Bila lagu cinta
bergema
~21~
Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
……………………………………………………
Motif – Tuhan Jagakan Dia
“SELAMAT
pengantin baru… semoga kekal abadi… bahagia ke anak cucu… semoga murah rezeki…
Alhamdulillah… bertemu jodohnya… berkat kesucian dalam perhubungan.”
Mendayu-dayu suara Kak Norma mendendangkan lagu selamat pengantin baru. Lagu
yang lebih dituju khas buat Balkish yang tak lama lagi akan bergelar raja
sehari. Nampaknya tak lama lagi Balkish akan sama status dengannya. Bukan lagi
Cik Balkish, sebaliknya Puan Balkish. Heheheee…
Sejak
tahu Balkish dan Harriz bakal berkahwin, Kak Norma dan geng sekutu tak pernah
jemu nak mengusik. Ada sahaja bahan yang dijadikan usikan. Kadang-kadang tu
Balkish rasa nak marah juga, tapi bila tengok telatah Kak Norma yang mencuit
hati itu terus amarah Balkish terbantut. Tak jadi dia nak marah.
“Amboi…
bakal pengantin baru ni… muka berseri-seri. Inilah yang dikatakan dengan seri
bakal pengantin baru. Nanti bila lepas kahwin, serinya lain macam pulak.
Heheheee…” Usik Kak Norma setelah punggung dilabuhkan di atas kerusi kosong
depan Balkish. Kerusi kosong yang ditarik dari tempatnya. Malas dia nak duduk
atas sofa yang berhadapan dengan Balkish itu. Rasa jauh dan tak puas nak
bersembang berdepan.
Balkish
malas nak layan. Tangannya masih ligat menaip kertas kerja yang diberikan oleh
Encik Fahmie kepadanya awal pagi tadi. Kalau melayan Kak Norma berborak, memang
tak siaplah kerja dibuatnya.
“Kish,
akak tanya sikit boleh tak?” pinta Kak Norma. Kerusi beroda itu
dipusing-pusingkan ke kiri dan ke kanan.
“Hmmm…”
hanya itu jawapan yang keluar dari mulut Balkish. Sementara mata masih setia
tertancap depan komputer. Tangan pula masih ligat menari-nari atas keyboard.
Kertas kerja itu perlu disiapkan petang ini juga. Jika boleh, sebelum bercuti
Balkish mahu menyiapkan semua kerja-kerjanya. Jadi tak adalah yang tertangguh
ketika dia bercuti nanti.
“Sejak
bila Kish bercinta dengan Encik Harriz tu? Selama ni… kalau akak usik Kish
dengan Encik Harriz, bukan main melenting lagi Kish. Siap mengamuk sakan gitu.
Tup-tup sekarang ni dah nak kahwin dah pun. Ceritalah dekat akak sejak bila
bunga-bunga cinta berkembang dengan mekar. Manalah tahu kalau-kalau jalan
cerita cinta Kish ni menarik… boleh akak buat untuk dijadikan novel. Tentu
laris jualannya.”
Sempat
Balkish menjulingkan biji matanya ke atas mendengar butir bicara Kak Norma itu.
“Takde sejak bila-bila pun.” Itu jawapan
Balkish. Jawapan yang buat dahi Kak Norma berkerut empat belas kerutan. Kena
pakai SKII untuk hilangkan garis-garis kedutan itu.
“Habis
tu kalau takde sejak bila-bila macam mana Kish boleh kahwin dengan Encik
Harriz? Bukan selama ni selalu sangatkah Kish mengeluh bencikan Encik Harriz
tu?” soal Kak Norma yang sudah kebinggungan itu.
“Inilah
jodoh namanya Kak Norma. Pasal tu kumpulan Radja pernah kata, ‘jangan bilang
benci’.” Suara yang menyahut itu bagaikan elektrik yang membuatkan Kak Norma
dan Balkish terkena renjatan. Mujur kedua wanita itu tak jatuh dari atas kerusi
yang mereka duduki.
“Krussss… semangat. Terkejut akak.” Kak
Norma urut dada. Mujurlah yang buat renjatan elektrik itu adik ipar majikannya
iaitu Harriz Tan Sri Hamdan, kalau orang lain sudah lama kepala tu Kak Norma
sekeh. Depan adik ipar bos kenalah buat ayu-ayu sikit.
Balkish
sudah menjeling geram. Hisy… dia ni tak reti nak bagi salam langsung. Main
terjah-terjah aje. Nasib baik aku dengan Kak Norma tergolong dalam golongan
orang-orang yang tak ada penyakit berhubung dengan jantung-jantung ni, kalau
tidak dah ‘gol’ kami berdua dek terjahan sang buaya jadian ini.
“Sorry Kak Norma. Tak sengaja.” Pinta
Harriz yang sudah menggaru-garu tepi telinganya. Dia sedar dia bersalah. Bukan
niatnya mahu menerjah dua wanita itu, tapi dia hanya mahu membalas pertanyaan
Kak Norma. Lagipun dia cukup yakin Balkish tak akan menjawab soalan Kak Norma
itu. Jadi dia pun ambil jalan sebagai ‘bagi pihak’ kepada Balkish.
“Heee…
takpe Encik Harriz. Kak Norma tak kisah. Dah biasa dengan terjahan-terjahan
macam ni.”
Balkish
mencebik. Kak Norma ni kalau dah berdepan dengan Harriz memang gabra tak tentu
pasal. Entah-entah pijak semut pun tak mati.
Kak
Norma buat muka berkerut beribu-ribu. Cuba memproses tajuk lagu kumpulan Radja
‘Jangan Bilang Cinta’ yang disebut oleh Harriz sebentar tadi. Adakah tajuk lagu
kumpulan Radja seperti itu? Setahu Kak Norma tajuk lagu kumpulan Radja yang
popular itu adalah ‘Jangan Benci Bilang Cinta’. Adedeh… ini sah Encik Harriz
dah tersalah bagi tajuk lagu. Hisy… buat rosak tajuk lagu aje Encik Harriz ni.
Tapi…
Kak Norma tak beranilah pula nak tegur kesalahan tajuk lagu yang diberitahu
oleh Encik Harriz itu. Kak Norma hanya berdiam diri dan tersengih panjang.
“Sayang,
jom kita lunch?” ajak Harriz pada
Balkish. Bukan main romantik lagi dia memanggil Balkish dengan panggilan
‘sayang’.
Ini
membuatkan mata Balkish membulat memandang Harriz yang tersenyum-senyum itu.
Kak Norma yang dengar Harriz panggil Balkish dengan panggilan sayang pun sudah
tersenyum panjang. Romantiknya….. terkenang pula dia waktu mula-mula bercinta
dengan suaminya dulu. Jiwang bagai nak rak dunia percintaan mereka berdua.
Macam filem Hindustan. Hikhikhikkk…
Balkish
rasa nak cekik aje leher Harriz ketika itu juga. Namun dia kenalah
banyak-banyak bersabar. Kena kuatkan iman dalam hati. Dia tak nak jadi bakal
pengantin yang membunuh bakal suaminya hanya kerana dipanggil dengan panggilan
‘sayang’. Nanti tak pepasal terfemes pula dia satu Malaysia Tanah
Air Ku yang terchenta ini.
Dengan
rasa geram yang bergumpal dalam hati, Balkish mengajar bibirnya untuk
tersenyum. Belajar untuk jadi pelakon utama terhebat.
“Errr…
tak bolehlah Encik Harriz. Encik Fahmie ada bagi kerja ni. Kena siap untuk
petang ni jugak. Esok awal pagi Encik Fahmie nak bawa pergi meeting.” Balas Balkish. Nadanya
kedengaran lembut bak wanita melayu akhir zaman.
Kak
Norma sudah mengangkat punggung untuk berlalu ke tempatnya. Tak naklah dia
kacau daun dua sejoli yang nak bersembang. Lagipun, dia pasti Balkish tak
berapa selesa bila dia berada di situ untuk pasang telinga mendengar butir
bicara mereka. Biarpun dalam hati Kak Norma teringin sangat nak dengar bicara
pasangan sepadan itu. Entah macam manalah gayanya Balkish bila berdepan dan
berbual dengan kekasih hatinya itu. Tentu malu-malu kucing siam betina. Heheee…
Tapi
ada satu yang tak patut. Patut ke Balkish masih panggil Harriz dengan panggilan
‘Encik Harriz’? Husy… tak romantik langsunglah Kish ni. Kan elok panggil abang
ke… sayang ke… darling ke… bie ke… baru kedengaran lebih mesra dan manis
daripada biasa. Takkan dah kahwin nanti masih nak panggil Encik Harriz jugak.
Tak patut! Tak patut!
Harriz
mengangkat pergelangan tangannya. Mengerling jam tangan yang melingkar kemas
pada pergelangan tangan sebelah kiri. Ketika itu jam tepat-tepat menunjukkan
angka satu tengahari. Maknanya waktu lunch
sudah pun berkumandang.
“Tapi
kan sekarang ni dah masuk waktu lunch.
Takkan nak buat kerja jugak? Kerja tu nanti jam dua sambung semula. Dah
termaktub dalam pekeliling syarikat, waktu lunch
kena keluar lunch.”
“Tapi…”
“Takpe.
Nanti abang bagitau dengan Abang Mie jangan dera bakal isteri abang ni kerja
teruk-teruk. Kalau tidak…” Selamba sahaja Harriz menyusun katanya. Penumbuknya
dikepal-kepal. Konon-konon nak bagi penumbuk sulung pada abang iparnya itu
andai kata mendera bakal isteri kesayangannya ini kerja teruk-teruk.
Uwek!!!
Rasa nak muntah Balkish mendengar Harriz yang sudah membahasakan dirinya sebagai
abang itu. Belum apa-apa Harriz dah kemaruk sangat guna panggilan itu. Tak
sesuai langsung!
“Jomlah.
Abang dah lapar ni.” ujar Harriz dalam nada mendesak. Dia mengusap-usap
perutnya yang berotot itu.
Balkish
mengeluh. Benci sangat dia bila Harriz sudah mula berperangai seperti itu. Suka
hati oranglah nak makan ke tak nak! Sibuk betul!!! Antara mahu dengan tidak
akhirnya Balkish mengalah juga. Lagipun mata teman-teman yang asyik mengerling
ke arah mereka berdua membuatkan Balkish naik rimas. Lebih-lebih lagi bila
melihat sengihan nakal pada bibir Kak Norma itu. Lagi-lagilah Balkish bertambah
rimas!
“Iye
la. Kejap. Saya nak save kerja ni
dulu.” Kata Balkish malas.
Harriz
sudah tersengih. Gembira bukan main bila Balkish memberikan persetujuan.
“Okey.
Abang nak ke washroom kejap. Abang
tunggu Kish depan lift ye.”
Harriz
berlalu ke washroom. Perlu melepaskan
hajat kecilnya yang ditahan sebentar tadi. Setelah hajat kecilnya dilepaskan,
barulah dia menarik nafas lega. Arwah nenek pernah berpesan kepadanya, tak elok
menahan air kencing. Nanti lama-lama dapat penyakit. Sebab itulah sampai
sekarang Harriz tak nak tahan bila dia ingin melepaskan hajat kecilnya itu.
Buat
seketika, dia membelek-belek wajahnya di hadapan cermin. Hrummm… hensem rupanya
aku ni. Padanlah ramai yang terpikat. Hahahaaa… Puji Harriz pada diri sendiri.
Dengan senyuman yang lebar, dia pun melangkah keluar dari washroom yang dikategorikan sebagai washroom bertaraf lima bintang itu. Rajin sungguh makcik pembersih
pejabat dekat F&F Holding membersihkan bilik kecil itu.
“Auch…” tiba-tiba ada satu suara yang
mengaduh manja.
Harriz
tergamam. Habis baju kamejanya yang bewarna putih itu basah dek air bewarna
coklat.
“Opsss… sorry Mr. Harriz. I tak sengaja.”
Sepantas kilat Fasha menerpa ke arah Harriz. Dia menggibas-gibas baju Harriz
yang lencun terkena air milo yang dibawanya. Habis kotor baju lelaki itu.
Tersentak
sungguh Harriz bila jemari halus Fasha melekat pada dadanya. Belum sempat dia
meghalang tindakan Fasha itu, Balkish yang berhajat hendak ke ladies washroom
sudah terlihat aksi yang lebih kepada mesra itu. Terbeliak mata Balkish bila
melihat jemari Fasha melekat kemas pada dada bidang Harriz. Bukan main sedap
lagi jemari Fasha landing di situ.
Balkish
mengecilkan matanya memandang Harriz yang sudah tercengang-cengang. Pantas dia
membatalkan hajat untuk ke washroom dan memusingkan langkah untuk menuju ke
lift.
“Kish…”
panggil Harriz. Dia ingin mengejar Balkish. Namun tubuh Fasha yang terlalu
dekat dengannya itu menghalang perbuataannya. Ketara sangat Fasha sengaja
menghalang Harriz dari mengejar Balkish yang sudah naik marah. Memang inilah
saat-saat yang dia idamkan selama ini.
“Baju
Mr. Harriz kotor ni. Biar I yang bersihkan.” Ujar Fasha yang tidak mahu
melarikan jemarinya dari dada bidang Harriz.
“Errr…
tak payah. I boleh suruh pembantu rumah I yang bersihkan. Tumpang tepi sikit.”
Harriz membalas. Jemari Fasha yang melekat pada dadanya ditepis. Membuatkan
gadis itu hampir terjatuh dek tenaga Harriz yang kuat menepis tangannya itu.
Fasha
menggigit bibir bawahnya. Sakit benar hatinya bila Harriz sudah pun berlari
mengejar Balkish. Dia baru hendak menjalankan rancangan untuk menggoda Harriz,
tak pasal-pasal Balkish pula muncul. Namun… dalam rasa geram sempat juga terbit
satu sengihan pada bibir Fasha. Dia yakin Balkish pasti akan curiga pada Harriz
lepas ini. Harap-harap perkahwinan pasangan itu akan terbatal kerana insiden
ini. Jika itu terjadi, Fasha sedia menjadi penganti kepada Balkish untuk majlis
akad nikah nanti.
Ewuuu…
perasannya Fasha ni!
“Kish… wait.” Panggil Harriz. Langkahnya
laju mendapatkan Balkish yang sudah masuk ke dalam lift. Pantas itu juga dia memboloskan dirinya. Mujurlah sempat.
Balkish
berpeluk tubuh. Wajahnya masam mencuka. Benci dan meluat pula dia tengok muka
lelaki berstatus King Of Crocodile itu. Perangai tak pernah nak
berubah langsung!!!
“Saya
tak bersalah, okey.” Terang Harriz.
Balkish
menjulingkan biji matanya ke atas.
“Kalau
pun Encik Harriz nak bermesra dengan si Fasha tu… janganlah buat dekat ofis ni.
Kalau ada orang yang nampak, macam mana? Mana saya nak letak muka saya ni?”
gumam Balkish.
“Yang
awak nampak tak seperti apa yang awak fikirkan, Kish.”
“Iye
ke? Habis tu yang saya nampak tadi tu apa? Saya ni belum nak rabun lagi Encik
Harriz”
“Fasha
tak sengaja tertumpah air milo atas baju saya ni. Itu yang dia cuba tolong nak
bersihkan. Belum sempat saya nak halang tindakan dia, awak dah sampai dan fikir
yang bukan-bukan. Takkanlah saya nak buat yang tak elok kat belakang awak.”
Beritahu Harriz akan keadaan yang sebenar.
Balkish
melirik pada baju Harriz. Kotornya baju lelaki itu. Macam orang baru berkubang
dalam lumpur aje.
“Saya
mintak maaf, okey? Awak janganlah fikir yang bukan-bukan pulak. Saya
benar-benar sayangkan awak. Takkanlah saya nak main kayu tiga sedangkan saya
dah nak bernikah dengan awak tak lama lagi.”
Balkish
mencebik. Rimas betul mendengar omongan Harriz itu.
“Janganlah
marah abang, sayang. Cuba senyum sikit.” Sengaja Harriz mahu mengusik.
Bulat
mata Balkish pandang Harriz yang sudah tersenyum miang itu.
“Jangan
panggil saya sayang boleh tak? Geli tau saya dengar. Dan lagi satu… tolong
berhenti gelar diri awak tu abang. Saya rasa rimas sangat dengar awak gelar
diri macam tu.”
“Alaaa…
apa salahnya kalau saya panggil awak sayang dan gelar diri saya abang. Lagipun
tak lama lagikan kita akan berkahwin. Kenalah buat persiapan supaya bila dah
kahwin nanti tak rasa janggal panggil sayang, abang. Awak pun kenalah belajar
dari sekarang ni. Nanti takdelah nak terkial-kial lepas kahwin.” selamba sahaja
Harriz menuturkan ayatnya.
“Lepas
kahwin lain cerita. Sekarang ni saya rimas sangat awak guna perkataan macam tu.
Panggil saya, awak cukup la.”
Hai…
Balkish ni. Degil sangat. Kena panggil sayang pun nak membebel. Huhuhuuu…
“Kish
cemburu tengok Fasha buat macam tu ye?” tebak Harriz.
Balkish
menyengetkan sebelah bibirnya. Perasan betullah mamat ni! Takde makna aku nak
cemburu.
“Hisy…
tolong sikit. Takde maknanya saya nak cemburukan Fasha dengan Encik Harriz.
Cuma saya tak suka bila Encik Harriz dan Fasha berada dalam keadaan macam tu.
Saya tak nak nanti timbul pulak cerita-cerita liar kat F&F Holding.”
Harriz
hanya tersenyum mendengar omelan Balkish itu.
“Kita
ke kondominium saya jap. Nak tukar baju.” Kata Harriz.
“Eh…
tadi kata nak pergi lunch. Kalau nak
pergi kondominium Encik Harriz tak nak ar. Encik Harriz pergilah
sorang-sorang.” Nanti tak pepasal kena tangkap basah pulak. Tak ke memalukan.
Sambung Balkish dalam hati.
“Takkan
saya nak pergi restoren dengan baju kotor macam ni. Kalau awak tak nak naik
takpe. Awak tunggu aje kat dalam kereta. Biar saya yang naik sendiri. Macamlah
saya tak tahu awak takut kena tangkap basah.”
Balkish
mengerling Harriz. Tahu-tahu aje lelaki itu apa yang sedang dia fikirkan. Macam
Nujum Pak Belalang! Huh!!!
******************************************************************************
“AWAK
pernah bercinta, tak?” tanya Harriz ketika dia dengan Balkish sudah selesai
makan tengahari.
Balkish
yang baru menyedut air jus orange
yang dipesannya rasa mahu tersedak. Mujurlah dia sempat control diri. Husy… ini apa kes tiba-tiba tanya soalan cepu emas
berlian intan tembaga macam ini. Nasib baik aku tak mati tercekik tadi.
Tiada
jawapan yang keluar dari mulut Balkish. Rasanya soalan Harriz itu tidak
perlulah dijawab.
“Saya
nak berterus terang pada awak Balkish. Saya harap apa yang akan saya katakan
ini tak akan mengubah keputusan awak terhadap perkahwinan kita. Saya mahu awak
tahu siapa saya yang sebenar sebelum kita sah menjadi suami isteri.” Harriz
menghela nafas sebelum menyambung kembali bicaranya.
“Saya
pernah bercinta.” Semalaman dia fikirkan perkara ini. Pada mulanya dia rasa tak
perlulah untuk dia menceritakan kisah cintanya itu pada Balkish, namun
memandangkan mereka akan bergelar suami isteri tak lama lagi jadi dia mengambil
keputusan untuk memberitahu Balkish kisah cinta lamanya. Dia mahu Balkish tahu
dia pernah menyintai seseorang sebelum ini. Dia tak nak ada sebarang rahsia
dengan Balkish.
Mendengar
pengakuan Harriz itu, Balkish buat selamba. Tak perlu terkejut sebab Harriz
memang ramai teman wanita sebelum ini. Jadi tak hairanlah jika lelaki itu
pernah bercinta. Cinta yang sering bertukar-tukar seperti menukar baju.
“Mungkin
awak beranggapan saya jenis lelaki yang sering bertukar pasangan dan memberi
cinta palsu kepada ramai wanita. Sebenarnya… sebelum saya jadi begini, saya
pernah bercinta sepenuh hati dan seikhlas jiwa raga saya. Malah saya begitu
menyintainya dan tak pernah nak pandang wanita lain. Nama wanita itu adalah
Hani Dhia. Kami berkenalan waktu sama-sama menuntut di Luar Negara. Sehingga
kami habiskan pengajian, kami masih lagi bercinta. Kami nyaris-nyaris berkahwin
tiga tahun lepas. Tapi… disebabkan terlalu obses mahu tinggal di Luar Negara,
Dhia tinggalkan saya hanya kerana seorang lelaki warga Australia. Dhia sanggup putuskan hubungan
yang kami bina hampir lima tahun kerana lelaki asing tu.” Harriz menghela
nafas.
Sejarah
lama dibuka. Namun kesakitan luka itu sudah sembuh disebabkan Balkish. Tiada
rasa sakit lagi yang dirasainya kini bila mengenangkan kisah cinta lama bersama
Hani Dhia.
Balkish
yang duduk didepan memandang wajah Harriz yang kelihatan tenang ketika
berbicara. Tiada senyuman pada wajah lelaki itu. Kali pertama Balkish lihat
raut wajah Harriz yang sebegitu. Selalunya bibir lelaki itu tak pernah lekang
dari senyuman manis.
“Saya
benar-benar cintakan Dhia. Dan bila Dhia ambil keputusan tinggalkan saya, saya
jadi tak tentu arah. Mujurlah saya masih punya fikiran yang waras. Masih ingat
pada hakikat kehidupan yang sebenar. Tapi lepas aje dia tinggalkan saya, saya
jadi seperti yang pernah awak kenali dulu. Suka bertukar-tukar pasangan. Saya
buat macam tu sebab saya rasa semua perempuan hampir sama. Cuma mahukan wang
ringgit semata-mata. Bila saya rasa bosan, saya akan tinggalkan mereka macam
itu aje.”
Tekun
Balkish mendengar luahan hati lelaki itu. Nampaknya, kisah hidupnya dengan
Harriz hampir serupa. Mereka pernah bercinta, namun cinta itu dikhianati oleh
insan tersayang. Tentu kesakitan yang Harriz rasakan sama dengan kepedihan yang
aku lalui.
“Semalam…
Dhia datang jumpa saya. Dia dah kembali semula ke Malaysia. Dia nak kembali ke
pangkuan saya.” Beritahu Harriz. Semalaman dia fikirkan hal ini. Bukan
memikirkan untuk kembali kepada Dhia, tetapi memikirkan bagaimana hendak
memberitahu perkara ini kepada Balkish.
Harriz
mahu berterus-terang kepada Balkish. Mahu Balkish tahu kisah hidupnya dulu
sebelum mereka di ijab kabulkan. Dia tak nak ada sebarang rahsia antara mereka
berdua.
Tiba-tiba
hati Balkish berdegup kencang mendengar kenyataan Harriz. Bekas teman wanita
Harriz sudah kembali semula? Adakah ini bermakna Harriz akan kembali semula ke
pangkuan wanita itu? Takkan nak batalkan majlis perkahwinan sedangkan majlis
yang akan berlangsung hanya tinggal tiga belas hari sahaja lagi.
“Habis
tu… Encik Harriz nak batalkan perkahwinan kita ni ke?”
Harriz
pandang Balkish. Redup sungguh pandangannya. Membuatkan Balkish jadi kurang
selesa lantas melarikan anak matanya ke arah lain.
“Tiga
tahun saya hidup dengan gelaran playboy.
Saya tak percayakan cinta dan perempuan di sekeliling saya. Sehinggalah saya
jumpa awak. Awak yang begitu dingin dan sering menolak setiap ajakan saya. Awak
layan saya seolah-olah saya ni tak ada apa-apa yang awak keistimewaan pun.
Sedangkan selama ni saya tak pernah ditolak oleh mana-mana perempuan pun. Semua
datang kepada saya dan berebut-rebut nak mendekati saya. Tapi awak… awak lain
daripada mereka semua. Awak ketuk pintu hati saya secara perlahan-lahan. Buat
saya benar-benar jatuh cinta dekat awak dan ingin menikahi awak.”
Balkish
menundukkan wajahnya. Ada rasa terharu yang datang bertandang ketika Harriz
berkata sebegitu kepadanya. Dia dengar keikhlasan pada setiap butir bicara
bakal suaminya itu. Membuatkan dia rasa bersalah terhadap Harriz.
“Patutkah
saya batalkan perkahwinan ini sedangkan dalam hati saya cuma ada awak seorang?
Wanita yang ingin saya jadikan suri dalam hati saya.” kenyataan yang diakhiri
dengan soalan.
“Saya
sayangkan awak, Balkish. Saya setuju berkahwin dengan awak sebab saya
benar-benar cintakan awak. Saya akan tunggu sampai awak benar-benar menyintai
saya. Saya tak akan berhenti menyintai awak. Apa yang saya beritahu pada awak
hari ini, bukan bermakna saya mahu kembali kepada kekasih lama saya. Saya mahu
jujur dengan awak sebelum saya menjadi suami awak. Saya tak nak ada sebarang
rahsia antara kita lagi. Biarlah awak tahu kisah lama saya. Saya mahu jujur
dalam hubungan kita. Dan itu jugalah yang saya harapkan daripada awak.”
Harriz
menarik nafas sebelum menyambung bicaranya semula.
“Lagipun…
nanti bila awak terjumpa dengan bekas teman wanita saya tu, takdelah awak nak
cemburu macam awak nampak saya dengan Fasha tadi.” Tiba-tiba Harriz mengukir
senyuman nakal. Membuatkan wajah Balkish berubah merah. Malu bukan kepalang dia
bila Harriz berkata seperti itu. Macamlah dia cemburu.
Cit!
Tak guna punya buaya jadian. Senang-senang dia kenakan aku. Ingatkan dia dah
tak usik lagi pasal hal tu. Eiii… geramnya!
“Jangan
nak perasan ye Encik Harriz. Bila masa saya cemburukan Fasha dengan Encik
Harriz?”
“Tadi
tu… bukan cemburu ke namanya?”
Balkish
gigit bibir. Geram betul dengan Harriz. Sudah dia terangkan, dia bukannya
cemburu tapi tak suka andai kata ada yang buat-buat cerita nanti. Tapi lelaki
itu tetap juga menuduh dia cemburu. Hisy… takde makna dia nak cemburu-cemburu
segala.
“Bukanlah.”
Tungkas Balkish.
“Iye
ke???” Harriz jungkit kening sambil berpeluk tubuh. Bibir pula masih lagi
tersengih-sengih.
Balkish
mendengus kasar. Malas benar rasanya dia hendak melayan sikap perasan Harriz.
“Awak
nampak comel sangat bila marah macam ni. Itu yang buat saya tak lena tidur
malam.” puji Harriz yang masih lagi mengukir senyuman manis.
“Boleh
tak jangan asyik nak puji-puji. Rimas tau.”
“Iye
la… iye la… awak ni sikit-sikit nak marah. Puji pun tak boleh.” Gumam Harriz
pula.
Tindakannya
ini menarik senyuman segaris pada bibir Balkish. Pertama kali dia mendengar
Harriz mengumam. Kelakar pula rasanya. Heheheee… Namun disembunyikan senyuman
itu daripada pandangan Harriz.
Bila lagu cinta
bergema
~22~
SEGALA
persiapan untuk majlis akad nikah yang bakal berlangsung di rumah keluarga
perempuan di Johor Bahru pada jumaat depan semua diuruskan oleh Batrisya. Bukan
main gembira lagi dia bila dapat menguruskan majlis akad nikah adik
kesayangannya sendiri. Biarpun agak penat kerana perancangan yang dibuat agak
kelam-kabut, namun Batrisya berpuas hati dapat menguruskan majlis ini. Dia mahu
majlis perkahwinan Balkish ini akan adiknya itu kenang sampai bila-bila
Ikutkan
hati adiknya itu, cukuplah dengan majlis akad nikah yang sederhana dan serba
ringkas sahaja. Namun Batrisya berkeras mahu mengadakan majlis berinai kecil
dan sanding untuk Balkish di rumah mereka nanti. Bukanlah majlis segempak
perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza, tapi cukuplah majlis itu meriah dengan
kehadiran sanak-saudara mereka. Kata Batrisya, tak perlu risau pasal segala
urusan persiapan majlis perkahwinan. Balkish boleh bekerja seperti biasa jika
susah hendak mendapat cuti. Biar dia sahaja yang uruskan semuanya. Balkish cuma
perlu datang bawa badan sahaja untuk majlisnya nanti. Malas hendak membantah,
Balkish turutkan sahaja keinginan kakaknya itu.
Boleh
tahan juga majlis yang telah diatur oleh Batrisya. Sebelah pagi jumaat, pukul
10.00 majlis akad nikah akan dilangsungkan di masjid berdekatan dengan kediaman
mereka. Kemudian diikuti dengan majlis berinai kecil, sanding dan merenjis yang
akan berlangsung di kediaman pengantin perempuan sebelum masuknya waktu solat
jumaat pada sebelah tengahari. Segala catering
tak perlu risau. Guna aje khidmat Chef Pudin, tukang masak yang sudah bekerja
selama tujuh tahun di restoren HB milik ibunya. Kalau nak tahu, RHB merupakan
salah satu restoren yang cukup terkenal di Johor Bahru. Terutama Kerabu kaki
ayam. Bak kata Velvet AF, “melatop!”
Pelamin
pula, Batrisya menggunakan khidmat Butik Pengantin Kak Ayang. Bertemakan warna
putih dan hijau. Memang cantik! Rasa macam Batrisya pula yang nak bersanding
bila Kak Ayang mula membuat draft
pelamin yang bakal dibuatnya hari rabu ini. Tak sabar Batrisya nak tengok hasil
pelamin yang Kak Ayang beritahu itu. Kak Ayang bukan sahaja bertanggungjawab
membuat pelamin, malah wanita beranak satu itu juga telah diamanahkan untuk
menyolek Balkish di hari bahagianya nanti. Malah untuk baju akad nikah yang
seterusnya menjadi baju untuk majlis berinai kecil dan sanding itu pun Kak
Ayang juga yang reka. Batrisya sudah beritahu Kak Ayang, dia mahukan baju yang
sesuai untuk akad nikah, berinai dan sanding. Kira baju 3 in 1.
Balkish?
Hmmm… macam orang takde semangat nak
kahwin aje. Mahu tak mahu sahaja dia pergi mengukur badan ke Butik Pengantin
Kak Ayang untuk baju perkahwinannya itu. Mujurlah bakal adik iparnya si Harriz
kelihatan begitu beria-ia sekali. Tanpa banyak songeh, Harriz sanggup turun Johor Bahru semata-mata nak ukur badan
untuk baju melayunya yang turut dijahit sama oleh Kak Ayang. Seronok Batrisya
berkenalan dengan Harriz. Orangnya mudah mesra dan peramah. Senyum pula tak
pernah lekang dari bibir lelaki itu. Sama dengan Tan Sri Hamdan yang kelihatan
baik hati orangnya. Begitu juga halnya dengan Fahmie dan Hanis. Kakak dan abang
ipar Harriz itu ramah dan mesra.
Cuma
Puan Sri Hanum, wanita itu kelihatan agak dingin sewaktu datang bertandang
merisik Balkish dua minggu lepas. Nak senyum pun susah. Terlintas juga dalam
fikiran Batrisya, mungkin wanita itu tak berkenan dengan Balkish. Namun
cepat-cepat tanggapan buruk itu ditepis. Tak elok menuduh tanpa usul periksa.
Mana tahu ketika itu mood bakal ibu mentua adiknya itu tak berapa elok.
Biasalah umur macam tu selalu diserang angin monopos. Harap-harap wanita bernama Puan Sri Hanum itu dapat
menerima Balkish dengan hati yang terbuka. Batrisya tak mahu adiknya menderita
selepas berkahwin nanti disebabkan dapat mentua yang enggan menerimanya sebagai
menantu. Cukuplah penderitaan yang Balkish alami selama ini. Kali ini biarlah
adiknya itu mengecapi kebahagian bersama insan yang tersayang.
“Tengoklah
tu… orang lain yang nak kahwin, orang lain pulak yang sibuk urus persiapan
kahwin. Sedangkan orang yang nak kahwin tu buat tak kisah aje. Mahu tak mahu
aje berkahwin.” Sindir tok mak ketika melalui bilik tidur Balkish. Bukan main
sibuk lagi Gaya dan Umar mengalihkan beberapa barang mengikut arahan yang
diberikan oleh Batrisya sebagai ketua kontinjen.
Batrisya
mengerling tok mak dengan ekor mata.
“Alaaa…
tok mak. Kish tu kan sibuk dengan kerja dekat KL. Biarlah dia selesaikan
kerja-kerjanya dulu. Nanti hari rabu dia baliklah dekat sini urus urusan
kahwinnya pula. Lagipun, tak salahkan kalau Risya tolong kemaskan bilik Kish
ni. Bilik pengantin kenalah nampak seri. Tak eloklah dibiarkan serabai aje.
Nanti apa pulak kata tetamu yang datang bila tengok bilik pengantin macam tak
diberikan perhatian. Tok mak dengan ibu juga yang malu sebab ada orang yang
mengata yang bukan-bukan nati.” Balas Batrisya, juga dalam nada menyindir tok
maknya itu.
Tok
mak mencebik.
“Kamu
tu Risya… jangan terlampau manjakan sangat si Balkish tu. Pasal itulah dia tu
naik kepala sangat bila kamu ada dekat sini. Sebab kamu suka sangat menangkan
dia. Ikut sangat telunjuk dia.”
“Kish
tu la sorang adik Risya, tok mak. Kalau bukan Risya yang manjakan Kish, siapa
lagi? Tok mak? Ibu? Hmmm… jangan haraplah Kish dapat kasih sayang tok mak
dengan ibu.” Semakin berani Batrisya menjawab. Selama ini dia berdiam
disebabkan Balkish. Namun kali ini dia sudah tidak tahan lagi dengan kata-kata
kesat dan layanan kasar tok maknya itu terhadap Balkish. Apa sangatlah dosa
Balkish tu sampai tok mak dengan ibu layan Balkish macam itu?
“Risya!
Apa ni? Kenapa cakap macam tu dekat tok mak? Siapa ajar Risya jadi kurang ajar
ni, hah?” jerkah Hajah Badariah yang baru naik ke atas dan berada di belakang
tok mak. Panas telinganya mendengar kata-kata anaknya itu.
Batrisya
pandang wajah ibunya yang baru muncul disebelah tok mak. Dia kecewa kerana ibu
buat tak kisah sahaja pada majlis yang bakal berlangsung. Sedangkan, waktu
majlis perkahwinannya dulu… macam-macam ibu buat. Ibu langsung tak kisah
bersusah payah untuk majlis perkahwinannya yang dibuat secara besar-besaran
itu. Tapi bila sampai giliran Balkish, ibu buat tak tahu sahaja. Lepas tangan
begitu je.
“Risya
bukannya nak kurang ajar, bu. Risya cakap apa yang benar. Pernah tak ibu dengan
tok mak peduli pasal Kish selama ni? Apa salah Kish tu sampai ibu dengan tok
mak benci sangat dekat Kish? Kalau pun benar ibu dengan tok mak berdendam sebab
apa yang telah mama Kish buat dekat ibu dengan tok mak, tapi janganlah libatkan
Kish sekali. Kish tak tahu menahu pun. Arwah mama Kish tinggalkan Kish masa
Kish bayi lagi. Kish tu perlukan kasih sayang kita semua. Sepatutnya ibu dengan
tok mak berikan Kish kasih sayang demi arwah ayah. Sebab Kish anak arwah ayah.
Anak kandung arwah ayah.” Ada getar pada nada suara Batrisya. Kecewanya begitu
menggunung pada ibu dan tok mak.
“Jangan
nak kurang ajar, Risya. Ibu tak ajar Risya jadi kurang ajar macam ni. Sedar
sikit dengan siapa Risya bercakap sekarang? Dengan ibu dan tok mak. Dua orang
wanita yang begitu sayangkan Risya.” Hajah Badariah juga sudah menahan getar di
hati dengan kata-kata anaknya itu.
“Habis
tu kenapa ibu dengan tok mak tak boleh nak sayangkan Kish macam ibu dengan tok
mak sayangkan Risya? Kish tu darah daging tok mak jugak.”
“Siapa
kata dia darah daging aku? Aku tak pernah nak mengaku dia tu keturunan aku.
Keturunan aku takde yang jadi perampas. Keturunan aku keturunan yang
baik-baik.” Selar tok mak dengan nada meninggi. Mencerlung matanya memandang
Batrisya. Pantang Hang Jebat dia bila ada yang mengatakan Balkish itu darah
dagingnya. Sampai bila-bila, dia tetap tak akan mengaku darahnya ada dalam
tubuh anak itu.
“Tok
mak sedar tak apa yang tok mak cakap ni? Kish tu masih ada darah tok mak. Darah
ayah mengalir dalam badan Kish.”
“Cukup
Risya! Jangan nak melawan lagi. Ibu tak nak dengar apa-apa lagi pasal hal ni.
Kalau Risya nak uruskan majlis pernikahan Kish ni… Risya teruskan. Ibu tak
halang. Tapi cukup! Jangan nak jadi kurang ajar dekat tok mak sampai sanggup
cakap macam tu.” Marah Hajah Badariah.
“Risya
bukannya nak kurang ajar. Risya cuma cakap apa yang sebenar. Kenapa ibu dengan
tok mak tak nak dengar kebenaran yang terbentang depan mata?”
“Ibu
kata cukup Risya.” Tungkas Hajah Badariah lagi.
“Ibu
dengan tok mak dah jejak kaki ke tanah suci. Sepatutnya ibu dengan tok mak lagi
tahu apa yang telah ibu dengan tok mak lakukan terhadap Kish.” Semakin berani
pula Batrisya bersuara. Langsung tidak mengendahkan kata-kata ibunya.
“Ibu
kata cukup, Batrisya!” Tanpa sedar, tangan Hajah Badariah sudah melekat ke pipi
Batrisya yang gebu dan halus mulus itu.
Keadaan
menjadi sunyi untuk seketika. Batrisya terpaku sambil meraba pipinya yang
terasa hangat dek penampar ibunya. Hajah Badariah dan Hajah Bedah juga sudah
terdiam seribu bahasa.
Kak
Gaya dan Umar hanya saling berpandangan mendengar pertelingkahan anak-beranak
itu. Tidak berani nak masuk campur. Mereka juga kaget dengan tindakan tak
disangka-sangka Hajah Badariah itu.
“Risya
kecewa dengan ibu dan tok mak.” Ujar Batrisya sebelum berlari ke dalam biliknya
sambil menangis teresak-esak. Pedih yang dirasa pada pipinya tak sama dengan
kesakitan yang dialami dalam hatinya. Dia benar-benar kecewa dengan ibu dan tok
mak. Kecewa sangat!
Hajah
Badariah merenung tangannya. Dia tak sangka dia boleh naik tangan terhadap
anaknya itu. Sampaikan pipi anaknya yang selama ini dikucup dan dibelai
menerima akibat amarahnya itu.
******************************************************************************
“RISYA…” lembut suara Hajah Badariah
memanggil Batrisya yang duduk di pangkin halaman rumah.
Batrisya
hanya mendiamkan diri. Hatinya masih terusik dengan tindakan ibu tadi. Selama
ini, ibu tak pernah sampai tangan kepadanya. Inilah kali pertama ibu meletakkan
tangan ke atas dirinya. Airmata yang mengalir dikesat dengan belakang tangan.
Hajah
Badariah melabuhkan punggung di sebelah anaknya itu. Dia sedar dia tak patut
sampai tangan kepada Batrisya. Apa sangatlah dosa anak itu sampai dia bertindak
sedemikian rupa. Batrisya cuma menyuarakan apa yang dia rasakan.
“Risya
marahkan ibu?” tanya Hajah Badariah. Rasa bersalah masih menyelubungi diri. Tak
pernah dia sampai tangan kepada anak kesayangannya itu. Inilah kali pertama
dalam hidupnya.
Batrisya
diam tidak berkutik. Mata masih lagi memandang pemandang indah ciptaan Yang
Maha Esa.
“Ibu
tak sengaja nak tampar Risya. Ibu terlalu sayangkan Risya. Mustahil ibu nak
sesuka hati tampar satu-satunya anak ibu.” Terang Hajah Badariah akan kedudukan
yang sebenar.
Batriasya
tidak menjawab. Masih membisu. Bukan kesakitan pada pipinya yang membuatkan dia
bersedih, namun kelukaan di hati dengan sikap ibu dan tok mak yang membuatkan
dia berkecil hati. Ibu dengan tok mak tak pernah nak berlaku adil. Kalau ibu
dan tok mak begitu sayangkan dia, salahkah untuk mereka menyayangi Balkish
juga? Ahhh… itu yang buat Batrisya benar-benar terasa hati.
“Tapi…
Risya tak patut cakap begitu pada tok mak. Tok mak sayangkan Risya. Risyalah
segala-galanya pada tok mak dan ibu.” Sambung Hajah Badariah lagi.
Batrisya
menarik senyuman sinis. Sekali lagi dia mengesat airmata dengan belakang
tangannya.
“Risya
bukan nak kurang ajar dekat ibu dengan tok mak. Risya pun sayangkan ibu dengan
tok mak. Terlalu sayang sampaikan Risya butakan mata dan telinga Risya selama
ni. Cuma… Risya kecewa dengan ibu dan tok mak. Layanan ibu dengan tok mak
terhadap Kish tak pernah berubah. Semakin Risya buat tak kisah, semakin
menjadi-jadi tok mak memaki hamun Balkish. Risya kecewa sangat, bu.” Ujar
Batrisya. Matanya masih tidak berkalih pada wajah Hajah Badariah yang duduk
disebelah. Mengharapkan pengertian ibunya itu.
Hajah
Badariah menghela nafas.
“Salahkah
untuk ibu dan tok mak menyayangi Kish sama seperti ibu dengan tok mak
menyayangi Risya? Kish adik Risya, bu. Biarpun ibu tak lahirkan Kish… tapi Kish
tetap anak arwah ayah. Dendam sangatkah ibu pada arwah mama Kish sampai ibu
menghukum Kish atas dendam ibu tu? Tak bolehkah ibu menyayangi Kish sama macam
ibu sayangkan anak kandung ibu sendiri? Ibu tak lahirkan Kish, tapi ibu yang
telah menjaga Kish sejak dia masih bayi lagi. Takkan takde sedikit kasih ibu
buat Kish? Benci sangatkah ibu dekat Kish tu?” Bertalu Batrisya melontarkan
soalan kepada ibunya. Pandangan sudah dialihkan pada Hajah Badariah. Dia mahu
melihat reaksi ibunya.
“Kish
tak bersalah, bu. Arwah mama Kish pun tak salah. Arwah ayah, ibu dengan tok mak
pun tak bersalah dengan apa yang telah terjadi kepada keluarga kita. Semua yang
terjadi ni atas kehendak ALLAH. Memang ALLAH sudah tetapkan arwah ayah akan
berkahwin dengan arwah mama Kish. Memang telah ALLAH tetapkan ibu akan bermadu
dengan mama Kish. Kenapa mesti ibu dan tok mak nak berdendam sampai sekarang?
Kenapa ibu dengan tok mak tak boleh nak terima apa yang telah ALLAH tentukan
dalam hidup kita? Kenapa jadikan Kish sebagai mangsa dendam ibu dengan tok mak?
Risya kecewa sangat dengan sikap ibu dan tok mak.”
“Risya
tak faham, sayang.” Lembut Hajah Badariah bersuara.
“Ibu
begitu cintakan arwah ayah. Bagi ibu, ayahlah satu-satunya lelaki yang berjaya
buat ibu jatuh cinta. Biarpun arwah ayah abang angkat ibu, namun ibu begitu
sayangkan arwah ayah Risya. Manakala arwah mama Kish pula merupakan sahabat
baik ibu. Kami sering berkongsi masalah. Ibu bukan anggap mama Kish sekadar
sahabat baik sahaja Risya, malah ibu dah anggap arwah mama Kish seperti adik
kandung ibu sendiri. Apatah lagi kami dua-dua anak yatim. Tak ada ibu bapa
tempat bermanja.
Tapi…
lihat apa yang arwah ayah dengan arwah mama Kish buat dekat ibu? Mereka
khianati kepercayaan ibu. Dalam diam-diam mereka berkahwin tanpa pengetahuan
ibu. Bila ibu dapat tahu mereka dah kahwin, waktu itu Kish sudah berumur enam
bulan. Tergamak mereka khianati ibu. Sedangkan ibu begitu sayang dan percayakan
mereka.” Airmata Hajah Badariah sudah mengalir ke pipi. Kenangan silam yang
sudah lama disimpan dalam dairi hidupnya itu kembali dibuka. Membuatkan luka
lama berdarah semula.
“Tapi
ibu tak patut hukum Kish, kan? Kish tak bersalah pun. Waktu ibu ambil Kish,
Kish masih bayi bu. Kish tak tahu apa yang terjadi pun. Ibu… buanglah dendam
ibu tu. Dendam tu tak mendatangkan rasa bahagia pun.”
“Memang
ibu tak patut buat Kish macam tu. Tapi ibu manusia biasa, Risya. Setiap kali
ibu pandang wajah Kish, ibu akan terkenangkan arwah mama Kish. Hati ibu
serta-merta akan menjadi sakit dan luka lama akan berdarah semula. Macam itu
jugalah apa yang tok mak rasa. Tok mak rasa tertipu dan dikhianati. Apatah lagi
arwah ayah Risya merupakan anak tunggal tok mak. Tok mak begitu kecewa dengan
tindakan arwah ayah yang sembunyikan semua ini dari kami.” Hajah Badariah
menarik nafas sebelum menyambung bicaranya kembali.
“Kalau
pun betul arwah ayah dengan arwah mama Kish nak berkahwin, kenapa tak begitahu
ibu atau tok mak? Kenapa harus tipu kami? Kenapa tak cakap awal-awal? Kenapa
ibu kena tahu hal yang sebenar setelah Kish dilahirkan? Kenapa?” Bertubi-tubi
Hajah Badariah memberi soalan. Soalan yang sepatutnya dia ajukan kepada arwah
suaminya dulu. Namun soalan itu tiada jawapannya.
Selama
ini, dia begitu bersyukur kerana ibu mentuanya itu begitu sayangkan dia dan
Batrisya. Dia anak yatim, tiada ayah dan ibu sejak dari kecil lagi. Dari ibu
mentuanya itulah segala kasih sayang diperolehi. Disebabkan itulah Hajah Bedah
telah meminangkan Borhan untuknya. Hajah Bedah mahu dia menjadi menantu dalam
keluarga ini.
Hajah
Badariah menangis tersendu-sendu. Perasaan sedih menyelubungi dirinya. Selama
ini dia hanya memendam rasa. Tidak pernah dia mengalirkan airmata depan anaknya
itu. Dia mahu menjadi seorang ibu yang tabah di hadapan Batrisya. Ibu yang
kuat. Walaupun hakikatnya hanya ALLAH sahaja yang tahu. Hanya pada ALLAH dia
memohon.
Melihat
tangisan ibunya, hati Batrisya dirundung rasa bersalah. Pantas dia merangkul
bahu ibu. Memeluk ibu seeratnya.
“Maafkan
Risya, bu. Risya tak berniat nak buat ibu menangis.” Pinta Batrisya. Rasa
berdosa besar dia kerana telah membuatkan ibunya menangis.
Pelukan
sang anak dibalas.
“Tidak,
sayang. Risya tak bersalah pun dekat ibu. Ibu sayangkan Risya.”
“Risya
pun sayangkan ibu juga.” Balas Batrisya. Pelukan semakin dieratkan. Kehangatan
pelukan ibu membuatkan airmatanya mengalir laju. Dia begitu sayangkan ibu. Ibu,
tok mak dan Balkish la darah dagingnya selama ini. Semoga ALLAH membuka pintu
hati ibu dan tok mak untuk menerima Balkish suatu masa nanti. Hanya itu harapan
Batrisya. Dia akan sabar menunggu saat itu.
“Ibu…
tiada apa yang lebih bermakna bagi Risya andai ibu dengan tok mak sudi menerima
Kish dalam keluarga kita. Risya sentiasa berdoa… semoga ibu dengan tok mak menerima
kehadiran Kish.” Bisik Batrisya dengan penuh harapan.
Hajah
Badariah tidak menjawab. Hanya tangisanya sahaja kedengaran menghiasi hari yang
semakin menginjak senja.
Di
bahagian koridor rumah, Hajah Bedah mengesat airmata melihat pelukan dua
beranak itu. Sayu rasa hatinya melihat menantunya yang begitu tabah selama ini
mengharungi hidup sebagai ibu tunggal. Dia cukup bangga bermenantukan Badariah.
******************************************************************************
BLACKBERRY
itu dibuang perlahan ke tepi. Masuk kali ini sahaja, sudah empat belas kali
Eidham menelefon. Tujuan lelaki itu hanyalah satu. Mahu memujuk rayunya.
Meminta supaya dia membatalkan majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung tak
lama lagi. Rimas sungguh rasanya Balkish dengan sikap Eidham yang dirasakan tak
matang itu. Rasa macam mahu sahaja dia memaki hamun Eidham yang tak faham
bahasa itu. Namun ditahan rasa hatinya. Dia mengambil jalan dengan mematikan
telefon bimbit. Itu lebih senang daripada terus-menerus melayan kerenah Eidham.
Balkish
menghela nafas. Sedar tak sedar tinggal seminggu sahaja lagi majlis akad
nikahnya akan berlangsung. Macam tak percaya yang dia bakal menjadi isteri
kepada Harriz Tan Sri Hamdan. Sedangkan suatu ketika dulu dia pernah berkata,
sanggup jadi anak dara tua daripada berkahwin dengan Harriz si buaya jadian
itu. Nampaknya sekarang dia kenalah telan sendiri apa yang pernah
diperkatakannya. Huhuhuuu…
Itulah,
siapa suruh cakap besar sangat?! Kan sekarang dah termakan kata-kata sendiri.
Berlagaklah lagi.
Di
ofis, dia tak sudah-sudah menjadi bahan usikan Kak Norma dan rakan-rakan yang
lain. Bukan main seronok lagi Kak Norma mengusiknya. Kadang-kadang tu… usikan
Kak Norma dirasakan cukup mencabar keimanannya. Rasa nak menjerit marah aje.
Namun bila Kak Norma sudah buat lawak Maharaja Lawak Meganya, terus Balkish tak
jadi marah. Malah dia pun ikut sama ketawa terbahak-bahak.
Kak
Norma memang macam tu. Sering membuatkan satu ofis ketawa gembira dengan lawak
spontannya itu. Lain kali Balkish rasa nak bagi daftar Kak Norma masuk
pertandingan Raja Lawak la. Mana tahu boleh jadi johan macam Nabil, Kumpulan
Sepah dan yang sewaktu dengannya. Tumpang glamor juga Balkish sebagai sahabat
baik Kak Norma. Enterframe sikit.
Heheheee…
“Ehem…
amboi… bakal pengantin baru ni bukan main panjang lagi senyuman dia. Sampai tak
sedar kitaorang masuk. Ini tentu tengah teringatkan cik abang tersayang. Pasal
tu senyum dah meleret macam Mr.J.” Tegur Aleya yang sudah berdiri di tepi katil
Balkish.
Ella
yang berdiri disebelah gadis montel itu sudah buat muka berkerut mendengar
kata-kata Aleya. Mr. J? siapa pulak gerangannya Mr.J yang budak gemuk ni
maksudkan?
“Siapa
Mr.J tu Leya?” Tanya Ella yang tak sabar mahu tahu gerangan Mr. J. Manalah tahu
dia boleh berkenalan dengan Mr. J yang Aleya maksudkan itu.
“Mr.
J tu musuh ketat Mr.B la.” Aleya masih dengan teka-tekinya.
Semakin
berkerut dahi Ella. Tadi J, sekarang ni B. Husy… pening!
Aleya
ketawa kecil melihat wajah pening-pening lalat Ella.
“Mr.
J tu Joker la… Mr. B tu Batman. Apalah kau ni Ella. Itu pun lambat pick-up nak tangkap.”
Ella
sudah mencebik. Cit! Tak guna punya budak gemuk. Suka hati dia kata aku lambat pick-up. Huh!!!
“Hah…
yang korang masuk bilik orang tak bagi salam ni, kenapa? Dah tak sempat nak
belajar cara nak bagi salam time
sekolah dulu ke?” Balkish buat-buat marah. Sedangkan dia bukannya marah
betul-betul pun. Saje jer… nak gertak dua minah tingtong itu.
“Alaaa…
nanti kau dah kahwin dan pindah ke rumah Encik Harriz, takdelah kami nak terjah
masuk dalam bilik kau sesuka hati lagi.” Balas Ella. Punggung masing-masing
sudah dilabuhkan di atas birai katil Balkish.
Iye
tak ye jugak kan. Bila mengenangkan dirinya akan keluar dari rumah ini tak lama
lagi, hati Balkish dipagut rasa sayu. Entah bagaimanalah kehidupannya bersama
Harriz dan keluarga lelaki itu nanti. Tentu tak akan semeriah hidup bersama
Aleya dan Ella.
Bila
memikirkan itu, hati Balkish jadi tak tentu arah. Dia tahu mama Harriz yang
bernama Puan Sri Hanum itu tidak suka padanya. Begitu juga dengan adik Harriz
yang bernama Hanna. Daripada cara pandangan kedua wanita itu sahaja sudah cukup
buat dia mengerti kebencian dua beranak itu padanya.
Cuma,
Tan Sri Hamdan, Hanis dan Hanni sahaja yang menerima Balkish dalam keluarga
mereka. Begitu juga dengan Fahmie yang cukup gembira berbiraskan Balkish. Malah
anak-anak Fahmie dan Hanis juga melayan Balkish dengan mesra. Baru kenal
sehari, Adam dan Alisya sudah boleh manja-manja dengan mak ngah mereka.
Lagi-lagi si Adam. Bukan main suka lagi dia dekat Balkish. Siap buat offer lagi dekat Balkish agar
meninggalkan Harriz dan bercouple
dengannya. Konon dia lagi hensem berbandingkan Pak Ngahnya itu. Alahai… pakcik
dengan anak saudara sama aje. Dua-dua playboy. Kalau Harriz King Of The Crocodile, Adam pula Prince Of The Crocodile. Heheheee…
“Lepas
ni tak boleh lagi nak usik kau. Tak dengar lagi kau marah-marah macam mak
nenek. Dah takde orang yang membebel bila kitaorang bangun lambat.” Ujar Aleya
mengembalikan Balkish ke alam nyata. Sedih sungguh dia bila sahabat baiknya itu
hendak berpindah keluar. Kalau boleh, dia nak ikut sama dengan Balkish. Tapi…
nanti apa pulalah pandangan Encik Harriz. Tak pasal-pasal dia digelar Miss Les. Hisy… nauzubillahminzalik.
Aleya masih waras. Masih suka dekat lelaki. Bukannya perempuan!
Balkish
pandang wajah Aleya dan Ella. Keduanya pamer wajah yang muram. Sedihlah
kononnya sebab Balkish akan meninggalkan mereka tak lama lagi.
“Korang…
janganlah buat muka macam ini. Aku pindah rumah ajelah. Bukannya nak pindah ke
Luar Negara pun. Bila-bila masa kita boleh jumpa. Kalau korang rindu kat aku,
kita jumpalah kat luar. Sembang-sembang dan shopping.”
“Iye
la… tapi rasa lainlah Kish. Tak seronoklah hidup tanpa kau dalam rumah ni. Nak
harapkan si Ella ratu dangdut ni…hurmppp…
hampeh! Tak guna satu sen pun. Asyik nak mengadap cermin dua belas sehari.”
Ujar Aleya sambil menjuihkan bibir.
“Amboi…
amboi… amboi… sesedap rasa secukup rasa kau kutuk aku ye cik Aleya minah chubby. Kau tu pun dua kali lima aje tau
dengan aku. Kosong sen pun tak guna.” Selar Ella. Dia turut menjuihkan
bibirnya.
“Kosong
sen? Ada ke???” Aleya tayang muka blur.
“Ahhh…
lantaklah. Ada tak de… memang tak boleh diharap.” Ujar Ella lagi.
Balkish
tersenyum. Rasanya inilah kekecohan yang akan dia rindui nanti bila sudah
berpindah mengikut Harriz ke rumah keluarga lelaki itu bila mereka sudah
berkahwin nanti. Dia berharap sangat agar Harriz sudi mengikut kehendaknya yang
mahu tinggal berdua setelah mereka diijabkabulkan. Bukannya apa, Balkish rasa
kurang selesa nak menetap di rumah keluarga lelaki itu. Tentu pergerakannya
akan terbatas. Lagi-lagi bila ada jelingan mata yang tajam mengerling setiap
gerak-gerinya. Bertambahlah dia rimas.
Lagipun
bukannya Balkish tak tahu yang mama Harriz dan adik lelaki itu yang bernama
Hanna tidak sukakan dirinya. Dari jelingan mata kedua wanita pun Balkish sudah
dapat meneka. Tiba-tiba, satu keluhan kecil terlepas keluar dari mulutnya.
“Hei…
apasal mengeluh ni? Tak eloklah bakal pengantin baru nak mengeluh-ngeluh.
Sepatutnya kau kena happy sentiasa. Kena
senyum memanjang. Jadi takdelah masa naik pelamin nanti muka kau nampak stress sangat sebab kahwin dengan King Of The Crocodile. Heheheee...”
Aleya
mengangguk-angguk mendengar setiap butir bicara Ella itu. Dia turut bersetuju
dengan kata-kata Ella yang masuk dek akal.
Balkish
menjeling. Ella ni ada saja yang dia cakap buat Balkish naik geram. Tapi kan…
betul juga apa yang Ella cakap tu. Kalau dia asyik mengeluh, nanti time akad
nikah muka nampak sangat orang tengah stress kahwin dengan buaya jadian. Huhuhuuu…
takmolah macam tu!
Bila lagu cinta
bergema
~23~
Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
……………………………
Ungu ft. Rossa - Ku Pinang Kau Dengan
Bismillah
“AKU
terima nikahnya Balkish Binti Borhan dengan mas kahwinnya RM satu ribu satu
ringgit tunai.” Hanya dengan sekali lafaz, Balkish sudah sah bergelar isteri
kepada Harriz Bin Hamdan. Ada airmata yang mengalir membasahi pipi Balkish. Dia
benar-benar tidak menduga, akhirnya kini sah menjadi isteri kepada lelaki itu.
Lelaki yang sering merimaskan hidupnya selama ini. Lelaki yang pernah dia
nyatakan tidak akan tersenarai dalam list
lelaki untuk menjadi pendampingnya. Namun kini… lelaki itulah yang telah
menjadi suaminya yang sah dari segi hukum islam.
Balkish
pasrah. Kerana ini adalah ketentuan Ilahi ke atas dirinya. Pasti ada hikmah
yang tersembunyi. Dalam kepasrahannya itu, Balkish menanam azam untuk menjadi
isteri yang solehah kepada Harriz Tan Sri Hamdan. Semoga ALLAH membuka pintu
hatinya untuk menerima Harriz sebagai suami dalam ertikata yang sebenar.
Walaupun sukar, dia akan belajar untuk menyayangi lelaki itu.
Majlis
pernikahan yang serba ringkas ini berlangsung di masjid Nur’Ain yang terletak
berhampiran dengan rumah keluarga Balkish. Walaupun Hajah Badariah dan Hajah
Bedah begitu dingin dengan Balkish, namun mereka tetap cuba untuk memaniskan
wajah di hadapan tetamu yang hadir. Melayan mesra sanak-saudara yang turut
memeriahkan majlis pernikahan ini.
Begitu
juga dengan Puan Sri Hanum dan Hanna. Berpura-pura tersenyum manis biarpun
dalam hati penuh dengan rasa marah dan benci terhadap gadis bernama Balkish
yang kini sudah sah menjadi isteri Harriz itu. Lebih-lebih lagi majlis
pernikahan ini turut dihadiri beberapa pihak media yang mereka kenali. Kenalah
berpura-pura gembira dengan majlis pernikahan ini. Puan Sri Hanum tak naklah
pula nanti ada kata-kata belakang yang mengata keluarga mereka.
Setelah
mengaminkan bacaan doa yang dibaca oleh tok kadi, Harriz melangkah mendapatkan
Balkish yang duduk bersimpuh di satu sudut yang sudah dihias dalam masjid.
Isterinya itu kelihatan begitu cantik dalam persalinan nikah bewarna putih
bersih. Disisi Balkish, kelihatan Batrisya serta mereka-mereka yang menyayangi
gadis itu sedang tersenyum manis memandangnya. Hanya Balkish sahaja yang masih
tunduk memandang lantai marmar masjid Nur’Ain yang bersinar. Langsung tidak
mengangkat wajah untuk memandangnya.
“Assalammualaikum
cinta…” begitulah ucapan pertama yang keluar dari bibir Harriz untuk isterinya
itu.
Entah
kenapa… tiba-tiba hati Balkish terasa berdebar mendengar ucapan salam itu.
Spontan itu juga salam yang diberikan dijawab dengan penuh sopan.
“Walaikumsalam.”
Fahmie
yang berada di sebelah sudah menghulurkan kotak kecil bewarna merah kepada
Harriz. Tersenyum-senyum dia memandang Harriz yang berlagak macho. Kini adik
iparnya itu telah pun selamat bergelar suami kepada stafnya, Balkish. Nampaknya
sekarang dia dengan Balkish sudah mempunyai hubungan kekeluargaan.
“Kish…
hulurlah tangan. Harriz nak sarungkan cincin tu.” Bisik Batrisya kepada Balkish
yang asyik menunduk sedari tadi.
Lambat-lambat
Balkish menghulurkan jemarinya yang sudah cantik dihiasi inai warna merah. Ini
semua Batrisya, Aleya dan Ella punya angkara. Semalam ketiga wanita itu begitu
beria-ia mahu menginaikan jemarinya dan diukir dengan indah seperti pengantin
Bollywood. Cit!
Senyuman
dibibir Harriz lebar melihat inai dijari isterinya itu. Kemudian… buat pertama
kali dia menyentuh jemari Balkish. Menyarungkan cincin bertakhta berlian ke
jari manis isterinya itu. Cantik rasanya cincin itu tersemat di jari manis
Balkish. Spontan itu juga Balkish mendongak memandang Harriz yang segak dalam
persalinan rona putih sedondon dengan persalinannya.
Terkedu
Balkish buat seketika. Harriz kelihatan berlainan daripada hari-hari sebelum
ini. Kelihatan lebih hensem daripada biasa. Apa ek yang berubah? Balkish cuba
mengamati perubahan Harriz yang ingin dicarinya. Namun tindakannya itu tidak
dapat diteruskan bila Harriz tersenyum sambil mengenyit mata nakal kepadanya.
Membuatkan dia tunduk semula dan terasa wajahnya sudah membahang kemerahan.
Haih…
macam mana aku boleh pandang King Of The
Crocodile ni bagai nak terkeluar bijik mata. Sah lepas ni jadi bahan
usikan. Hati Balkish mula mengumam. Marah pada dirinya sendiri yang boleh
terlalai buat seketika. Kacak sangatkah lelaki itu hari ini sampaikan dia boleh
terpegun buat seketika? Hmmm…
Pertama
kali dia bersalam dan mencium tangan lelaki itu, terasa ada sesuatu yang
menggetarkan naluri kewanitaannya. Apatah lagi bila satu ciuman hangat daripada
Harriz mendarat ke dahinya. Membuatkan debaran di dadanya kian menggila. Dah
macam bunyi motobot Pak Salleh dekat kampung. Dan ketika itu juga, tanpa dapat
ditahan-tahan airmatanya mengalir membasahi pipi. Namun cepat sahaja jemari
Harriz mengesat airmata Balkish yang mengalir keluar.
Dengan
nada yang romantik Harriz berkata, “Jangan menangis sayang. Abang tak akan
biarkan airmata jatuh membasahi pipi Kish.”
Bergetar
hati Balkish mendengar kalimah itu. Terasa menusuk ke lubuk hatinya yang paling
dalam.
“Encik
Harriz… boleh tak cium dahi isteri Encik Harriz semula? Tak sempat nak ambil
gambar la.”
Kawan-kawan
yang selama ini selalu mengusik sudah tersenyum-senyum nakal kala melihat
ciuman Harriz mendarat ke dahi Balkish. Kak Norma dan Ella siap suruh Harriz
cium dahi Balkish lama sedikit sebab nak tangkap gambar. Begitu juga dengan
beberapa pihak media yang hadir. Membuatkan Balkish menahan rasa geram dan
berdebar yang sudah bersatu menjadi satu.
Wartawan-wartawan
yang hadir ni Harriz la punya pasal. Pandai-pandai nak jemput ke majlis
pernikahan mereka. Dia pun terkejut beruk bila terpandangkan kelibat beberapa
pihak media yang siap bawa kemera besar-besar lagi. Cukup membuatkan dia sesak
nafas. Mujurlah dia pandai control.
Usai
majlis akad nikah, berlangsung pula majlis berinai kecil, sanding dan merenjis
di rumah Hajah Badariah. Tetamu yang hadir dijemput menikmati hidangan yang
telah disediakan. Rata-rata tetamu yang hadir memuji pasangan mempelai yang
dikatakan cukup sepadan. Bagai pinang dibelah dua. Seorang kacak, seorang lagi
cantik. Takdelah jadi seperti beauty and
the beast. Heheheee...
Pak
Salleh dan Mak Aminah juga turut menghadirkan diri di majlis perkahwinan
Balkish ini. Gembira rasa hati mereka bila Balkish sudah mendirikan rumah
tangga. Sebelum ke majlis itu, kedua orang tua angkat Balkish itu sempat menziarahi
pusara bekas majikan mereka. Sudah lama benar Pak Salleh tidak menjenguk kubur
arwah Borhan dan arwah Badariah, ayah dan mama Balkish. Terharu sungguh rasa
hatinya sampaikan tanpa sedar dia menangis ketika melawat pusara bekas
majikannya itu.
Di
satu sudut, Eidham merenung tajam ke arah pasangan pengantin yang sedang
bersanding di atas pelamin yang direka khas buat mempelai. Hatinya bagai
disiat-siat dengan belati tajam setiap kali jari-jemari Harriz mengenggam erat
jemari Balkish yang merah berinai. Sakit benar perasaannya ketika itu. Mungkin
inilah perasaan Balkish ketika dia berkahwin dengan Batrisya dulu.
Eidham
mendengus. Ikut amarah yang berdatang dalam hati mahu sahaja dia pergi jauh
daripada terpaksa menyaksikan majlis perkahwinan Balkish itu. Namun dia perlu
berpura-pura demi Batrisya. Dia tak mahu Batrisya terasa hati.
Balkish
di atas pelamin kelihatan begitu cantik sekali. Membuatkan Eidham terpana.
Menyesal dia kerana telah melukakan hati wanita itu. Andai dulu dia tak lukakan
hati Balkish, masih setia pada Balkish, tentu kini dia sudah hidup bahagia
bersama gadis itu. Dia menyesal. Teramat menyesal!
“Abang…”
panggil Batrisya manja bila melihat susuk tubuh sasa suaminya yang sedang
bersandar pada pokok rambutan di halaman rumah. Suaminya kelihatan cukup
bergaya dengan baju melayu.
Eidham
berpaling melihat Batrisya yang anggun mengayakan busana jubah warna hijau.
Sedondon dengan baju melayunya yang juga bewarna hijau. Batrisya yang beria-ia
mahu seisi keluarga mengenakan baju hijau sebagai tema majlis perkahwinan
Balkish itu.
Batrisya
menghampiri suaminya.
“Kenapa
tercegat dekat sini?” Tanya Batrisya. Tadi selesai sahaja giliran Eidham
merenjis pasangan pengantin di atas pelamin, suaminya itu terus menghilang.
Rupa-rupanya dekat sini Eidham bertapa.
“Saja.
Nak tengok Kish dari jarak jauh.” Balas Eidham.
Tidak
mengesyaki apa-apa pada kata-kata suaminya itu, Batrisya turut membuang
pandangan ke arah Balkish yang sedang duduk sambil direnjis oleh Pak Salleh.
Bekas pemandu ibunya itu sanggup datang dari Kuantan ke JB bersama isteri dan
anak bongsunya, semata-mata hendak memeriahkan lagi majlis perkahwinan Balkish
hari ini. Pak Salleh dan Mak Aminah memang begitu sayangkan Balkish.
“Kish
cantikkan, bang?”
Eidham
sekadar mengangguk. Mengakui kecantikan asli milik Balkish. Tak perlu bersolek
setebal opera cina, kecantikan Balkish tetap terserlah.
“Sayang
berharap semoga Harriz mampu membahagiakan Kish hingga ke akhir hayat. Macam
abang bahagiakan hidup sayang selama ni.” ujar Batrisya.
Eidham
berpaling ke arah Batrisya. Wajah isterinya yang sedang tersenyum manis
memandangnya itu dipandang. Sayu hatinya mendengar kata-kata Batrisya. Terusik
hati lelakinya.
“I love you, abang.” Lembut dan romantik
Batrisya melafazkan kalimah itu.
“I love you too.” Balas Eidham. Namun
entah mengapa dia dapat rasakan ucapannya itu tiada sedikit pun rasa cinta.
Batrisya
tersenyum bahagia. Jemarinya mencari jari sang suami. Lalu digenggam erat jari
itu dan dikucup penuh rasa kasih.
Melihat
perilaku Batrisya itu, membuatkan Eidham merangkul bahu isterinya. Perasaannya
terhadap Batrisya mula berbelah-bahagi. Ada ketikanya, dia sayangkan wanita
itu. Ada masanya, tiada rasa sayang buat isterinya itu. Dia juga keliru. Apa
sebenarnya yang dia inginkan? Batrisya seorang isteri yang baik. Taat kepada
suami. Tidak pernah melawan kata. Dia tak patut berperasaan sebegini. Apa lagi
yang kurang?
Yang
pasti dia rasa sunyi. Ada yang kurang dalam rumah tangga mereka berdua. Sesuatu
yang sudah lama dia nantikan.
******************************************************************************
BALKISH
merenung kosong bilik pengantin yang sudah dihias cantik itu. Bertemakan warna
hijau dan putih, biliknya kelihatan begitu segar sekali. Sejuk mata memandang. Kata Batrisya, dia sengaja memilih gabungan warna itu
kerana warna hijau adalah warna kesukaan Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.
Kebetulan Balkish juga pengemar warna lembut itu.
Nafasnya
dihembus perlahan. Jika bagi pasangan pengantin baru yang lain, tentu malam ini
menjadi malam yang cukup bermakna. Malam pertama. Namun tidak bagi Balkish. Dia
tak tahu bagaimana hendak menghadapi malam pertamanya. Hatinya berbelah bahagi.
Separuh daripada hatinya mengatakan jangan beri ‘hak’ itu kepada Harriz biarpun
lelaki itu sudah sah memilikinya. Nak serah kena ada rasa cinta. Tapi separuh
lagi hatinya menyuruh dia serahkan ‘hak’ lelaki itu. Sebagai isteri yang sah
dari segi hukum, dia patut melayan suaminya.
Balkish
binggung. Tidak tahu apa yang patut dia lakukan.
Daun
pintu yang ditolak memaksa Balkish memusingkan kepala ke arah pintu. Berdebar
dia melihat Harriz yang melangkah masuk ke dalam bilik sambil tubuh lelaki itu
masih lagi dibaluti baju melayu. Sedari tadi dia mencari perubahan Harriz, baru
dia perasan lelaki itu sudah memotong pendek rambutnya. Padanlah Harriz nampak
lebih hensem daripada biasa.
Harriz
yang berdiri di muka pintu tersenyum lebar. Perlahan-lahan dia menghampiri
Balkish yang kelihatan kaku duduk bersimpuh di atas katil. Isterinya itu masih
lagi bertudung. Sedangkan ikut hukum, Balkish boleh menayang rambut depannya.
Bukankah mereka sudah sah menjadi pasangan suami isteri? Jadi itu bermakna
sudah tiada sempadan lagi bagi mereka berdua. Dia sudah bebas melihat apa
sahaja yang tersembunyi milik isterinya itu.
Dada
Balkish semakin berdebar hebat. Semakin Harriz dekat, semakin dia berdebar. Dia
kurang pasti untuk apa sebenarnya debaran ini. Dan ketika Harriz sudah
melabuhkan punggung duduk di birai katil, dekat dengannya, spontan itu juga
kepala Balkish menunduk. Memandang cadar warna hijau lumut yang membaluti tilam
tebal Vono.
Melihat
tingkah Balkish itu, Harriz menarik senyuman lebar.
“Kenapa
pakai tudung?” soalan pertama Harriz untuk malam ini. Selesai sahaja upacara
petang tadi, dia dengan Balkish langsung tak ada kesempatan untuk berbual. Cuma
mata sahaja yang saling berpandangan. Bukannya dia tak tahu Balkish curi-curi
pandang kepadanya sedari tadi. Cuma dia sengaja buat-buat tak perasan. Takut
mata nan indah itu dialihkan ke arah lain. Dan dia, bila terasa ingin mengusik
isterinya itu… laju dia mengenyit mata nakal. Membuatkan Balkish memberi
jelingan tajam.
Tiada
jawapan yang keluar dari bibir Balkish. Gadis itu diam tidak berkutik. Asyik
bermain-main dengan jari-jemarinya yang merah berinai. Kulit Balkish yang putih
melepak itu membuatkan warna merah inai dijari jadi begitu menyerlah.
“Kan
kita dah sah jadi suami isteri. Sepatutnya depan abang Kish dah bebas buka
tudung. Dah tak perlu nak sembunyikan aurat Kish lagi. Abang berhak
melihatnya.” Bersahaja Harriz membahasakan dirinya sebagai ‘abang’. Langsung
tak janggal dia menggunakan bahasa ganti diri itu.
Balkish
diam lagi. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk berbicara.
“Kenapa
diam? Kish tak sudi nak cakap dengan abang ke? Berdosa tau tak jawab pertanyaan
suami.” Ujar Harriz.
Balkish
ketap bibir. Nampaknya lelaki itu sudah mula menggunakan kuasanya sebagai
suami. Tentu lepas ini Harriz akan meminta haknya itu.
“Errr…
Encik Harriz.” Belum sempat Balkish meneruskan ayatnya, Harriz terlebih dahulu
sudah potong Q.
“Abang.”
Pintasnya dengan cepat. Dia mahu Balkish memanggilnya abang. Bukan lagi Encik
Harriz macam selalu.
Balkish
ketap bibir lagi.
“Okey…
teruskan.” Sambung Harriz. Tidak sabar dia nak tahu apa yang Balkish ingin
katakan kepadanya.
Balkish
menghela nafas. Dia memberanikan diri pandang Harriz. Lagipun degupan di
jantungnya sudah mulai redah. Rentaknya sudah kembali normal.
Tapi…
bila dia angkat wajah dan pandang Harriz, tiba-tiba sahaja jantungnya berdengup
semula. Senyuman dan aksi bersahaja Harriz membuatkan dia jadi tak tentu arah.
Apatah lagi bila Harriz begitu dekat dengan kedudukannya.
Hisy…
apa kena dengan jantung aku ni? Takkanlah ini tanda-tanda awal aku nak kena
penyakit jantung pulak? Aduh… ini yang aku lemah. Bertenang Balkish. Jangan
layan sangat jantung kau yang dah tak tentu arah tu. Buat biasa. Ingat… lelaki
yang ada depan kau ni pemegang gelaran ‘Playboy
Nombor Satu Negara’. Lagipun selama ini jantung kau elok aje setiap kali
berdepan dengan dia. Kenapa pulak malam ni tiba-tiba nak berdebar segala. Control! Control!
Setelah
yakin dia mampu melawan debaran menggila itu, Balkish mula menyusun kata.
“Terlebih
dulu… saya nak mintak maaf. Saya… saya tak dapat nak berikan apa yang saya ada
malam ni pada encik… err…” Balkish berhenti sekejap bila Harriz menggeleng-gelengkan
kepalanya. Mahu dia membetulkan panggilan.
“Abang.
Saya harap sangat abang faham maksud saya.” Aduh… formalnya Balkish menyusun
ayat. Tak santai langsung. Cool la
beb!
Harriz
menaikkan keningnya sebelah. Macam Ziana Zain.
“Kenapa
pulak tak dapat bagi? Kish datang bulan ke?” selamba biawak jantan sahaja
Harriz bertanya. Langsung dia tidak menghiraukan air muka Balkish yang sudah
berubah kemerah-merahan.
Sepantas
itu juga kepala Balkish menggeleng laju. Hisy… kepala ni pun! Yang pergi geleng
tu apesal? Angguk aje la. Kata nak cari alasan untuk memboloskan diri. Balkish
menggumam sendiri.
“Bistu?” soal Harriz tak faham.
“Takkan
tak faham jugak? Kan sebelum bernikah saya dah bagitau.”
“Owh… yang tu. Tapi itu perjanjian semasa
belum bernikah. Sekarang ni Kish dah sah jadi isteri abang. Jadi abang berhak
mintak hak abang yang sepatutnya. Sebagai wanita islam yang tau didikan agama,
pasti Kish tahu hukum seorang isteri yang enggan melayan suaminya, kan?” ujar
Harriz dengan berlagak. Dia bangun dari duduknya lalu memadamkan lampu.
Serta-merta keadaan di dalam bilik pengantin berubah menjadi gelap gelita. Cuma
cahaya lampu dari luar sana sahaja yang kelihatan memberikan sedikit cahaya di
dalam bilik. Membuatkan Balkish dalam melihat dengan jelas susuk tubuh Harriz
yang sudah bergerak ke sebelah kanan lalu duduk disebelahnya. Lantas lampu
tidur dinyalakan. Membuatkan keadaan di dalam bilik kembali bercahaya dalam
samar-samar.
Balkish
menggigit bibir bawahnya. Nampaknya dia buat kesilapan menilai Harriz. Sebelum
bernikah dulu, dia rasakan lelaki itu pasti akan berpegang pada janjinya. Tak
sangka pula lain yang jadi. Nampaknya, Harriz memang buaya jadian yang hanya
mahukan tubuhnya.
“Tapi…”
Balkish mahu membantah.
“Takde
tapi-tapi. Malam ni malam pertama kita. Abang mahu Kish layan abang macam
pasangan pengantin baru yang lain. Abang tak nak lepaskan peluang menikmati
keindahan malam pertama macam pasangan pengantin yang lain.” Putus Harriz
dengan senyuman yang sengaja ditayang depan muka Balkish. Selamba dia membaringkan
tubuhnya di sebelah Balkish yang masih sopan duduk bersimpuh. Mata Balkish yang
mencerlung itu langsung tidak dihiraukan. Sedap sahaja dia baring terlentang
sambil tangan diletakkan di belakang kepala.
“Encik
Harriz! Encik Harriz tak boleh buat macam ni dekat saya. Saya tak sangka Encik
Harriz ni jenis yang tak berpegang pada janji. Takkan Encik Harriz nak paksa
saya pulak?!” Balkish sudah naik marah. Biarpun begitu, volume suaranya masih direndahkan. Tak mahulah satu rumah ni dengar
suaranya yang melengking tinggi. Nanti tak pasal-pasal terbongkarlah hakikat
sebenar perkahwinannya dengan Harriz Tan Sri Hamdan.
“Ada
ku kisa.” Balas Harriz. Matanya dipejamkan.
Balkish
menggigit bibir. Geram betul dia dengan Harriz. Ada ku kisa, katanya! Arghhhh!!!!!
“Sekarang
ni keputusan di tangan Kish. Nak layan abang, Kish akan dapat pahala atau nak
masuk neraka sebab derhaka pada arahan abang sebagai suami Kish yang sah.” Ugut
Harriz.
Balkish
rasa seperti hendak menangis. Rasa bodoh sangat dia kerana terlalu percayakan
Harriz. Harriz benar-benar sudah keterlaluan. Langsung tidak menghormati
permintaannya yang telah dia buat sewaktu mereka belum berkahwin. Kalaulah dia
tahu Harriz tak berpegang pada janji, jangan harap dia nak pilih Harriz sebagai
suami. Bagus dia kahwin aje dengan apek gatal dekat taman perumahannya itu.
Dalam
geram, rasa takut pada ugutan Harriz itu tetap ada. Balkish tak mahu jadi
penghuni neraka disebabkan derhaka pada suaminya ini. Dia takut pada seksa dan
hukuman ALLAH. Lantas dengan hati yang sakit dan pasrah pada takdir hidupnya
ini, perlahan-lahan Balkish merebahkan tubuhnya disebelah Harriz yang sudah
memejamkan mata. Dan ketika kepalanya yang masih ditutup dengan tudung bawal
itu sudah mencecah ke atas bantal, dia memejam erat matanya. Tidak sanggup
melihat apa yang bakal Harriz lakukan terhadapnya sebentar lagi.
Ya
ALLAH… lindungilah aku hamba-MU yang lemah ini. Doa Balkish dalam hati. Rasa
ingin sahaja dia menangis. Perasaannya sudah bercampur baur. Sakit, geram,
takut dan berdebar. Husy!!!
Perlahan
Harriz membuka sebelah matanya. Setelah melihat Balkish merebahkan tubuhnya di
atas bantal, lantas dia bangun dari pembaringan. Isterinya itu memejam mata
dengan erat sekali. Langsung tidak mahu membuka matanya itu. Kelakar pula
Harriz bila melihat Balkish beraksi sebegitu. Nampak sangat Balkish menyerah
dalam pasrah.
Buat
seketika, Harriz memerhati segenap inci wajah Balkish yang tidak ditempek
dengan sebarang alat solek. Cantik sungguh wajah itu. Bersih sahaja. Ikutkan
rasa hati dan gelora nafsu lelakinya kini, mahu agaknya dia mencumbui isterinya
itu. Namun… dia bukanlah lelaki yang akan mengambil kesempatan atas dasar kuasa
yang terletak dalam tangannya kini. Dia akan memiliki Balkish sebagai isteri
bila Balkish sendiri yang datang menyerahkan hak itu kepadanya nanti.
Bila
lihat Balkish yang memejam mata rapat-rapat sambil tangan ditekup kuat ke dada
itu, membuatkan ketawa Harriz pecah dengan kuatnya. Dia ketawa dan terus
ketawa!
Balkish
yang terdengar ketawa besar Harriz itu perlahan-lahan membuka matanya. Dia
mendapati Harriz sedang seronok memtertawakan dirinya sambil berair mata.
Berkerut-kerut keningnya.
“Kish
ni kelakarlah. Ada ke pejam mata macam tu?” ujar Harriz sambil ketawa lagi.
“Nampak
sangat Kish menyerah dalam pasrah.” Sambung Harriz. Ketawanya masih belum
redah.
Balkish
gigit bibir bawahnya. Laju dia bangkit dari baring. Keadaannya dibetulkan.
Sepantas kilat dia mencapai bantal lalu dipukul ke arah Harriz yang masih
ketawa-ketawa itu. Wajahnya sudah membahang kemerahan. Malu bukan main lagi dia
bila Harriz mengenakan dia di malam pertama ini.
“Berhenti
ketawa, boleh tak?” gumam Balkish geram. Malu dia bila Harriz memtertawakan
dirinya sebegitu.
“Okey…
okey… abang berhenti.” Harriz angkat tangan. Tanda dia menyerah dan akan berhenti
ketawa. Wajah Balkish yang masam mencuka itu ditenung. Cantik betul isteri aku
ni… masam-masam pun tetap nampak cantik macam bidadari. Heheheee…
“Kish…”
Panggil Harriz panjang. Lembut dan romantik nadanya.
Tiba-tiba
Balkish berdebar. Panggilan yang kedengaran romantik itu seolah-olah membuai
jiwanya untuk seketika. Sedangkan selama ini bila Harriz panggil dia dengan
nada bagitu, bukan main meluat lagi dia. Tapi lain pula jadinya dengan malam
ini.
Harriz
memberanikan diri mencari dagu Balkish. Kemudian dipalingkan wajah itu untuk
memandang ke wajahnya.
Balkish
terpana. Terkejut bila Harriz bertindak sedemikian. Dia seolah beku tidak tahu
hendak berbuat apa. Hanya membiarkan sahaja Harriz memegang dagunya lalu
dipaling untuk bertentang mata.
“Abang
masih ingat pada perjanjian kita. Kish tak perlu risau. Abang tak akan paksa
Kish serahkan ‘hak’ abang tu malam ni. Abang akan tunggu sehingga Kish bersedia
berikan ‘hak’ itu dengan sendiri. Selama mana pun… abang akan tunggu. Bukan itu
yang abang harapkan dari Kish. Abang mahu hati Kish lebih dari ‘hak’ abang. Dan
bila Kish sudah bersedia berikan hati Kish pada abang sepenuhnya tanpa
ragu-ragu, barulah abang minta ‘hak’ abang dekat Kish.”
Tersentuh
hati Balkish mendengar kata-kata itu. Fikirnya tadi Harriz serius mahukan
‘hak’nya itu malam ini. Tak sangka Harriz jauh berbeza daripada apa yang
disangkanya.
Buat
seketika, keadaan di antara mereka menjadi sepi. Hanya deru nafas masing-masing
yang kedengaran.
Wake up Balkish!!!!!
Bagaikan
ada suara halus datang berbisik di cuping telinga Balkish meminta supaya
Balkish bangun dari khayalannya. Bukan setakat berbisik, tetapi suara halus itu
siap menjerit lagi. Bagi Balkish sedar diri. Pantas itu juga dia memalingkan
wajah ke tempat lain. Dia terpana buat seketika dengan kata-kata Harriz.
Harriz
juga begitu. Bila dia tersedar, cepat-cepat dia mencapai sebiji bantal lalu
turun dari atas katil.
“Kish
tidurlah dekat atas. Abang tidur kat bawah.” Putus Harriz. Bantal diletak atas
permaidani warna hijau lumut yang tebal. Kemudian dia meletakkan kepalanya di
atas bantal.
Balkish
jadi serba salah. Tak tahu hendak berbuat apa. Dia kaku di atas katilnya. Diam
tidak berkutik. Hari pertama bergelar isteri dia sudah berdosa kerana tidak
melayan suaminya seperti yang sepatutnya.
Ya
ALLAH… ampunkanlah dosaku ini. ENGKAU berilah aku petunjuk agar aku menjadi
isteri yang solehah.
Bila lagu cinta
bergema
~24~
“JAGA
diri baik-baik tau. Kena ikut cakap suami. Kena jaga maruah diri dan suami.
Ingat Kish… sekarang Kish dah jadi isteri Harriz. Jadi Kish kena jaga maruah
Harriz sebagai suami Kish. Kish juga kena hormat keluarga Harriz. Kena sabar
dengan apa saja yang terjadi. Apa yang Kish nak buat, kena mintak persetujuan
suami Kish terlebih dahulu. Jadi isteri yang solehah ye dik. Akak sentiasa
doakan kebahagian Kish dengan Harriz.” Pesan Batrisya dengan panjang lebar
ketika dia menghantar Balkish ke Senai International Airport pagi itu.
Sebenarnya
Batrisya berkecil hati sedikit dengan Balkish. Baru saja berada dua hari di
kampung setelah selesai majlis penikahan dan persandingan, hari ini adiknya itu
sudah hendak berangkat kembali ke Kuala Lumpur. Macam tak boleh nak duduk lama
sikit dekat JB. Namun dek mengenangkan alasan Balkish yang kononnya Harriz tak
dapat cuti panjang sebab ada meeting penting hari khamis ni, kenalah Batrisya
melepaskan adiknya itu kembali ke Kuala Lumpur bersama suaminya. Lagipun,
Balkish kini sudah sah menjadi milik Harriz. Jadi terpulanglah pada Harriz
untuk membawa isterinya itu pergi awal atau lambat. Dan sebagai seorang isteri
pula, Balkish kena akur pada perintah suaminya.
Balkish
mengangguk. Pesanan kakaknya akan disimpan kukuh dalam ingatan. Insya-ALLAH…
dia akan cuba sedaya upaya belajar menjadi isteri yang baik. Tapi sebelum itu
dia perlu mendidik hatinya untuk menyayangi Harriz. Tak cinta tak pe. Asalkan
hadir sedikit rasa sayang buat lelaki itu pun sudah memadai bagi Balkish.
“Insya-ALLAH,
Kak Risya. Kish akan ingat pesanan akak.”
Batrisya
berpaling pula ke arah Harriz. Wajah lelaki yang tak pernah lokek dengan
senyuman itu dipandang. Semoga lelaki yang tak pernah lekang dengan senyuman
ini mampu menjaga adiknya sebaik mungkin.
“Harriz
tolong jaga Kish baik-baik ye. Jangan persiakan hidup Kish. Sayangi dia
seikhlas hati Harriz.”
Harriz
mengangguk. Pesanan Batrisya itu merupakan satu amanat buat dirinya.
Insya-ALLAH, dia akan cuba melaksanakan amanat itu sebaik mungkin.
“Insya-ALLAH,
Risya. Awak janganlah risau. Saya akan jaga adik kesayangan awak ni sebaik
mungkin. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu saya tak akan mempersiakan
hidup Balkish.”
Lebar
senyuman Batrisya mendengar jawapan Harriz. Semoga lelaki itu berpegang pada
janjinya.
“Hmmm…
Kiah dengan Harriz masuk la. Kejap lagi pesawat nak berlepas. Ada masa nanti
baliklah kampung ye.”
Harriz
dan Balkish sama-sama memandang jam tangan. Memang benar. Sekejap sahaja lagi
kapal terbang akan berlepas.
“Kish
pergi dulu, kak. Akak jaga diri elok-elok tau. Sampaikan salam Kish dekat ibu
dengan tok mak.” Balkish memeluk erat tubuh kakaknya. Ada rasa sayu yang
membendung jiwa. Hanya Batrisya yang ambil kisah akan dirinya. Tengoklah hari
ini. Cuma Batrisya seorang sahaja yang sudi menghantar dia dengan Harriz ke
lapangan terbang. Sedangkan ibu dengan tok mak langsung tak ambil peduli.
Balkish
tak kisah kalau ibu dengan tok mak tidak menghiraukan dia. Tapi janganlah layan
Harriz sama seperti melayan dirinya juga. Lelaki itu tidak tahu apa-apa. Sekurang-kurangnya,
ibu dengan tok mak pandanglah Harriz sebagai orang baru. Sebenarnya, Balkish
segan dengan Harriz. Segan kerana layanan dingin ibu dan tok mak. Kesian lelaki
itu… disebabkan Balkish, Harriz turut terkena tempiasnya.
Batrisya
melambai-lambai tangan ke arah Balkish dan Harriz yang sudah masuk ke balai
berlepas. Sayu hatinya memandang kelibat adiknya itu. Sampai benar hati ibu dan
tok mak. Langsung tidak mahu mengikut dia menghantar Balkish ke lapangan
terbang. Nampaknya, sikap tak suka tok mak dan kedinginan ibu terhadap Balkish
tak pernah mahu padam biarpun Balkish kini sudah berkahwin.
Air
mata yang mengalir lesu itu dikesat. Ya ALLAH… Engkau bukalah pintu hati ibu
dan tok mak untuk menerima Balkish dalam kehidupan kami. Engkau permudahkanlah
hidup adikku. Engkau pertemukanlah dia dengan kebahagiaan. Amin…
Doa
Batrisya yang tak pernah jemu menunggu tibanya saat itu. Saat hati tok mak dan
ibu terbuka untuk menyayangi Balkish seikhlas hati.
Dalam
kapal terbang, Balkish mengambil tempat duduk di tepi tingkap. Dia ingin
membuang pandangan ke luar jendela. Jadi takdelah dia menghabiskan masa
berbual-bual dengan Harriz. Bosan sungguh dia hendak melayan kerenah lelaki
itu. Sejak mereka berkahwin ini, perangai gatal lelaki tu semakin menjadi-jadi.
Balkish masih teringatkan kejadian semalam. Boleh pula King Of Crocodile itu mengenggam jari sebelah kanannya ketika
mereka semua berada di meja makan semalam. Dia cuba juga hendak melepaskan
jemarinya yang digenggam oleh Harriz. Namun kudrat wanitanya tidak berjaya
hendak melawan tenaga lelaki milik Harriz yang menggenggam jemarinya dengan
begitu erat sekali.
Bila
Balkish membulatkan matanya, tunjuk yang konon dia tengah marah, Harriz boleh
pula tayang muka buat tak tahu sahaja. Terus mengunyah nasi masuk ke dalam
mulut tanpa menghiraukan mata Balkish yang bulat itu. Mahu tak mahu, Balkish
terpaksa makan menggunakan sudu dengan tangan sebelah kiri. Tok mak, ibu dan
Eidham hanya mengerling melihat aksi Balkish itu. Langsung tak mahu komen
apa-apa. Cuma pandangan tajam mereka itu sudah cukup membuatkan Balkish
mengerti, mereka tidak suka dengan apa yang berlaku di atas meja makan. Pendek
kata, mereka tidak suka melihat kebahagian Balkish dengan Harriz. Kebahagiaan? Hmmm… iye sangatlah Balkish bahagia.
Hanya ALLAH sahaja yang tahu apa yang ada dalam hatinya.
Cuma
Batrisya seorang sahaja yang menegur dan mengusik. Bila Balkish kata tangan
sebelah kanannya sakit, Batrisya terus mengusik dengan mengatakan tangan itu
sakit sebab digenggam. Huh! Malu gila Balkish dibuatnya. Merah padam mukanya
ketika itu juga. Sedangkan Harriz, lelaki itu hanya tahu ketawa-ketawa sahaja.
Memang menyakitkan hati. Dek kerana perbuataan Harriz itu, Balkish telah
melancarkan mogok tak nak bercakap dengan Harriz lagi sejak semalam. Tapi… sampai
bila dia tak nak bercakap dengan lelaki itu?
“Kish
masih marahkan abang?” tanya Harriz. Dia memang sudah biasa membahaskan dirinya
sebagai ‘abang’ sejak berkahwin dengan Balkish. Katanya lebih mesra gitu…
Balkish
tidak menjawab. Malas betul dia nak melayan Harriz. Gatal benar suaminya itu.
“Berdosa
tau Kish kalau tak jawab pertanyaan suami.”
Balkish
mendengus. Ini yang dia lemah ni. Harriz suka sangat mengugut dia dengan
berkata sebegitu.
Harriz
tersenyum.
“Tak
ada juganya nak marah.”
“Iye
ke? Hmmm… baguslah macam tu. Abang ingatkan Kish masih marahkan abang lagi
pasal semalam. Abang bukannya sengaja nak malukan Kish depan ibu, tok mak dan
semua orang. Abang saje nak bergurau dengan Kish aje. Kish tu abang tengok
asyik serius aje dua puluh empat jam. Cuba senyum sikit. Orang pernah berkata,
sesiapa yang rajin tersenyum tu awek muda. Kish nak ke tua sebelum usia?”
Panjang lebar Harriz berkata dan pada penghujungnya dia memberikan satu
pertanyaan kepada Balkish.
Balkish
mengherot bibir. Hisy… pot-pet pot-pet macam mak nenek. Malas hendak menjawab,
Balkish membiarkan sahaja soalan Harriz yang dirasakan tidak penting itu.
Untuk
seketika keadaan diantara Balkish dan Harriz menjadi senyap. Suara juruterbang
yang bertugas berkumandang mengumumkan bahawa penerbangan akan berlepas
sebentar sahaja lagi. Semua anak kapal dan penumpang diminta berada di tempat
masing-masing.
“Kish…”
panjang Harriz memanggil. Kepalanya dipalingkan ke arah Balkish yang masih
memandang ke luar jendela.
“Boleh
abang tanya sesuatu tak?”
“Hmmm…”
hanya itu jawapan Balkish.
“Apesal abang tengok Kish macam tak mesra
aje dengan ibu dan tok mak. Kish macam terasing di rumah sendiri. Terutama
dengan tok mak. Abang tak pernah nampak tok mak bercakap dengan Kish. Kenapa
ye? Tok mak tak sukakah Kish kahwin dengan abang? Entah-entah Kish ni cucu
kesayangan tok mak, tak? Pasal tu tok mak tak suka Kish kahwin dengan abang.
Maklumlah… abang ni kan playboy.
Orang tua mana yang suka bermenantukan lelaki playboy macam abang ni. Tapi… abang dah berjanji dengan diri abang
sendiri, abang akan jaga Kish sebaik mungkin. Tok mak tak perlu bimbang. Abang
akan jaga cucu kesayangan tok mak ni selagi abang masih hidup.”
Balkish
hanya tersengih. Cucu kesayangan? Hurmmm… kalaulah Harriz tahu kenyataan yang
sebenar, tentu lelaki itu tak akan bercakap sebegitu. Balkish bukanlah sesiapa
pada tok mak. Sejak dari kecil hingga ke hari ini, sedikit kasih sayang pun tok
mak tak pernah berikan buat Balkish. Maklumlah… Balkish inikan bukan cucu yang
tok mak harapkan.
“Kenapa
Kish diam? Betul tak apa yang abang teka?”
Balkish
menghela nafas. Rasanya tiada apa yang perlu dia balaskan. Biarlah hubungannya
dengan tok mak dan ibu menjadi rahsianya sendiri. Dia tak mahu mengongsi rahsia
itu dengan Harriz.
“Saya
nak tidur kejap. Mengantuk. Assalammualaikum…” lain yang ditanya, lain yang
Balkish jawab. Setelah itu dia terus memejamkan matanya. Membuatkan niat Harriz
untuk bersembang mesra dengan Balkish terbantut begitu sahaja.
Balkish
ni kan suka sangat mengelak bila ditanya.
Hampir
sepuluh minit berlalu. Lenanya Balkish tertidur. Sehinggakan tanpa sedar
kepalanya sudah terlentok pada bahu Harriz. Tindakan spontan ini membuatkan
Harriz yang juga tidur-tidur ayam itu terjaga. Dia berpaling memandang wajah
isterinya yang sedang terlena. Betapa dia cintakan Balkish.
Harriz
tersenyum. Dia tidak mahu mengejutkan Balkish yang lena pada bahunya itu.
Dibiarkan sahaja kepala Balkish terlentok kemas di situ. Kemudian,
perlahan-lahan dia melentokkan kepalanya pada kepala Balkish. Matanya
dipejamkan semula. Berharap agar mimpi mereka bersatu menjadi satu.
******************************************************************************
SAMPAI
sahaja di Kuala Lumpur, Balkish meminta Harriz menghantarnya ke Taman Sungai
Wang. Dia perlu ke rumah sewanya itu untuk mengambil barang-barangnya yang
perlu dibawa ke rumah Harriz. Biarlah lelaki itu pulang dulu. Setelah siap
mengemas barang-barangnya, barulah dia menyusul.
Namun
seperti yang telah Balkish jangkakan, suaminya itu pasti tidak akan bersetuju
dengan cadangannya itu. Bermacam-macam alasan Balkish beri, berbagai-bagai
jawapan juga yang Harriz jawab. Konon Harriz takut Balkish akan tersesat jalan
untuk ke rumahnya. Alamatnya Balkish naik fed-up
nak berbalas pantun dengan Harriz. Jadi… tak semena-mena Abang Mahat a.k.a
Mahat Driver la yang telah diarahkan oleh Harriz untuk membawa pulang kereta
Kancil milik Balkish ke rumah keluarganya yang terletak di Bukit Damansara.
Harriz
yang duduk di kerusi penumpang sebelah Mahat Driver itu sudah tersenyum-senyum
lebar sedari tadi. Langsung tidak dihiraukan Balkish yang duduk di kerusi
belakang yang sudah tarik muncung melentik ala-ala itik betina nak bertelur.
Selamba sahaja dia bernyanyi-nyanyi kecil sambil ada masanya dia akan
bertanyakan hal pejabat dan rumah kepada Mahat Driver. Manakala Mahat Driver
pula hanya akan bersuara bila ditanya sahaja. Bila Harriz diam melayan perasaan
sendiri, Mahat Driver pun diam juga. Tenang dia meneruskan pemanduan menuju ke
Taman Sungai Wang yang terletak hanya beberapa kilometer sahaja lagi.
Setibanya
di blok rumah sewa Balkish, BMW hitam yang dipandu oleh Mahat Driver berhenti
di luar pagar yang tertutup rapat. Harriz dengan pantas keluar dari tempat
duduknya. Belum sempat dia nak beraksi romantik mahu membukakan pintu buat
Balkish, isterinya itu terlebih dahulu bertindak. Dengan wajah yang masam
mencuka Balkish melangkah masuk ke perkarangan rumah sewanya. Langkahnya
dihentak-hentak tanda protes atas tindakan Harriz.
Mahat
Driver menghampiri Harriz yang bersandar sambil berpeluk tubuh tepi BMW. Topi
ala polis yang dipakainya ditanggalkan. Topi hitam gelap dan baju putih itu
merupakan unifomnya.
“Errr… takpe ke saya bawa kereta isteri Encik Harriz ni? Saya tengok muka
isteri Encik Harriz tu cemberut aje. Macam tak nak saya bawa kereta dia. Kalau
isteri Encik Harriz tak nak… saya boleh balik naik bas.” Mahat Driver mula
ragu-ragu.
“Eh…
takpe Mahat. Kau bawa aje. Isteri aku
ok tu. Dia memang macam tu sejak dua tiga hari ni. Asyik nak marah-marah. Faham
ajelah angin orang perempuan ni kalau bulan tak baik.” Selamba biawak Harriz
menjawab.
Mahat
Driver sudah tersengih kucing jantan. Faham benar dia dengan maksud Harriz itu.
Isterinya si Rohana pun macam tu juga bila tiba bulan purnamanya. Asyik nak
marah tak pasal-pasal. Selalu yang jadi mangsa dia la. Huhuhuuu…
Di
dalam rumah, Balkish masuk dengan wajah yang masam. Aleya yang baru keluar dari
ruang dapur terkejut melihat kelibat Balkish. Dengan mulut yang penuh berisi
kerepek pisang Makcik Temah, Aleya menegur.
“Wei… bila masa ko sampai? Tak dengar pun
kau masuk.”
“Baru
je. Macam manalah kau nak dengar kalau dah asyik sangat menyelongkar makanan
kat dalam kabenit dapur tu. Jangan kata aku… entah-entah kalau pencuri yang
masuk pun kau tak sedar.” Omel Balkish. Aleya macam itulah. Kalau dah masuk bab
makan, bukan nak ingat dunia ni. Sedap aje dia melantak.
Daun
pintu dikuak. Langkah kaki dibawa masuk ke dalam bilik. Sebuah keluhan
dilepaskan. Buat seketika Balkish melabuhkan punggung duduk di birai katilnya.
Liar matanya memerhati ruang bilik sederhana luas itu. Nampaknya, inilah kali
terakhir dia menjejak kaki di dalam bilik ini. Bilik yang banyak menyimpan
segala kisah suka duka hidupnya.
Aleya
membuntuti langkah Balkish. Dia melihat wajah mendung sahabatnya itu. Dia tahu
Balkish pasti sedang bersedih. Dia pun sedih juga. Iye la… lepas ni tak ada
lagi suara Balkish yang suka membebel macam mak nenek itu. Antara mereka
bertiga, Balkish la yang paling kuat membebel dan bertindak seperti seorang
ibu. Biarpun mereka bertiga sebaya, namun Balkish lebih matang dari segi
pemikiran. Kalau nak harap Ella… hurmmm…
memang jahanamlah. Perangai sebiji macam kanak-kanak. Pantang jumpa lelaki
hensem. Mulalah nak tergedik-gedik. Dua kali lima dengan Aleya. Hahahaaa…
Usai
mengemas barang-barangnya, Balkish melangah keluar sambil dibantu oleh Aleya.
Nasib baik Aleya ada di rumah hari ini. Jadi Aleya la yang membantunya mengemas
barang-barang yang perlu dibawa ke rumah Harriz. Sampai di luar rumah, Balkish
lihat Harriz dan Mahat Driver masih setia menantinya. Wajah lelaki itu tetap
tenang biar pun terpaksa menunggu hampir sejam lamanya. Sengaja Balkish buat
Harriz tunggu lama-lama sebab geram sangat dekat suaminya itu.
“Dah
siap?” tanya Harriz sambil mengambil beg di tangan Balkish.
Balkish
hanya mengangguk. Malas hendak bersuara. Beg pakai diberikan kepada Harriz.
Manakala Mahat Driver sudah melangkah ke arah Aleya dan mengambil beg pada
tangan Aleya pula. Sempat Mahat Driver mengerling wajah Aleya yang manis itu.
Adoi… nasib baik aku dah kawin… kalau tak memang aku dah ngorat budak gemuk ni.
Comel sangat. Dalam hati Mahat Driver berkata-kata.
Aleya
yang sedar dirinya diperhati itu hanya membalas pandang Mahat Driver dengan
pandangan kosong. Langsung tak ada perasaan. Mahat Driver bukan test Aleya. Lainlah
kalau hensem macam Harriz. Sejuta kali Aleya layan. Tapi malangnya… Harriz itu
suami Balkish. Bukan spesis Aleya mahu merebut suami kawan sendiri.
“Leya…
aku pergi dulu ye. Kau dengan Ella
jaga diri elok-elok tau. Jangan nak nakal sangat.” Pesan Balkish pada Aleya.
Aleya
mengangguk. Tiba-tiba dia jadi sebak pula. Pantas tubuh Balkish yang kurus itu
dipeluk.
“Kau
pun sama ye. Jaga diri elok-elok kat
rumah mentua kau. Kalau ada yang buat jahat kat kau di sana, bagitau aku. Biar
aku tumbuk-tumbuk muka dia.” Pesan Aleya. Dia bukannya tak tahu cara ibu mentua
dan salah seorang adik ipar Balkish pandang sahabatnya itu. Ketara sangat tak
sukakan Balkish.
Balkish
hanya mengangguk sambil tersenyum pahit. Dia terasa hendak menangis, namun
ditahan rasa sebak itu.
Setelah
itu pelukan pun dileraikan. Balkish menyerahkan kunci kereta Kancilnya kepada
Mahat Driver. Kemudian dia pula berlalu ke arah BMW hitam berkilat milik
suaminya. Sebelum berlalu, Harriz sempat membunyikan hon kereta ke arah Aleya
sambil melambai tangan.
******************************************************************************
SEJAK
dari tadi wajah Puan Sri Hanum masam mencuka. Langsung tidak mahu tersenyum.
Ikut rasa hati, mahu sahaja dia melarikan diri. Tidak sanggup dia hendak bersua
muka dengan Harriz bersama isterinya itu. Menyakitkan hati sahaja. Namun dek
kerana mengenangkan Fahmie dan Hanis serta anak-anak mereka ada di situ menanti
kepulangan Harriz bersama isterinya itu, dia kenalah pendam rasa hati yang
sakit. Lagipun, pandangan tajam suaminya itu juga membuatkan dia sedikit gerun.
Ah…
Tan Sri Hamdan! Sejak bermenantukan perempuan itu… selalu sangat menentang
kata-kata. Ada sahaja kata-katanya akan akan dibidas oleh suaminya itu.
Membuatkan dia susah hendak menang. Entah-entah suaminya itu juga sudah terkena
tempias wanita itu. Fikir Puan Sri Hanum dalam hati.
“Ibu…
pak ngah dah sampai!!!” jeritan Adam berkumandang memenuhi segenap ruang tamu.
Bukan main gembira lagi si kecil itu menyambut kepulangan pak ngahnya.
Sebenarnya Adam lagi gembira sebab dapat jumpa Balkish. Maklumlah… Balkish
itukan wanita pujaan hati Adam. Heheheee… Adam! Adam! Kecil-kecil lagi dah tau
pasal perempuan. Sah besar nanti bakal bergelar playboy si Adam ni. Mewarisi perangai Pak Ngahnya.
Puan
Sri Hanum sudah tarik muka lima puluh dua tahun. Masam mencuka dia. Langsung
tak ada sedikit senyuman pun.
“Assalammualaikum…”
ucap Harriz yang begitu ceria sekali. Di sisi lelaki itu kelihatan kelibat
Balkish ada sama. Wanita itu kelihatan manis berbaju kurung.
“Waalaikumusalam…”
Hampir serentak seisi rumah menjawab salam yang diberikan oleh pengantin baru.
Cuma Puan Sri Hanum seorang sahaja yang tak jawab salam. Hanya jawab dalam
hati.
Harriz
membawa Balkish untuk bersalaman dengan setiap seorang ahli keluarganya. Hanis dan
Hanni bukan main gembira lagi menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga
mereka. Mesra mereka melayan Balkish. Siap buat aksi peluk cium lagi. Bila tiba
giliran Puan Sri Hanum, Balkish jadi sedikit berkecil hati. Wanita itu… belum
pun sempat Balkish menundukkan kepala untuk mencium tangannya, laju sahaja Puan
Sri Hanum menarik tangannya itu. Muka pula memang dah sedia kala masam macam
cuka.
“Duduklah
Kish. Tentu penat kan?” pelawa Tan Sri Hamdan kepada menantunya itu. Dia
perasaan perilaku isterinya sebentar tadi. Cuma dia tak mahulah menegur secara
terbuka. Maruah isterinya kenalah dijaga depan anak-anak dan menantu.
Sopan
Balkish melabuhkan punggung di atas sofa. Terasa asing pula dia bila berkumpul
bersama keluarga Harriz. Tak sangka benar dia di hari bekerja seperti ini ramai
yang berkumpul di rumah keluarga Harriz. Sangkanya tentu tak ada orang ramai
hari ini. Maklumlah… masa bekerja. Tapi ternyata sangkaannya itu menyimpang
jauh bila hampir kesemua adik-beradik Harriz ada sama menanti kepulangan mereka
berdua. Cuma adik Harriz bernama Hanna sahaja yang tiada di situ. Bekerja
agaknya.
Harriz
sudah mengambil tempat duduk disebelah Balkish. Dengan selamba badak jantan
Harriz mendepangkan tangan lalu diletak kemas atas bahu isterinya itu. Amboi…
ambil kesempatan nampak!
“Amboi…
Riz. Tak nak berenggang langsung akak tengok. Asyik nak berkepit aje dengan
isteri.” Usik Hanis. Seronok dia melihat aksi pasangan yang baru mendirikan
rumahtangga itu. Teringat dia pada kenangan di awal usia perkahwinannya bersama
suami tercinta.
“Alaaa…
biasalah Kak Nis. Abang Riz kan memang berjiwa romantik. Lebih-lebih lagi bila
berada dekat dengan Kak Kish. Bertambah romantiklah Abang Riz dibuatnya.”
Tambah Hanni pula. Bibir si sweet
seventeen ini tak lekang dengan senyuman.
Harriz
hanya ketawa suka. Spontan itu juga jari-jemari Balkish diraih dan dibawa ke
dalam genggamannya. Erat sungguh dia mengenggam jemari isterinya itu. Balkish
yang terkedu hanya mampu membiarkan jemarinya berada dalam genggaman Harriz.
Iye la… takkan dia nak tarik jemarinya itu pula. Nanti apa pula pandangan
mentua dan ipar-iparnya. Dia tak mahu menimbulkan syak wasangka di kalangan
keluarga mentuanya itu. Biarlah dia berkorban. Berlakon sikit demi menjaga hati
semua orang.
Melihat
aksi Harriz, membuatkan hati Puan Sri Hanum semakin sakit. Meluat benar dia
melihatnya. Kan bagus kalau Harriz berkahwin dengan Syarifah Ezora. Tentu dia
tak akan sakit hati seperti ini melihat aksi mesra pasangan pengantin baru.
“Tan
Sri… Puan Sri… makan tengahari sudah siap.” Beritahu Kak Moon yang datang dari
arah ruang makan. Sempat wanita itu mengerling ke arah Balkish yang duduk di
sebelah Harriz. Dalam hati Kak Moon mula memberi komen. Padan sungguh Encik
Harriz dengan isterinya itu. Padanlah Encik Harriz tak jadi playboy lagi.
Rupa-rupanya dah jumpa perempuan yang sedap aje mata memandang. Pakai pun
sopan. Takdelah belah sana belah sini macam bekas teman-teman wanita Encik
Harriz dulu-dulu tu. Sakit mata aku tengok. Omel Kak Moon dalam hati.
“Hah…
tunggu apa lagi. Jom la kita pergi makan. Kish… marilah. Sambil makan, boleh
kita sembang-sembang.” Tan Sri Hamdan sudah bangun dari duduknya. Seperti tadi,
hanya dia sahaja yang mempelawa Balkish. Sedangkan isterinya sudah menonong
laju jalan di hadapan. Langsung tak mempelawa menantu mereka itu.
“Jom
Kak Kish. Jangan layan sangat Abang Riz ni.” Hanni terus memaut lengan Balkish.
Dibawa lari jauh sikit dari abangnya. Hanis yang membuntuti langkah hanya
tersengih bila melihat wajah marah-marah sayang Harriz. Mesti geram sebab Hanni
merampas isteri kesayangannya itu.
Balkish
hanya mampu tersenyum. Dia melangkah beriringan bersama Hanis dan Hanni. Sambil
Adam yang begitu manja tak mahu lepas dari membuntuti Balkish.
Adam
macam itulah. Kalau jumpa Balkish aje langsung tak mahu berenggang. Kata Adam,
Balkish cantik. Balkish baik. Adam mahu cari girlfriend macam Balkish. Adam
kecewa Balkish kahwin dengan Pak Ngah. Namun, Adam pasrah menerimanya.
Kihkihkihhh…
Adam!
Adam! Macam-macam hal. Heheheee…
******************************************************************************
“ENCIK HARRIZ
jangan nak ambil kesempatan lebih-lebih ye.
Saya tak suka.” Balkish memberi amaran ketika dia dengan Harriz berada di dalam
bilik mereka setelah selesai makan tengahari. Pertama kali masuk ke dalam bilik
milik suaminya itu, dia begitu terpegun melihat dekorasi dalam bilik tersebut.
Cantiknya tak ubah macam bilik hotel. Perabot pula semua yang mahal-mahal
belaka. Berbeza sungguh dengan perabot dalam bilik rumah sewanya yang hanya
murah-murah sahaja. Sah suaminya itu jenis yang mementing gaya, mutu dan
keunggulan.
Harriz
kerut kening. Buat-buat tak tahu dengan amaran Balkish itu. Dengan selamba dia
melabuhkan punggung di atas katil. Mata Balkish yang mencerlung memandangnya
itu langsung tidak dihiraukan. Bersahaja dia merebahkan tubuh di atas tilam
sambil beralaskan lengan.
“Iye
ke abang ambil kesempatan? Setahu abang… abang takde pulak ambil kesempatan ke
atas Kish. Abang cuma pegang isteri abang aje. Takdelah lebih mana pun. Bukan
abang buat aksi 18 tahun ke atas.” Balas Harriz selamba.
Balkish
mengetap bibir. Otak lelaki itu, sejak mereka berkahwin ini sudah terlebih
warna kuningnya. Rasa mahu sahaja Balkish mencuci otak kuning Harriz
menggunakan Clorox. Biar bersih otak
kuning suaminya itu.
“Itu
saya tau la. Tapi boleh tak jangan nak pegang lebih-lebih. Saya rimas tau.
Encik Harris tak malu ke orang tengok Encik Harriz buat begitu?”
“Alaaa…
nak malu apa pulak. Kita kan suami isteri. Lagipun abang pegang peluk sayang depan
family abang juga.” Balas Harriz. Ada
sahaja modalnya untuk membalas kata-kata Balkish itu.
Balkish
menggigit bibir. Benci benar dia. Bila dia berkata, ada sahaja jawapan yang
Harriz berikan
“Oh
ye… mulai hari ini… mulai saat ini… abang nak sayang panggil abang dengan
panggilan abang. Takmo Encik
Harriz-Encik Harriz lagi. Nanti terdengar dek dia orang semua… apa pula yang
diaorang fikirkan. Abang tak izinkan lagi sayang panggil begitu.”
Bulat
mata Balkish mendengar kata-kata Harriz yang lebih menyerupai arahan itu.
Amboi… nampaknya Harriz sudah mula pandai hendak mengarahkan dia. Huh!
Tiba-tiba
pintu bilik yang tertutup rapat itu diketuk. Perlahan itu juga pintu yang tidak
berkunci ditolak dari luar.
“Hai...
Kak Kish. Kak Kish tengah buat ape tu? Boleh Hanni masuk tak?” Kepala Hanni
sudah terjengul keluar dari celah pintu yang dibuka sedikit. Tersengih-sengih
dia memandang Balkish yang masih bertudung sedari tadi.
Balkish
membalas senyuman adik iparnya yang manis itu.
“Masuklah
Cik Hanni oi… macam tak biasa aje. Selalu tu main terjah aje dia masuk kat
bilik kita. Tak tahu nak ketuk pun. Hari ni sopan pulak dia mengetuk pintu.”
Sindir Harriz dari dalam. Memaksa Hanni melebarkan lagi senyumannya.
Hisy…
Abang Riz ni! Suka betul pecahkan rahsia orang. Buat malu aku depan Kak Kish
aje. Gumam Hanni dalam hati.
Hanni
melangkah menghampiri Balkish yang sedang duduk di atas sofa. Abang Harriznya
pula sudah mula menidurkan diri di atas katil. Lalu dia duduk di sofa
bersebelahan dengan Balkish. Bulat matanya memandang koleksi novel-novel milik
Balkish yang tersusun kemas di dalam kotak baldu empat segi tepat bewarna biru.
“Ini
semua Kak Kish yang punya ke?”
Balkish
mengangguk. Dia memang kaki novel. Koleksi novel-novelnya memang banyak. Dari
pelbagai jenis jalan cerita. Penulis kesukaannya pula adalah Siti Rosmizah.
Semua novel Siti Rosmizah berada dalam simpanannya.
“Wah…
banyaknya Kak Kish.” Kagum sungguh Hanni. Hajat dalam hati nak pinjam, tapi dia
terasa malu hendak meluahkannya.
“Hanni
nak pinjam ke?”
Bagai
pucuk dicita, ulam mendatang. Laju Hanni mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Nak!
Nak!” jawabnya laju dengan sengihan yang tak padam dari bibir.
“Hanni
carilah nak pinjam yang mana satu. Tapi akak belum kemas lagi novel-novel ni.
Tak tahu nak letak kat mana. Rasanya akak kena beli kabenit kecil untuk letak
novel-novel ni.”
“Tak
payah nak susah-susah. Sayang letak aje novel-novel sayang tu dalam kabenit
abang tu hah. Bukannya banyak buku sangat pun. Banyak lagi ruang kosong.”
Harriz yang pasang telinga mendengar perbualan isteri dan adiknya mula
menyampuk. Membuatkan Balkish dan Hanni saling berpandangan lalu tersenyum
sesama sendiri.
“Ingatkan
orang tu dah tidur. Rupanya masih sedarlah Kak Kish.” Bisik Hanni pada Balkish.
Balkish
mengangguk. Dia pun sangka suaminya itu sudah tidur. Rupanya masih lagi sedar
di alam nyata.
“Kak
Kish… jom kita keluar. Kak Hanis panggil. Boleh sembang-sembang tanpa gangguan
kaum lelaki.”Usul Hanni. Memang itulah tujuannya tadi. Mahu mengajak Balkish
bersembang-sembang di halaman rumah bersama Hanis. Tapi bila nampak aje koleksi
novel milik kakak iparnya yang melambak-lambak itu, terus dia jadi lupa.
Maklumlah… dia kan hantu novel juga. Pantang nampak novel baru dan cerita
menarik, mulalah dia nak baca. Tadi dia ada terlihat novel M.A.I.D hasil
nukilan Suri Ryana. Dah banyak kali dia cari novel itu kat serata kedai buku.
Tapi rata-rata mengatakan dah habis stok. Nampaknya, malam ini dia bolehlah
pinjam novel M.A.I.D yang dicari-carinya itu daripada Balkish. Wah… tak sabar
Hanni yang menyelongkar koleksi novel-novel milik kakak iparnya.
Balkish
bersetuju dengan cadangan Hanni itu. Dia kemudian membuntuti langkah Hanni
meninggalkan bilik.
“Hmmm… jaga elok-elok isteri Abang Riz
tu. Hanni jangan nak tunjuk ajar yang bukan-bukan pulak.” Pesan Harriz sebelum dua perempuan itu berlalu.
Hanni
mencebik. Begitu juga dengan Balkish. Sempat dia mencebik dalam diam.
“Tau
la Abang Riz. Hisy….” Jawab Hanni
geram. Kemudian dia memaut lengan Balkish untuk beredar sama. Meluat benar dia
dengan perangai Abang Harriznya. Bukan nak bawa Kak Balkish pergi mana pun.
Takat keluar kat halaman rumah untuk bersembang-sembang. Itu pun dah buat
pesanan penaja. Husy… mengada betullah abang aku yang sorang ni. Patut pun dulu
Kak Kish pernah tolak cinta Abang Riz.
Harriz
membuka sebelah matanya yang tertutup. Bibirnya mengukir senyum bila Balkish
dan Hanni sudah berlalu meninggalkan bilik itu. Lega rasa hatinya bila melihat
layanan mesra Kak Hanis dan Hanni pada Balkish. Nampaknya kehadiran Balkish di
rumah itu diterima baik oleh semua kecuali mama dan Hanna.
Hmmm…
bila sahaja fikiran Harriz terarah pada mama, dia teringatkan kejadian atas
meja makan tadi. Sikap dingin mama dan wajah masam mencuka mama sudah cukup
membuktikan bahawa mama masih belum dapat menerima Balkish menjadi isterinya.
Entah sampai bilalah hati mama akan terbuka untuk menerima Balkish sebagai
menantu? Itu belum lagi ada Hanna. Harriz yakin, jika Hanna balik kerja petang
nanti pasti adiknya itu juga beraksi seperti mama. Maklum… Hanna itukan
pengikut setia mama. Apa yang mama suka, Hanna suka sama. Apa yang mama benci,
Hanna pun akan benci sama. Lagipun, Hanna adalah sahabat baik Syarifah Ezora.
Pastilah adiknya itu berdendam pada perempuan yang menjadi isterinya gara-gara
menyangka Balkish telah merampas dia dari Syarifah Ezora.
Huh!
Takde maknanya mama dan Hanna fikir
macam tu. Sepanjang hayat aku, aku tak pernah bercinta pun dengan si Ezora tu.
Perempuan tu aje yang lebih-lebih. Tergedik-gedik. Kan tak pasal-pasal dah frust menonggeng. Siapa suruh?! Gumam
Harriz dalam hati.
Bila lagu cinta
bergema
~25~
Awan mendung yang berarak
kedinginan
Lautan keruh yang bergelora kecewa
Bayu nan lembut yang berhembusan kesedihan
Kini jadi taufan kehilangan haluan
Sekian lama daku mencari bahagia
Namu tiada ku semukanya di mana
Jalanan ku tempuh penuh duri
Beginikah suratan hidupku ditentukan
Mengapa duka lara seringkali melingkari diri ini
Bilakan berakhir kisah pilu dari hidupku
Ingin ku pergi bawa hati
Jauh ku pergi bawa diriku yang sepi
Oh mungkinkah ku bertemu oh bahagia yang ku cari
Lautan keruh yang bergelora kecewa
Bayu nan lembut yang berhembusan kesedihan
Kini jadi taufan kehilangan haluan
Sekian lama daku mencari bahagia
Namu tiada ku semukanya di mana
Jalanan ku tempuh penuh duri
Beginikah suratan hidupku ditentukan
Mengapa duka lara seringkali melingkari diri ini
Bilakan berakhir kisah pilu dari hidupku
Ingin ku pergi bawa hati
Jauh ku pergi bawa diriku yang sepi
Oh mungkinkah ku bertemu oh bahagia yang ku cari
……………………………………
Siti
Nurhaliza – Jalan Berduri
“DEKAT sini
rupanya isteri abang bertapa. Jom turun sarapan. Semua orang dah ada kat bawah
tu.” Ajak Harriz yang baru muncul di muka pintu pada Balkish yang duduk di
bangku meja solek.
Balkish
mengangkat wajahnya. Dari cermin meja solek, dia lihat susuk tubuh Harriz dan
wajah suaminya yang tersenyum riang. Entah dari mana suaminya itu? Bangun pagi
tadi, dia tak lihat pun kelibat Harriz di sofa tempat lelaki itu tidur semalam.
Sofanya sudah dikemas. Entah ke mana Harriz menghilang? Tidak pula Balkish
tahu. Sampai-sampai aje terus Harriz mengajaknya keluar bersarapan pagi.
Balkish
menggigit bibir bawahnya. Tidak tahu hendak berbuat apa. Hari kedua berada di
banglo mewah ini, namun merupakan pagi pertama dia berada di sini. Dia tidak
tahu hendak berbuat apa. Usai dia bersolat subuh awal pagi tadi tadi, cadangnya hendak turun
ke bawah membantu apa yang patut di dapur. Namun bila kakinya sampai di pintu
dapur, dia terlihat kelibat wanita yang begitu dingin dengannya di ruangan
dapur bersama Kak Moon. Nampaknya Puan Sri Hanum lebih awal berada di dapur
berbanding dirinya. Ini membuatkan Balkish membantutkan niatnya lalu naik
semula ke dalam bilik. Dari gaya ibu mentuanya itu, dia yakin pasti Puan Sri
Hanum sedang menyediakan sarapan pagi untuk keluarga.
“Sayang…
jomlah turun sarapan. Papa panggil tu. Apa lagi yang sayang menungkan tu?”
Sekali lagi Harriz mengajak.
Sekali
itu juga Balkish menggigit bibir bawahnya lagi.
Harriz
mengeluh. Perlahan dia menghampiri isterinya yang masih duduk di bangku meja
solek. Gaya macam orang tak nak berganjak dari situ. Macam sudah digam punggung
untuk terus melekat pada bangku meja solek tersebut.
“Sayang…
kenapa ni? Hmmm… Tell me.” tanya
Harriz penuh prihatin. Wajah isterinya yang manis bertudung ekspress itu ditatap. Sejak mereka
bergelar suami isteri, belum pernah sekali pun Harriz melihat rambut Balkish
biarpun wanita itu merupakan mukhrimnya. Balkish sering bertudung. Dalam bilik
berdua dengannya pun Balkish akan pakai tudung juga. Bukan itu sahaja, tidur
pun nak pakai tudung. Entah bilalah masanya Harriz dapat melihat rambut milik
isterinya itu. Teringin juga dia melihat Balkish tanpa tudung di kepala.
Balkish
menghela nafas. Sukarnya dia berada di dalam keluarga lelaki itu. Tan Sri
Hamdan dan Hanni memang melayannya dengan baik. Tetapi tidak pada Puan Sri
Hanum dan Hanna. Kedua wanita itu jelas tidak sukakan dirinya. Terutama sekali
Hanna. Cara pandangan dan sindiran pedas adik iparnya itu membuatkan Balkish
berkecil hati. Rasa mahu dia menjawab, tapi dididik hatinya supaya banyak
bersabar. Dia yakin ini merupakan cabaran baru dalam hidupnya setelah dia
bergelar isteri kepada Harriz Tan Sri Hamdan.
“Kish…”
panggil Harriz lembut.
“Saya
risaulah, wak.” Beritahu Balkish. Belum selesa memanggil Harriz dengan
panggilan abang, dia hanya memanggil lelaki itu dengan panggilan awak sahaja.
Harriz
kerut kening.
“Risau
kenapa pulak ni?”
“Saya…
saya tak tahu macam mana nak berdepan dengan keluarga awak kalau awak takde.
Rasa terasing sangat. Kalau awak ada, sekurang-kurangnya saya takdelah nak
segan sangat.” Jelas Balkish lagi. Memang itulah yang dirasanya. Bila Harriz
tiada, dia rasa begitu susah hendak bergerak di banglo mewah itu. Macam pagi
ini. Tak pasal-pasal dia berperap dalam bilik disebabkan suaminya itu hilang
entah ke mana.
Harriz
mengukir senyuman. Kembang hatinya mendengar Balkish berkata sebegitu. Rupanya
penting juga dia dalam hidup Balkish walaupun sekadar teman dikala sunyi.
Cewah!
“Sayang…
abang akan sentiasa ada di sisi sayang. Tak kira apa yang akan berlaku, abang
akan sentiasa ada untuk sayang.” Romantiknya Harriz mengucapkan bicara itu.
Matanya tidak lepas dari menatap wajah Balkish. Membuatkan Balkish menundukkan
wajahnya. Kala itu juga hatinya mula berdebar hebat. Bicara Harriz terasa
menusuk ke lubuk hati wanitanya. Pandangan Harriz kali ini seolah-olah
menggetarkan jantungnya. Tersenyum Harriz melihat aksi isterinya itu.
“Dahlah.
Jangan fikir yang bukan-bukan. Jom turun. Semua orang dah tunggu kita tu.” Ajak
Harriz.
Jari
Balkish diraih. Membuatkan Balkish tersentak tidak terhingga. Namun, entah apa
yang terjadi pada dirinya, langsung tidak membantah bila jemari Harriz
mengenggam erat jemarinya. Malah dia biarkan sahaja jemari mereka bertaut dan
melangkah turun ke bawah mengikut langkah kaki suaminya.
Di
meja makan, kelihatan kelibat semua ahli keluarga sudah ada. Balkish hanya
menurut langkah Harriz. Ketika itu, dia perasan pandangan tajam mata Puan Sri
Hanum memandang ke arahnya bila Harriz menarik kerusi untuknya. Cuma dia
berpura-pura tidak menyedari lirikan tajam itu.
“Hmmm… makan Kish. Jangan malu-malu. Kish
sekarang dah jadi sebahagian daripada keluarga ni. Anggap rumah ni macam rumah
Kish sendiri” Pelawa Tan Sri Hamdan dengan ramahnya. Lelaki itu cukup mesra
melayan menantunya itu. Jika boleh, Tan Sri Hamdan tidak mahu Balkish rasa
terasing sepanjang berada di rumah tersebut.
Balkish
sekadar tersenyum dan mengangguk. Manakala Puan Sri Hanum pula mencebik bibir
mendengar kata-kata suaminya itu. Meluat benar dia!
“Sayang
tolong sendukkan abang nasi lemak tu.” Pinta Harriz. Pinggan kosong diunjukkan
kepada Balkish. Tanpa banyak bicara, Balkish menyambut pinggan kosong yang
dihulurkan lalu diisi dengan nasi lemak berlaukkan sambal ikan bilis, telur
rebus dan sedikit timun. Kemudian pinggan yang sudah berisi itu diletak elok
depan Harriz. Setelah itu barulah dia menyenduk sedikit nasi lemak khas buat
dirinya pula.
Puan
Sri Hanum menjulingkan biji matanya ke atas. Geli telinganya mendengar panggilan
‘sayang’ yang Harriz gunakan untuk memanggil wanita itu. Menambahkan lagi rasa
bencinya pada Balkish.
“Hmmm… sedapnya. Kalau sayang nak tahu…
nasi lemak ni mama yang buat. Mama memang terror memasak. Cakap aje nak makan
apa, mama pasti boleh masak. Nanti sayang bolehlah belajar masak dekat mama
kalau sayang ada masa terluang ye.” Sengaja Harriz memuji mamanya depan
Balkish. Dia mahu mengambil hati mamanya. Sejak dia buat pengumuman berkahwin
dengan Balkish, hubungannya dengan mama sudah renggang. Mama melayannya hendak
tak hendak sahaja. Sekarang dia perlu melancarkan strategic untuk mencuri hati
mamanya itu semula.
Puan
Sri Hanum mencebik lagi. Tahu sangat Harriz sengaja mahu membodek. Ketika dia
membuang pandangan ke arah lain, dia terlihat kelibat Hanna yang baru menuruni
anak tangga. Masam sahaja muka anak gadisnya itu.
“Hanna…
nak ke mana tu?” tegur Puan Sri Hanum bila Hanna melencong ke arah ruang tamu.
“Hanna
nak pergi ofis, ma.” Beritahu Hanna acuh tak acuh. Menyampah benar dia melihat
kelibat Balkish yang duduk membelakanginya itu. Semalam, balik dari ofis dia
dikejutkan dengan kehadiran Balkish di rumahnya. Rasa ingin dimaki hamunnya
wanita itu kerana telah merampas abangnya dari Syarifah Ezora. Namun dia
terpaksa mengawal emosi marahnya kerana pandangan tajam papanya. Dia tahu papa
tak suka anak-anaknya berlaku biadap depan orang luar.
Orang
luar? Ya! Bagi Hanna, Balkish itu masih dianggap sebagai orang luar biarpun
hakikatnya wanita itu sudah menjadi salah seorang daripada ahli keluarganya kini.
“Kalau
iye pun nak pergi ofis, marilah sarapan dulu. Mama ada buat nasi lemak ni.”
“Takpelah, ma. Hanna takde seleralah nak makan. Perut Hanna ni kenyang. Hanna pergi
dululah.” Jawab Hanna. Dia kemudian melangkah meninggalkan ruangan itu bila
mata papanya mula mencerlung memandangnya.
Ahhh…
papa! Selalu sangat menangkan Abang Riz. Pasal tu papa ikut sama sukakan wanita
pilihan Abang Riz tu. Sedangkan diaorang semua tak tahu pun perangai sebenar
Balkish tu. Nantilah kau Kish. Aku akan bongkarkan rahsia kau satu-persatu.
Omel Hanna dalam hati. Kata-kata Zack, teman lelaki Hanna merangkap bekas rakan
sekelas Balkish ketika bersekolah dahulu masih terngiang-ngiang di telinga
Hanna.
“Balkish
tu bukannya baik mana. Nama aje pakai tudung. Tapi bila dia sudah dapat apa
yang diingininya… dia akan tinggalkan. Dah ramai lelaki yang jadi mangsa si
Balkish tu. I kenal benar dengan dia. I harap abang you tak akan terpengaruh
sangat dengan Balkish tu. I takut abang you akan menderita macam kawan I yang
mati akibat ditipu oleh Balkish.”
Itulah
kata-kata Zack padanya sewaktu dia memberitahu bahawa abangnya akan berkahwin
dengan seorang wanita bernama Balkish. Cerita punya cerita, rupa-rupanya Zack
kenal siapa Balkish yang dia maksudkan. Perempuan satu kelas dengan Zack ketika
berada di sekolah menengah. Perempuan pura-pura alim yang suka mempermainkan
hati dan perasaan orang lelaki.
“Selamat
pagi Cik Hanna.” Sapa Mahat Driver ketika dia bertembung dengan anak majikannya
itu di muka pintu.
Hanna
tidak menjawab. Sebaliknya dia melemparkan sebuah jelingan tajam pula buat
Mahat Driver. Sakit benar rasa hatinya.
Mahat
Driver hanya mampu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal dengan jelingan
mata Hanna itu. Anak majikannya yang seorang itu memang lain benar perangainya
dengan anak-anak Tan Sri Hamdan yang lain. Tak pernah sekali pun Hanna
melemparkan senyuman pada dia dan Moon. Yang selalu dilemparkan adalah jelingan
tajam atau kata-kata kesat. Lain benar perangainya jika hendak dibandingkan
dengan Encik Harriz, Puan Hanis dan Cik Hanni yang ramah-tamah itu.
Hmmm…
anak orang kaya. Sombong tak bertempat. Komen Mahat Driver dalam hati. Nak
mampus meluahkan komen itu depan Cik Hanna. Tak pasal-pasal dia diberhentikan
kerja dua puluh empat jam serta-merta. Kan Cik Hanna yang sombong itu merupakan
anak kesayangan Puan Sri Hanum.
Mahat
Driver meneruskan langkahnya. Di ruangan makan yang besar itu, dia lihat Tan
Sri Hamdan sedang menikmati sarapan pagi bersama keluarga. Encik Harriz dan
isterinya pun ada sama.
“Tan
Sri… kereta dah siap. Kita nak bergerak sekarang ni ke?” tanya Mahat Driver
pada Tan Sri Hamdan yang duduk di sudut kepala meja.
Tan
Sri Hamdan menoleh ke arah Mahat Driver. Begitulah rutin harian tugas Mahat
Driver. Selepas menghantar Hanni ke sekolah, Mahat Driver akan datang
menjemputnya pula untuk ke pejabat.
“Hmmm…
kita bergeraklah sekarang. Saya ada meeting
dengan Mr. Lim pagi ni. Nanti terlewat pulak.”
Mahat
Driver hanya mengangguk. Belum sempat pun dia hendak melangkah, Puan Sri Hanum
memanggil namanya.
“Mahat.
Ni ha… bekal kamu. Nasi lemak.” Ujar Puan Sri Hanum sambil mengunjukkan bakul
yang sudah diisi dengan bekal itu kepada Mahat Driver.
Malu-malu
Mahat Driver mengambil bakul yang dihulurkan oleh isteri majikannya itu. Puan
Sri Hanum ni, biarpun nampak macam sombong sebab orang kaya, tapi hati isteri
majikannya itu baik. Sepanjang Mahat Driver bekerja di sini, dia tak pernah
lihat Puan Sri Hanum kedekut. Ringan sahaja tangan wanita itu membantu apa yang
patut. Cuma angin satu badan Puan Sri Hanum sahaja yang buat dia kadang-kadang
kecut perut. Mana taknya, jika mood Puan Sri Hanum kurang baik… alamatnya dia
yang tak tahu apa-apa itu juga akan menerima tempias daripada Puan Sri Hanum.
Sebelum
berlalu, Puan Sri Hanum menyalam lalu tunduk mencium tangan suaminya itu. Sempat
juga bagi pesanan penaja yang biasa diberinya berhari-hari. Itu sudah menjadi
kebiasaan bagi Puan Sri Hanum. Harriz dan Balkish turut sama menyalam lalu
mencium tangan papa mereka.
Setelah
itu, suasana di meja makan kembali sunyi sepi.
“Hujung
minggu depan, mama akan buat majlis persandingan dan resepsi Harriz dekat
Palace Of The Golden Horses. Mama dah buat semua persiapan untuk majlis tu
nanti. Tengahari ni ajak isteri Harriz pergi Butik Pengantin Seri Andaman untuk
ambil ukuran badan. Mama dah pilih kain yang terbaik untuk majlis persandingan
korang tu nanti. Ada songket dan gaun. Teksedo untuk Harriz pun ada sekali.
Lepas tu, esok pergi Spa Q untuk buat rawatan muka dan badan. Mama dah
maklumkan dekat Puan Qistina.” Puan Sri Hanum mengarah tanpa memandang muka
anak-menantunya. Bersahaja dia berkata-kata. Kemudian nasi lemak disuap ke
dalam mulut.
Terkejut
beruk Harriz dan Balkish mendengar arahan itu. Sebelum ini mereka tak pernah
berfikir mahu membuat majlis besar-besaran. Cukuplah sekadar majlis akad nikah
sahaja. Itu sudah memadai bagi mereka berdua.
“Ma…
kenapa mama tak bincang dengan Riz terlebih dahulu pasal ni? Riz dengan Kish
tak buat apa-apa persediaan pun lagi.”
Serentak
itu juga Puan Sri Hanum mengangkat mukanya. Memandang Harriz dengan pandangan
yang begitu tajam sekali.
“Kenapa
nak suruh mama bincang dengan Harriz dulu? Salahkah apa yang mama buat ni? Mama
cuma mahu kamu berdua pergi dan buat apa yang mama suruh. Bukannya susah mana
pun. Datang bawa badan aje. Lagipun… untuk apa mama nak mintak kebenaran dari
Harriz? Dulu… time Harriz buat
keputusan nak kahwin, takde pulak Harriz nak bincang dengan mama dulu, kan?
Tiba-tiba aje kata nak kahwin. Sekarang ni… mama cuma mahu Harriz dengan isteri
Harriz buat apa yang mama suruh. Itu aje. Bukannya susah pun. Harriz dengan
isteri cuma perlu datang bawa badan aje ke situ dan buat apa yang patut. Soal
bajet biar mama yang uruskan. Tak payah nak fikir.” Tinggi intonasi suara Puan
Sri Hanum. Sakit hatinya mendengar kata-kata Harriz.
Harriz
mengeluh. Balkish di sisinya hanya mendiamkan diri dan tertunduk bisu. Tidak
sedikit pun isterinya itu bersuara. Dia faham situasi Balkish sebagai orang
baru dalam rumahnya itu.
“Bukan
macam tu maksud Riz, ma. Cuma mama kan tahu Riz dengan Kish tak nak majlis
besar-besaran ni. Cukuplah kita buat majlis akad nikah dan sanding
kecil-kecilan hari tu.”
“Habis
tu Harriz nak malukan mama depan kawan-kawan mama? Kawan-kawan mama semua tanya
kenapa tak buat majlis besar-besaran untuk majlis perkahwinan Harriz? Mama malu
tau bila ada segelintir kawan-kawan mama yang bersangka buruk dengan
perkahwinan Harriz. Tak pasal-pasal ada pula yang lempar tuduhan-tuduhan yang
mencemarkan nama baik keluarga kita. Mama tak nak disebabkan majlis perkahwinan
Harriz tu nama baik family kita pula
yang akan terjejas.” Tungkas Puan Sri Hanum dengan tegas. Mencerlung matanya
memandang Harriz. Kemudian dia alihkan pula pandangan itu kepada Balkish.
Kebetulan ketika itu Balkish juga memandangnya. Satu jelingan tajam dihadiahkan
buat menantunya itu. Membuatkan Balkish menundukkan semula kepalanya dan
melarikan pandangannya.
“Tapi…
ma.”
“Takde
tapi-tapi. Keputusan mama muktamad. Tengahari ni mama mahu Harriz dengan
perempuan tu pergi Butik Pengantin Seri Andaman. Mama dah buat appointment
dengan Sali.” Puan Sri Hanum bertegas. Dia kemudian bangun dan melangkah naik
ke tingkat atas. Meninggalkan Harriz dan Balkish yang masih berada di meja
makan.
Balkish
menahan rasa hatinya. Seboleh mungkin dia mengawal diri dari menangis di
hadapan Harriz dan Puan Sri Hanum. Panggilan ‘perempuan’ yang ditujukan oleh
Puan Sri Hanum kepadanya benar-benar menghiris hati.
“Kish…”
Panggil Harriz lembut. Dia berpaling menoleh wajah isterinya yang masih
menunduk. Dia tahu pasti Balkish terasa dengan kata-kata mamanya itu.
“Maafkan
mama ye. Mama tu mulut aje yang macam tu… tapi hati dia baik. Kish jangan ambil
hati sangat dengan apa yang mama cakap tadi ye?”
Balkish
sekadar mengukir senyuman segaris.
“Nanti
abang cakap dengan mama lagi yang kita tak mahukan majlis besar-besaran ye.”
“Takpelah, wak. Kita ikut ajelah rancangan
mama awak tu. Dia dah bersusah payah buat semua ni untuk awak. Tak elok kita
lukakan hati dia lagi.” Balas Balkish lembut. Hatinya yang terluka dek
kata-kata ibu mentuanya sebentar tadi cuba dirawat sendiri. Lagipun, dia sudah
biasa mendengar kata-kata sindiran seperti itu. Tok mak juga sering berkata
sebegitu kepadanya. Membuatkan dia susah lali mendengarnya. Cuma dia
benar-benar tidak menyangka bahawa dia akan mendengar lagi sindiran-sindiran
tajam seperti itu setelah berkahwin dengan Harriz. Ingatkan dia sudah tidak
perlu mendengar semua itu lagi. Ternyata dia silap. Nasibnya tetap sama seperti
dulu.
“Tapi…
kan kita dah cakap tak nak majlis besar-besaran.”
“Takpe. Kita ikut aje. Awak janganlah risau.
Tengahari nanti kita pergi butik yang mama awak katakan tu ye.”
Harriz
menarik senyuman pada bibir. Spontan itu juga dia meraih jemari Balkish.
Digenggam erat jemari itu lalu dibawa hampir ke bibirnya. Serentak itu dia
mengucup jemari Balkish dengan penuh kasih sayang.
“Terima
kasih sayang.” Ucap Harriz. Matanya bersatu dengan mata indah milik Balkish.
Buat
seketika, keadaan sunyi antara mereka berdua. Masing-masing mendiamkan diri.
Hanya mata saling berpandangan. Ketika itu juga, Balkish dapat rasakan debaran
pada dadanya. Dag dig dug! Dadanya berlagu irama dangdut Amalina.
Wake up
Balkish!!! Satu suara datang berbisik. Membangunkan Balkish yang tersesat buat
seketika. Cepat-cepat dia menarik jarinya yang berada erat dalam genggaman
Harriz. Pandangannya dilontar ke arah lain. Hisy… macam mana aku boleh khayal
ni? Lemah betul! Marah Balkish pada diri sendiri.
“Errr… saya nak ke dapur jap.” Tanpa
memandang wajah Harriz, Balkish bangkit dari duduknya. Mencicit dia berjalan
menuju ke ruang dapur. Dia yakin tona wajahnya kini sudah berubah warna.
Melihat
tingkah isterinya yang mencicit laju itu, Harriz tersenyum lebar. Hatinya mula
berasa yakin bahawa dia pasti dapat memiliki cinta Balkish dalam tempoh masa
terdekat ini. Cuma dia perlu banyak bersabar dan terus berusaha untuk menawan
hati isterinya itu.
******************************************************************************
“KAK KISH…”
hampir mahu tercabut tangkai jantung Balkish ketika itu. Terkejut bukan main
lagi dia. Mujurlah dia masih sempat berpaut pada dinding. Jika tidak, tentu dia
dah jatuh tersungkur atas lantai.
Hanni
yang melihat kakak iparnya yang terkejut beruk itu sudah ketawa terdekah-dekah.
Niatnya bukanlah hendak mengejutkan kakak iparnya itu, tapi tak sangka pula
kakak iparnya terkejut beruk betina dek suaranya yang sedikit kuat. Iye ke
sedikit kuat? Hmmm… kalau Hanni bukannya sedikit tapi banyak! Kalau tak kuat
sangat, takdelah sampai begitu sekali Balkish terperanjat.
“Hanni…”
panjang Balkish menyebut nama Hanni. Bibirnya diketap geram. Hisy… budak ni!
Dua kali lima aje dengan abang dia. Tak bagi salam, main terjah aje.
Hanni
susun jari sepuluh tanda minta maaf. Dia melangkah mendekati kakak iparnya yang
cantik berbaju blause polkadot merah dan berseluar jeans hitam. Tudung hitam
kakak iparnya itu menyerlahkan lagi keayuan milik wanita itu.
“Wah…
cantiknya Kak Kish. Nak pergi mana cantik-cantik ni?” Puji Hanni seraya
bertanya.
“Puan
Sri suruh pergi Butik Pengantin Seri Andaman.”
“Eh…
Kak Kish ni. Apa pulak Puan Sri-Puan Sri. Mama la! Kan mama tu mother in low Kak Kish. Jadi Kak Kish
kenalah panggil mama dengan panggilan mama jugak. Takmolah Puan Sri-Puan Sri
segala.” Hanni menegur panggilan Puan Sri yang Balkish gunakan kepada mama.
Balkish
sekadar tersenyum mendengar teguran Hanni itu.
“Hanni
ikut boleh tak Kak Kish? Lagipun Hanni free
hari ni.” Hanni buat muka seposen. Matanya dikerdip berkali-kali. Aksinya ini
membuatkan Balkish teringatkan Ella. Dulu ketika berada di rumah sewanya, Ella
la yang sering buat muka begitu. Muka miang tambah minta simpati. Heheheee…
“Tak
boleh!” belum pun sempat Balkish buka mulut, ada satu suara yang terlebih
dahulu bersuara. Membuatkan Balkish dan Hanni menoleh serentak.
Harriz
yang tampan mengenakan kameja petak-petak merah hitam lengan panjang yang
sengaja disinsing lengannya hingga ke paras siku itu melangkah menghampiri
isteri dan adiknya. Topi hitam yang dipakai membuatkan wajahnya yang hensem itu
semakin hensem. Sengaja Harriz mengenakan warna merah hitam sebagai pilihannya
hari ini. Biar sedondon dengan Balkish yang juga mengenakan warna yang sama.
“Alaaa…
Abang Riz ni kedekutlah. Hanni nak ikut pun tak boleh. Hanni takde buat apa-apa
petang ni. Bolehlah Hanni ikut sekali ye.” Hanni sudah tarik muka cemberut.
“Kan
Hanni kena pergi tuisyen? SPM kan tak lama lagi.” Selar Harriz lagi. Memang dia
tak mahu bawa Hanni. Kacau daun aje! Orang nak berdua-duaan bersama isteri,
Hanni pula nak kacau. Hisy… mana boleh!
“Hari
ni orang takde tuisyen. Miss Cheng
ada date dengan tunang dia. Lagipun
Abang Riz… Hanni ambil SPM tahun depanlah. Tahun ni masih boleh enjoy.”
“Kelas
tambahan?” Harriz angkat kening dan peluk tubuh.
“Kelas
tambahan pun takde. Semua guru-guru
pergi tengok perlawanan bola sepak peringkat akhir sekolah kita orang.” Ada
sahaja jawapan Hanni.
Harriz
ketap bibir. Time macam ini pulaklah budak kecil ni takde tuisyen dan kelas tambahan. Huh!
Macam tau-tau aje aku nak keluar dating dengan Balkish.
“Alaaa…
bolehlah Abang Riz. Orang nak ikut sama.” Rayu Hanni dengan mimik muka satu sen
berkarat.
“Bolehlah,
wak. Kalau Hanni ikut, sekurang-kurangnya ada juga teman kita.” Balkish sudah
mula mencela. Dia pun suka kalau adik iparnya itu ikut sama. Jadi takdelah
suaminya yang gatal itu nak menggatal lebih-lebih. Heheheee…
Harriz
mengeluh.
“Okey-okey!
Abang Riz bagi masa sepuluh minit untuk Hanni bersiap.”
“Okey!
Set! Tunggu jap tau.” Dengan ceria Hanni berlalu masuk ke dalam. Bukan main
gembira lagi dia. Siap bernyanyi-nyanyi kecil lagi.
******************************************************************************
ABANG SALI
menyambut kedatangan Harriz, Balkish dan Hanni dengan senyuman yang meleret.
Pagi tadi, Puan Sri Hanum telah menelefonnya memaklumkan bahawa anak dan
menantunya akan datang petang ini untuk mengambil ukuran badan. Puan Sri yang
seorang itu, kecohnya bukan main lagi. Siap bagi warning dekat Sali agar buat
baju yang paling cantik untuk anak dan menantunya itu. Puan Sri Hanum mahu
biarlah majlis yang bakal dilangsungkan minggu depan akan dikenang oleh semua
hadirin yang hadir.
“Wah…
ini rupanya menantu Puan Sri Hanum. Cantik! Meletup!” puji Sali sambil kipas
tangan dikibas berulang-kali. Terpegun dia melihat raut wajah cantik tanpa alat
solek tebal itu. Rasa tak sabar pula dia hendak menatarias wajah itu nanti.
Orang cantik macam ini, disolek nipis pun tetap kelihatan cantik juga. Hati
Sali berkata-kata.
Balkish
dan Hanni sekadar tersenyum nipis. Manakala Harriz sudah lebar senyumannya
mendengar pujian Sali itu.
“Kalau
Harriz yang pilih… memang yang terbaek……”
sambung Sali lagi sambil menaikkan ibu jarinya.
Semakin
lebar senyuman pada bibir Harriz.
“Hah…
mai-mai. Abang Sali buat design baju
yang paling cantik buat korang berdua. Biar semua yang hadir tu nak jatuh bijik
mata tengok. Korang berdua ni memang pasangan yang paling sepadan sekali.
Selalu tu… costumer Abang Sali memang tak padan langsung dengan pasangannya.
Kalau yang perempuan cantik bagaikan Diva, si lelaki pulak mesti tua kerepot.
Kalau yang lelaki hensem, yang perempuan pulak mesti tak lawa. Tapi korang
berdua ni… hu, memang padan!” bebel Abang Sali ala-ala Makcik Murai.
Adoi…
Abang Sali ni. Mencarut mengalahkan ahli puspanita.
Harriz,
Balkish dan Hanni memang tak banyak cakap. Ikut sahaja langkah Abang Sali yang
sudah melangkah masuk ke biliknya. Abang Sali mempersilakan pelanggan
terhormatnya itu duduk. Mujur tak ada pelanggan lain yang datang. Jadi
senanglah untuk dia melayan anak-anak dan menantu Puan Sri Hanum sahaja.
“Umie!
Buat air untuk pelanggan terhormat aku.” Pekik Abang Sali bagaikan petir di
langit.
Spontan
itu juga Harriz, Balkish dan Hanni menekup telinga mereka. Pekikkan Abang Sali
itu benar-benar membingitkan. Tersengih Abang Sali melihat aksi spontan ketiga
mereka.
“Heheheee…
sorrylah. Abang Sali memang suka
jerit-jerit. Mana tau boleh test vocal
untuk masuk pertandingan AF.” Spontan bicara Abang Sali.
Dia
sebenarnya, kalau sehari tak menjerit memang tak sah.
Bukan
susah hendak bekerjasama dengan orang yang tak banyak songeh seperti Balkish.
Ikut sahaja apa yang Abang Sali cadangkan untuknya. Lagipun badan kecil macam
Balkish ni memang senang untuk diurus. Kulit pula putih melepak. Semua jenis
warna boleh masuk. Tak perlu nak pening-pening kepala nak cari color apa.
Cuma
Harriz yang banyak komen. Itu tak sesuai, ini tak mahu. Kalau boleh Harriz mahu
yang paling cantik khas buat isterinya itu. Buat Abang Sali rimas dengan
permintaan Harriz yang bermacam-macam itu. Sebiji macam perangai Puan Sri
Hanum. Seperti orang putih kata, ‘Like
mother, like son’.
Hisy…
Harriz ni! Cerewet mengalahkan orang perempuan. Kalau orang cantik macam
Balkish ni, tak kisah pakai apa pun tetap nampak cantik juga. Harriz tak payah
nak suruh Abang Sali reka yang sarat-sarat. Balkish tetap akan nampak cantik
biarpun rekaan yang dikenakan terlalu simple.
Setelah
semuanya selesai, Harriz mengajak Balkish dan Hanni pergi makan. Perutnya sudah
berkeroncong minta di isi. Hanni mencadangkan agar mereka makan Pizza untuk
petang itu. Balkish tak banyak songeh.
Ikut sahaja cadangan adik iparnya itu. Kebetulan, dia pun sudah lama tak makan
Pizza. Harriz menurut. Biarpun dia bukanlah penggemar Pizza, namun demi Balkish
dia rela. Dah Balkish setuju dengan cadangan Hanni, dia ikut ajelah. Yang
penting… asal dapat bersama dengan ratu hatinya itu.
Bila lagu cinta
bergema
~26~
AIR
kencing syaitan yang berada di depannya diteguk dengan rakus sekali. Sakit
benar rasa hatinya bila teringatkan peristiwa petang tadi. Ikutkan rasa hati
yang sedang diamuk rasa marah dan cemburu buta ketika itu, mahu digayangnya
perempuan tersebut. Biar tertanggal tudung yang dipakai. Siapa suruh menggatal
sangat nak berkepit dengan buah hatinya. Harriz pun satu hal, bukan main mesra
lagi dia melayan perempuan itu. Siap berpimpin tangan lagi! Buat hati Amylia
tambah bernanah melihatnya.
Amylia
mendengus kasar. Kemudian dengan sekali teguk air kencing syaitan yang
terhidang depan mata habis diminumnya. Gelas yang sudah kosong diberikan semula
kepada pelayan lelaki berbangsa cina yang bertugas malam itu. Dia mahu menambah
air yang sudah habis untuk menenangkan fikiran. Beginilah cara yang Amylia
gunakan untuk mendapatkan ketenangan. Dengan meneguk minuman keras yang
diharamkan dalam islam.
Seperti
tahu apa yang diingini oleh wanita cantik lagi seksi di hadapannya itu, lelaki
cina yang memakai tag nama Kevin itu menuang semula air mabuk ke dalam gelas
Amylia yang telah kosong. Tersenyum-senyum dia memandang wajah Amylia yang
cukup menggodanya. Jika dia dapat meniduri wanita seksi itu untuk semalam,
pasti dia puas hati. Itulah yang bermain dalam fikiran Kevin ketika itu. Dasar
lelaki mata keranjang!
Tak
guna punya jantan! Padanlah dia tak datang jemput aku tempoh hari, rupanya dia
sibuk bermadu kasih dengan perempuan lain. Dasar playboy!!! Dia nak main-mainkan aku ya?! Desis hati kecil Amylia.
Aku
tak akan berdiam diri! Aku akan pastikan Harriz tetap menjadi milik aku. Apa
pun yang akan terjadi, aku tak akan benarkan perempuan tu merebut Harriz
daripada aku. Aku yang kenal Harriz terlebih dahulu daripada dia. Jadi dia
milik aku! Perempuan tu akan aku singkirkan dari hidup Harriz macam mana aku
singkirkan perempuan-perempuan lain yang selama ini hendak menjadi saingan aku.
Dan Harriz… jangan dia ingat senang-senang nak lepaskan diri dari aku! Aku bukan
seperti perempuan-perempuan bodoh yang pernah dia dampingi selama ini. Aku
bukan sebodoh mereka yang cuma tahu nak pasrah bila Harriz meninggalkan mereka.
Aku ada misi aku yang tersendiri. Amylia memasang tekad.
Disebabkan
dia merasa Harriz miliknyalah hubungannya dengan Harriz dapat bertahan agak
lama berbanding dengan bekas teman-teman wanita Harriz. Walaupun dia tahu
Harriz ramai teman wanita, namun mereka semua tak dapat hendak menandinginya.
Amylia pandai memujuk dan merayu. Bila Harriz kata nak putuskan hubungan
mereka, Amylia cepat-cepat merayu agar Harriz tidak tinggalkan dirinya. Cuma
sejak kebelakangan ini, dia dapat rasakan kedinginan Harriz terhadapnya. Malah
pujuk rayunya seolah-olah tidak lagi memberi kesan buat lelaki itu.
Sedang
dia melayan perasaan yang diamuk rasa marah, tiba-tiba datang seorang lelaki
menghampirinya. Melabuhkan punggung di atas kerusi kosong bersebelahan dengan
Amylia.
“Helo…
Amylia. Lama tak nampak you. You apa kabar?” tegur lelaki itu.
Amylia
berpaling. Kemudian satu jelingan dilontarkan kepada lelaki yang berada di
sebelahnya. Zack! Amylia kenal benar dengan lelaki itu. Zack merupakan salah
seorang lelaki yang pernah bersama Amylia sebelum ini. Bila dia mengenali
Harriz, dia tinggalkan Zack. Lagipun jika hendak dibandingkan Harriz dengan
Zack, Harriz jauh lebih hebat lagi. Harriz boleh memberikan apa yang dia
ingini. Disebabkan itulah Amylia mengambil keputusan untuk meninggalkan Zack.
Apa sangatlah yang ada pada lelaki seperti Zack itu. Harapkan muka aje yang hensem
tapi poket nipis.
Tiada
balasan yang keluar dari mulut Amylia. Dia mula mengeluarkan sebatang rokok
dari kotaknya. Kemudian dipasang apinya dan disedut perlahan sebelum dihembus
perlahan. Meluat benar dia dengan kehadiran Zack di situ.
Zack
sekadar tersenyum melihat tingkah sombong Amylia. Tangannya digamit kepada
lelaki cina yang bertugas di depan. Minuman dipesan. Perlahan dia meneguk air
kencing syaitan yang sama dengan Amylia. Astagfirullahalazim… sudah banyak cucu
cicit Nabi Adam yang meneguk air kencing syaitan malam ini. Nampaknya syaitan
pasti sudah bersorak penuh kegembiraan atas ketewasan umat Nabi Muhammad S.A.W.
“You
dah tahu ke yang Harriz sudah berkahwin?” sengaja Zack berkata sebegitu. Mahu
melihat reaksi Amylia yang buat muka sombong dengannya.
Sepantas
itu juga Amylia memusingkan kepalanya memandang Zack yang berwajah selamba.
Mukanya bertambah tegang dengan soalan maut Zack sebentar tadi.
“Apa
you kata?” soal Amylia kasar. Mahu Zack mengulangi apa yang dikatakan
kepadanya. Dia bukannya pekak. Cuma dia mahu mendengar dengan lebih jelas lagi
apa yang Zack katakan.
Zack
memalingkan muka memandang Amylia. Buat seketika pandangan mereka bersatu. Satu
senyuman sinis terukir pada bibir seksi Zack. Seronok dia melihat air muka
Amylia yang sudah bertukar warna. Pasti wanita itu sedang menahan rasa marahnya
ketika itu.
“You
tahu tak yang buah hati kesayangan you tu dah berkahwin?” ulang Zack kembali.
Kali ini sengaja dia menggelar Harriz sebagai ‘buah hati’ Amylia. Maklumlah…
bukankah Amylia sanggup meninggalkan dia kerana Harriz? Walaupun dia turut
memegang gelaran sebagai playboy, namun ketika itu dia benar-benar ikhlas
cintakan Amylia. Tapi wanita itu yang telah meninggalkan dia kerana Harriz Tan
Sri Hamdan.
Rasa
seperti mahu menjerit sahaja Amylia ketika itu. Namun ditahan rasa hatinya.
“Harriz
dah kahwin???” soalnya meminta satu kepastian. Wajahnya nampak garang seperti
Mak Lampir.
Zack
pula sekadar mengangguk sambil menayang wajah selamba badak jantan. Bibirnya
tersungging sebuah senyuman mengejek. Padan muka kau, Amy!
“You
jangan nak buat-buat cerita Zack. I tak suka. I tak akan percaya dengan apa
yang you katakan. I tahu you jealous dengan hubungan kami.” Amylia sudah mula
naik berang. Baginya mustahil untuk lelaki playboy seperti Harriz akan
berkahwin dalam masa terdekat ini. Dia kenal sangat dengan Harriz. Lelaki itu
tidak mahukan komitmen dalam perhubungan.
Zack
menjungkit bahu.
“Buat
apalah I nak buat-buat cerita. Takde maknanya, Amy. Bukan I dapat untung
berjuta-juta pun kalau I reka-reka cerita dekat you. Lagipun… kita dah lama
putus. I dah tak ada apa-apa perasaan dekat you lagi. Buat apa I nak jealous?
Tak ada makna!”
“Habis
tu macam mana you tahu Harriz dah berkahwin?” Tanya Amylia masih tidak berpuas
hati. Suasana bising yang hingar bingar langsung tidak dihiraukan. Dia mahu
tahu cerita yang sebenar daripada Zack.
“Tak
sangka you sudah tua ye Amylia. Sampaikan itu pun you boleh tanya dekat I.
Takkan you dah lupa yang I sedang bercouple
dengan adik boyfriend you tu, Hanna.
Dah ingat?”
Amylia
mengetap bibir menahan rasa geram bila Zack menyindirnya sudah tua. Pantang
benar dia jika ada yang mengatakan dia sudah tua biarpun kenyataan itu adalah
fakta belaka. Mana tidaknya, tahun ini sahaja usia Amylia sudah mencecah usia
tiga puluh lima tahun. Mungkin jika dia sudah berumah tangga pasti dia sudah
mempunyai anak yang meningkat remaja.
Memang
Zack kini sedang bermadu kasih dengan adik Harriz yang bernama Hanna. Amylia
tak nak ambil kisah dengan siapa pun Zack bercinta. Itu urusan Zack. Lagipun
selagi Zack tidak menganggu hubungannya dengan Harriz, selagi itu dia tak akan
ambil peduli hubungan Zack dengan Hanna. Meskipun Amylia tahu, pasti Zack tidak
ikhlas cintakan Hanna. Pasti bekas teman lelakinya itu mahu sesuatu dari Hanna.
Kan Hanna itu anak Tan Sri Hamdan. Seorang ahli perniagaan yang bertaraf
jutawan.
“Hanna
yang bagitau I abang dia tu dah kahwin minggu lepas dekat JB. Hujung minggu
depan akan diadakan pula majlis resepsi sebelah pihak lelaki.”
Semakin
sakit rasa hati Amylia mendengar kenyataan itu. Gelas berisi air kencing
syaitan yang masih berbaki diteguk sekaligus. Berita yang baru disampaikan oleh
Zack itu benar-benar menaikkan api kemarahannya terhadap Harriz dan wanita
tadi. Ya! Wanita bertudung itu. Amylia yakin pasti wanita itu adalah isteri
kepada Harriz Tan Sri Hamdan.
“Takkan
Harriz tak jemput you ke majlis perkahwinan dia? Atau… Harriz langsung tak
bagitau you?”
Amylia
menggigit bibir. Rasa mahu dihambur kemarahan kepada Zack ketika itu juga. Dia
tahu Zack pasti sedang mengejek dirinya. Gelak ketawa Zack sudah cukup
menambahkan bahang kemarahan Amylia. Tanpa berlengah, Amylia menyambar tas
tangannya lalu beredar keluar dari situ dengan wajah yang berang.
******************************************************************************
MUNCUNG
Balkish panjang sedepa. Kalau ada pembaris pasti sudah dapat menbaca berapa
panjang muncung Balkish ketika itu. Dia benar-benar tak puas hati dengan
Harriz. Suka sangat mengambil kesempatan ke atas dirinya. Mentang-mentang Hanni
ada bersama, Harriz bukan main berani lagi memimpin jemarinya sepanjang mereka
keluar berjalan. Pandangan tajamnya langsung tidak diendahkan. Benci benar dia!
“Apesal isteri abang ni muncung aje dari
tadi? Dah macam muncung itik pulak abang tengok bibir Kish tu. Kang abang kiss
bibir tu baru Kish tau.” tanya Harriz yang sedar bibir isterinya yang asyik
memuncung itu. Takkan itu isyarat Balkish minta dicium pula. Heheheee… nanti
kalau dia pandai-pandai pergi kiss
bibir tu, tak pepasal kena lempang pulak. Hisy… tak nak ar! Dahlah esok turun
hari pertama dia turun kerja setelah sepuluh hari bercuti kahwin.
Balkish
tidak menjawab. Sebaliknya dia menghadiahkan Harriz dengan sebuah jelingan
tajam. Hisy… dia ni! Buat menyakitkan hati betul. Entah bahasa apa lagi yang
aku perlu gunakan dekat dia ni supaya dia faham jangan nak ambil kesempatan.
Dia buat tak dengar aje. Dah tu boleh pulak nak main-main. Nasib baik dia tu
suami aku, kalau tak dah lama kena jerit.
Tersenyum
Harriz melihat aksi isterinya itu. Pantas dia melangkah mendekati isterinya
yang masih duduk di atas sofa dengan muka masam mencuka. Punggungnya dilabuhkan
di sebelah Balkish.
Eheh…
ni apekehal pulak duduk dekat-dekat
ni? Kalau nak duduk tu jauh-jauhlah sikit. Jangan sampai aku hilang sabar pulak ye. Omel Balkish dalam hati.
“Sayang
marahkan abang ye?” tanya Harriz.
Balkish
mengerling. Malaslah nak jawab. Diam lagi bagus.
“Sayang…”
panggil Harriz panjang lagi romantik. Jarinya sudah mula menyentuh jemari
Balkish. Tak sah dia jika tidak menyentuh jemari isterinya itu. Suka benar dia
dapat mengenggam erat jemari isterinya untuk hari ini. Terasa hati berbunga
cinta. Cewah!!!
“Hah…
ini yang saya marah ni. Awak suka sangat nak ambil kesempatan. Kalau nak
bercakap tu, tangan duduk diam-diam boleh tak? Tak payah nak pegang-pegang.”
Bengang betul Balkish bila jari suaminya itu sudah mendarat mencapai jemarinya.
Laju dia menarik jemarinya dari terus digenggam oleh suaminya itu. Cukuplah
petang tadi jemarinya menjadi mangsa genggaman dan elusan-elusan lembut
suaminya. Malam ini jangan nak buat lagi. Balkish tak mahu! Nanti tak pepasal
dia buka langkah silat pulak.
Ketawa
Harriz mendengar amarah isterinya itu. Rupanya alasan ini yang buat Balkish
menarik muncung panjang sedepa sejak dari tadi. Dia benar-benar tak perasan. Khakhakhaaa…
“Laaa…
pasal ini ke isteri tercinta abang ni tarik muncung macam itik betina? Hmmm… abang ingatkan apalah tadi?”
Harriz ketawa suka.
Balkish
mencebik. Sakit hati bila Harriz buat-buat ketawa seperti itu. Nampak sangat
itu ketawa mengejek yang ditujukan khas buat dirinya.
“Dahlah!
Saya malas nak layan awak. Saya nak tidur lagi baik.” Bingkas Balkish bangun
dari duduknya. Semakin dia dengar Harriz ketawa, semakin geram dia jadinya.
Belum
pun sempat dia melangkah, jemarinya disambar oleh Harriz. Membuatkan tubuhnya
tidak berdiri dalam posisi yang betul dan dia akhirnya terjatuh. Paling tidak
disangka, dia terjatuh atas pangkuan Harriz.
“A…
a… apa ni?” soal Balkish gugup. Dia mahu bangun. Namun Harriz memaut
pinggangnya hingga membuatkan dia tidak berjaya untuk bangun dari atas riba
suaminya itu.
“Sayang
marahkan abang ke?” Soalan dibalas dengan soalan.
“Marah.”
Yakin Balkish menjawab. Memang dia marah. Bertambah marah dengan kelakuan
Harriz ini.
“Okey.
Kalau sayang masih marahkan abang, abang tak akan lepaskan sayang. Biar sayang
duduk atas riba abang sampai esok pagi.”
Bulat
mata Balkish mendengar kata-kata Harriz.
Harriz
tersenyum.
“Sayang
marahkan abang lagi tak?”
Balkish
mendengus. Demi mahu melepaskan diri dari atas ribaan Harriz, dengan terpaksa
dia menggeleng.
“Aik?
Takkan geleng aje? Cakaplah…”
Eiiii…
geramnya! Rasa nak cekik aje leher King
Of Crocodile ni!!! Jerit Balkish dalam hati.
“Tak!”
“Apa
yang tak?”
“Saya
tak marah lagi. Puas hati? Jadi boleh tak lepaskan saya?”
Harriz
tersenyum lebar. Ikut rasa hati mahu sahaja dia mencium pipi isterinya itu.
Namun dia perlu mengawal nafsu lelakinya. Dia tidak mahu dipandang sebagai
lelaki yang tak berpegang pada janji. Dia yakin suatu hari nanti dia pasti
dapat memiliki isterinya itu. Yang penting sekarang, dia mahu memikat hati
isterinya sebelum mengambil apa yang menjadi haknya sebagai seorang suami.
“Awak…
dengar tak? Lepaskan saya, boleh?” pinta Balkish dengan nada suara yang sengaja
ditekankan. Rimas dia berada atas pangkuan lelaki itu. Sebenarnya bukan setakat
rimas sahaja, dia mula rasa rentak jantungnya yang sudah tidak menentu bila
berada atas pangkuan suaminya. Rasa seram sejuk seluruh tubuhnya.
Dengan
selamba Harriz melepaskan pautan pada pinggang ramping Balkish. Menyebabkan
Balkish hilang kawalan badan sekali lagi lantas jatuh terduduk atas lantai.
Gedebuk bunyinya. Dah macam nangka busuk jatuh ke tanah pula.
Adoi…
Balkish mengadu dalam hati. Punggungnya yang terasa sedikit sengal itu
diusap-usap. Bertuah punya suami. Boleh pula bagi lepas tak bagi hint. Main lepas macam tu aje. Sengaja
nak sakitkan hati aku.
“Opsss… sorry. Abang tak sengajalah
sayang.” Pinta Harriz.
“Sakit
ker?” Cepat-cepat dia membantu membangunkan Balkish yang jatuh terduduk itu.
Dalam hati dia suda ketawa suka kerana dapat mengenakan isterinya itu. Dia
memang suka buat Balkish marah. Sebab bila Balkish marah, muka isterinya itu
akan berubah kemerah-merahan. Buat Balkish semakin comel pada pandangan
matanya.
“Tak!
Sedap sangat.” Sindir Balkish.
Harriz
tersenyum panjang mendengar jawapan isterinya. Jemarinya sudah pun mendarat ke
pinggang ramping Balkish. Niat dalam hati nak tolong memimpin Balkish hingga ke
atas katil. Manalah tahu hati isterinya akan cair melihat keprihatinannya itu
lalu membenarkan dia tidur atas katil untuk malam ini. Dia juga yang bertuah
badan. Heheheee…
“Dah!
Dah! Tak payah nak tunjuk baik. Saya boleh jalan sendiri. Belum patah pun
tulang-tulang saya ni. Awak jangan nak ambil kesempatan pulak.” Cepat Balkish
menepis jemari Harriz yang mahu menjalar ke pinggangnya untuk kesekian kali.
Dengan muka masam mencuka dia berjalan menuju ke katil dengan tangan yang masih
lagi mengusap-usap punggung. Lalu merebahkan tubuhnya di situ. Baik dia tidur
dari terus melayan kenakalan suaminya itu malam ini. Semakin berani pula Harriz
mempermainkan dirinya setelah mereka sah bergelar suami isteri.
Harriz
tersenyum lucu. Seronok dapat mengusik isteri tersayang. Kemudian dia pun turut
sama merebahkan badannya di atas sofa. Selagi Balkish belum jatuh cinta
padanya, selagi itulah dia akan terus tidur di atas sofa itu. Namun, dia tidak
pernah mengeluh. Dia rela menanti sehingga tiba masa Balkish benar-benar telah
jatuh cinta padanya.
Bila
hari itu tiba… Harriz yakin tempatnya bukan lagi dekat sofa panjang ini.
******************************************************************************
KAD
Jemputan bertemakan warna keemasan itu dikoyak sepenuh hati. Sakit benar hati
Datin Syarifah Elina. Sudahlah semudah ABC Harriz menyingkirkan anak manjanya
dari hidup lelaki itu, kini dengan senang hati pula kawan baiknya Puan Sri
Hanum menghantar kad jemputan ke majlis persandingan anak lelakinya itu. Memang
sudah melampau!
Opsss…
pembetulan ye. Bekas kawan baik! Sejak hari Syarifah Ezora pulang ke rumah
sambil menangis teresak-esak dan pertemuaan keesokan harinya dengan Puan Sri
Hanum, Datin Syarifah Elina telah memutuskan hubungan dengan kawannya itu. Dia
tidak ingin hendak mempunyai hubungan persahabatan lagi dengan Puan Sri Hanum.
Hatinya hancur berkecai bila wanita sebayanya itu gagal memujuk anak lelakinya
untuk berkahwin dengan Syarifah Ezora. Lagipun dia cukup malu dengan
kawan-kawan yang lain. Mana tidaknya, sebelum itu dia sudah beria-ia
menceritakan bahawa dia bakal berbesan dengan Puan Sri Hanum kerana Harriz dan Syarifah
Ezora sedang hangat bercinta itu akan berkahwin tak lama lagi. Nak adakan
majlis yang gilang-gemilang. Tup-tup, Harriz nikah pula dengan perempuan lain.
Memanglah menyakitkan hati!
Mana
dia nak letak muka yang sudah disuntik dengan kologen ini dekat kawan-kawan
yang tak pernah putus-putus nak mengorek rahsia tentang hubungan Harriz dan
Syarifah Ezora selama ini. Mahu tak mahu, demi menjaga egonya yang tinggi
melangit itu, dia kenalah buat cerita dengan mengatakan yang kononnya dia tak
bersetuju Syarifah Ezora menjadi isteri kepada Harriz. Harriz playboy nombor
satu dekat KL! Yang suka mempermainkan hati ramai wanita. Dia tak mahulah
Syarifah Ezora menderita bersuamikan lelaki kaki perempuan seperti itu. Itulah
yang diwar-warkan olehnya kepada kawan-kawan yang rajin bertanya itu ini.
Eh…
memang betul pun Harriz tu kaki perempuan. Playboy! Tak salah dia cakap begitu
pada kawan-kawannya. Tapi, Puan Sri Hanum pula yang mengamuk bila dia berkata
begitu kepada semua. Kata Puan Sri Hanum, dia cakap begitu sebab kecewa Harriz
tak pilih Syarifah Ezora sebagai isteri. Sebaliknya pilih perempuan lain.
Amboi-amboi… bukan main sedap lagi Puan Sri seorang itu berkata begitu. Memang
nak cari pasal.
“Aik?
Apasal awak koyak kad jemputan tu?” tanya Datuk Syed Rahman bila terlihat kad
jemputan kahwin yang sudah dikoyak kecil-kecil. Dia yang baru selesai mandi
segera mengenakan baju tidur malam.
Datin
Syarifah Elina tidak menjawab. Sebaliknya dia menghenyak punggung yang berisi
itu di atas katil. Mukanya masam mencuka.
“Apasal
dengan you ni? Muka kelat aje I tengok.” Datuk Syed Rahman bertanya lagi. Sejak
kebelakangan ini dia selalu mendengar isterinya itu membebel. Berleter tidak
puas hati dengan Puan Sri Hanum. Dulu bukan main puji lagi isterinya itu dengan
Puan Sri Hanum. Konon hubungan persahabatan dengan Puan Sri Hanum tak akan
terputus sampai bila-bila jika anak-anak disatukan. La ni… bila anak-anak tak
berjaya nak disatukan, terus putus hubungan persahabatan. Hurmmm…
“I
geram sangat dekat Hanum tu!” luah Datin Syarifah Elina
“You
geram dekat dia pasal apa?” soal Datuk Syed Rahman. Punggungnya sudah
dilabuhkan atas tilam. Bersebelahan dengan isterinya yang berwajah kelat.
“Iye
la… I geramlah! Yang dia pergi hantar kad jemputan kahwin si Harriz tu dekat
sini buat apa?”
“Dah
dia jemput kita sekeluarga pergi ke majlis persandingan anaknya tu… apa
salahnya.”
“Eiii…
you ni kan! Menyakitkan hati tau. You kan dah tahu yang I dah putuskan hubungan
persahabatan dengan Hanum tu. I tak suka dia nak jemput-jemput kita sekeluarga.
You ingat I tak tahukah yang dia sengaja nak tayang-tayang majlis perkahwinan
anak dia tu dekat I? Jangan haraplah I nak pergi. I tak hingin tau!”
Datuk
Syed Rahman mencebik. Lantas dia merebahkan tubuhnya di atas katil. Comforter
ditarik bagi menutupi tubuh.
“Kalau
you tak pergi sudahlah. Biar I sorang
aje yang pergi.”
Mencerlung
mata Datin Syarifah Elina mendengar kata suaminya.
“You
jangan nak mengada nak pergi ke majlis tu. I tak benarkan. You nak ke tengok
muka si Hanum tu yang berlagak kat majlis sanding anak dia tu nanti? Dah… tak
payah nak pergi.” Bagaikan ketua rumah, Datin Syarifah Elina memberi arahan
kepada suaminya.
“Yang
putus kawan, tak nak bertegur sapa… you dengan Hanum. Bukannya I dengan Hamdan.
So you takde hak nak halang I pun
untuk pergi ke majlis persandingan anak sahabat I tu. Kami tak nak masuk campur
urusan.”
“You
ni kenapa, ling? Suka sangat nak
bangkang cakap I. I say no… maknanya
tidaklah!”
“Dahlah
Datin Syarifah Elina oi… I dah mengantuk ni. Takde masa nak layan you berleter
dan bertegang urat pasal benda ni. Esok-esok aje you sambung leteran you tu.
Lagi satu… sepatutnya you tak payah nak bermasam muka dengan Hanum, anggap aje
dah takde jodoh antara anak manja you tu dengan anak bujang Hanum. Habis
cerita. Lagipun I yakin kat luar sana pasti ALLAH sudah tetapkan seorang lelaki
yang baik buat anak kita tu. You tu aje yang sengaja tak nak terima ketentuan
Ilahi.”
Datin
Syarifah Elina menggigit bibir.
“Eiii…
I geram sangatlah dekat you ni! Dahlah! I nak keluar.” bentak Datin Syarifah
Elina. Dengan muka masam mencuka dia melangkah keluar dari bilik tidur mewah
itu. Sakit benar hatinya. Ada suami pun bukannya nak tolong menyokong
kata-katanya. Malah dibangkang pula.
Melihat
langkah isterinya yang dihentak-hentak bagaikan anak kecil itu, Datuk Syed
Rahman tertawa kecil. Kepalanya digeleng-gelang. Hisy… macam budak kecil!
Komennya sebelum mata dipejamkan. Daripada melayan leteran isterinya yang tak
pernah sudah-sudah itu, baik dia tidur. Lagipun esok dia ada meeting penting
dengan pengurus besar Inc. Holding bagi membincangkan projek usahasama dengan
syarikat tersebut.
Bila lagu cinta
bergema
~27~
Saat mentari beradu
Rembulan pun bertamu
Hatiku menjadi sayu
Dalam kesamaran waktu
Mengapakah rinduku
Masih ada dalam kalbu
Sedangkan cinta itu
Sudah berlalu
Rembulan pun bertamu
Hatiku menjadi sayu
Dalam kesamaran waktu
Mengapakah rinduku
Masih ada dalam kalbu
Sedangkan cinta itu
Sudah berlalu
Mungkinkah rasa bersalah
Masih menghimpit jiwa
Kerna terlalu leka
Membuatmu terluka
Dikau yang begitu setia
Tabah hadapi segala
Namun ku mencari alpa
Kesal akhirnya
……………………………
Azharina – Elegi Sepi
DARI kejauhan
Dhia dapat melihat dengan jelas kelibat pasangan pengantin baru itu. Bukan main
ceria lagi air muka Harriz yang sedang bergurau senda dengan isterinya. Siap
mencuit hidung wanita bertudung itu lagi. Kemudian si wanita dengan tertib
mengambil tangan Harriz lalu dicium penuh hormat dan kasih sayang. Ciri-ciri
isteri yang solehah. Membuatkan hati Dhia disuntik sedikit rasa cemburu.
Dhia
sendiri tidak mengerti dengan kehendak dirinya. Sepatutnya dia tak perlu lagi
mengambil tahu urusan Harriz setelah lelaki itu menolak untuk kembali kepadanya.
Sepatutnya dia merelakan sahaja perpisahan ini. Namun hatinya berkeras. Tetap
mahu mengintai Harriz walaupun dari jauh. Yang pasti, dia berasa sakit setiap
kali matanya dijamah dengan adegan mesra pasangan tersebut.
Nafasnya
dihela. Sudah tiga hari dia melakukan aktiviti ini. Azura ada melarangnya,
namun dia tetap berdegil. Azura kata Dhia hanya akan menyakitkan dirinya
sendiri dengan melihat kemesraan Harriz bersama wanita lain. Tapi kedegilan
membuatkan Dhia tidak menghiraukan teguran sahabat baiknya itu. Kadang-kadang
dia merasa alangkah indahnya andai dia yang berada disamping Harriz ketika ini.
Dhia terfikir, kalaulah dia tidak meninggalkan Harriz suatu ketika dulu tentu
kini dia sudah menjadi isteri lelaki itu. Mungkin juga dia sudah bergelar ibu
kepada anak-anak Harriz. Tapi salahnya juga kerana terlalu bodoh mengikut
Justin.
Justin!
Bila nama itu terlintas di fikirannya, Dhia cepat jadi marah dan rasa ingin
mengamuk. Penumbuknya dikepal. Kerana lelaki itulah dia jadi seperti hari ini.
Pelarian dalam hidupnya sendiri.
Bunyi
enjin kereta yang sudah meluru keluar dari halaman rumah banglo mewah itu
mengejutkan Dhia daripada lamunannya. Pantas dia mengenakan kaca mata hitamnya
semula. Dia tidak mahu kehadirannya di situ diketahui oleh Harriz atau sesiapa
yang mengenalinya. Maklumlah, keluarga Harriz memang kenal padanya. Dia tidak
mahulah salah seorang daripada ahli keluarga lelaki itu terlihat kelibatnya di
situ. Setelah yakin BMW warna hitam yang dipandu oleh Harriz menghilang, Dhia
pantas menghidupkan enjin keretanya. Dia perlu mengekori Harriz. Dia tidak mahu
kelibat BMW itu hilang dari pandangan mata.
Sementara
itu, di dalam kereta BMW kesayangannya itu, Harriz sudah tersenyum-senyum
dengan hati yang dipenuhi kegembiraan. Gembira sangat dia! Kalau boleh, dua
puluh empat jam dia mahu berada dekat dengan Balkish. Mahu mengusik dan
bergurau dengan isterinya itu. Dia suka sangat menyakat Balkish. Namun apakan
daya, hari ini papa minta dia datang ke Elite
Corporation. Ada client dari Luar Negara yang ingin berjumpa dan berbincang
mengenai bisnes. Kalau masuk urusan bisnes, papa memang langsung tak mahu
bertolak ansur. Dipaksanya juga Harriz datang ke pejabat walaupun Harriz masih
dalam tempoh cuti dan mood pengantin
baru.
Bila
dia berkeras tidak mahu datang ke pejabat hari ini dengan alasan masih bercuti,
papa gunakan pula cara dengan meminta Balkish yang jadi tukang pujuk. Adui…
mahu tak mahu akhirnya dia terpaksa juga mengalah. Mana tahan kalau isterinya
itu sudah memujuk, dia memang cepat aje jadi cair macam ais batu.
Hisy…
papa ni! Tahu benar dia dengan kelemahan aku. Terus jadikan Balkish sebagai
umpan. Balkish pun dua kali lima, belum seminggu berada di rumah itu sudah mula
menunjukkan ciri-ciri menjadi gang
kepada papa dan Hanni. Semua yang papa dan Hanni cakap, betul belaka pada
Balkish. Aku juga yang sorang diri tanpa penyokong setia. Nak harap mama dengan
Hanna… hurmmm… menangis tak
berlagulah jawabnya. Muka dah macam penunggu gua musang. Masam mencuka!
Bila
terkenangkan air muka mama dengan Hanna semalam yang kelat sekelat kelatnya,
Harriz jadi ketawa sendiri. Lebih-lebih lagi bila teringat mata mama yang tajam
memandang aksi Balkish mengurut bahu Harriz. Mahu sahaja ketawanya terhanbur di
situ.
Handsfree
dipasang. Kemudian nombor telefon ‘My
Sweet Princess’ dicari lantas didail. Tidak lama dia menunggu untuk
panggilan itu dijawab.
“Hai…
sayang.” Sapa Harriz dengan ceria. Bibir masih lagi tersenyum-senyum.
“Assalammualaikum!”
Harriz
ketawa suka mendengar salam yang Balkish ucapkan. Keras bunyinya. Tentu Balkish
geram kerana dia tak pernah nak bagi salam terlebih dahulu. Sudah banyak kali
isterinya itu menegur. Sebagai orang islam, kan elok beri salam. Itulah yang
selalu Balkish ingatkan kepadanya.
“Sorry. Walaikumsalam. Sayang tengah buat
apa tu?” sejurus itu Harriz bertanya.
Balkish
yang masih berada di halaman rumah mengerut kening. Hisy… biar benar King Of Crocodile ni? Belum sampai lima
minit dia beredar, dah tanya soalan cepu emas macam ni. Rasanya dia belum
keluar ke jalan besar pun lagi. Eiii… mengada betullah dia ni!
“Saya
baru nak melangkah masuk ke dalam rumah. Kenapa awak telefon ni? Ada barang
yang tinggal ke?” Mahu tak mahu sahaja Balkish berbicara.
“Ha’ah… abang tertinggal hati abang kat
rumah.” Selamba badak jantan sahaja Harriz menjawab.
Balkish
sudah menggigit bibir. Tahu sangat ‘hati’ yang dikatakan oleh Harriz. Siapa
lagi kalau bukan dia. Perangai mengada-ngada suaminya itu semakin hari semakin
teruk jadinya. Buat Balkish naik rimas pun ada juga. Macam semalam. Tan Sri Hamdan
minta pertolongan Balkish untuk memujuk Harriz yang mengada-ngada tak nak
datang ke pejabat hari ini. Balkish pun dengan rela hati pujuklah suaminya itu.
Pujuk punya pujuk, tak pasal-pasal Harriz tiba-tiba meletakkan satu syarat pula
kepadanya. Terkejut juga dia. Entah syarat apalah yang lelaki itu mahukan.
Disebabkan mereka berada di tengah-tengah keluarga yang berkumpul di ruang
rehat, tingkat dua banglo mewah itu, maka dengan terpaksa Balkish terpaksa
bersetuju dengan syarat suaminya. Apatah lagi ketika itu semua mata yang berada
di situ sudah beralih memandang ke arahnya. Dalam hati ALLAH sahaja yang tahu
betapa geramnya dia pada Harriz. Suka sangat mengambil kesempatan setiap kali
mereka berada bersama keluarga. Perlahan-lahan Balkish mengangguk.
Setelah
dia bersetuju, tak semena-mena Harriz melabuhkan punggungnya di hadapan
Balkish. Bulat mata Balkish melihat perilaku suaminya itu.
“Sebagai
syaratnya… abang mahu sayang picitkan bahu abang ni. Letihlah.” Itulah syarat
yang Harriz mahukan.
Balkish
mengecilkan matanya bila pandangannya dengan Harriz bersatu. Geramlah tu! Tapi
macam biasa… Harriz buat tak faham dengan tindakan Balkish. Malah dia semakin
memperkemaskan duduknya. Sehingga belakang badannya bersentuhan dengan kaki
Balkish. Sedar bahawa tindakannya dengan mengecilkan mata itu tidak
mendatangkan sebarang makna, mahu tak mahu Balkish terpaksa juga mengikut
arahan yang diberikan oleh suaminya.
Dan
pertama kali… jemari Balkish melekat kemas pada bahu Harriz. Perlahan sahaja
dia mengurut bahu suaminya itu. Dalam ketika itu juga, Balkish dapat rasakan
debaran pada dadanya yang bergerak laju. Macam bunyi mesin motobot.
“Sayang…
ada lagi tak ni? Kenapa senyap aje ni? Helooo…”
Suara Harriz dari corong sana mengembalikan Balkish ke alam nyata.
Boleh
pula aku berkhayal time ni. Parah betul!
“Hmmm… ada lagi ni.” Hanya itu yang
Balkish jawab.
“Owhhh… sayang mengelamun ye. Ini tentu tengah ingat pasal abang
kan? Abang tahu… sayang pasti rindukan abang macam mana abang rindukan sayang.”
Harriz ketawa suka.
Balkish
sudah mencebikkan bibirnya. Wajahnya terasa membahang mendengar tekaan suaminya
yang mengena tepat. Mujur Harriz tak nampak wajahnya yang sudah merona merah
itu. Jika tidak sudah tentu semakin galak lelaki itu mengusiknya.
Opsss…
separuh tepat ye! Memang dia tengah
ingatkan Harriz, tapi bukan sebab dia rindukan lelaki itu. Tak terlintas
langsung dia nak merindui Harriz. Hidupnya lagi bermakna bila Harriz tiada di
sisi. Baru aman sikit hidupnya. Tak ada sebarang gangguan emosi.
“Jangan
nak perasan ye. Takde maknanya saya
nak rindukan awak.” Tepis Balkish.
“Nak
cover line la tu. Abang tau muka
isteri abang ni pasti sudah berubah merah macam udang kena panggang.” Harriz
ketawa lagi.
Melilau
mata Balkish memandang ke sekitar kawasan rumah. Manalah tahu kalau-kalau
suaminya itu ada bersembunyi di mana-mana. Kalau tidak macam mana lelaki itu
tahu yang sekarang ini mukanya sudah berubah merah. Macam ada kuasa magic pula
suaminya itu.
“Tak
payah sayang nak terjenguk-jenguk cari abang. Abang tengah on the way pergi ofis ni.
Nanti lepas habis perbincangan, abang jemput sayang kat rumah. Kita pergi
jalan-jalan. Okey?”
Balkish
ketap bibir. Hisy… lelaki ini! Tau aje apa yang aku buat. Dia ni ada simpan
pendamping ke sampaikan apa yang aku buat dia boleh tahu? Cepat-cepat Balkish
meneruskan langkahnya untuk masuk ke dalam rumah. Takut nanti jika dia
berlama-lama di situ apa pula kata ibu mentuanya. Ikutkan rasa hati, dia memang
tak berapa selesa tinggal di rumah itu tanpa Harriz.
Aik?
Tadi kata tak apa kalau Harriz tak ada. Tak ada sebarang gangguan emosi konon
La ni lain pula yang dirasa. Macam-macamlah Balkish ni. Cakap tak serupa bikin!
“Dahlah.
Saya nak masuk dalam ni. Awak jangan asyik nak bersembang kat telefon. Ingat
yang awak tu sekarang tengah memandu. Nanti tak pasal-pasal kena saman pulak
sebab asyik bertelefon.” Itu ayat nak putuskan perbualan. Tak larat dia hendak
berborak lama-lama dengan Harriz. Semakin menjadi-jadi pula usikan suaminya itu
nanti.
Harriz
yang berada di keretanya hanya tersenyum.
“Alaaa…
abang guna handsfree la sayang.”
Semakin hari, semakin selesa dia memanggil Balkish dengan panggilan sayang.
Cuma Balkish sahaja yang masih ber’saya, awak’ dengannya. Bila berada dengan
family sahaja barulah isterinya itu memanggilnya dengan panggilan ‘abang’.
Itupun disebabkan terpaksa.
“Sayang
tak jawab lagi pertanyaan abang. Okey tak?”
“Okey
apa?” soal Balkish dengan dahi berkerut seribu. Nampak sangat dia tak berapa
ambil port apa yang diperkatakan oleh suaminya itu.
“Sayang…”
Harriz menjerit sedikit agak geram.
Balkish
sudah tersenyum mendengar suara suaminya yang kedengaran sedang menahan geram
itu. Heheheee…
“Iye
la…”
Harriz
tersenyum mendengar jawapan isterinya.
“Dahlah.
Saya ada kerja ni. Awak pandu kereta elok-elok. Assalammualaikum.”
Belum
sempat Harriz menjawab salam dan mengungkap kata cintanya, Balkish terlebih
dahulu bertindak. Memutuskan talian dengan tergesa-gesa. Entah kerja apalah
yang mustahak sangat hendak dibuat sampai cepat sangat dia memutuskan talian.
Tak
puas hati kerana belum mengungkapkan kata cinta, laju Harriz menaip sesuatu.
‘I
love u so much syg!’
Kemudian
butang send pun ditekan. Dia mahu
Balkish tahu betapa dia cintakan Balkish.
******************************************************************************
TERKEJUT sungguh
Harriz bila kelibat seorang wanita datang secara tiba-tiba menghalang keretanya
dari memasuki kawasan letak kereta bawah tanah bangunan GHGC. Mujur dia sempat
menekan brek. Jika tidak, tentu dia sudah terlanggar wanita berpakaian seksi
itu. Tiba-tiba Harriz rasa marah. Sakit hati dengan tindakan mendadak wanita
tersebut. Gila apa!
Pantas
Harriz keluar dari perut kereta. Kaca mata hitamnya ditanggalkan dengan penuh
gaya.
“Apa
kena dengan you ni, Amy? Kenapa you halang kereta I?” jerkah Harriz yang nyata
geram dengan tindakan bodoh Amylia itu.
Amylia
yang naik berang dengan jerkahan Harriz pantas menapak dengan wajah yang
bengang. Selama ini Harriz tak pernah menjerkahnya. Sejak dah berkahwin ini,
boleh pula Harriz menjerkahnya sebegitu.
“We need to talk.” Ujar Amylia.
Berkerut
dahi Harriz mendengar permintaan Amylia. Apa lagi yang perlu dibicarakan dengan
wanita itu. Setahu Harriz, sudah tiada apa-apa lagi yang dia perlu bicarakan
dengan Amylia.
“Talk? About what?”
“Our relationship.”
Ketawa
besar Harriz mendengar kata Amylia. ‘Our
relationship’ apa yang dimaksudkan oleh perempuan itu. Setahu Harriz, dia
tidak ada sebarang hubungan istimewa pun dengan Amylia. Awal-awal lagi dia
sudah nyatakan pada Amylia, hubungan mereka sekadar untuk suka-suka. Tak ada
hubungan berkaitan dengan hati. Dia tidak pernah menyintai Amylia selama ini.
Tapi
kalau Amylia menyintainya, itu dia tidak tahulah pula.
Amylia
mengetap bibir mendengar ketawa Harriz yang seolah-olah mengejeknya. Mendidih
hatinya mendengar tawa lelaki itu.
“You
jangan nak mempermainkan I, Riz. Apa you ingat selama ni I ni barang permainan
ke? You jangan nak samakan I dengan bekas-bekas awek you yang lain.” Bentak
Amylia. Tajam matanya menikam wajah kacak yang langsung tak ada perasaan
bersalah itu. Setelah dia memberikan hatinya pada Harriz, dengan
sewenang-wenangnya lelaki itu meninggalkan dia.
“Amylia…
I rasa you dah salah anggap pada hubungan kita selama ni. Atau you sengaja
buat-buat tak tahu. Kan I dah kata dekat you yang hubungan kita sekadar nak
lepaskan rasa bosan. You tak boleh nak kongkong pergerakan I dan I tak akan
halang dengan siapa you nak berkawan. Sebab kita bukan pasangan kekasih.”
Semakin
geram Amylia mendengarnya. Terasa kata-kata Harriz itu satu penghinaan buat
dia.
“You
jangan nak berdolak-dalih Riz! Habis tu selama ni you sentuh I, usung I ke sana
ke mari, you tak fikir pulak. Sekarang ni sedap-sedap aje you kata kita bukan
pasangan kekasih.”
“I
sentuh you, I bawa you keluar, tapi I tak buat lebih daripada itu Amylia. You
tu aje yang berlebih-lebih. I tak nak bertekak dengan you. Baik you balik aje.
I ada urusan penting yang perlu dibuat selain nak mengadap you.”
Berombak
dada Amylia mendengar cemuhan Harriz. Kurang ajar punya jantan!
“Apa
yang penting sangat? Balkish? Perempuan perampas tu?!” jerit Amylia. Wajahnya
menyinga.
Harriz
mengecilkan matanya memandang Amylia. Apa hak Amylia mengatakan isterinya itu
perampas? Jangan nak sesedap bahasa menuduh isterinya sebegitu. Balkish tak
pernah nak merampas dia daripada sesiapa sekali pun.
“Balkish
tak pernah rampas I daripada sesiapa pun. You jangan nak menuduh tanpa usul
periksa Amylia. Sudahlah! Dari you melalak dekat sini, baik you balik. I rasa
dah tak ada apa-apa lagi yang perlu kita bincangkan. Lagipun selama ni I tak
pernah anggap you sebagai kekasih I. kita hanya kawan okey.” Harriz mahu
melangkah. Namun langkahnya terhenti bila lengannya disentuh dengan kuat oleh
Amylia. Wanita seksi itu tidak mahu melepaskan Harriz pergi.
“Riz, please… I’m sorry. I tak berniat
nak cakap macam tu. I really love you.
I tak mahu kehilangan you, Riz. Please…
jangan tinggalkan I macam ni. I tak boleh hidup tanpa you.” Rintih Amylia
meraih simpati Harriz.
Harriz
tersenyum sinis. Perlahan dia menarik lengannya yang dipegang kuat oleh Amylia.
“You
tak boleh hidup tanpa I?” dia mengulangi apa yang Amylia katakan sebentar tadi.
Laju
Amylia mengangguk.
“Jangan
nak berdalihlah Amylia. You ingat I tak tahu selama ni you ada hubungan dengan
ramai lelaki kat luar sana? Dengan Tan Sri ini la… dengan Datuk itu la… You
ingat I ni buta dan pekak ke selama ni? Sudahlah, hentikanlah lakonan you tu. I
tak termakan tau dengan cakap perempuan jenis macam you ni. Perempuan macam you
ni cuma mahukan harta I semata-mata. Jangan ingat I tak tahu scandal you yang ramai kat luar sana.
Dari you cari I, baik you cari orang lain yang boleh menyara hidup you. I bukan
orang yang tepat untuk memenuhi apa yang you ingini.”
Bulat
mata Amylia mendengar kata-kata yang dirasakan menghina dirinya itu. Sakit
benar rasa hatinya. Laju dia mengangka tangan mahu menampar muka Harriz. Namun
sempat ditahan oleh lelaki itu. Pantas Amylia menarik tangannya yang dipegang
kuat.
“You
jangan nak berlagak baiklah Riz! Kita dua kali lima aje tau!” jari telunjuknya
sudah naik menuding muka Harriz yang tersengih sumbing.
“You
jangan nak samakan I dengan diri you, Amy. Sejahat-jahat I… I belum pernah
rosakkan maruah seorang perempuan. Sudahlah! Daripada you sibuk-sibuk nak
bersandiwara dekat sini… baik you balik sebelum I panggil pengawal untuk heret
you keluar dari kawasan ni.”
“You!!!” Amylia menahan marah. Kemudian
kakinya dihentak kasar. Hatinya sudah tidak boleh bersabar mendengar penghinaan
Harriz.
Namun
sebelum berlalu dari situ, Hanna sempat berpesan sesuatu kepada Harriz.
“You
jangan nak berlagak Riz! Remember… one
day you will regret for what you have done to me!”
Harriz
hanya tersenyum. Ugutan Amylia langsung tidak diendahkan.
Tanpa
mereka sedar, pertelingkahan mereka itu diperhatikan dari jauh oleh seseorang.
******************************************************************************
BALKISH
melangkah ke dapur. Menjengukkan kepala melihat kalau-kalau ada kelibat Kak
Moon di situ. Manalah tahu ada kerja dapur yang dia dapat tolong. Asyik
berperap dalam bilik, bosan juga. Lagipun dia tak naklah ada yang mengata dia
nanti kerana asyik memerap sahaja.
Namun,
bayang Kak Moon tidak kelihatan. Entah ke mana pula perginya. Balkish melangkah
ke arah pintu dapur yang terbuka luas. Serta-merta bibirnya mengukir senyuman.
Pantas Balkish melangkah. Mendapatkan Kak Moon yang sedang tertunduk-tunduk.
“Kak
Moon buat apa tu?” tegur Balkish.
“Oh
mak kau buah tomato!” Kak Moon yang pantang disergah itu sudah melatah.
Beberapa biji buah tomato yang dimasukkan ke dalam bakul terpelanting sehingga
jatuh ke atas tanah.
Balkish
menggigit bibir bawah. Opsss! Dia tiada niat pun hendak membuatkan Kak Moon
terperanjat.
“Maaf
Kak Moon.” Pinta Balkish yang melihat Kak Moon sudah mengurut dada. Tentu
terkejut dek sapaannya itu. Lantas dia membongkokkan badan untuk mengutip
beberapa biji buah tomato yang merah ranum yang terjatuh atas tanah.
“Puan
Balkish ni buat Kak Moon terperanjat aje.” Rungut Kak Moon.
“Nasib
baik Kak Moon tak mati terkejut tau.” Sambung Kak Moon lagi.
Balkish
tersengih.
“Maaf
Kak Moon. Kish tak sengaja nak buat Kak Moon terkejut.”
Lima
biji buah tomato dihulurkan kepada Kak Moon. Kak Moon menyambutnya lalu
dimasukkan ke dalam bakul.
Pertama
kali menjejak kaki ke situ, mata Balkish melilau memerhati kebun yang dirasakan
cukup mendamaikan. Ada pelbagai jenis sayur dan buah yang ditanam di situ.
Sedap aje mata memandang pemandangan yang mendamaikan itu.
“Banyaknya
sayuran Kak Moon. Ini semua Kak Moon ke yang tanam?” tanya Balkish yang sudah
pun membelek-belek beberapa biji buah tomato yang merah. Di situ bukan sahaja
ada buah tomato, malah terung, kacang panjang, kacang botol, cili padi, buah
labu kuning, cili besar dan beberapa pokok betik pun turut ditanam di kebun
itu. Rajinnya Kak Moon berkebun. Padanlah badan Kak Moon ni ramping dan
sentiasa berkebaya. Rupanya rajin berkebun bagi mengeluarkan peluh. Tak payah
nak bersenam.
“Eh,
bukanlah puan. Semua ni mak mentua puan yang tanam. Mak mentua puan tu memang
suka aktiviti bercucuk tanam ni. Tengok ajelah taman bunga dia tu. Mekar aje bunga-bunganya.”
Beritahu Kak Moon.
Balkish
memandang Kak Moon bagaikan tidak percaya. Biar benar? Rajinnya wanita itu
bercucuk tanam. Semua ni… Puan Sri Hanum yang buat? Mata Balkish melilau
kembali memandang kebun sayuran itu.
“Puan
Sri tu bukannya apa… dia suka makan makanan yang segar. Pasal tu dia suka tanam
semua ni.” Terang Kak Moon lagi.
Balkish
sekadar mengangguk. Dalam hati dia cukup kagum dengan wanita yang bernama Puan
Sri Hanum itu. Selama ini dia beranggapan wanita-wanita elite seperti ibu mentuanya
itu hanya sukakan kemewahan, menjaga kecantikan dan bersosial dengan
rakan-rakan seangkatan sahaja. Namun tanggapannya itu silap. Bukan semua wanita
yang bergelar Puan Sri, Datin Sri dan Datin memiliki tebiat seperti yang
difikirkannya itu. Contohnya Puan Sri Hanum. Wanita itu gemar bercucuk tanam.
Kak
Moon sudah melangkah masuk ke dalam. Dia perlu membasuh buah tomato itu.
Menyediakan beberapa jenis bahan kerana sebentar saja lagi pasti puan besar di
rumah itu akan masuk ke dapur untuk memasak. Selama dia bekerja di sini, memang
tak pernah sekali pun dia memasak untuk keluarga itu. Semua Puan Sri Hanum yang
buat. Dia hanya membantu memotong dan menyediakan bahan-bahan saja.
“Puan
nak minum apa-apa ke? Biar Kak Moon buat.”
Balkish
menggeleng.
“Takpelah Kak Moon. Kish tak haus. Nanti
kalau haus Kish cari sendiri. Kak Moon janganlah panggil Kish puan-puan ni
segala. Rasa macam apa pulak. Panggil Kish ajelah Kak Moon.” Rimas dia bila Kak
Moon asyik memanggil dia dengan panggilan puan.
Tersenyum
Kak Moon mendengar permintaan menantu perempuan Tan Sri Hamdan dan Puan Sri
Hanum itu. Hairan juga Kak Moon dengan Puan Sri Hanum. Dapat menantu yang baik
dan lawa seperti Balkish ini pun masih nak merungut. Bencilah, geramlah,
meluatlah… macam-macam lagi yang dia selalu dengar majikannya itu leterkan.
Suka sangat nak bermenantukan Syarifah Ezora yang gedik itu. Eiii… kalau Kak Moonlah di tempat Puan
Sri Hanum, simpang malaikat empat puluh empat dia hendak bermenantukan Syarifah
Ezora. Perangai pun mengada-ngada.
“Kak
Moon nak masak? Kish tolong ye?” Balkish menawarkan bantuan.
Belum
sempat Kak Moon menjawab, ada satu suara yang terlebih dahulu mencela.
“Jangan
nak mengada. Ini tempat aku. Jangan nak menyibuk dekat sini.” Kasar nada suara
Puan Sri Hanum. Satu jelingan tajam dihadiahkan buat Balkish. Pantas sahaja
anak itu menunduk.
“Kamu
tak bagitau dia ke Moon yang aku memang tak suka orang menganggu kalau aku nak
masak?” tanya Puan Sri Hanum pada Kak Moon.
“Errr…
maafkan saya Puan Sri.” Ujarnya takut-takut. Kemudian tangan Balkish diraih
agar sedikit dekat dengannya.
“Puan
Sri yang masak. Akak tolong potong-potong aje. Puan Sri memang tak bagi sesiapa
kacau dia kalau dia tengah memasak. Akak sendiri tak pernah memasak sepanjang
kerja kat sini.” Bisik Kak Moon ke telinga Balkish.
“Tolong
bagitau dia Moon, jangan nak menyemak dekat sini. Hilang mood aku nak masak.” Arah Puan Sri Hanum kepada Kak Moon. Macam dah
tak boleh nak bagitau sendiri. Padahal Balkish ada depan mata.
Dengar
sahaja sindiran ibu mentuanya itu, hati Balkish seolah-olah ditusuk dengan
belati tajam. Memang sepanjang tiga hari dia berada di banglo mewah ini belum
pernah sekali pun Puan Sri Hanum bercakap dengannya. Kalau menyindir tu memang
selalulah.
“Errr… takpelah Kak Moon. Kish masuk dalam dulu ye.” Sedar dirinya tidak diperlukan di situ, Balkish meminta diri.
Ketika dia melintasi Puan Sri Hanum, sempat dia terlihat jelingan tajam ibu
mentuanya itu.
“Huh!
Macam tu dikatakan baik? Lalu depan mentua pun takde hormat!” sengaja Puan Sri Hanum menguatkan nada suaranya. Dia
mahu Balkish dengar dan mengerti betapa dia tak sukakan isteri anaknya itu.
Dan…
ya! Memang Balkish dengar dengan jelas apa yang dikatakan oleh ibu mentuanya
itu. Membuatkan dia begitu berkecil hati. Sedih sungguh dia dengan penerimaan
negative ibu mentuanya itu terhadap dirinya. Ketika ini, dia berharap sangat
agar Harriz segera pulang ke rumah. Entah kenapa Balkish rasa amat memerlukan
Harriz ketika ini. Mungkin kerana hanya suaminya itu yang mampu membawa
senyuman dalam hidupnya. Menerima dia dengan setulus hati.
Kak
Moon menggeleng-geleng. Entah apa kena dengan Puan Sri Hanum ini. Dapat menantu
yang baik pun tak tahu nak bersyukur. Memilih sangat! Suka sangat nak
bermenantukan Syarifah Ezora.
Hisy…
tak faham betul aku dengan Puan Sri ni! Kata hati Kak Moon. Simpati dia melihat
air muka Balkish yang berubah keruh dek kerana sindiran pedas ibu mentuanya
itu. Dah macam lagak ibu mentua dalam cerita Kassim Selamat aje Puan Sri Hanum
ni.
“Hah,
Moon! Yang kau masih tengok aku macam nak terkeluar bijik mata tu kenapa? Kau
nak sebelahkan perempuan tu ke? Dah tak reti nak sediakan bahan-bahan untuk aku
masak? Nak aku sediakan semuanya??” terjah Puan Sri Hanum. Matanya tajam
menikam wajah pembantu rumah yang sudah lapan tahun berkhidmat di banglonya
ini.
Tersedar
dari mimpi sejenaknya, cepat-cepat Kak Moon bergerak ke arah singki. Membasuh
buah tomato yang hendak dibuat sambal tomato oleh puan besar. Mana dia berani
nak lawan cakap mem besar. Nanti tak
pasal-pasal kena pecat pula. Lagipun biar perangai Puan Sri Hanum menjengilkan,
namun wanita itu tetap seorang majikan yang baik hati. Tak pernah berkira
dengan pembantu rumah. Pasal itulah dia bertahan kerja di sini sehingga sudah
masuk tahun ke lapan.
Bila lagu cinta
bergema
~28~
CERIA
sungguh kedengaran nada suara Batrisya sebaik saja menerima panggilan telefon
daripada adiknya. Panjang lebar mereka berbual. Macam-macam topik yang
dibualkan. Balkish juga menjemput mereka semua untuk hadir ke majlis
persandingannya yang akan dilangsungkan hujung minggu ini. Pada mulanya memang
dia terkejut. Cakap tak nak buat majlis besar-besaran. Dah ni buat majlis
sanding dekat Palace Of The Golden Horses lagi. Tentu majlis yang dibuat
gilang-gemilang.
Bila
Balkish menerangkan segala-galanya, barulah dia faham. Rupa-rupanya ibu mentua
adiknya itu yang beria-ia mahu mengadakan majlis persandingan tersebut. Bertuah
Balkish kerana mempunyai ibu mentua sebegitu. Sanggup mengeluarkan semua
perbelanjaan demi membuat satu majlis gilang-gemilang untuk anak dan menantunya.
Sangka Batrisya, ibu mentua Balkish itu garang orangnya. Tak sangka tebakan itu
melesat jauh.
Tapi
kalau Batrisya tahu keadaan yang sebenar, tentu dia kecewa. Kerana majlis ini
dibuat bukan kerana kasih sayang Puan Sri Hanum kepada Balkish. Namun lebih
kepada ingin menayang kepada teman-temannya dan menjaga maruah keluarga mereka.
Itulah niat sebenar Puan Sri Hanum.
Hampir
satu jam bersembang, akhirnya Batrisya meletakkan semula handphonenya di atas
meja kopi. Bibirnya merekah dengan senyuman.
Eidham
yang sedari tadi berpura-pura membaca buku berkaitan dengan undang-undang itu
mengerling isterinya dengan ekor mata. Dia mendengar setiap butir bicara
isterinya itu dengan Balkish. Membuatkan hatinya melonjak-lonjak ingin tahu.
“Hujung
minggu ni kita pergi majlis sanding Balkish ye bang.” Ujar Batrisya dengan
lagak manja. Lengan sasa suaminya disentuh. Bibir pula tak sudah-sudah melorek
senyuman manis. Senyuman yang pernah mencuri hati Eidham suatu ketika dulu.
“Sanding?”
Eidham berpura-pura terperanjat. Sedangkan dia dengar apa yang dibualkan oleh
dua beradik itu tadi.
Batrisya
mengangguk.
“Ha’ah. Ibu mentua Kish buat majlis
persandingan Kish dengan Harriz dekat Palace Of The Golden Horses. Bertuah Kish
sebab dapat ibu mentua macam Puan Sri Hanum tu kan bang? Sebelum ni…
hidup-hidup sayang ingatkan ibu mentua Kish tak sukakan Kish. Iye la… muka dia
tu dingin semacam aje. Rupanya sayang silap. Ibu mentua Kish sayang sangat
dekat dia.” Begitulah yang dimaklumkan oleh Balkish kepadanya. Ibu mentua adiknya
itu menerima Balkish seadaannya. Malah melayan dia dengan baik sekali.
“Macam
mana sayang tau ibu mentua Kish tu sayangkan Kish?”
“Kishlah
yang bagitau bang.” Manja Batrisya bersuara. Kepalanya dilentokkan pada bahu
Eidham. Haruman badan suaminya dihidu. Wanginya…
“Sayang
selalu berdoa. Semoga Kish mendapat kebahagiaan yang selama ini dicarinya.
Sayang nak Kish bahagia bersama orang yang menyayanginya dan menyintainya
sepenuh hati. Dan sayang yakin sangat… Harriz mampu membahagiakan Kish sampai
ke akhir hayat.” Ujar Batrisya.
Eidham
mengetap bibir mendengar kata-kata Batrisya. ‘Harriz mampu membahagiakan Kish
sampai ke akhir hayat’. Ayat terakhir isterinya itu berlegar dalam fikiran.
Serta-merta juga rasa cemburu datang menyapa. Beruntung sungguh lelaki bernama
Harriz Tan Sri Hamdan itu kerana berjaya menakluki sekeping hati milik Balkish.
Andai dia tidak terlalu mengikut kata hati suatu ketika dulu, pasti kini dia
sudah memiliki hidup yang bahagia bersama Balkish. Bodohnya dia kerana terlalu
mengikut kata hati!
Tanpa
sedar tiba-tiba sahaja Eidham mendengus kasar.
Batrisya
tersentak. Kepalanya ditegakkan bila terasa tubuh suaminya mula bergerak untuk
bangun dari duduk. Buku undang-undang yang dibaca diletakkan di atas meja kopi.
Pelik Batrisya melihat sikap suaminya yang tiba-tiba dingin itu. Dia salah
cakapkah?
“Abang
nak ke mana?” tanya Batrisya.
“Abang
nak masuk dalam. Mengantuk.” Jawab Eidham acuh tak acuh.
Laju
mata Batrisya mengerling jam dinding yang terletak di ruang menonton. Awal
lagi. Baru pukul 8.45 minit malam. Biasanya Eidham jarang tidur seawal ini.
Kenapa pula malam ini tiba-tiba lelaki itu mahu tidur awal? Pelik! Itulah yang
Batrisya rasakan. Namun dia tidak mampu menghalang langkah suaminya yang sudah
mula memanjat anak-anak tangga naik ke tingkat atas. Mungkin benar suaminya itu
sudah mengantuk.
Ketika
kaki Eidham sampai di tingkat atas, dia bertembung dengan ibu mentuanya.
“Ke
mana Eid?” tegur Hajah Badariah.
“Eid
nak masuk tidur, bu. Letih. Mata ni mengantuk sangat.” Bohong Eidham. Kemudian
dia terus sahaja berlalu.
Cuma
alasan itu yang mampu diberinya bagi mengelak dari semua orang. Dia mahu
bersendirian untuk seketika. Hatinya panas dengan tiba-tiba bila mendengar
kata-kata Batrisya sebentar tadi. Rasa cemburu menyapa bila mendapat tahu kebahagian
Balkish bersama Harriz. Dia cemburu. Ya! Terlalu cemburu. Tanpa berlengah
pantas dia masuk ke dalam bilik.
Hajah
Badariah hanya melihat susuk tubuh menantunya yang sudah menghilang di sebalik
muka pintu. Hatinya merasa sesuatu. Mustahil awal seperti ini sudah mengantuk.
Selalunya Eidhamlah orang yang paling lewat masuk tidur. Ada sahaja kerja yang
perlu diselesaikan. Kes mahkamah katanya.
“Awal
Eidham masuk tidur?” kata yang lebih kepada satu pertanyaan diajukan kepada
Batrisya yang sedang leka menonton Buletin Utama di TV3.
Batrisya
memalingkan wajahnya. Tersenyum nipis dia memandang wajah ibu yang amat
dikasihi.
“Letih
agaknya, bu. Pasal tu abang tidur awal.” Jawab Batrisya selamba. Malas hendak
fikir yang bukan-bukan mengenai perubahan tiba-tiba suaminya itu. Mungkin
memang benar Eidham keletihan. Maklumlah… siang tadi Eidham ada kes di
mahkamah. Biarpun tak memerlukan tenaga, namun suaminya perlu memerah otak bagi
menangkis perdebatan dengan peguam pihak lawan. Begitulah tugasnya sebagai
seorang peguam bagi membela nasib anak guamnya.
“Risya
pulak kenapa tak tidur lagi?”
“Risya
belum mengantuk lagi bu. Nak menonton kejap.”
Hajah
Badariah menyorot melihat wajah anaknya yang kelihatan tenang. Lantas dia
melabuhkan punggung di sebelah Batrisya.
“Kejap
tadi Kish ada telefon. Dia kirim salam dekat ibu. Kish jemput kita pergi ke
majlis persandingannya yang berlangsung hujung minggu ni.” Beritahu Batrisya.
Dia tahu ibu tak akan gembira pun mendengar berita itu, tapi dia perlu
menyampaikan berita itu kepada ibu.
Hajah
Badariah sedikit terkejut. Padanlah Eidham mahu masuk tidur awal. Pasti lelaki
itu terasa hati mendengar berita ini. Eidham… Eidham! Rupa-rupanya dia masih
belum dapat menerima hakikat bahawa Balkish kini sudah menjadi milik orang
lain.
“Kita
pergi ye bu.”
“Mana?”
“Pergi
majlis persandingan Kish la.”
“Risya
pergilah bersama Eidham. Ibu malas nak pergi.”
Batrisya
menggigit bibir. Menahan hati mendengar jawapan selamba ibunya.
“Ibu
please… takkan ibu tak nak pergi
sekali. Nanti apa pulak pandangan keluarga mentua Kish kalau ibu tak hadir
sama. Kita pergi ye bu. Kish takde sesiapa kat dunia ni selain daripada kita.”
Pujuk Batrisya. Berharap sangat agar ibu ikut sama hadir ke majlis persandingan
adiknya.
Hajah
Badariah menghela nafas. Muka Batrisya yang sudah minta simpati itu mencairkan
hatinya. Dalam keterpaksaan dia akhirnya mengangguk.
Lebar
senyuman Batrisya melihat anggukan pada kepala ibunya.
“Terima
kasih, bu. Risya yakin Kish pasti gembira sambut kedatangan kita nanti.” Ucap
Batrisya seraya memeluk erat tubuh ibunya.
******************************************************************************
“WHAT
happpend, honey? I tengok you monyok aje.” Zack sedar
air muka Hanna yang monyok itu. Langsung tidak mahu tersenyum.
Hanna
mendengus. Sebenarnya dia geram sangat dekat Balkish. Entah kenapa dia langsung
tak boleh nak pandang wajah kakak iparnya itu. Benci sungguh dia! Setiap kali
terpandangkan kelibat Balkish di rumah itu, hatinya memberontak marah.
“Honey…”
romantik Zack bersuara sambil meraih jemari Hanna yang runcing. Digenggam erat
jemari kekasih hatinya itu.
“I
geram sangatlah dekat perempuan tu!” luah Hanna menunjukkan rasa tidak puas
hatinya.
“Perempuan
mana pula yang bagi you sakit hati ni? Cuba you cerita dekat I.”
Sememangnya,
Zack merupakan kekasih yang begitu mengambil berat akan perihal kekasihnya. Dia
tidak mahu Hanna bersedih. Sepanjang masa dia mahu membahagiakan gadis itu.
“Perempuan
mana lagi kalau bukan perempuan yang ada kat rumah I tu. I sakit hati sangat
tengok muka dia. Rasa macam nak aje I tarik-tarik tudung dia tu. Kat dalam
rumah pun nak tunjuk alim pakai tudung segala. Macamlah baik sangat! Dasar
perempuan hidung belang!” kutuk Hanna melepaskan rasa geramnya. Sudah pasti
kutukan itu ditujukan khas buat kakak iparnya, Balkish!
“Kenapa?
Dia kacau you ke?”
Hanna
menggeleng.
“Takdelah
dia kacau I. Cuma I tak boleh nak tengok muka dia tu. Benci sangat I tengok.
Berlagak alim. Padahal I dah tahu semua pasal dia. Mujur you bagitau I siapa
perempuan tu yang sebenar. Kalau tidak, hidup-hidup I boleh termakan dengan
lakonan alim ulama dia tu. Lagi satu… I tak puas hati betul dekat mama I. Patut
ke nak buat majlis persandingan segala. Kalau I di tempat mama, jangan harap
nak buat majlis persandingan. Nanti bertambah naiklah lemak perempuan tu.”
Zack
tersenyum panjang. Dia gembira kerana Hanna mempercayai cerita rekaannya.
Memang itulah yang dia harapkan. Dia mahu Hanna percaya bahawa Balkish bukanlah
perempuan baik. Balkish itu perempuan jahat dan bermata duitan.
“Mama
you buat majlis persandingan untuk abang you ke?”
Hanna
mengangguk. Itulah yang dia tak puas hati sekarang. Mama kalau iye pun nak
berlakon tunjuk baik dengan kawan-kawan dia, janganlah nak buat majlis
besar-besaran macam tu sekali. Menghabiskan duit aje. Perempuan tu tentu suka
dan senang hati.
“I
benci tau bie. I tak suka perempuan tu!”
Senyuman
pada bibir Zack semakin lebar bila Hanna masih membebel mengutuk Balkish. Dia
suka bila Hanna tidak rapat dengan Balkish. Memang itulah niatnya. Dia tidak
mahu rahsiakan akan dibocorkan oleh Balkish andaikata Hanna rapat dengan isteri
abangnya itu.
Balkish
merupakan junior Zack ketika menuntut
di Politeknik SAS. Biarpun mereka bukan kenal rapat, namun Zack tahu Balkish
pasti kenal dengannya. Ini kerana Balkish merupakan room-mate kepada Salmi. Gadis kampung yang mana telah Zack
musnahkan hidupnya. Kebetulan, Balkish memang agak rapat dengan Salmi.
Macam-macam
janji manis yang Zack taburkan kepada Salmi. Sehingga membuatkan Salmi hanyut
dan dengan rela hati memberikan ‘mahkota’ yang dijaganya selama ini kepada
Zack. Setelah mendapatkan apa yang diingininya, Zack meninggalkan Salmi tanpa
belas kasihan. Bila Salmi merayu, Zack akan menghina gadis malang itu. Semua
itu disaksikan sendiri oleh Balkish. Zack tahu, daripada pandangan mata
Balkish, gadis itu begitu membencinya atas apa yang telah dia lakukan. Tapi dia
peduli apa! Yang penting dia sudah mendapatkan ‘dara’ milik Salmi. Dia sudah
cukup berpuas hati.
Bagaikan
sang syaitan, Zack ketawa terbahak-bahak kerana berjaya menakluki Salmi.
Tanpa
diduga, akhirnya Salmi mengandung. Gadis itu merayu agar Zack bertanggungjawab
atas kandungannya. Tapi biasalah… lelaki playboy
macam Zack mana mahu mengaku anak yang Salmi kandungan itu adalah anaknya.
Malah dengan kata cacian dan hinaan, Zack menuduh Salmi ada membuat hubungan
dengan lelaki lain. Kerana tertekan dan malu dengan ejekan rakan-rakan, Salmi
nekad mengambil jalan mudah dengan membunuh diri.
“Bie!”
Hanna mencubit lengan Zack. Membuatkan Zack tersedar dari lamunannya. Jauh sungguh
dia melamun kisah lalu. Kisah yang tidak pernah dikongsinya bersama Hanna. Mana
mungkin dia mahu Hanna tahu siapa dirinya yang sebenar. Cuma Hanna lombong emas
yang dia miliki.
Hanna
tarik muncung.
“Bie
ni… I cakap buat tak dengar aje. Malaslah macam ni.” rajuk Hanna. Jemarinya
yang digenggam oleh Zack ditarik kasar. Kemudian dia berpeluk tubuh dengan
muncung yang lebih panjang daripada tadi.
“Sorry
honey. Alaaa… janganlah merajuk.” Zack mahu memujuk. Namun Hanna menepis tangan
Zack yang mahu menyentuh lengannya.
“Honey…
dahlah you tak payah nak fikir sangat pasal perempuan tu. You buat tak peduli
aje dengan dia. Yang penting you tahu dia siapa. Dan jangan sesekali percaya
cakap dia.” Hasut Zack.
“You
cakap senanglah bie. Tapi I ni yang terseksa sebab hari-hari tengok sandiwara
dia kat rumah. Papa dengan adik I pun dah suka sangat dekat dia. Asyik nak puji
dia aje. Menyampah betul I dengar!”
Jemari
Hanna diraih lagi. Lantas dicium hangat.
“Sudahlah
tu. You janganlah nak badmood pasal
perempuan tu lagi. Apa kata I bawa you pergi ke satu tempat yang boleh buat you
lupakan perempuan tu. Pasti you suka.”
Dahi
Hanna berkerut.
“Ke
mana?”
“Ikut
ajelah. Jom.”
Hanna
yang sudah letih hendak membantah akhirnya bangun dari duduk. Dia melangkah
beriringan bersama Zack meninggalkan restoran Burger King.
******************************************************************************
TEKAK
yang haus memaksa Balkish untuk turun ke tingkat bawah. Langkahnya di bawah ke
ruang dapur. Inilah kali pertama dia mengambil air sendiri. Selalunya jangan
harap dia nak menyelongkar ruang dapur ini. Dia masih kekok berada di banglo
mewah ini. Apatah lagi bila mengenangkan kehadirannya di sini tidak disenangi
oleh Puan Sri Hanum dan Hanna. Jadi takkanlah dia hendak memandai-mandai pula.
Mujurlah ini dia memang dah haus sangat. Dah tak boleh nak tahan lagi.
Selesai
minum, Balkish ingin naik semula ke bilik yang dikongsi bersama dengan Harriz.
Namun, ketika kakinya mahu melangkah naik itulah dia terdengar bunyi enjin
kereta. Pantas Balkish membawa langkahnya ke ruang tamu. Mengintai dari sebalik
langsir.
Ketika
itu keluar seorang gadis cantik yang berpakaian seksi dari Honda City sambil
ketawa-ketawa. Gadis cantik itu adalah Hanna. Spontan itu juga kepala Balkish
berpaling ke arah jam besar tepi dinding. Sudah pukul 3.45 minit pagi.
Menjelang subuh. Lewatnya Hanna balik ke rumah. Sepatutnya waktu-waktu seperti
ini adik iparnya itu berada di dalam bilik untuk tidur. Bukannya keluar
bagaikan kelawar betina.
Balkish
menggeleng-geleng. Anak-anak muda zaman sekarang. Suka keluar malam-malam.
Kalaulah terjadi sesuatu yang tidak diingini, siapa juga yang susah. Namun
Balkish sedar, dia tiada hak untuk melarang adik iparnya itu.
Tidak
lama selepas itu keluar pula seorang lelaki di kerusi pemandu. Berderau darah
Balkish ketika melihat wajah lelaki itu. Bukankah itu Zack? Seniornya ketika
berada di Politeknik SAS. Macam mana Hanna boleh terlibat dengan lelaki seperti
Zack? Balkish kenal siapa Zack. Zack adalah seniornya. Kerana Zack la Salmi
sanggup membunuh diri disebabkan malu mengandungkan anak lelaki itu. Lebih
kejam bila Zack langsung tidak mahu mengaku anak yang Salmi kandungkan adalah
anaknya. Malah Zack menabur fitnah dengan mengatakan anak yang Salmi kandungkan
adalah anak lelaki lain.
Zack!
Lelaki itu tidak boleh dipercayai. Balkish yakin Zack ada motifnya yang
tersendiri untuk mendekati Hanna.
“Mengintai
ke?” terdengar suara Hanna menegur kasar. Membuatkan bahu Balkish sedikit
terhinjut akibat terkejut. Pantas pintu ditutup dengan kasar.
Balkish
berpaling. Tak sangka dia boleh berkhayal seketika sehingga tidak sedar Hanna
sudah melangkah masuk ke dalam rumah. Wajah gadis itu kelihatan begitu tegang
memandangnya.
“Apa
yang kau buat? Mengintai aku ye?”
sergah Hanna kasar. Api kemarahannya pada Balkish meluap-luap.
Balkish
menggeleng. Dia tiada niat mahu mengintai Hanna. Semua terjadi diluar
kawalannya.
Hanna
menjeling tajam melihat wajah kakak iparnya itu. Benci sungguh dia. Dalam rumah
pun nak pakai tudung segala. Dasar perempuan hipokrit!
Ketika
dia hendak melangkah naik ke tingkat atas, tiba-tiba Balkish memanggil namanya.
Membuatkan langkahnya terhenti dan dia berpaling ke arah wanita itu. Wajahnya
masam mencuka.
“Nak
apa???” kasar benar dia bertanya.
“Akak
tanya sikit boleh tak?”
Hanna
mendengus.
“Apa
dia?”
“Macam
mana Hanna kenal Zack?”
Hanna
mengerling Balkish dengan ekor mata.
“Akak…”
belum sempat Balkish meneruskan ayatnya Hanna terlebih dahulu memintas.
“Eiii… jangan nak berakak-akak la! Meluat
aku dengar! Dan kau… tolong jangan nak suka-suka hati panggil aku Hanna.
Panggil Cik Hanna!”
Balkish
menahan hati. Sedih bila Hanna berkata sebegitu.
“Hah…
apa yang kau nak cakap?” Hanna semakin berani berkasar dengan Balkish. Langsung
tiada perasaan hormatkan Balkish sebagai kakak iparnya.
“Saya
bukan nak masuk campur urusan Cik Hanna. Tapi… kalau boleh saya nak Cik Hanna
jauhkan diri daripada Zack. Dia bukan lelaki yang baik.”
Hanna
menggigit bibirnya. Dia melangkah mendekati Balkish. Geram benar dia bila
Balkish menuduh Zack sebegitu. Ingat dia tak tahukah yang Balkish takut
rahsianya terbongkar. Pasal itu menuduh Zack sebegitu.
“Hey… kau sedar tak apa yang kau cakapkan
ni? Hey… dengar sini ye. Kalau kau
rasa kau jadi isteri abang aku dan kau boleh nak larang aku kawan dengan
sesiapa pun, kau silap. Jangan nak masuk campur urusan aku. Suka hati akulah
nak kawan dengan sesiapa pun. Kau takde hak nak menghalang. Kau ingat aku tak
tahu niat kau kahwin dengan abang aku? Hey…
perempuan! Kau dengar sini elok-elok. Jangan kau fikir nak rampas harta abang
aku. Aku akan pastikan kau tak dapat bawa keluar satu sen pun duit abang aku
dari rumah ni. Faham?!” bentak Hanna geram. Ikut rasa hati seperti mahu
ditariknya tudung kepala perempuan itu. Pura-pura alim konon!
“Sedarlah
diri tu sikit. Dasar perempuan tak tahu malu!” hina Hanna lagi. Setelah puas
hati, dia kemudian melangkah naik ke atas.
Balkish
memejamkan matanya. Terasa sedih mendengar penghinaan gadis itu. Dia berkahwin
dengan Harriz, biarpun tanpa cinta namun dia tidak berniat mahu merampas harta
lelaki itu.
Bila lagu cinta
bergema
~29~
Bila cinta endapkan semua harapan
Jalan terjal dan mematikan pasti ku tempuh juga
Bila cinta seribu tahun akan ku tunggu
Walau tubuh tertimbun bukit tanganku menggapaimu
Love story let’s make a history
Sejarah cinta kita menguasai bumi
Mengalahkan semua yang paling terindah
Jalan terjal dan mematikan pasti ku tempuh juga
Bila cinta seribu tahun akan ku tunggu
Walau tubuh tertimbun bukit tanganku menggapaimu
Love story let’s make a history
Sejarah cinta kita menguasai bumi
Mengalahkan semua yang paling terindah
Love story let’s make a history
Biarpun seribu bencana meremukkan tubuh kita
Namun cinta kita tetap akan utuh
Biarpun seribu bencana meremukkan tubuh kita
Namun cinta kita tetap akan utuh
…………………………
Melly Goeslow Ft. Irwansyah – Love
Story
LEBAR
senyuman Balkish mendengar suara Hanni mendendangkan lagu penuh romantik Love Story. Siap dilenggok-lenggokkan
lagi alunan suaranya. Dah macam liuk-lentuk suara Datuk Siti Nurhaliza pula.
Rupanya Hanni ada bakat terpendam boleh menyanyi dengan suara yang merdu. Kalau
masuk mana-mana pertandingan nyanyian reality show, pasti dapat undian yang
tinggi. Maklumlah… selain mempunyai suara yang merdu, Hanni juga mempunyai
pakej yang lengkap untuk menjadi seorang artis.
“Macam
mana Kak Kish jatuh cinta dekat Abang Riz?” tanya Hanni tiba-tiba. Soalan cepu
emas yang membuatkan Balkish terpanar.
“Hah?”
hanya itu bunyi yang keluar dari bibir Balkish.
Hanni
tersengih. Dia tahu kisah Balkish dengan abangnya. Cuma dia senjaga mahu
bertanya.
“Hanni
tanya… macam mana Kak Kish boleh jatuh cinta dekat Abang Riz? Abang Riz tu dah
la playboy paling dikehendaki dekat
KL ni. Macam manalah akak boleh terpikat dekat playboy macam itu ye?”
Balkish
menayang senyuman nipis kepada Hanni.
Buat
masa ini dia dapat rasakan kehadiran lelaki itu dalam hidupnya. Dia mula
sukakan Harriz. Harriz yang suka mengusik dan akhirnya membuatkan dia
tersenyum. Biarpun kadang-kala agak rimas dengan usikan melampau suaminya itu,
namun usikan itu bisa membuatkan dia rasa berdebar-debar. Dan bila Harriz tiada
disisi, dia rasa keseorangan dan sunyi. Bolehkah perasaannya itu dianggap
sebagai cinta? Beginikah rasa bila sudah jatuh cinta?
Rasanya
tidak. Balkish belum menyintai Harriz. Kalau cinta perasaannya bukan seperti
ini. Perasaannya sama dengan perasaan seperti mana dia pernah bercinta dengan
Eidham suatu ketika dulu. Rasa bahagia. Perasaannya kali ini hanya atas dasar
suka. Bukannya cinta.
Bila
nama Eidham menerjah kotak fikirannya, Balkish laju menghalau bayangan lelaki
itu. Dia tidak mahu menyamakan perasaannya yang dulu dengan sekarang. Lagipun,
dia sudah lama menguburkan kenangan bersama Eidham dalam lipatan memorinya.
Yang penting kini, dia mahu Eidham membahagiakan Batrisya. Cuma itu yang
Balkish harapkan daripada Eidham.
“Akak…
Hanni tanya ni. Macam mana akak boleh jatuh cinta dekat Abang Riz?” suara Hanni
yang beraksi manja itu mengejutkan Balkish.
“Hah?
Apa Hanni kata?”
Hanni
ketap bibir.
“Hisy…
Kak Kish ni. Boleh pulak dia melamun.”
Balkish
tersengih.
“Sorry my sister. Hah… apa yang Hanni nak
tahu?”
“Macam
mana Kak Kish jatuh cinta dekat Abang Riz?” rasanya sudah beberapa kali Hanni
mengulangi pertanyaan yang sama.
Dengan
yakin Balkish menjawab, “Biarlah rahsia.” Kemudian dia ketawa suka. Seronok
dapat mengenakan Hanni yang sudah menarik muncung.
“Alaaa…
Hanni tau.”
“Iye
ke Hanni tau? Siapa yang bagitau Hanni?”
“Abang
Riz la. Antara Hanni dengan Abang Riz tak pernah ada rahsia. Abang dah cerita
semua dekat Hanni sebelum kahwin dengan akak lagi.” Dengan bangga Hanni
bersuara.
Balkish
sekadar mendengar kosong cakap adik iparnya itu. Jam di tangan digerling. Mana
pula perginya Harriz ni? Janji nak balik awal. Abang Sali dah tiga kali
menelefon. Tak sabar nak suruh Balkish mencuba baju yang dibuatnya. Cepat betul
Abang Sali menjahit. Tak sampai seminggu baju dah siap. Biar betul? Entah-entah
Abang Sali buat ala kadar aje baju tu. Pasal tu cepat siap.
“Kak
Kish…” panggil Hanni. Dia akan ikut sama dengan Balkish dan Harriz untuk ke
butik Abang Sali sekali lagi. Dah macam jadi pengawal peribadi pula dia ni. Asyik
jadi ekor abang dan kakak iparnya.
“Hmmm…” sahut Balkish. Pandangan
dialihkan ke arah Hanni yang cute.
Sekali imbas wajah cute Hanni ada iras-iras pelakon Indonesia, Marshanda.
“Hanni
sentiasa doakan kebahagian Kak Kish dengan Abang Riz. Hanni berdoa semoga hati
Kak Kish terbuka untuk menerima Abang Riz seadaanya. Sebab Hanni tau… Abang Riz
memang terlalu menyintai Kak Kish.” Luhur Hanni berkata-kata. Seraya itu juga
dia memeluk erat tubuh kakak iparnya itu.
Terpempan
Balkish dengan tindakan adik iparnya itu. Kata-kata Hanni membuatkan dia
terkedu. Maknanya Hanni memang mengetahui cerita mereka sebelum kahwin. Ini
bermakna Hanni tahu Balkish tidak menyintai Harriz. Balkish ingin bertanya
dengan lebih lanjut namun bunyi enjin kereta BMW hitam berkilat yang sudah
masuk ke perkarangan rumah membuatkan Balkish membatalkan niatnya itu.
“Late!” kata Hanni sambil menunding jari
ke pergelangan tangan kanannya yang dilingkari jam tangan.
“Sorry. Abang tak sengaja.” Pinta Harriz.
Wajah isterinya yang berada di sisi Hanni digerling. Tenang sahaja wajah itu.
“Abang
ada sesuatu untuk sayang.” Ujar Harriz. Dia berlalu semula ke keretanya.
Sejambak mawar merah dikeluarkan dari belakang kereta.
Hanni
yang melihat jambangan mawar merah itu sudah tersenyum-senyum. Romantik gilerlah abang aku ni. Padanlah ramai
yang cair selama ni.
“This is for you.” Jambangan mawar merah
yang segar itu dihadiahkan kepada Balkish.
Bulat
mata Balkish memandang jambangan yang dihulurkan kepadanya itu.
“Tapi…”
“Abang
tau selama ni sayang sengaja reka cerita kata kulit sayang tak boleh terkena
kelopak-kelopak bunga rose sebab nak mengelak dari abang. Yang sebenarnya kulit
sayang tak sensitive pun. Betul,
kan?”
Berkerut
dahi Balkish. Ni siapa pula yang bocorkan rahsia dia ni?
“Errr…
dari mana a… abang tau?” gugup dia hendak memanggil panggilan abang. Mujur
Hanni ada di situ. Terpaksalah dia berlagak dengan memanggil Harriz dengan
panggilan keramat itu.
“Kak
Norma yang bagitau abang. Kak Norma dah cerita semua dekat abang apa yang
sayang suka dan tak suka. Pasal tu abang lewat sikit balik.”
Kak
Norma!!!!! Nama kakak seorang itu dijerit kuat dalam hati. Kak Norma ni memang
tak boleh nak simpan rahsia betul! Nantilah tunggu Kish turun kerja. Kish
kerjakan Kak Norma cukup-cukup. Kali ni Kish memang mengamuk dengan Kak Norma.
Dalam hati Balkish mengumam geram. Rasa tak sabar dia hendak menghabiskan baki
cuti yang hanya tinggal empat hari sahaja lagi.
“Ambillah.
Abang ikhlas bagi bunga ni dekat sayang. Dah lama abang nak hadiahkan jambangan
bunga dekat sayang. Tapi selama ni sayang banyak sangat bagi alasan.” Harriz
mengunjukkan jambangan yang masih belum bersambut kepada Balkish. Berharap
pemberiannya kali ini akan diterima.
Mahu
tak mahu, Balkish ambil juga jambangan pemberian suaminya itu.
Harriz
tersenyum suka. Seronok sungguh dia bila pemberiannya diterima oleh isteri
tersayang. Wajah isterinya dipandang penuh rasa cinta.
Dan
Balkish… pandangan Harriz membuatkan dadanya berdebar-debar. Eiii… kenapa pulak ni? Kenapa nak berdebar segala. Selama ni tak pernah pulak
aku rasa macam ni bila King Of Crocodile
ni tenung macam tu. Huh! Releks Kish… buat tak tau je.
“Ehemmm…”
Hanni berdehem dengan nada yang agak keras dan kuat.
“Kalau
iye pun nak pandang-pandang, tunggulah kat dalam bilik nanti. Ni dah jam berapa
dah ni. nanti bising pulak Abang Sali si lemah gemalai tu.”
Harriz
mengerling. Kacau daun betul budak kecik ni! Orang baru nak ngorat isteri
sendiri… dia dah potong stim! Dah ni… menyibuk aje nak ikut sama. Tak bagi chance langsung aku nak berdating dengan
Balkish. Ada aje ‘ekor’ yang mengekor.
Dari
dalam rumah banglo tiga tingkat itu pula, Puan Sri Hanum sudah mengetap bibir
menahan rasa geram. Sakit benar hatinya melihat kemesraan Harriz bersama
Balkish.
******************************************************************************
KECOH benar
suasana di butik pengantin milik Abang Sali dengan suara tuan punya butik yang
mengarah itu dan ini kepada stafnya. Kalau boleh, Abang Sali mahu semuanya
kelihatan sempurna. Tak boleh nak main hentam sajalah! Abang Sali kalau buat
kerja memang tak nak yang cincai-cincai saja.
Setelah
siap meneliti baju pengantin warna putih yang tersarung indah pada badan
Balkish, Abang Sali tersenyum. Dia cukup berpuas hati dengan hasil rekaannya.
Biarpun masa yang diberikan agak kelam-kabut, namun dia dapat menyempurnakan
hasil rekaannya dengan baik sekali. Tengok sahaja hasilnya pada tubuh tinggi
lampai itu. Cukup cantik sekali!
“Macam
mana? Cantik tak?” Tanya Abang Sali yang sudah berpuas hati dengan hasil
rekaannya.
Balkish
mengangguk. Memang cantik! Fikirnya dalam keadaan yang kelam-kabut itu, Abang
Sali tak mampu nak buat baju sekemas ini. Tak sangka dia tersilap. Abang Sali
memang pereka yang professional.
Hanni yang sentiasa menjadi teman setia kakak iparnya itu juga sudah
mengangguk-angguk.
Abang
Sali tersenyum puas. Berpuas hati kerana hasil kerjanya diterima dengan baik.
Harriz
hanya diam membisu. Hanya memerhati saja Balkish yang sedang mencuba baju
pengantin untuk malam minggu ini. Cantik sungguh isterinya itu dalam persalinan
baju pengantin. Bagaikan tidak sabar pula dia hendak melihat isterinya disolek
dan dihias cantik untuk malam persandingan mereka nanti.
Setelah
selesai semuanya, mereka bertiga menuju ke tempat letak kereta.
“Okey…
sekarang kita nak pergi mana?” tanya Harriz kepada dua wanita yang berada di
hadapannya.
“Suria
KLCC!” laju betul Hanni menjawab. Kemudian dia tersengih macam kerang busuk.
Harriz
pandang Balkish. Minta pendapat isterinya itu.
“Saya
ikut aje.” Itulah jawapan yang keluar dari bibir mungil Balkish.
“Okey!
Jom.” Dengan lagak putera raja, Harriz membuka pintu kereta untuk isterinya.
Mempersilakan ratu hatinya itu masuk ke dalam. Gentleman betullah Harriz ni.
“Untuk
Hanni tak nak buka ke?”
“Hanni
buka sendiri.” Selar Harriz kemudian dia berlalu ke pintu sebelah.
Hanni
mencebik. Huh! Tanpa berlengah dia pun masuk ke dalam kereta di bahagian
belakang.
Sampai
sahaja di Suria KLCC, Hanni meminta kebenaran untuk ke salon. Dia hendak
memotong pendek rambutnya yang sudah panjang itu. Katanya mahu menukar angin.
Ada-ada sahaja budak seorang itu.
Setelah
Hanni berlalu, tiba-tiba Samsung Galaxy Note Harriz berbunyi. Itu tandanya ada
masej yang masuk. Pantas masej dibuka.
‘Hanni
bg abg can dating dgn K.Kish. jgn nkl sgt tau! J’
Harriz
tersenyum lebar membaca masej daripada Hanni. Nakal betul adiknya itu.
Rupa-rupanya, memotong rambut itu hanyalah satu alasan untuk Hanni membiarkan
dia berdua-duaan dengan Balkish. Bergeliga sungguh otak adiknya itu. Laju
Harriz membalas masej Hanni. Dia perlu berterima kasih kepada adiknya kerana
membiarkan dia berjalan berdua dengan Balkish.
‘Thanx
my luvly sister. Syg Hanni!’
Eiii…
apasal pulak dengan buaya jadian ni? Tersengih-sengih! Buat tebiat agaknya.
Bisik hati kecil Balkish. Dia sebenarnya kekok dengan berjalan berduaan dengan
lelaki itu. Biarpun sebelum ini dia pernah keluar makan dengan Harriz, tapi
mereka belum pernah lagi jalan seperti ini. Macam orang keluar dating. Kalaulah
dia tahu Hanni datang sini sebab nak gunting rambut, baik dia tak bersetuju
dengan cadangan adiknya itu. Tak pasal-pasal dia kena jalan berdua dengan
Harriz.
“Jom!”
ajak Harriz. Spontan jemari Balkish diraih. Membuatkan isterinya itu tersentak.
Balkish
mengeraskan badannya. Tidak mahu berganjak.
“Kenapa
ni?” tanya Harriz yang kehairanan.
Balkish
tidak menjawab. Sebaliknya matanya sahaja yang menyorot pandangan ke arah
tangan Harriz yang sudah menyambar jemarinya itu. Sedar akan pandangan mata
Balkish, cepat Harriz meleraikan pegangannya. Serius! Dia terlupa. Ingatkan dia
dengan Balkish ni bercinta sampai nak pegang-pegang tangan. Heheheee…
Bila
jemarinya dilepaskan, barulah Balkish berjalan. Sebelum itu dia sempat
berpesan, “ Jangan nak ambil kesempatan ye.”
Membuatkan Harriz ketawa kecil mendengar pesanan penajanya itu.
Satu
demi satu kedai yang mereka masuki. Namun tiada satu barang pun yang dibeli.
Sekadar mencuci mata. Harriz ada juga menyuruh Balkish mengambil barang-barang
yang diingininya, namun isterinya itu menolak. Kalau dulu bersama dengan
bekas-bekas teman wanitanya, pantang dijemput… macam-macam yang mereka nak
beli. Kadang-kadang tu sampai Harriz terpaksa menggunakan kad kredit
memandangkan cash di tangan tidak
cukup.
Ketika
kaki melalui kedai Habib Jewels, Harriz pantas menarik Balkish untuk masuk ke
dalam kedai tersebut.
“Buat
apa nak ke sini?” tanya Balkish kehairanan.
“Cuci
mata.” Selamba Harriz menjawb.
Seorang
pekerja kedai menyambut kedatangan mereka dengan senyuman. Harriz dan Balkish
turut membalas senyuman itu.
“Boleh
saya tolong encik, cik. Nak cari apa ye?”
“Errr…”
Balkish mahu menjawab. Namun Harriz terlebih dahulu bersuara. Langsung tak bagi
peluang kepada wanita itu untuk menjawab.
“Nak
tengok rantai.”
Balkish
gerling wajah suaminya yang beriak selamba.
Pekerja
kedai membawa mereka pergi ke bahagian yang Harriz maksudkan. Bersinar-sinar
mata Harriz melihat perhiasan perempuan yang kelihatan mewah itu. Satu persatu
dibeleknya. Cantik sungguh!
“Cantik
tak yang ni?” Harriz minta pendapat Balkish bila dia minta pekerja kedai
mengambil seutas rantai emas putih yang disaluti berlian dengan design simple namun kelihatan cantik.
“Okeylah.”
Hanya itu yang Balkish jawab. Rantai dekat situ memang cantik-cantik belaka.
Sama cantik dengan harganya juga. Ini duit gaji sebulan Balkish pun belum tentu
dapat nak beli rantai tersebut. Kena kumpul lima tahun baru dapat beli.
“Yang
ni berapa harganya?” tanya Harriz pada pekerja kedai tersebut. Pekerja itu
mengambil rantai di tangan Harriz lalu dikira berapa harganya. Berkali-kali dia
menekan calculator.
“Yang
ni lima ribu lima ratus lapan puluh dua ringgit aje encik.” Jelas pekerja yang
cukup murah dengan senyuman itu memberitahu harga rantai yang kini kembali ke
tangan Harriz.
Aje?
Hati Balkish berbisik. Rasa hendak gugur jantungnya mendengar jumlah yang
disebut oleh pekerja kedai itu. Boleh pula jumlah yang mahal seperti itu
pekerja kedai tersebut sebut ‘aje’ saja. Hisy… gila apa? Mahal tu!
“Kalau
saya tambah dengan loket ni?” ujar Harriz sambil mengunjukkan pula buah rantai
huruf H yang bertakhtakan butiran-butiran berlian kecil.
Sekali
lagi calculator ditekan-tekan.
“Kalau
campur yang ni semuanya sepuluh ribu satu ringgit sembilan puluh sembilan sen.”
Mahu
terbeliak mata Balkish mendengarnya. Biar benar? Mahal tu!!!
“Kalau
macam tu saya ambil yang ini bersama loketnya sekali.” Putus Harriz.
Sekali
lagi mata Balkish membulat. Dia memusingkan kepala cepat-cepat ke arah Harriz.
Suaminya itu tetap buat muka selamba badak jantan. Pantas lengan Harriz ditarik
agar rapat sedikit dengannya.
“Buat
apa awak nak beli rantai tu?” bisik Balkish dalam nada geram yang teramat
sangat.
“Suka
hati abang la nak beli.” Itu pula yang dijawab oleh Harriz.
Balkish
gigit bibir.
“Saya
tahulah suka hati awak. Tapi… rantai tu mahal. Buat apa awak nak membazir beli
rantai semahal itu? Lagipun saya tak berapa suka pakai barang kemas.”
“Siapa
kata abang nak belikan untuk Kish? Abang nak hadiahkan kepada perempuan yang
paling abang sayang.” Selambanya Harriz berkata.
Merah
padam muka Balkish mendengar jawapan suaminya. Terperasaan pula dia bahawa rantai
semahal itu adalah untuknya. Lelaki playboy seperti Harriz, tentu koleksi teman
wanitanya ramai. Tentu rantai itu hendak diberi kepada salah seorang daripada
teman-teman wanitanya itu.
Pekerja
kedai tadi datang semula. Menghulurkan kotak yang sudah diisi dengan rantai
berlian yang Harriz beli. Harriz bangun lalu membayar harga yang rantai
tersebut.
Huh!
Dasar King Of Crocodile. Tak pernah
nak berubah. Gumam Balkish dalam hati. Geram sungguh dia melihat wajah ceria
suaminya itu. Menyesal pula dia kerana mengikut Harriz datang ke sini. Kalaulah
dia tahu suaminya itu hendak membelikan rantai untuk teman wanitanya, tak
hingin dia ke mari. Menyusahkan dan memalukan dia sahaja.
“Tentu
dia akan suka dengan rantai ni.” Harriz berkata sendiri. Sambil membelek-belek
kotak ditangannya.
Jauh
di sudut hati, entah kenapa tiba-tiba Balkish berasa sedih. Fikirnya Harriz
sudah berubah. Ternyata dia tersilap. Lelaki itu masih dengan perangai lamanya.
Balkish
yang diam membisu tanpa sepatah kata di sebelah digerling.
“Apesal diam ni?” tanya Harriz.
Balkish
tidak menjawab. Malas hendak berbual dengan lelaki itu. Tiba-tiba dia terlebih sensitive. Terasa dengan kata-kata
Harriz sebentar tadi. Kalau iye pun nak beli barang kemas untuk awek dia,
janganlah beli depan Balkish. Ingat Balkish ni tunggul ke? Takde perasaan.
Meskipun dalam hati belum ada rasa cinta, tapi secubit rasa cemburu itu sudah
mula hadir dalam diri.
Cemburu?!
Balkish mengulangi ayat itu.
Aku
cemburu? Soalnya lagi bagaikan tidak percaya.
Cepat-cepat
dia menggeleng. Menghalau perasaan cemburu yang mula bersarang dalam dirinya.
Dia tidak mahu ada perasaan itu. Kerana cemburu akan membawa dia kepada rasa
sayang dan cinta. Balkish belum bersedia untuk bercinta sekali lagi.
Berkerut-kerut
dahi Harriz memandang Balkish yang sudah tergeleng-geleng itu. Pelik benar dia.
“Sayang….”
panggil Harriz lembut. Bahu isterinya disentuh.
“Don’t call me sayanglah!” bentak
Balkish. Kemudian laju dia melangkah keluar dari Habib Jewels.
Harriz
yang tercengang dengan tindakan isterinya itu menggeleng kepala. Perempuan ni…
angin satu badan!
******************************************************************************
“PSSTTT…”
Hanni menarik lengan abangnya. Membuatkan Harriz terdorong sedikit ke belakang.
Ni
apa kena pula dengan si kecik ni. Main tarik-tarik pula. Harriz angkat kening.
“Apesal dengan Kak Kish tu? Muka monyok
aje Hanni tengok.” Tanya Hanni.
Harriz
pandang Balkish yang sudah menonong laju berjalan. Langsung tidak mengendahkan
dirinya.
“Entah!
Datang bulan kut.” Selamba sahaja Harriz menjawab.
Jawapannya
membuatkan Hanni naik geram lantas satu cubitan hinggap ke lengannya yang sasa.
“Auch! Apa ni Hanni? Main cubit-cubit
pulak?” omel Harriz. Terkejut dia dicubit oleh adiknya itu. Sudahlah tu…
cubitannya kecil dan menyakitkan.
“Hah…
tau pun sakit. Macam itulah perasaan Kak Kish bila Abang Riz sengaja nak main.”
Dahi
Harriz sudah berkerut.
“Siapa
kata Abang Riz mainkan perasaan Kak Kish?”
“Alaaa…
Hanni taulah! Abang Riz tu memang suka nak mainkan orang. Baik Abang Riz pujuk
Kak Kish sebelum jadi lebih parah lagi.” Pesan Hanni sebelum dia berlalu
meninggalkan Harriz yang sudah tercengang-cengang. Benar juga kata adiknya itu.
Sebelum Balkish jadi sedingin dulu, baik dia minta maaf cepat-cepat. Nanti tak
pasal-pasal isterinya itu merajuk panjang pula. Lagipun sejak dua menjak ini
dia dapat melihat isterinya yang perlahan-lahan mula menerima dirinya. Jangan
dek kerana mahu mempermainkan isterinya itu, lain pula yang akan terjadi.
“Alamak!!”
tiba-tiba sahaja Harriz menjerit kuat. Membuatkan Balkish dengan Hanni berhenti
melangkah dan berpaling ke arahnya.
“Apesal ni?” soal Hanni.
“Abang
nak ke washroom la. Hanni dengan Kak
Kish pergi tempat letak kereta dulu ye.
Kejap Abang Riz sampai.”
“Hisy…
Abang Riz ni macam-macam la.” Gumam Hanni. Geram dengan perangai abangnya itu.
Sampai
di tempat letak kereta yang sunyi sepi itu, Balkish dengan Hanni sabar menunggu
Harriz. Kata sekejap. Ini sudah lima belas minit mereka berdua menunggu.
Menyesal pula tidak meminta kunci kereta daripada Harriz tadi. Sudahlah tempat
ni sunyi sepi dan menyeramkan.
“Eiii…
mana Abang Riz ni? Takkan bina washroom pulak!” gerutu Hanni. Pantas dia
bergerak sedikit dan cuba mendail telefon bimbit abangnya.
Ketika
itu Balkish leka memerhatikan Hanni sehinggalah dengan sepantas kilat datang
seorang lelaki dan mencapai beg tangan Balkish. Laju lelaki itu berlari
meninggalkan Balkish yang terkedu sebelum menjerit minta tolong.
“Kenapa
ni kak?” tanya Hanni yang masih belum sedar apa yang berlaku.
“Ada
orang larikan beg tangan akak.” Beritahu Balkish.
Kebetulan
itu juga Harriz datang ke tempat isteri dan adiknya. Wajah kedua insan yang
disayanginya itu kelihatan cemas.
“Kenapa
ni? Apa dah jadi?”
“Ada
orang larikan beg tangan Kak Kish.” Hanni memberitahu. Balkish sudah
mengangguk-angguk.
“Mana?”
“Tu!”
tunjuk Balkish ke arah lelaki yang memecut laju meninggalkan lokasi mereka.
“Hanni
tengok Kak Kish. Biar Abang Riz kejar peragut tu. Tak guna betul!!!”
Seraya
itu Harriz berlari sekuat hati mengejar peragut yang sudah jauh meninggalkan
dia. Lari punya lari… Harriz sudah semput. Hisy…
mana pulak perginya badigol ni? Macam
lipas kudung dia melarikan diri. Tak guna betul! Gumam Harriz. Pantas Samsung
Galaxy Notenya dikeluarkan lalu nombor telefon seseorang didail.
“Hey… kau kat mana ni?”
“Aku
kat sini la.” Jawab suara itu. Pantas tuan punya suara mengeluarkan dirinya di
sebalik kereta Avanza sambil tersengih-sengih.
Harriz
mengah. Samdol punya Daud! Punya main
laju dia berlari. Langsung tak pedulikan aku.
“Nah!”
Daud menyerahkan beg tangan itu kepada Harriz. Hari ini, tak pasal-pasal untuk
pertama kali dalam hidupnya dia menjadi seorang peragut gara-gara Harriz. Ini
kalau aweknya si Siti tau, sah dia akan direject.
Siapa nak bercouple dengan seorang
peragut? Lebih-lebih lagi awek alim macam Siti. Mahu menangis tak berlagu dia
jadinya.
“Good job! Nah… ini duit upah untuk kau.”
Harriz menyerahkan satu ratus ringgit kepada Daud. Bersusah payah dia pujuk
Daud untuk menjadi seorang peragut. Sampaikan dia terpaksa bagi upah seratus
ringgit kepada lelaki itu barulah Daud bersetuju. Mata duitan juga si Daud ni.
“Terima
kasih Encik Harriz.” Ucap Daud sambil menghidu bau harum duit yang masih baru.
Tak sabar dia hendak menelefon Siti. Nak mengajak teman wanitanya itu keluar
makan-makan.
“Hmmm…
Dah. Dah. Pergi dari sini. Nanti ada pulak yang nampak.”
“Iye
la.” Daud segera beredar dari situ setelah mendapatkan upahnya. Senangnya kerja
dia. Tak payah nak ragut betul-betul, sekadar berlakon untuk lima minit aje
sudah dapat satu ratus ringgit. Bayangkan kalau dia berlakon untuk satu jam?
Sudah beribu-ribu yang diperolehinya.
Sebaik
sahaja Daud melangkah pergi, Harriz mencari sesuatu di poket seluarnya. Pewarna
merah itu dibuka lalu dikesat sedikit pada tepi bibirnya. Konon nak berlakon
yang dia telah bertumbuk dengan peragut yang telah meragut beg tangan
isterinya. Padahal, dialah dalang yang telah mengupah orang untuk meragut beg
tangan Balkish. Niatnya adalah supaya Balkish tidak lagi merajuk padanya.
Balkish
menggigit bibir bawahnya sebaik sahaja terlihat kelibat Harriz bersama beg
tangannya. Dia tidak menyangka suaminya itu berjaya juga mendapatkan beg
tangannya. Beg tangan itu bukanlah mahal sangat harganya. Duit pun takdelah
banyak mana. Tapi kat dalam beg itulah tersimpan segala kad pengenalan diri,
kad ATM dan beberapa keping kad yang penting buat dirinya.
“Ini
beg tangan sayang.” Harriz menghulurkan beg tangan hitam itu kepada Balkish.
Dia sudah tercungap-cungap kepenatan.
Balkish
tidak pula menyambut beg tangannya itu. Sebaliknya memandang tepat ke arah tepi
bibir Harriz yang berdarah. Spontan itu juga dia jemarinya naik meraba bibir
Harriz.
“Auch!” Harriz mengadu. Berpura-pura yang
bibirnya sakit.
“Macam
mana boleh jadi begini?” soal Balkish tidak senang. Laju dia mengeluarkan tisu
dari dalam beg hitamnya.
“Abang
bertumbuk dengan peragut tu.”
Balkish
menggigit lagi bibir bawahnya. Geram mendengar jawapan Harriz. Kalau iya pun
nak jadi hero, janganlah sampai bertumbuk dan mencederakan diri sendiri.
“Tak
payahlah nak bahayakan diri semata-mata kerana beg ni. Beg ni tak sama nilai
dengan nyawa awak tau. Kalau jadi apa-apa dekat awak tadi… macam mana?” gumam
Balkish. Bibir Harriz yang berdarah itu dikesat dengan tisu. Perlahan dan
cermat. Dia tidak mahu menyakiti suaminya yang mengerang kesakitan.
“Kalau
jadi apa-apa dekat abang tadi sayang jadi janda berhiaslah.” Usik Harriz.
Laju
Balkish memutarkan cubitan 90 darjahnya ke lengan Harriz. Membuatkan suaminya
itu terjerit kecil dek cubitan berbisanya itu. Geram benar dia pada Harriz yang
suka bergurau tak kena tempat itu.
“Cakap
tak sayang mulut.” Selar Balkish dalam nada marah. Tanpa sedar dia menekan kuat
bibir Harriz yang dikesat dengan tisu.
Harriz
mengerang. Konon tengah sakit. Pandai benar dia berlakon. Kalah Aaron Aziz.
“Sayang,
sayang abang tak?” tanya Harriz. Konon mahu menduga isi hati isterinya itu.
Jemarinya sudah mengenggam jemari Balkish yang lincah mengesat kesan luka
palsunya.
Balkish
terdiam. Buat sesaat dua, matanya dengan mata Harriz bertentangan. Masuk saat
yang ketiga, cepat-cepat dia mengalihkan pandangan mata dari pandangan redup
suaminya itu. Dia berdehem. Tisu yang mempunyai kesan darah Harriz dihulurkan
kepada suaminya itu.
“Dah!
Jangan nak mengada-ngada. Jomlah kita balik.” Balkish pantas bergerak menuju ke
kereta. Wajahnya sudah merona merah dek usikan sang suami. Suka sangat buat dia
jadi tak tentu arah.
Hanni
sudah tersengih-sengih memandang abangnya. Dalam hati dia langsung tak percaya
abangnya itu bertumbuk dengan si peragut. Entah-entah lelaki yang meragut Kak
Balkish tadi adalah orang upahan Abang Riz. Alaaa… macamlah aku tak tahu taktik
tu. Dalam drama dan filem komedi romantik dah biasa buat. Kesian Kak Kish…
hidup-hidup kena tipu dengan Abang Riz. Tapi… kalau itu untuk kebaikan mereka
berdua, aku rela tutup mulut. Heheheee…
Bila lagu cinta
bergema
~30~
RIUH-RENDAH
suara Abang Sali mengisi ruang bilik solek. Tiga pembantunya diarah untuk menyiapkan
itu dan ini. Malam ini merupakan malam persandingan pasangan Harriz dan
Balkish. Dia mahu memberikan yang terbaik untuk pasangan pengantin baru itu.
Lagipun awal-awal lagi Puan Sri Hanum sudah memberi amaran. Mahu Sali membuat
yang terbaik untuk anak dan menantunya. Puan Sri Hanum, memang cerewet sungguh!
Mengalahkan pasangan pengantin.
Mulut
Abang Sali yang kecoh itu menbingitkan telinga. Sesekali air liurnya memercik
mengena muka Balkish yang sedang disolek. Mujurlah tak berbau. Kalau tidak mahu
pengsan Balkish dibuatnya. Hisy… Abang Sali ni, kalau iye pun nak menyolek
Balkish, mulut tu diamlah sikit. Jangan asyik nak berleter itu dan ini. Riuh
macam mulut sang murai.
Setelah
berpuas hati dengan hasil solekannya, Abang Sali membelek-belek wajah Balkish.
“Perfect!” ucap Abang Sali. Bibirnya
mekar dengan senyuman.
Balkish
ingin sekali melihat wajahnya yang dikatakan ‘perfect’ oleh Abang Sali. Tapi di hadapannya langsung tidak
disediakan cermin. Abang Sali punya pantang larangnya yang tersendiri. Pengantin
yang disolek tidak dibenarkan memandang cermin sehingga solekan habis
dikenakan. Ini kerana hendak menambahkan lagi seri pengantin. Huh… ada-ada saja
pantang larang si Sali ini. Malah Harriz juga tidak dibenarkan berada dalam
bilik yang sama dengan isterinya. Itu pantang larang si Sali, pak andam yang
sedang meningkat naik namanya. Bukan Harriz seorang, malah ahli keluarga dan
rakan-rakan pun tak boleh nak jenguk Balkish ke dalam bilik ini. Yang ada di
sini hanya Abang Sali, Balkish dan Umie.
“Umie!!!”
tiba-tiba Abang Sali menjerit. Mahu tercabut anak tekaknya memanggil
pembantunya yang seorang itu.
Umie
datang dengan terkocoh-kocoh. Abang Sali ni tak boleh ke kalau tak menjerit
satu hari? Entah dari manalah dia dapat tenaga tu. Tak pernah nak letih
menjerit-jerit.
“Nak
apa Abang Sali?” tanya Umie.
“Baju
pengantin dah siap?” tanya Abang Sali tegas.
“Sudah
Abang Sali.”
“Bagus!
Sekarang tolong ambilkan cermin. Aku nak bagi pengantin lihat wajah dia yang
cantik ni.” pinta Abang Sali. Wajah Balkish masih lagi dibelek-belek. Mahu
memastikan semuanya kelihatan sempurna dan cantik!
Umie
menggigit bibir. Pemalas betullah Abang Sali ni! Cermin ada kat belakang dia
aje. Itu pun nak suruh aku yang ambilkan. Hisy… aku hempuk jugak Abang Sali ni
karang!!!
“Jeng…
jeng… jeng!” Abang Sali menghadapkan cermin bulat itu di depan Balkish.
Terkaku
sebentar Balkish dibuatnya. Terpegun pun ada juga. Benarkah yang berada di
dalam cermin itu adalah dirinya? Bagaikan tak percaya dia boleh jadi secantik
itu. Tidak berkedip mata Balkish memandang wajahnya sendiri.
“Cantiknya…”
Tanpa sedar Umie memuji.
“Tengoklah
siapa yang touch-up.” Selamba Abang
Sali bangga diri.
Umie
sudah menjulingkan biji mata ke atas. Satu lagi perangai Abang Sali yang buat
Umie meluat. Suka sangat ‘masuk bakul angkat sendiri’.
“Dah!
Dah! Jangan nak tengok lama-lama. Nanti hilang pulak serinya. Sekarang masa
untuk pakai baju pulak. Nanti terlewat.” Arah Abang Sali. Cermin di tangan
Balkish dirampas.
“Umie,
sekarang bawa pengantin untuk tukar baju. Aku nak kau tolong pakaikan tudung
untuk dia. Nanti aku kemaskan semula.” Kemudian arahannya beralih pula pada
Umie.
Umie
yang bertindak sebagai pembantu Abang Sali hanya menurut perintah. Membawa
pengantin ke bilik sederhana besar untuk menyalin pakaian dan memasang
aksesori. Memanglah Umie yang kena buat semua ni. Takkan nak suruh Abang Sali
pula? Lembut-lembut Abang Sali tu pun… dia tetap seorang manusia bergelar
lelaki. Mana boleh nak suka-suka hati tukar baju depan dia.
Selesai
semuanya, Balkish dan Umie pun keluar dari bilik persalinan. Ketika itu Balkish
dapat melihat kelibat Harriz bersama Abang Sali yang sedang memperbetulkan baju
melayu di badan sasa suaminya itu di hadapan cermin. Tiba-tiba Balkish jadi
berdebar. Suaminya kelihatan begitu segak dalam persalinan songket. Bagaikan
putera raja.
“Hah…
buat apa lagi tercegat dekat situ? Meh sini. Aku nak betulkan sikit apa yang
perlu.” Abang Sali yang sudah mula sedar kehadiran Balkish yang berdiri kaku di
satu sudut memanggil.
Harriz
memandang isterinya melalui cermin. Cantik sungguh isterinya itu. Membuatkan
cintanya semakin membuak-buak.
“Cantiknya!
Macam anak patung.” Puji Abang Sali. Suka benar dia lihat wajah Balkish yang
sudah siap didandan cantik itu. Orang memang dah sedia kala cantik, pakai dan
solek nipis pun tetap kelihatan cantik.
“Tunggu
kejap… ada satu lagi yang kurang.” Abang Sali bergerak menuju ke beg besarnya.
Balkish
masih menundukkan wajah. Entahlah… dia sendiri tak pasti dengan perasaannya.
Tiba-tiba pula jadi malu dengan suaminya itu. Tidak berani dia mengangkat wajah
untuk melihat suaminya. Dia yakin pasti lelaki itu sedang merenungnya.
“Kish…
cuba tengok tu. Ada bulan yang cantiklah.” Ujar Harriz perlahan.
Laju
Balkish angkat wajah
“Mana?”
tanyanya bodoh. Langsung tak terfikir, duduk dalam bilik persalinan ni mana
boleh nampak bulan.
“Tu!”
Harriz tunjuk dalam cermin.
Spontan
itu juga Balkish menoleh. Apa yang dilihatnya hanyalah pantulan objek dia
dengan Harriz. Berdiri tegak di situ dalam persalinan pengantin bagaikan Raja
dan Permaisuri. Cantik dan sepadan!
“Selamat
pengantin baru, sayang.” Ucap Harriz romantik. Membuatkan jantung Balkish
berdebar hebat. Jemari isterinya dicapai lalu dikucup penuh kasih.
Balkish
hanya membiarkan. Dia seolah-olah kaku tidak dapat hendak menghalang perlakuan
suaminya itu.
“Dah
siap ke?” soal Puan Sri Hanum sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik
persalinan. Bukan main lip-lap lip-lap lagi baju Puan Sri seorang itu. Vogue mengalahkan pengantin.
Balkish
tersedar. Cepat-cepat dia memusingkan badan memandang ibu mentuanya yang tak
pernah nak senyum setiap kali berdepan dengannya.
Puan
Sri Hanum terkedu untuk seketika. Cantik benar isteri anaknya itu. Bagaikan
seorang puteri.
“Macam
mana Puan Sri? Cantik tak?” tanya Abang Sali yang sudah tersenyum puas. Wajah
Puan Sri Hanum yang terkedu itu membuatkan senyumannya lebar. Cantiklah tu.
Pasal tu tengok menantu dia bagai nak tersembul keluar bijik mata. Abang Sali
mengomen dalam hati.
Puan
Sri Hanum berdehem. Pertanyaan Abang Sali tidak dijawab. Pandangannya beralih
pula pada Harriz. Anaknya itu kelihatan begitu tampan dalam persalinan baju
melayu kain songket.
“Cantiklah
Abang Sali. Cantik sangat! Macam bidadari.” Keterlaluannya Hanni memuji. Dia
yang membuntuti langkah mamanya tadi sudah mendapatkan Balkish. Kagum dia
melihat kecantikan kakak iparnya dalam persalinan baju pengantin.
Balkish
tersenyum nipis mendengar pujian Hanni. Janganlah puji lebih-lebih sangat.
Nanti ada pulak yang sakit hati mendengar. Bagi Balkish, kecantikan yang dia
miliki ini adalah pinjaman daripada ALLAH sementara masih bernyawa di muka bumi
ini. Dia tidak riak dengan apa yang dimilikinya. Segala-galanya boleh ditarik
semula oleh PenciptaNya.
“Abang
Sali tau tangan Abang Sali ni ada magik. Pasal tu Balkish jadi secantik
bidadari.” Macam tadi, Abang Sali sudah memuji dirinya sendiri.
Hanni
tayang sengih. Eheh… overlah Abang
Sali ni. Riak benar dia. Untuk pengetahuan Abang Sali yang macho hanco… Kak Kish ni memang dah sedia cantik. Pakai make-up
sikit pun tetap kelihatan cantik. Hati Hanni berbisik.
“Tak
baik riak tau Abang Sali. ALLAH tak suka. Nanti ALLAH tarik kepandaian Abang
Sali tu.”
Abang
Sali mencebik. Eiii… budak kecik ni! Ada saja jawapannya.
“Iye
la. Dah… dah, tepi. Abang Sali nak letak tiara ni kat kepala Balkish.” Abang Sali
meletakkan tiara kecil di atas tudung kepala Balkish. Menambahkan lagi
kecantikan pengantin baru itu.
“Hah…
yang kau ni dah siap ke?” tanya Abang Sali pada Hanni. Diperhatikan penampilan
gadis remaja itu. Simplenya.
Hanni
mengangguk. Sebagai pengapit pengantin perempuan dia merasakan tak perlulah dia
nak over sangat. Pakai simple-simple aje. Lagipun bukannya dia
yang jadi perhatian. Pengantin yang penting.
“Macam
ni je?” Tanya Abang Sali bagaikan tidak percaya.
Sekali
lagi Hanni mengangguk.
“Eiii…
tak menarik langsung. Sememeh! Dah. Meh sini aku touch-up muka kau. Kalau fesyen macam inilah nak jadi pengapit
pengantin, memang takde ‘kelas’.”
Abang Sali menarik Hanni. Membawa Hanni ke meja solek untuk menyolekkan pula
wajah muda remaja anak gadis Tan Sri Hamdan dan Puan Sri Hanum itu.
“Ikut
aku kejap.” Bisik Puan Sri Hanum ke telinga Balkish. Wanita itu menunduk.
Terkedik-kedik dia membuntuti langkah ibu mentuanya yang mencari tempat sedikit
terperosok.
“Kau
dengar sini baik-baik. Aku tak sukakan kau. Jangan kau ingat, bila aku buat
semua ni bermakna aku senang hati terima kau dalam keluarga aku. Sampai
bila-bila pun aku tetap tak sukakan kau. Aku buat semua ni pun sebab nak jaga
maruah keluarga aku. Aku tak nak orang beranggapan aku ne kejam sangat sampai tak
bagi restu pada anak aku biarpun dalam hati aku ni memang takde restu untuk
kau. Jadi… aku nak kau jaga perangai kau tu. Jangan nak bagi malu aku.” Puan
Sri Hanum memberi amaran.
Balkish
hanya menundukkan wajahnya. Amaran Puan Sri Hanum sedikit sebanyak telah
mengguris hatinya.
Selesai
memberi amaran pada wanita itu, Puan Sri Hanum berlalu keluar. Sebelum itu
sempat dia berpesan kepada Sali agar menyolekkan anak daranya itu dengan cepat.
Lagi lima belas minit majlis akan berlangsung. Kereta kuda sudah sedia menunggu
di luar sana.
Setelah
segala-galanya selesai, Harriz dan Balkish jalan beriringan menuju ke kereta
kuda yang telah disiapkan di luar dewan. Bukan main glamor lagi majlis persandingan mereka berdua. Siap diarak
menggunakan kereta kuda lagi. Ini semua Puan Sri Hanum punya idea. Bila ramai
teman-teman seangkatannya yang memuji idea hebatnya itu, dia dengan bangga
tersenyum lebar.
Alunan
kompang membuatkan Balkish kian berdebar. Dia yakin pasti ramai tetamu yang
hadir. Pertama kali dalam hidupnya dia menjadi tumpuan dalam majlis
gilang-gemilang seperti ini.
“Are you okey, sayang?” tanya Harriz pada
Balkish yang kelihatan kurang selesa itu.
Balkish
menggeleng. Sememangnya dia tidak okey. Dia takut melakukan kesilapan. Amaran
Puan Sri Hanum masih berlegar-legar di dalam fikirannya.
Harriz
tersenyum manis. Wajahnya didekatkan sedikit ke arah Balkish.
“Don’t worry. Everything will be okey.
Abang akan sentiasa ada di sisi sayang. Jom.” Kata Harriz. Memberi keyakinan
buat isterinya. Tangannya dihulurkan.
Seketika,
Balkish hanya memandang kosong huluran tangan Harriz. Dia angkat muka.
Memandang wajah Harriz. Lelaki itu masih lagi seperti tadi. Masih tersenyum
memandangnya. Balkish menghela nafas. Lambat-lambat dia menyambut huluran
tangan suaminya. Kemudian jemari mereka bertaut erat. Dan bila jemarinya berada
dalam genggaman suaminya itu, dia rasa selamat dan selesa.
Di
atas pelamin, pasangan pengantin bersanding mengikut adat resam orang melayu.
Kedua belah keluarga datang merenjis. Majlis merenjis dimulakan dengan Tan Sri
Hamdan. Lelaki itu memeluk erat tubuh sasa anaknya. Kemudian dengan penuh kasih
seorang ayah, tangannya diletakkan di atas kepada Balkish. Tanda restu yang
diberikan. Sayu rasa hati Balkish bila bapa mentuanya memperlakukan dia
sebegitu. Rasa rindu pada arwah ayah datang bertandang. Alangkah indahnya jika
ayah ada ketika ini? Memberi restu dan memeluk Balkish dengan erat. Puan Sri
Hanum pula mengambil ruang. Biarpun dia tidak sukakan Balkish namun tetap
berlagak tenang. Tubuh menantunya diraih ke dalam pelukan. Sempat dia berbisik
sesuatu yang mengguris perasaan Balkish. Kemudian majlis merenjis diteruskan
lagi dengan Fahmie, Hanis dan Hanna. Ketika tiba giliran Hanna, gadis itu telah
melakukan sesuatu yang memalukan Balkish. Selesai merenjis dan bila Balkish
menghulurkan tangan untuk bersalaman, Hanna langsung tidak menyambut huluran
tangan kakak iparnya itu. Selamba buruk merak dia berlalu dengan muka yang
sombong.
Harriz
perasan perubahan air muka Balkish. Simpati dia dengan isterinya itu. Dalam
masa yang sama, rasa geramnya hadir buat Hanna. Adiknya itu memang tak tahu nak
jaga air muka orang. Hanni yang setia mengipas kakak iparnya disebelah juga
sudah menjengil geram pada Hanna. Namun Hanna buat tidak kisah sahaja.
Selepas
itu keluarga sebelah pihak perempuan pula merenjis. Dimulakan dengan tok mak.
Tok mak pun sama dengan Puan Sri Hanum. Dalam keterpaksaan dia memeluk Balkish
dengan longgar sekali. Balkish dapat rasakan ketidak ikhlasan tok mak
memeluknya. Kemudian ibu pula mengambil tempat. Ibu merenjis dan memeluk
Balkish dengan erat. Ketika pelukan bersatu, entah kenapa hati Balkish menjadi
sayu. Dia dapat rasakan pelukan ibu kali ini agak ikhlas. Ibu sempat memberi
pesan, agar dia menjadi isteri yang solehah. Terkedu sungguh Balkish dengan
pesanan ibunya itu. Sepanjang dia hidup, belum pernah lagi ibu memberi pesanan
seperti itu kepadanya. Terima kasih ibu. Itulah yang Balkish mampu lafazkan
buat ibu.
Batrisya
tidak melepaskan peluang. Dia juga turut menepung tawar pasangan mempelai.
Diikuti oleh Eidham yang terpaksa berpura-pura senang dengan majlis itu. Ketika
dia berdiri di hadapan Balkish, matanya tajam merenung gadis itu. Membuatkan
Balkish kurang selesa dengan renungan Eidham.
Setelah
selesai majlis merenjis, pasangan pengantin dibawa untuk makan beradap pula.
******************************************************************************
PASANGAN
mempelai melangkah masuk ke dalam dewan untuk kali yang kedua. Jika tadi tetamu
kagum melihat pengantin dalam persalinan songket, kini pasangan itu kembali
semula dalam persalinan gaun dan teksedo. Gaun yang dipotong cantik itu
menyerlahkan lagi keanggunan pengantin perempuan. Ramai tetamu yang
berbisik-bisik sesama sendiri. Ada yang memuji, ada juga yang bersuara dengki.
Batrisya
yang ada di meja VVIP khas untuk keluarga pengantin tersenyum bahagia. Suka
sangat dia melihat adiknya itu malam ini. Sebelum majlis malam ini berlangsung,
mereka sudah bertemu Balkish di rumah mentua adiknya itu. Bapa mentua adiknya
itu dengan murah hati mempelawa mereka bermalam di banglo mewah mereka. Namun
ibu menolak dengan baik. Tak selesa tinggal di situ. Akhirnya Tan Sri Hamdan
menyuruh mereka bermalam di kondominium keluarga mereka. Segan tu memanglah
segan. Tapi bila Tan Sri Hamdan sudah memaksa, terpaksalah mereka menerima.
“Cantiknya
Kish malam ni kan bang?” Kata Batrisya kepada Eidham yang sedari tadi diam
tidak berkutik. Suaminya itu, semakin hari semakin pelik pula perangainya.
Tidak banyak bercakap dan lebih senang menyendiri. Kekadang dia berkecil hati
dengan sikap Eidham. Namun dipujuk sendiri hatinya yang berkecil itu.
Eidham
tidak menjawab. Sebaliknya di hanya menunduk menikmati pencuci mulut yang
dihidangkan. Tidak sanggup dia melihat Balkish yang berada di singgahsana.
Hatinya rasa terseksa. Tadi ketika dia merenjis adik ipar yang pernah menjadi
kekasihnya itu pun hatinya meronta-ronta terseksa dan kesakitan.
Hajah
Badariah mengerling anak menantu yang diam. Hatinya dipagut rasa geram. Eidham
langsung tidak menghiraukan kata-kata anaknya.
Balkish
dan Harriz bergerak ke meja yang menempatkan kek setinggi lima tingkat. Ketika
acara memotong kek berlangsung diikuti dengan acara saling suap-menyuapi antara
pasangan. Jurukamera langsung tidak mahu melepaskan peluang yang ada untuk
merakam detik-detik indah itu. Alunan suara merdu Shahir AF dan Adira AF
berkumandang mendendangkan lagu ‘Ku Pinang Kau Dengan Bismillah’ menambahkan
lagi suasana romantik ketika itu. Untuk pengetahuan, majlis malam ini diserikan
dengan persembahan bintang AF, Shahir dan Adira. Puan Sri Hanum juga sanggup
menjemput OSBON untuk menambahkan lagi seri majlis selain mengundang penyampai
radio Abby Fana sebagai pengacara majlis bergandingan dengan Zahid AF.
Usai
memotong kek, pasangan pengantin turun untuk beramah mesra dengan tetamu yang
hadir. Balkish menghampiri meja yang menempatkan ibu, nenek, kakak dan abang
iparnya. Turut berkongsi meja dengan keluarganya itu adalah rakan-rakan
rapatnya, Aleya dan Ella. Kak Norma dan suami serta Lina dan Siti. Suzila tak
dapat hadir kerana malam ini kebetulan dia akan melangsungkan majlis
pertunangan dengan buah hati pengarang jantungnya. Tahniah untuk Suzila.
“Tahniah
Kish. Kau cantik sangat malam ni.” puji Ella dengan rasa gembira.
Balkish
tersenyum. Rindunya dia pada rakan-rakan. Tak sabar nak turun kerja dan
berjumpa dengan rakan-rakannya itu.
Tiba-tiba
Harriz melutut bagaikan putera raja yang melamar puterinya. Membuatkan Balkish
terkejut bukan main. Apatah lagi aksi Harriz itu telah menarik perhatian semua
hadirin.
Harriz
tersenyum. Dia menyeluk poket baju teksedo yang dipakainya. Dikeluarkan sebuah
kotak kecil. Kemudian dibuka isinya. Berlian itu, bukankah berlian yang Harriz
kata nak beli untuk teman wanitanya? Rupanya lelaki itu berbohong berkata
begitu. Padanlah dia tak ambil kisah bila Balkish buat-buat merajuk.
“Balkish
Binti Borhan, sudi tak awak menjadi pendamping saya yang halal buat
selama-lamanya.”
Balkish
terkedu. Bulat matanya memandang perilaku suaminya itu. Buang tebiatlah
betullah lelaki ni. Teman-teman dan kakak yang berada di sebelah sudah
tersenyum sumbing melihat perlakuan romantik Harriz. Tidak kurang ada yang
tidak senang dengan aksi romantik lelaki itu.
Lambat-lambat
Balkish mengangguk. Nanti kalau dia tak angguk suaminya itu akan berlutut buat
masa yang lama pula. Buat malu saja. Lebar senyuman Harriz melihat anggukan
isterinya. Dia bangun lalu memakaikan rantai berlian itu kepada isterinya.
Setelah
memakaikan rantai itu pada Balkish, Harriz melangkah ke arah pentas pula. Mata
Balkish hanya menyorot langkah suaminya yang menuju ke arah pentas itu. Apa
pulaklah yang orang tua ni nak buat. Berbisik-bisik dengan Zahid AF dan salah
seorang pemuzik di sana. Takkan Harriz nak menyanyi pulak? Cukup-cukuplah
dengan persembahan daripada dua penyanyi yang telah diundang khas untuk malam
ini. Jangan pula nak tambah seorang lagi penyanyi yang bernama Harriz. Mahu
turun pula hujan dengan lebat nanti dengar suara Harriz yang tak sedap itu.
“Ehem…
ehem…” Harriz buat sound check.
Berdehem-dehem sebelum memulakan mukadimahnya. Semua hadirin yang hadir sudah
memberikan tumpuan kepada Harriz yang sedang tersenyum-senyum di atas pentas.
“Di
sini saya nak ucapkan terima kasih buat tiga orang wanita. Terlebih dahulu saya
nak ucapkan berjuta-juta terima kasih kepada mama saya, Puan Sri Hanum kerana
sudi mengadakan majlis persandingan untuk saya dan Balkish. Untuk pengetahuan
semua yang hadir, mama merupakan orang yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
majlis malam ini. Ma… terima kasih. Jasa mama tak dapat Riz dan Kish balas.
Kami sayang mama dan berdoa semoga ALLAH memberi rahmat ke atas mama.” Bicara
pertama Harriz telah membuatkan hati keibuan Puan Sri Hanum terusik. Rasa
hendak sahaja dia menangis. Namun dikawal emosinya. Bibirnya tersungging
senyuman nipis. Biarpun dia marahkan Harriz kerana tidak mengikut katanya,
namun anak itu tetap anak yang baik. Dia tetap sayangkan Harriz.
Tan
Sri Hamdan yang duduk di sebelah isterinya sudah mengenggam erat jemari
isterinya. Dia faham perasaan isterinya itu.
“Kedua…
Kepada ibu mentua saya, Hajah Badariah kerana telah melahir dan mendidik
Balkish sehingga menjadi wanita yang solehah. Terima kasih ibu kerana beri
didikan yang sempurna untuk Kish. InsyaALLAH… saya akan jaga Kish hingga ke
akhir nafas saya.”
Mendengar
kata-kata Harriz, Hajah Badariah dipukul rasa hiba. Mendidik Balkish sehingga
menjadi wanita yang solehah? Ayat itu berulang di mindanya. Kalaulah lelaki itu
tahu kedudukan yang sebenar, tentu Harriz kecewa. Perlahan, mata Hajah Badariah
melirik ke arah Balkish yang duduk sopan di atas pelamin. Ketika itu juga tanpa
dia sedari mata Balkish memandang ke arahnya. Membuatkan pandangan mereka
bersatu. Hajah Badariah kaku. Balkish yang duduk di situ menghadiahkan senyuman
paling manis buat ibu. Tanpa sedar, Hajah Badariah turut memberikan senyuman
buat anak itu. Senyuman yang dirasakan ikhlas buat pertama kalinya.
“Ketiga…
teristimewa buat isteri saya, Balkish. Terima kasih kerana sudi menerima abang
dalam hidup Kish. Biarpun saya ni playboy
yang ditakuti ramai, tapi dia masih sudi menerima diri saya seadanya. Ikutkan
perempuan yang waras, mana sanggup nak kahwin dengan playboy macam saya ni.
Tapi jangan pula ada yang sangka isteri saya gila ye.” Harriz sempat buat lawak
jenaka sebelum menyambung katanya semula. Jenakanya pula disambut dengan gelak
tawa tetamu yang hadir.
Balkish
pula menahan rasa geram. Amboi-amboi… buat lawak pula husband aku ni! Tak cukup
dengan lawak yang OSBON persembahkan sebentar tadi, dia pulak nak menambah
lawak. Eiii… geram!
“Kalau ada yang bertanya kenapa saya sukakan
dia dan pilih dia sebagai isteri saya. Saya akan jawab… dia lain daripada yang
lain. Dia tak sama dengan perempuan-perempuan yang pernah saya jumpa sebelum
ni. Dia tolak cinta saya berkali-kali. Dia tak pandang saya sebagai anak Tan
Sri Hamdan. Dia terima saya kerana ALLAH. Sebab itulah saya pilih dia.”
Sepanjang melafazkan kata-kata itu, mata Harriz tak lepas daripada isterinya.
Ditenung mata itu. Dia mahu Balkish membuka pintu hati untuknya.
Terpana
Balkish mendengar bicara Harriz yang jiwang berkarat. Hatinya seolah telah
dicuri. Dia terima saya kerana ALLAH. Tiba-tiba rasa bersalah datang
bertandang. Andai kata lelaki itu tahu hakikat sebenar kenapa dia sanggup
menjadi isteri Harriz, adakah lelaki itu sudi menerimanya sepenuh hati? Balkish
binggung.
Para
hadirin sudah bertepuk tangan. Romantiknya kata-kata pengantin lelaki menusuk
ke dalam jiwa. Aleya, Ella, Kak Norma dan beberapa orang rakan yang turut hadir
ke majlis malam itu sudah bertepuk tangan. Bukan main kuat lagi mereka
bertepuk. Kalau boleh nak jerit ‘wewittt’
lagi. Mujurlah dapat control diri. Jangan malukan diri kat majlis seperti ini.
Heheheee…
Kemudian…
muzik pun berbunyi. Dah agak mesti Harriz akan menyanyi. Lagu yang didendangkan
cukup kena pada situasi. One In A Million
daripada Bosson.
You're one
in a million
Oh
Now
You're one in a million
Oh
Sometimes love can hit you every day
Sometimes you can fall for everyone you see
But only one can really make me stay
A sign from the sky
Said to me
You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover one of the stars above us
You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover one of the stars above us
I've been looking for that special one
And I've been searching for someone to give my love
And when I thought that all the hope was gone
A smile, there you were and I was gone
I always will remember how I felt that day
A feeling indescribable to me
Yeah
I always knew there was an answer for my prayer
And you, you're the one for me
In the beginning I was cool and everything was possible
They tried to catch me but it was impossible
No one could hurt me it was my game
Until I met you baby and you were the same
And when you didn't want me I wanted you because
The funny thing about it is I liked the show
I like it when its difficult
I like it when its hard
Then you know its worth it
That you found your heart
You're one in a million
Oh
You're one in a million
******************************************************************************
MAJLIS malam
itu berakhir dengan jayanya. Syukur, Alhamdulillah. Kerana ALLAH telah
mempermudahkan segala urusan yang dijalankan. Balkish dapat rasakan badannya
terlalu letih untuk mala mini. Malah urat-urat pada sekeliling mukanya juga
terasa kejang. Macam mana tak kejang kalau asyik tersenyum aje sejak dari tadi.
Tiba-tiba
bibir Balkish mengukir sebuah senyuman manis. Peristiwa tadi masih berlegar di
kepalanya. Bukan peristiwa Harriz menyanyi lagu buatnya. Tapi peristiwa bila
ibu memeluknya dengan kejap sekali. Pertama kali dalam hidupnya dia dapat merasakan
pelukan kejap ibu. Dan dia juga merasakan pelukan itu terasa begitu ikhlas
sekali.
‘Dia terima
saya kerana ALLAH’. Tiba-tiba itu jugalah sebaris ayat itu menerjah kotak
fikirannya. Balkish mengeluh. Rasa bersalah datang lagi. Rantai berlian
pemberian Harriz diraba. Dia tahu Harriz begitu ikhlas menyintainya. Tidak
patut dia membohongi suaminya itu. Sepatutnya dia berterus terang pada Harriz.
Memberitahu perkara sebenar mengenai pernikahan mereka. Sepertimana Harriz
pernah berterus terang padanya mengenai bekas teman wanitanya yang hadir semula
untuk menagih kasihnya.
Dalam
keasyikannya melayan perasaan, tiba-tiba Harriz masuk ke dalam bilik. Selamba
biawak jantan hidup dia melabuhkan tubuh di atas katil. Langsung tidak
mengendahkan jelingan tajam isterinya yang nyata begitu terperanjat dengan
keselambaannya itu.
“Apa awak
buat ni?” tanya Balkish geram.
“Baringlah.
Nak rehatkan badan.”
Balkish
mengetap bibir.
“Kan awak
tidur atas sofa.”
“Malam ni
bagilah abang tidur atas katil ni. Sakitlah badan hari-hari tidur atas sofa.”
Pinta Harriz. Matanya sengaja dipejamkan. Konon dia mengantuk tahap gabanlah.
Badannya juga diiringkan sebelah kiri. Membelakangi Balkish yang baring di
sebelah kanan.
Balkish
mendengus. Mengada-ngada. Dia ingin bangun dan mencapai bantal, namun suara
Harriz membantutkan niatnya.
“Berdosa
tau bila seorang isteri meninggalkan tempat tidurnya tanpa izin dari suami.”
Bibirnya
diketap sekuat hati. Harriz ni… ada saja bicaranya yang buat Balkish jadi serba
salah. Dalam rasa geram yang bersarang, perlahan-lahan dia merebahkan semula
badannya di atas katil. Dia baru nak berbaik-baik dengan Harriz, nak buka pintu
hatinya untuk suaminya itu. Harriz pula sudah buat perangai yang menyakitkan
hati. Suka-suka hati nak tidur satu katil dengan dia. Macam tak boleh nak
tunggu sehingga dia benar-benar bersedia untuk berkongsi satu katil yang sama.
Eiii…
geram!!! Jerit Balkish dalam hati.
“Malam ni
saya benarkan awak tidur dekat sini. Tapi ingat… jangan nak ambil kesempatan
pulak.” Balkish beri amaran. Pantas itu juga dia meletakkan bantal guling
sebagai garis sempadan antara dia dengan Harriz.
Harriz yang
mengiringkan badan ke sebelah kiri sudah tersenyum lebar. Puas hati mendengar
jawapan isterinya itu. Malam ini merasa juga dia tidur satu katil dengan
isterinya biarpun disempadani dengan bantal guling.
Akibat rasa
letih yang keterlaluan, Harriz dan Balkish terlena tanpa sedar.
Bunyi guruh
yang berdentum kuat membuatkan Balkish terjaga dari tidur. Ketika itu dia dapat
merasakan ada sesuatu yang melingkar kemas pada pinggangnya. Bila dia
perhatikan, rupa-rupanya ‘benda’ yang melingkar kemas itu adalah tangan Harriz.
Bukan main lagi lelaki itu memeluknya. Berderau darah Balkish. Laju dia
mengangkat lengan sasa Harriz dari melingkar pada pinggangnya. Hatinya
tiba-tiba berdebar. Cepat-cepat Balkish bangun dan berlalu ke bilik air.
Di dalam
bilik air Balkish pandang wajahnya pada cermin. Merah bagaikan udang yang
dipanggang wajahnya ketika itu.
Hisy… apa
kena dengan aku ni? Kenapa aku rasa tak tentu arah macam ni? Takkan aku dah
jatuh cinta pula? Oh TUHAN… berilah aku petunjukMu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan