malah dia juga sudah melupakan soalan tersebut.
Balkish
menghela nafas. Mengumpul kekuatan sebelum menyambung bicaranya. “Sebenarnya…
memang Kish pernah bercinta sebelum ni. Bercinta sepenuh hati walaupun ketika
itu Kish masih berada di sekolah menengah. Kish begitu sayangkan lelaki tu.
Cinta Kish ikhlas dan Kish tak pernah menduakan cinta kami.”
Harriz
seolah-olah mati kutu. Luahan Balkish membuatkan dia kehilangan modal untuk
bertanya soalan. Hanya wajah isterinya yang memandang tepat ke wajahnya itu
saja mampu dilihatnya dengan lama. Tanpa mata yang berkedip-kedip.
“Kish
mintak maaf, bang. Sebab Kish tak pernah berterus-terang dekat abang selama
ni.” Pinta Balkish. Pelupuk matanya mula digenangi air. Pandangan Harriz yang
agak menikam matanya itu membuatkan dia tidak pasti sama ada suaminya itu marah
ataupun tidak.
“Kish
tak berniat pun nak bohong abang. Cuma waktu itu… Kish masih belum bersedia
hendak menceritakan semuanya dekat abang. Bagi Kish… itu kisah lama yang telah
Kish kubur sedalam-dalamnya dan Kish tak mahu mengenang kisah itu lagi. Tapi…
semakin hari, Kish rasa semakin berdosa dekat abang. Kish tak patut rahsiakan
semua ni daripada pengetahuan abang.”
“Siapa
lelaki tu?” tiba-tiba soalan Harriz bergema. Menggetarkan hati wanita Balkish.
Pandangan suaminya itu masih kelihatan tajam.
Balkish
pejam sebentar matanya. Mengumpul kekuatan untuk memberitahu nama lelaki yang
pernah bertakhta di dalam hatinya sebelum ini. Nama yang jika boleh tidak mahu
diungkapnya lagi.
“Eidham.”
Ujar Balkish dengan mata yang sudah dibuka. Ingin sekali dia melihat reaksi
Harriz ketika ini.
“Eidham?”
Ulang Harriz sambil mengerut kening. Rasanya dia pernah dengar nama itu. Tapi…
dia kurang pasti.
Balkish
angguk. Memang Eidhamlah satu-satunya lelaki yang pernah bertakhta dalam
hatinya.
“Ya.
Eidham suami Kak Risya.”
Harriz
tercengang. Matanya tidak lepas daripada memandang Balkish. Nama itu…
membuatkan dia mula terbayangkan wajah Eidham. Tanpa diduga, dia melepaskan
genggaman pada jemari halus Balkish.
“Maafkan
Kish.” Ucap Balkish bersama air mata yang semakin mengalir dengan laju.
******************************************************************************
“KENAPA
abang tak marah bila Kish beritahu abang yang Kish kahwin dengan abang sebab
nak mengelak dari Eidham? Bukankah Kish ni tak jujur. Berkahwin dan
memperalatkan abang. Sepatutnya abang marah Kish dengan apa yang telah Kish
lakukan pada abang.”
Harriz
ketawa kecil. Tubuh Balkish ditarik sedikit supaya dekat ke tubuhnya. Kemudian
ubun-ubun isterinya itu dikucup penuh kasih.
“Buat
apalah abang nak marah tak tentu pasal dekat sayang semata-mata kerana hal
sebegitu. Sekurang-kurangnya sayang sudi berterus-terang.”
Balkish
pandang wajah Harriz. “Habis tu abang tak marah Kish sebab bohong abang selama
ni?”
Harriz
menggeleng-geleng. “Sumpah abang tak marah. Malah abang bersyukur sangat-sangat.
Disebabkan hendak mengelak diri dari Eidham, sayang jadi isteri abang. Saya
sudi pilih abang sebagai suami sayang. Abang bersyukur ALLAH buka pintu hati
sayang yang degil ni untuk terima abang masa tu. Biarpun ketika tu sayang
terima abang bukan seikhlas hati, sebab nak mengelak dari Eidham, tapi abang
langsung tak berkecil hati. Mungkin kalau bukan sebab nak mengelak dari Eidham,
sampai sekarang pun sayang tak akan jadi isteri abang dan akan terus membenci
abang. Maklumlah… abang ni kan King Of Crocodile.
Siapa yang nak berkahwin dengan King Of Crocodile
macam abang ni, kan?”
Balkish
terkedu. Dari mana pula lelaki itu tahu dia menggelar Harriz dengan panggilan King Of Crocodile selama ni? Hmmm… ini
mesti ada yang pecah rahsia. Entah-entah Aleya dan Ella. Mulut dua minah tu
bukannya boleh percaya sangat. Mulut tempayan.
“Ma…
mana ada Kish cakap abang ma… macam tu.” Alahai… tergagap pula Balkish menutur
kata. Selama ini Harriz tak pernah tahu pun nama ‘manja’ yang diberikan
kepadanya itu.
“Iye
ke? Habis tu… yang selama ni bukan sayang ke panggil abang King Of Crocodile?” tajam mata Harriz menikam wajah Balkish.
Membuatkan wanita itu melarikan pandangan ke arah lain. Ketika itu keadaan di
situ sudah sedikit sunyi. Sudah ramai yang pulang. Malam juga sudah semakin
merangkak tua.
“Saper cakap ni?”
“Aleya
dengan Ella. Diorang bagitau abang tadi. Selama ni diaorang kata sayang selalu
panggil abang King Of Crocodile. Tak
pun buaya jadian. Betul tak sayang?”
Hah…
dah agak dah! Mesti angkara Aleya dengan Ella. Betullah minah berdua tu. Tak
boleh nak simpan rahsia langsung. Padanlah rancak sangat berbual dengan Harriz
tadi. Rupanya bocorkan rahsia aku. Eiii… memang nak kena diaorang berdua ni!
“Du…
dulu memang Kish panggil abang macam tu. Tapi sekarang ni tak lagi.”
“Habis
tu sekarang sayang panggil abang apa pulak?”
sengaja benar Harriz mahu mempermainkan perasaan Balkish. Dia tahu isterinya
pasti berada dalam keadaan gundah-gulana sekarang ini.
Merah
wajah Balkish.
“Kish…
panggil abanglah.” Perlahan dia menjawab. Matanya dijatuhkan ke tanah.
Dapat
dirasakan pelukan Harriz semakin kuat memaut bahunya. Membuatkan tubuh mereka
bersatu dengan begitu dekat sekali. Sehinggakan wangian Hugo Boss yang dipakai
suaminya itu menyerbu masuk ke lubang hidung. Berdebar-debar Balkish ketika ini
dengan perlakuan romantik suaminya itu.
“I love you, sayang.” Ucap Harriz dengan
romantik sekali.
Balkish
pejam matanya seketika. Ucapan itu benar-benar membuatkan dia rasa bahagia.
“I love you too, abang.” Balasnya dengan
hati yang benar-benar ikhlas.
Tersenyum
Harriz mendengar kata balasan isterinya itu. Pipi Balkish dikucup penuh rasa
cinta.
“Sayang,
jom balik. Dah pukul sepuluh setengah ni.” ajak Harriz.
Balkish
mengangguk. Mereka kemudiannya jalan sambil berpimpinan tangan menuju ke
kenderaan yang terletak di bahu jalan.
******************************************************************************
TENANG sedikit rasa hati Batrisya bila sudah meluahkan segala-galanya kepada Balkish tadi. Namun disebalik ketenangan yang sedikit itu, terselit juga sedikit lagi rasa gundah yang menganggu jiwa. Keputusannya untuk berpisah dengan Eidham. Itulah yang bermain dalam benaknya kini. Perlukah untuk dia laksanakan keinginan dalam keterpaksaannya itu? Dia tidak pasti. Hatinya mula berbelah bahagi.
TENANG sedikit rasa hati Batrisya bila sudah meluahkan segala-galanya kepada Balkish tadi. Namun disebalik ketenangan yang sedikit itu, terselit juga sedikit lagi rasa gundah yang menganggu jiwa. Keputusannya untuk berpisah dengan Eidham. Itulah yang bermain dalam benaknya kini. Perlukah untuk dia laksanakan keinginan dalam keterpaksaannya itu? Dia tidak pasti. Hatinya mula berbelah bahagi.
Ikutkan
hati, dia memang sayangkan Eidham. Cintanya terhadap Eidham tidak pernah
berubah. Dari dulu hinggalah sekarang, hatinya tetap milik Eidham. Namun dalam
masa yang sama dia perlu mengundurkan diri. Untuk dia dia menjadi isteri Eidham
lagi? Andai cinta suaminya itu sudah tidak dia miliki lagi. Lagi pula, dia
bukanlah perempuan yang sempurna untuk Eidham. Dia tidak berdaya hendak memberi
zuriat untuk suaminya itu. Membuatkan rumah tangga mereka sunyi sepi.
Batrisya
mengiringkan badan ke sebelah kanan. Fikirannya bercelaru. Dalam masa yang sama
dia berkecil hati dengan tindakan ibu. Sampai benar hati ibu lakukan semua ini
kepada Balkish. Tidak pernah dia menyangka, ibu sanggup bertindak seperti itu.
Rupanya perkahwinan Balkish dengan Harriz adalah angkara ibu. Semua itu
Batrisya tahu bila dia mendengar perbualan ibu dengan Botak ketika dia berada
di hospital.
Botak
mengugut ibu. Meminta ibu memberikannya wang kepadanya. Jika tidak, rahsia ibu
akan dibongkarkan. Masih terngiang-ngiang di telinganya perbualan ibu dengan
Botak sehari sebelum dia mengambil keputusan untuk lari dari hospital.
“Kau
ni tak reti bahasa ke hah? Aku takde
duit. Aku tak ada duit banyak macam yang kau minta tu.” Ujar Hajah Badariah
menekan suaranya. Namun nada diperlahankan. Takut kalau-kalau Batrista tersedar
dan mendengar perbualan mereka itu.
“Alaaa…
takkan itu pun nak berkira puan. Setakat lima ribu… ketik jari pun tak jadi
hallah.”
“Hey… kau ingat lima ribu tu jatuh dari
langit ke? Aku susah payah bekerja tau. Lagipun aku dah bagi kau duit dua
minggu lepas.”
Botak
mendecit.
“Itu
dua minggu lepas. Takat tiga ribu… mana cukup.” Berlagak benar Botak bercakap.
Siap dengan gaya-gayanya sekali.
“Kepala
hotak kau. Kau ingat duit tu kau yang punya ke? Aku tak akan bagi.”
Botak
menjungkit bahu.
“Terpulang
pada puan la. Kalau puan rasa nak saya beritahu Cik Batrisya yang puan upah
saya ekori suami dan adik dia… jangan pulak nak menyesal nanti. Saya tak rugi
apa-apa pun.” Suara Botak sudah mula kedengaran mengugut.
Batrisya
yang masih berdiri di balik pintu hanya mendengar. Berkerut-kerut dahinya.
“Arghhh…
kau ni memang menyusahkanlah.” Gumam Hajah Badariah. Beg kulit Bonia yang
disandang di buka. Kemudian dia mengeluarkan beberapa keeping duit dari dalam
dompet
“Nah.
Dua ribu lima ratus.”
“Sikit
ni. Mana cukup.”
“Aku
dah kata… aku takde duit. Kalau kau tak nak… bagi balik duit ni.” Hajah
Badariah ingin mengambil semula wangnya yang berada di tangan Botak. Namun
lelaki itu terlebih dahulu melarikan wang ditangan daripada Hajah Badariah.
“Takpelah.
Dua ribu lima ratus pun okey. Tapi minggu depan aku mahu bakinya. Kalau takde… aku akan bagitau anak kau apa yang
telah kau lakukan dekat adik dia.”
Hajah
Badariah mengetap bibir. Geram kerana Botak sering mengugutnya sejak kejadian
itu. Menyesal pula dia kerana berurusan dengan lelaki seperti Botak. Salahnya
kerana terlalu percayakan lelaki itu. Kini, dia terpaksa membalas perbuatannya
dengan ugutan-ugutan Botak.
Bunyi
mesej masuk melalui handphonenya
mengembalikan Batrisya kembali ke alam nyata. Handphone dicapai. ‘Ibu’ itulah nama yang tertera pada skrin ketika
ini. Segera kotak menyimpan mesej dibuka.
‘Pulanglah.
Ibu rindukan Risya.’
Batrisya
menahan rasa hiba. Dia juga rindukan ibu. Terlalu merindui ibu. Namun bila
terkenangkan perbuatan ibu membuatkan dia kecewa dengan tindakan tersebut.
Banyak kali ibu menghantar mesej, tapi tiada satu pun yang dibalasnya. Banyak
kali ibu menelefon, namun tiada panggilan yang dijawabnya. Dia diam seribu
bahasa. Dia tahu ibu risaukan dirinya.
“Maafkan
Risya, bu. Risya sayangkan ibu. Tapi Risya kecewa dengan tindakan ibu. Apa yang
ibu buat dekat Kish, bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan segala masalah.
Maafkan Risya.” Bicara Batrisya sendiri.
******************************************************************************
BUNYI guruh yang berdentum di atas langit membuatkan Balkish tersedar dari lena. Dalam hati dia mula membaca doa yang diajarkan oleh Mak Aminah kepadanya ketika dia kecil. Masih diingati doa itu sehingga ke hari ini. Balkish memang takutkan bunyi guruh. Sejak dari kecil lagi. Jika ada bunyi guruh yang kedengaran, walau senyenyak mana pun dia tidur, pasti dia akan terjaga.
Bila
sahaja dia terjaga, dia akan pergi ke bilik Batrisya. Tidur bersama kakaknya
itu. Balkish memang tak dapat nak tidur seorang diri jika terdengar bunyi guruh
di atas langit. Mujur Batrisya amat memahaminya.
Mengenangkan
itu, Balkish teringatkan Batrisya. Pilu hatinya teringatkan kata-kata Batrisya
kepadanya tadi. Berkali-kali kakaknya itu menyalahkan diri sendiri dengan apa
yang telah terjadi. Sedangkan bagi Balkish, dia tidak pernah menyalahkan
Batrisya dengan apa yang berlaku. Semua ini adalah takdir hidupnya. Takdir yang
telah ALLAH tentukan buat mereka semua. Tidak patut Batrisya menghukum diri
dengan menginginkan perpisahan daripada Eidham.
Nafasnya
dihela. Dia nekad. Dia perlu bertemu dengan Eidham sebelum Batrisya menyuarakan
hasratnya kepada suaminya itu yang dia mahukan perpisahan dalam rumah tangga
mereka. Balkish tidak mahu melihat rumah tangga Batrisya runtuh di tengah
jalan. Balkish perlu menyelamatkan rumah tangga kakaknya. Balkish tahu Eidham
pasti keliru dengan perasaannya kini. Mustahil bagi lelaki itu membuang
perasaan cinta terhadap Batrisya memandangkan wanita itulah yang sering bersamanya
di kala suka dan buka.
Guruh
berbunyi lagi. Kali ini bersama dengan cahaya kilat yang memancar. Ini
membuatkan Balkish menjadi takut. Pantas dia merapatkan tubuhnya ke tubuh
Harriz yang lena disampingnya. Nyenyak sungguh suaminya itu tidur. Langsung
tidak mengendahkan bunyi guruh dan bising hujan yang semakin lebat. Letih
sangat agaknya.
Balkish
mengambil peluang ini untuk memerhati Harriz yang lena bersama dengkuran halus.
Inilah kali pertama dia dapat mengamati wajah suaminya itu tanpa gangguan.
Biasanya jika dia perhatikan Harriz, pasti lelaki itu dapat menangkapnya. Lepas
tu, mulalah perasan yang dia tu hensem.
Heheheee…
Balkish tersenyum nipis setiap kali mengenangkan tingkah Harriz yang semakin
hari semakin membuatkan dia tidak keruan.
Wajah
lelaki itu ditenung. Dari mata hingga jatuh ke dagu suaminya. Semua yang ada
pada Harriz menarik minat Balkish. Bibirnya tersungging senyuman nakal.
Perlahan-lahan dia menaikkan tangan bermain dengan hidung mancung suaminya itu.
Dicuit hidung Harriz membuatkan lelaki itu mengeliat. Menarik tubuh Balkish
rapat ke tubuhnya.
Balkish
tersentak. Terus dia berhenti dari bermain-main pada hidung Harriz. Matanya
memandang dalam ke mata Harriz yang terpejam rapat. Takkan dia sedar kut? Rapat
aje mata dia terpejam.
Tiba-tiba
guruh berdentum lagi. Kali ini bunyinya lebih kuat daripada tadi. Serentak itu
juga Balkish terus memeluk Harriz dengan erat. Mukanya disembamkan ke dada
Harriz yang bidang. Dia benar-benar takut.
Harriz
membuka sebelah matanya. Memandang Balkish yang sudah menyembamkan wajah ke
dadanya. Dia tersenyum nipis. Pantas dia mengeratkan lagi pelukan pada pinggang
Balkish untuk lebih rapat ke tubuhnya.
Bila lagu cinta
bergema
~39~
Ku bermimpi
Engkau Kembali
Wajah tenang kau berkata,
Sayang, aku cinta
Namun kita takkan bersama,
Dikau pergi takkan kembali
Sesal...Ku kecewa...
Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...
Ku terjaga
Dari mimpi lena,
Sedar pipi dibasahi,
Tangisku sendiri...
Merintih perasaan ini,
Tiada kata mampu diungkap...
Tiada yang mengerti
Engkau Kembali
Wajah tenang kau berkata,
Sayang, aku cinta
Namun kita takkan bersama,
Dikau pergi takkan kembali
Sesal...Ku kecewa...
Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...
Ku terjaga
Dari mimpi lena,
Sedar pipi dibasahi,
Tangisku sendiri...
Merintih perasaan ini,
Tiada kata mampu diungkap...
Tiada yang mengerti
……………………………
Stacy
– Pelangi Senja
EIDHAM
meraup wajahnya berkali-kali. Sudah genap sebulan Batrisya menghilangkan diri.
Tiada khabar berita pun tentang isterinya itu. Banyak kali dia cuba menelefon,
yang menjawab panggilannya hanyalah suara perempuan mesin. SMSnya juga
dibiarkan sepi. Satu-satunya SMS yang dia terima daripada Batrisya sebulan yang
lepas berbunyi ‘Sy slmt. Jgn risaukn sy. Sy perlukn msa utk memikirkn hala tuju hbgan
kita.’ Namun SMS pendek itu belum mampu memberikan nafas lega kepada
Eidham selagi dia tidak nampak sendiri keadaan Batrisya. Lagi pula SMS itu
memberi maksud yang begitu mendalam untuknya.
Sejak
kehilangan Batrisya, Eidham sudah tidak tinggal di rumah ibu mentuanya lagi.
Dia berpindah ke apartment yang
dibelinya di Kuala Lumpur sejak tiga bulan yang lalu. Kebetulan, Pak Sunya
telah memberikan amanah untuk dia mengendalikan syarikat guaman mereka yang
beroperasi di Kuala Lumpur. Niat dihati hendak memberitahu khabar berita itu
kepada Batrisya setelah dia bersedia nanti, tak sangka pula isterinya itu telah
pergi menghilangkan diri tanpa khabar berita.
Ibu
mentua dan tok mak juga melayan Eidham dengan dingin sekali. Hari ketika dia
baru pulang dari Kota Kinabalu sebulan yang lepas, Hajah Bedah melepaskan rasa
marah kepadanya. Teruk dia dimarahi oleh tok mak yang naik berang. Bertubi-tubi
soalan tok mak ajukan kepadanya. Semua berkaitan soalan perihal hubungannya
dengan Balkish. Namun soalan yang bertubi-tubi itu dibiarkan sepi tanpa
jawapan. Eidham tahu semua yang terjadi adalah salah dirinya. Dia tidak tahu
hendak memberikan jawapan kepada soalan yang diberikan.
Sedangkan
ibu mentuanya hanya diam seribu bahasa. Langsung tidak mengendahkan dirinya
ketika itu. Pasti ibu kecewa dengan tindakannya yang mengabaikan Batrisya dan
melukakan hati isterinya itu. Amanah ibu ketika hari pernikahannya dengan
Batrisya beberapa tahun yang lepas telah dipersiakan.
Eidham
merebahkan badannya di atas katil. Lengan diletakkan atas dahi. Tidak berkedip
matanya merenung siling.
Semalam,
dia mimpikan Batrisya. Wajah isterinya itu kelihatan begitu berseri-seri
bersama senyuman manis yang mekar menghiasi bibir. Namun sebaik sahaja dia
mendekat, Batrisya menjauhkan diri daripadanya. Seolah-olah Batrisya sudah
tidak mahukan dia lagi.
Sebuah
keluhan berat terlepas dari mulut.
Dia
sedar kesilapannya. Tidak patut dia melakukan semua itu kepada Batrisya.
Menduakan cinta isteri yang begitu ikhlas menyintainya setulus hati. Dia memang
bersalah dalam hal ini.
“Arghhh!!!” Eidham menjerit. Serabut rasa
otaknya ketika ini. Dia buntu. Dia rasa kehilangan sesuatu yang begitu berharga
dalam hidupnya. Dia rasa kosong sekosong kosongnya!
Kini
barulah Eidham sedar, dia tidak sanggup kehilangan Batrisya. Hidupnya tidak
sempurna tanpa wanita itu.
******************************************************************************
SEBULAN
yang lalu Batrisya bagaikan mayat hidup. Hanya jasadnya yang ada di depan mata,
namun jiwanya telah lama mati. Tapi hari ini, Batrisya adalah Batrisya yang
baharu. Batrisya sudah dapat menerima hakikat kehidupannya. Apa pun yang
terjadi, perjalanan hidup kena diteruskan. Dia bersyukur sangat ada adik yang
baik seperti Balkish. Yang sentiasa memberikan kata semangat kepadanya. Bukan
Balkish seorang, malah Aleya dan Ella juga banyak memberikan dorongan hidup
kepadanya. Sepanjang tinggal bersama dua wanita tersebut, Batrisya mula belajar
hidup berdikari.
Kini,
Batrisya sudah mampu tersenyum dan ketawa. Celoteh Aleya dan Ella membuatkan
dia terhibur. Bila dia berduka, Aleya dan Ella sering menghiburkan dia.
Benarlah kata Balkish, tinggal bersama Aleya dan Ella membuatkan hidup bertukar
ceria. Dua wanita itu gila-gila bahasa. Padanlah Balkish sentiasa gembira bila
berada di rumah ini dulu. Sahabat-sahabatnya inilah yang sering menjadi
penghiburnya. Bertuah sungguh Balkish kerana memiliki sahabat seperti Aleya dan
Ella.
Sejak
dua minggu yang lalu juga, Batrisya sudah mula bekerja di syarikat milik
sahabat Harriz yang baru beroperasi di Kuala Lumpur. Pada mulanya dia agak
segan bila Harriz menghulurkan bantuan pekerjaan kepadanya. Dia tidak mahu disangka
menggunakan kedudukan adik iparnya itu untuk mendapat pekerjaan. Kalau boleh
dia hendak mencari kerja dengan usaha sendiri. Tapi memandangkan Balkish yang
beria-ia mahu dia menerima tawaran Harriz itu, maka dia pun mulakan kerja
sebagai Pengurus Pemasaran di syarikat sahabat Harriz. Biarpun gaji tak sebenar
mana kerana syarikat tersebut masih baru beroperasi, namun Batrisya benar-benar
gembira bekerja di sana.
Senyuman
yang lebar menghiasi bibir mati kala bahunya ditepuk lembut oleh Ella.
“Amboi…
jauh benar Kak Risya melamun ye. Sampaikan Ella panggil pun tak dengar. Boleh
kongsi apa yang Kak Risya lamunkan tak?” Ella yang sedang asyik mengunyah
kerepek pisang Kak Limah itu sudah mula mahu mengambil tahu. Dasar penyibuk.
Pantang tengok Batrisya melamun sikit mulalah nak ambil tahu semua hal. Ella!
Ella!
“Takde apa-apa. Akak gembira sangat dapat
kenal dengan Leya dan Ella. Rasa tak kering gusi ketawa. Ella dengan Leya dah
banyak sangat buat hidup akak kembali ceria.”
“Itu
haruslah Kak Risya. Ella dengan Leya ni memang sentiasa menjadi penghibur di
kala duka.” Ella sudah masuk bakul angkat sendiri. Pantang betul dipuji.
Mulalah nak riak. Keningnya juga sudah diangkat-angkat.
“Huh…
tak habis-habis nak membangga diri. Riak benor.”
Bidas Aleya. Matanya dijulingkan ke atas.
“Huk eleh… jeles la tu.”
Batrisya
sudah ketawa kecil melihat pertengkaran dua sahabat itu. Aleya dengan Ella ni
memang jarang sangat bersependapat. Ada saja yang tak kena. Tapi… ada satu
perkara yang mereka memang sependapat, iaitu lelaki hensem! Pantang nampak
lelaki hensem sikit, mulalah dua-dua mata bagaikan hendak juling. Heheheee…
“Pukul
berapa Kish nak datang ni? Kata nak join
kita pergi makan Char Kway Teow
Kerang Kak Jenab. Perut aku dah lapar sangat ni.” Rungut Aleya. Jam dipergelangan
tangan digerling untuk kali yang ke enam belas. Ketika itu sudah menunjukkan
pukul 7.00 malam. Perutnya sudah mula bergoyang Inul. Dah tak boleh tahan tahap
kelaparan Aleya ketika ini.
“Kau
ni… kalau pasal makan memang nombor satu. Macam manalah badan tu tak bertambah
besar. Cuba tiru macam aku ni hah.
Tak gelojoh pun bab-bab makan ni. Buat releks
je. Pasal tu badan aku ramping macam kerengga.” Ujar Ella sambil
menayangkan bodynya yang konon-konon
ramping itu.
Aleya
mencebik. Rasa hendak termuntah dia mendengar kata-kata Ella itu. Tak
sudah-sudah dengan perasan sendiri dia tu!
“Helo Cik Ella Ratu Dangdut! Perut kau tu
lain. Perut aku ni lain. Perut aku ni sehari tak berisi, gastric mesti naik tau. Rasa nak keluar angin je sepanjang hayat!
Lagi satu… kau jangan nak perasan ye
badan kau tu ramping macam kerengga. Aku tengok kurus cekeding aje macam lidi.”
Balas Aleya. Tidak mahu kalah dengan Ella.
Ella
mencebik bibir. “Iye la… iye la. Kalau iye pun kau dah lapar tahap ibu singa,
tapi kau kenalah faham status Balkish sekarang ni. Dia tu isteri orang. Apa-apa
pun kena mintak izin dengan suami. Lebih-lebih lagi kalau nak keluar. Tak boleh
nak keluar sesuka hati macam tu aje. Tapi kan… aku tengok Encik Harriz tu
langsung tak nak berenggang dengan Kish. Mana Kish ada, dia pun ada sama.
Sampaikan kalau kami ada kuliah setiap hujung minggu pun Encik Harriz sanggup
tunggu Kish dalam kenderaan dengan setianya. Dah macam belangkas pulak aku
tengok diaorang berdua tu. Dulu… Kish benci sangat dekat Encik Harriz. Tup-tup
sekarang ni dah cinta mati pulak. Tak boleh nak berpisah walau sesaat.
Khakhakhaaa…” Seronok Ella tergelak. Terkenangkan pasangan suami isteri yang
baru bercinta itu benar-benar mencuit hatinya.
“Amboi…
sedapnya anyam ketupat. Dah banyak ke ketupat yang dianyam Cik Ella oi?” Suara
Balkish yang kedengaran itu membuatkan Batrisya, Aleya dan Ella berpaling.
Disamping Balkish kelihatan adik iparnya yang cute bernama Hanni.
Ella
tayang sengih.
“Eh’eh…
mana ada aku mengumpat kau, Kish. Aku cuma bagitau yang aku suka sangat tengok
kau dengan Encik Harriz sekarang ni. Romantic
husband and wife.” balas Ella. Tidak mahu Balkish salah sangka dengannya.
“Eh…
Harriz mana? Akak tak nampak pun bayang dia.” Tanya Batrisya setelah menyedari
ketiadaan Harriz datang bersama Balkish malam itu. Biasanya tak pernah
berenggang. Selalu aje datang berdua.
“Abang
Harriz memang nak ikut. Tapi malam ni kan malam jumaat. Ada majlis kenduri doa
selamat yang diadakan dekat masjid di kawasan perumahan, pasal tu Abang Harriz
tak ikut sama. Papa ajak Abang Harriz ke masjid. Jadi Kish pun datang dengan
Hanni berdua ajelah.” Jawab Balkish pada pertanyaan Batrisya.
“Owhhh… padanlah tak nampak batang hidung
Abang Harriz kau tu.” Ujar Ella bersama anggukan di kepala. Ayat ‘Abang Riz’
sengaja ditekan sedikit. Dia hendak ketawa bila Balkish memanggil Harriz dengan
panggilan ‘Abang Harriz’, namun ditahan ketawanya itu. Dulu bukan main lagi
Balkish panggil Harriz dengan panggilan King
Of The Crocodile. Sekarang ni dah berabang pula. Heheheee… inilah yang
dinamakan penengan rasa cinta.
Hah!
Baru Kish tau nikmat cinta!!! Itulah… dulu sombong sangat.
“So… tunggu apa lagi? Perut aku dah
berkeroncong sejak dari tadi lagi ni. Lagipun aku dah lama tak makan Char Kway Teow Kerang yang Kak Jenab
goreng tu. Dah terliur-liur dah ni. Jom la gerak. Nanti tak pepasal ada pulak
kerusi meja ni aku telan.” Aleya sudah menonong laju ke depan. Perutnya semakin
lama semakin kuat pula bunyinya. Dah lapar sangatlah maknanya tu. Tak boleh
ditahan-tahan walau seminit.
Balkish,
Batrisya, Hanni dan Ella hanya mampu menggeleng-geleng kepala melihat tingkah
Aleya itu.
Gerai
makan Kak Jenab bukanlah jauh sangat dengan kawasan perumahan Sungei Wang.
Hanya dua puluh minit berjalan kaki dah boleh sampai. Kalau naik kenderaan
pula, cuma mengambil masa sepuluh minit. Ikutkan hati, semua nak jalan kaki
aje. Dapat juga cuci-cuci mata berjalan. Tapi Aleya membantah. Katanya lambat
sampai. Dia dah lapar sangat. Mahu tak mahu kenalah juga pandu kereta untuk ke
sana.
Bukan
main berselera lagi Batrisya dan Hanni makan Char Kway Teow Kerang Kak Jenab. Sampai menambah dua kali.
Maklumlah… ini merupakan kali pertama mereka berdua merasa keenakan Char Kway Teow Kerang yang Kak Jenab
goreng. Memang sedap sangat-sangat. Kat sini, Char Kway Teow Kerang Kak Jenab memang terkenal dan menjadi pilihan
ramai.
Dulu…
Balkish, Aleya dan Ella rajin juga menikmati Char Kway Teow Kerang Kak Jenab setiap kali malas masak di rumah.
Sambil
menikmati kelazatan Char Kway Teow
Kerang, mereka semua berbual-bual. Banyak benda yang dibualkan.
Selesai
membuat pembayaran di depan kaunter, Balkish kembali semula ke meja mereka.
Ketika itu jarum jam sudah menunjukkan pukul 8.36 minit malam. Nasib baiklah
sekarang ni dia tengah mengangkat bendera jepun. Jika tidak tentu dia sudah
terlepas waktu solat kerana terlalu asyik bersembang dengan kakak dan
sahabat-sahabatnya. Hingga tidak sedar masa bergerak dengan pantas.
“Dah.
Jom balik.” Ajak Balkish. Kalau boleh dia tak naklah balik lewat sangat. Takut
menerima jelingan maut dan kata sindiran pedas ibu mentuanya pula. Lagipun
sekarang ini dia tengah menjalankan misi untuk memenangi hati ibu mentuanya
itu. Kenalah dia tunjukkan peribadi yang baik di hadapan Puan Sri Hanum yang
sering menyinga itu.
Masing-masing
mengangguk bersetuju dengan ajakan Balkish dan mengangkat punggung. Ketika
inilah Batrisya merasakan dunianya seakan-akan berputar dengan begitu pantas
sekali. Kepalanya pening dengan tiba-tiba. Dia rasa seperti hendak jatuh. Namun
nasib baiklah Aleya sempat menyambut tubuh Batrisya yang sudah longlai tidak
bermaya.
“Kak
Risya?” Terkejut benar Balkish melihat tubuh kakaknya yang sudah longlai di
pangkuan Aleya. Mata kakaknya terpejam rapat. Laju dia mendapatkan Batrisya.
“Kak
Risya. Bangun. Kenapa ni?” Balkish mulai panik. Tubuh Batrisya digoyang
berkali-kali. Wajah kakaknya ketika itu kelihatan begitu pucat sekali.
Orang
ramai yang sedang menjamu selera di gerai itu juga sudah menghampiri mereka.
Terkejut dengan keadaan Batrisya yang tiba-tiba sahaja rebah di situ.
******************************************************************************
BERITA yang disampaikan oleh doktor kepadanya benar-benar membuatkan Batrisya terpana. Dia kehilangan kata-kata untuk mengungkap bicara. Cuma tangannya sahaja yang menjalar mengusap lembut perutnya yang kempis namun sudah mula berisi. Lagi tujuh bulan, perut itu pasti akan membesar, sebesar-besarnya.
BERITA yang disampaikan oleh doktor kepadanya benar-benar membuatkan Batrisya terpana. Dia kehilangan kata-kata untuk mengungkap bicara. Cuma tangannya sahaja yang menjalar mengusap lembut perutnya yang kempis namun sudah mula berisi. Lagi tujuh bulan, perut itu pasti akan membesar, sebesar-besarnya.
Ucapan
tahniah daripada Balkish, Aleya, Ella dan Hanni juga tidak putus-putus diterima
sedari tadi. Bukan main gembira lagi mereka berempat dengan berita yang
disampaikan oleh doktor. Balkish terutamanya. Dah tak sabar-sabar adiknya itu
mahu bergelar makcik. Sampaikan berkali-kali dia memberi pesanan kepada
Batrisya untuk menjaga diri.
“Kak
Risya kena jaga diri tau. Jangan buat kerja berat-berat. Kalau Leya dengan Ella
dera Kak Risya buat kerja rumah, bagitau kat Kish. Biar Kish ajar diaorang.
Orang mengandung ni kenalah banyak berehat.” Kata Balkish dalam perjalanan
pulang. Dah macam ibu-ibu pula lagaknya itu. Entah sudah kali yang ke berapa
dia memberi pesanan yang sama.
“Eh’eh…
tak baik kau tuduh kami macam tu. Kak Risya pun dah macam kakak kami jugak.
Kami tak akan suruh Kak Risya buat kerja berat-berat. Semua kerja rumah biar
aku dengan Ella yang buat. Kak Risya kan tengah berbadan dua. Biar Kak Risya
jadi mem besar.” Sampuk Aleya yang
duduk di bahagian belakang.
“Ha’ah… betul tu. Kami pun dah tak
sabar-sabar nak tengok muka baby Kak
Risya. Mesti cute macam mama dia
jugak.” Sambung Ella pula. Dari tadi dia tak putus-putus memikirkan nama-nama
yang indah untuk diberikan kepada baby
Kak Risya. Macamlah dia pula yang mengandung. Sampaikan nak beri nama bayi
segala.
“Wah…
bestnya. Hanni pun excited sangat dengar berita tu.
Teringat pulak first time Kak Nis
diberitahu pregnant dulu. Waktu tu
Hanni orang yang paling happy sebab
nak jadi Mak Usu. Heheheee…” Hanni yang dari tadi memang banyak cakap sudah
mula bersuara kembali. Dia pun panik juga melihat Batrisya rebah tadi. Tak
sangka Batrisya rebah disebabkan perutnya yang sudah ‘berisi’ itu. Seronok
sangat!
“Hah…
kali ni kalau Kak Kish pulak yang pregnant
pasti Hanni bertambah happy.
Bertambah anak sedara.” Balas Ella.
Sengaja dia hendak menyakat Balkish yang tenang memandu.
Dengar
saja kata-kata Ella itu, Balkish terus menghadiahkan Ella dengan jelingan tajam
melalui cermin pandang belakang. Hanni yang seronok sudah ketawa suka mendengar
kata-kata Ella.
“Of course la. Hanni memang tak sabar nak
tengok Kak Kish pregnant. Sure Abang
Riz happy sangat-sangat kalau Kak Kish
pregnant. Tentu anak Kak Kish dengan
Abang Riz secantik dan sehensem mama dan papa diaorang” Hanni menyertai Ella
dalam edisi mengusik Balkish.
Serta-merta
wajah Balkish memerah. Terkenang pada perbualannya dengan Harriz sebulan yang
lepas. Suaminya itu sudah tidak sabar hendak menimang cahaya mata. Tapi apa
boleh buat, bulan ini dia datang haid pula. Nampaknya bukan rezeki mereka lagi
untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini.
“Secantik
dan sehensem? Twins ke?” Aleya pula menambah.
Laju
Hanni anggukkan kepala.
“Ha’ah.
Kalau boleh biarlah anak Kak Kish dengan Abang Riz nanti kembar. Tentu meriah.”
Tambah Hanni.
“Kalau
macam tu Kak Kish dengan Abang Riz kenalah bekerja kuat sikit kalau nakkan twins dalam waktu terdekat ni. Malam ni
kan malam jumaat. Elok sangat untuk bekerja keras untuk mendapatkan twins. Sambil tu dapat tambah pahala.”
Ella sudah berotak kuning.
Balkish
menjengilkan biji matanya kepada Ella melalui cermin pandang belakang.
Hisy…
apalah Ella ni?! Adakah patut cakap macam tu depan Hanni? Dahlah Hanni tu budak
bawah umur lagi. Tak malu betul si Ella ni! Aku cili kang mulut tu… baru tau.
Tau pulak dia pasal tambah pahala bab macam tu. Macamlah dia dah kahwin. Hisy…
memang teruk betullah kotoran dalam otak Ella ni. Kena Clorox ni!
Sedar
mata Balkish yang terjengil itu, cepat-cepat Ella mengubah topik perbualan.
Opsss…
lupa pulak yang Hanni ni budak tak
cukup umur untuk cerita-cerita macam tu. Heheee… Hati Ella berbisik sendiri.
Sedang
yang lain seronok berbual-bual, Balkish mengerling Batrisya yang diam tidak
berkutik di sebelahnya. Hanya jemari halus Batrisya sahaja yang tidak
lepas-lepas daripada mengusap perutnya yang masih kempis. Wajah kakaknya itu
pula kelihatan muram sahaja. Seolah-olah berita gembira itu tidak memberikan
kegembiraan buatnya. Balkish tahu pasti ada sesuatu yang bermain di minda
Batrisya ketika ini. Pasti berkaitan dengan Eidham. Balkish yakin itu!
Sebaik
kereta Kancil berhenti di depan rumah, Aleya dan Ella segera turun dari perut
kereta.
“Thank you, Kish.” Ucap mereka serentak.
Balkish
sekadar tersenyum dan mengangguk sebelum berkata sesuatu kepada kakaknya yang
berwajah muram. “Kenapa ni? Kenapa Kish tengok akak macam tak happy dengar
berita ni?”
Segaris
senyuman nipis terukir di bibir mungil Batrisya.
“Akak
happy sangat, dik. Cuma… akak tak
tahu kenapa akak tak boleh nak senyum?”
Jemari
Batrisya diraih. Digenggam erat jemari itu. Matanya merenung tepat wajah
Batrisya yang masih lagi muram tanpa senyuman manis.
“Kak
Risya… baliklah. Tentu ibu, tok mak dan Abang Eid rindukan kakak. Tentu Kak
Risya mampu tersenyum bila kongsi berita gembira ini bersama mereka.”
Batrisya
menghela nafas. Tiada jawapan yang diberikan. Hanya segaris senyuman
dilemparkan khas buat adiknya itu sebelum dia melangkah keluar.
“Kak
Risya… percaya cakap Kish. Tiada yang lebih mengembirakan kita bila dapat
berkongsi kegembiraan bersama orang-orang yang kita sayang. Kish bukan halau
akak, cuma Kish harap akak baliklah ke pangkuan ibu, tok mak dan Abang Eid.”
Pesan Balkish sekali lagi sebelum dia pergi meninggalkan kawasan perumahan
Sungei Wang.
Sebaik
sahaja Kancil milik Balkish meluncur meninggalkan kawasan rumah, Batrisya terus
masuk ke dalam biliknya. Otaknya mula berserabut dengan berita yang disampaikan
oleh doktor tadi. Saat ini, ketika hatinya mula dapat menerima untuk kehilangan
Eidham, benih lelaki itu pula tumbuh dalam rahimnya. Membuatkan Batrisya mula
ragu-ragu dengan keputusan yang diambil.
Satu
keluhan lahir dari bibir. Tangan masih melekat pada perut yang belum membesar.
Maklum, kandungan baru masuk dua bulan. Tentulah perutnya belum membesar lagi.
“Kenapa
waktu seperti ini kau hadir anakku? Ketika hati mama sudah dapat menerima untuk
kehilangan cinta papa. Kenapa tidak dari dulu anakku?” Bisik Batrisya pada
perutnya sendiri.
Matanya
dipejam. Tanpa dapat ditahan, air matanya tumpah membasahi pipi. Ketika ini,
entah kenapa dia rasa begitu rindukan Eidham. Dia rasa mahu berkongsi berita
gembira ini bersama Eidham. Tapi… gembirakah Eidham dengan berita ini? Batrisya
tidak pasti. Dia keliru.
******************************************************************************
BUKAN main rancak lagi Balkish bercerita pasal Batrisya yang disahkan hamil dua bulan itu kepada Harriz. Seronok sangat nampaknya dia. Sudah lama dia ingin melihat kakaknya itu menimang cahaya mata. Akhirnya, ALLAH telah mengkabulkan doa-doanya. Dia bersyukur sangat-sangat.
BUKAN main rancak lagi Balkish bercerita pasal Batrisya yang disahkan hamil dua bulan itu kepada Harriz. Seronok sangat nampaknya dia. Sudah lama dia ingin melihat kakaknya itu menimang cahaya mata. Akhirnya, ALLAH telah mengkabulkan doa-doanya. Dia bersyukur sangat-sangat.
Terima
kasih Ya ALLAH!
Rancak
bercerita, tiba-tiba Black Berry yang berdering mematikan bicara Balkish.
Pantas dia mendapatkan Black Berry yang terletak atas meja kopi berhadapan
dengan sofa. Skrin memaparkan si pemanggil adalah ‘ibu’. Laju dia menjawab
panggilan bersama senyuman yang terukir di bibir.
“Assalammualaikum,
bu.” Riang nada suara Balkish memberi salam. Matanya mengerling Harriz yang
duduk disebelah. Suaminya itu mula mengambil majalah kereta yang masih berada
di dalam bungkusan. Harriz, memang pengemar kereta-kereta mewah.
“Waalaikumusalam.
Kish buat apa tu?” itulah soalan ibu setiap kali menelefonnya kini. Pasti
bertanya apa yang dibuatnya
“Takde buat pe, bu. Tengah duk
sembang-sembang dengan Abang Harriz.” Beritahu Balkish dengan nada suara yang
riang.
Memang
Balkish gembira sangat. Setelah sekian lama dia mengharapkan hubungannya baik
dengan ibu, kini ALLAH telah menunaikan impiannya itu. Disebalik apa yang telah
terjadi, hubungan Balkish dengan ibu semakin baik. Dia bersyukur tidak
terhingga.
“Kish
sihat?” tanya ibu lagi.
Balkish
mengangguk-angguk. Macamlah ketika itu ibunya dapat melihat anggukan kepalanya
itu. Pantas dia tersenyum lebar.
“Alhamdulillah.
Kish sihat. Ibu macam mana? Tok mak?”
“Alhamdulillah,
kami sihat Kish. Errr… Kak Risya
macam mana Kish? Dia sihat-sihat aje kan?” di hujung talian nada suara ibu
kedengaran sedikit sayu. Pasti ibu begitu rindukan Batrisya.
Sebenarnya
seminggu selepas kes Batrisya melarikan diri dari rumah, Balkish telah pulang
ke JB untuk bertemu dengan Hajah Badariah. Dia yakin pasti ibu tengah risaukan
Batrisya. Maklum… kakaknya itu kan anak kesayangan ibu. Mestilah hati ibu risau
dengan kebisuan Batrisya itu. Tidak mahu ibu risaukan Batrisya dan rasa simpati
pada ibu memaksa Balkish untuk memberitahu Hajah Badariah di mana anaknya itu
berada. Bersyukur sangat ibu waktu itu.
Ikutkan
perancangan, Hajah Badariah hendak sahaja datang ke Kuala Lumpur untuk bertemu
dengan anaknya kesayangannya itu. Dia ingin memujuk Batrisya untuk pulang
semula ke rumah dan meminta maaf dengan apa yang telah terjadi. Namun Balkish
menghalang. Kata Balkish, berilah masa untuk Batrisya bersendirian untuk
sementara waktu ini. Bila Batrisya sudah tenang nanti, pasti kakaknya itu akan
kembali semula ke pangkuan ibu. Memikirkan ada betulnya apa yang Balkish
katakan, membuatkan dia membatalkan hasratnya itu. Terpaksalah dia memendam
rasa rindu yang menggunung tinggi terhadap puterinya itu.
Sayu
sungguh hati Hajah Badariah mendengar kata-kata Balkish ketika itu. Anak itu,
walaupun dia tidak pernah mencurahkan rasa sayang buatnya, namun sedikit dendam
pun tidak pernah Balkish taman buat dia dan tok mak. Malah, Balkish tetap
memaafkan segala kesalahan yang pernah dilakukannya dulu. Rasa bersalah dia
kerana telah membuatkan hidup Balkish menderita selama ini.
“Kak
Risya sihat, bu. Ibu janganlah risau sangat. Kish akan sentiasa tengok keadaan
Kak Risya. Sekarang ni Kak Risya nampak gembira sangat bekerja kat Plus
Company.”
“Baguslah
kalau Batrisya dah mula gembira, Kish. Ibu senang sangat mendengarnya. Entah
sampai bila Batrisya akan merajuk dengan ibu. Ibu rindu sangat dekat dia Kish.
Rasa dah tak tertahan rindu ibu ni pada Risya. Ibu menyesal sangat sebab buat
macam tu. Ibu tahu Risya pasti kecewa dengan apa yang telah ibu lakukan dekat
Kish sebelum ni. Ibu menyesal sangat.” Berkali-kali Hajah Badariah menyesali
perbuatannya yang bertindak mengikut kata hati itu.
“Ibu…
dahlah tu. Jangan ungkit lagi perkara lepas. Kish tak pernah salahkan ibu.
Setiap kejadian, pasti ada hikmah yang ALLAH sembunyikan. Ibu tak perlu nak
salahkan diri sendiri dengan apa yang terjadi. Kish pasrah menerima semuanya.
Yang penting sekarang Kish bersyukur sebab ibu dah dapat terima Kish menjadi
sebahagian daripada hidup ibu.”
Harriz
yang duduk di sebelah Balkish hanya menjadi pendengar setia pada setiap butir
bicara isteri dan ibu mentuanya itu. Balkish telah menceritakan segala-gala
kepadanya. Siapa diri isterinya itu yang sebenar. Barulah Harriz tahu kenapa
selama ini ibu mentua dan tok mak begitu dingin melayan Balkish. Tersentuh
hatinya mengenangkan nasib malang isterinya itu sebelum ini. Dia berjanji akan
menyayangi isterinya itu.
Semakin
tersentuh hati Hajah Badariah mendengar kata-kata Balkish. Sepatutnya dari dulu
lagi dia menjadikan Balkish sebahagian daripada hidupnya. Tapi disebabkan
dendam terhadap arwah suami dan arwah sahabat baiknya, iaitu ibu Balkish
memaksa dia membuang kehadiran Balkish dalam hidup.
“Terima
kasih, nak. Sebab Kish tak pernah berdendam dekat ibu.” Di hujung talian
Balkish dapat mendengar suara ibu yang sudah mula berubah.
Hati
Balkish disentuh rasa sayu bila mendengar Hajah Badariah memanggilnya dengan
panggilan ‘nak’. Tiba-tiba pelupuk matanya terasa digenangi air. Namun cepat
dia menyeka air itu daripada jatuh membasahi pipi. Dia tidak mahu menangis
lagi. Cukuplah selama ini dia mengalirkan air mata pilu. Kini… dia mahu
tersenyum bahagia.
“Sepatutnya
Kish yang berterima kasih dekat ibu sebab menjaga Kish selama ni. Tanpa ibu,
Kish tak tahu macam mana agaknya hidup Kish sekarang.”
Hajah
Badariah tersedu. Kata-kata Balkish dirasakan satu hukuman ke atasnya. Kebaikan
anak itu menyeksa batinnya. Kenapalah dia kejam sangat sebelum ini? Kenapalah
dia tak pernah berikan kasih sayang kepada Balkish ketika itu? Dia benar-benar
menyesal. Namun sesalnya ketika ini sudah tidak berguna lagi bila Batrisya
pergi meninggalkan dirinya.
“Ibu,
Kish ada berita gembira nak beritahu ibu.” Ujar Balkish. Berita gembira itu
perlu dikhabarkan kepada ibu. Tentu ibu gembira kerana tak lama lagi dia bakal
bergelar nenek.
“Apa
dia, Kish?”
“Kak
Risya. Kak Risya hamil dua bulan, bu.” Beritahu Balkish dengan gembira.
“Iye
ke Kish? Syukur Alhamdulillah. Syukur pada ALLAH.” Nada suara Hajah Badariah
sudah bertukar rentak. Kedengaran begitu gembira sekali dia dengan berita yang
Balkish sampaikan.
“Ibu
nak jumpa Risya.” Kerana terlalu gembira, Hajah Badariah menyuarakan hasratnya
ingin bertemu dengan Batrisya.
“Ibu…
beri Kak Risya masa. Nanti Kish pujuk Kak Risya balik kampung. Kish takut nanti
kalau ibu jumpa Kak Risya dengan cara mengejut, Kak Risya tak boleh nak terima.
Ibu sabar dulu ye. Kish pasti akan pujuk kakak balik kampung.”
Dihujung
talian kedengaran ibu melepaskan keluhan berat.
“Kalau
macam tu takpelah. Ibu harap Kish
jaga kakak baik-baik. Okeylah… ibu nak masuk tidur. Kish jaga diri baik-baik
ye. Sampaikan salam ibu buat Harriz. Assalammualaikum, Kish.”
“Kish
mintak maaf, bu. Waalaikumusalam.”
Setelah
talian diputuskan, Balkish menghela nafas. Bukannya dia tidak pernah memujuk
Batrisya supaya balik ke kampung, namun kakaknya itu berdegil. Rasa kecewa
Batrisya terhadap ibu dan Abang Eidham masih belum dapat dilenyapkan.
Ya
ALLAH… ENGKAU lembutkanlah hati kakakku. Kembalikanlah dia ke pangkuan ibu, tok
mak dan Abang Eidham.
“Kenapa
ni sayang? Monyok je? Ibu cakap apa?” bertubi-tubi Harriz memberikan soalan.
Balkish
berpaling ke arah suami yang sering berada di sisinya itu. Kepalanya
digeleng-geleng.
“Takde apa, bang. Ibu kirim salam dekat
abang.” Manja tutur kata Balkish.
“Walaikumsalam.
Kalau takde apa-apa… kenapa muka tu
tiba-tiba aje muram. Abang tahu mesti ada perkara yang bermain dalam fikiran
sayang, kan?” duga Harriz.
Balkish
mengeluh. Berat sungguh bunyi keluhannya.
“Entahlah,
bang. Kish tengah fikirkan pasal Kak Risya. Entah sampai bila Kak Risya nak
merajuk dengan ibu, tok mak dan Abang Eid. Kalau boleh Kish mahu kakak balik ke
kampung. Tapi Kish tak tahu macam mana lagi cara nak pujuk Kak Risya.”
“Bukan
senang untuk Batrisya terima semua ni semudah ABC, sayang. Tentu dia perlukan
masa yang agak lama untuk menerimanya. Buat masa ni… hatinya masih terluka.”
“Itu
Kish tahu. Tapi… Kish kesiankan ibu. Kish tahu ibu rindukan Kak Risya. Ibu dah
berkali-kali nak jumpa Kak Risya. Ibu tu sayang sangat dekat Kak Risya, bang.”
Harriz
mengangguk-angguk. Faham maksud kata-kata isterinya itu. Ibu mana yang tidak
sayangkan anak? Semua ibu menyayangi anak-anaknya. Begitu juga halnya dengan
mama. Biarpun mama kelihatan marah, tapi dia tahu mama begitu sayangkan
dirinya. Cuma mama kecewa bila dia tidak mahu mengikut kehendak mama untuk
berkahwin dengan Syarifah Ezora.
“Abang…
apa yang perlu Kish buat? Kish mahu satukan Kak Risya kembali dengan Abang Eid,
ibu dan tok mak.”
Harriz
menggaru-garu dagunya. Konon dia sedang berfikir.
“Sayang
nak mintak pandangan abang la ni ye?”
soalnya.
Balkish
mengangguk. Penuh semangat dia mengangguk-anggukkan kepalanya.
Harriz
tayang senyum. Otaknya sudah mula berjalan.
“Tapi
sebelum tu kiss dekat sini dulu.” Jari diarahkan ke pipi.
Bulat
mata Balkish melihatnya. Bibir diketap geram.
“Abang
ni ambik kesempatanlah.” Tungkas Balkish.
“Alaaa…
kiss sikit ajelah. Takkan itu pun
sayang abang ni nak berkira?”
Nafasnya
dihela. Pantas dia mendekatkan bibir ke pipi Harriz. Kemudian sebuah ciuman
dilekatkan ke pipi suaminya itu.
Harriz
tersenyum lebar. Tangannya diangkat lalu diletakkan atas bahu Balkish. Ditarik
isterinya itu supaya dekat ke dakapannya.
“Abang
rasa baik sayang call Eidham. Slow talk dengan dia. Mana tahu Eidham
dapat menyelesaikan semua masalah ni. Biasanya, sayang… orang perempuan ni
cepat cair bila orang yang dicintainya datang memujuk.” Cadang Harriz dengan
kening yang diangkat-angkat. Bibir pula mekar dengan senyuman.
Balkish
menjungkit kening.
“Iye
ke bang? Macam biasa buat je?”
Harriz
tayang sengih lagi.
“Heheheee…
dulu-dulu abang selalu buat macam tu kalau ada dikalangan girlfriends abang yang merajuk. Tapi sekarang ni tak lagi. Kalau
nak buat pun… untuk sayang sorang aje.” Laju jarinya mencuit hidung mancung
Balkish.
Balkish
terjerit kecil bila hidung mancungnya ditarik nakal oleh suaminya itu. Harriz
memang gemar menarik hidungnya. Namun perlakuan suaminya itu menerbitkan rasa
bahagia di hatinya. Semakin hari, rasa cintanya pada Harriz semakin berkembang
dengan mekar.
Semoga
cinta ini terus mekar di taman hati!
Bila lagu cinta
bergema
~40~
TIDAK
pernah Azura melihat wanita yang sedang berbual-bual dengan Dhia itu sebelum
ini. Inilah kali pertama dia melihatnya. Bukan main rapat lagi kelihatannya
mereka berdua itu. Siap ketawa-ketawa lagi. Macam ada sesuatu yang
mengembirakan hati mereka berdua. Mungkin wanita berambut perang itu adalah
teman Dhia ketika berada di luar negara.
Sejurus
kereta Honda yang dipandu wanita seksi itu beredar dari rumahnya, Azura
memasukkan selipar jepun ke kaki dan mengorak langkah mendekati Dhia yang masih
berdiri di sisi pintu pagar. Melambai-lambai ke arah wanita tersebut.
“Siapa
tu?” tanya Azura. Dia mengecilkan sedikit matanya untuk mengecam wajah teman
Dhia. Tapi… dia benar-benar tidak kenal wanita itu.
Dhia
berpaling dengan senyuman yang terukir mekar di bibir.
“Kawan.”
Jawabnya pendek.
“Aku
tak pernah pun nampak dia sebelum ni. Korang dah lama kenalkah?”
“Baru
je. Dia tu senasib dengan aku, Zura. Ditinggalkan bekas teman lelaki.” Balas
Dhia sambil melangkah untuk masuk ke dalam rumah.
Azura
membuntuti langkah Dhia. Hatinya mula dirundung rasa kurang senang melihat
wanita yang bersama Dhia tadi. Gaya wanita itu seolah-olah mempamerkan
peribadinya yang kurang elok. Bukan Azura hendak menilai seseorang tanpa usul
periksa, namun penampilan wanita itu menunjukkan siapa dirinya yang sebenar.
Azura tidak mahu Dhia terpengaruh dengan kawan yang tidak baik. Cukuplah sekali
Dhia pernah melakukan kesilapan.
“Dhia,
aku tak nak kau salah pilih kawan. Aku tengok kawan kau tu pelik sikitlah
orangnya.” Tutur Azura. Menyuarakan pendapatnya mengenai kawan baharu Dhia.
Serta-merta
Dhia berpaling. Memandang tajam wajah Azura. Dia tidak suka Azura berkata
begitu. Daripada kata-kata itu, dia dapat meneka pasti Azura telah mengesyaki
sesuatu yang ingin dia dan Amylia lakukan. Dia tidak mahu Azura tahu apa-apa
tentang rancangannya.
“Apa
maksud kau, Zura? Aku tak suka tau kau tuduh kawan aku macam tu. Suka hati
akulah nak kawan dengan siapa sekali pun. Kau takde hak nak masuk campur urusan
aku, Zura.”
Terkejut
Azura mendengar setiap patah ayat yang meniti keluar dari bibir Dhia. Tidak
disangka Dhia tegar mengeluarkan kata-kata sebegitu untuknya.
“Dhia?
Sampai hati kau cakap macam tu dekat aku. Aku ni bukan sahaja sahabat kau,
Dhia. Malah kita dah macam adik-beradik. Aku tak nak kau mengulangi kesilapan
yang sama. Lagipun, sejak kebelakangan ini aku selalu tengok kau balik lewat
malam. Kadang-kadang tu sampai ke subuh. Aku tak nak kau buat sesuatu yang
salah.”
Merah
menyala wajah Dhia ketika ini. Mendidih rasa hatinya mendengar nasihat percuma
Azura itu.
“Fine! Kalau kau tak suka aku tinggal
sini, aku akan keluar. Aku pun tak nak susahkan kaulah Zura. Aku boleh cari
rumah sendiri dan tanggung hidup aku.” Seraya itu Dhia melangkah laju naik ke
tingkat atas.
Azura
menggeleng-geleng. Bukan itu yang dimaksudkannya. Dia tidak pernah kisah Dhia
duduk di rumahnya itu. Dia lagi suka Dhia duduk di situ bersamanya.
Sekurang-kurangnya dia ada kawan berbual dan berkongsi cerita. Apa yang dia
tidak suka adalah sikap Dhia yang dirasakan semakin berlainan sejak kebelakangan
ini. Bukan dia tidak tahu pukul berapa Dhia balik ke rumah. Cuma dia malas
hendak menegur. Baru hari ini dia memberanikan diri untuk menegur sikap Dhia
itu. Itu pun setelah dia melihat kawan baharu yang pernah Dhia nyatakan padanya
dulu. Kalau kawan macam itulah yang dimaksudkan oleh Dhia, memang layak dia
memberikan nasihat. Dia tidak mahu Dhia tersalah pilih kawan dan akhirnya
membinasakan dirinya sendiri.
Pintu
bilik dihempas kuat. Mendidih sungguh rasa hati Dhia bila Azura dengan berani
menegurnya. Pantas beg pakaian beroda ditarik keluar dari almari. Kalau Azura
tak suka dia tinggal di sini, dia boleh keluar dan mencari rumah sewa untuk dia
tinggal.
“Ingat
aku kemaruk sangat agaknya nak tinggal kat rumah dia ni.” bentak Dhia. Laju
jari-jemarinya memasukkan pakaian ke dalam beg. Wajahnya masam mencuka. Sakit
benar hatinya dengan Azura.
Tok…
tok… tok.
Ketukan
pada muka pintu langsung tidak dihiraukan. Dia tahu pasti itu adalah Azura.
“Dhia…”
Panggil Azura. Lembut suaranya.
Dhia
tidak menjawab. Masih meneruskan kerjanya memasukkan pakaian ke dalam beg
beroda.
“Aku
mintak maaf, okey? Aku tak bermaksud pun nak suruh kau keluar dari rumah ni.
Kau janganlah pergi. Kalau kau pergi, kau nak duduk kat mana? Tinggal aje kat
sini. Aku janji tak akan masuk campur urusan kau lagi.” Sambung Azura yang
masih berada di luar bilik Dhia.
Jari-jemari
yang lancar memasukkan pakaian ke dalam beg terhenti. Nafasnya dihela. Perasaan
bersalah mula merundung jiwa. Tidak patut dia melenting marahkan Azura hanya
kerana sahabatnya itu menegurnya. Bila difikirkan semula, memang benar apa yang
diperkatakan oleh Azura kepadanya tadi. Kawan seperti Amylia bukanlah kawan
yang baik untuknya. Namun kerana keinginan memilik Harriz, Dhia lupakan semua
itu. Dia perlukan Amylia untuk menjayakan rancangannya demi memiliki Harriz Tan
Sri Hamdan.
Sebuah
keluhan keluar dari mulut Dhia.
“Aku
keluar kejap. Makanan dah tersedia. Kau turun makan ye.” Suara Azura kedengaran
lagi sebelum derap kakinya kedengaran meninggalkan kawasan bilik Dhia.
Dhia
merebahkan tubuhnya yang langsing itu di atas katil. Ingatannya mula berlegar
mengenangkan kejadian di Carrefour, Mid Valley petang semalam. Bukan main
bahagia lagi Harriz bersama isterinya ketika itu. Membeli-belah sambil
bergurau-senda.
“Harriz!
I tak akan biarkan perempuan tu memiliki you. You milik I! Tak akan ada seorang
perempuan pun yang boleh merampas sesuatu yang telah menjadi hak I.” Bulat
keputusan Dhia untuk memiliki Harriz.
Tiba-tiba
dia teringatkan rancangan yang diberitahu Amylia kepadanya tadi. Bibirnya
tersungging senyuman.
Bodoh
betul Amylia tu! Apa dia ingat aku teringin sangatkah nak ikut serta dalam
rancangan bodoh dia tu? Huh… dia tak tahu aku dah ada rancangan aku sendiri.
Sebelum aku singkirkan isteri Harriz, aku akan singkirkan kau dulu.
Dhia
ketawa. Tidak sabar rasanya untuk dia menjalankan rancangan yang telah
dirancang dengan teliti. Harriz! Harriz akan menjadi miliknya seorang.
******************************************************************************
“ARE you sure, sayang?” tanya Harriz lagi.
Masuk
kali ini sahaja, sudah lima kali dia bertanyakan soalan yang sama kepada
Balkish. Berat rasa hatinya hendak membiarkan Balkish pergi sendirian berjumpa
dengan Eidham. Memanglah dia yang beri cadangan untuk Balkish bercakap dengan
Eidham tentang Batrisya, tapi entah kenapa tiba-tiba dia rasa tak rela
membiarkan Balkish bertemu dengan bekas teman lelakinya itu. Harriz bimbang
hati Balkish akan berubah andai bertemu dengan Eidham.
Bimbang
ke cemburu? Suara hati mempersendakan tuannya.
Tak
kisahlah bimbang ke cemburu ke… yang penting Harriz tak mahu hati Balkish
kembali berpaling kepada Eidham. Dia tidak sanggup untuk kehilangan cinta
Balkish. Wanita yang amat dicintainya.
Dengar
soalan yang sama keluar dari mulut Harriz, Balkish sekadar mengangguk bersama
senyuman yang terukir di bibir mungilnya.
“Abang
temankan sayang.” Harriz menawarkan diri.
“Takpelah, bang. Biar Kish sorang bercakap dengan Abang Eid. Takut
nanti… dia tak selesa pulak bila abang ada sama.”
“Tapi…”
Belum
pun sempat Harriz menambah ayatnya, Balkish terlebih dahulu bersuara, “Abang
janganlah risau. Kish pergi jumpa Abang Eid untuk menyelesaikan semua masalah
antara kami bertiga. Kish tak nak rumah tangga Kak Risya dengan Abang Eid
runtuh. Kish tahu Kak Risya begitu sayangkan Abang Eid. Kish mahu mereka
bahagia.”
Harriz
mengeluh. Wajahnya terpancar rasa tidak senang. Risau dan cemburu bersatu
menjadi satu. Memang inilah kelemahan Harriz. Bila hatinya sudah begitu
menyintai seseorang, cemburunya cepat beraja di hati. Cemburunya membuak-buak.
“Abang
bukannya tak percayakan sayang. Tapi abang tak percaya langsung dekat Eidham
tu. Abang tahu dia masih cintakan sayang. Tengok pada caranya pun abang dah
dapat teka. Abang tak sukalah cara dia tengok sayang macam tu.”
Rasa
mahu sahaja Balkish ketawa mendengar kata-kata Harriz. Nampaknya suaminya itu
diserang penyakit cemburu. Padanlah beria-ia hendak menemankan dia untuk
bertemu dengan Eidham. Rupanya cemburu!
Namun
ditahan ketawa itu dari terus meledak. Dia tidak mahu mengguris hati suaminya.
Dia tahu kenapa Harriz cemburu. Rasa cinta dalam hati membuatkan perasaan
cemburu itu datang bertandang.
Seperti
juga apa yang dirasainya petang semalam. Bila mereka yang sedang seronok
membeli barangan dapur untuk kegunaan di apartment, tiba-tiba datang seorang
wanita menegur Harriz. Wanita cantik berambut keperangan itu diperkenalkan
Harriz kepadanya sebagai Dhia. Setelah Dhia berlalu, dia bertanya siapakah
Dhia? Wanita itu kelihatan begitu dingin terhadapnya. Tanpa berselindung, Harriz
memberitahu bahawa itulah wanita yang pernah mengetuk hatinya suatu ketika
dulu. Waktu itu, hanya ALLAH sahaja yang tahu rasa cemburu dalam hati Balkish.
Namun sebaik mungkin dia mengawal perasaan itu dari terus menjadi barah dalam
hatinya. Cemburu itu tanda sayang. Tapi cemburu yang berlebih-lebih hanya akan
menjadi pemusnah dalam sesebuah hubungan.
“Abang…
“ Balkish capai jari Harriz. Digenggam erat jari suaminya itu sebelum dia
menyambung kata. “Kalaupun dia cintakan Kish, yang penting dalam hati Kish ni
cuma ada nama abang sorang aje. Kish sayang dan cintakan abang. Takkan abang
masih ragu-ragu terhadap cinta Kish pada abang? Demi TUHAN… hati Kish dah Kish
berikan dekat abang. Selagi Kish bernafas, selagi itu cinta Kish milik abang.”
Harriz
menghela nafas. Entah kenapa begitu sukar untuk dia membuang rasa cemburu ini
dari terus beraja di dalam hatinya.
“Kish
dah beri hati Kish untuk abang. Abang kena percayakan Kish.” Ujar Balkish lagi.
Jemari Harriz dibawa dekat ke dada.
Kali
ini Harriz mengangguk. Tidak patut dia berperangai seperti ini. Sepatutnya dia
memberi sepenuh kepercayaan pada isterinya itu. Dia perlu yakin Balkish tak
akan mempersiakan kepercayaan yang diberikan. Lagipun Balkish bertemu Eidham
untuk menjernihkan rumah tangga Eidham dan Batrisya. Bukannya hendak menyambung
kembali kasih antara mereka berdua.
Demi
Balkish, Harriz menarik segaris senyuman di bibirnya. Rasa bersalah pula dia
kerana membuatkan isterinya itu jadi serba salah.
“Abang
mintak maaf sebab buat sayang jadi serba salah. Abang percayakan sayang. Sayang
pergilah jumpa Eidham. Abang tunggu sayang dekat sini. Tapi sayang abang ni
jangan nak nakal-nakal pulak ye?” seraya itu jemari Harriz naik mencuit hidung
mancung Balkish. Menyebabkan Balkish tertawa kecil.
“Eh…
takpe ke abang tunggu Kish dekat
sini? Kesian pulak abang kena tunggu Kish.” rasa kurang selesa pula Balkish
bila Harriz sanggup menunggunya di dalam kenderaan sahaja.
“Takpe
sayang. Demi isteri kesayangan abang ni… abang rela menunggu walau seribu tahun
sekali pun.” Amboi… Harriz sudah bermadah helah nampaknya. Padanlah dia ni
digelar playboy. Dengar saja kata-katanya itu. Hati wanita manalah yang tidak
akan cair. Romantik bukan main. Mujurlah dulu Balkish tak tergolong dalam
golongan yang mudah cari dek kata-kata beracun suaminya ini.
“Kalau macam tu, Kish pergi dulu ye. Doakan semuanya berjalan dengan
lancar.”
Tangan
Harriz dicapai. Dengan penuh rasa hormat dia mencium tangan itu.
“Abang tunggu sayang dekat sini.” Sebagai
balasan Harriz menghadiahkan sebuah kucupan di dahi Balkish.
Balkish
mengangguk-angguk. Kemudian dia keluar dari perut BMW milik suaminya itu dan
mengatur langkah ke restoren Kelasi untuk berjumpa dengan Eidham. Dia yakin
Eidham pasti sudah menunggunya.
Kakin
dibawa masuk ke dalam restoren. Melilau dia mencari-cari kelibat Eidham. Di
satu sudut yang agak terperosok, seorang lelaki berdiri sambil mengamit tangan
kepadanya. Balkish kenal benar lelaki berkameja biru laut itu. Lelaki itu
adalah Eidham. Pantas dia mengorak langkah menghampiri Eidham.
“Maaf.
Kish lewat.” Pinta Balkish. Bukannya dia sengaja hendak datang lewat.
“It’s okey. Abang pun baru aje sampai.
Duduklah.”
Balkish
menarik kerusi di hadapan Eidham. Melabuhkan punggung di situ. Ketika Eidham
mengamit tangan memanggil seorang pelayan, sempat dia memerhati keadaan diri
lelaki itu. Kelihatan tubuh Eidham sedikit kurus dan keadaannya juga agak
berserabut dengan jambang yang tidak dicukur. Rambut pula kelihatan sedikit
panjang. Terbit rasa simpati di hati Balkish melihat keadaan abang iparnya itu.
Teguran
seorang pelayan mematikan pemerhatian Balkish. Dia menolak lembut buku menu
yang dihulurkan dan hanya memesan jus orange sahaja.
“Kenapa
tak nak makan?” tanya Eidham bila Balkish hanya memesan minuman sahaja.
“Kish
dah kenyang. Takpelah… Kish minum aje.”
Eidham
sekadar mengangguk. Kemudian dia berpaling semula kepada pelayan yang masih
setia menunggu pesanan daripadanya.
“Watermalon
jus.” Pesan Eidham. Perutnya juga terasa tidak lapar.
Pelayan
lelaki itu pun berlalu bersama pesanan yang diminta.
Buat
seketika, Eidham dan Balkish mendiamkan diri. Masing-masing melayan perasan
sendiri. Balkish memerhati Eidham. Abang iparnya itu kelihatan tidak banyak
berbicara. Wajah sugul Eidham cukup meruntum hati wanita Balkish. Jika sebelum
ini, setiap kali bertemu dengan Balkish, pasti Eidham akan merayunya. Tapi hari
ini lelaki itu diam seribu bahasa.
Tidak
sampai tiga minit, pelayan tadi datang semula bersama minuman yang dipesan.
Diletak kemas atas meja.
“Thanks.” Ucap Eidham.
Pelayan
itu hanya tersenyum dan mengangguk sebelum berlalu.
“Jemput
minum, Kish.” Pelawa Eidham.
Balkish
angguk. Kemudian dia menyedut perlahan orange jus yang berada di depannya.
“Kak
Risya apa khabar?” pertanyaan Eidham itu membuatkan Balkish angkat kepala dan
memandang tepat ke wajah Eidham.
“Alhamdulillah…
akak sihat.”
Perlahan
Eidham mengangguk. Lega dia mendengar jawapan yang meniti keluar dari bibir
Balkish.
“Alhamdulillah.
Senang hati abang mendengarnya.” Ucap Eidham.
“Abang
sedar semua ni salah abang. Kalaulah abang tak buat perangai… tentu Kak Risya
tak tinggalkan abang dan keluar dari rumah. Abang menyesal, Kish. Abang tak
patut buat Kak Risya macam tu. Abang bukan lelaki yang baik. Sepatutnya Kak
Risya jumpa lelaki yang baik untuk menjaganya. Bukan lelaki seperti abang. Bila
Batrisya pergi tinggalkan abang, barulah abang sedar dalam hidup ini abang
begitu perlukan Kak Risya. Abang begitu cintakan dia. Maafkan abang atas apa
yang terjadi Kish. Abang tahu abang buat salah dekat semua. Abang bukan saja
lukakan hati Kish dengan Kak Risya, malah abang juga dah lukakan hati ibu dan
tok mak. Abang persiakan janji abang pada ibu untuk menjaga Batrisya
sebaiknya.” Sambung Eidham dalam nada kesal. Kesilapannya membuatkan dia
seakan-akan pasrah dengan kehendak Batrisya yang menginginkan perpisahan dalam
rumah tangga mereka.
Semalam,
Batrisya ada menghantar mesej kepadanya selepas Balkish menelefon memberitahu
ingin berjumpa. Dalam mesej ringkas itu, Batrisya minta untuk dilepaskan.
Sampai ke saat ini, dia seakan tidak percaya dengan apa yang diingini isterinya
itu. Dia binggung. Hatinya tidak mahu melepaskan Batrisya. Tapi… dia juga tidak
berhak untuk mengikat Batrisya andai isterinya itu sudah tidak bahagia lagi
hidup sebagai isterinya. Lagipun… semua ini salahnya!
“Semalam
Kak Risya hantar SMS dekat abang. Dia mahu abang lepaskan dia. Dia kata dia dah
tak perlukan abang lagi dalam hidupnya. Dia dah tak cintakan abang lagi. Mesti
Kish nak jumpa abang ni untuk beritahu hal yang sama kan?”
Terkejut
Balkish mendengar kata-kata Eidham itu. Batrisya hantar mesej kepada Eidham
minta dilepaskan? Demi ALLAH Balkish tak tahu pun pasal ni. Memang dia tahu
Batrisya berhasrat minta diceraikan, tapi dia tidak tahu pula bila masa
kakaknya itu bulat dengan keputusannya itu.
“Abang
pasrah, Kish. Abang yang mulakan semua ini. Abang memang berhak menerima
hukuman sebegini daripada Kak Risya.”
“Semudah
itu Abang Eid menyerah?” nampaknya Balkish tidak berpuas hati dengan jawapan
Eidham itu. Rasa geram mula bermukim dalam hatinya. Hisy… lelaki jenis apa
Eidham ni sampai sanggup menyerah kalah sebelum berjuang. Sedangkan sebelum
ini, Eidham pernah merayu-rayu kepadanya untuk dia kembali ke pangkuan Eidham.
Kenapa bila berdepan dengan Batrisya, Eidham perlu menyerah kalah semudah ABC?
Kalau
benar Eidham cintakan Batrisya, buktikan! Rebut kembali cinta Batrisya yang
pernah dipersiakan. Jangan lakukan kesilapan yang sama.
“Apa
lagi yang abang perlu buat, Kish? Dah terang-terang abang ni bukan suami yang
baik. Abang yang buat hal. Jadi seharusnya abang terima semua ini. Mungkin Kak
Risya dah tak cintakan abang lagi. Dia dah bencikan abang.”
Laju
Balkish menggeleng-gelengkan kepalanya. Mungkin mulut Batrisya mengatakan
benci, tapi Balkish tahu jauh dalam lubuk hati kakaknya itu masih tersimpan
kukuh rasa cinta buat Eidham.
“Tidak!
Kish tak percaya Kak Risya tak cintakan Abang Eid. Kish kenal kakak Kish. Kak
Risya begitu cintakan Abang Eid. Mungkin sekarang ni Kak Risya tengah binggung.
Pasal tu dia buat keputusan macam tu. Abang Eid… kalau benar Abang Eid juga
masih cintakan Kak Risya, tolonglah jangan bersetuju dengan permintaan kakak
yang satu tu. Kish tahu dia sayangkan Abang Eid sepenuh hatinya.”
Bersungguh-sungguh Balkish meyakinkan Eidham.
“Abang
Eid kena kuat. Kalau Abang Eid berserah tanpa berjuang, itu maknanya Abang Eid
tak cintakan Kak Risya sepenuh hati Abang Eid. Kish tahu… mungkin kesilapan
Abang Eid sebelum ni disebabkan rasa sunyi dalam rumah tangga Abang Eid dengan
Kak Risya. Pasal tu Abang Eid merayu cinta Kish semula. Sedangkan dalam hati
Abang Eid ada nama Kak Risya. Abang Eid abaikan semua tu sebab kesunyian yang
melanda. Abang Eid, Kish tak pernah berdendam dengan Abang Eid walau sebesar
kuman sekali pun. Kish bersyukur sebab Abang Eid jadi pilihan Kak Risya.
Sekurang-kurangnya Kish kenal hati budi Abang Eid.” Balkish berhenti seketika
sebelum menyambung katanya semula. “Abang Eid pujuklah Kak Risya. Dia masih
cintakan Abang Eid. Kalau Abang Eid nak tahu… sekarang ni Kak Risya tengah
mengandung dua bulan. Takkan Abang Eid tergamak nak ikut kehendak Kak Risya
yang tak masuk dek akal tu? Takkan Abang Eid nak tinggalkan Kak Risya kala anak
Abang Eid bersamanya sedang membesar dalam rahim Kak Risya?”
Berkerut
dahi Eidham. Rasanya dia tidak salah dengar bila Balkish menyebut perkataan
mengandung dengan jelas.
“Batrisya
mengandung?” tanya Eidham bagaikan tidak percaya. Berita inilah yang
ditunggunya selama ini. Tak sangka hari ini dia mendengarnya daripada mulut
Balkish.
Balkish
anggukkan kepala. Laju benar dia mengangguk. Dah serupa burung belatuk.
“Iye
Abang Eid. Kak Risya dah pregnant.
Tak lama lagi Abang Eid akan jadi ayah dan Kak Risya jadi ibu. Bukankah ini
yang kalian berdua nantikan? Jadi tolonglah… jangan bersetuju dengan permintaan
Kak Risya yang satu tu. Abang Eid kena bertegas demi anak yang Kak Risya
kandungkan.”
Perlahan-lahan
bibir Eidham terukir senyuman. Gembiranya hanya ALLAH sahaja yang tahu. Inilah
yang dinanti-nanti dalam rumah tangga mereka. Dalam badai yang melanda, ALLAH
telah mengurniakan sesuatu yang begitu indah. Melonjak hati Eidham ingin
bertemu dengan Batrisya. Ingin sekali dia berkongsi berita gembira itu bersama
isterinya.
“Syukur,
Alhamdulillah! Betul ke ni Kish?”
Laju
kepala Balkish mengangguk lagi. Dia tidak main-main dalam perkara serius ini.
Dan kerana perkara ini jugalah dia mengambil keputusan untuk bertemu dengan
Eidham. Eidham perlu tahu keadaan isterinya. Dia mahu melihat kakak dan abang
iparnya itu bahagia semula.
“Alhamdulillah…
terima kasih Ya ALLAH! Terima kasih sangat-sangat.” Tidak putus Eidham
mengucapkan rasa syukur. Tangan ditadah ke hadrat Ilahi. Gembiranya dia dengan
berita ini.
“Boleh
Kish bawa abang jumpa Kak Risya? Abang nak bawa balik isteri abang, Kish. Abang
nak perbaiki rumah tangga kami.”
Balkish
mengangguk lagi. Dia berjanji akan membawa Batrisya kembali ke pangkuan Eidham.
“Memang
itulah yang Kish harapkan. Abang Eid jangan risau. Kish pasti akan temukan
Abang Eid dengan Kak Risya.”
Lebar
senyuman di bibir Eidham.
“Terima
kasih, Kish. Terima kasih banyak-banyak. Kish memang wanita yang baik. Abang
bersalah dengan Kish. Sebab abang…”
Belum
sempat Eidham menghabiskan bicaranya, Balkish terlebih dahulu memotong kata.
“Sudahlah
tu Abang Eid. Perkara dah lepas. Yang penting sekarang Kish mahu Abang Eid jaga
Kak Risya sebaik-baiknya.”
“Insya-ALLAH…
abang janji akan jaga Kak Risya dengan baik.” Janji Eidham.
Di
satu sudut yang agak jauh, kelihatan Harriz sedang memerhati gelagat Balkish
bersama Eidham. Timbul rasa cemburu dalam hatinya ketika itu. Namun cepat-cepat
dihalau perasaan itu dari terus bermukim. Dia takut perasaan cemburu itu bisa
menjadikan dia orang yang tidak waras. Dia perlu yakin dengan Balkish.
Ouh~ So sweet~ Takat nih je ke akak update?
BalasPadamye syg..takat ni je sebab dah nak keluar versi cetak bulan disember ne..hehehee
Padam