W4J4H-W4J4H K354Y4N64NKU

Isnin, 21 Oktober 2013

BILA LAGU CINTA BERGEMA 31-40



Bila lagu cinta
bergema

~31~

Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tak berundur dengan mudah
Tapi mimpi ini harus aku

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Untuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Untuk membawa mimpi-mimpi kita
……………………………
                                                             Asmidar – Biar Sampai Ke Bintang

USAI mandi dan membersihkan diri, Balkish melangkah keluar dengan hanya bertuala paras lutut. Rambutnya yang panjang hingga mencecah paras pinggang itu kelihatan basah kerana baru dicuci. Seksi sungguh Balkish. Mentang-mentanglah Harriz tiada di dalam bilik ketika itu, suka-suka hati saja dia beraksi seksi tahap melampau seperti itu.
Sebenarnya Balkish agak pelik dengan Harriz. Setiap kali dia bangun pagi, dia tidak pernah lihat kelibat suaminya itu di bilik tidur. Entah ke mana menghilangnya. Mahu juga Balkish bertanya, namun lidahnya seolah-olah keluh untuk berbicara.
Balkish membongkokkan sendiri badannya. Rambutnya yang masih basah itu dilap dengan tuala pink separuh besar. Hari ini bapa mentuanya telah menjemput ibu, tok mak, Batrisya dan Eidham untuk makan tengahari di rumah. Sebelah petang pula keluarganya akan pulang semula ke JB. Harriz telah berjanji dengan ibu bahawa dia akan menghantar mereka ke lapangan terbang.
Tanpa diduga, daun pintu ditolak dari luar. Terkejut beruk Balkish dibuatnya. Begitu juga dengan Harriz. Bukan main terperanjat lagi dia melihat keadaan isterinya yang seksi itu. Membuatkan dia menelan air liur. Rasa mahu tersembul keluar biji matanya melihat keseksian tubuh isterinya yang hanya bertuala paras lutut. Tiba-tiba nafsu lelakinya bergelora. Tajam matanya merenung ke arah Balkish. Pintu ditutup kemas.
Balkish telan air liur. Lulutnya terasa lemah. Sedar akan renungan tajam suaminya itu, dia berundur sedikit ke belakang. Dia tak sangka akan kantoi dengan suaminya dalam keadaan sebegini. Peluh dingin sudah memercik ke dahi. Dia berundur dan berundur sehinggalah tubuhnya sudah melekat ke dinding dan tiada ruang untuk berundur lagi. Sementara Harriz pula semakin mendekat.
Harriz tersenyum sinis. Laju dia mengepung Balkish dengan meletakkan ke dua belah tangannya pada permukaan dinding. Matanya masih nakal merata tubuh isterinya yang cukup mengiurkan. Pertama kali dia lihat isterinya begitu. Imannya yang senipis kulit bawang itu sudah goyah.
“A… apa yang a… awak nak bu… buat ni?” soal Balkish gugup. Seram dan berdebar dia dengan renungan mata suaminya itu. Rasa hendak dicucuk mata nakal suaminya dengan garfu. Biar buta macam Kassim Selamat!
Harriz yang kelihatan segak dengan baju melayu dan kain pelikat sudah mendekatkan wajahnya ke wajah Balkish. Haruman isterinya yang baru lepas mandi itu membangkitkan lagi gelora nafsunya. Pertanyaan Balkish langsung tidak diendahkan.
Balkish memaling wajahnya dari dihidu Harriz yang bagaikan tidak sedar diri itu. Tangannya memegang kuat tuala yang dipakai.
“A… awak jangan nak buat yang tak senonoh ye. Saya je… jerit karang.” Ugut Balkish yang sudah ketakutan dengan perilaku Harriz yang sudah membelai-belai rambutnya yang masih basah. Langsung tidak menghiraukan pertanyaannya tadi.
Kalau kau jerit pun siapa yang nak ambil peduli? Dia nikan suami kau. Ulang sekali lagi. SUAMI KAU! Memang dia berhak nak buat apa sekali pun. Buang masa saja kau nak menjerit, Kish. Ada suara halus datang berbisik. Membuatkan Balkish mematikan niatnya untuk menjerit meminta tolong.
“Awak… please… jangan buat saya macam ni.” Balkish merayu. Bergetar tubuhnya bila bibir Harriz sudah sampai mencium tengkuknya. Dia tidak berupaya mahu menolak tubuh suaminya itu. Tangannya kejap memegang tuala. Takut terlondeh.
Harriz yang bagaikan sudah dirasuk nafsu lelakinya itu langsung tidak mengendahkan rayuan isterinya. Semakin ganas pula dia membenamkan bibirnya ke tengkuk Balkish. Dicium tengkuk itu semahu hatinya. Jemarinya juga sudah menjalar memaut kemas pinggang isterinya itu.
Balkish semakin takut. Debaran didada juga semakin menggila. Dan bila Harriz mengangkat wajah merenung ke anak matanya, cepat-cepat dia memejamkan mata. Dia tidak berani hendak bertentang mata dengan Harriz yang bagaikan orang tengah dirasuk. Ya! Dirasuk dengan nafsu jantannya.
Perlahan… Harriz mendekatkan bibirnya ke bibir Balkish yang kemerahan dan bersinar. Lalu dikucupnya bibir isterinya itu. Balkish yang terkedu dengan perlakuan Harriz mahu meleraikan kucupan suaminya namun tidak berjaya. Tangan masih memegang tuala yang terasa hendak terlondeh. Semakin galak Harriz melumat bibirnya tanpa rela. Puas melumat bibir Balkish, sekali lagi ciuman Harriz beralih pada tengkuk Balkish yang terdedah. Dia benar-benar hilang kawalan. Ketika ini Balkish hanya mampu berdoa di dalam hati. Semoga ALLAH sedarkan suaminya itu dari terus dipukul dengan gelora nafsu.
“Kak Kish!!” Suara Hanni mengejutkan Harriz dan Balkish. Pintu yang tidak berkunci ditolak dari luar. Kepalanya dijengukkan ke dalam.
Hanni yang tak patut lihat babak romantik itu terkaku. Bulat sebentar matanya melihat perilaku abang dan kakak iparnya itu. Dua saat berlalu, ketiga mereka bagaikan kaku ditempat masing-masing. Dan bila Hanni mula sedar, cepat-cepat dia menutup mata dengan tangan.
Opsss… Sorry!” Pintanya. Daun pintu yang tidak berkunci itu ditutup semula.
“Apalah kau ni Hanni. Kalau iye pun nak masuk bilik orang… ketuklah dulu. Mintak kebenaran. Bukan main serbu macam tu aje. Kan tak pasal-pasal dah lihat sesuatu yang belum layak kau tengok.” Hanni mengomel sendiri. Kepalanya diluku dengan tangan. Memarahi keterlanjuran dirinya sendiri.
Hanna yang baru keluar dari biliknya memandang pelik wajah pucat adiknya itu. Apa kena dengan budak kecik ni? Pucat lesu macam orang nampak hantu aje.
Hanni yang sedar pandangan pelik kakaknya itu sudah tersengih.
“Heheheee…” dia ketawa ‘hehehe’.
Hanna menjeling. Sah! Hanni ni dah mereng. Tak pasal-pasal nak ketawa macam tu dekat dia. Entah apa yang lucu sangat?! Adakah make-upnya keterlaluan sehingga membuatkan adiknya itu ketawa? Atau kerana rambutnya yang sudah diwarna baru itu yang mencuit hati Hanni?
Why? Ada yang something wrong ke sampai you ketawa macam tu?” soal Hanna pelik dengan kening yang sudah dijongket ala Ziana Zain.
Hanni menggeleng. Tangannya digerak-gerak sebagai isyarat tiada apa-apa.
“Errr… takdelah Kak Hanna. Kak Hanna nampak cantik sangat hari ni. Macam tuan puteri.” Hanni mengubah topik. Memuji kakaknya yang suka berpakaian seksi itu dengan pujian yang agak keterlaluan. Banyak kali papa menegur cara Kak Hanna berpakaian, namun kakaknya yang seorang itu tak pernah nak ambil peduli. Tetap dengan pakaian seksinya.
“Ni puji ke sindir I ni?” Hanna sudah mula mahu marah. Pujian Hanni kedengaran tidak ikhlas pada telinganya.
“Eheh… mana ada. Orang ikhlaslah puji. Akak nampak cantik sangat hari ni dengan baju serba merah. Padan sangat dengan kulit Kak Hanna yang putih melepak.” Kalau lembut nampak sah kena sondol. Sambung Hanni dalam hati. Dia yang tidak mahu kakaknya itu perasaan tingkah lakunya pantas memaut bahu Hanna. Mesra bukan main lagi. Padahal sebelum ini jangan kata nak berpeluk bahu macam ini, nak bermesra-mesra pun tak pernah. Hanna dengan Hanni memang tak pernah sebulu.
“Jom kita turun breakfast, kak.” Ajak Hanni mengarahkan kakaknya itu berlalu dari situ.
Hanna yang malas hendak melayan perangai pelik adiknya hanya menurut. Entah mimpi apa budak kecik itu hari ini… baik pula melayannya?
Di dalam bilik berhawa dingin itu, Harriz dan Balkish masih lagi kaku tanpa sebarang kata. Tangan Harriz masih memaut erat pinggang Balkish. Setelah pintu ditutup kemas oleh Hanni, barulah keduanya sedar. Cepat Harriz melepaskan pegangan tangannya. Mujurlah Balkish dapat mengimbangi badannya, jika tidak pasti dia sudah terjatuh.
“Maafkan saya.” Pinta Harriz tanpa mahu memandang wajah Balkish. Menonong laju dia meninggalkan Balkish di dalam bilik seorang diri.
Setelah Harriz berlalu, Balkish terduduk di atas lantai dengan dada yang masih berdebar hebat.

******************************************************************************

BUKAN main seronok lagi Hanni ketawa. Terdekah-dekah sehinggakan suara tawanya itu kedengaran dari luar. Turut kedengaran sama adalah suara tawa Kak Moon. Entah apa yang kelakar sangat? Sampai begitu sekali gabungan kuasa tawa Hanni dan Kak Moon.
            Balkish yang mendengarnya sudah mengetap bibir. Dia beranggapan pasti Hanni dan Kak Moon sedang mengumpat pasal dia dengan Harriz. Bukankah Hanni terlihat apa yang berlaku tadi? Jadi tidak mustahil untuk adik iparnya yang nakal dan suka berceloteh itu memberitau apa yang dilihatnya pada Kak Moon. Buktinya… ketawa Kak Moon yang bagaikan Pontianak mengilai itu.
“Ehem… ehem…” Balkish berdehem sehingga membuatkan Hanni dan Kak Moon yang berada di ruang dapur itu menoleh.
Lihat saja wajah kakak iparnya itu, bibir Hanni terus mengukir senyuman sinis. Senyuman yang penuh dengan maknanya yang tersendiri. Begitu juga dengan Kak Moon.
“Akak dah berjaya halau nyamuk raksasa tu ke?” Perli Hanni yang tersengih-sengih.
Balkish gigit bibir. Dia tahu nyamuk raksasa yang dimaksudkan oleh Hanni adalah Harriz.
“Nyamuk raksasa tu bagi tinggal kesan tak gigit Kak Kish tadi?” sindir Hanni lagi. Bibirnya masih mekar dengan senyuman mengejek.
Balkish mengecilkan matanya memandang Hanni yang masih tersenyum-senyum. Mujurlah dia bertudung, jadi kesan ciuman yang ditinggalkan oleh Harriz pada tengkuknya tidak kelihatan.
“Nyamuk raksasa? Eiii… ada ke nyamuk macam tu? Setahu akak nyamuk yang ada cuba nyamuk adies aje. Nyamuk raksasa ni Kak Moon tak pernah jumpa lagi.” Kak Moon sudah terpinga-pinga.
Hanni ketawa terbahak-bahak. Lurus bendullah Kak Moon ni.
Balkish lihat wajah Kak Moon yang berkerut seribu itu. Tahulah dia bahawa Kak Moon tidak tahu apa yang telah berlaku. Tapi… apa yang buat Kak Moon dan Hanni ketawa bagai tak ingat dunia tadi? Hmmm… tentu ada yang mencuit hati mereka berdua. Asal jangan mengumpat pasal peristiwa romantiknya dengan Harriz tadi sudahlah.
“Kak Moon… yang ni bukan sembarangan nyamuk tau. Yang ni besar dan cukup menakutkan. Sekali dia gigit, susah nak lepas.” Kata Hanni bila tawanya sudah redah.
“Iye ke? Hisy… takutnya. Kish jumpa nyamuk raksasa kat mana? Sepanjang Kak Moon kerja kat sini… Kak Moon tak pernah lagi jumpa nyamuk raksasa.” Kak Moon yang tidak tahu apa-apa sudah bertanya dengan lurus bendul.
“Kak Moon jangan percaya cakap Hanni ni. Dia ni suka berangan.” Balkish bersuara. Lantas dia mencubit lengan Hanni sehingga membuatkan adik iparnya itu terjerit kecil.
“Kak Moon… nyamuk raksasa ni special sikit. Dia tak akan gigit kita. Dia nak gigit Kak Kish sorang aje.”
Kak Moon sudah menggaru-garu kepalanya. Pening dia dengar kata-kata anak majikannya itu. Nyamuk mana pula yang pandai pilih-pilih gigit orang? Setahu Kak Moon, nyamuk tak pernah memilih mangsanya.
“Eiii… peninglah kepala Kak Moon. Dahlah! Malas Kak Moon nak layan Hanni. Hanni ni kalau dah mula berceloteh susah sangat nak berhenti. Dah… tepi sikit. Kak Moon nak letak nasi goreng ni kat meja makan. Kalau Puan Sri tahu sarapan pagi belum dihidang, mampus Kak Moon kena leter.” Kak Moon mengambil mangkuk besar yang sudah diisi dengan nasi goreng. Kemudian di bawa masuk ke ruang makan.
“Kak… lain kali kalau nak beromantika dengan Abang Riz… kuncilah pintu. Nasib baik Hanni yang masuk, mahunya mama yang terjah… tak ke pengsan jadinya. Heheheee…” Hanni mengusik.
Balkish yang sudah merah padam wajahnya dek usikan Hanni segera melancarkan cubitan untuk kali yang ke dua.
“Nakallah Hanni ni.” gumam Balkish.
“Alaaa… usik sikit aje la.”
“Hanni jangan cakap dengan sesiapa tau.” Pinta Balkish. Malu dia andai adik iparnya yang mulut becok macam murai itu memberitahu apa yang dilihatnya kepada orang lain.
Don’t worrylah Kak Kish. Hanni tak akan bagitau sesiapa.”
Promise?
Promise!” Hanni angkat tangan bagaikan orang sedang melafazkan ikrar.
Balkish tersenyum. Lega kerana Hanni sudi menyimpan rahsia yang memalukan itu.
“Dahlah… jom kita breakfast. Tadi Hanni ajak Kak Hanna breakfast sama, tapi dia tak nak. Awal pagi dah keluar dating.”
Dengar saja Hanni kata Hanna pergi keluar dating, terus Balkish teringatkan Zack. Mungkin Hanni tahu perihal teman lelaki kakaknya itu.
“Kak Kish tanya sikit boleh tak?”
“Panjang pun boleh…”
“Hanni kenal Zack?”
Dahi Hanni berkerut. Dia tak pernah dengar pun nama lelaki tu. Siapa ek? Laju dia menggeleng.
“Tak kenal. Kenapa? Siapa Zack tu?” Soalan dibalas dengan soalan.
Pantas Balkish menggeleng. Dia yakin Hanni pasti tidak tahu siapa Zack. Jika tidak takkanlah Hanni pula yang bertanyakan soalan ‘siapa Zack’ kepadanya?
“Takde sesiapa la. Dah… jom kita breakfast.” Ajak Balkish sambil berpimpin tangan dengan adik iparnya itu. Balkish cukup selesa dengan Hanni. Adik iparnya itu cukup baik melayannya. Malah hanya beberapa hari tinggal di banglo ini, hubungannya dengan Hanni sudah rapat seperti telah lama berkenalan.

******************************************************************************

SEBAIK saja keluarganya masuk ke balai berlepas, Balkish membuntuti langkah Harriz menuju ke tempat letak kereta. Suaminya itu kelihatan begitu riang sekali. Siap bersiul kecil lagi. Tadi, Balkish dapat lihat betapa mesranya Harriz melayan keluarganya. Malah suaminya itu berjaya buat tok mak yang sering berwajah masam mencuka itu tersenyum. Bijak sungguh Harriz mengambil hati ibu dan tok mak.
“Silakan masuk Puan Balkish Binti Borhan.” Harriz sudah membuka pintu kereta untuk Balkish. Mempersilakan isterinya itu masuk ke dalam.
Balkish yang berwajah selamba masuk ke dalam perut BMW suaminya. Sejak dia dah berkahwin ni, belum pernah sekali pun dia memandu kereta Kancilnya. Terasa rindu pula hendak memandu kereta kesayangannya itu. Biar sekadar Kancil, namun kenderaan itulah yang selalu diusungnya ke sana ke mari.
Sepanjang perjalanan menuju pulang ke rumah, Balkish hanya mendiamkan diri. Tiada apa-apa yang hendak dibicarakan. Sebenarnya dia masih malu dengan apa yang telah berlaku awal pagi tadi. Disebabkan itulah dia sering melarikan pandangan anak matanya setiap kali berlaga dengan anak mata milik Harriz. Peristiwa awal pagi tadi masih berlegar-legar di dalam kepalanya. Dia berharap agar Harriz tidak akan bertanyakan perihal itu.
“Sayang marahkan abang?” tanya Harriz dengan tiba-tiba.
“Marah? Untuk apa?” Serius. Balkish tak tahu untuk apa dia perlu marahkan Harriz. Lelaki itu ada buat salahkah?
“Pasal pagi tadi…” ujar Harriz.
Tiba-tiba jantung Balkish bergetar hebat bila Harriz berkata begitu.
“Abang tau abang tak patut buat begitu tanpa kerelaan sayang. Abang mintak maaf.” Jujur Harriz ingin memohon maaf. Dia sendiri kesal dengan apa yang dilakukannya pagi tadi. Dia sedar dia tidak seharusnya memperlakukan Balkish seperti itu. Sepatutnya dia perlu bijak mengawal hawa nafsunya.
“Dahlah. Perkara dah jadi. Saya tak nak ingat lagi. Lagipun saya dah maafkan awak.” Cepat Balkish membalas kata.
Harriz tersenyum nipis.
“Betul ke sayang dah maafkan abang ni?”
Balkish mengeluh. Kepalanya diangguk-angguk umpama burung belatuk. Lantas pandangannya dibuang ke luar. Bilalah nak sampai ni? Rimas betullah berdua-duaan dengan lelaki ni. Dan ketika itu juga Harriz memusing stereng keretanya ke simpang sebelah kiri. Membuatkan Balkish mengerut dahi. Pandangannya dialihkan pada Harriz yang begitu tenang memandu di sebelahnya.
“Kita nak ke mana ni?” tanya Balkish. Setahunya ini bukan jalan balik ke rumah mentuanya.
“Balik kondominium abang.”
Bulat mata Balkish mendengarnya. Balik kondominium abang? Ayat Harriz diulang dalam hati.
“Tapi…”
“Alaaa… sayang janganlah risau. Abang tak akan ambil kesempatan ke atas sayang lagi. Abang just nak bawa sayang ke kondominium abang. Lagipun sejak kita kahwin ni abang belum pernah lagi jenguk kondo tu. Entah-entah dah ada banyak sarang labah-labah. Kita pergi tengok kondo abang kejap ye.”
“Buat apa nak balik sana?” Balkish masih berat hati mahu pergi ke rumah suaminya. Takut lelaki itu buat hal sekali lagi.
“Macam abang kata tadi… nak jenguk konominium yang dah lama kena tinggal. Nanti sayang bolehlah tolong abang kemas apa yang patut kat kondo tu.”
“Kenapa saya pulak yang kena kemas?”
“Sebab sayang isteri abang. Sayang merupakan puan rumah kepada kondominium tu.” Ada saja jawapan Harriz yang bisa mematahkan setiap butir bicara Balkish.
Malas hendak banyak bicara, Balkish ikut saja kehendak suaminya itu. Lagipun, jika mereka balik ke banglo keluarga suaminya itu dia hanya akan dihadiahkan dengan jelingan tajam Puan Sri Hanum sahaja.
Sampai di kondominium mewah milik Harriz, Balkish melangkah masuk ke dalam. Liar matanya memerhati setiap ruang kondominium mewah itu. Tinggi betul citarasa suaminya itu. tengok saja perabot dalam kondominiumnya, semua yang mahal-mahal dan mewah-mewah belaka. Nampaknya lelaki itu peminat warna putih dan biru. Buktinya warna yang kebanyakan mengisi ruang di kondominium ini.
Harriz mencalitkan jari telunjuknya di atas meja kopi.
Euwww… tebalnya habuk. Pantas dia beralih pula pada kabinet. Nampaknya di situ pun habuk sudah mula kelihatan. Adoi… inilah padahnya kalau rumah yang tiada penghuni. Mesti habuk senang nak hinggap. Dulu dia tinggal di sini. Tapi sejak mama tertangkap basah Harriz di sini bersama Atika, mama tidak membenarkan lagi Harriz tinggal di sini. Bukan main mengamuk lagi mama ketika itu. Disebabkan itulah Harriz terpaksa tinggal bersama keluarga.
Tapi kini, setelah dia beristeri, dia memang punya niat mahu membawa Balkish tinggal di kondominiumnya ini.
“Dah sedia?” tanya Harriz mendekati Balkish yang ralit melihat sekeliling ruang kondominium.
Berkerut dahi Balkish.
“Sedia untuk apa?”
Harriz tersengih. Lengan baju kamejanya disinsing hingga ke paras lengan. Memperlihatkan lengannya yang sasa.
“Kemas rumah. Jom!” pantas tangan Balkish diraih lalu dibawa kea rah stor. Penyapu diberikan kepada Balkish yang masih terpinga-pinga.
Please sayang. Kita bersihkan kondominium ni. Lepas tu kita pulang.” Pinta Harriz minta simpati.
Balkish menghela nafas. Ada-ada saja lelaki itu. Kemudian penyapu yang dihulurkan disambut.
Hampir satu jam mereka berdua mengemas rumah. Harriz yang pada mulanya bercadang mahu mengemas ala kadar saja akhirnya berubah fikiran bila merasa perlu mengubah suai kedudukan beberapa perabot di dalam kondo itu.
“Ahhh… penatnya.” Keluh Harriz yang sudah melabuhkan punggung di sebelah Balkish yang duduk bersandar pada sofa akibat kepenatan. Isterinya itu juga kelihatan begitu penat sekali. Kesian Balkish. Tak pasal-pasal terpaksa menolong Harriz mengangkat beberapa perabot yang hendak diubah suai kedudukannya.
Tiba-tiba perut Harriz berkeriut. Besar sungguh bunyinya sehingga membuatkan Balkish yang duduk bersandar di sebelahnya mendengar. Laju kepala Balkish berpusing ke arah Harriz. Rasa ingin saja dia ketawa namun ditahan tawanya. Depan Harriz, Balkish selalu buat muka serius. Sedangkan kadang kala usikan dan keletah lelaki itu mampu mencuit hatinya.
“Heheheee… abang laparlah sayang.” Ujar Harriz tayang muka seposen minta simpati. Berharap agar Balkish sudi memasak untuknya.
Tidak lama selepas itu perut Balkish pula berbunyi. Sama besar dengan bunyi perut Harriz tadi. Ini membuatkan bibir Harriz menarik senyuman nakal. Muka Balkish sudah memerah. Malu beb! Hisy… apalah perut ni. Kalau iye pun lapar janganlah bagi malu aku depan King Of Crocodile ni.
Errr… kalau macam tu saya pergi masak sekarang.” Laju Balkish bangun dari duduknya. Malu benar dia bila Harriz sudah tayang muka yang tersengih-sengih begitu. Apa lagi kalau bukan mahu mengusiknya. Jadi, sebelum Harriz mula mengusik dan membuatkan mukanya semakin merah lebih baik dia beredar ke dapur. Itu lagi selamat daripada menjadi bahan usikan Harriz.
Di dapur, Balkish membuka peti sejuk. Mencari kalau ada lauk yang boleh dimasak. Namun peti sejuk itu kosong. Tiada apa-apa di dalamnya. Nama saja peti sejuk besar, tapi isi takde. Kemudian kakinya melangkah pula ke kabinet. Mencari kalau ada makanan dalam tin atau Maggie segera. Namun seperti peti sejuk, kabinet juga kosong tanpa ada isi.
Balkish mengeluh. Dia sudah bercekak pinggang ala ibu tiri, Rika Sumanto dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih.
“Apa pun takde. Macam mana nak masak? Eiii… nampak sangat yang King Of Crocodile ni tak masak kat rumah.” Omel Balkish sendirian. Kakinya dibawa ke ruang tamu. Harriz kelihatan sedang berehat di ruang itu sambil memejamkan matanya.
“Awak.” Panggil Balkish.
Harriz buka mata.
“Dah siap ke? Cepatnya sayang masak?” pelik pula Harriz bila Balkish sudah tercegat di depannya.
Balkish menggeleng.
“Saya belum masak pun lagi. Kat dapur tu takde satu makanan pun yang boleh dimasak.” Ujar Balkish.
Harriz menepuk dahi. Baru dia teringat bahawa dia sudah lama tidak membeli barang-barang dapur di situ.
“Ah’ah la sayang. Abang lupa la. Abang tak beli barang-barang dapur lagi kat sini.”
Balkish ketap bibir.
“Habis tu kita nak makan apa kalau semua barang takde?”
“Takpelah. Kita makan kat luar. Lepas tu kita pergi beli barang dapur. Jom.” Pantas Harriz bangun lalu mencapai kunci kereta.

******************************************************************************

“BURPPP!” Bukan main besar lagi bunyi Harriz bersendawa. Kenyang sangat dia. Perutnya yang sudah kekenyangan itu diusap-usap.
Balkish yang mendengar bunyi sendawa Harriz sudah menarik senyuman segaris. Buruk perangai betul dia ni! Komennya dalam hati.
“Dah?” tanya Harriz pada Balkish. Isterinya itu sekadar mengangguk.
“Sayang tunggu dekat sini, abang pergi bayar dekat kaunter ye.” Lantas Harriz bangun menuju ke kaunter pembayaran.
Balkish hanya memerhati gerak geri suaminya itu. kadang-kadang hatinya tercuit dengan tingkah Harriz yang agak nakal. Lelaki itu sedaya upaya mencuri hatinya. Tapi Balkish sendiri tidak pasti sampai bila dia boleh menerima Harriz sebagai suami dalam erti kata yang sebenar.
“Balkish?” teguran seseorang membuatkan Balkish memusingkan kepalanya. Di hadapannya berdiri seorang lelaki kacak yang sedang tersenyum penuh mesra. Balkish kenal lelaki kacak itu.
“Dr. Ilham? Errr… hai.” Balkish bangun dari duduknya. Tersenyum melihat Dr. Ilham yang menjadi pujaan hati sahabat baiknya, Ella. Pensyarah muda yang bisa membuatkan hati jatuh cinta tatkala terpandangkan wajahnya yang kacak itu. Ella pernah berkata, wajah Dr. Ilham ada iras-iras Farid Kamil.
“Dr. Ilham datang makan?” soalan kurang bijak dari Balkish. Memanglah kalau dah datang ke sini hendak makan, takkan nak beli baju pulak.
“Saya datang nak bungkus makanan. Malas masak. Balkish datang dengan siapa? Dah lama saya tak nampak Balkish masuk kelas.”
Terkejut juga Balkish dengan bicara akhir pensyarah muda itu. Tak sangka Dr. Ilham perasan akan ketidak hadirannya untuk masuk ke kuliah dalam beberapa minggu ini.
“Saya datang dengan husband saya. InsyaALLAH minggu depan saya masuk kelas semula.”
Air muka Dr. Ilham sedikit berubah ketika Balkish memberitahu dia datang bersama suaminya. Sangka Dr. Ilham selama ini Balkish itu masih solo. Tak sangka wanita muda itu sudah mempunyai suami. Perlahan dia cuba mengukir senyuman. Tidak mahu Balkish perasan apa yang sedang bermain dalam hatinya ketika ini.
“Saya tak tahu pun yang awak ni dah berkahwin. Dah lama ke awak kahwin?” tanyanya ingin tahu.
“Baru je. Baru nak masuk dua minggu.” Jujur Balkish memberitahu.
Tak semena, mata Dr. Ilham jatuh pada jari-jemari Balkish yang masih merah dengan inai.
Ye ke? Tahniah. Saya tak tahu pulak yang awak dah nikah. Ella takde pulak beritahu saya. Kalau awak jemput tentu saya akan datang.”
“Terima kasih. Buat majlis simple-simple aje Dr. Ilham. Saya tak jemput semua orang. Asal buat apa yang wajib je.” Balas Balkish sambil tersenyum mesra.
Harriz yang berada di kaunter pembayaran memandang isterinya yang disapa oleh seorang lelaki. Kelihatan mereka berdua berbual dengan mesra sekali. Ini membuatkan hati Harriz disuntik rasa cemburu. Siapa agaknya lelaki itu? Yang berbual mesra dengan isterinya?
Usai membuat pembayaran tanpa mengambil baki wang, Harriz melangkah laju mendapatkan Balkish bersama lelaki itu. Rasa cemburunya sudah membuak-buak. Langkahnya agak sumbang kerana terlalu tergesa-gesa mendapatkan isteri tersayang.
“Ehem…” Dia berdehem sebaik sahaja sampai di situ.
Balkish dan Dr. Ilham sama-sama menoleh. Harriz yang berdiri di belakang Balkish tayang senyuman segaris biarpun hatinya bukan main cemburu lagi melihat lelaki di depan wanita itu.
“Sayang…” pantas dia meletakkan tangannya di bahu Balkish. Dirangkul erat bahu isterinya itu. Nak bagitau dekat lelaki di hadapannya itu bahawa wanita itu adalah isterinya. Jangan nak main-main mata! Nanti Harriz mengamuk dan ambil garpu lalu dicucuk ke mata lelaki tersebut.
Balkish yang nyata terkejut dengan tindakan spontan Harriz sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Membiarkan saja bahunya dirangkul oleh Harriz. Bibirnya diajar juga untuk tersenyum. Dalam hati dia sudah mengumam marah. Geram benar dengan perangai Harriz yang suka-suka hati hendak memeluknya dikhalayak ramai. Ingat ini cerita romantik Hollywood ke nak main peluk-peluk depan orang ramai. Malulah sikit dekat orang yang dah pandang-pandang jeling-jeling. Kita ni orang melayu.
Errr… Dr. Ilham, kenalkan ini suami saya, Harriz.” Balkish memperkenalkan Harriz kepada Dr. Ilham.
“A… abang, kenalkan Dr. Ilham. Pensyarah tempat Kish belajar.” Kemudian dia memperkenalkan Dr. Ilham kepada Harriz.
Kedua lelaki itu saling bersalaman. Dan ketika tangan saling berjabat, Dr. Ilham dapat lihat api cemburu dalam anak mata Harriz yang menyala-nyala. Terasa ingin saja dia ketawa melihat keletah lelaki itu.

******************************************************************************

TIDAK pernah Balkish lihat Harriz diam membisu. Selalunya lelaki itulah yang paling meriah dengan celotehnya. Kadang-kadang Balkish naik rimas dengan celoteh Harriz yang sering mengusiknya itu. Tapi malam ini suaminya itu asyik diam sahaja. Membuatkan Balkish tertanya-tanya, ada apa dengan Harriz? Kenapa diam seribu bahasa. Adakah dia ada salah atau Harriz merajuk sebab hal petang tadi?
Teringatkan hal petang tadi, Balkish rasa mahu ketawa. Dia sedar Harriz cemburu. Soalan-soalan lelaki itu sudah cukup membuktikan bahawa suaminya itu dipukul rasa cemburu. Tapi yang lucunya, bila Balkish tanya adakah Harriz cemburukan Dr. Ilham. Hidup-hidup suaminya itu menyangkal tuduhannya itu. Kata Harriz, dia bukanlah tergolong dalam golongan orang-orang yang kuat cemburu. Sepanjang hidupnya, dia tak pernah ada rasa cemburu. Lepas tu terus diam membisu sampai sekarang tak nak bercakap dengan Balkish. Sampaikan Harriz langsung tak singgah beli barang-barang dapur dekat kondominiumnya. Langsung pulang ke banglo keluarganya.
Hmmm… iye la tu! Nampak sangat itu jawapan orang nak coverline perasaan ego yang melangit. Balkish bangun. Dia beredar dari bilik berhawa dingin yang dikongsi bersama Harriz. Buruk benar muka suaminya itu buat merajuk macam tu.
Sebaik sahaja Balkish keluar, Harriz meletakkan semula buku bacaannya di atas meja.
“Huh! Buat penat aje aku merajuk. Ingatkan dia nak pujuk. Rupa-rupanya dia buat tak kisah aje. Menyesal pula aku buat-buat merajuk macam ni. Kalau tahu dia buat tak layan aje, aku tak sanggup nak merajuk bagai nak rak.” Harriz berkata sendiri. Mengutuk kebodohan dirinya yang merajuk tak pasal-pasal.
Tapi tidak salah jika dia merajuk dan berharap agar isterinya itu memujuk. Dia pun mahu juga rasa dimanjakan oleh wanita yang disayanginya.
Tidak lama selepas itu, pintu bilik dibuka semula. Dengan pantas Harriz kembali mencapai buku bacaannya. Konon-konon dia sedang asyik membaca.
Balkish melangkah menghampiri suaminya yang masih merajuk. Mug berisi air coklat kesukakan Harriz diletakkan di atas meja kopi.
“Awak marahkan saya?” tanya Balkish yang sudah melabuhkan punggung di sebelah Harriz.
Harriz buat tidak dengar. Konon masih merajuklah tu. Sedangkan dalam hati dia sudah tersenyum puas mendengar pertanyaan isterinya itu. Heheheee…
“Awak cemburu ye?” sekali lagi Balkish meneka soalan yang sama. Soalan yang buat Harriz jadi malu dan akhirnya dia merajuk tak mahu bercakap dengan Balkish. Dia malu bila wanita itu tahu dia sedang berasa cemburu melihat kemesraan isterinya itu bersama lelaki lain.
“Salahkah kalau abang cemburu? Sayang kan isteri abang? Jadi abang rasa tak salah kalau abang ada rasa cemburu tengok sayang berbual dengan lelaki lain.”
Hah… kan senang kalau dari tadi mengaku yang diri tu cemburu. Tak perlulah nak buat-buat merajuk macam ni. Macam budak-budak tak berfikiran matang.
Balkish tersenyum.
“Awak. Sekalipun saya belum menyintai awak, tapi saya tak akan berlaku curang pada awak. Saya masih sedar saya ni isteri awak. Awak tak perlu nak berasa cemburu pada sesiapa. Sebab saya tetap isteri awak sampai bila-bila.”
Harriz menghela nafas. Buku bacaan diletakkan di tepi. Dia berpaling memandang Balkish yang duduk di sebelahnya. Lalu jemari Balkish diraih.
Dan Balkish… dia membiarkan saja Harriz meraih dan mengenggam jemarinya. Kalau dia halang sekali pun, Harriz memang akan mengenggam jemarinya juga.
“Abang akan tunggu… sampai sayang benar-benar cintakan abang.” Luhurnya kata-kata Harriz menusuk ke jantung hati Balkish.
“Terima kasih.” Dan hanya itu yang mampu Balkish ucapkan. Dia sedar dia tak sempurna sebagai seorang isteri. Namun jauh di lubuk hati, Balkish sentiasa berdoa semoga cintanya hadir buat lelaki bernama Harriz.
“Kasih sayang sudah lama abang sambut. Sayang sorang aje yang masih tak sambut kasih abang. Tapi takpelah… abang akan berusaha sampai sayang cintakan abang.” Bersungguh-sungguh Harriz berkata.
Balkish hanya tersenyum.
“Oh ya… boleh abang tanya sesuatu?”
Balkish angguk. Jemarinya yang masih dalam genggaman Harriz tidak pula ditarik. Entahlah kenapa pula dia berasa selesa bila Harriz memperlakukan dia sebegitu.
“Kenapa sayang pakai tudung kat dalam bilik? Bukankah abang ni suami sayang yang sah. Sayang bukalah tudung tu. Sayang nampak cantik sangat kalau tak pakai tudung.”
Errr…” Balkish agak keberatan mahu membuka tudungnya. Ikutkan memang benar kata Harriz. Mereka mukhrim dan Harriz bebas melihat auratnya. Tapi… dia malu nak buka tudung memandangkan tengkuknya ada kesan merah gigitan Harriz pagi tadi.
“Sayang malu ye sebab kat leher tu ada kesan lovebite?”
Balkish ketap bibir. Hisy… dia ni! Main terjah macam tu aje. Langsung tak ada tapisan sirim. Buat malu aku je. Pantas jemarinya ditarik. Dia bangun dari duduk dengan muka yang sudah memerah bagaikan udang yang dipanggang.
“Dahlah. Saya malas nak layan awak. Saya nak tidur. Assalammualaikum.” Balkish bergerak ke katil.
Harriz tersenyum. Ucapan salam dibalas dalam hati.

Bila lagu cinta
bergema

~32~

PUAN SRI HANUM tersenyum mesra. Tubuh wanita berbaju blause hitam dipadankan dengan skirt pendek paras peha itu dipeluk erat. Rindu sungguh dia pada Syarifah Ezora. Sejak Harriz berkahwin, gadis manis itu sudah tidak pernah lagi bertandang ke rumanya.  Sedih juga dia bila Syarifah Ezora seolah-olah mahu menjauhkan diri. Ini pun dia juga yang mengajak gadis itu untuk bertemu.
“Ezora sihat?” tanya Puan Sri Hanum seraya mencium kedua belah pipi Syarifah Ezora bertaluh-talu. Kemudian dia melabuhkan punggungnya di atas bangku bersebelahan gadis kesayangannya itu.
Syarifah Ezora mengangguk. Dia sihat, cuma perasaannya sahaja yang sakit. Sakit kerana terluka dengan tindakan Harriz yang sanggup berkahwin dengan wanita lain.
Auntie rindu sangat dekat Zora. Dah lama tak jumpa Zora.” Luah Puan Sri Hanum. Tubuh Syarifah Ezora yang sedikit mengurus itu diperhati. Simpati dia melihat keadaan Syarifah Ezora.
“Zora pun rindu juga dekat auntie. Cuma… auntie tahukan keadaan Zora. Mummy tak benarkan Zora jumpa auntie lagi. Ini kalau mummy tahu Zora jumpa auntie, tentu mummy naik marah. Zora terpaksa tipu mummy dengan kata Zora nak jumpa kawan lama.”
Puan Sri Hanum menghela nafas. Dia tahu sahabatnya itu begitu marahkan dirinya. Sampaikan Datin Syarifah Elina sanggup memutuskan persahabatan mereka selama ini. Mujurlah Syarifah Ezora masih sudi berbual dan berhubung dengannya walaupun secara senyap-senyap.
Auntie faham. Tapi mummy Zora tu macam budak-budak. Dia tuduh auntie macam-macam depan kawan-kawan kami yang lain. Ikutkan hati auntie ni… auntie nak sangat Zora kahwin dengan Harriz, tapi Zora sendiri tahukan perangai Harriz yang keras kepala tu. Bukan senang nak pujuk dia.”
Syarifah Ezora pula menghela nafas.
“Habis tu macam mana sekarang ni auntie? Harriz dah kahwin. Zora dah takde harapan lagi nak jadi menantu auntie. Zora sayang sangat dekat Harriz. Zora tak boleh hidup tanpa Harriz.” Ujar Syarifah Ezora dengan nada sedih. Dia memang kecewa. Namun dia berharap sangat masih ada peluang untuknya bersama dengan Harriz atas bantuan Puan Sri Hanum.
Jemari Syarifah Ezora digenggam.
“Zora jangan cakap macam tu. Bagi auntie masa. Auntie akan pastikan perempuan tu berambus dari hidup Harriz dan Zora jadi menantu auntie. Cuma buat masa sekarang Zora kena bersabar sikit. Kita kena buat plan yang baik dan teratur untuk memisahkan dia orang.”
Auntie yakin ke kita dapat pisahkan dia orang? Kan Harriz begitu sayangkan perempuan tu.”
Puan Sri Hanum mengangguk dengan bersungguh-sungguh.
“Zora jangan bimbang. Auntie taulah apa yang patut auntie buat. Ezora serahkan aje dekat auntie ye.”
“Kalau macam tu… Zora serahkan pada auntie semuanya. Dan Zora harap sangat perempuan jahat tu berjaya disingkirkan. Zora begitu sayangkan Harriz, auntie. Zora tak boleh nak hidup tanpa Harriz. Lagipun Zora tahu perempuan tu bukannya ikhlas cintakan Harriz. Dia cuma mahu harta Harriz je.” Ujar Syarifah Ezora dengan mimik muka minta simpati. Dalam hati dia berharap sangat agar wanita sebaya mummynya itu terpedaya dengan mimiknya.
“Jangan risau sayang. Auntie tahu apa yang patut auntie lakukan. Zora pasti akan jadi menantu auntie.” Puan Sri Hanum memberi harapan dengan senyuman jahat yang terukir pada bibir. Dia belum punya rancangan. Namun dia pasti akan lakukan sesuatu untuk memisahkan Harriz dan Balkish.
“Dahlah. Jom kita pergi spa. Dah lama auntie tak pergi spa cantikkan kulit.”
Syarifah Ezora masih buat muka. Konon-konon mahu mencairkan hati Puan Sri Hanum.
“Sayang… dahlah tu. Zora jangan risau. Auntie tak akan mungkir janji. Zora pasti akan kahwin dengan Harriz. Dahlah. Tak cantik tau buat muka macam ni. Jom ikut auntie pergi spa.” Puan Sri Hanum sudah bangun. Dia menghulur tangan kepada Syarifah Ezora yang masih mengada-ngada.
Lambat-lambat Syarifah Ezora menyambut huluran tangan Puan Sri Hanum. Dia perlu mendesak wanita itu supaya menyuruh dia berkahwin dengan Harriz. Dia tak boleh kehilangan Harriz!

******************************************************************************

ALUNAN muzik yang membingitkan langsung tidak dipedulikan. Bukan main seronok lagi Amylia meneguk air minuman kesukaannya. Sampai tiga gelas sudah habis diminumnya. Kepalanya pula tergeleng-geleng dengan badan yang terliuk-lentok mendengar alunan irama lagu rancak yang dipasang.
“Hai.” Tiba-tiba ada satu suara menyapa. Memaksa Amylia berpaling ke arah suara itu. Dahinya berkerut. Siapa wanita itu? Dia tak kenal pun.
Amylia, right?” tanya wanita itu lagi. Menambahkan kerutan pada dahi Amylia.
Yeah… and who are you?” soal Amylia yang sudah kepeningan itu. Matanya dikecilkan bagi melihat dengan jelas wajah wanita itu. Tapi sumpah! Dia tidak kenal wanita yang berdiri di sebelahnya itu. Orangnya cantik dan wajahnya persis gadis Mat Salih.
Wanita berbaju biru gelap itu mengukir senyuman.
I’m Dhia.” Dhia memperkenalkan diri.
“Dhia? Sorry… I tak kenal you.”
Dhia tersenyum lebar.
“Memang you tak kenal I, tapi kita kenal lelaki yang sama.”
Amylia mengecilkan matanya. Menilik wajah itu sekali lagi. Manalah tahu wanita muda yang duduk disebelahnya itu adalah isteri salah seorang lelaki-lelaki tua yang sering didampinginya. Tapi mustahil! Lelaki-lelaki tua yang sering didampinginya mempunyai isteri yang sama tua dengan mereka. Yang duduk disebelahnya ini lebih kurang sama baya dengannya.
Who?” tanya Amylia.
“Harriz Tan Sri Hamdan.” Dhia membetulkan posisi duduknya. Mengadap Amylia dengan mata yang tajam dan raut yang serius. Dah macam Mak Lampir pula wajah serius Dhia kelihatan pada pandangan mata Amylia yang sudah pening-pening lalat itu.
Dengar saja nama Harriz meniti keluar dari bibir Dhia, pantas Amylia menggigit bibir. Mindanya mula membuat andaian, mungkin wanita itu juga merupakan salah seorang bekas teman wanita yang pernah dipermainkan oleh lelaki buaya seperti Harriz. Dendam Amylia terhadap Harriz masih menyala. Kata-kata penghinaan Harriz padanya beberapa hari lepas masih lagi terngiang-ngiang. Dia pasti tak akan lepaskan Harriz. Walau apa pun yang akan terjadi, Harriz pasti akan menjadi miliknya.
Owh… Harriz. Jadi you ni ex-girlfriend yang Harriz dah tinggalkanlah? Macam tu?” teka Amylia buat aksi selamba. Air kencing syaitan yang masih berbaki diteguk dengan rakus. Kalau wanita itu merupakan salah seorang bekas teman wanita Harriz, dia malas hendak mengambil tahu.
“Yang itu you tak perlu nak tahu. Siapa I bukannya penting. Apa yang penting sekarang… I nak tawarkan satu tawaran hebat dengan you. Tawaran untuk memilik Harriz Tan Sri Hamdan.”
Serta-merta Amylia menoleh. Wajah Dhia yang serius itu dipandang tanpa mata yang berkedip. Dhia mengangkat keningnya. Bibirnya ditarik sedikit bagi mempamerkan segaris senyuman sinis.
What do you mean?” dengan dahi berkerut Amylia bertanya.
“Amylia… Amylia. I tahu semua pasal you. Siapa diri you dan apa yang you lakukan. Dari mana duit yang you dapat dan kemewahan yang you perolehi. But forget it. I tak nak tahu pun semua tu and I tak ada masalah dengan apa yang you lakukan. Apa yang I nak… I nak buat satu tawaran dan perjanjian dengan you untuk memiliki Harriz. Itu pun kalau you bersetuju dengan rancangan dan cadangan I ni.”
Amylia ketap bibir. Bicara wanita itu kedengaran begitu sombong pada pendengarannya. Dengan sombong Amylia membalas kata, “ Apa yang hebat sangat yang you nak tawarkan?”
Dhia tersenyum sinis. Otaknya ligat memikirkan perancangan yang telah diatur. Dia perlukan Amylia untuk melaksanakan rancangannya itu.
Bunyi muzik yang semakin rancak membuatkan Amylia dan Dhia mengambil kesempatan untuk berbincang. Pasti tiada orang yang dengar apa yang mereka rancangkan memandangkan masing-masing sudah mabuk dengan arus muzik yang dimainkan.
Setelah Dhia memberitahu rancangannya itu, Amylia ketawa terbahak-bahak. Ketawa perempuan jahat. Manakala Dhia hanya tersenyum sinis.
“I setuju!”
Tanpa berfikir panjang, Amylia memberikan persetujuan pada rancangan jahat Dhia. Dia sanggup melakukan apa saja asal dapat memiliki Harriz. Tangannya digamit kepada pelayan perempuan yang bekerja malam itu. Minta ditambah air kencing syaitannya dan satu gelas lagi diberikan kepada Dhia. Namun Dhia menolak air arak yang dihulurkan oleh Amylia. Dia sudah lama tidak minum. Dan dia tidak akan minum lagi.
Amylia tidak memaksa. Dia mengangkat gelasnya dan dilagakan dengan gelas Dhia yang berisi air coke. Kemudian dia ketawa lagi. Tidak sabar hendak melaksanakan rancangan mereka berdua.

******************************************************************************

KETIKA kakinya melangkah masuk ke dalam rumah teres dua tingkat itu, Azura masih belum tidur. Sahabatnya itu masih lagi tekun membuat kerjanya di atas meja makan.
“Kau belum tidur lagi, Zura?” tanya Dhia kepada Azura.
“Belum. Aku tunggu kau. Kau dari mana ni Dhia? Dah lewat baru balik. Kau tahu tak aku bimbang. Aku call pun kau langsung tak jawab.” Azura berpaling kepada Dhia yang baru balik. Sempat dia mengerling jam di permukaan dinding. Sudah pukul 12.30 minit malam. Lewatnya Dhia balik malam ini.
Dhia tersenyum nipis. Dia menarik kerusi lalu duduk berdepan dengan Azura. Sejak dia kembali semula ke Malaysia ini, hanya Azura sahaja yang sering mengambil berat akan dirinya. Hendak harapkan ibu saudaranya yang berada di Kelantan itu, jangan haraplah. Ibu saudaranya itu tidak sudi menganggap dia sebagai anak saudara sedikit pun. Kata ibu saudaranya, dia tidak punya anak saudara yang sanggup lari ikut Mat Salih dan tinggalkan ayahnya sorang diri di kampung. Ketika arwah ayahnya sakit tenat pun dia tidak balik untuk menjenguk.
“Aku keluar dengan kawan tadi. Sorrylah… tak maklumkan dekat kau yang aku balik lambat. Handphone aku kehabisan bateri.”
Dahi Azura berkerut seribu. Setahunya Dhia mana ada kawan selain daripada dia. Sejak dua menjak ini, Azura perasan perubahan Dhia. Awal pagi sahabatnya itu sudah menghilang. Kemudian malam baru balik. Azura malas hendak bertanya. Mungkin Dhia keluar berjalan-jalan kerana kebosanan berada di rumah. Namun malam ini bila Dhia untuk pertama kali balik selewat ini, dia perlu juga mengambil tahu. Dia tidak mahu Dhia jadi seperti dulu.
“Hisy… kau ni. Janganlah pandang aku macam tu. Ni kawan yang baru aku kenallah.”
“Lelaki ke?”
Dhia ketawa.
“Perempuanlah. Nasib kami sama, Zura. Sebab tu aku nak berkawan dengan dia.”
Azura mengangguk.
“Okeylah. Aku dah mengantuk ni. Aku naik atas dulu ye. Kau tu… jangan tidur lewat sangat. Good night.”
“Dhia… aku berharap kau jangan ulangi kesilapan yang lalu. Kalau kau keluar selama ni untuk mengintai Harriz, baik kau hentikan saja perbuatan kau tu. Relakan kebahgiaan Harriz. Dekat luar sana masih ada ramai lelaki baik untuk kau, Dhia.” Sebelum Dhia berlalu, Azura sempat memberi pesanan. Macam tahu-tahu Dhia selalu mengekori Harriz untuk mengintai gerak-geri lelaki itu. Sedangkan Dhia tidak pernah memberitahu Azura apa yang sedang dirancangnya.
Dhia sekadar mengangguk. Kemudian Dia mengangkat punggung dan menapak naik ke tingkat atas. Masuk ke dalam biliknya.
Tubuhnya dihempas perlahan di atas katil. Bibirnya tersungging senyuman lebar. Persetujuan yang diberikan oleh Amylia umpama tiket bertuah padanya. Dia ada rancangannya yang tersendiri.
“Amylia! Amylia! Aku tak sangka kau begitu bodoh! Jangan kau ingat… lepas berjaya menyingkirkan isteri Harriz, kau akan berjaya dapatkan Harriz. Harriz milik aku! Dan selamanya akan tetap menjadi milik aku! Kau bukan saingan aku untuk memiliki Harriz, Amylia!”
Lantas Dhia ketawa suka. Tidak sabar rasanya hendak menjalankan rancangan jahatnya itu. Terbayang depan matanya kehidupannya bersama Harriz suatu hari nanti.
Riz… I miss you so much! Maafkan I, Riz. I terpaksa buat semua ni. I tak boleh hidup tanpa you. Cuma you seorang aje harapan yang I ada. I tak boleh biarkan perempuan lain merampas you daripada I.Ucap Dhia. Dan bersama ucapan itu juga tanpa sedar air matanya mengalir lesu. Dia begitu rindukan Harriz. Kenangan bersama lelaki itu tak mungkin dapat dilupakan. Disebabkan itulah Dhia nekad mahu memiliki cinta Harriz semula. Walau dengan apa cara sekali pun!
Manakala di sebuah apartment mewah, Amylia juga sudah tidak sabar hendak menjalankan rancangannya bersama Dhia. Pada Amylia, Dhia itu bukanlah sehebat mana pun. Lepas mereka berjaya menyingkirkan perempuan yang menjadi isteri Harriz dari hidup lelaki itu, dia yakin sangat dengan mudah dia akan menyingkirkan Dhia pula. Sebelum ini dia berjaya bersaing dengan ramai gadis. Takkanlah dia akan tewas di tangan gadis seperti Dhia.
Bukankah itu perjanjiannya dengan Dhia tadi? Setelah Balkish disingkirkan, mereka berdua akan bersaing secara sihat untuk memiliki Harriz.
“Dhia! Huh… petik jari aku boleh tewaskan kau. Tapi sebelum tu… aku akan siasat latar belakang kau terlebih dahulu. Aku pasti, kau tentu ada rahsia yang boleh aku jadikan senjata untuk menantang kau nanti.” Kata Amylia sendirian.
Tubuhnya yang seksi itu direbahkan di atas katil. Bayangan wajah Harriz mula terbayang.
“Harriz! You tengoklah nanti. You pasti akan melutut depan I.” tekad Amylia. Matanya dipejamkan. Kepalanya semakin berdenyut-denyut kerana terlalu banyak minum air kencing syaitan.
Ketika dia sedang berbaring sambil memicit-micit kepalanya, dari bilik air keluar seorang lelaki menghampiri. Lelaki itu dengan rakus menyembamkan mukanya ke leher Amylia. Membuatkan Amylia ketawa kegelian. Nampaknya malam ini dia akan menikmati belaian kasih pelayan lelaki cina yang bekerja di Kelab Malam yang biasa dijejakinya. Selama ini dia memang tau lelaki itu sukakan dirinya dan selalu merenungnya. Cuma baru malam ini dia menerima pelawaan lelaki itu untuk bermalam di apartment milik lelaki cina itu.

Bila lagu cinta
bergema

~33~

Aku tersesat menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkanku lepas penatku
Tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Kau titipkan cahaya terang
Tak padam didera goda dan masa
……………………………
                                                                             Astrid – Tentang Rasa

HARI ini genaplah sebulan usia perkahwinan Balkish dengan Harriz. Sepanjang tempoh itu, hubungan mereka kelihatan semakin hari semakin baik. Biarpun belum menjadi suami isteri dalam ertikata yang sebenar, namun kehadiran Harriz dalam hidupnya semakin menceriakan hari-hari Balkish. Malah lelaki itu semakin bersemangat waja hendak meraih cintanya. Balkish sendiri tidak pasti, sampai bila dia harus melayan Harriz sebegitu. Sedangkan dalam hatinya sudah terbit sedikit rasa sayang buat Harriz.
Di pejabat, Kak Norma sering mengusiknya. Membuatkan Balkish kadang-kala berasa rimas dengan usikan Kak Norma yang dirasakan agak melampau. Ada-ada saja usikan Kak Norma bila wajahnya tertayang depan mata wanita itu. Bila dia berkhayal, Kak Norma akan kata dia termenung merindui Harriz. Memang benar telahan Kak Norma. Memang dia termenung sebab memikirkan perhubungannya dengan Harriz yang bukan seperti hubungan pasangan suami isteri yang lain. Namun itu bukan bererti rindu Harriz. Rindu dan mengingati dua perkara yang berbeza.
Balkish menghela nafas. Bila sebut pasal perhubungan, dia mula teringatkan hubungannya dengan Puan Sri Hanum dan Hanna. Kedua wanita itu tidak pernah bermanis muka dengannya. Ada saja kata sindiran pedas yang mereka hadiahkan buat dirinya. Teguran dan jelingan tajam Tan Sri Hamdan langsung tidak diendahkan oleh isteri dan anaknya itu. Malah sekarang ini Puan Sri Hanum dan Hanna sering pula mengundang wanita bernama Syarifah Ezora untuk datang ke rumah. Balkish tak tahu apa salahnya pada Syarifah Ezora sampaikan wanita itu memandangnya dengan pandangan penuh kebencian. Syarifah Ezora juga tanpa sebarang sebab sering menyindir dan mencacinya. Pada mulanya dia agak pelik. Kenapa harus Syarifah Ezora membencinya sedangkan mereka tak pernah bersua muka sebelum ini.
Bila Hanni memberitahu bahawa Syarifah Ezora itu merupakan menantu pilihan mama yang tak jadi, barulah Balkish tahu kenapa wanita itu membencinya. Rupa-rupanya Syarifah Ezora sukakan Harriz tetapi Harriz pula berkahwin dengannya. Jadi tidak hairanlah kenapa Syarifah Ezora berdendam dengan dia tanpa dia tahu sebab dendam wanita itu. Begitu juga dengan Puan Sri Hanum dan Hanna yang memang tidak pernah sukakan perkahwinan mereka sejak dari awal lagi.
Seperti malam semalam, dengan sewenang-wenangnya Hanna dan Syarifah Ezora menyindirnya ketika mereka berada di meja makan untuk menikmati makan malam sekeluarga.
Kata Hanna, “RIMAS BETULLAH I TENGOK ORANG YANG BERPURA-PURA ALIM NI! BERLAKON BAIK DEPAN KITA SEDANGKAN DEKAT BELAKANG JAHAT BUKAN MAIN LAGI!” Rasa ingin saja Balkish menangis ketika itu bila Hanna berkata sedemikian. Namun ditahan rasa hatinya. Malah dia juga menghalang Harriz daripada memarahi Hanna. Dia tidak mahu disebabkan dia hubungan Harriz dan adiknya itu berantakan.
Syarifah Ezora membalas dengan lebih pedas lagi, “BERTUDUNG TAK SEMESTINYA BAIK. BETUL TAK, PUAN BALKISH?” Seraya mengerling tajam kepadanya. Ketika itu apa yang mampu Balkish lakukan hanya tunduk diam membisu. Dalam hati dia sudah menangis. Apa salahnya? Apa yang dia buat hingga dia dilabelkan sebagai wanita jahat?
Mujurlah deheman kasar Tan Sri Hamdan mendiamkan Syarifah Ezora dan Hanna. Jika tidak tentu dia menjadi bahan sindiran saja. Manakan tidak, Puan Sri Hanum sendiri menyokong tindakan anak dan gadis kesayangannya itu.
Balkish mengerling jam yang melingkar dipergelangan tangan kanannya. Sudah pukul 8.05 minit malam. Sepatutnya dia berada di rumah waktu-waktu sebegini. Namun malam ini dia sengaja balik lambat. Dia sudah maklumkan kepada Harriz yang dia balik agak lewat malam ini. Balkish mahu mengelak daripada bertembung dengan Puan Sri Hanum dan Hanna di meja makan. Setiap sindiran pedas mereka begitu menghiris hatinya.
“Kish? Kenapa tak pulang lagi? Dah lewat ni.” teguran berunsur pertanyaan daripada Fahmie yang baru keluar dari biliknya mengejutkan Balkish.
“Eh… errr… Encik Fahmie. Kejap lagi saya balik” Gugup Balkish menjawab. Dia terkejut sebenarnya. Tak sangka bosnya itu keluar dengan tiba-tiba.
“Kish… Kish. Dah banyak kali Abang Mie tegur. Tak payah nak berencik-encik dengan Abang Mie. Panggil Abang Mie kan elok. Lagipun Kish tu isteri Harriz. Dah ada hubungan kekeluargaan dengan Abang Mie.” Tegur Fahmie.
Balkish tayang sengih. Memang sejak hari pertama dia turun kerja lagi Fahmie sudah menegurnya supaya jangan lagi berencik-encik memandangkan sekarang ini mereka mempunyai hubungan kekeluargaan. Namun lidahnya keluh dan kadang-kala dia tersasul memanggil Fahmie dengan panggilan encik. Maklumlah… sudah terbiasa.
“Takpelah. Abang Mie balik dulu. Kish jangan balik lambat sangat. Nanti risau pulak Harriz kat rumah tu. Assalammualaikum…”
“Waalaikumusalam.” Jawab Balkish membiarkan majikannya itu pergi.
Lima minit selepas Fahmie berlalu, barulah Balkish mengangkat punggung untuk balik. Kebetulan ketika itu, Suzila dan beberapa orang lagi staf masih ada di tempat masing-masing. Minggu ini ramai yang balik lambat disebabkan mengambil overtime. Memandangkan syarikat memberi bonus kepada pekerja, maka bahagian akaun sibuk membuat gaji pekerja. Disebabkan itulah ramai yang mengambil OT.
“Zila, kau tak balik lagi ke?” tanya Balkish kepada Suzila yang sibuk membuat kerja.
“Kejap lagilah, Kish. Lagipun, Bad masih dekat ofis dia. Dia dah janji nak ambil aku.” Ujar Suzila. Begitulah adat bercinta. Semua nak kena jemput. Beruntung Suzila dapat tunang yang baik dan mengambil berat seperti Badrol.
“Okeylah. Kalau macam tu aku balik dululah ye. Assalammualaikum…”
“Ha’ah la. Walaikumsalam. Pandu kereta elok-elok tau.” Sempat Suzila berpesan kepada sahabatnya itu sebelum Balkish berlalu.
Sesampai di kereta Kancilnya, Balkish terus masuk ke dalam perut kereta. Enjin dihidupkan. Bunyi sebentar kemudian enjin kereta mati semula. Balkish mengerut kening. Kemudian dia menghidupkan kembali enjin keretanya. Kejadian yang sama berulang lagi.
Hisy… apa kena pulak dengan kereta ni? Tetiba aje tak boleh nak start. Janganlah dia buat hal time macam ni.” Balkish mula berbicara seorang diri. Dia cuba menghidupkan enjin keretanya lagi. Namun hampa bila enjin masih tidak berjaya dihidupkan. Puas juga dia mencuba.
“Aduiii… time macam inilah dia nak buat hal! Apa kena pulak ni?!” gerutu Balkish. Dia bukannya tahu pasal kerosakan kereta ni. Yang dia tahu cuma guna dan isi minyak. Lain-lain hal serahkan pada makenik yang bertugas. Hah… itulah, kan sekarang dah susah.
Jam ditangan digerling. Nampaknya masa sudah menginjak ke angkat 8.30 minit malam. Ya ALLAH… mana ada lagi workshop yang buka waktu-waktu begini. Macam mana ni?
Tengah berserabut memikirkan keretanya yang tidak dapat dihidupkan itu, tiba-tiba BlackBerrynya berbunyi. Dia mengeluarkan telefon dari beg tangan. Pada skrin tertera nama Harriz. Lelaki itu… macam tahu-tahu saja dia berada dalam kesusahan. Pantas panggilan dijawab.
“Assalammualaikum sayang. Kat mana ni? Masih dekat ofis lagi ke?” sapa Harriz dicorong sana. Tadi Fahmie ada menelefon dia. Memberitahu bahawa Balkish masih berada di pejabat. Itu yang dia telefon. Bimbang juga andaikata isterinya itu sorang diri di F&F Holding.
“Walaikumsalam. Saya kat B1 ni. Nak balik. Tapi kereta tak dapat nak start.” Beritahu Balkish dengan jujur.
“Rosak ke?” Harriz mula risau. Risau bila mendapat tahu Balkish berada seorang diri di B1. Takut kalau-kalau ada orang jahat yang akan mengapa-apakan isteri kesayangannya itu.
“Rosaklah kut. Dah banyak kali saya start… still tak hidup-hidup jugak. Tak tahu apa masalahnya.”
“Okey. Kalau macam tu sayang naik kat atas sekarang. Abang jemput sayang sekarang ni jugak. Jangan duk lama-lama kat bawah tu sorang diri. Bahaya. Abang jalan sekarang ni jugak ambil sayang.”
Belum pun sempat Balkish hendak membalas kata, Harriz sudah memutuskan talian.
Seperti yang disuruh oleh suaminya, Balkish naik semula ke tingkat atas. Kawasan B1 yang sunyi sepi itu meremangkan bulu romanya. Kenapalah tadi dia tak terfikir yang tindakannya berjalan sendirian di kawasan B1 ini boleh mendatangkan bahaya. Dibuatnya muncul orang jahat dengan tiba-tiba, tak ke membahayakan diri sendiri.
Hisy… nauzubillah! Mintak-mintaklah dijauhkan daripada kejadian yang tidak baik. Laju dia mengorak langkah ke G1. Menunggu di pondok pengawal lebih baik kerana di sana sudah pasti ada pengawal keselamatan yang sedang bertugas.
Dalam perjalanan menuju ke tingkat G1, Balkish rasa ada seseorang yang mengekorinya. Semakin laju dia berjalan. Semakin laju juga derap kaki orang mengejarnya dari belakang.
Nafas Balkish sudah tercungap-cungap. Dengan laju dia menapak ke arah pondok pengawal. Berharap di situ ada pengawal yang bertugas. Inilah padahnya kalau bekerja sampai ke malam. Sedarlah yang diri tu perempuan. Fikir sikit apa andai buruk yang akan terjadi. Masih nak tunjuk berani tak kena tempat.
Sampai di pondok pengawal, Balkish terus mendapatkan Abang Abu yang bertugas malam ini. Pelik sungguh lelaki itu melihat wajah Balkish yang pucat lesi.
“Apasal ni, Kish? Pucat aje Abang Abu tengok. Kereta Kish mana?” Abang Abu yang memang kenal baik dengan Balkish menegur.
“Ke… kereta Kish tinggal dekat B1, Abang Abu. Rosak.” Sambil tercungap-cungap Balkish membalas.
“Habis tu yang Kish pucat lesi ni kenapa pulak?” soal Abang Abu kembali.
“Tadi… waktu Kish nak naik lift ke G1, Kish rasa ada orang ekori Kish la Abang Abu.” Balkish menyuarakan kecemasannya.
Abang Abu memanjangkan leher memandang ke belakang. Begitu juga dengan Balkish. Kelihatan kelibat Mr. Too yang sudah tercungap-cungap menahan nafasnya. Semput agaknya orang tua itu.
Ayo… amoi. Apasal you jalan laju sangat? Sampai wa naik lelah owh kejal sama you.” Ujar Mr. Too sambil mengurut-urut dadanya.
Balkish dan Abang Abu saling berpandangan.
“Mr. Too ke yang ikut saya tadi?” soal Balkish dengan mata yang sengaja yang dikecilkan.
Mr. Too mengangguk-angguk.
“Iya lo. Wa ikut sama you sebab wa tengok you manyak takut owh. Jadi wa pun ikut la sama you. Tapi you jalan macam itu lipas kudung. Penat wa ikut.”
Tiba-tiba Balkish dan Abang Abu ketawa serentak. Rupa-rupanya orang yang mengekori Balkish dan membuatkan dia bergerak pantas itu adalah Mr. Too. Kelakarnya! Ingatkan orang jahat manalah tadi.
Dahi Mr. Too yang sediakala berkerut seribu itu sudah berkerut sejuta. Pelik bin ajaib melihat Balkish dan Abu ketawa terbahak-bahak.
“Apasal you dua olang ketawa ini macam? Wa bukan buat celita katun owh.” Mr. Too sudah mengumam geram.
“Eh… takdelah Mr. Too. Kitaorang ketawa sebab tadi saya jalan laju sebab saya fikir yang ikut saya tu orang jahat. Rupanya Mr. Too yang ikut saya dari belakang.”
“Waaa… you dua olang ar… manyak jahat owh. Cakap wa olang jahat. Wa tiada jahat punya olang owh… Wa olang baik ma.”
“Eheh… saya bukan cakap macam tulah Mr. Too.” Balkish sudah mengibas-gibaskan tangannya di depan Mr. Too. Tidak mahu lelaki cina itu salah faham. Dia tidak pernah menuduh Mr. Too orang jahat. Lelaki itu merupakan seorang yang baik hati. Ini kenyataan, bukannya sekadar hendak menjaga hati Mr. Too. Memang sejak Balkish bekerja di situ, dia mengenali Mr. Too dan Abang Abu sebagai pengawal yang baik dan berdidikasi dengan kerja mereka.
Mr. Too ketawa kecil. Dengan bersahaja dia masuk ke dalam pondok pengawal sambil berkata, “ Wa main-main saja ma. Wa tau you dua olang tiada cakap begitu ma. Saja mau kasi main sama you saja amoi.”
Balkish dan Abang Abu sama-sama menggeleng-geleng kepala melihat telatah Mr. Too yang sudah ketawa-ketawa itu.
Sementara menunggu Harriz sampai mengambilnya, Balkish berbual-bual dengan Abang Abu dan Mr. Too. Dulu sewaktu dia belum ada kereta di pondok inilah dia selalu menunggu Kak Halimah, rakan sekerja Aleya yang mana mereka bertiga tumpang dan bayar bulan. Setelah dia memiliki kereta sendiri barulah mereka tidak ikut lagi dengan Kak Halimah. Cuma sejak dia berkahwin ini terpaksalah Aleya dengan Ella menumpang Kak Halimah semula. Mujurlah Kak Halimah tu satu kawasan perumahan dengan mereka. Jadi tiada masalah besar untuk pergi balik bersama. Lagipun kata Ella itu hanya untuk sementara waktu sahaja. Dia sekarang tengah dalam proses pembelian kereta dan InsyaALLAH kalau tiada halangan akan keluar hujung bulan ini.
Sedang asyik bersembang, tiba-tiba berhenti sebuah Ducati 848 EVO betul-betul di hadapan pondok pengawal. Balkish berpandangan dengan Mr. Too dan Abang Abu. Penunggang Ducati yang berhelmet menutup paras mukanya itu menghampiri lokasi mereka. Sambil melangkah penunggang berjaket hitam itu cuba menanggalkan helmetnya. Dan ketika helmet tertanggal, mata Balkish bagaikan hendak tercabut keluar dari soketnya.
“Awak?” soalnya pada Harriz yang tayang senyuman manis. Hmmm… manislah sangat!
“Hai… sayang. Sorry abang terlambat.”
Mr. Too dan Abang Abu saling berpandangan. Kemudian mereka berpaling pula ke arah Balkish dan Harriz.
Menyedari pandangan mata kedua lelaki berusia itu seolah-olah berada dalam kebinggungan, laju Balkish memberi penjelasan.
“Errr… Mr. Too, Abang Abu… kenalkan ini suami saya.”
Harriz tersenyum melihat dua pengawal keselamatan itu. Dia berjabat tangan dengan keduanya. Jika tempoh hari dia diburu rasa cemburu melihat Balkish berbual dengan Dr. Ilham, namun malam ini perasaan itu langsung tidak memburunya. Mungkin dia merasakan Mr. Too dan Abang Abu bukanlah saingannya disebabkan itulah dia tidak cemburu langsung. Malah dia cukup berterima kasih kerana dua pengawal keselamatan itu ada di situ menjaga isteri kesayangannya itu.
“Ayo… amoi. Wa ingat you masih single owh. Wa balu belcadang mau kasi kenal you sama wa punya cousin owh. Dia masih single and available. Lupa-lupanya you sudah kahwin senyap-senyap tidak jemput wa makan itu nasi beliani.”
“Hisy… bukan nasi beriani la Too. Nasi minyak.” Abang Abu mencela. Membetulkan kata Mr. Too yang tersilap.
Balkish dan Harriz sama-sama tersenyum mendengar cakap-cakap Mr. Too yang pelat cinanya masih pekat. Nak sebut huruf ‘R’ pun tak reti. Semua kena tukar pergi huruf ‘L’. Suka hatilah Mr. Too. Asalkan Mr. Too bahagia hendaknya. Heheheee…
Mr. Too yang banyak cakap itu menepuk dahi.
“Iya lo… wa mana tau nama itu nasi ma. Wa main cakap saja. Amoi ah… you punya husband manyak hensem owh. Lupa husband you macam itu helo kolea ma. Itu wa punya daughter manyak minat owh.” Mr. Too memuji Harriz.
Dengar pujian Mr. Too, Harriz sudah tersenyum-senyum. Lebar benar senyumannya. Pantang dipuji! Manakala Balkish pula sudah mencebik melihat senyuman tak hengat dunia Harriz yang berdiri di sebelahnya itu.
“Encik ah… you manyak lucky owh. Dapat ini wife yang manyak cantik lagi baik. You jaga baik-baik sama dia ah. Wa doakan you dua olang hidup bahagia. You dua olang sama lawa owh.” Sekali lagi pujian Mr. Too mencuit hati Harriz hingga membuatkan dia ketawa.
“Saya pasti jaga sama dia Mr. Too.”
Dahi Mr. Too mula berkerut-kerut.
“Macam mana encik tau nama saya?”
Harriz tidak menjawab. Sebaliknya memberi isyarat jari telunjuk ke dada. Tindakan Harriz itu membuatkan Mr. Too memandang bajunya. Kemudian dia ketawa.
“Ayo… saya ini manyak lupa owh.” Ujarnya yang sudah ternampak tag nama pada bajunya itu.
“Hmmm… iyelah tu Mr. Too. Jangan puji manyak-manyak owh. Nanti saya punya husband manyak kembang hati. Saya juga yang susah owh.” Balkish berkata sambil meniru loghat percakapan Mr. Too yang kelakar bunyinya.
Abang Abu sudah ketawa.
“Okeylah Mr. Too, Abang Abu. Kami balik dulu. Selamat malam.” Balkish melambai tangan ke arah Mr. Too dan Abang Abu yang melambai-lambai kepada mereka berdua. Harriz juga bertindak seperti itu.
“Nah.” Harriz menghulurkan helmet kepada Balkish.
“Naik ni ke?” soalan paling bijak yang Balkish berikan. Memanglah kena naik ni… habis tu nak naik apa pulak? Ada ke Balkish lihat kenderaan lain yang tersadai dekat situ selain Ducati ni? Takde kan! Jadi maknanya naik Ducati ni la.
Harriz mengangguk.
“Kenapa bawak motor? Kenapa tak bawak kereta?” bertalu Balkish bertanya. Kurang selesa dia hendak membonceng di belakang Harriz biarpun lelaki itu adalah suaminya.
“Abang takut lewat kalau bawak kereta. Taulah jalan selalunya jam. Abang tak nak sayang tunggu terlalu lama. Pasal tu abang bawak motor untuk cepat sampai.” Balas Harriz memberi alasan yang sudah dirancangnya sejak dari tadi. Memang dia sengaja membawa motor untuk mengambil Balkish. Dia mahu merasa isterinya itu memeluk dia dari belakang. Khakhakhaaa… jahat betullah Harriz ni.
Balkish ketap bibir. Helmet sudah bertukar tangan. Demi ALLAH! Balkish belum pernah membonceng motosikal sebelum ini. Nak pakai helmet pun dia tak reti. Wajahnya sudah memerah menahan rasa.
Macam manalah nak pakai benda alah ni? Kang aku mintak dia yang pakaikan… macam mengadalah sangat!
Errr…” Balkish ingin memberitau, namun belum pun sempat dia bersuara Harriz terlebih dahulu mengambil helmet ditangannya lalu disarung ke atas kepalanya yang dilapisi tudung. Terkedu sebentar dia. Macam tahu-tahu saja lelaki itu yang dia tak tahu nak pakai helmet. Memalukan!
“Dah! Mari naik.” Harriz menepuk tempat kosong dibelakangnya. Tangan kanannya dihulur. Membantu Balkish untuk memanjat Ducati kesayangannya yang sudah lama tidak dibonceng.
Balkish mengeluh. Mujurlah hari ini dia pakai slack bersama blazer. Mudahlah sikit dia nak membonceng motosikal. Bayangkan jika dia pakai baju kurung. Tak ke jadi kes haru biru jadinya. Harriz ni memang suka sangat buat sesuatu yang diluar fikiran.
Lambat-lambat Balkish menyambut huluran tangan Harriz. Lantas dia naik ke atas motor belakang suaminya.
“Pegang kuat-kuat tau.” Pesan Harriz sebelum dia bergerak hendak meninggalkan kawasan F&F Holding. Sengaja dia berpesan begitu. Berharap agar Balkish memeluknya dengan erat.
Balkish ketap bibir. Tangannya sudah naik ke atas bahu Harriz. Nak peluk? Tolong sikit! Tak rela you! Macamlah aku tak tahu makna senyuman miang keladi dia tu. Huh! Memang suka sangat mengenakan aku. Arghhh… macam nak aje aku jerit kuat-kuat!!!
Sepanjang dalam perjalanan Balkish tidak putus-putus berdoa, semoga perjalanan mereka dilindungi ALLAH S.A.W. Gementar seluruh tubuhnya bila Harriz membawa motor bagaikan tak ingat dunia. Laju bukan main lagi. Macam orang tak sayang nyawa. Rasa hendak tercabut skru-skru pada lutut Balkish. Tanpa disedar, tangannya yang tadi terletak atas bahu sudah mulai turun dan melekat pada pinggang Harriz. Dipeluk erat pinggang suaminya itu. Matanya pula dipejamkan rapat-rapat. Tubuhnya dan tubuh Harriz bersatu dengan begitu dekat sekali. takut sungguh dia.
Mengerling perilaku Balkish membuatkan senyuman nakal pada bibir Harriz menguntum. Lantas ditambah lagi kelajuannya.
Harriz memarkirkan Ducatinya di tempat asal. Dia mengerling ke belakang. Kelihatan Balkish masih ralit memeluknya dengan mata yang masih terpejam rapat. Mahu saja Harriz ketawa. Namun ditahan tawanya itu. Dia tidak mahu mengejutkan Balkish. Biarlah buat sementara waktu dia berada dalam pelukan si isteri. Perlahan tangannya sudah turun menyentuh jemari Balkish yang memeluk erat pinggangnya itu.
Balkish kerut dahi. Eh… apasal pulak tangan King Of Crocodile menjalar kat tangan aku? Tak betul apa dia ni? Tengah bawak motor pun masih sempat nak pegang-pegang. Dasar miang tak hengat dunia betullah lelaki ni! Matanya dibuka. Pelik juga kerana terasa motor seolah-olah sudah berhenti.
Ini kan……? Otak Balkish sudah berjalan ketika melihat mereka kini berada di garaj tertutup banglo keluarga Harriz. Liar matanya memerhati sekeliling.
Ya ALLAH! Dah sampai rupanya. Pantas tangannya ditarik. Spontan itu juga tanpa disengajakan dia menampar kuat bahu Harriz yang sedang memejam mata sambil tersengih-sengih itu.
“Awak! Kenapa tak bagitau dah sampai?” gumam Balkish. Tanpa berlengah dia terus turun dari Ducati milik Harriz. Helmet dibuka.
“Abang memang nak bagitau sayang, tapi abang tengok sayang syok sangat peluk abang. Jadi abang biarkan ajelah. Manalah tahu sayang nak lepaskan rasa rindu dekat abang yang hensem ni.” Itu pula alasan yang diberikan oleh Harriz. Alasan yang mampu membuatkan rona muka Balkish berubah memerah.
Balkish bercekak pinggang. Bibirnya digigit. Lagaknya tak ubah macam si ibu tiri. Harriz ni memang sengaja betul tau!
Eiii! Awak ni kan……….” Dengan muka yang cemberut Balkish menapak meninggalkan Harriz yang sudah tersengih-sengih memandangnya. Lagak Balkish yang bagaikan ibu tiri tadi benar-benar membuatkan dia gelihati. Hendak ketawa, namun dia takut angin isterinya itu jadi kurang elok pula.
Bila Balkish sudah berada agak jauh, barulah Harriz menghamburkan ketawanya. Bukan main besar lagi suaranya ketawa. Hinggakan Balkish masih dapat menangkap tawa bersahaja suaminya itu.
Balkish rasa wajahnya yang terasa membahang mendengar usikan Harriz sebentar tadi. Malunya bila Harriz berkata sedemikian. ‘Abang memang nak bagitau sayang, tapi abang tengok sayang syok sangat peluk abang’. Huh! Apa dia ingat aku ni dah kemaruk sangat ke nak peluk dia. Eiii… tak hingin tau!
Ketika kaki melangkah ke tingkat dua dalam banglo mewah itu, Balkish terserempak dengan Puan Sri Hanum dan Hanna yang duduk menonton di ruangan keluarga. Cuma dua beranak itu yang ada di sana. Kelibat Tan Sri Hamdan tidak nampak pula. Mungkin berada di bilik bacaannya kerana setahu Balkish bapa mentuanya itu memang gemar menghabiskan masa berada di bilik bacaan itu untuk membuat kerja. Bisnesman katakan. Dekat rumah pun sibuk dengan kerja.
Hmmm… tengoklah tu ma. Orang alim baru balik. Patut ke seorang isteri balik selewat ini membiarkan suaminya menunggu untuk makan malam bersama? Isteri solehah apa namanya tu?” sindir Hanna sambil melemparkan jelingan tajam ke arah Balkish.
“Entah! Mama tak tahu macam mana Harriz boleh suka dengan perempuan macam ni?” balas Puan Sri Hanum dengan mukanya yang masam mencuka.
“Alaaa… entah-entah dia dah bomohkan Abang Riz, ma. Pasal tu Abang Riz tergilakan sangat dia ni.” Tambah Hanna lagi. Setiap butir bicaranya menghiris perasaan Balkish.
Laju Balkish melangkah naik ke atas. Sindiran pedas kedua wanita itu begitu menyakitkan. Dia sudah tidak mampu hendak mendengarnya lagi. Ingatkan bila dia balik lewat ke rumah, dia tidak akan terserempak dengan Puan Sri Hanum dan Hanna. Ternyata dia silap. Dua beranak itu ada di mana saja. Maklumlah… inikan rumah mereka. Jadi mereka berhak berada di mana pun mereka mahu.
Setelah daun pintu di tutup rapat, Balkish bersandar belakang pintu. Perasaannya terluka mendengar sindiran tajam ibu mentua dan adik iparnya itu. Untuk pertama kali setelah sebulan menjadi isteri Harriz Tan Sri Hamdan, Balkish menangis mengenang nasib dirinya yang sering dicaci dan dihina.
Entah sampai bila episode duka dalam hidupnya ini akan berakhir?

******************************************************************************

USAI bersolat isyak, Balkish melipat telekung dan meletakkannya di atas penyidai kayu bersama sejadah. Harriz yang kelihatan tekun membaca majalah berkaitan dengan kereta-kereta mewah dijerling. Khusyuknya lelaki itu. Sejak mereka berkongsi bilik ini, Balkish sudah tahu serba sedikit minat Harriz. Rupanya lelaki itu cenderung kepada kereta-kereta mewah. Lihat sahaja majalah-majalah yang mengisi ruangan kabinetnya, kebanyakan adalah majalah berkenaan dengan kereta-kereta mewah dari Luar Negara.
Balkish mengetap bibir. Dia hendak berbicara sesuatu dengan Harriz. Dari tadi lagi dia ingin membincangkan hal ini tapi tak sanggup pula berbincang di meja makan. Apatah lagi bila dia melihat Harriz makan dengan begitu berselera lagi. Kasihan juga dia pada Harriz. Suaminya itu sanggup menunggunya balik semata-mata mahu makan bersama.
Nafasnya dihela. Dia berharap agar suaminya itu bersetuju dengan permintaannya ini. Selagi mereka berada di banglo mewah ini, selagi itu Balkish rasa tidak selesa. Jelingan tajam dan sindiran pedas Puan Sri Hanum dan Hanna cukup menghiris hatinya. Dia tidak mahu tahap kesabarannya hilang lantas menjadikan dia manusia yang kurang ajar. Sebelum perkara itu terjadi, baik dia memujuk Harriz untuk keluar dari rumah ini.
“Sayang, kenapa ni? Tercegat macam patung cendana pulak abang tengok.” Tegur Harriz bila dia sedar gelagat Balkish yang berdiri di hadapannya bagaikan sebuah patung.
Balkish tersedar dari lamunannya. Perlahan dia melangkah dan duduk di sebelah Harriz. Dia menarik senyuman segaris.
“Saya nak cakap sesuatu dengan awak. Boleh?” pinta Balkish penuh kelembutan.
“Apa pulak tak boleh? Cakaplah apa dia…”
Balkish menunduk. Jari-jemarinya dipatah-patahkan. Aksi semulajadi bila dia berada dalam sesuatu situasi. Dia hendak berbicara, tapi tak tahu nak mula macam mana.
“Sayang… cakaplah. Apa dia? Kenapa diam aje ni? Sayang risaukan MyVi kesayangan sayang tu ye? Don’t worry, honey. Abang dah call Kevin suruh dia tengok kereta sayang esok.”
Itu pun satu hal juga. Tapi bukan hal itu yang hendak Balkish bicarakan. Ini hal yang lagi penting lagi.
“Saya bukan nak cakap pasal kereta tu. Tapi hal lain.”
“Apa dia? Cakaplah… abang tak akan makan sayang pun kalau sayang nak cakap.”
“Awak… boleh tak kalau kita…” bicaranya terhenti. Entah kenapalah lidahnya terasa kelu mahu membicarakan hal tersebut? Dia takut andaikata Harriz tidak bersetuju dengan permintaannya. Sudah terlalu banyak yang dia minta lelaki itu lakukan untuknya. Tidak adil jika dia meminta lagi. Tapi… sampai bila dia perlu bertahan dengan kata cacian ibu mentua dan adik iparnya itu?
Harriz angkat kening. Pelik benar dia melihat tingkah Balkish yang terkebil-kebil itu.
“Kita apa ni sayang?” Soalnya tidak sabar.
Balkish tarik nafas panjang. Kemudian dihembus perlahan. Dia perlu juga menyuarakan isi hatinya itu kepada Harriz. Jika tidak, dia tidak akan senang hati.
“Awak… macam ni. Sebenarnya kalau awak setuju… saya nak kita pindah ke kondominium awak. Boleh tak? Lagipun… kan kita dah kahwin. Apa salahnya kalau kita cuba bina rumah tangga kita sendiri. Awak nak tak?” Berhati-hati Balkish menyusun kata. Takut dia tersalah kata suaminya itu berfikiran lain pula. Manalah tahu Harriz memang suka tinggal bersama di rumah keluarganya ini. Takut nanti Harriz berkecil hati pula bila dia mengajak untuk berpindah.
Harriz meletakkan majalah kereta di meja kopi. Kedudukannya diperbetulkan. Dia mengadap Balkish. Menentang redup mata isterinya itu. Memang dia pernah bercadang hendak mengajak Balkish berpindah ke kondominiumnya selepas berkahwin. Cuma dia belum berkesempatan hendak memberitahu mama dan papa akan hal tersebut. Mungkin papa tak ada masalah. Tapi mama? Harriz tidak yakin mama akan bersetuju dengan rancangannya itu.
“Kenapa? Sayang tak selesa tinggal dengan family abang ke?” Harriz cuba bertanya. Walaupun dia sedar memang Balkish tidak selesa tinggal di situ memandangkan layanan buruk mama dan Hanna. Malah sekarang ini mama dengan Hanna sudah mula berani mengajak Syarifah Ezora pula datang ke sini. Semata-mata mahu menyakiti hati Balkish. Harriz ingin marah, namun dia terpaksa bersabar demi Balkish.
“Bukannya tak selesa cuma…” Balkish diam. Bibirnya digigti-gigit. Takkanlah dia hendak memberitahu Harriz apa yang dikatakan oleh Hanna dan ibu mentuanya tadi? Jika boleh dia tak naklah Harriz bertengkar dengan Hanna dan melawan ibu mentuanya itu gara-gara dia pula. Jadi jalan terbaik adalah dengan berdiam diri.
“Abang faham situasi sayang. Sayang jangan risau ye. Abang memang berniat nak bawa sayang tinggal dekat kondominium tu pun. Lagipun… kondominium tu memang rumah kita.”
Tiba-tiba Balkish tersenyum lebar. Gembira sungguh dia mendengar jawapan suaminya itu. Terharu pun ada jugak bila Harriz berkata kondominium itu adalah rumah mereka. Baik sungguh hati Harriz!
“Betul ke ni?”
Harriz mengangguk. “Tapi sebelum tu kita kena bincang perkara ni dengan mama dan papa terlebih dahulu. Abang tak naklah kita pindah macam tu aje. Nanti abang cuba beritahu mama dengan papa hal ni. Okey?”
Balkish mengangguk. Bersetuju dengan permintaan suaminya itu.
“Awak rasa diaorang benarkan kita pindah tak?”
“Entahlah. I’m not sure, sayang. Sayang taulah mama tu. Kalau boleh dia nak anak-anak semua ada depan mata. But don’t worry. Abang tahulah apa yang patut abang cakap dekat diaorang nanti. Sayang jangan risau pasal ni. Kalau diaorang tak bersetuju pun abang pasti akan bawa sayang keluar dari rumah ni suatu hari nanti. Abang mahu kita bina rumah tangga kita sendiri.”
Balkish mengangguk lagi. Terharu pula dia kerana Harriz sudi menurut kehendaknya. Nampak sangat Harriz begitu mengambil berat akan keadaan dan keselesaannya di rumah ini. Lelaki itu… biarpun kadang-kala merimaskan Balkish dengan kenakalannya, namun kebaikan Harriz semakin hari semakin terserlah. Menerbitkan rasa sayang dalam hati Balkish.
Sayang? Benarkah sayang? Yupe! Balkish sudah mula menyayangi Harriz dalam diam. Cuma sekarang dia mahu mencari cintanya untuk lelaki itu.
“Awak… terima kasih ye. Awak dah buat macam-macam untuk saya. Saya tak tahu macam mana nak balas budi baik awak pada saya.”
“Kenapa pulak sayang cakap macam ni? Sayang tu isteri abang. Dah semestinya abang mahu buat yang terbaik untuk sayang. Abang mahu sayang hidup bahagia dan gembira di samping abang. Lagipun abang dah janji dengan Batrisya, ibu dan tok mak yang abang akan buat sayang gembira selalu. Abang kenalah berpegang pada janji tu.”
“Kalau awak tak janji dengan family saya… awak tak akan buat semua ni la ye?”
Bibir Harriz merekah dengan senyuman.
“Kalau tak janji sekali pun, abang tetap akan buat sayang rasa bahagia hidup di samping abang. Sebab abang begitu cintakan sayang.”
Semakin terharu Balkish mendengar bait bicara suaminya itu. Rasa berdosa mula menbendung jiwanya kini. Berdosa kerana tidak pernah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sebenar. Harriz! Dulu lelaki itu amat-amat dibenci kerana dia menyangka Harriz suka mempermainkan perasaan perempuan. Tapi kini… sehari demi sehari dia semakin melihat kebaikan yang ada dalam diri suaminya itu. Harriz bukanlah seteruk yang dia sangkakan selama ini.
“Maafkan saya, awak. Sebab saya bukanlah isteri yang sempurna untuk awak.” Balkish menunduk. Rasa malu kerana dia mula rasakan dirinya bukan yang terbaik untuk Harriz.
Harriz capai jemari Balkish. Dielus jemari itu penuh kasih sayang.
“Abang tak pernah salahkan sayang atas apa yang terjadi dalam hubungan kita. Abang faham dan abang sanggup menerimanya sehingga sayang benar-benar menyintai abang. Abang tak akan paksa sayang sehingga sayang benar-benar bersedia. Lagipun abang memang sudah berjanji dengan diri abang sendiri. Abang akan sentuh sayang bila dalam hati sayang ni dah ada cinta untuk abang.”
Tanpa sedar, ada airmata yang mengalir lesu membasahi pipi gebu Balkish. Hatinya benar-benar rasa sebak. Airmata yang mengalir tanpa disedari menitik mengenai tangan Harriz.
Harriz terkedu. Perlahan dia mengangkat dagu Balkish. Bergetar hebat hatinya melihat airmata si isteri.
“Kenapa ni? Kenapa sayang menangis? Abang ada buat salahkah?” bertalu Harriz bertanya dengan nada sedikit cemas. “Kalau abang ada tersalah kata abang mintak maaf sayang.” Sambungnya lagi.
Balkish menggeleng-geleng. Laju benar dia menggeleng.
“Tak. Awak tak salah apa-apa pun. Saya yang salah. Saya tak pernah laksanakan hubungan suami isteri antara kita. Saya… saya… ni bukanlah isteri yang baik untuk…” Jari telunjuk Harriz sudah melekat pada bibir Balkish. Menghalang wanita manis itu daripada meneruskan bicaranya. Dia tidak mahu dengar ayat yang seterusnya.
Syhhh… sudahlah. Jangan cakap apa-apa lagi. Abang tak pernah pun salahkan sayang. Abang cintakan sayang seikhlas hati abang.”
Semakin terseksa rasa hati Balkish mendengarnya. Dia menangis lagi. Malam ini dia jadi begitu sensitive. Cepat benar dia rasa ingin mengalirkan airmata. Selalunya Balkish pasti boleh bertahan mendengar kata cacian dan sindiran pedas ibu mentua dan adik iparnya itu. Mungkin juga dia menangis kerana terharu dengan cinta ikhlas yang Harriz tunjukkan kepadanya.
Perlahan-lahan Harriz menarik Balkish dan membawa isterinya itu ke dalam pelukannya. Balkish tidak pula membantah. Membiarkan saja Harriz memeluk dan membelai-belai rambutnya yang panjang mengurai itu. Ketika ini, dia mula merasa tenang. Jiwanya yang kacau sebentar tadi bagaikan terpujuk dengan belaian Harriz.
“Abang akan jaga sayang sepanjang hayat abang.” Bisik Harriz ke cuping telinga Balkish. Bukan main romantik lagi nadanya. Pelukannya juga semakin diperkemaskan.
Meremang bulu roma Balkish mendengar bisikan romantik Harriz. Namun jauh di sudut hati terbit rasa bahagia mendengar ayat jiwang berkarat suaminya itu. Matanya dipejam rapat. Jiwanya mulai tenang. Airmatanya juga sudah kering dan esak tangisannya sudah tidak kedengaran lagi. Dia hanyut dalam pelukan dan pujukan Harriz.
Tok! Tok! Tok!
Ketukan yang bertalu-talu pada permukaan pintu mengejutkan Harriz dan Balkish. Spontan masing-masing melepaskan pelukan mereka. Harriz menggaru-garu tepi telinganya. Balkish pula membuang pandangan ke arah lain. Mukanya sudah merona merah.
“Kak Kish… oh… Kak Kish.” Laungan suara Hanni dari luar kedengaran.
“Hah… errr… ya… ya… akak datang ni.” Gugup Balkish bersuara. Dengan laju dia bangkit dari duduknya dan bagaikan lipas kudung dia terus menuju ke muka pintu yang berkunci. Mukanya sudah membahang. Pasti kini sudah merona merah.
Melihat Balkish yang gelabah, menarik senyuman pada bibir Harriz. Dia dapat rasakan getar jantung isterinya itu. Rona merah pada wajah putih mulus Balkish membuatkan Harriz semakin yakin dia mampu menawan hati isterinya itu dalam masa terdekat ini. Tidak sabar rasanya hendak mendengar kalimah ‘I love you’ yang lahir dari bibir mungil isterinya itu.
Ketika pintu dibuka, kelihatan Hanni sedang tersenyum-senyum memandang Balkish.
“Nah… novel akak.” Hanni menghulurkan beberapa buah novel milik Balkish yang dipinjamnya. Wajah Balkish dipandang. Kemudian dia bersuara lagi, “Merahnya muka Kak Kish…” komen Hanni.
Pantas Balkish memegang pipinya yang terasa panas.
“Eh… mana ada.” Tepisnya. Walaupun kenyataan memang wajahnya sudah merona merah.
“Betullah Kak Kish. Merah macam udang kena panggang.” Balas Hanni lagi.
Balkish gigit bibir. Haih… budak kecik ni. Mulut tu laju aje nak menegur. Tak boleh nak tapis langsung.
“Hah… ini mesti ada something ni.” Hanni menari-narikan jari telunjukkan depan mata Balkish. Kemudian dia memberi isyarat mata melirik ke arah abangnya. Perlahan-lahan dia berkata, “Abang Riz buat sesuatu yang buat muka akak jadi merah ye?” usiknya dengan nada perlahan. Tidak mahu buat abangnya yang berada di dalam bilik dengar apa yang dikatakannya.
Balkish menjengilkan biji mata kepada Hanni. Haih… budak ni!
“Hehehe… okeylah. Orang tak nak kacau. Good night Kak Kish. Good night Abang Riz!” Ucap Hanni. Suaranya sengaja ditekan bila dia mengucapkan selamat malam kepada abangnya. Sempat dia mengenyit mata kepada Harriz yang buat-buat serius itu.
Hahaha… serius la sangat. Macamlah aku tak tahu yang tu muka nak cover malu. Alahai abang dengan kakak iparku ini. Sweet sangat! Cepat-cepat jatuh cinta. Aku dah tak sabar nak dapat anak sedara baru. Heheheheee… Hanni mengomel sendiri dalam hati.
Pintu ditutup kembali.
“Apa budak kecik tu nak?” tanya Harriz.
“Hanni hantar novel yang dia pinjam minggu lepas.”
“Hmmm… budak kecik tu… memang kaki novel.”
Balkish tidak menjawab. Dia meletakkan beberapa buah novel yang Hanni pinjam daripadanya di dalam kabinet. Kemudian cepat-cepat dia mengatur langkah ke katil. Peristiwa sebentar tadi masih membuatkan dia berasa malu. Sebelum Harriz mengusiknya, baik dia tidur walaupun dia tahu tidurnya tidak akan lena sebelum lelaki itu melelapkan mata terlebih dahulu. Itu sudah menjadi kewajiban. Balkish akan pastikan Harriz tidur terlebih dahulu sebelum dia benar-benar tidur.
Jantungnya disentuh. Dapat dirasa jantungnya yang masih bergetar hebat itu.
Hisy… sudah-sudahlah tu. Janganlah bergetar lagi. Kata Balkish pada jantungnya sendiri.

Bila lagu cinta
bergema

~34~

“NO!!! Mama tak setuju!” Puan Sri Hanum sudah bangun dari duduknya. Terjengil biji matanya memandang anak dan menantu yang duduk di hadapannya. Rasa hendak terloncat keluar jantungnya ketika mendengar Harriz berkata mahu berpindah keluar dari banglo ini. Kalau itu bakal terjadi, maka musnahlah segala rancangan yang baru dirangkanya. Dia tidak mahu itu terjadi. Walau apa pun, dia tidak akan membenarkan perempuan itu berjaya mengajak anaknya keluar dari rumah ini! Tidak sama sekali!!!
“Tapi ma…”
Belum pun sempat Harriz hendak menghabiskan ayatnya, Puan Sri Hanum bersuara lagi dengan bunyi yang keras.
I say no, Harriz! Mama tak izinkan Harriz berpindah keluar dari rumah ni. Apa salahnya tinggal kat sini? Rumah kita ni dah cukup besar untuk kita semua. Buat apa sampai nak pindah keluar pulak?” Puan Sri Hanum mengerling Balkish yang duduk menikus di sebelah Harriz. Diam saja wanita itu sambil tunduk merenung lantai.
“Entah-entah ini semua cadangan perempuan tu. Dia yang rasuk fikiran Harriz untuk pindah dari sini.” Sindiran Puan Sri Hanum beralih pada Balkish.
“Ini takde kena mengena dengan Balkish, ma. Riz yang bercadang nak bawa Kish pindah dari sini. Riz nak hidup berdikari dengan Kish. Bina rumah tangga kami sendiri seperti orang lain.” Balas Harriz mempertahankan Balkish.
“Tengok tu! Harriz selalu menangkan dia. Apa mama cakap semuanya tak kena.” Bentak Puan Sri Hanum tidak berpuas hati dengan jawapan anaknya. Sejak Harriz bersama Balkish, dia dapat merasakan anaknya itu terlalu menyebelahi Balkish. Semua yang diingini wanita itu akan ditunaikan oleh anaknya. Itu yang membuatkan dia semakin menyampah dengan Balkish.
“Hanum… boleh tak kalau awak jangan nak menjerit-jerit bila bercakap? Cakap elok-elok. Bagi anak menantu kita ni cakap dulu. Kita dengar apa yang mereka hendak katakan.” Tan Sri Hamdan sudah mencela. Naik geram pula dia mendengar lengkingan suara isterinya yang bagaikan petir di langit. Macam dah tak boleh nak rendahkan volume suaranya itu.
“Abang tu la. Ikut sangat kehendak anak abang ni. Pasal tu budak ni naik minyak. Saya kata tidak. Jadi maknanya tidak! Harriz jangan nak lawan cakap mama lagi. Mama tak izinkan Harriz pindah dari rumah ni. Faham?!” Tanpa berlengah Puan Sri Hanum terus naik ke tingkat atas dengan kaki yang dihentak-hentak. Panas benar hatinya.
Harriz mengeluh. Dia bersandar pada bahu sofa. Wajahnya kelihatan sugul dengan tindakan drastik mamanya itu. Mama… tolonglah mengerti kehendak anakmu ini. Wajahnya diraup.
“Harriz… Kish, sabar ya. Mama kamu tu bukannya apa… dia rasa sunyi kalau kamu berdua keluar dari rumah ni. Maklumlah… rumah ni besar. Kalau kamu berdua sudah berpindah, tentu dia akan menjadi sunyi.” Tan Sri Hamdan bersuara. Kasihan dia melihat air muka Balkish yang berubah dek tengkingan isterinya sebentar tadi. Tentu menantunya itu berkecil hati dengan tindakan isterinya itu.
Hanum… Hanum… ingatkan bila dan semakin berusia ni semakin matang. Tapi sebaliknya pula yang jadi. Nanti kalau aku tegur lebih-lebih, dia merajuk pulak. Dalam hati Tan Sri Hamdan sudah mengomen perangai isteri kesayangannya yang semakin memeningkan kepala.
“Tapi pa… Riz dengan Kish nak belajar bina sendiri rumah tangga kami sendiri. Macam pasangan suami isteri yang lain. Lagipun… bukannya kami nak duduk jauh-jauh. Kalau mama rindu dan rasa sunyi, kami boleh balik bila-bila masa aje.” Cela Harriz. Kurang berpuas hati dengan tindakan mamanya tadi.
Tan Sri Hamdan mengangguk-angguk. Dia faham kedudukan anak dan menantunya itu. Sebagai pasangan yang telah berkahwin, sudah tentu Harriz dan Balkish pun ingin membina rumah tangga mereka sendiri. Namun dia punya alasan yang tersendiri menghalang keinginan anak dan menantunya itu.
“Papa faham. Kalau papa berada di tempat Harriz, papa pun mahukan keadaan yang serupa. Tapi buat masa ni… tangguhkan dulu hasrat kamu berdua.”
“Pa, kalau mama dengan Hanna layan Kish dengan baik. Riz tak kisah tinggal terus kat rumah ni. Tapi papa sendiri tengok macam mana mama dengan Hanna layan Kish kan? Kish bagaikan orang asing kat sini. Tak sudah-sudah dihadiahkan dengan jelingan dan sindiran pedas. Riz tak nak…”
Balkish tarik lengan Harriz. Memberi isyarat meminta suaminya itu jangan bercakap sebegitu pada papa. Kurang ajar namanya kalau meninggikan suara dekat orang yang lagi tua daripada kita. Tindakannya itu membuatkan Harriz berhenti bersuara. Dia mengeluh.
“Maafkan Riz, pa. Riz tak patut meninggikan suara pada papa.” Pinta Harriz yang mulai sedar keterlanjuran nada suaranya bercakap dengan papa. Suaranya kedengaran lemah. Segan bila tindakannya ditegur oleh Balkish.
Tan Sri Hamdan menghela nafas. Dia pun kurang selesa bila isterinya selalu menyindir Balkish. Bukannya dia tidak menegur tingkah isterinya yang dirasakan amat keterlaluan, tapi faham sahajalah perangai Puan Sri Hanum. Bukannya ‘makan’ teguran. Semakin ditegur, semakin dibuat pula.
“Papa faham Riz. Papa dengar dan nampak apa yang berlaku. Tapi buat masa ni papa berharap sangat Riz dengan Kish dapat bersabar dulu dengan perangai mama dan Hanna. Cuba curi hati mama secara perlahan-lahan. Mama tu nampak aje begitu, tapi hati dia baik. Riz tahukan kenapa mama jadi begitu?” Tan Sri Hamdan berhenti sebentar dan memalingkan pandanganya kepada Harriz. Anak lelaki itu hanya berdiam diri.
“Apa kata Riz dengan Kish tawan hati mama secara perlahan-lahan. Papa yakin, insya-ALLAH suatu masa nanti mama pasti akan terima perkahwinan Riz dengan Kish. Boleh?” sambung Tan Sri Hamdan bersama satu pertanyaan berupa sebuah harapan.
Harriz pandang Balkish. Mata isterinya ditentang. Balkish hanya menarik senyuman segaris bersama kepala yang diangguk.
“Kish… tinggal dekat sini ye? Papa yakin Kish pasti boleh curi hati mama. Cuma Kish kenalah bijak mengambil peluang yang ada dan bersabar sikit dengan karenah mama yang agak melampau itu. Papa kenal hati budi mama. Dia nampak aje macam tu, tapi hatinya baik. Cuma buat masa ni dia belum dapat menerima kehadiran Kish dalam hidup Harriz dan keluarga ni. Sebab tu… kalau boleh papa mahu Kish rebut peluang untuk mencuri hatinya. Kalau Kish dengan Riz berpindah, sampai bila-bila pun Kish tak akan dapat merasa kasih sayang mama yang sebenar. Papa harap Kish dapat bersabar dan terus tinggal di sini bersama kami.”
Balkish menoleh kepada bapa mentuanya. Wajah tua itu kelihatan begitu mengharap pengertian daripada dia. Rasa bersalah pula jika dia membuatkan hati tua itu terguris dengan keengganannya. Lagipun, bapa mentuanya itu seorang lelaki yang baik. Tidak berhak dia memusnahkan harapan lelaki itu.
“Insya-ALLAH, pa. Kish akan cuba sedaya upaya.” putus Balkish akhirnya. Tidak sanggup dia hendak menolak permintaan bapa mentua yang baik seperti Tan Sri Hamdan.
Harriz angkat muka. Memandang wajah Balkish yang tenang di sisinya.
“Tapi sayang…”
“Takpelah, awak. Betul juga apa yang papa cakap. Apa kata kita curi hati mama secara perlahan-lahan. Kalau kita berpindah, itu hanya akan membuatkan hubungan saya dengan mama akan bertambah renggang. Awak tentu mahu hubungan saya dengan mama menjadi rapat kan?”
“Memanglah abang nak hubungan sayang dengan mama menjadi rapat. Tapi abang tak sampai hati dengar mama selalu sindir-sindir sayang dan cakap sayang yang bukan-bukan.”
“Takpelah. Saya anggap itu sebagai satu cabaran untuk saya. Mulai hari ini… saya akan cuba curi hati mama dan buat mama sayangkan saya.”
“Sayang yakin ke?” tanya Harriz ragu.
Balkish memejam sesaat matanya sambil mengangguk. Biarpun dia tahu susah untuk dia hendak mencuri hati Puan Sri Hanum yang memang tidak sukakan dirinya, namun dia akan mencuba.
Melihat anggukan pada kepala Balkish membuatkan Harriz menghela nafas. Jemari isterinya itu diraih. Hatinya disuntik rasa hiba melihat kesanggupan wanita itu untuk menawan hati mama yang keras.
“Kalau macam tu… kita berusaha sama-sama ye. Abang akan sentiasa sokong sayang dan ada di sisi sayang.” Putus Harriz.
Sekali lagi Balkish mengangguk. Bersyukur kerana Harriz sudi memahami. Lelaki itu, semakin hari semakin menyenangkan hati Balkish dengan sikap yang selama ini belum pernah Balkish lihat. Nampaknya, inilah wajah sebenar Harriz. Seorang lelaki yang begitu mengambil berat akan dirinya dan sentiasa sudi bertolak ansur dengannya. Dia bersyukur kerana ALLAH menemukan jodohnya dengan lelaki seperti Harriz. Semoga cintanya hadir buat suaminya itu.
Senyuman di bibir Tan Sri Hamdan melebar. Lega hatinya melihat kebahagian anak dan menantunya. Dia sering berdoa, semoga rumah tangga anak dan menantunya dilimpahi dengan kegembiraan dan kebahagiaan. Semoga hati Balkish mampu menerima Harriz dengan seikhlas hati suatu hari nanti. Amin…
Di dalam bilik berhawa dingin itu pula, kelihatan Puan Sri Hanum yang sedang melepaskan rasa marahnya. Sakit benar hatinya bila Harriz berkata hendak berpindah keluar dari rumah ini. Sedangkan dia telah pun membuat satu rancangan hendak menghalau wanita bernama Balkish itu dari rumah ini seterusnya daripada hidup Harriz. Jika mereka berpindah, maka musnahlah rancangan yang baru dirangkanya.
Pantas telefon bimbitnya dicapai. Nombor telefon Syarifah Ezora dicari lalu didail. Dia perlu menghubungi gadis itu. Tak perlu menunggu lama, panggilannya dijawab.
Hello…” Suara dari corong sana agak serak-serak basah. Nampak sangat suara orang baru bangun dari tidur.
Puan Sri Hanum mengetap bibir. Hisy… Ezora ni. Takkan masih tidur lagi? Dah pukul berapa ni tak bangun-bangun lagi? Selaju itu juga dia mengerling jam di dinding. Ketika itu jarum jam sudah menunjukkan angka 11.45 minit pagi. Eiii… budak ni!
Hello. Ezora… auntie ni. Ezora buat apa tu? Masih tidur lagi ke? Dah pukul berapa ni masih tak bangun-bangun lagi?” Geram pula Puan Sri Hanum dengan Syarifah Ezora.
Huarghhh…” selamba badak sumbu betina, Syarifah Ezora menguap. Dia mengenyeh-ngenyeh matanya yang masih mengantuk.
“Zora mengantuklah, auntie. Kenapa ni call Zora awal pagi?”
Awal pagi? Hisy… budak ni! Dah nak masuk tengahari dia kata pulak awal pagi.
Wake up, Ezora. Sekarang dah nak masuk tengahari tau. Bukannya awal pagi. Apa kena dengan Zora ni? Anak dara tak elok bangun sampai matahari terpacak atas kepala!” Disebabkan amarahnya yang masih bersisa, Puan Sri Hanum menghamburkan rasa geram pada Syarifah Ezora.
“Eh… auntie ni. Nak marah-marah Zora pula. Zora mengantuklah auntie. Semalam Zora temankan cousin Zora pergi shopping.” Gumam Syarifah Ezora. Geram dia dengan Puan Sri Hanum yang suka-suka meninggikan suara padanya. Mummy sendiri tak pernah tinggikan suara dekat aku! Eiii… nasib baiklah aku mama Harriz. Kalau orang lain sah sudah aku hamun!
“Auntie nak apa ni call Zora?” Tanyanya yang kurang senang disergah sedemikian oleh Puan Sri Hanum.
“Auntie nak jumpa Zora.”
“Jumpa? Why?” soal Syarifah Ezora yang masih lagi bersenang lenang atas katil. Semalam dia tidur lewat bukan kerana menemani cousinnya keluar bershopping. Sebenarnya dia pergi berhibur dengan sepupunya yang baru balik dari Australia. Disebabkan itulah dia bangun lambat. Tapi kalau tak tidur lewat pun, memang Syarifah Ezora suka bangun lambat. Itu sudah menjadi rutin harian hidupnya.
“Ada perkara penting yang perlu auntie bincangkan dengan Zora. Dahlah. Auntie takde masa nak cakap dekat telefon panjang-panjang. Zora bangun dan cepat bersiap. Kita jumpa dekat Pavilion. Bye.” Sepantas itu Puan Sri Hanum memutuskan talian. Perkara penting tidak boleh dibincangkan melalui telefon. Takut nanti ada pula yang terdengar perbualannya dengan Syarifah Ezora. Musnahlah rancangannya.
Tanpa membuang masa, Puan Sri Hanum terus sahaja bersiap.

******************************************************************************

“EIII… menganggu aku tidur ajelah auntie Hanum ni! Dahlah kepala aku pening lagi. Dia pulak nak bawa jumpa. Hisy… tak boleh nak tengok aku senang langsung!” rungut Syarifah Ezora. Dia mengeliat. Pusing ke kanan dan ke kiri. Kepalanya yang agak pening akibat penengan minuman keras yang diteguknya semalam dipicit-picit. Matanya dipejamkan semula. Namun itu hanya sesaat. Dia membuka semula matanya bila teringatkan kata-kata Puan Sri Hanum tadi.
Malas-malam Syarifah Ezora turun dari katil bersaiz king. Dengan kaki yang dihentak kasar akibat memberontak tidurnya yang diganggu itu, dia menuju ke bilik air. Mandi dan bersiap untuk berjumpa dengan Puan Sri Hanum.
Usai bersiap dan berpuas hati dengan penampilannya, Syarifah Ezora menapak turun ke bawah. Hatinya masih sakit bila dengan sewenang-wenangnya Puan Sri Hanum memberikan arahan kepadanya. Mujurlah dia kena berlakon baik depan wanita itu. Jika tidak… tak hingin dia berbaik-baik dengan Puan Sri seorang itu.
“Nak ke mana ni Ezora?” tanya Datin Syarifah Elina sebaik sahaja terpandangkan kelibat anaknya yang bersiap cantik itu. Ini tak lain tak bukan mesti pergi keluarlah ni.
“Zora nak keluar jumpa kawan mummy.” Bohong Syarifah Ezora. Dia memang tahu mummynya tak suka dia keluar berjumpa dengan Puan Sri Hanum. Bukankah mummy dengan Puan Sri Hanum sekarang sudah mengisytiharkan perang antara mereka. Jadi tidak hairanlah kalau mummy tidak suka dia berjumpa dengan Puan Sri seorang itu.
Mummy peliklah dengan Zora ni. Sejak akhir-akhir ni selalu sangat jumpa kawan. Siapa kawan Zora tu?”
Syarifah Ezora berdecit.
“Alaaa… mummy. Kawan Zora ni mummy tak kenallah. Dia baru balik dari Paris.” Bohong Syarifah Ezora lagi.
“Iye la tu. Remember Syarifah Ezora! I don’t want you to see Puan Sri Hanum again. Ingat sikit apa yang telah Harriz buat dekat Ezora. Mummy tak nak ada sebarang hubungan antara keluarga kita lagi. Cukup-cukuplah anak lelaki Puan Sri Hanum tu memalukan family kita sebelum ni. Kalau Ezora dah nak kahwin, ada ramai lagi lelaki dekat luar sana yang boleh dijadikan pilihan. Anak Syarifah Mastura si Syed Emer tu pun tak kurang hebatnya kalau hendak dibandingkan dengan Harriz. Kalau Ezora nak… hari ni jugak mummy berbincang dengan Syarifah Mastura.”
Mummy. Please… understand me. Ini bukan soal nak kahwin dengan orang lain. Tapi soal hati dan perasaan. Ezora sayangkan Harriz. Ezora cintakan Harriz. Ezora cuma nak jadi isteri Harriz dan bukannya Syed Emer. Tolonglah faham sikit. Takkan perkara semudah itu pun mummy susah sangat nak support Zora? Ezora tahu mummy sekarang tak baik dengan auntie Hanum. But… itu semua bukan urusan Zora. Apa yang Zora mahu… Zora mahu kahwin dengan Harriz” Syarifah Ezora sudah mula meninggikan suaranya.
Tadi moodnya spoil disebabkan Puan Sri Hanum. Sekarang ni mummy pula buat dia naik darah. Nampaknya hari ini bukan hari yang baik untuknya.
Watch your mouth, Syarifah Ezora! Jangan nak biadap dengan mummy. Sedar sikit dengan siapa Ezora bercakap!” Tengking Datin Syarifah Elina. Dia sudah bangun dari duduknya dengan wajah yang menyinga. Bengang benar dia bila dengar Syarifah Ezora berkata sedemikian. Macam dah takde lelaki lain dekat dunia ni yang hendak dicintainya. Lelaki berstatus ‘playboy’ itu juga yang dicintainya separuh mati. Sudahlah Harriz tidak sudi hendak berkahwin dengannya, masih lagi terhegeh-hegeh hendakkan Harriz.
“Ezora ni tak tahu malu ke? Harriz dah tolak cinta Zora mentah-mentah dengan berkahwin dengan perempuan lain. Zora pulak masih terhegeh-hegeh hendakkan dia. Mana rasa malu Zora hah? Ikutkan sangat kehendak Puan Sri Hanum tu!”
“Apa mummy ni? Kenapa nak marah-marah Ezora pulak? Dahlah. Ezora malas nak layan mummy. Mummy langsung tak faham keinginan Zora. Yupe! Memang Ezora nak jumpa auntie Hanum. Cuma auntie Hanum aje yang faham keinginan Ezora. Nak harapkan mummy? Huh… jangan haraplah. Ikut sangat perasan dan tindakan yang macam budak-budak itu.” Tanpa sebarang pamitan, Syarifah Ezora berlalu dengan api kemarahan yang meluap-luap. Wajahnya masam mencuka. Pelik benar dia dengan perangai mummynya kini. Suka sangat nak marah-marah. Jika dulu, mummy langsung tak pernah marahkan dia. Selalu menyokong apa yang dia mahukan. Tapi kini, mummy selalu sahaja membantah.
“Syarifah Ezora!” teriak Datin Syarifah Elina dengan lantang. Berang benar dia bila Syarifah Ezora terang-terangan melawan katanya. Anak itu semakin hari kian degil dan selalu saja mengingkari arahannya.
Syarifah Ezora tidak menghiraukan suara mummynya itu. Laju dia menonong menuju ke tempat letak kereta.
Enjin kereta Mercedes dihidupkan. Kemudian dia terus memecut meninggalkan perkarangan banglo indah milik keluarganya itu tanpa menghiraukan laungan mummy yang menghalang dia untuk pergi bertemu dengan Puan Sri Hanum. Belum pun sempat dia keluar dari jalan raya besar, tiba-tiba telefonya berbunyi. Dicapai telefon tersebut. Satu bunyi decitan keluar dari mulutnya ketika melihat nama si pemanggil.
“Ini lagi sorang! Tak boleh nak bersabar langsung!” bentak Syarifah Ezora sebelum talian dijawab. Wajahnya masam mencuka.
“Ezora kat mana dah ni?” tanya Puan Sri Hanum dari corong sana.
“Ezora on the way dah ni auntie.” Suaranya cuba dilunakkan. Sedangkan dalam hati dia sudah membebel marah dengan sikap tidak sabar Puan Sri Hanum. Namun demi Harriz, dia perlu juga bersabar dengan karenah Puan Sri Hanum yang kadang-kala merimaskan itu. Ikut hati, dia memang tidak dapat bersabar dengan sikap Puan Sri Hanum. Terpaksa saja dia buat-buat tahan.
“Okey. Kalau macam tu Ezora terus datang dekat sini. Auntie dengan Hanna tunggu Zora dekat Secret Resipi.”
“Okey!” Jawab Syarifah Ezora lalu memutuskan talian. Telefon bimbit yang sudah dimatikan di buang ke arah kerusi penumpang yang kosong di sebelahnya.

******************************************************************************

“HABIS  tu kita nak buat apa sekarang ni auntie? Takkan nak biarkan Harriz berpindah keluar bersama perempuan tu. Kalau macam tu… sia-sia ajelah rancangan yang baru kita rancang.” Rungut Syarifah Ezora. Muncungnya sudah panjang sedepa. Dia ingat, comel sangatlah agaknya tu buat muka begitu. Perasan!
Hisy… apa pulak nak pindah? Auntie tak izinkan perempuan tu bawak Harriz berpindah. Walau apa pun yang jadi, auntie pasti akan usahakan Harriz berkahwin dengan Ezora.”
Syarifah Ezora sudah kembali tersenyum mendengar kata balas daripada Puan Sri Hanum. Berbunga-bunga hatinya bila wanita itu memberikan harapan kepadanya.
Thank you, auntie. Zora sayang auntie sangat-sangat. Cuma auntie aje yang faham apa yang Zora inginkan. Nak harapkan mummy dengan daddy? Hurmppp… jangan haraplah. Asyik nak suruh Zora lupakan Harriz aje. Ingat senang ke nak lupakan orang yang kita sayang. Zora ni… sayang sangat dekat Harriz. Zora tak boleh nak hidup tanpa Harriz” mengada-ngada sungguh Syarifah Ezora berkata. Nada memujuk Puan Sri Hanum.
“Ye ke? Takpe… kalau diaorang tak support Zora, auntie sentiasa ada di sisi Zora. Dari dulu sampai sekarang, auntie memang suka sangat Zora jadi menantu auntie. Walaupun Harriz dah kahwin, tapi auntie still mahukan Zora sebagai menantu auntie.”
“Kalau macam tu ma. Cepat-cepatlah kahwinkan Ezora ni dengan Abang Riz.” Hanna sudah menyampuk. Geram benar dia mendengar cerita mama tadi. Kalaulah dia ada waktu itu, rasa sudah naik penamparnya ke wajah Balkish. Biar perempuan itu tahu tinggi atau rendahnya langit itu. Sedar diri sikit dekat mana dia berpijak. Suka-suka hati sahaja mahu mengajak abangnya berpindah keluar dari kediaman mereka. Bukannya Hanna tak tahu tujuan Balkish berbuat begitu. Mesti nak kaut keuntungan daripada harta abangnya. Dasar perempuan licik. Benar kata Zack, Balkish itu begitu licik perempuannya!
Mungkin Abang Harriz, papa dan Hanni boleh terpedaya dengan sikap alim yang Balkish tunjukkan depan mereka semua. Tapi bukan dia dengan mama. Hanna telah menceritakan segala-galanya pada mama. Siapa diri Balkish yang sebenar. Sudah tentulah mama bertambah benci Balkish bila mendapat tahu kebenaran yang sebenar. Siapa yang hendak bermenantukan perempuan mata duitan seperti itu? Silap hari bulan, setelah habis harta Abang Riz dikikisnya, dia cabut lari pulak.
“Kalau boleh… hari ni pun mama nak kahwinkan Ezora dengan Harriz. Tapi bukan semudah itu. Tahu ajelah perangai Harriz tu. Mana mungkin dia ikut cakap mama kalau dah gila sangat dekat bini dia tu.”
“Habis tu apa yang perlu kita buat? Takkan nak tunggu lama-lama perempuan tu ada kat rumah. Benci betullah Hanna tengok muka dia tu ma.” Hanna sudah tidak sabar hendak mengusir Balkish keluar dari rumah mereka.
Puan Sri Hanum mengangguk-angguk. Turut bersetuju dengan kata-kata anak kesayangannya itu. Ikut rasa hati dia pun sudah tidak sabar hendak mengusir Balkish keluar dari rumahnya. Tapi jika dia berbuat begitu, pasti Harriz akan keluar ikut isterinya sama. Kan ke anaknya itu sekarang ini tengah asyik dilamun cinta. Tentu saja kata-katanya tidak didengari.
“Kita kenalah bersabar sikit, Hanna. Kita kena buat sesuatu yang boleh membuatkan Harriz bencikan perempuan tu lalu membuang perempuan tu dari hidup dia dengan sendiri. Bila semua tu dah terjadi, barulah Ezora mainkan peranan dia untuk memikat hati Harriz pula. Mama yakin waktu tu Harriz pasti akan berkahwin juga dengan Ezora. Mama akan desak dia untuk terima Ezora”
“Tapi sampai bila kita nak tunggu, ma? Hanna dah tak tahan tengok muka perempuan tu lagi. Sakit hati Hanna ni tengok muka dia yang tunjuk baik tu tau.” Hanna sudah mahu memberontak. Kalau mama rasa tak boleh nak halau Balkish, biar dia saja yang lakukan perkara itu. Bencinya terhadap Balkish begitu menggunung.
I’m not sure about this… but you don’t worry sayang. Mama akan ikhtiar secepat mungkin untuk mengusir perempuan tu keluar dari rumah kita. Yang penting, kita kena bersatu hati untuk mengusir perempuan tu dari hidup Harriz. Ezora pulak jangan sesekali berputus asa.”
“Selagi auntie support Zora, Zora tak akan berputus asa. Harriz pasti akan jadi milik Zora.”
Puan Sri Hanum dan Hanna mengangguk-angguk. Selamanya mereka akan menyokong Syarifah Ezora. Cuma Syarifah Ezora yang layak berada disamping Harriz!

******************************************************************************

KHUSYUK sungguh nampaknya Balkish memerhati perilaku Harriz yang sedang berbual melalui telefon bersama kakaknya Hanis. Bukan main gembira lagi suaminya itu menerima panggilan daripada Hanis. Lagak macam dah setahun tidak bertemu. Sedangkan baru dua minggu lepas Hanis ada balik ke sini untuk menjenguk keluarga. Namun disebabkan hubungan Harriz dan Hanis yang rapat membuatkan dia kelihatan begitu gembira menerima panggilan daripada kakaknya itu. Siap bergelak ketawa lagi.
Inilah yang Balkish suka pada Harriz. Harriz sentiasa murah dengan gelak ketawa yang menghiburkan. Tawanya kedengaran ikhlas dan bukan dibuat-buat. Belum pernah Balkish lihat Harriz marah-marah sejak mereka bergelar suami isteri. Malah suaminya itu tidak lekang daripada sifat romantik dan kelakar. Pagi-pagi, sampai saja di ofis, Balkish pasti akan menerima mesej ringkas daripada Harriz. Bunyinya seperti ini, ‘I Love U My Sweet Princess’. Membuatkan Balkish tersenyum lebar sepanjang hari. Sampaikan Kak Norma mengatakan dia kini terkena penyakit angau. Hisy… Kak Norma. Tahu aje apa yang ada dalam hatinya kini. Cuma depan Harriz, Balkish buat-buat serius dan seperti tak rasa apa-apa perasaan terhadap lelaki itu. Sedangkan dalam hati, hanya ALLAH saja yang tahu getaran ini setiap kali Harriz datang dekat kepadanya.
Dia sendiri tidak sedar, sejak bila perasaan itu hadir. Cuma yang pasti, Harriz hadir tanpa diundang ke dalam hidupnya. Membuatkan dia rasa bahagia. Membuatkan dia mula teringatkan kata-kata Aleya dan Ella. “Tak elok benci-benci. Nanti lama-lama bertukar sayang. Hah… baru kau tahu tinggi rendah langit tu.” Begitulah kata Aleya dan Ella dulu bila dia acap kali menyuarakan kebencian terhadap Harriz. Ketika itu dia belum kenal siapa diri Harriz yang sebenar. Yang dia tahu cuma Harriz itu King Of The Crocodile. Kaki perempuan yang perlu dihidari. Kini dia sendiri sudah termakan dengan kata-kata sendiri bila dalam hati sudah hadir rasa sayang.
Namun… kisah lalu membuatkan Balkish takut untuk mengakui perasaannya itu. Tapi sampai bila dia harus membiarkan ketakutan menguasainya? Bukan semua kisah cinta itu sama. Sebuah keluhan kecil terbit dari bibirnya yang mungil.
Balkish menilik diri lelaki yang kini bergelar suaminya itu. Lelaki yang pernah dibenci. Selama ini dia selalu menafikan kehenseman milik Harriz di matanya. Sebenarnya dia memang tahu Harriz itu seorang yang hensem cuma dia sengaja tak nak mengaku. Takut dia menjadi salah seorang daripada perempuan-perempuan bodoh yang jatuh cinta kepada Harriz hanya kerana wajah lelaki itu sahaja. Balkish tidak mahu itu terjadi kepada dirinya. Disebabkan itulah dia berusaha untuk menghindari lelaki bernama Harriz Tan Sri Hamdan itu.
Namun sejak dia bergelar isteri Harriz, ada sesuatu tentang lelaki itu yang berjaya memikat hatinya. Harriz bukanlah seteruk yang dia sangkakan. Harriz berpegang pada janji. Tidak pernah memaksa dia menyerahkan sesuatu yang belum bersedia untuk dia berikan. Malah Harriz juga seorang yang begitu penyayang. Contohnya semalam. Bila terkenangkan kejadian semalam, Balkish jadi malu sendiri. Entah apa yang telah merasuknya sehinggakan dia merelakan diri berada dalam pelukan Harriz.
Balkish tersenyum. Hatinya mula berbunga cinta.
What? Cinta?
Balkish cuba menolak kenyataan itu. Namun ketika kata cinta itu terucap, jantungnya mula berdegup laju. Pantas dia meletakkan tangan hampir ke jantung.
Dup dap! Dup dap! Dup dap! Begitulah irama jantungnya ketika ini bila dia mengakui ada cinta dalam hati buat suaminya itu.
“Helo… sayang.” Harriz menguatkan volume suaranya. Tangannya dilayang-layang depan mata Balkish. Mengembalikan isterinya itu ke alam nyata.
“Hah?” Balkish tersentak.
“Wah… wah… wah… melamun pulak dia. Dah sampai ke mana sayang abang pergi ni? Bulan? Bintang? Atau ke hati abang?” usik Harriz. Hidung mancung Balkish dicuit.
Balkish ketap bibir. Wajahnya sudah merona merah. Tangan Harriz yang mencuit hidungnya ditepis. Jantungnya bergetar hebat.
“Hah… ni mesti melamun fikir pasal abang yang hensem lagi macho ni kan?” tebak Harriz sambil memuji diri sendiri. Bibirnya sudah tersungging senyuman nakal.
“Eiii… tolonglah. Perasan.” Tepis Balkish. Mata dijulingkan ke atas. Tak sudah-sudah dengan perasan dia tu.
Harriz ketawa suka. Punggung dilabuhkan di atas kerusi rotan bersebelahan dengan Balkish, menghadap kolam renang yang tenang.
“Kak Nis kirim salam.”
“Walaikumsalam.” Jawab Balkish. Sepanjang usia perkahwinannya dengan Harriz, hanya beberapa kali sahaja Balkish berkesempatan bertemu dan bersembang dengan Hanis. Orangnya baik dan mudah mesra. Balkish senang dengan Hanis.
“Minggu depan sambutan hari lahir Adam yang ke lima tahun. Kak Nis jemput kita datang. Nanti kita pergi sama ye.”
Balkish hanya mengangguk. Tentulah dia akan pergi. Dia pun sudah lama tidak berjumpa dengan Adam. Rindu rasanya dengan gelagat Adam yang sering mempamerkan aksi malu-malu kucing setiap kali berdepan dengannya itu.
“Sayang.” Panggil Harriz tiba-tiba. Romantik pula bunyi suaranya. Meremangkan bulu roma Balkish.
“Hmmm…” hanya itu bunyi yang keluar dari mulut Balkish.
“Bila ek kita ada anak macam Adam. Abang teringin nak ada anak bersama sayang.”
Ayat spontan Harriz itu buat Balkish mengetap bibir ketat-ketat. Wajahnya sudah membahang. Hisy… lelaki ni! Tiba-tiba pulak cakap macam tu. Buat malu aku pulak. Tanpa membalas kata Harriz, Balkish pantas bangun dari duduknya. Daripada Harriz semakin jauh melalut, daripada wajahnya semakin panas dek kata-kata Harriz, baik dia pergi dari situ. Tolong Kak Moon buat kerja dapur lagi baik daripada melayan suaminya yang sudah mula naik miang itu.
Lagi pula, ibu mentuanya tiada. Jadi senanglah untuk dia bergerak bebas menolong Kak Moon buat kerja-kerja dapur. Entah ke mana ibu mentuanya itu pergi? Tadi selepas Puan Sri Hanum membangkang keras niatnya dengan Harriz yang ingin berpindah ke kondominium milik suaminya itu, ibu mentuanya it uterus beredar. Masam saja wajahnya ketika keluar dari rumah. Hinggakan teguran Tan Sri Hamdan langsung tidak dihiraukan. Hmmm… marah benar nampaknya ibu mentua aku tu. Bisik hati kecil Balkish.
“Sayang nak ke mana tu? Abang belum habis cakap lagilah.”
“Saya nak ke dapur. Tolong Kak Moon lagi bagus dari layan awak merapu.”
“Aik? Abang seriuslah sayang. Takkan sayang tak nak anak dengan abang yang hensem lagi macho ni. Rugi tau.” Dihujung katanya, Harriz ketawa kuat.
Balkish mencebik. Geram benar dia dengan Harriz. Pantas dia mengatur langkah dengan laju.

Bila lagu cinta
bergema

~35~

Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu.

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisa
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja

……………………………
                                                               
                 Nirwana – Sudah cukup sudah

DARI tadi mata Batrisya asyik melirik ke arah beg hitam milik Eidham yang terletak di atas sofa dalam bilik tidur mereka. Entah kenapa hatinya seolah-olah terpanggil untuk membuka beg hitam tersebut. Rasa seperti ada sesuatu di dalam beg hitam itu yang menyebabkan Eidham tidak pernah berenggang dengan beg tersebut sejak kebelakangan ini. Pelik sungguh dia. Malah tadi Eidham ada menghubunginya. Bertanya sama ada beg hitamnya tertinggal di rumah ataupun tidak. Bila dia kata beg tersebut ada di sini, laju pula Eidham memberi pesanan supaya dia jangan mengusik beg tersebut. Ada dokumen-dokumen penting yang berada di dalam beg itu kata Eidham. Namun, nada Eidham itu seolah-olah mengatakan ada satu rahsia yang terdapat di dalam beg hitam itu yang dia sembunyikan daripada pengetahuan Batrisya.
Batrisya menggigit bibir. Rasa ingin tahu kian melonjak-lonjak. Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh suaminya di dalam beg tersebut. Apatah lagi sejak kebelakangan ini dia dapat melihat dengan jelas perangai Eidham yang semakin berubah. Kian dingin terhadapnya dan rumah tangga mereka. Eidham kerap menghabiskan masa dengan kerja-kerja berbanding dirinya. Malah tiada lagi layanan istimewa yang Eidham berikan kepadanya seperti dulu.
“Buka ajelah Risya. Bukannya Eidham tahu pun kalau kau buka. Dia bukannya ada kat sini pun.” Ada satu suara datang berbisik. Menghasut Batrisya untuk membuka beg hitam tersebut.
“Tapi…” Batrisya masih ragu-ragu.
“Dah. Tak payah nak bertapi-tapi. Buka aje. Lagipun manalah tahu dalam beg hitam itu ada rahsia yang Eidham sembunyikan selama ini daripada pengetahuan kau. Mana tahu dia ada perempuan lain.” Suara hasutan syaitan semakin galak menyuruh Batrisya membuka beg tersebut.
Batrisya pejam mata. Cuba menghalau suara halus yang datang berbisik. Tak mungkin Eidham ada perempuan lain. Eidham sayang aku. Batrisya memujuk diri sendiri.
“Sayang tak bermaksud dia tak boleh berlaku curang di belakang kau. Lagipun kau sendiri nampakkan perubahan Eidham sejak kebelakangan ini? Macam ada sesuatu yang dia sembunyikan daripada kau. Buka ajelah. Dapat juga kau tau siapa perempuan tu!” Suara itu menghasut lagi.
Batrisya menggigit bibirnya lagi. Perempuan? Dia menggeleng-geleng. Tidak sanggup andaikata Eidham ada perempuan lain selain daripadanya. Perlahan-lahan dia melangkah kea rah sofa. Punggungnya dilabuhkan bersebelahan dengan beg hitam milik Eidham. Dengan cermat, dia mengambil beg tersebut. Hatinya masih teragak-agak sama ada mahu membuka atau pun tidak.
“Kau tunggu apa lagi Risya? Buka ajelah. Sampai bila kau nak berteka-teki dengan sikap suami kau sendiri? Kat dalam ni ada jawapan untuk teka-teki kau selama ni.” Hasut sang syaitan lagi. Dah memang tugas syaitan itu untuk menghasut cucu cicit Nabi Adam. Selagi syaitan tak berjaya, selagi itulah ‘dia’ terus mencuba sehingga cucu cicit Nabi Adam tersungkur.
Pantas, tanpa berlengah lagi Batrisya terus membuka beg hitam suaminya itu. Benar juga. Bukannya Eidham nampak dan tahu dia menyelongkar beg hitam ini. Kan sekarang ini Eidham berada di Kota Kinabalu untuk menghadiri perbicaraan clientnya di sana.
Satu persatu isi di dalam beg hitam tersebut dibuka. Tiada apa-apa yang mencurigakan. Semua kertas berkaitan dengan kerja sahaja. Mungkin benar kata Eidham, beg ini menempatkan kertas-kertas kerjanya.
Tiba-tiba tangan Batrisya mencapai sampul surat bersaiz sederhana besar. Dahi Batrisya berkerut. Sampul surat yang agak tebal itu dibelek-belek.
“Sampul apa pulak ni?” dia bertanya pada diri sendiri. Dahinya sudah berkerut-kerut. Perlahan, dia membuka sampul bewarna putih itu. Ketika itu entah kenapa getar pada jantungnya kian berdegup dengan laju. Rasa seolah-olah di dalam sampul putih itu terdapat suatu rahsia yang disembunyikan oleh suaminya selama ini daripada pengetahuannya.
“Bismillah…” Itulah ucapan yang keluar dari mulut Batrisya ketika menarik keluar isi di dalam sampul tersebut. Dan ketika isi di dalam sampul tersebut di tarik keluar, Batrisya rasa dia begitu sukar hendak bernafas. Kalaulah matanya ada spring, tentu sudah tertonjol keluar dek melihat gambar yang tertera dalam sampul tersebut.
Satu persatu gambar-gambar itu diperhatikan. Dia mula rasa tidak sedap hati bila melihat kepingan-kepingan gambar milik Balkish yang berada di tangannya kini. Semua gambar ketika Balkish masih bersekolah menengah. Dan bila tangannya berhenti pada satu gambar, Batrisya rasa sukar hendak bernafas. Gambar Balkish bersama Eidham sedang tersenyum mesra dan kelihatan begitu bahagia sekali. Biarpun dalam gambar itu tiada aksi sentuhan, namun sudah cukup mengambarkan situasi hubungan di antara kedua mereka. Nukilan yang terdapat di belakang gambar itu juga membuatkan dia berdebar hebat. ‘Forever Us’, begitulah bunyi ayat di belakang gambar tersebut.
Tanpa sedar, airmata Batrisya merembes keluar dengan laju. Hatinya hancur ketika itu juga. Dia tidak menyangka selama ini suaminya punya hubungan dengan adik yang paling disayanginya. Paling dipercayai dan dikasihi di dalam dunia ini. Dalam rasa sedih dan kecewa, timbul rasa marah dan benci buat Balkish dan Eidham. Batrisya rasa dikhianati oleh dua orang insan yang terlalu disayangi.
“Sampai hati abang dengan Kish mainkan perasaan Risya. Risya benci abang dengan Kish! Risya benci!!!” Teriak Batrisya kuat. Kemudian dia tersedu-sedan. Gambar-gambar yang terdapat di tangan dibuang hingga berselerak di atas lantai. Hancur hatinya melihat gambar-gambar tersebut.
Batrisya menangis. Lutut didekatkan pada dada. Dia menangis semahu-mahunya. Hatinya hancur luluh dengan gambar-gambar yang baru ditemuinya itu. Dia benar-benar tidak menyangka adik dan suami sanggup mengkhianati dirinya. Dia rasa dipermainkan!
“Risya? Risya?” panggilan dan ketukan ibu pada muka pintu yang tertutup rapat langsung tidak dihiraukan. Batrisya terus menangis.
“Risya… kenapa ni sayang? Kenapa Risya terjerit-jerit? Sayang, buka pintu ni. Apa dah jadi? Cuba cakap dekat ibu.” suara Hajah Badariah kedengaran lagi. Cemas bunyinya. Dia terkejut mendengar jeritan Batrisya yang bergema mengisi ruangan rumah. Bergegas dia berlari ingin mendapatkan Batrisya. Namun pintu bilik anaknya itu berkunci membuatkan dia tidak dapat menerjah masuk ke dalam.
Tiada jawapan daripada Batrisya. Hanya suara tangisannya sahaja yang kedengaran. Membuatkan Hajah Badariah semakin cemas.
“Risya… buka pintu ni sayang. Kenapa ni? Cuba cakap dekat ibu.”
“Kenapa ni Riah? Apa kena dengan Risya?” Hajah Bedah yang baru muncul menegur. Cermin mata yang hampir melurut jatuh dari batang hidung ditolak naik.
“Entahlah mak. Riah sendiri tak tahu apa dah jadi.”
“Dah. Biar mak yang cuba panggil dia.”
Hajah Badariah memberi sedikit ruang kepada ibu mentuanya. Hatinya masih dipagut rasa resah bila tangisan Batrisya semakin kedengaran. Dia yakin pasti ada sesuai yang berlaku kepada anak kesayangannya itu. Jika tidak, takkan sebegini kuat Batrisya menangis.
“Risya… buka pintu ni. Kenapa ni? Cuba bawa bertenang. Cakap dekat ibu dengan tok mak apa yang dah jadi. Buka pintu ni sayang.” Lembut Hajah Bedah memujuk cucu kesayangannya itu. Pintu bilik diketuk-ketuk.
Batrisya yang berada di dalam langsung tidak menjawab. Hanya tangisan yang mampu diluahkan.
“Macam mana ni mak? Riah risaulah dengan Risya tu. Dia langsung tak nak buka pintu. Asyik menangis aje.” Hajah Badariah memuntahkan kerisauan di hati.
Hajah Bedah menghela nafas.
“Biarkanlah dia bertenang dulu. Nanti-nanti bila dia dah tenang, dia buka la pintu ni.”
“Tapi mak… Riah risaulah. Batrisya tu tak pernah berkelakuan seperti ini sebelum ni. Riah takut Risya buat perkara yang tak elok.”
Hajah Bedah menggeleng-geleng. Dia kenal Batrisya. Anak itu walaupun kadang-kala melawan katanya disebabkan terlalu menyayangi Balkish, namun dia yakin cucu kesayangannya itu tidak akan buat perkara yang kurang bijak. Batrisya diberi didikan agama yang cukup. Masakan dia tergamak melakukan sesuatu yang ditegah oleh agama.
“Dahlah Riah. Mak percaya yang Risya tak akan buat perkara yang tak elok. Biarkan ajelah dia tu. Bagi dia bertenang dulu. Nanti bila dia dah bertenang baru kita tanya apa yang dah jadi. Kamu janganlah risau sangat.”
“Tapi…”
“Dahlah. Meh tolong mak masukkan benang kat jarum. Mak nak menjahit ni.”
Mahu tak mahu, Hajah Badariah terpaksa akur dengan kata-kata ibu mentuanya itu. Dalam kerisauan yang masih bersarang, dengan berat hati dia berlalu dari situ. Membuntuti langkah Hajah Bedah yang sudah menuruni anak tangga untuk turun ke bawah.

******************************************************************************

BATRISYA terbaring lemah di atas katil. Tangisannya walaupun telah sudah tidak kedengaran lagi, namun dia masih tersedu-sedan. Hatinya terluka dek perbuatan suami dan adiknya sendiri. Dia benar-benar rasa tertipu. Ketukan ibu yang bertalu-talu memanggilnya di luar bilik juga langsung tidak dihiraukan. Dia ingin bersendirian buat sementara waktu.
            Lagipun dia yakin andai kata dia membuka pintu, pasti bertubi-tubi soalan yang akan ditanya olah ibu dan tok mak. Dia belum bersedia mahu bercerita semua ini. Hatinya masih belum tenang dan dia perlu menenangkan diri sebelum mengambil keputusan mengenai perjalanan hidupnya bersama Eidham.
            Tiba-tiba air mata Batrisya mengalir lesu. Hatinya pedih umpama dihiris belati tajam mengenangkan kebenaran itu.
Kenapa aku bodoh sangat? Kenapa aku tak nampak yang selama ini Abang Eid sukakan Balkish. Pasal tu… Abang Eid tak pernah gembira sejak Balkish berkahwin. Abang Eid tak pernah tersenyum waktu majlis pernikahan Balkish dan Harriz. Ahhh… kenapa aku tak perasan semua tu? Kenapa aku boleh jadi buta tak nampak cinta dalam mata Abang Eid untuk Kish? Kenapa? Bertalu-talu Batrisya menyoal dirinya sendiri. Kala ini dia merasakan dirinya begitu bodoh kerana tidak nampak semua itu.
Mungkin… perkahwinan Kish dengan Harriz pun sebab Kish mahu mengaburi mata aku. Fikir Batrisya.
“Sampai hati abang khianati Risya. Sampai hati Kish bohongi akak.” Sekali lagi ucapan yang sama meniti keluar dari bibir Batrisya. Hati yang terluka membuatkan membenci Balkish dan Eidham. Dua insan yang terlalu disayanginya.
Air mata berlinangan membasahi pipi. Sudah basah sarung bantal berwarna biru gelap itu dek air mata Batrisya yang mengalir sejak dari tadi. Matanya kembali menyorot pada kepingan-kepingan gambar Balkish yang masih bertaburan di atas lantai. Pedih sungguh rasa luka di hatinya ketika melihat gambar-gambar itu. Ketika itu, dia terlihat ada sehelai kertas yang tersembunyi disebalik kepingan-kepingan gambar Balkish. Dahinya berkerut. Kertas apa tu?
Lambat-lambat Batrisya bangun dari pembaringan. Menapak perlahan ke arah kepingan-kepingan gambar adiknya yang bertaburan. Dia yakin kertas yang terlipat kemas disebalik gambar-gambar Balkish itu adalah sepucuk surat. Pantas dia mencapai surat yang terlipat kemas. Berbekalkan sedikit kekuatan yang ada, lipatan surat itu dibuka perlahan-lahan. Surat yang telah terbuka dibaca isi kandungannya.

Dear… Balkish ku sayang.

Assalammualaikum…

Terlebih dahulu Abang Eid memohon maaf kepada Balkish dengan kehadiran surat ini. Bukan maksud Abang Eid hendak melukakan hati Kish. Namun semua ini adalah ketentuan Ilahi terhadap kita. Abang Eid harap, Kish sudi menerima takdir cinta kita berdua.
Kish, Abang Eid tahu cinta Kish terhadap Abang Eid begitu suci. Bukan salah Kish, tapi semua ini sudah ditentukan dalam hidup kita semua. Abang Eid rasa berdosa kerana telah mengkhianati janji-janji Abang Eid terhadap Kish. Namun Abang Eid adalah manusia biasa. Tidak lepas daripada buat kesilapan dan hidup ini.
Kish… maafkan Abang Eid. Abang Eid terpaksa putuskan hubungan kita. Sudah ALLAH tetapkan jodoh Abang Eid bersama Batrisya. Sejak berada di sini, hubungan Abang Eid dengan Batrisya kian intim. Dan tanpa sedar, Abang Eid terlanjur menyintai Batrisya. Abang Eid terlalu menyayanginya dan ingin membina hidup berumah tangga bersamanya. Benar kata Kish dulu, Batrisya seorang wanita yang istimewa. Mungkin disebabkan keistimewaan itulah Abang Eid jatuh cinta padanya. Abang Eid tidak berdaya hendak melawan perasaan yang hadir buatnya.
Berat rasa hati Abang Eid mahu melepaskan Kish, namun Abang Eid terpaksa membuat pilihan demi cinta Abang Eid terhadap Batrisya. Abang Eid sedar tak sepatutnya Abang Eid buat Kish begini. Bukan mudah untuk Abang Eid mengambil keputusan ini Kish. Abang Eid tidak mahu melukakan hati Kish yang selama ini Abang Eid kasihi. Namun, dalam hati Abang Eid kini hanya ada nama Batrisya seorang. Malah, Abang Eid telah melamar Batrisya dan berjanji akan mengambil dia sebagai isteri Abang Eid yang sah.
Maafkan Abang Eid, Kish. Abang Eid tahu kehadiran surat ini bisa menghiris perasaan Kish. Bukan Abang Eid tidak sayangkan Kish, cuma perasaan cinta itu sudah lama mati. Dan bila Abang Eid fikirkan, Abang Eid yakin perasaan Abang Eid terhadap Kish selama ini bukanlah perasaan seorang kekasih kepada kekasihnya. Sebaliknya perasaan seorang abang kepada adiknya. Abang Eid tahu Abang Eid kejam kerana membuatkan hati Kish terluka. Tapi percayalah… ada insan lain yang telah ditakdirkan untuk bersama Kish suatu hari nanti.
Doakan kebahagian Abang Eid bersama Batrisya. Abang Eid juga sentiasa doakan kebahagian Balkish. Maafkan Abang Eid sekali lagi.

Salam Maaf,
Eidham

Linangan airmata Batrisya mengalir dengan laju ketika membaca isi kandungan surat itu. Batrisya yakin surat yang berada di tangannya itu adalah surat suaminya kepada Balkish. Mungkin juga surat itu Eidham tulis sewaktu mereka mula bercinta dulu. Atau mungkin ketika mereka telah mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Tapi surat itu tidak jadi dipos kerana Eidham masih berbolak-balik dengan perasaannya sendiri. Itulah yang bermain dalam fikiran Batrisya.
Matanya dipejam rapat-rapat. Surat bersaiz kertas kajang A4 itu dibawa dekat ke dada yang semakin rasa sesak. Tiba-tiba Batrisya dipukul rasa bersalah terhadap Balkish. Sangkanya Balkish yang telah mengkhianatinya kerana berhubungan dengan Eidham. Namun dia silap. Sebenarnya dialah yang telah menjadi pengkhianat di antara cinta Balkish dan Eidham. Dialah orang ketiga yang telah merosakkan kebahagian mereka berdua. Dia perampas! Perampas kebahagian adik sendiri.
Rasa ingin sahaja dia menjerit sekuat hati. Ingin melepaskan apa yang terbuku dalam hatinya ketika ini yang semakin menyesakkan perasaa. Dia dihimpit rasa bersalah dan berdosa terhadap Balkish. Sesak rasa dadanya menahan perasaan kecewa yang membendung jiwa kerana begitu tegar merebut cinta adik kandung sendiri. Adik yang terlalu disayanginya. Dia ingin melihat Balkish bahagia, tapi tidak disangka dialah punca Balkish semakin derita.
Namun ditahan jeritan itu daripada bergema memenuhi segenap ruang rumah. Dia tidak mahu mengejutkan ibu dengan tok mak pada waktu sebegini. Dia tahu ibu dengan tok mak tengah risaukan keadaannya yang tidak keluar-keluar sejak dari siang tadi. Bukan dia sengaja mahu membuat hati kedua wanita itu menjadi risau, tapi dia mahu bersendirian buat seketika.
“Kenapa Kish tak bagitau kakak selama ni yang Kish bercinta dengan Abang Eid? Kenapa Kish benarkan kakak jadi perampas kepada kebahagiaan Kish? Kenapa Kish? Kenapa benarkan akak jadi perampas?!” bertalu-talu Batrisya menyoal dengan suara yang sudah tersedu-sedan. Soalan yang hanya Balkish seorang sahaja dapat memberi jawapan kepadanya.
Tangisan yang ditahan menyebabkan dada Batrisya kian sesak. Lantas dia rebah di atas lantai dengan mata yang terpejam rapat. Seluruh tubuhnya terasa lemah dan dia sudah tidak sedar apa-apa lagi.

******************************************************************************

SUDAH banyak kali Eidham menelefon. Namun tiada satu panggilan pun yang dijawab. Ini membuatkan dia semakin dipagut rasa resah. Kenapa Batrisya tidak menjawab panggilannya? Dan kali ini bila dia mencuba lagi, telefon telah pun dimatikan.
Eidham mengeluh. Tubuhnya yang sasa tidak berbaju itu dihempaskan di atas katil. Bilik hotel yang dingin langsung tidak mendinginkan hatinya yang kian gelisah. Macam-macam yang berada di dalam fikirannya ketika ini. Kebisuan Batrisya dan beg hitam yang tertinggal di rumah. Entah-entah Batrisya bisu sebab dah tahu isi kandungan yang berada di dalam beg tersebut.
Ah… ini tak boleh jadi! Kenapa hati aku rasa macam ada sesuatu yang berlaku di rumah? Betulkah apa yang aku fikirkan? Pantas Eidham bangun dari pembaringan. Telefon bimbit didail sekali lagi. Kali ini dia nekad hendak menghubungi ibu mentuanya untuk bertanyakan perihal Batrisya.
Beberapa kali dia cuba mendail, namun telefon bimbit ibu mentuanya juga tidak berjawab. Ini membuatkan Eidham semakin gelisah. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menelefon rumah.
Hanya tiga kali deringan, panggilan dijawab.
Hello. Assalammualaikum. Kak Gaya ke?”
“Walaikumsalam. Iye… Kak Gaya ni.” Sahut Kak Gaya dengan nada yang agak cemas.
“Kak Gaya, ini Eid. Emmm… Risya ada tak? Eid call banyak kali kat handphone dia, tapi tak berjawab. Boleh Kak Gaya tolong panggilkan Risya? Eid nak cakap dengan dia.”
“Encik Eid… errr… Puan… Puan Risya takde.” Tergagap-gagap Kak Gaya menjawab.
“Risya takde?” sempat Eidham mengerling jam di tangan. Sudah pukul sepuluh dua puluh minit malam. Ke mana pula perginya isterinya itu waktu-waktu seperti ini?
“Risya ke mana Kak Gaya?”
Errr… errr… se… sebenarnya Puan Risya kena tahan dekat hospital Encik Eid.”
What? Risya kena tahan masuk hospital? Kenapa dengan Risya Kak Gaya? Dia sakit ke?” Eidham sudah mula cemas. Terperanjat sungguh dia bila mengetahui isterinya berada di hospital.
“Emmm… susahlah nak cakap Encik Eid. Nanti Encik Eid pulang Encik Eid tanyalah sendiri dekat Puan Hajah. Kak Gaya tak tahu macam mana nak cakap. Kak Gaya ni cuma pembantu rumah kat sini. Tak elok Kak Gaya yang cakap lebih-lebih.” Tutur Kak Gaya. Iya la, dia hanya pembantu rumah dekat situ. Jadi lebih baik Hajah Badariah atau Hajah Bedah saja yang bercakap dengan Eidham. Siapalah dia hendak menceritakan apa yang telah terjadi kepada Batrisya. Nanti dia dikata melebih-lebih pulak.
Hati Eidham kian dirundung kerisauan yang tidak bertepi. Kata-kata Kak Gaya seolah-olah mengatakan ada perkara buruk telah berlaku hingga membuatkan Batrisya di tahan di hospital.
“Kalau macam tu tak mengapalah Kak Gaya. Nanti Eid call ibu.” Ujar Eidham yang sudah dilanda kerisauan. Risau andai ada perkara buruk yang menimpa isterinya itu.
“Baguslah kalau macam tu Encik Eid. Encik Eid telefonlah puan hajah sendiri bertanyakan keadaan Puan Batrisya.”
“Iye la Kak Gaya.”
“Oh ya… bila Encik Eid balik ke sini?” Sempat Kak Gaya bertanya.
“Esok pagi saya masih ada perbicaraan yang perlu saya selesaikan. Insya-ALLAH kalau tak ada apa-apa halangan, petang baru saya berangkat balik.”
“Iye la kalau macam tu.”
“Takpelah Kak Gaya. Saya nak cuba call ibu kejap. Nak tanya pasal Risya. Assalammualaikum.”
“WAalaikumUsalam.”
Sebaik saja perbualan dengan Kak Gaya dimatikan, Eidham pantas mendail pula nombor telefon bimbit ibu mentuanya. Namun seperti tadi, panggilannya langsung tidak dijawab.
Eidham mendecit. Dia tidak tahu kenapa ibu enggan menjawab panggilannya. Mungkin ibu tidak dengar atau mungkin juga ibu sengaja tidak mahu menjawab panggilan? Eidham buntu. Dia tidak tahu dengan siapa lagi dia perlu bertanyakan perihal Batrisya. Hatinya kian risau bila mengenangkan isterinya itu terlantar di hospital. Apa sudah jadi pada Batrisya? Jika bukan kerana dia masih ada perbicaraan untuk pagi esok, mahu saja dia berangkat pulang malam ini juga. Keadaan Batrisya benar-benar membuatkan dia jadi tidak menentu.
Ya ALLAH… lindungilah isteriku.

******************************************************************************

HAJAH BADARIAH hanya memerhatikan saja panggilan yang dibuat oleh menantunya itu. Tiada hati dia hendak menjawab panggilan daripada Eidham. Hatinya sakit dan hancur. Disebabkan Eidham, Batrisya pengsan tidak sedarkan diri. Sangkanya bila Balkish sudah berkahwin, Eidham akan berputus asa untuk meraih kembali cinta Balkish. Nyata dia silap. Semakin hari Eidham bagaikan orang gila talak.  Terus memikirkan Balkish dan meminggirkan Batrisya dari hidupnya.
Dia tahu Batrisya pasti tertekan melihat gambar-gambar Balkish yang berada dalam simpanan Eidham. Sebab itulah anaknya itu tidak sedarkan diri. Mujurlah Umar ada. Dengan bantuan Umarlah pintu bilik Batrisya dapat dibuka. Terpaksa dipecahkan kerana dia sudah terlalu risaukan anaknya itu. Dan bila pintu sudah dapat dibuka, alangkah terkejutnya dia melihat tubuh Batrisya yang longlai di atas lantai bersama sekeping surat dan kepingan-kepingan gambar milik Balkish yang bertaburan di atas lantai. Ketika itu tahulah dia bahawa Batrisya sudah mengetahui keadaan yang sebenar.
Hajah Badariah meraup wajahnya. Menunggu doktor yang merawat Batrisya keluar dari bilik rawatan. Dan bila pintu terbuka, cepat-cepat dia mendapatkan doktor perempuan yang merawat anaknya itu.
“Macam mana keadaan anak saya doktor?” tanyanya inginkan kepastian. Risau sungguh dia melihat keadaan Batrisya yang lemah tidak bermaya ketika di bawa ke hospital tadi. Hatinya tersentuh melihat keadaan satu-satu anak yang dia miliki itu.
Hajah Bedah turut bangun dari duduknya sambil menghampiri doktor muda berkaca mata itu.
“Puan jangan risau. Saya dah beri suntikan pada anak puan. Anak puan tak ada apa-apa, cuma dia berada dalam keadaan yang tertekan sehingga membuatkan badannya jadi lemah dan jatuh pengsan.” Terang doktor wanita bernama Doktor Amira itu. Manis sungguh orangnya.
“Boleh saya jumpa anak saya doktor?”
“Boleh. Tapi tolong jangan kejutkan dia. Biar dia tidur dan berehat.”
Hajah Badariah mengangguk-angguk. Setelah doktor berlalu, dengan pantas dia meluru masuk ke dalam bilik yang menempatkan Batrisya. Sayu hatinya melihat keadaan Batrisya yang terbaring lemah di atas katil hospital.
Punggung dilabuhkan atas kerusi berdekatan dengan katil. Jemari Batrisya disentuh dan dielus penuh kasih. Sayu benar hatinya melihat keadaan Batrisya. Tumpah air matanya melihat anak kesayangannya yang kelihatan pucat tidak bermaya.
“Ini semua perempuan tak guna tu punya pasal. Sebab dia Risya jadi macam ni sampai masuk hospital. Dasar anak perempuan perampas! Tak sudah-sudah nak menyusahkan keluarga aku.” Rungutan tok mak mulai kedengaran mengisi ruang bilik yang sunyi-sepi. Sedari tadi tok mak tidak putus-putus menyalahkan Balkish dengan apa yang terjadi ke atas Batrisya. Bagi tok mak, Balkish adalah punca segala-galanya permasalahan selama ini.
“Kalau bukan sebab dia, tentu Risya tak akan jadi macam ni. Perempuan tu memang pembawa sial untuk keluarga kita. Sampai bila-bila pun aku tak akan mengaku dia tu keturunan aku!” Rungutnya lagi melepaskan amarah terhadap Balkish.
Tok mak memang begitu. Apa saja yang berlaku ke atas keluarganya, pasti dia akan menyalahkan Balkish. Seolah-olah Balkish itu adalah pembawa malang dalam keluarga mereka.
“Mak… sudahlah tu. Tak guna kita asyik salahkan Kish. Kish tak tahu apa-apa pun.” Akhirnya Hajah Badariah bersuara. Letih dia asyik mendengar bebelan ibu mentuanya yang tidak henti-henti hendak menyalahkan Balkish. Dia tengah risaukan Batrisya, ibu mentuanya pula asyik membebel marahkan Balkish.
Mencerlung mata Hajah Bedah memandang menantunya. Inilah kali pertama dia mendengar menantunya itu berkata sebegitu. Nampak seolah-olah menyebelahi Balkish pula.
“Sejak bila Riah pandai sebelahkan perempuan tu? Riah… sedar sikit. Pasal perempuan tu keluarga kita jadi macam ni. Pasal dia Risya terlantar kat hospital ni. Dia dengan mak dia sama aje. Dua-dua menyusahkan. Dua-dua dasar perempuan perampas!” bentak Hajah Bedah dengan raut muka yang menyinga. Pantang benar dia jika ada sesiapa yang menyebelahi Balkish. Disebabkan itulah sampai ke hari ini hubungannya dingin dengan Haji Dollah, abang longnya. Dia tak suka bila Haji Dollah menegurnya berkaitan dengan Balkish. Konon tak elok dia buang Balkish dalam keluarga sendiri sedangkan Balkish itu merupakan cucu kandungnya.
Huh! Sampai mati pun aku tak akan mengaku perempuan tu cucu aku.
“Dahlah tu mak. Riah tak nak dengar lagi semua tu. Yang penting sekarang kesihatan Risya. Tak guna kita nak ungkit perkara dah lepas.” Balas Hajah Badariah. Masih cuba berlembut dengan ibu mentuanya itu. Air matanya berlinangan ke pipi.
Hajah Bedah mendengus. Sakit hatinya bila Hajah Badariah menyebelahi Balkish.
“Memang dah berlalu Badariah. Tapi sampai bila-bila pun mak akan ingat apa yang terjadi ke atas keluarga kita. Mungkin Riah dah lupa apa yang kawan baik Riah tu dah buat pada rumah tangga Riah. Dia rampas Borhan dari Riah dan Risya. Dia musnahkan rumah tangga Riah dengan Borhan. Riah pulak senang-senang nak lupakan semua tu. Riah… sedar sikit! Sebab perempuan tu Borhan mati. Borhan tinggalkan kita semua.” Lantang suara tok mak. Air mata mula bergenang di kolam matanya. Borhan satu-satu anak yang dia ada. Namun anak itu dirampas oleh perempuan yang paling dibencinya. Tidak mungkin semudah itu dia menerima darah daging perempuan yang telah memusnahkan kebahagiannya.
“Mak tolonglah! Riah tak nak dengar lagi semua tu!” Tegas Hajah Badariah bersuara. Suaranya sudah melengking tinggi. Sama lantang dengan suara Hajah Bedah tadi.
Tindakan Hajah Badariah ini menyebabkan seorang jururawat masuk ke dalam bilik dan memberi isyarat supaya mereka berdiam.
Hajah Bedah mengeling geram anak menantunya. Terkilan sungguh dia bila Hajah Badariah meninggikan suara kepadanya. Kecil hatinya bila anak menantu yang disayanginya bersuara seperti itu.
“Dahlah mak nak balik. Takut nanti kalau mak ada dekat sini menyusahkan Riah dengan Risya pulak.” Ujar Hajah Bedah. Dia kemudian keluar dari bilik itu dengan perasaan yang terkilan.
Hajah Badariah memejamkan mata. Dia sedar tidak patut dia bersuara begitu kepada ibu mentuanya yang selama ini telah banyak menyokongnya itu. Bukan niatnya mahu meninggikan suara kepada ibu mentuanya. Tapi dia tertekan dengan sikap ibu mentuanya yang tidak sudah-sudah mahu mengungkit kisah lama. Kalau boleh, dia mahu lupakan kisah lama tersebut. Lagipun, tidak guna hendak menyalahkan Balkish atas apa yang terjadi kepada Batrisya. Balkish tidak tahu menahu tentang semua ini. Jika difikirkan semula, Balkish telah pun mengikut segala kehendaknya dengan berkahwin demi melihat kebahagian Batrisya. Cuma Eidham yang masih tidak dapat menerima hakikat tersebut. Eidhamlah yang patut dipersalahkan dengan apa yang telah terjadi.
Hajah Badariah memicit kepalanya. Dia tidak tahu apa kekurangan Batrisya sehingga membuatkan Eidham melayan anaknya sedemikian rupa.
Ya ALLAH… andai aku yang bersalah atas dosa-dosaku yang lalu, janganlah Engkau hukum anakku atas kesilapan yang aku lakukan. Berikanlah kebahagian buat dirinya Ya ALLAH. Berilah cinta dalam rumah tangganya. Rintih Hajah Badariah dalam hati.

Bila lagu cinta
bergema

~36~

SEBAIK sahaja meletakkan kereta di tempat letak kenderaan yang tersedia khas di banglo keluarga Tan Sri Hamdan, Balkish melangkah turun. Langkahnya diatur dengan longlai. Hari ini dia terpaksa balik awal sedikit daripada hari-hari biasa. Malam ini kakak iparnya, Hanis akan mengadakan majlis sambutan hari lahir Adam yang ke lima tahun. Disebabkan itulah dia kena balik awal untuk bersiap ke majlis tersebut. Ikut rasa badan yang tidak berapa elok ini, malas rasanya Balkish hendak pergi ke majlis itu. Maklumlah… majlis orang-orang kaya, tentu ramai tetamu yang hadir dan banyak acara yang diadakan. Memandangkan Hanis telah menelefonnya dan beria-ia mahu dia hadir, kenalah juga dia kuatkan semangat untuk datang ke majlis malam ini.
Balkish memicit kepalanya. Sejak dari tadi dia rasa tak sedap badan. Rasa pening dan sakit kepala. Badannya juga agak panas. Namun dia kena kuatkan semangat melawan rasa tidak sedap badan yang dialaminya.
“Baru balik puan?” tegur Abang Mahat, pemandu keluarga Tan Sri Hamdan. Rajin nampaknya Abang Mahat membersihkan kereta Mercedes hitam yang sering digunakan untuk menghantar bapa mentuanya itu.
Balkish menarik senyuman segaris dan mengangguk. Dia tiada tenaga hendak membalas kata Abang Mahat. Cukuplah hanya dengan segaris senyuman dan anggukan di kepala.
Ketika kaki melangkah masuk ke dalam banglo mewah tiga tingkat itu, kelihatan di ruang tamu kelibat Puan Sri Hanum yang sudah bersiap cantik. Bukan main bergaya lagi ibu mentuanya itu dengan baju kurung moden dipenuhi labuci liplap-liplap. Mengalahkan orang kahwin nak naik pelamin pula rupanya. Hmmm… biasalah kalau dah bergelar puan sri, datin sri dan datin-datin ni. Pakaian mesti kena vouge sesuai dengan status.
Bila Balkish lihat Puan Sri Hanum, memang dia akui ibu mentuanya itu seorang wanita yang cantik. Pakai simple pun tetap kelihatan anggun. Jadi tidak hairanlah kalau anak-anaknya juga mewarisi kecantikan yang dimilikinya. Asyik memerhati ibu mentuanya yang kelihatan cantik itu, tidak disangka-sangka Puan Sri Hanum mengalihkan pandangan ke arahnya. Menyebabkan pandangan mereka bersatu.
Balkish mengukir senyuman sebagai tanda hormat kepada Puan Sri Hanum sebagai ibu mentua. Namun sayang, senyuman yang dia berikan langsung tidak dibalas. Sebaliknya sebuah jelingan tajam dihadiahkan Puan Sri Hanum kepadanya sebelum ibu mentuanya itu menjerit memanggil nama Hanni.
“Hanni! Buat apa lagi kat atas tu lama-lama? Tahu tak sekarang ni dah pukul berapa? Takkan nak datang sana sekadar nak jadi tetamu khas aje. Sedarlah sikit diri tu. Datang rumah orang buat la cara datang untuk menolong. Bukan untuk jadi tetamu kehormat.” Jeritan Puan Sri Hanum lebih kepada menyindir Balkish yang baru sampai itu. Geram benar dia setiap kali bertembung muka dengan Balkish.
Dengar saja sindiran pedas ibu mentuanya itu, Balkish pantas menundukkan wajah. Langkahnya diatur kemas untuk naik ke atas. Dia perlu cepat bersiap. Tidak mahu dituduh berlagak sebagai tetamu kehormat pula. Ketika kaki mendaki anak-anak tangga, dia terserempak dengan Hanni yang terkocoh-kocoh menuruni anak-anak tangga. Cantik sungguh Hanni mengenakan dress labuh warna biru cerah itu. Terserlah keremajaan wajahnya.
“Kak Kish? Baru sampai ke? Abang Riz ada kat bilik tu. Tengah tunggu Kak Kish.” Tegur Hanni ramah.
Balkish mengangguk. Memang dia tahu Harriz sudah berada di rumah. Tadi suaminya itu ada menelefonnya memberitahu bahawa dia akan menunggu Balkish untuk bergerak sama ke rumah Hanis.
“Eh… kenapa dengan Kak Kish? Muka nampak pucat je. Kak Kish demam ye?” laju Hanni meletakkan belakang tangan ke atas dahi Balkish.
“Panasnya. Kak Kish demam ni.” Sambung Hanni lagi.
Laju Balkish menggeleng. Menidakkan kenyataan Hanni.
“Eh… takdelah. Akak tak demamlah, Hanni. Akak okey.”
“Mana ada okey. Muka Kak Kish tu nampak sangat pucatnya.” Bidas Hanni bersungguh-sungguh. Dah sakit tu mengaku ajelah sakit. Lagi mahu bohong aku. Kak Kish. Kak Kish. Omel Hanni dalam hati.
“Apa lagi yang Hanni tercegat dekat situ tu? Tahu tak mama dah tunggu lama kat bawah ni. Hanni nak datang sebagai tetamu aje ke? Kalau iye pun, tolonglah sikit-sikit apa yang patut kat sana nanti. Takkan nak biarkan Moon dengan Siti aje sediakan semuanya.” Suara Puan Sri Hanum yang muncul dengan tiba-tiba itu mengejutkan Hanni dan Balkish.
Hanni ketap bibir. Hisy… mama ni! Kelam-kabut sangat. Macamlah majlis tu nak mula sekarang ni jugak. Dalam aturcara majlis yang dibuat, majlis akan bermula selepas waktu Isyak. Ni baru pukul empat tepat. Awal lagilah. Kata-kata itu hanya bergema dalam hati.
“Iye la ma. Hanni datanglah ni.” Ujar Hanni malas-malas. “Kak Kish kalau rasa tak sihat tu janganlah pergi. Nanti Hanni bagitau dekat Kak Nis. Kak Nis sure faham punya. Kak Kish rehatlah ye.”
Balkish sekadar mengangguk lemah. Bila Hanni dan ibu mentuanya sudah berlalu, dia pun menyusun langkah untuk naik ke atas biliknya semula. Sakit di kepala kian berdenyut-denyut. Perlahan-lahan tombol pintu yang tertutup kemas ditolak. Ketika itu hidungnya menyapa bau harum semerbak minyak wangi Hugo Boss yang menjadi haruman kesukakan Harriz. Nampaknya suaminya itu sudah bersiap sedia untuk ke majlis hari lahir Adam. Lelaki itu kelihatan bergaya dengan kemeja biru laut kasual mengikut sedikit potongan badan dan berseluar jeans hitam.
“Sayang dah sampai? Kita gerak sama ye?” tegur Harriz kala terpandangkan wajah Balkish yang baru muncul di dalam bilik. Namun wajah cerianya tiba-tiba bertukar risau kala terpandang wajah pucat isterinya itu.
“Kenapa dengan sayang ni? Pucat aje abang tengok. Sayang tak sihat ke?” tanya Harriz yang sudah mulai risau.
Laju Balkish menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Takdelah. Saya okey cuma pening sikit aje.” Bohongnya. Dia tidak mahulah kerana keadaannya yang kurang sihat itu membuatkan Harriz membatalkan niat untuk ke rumah kakaknya malam ini. Lagipun Balkish tidak mahu nanti ibu mentuanya menuduh dia sengaja buat-buat sakit untuk mengelak hadir ke majlis hari lahir Adam.
“Kalau macam tu kita tak perlu pergilah.” Putus Harriz.
“Eh… takpe. Janganlah macam tu. Kan kita dah janji dengan Kak Nis akan datang meraihkan hari lahir Adam. Saya okey. Awak tunggu kejap ye. Saya pergi mandi kejap.” Pantas Balkish melangkah menuju ke almari. Menarik keluar tualanya yang berwarna pink itu. Sakit di kepala hanya ALLAH sahaja yang tahu. Rasa sudah tidak dapat ditahan lagi.
Ketika dia hendak melangkah untuk ke bilik air, pandangannya dirasakan semakin kabur dan dia rebah di atas lantai.
“Balkish.” Terkejut Harriz dengan situasi yang tidak diduga itu. Laju dia mendapatkan Balkish yang sudah terbaring lemah di atas lantai.
“Sayang…” Harriz mengoncang tubuh Balkish yang lemah. Belakang tangan dilekapkan atas dahi isteri kesayangannya itu. Panas! Nampaknya Balkish diserang demam panas sehingga membuatkan dia menjadi lemah dan pengsan. Tanpa berlengah Harriz terus sahaja mendukung tubuh Balkish dan meletakkan isterinya itu di atas katil.

******************************************************************************

BALKISH membuka matanya perlahan-lahan. Dia sedang terbaring di atas katil dalam biliknya bersama Harriz. Kemudian matanya menyorot ke arah kelibat seseorang yang sedang menunaikan solat di sebelah kanan ruangan bilik. Tidak jauh dari katil tempat dia berbaring. Dia kenal benar kelibat manusia tersebut. Itu merupakan kelibat Harriz. Dalam kesakitan, Balkish memanjat kesyukuran melihat perilaku Harriz itu.
“Sayang dah sedar?” tegur Harriz usai dia menunaikan solat Asar. Dia merapati Balkish yang masih lagi terbaring lemah di atas katil.
Balkish sekadar mengangguk. Kepalanya masih lagi sakit dan badannya masih lemah tidak bertenaga. Menyukarkan untuk dia bergerak untuk bangun.
“Saya haus.” Ujarnya perlahan. Minta pertolongan Harriz untuk mengambil air minum yang terletak di atas meja sisi katil.
“Kejap abang ambilkan air.” Balas Harriz kemudian berlalu mendapatkan air yang sudah disediakan di atas meja sisi katil sebelah kiri.
“Ini airnya.” Harriz membantu Balkish untuk bangun dan menyuakan air suam ke mulut Balkish. Nampaknya badan isterinya itu masih terasa panas. Tadi ketika Balkish tidak sedarkan diri, dia telah menghubungi Dr. Hassim untuk datang ke rumah. Menurut Dr. Hassim yang merupakan doktor keluarganya itu, Balkish diserang demam panas.
“Tadi Dr. Hassim datang periksa sayang. Dia kata sayang terkena demam panas. Dia ada berikan ubat untuk turunkan panas badan sayang. Tapi sebelum makan ubat ni sayang kena makan nasi terlebih dahulu.” Sambil membantu isterinya berbaring semula, Harriz bersuara.
Balkish hanya mendiamkan diri. Dia belum punya tenaga untuk membalas kata. Hanya mendengar dengan tenaga yang begitu lemah.
“Sayang tunggu dekat sini kejap ye. Abang pergi ambilkan nasi untuk sayang. Kejap tau. Sayang jangan pulak bergerak-gerak.” Sambung Harriz lagi seraya memberi pesanan khas buat isterinya itu. Dia bangun dan melangkah keluar dari bilik.
Setelah Harriz berlalu, Balkish mengagahi diri untuk bangun. Dia belum menunaikan solat Asar lagi. Dia perlu menunaikan solat sebelum waktu Asar berlalu. Dengan sepenuh kekuatan yang ada, dia bangun dan melangkah untuk menuju ke bilik air.
Sewaktu berdiri di hadapan cermin, mata Balkish tiba-tiba membulat. Dia memerhatikan baju yang tersarung pada tubuhnya. Seingatnya, tadi dia mengenakan kemeja warna putih bersama slack hitam. Kenapa tiba-tiba dia boleh berpakaian pajama pula? Siapa yang telah bermurah hati menukar pakaiannya? Takkanlah Kak Moon kerana Kak Moon awal-awal lagi telah dipinjam oleh Kak Nis untuk membantunya menyediakan persiapan majlis hari lahir Adam untuk malam ini. Hanni? Mustahil sebab adik iparnya itu sudah pun keluar bersama mama tadi.
Tiba-tiba air muka Balkish merona merah. Di dalam rumah ini hanya Harriz seorang saja yang tinggal. Takkanlah Harriz yang telah membantu menukar pakaiannya itu? Oh… tidak! Kepala Balkish rasa semakin sakit dan pandangannya agak kabur dengan tiba-tiba. Dia yang masih lemah itu rasa hendak pitam dan jatuh ke atas lantai. Mujurlah ada seseorang yang telah menyambut tubuhnya daripada terus rebah di atas lantai untuk sekali lagi.
“Sayang. Kan abang dah pesan jangan bergerak.” Ucap Harriz yang sudah mencempung dan mengangkat tubuh Balkish untuk dibawa ke atas katil. Risau benar dia dengan keadaan Balkish ketika ini.
“Kalau apa-apa terjadi pada sayang tadi macam mana? Sayang tu masih lemah. Doktor pesan supaya sayang berehat.”
“Saya nak bersolat.” Ujar Balkish lemah.
“Sayang tak sihat tu. Berehatlah dulu. Nanti dah sihat dan ada tenaga sikit, barulah sayang solat ye.” Pujuk Harriz penuh kasih.
Balkish hanya mampu mengeluh lemah. Dia berbaring di atas katil. Fikirannya masih lagi memikirkan baju pajama yang tersarung pada tubuh. Hendak bertanya pada Harriz, dia malu andai kata suaminya itu mengaku bahawa dialah yang telah menukar baju Balkish. Tidak sanggup rasanya dia hendak mengetahui perkara yang sebenar. Malu sungguh dia. Tentu Harriz telah melihat apa yang terdapat pada segenap inci tubuhnya. Memikirkan itu, serta-merta wajah Balkish merona merah.
“Sayang, kenapa muka tu merah sangat? Panas sangat ke badan sayang tu?” Harriz yang tidak mengetahui apa yang bermain dalam fikiran Balkish hanya meneka.
Laju pula Balkish anggukkan kepala. Tidak mahu Harriz tahu bahawa wajahnya merah kerana memikirkan hal lain. Bukan disebabkan panas yang dia rasai.
“Meh abang suapkan sayang. Lepas tu makan ubat. Nanti turunlah panas badan tu.” Harriz membawa dulang yang berisi bubur bersama telur goreng dadar ke arah Balkish.
Lemah mata Balkish menyorot menu yang dihidangkan suaminya itu. Lama matanya memerhati telur goreng dadar yang sudah berwarna kehitaman. Ini telur dadar ke telur hangus? Fikir Balkish.
Errr… maaflah sayang. Abang sebenarnya tak reti nak masak. Goreng telur pun tak pernah. Inilah first time abang goreng telur. Pasal tu muka telur yang abang goreng ni special sikit.” Jujur Harriz mengakuinya. Bibirnya sudah tersungging senyuman nakal. Malu pula dia bila mata isterinya itu tidak lepas-lepas memerhati rupa telur dadarnya yang hitam legam itu.
Balkish hanya mampu menarik senyuman nipis. Hendak tergelak, namun dia tiada tenaga hendak ketawa waktu itu. Hatinya disapa rasa terharu melihat ketulusan Harriz melayannya. Ada getaran hebat pada jantungnya ketika ini melihat layanan Harriz.
“Tapi sayang jangan risau. Rupa telur ni memang teruk, tapi rasa telur ni memang sedap. Meh abang suapkan sayang ye.” Harriz menyudu bubur. Disua ke mulut Balkish.
Melihat kesungguhan Harriz yang mahu menyuapnya itu, Balkish membuka mulut. Menelan bubur nasi yang dimasak oleh suaminya.
That my girl.” Ucap Harriz bila Balkish menelan bubur yang dimasak. Tangannya menarik secubit telur dadar. Kemudian disuakan semula kepada Balkish. Kali ini dia dapat melihat wanita itu teragak-agak mahu membuka mulut.
“Makanlah. Telur ni sedap tau.” Ujar Harriz meyakinkan Balkish akan kesedapan telur dadar yang digorengnya.
Demi menjaga hati Harriz yang telah menjaganya, Balkish buka juga mulutnya. Bila telur dadar hitam legam itu masuk ke dalam mulut, dia rasa hendak termuntah. Pahitnya! Cepat-cepat dia mencapai air kosong lalu diteguk.
Errr… teruk sangat ke telur dadar yang abang goreng?” soal Harriz mula rasa bersalah bila melihat Balkish menghabiskan secawan air. Dia kemudian mencubit sedikit telur dadar hitam legam dan disuap ke mulutnya sendiri.
Uwek! Pahitnya!” komen Harriz pada hasil masakan sendiri.
Balkish yang melihat tingkah suaminya itu sudah tertawa kecil. Kelakar sungguh dia melihat air muka Harriz yang berubah kelat sebaik sahaja telur goreng dadar hitam legamnya itu masuk ke dalam mulut. Tentu Harriz juga sepertinya. Merasa telur yang tawar dan pahit hangus itu.
Eiii… tak sedap sungguh. Sorry ye sayang. Abang tak reti nak memasak. Sayang makan bubur aje ye. Asal dapat isi perut tu untuk makan ubat.”
Balkish hanya mengangguk. Menurut segala kehendak suaminya. Lega sedikit hati Harriz melihat Balkish yang sudah mulai ketawa dan mahu menghabiskan bubur nasi kosong tanpa lauk.
Usai makan dan makan ubat yang diberikan oleh Dr. Hassim, Balkish kembali menyambung tidurnya. Kepalanya masih terasa berat dia badannya masih lemah. Dia perlu berehat untuk seketika.

******************************************************************************

MATA dibuka sebaik sahaja dia mendengar suara-suara kecoh di dalam bilik itu. Ketika itu, dia dapat melihat dengan jelas kelibat Batrisya yang sedang bercakap dengan Harriz sambil menyerahkan sampul surat putih kepada suaminya itu. Harriz menyambut lantas membuka isi sampul surat tersebut. Dapat dilihat perubahan air muka suaminya itu sebaik sahaja isi yang terdapat dalam sampul surat tersebut dilihat.
“Jadi sekarang awak dah percaya? Saya tak bercakap bohong. Memang inilah hakikatnya.” Suara Batrisya kedengaran lagi. Agak tegas nada suara kakaknya itu menyapa halwa telinga.
Harriz menggeleng-geleng. Cuba untuk tidak mempercayai bukti yang tertera depan mata. Namun dia itulah hakikatnya. Memang gambar-gambar yang dipegangnya itu adalah gambar-gambar milik Balkish bersama Eidham, suami Batrisya. Padanlah selama ini Eidham begitu dingin terhadapnya. Rupanya lelaki itu ada hubungan dengan isteri yang amat dikasihinya itu. Jadi tidak hairanlah kenapa Balkish juga tidak pernah mahu melayannya seperti isteri-isteri orang lain. Rupanya dalam hati isterinya itu tertulis nama Eidham.
“Awak? Kak Risya?” panggil Balkish yang sudah ada sedikit tenaga setelah menelan ubat yang diberikan Dr. Hassim kepadanya tadi.
Serentak itu Harriz dan Batrisya menoleh.
Balkish pandang wajah keduanya silih berganti. Nampaknya wajah keduanya kelihatan begitu tegang sekali.
“Kenapa ni?” tanyanya lemah.
Batrisya tidak menjawab. Sebaliknya dia berpeluk tubuh dan melemparkan pandangan ke arah lain. Kelat saja wajahnya.
Harriz pula merapati Balkish yang berwajah binggung.
“Awak? Kenapa ni?” pertanyaannya beralih kepada Harriz yang memandangnya dengan pandangan yang tidak pernah dia lihat selama ini. Pandangan yang penuh dengan api kebencian.
“Sepatutnya aku yang tanya kau, apa semua ni?” sejurus berkata sebegitu, Harriz melemparkan beberapa keping gambar ke arah Balkish. Benar-benar mendarat di atas ribanya.
Balkish terpana. Satu-persatu gambar-gambar itu diambil dengan hati yang bergetar hebat. Gambar-gambar miliknya ketika berada di sekolah menengah bersama Eidham.
“Akak benar-benar tak sangka Kish sanggup buat akak macam ni. Mengkhianati kepercayaan yang akak berikan dekat Kish. Selama ni akak ingatkan Kish adik paling baik buat akak. Tak sangka Kish ni pengkhianat!” melulu Batrisya melemparkan hukuman kepada Balkish.
Terkedu Balkish mendengar kata-kata Batrisya itu. Selama ini Batrisya tidak pernah melemparkan kata-kata sebegitu kepadanya. Tanpa dapat ditahan, air mata Balkish mengalir membasahi pipi.
“Padanlah kau nak kahwin dengan aku. Rupanya ada sesuatu yang kau sembunyikan. Kau ni memang dasar perempuan hina. Perempuan yang pentingkan diri sendiri.” Harriz pula menambah. Menyimbah cuka ke luka Balkish yang kian berdarah. Menambahkan lagi kepedihan yang dirasai oleh wanita itu.
“Keluar kau dari rumah aku! Aku benci nak tengok muka kau!” jerkah Harriz kasar. Tanpa simpati dia menarik pergelangan tangan Balkish. Mengheret isterinya itu untuk keluar dari situ.
Balkish meronta-ronta. Minta dikasihani oleh suaminya. Merayu-rayu kepada Batrisya yang hanya melihat dia diperlakukan seperti kucing kurap.
“Sayang. Sayang. Bangun sayang.” Harriz mengoyang-goyang tubuh Balkish. Peluh dingin kian membasahi dahi isterinya itu. Nampaknya Balkish tengah mengigau disebabkan panas badan yang dirasainya. Terkejut benar dia melihat Balkish yang meronta-ronta sambil merayu-rayu kepadanya sebentar tadi.
Balkish tersedar. Di matanya kini terlihat image Harriz yang berwajah cemas. Bukan Harriz yang berwajah garang menyinga seperti tadi. Pantas dan spontan, dia terus memeluk tubuh Harriz dengan erat. Tangisannya kedengaran.
“Jangan tinggalkan saya.” Pinta Balkish dalam tangisannya.
Pelik sungguh Harriz mendengar permintaan Balkish itu. Pelukan Balkish dibalas dengan erat. Penuh kasih sayang.
“Siapa kata abang nak tinggalkan sayang? Abang tak pernah terfikir pun nak tinggalkan sayang.” Lembut Harriz menutur kata.
“Saya mintak maaf awak.” Ujar Balkish lagi. Masih menangis seperti tadi. Mimpi yang dialaminya cukup menakutkan. Dia takut Harriz akan meninggalkan dia disebabkan rahsia yang dia simpan selama ini. Dia perlu berterus terang perkara yang sebenar.
“Mintak maaf untuk apa sayang? Sayang takde salah apa-apa pun dekat abang.”
Balkish melepaskan pelukannya. Memandang Harriz yang setia berada di sampingnya. Wajah lelaki itu dipandang penuh rasa bersalah.
“Saya bukan isteri yang baik untuk awak. Saya dah bohong awak. Saya berdosa pada awak. Maafkanlah saya. Tolong jangan halau saya dalam hidup awak. Awak dah jadi sebahagian daripada hidup saya.”
Harriz menggeleng-geleng. Baginya Balkish masih lagi dalam keadaan mamai sehingga terbawa-bawa mimpinya ke alam nyata. Atau mungkin panas badan Balkish masih belum surut sehingga membuatkan Balkish meracau cakap yang bukan-bukan.
“Sayang isteri yang terbaik buat abang. Abang tak akan halau sayang.” Akui Harriz dengan jujur.
Setelah hatinya kecewa disebabkan seorang perempuan, Balkish merupakan perempuan yang telah berjaya mengetuk pintu hatinya untuk kembali bercinta. Balkish mengajar dia untuk berusaha memilik dengan cara yang betul. Balkish mengembalikan dia untuk sujud kepada ALLAH. Baginya, Balkish seorang isteri yang sempurna. Tiada wanita lain yang dicintainya selain daripada wanita itu. Dia amat menyintai Balkish.
“Tapi saya tak rasa saya isteri yang baik buat awak. Saya tak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri sekali pun.”
“Tidak sayang. Bukan itu yang abang mahukan daripada sayang. Apa yang abang inginkan adalah cinta sayang. Abang sanggup tunggu untuk semua tu walau selama mana sekali pun abang terpaksa menunggunya.”
Semakin laju air mata Balkish mengalir. Kata-kata Harriz kedengaran begitu ikhlas menyapa halwa telinganya. Kenapalah sukar sangat dia hendak mengungkapkan kata cinta buat lelaki itu? Sedangkan dalam hatinya kini memang sudah wujud lelaki bernama Harriz Tan Sri Hamdan. Cuma dia sukar untuk mengakuinya. Takut hatinya dipermainkan seperti dulu.
“Kenapa awak baik sangat pada saya, Harriz? Kenapa layan saya sebaik ini sedangkan saya ni tak pernah pun melaksanakan tanggungjawab saya sebagai is…”
Belum sempat Balkish menghabiskan kata-katanya, jari telunjuk Harriz sudah mendarat menyentuh bibirnya. Menghalang dia dari terus berkata-kata.
“Sebab abang cintakan sayang. Sayang segala-galanya bagi abang.” Seikhlasnya Harriz mengungkap kata cinta. Memberi keyakinan kepada Balkish apa yang dirasainya selama ini.
Balkish tersedu. Hiba sungguh hatinya mendengar ayat cinta daripada Harriz. Pantas dia memeluk erat tubuh Harriz sekali lagi. Menangis dalam pelukan suaminya itu.
“Abang tak akan berhenti menyintai sayang sampai akhir nafas abang. Abang akan tunggu sayang selama mana sekali pun.” Luah Harriz lagi. Biarlah malam ini Balkish mengerti ketulusan isi hatinya itu. Pelukan semakin diperkemaskan. Rambut Balkish yang harum wangi itu dikucup penuh kasih. Diusap-usap rambut panjang, hitam berkilat itu.
“Kalau sungguh awak cintakan saya seikhlas hati awak, jadikan saya milik awak yang sepenuhnya malam ini.” ucap Balkish.
Terkedu Harriz mendengar permintaan itu.
Perlahan-lahan dia meleraikan pelukannya ke atas Balkish. Tangannya memegang kedua belah lengan Balkish dengan lembut. Ditenung wajah isterinya yang lencun dengan air mata. Isterinya itu tunduk membisu bersama tangisan yang masih lagi berbaki. Dia memang ingin memiliki Balkish, namun bukan dengan cara yang sebegini. Dia ingin memiliki Balkish atas dasar cinta antara mereka berdua. Itu janjinya.
Harriz keliru dengan kata-kata Balkish sebentar tadi. Untuk apa dia memiliki Balkish andai hati wanita itu belum berjaya diraihnya. Dia ingin memiliki dengan cara yang sepatutnya. Mungkin disebabkan demam dan mimpi yang dialami, Balkish bertindak untuk berkata sedemikian.
Penuh kasih dia mengangkat dagu Balkish. Mengarahkan wanita itu untuk menentang pandangan matanya. Dia mahu melihat kejujuran dalam mata Balkish. Benarkah apa yang dikatakan oleh wanita itu? Tidakkah telinganya tersilap dengar? Dia inginkan kepastian. Dia bukanlah lelaki yang hanya mahu memiliki kerana nafsu semata-mata. Walaupun dia akui, getaran nafsu lelakinya ada setiap kali berdua-duaan dengan Balkish. Seperti saat ini.
Balkish hanya menurut. Matanya yang masih digenangi air mata diangkat untuk memandang anak mata Harriz. Ada cahaya cinta yang dapat dilihatnya pada mata Harriz ketika ini.
“Abang cintakan sayang bukan kerana nafsu semata-mata. Abang ikhlas cintakan sayang.”
“Saya tahu. Disebabkan itu saya ingin menjadi milik awak. Jadikan saya isteri awak yang sebenar, Harriz. Jadikan saya salah seorang wanita yang benar-benar menjadi seorang isteri kepada suaminya.”
Mata Balkish dipandang lama. Ada kesungguhan pada kata-kata itu. Lalu… Balkish memejamkan matanya raat-rapat. Merelakan Harriz melakukan apa saja ke atasnya.
Harriz menilik wajah di depannya itu. Bibir Balkish yang merah bak buah delima disentuh dengan jari-jemarinya. Perlahan-lahan dia mendekatkan bibirnya ke bibir Balkish. Memaut erat bibir isterinya yang mungil.
Balkish dapat rasa getar jantungnya kala bibirnya bertaut dengan Harriz. Tanpa diduga tangannya memeluk kemas pinggang Harriz. Membuatkan Harriz turut membalas pelukan itu dan membawa Balkish ke dalam dakapannya yang paling erat. Memeluk erat tubuh isterinya itu dengan penuh rasa cinta di dalam hati. Balkish tidak pula membantah. Membiarkan sahaja setiap perlakuan Harriz ke atasnya. Dia seolah-olah hanyut di buai asmara seorang lelaki bergelar suami.
Dan malam itu… terlaksanalah hubungan suami isteri yang sebenar antara Harriz dan Balkish dengan kerelaan hati kedua-duanya. Semoga ALLAH memberkati hubungan ini. Amin.

Bila lagu cinta
bergema

~37~

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
……………………………

                                                            Melly Goeslow Ft. Andhika Pramata – Butterfly

“SAYANG… bangun.” Bisikan yang kedengaran romantik itu menyapa halwa telinga Balkish yang mulai sedar dari lena. Terasa pinggangnya dirangkul dari belakang. Kemudian satu kucupan hinggap pada bahunya. Pantas Balkish membuka sedikit matanya. Cahaya lampu tidur melalui meja sisi menyinari ruangan bilik tidur berhawa dingin itu.
Balkish yang bagaikan baru tersedar dari mimpi panjang mula teringatkan kejadian semalam. Bagaikan ada layar yang tertera depan matanya, segala kejadian malam semalam berulang di depan mata sehingga menyuntik warna merah pada wajahnya yang putih mulus. Malu dan berdebar, itulah yang dia rasai ketika ini. Apatah lagi bila lelaki dibelakangnya itu semakin mengeratkan lagi pelukan pada tubuhnya. Membuatkan dia semakin gementar.
Sepantas kilat, Balkish memejamkan matanya semula. Berpura-pura yang dia masih lagi tertidur. Tidak sanggup rasanya dia hendak bangun dan berdepan dengan lelaki itu. Perasaan malu bertandang membendung jiwa wanitanya.
“Sayang, bangunlah. Nanti terlepas waktu subuh. Kita solat sama-sama ye.” Kejut Harriz lagi. Kini tangannya beralih pula pada rambut panjang isterinya. Diselak sedikit rambut itu sehingga menampakkan tengkuk isterinya yang banyak kesan merah. Bagaikan digigit nyamuk. Sedangkan hakikatnya kesan itu adalah kerana kenakalannya.
Harriz tersenyum lebar. Detik-detik indah semalam tak mungkin dapat dia lupakan sampai bila-bila. Sesungguhnya dia bersyukur kerana ALLAH memberikan seorang isteri yang baik kepadanya. Betapa indahnya pemberian ALLAH.
Tanpa dijangka-jangka, bibir Harriz sudah mendarat ke tengkuk Balkish. Dikucupnya tengkuk itu sehingga membuatkan Balkish mengeliat kegelian.
Owhhh… sayang dah bangun ye. Sengaja tak nak buka mata ye. Hah… ini mesti malu dengan abang kan?” Usik Harriz.
Balkish tidak menjawab. Sebaliknya dia menarik perlahan selimut tebal untuk menutup mukanya yang sudah membahang merah itu.
“Okey takpe. Kalau sayang tak nak bangun… abang akan bangunkan sayang dengan cara abang sendiri. Kali ni sayang jangan salahkan abang kalau kita terlepas solat subuh.” Ugut Harriz.
Dengar sahaja ugutan suaminya itu, Balkish dengan pantas membuka mata.
Huarghhh… dah subuh ke?” Lakon Balkish sambil mengeliat. Konon-konon dia baru tersedar. Sedangkan dari tadi lagi dia dah bangun. Cuma malu nak berdepan dengan suaminya itu sahaja.
“Hah… tahu pun bangun permaisuri hati abang ni. Ingatkan nak abang yang bangunkan sayang tadi.”
Balkish cuba mengawal perasaannya. Buat selamba sedangkan dalam hati hanya Yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu apa yang dirasainya. Rasa hendak gugur jantungnya berdepan dengan lelaki itu. Apatah lagi bila melihat senyuman pada bibir Harriz. Rasa nak pengsan saja. Malunya!!!
Ingin saja Balkish berlari masuk ke bilik air saat ini juga. Namun bila dia terlihat bajunya yang terletak elok di atas lantai, terus sahaja niatnya itu terbantut. Alamak? Takkanlah aku… Dalam kepala sudah membayangkan keadaan dirinya ketika ini. Serta-merta darah panas menjalar ke seluruh wajahnya. Membuatkan wajahnya yang putih itu bertukar merah.
Perasan akan perubahan tona warna wajah isterinya itu, membuatkan Harriz ketawa suka. Dia suka sangat tengok wajah isterinya yang memerah. Itu tanda Balkish sedang malu.
“Terima kasih sayang. Untuk malam yang terindah dalam hidup abang. Abang bersyukur sangat dapat isteri seperti sayang. Abang tak akan lupakan kenangan malam pertama kita. Sayang begitu sempurna di mata abang.” Ucap Harriz romantik.
Balkish sudah menggaru-garu tepi telinganya. Malunya pada Harriz membuatkan dia tidak berdaya untuk berkata apa-apa lagi. Sebelah tangannya memegang erat selimut tebal untuk menutupi bahagian dada.
“Jom mandi. Lepas tu kita solat sama.” Selamba saja Harriz mengajak.
“Hah?” bulat mata Balkish mendengar ajakan Harriz itu.
Harriz pula hanya tersenyum lebar. Menampakkan baris-baris giginya yang putih bersih.
Errr… mandi sama?” soal Balkish bagaikan tidak percaya. Mana mungkin dia akan mandi bersama dengan suaminya itu. Malulah!
Harriz mengangguk-angguk. “Ha’ah. Kan sunat hukumnya suami isteri mandi bersama.”
Amboi-amboi… tahu pula Harriz hukum-hukum kalau dah tiba bab-bab sebegini. Ceh!
“Tak nak ar.” Laju Balkish bersuara.
“Kenapa pulak?” Dahi Harriz berkerut-kerut mendengar jawapan Balkish.
“Sa… sa…” Balkish menundukkan wajah sambil menggigit-gigit bibir bawahnya.
Tiba-tiba Harriz ketawa besar.
“Hah… abang tahu. Ini mesti kes malu dekat abang kan?” tebak Harriz.
Lambat-lambat Balkish mengangguk. Memang dia malu hendak mandi berdua dengan Harriz.
Okeylah. Kalau macam tu sayang mandi dulu. Lepas tu abang pula yang mandi. Nanti bila sayang dah tak malu lagi, kita mandi sama-sama ye.” Ujar Harriz dengan nakal. Sengaja hendak mengusik isterinya yang sudah berwajah merah jambu itu.
Eiii… dia ni kan! Suka sangat nak kenakan aku. Selamba aje kata macam tu. Adui… apalah nasib aku dapat laki macam ni yang begitu selamba dalam segala hal. Buat aku pulak yang terkulat-kulat menahan malu.
Errr… boleh tak awak tutup mata kejap?”
“Tutup mata untuk apa pulak?”
Balkish gigit bibirnya lagi. Tangannya semakin kuat memegang selimut tebal hingga ke paras leher.
“Tutup ajelah. Please!” Ujarnya geram.
Harriz ketawa lagi. Senang benar hatinya hari ini. Asyik ketawa saja dari tadi.
Okey. Okey. Abang tau apa yang sayang fikirkan. Mesti nak ambil baju kat bawa lantai tu kan. Heheheee…”
Wajah Balkish semakin merah mendengar kata-kata Harriz itu. Memang Harriz ni selamba rock betul!
Sebaik sahaja Harriz memejamkan matanya, laju dia mencapai pijama yang terletak atas lantai. Tergopoh-gopoh dia menyarung pijama ke dalam tubuh. Sambil itu dia memberi amaran supaya Harriz jangan sesekali mengintainya.
Selesai sahaja baju dipakai, cepat-cepat dia masuk ke dalam bilik air. Membersihkan diri untuk bersolat subuh. Bibirnya pula tersungging senyuman bahagia.

******************************************************************************

BAHAGIA rasanya hati bila dapat mengerjakan solat bersama-sama insan bergelar suami. Kala Harriz mengimamkan solat subuhnya, hati Balkish disuntik rasa hiba. Air matanya mengalir bila Harriz berdoa untuk mereka berdua. Dalam masa yang sama, dia turut berdoa kepada ALLAH agar hubungan mereka akan berkekalan hingga ke hujung nyawa. Dia akui… kini cintanya adalah milik Harriz.
Setelah mengaminkan doa, Harriz berpaling ke belakangnya. Memandang Balkish yang lencun dengan air mata. Tangannya dihulur dan Balkish menyambut huluran itu bersama ciuman tanda hormat.
“Maafkan saya kerana membiarkan awak menunggu lama untuk waktu ini. Maafkan saya kerana saya bukanlah isteri yang sempurna untuk awak. Terima kasih kerana jadikan saya isteri awak yang sebenar. Awak terlalu baik bagi saya.” Kata Balkish sambil mencium tangan Harriz.
Harriz mengangkat dagu Balkish. Memandang wajah yang mulus tanpa sebarang solekan. Cantiknya Balkish mengenakan telekung. Bersih saja wajahnya. Tersentuh hatinya mendengar tiap bait kata isteri kesayangannya itu. Segaris senyuman terukir pada bibirnya yang agak kemerahan. Tanda dia bukanlah lelaki yang mendekati rokok. Lagipun merokok tidak baik untuk kesihatan.
“Sayang tak pernah bersalah dengan abang. Abang tak pernah menyesal menunggu sayang selama ini. Sudahlah. Jangan menangis lagi. Mulai hari ini, abang mahu membahagiakan sayang sedaya upaya abang. Terima kasih kerana sayang sudi menerima abang dalam hidup sayang.” Air mata yang mengalir di pipi Balkish dikesat. Kemudian satu ciuman kasih singgah ke dahi isterinya itu.
Bahagianya Balkish ketika itu.
“Sayang, boleh tak abang mintak sesuatu?”
Balkish cuma mengangguk. Apa saja yang diminta lelaki itu, akan ditunaikan selagi dia termampu. Dia menanam azam dalam hati, ingin menjadi isteri yang solehah kepada Harriz Tan Sri Hamdan. Mematuhi setiap perintah suaminya itu.
“Abang nak sayang panggil abang dengan panggilan abang. Boleh?”
Balkish menarik senyuman. Dia mengangguk lagi. Sebenarnya sejak dari dulu lagi dia perlu memanggil Harriz dengan panggilan itu. Cuma dia saja yang tidak mahu. Maklumlah… waktu itu Balkish belum bersedia menerima kehadiran Harriz dalam hidupnya. Mana mungkin dia bisa memanggil lelaki itu dengan panggilan kemarat tersebut tanpa kerelaan hati.
Namun kini, dia sudah bersedia memanggil Harriz dengan panggilan abang yang sepenuhnya.
“Terima kasih, sayang.” Gembira sungguh Harriz melihat anggukan pada kepala wanita itu.
“Kasih abang dah lama Kish terima.” Jawab Balkish cuba untuk berselorah. Meniru ayat yang sering Harriz gunakan bila dia mengungkapkan ucapan terima kasih kepadanya.
Harriz ketawa riang. Dia suka bila Balkish sudah mula mahu bersenda dengannya.
Owhhh… curi ayat abang ye. Nakal! But… I like.” hidung isterinya dicuit. Membuatkan Balkish ketawa kecil. Bahagia dirasa semakin berkembang mekar dalam hatinya.
Terima kasih Ya ALLAH, kerana berikan aku nikmat kebahagiaan ini. Ucap Balkish dalam hatinya lagi. Tidak henti-henti dia berterima kasih kepada ALLAH dengan apa yang dirasainya kini. Benarlah, setiap kesulitan itu pasti ada bahagia yang akan menjelang tiba.
Kain telekung dibuka. Sejadah dilipat kemas lalu digantung atas penyidai kayu jati yang terletak bersebelahan dengan meja solek. Manakala Harriz sudah bergerak menuju ke arah sofa. Punggung dilabuhkan di situ sambil tangan kanan membuka songkok yang berada di atas kepala lalu diletak pula ke atas meja kopi yang terletak di hadapannya. Mata tidak lepas memandang perilaku si isteri yang menggoda hati lelakinya.
“Sayang, meh sini duduk dekat abang.” Panggil Harriz seusai isterinya itu meletakkan sejadah berserta telekung di atas penyidai kayu jati.
Balkish akur. Penuh sopan dia mengatur langkah menuju ke arah Harriz. Punggung dilabuhkan bersebelahan dengan suaminya yang kelihatan lebih kacak dari hari-hari sebelumnya. Heheheee…
Mungkin disebabkan Harriz berbaju melayu dengan kain pelikat membuatkan Balkish lihat Harriz begitu hensem pagi-pagi ini. Maklumlah… Balkish jarang nampak Harriz berpakaian seperti ini. Sesekali dia lihat Harriz begini, kehenseman suaminya itu dirasakan meningkat berkali-kali ganda. Hahahaaa…
Ini kalau Harriz tahu Balkish tengah memuji ketampanannya, sah dia akan kembang hati. Biasalah Harriz. Pantang dipuji cepat aje dia kembang. Tanpa sedar Balkish terlepas ketawa kecil.
Dahi Harriz berkerut-kerut.
“Kenapa sayang ketawa? Ada yang kelakar ker dekat muka abang ni?” bertalu Harriz bertanya. Serentak itu juga dia meraba wajahnya. Manalah tahu ada sesuatu yang terdapat diwajahnya ketika itu sehingga membuat isterinya itu ketawa sendiri.
Cepat-cepat Balkish menggeleng.
“Takdelah. Saja nak ketawa. Muka abang takde apa-apalah.”
Harriz mengecilkan matanya. Ini mesti ada sesuatu. Bisiknya.
“Habis tu yang sayang ketawa kenapa?” dia masih tidak berpuas hati selagi tidak mengetahui apa yang membuatkan isterinya itu ketawa.
“Takde apa-apa.”
Okey… takpe. Tak nak cakap ye. Abang tahu macam mana caranya nak buat sayang bagitau abang.” Serentak itu juga Harriz terus menjalarkan tangannya ke pinggang Balkish. Digeletek pinggang itu sehingga membuatkan Balkish kegelian dan ketawa besar.
“Abang… janganlah.” Tungkas Balkish. Manja pula suaranya kedengaran bila dia berkata sebegitu. Membuatkan hati lelaki Harriz tergoda dan menginginkan sesuatu dari isterinya itu.
“Sayang nak bagitau atau tidak?”
Balkish ketawa lagi. Tidak tahan bila pinggangnya digeletek sebegitu. Kalau lagi lama Harriz menggeleteknya, mahu keras dia dibuat suaminya itu. Pantas dia mengangkat tangan untuk menyerah kalah.
Okey. Okey. Orang bagitau.”
Serentak itu juga Harriz berhenti menggeletek. Wajahnya dekat dengan wajah Balkish. Ditenung anak mata isterinya dalam-dalam.
“Apa?”
“Orang ketawa sebab…”
Sesaat berlalu. Balkish masih tidak memberitahu sebabnya.
“Sebab apa sayang? Nak abang geletek lagi ke?” ugut Harriz.
Laju Balkish menggeleng. Tidak rela dia digeletek sekali lagi.
Okey. Sebenarnya hari ni orang tengok abang lebih hensem daripada biasa. Tapi orang tak nak bagitau abang. Takut abang kembang. Tahulah abang tu… pantang kena puji mulalah kembang semacam.”
Harriz tersenyum lebar. Tangannya masih memaut erat pinggang Balkish.
Iye ke? Baru hari ni sayang perasaan abang hensem? Hmmm… kesian. Abang memang dah lama tahu yang abang hensem.”
Hah… kan dah cakap. Harriz memang pantang dipuji. Mulalah nak riak semacam. Hisy! Menyesal pula Balkish bagitau. Kalau tahu itu jawapan yang keluar dari mulut Harriz, Balkish lebih rela kena geletek daripada dengar bicara Harriz yang boleh mengakibatkan dia termuntah warna kelabu itu. Matanya dijulingkan ke atas.
“Eiii… perasanlah abang ni.” Balkish menampar lembut dada Harriz.
“Yang perasan ni jugaklah sayang cinta kan?”
Balkish ketap bibir. Ini yang dia malas nak berlawan cakap dengan Harriz. Ada saja modalnya untuk menjawab.
“Abang… lepaslah tangan tu. Kish nak turun bawah tolong Kak Moon sediakan sarapan pagi.” Pinta Balkish. Tangan Harriz masih kemas memaut pinggangnya. Seolah tidak mahu membiarkan dia berada jauh dari sisi.
“Alaaa… biarlah Kak Moon yang sediakan sarapan pagi. Lagipun abang yakin mama dah turun untuk buat sarapan. Sayang tahukan mama tak pernah biarkan Kak Moon masak? Apa hal sekali pun, mama pasti akan masuk dapur. Jadi sayang tak payahlah nak turun bawah.”
“Habis tu takkan Kish nak duduk dalam bilik ni aje? Nanti apa pulak kata mama. Kan kita dah berazam nak curi hati mama. Kalau Kish duduk berperap dalam bilik aje… sampai bila nak curi hati mama?”
“Nanti-nantilah sayang curi hati mama tu. Sebelum tu apa kata sayang temankan abang tidur dulu. Mengantuk lagi ni. Semalam tak puas tidur. Sayang tu la… buat tidur abang tak lena.” nakal Harriz berkata. Perkataan ‘temankan’ itu sengaja ditekannya sambil mengenyit mata nakal.
Ayat Harriz yang kedengaran begitu berterus-terang itu telah membuatkan aliran darah menyerbu naik ke wajah Balkish. Menyebabkan wajahnya yang putih mulus itu diserbu warna merah. Dah macam udang dipanggang pula kelihatan.
 Errr… errr…” Balkish tak tahu nak bagi alasan apa. Mata Harriz yang tajam menikam anak matanya membuatkan jantungnya bergetar hebat.
Tanpa menunggu sebarang jawapan daripada mulut isterinya itu, laju Harriz mencempung tubuh Balkish. Diangkat lalu direbahkan perlahan-lahan di atas katil. Mata pula tidak lepas-lepas daripada merenung anak mata isterinya itu. Dia ingin mengulangi nikmat malam pertama mereka untuk kali yang kedua.

******************************************************************************

HARRIZ dan Balkish berpimpinan tangan menuruni anak tangga untuk ke ruang makan. Bahagia benar nampaknya mereka berdua. Lagak tak ubah seperti pasangan pengantin baharu yang baru aje bernikah semalam. Heheheee… hakikatnya, memang Harriz dan Balkish baru menjadi suami isteri dalam ertikata yang sebenar pun semalam.
Lihat saja kelibat anak dan menantunya itu, terus wajah Puan Sri Hanum mencuka. Tan Sri Hamdan yang terbiasa duduk di bahagian kepala meja hanya mengerling wajah isterinya yang mencuka itu. Kepalanya digeleng-geleng. Isterinya itu, asal terlihat kelibat Balkish saja pasti mencuka. Tak pernah nak senyum. Begitu juga dengan Hanna yang duduk bersebelahan dengan isterinya. Panjang muncung melihat kelibat kakak iparnya yang duduk semeja dengan mereka. Entah sampai bilalah mereka ni nak berubah dan terima kehadiran Balkish sebagai salah seorang ahli keluarga?
Morning ma… pa.” sapa Harriz yang kelihatan gembira. Kerusi jati di sebelahnya ditarik untuk mempersilakan permaisuri hatinya itu duduk. “Silakan duduk wahai permaisuri.” Kata Harriz.
Balkish sekadar tersenyum nipis. Dia duduk dengan sopan. Sempat juga dia mengerling wajah Puan Sri Hanum yang masam mencuka itu.
Alahai… ibu mentuaku. Awal pagi lagi sudah cemberut. Senyumlah sikit. Muka dah lawa, tapi asyik mencuka aje dua puluh empat jam. Lantas dia menghadiahkan senyuman manis buat Puan Sri Hanum kala mata ibu mentuanya itu melirik ke arahnya. Seperti biasa, senyumannya langsung tidak berbalas.
Hanni yang duduk disebelah Balkish menyiku kakak iparnya itu. Pelik binti ajaib dia melihat kemesraan abang dan kakak iparnya. Romantik bak pengantin baharu.
“Berseri nampak. Bunga-bunga cinta berkembang mekar ker?” bisik Hanni dekat ke telinga Balkish yang tertutup dek tudung yang dipakai.
Balkish mengecilkan matanya. Pantas dia melarikan jemarinya ke bawah meja lalu mencubit sedikit peha Hanni. Terjerit kecil gadis remaja itu.
Hmmm… semalam, kenapa tak datang ke majlis hari lahir Adam? Tahu tak yang Adam tunggu Harriz. Kesian mama tengok budak tu balik-balik bertanyakan pasal Harriz.” Puan Sri Hanum mengatur bicara.
Harriz yang duduk berdepan dengan mamanya mengangkat wajah.
“Eh… bukan semalam Riz dah bagitau mama ker yang Riz tak dapat datang sebab Kish tak sihat. Takkan Riz nak tinggalkan Kish sorang diri kat rumah ni pulak.” Balas Harriz. Pinggannya dihulurkan kepada Balkish. Meminta isterinya itu mengisi nasi lemak ke dalam pinggan yang kosong. Perutnya berkeroncong melihat sambal sotong yang terhidang depan mata. Sambal sotong air tangan mama memang yang terbaik pernah dirasainya.
“Betul ke tak sihat? Mama tengok elok je. Takde pun muka orang sakit. Entah-entah itu cuma taktik nak mengelak dari pergi ke majlis semalam.” Puan Sri Hanum mengerling Balkish dengan ekor matanya. Menyindir menantunya itu seolah-olah memberi kepuasan buat dirinya.
“Awak ni Hanum. Suka sangat menuduh yang bukan-bukan. Perkara sakit ni bukannya boleh dibawa main-main.” Sampuk Tan Sri Hamdan. Surat khabar BH yang dibaca dilipat kemas lalu diletakkan di tepi. Dia sudah bersedia untuk bersarapan pagi.
“Alaaa… bang, orang kalau nak mengelak sanggup buat apa je.” Tak nak mengalah dengan suaminya, Puan Sri Hanum bersuara lagi. Satu jelingan ditujukan buat Tan Sri Hamdan. Suaminya itu, suka sangat nak menangkan anak menantu.
Sedang menjamu selera, tiba-tiba kedengaran ada suara lunak merdu bak buluh betung datang menyapa, “Hello… good morning you all.” Ucap suara itu. Tergedik-gedik Syarifah Ezora berjalan dengan senyuman yang lebar hingga ke telinga.
Serta-merta wajah Puan Sri Hanum dan Hanna bertukar ceria. Senyum sampai ke telinga mereka berdua melihat kelibat Syarifah Ezora yang datang awal pagi itu. Puan Sri Hanum siap bangun dari duduknya lalu mendapatkan wanita berpakaian gaun pendek paras peha itu. Mereka berpelukan seketika sebelum bertukar ciuman. Begitu juga dengan Hanna. Haih… macam dah bertahun tak berjumpa aje lagaknya. Sedangkan baru semalam mereka bertemu di majlis ulang tahun kelahiran Adam.
“Eiii… nak termuntah Hanni tengok.” Komen Hanni perlahan. Meluat sungguh dia melihat gaya gedik Syarifah Ezora. Entah apalah mimpi perempuan itu datang bertandang ke rumah mereka awal pagi begini. Menyampah betul!
Balkish yang mendengar komen pendek Hanni itu hanya mengeleng-geleng. Peha Hanni ditepuk perlahan. Mengisyaratkan agar gadis remaja itu memaniskan wajahnya.
Morning uncle.” Tegur Syarifah Ezora dengan manja.
Tan Sri Hamdan hanya mengangguk dan tersenyum nipis.
Hmmm… it’s so delicious. Do you mind if i’m joining you for breakfast, auntie?” Syarifah Ezora buat suara-suara manja. Konon minta kebenaran daripada Puan Sri Hanum untuk sarapan bersama.
Of course I don’t mind, my dear. Come… join us for breakfast. Auntie ada masak nasi lemak berlaukkan sambal sotong pagi ni.” bukan main beria lagi Puan Sri Hanum menjemput Syarifah Ezora untuk bersarapan bersama mereka.
Syarifah Ezora sudah tersengih lebar. Pantas dia menarik kerusi kosong di sebelah Hanna dan melabuhkan punggung di sebelah sahabat baiknya itu.
“Makanlah. Ezora pasti suka.” Pinggan yang telah siap terisi nasi lemak dan sambal sotong diletakkan di hadapan Syarifah Ezora. Dah macam tuan puteri pula si Syarifah Ezora ni Puan Sri Hanum layan begitu.
Hmmm… sedapnya auntie. Pandai auntie masak. Nanti bolehlah Zora belajar masak sambal sotong yang sedap ni dekat auntie ye. Zora memang suka sangat memasak.” Puji Syarifah Ezora. Siap nak belajar masak segala.
Amboi… Syarifah Ezora. Depan Harriz dan Puan Sri Hanum bukan beria-ia lagi dia nak belajar masak. Sedangkan dekat rumah pun dia langsung tak pernah nak masuk ke dapur. Kalau masuk dapur pun sekadar nak cari makanan atau minum air. Nak masak? Jangan harap! Haram dia tak tahu. Entah-entah nak jerang air pun tak reti!
Of course la sedap. Auntie yang masak. Kalau Ezora nak tahu, sambal sotong ni makanan kegemaran Harriz. Cuma kurangkan rasa pedas sebab Harriz tak tahan sangat dengan pedas.” Beritahu Puan Sri Hanum.
Iye ke? I tak tahu pun you suka sambal sotong, Riz. Selama ni you tak pernah bagitau I yang you pengemar sambal sotong.”
Harriz buat-buat tidak dengar. Malas benar dia melihat drama yang dilakonkan oleh Syarifah Ezora di depannya itu. Kalau bukan disebabkan rasa hormat dekat mama dan papa, mahu rasanya dia menghalau Syarifah Ezora.
“Lain kali bolehlah I masakkan sambal sotong untuk you.” Sambung Syarifah Ezora dengan suara yang semakin dilunakkan.
It’s okey, Zora. Tak perlulah nak bazirkan masa you susah-susah masak untuk I. Isteri I boleh masakkan apa yang I nak makan. lagipun I yakin masakan dari air tangan isteri I jauh lebih sedap dari masakan orang lain.” Balas Harriz. Selamba saja wajahnya. Langsung tidak menunjukkan rasa bersalah kerana kata-katanya itu telah melukakan hati Syarifah Ezora. Jelingan tajam mamanya juga langsung tidak dihiraukan. Malah dengan selamba sahaja dia meletakkan tangan  ke atas bahu Balkish. Merangkul erat bahu isterinya itu sambil tersenyum mesra.
Balkish yang nyata terkejut dengan tindakan spontan suaminya hanya mendiamkan diri. Tangan Harriz yang melekat kemas atas bahunya juga tidak diendahkan. Dibiarkan saja tangan suaminya itu di situ.
Hanni di sebelah sudah tersengih panjang. Kelakar benar dia melihat wajah Syarifah Ezora yang sudah merona merah. Kesian… Padan muka! Tu la gediks sangat.
“Sayang dah habis makan ke? Come let go.” Ajak Harriz dengan tiba-tiba.
Balkish tayang muka blur. Nak ke mana pula pagi-pagi begini?
“Kata nak pergi rumah Kak Nis tengok Adam. Jom la.”
Mata Balkish membulat. Bila masa pulak dia mengajak Harriz ke rumah Hanis? Seingatnya dia tak kata apa-apa pun.
“Pergi ajelah Kak Kish. Abang Riz nak ajak Kak Kish mengelak dari manusia gedik kat depan ni.” bisik Hanni yang duduk disebelahnya. Perlahan saja suami gadis manis itu.
Owhhh… maaf, bang. Kish terlupa.”
“Sayang ni memanglah. Cepat benar lupa. Ni yang buat abang geram dekat sayang ni.” Sengaja Harriz menarik hidung mancung Balkish di hadapan semua orang. Beraksi romantik buat mama, Hanna dan Syarifah Ezora berbulu. Khakhakhaaa… kelakarnya!
Okeylah semua. Riz dengan Kish minta diri dulu. Nak ke rumah Kak Nis.”
“Harriz! Apa ni? Tak elok tau tinggalkan tetamu yang datang bertandang dekat rumah.” Keras suara mama kedengaran.
“Kan mama ada. Papa, Hanni dengan Hanna pun ada sama. Lagipun Riz dah janji dengan Kak Nis nak ke rumah dia hari ni. Nak meraihkan hari lahir Adam yang kami tertinggal semalam. Kan tadi mama juga yang bagitau Riz, Adam asyik bertanyakan pasal Riz aje. Jadi sekarang ni Riz nak ajak Kish pergi jenguk Adam la. Nak celebrate birthday dia yang terlepas tu.” Panjang pula Harriz membalas kata.
Puan Sri Hanum mengetap bibir. Geram dengan keselambaan Harriz.
“Kami pergi dulu. Jom sayang. Assalammualaikum.” Tanpa berlengah, dia terus meraih jari-jemari Balkish. Mengajak isterinya itu untuk berlalu pergi dari situ.
Salam yang diberikan hanya dijawab oleh Tan Sri Hamdan dan Hanni. Dua beranak itu saling berpandangan sambil tersenyum sesame sendiri.
“Hisy… tengok tu. Tak sopan sungguh. Pergi macam tu aje.” Rungut Puan Sri Hanum.
Okeylah. Abang pun dah nak pergi ni.”
Puan Sri Hanum memaling wajah memandang suaminya. Dahinya berkerut-kerut.
“Abang nak ke mana pulak?” soalnya hairan.
“Abang nak keluar shopping.” Selamba saja Tan Sri Hamdan menjawab. Membuatkan isterinya itu melopong. Terkedu tanpa kata.
Hanni yang mendengar jawapan selamba papanya rasa ingin tergelak. Lebih kelakar bila melihat wajah mama yang sudah berkerut sejuta dahinya itu. Terkejut benar mama bila papa kata hendak keluar shopping. Iye la… selama ni papa mana suka keluar shopping. Kalau mama mengajak, macam-macam alasan yang papa berikan. Alih-alih pagi ni nak keluar shopping pula. Mana tak mama terkejut beruk.
Opsss… berdosa tau kata mama terkejut beruk. Tukar kepada yang lebih sopan sedikit. Terkejut burung merak. Hah… yang ni baru sesuai dengan mama yang cantik tapi sombong bak burung merak. Kihkihkihhh… ketawa Hanni dalam hati.
“Pa, nak ikut?” kata Hanni tiba-tiba. Dia pun nak mengelak dari duduk semeja dengan Syarifah Ezora. Rimas benar dia bila berdepan dengan wanita itu. Takut nanti muntah kelabunya akan keluar kalau berlama-lama menghadap muka dan tingkah Syarifah Ezora.
Okey. Jom.” Ajak Tan Sri Hamdan kepada anak manjanya itu.
Puan Sri Hanum mendengus geram sebaik saja semua orang telah beredar. Yang tinggal cuma dia, Hanna dan Syarifah Ezora yang kelihatan tidak berpuas hati dengan tindakan Harriz berlalu pergi begitu sahaja.

******************************************************************************

“KHAKHAKHAAA…” besar ketawa Harriz sepanjang dalam perjalanan menuju ke rumah Hanis. Kelakar benar dia mengingati wajah keruh mama, Hanna dan Syarifah Ezora tadi. Ketawanya yang besar ini membuatkan Balkish menggeleng-gelengkan kepala. Tahu sangat dia apa yang membuatkan suaminya itu ketawa suka.
“Tak baik tau abang buat macam tu.” Ujar Balkish. Kini dia sudah mula membiasakan diri memanggil Harriz dengan panggilan abang walaupun agak kekok untuk dia memanggil panggilan itu.
“Alaaa… abang bukannya buat jahat pun. Abang cuma ajak sayang mengelak dari diorang tu aje. Rimas betul abang dengan Ezora tu. Tergedik-gedik. Abang pantang benar dengan perempuan perangai macam tu.” Luah Harriz.
“Tapi Syarifah Ezora tu kan sukakan abang. Pasal tu dia begitu. Lagipun… diakan wanita pilihan mama.”
Harriz mengerling Balkish dengan ekor mata.
“Tapi abang langsung tak pernah sukakan Syarifah Ezora. Sebesar kuman pun takde perasaan abang ni untuk dia. Mama aje yang beria-ia nak satukan abang dengan dia, tapi abang tak nak. Sebab dalam hati abang ni dah ada nama sayang sorang. Balkish!”
Balkish mencebik.
“Hah… tu yang mencebik-cebik kenapa pulak? Tak caye cakap abang ke? Kalau tak caye… cuba sayang ambil kapak belah dada abang ni. Tengok nama siapa yang ada dalam hati ni.” Harriz meletakkan tangan kiri dekat ke dadanya. Sementara tangan kanan memegang stereng kereta dengan kemas.
“Ungkapan tu dah tak releven la bang.” Tungkas Balkish pantas.
Harriz ketawa suka.
“Abang… Kish tanya sikit boleh tak?”
“Nak tanya panjang-panjang pun takpe.”
Hmmm… dulu abang pernah cakap dekat Kish yang abang pernah bercinta sepenuh hati dengan seorang perempuan. Dan perempuan tu pun dah kembali semula ke Malaysia. Hmmm… abang pernah tak jumpa bekas kekasih abang tu lagi? Keluar makan-makan berdua dengan dia.”
Harriz tersenyum-senyum.
“Kenapa tanya ni? Sayang jealouse ye?” Usik Harriz.
Hisy… ke situ pulak. Kish tanya ajelah, bang.”
Okey. Okey. Abang bergurau je. Sebenarnya memang benar abang pernah bercinta sepenuh hati abang dulu. Tapi… dia pergi ikut lelaki lain. Disebabkan kecewa, abang jadi macam yang sayang mula-mula kenal dulu. Suka bertukar-tukar teman wanita dan langsung tak pernah nak serius dalam sesuatu hubungan. Bagi abang masa tu, semua perempuan adalah sama. Hanya mahukan duit semata-mata. Sehinggalah abang jumpa dan mengenali sayang. Sayang lain daripada yang lain. Berbeza sangat. Hati abang terpaut dan abang berazam untuk meraih cinta sayang. Abang serius dengan sayang. Syukur… kerana ALLAH memperkenankan doa abang. Menjadikan sayang isteri abang.”
Bibir Balkish terukir senyuman segaris mendengar kata-kata suaminya. Terharu pun ada juga. Ketulusan dan kejujuran Harriz inilah yang telah menawannya. Menjadi isteri Harriz membuatkan dia semakin mengenali peribadi lelaki itu. Lelaki yang pernah dibenci dan digelar dengan gelaran King Of Crocodile. Kini… crocodile inilah yang telah menambat hatinya. Telah membaham dirinya sehingga membuatkan dia lupa diri.
“Sekarang ni abang jumpa lagi tak bekas kekasih abang tu?” pertanyaan diulang setelah pertanyaan yang tadi tidak dijawab dengan lengkap.
“Sekali. Itu pun sebelum kita bernikah dulu. Dia datang merayu nak sambung cinta kami semula. Tapi abang tak nak. Abang dah lama kubur perasaan cinta abang untuk dia dalam-dalam. Abang bagitau dia yang abang akan berkahwin dengan saya. Alhamdulillah… dia dapat menerima berita itu. Sejak dari hari tu… abang langsung tak pernah jumpa dia lagi. Mungkin dia dah fed-up nak merayu sebab dia tahu abang sekarang sudah ada sayang dalam hati ni.”
Tekun Balkish mendengar pengakuan Harriz. Jujurnya lelaki itu. Bukan seperti dia yang masih belum berterus-terang tentang kisah silamnya. Entah bilalah dia punya kekuatan untuk berterus-terang tentang semua itu kepada Harriz. Dia sendiri tidak pasti.
Nafasnya ditarik. Kemudian dihela perlahan. Dia perlu berterus-terang kepada Harriz tentang kisah silamnya itu. Dia tidak mahu kejadian seperti dalam mimpinya itu terjadi. Dia sayangkan rumah tangganya. Dia cintakan Harriz. Dia tidak mahu kehilangan kasih sayang daripada lelaki sejujur Harriz.
“Abang… kalau orang beritahu abang sesuatu, abang jangan marah orang ye?
“Cakaplah apa dia?”
Bibirnya diketap. Masih berkira-kira untuk memberitahu. Dia tidak pasti dengan penerimaan Harriz bila mendapat tahu kisah silamnya bersama Eidham. Dia takut Harriz tidak dapat menerima kenyataan itu.
“Hah… dah sampai pun.” Ayat Harriz itu membuatkan Balkish memusing kepala ke sebelah kanan. Kini kereta BMW Harriz telah masuk ke perkarangan rumah banglo dua tingkat milik Fahmie dan Hanis.
“Sayang nak cakap apa tadi?” tanya Harriz setelah memarkirkan kereta di belakang Honda City milik kakaknya Hanis.
Hah? Errr… takpelah, bang. Nanti-nanti aje Kish beritahu abang ye. Tu hah… Encik Adam dah datang tunggu kita. Kan kita dah janji nak bawa dia dengan Alisya keluar jalan-jalan hari ni. Jom turun.”
Pantas Balkish melangkah keluar dengan senyuman yang merekah di bibir. Hanis dan Fahmie serta anak-anak mereka sudah sedia menanti di muka pintu bersama senyuman yang manis. Gembira menyambut kedatangan Harriz dan Balkish ke rumah mereka.

******************************************************************************

JERITAN Adam bergema kuat di Berjaya Times Square Theme Park. Seronok bukan main lagi dia bermain berbagai jenis permainan di taman permainan ini. Lepas satu, satu tempat permainan yang dimainnya. Harriz dan Balkish hanya menurut saja kehendak Adam. Maklumlah… birthday boy. So apa yang dia mahu kenalah ditunaikan. Alisya yang ikut sama juga hanya menurut kehendak adiknya. Alisya memang tak banyak songeh seperti Adam.
Puas bermain, Harriz mengajak Balkish, Alisya dan Adam menjamu selera. Sebagai birthday boy, Adam telah diberi kuasa sepenuhnya untuk memilih tempat makan. Adam yang memang gemar ayam panggang itu telah memilih Kenny Rogers Roasters sebagai tempat mereka menjamu selera. Kecoh benar dia bercerita itu dan ini. Jika dulu dia malu-malu kucing dengan Balkish, namun hari ini bukan main manja lagi dia pada Balkish. Siap nak berpimpin tangan lagi dengan isteri Pak Ngahnya itu.
Alisya pun seperti Adam juga. Cepat benar dia mesra dengan Balkish. Ini membuatkan Harriz tersenyum lebar melihat aksi manja anak-anak saudaranya itu dekat Balkish. Mulalah dia berasa tidak sabar untuk punya anak sendiri dengan isterinya itu. Tentu hidup mereka akan jadi semeriah hari ini.
“Abang? Senyum panjang nampak. Fikir apa?” Balkish yang duduk disebelahnya menegur.
Harriz tersenyum lebar. Mata kembali dihala melihat Alisya dan Adam yang sedang menikmati hidangan di depan mereka. Berselera benar mereka berdua.
“Abang rasa abang dah bersedialah sayang.” Ujar Harriz menjawab pertanyaan Balkish.
“Bersedia untuk apa?” Pelik benar Balkish dengan ayat suaminya itu.
Harriz mendekatkan bibir ke telinga isterinya yang bertudung. Kemudian dia berbisik sesuatu. “Abang dah bersedia untuk jadi seorang ayah. Abang dah tak sabar nak ada anak dengan sayang. Sayang nak tak jadi ibu kepada bakal anak-anak abang?”
Merah padam muka Balkish mendengar kata-kata Harriz. Pertanyaan lelaki itu membuatkan dia semakin malu. Bibirnya diketap menahan perasaan malu yang datang menyerang. Eiii… Harriz ni. Suka benar buat dia malu-malu macam ni.
“Sayang… sudi ke tidak ni jadi ibu kepada bakal anak-anak abang?” tanya Harriz lagi. Juga masih dalam nada berbisik.
Perlahan-lahan Balkish mengangguk. Wajahnya semakin memerah. Jantungnya bergetar hebat. Hanya ALLAH sahaja yang tahu apa yang dirasainya ketika ini. Rasa bahagia yang tidak terhingga.
Harriz tersenyum. Pantas dia meraih jemari Balkish yang berada di atas riba isterinya itu lalu digenggam erat.
“Terima kasih sayang. Insya-ALLAH abang akan cuba menjadi suami yang baik kepada sayang dan ayah yang baik untuk bakal anak-anak kita.”
Ungkapan ayat itu semakin menggetarkan naluri kewanitaan Balkish. Hai… Harriz. Kau benar-benar buat aku bahagia.

Bila lagu cinta
bergema

~38~

“KAK RISYA. Jom keluar makan” Suara Aleya kedengaran lagi bersama ketukan halus pada permukaan pintu. Risau benar dia melihat keadaan Batrisya yang asyik berkurung sejak dari petang tadi. Langsung tidak menjamah sesuap nasi. Banyak kali dia mengetuk pintu, memanggil Batrisya untuk makan namun panggilannya langsung tidak berjawab. Hendak bertanya, dia tidak berani. Air muka Batrisya kelihatan tegang dan dirinya juga seakan tidak terurus. Daripada pakaian yang tersarung pada tubuh wanita itu petang tadi, Aleya yakin Batrisya lari dari Hospital. Tapi dia tak tahu pula sebab apa Batrisya melarikan diri.
Setelah lima minit berdiri di luar bilik yang pernah menjadi milik Balkish itu, Aleya berlalu ke ruang tamu. Punggung dilabuhkan di sebelah Ella yang memandang tepat ke wajahnya.
“Macam mana?” tanya Ella.
Aleya menggeleng-geleng.
“Dah banyak kali aku ketuk pintu, tapi dia tak nak buka.” Beritahu Aleya. “Kau dah call Kish ke?” sambungnya lagi.
Ella mengangguk-angguk. “Dah. Kejap lagi dia sampai. Dia tengah on the way ke marilah tu.”
Aleya menghela nafas. Matanya kembali terarah ke permukaan pintu bilik yang masih tertutup rapat. Entah apa yang telah berlaku kepada Batrisya. Dia sendiri tidak tahu.
“Aku rasakan… Kak Risya tu lari dari hospitallah, Leya. Baju yang dia pakai petang tadi… baju hospital tu.”
Aleya mengangguk-angguk. Bersetuju dengan kata-kata Ella. Memang pun baju yang dipakai Batrisya petang tadi merupakan baju daripada hospital.
“Tapi kenapa ek dia lari, Leya? Peliklah. Kan ke dia tu anak kesayangan?” Ella bertanya kepada Aleya. Cuba mencari jawapan untuk apa Batrisya melarikan diri dari hospital.
“Entahlah. Aku pun tak tahu. Mesti ada sesuatu yang telah terjadi menyebabkan Kak Risya jadi macam tu. Setahu aku… Kak Risya tu periang orangnya. Belum pernah aku lihat dia sebegini. Aku pun tak tahu apa dah jadi sebenarnya. Mungkin bila Kish datang nanti Kish aje yang dapat tahu apa yang telah terjadi pada Kak Risya.” Tutur Aleya. Dia cuba juga untuk meneka apa yang telah berlaku ke atas Batrisya, tapi otaknya buntu. Dia dapat hendak memikirkan perkara-perkara logik untuk apa wanita itu melarikan diri hingga datang ke rumah ini.
Sedang asyik berfikir, tiba-tiba kedengaran bunyi enjin kereta masuk ke halaman rumah. Laju Aleya dan Ella berlari untuk menjenguk dari sebalik langsir. Sebuah BMW hitam terparkir di belakang Viva merah bata milik Ella yang baru keluar dua minggu lepas. Bau dari kilang pun masih belum hilang.
“Kish la.” Ujar Ella kala matanya terlihat kelibat Balkish yang keluar dari perut kereta BMW itu.
Pantas mereka berdua melompat turun dari sofa dan bergegas pula ke muka pintu. Daun pintu dibuka luas.
“Syukur kau dah sampai Kish. Kak Risya dari tadi asyik berkurung. Risau kami dibuatnya.” Ujar Aleya sebaik sahaja wajah Balkish terpancul depan muka pintu.
“Kak Risya mana?” tanya Balkish kelam-kabut. Risau benar hatinya ketika menerima panggilan daripada Ella tadi. Sahabatnya itu memberitahu bahawa Batrisya ada di rumah mereka sekarang. Pada mulanya dia ingatkan Batrisya sengaja datang kerana ingin membeli-belah di KL. Tapi bila Ella memberitahu keadaan Batrisya yang bagaikan orang tidak sihat itu, mulalah dia jadi gelisah tak tentu pasal.
Nasib baiklah Harriz begitu memahami. Lepas hantar Alisya dan Adam balik ke rumah, mereka berdua terus datang ke Taman Sungei Wang.
“Dia ada kat dalam bilik kau.” Beritahu Aleya.
Tergesa-gesa Balkish meluru masuk ke dalam. Hatinya benar-benar bimbangkan keadaan Batrisya.
Tok! Tok! Tok! Pintu diketuk lembut.
“Kak Risya. Kish ni… bukalah pintu.” Panggil Balkish lembut.
Dia memandang Aleya dan Ella yang berdiri di kiri dan kanannya. Kedua sahabatnya itu menjungkit bahu. Memang sejak petang tadi Batrisya asyik mengurung diri. Makan dan minum pun tidak.
“Kak… buka pintu ni. Kish datang ni.” sekali lagi Balkish mencuba. Pintu diketuk lagi. Perlahan dan lembut ketukannya.
Sesaat, dapat didengar kunci dibuka. Balkish toleh lagi Aleya dan Ella.
“Kau masuklah. Kami yakin Kak Risya perlukan kau sekarang. Kami kat luar.” Ujar Aleya yang nyata kelihatan lebih matang daripada biasa. Ella hanya mengangguk-angguk.
Tombol pintu dipulas. Balkish memanjangkan sedikit lehernya menjenguk Batrisya yang berada di dalam. Kelihatan kakaknya itu sedang berdiri sambil mengadap ke luar tingkap. Perlahan-lahan Balkish masuk ke dalam. Kemudian daun pintu ditutup semula.
“Kak Risya…” panggil Balkish lembut. Dia menghampiri Batrisya yang masih kaku mengadap ke luar. Kakaknya itu kelihatan diam tidak berkutik. Langkah diatur menghampiri Batrisya.
“Kak… kenapa ni?” Bahu Batrisya disentuh beserta satu pertanyaan. Dan ketika dia memusingkan tubuh Batrisya untuk bersemuka dengannya, sepantas kilat Batrisya memeluk tubuhnya yang kurus itu. Dipeluk erat bersama tangisan yang sudah pun pecah.
“Akak mintak maaf, Kish. Akak berdosa dekat Kish. Akak ni perampas. Akak bukan kakak yang baik.” Luah Batrisya bersama tangisan yang mula kedengaran. Bertubi-tubi dia menyalahkan diri. Sehingga membuatkan Balkish menjadi kebinggungan.
“Kak Risya… kenapa ni? Cuba cakap dekat Kish. Janganlah menangis macam ni.” Pujuk Balkish tenang. Pelukan kakaknya dibalas.
“Kakak mintak maaf, dik.” Pinta Batrisya lagi. Rasa bersalah menbendung jiwa. Sakitnya perasaan yang ditanggungnya ini.
“Kenapa nak mintak maaf? Kak Risya tak pernah bersalah sikit pun dekat Kish.”
Batrisya menggeleng-geleng. Menidakkan kata-kata Balkish. Dia tetap bersalah. Kalau bukan kerana dia merampas Eidham daripada Balkish, tentu adiknya itu kini bahagia bersama Eidham. Dia punca hubungan Balkish dan Eidham terputus. Dia puncanya!
Pelukan dileraikan. Balkish memegang bahu Batrisya. Kakaknya itu masih lagi menangis tersedu-sedan. Kelopak mata Batrisya kelihatan bengkak. Pasti kerana telah terlalu banyak menangis.
“Akak tak patut rampas Abang Eid dari Kish. Akak punca hubungan Kish dengan Abang Eid terputus.” Pengakuan Batrisya menyebabkan dada Balkish berdebar hebat. Wajah kakaknya ditenung dalam.
Batrisya mengangkat matanya. Memandang Balkish dengan rasa bersalah yang semakin sarat menyesak diri. Kalaulah masa itu dapat diundur semula, akan dia berikan kembali cinta Balkish yang dirampasnya. Dia tidak mahu menjadi perampas cinta adik yang teramat disayanginya itu.
“Akak dah tahu semuanya, Kish. Kisah cinta Kish dengan Abang Eid. Akak dah tahu Kish dengan Abang Eid pernah bercinta sebelum akak jadi perosak hubunga cinta korang berdua. Kalaulah akak tak jadi orang ketiga dalam hubungan Kish dengan Abang Eid, tentu sekarang ni Kish sudah bahagia menjadi isteri Abang Eid. Akak tak patut ram…”
Belum sempat Batrisya menyebut perkataan ‘rampas’ dari mulutnya, dengan pantas Balkish meletakkan jari telunjuk ke bibir kakak kesayangannya itu. Menghalang Batrisya daripada meneruskan katanya. Kepalanya digeleng-geleng.
“Jangan cakap lagi Kak Risya. Kish tak pernah salahkan Kak Risya dengan apa yang telah terjadi. Semua ini ketentuan ALLAH. ALLAH telah tetapkan Kak Risya menjadi isteri Abang Eid. Kita sebagai hambanya hanya mampu berserah dengan apa yang ALLAH berikan untuk kita. Jangan lupa tu, kak. Apa yang ALLAH berikan untuk kita pasti ada hikmah disebaliknya.”
“Tapi… Abang Eid tak bahagia bersama akak, dik. Abang Eid masih cintakan Kish. Cintanya pada Kish tak pernah luntur.”
Balkish menggeleng-geleng. Menidakkan kenyataan tersebut.
“Cinta Abang Eid hanya untuk Kak Risya seorang.”
“Akak tak mampu bahagiakan Abang Eid, Kish. Akak bukan isteri yang baik untuk Abang Eid.” Luah Batrisya. Tangisannya bergema lagi. Selama ini dia berusaha membahagiakan Eidham. Sangkanya Eidham bahagia, ternyata dia tidak mampu membahagiakan suaminya itu. Eidham tidak bahagia bersamanya.
Tubuh Batrisya dibawa ke dalam pelukannya. Sayu rasa hati Balkish melihat keadaan kakaknya yang dirundung kesedihan itu. Dia mahu lihat Batrisya bahagia. Dia mahu lihat senyuman di bibir kakaknya itu. Bukan tangisan seperti ini.
“Akak sayang Kish.” Ucap Batrisya.
“Kish pun sayang Kak Risya jugak.” Balas Balkish bersama air mata yang mulai jatuh membasahi pipi.

******************************************************************************

SEPANJANG dalam perjalanan pulang ke rumah, Balkish hanya mendiamkan diri. Perbualan bersama kakaknya tadi masih terngiang-ngiang di telinga. Bukan itu yang dipintanya. Bukan itu yang mahu dilihatnya dalam cerita rumah tangga Batrisya. Dia mahu Batrisya bahagia. Bukan perceraian yang dia harapkan daripada kakaknya itu. Tidak! Dia tidak mahu Batrisya berpisah dengan Eidham.
Air mata Balkish tumpah membasahi pipi. Keputusan Batrisya yang menginginkan perpisahan daripada Eidham menyentuh hatinya. Dia tahu betapa dalamnya cinta Batrisya terhadap Eidham. Kenapa perlu kakaknya itu menghukum diri untuk berpisah dengan orang yang dicintainya. Sudah berkali Balkish memberitahu, antara dia dengan Eidham adalah kisah silam. Tak mungkin untuk mereka bersama semula kerana kini mereka bersama orang yang disayanginya. Namun Batrisya berkeras. Rasa bersalah kerana merampas Eidham daripada Balkish membuatkan keputusannya menjadi bulat.
Mata dipejam seketika. Saat hidupnya mulai bahagia disamping Harriz, rumah tangga kakaknya pula dilanda badai. Saat cintanya hadir buat Harriz, cinta Batrisya pula padam terhadap Eidham. Ya ALLAH… kenapa semua ni terjadi? Kenapa perlu ini yang berlaku disaat rasa bahagia mulai menjelma.
Ketika inilah kata-kata Mak Aminah terngiang-ngiang di telinganya setiap kali dia berduka lara dulu. “ALLAH sayang kita Kish. Disebabkan sayangnya ALLAH pada kitalah maka ALLAH turunkan ujian yang setimpal dengan kekuatan yang kita miliki. ALLAH tak akan uji hambanya dengan ujian yang tak setimpal dengan kekuatan kita. Sebagai hambanya, kita patut bersyukur dengan ujian yang ALLAH berikan. Itu bermakna ALLAH ingat kita dan ALLAH mahu kita juga sentiasa ingat dan berdoa kepada-NYA.” Itulah kata-kata Mak Aminah yang sering dia jadikan pedoman dalam hidupnya selama ini.
“Sayang…” lembut Harriz memanggil. Tangan sebelah kirinya mendarat mengenggam jemari sebelah kanan Balkish. Sedangkan tangan sebelah kanan memegang streng kereta dengan kuat.
Balkish buka mata. Air matanya diseka dengan belakang tangan sebelum dia memalingkan wajah ke arah Harriz. Sebuah senyuman paksa dihadiahkan buat lelaki itu. Lelaki yang begitu tulus menyayanginya. Kalaulah Harriz tahu dia pernah bercinta dengan Eidham dan tahu Eidham masih menagih cintanya, adakah Harriz juga akan mengambil tindakan yang sama seperti Batrisya? Adakah Harriz akan terus menyayanginya lagi? Balkish tak tahu. Apa yang pasti dia tidak mahu kehilangan Harriz.
Tidak! Balkish tidak sanggup kehilangan untuk Harriz. Cintanya yang sedang berkembang mekar buat Harriz membuatkan dia tidak mahu kehilangan lelaki itu. Dia perlu berterus-terang kepada Harriz keadaan yang sebenar. Dia tidak mahu Harriz mendapat tahu semua itu seperti yang Batrisya alami. Dia tidak mahu semuanya jadi terlewat.
Nafasnya ditarik panjang. Kemudian dihela perlahan.
“Kish ada sesuatu nak bagitau abang.” Ujar Balkish.
“Apa dia sayang?”
“Boleh tak kita berhenti sekejap. Cari tempat yang sesuai untuk bercakap.” Pinta Balkish. “Kish dah tak sanggup nak tanggung semua ni lagi. Abang perlu tahu dan buat keputusan yang tepat. Kish tak nak terus-menerus membohongi abang.” Sambung Balkish penuh berhati-hati.
Berkerut-kerut dahi Harriz mendengarnya. Seperti ada yang mustahak mahu disampaikan oleh isterinya itu. Pantas dia membelok ke jalan sebelah kanan. Mencari tempat yang sesuai untuk dia dan Balkish berbual seperti yang dikehendaki oleh isterinya.
BMW diberhentikan di bahu jalan setelah dia yakin tempat inilah yang paling sesuai untuk mereka berbicara. Dulu, setiap kali dia dirundung masalah, tempat inilah yang ditujunya. Dari sini, mereka dapat melihat pemandangan bandaraya Kuala Lumpur dengan indah sekali.
Keadaan di sini masih kelihatan ramai dengan pasangan kekasih dan remaja-remaja yang sedang melepak. Maklumlah… malam baru menjangkau pukul 9.00 malam. Masih terlalu awal. Tentu masih ramai yang mengambil peluang lepak-lepak di situ sambil menikmati pemandangan yang indah. Lagipun dari sini dapat dilihat langit yang terbentang luas bersama cahaya rembulan yang indah dan kerlipan-kerlipan bintang yang menyinar.
Harriz mengajak Balkish duduk di satu tempat yang tidak jauh dari kereta diparkirkan. Tempat ini paling sesuai untuk mereka berbual. Di hujung sebelah kiri mereka kelihatan ada pasangan sedang bercinta tengah berdating. Seronok bergelak ketawa. Pasangan remaja yang bercinta, begitulah caranya. Di sebelah kanan pula kelihatan beberapa orang remaja sedang lepak-lepak sambil bermain gitar dan menyanyi-nyanyi.
“Apa yang sayang nak bagitau abang?” tanya Harriz setelah melihat Balkish membisu tanpa kata. Matanya merenung tepat wajah isterinya yang kelihatan muram itu.
Mendengar pertanyaan itu, membuatkan perhatian Balkish pada bintang-bintang di atas langit yang indah terhenti. Dia mengalihkan pandangan ke wajah Harriz. Nafas ditarik panjang-panjang. Malam ini dia mahu memberitahu Harriz segala-gala yang dia pendamkan selama ini.
“Sebelum tu… Kish nak mintak maaf dekat abang kalau apa yang Kish katakan ini melukakan hati abang. Kish tak berniat nak bohong abang selama ni.”
“Aik? Siap nak mintak-mintak maaf segala. Dah macam nak sambut raya pulak. Macam besar sangat kesalahan sayang ni.” Harriz mahu bergurau. Mahu menceriakan suasana antara mereka berdua. Dia tak suka lihat Balkish dirundung masalah. Dia mahu lihat isterinya itu ketawa dan tersenyum.
Segaris senyuman nipis terukir di bibir mungil Balkish. Harriz! Lelaki itu suka sangat bergurau. Suka menceriakan hidup Balkish.
“Memang Kish buat salah besar dekat abang. Pasal tu Kish nak mintak maaf. Takut tak sempat nak mintak maaf dengan abang waktu raya nanti.”
Cepat Harriz mendaratkan jari telunjuknya ke bibir Balkish. Kepalanya digeleng-geleng.
“Abang tak nak sayang cakap macam tu. Raya tahun ni abang nak beraya dengan sayang. Bukan tahun ni aje, untuk tahun-tahun yang seterusnya abang mahu sayang selalu ada untuk abang.”
Balkish mengangguk sambil memberi senyuman buat lelaki itu. Genggaman jari Harriz pada jemarinya dieratkan.
“Ingat lagi tak sebelum kita kahwin abang pernah tanya dekat Kish, adakah Kish pernah bercinta sebelum ni? Tapi waktu tu Kish tak bagi jawapan apa-apa pun dekat abang. Kish diam aje.”
Harriz mengangguk. Memang benar dia pernah bertanyakan soalan itu kepada Balkish sebelum mereka berkahwin dulu. Namun, tiada jawapan yang diberikan oleh isterinya ketika itu. Malah dia juga sudah melupakan soalan tersebut.
Balkish menghela nafas. Mengumpul kekuatan sebelum menyambung bicaranya. “Sebenarnya… memang Kish pernah bercinta sebelum ni. Bercinta sepenuh hati walaupun ketika itu Kish masih berada di sekolah menengah. Kish begitu sayangkan lelaki tu. Cinta Kish ikhlas dan Kish tak pernah menduakan cinta kami.”
Harriz seolah-olah mati kutu. Luahan Balkish membuatkan dia kehilangan modal untuk bertanya soalan. Hanya wajah isterinya yang memandang tepat ke wajahnya itu saja mampu dilihatnya dengan lama. Tanpa mata yang berkedip-kedip.
“Kish mintak maaf, bang. Sebab Kish tak pernah berterus-terang dekat abang selama ni.” Pinta Balkish. Pelupuk matanya mula digenangi air. Pandangan Harriz yang agak menikam matanya itu membuatkan dia tidak pasti sama ada suaminya itu marah ataupun tidak.
“Kish tak berniat pun nak bohong abang. Cuma waktu itu… Kish masih belum bersedia hendak menceritakan semuanya dekat abang. Bagi Kish… itu kisah lama yang telah Kish kubur sedalam-dalamnya dan Kish tak mahu mengenang kisah itu lagi. Tapi… semakin hari, Kish rasa semakin berdosa dekat abang. Kish tak patut rahsiakan semua ni daripada pengetahuan abang.”
“Siapa lelaki tu?” tiba-tiba soalan Harriz bergema. Menggetarkan hati wanita Balkish. Pandangan suaminya itu masih kelihatan tajam.
Balkish pejam sebentar matanya. Mengumpul kekuatan untuk memberitahu nama lelaki yang pernah bertakhta di dalam hatinya sebelum ini. Nama yang jika boleh tidak mahu diungkapnya lagi.
“Eidham.” Ujar Balkish dengan mata yang sudah dibuka. Ingin sekali dia melihat reaksi Harriz ketika ini.
“Eidham?” Ulang Harriz sambil mengerut kening. Rasanya dia pernah dengar nama itu. Tapi… dia kurang pasti.
Balkish angguk. Memang Eidhamlah satu-satunya lelaki yang pernah bertakhta dalam hatinya.
“Ya. Eidham suami Kak Risya.”
Harriz tercengang. Matanya tidak lepas daripada memandang Balkish. Nama itu… membuatkan dia mula terbayangkan wajah Eidham. Tanpa diduga, dia melepaskan genggaman pada jemari halus Balkish.
“Maafkan Kish.” Ucap Balkish bersama air mata yang semakin mengalir dengan laju.

******************************************************************************

“KENAPA abang tak marah bila Kish beritahu abang yang Kish kahwin dengan abang sebab nak mengelak dari Eidham? Bukankah Kish ni tak jujur. Berkahwin dan memperalatkan abang. Sepatutnya abang marah Kish dengan apa yang telah Kish lakukan pada abang.”
Harriz ketawa kecil. Tubuh Balkish ditarik sedikit supaya dekat ke tubuhnya. Kemudian ubun-ubun isterinya itu dikucup penuh kasih.
“Buat apalah abang nak marah tak tentu pasal dekat sayang semata-mata kerana hal sebegitu. Sekurang-kurangnya sayang sudi berterus-terang.”
Balkish pandang wajah Harriz. “Habis tu abang tak marah Kish sebab bohong abang selama ni?”
Harriz menggeleng-geleng. “Sumpah abang tak marah. Malah abang bersyukur sangat-sangat. Disebabkan hendak mengelak diri dari Eidham, sayang jadi isteri abang. Saya sudi pilih abang sebagai suami sayang. Abang bersyukur ALLAH buka pintu hati sayang yang degil ni untuk terima abang masa tu. Biarpun ketika tu sayang terima abang bukan seikhlas hati, sebab nak mengelak dari Eidham, tapi abang langsung tak berkecil hati. Mungkin kalau bukan sebab nak mengelak dari Eidham, sampai sekarang pun sayang tak akan jadi isteri abang dan akan terus membenci abang. Maklumlah… abang ni kan King Of Crocodile. Siapa yang nak berkahwin dengan King Of Crocodile macam abang ni, kan?”
Balkish terkedu. Dari mana pula lelaki itu tahu dia menggelar Harriz dengan panggilan King Of Crocodile selama ni? Hmmm… ini mesti ada yang pecah rahsia. Entah-entah Aleya dan Ella. Mulut dua minah tu bukannya boleh percaya sangat. Mulut tempayan.
“Ma… mana ada Kish cakap abang ma… macam tu.” Alahai… tergagap pula Balkish menutur kata. Selama ini Harriz tak pernah tahu pun nama ‘manja’ yang diberikan kepadanya itu.
“Iye ke? Habis tu… yang selama ni bukan sayang ke panggil abang King Of Crocodile?” tajam mata Harriz menikam wajah Balkish. Membuatkan wanita itu melarikan pandangan ke arah lain. Ketika itu keadaan di situ sudah sedikit sunyi. Sudah ramai yang pulang. Malam juga sudah semakin merangkak tua.
Saper cakap ni?”
“Aleya dengan Ella. Diorang bagitau abang tadi. Selama ni diaorang kata sayang selalu panggil abang King Of Crocodile. Tak pun buaya jadian. Betul tak sayang?”
Hah… dah agak dah! Mesti angkara Aleya dengan Ella. Betullah minah berdua tu. Tak boleh nak simpan rahsia langsung. Padanlah rancak sangat berbual dengan Harriz tadi. Rupanya bocorkan rahsia aku. Eiii… memang nak kena diaorang berdua ni!
“Du… dulu memang Kish panggil abang macam tu. Tapi sekarang ni tak lagi.”
“Habis tu sekarang sayang panggil abang apa pulak?” sengaja benar Harriz mahu mempermainkan perasaan Balkish. Dia tahu isterinya pasti berada dalam keadaan gundah-gulana sekarang ini.
Merah wajah Balkish.
“Kish… panggil abanglah.” Perlahan dia menjawab. Matanya dijatuhkan ke tanah.
Dapat dirasakan pelukan Harriz semakin kuat memaut bahunya. Membuatkan tubuh mereka bersatu dengan begitu dekat sekali. Sehinggakan wangian Hugo Boss yang dipakai suaminya itu menyerbu masuk ke lubang hidung. Berdebar-debar Balkish ketika ini dengan perlakuan romantik suaminya itu.
I love you, sayang.” Ucap Harriz dengan romantik sekali.
Balkish pejam matanya seketika. Ucapan itu benar-benar membuatkan dia rasa bahagia.
I love you too, abang.” Balasnya dengan hati yang benar-benar ikhlas.
Tersenyum Harriz mendengar kata balasan isterinya itu. Pipi Balkish dikucup penuh rasa cinta.
“Sayang, jom balik. Dah pukul sepuluh setengah ni.” ajak Harriz.
Balkish mengangguk. Mereka kemudiannya jalan sambil berpimpinan tangan menuju ke kenderaan yang terletak di bahu jalan.

******************************************************************************

TENANG sedikit rasa hati Batrisya bila sudah meluahkan segala-galanya kepada Balkish tadi. Namun disebalik ketenangan yang sedikit itu, terselit juga sedikit lagi rasa gundah yang menganggu jiwa. Keputusannya untuk berpisah dengan Eidham. Itulah yang bermain dalam benaknya kini. Perlukah untuk dia laksanakan keinginan dalam keterpaksaannya itu? Dia tidak pasti. Hatinya mula berbelah bahagi.
Ikutkan hati, dia memang sayangkan Eidham. Cintanya terhadap Eidham tidak pernah berubah. Dari dulu hinggalah sekarang, hatinya tetap milik Eidham. Namun dalam masa yang sama dia perlu mengundurkan diri. Untuk dia dia menjadi isteri Eidham lagi? Andai cinta suaminya itu sudah tidak dia miliki lagi. Lagi pula, dia bukanlah perempuan yang sempurna untuk Eidham. Dia tidak berdaya hendak memberi zuriat untuk suaminya itu. Membuatkan rumah tangga mereka sunyi sepi.
Batrisya mengiringkan badan ke sebelah kanan. Fikirannya bercelaru. Dalam masa yang sama dia berkecil hati dengan tindakan ibu. Sampai benar hati ibu lakukan semua ini kepada Balkish. Tidak pernah dia menyangka, ibu sanggup bertindak seperti itu. Rupanya perkahwinan Balkish dengan Harriz adalah angkara ibu. Semua itu Batrisya tahu bila dia mendengar perbualan ibu dengan Botak ketika dia berada di hospital.
Botak mengugut ibu. Meminta ibu memberikannya wang kepadanya. Jika tidak, rahsia ibu akan dibongkarkan. Masih terngiang-ngiang di telinganya perbualan ibu dengan Botak sehari sebelum dia mengambil keputusan untuk lari dari hospital.
“Kau ni tak reti bahasa ke hah? Aku takde duit. Aku tak ada duit banyak macam yang kau minta tu.” Ujar Hajah Badariah menekan suaranya. Namun nada diperlahankan. Takut kalau-kalau Batrista tersedar dan mendengar perbualan mereka itu.
“Alaaa… takkan itu pun nak berkira puan. Setakat lima ribu… ketik jari pun tak jadi hallah.”
Hey… kau ingat lima ribu tu jatuh dari langit ke? Aku susah payah bekerja tau. Lagipun aku dah bagi kau duit dua minggu lepas.”
Botak mendecit.
“Itu dua minggu lepas. Takat tiga ribu… mana cukup.” Berlagak benar Botak bercakap. Siap dengan gaya-gayanya sekali.
“Kepala hotak kau. Kau ingat duit tu kau yang punya ke? Aku tak akan bagi.”
Botak menjungkit bahu.
“Terpulang pada puan la. Kalau puan rasa nak saya beritahu Cik Batrisya yang puan upah saya ekori suami dan adik dia… jangan pulak nak menyesal nanti. Saya tak rugi apa-apa pun.” Suara Botak sudah mula kedengaran mengugut.
Batrisya yang masih berdiri di balik pintu hanya mendengar. Berkerut-kerut dahinya.
“Arghhh… kau ni memang menyusahkanlah.” Gumam Hajah Badariah. Beg kulit Bonia yang disandang di buka. Kemudian dia mengeluarkan beberapa keeping duit dari dalam dompet
“Nah. Dua ribu lima ratus.”
“Sikit ni. Mana cukup.”
“Aku dah kata… aku takde duit. Kalau kau tak nak… bagi balik duit ni.” Hajah Badariah ingin mengambil semula wangnya yang berada di tangan Botak. Namun lelaki itu terlebih dahulu melarikan wang ditangan daripada Hajah Badariah.
“Takpelah. Dua ribu lima ratus pun okey. Tapi minggu depan aku mahu bakinya. Kalau takde… aku akan bagitau anak kau apa yang telah kau lakukan dekat adik dia.”
Hajah Badariah mengetap bibir. Geram kerana Botak sering mengugutnya sejak kejadian itu. Menyesal pula dia kerana berurusan dengan lelaki seperti Botak. Salahnya kerana terlalu percayakan lelaki itu. Kini, dia terpaksa membalas perbuatannya dengan ugutan-ugutan Botak.
Bunyi mesej masuk melalui handphonenya mengembalikan Batrisya kembali ke alam nyata. Handphone dicapai. ‘Ibu’ itulah nama yang tertera pada skrin ketika ini. Segera kotak menyimpan mesej dibuka.

‘Pulanglah. Ibu rindukan Risya.’

Batrisya menahan rasa hiba. Dia juga rindukan ibu. Terlalu merindui ibu. Namun bila terkenangkan perbuatan ibu membuatkan dia kecewa dengan tindakan tersebut. Banyak kali ibu menghantar mesej, tapi tiada satu pun yang dibalasnya. Banyak kali ibu menelefon, namun tiada panggilan yang dijawabnya. Dia diam seribu bahasa. Dia tahu ibu risaukan dirinya.
“Maafkan Risya, bu. Risya sayangkan ibu. Tapi Risya kecewa dengan tindakan ibu. Apa yang ibu buat dekat Kish, bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan segala masalah. Maafkan Risya.” Bicara Batrisya sendiri.

******************************************************************************

BUNYI guruh yang berdentum di atas langit membuatkan Balkish tersedar dari lena. Dalam hati dia mula membaca doa yang diajarkan oleh Mak Aminah kepadanya ketika dia kecil. Masih diingati doa itu sehingga ke hari ini. Balkish memang takutkan bunyi guruh. Sejak dari kecil lagi. Jika ada bunyi guruh yang kedengaran, walau senyenyak mana pun dia tidur, pasti dia akan terjaga.
Bila sahaja dia terjaga, dia akan pergi ke bilik Batrisya. Tidur bersama kakaknya itu. Balkish memang tak dapat nak tidur seorang diri jika terdengar bunyi guruh di atas langit. Mujur Batrisya amat memahaminya.
Mengenangkan itu, Balkish teringatkan Batrisya. Pilu hatinya teringatkan kata-kata Batrisya kepadanya tadi. Berkali-kali kakaknya itu menyalahkan diri sendiri dengan apa yang telah terjadi. Sedangkan bagi Balkish, dia tidak pernah menyalahkan Batrisya dengan apa yang berlaku. Semua ini adalah takdir hidupnya. Takdir yang telah ALLAH tentukan buat mereka semua. Tidak patut Batrisya menghukum diri dengan menginginkan perpisahan daripada Eidham.
Nafasnya dihela. Dia nekad. Dia perlu bertemu dengan Eidham sebelum Batrisya menyuarakan hasratnya kepada suaminya itu yang dia mahukan perpisahan dalam rumah tangga mereka. Balkish tidak mahu melihat rumah tangga Batrisya runtuh di tengah jalan. Balkish perlu menyelamatkan rumah tangga kakaknya. Balkish tahu Eidham pasti keliru dengan perasaannya kini. Mustahil bagi lelaki itu membuang perasaan cinta terhadap Batrisya memandangkan wanita itulah yang sering bersamanya di kala suka dan buka.
Guruh berbunyi lagi. Kali ini bersama dengan cahaya kilat yang memancar. Ini membuatkan Balkish menjadi takut. Pantas dia merapatkan tubuhnya ke tubuh Harriz yang lena disampingnya. Nyenyak sungguh suaminya itu tidur. Langsung tidak mengendahkan bunyi guruh dan bising hujan yang semakin lebat. Letih sangat agaknya.
Balkish mengambil peluang ini untuk memerhati Harriz yang lena bersama dengkuran halus. Inilah kali pertama dia dapat mengamati wajah suaminya itu tanpa gangguan. Biasanya jika dia perhatikan Harriz, pasti lelaki itu dapat menangkapnya. Lepas tu, mulalah perasan yang dia tu hensem.
Heheheee… Balkish tersenyum nipis setiap kali mengenangkan tingkah Harriz yang semakin hari semakin membuatkan dia tidak keruan.
Wajah lelaki itu ditenung. Dari mata hingga jatuh ke dagu suaminya. Semua yang ada pada Harriz menarik minat Balkish. Bibirnya tersungging senyuman nakal. Perlahan-lahan dia menaikkan tangan bermain dengan hidung mancung suaminya itu. Dicuit hidung Harriz membuatkan lelaki itu mengeliat. Menarik tubuh Balkish rapat ke tubuhnya.
Balkish tersentak. Terus dia berhenti dari bermain-main pada hidung Harriz. Matanya memandang dalam ke mata Harriz yang terpejam rapat. Takkan dia sedar kut? Rapat aje mata dia terpejam.
Tiba-tiba guruh berdentum lagi. Kali ini bunyinya lebih kuat daripada tadi. Serentak itu juga Balkish terus memeluk Harriz dengan erat. Mukanya disembamkan ke dada Harriz yang bidang. Dia benar-benar takut.
Harriz membuka sebelah matanya. Memandang Balkish yang sudah menyembamkan wajah ke dadanya. Dia tersenyum nipis. Pantas dia mengeratkan lagi pelukan pada pinggang Balkish untuk lebih rapat ke tubuhnya.

Bila lagu cinta
bergema

~39~

Ku bermimpi
Engkau Kembali
Wajah tenang kau berkata,
Sayang, aku cinta

Namun kita takkan bersama,
Dikau pergi takkan kembali
Sesal...Ku kecewa...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Ku terjaga
Dari mimpi lena,
Sedar pipi dibasahi,
Tangisku sendiri...

Merintih perasaan ini,
Tiada kata mampu diungkap...
Tiada yang mengerti
……………………………

                                                                                                  Stacy – Pelangi Senja

EIDHAM meraup wajahnya berkali-kali. Sudah genap sebulan Batrisya menghilangkan diri. Tiada khabar berita pun tentang isterinya itu. Banyak kali dia cuba menelefon, yang menjawab panggilannya hanyalah suara perempuan mesin. SMSnya juga dibiarkan sepi. Satu-satunya SMS yang dia terima daripada Batrisya sebulan yang lepas berbunyi ‘Sy slmt. Jgn risaukn sy. Sy perlukn msa utk memikirkn hala tuju hbgan kita.’ Namun SMS pendek itu belum mampu memberikan nafas lega kepada Eidham selagi dia tidak nampak sendiri keadaan Batrisya. Lagi pula SMS itu memberi maksud yang begitu mendalam untuknya.
Sejak kehilangan Batrisya, Eidham sudah tidak tinggal di rumah ibu mentuanya lagi. Dia berpindah ke apartment yang dibelinya di Kuala Lumpur sejak tiga bulan yang lalu. Kebetulan, Pak Sunya telah memberikan amanah untuk dia mengendalikan syarikat guaman mereka yang beroperasi di Kuala Lumpur. Niat dihati hendak memberitahu khabar berita itu kepada Batrisya setelah dia bersedia nanti, tak sangka pula isterinya itu telah pergi menghilangkan diri tanpa khabar berita.
Ibu mentua dan tok mak juga melayan Eidham dengan dingin sekali. Hari ketika dia baru pulang dari Kota Kinabalu sebulan yang lepas, Hajah Bedah melepaskan rasa marah kepadanya. Teruk dia dimarahi oleh tok mak yang naik berang. Bertubi-tubi soalan tok mak ajukan kepadanya. Semua berkaitan soalan perihal hubungannya dengan Balkish. Namun soalan yang bertubi-tubi itu dibiarkan sepi tanpa jawapan. Eidham tahu semua yang terjadi adalah salah dirinya. Dia tidak tahu hendak memberikan jawapan kepada soalan yang diberikan.
Sedangkan ibu mentuanya hanya diam seribu bahasa. Langsung tidak mengendahkan dirinya ketika itu. Pasti ibu kecewa dengan tindakannya yang mengabaikan Batrisya dan melukakan hati isterinya itu. Amanah ibu ketika hari pernikahannya dengan Batrisya beberapa tahun yang lepas telah dipersiakan.
Eidham merebahkan badannya di atas katil. Lengan diletakkan atas dahi. Tidak berkedip matanya merenung siling.
Semalam, dia mimpikan Batrisya. Wajah isterinya itu kelihatan begitu berseri-seri bersama senyuman manis yang mekar menghiasi bibir. Namun sebaik sahaja dia mendekat, Batrisya menjauhkan diri daripadanya. Seolah-olah Batrisya sudah tidak mahukan dia lagi.
Sebuah keluhan berat terlepas dari mulut.
Dia sedar kesilapannya. Tidak patut dia melakukan semua itu kepada Batrisya. Menduakan cinta isteri yang begitu ikhlas menyintainya setulus hati. Dia memang bersalah dalam hal ini.
Arghhh!!!” Eidham menjerit. Serabut rasa otaknya ketika ini. Dia buntu. Dia rasa kehilangan sesuatu yang begitu berharga dalam hidupnya. Dia rasa kosong sekosong kosongnya!
Kini barulah Eidham sedar, dia tidak sanggup kehilangan Batrisya. Hidupnya tidak sempurna tanpa wanita itu.

******************************************************************************

SEBULAN yang lalu Batrisya bagaikan mayat hidup. Hanya jasadnya yang ada di depan mata, namun jiwanya telah lama mati. Tapi hari ini, Batrisya adalah Batrisya yang baharu. Batrisya sudah dapat menerima hakikat kehidupannya. Apa pun yang terjadi, perjalanan hidup kena diteruskan. Dia bersyukur sangat ada adik yang baik seperti Balkish. Yang sentiasa memberikan kata semangat kepadanya. Bukan Balkish seorang, malah Aleya dan Ella juga banyak memberikan dorongan hidup kepadanya. Sepanjang tinggal bersama dua wanita tersebut, Batrisya mula belajar hidup berdikari.
Kini, Batrisya sudah mampu tersenyum dan ketawa. Celoteh Aleya dan Ella membuatkan dia terhibur. Bila dia berduka, Aleya dan Ella sering menghiburkan dia. Benarlah kata Balkish, tinggal bersama Aleya dan Ella membuatkan hidup bertukar ceria. Dua wanita itu gila-gila bahasa. Padanlah Balkish sentiasa gembira bila berada di rumah ini dulu. Sahabat-sahabatnya inilah yang sering menjadi penghiburnya. Bertuah sungguh Balkish kerana memiliki sahabat seperti Aleya dan Ella.
Sejak dua minggu yang lalu juga, Batrisya sudah mula bekerja di syarikat milik sahabat Harriz yang baru beroperasi di Kuala Lumpur. Pada mulanya dia agak segan bila Harriz menghulurkan bantuan pekerjaan kepadanya. Dia tidak mahu disangka menggunakan kedudukan adik iparnya itu untuk mendapat pekerjaan. Kalau boleh dia hendak mencari kerja dengan usaha sendiri. Tapi memandangkan Balkish yang beria-ia mahu dia menerima tawaran Harriz itu, maka dia pun mulakan kerja sebagai Pengurus Pemasaran di syarikat sahabat Harriz. Biarpun gaji tak sebenar mana kerana syarikat tersebut masih baru beroperasi, namun Batrisya benar-benar gembira bekerja di sana.
Senyuman yang lebar menghiasi bibir mati kala bahunya ditepuk lembut oleh Ella.
“Amboi… jauh benar Kak Risya melamun ye. Sampaikan Ella panggil pun tak dengar. Boleh kongsi apa yang Kak Risya lamunkan tak?” Ella yang sedang asyik mengunyah kerepek pisang Kak Limah itu sudah mula mahu mengambil tahu. Dasar penyibuk. Pantang tengok Batrisya melamun sikit mulalah nak ambil tahu semua hal. Ella! Ella!
“Takde apa-apa. Akak gembira sangat dapat kenal dengan Leya dan Ella. Rasa tak kering gusi ketawa. Ella dengan Leya dah banyak sangat buat hidup akak kembali ceria.”
“Itu haruslah Kak Risya. Ella dengan Leya ni memang sentiasa menjadi penghibur di kala duka.” Ella sudah masuk bakul angkat sendiri. Pantang betul dipuji. Mulalah nak riak. Keningnya juga sudah diangkat-angkat.
“Huh… tak habis-habis nak membangga diri. Riak benor.” Bidas Aleya. Matanya dijulingkan ke atas.
Huk eleh… jeles la tu.”
Batrisya sudah ketawa kecil melihat pertengkaran dua sahabat itu. Aleya dengan Ella ni memang jarang sangat bersependapat. Ada saja yang tak kena. Tapi… ada satu perkara yang mereka memang sependapat, iaitu lelaki hensem! Pantang nampak lelaki hensem sikit, mulalah dua-dua mata bagaikan hendak juling. Heheheee…
“Pukul berapa Kish nak datang ni? Kata nak join kita pergi makan Char Kway Teow Kerang Kak Jenab. Perut aku dah lapar sangat ni.” Rungut Aleya. Jam dipergelangan tangan digerling untuk kali yang ke enam belas. Ketika itu sudah menunjukkan pukul 7.00 malam. Perutnya sudah mula bergoyang Inul. Dah tak boleh tahan tahap kelaparan Aleya ketika ini.
“Kau ni… kalau pasal makan memang nombor satu. Macam manalah badan tu tak bertambah besar. Cuba tiru macam aku ni hah. Tak gelojoh pun bab-bab makan ni. Buat releks je. Pasal tu badan aku ramping macam kerengga.” Ujar Ella sambil menayangkan bodynya yang konon-konon ramping itu.
Aleya mencebik. Rasa hendak termuntah dia mendengar kata-kata Ella itu. Tak sudah-sudah dengan perasan sendiri dia tu!
Helo Cik Ella Ratu Dangdut! Perut kau tu lain. Perut aku ni lain. Perut aku ni sehari tak berisi, gastric mesti naik tau. Rasa nak keluar angin je sepanjang hayat! Lagi satu… kau jangan nak perasan ye badan kau tu ramping macam kerengga. Aku tengok kurus cekeding aje macam lidi.” Balas Aleya. Tidak mahu kalah dengan Ella.
Ella mencebik bibir. “Iye la… iye la. Kalau iye pun kau dah lapar tahap ibu singa, tapi kau kenalah faham status Balkish sekarang ni. Dia tu isteri orang. Apa-apa pun kena mintak izin dengan suami. Lebih-lebih lagi kalau nak keluar. Tak boleh nak keluar sesuka hati macam tu aje. Tapi kan… aku tengok Encik Harriz tu langsung tak nak berenggang dengan Kish. Mana Kish ada, dia pun ada sama. Sampaikan kalau kami ada kuliah setiap hujung minggu pun Encik Harriz sanggup tunggu Kish dalam kenderaan dengan setianya. Dah macam belangkas pulak aku tengok diaorang berdua tu. Dulu… Kish benci sangat dekat Encik Harriz. Tup-tup sekarang ni dah cinta mati pulak. Tak boleh nak berpisah walau sesaat. Khakhakhaaa…” Seronok Ella tergelak. Terkenangkan pasangan suami isteri yang baru bercinta itu benar-benar mencuit hatinya.
“Amboi… sedapnya anyam ketupat. Dah banyak ke ketupat yang dianyam Cik Ella oi?” Suara Balkish yang kedengaran itu membuatkan Batrisya, Aleya dan Ella berpaling. Disamping Balkish kelihatan adik iparnya yang cute bernama Hanni.
Ella tayang sengih.
“Eh’eh… mana ada aku mengumpat kau, Kish. Aku cuma bagitau yang aku suka sangat tengok kau dengan Encik Harriz sekarang ni. Romantic husband and wife.” balas Ella. Tidak mahu Balkish salah sangka dengannya.
“Eh… Harriz mana? Akak tak nampak pun bayang dia.” Tanya Batrisya setelah menyedari ketiadaan Harriz datang bersama Balkish malam itu. Biasanya tak pernah berenggang. Selalu aje datang berdua.
“Abang Harriz memang nak ikut. Tapi malam ni kan malam jumaat. Ada majlis kenduri doa selamat yang diadakan dekat masjid di kawasan perumahan, pasal tu Abang Harriz tak ikut sama. Papa ajak Abang Harriz ke masjid. Jadi Kish pun datang dengan Hanni berdua ajelah.” Jawab Balkish pada pertanyaan Batrisya.
Owhhh… padanlah tak nampak batang hidung Abang Harriz kau tu.” Ujar Ella bersama anggukan di kepala. Ayat ‘Abang Riz’ sengaja ditekan sedikit. Dia hendak ketawa bila Balkish memanggil Harriz dengan panggilan ‘Abang Harriz’, namun ditahan ketawanya itu. Dulu bukan main lagi Balkish panggil Harriz dengan panggilan King Of The Crocodile. Sekarang ni dah berabang pula. Heheheee… inilah yang dinamakan penengan rasa cinta.
Hah! Baru Kish tau nikmat cinta!!! Itulah… dulu sombong sangat.
So… tunggu apa lagi? Perut aku dah berkeroncong sejak dari tadi lagi ni. Lagipun aku dah lama tak makan Char Kway Teow Kerang yang Kak Jenab goreng tu. Dah terliur-liur dah ni. Jom la gerak. Nanti tak pepasal ada pulak kerusi meja ni aku telan.” Aleya sudah menonong laju ke depan. Perutnya semakin lama semakin kuat pula bunyinya. Dah lapar sangatlah maknanya tu. Tak boleh ditahan-tahan walau seminit.
Balkish, Batrisya, Hanni dan Ella hanya mampu menggeleng-geleng kepala melihat tingkah Aleya itu.
Gerai makan Kak Jenab bukanlah jauh sangat dengan kawasan perumahan Sungei Wang. Hanya dua puluh minit berjalan kaki dah boleh sampai. Kalau naik kenderaan pula, cuma mengambil masa sepuluh minit. Ikutkan hati, semua nak jalan kaki aje. Dapat juga cuci-cuci mata berjalan. Tapi Aleya membantah. Katanya lambat sampai. Dia dah lapar sangat. Mahu tak mahu kenalah juga pandu kereta untuk ke sana.
Bukan main berselera lagi Batrisya dan Hanni makan Char Kway Teow Kerang Kak Jenab. Sampai menambah dua kali. Maklumlah… ini merupakan kali pertama mereka berdua merasa keenakan Char Kway Teow Kerang yang Kak Jenab goreng. Memang sedap sangat-sangat. Kat sini, Char Kway Teow Kerang Kak Jenab memang terkenal dan menjadi pilihan ramai.
Dulu… Balkish, Aleya dan Ella rajin juga menikmati Char Kway Teow Kerang Kak Jenab setiap kali malas masak di rumah.
Sambil menikmati kelazatan Char Kway Teow Kerang, mereka semua berbual-bual. Banyak benda yang dibualkan.
Selesai membuat pembayaran di depan kaunter, Balkish kembali semula ke meja mereka. Ketika itu jarum jam sudah menunjukkan pukul 8.36 minit malam. Nasib baiklah sekarang ni dia tengah mengangkat bendera jepun. Jika tidak tentu dia sudah terlepas waktu solat kerana terlalu asyik bersembang dengan kakak dan sahabat-sahabatnya. Hingga tidak sedar masa bergerak dengan pantas.
“Dah. Jom balik.” Ajak Balkish. Kalau boleh dia tak naklah balik lewat sangat. Takut menerima jelingan maut dan kata sindiran pedas ibu mentuanya pula. Lagipun sekarang ini dia tengah menjalankan misi untuk memenangi hati ibu mentuanya itu. Kenalah dia tunjukkan peribadi yang baik di hadapan Puan Sri Hanum yang sering menyinga itu.
Masing-masing mengangguk bersetuju dengan ajakan Balkish dan mengangkat punggung. Ketika inilah Batrisya merasakan dunianya seakan-akan berputar dengan begitu pantas sekali. Kepalanya pening dengan tiba-tiba. Dia rasa seperti hendak jatuh. Namun nasib baiklah Aleya sempat menyambut tubuh Batrisya yang sudah longlai tidak bermaya.
“Kak Risya?” Terkejut benar Balkish melihat tubuh kakaknya yang sudah longlai di pangkuan Aleya. Mata kakaknya terpejam rapat. Laju dia mendapatkan Batrisya.
“Kak Risya. Bangun. Kenapa ni?” Balkish mulai panik. Tubuh Batrisya digoyang berkali-kali. Wajah kakaknya ketika itu kelihatan begitu pucat sekali.
Orang ramai yang sedang menjamu selera di gerai itu juga sudah menghampiri mereka. Terkejut dengan keadaan Batrisya yang tiba-tiba sahaja rebah di situ.

******************************************************************************

BERITA yang disampaikan oleh doktor kepadanya benar-benar membuatkan Batrisya terpana. Dia kehilangan kata-kata untuk mengungkap bicara. Cuma tangannya sahaja yang menjalar mengusap lembut perutnya yang kempis namun sudah mula berisi. Lagi tujuh bulan, perut itu pasti akan membesar, sebesar-besarnya.
Ucapan tahniah daripada Balkish, Aleya, Ella dan Hanni juga tidak putus-putus diterima sedari tadi. Bukan main gembira lagi mereka berempat dengan berita yang disampaikan oleh doktor. Balkish terutamanya. Dah tak sabar-sabar adiknya itu mahu bergelar makcik. Sampaikan berkali-kali dia memberi pesanan kepada Batrisya untuk menjaga diri.
“Kak Risya kena jaga diri tau. Jangan buat kerja berat-berat. Kalau Leya dengan Ella dera Kak Risya buat kerja rumah, bagitau kat Kish. Biar Kish ajar diaorang. Orang mengandung ni kenalah banyak berehat.” Kata Balkish dalam perjalanan pulang. Dah macam ibu-ibu pula lagaknya itu. Entah sudah kali yang ke berapa dia memberi pesanan yang sama.
“Eh’eh… tak baik kau tuduh kami macam tu. Kak Risya pun dah macam kakak kami jugak. Kami tak akan suruh Kak Risya buat kerja berat-berat. Semua kerja rumah biar aku dengan Ella yang buat. Kak Risya kan tengah berbadan dua. Biar Kak Risya jadi mem besar.” Sampuk Aleya yang duduk di bahagian belakang.
Ha’ah… betul tu. Kami pun dah tak sabar-sabar nak tengok muka baby Kak Risya. Mesti cute macam mama dia jugak.” Sambung Ella pula. Dari tadi dia tak putus-putus memikirkan nama-nama yang indah untuk diberikan kepada baby Kak Risya. Macamlah dia pula yang mengandung. Sampaikan nak beri nama bayi segala.
“Wah… bestnya. Hanni pun excited sangat dengar berita tu. Teringat pulak first time Kak Nis diberitahu pregnant dulu. Waktu tu Hanni orang yang paling happy sebab nak jadi Mak Usu. Heheheee…” Hanni yang dari tadi memang banyak cakap sudah mula bersuara kembali. Dia pun panik juga melihat Batrisya rebah tadi. Tak sangka Batrisya rebah disebabkan perutnya yang sudah ‘berisi’ itu. Seronok sangat!
“Hah… kali ni kalau Kak Kish pulak yang pregnant pasti Hanni bertambah happy. Bertambah anak sedara.” Balas Ella. Sengaja dia hendak menyakat Balkish yang tenang memandu.
Dengar saja kata-kata Ella itu, Balkish terus menghadiahkan Ella dengan jelingan tajam melalui cermin pandang belakang. Hanni yang seronok sudah ketawa suka mendengar kata-kata Ella.
Of course la. Hanni memang tak sabar nak tengok Kak Kish pregnant. Sure Abang Riz happy sangat-sangat kalau Kak Kish pregnant. Tentu anak Kak Kish dengan Abang Riz secantik dan sehensem mama dan papa diaorang” Hanni menyertai Ella dalam edisi mengusik Balkish.
Serta-merta wajah Balkish memerah. Terkenang pada perbualannya dengan Harriz sebulan yang lepas. Suaminya itu sudah tidak sabar hendak menimang cahaya mata. Tapi apa boleh buat, bulan ini dia datang haid pula. Nampaknya bukan rezeki mereka lagi untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini.
“Secantik dan sehensem? Twins ke?” Aleya pula menambah.
Laju Hanni anggukkan kepala.
“Ha’ah. Kalau boleh biarlah anak Kak Kish dengan Abang Riz nanti kembar. Tentu meriah.” Tambah Hanni.
“Kalau macam tu Kak Kish dengan Abang Riz kenalah bekerja kuat sikit kalau nakkan twins dalam waktu terdekat ni. Malam ni kan malam jumaat. Elok sangat untuk bekerja keras untuk mendapatkan twins. Sambil tu dapat tambah pahala.” Ella sudah berotak kuning.
Balkish menjengilkan biji matanya kepada Ella melalui cermin pandang belakang.
Hisy… apalah Ella ni?! Adakah patut cakap macam tu depan Hanni? Dahlah Hanni tu budak bawah umur lagi. Tak malu betul si Ella ni! Aku cili kang mulut tu… baru tau. Tau pulak dia pasal tambah pahala bab macam tu. Macamlah dia dah kahwin. Hisy… memang teruk betullah kotoran dalam otak Ella ni. Kena Clorox ni!
Sedar mata Balkish yang terjengil itu, cepat-cepat Ella mengubah topik perbualan.
Opsss… lupa pulak yang Hanni ni budak tak cukup umur untuk cerita-cerita macam tu. Heheee… Hati Ella berbisik sendiri.
Sedang yang lain seronok berbual-bual, Balkish mengerling Batrisya yang diam tidak berkutik di sebelahnya. Hanya jemari halus Batrisya sahaja yang tidak lepas-lepas daripada mengusap perutnya yang masih kempis. Wajah kakaknya itu pula kelihatan muram sahaja. Seolah-olah berita gembira itu tidak memberikan kegembiraan buatnya. Balkish tahu pasti ada sesuatu yang bermain di minda Batrisya ketika ini. Pasti berkaitan dengan Eidham. Balkish yakin itu!
Sebaik kereta Kancil berhenti di depan rumah, Aleya dan Ella segera turun dari perut kereta.
Thank you, Kish.” Ucap mereka serentak.
Balkish sekadar tersenyum dan mengangguk sebelum berkata sesuatu kepada kakaknya yang berwajah muram. “Kenapa ni? Kenapa Kish tengok akak macam tak happy dengar berita ni?”
Segaris senyuman nipis terukir di bibir mungil Batrisya.
“Akak happy sangat, dik. Cuma… akak tak tahu kenapa akak tak boleh nak senyum?”
Jemari Batrisya diraih. Digenggam erat jemari itu. Matanya merenung tepat wajah Batrisya yang masih lagi muram tanpa senyuman manis.
“Kak Risya… baliklah. Tentu ibu, tok mak dan Abang Eid rindukan kakak. Tentu Kak Risya mampu tersenyum bila kongsi berita gembira ini bersama mereka.”
Batrisya menghela nafas. Tiada jawapan yang diberikan. Hanya segaris senyuman dilemparkan khas buat adiknya itu sebelum dia melangkah keluar.
“Kak Risya… percaya cakap Kish. Tiada yang lebih mengembirakan kita bila dapat berkongsi kegembiraan bersama orang-orang yang kita sayang. Kish bukan halau akak, cuma Kish harap akak baliklah ke pangkuan ibu, tok mak dan Abang Eid.” Pesan Balkish sekali lagi sebelum dia pergi meninggalkan kawasan perumahan Sungei Wang.
Sebaik sahaja Kancil milik Balkish meluncur meninggalkan kawasan rumah, Batrisya terus masuk ke dalam biliknya. Otaknya mula berserabut dengan berita yang disampaikan oleh doktor tadi. Saat ini, ketika hatinya mula dapat menerima untuk kehilangan Eidham, benih lelaki itu pula tumbuh dalam rahimnya. Membuatkan Batrisya mula ragu-ragu dengan keputusan yang diambil.
Satu keluhan lahir dari bibir. Tangan masih melekat pada perut yang belum membesar. Maklum, kandungan baru masuk dua bulan. Tentulah perutnya belum membesar lagi.
“Kenapa waktu seperti ini kau hadir anakku? Ketika hati mama sudah dapat menerima untuk kehilangan cinta papa. Kenapa tidak dari dulu anakku?” Bisik Batrisya pada perutnya sendiri.
Matanya dipejam. Tanpa dapat ditahan, air matanya tumpah membasahi pipi. Ketika ini, entah kenapa dia rasa begitu rindukan Eidham. Dia rasa mahu berkongsi berita gembira ini bersama Eidham. Tapi… gembirakah Eidham dengan berita ini? Batrisya tidak pasti. Dia keliru.

******************************************************************************

BUKAN main rancak lagi Balkish bercerita pasal Batrisya yang disahkan hamil dua bulan itu kepada Harriz. Seronok sangat nampaknya dia. Sudah lama dia ingin melihat kakaknya itu menimang cahaya mata. Akhirnya, ALLAH telah mengkabulkan doa-doanya. Dia bersyukur sangat-sangat.
Terima kasih Ya ALLAH!
Rancak bercerita, tiba-tiba Black Berry yang berdering mematikan bicara Balkish. Pantas dia mendapatkan Black Berry yang terletak atas meja kopi berhadapan dengan sofa. Skrin memaparkan si pemanggil adalah ‘ibu’. Laju dia menjawab panggilan bersama senyuman yang terukir di bibir.
“Assalammualaikum, bu.” Riang nada suara Balkish memberi salam. Matanya mengerling Harriz yang duduk disebelah. Suaminya itu mula mengambil majalah kereta yang masih berada di dalam bungkusan. Harriz, memang pengemar kereta-kereta mewah.
“Waalaikumusalam. Kish buat apa tu?” itulah soalan ibu setiap kali menelefonnya kini. Pasti bertanya apa yang dibuatnya
“Takde buat pe, bu. Tengah duk sembang-sembang dengan Abang Harriz.” Beritahu Balkish dengan nada suara yang riang.
Memang Balkish gembira sangat. Setelah sekian lama dia mengharapkan hubungannya baik dengan ibu, kini ALLAH telah menunaikan impiannya itu. Disebalik apa yang telah terjadi, hubungan Balkish dengan ibu semakin baik. Dia bersyukur tidak terhingga.
“Kish sihat?” tanya ibu lagi.
Balkish mengangguk-angguk. Macamlah ketika itu ibunya dapat melihat anggukan kepalanya itu. Pantas dia tersenyum lebar.
“Alhamdulillah. Kish sihat. Ibu macam mana? Tok mak?”
“Alhamdulillah, kami sihat Kish. Errr… Kak Risya macam mana Kish? Dia sihat-sihat aje kan?” di hujung talian nada suara ibu kedengaran sedikit sayu. Pasti ibu begitu rindukan Batrisya.
Sebenarnya seminggu selepas kes Batrisya melarikan diri dari rumah, Balkish telah pulang ke JB untuk bertemu dengan Hajah Badariah. Dia yakin pasti ibu tengah risaukan Batrisya. Maklum… kakaknya itu kan anak kesayangan ibu. Mestilah hati ibu risau dengan kebisuan Batrisya itu. Tidak mahu ibu risaukan Batrisya dan rasa simpati pada ibu memaksa Balkish untuk memberitahu Hajah Badariah di mana anaknya itu berada. Bersyukur sangat ibu waktu itu.
Ikutkan perancangan, Hajah Badariah hendak sahaja datang ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan anaknya kesayangannya itu. Dia ingin memujuk Batrisya untuk pulang semula ke rumah dan meminta maaf dengan apa yang telah terjadi. Namun Balkish menghalang. Kata Balkish, berilah masa untuk Batrisya bersendirian untuk sementara waktu ini. Bila Batrisya sudah tenang nanti, pasti kakaknya itu akan kembali semula ke pangkuan ibu. Memikirkan ada betulnya apa yang Balkish katakan, membuatkan dia membatalkan hasratnya itu. Terpaksalah dia memendam rasa rindu yang menggunung tinggi terhadap puterinya itu.
Sayu sungguh hati Hajah Badariah mendengar kata-kata Balkish ketika itu. Anak itu, walaupun dia tidak pernah mencurahkan rasa sayang buatnya, namun sedikit dendam pun tidak pernah Balkish taman buat dia dan tok mak. Malah, Balkish tetap memaafkan segala kesalahan yang pernah dilakukannya dulu. Rasa bersalah dia kerana telah membuatkan hidup Balkish menderita selama ini.
“Kak Risya sihat, bu. Ibu janganlah risau sangat. Kish akan sentiasa tengok keadaan Kak Risya. Sekarang ni Kak Risya nampak gembira sangat bekerja kat Plus Company.”
“Baguslah kalau Batrisya dah mula gembira, Kish. Ibu senang sangat mendengarnya. Entah sampai bila Batrisya akan merajuk dengan ibu. Ibu rindu sangat dekat dia Kish. Rasa dah tak tertahan rindu ibu ni pada Risya. Ibu menyesal sangat sebab buat macam tu. Ibu tahu Risya pasti kecewa dengan apa yang telah ibu lakukan dekat Kish sebelum ni. Ibu menyesal sangat.” Berkali-kali Hajah Badariah menyesali perbuatannya yang bertindak mengikut kata hati itu.
“Ibu… dahlah tu. Jangan ungkit lagi perkara lepas. Kish tak pernah salahkan ibu. Setiap kejadian, pasti ada hikmah yang ALLAH sembunyikan. Ibu tak perlu nak salahkan diri sendiri dengan apa yang terjadi. Kish pasrah menerima semuanya. Yang penting sekarang Kish bersyukur sebab ibu dah dapat terima Kish menjadi sebahagian daripada hidup ibu.”
Harriz yang duduk di sebelah Balkish hanya menjadi pendengar setia pada setiap butir bicara isteri dan ibu mentuanya itu. Balkish telah menceritakan segala-gala kepadanya. Siapa diri isterinya itu yang sebenar. Barulah Harriz tahu kenapa selama ini ibu mentua dan tok mak begitu dingin melayan Balkish. Tersentuh hatinya mengenangkan nasib malang isterinya itu sebelum ini. Dia berjanji akan menyayangi isterinya itu.
Semakin tersentuh hati Hajah Badariah mendengar kata-kata Balkish. Sepatutnya dari dulu lagi dia menjadikan Balkish sebahagian daripada hidupnya. Tapi disebabkan dendam terhadap arwah suami dan arwah sahabat baiknya, iaitu ibu Balkish memaksa dia membuang kehadiran Balkish dalam hidup.
“Terima kasih, nak. Sebab Kish tak pernah berdendam dekat ibu.” Di hujung talian Balkish dapat mendengar suara ibu yang sudah mula berubah.
Hati Balkish disentuh rasa sayu bila mendengar Hajah Badariah memanggilnya dengan panggilan ‘nak’. Tiba-tiba pelupuk matanya terasa digenangi air. Namun cepat dia menyeka air itu daripada jatuh membasahi pipi. Dia tidak mahu menangis lagi. Cukuplah selama ini dia mengalirkan air mata pilu. Kini… dia mahu tersenyum bahagia.
“Sepatutnya Kish yang berterima kasih dekat ibu sebab menjaga Kish selama ni. Tanpa ibu, Kish tak tahu macam mana agaknya hidup Kish sekarang.”
Hajah Badariah tersedu. Kata-kata Balkish dirasakan satu hukuman ke atasnya. Kebaikan anak itu menyeksa batinnya. Kenapalah dia kejam sangat sebelum ini? Kenapalah dia tak pernah berikan kasih sayang kepada Balkish ketika itu? Dia benar-benar menyesal. Namun sesalnya ketika ini sudah tidak berguna lagi bila Batrisya pergi meninggalkan dirinya.
“Ibu, Kish ada berita gembira nak beritahu ibu.” Ujar Balkish. Berita gembira itu perlu dikhabarkan kepada ibu. Tentu ibu gembira kerana tak lama lagi dia bakal bergelar nenek.
“Apa dia, Kish?”
“Kak Risya. Kak Risya hamil dua bulan, bu.” Beritahu Balkish dengan gembira.
“Iye ke Kish? Syukur Alhamdulillah. Syukur pada ALLAH.” Nada suara Hajah Badariah sudah bertukar rentak. Kedengaran begitu gembira sekali dia dengan berita yang Balkish sampaikan.
“Ibu nak jumpa Risya.” Kerana terlalu gembira, Hajah Badariah menyuarakan hasratnya ingin bertemu dengan Batrisya.
“Ibu… beri Kak Risya masa. Nanti Kish pujuk Kak Risya balik kampung. Kish takut nanti kalau ibu jumpa Kak Risya dengan cara mengejut, Kak Risya tak boleh nak terima. Ibu sabar dulu ye. Kish pasti akan pujuk kakak balik kampung.”
Dihujung talian kedengaran ibu melepaskan keluhan berat.
“Kalau macam tu takpelah. Ibu harap Kish jaga kakak baik-baik. Okeylah… ibu nak masuk tidur. Kish jaga diri baik-baik ye. Sampaikan salam ibu buat Harriz. Assalammualaikum, Kish.”
“Kish mintak maaf, bu. Waalaikumusalam.”
Setelah talian diputuskan, Balkish menghela nafas. Bukannya dia tidak pernah memujuk Batrisya supaya balik ke kampung, namun kakaknya itu berdegil. Rasa kecewa Batrisya terhadap ibu dan Abang Eidham masih belum dapat dilenyapkan.
Ya ALLAH… ENGKAU lembutkanlah hati kakakku. Kembalikanlah dia ke pangkuan ibu, tok mak dan Abang Eidham.
“Kenapa ni sayang? Monyok je? Ibu cakap apa?” bertubi-tubi Harriz memberikan soalan.
Balkish berpaling ke arah suami yang sering berada di sisinya itu. Kepalanya digeleng-geleng.
“Takde apa, bang. Ibu kirim salam dekat abang.” Manja tutur kata Balkish.
“Walaikumsalam. Kalau takde apa-apa… kenapa muka tu tiba-tiba aje muram. Abang tahu mesti ada perkara yang bermain dalam fikiran sayang, kan?” duga Harriz.
Balkish mengeluh. Berat sungguh bunyi keluhannya.
“Entahlah, bang. Kish tengah fikirkan pasal Kak Risya. Entah sampai bila Kak Risya nak merajuk dengan ibu, tok mak dan Abang Eid. Kalau boleh Kish mahu kakak balik ke kampung. Tapi Kish tak tahu macam mana lagi cara nak pujuk Kak Risya.”
“Bukan senang untuk Batrisya terima semua ni semudah ABC, sayang. Tentu dia perlukan masa yang agak lama untuk menerimanya. Buat masa ni… hatinya masih terluka.”
“Itu Kish tahu. Tapi… Kish kesiankan ibu. Kish tahu ibu rindukan Kak Risya. Ibu dah berkali-kali nak jumpa Kak Risya. Ibu tu sayang sangat dekat Kak Risya, bang.”
Harriz mengangguk-angguk. Faham maksud kata-kata isterinya itu. Ibu mana yang tidak sayangkan anak? Semua ibu menyayangi anak-anaknya. Begitu juga halnya dengan mama. Biarpun mama kelihatan marah, tapi dia tahu mama begitu sayangkan dirinya. Cuma mama kecewa bila dia tidak mahu mengikut kehendak mama untuk berkahwin dengan Syarifah Ezora.
“Abang… apa yang perlu Kish buat? Kish mahu satukan Kak Risya kembali dengan Abang Eid, ibu dan tok mak.”
Harriz menggaru-garu dagunya. Konon dia sedang berfikir.
“Sayang nak mintak pandangan abang la ni ye?” soalnya.
Balkish mengangguk. Penuh semangat dia mengangguk-anggukkan kepalanya.
Harriz tayang senyum. Otaknya sudah mula berjalan.
“Tapi sebelum tu kiss dekat sini dulu.” Jari diarahkan ke pipi.
Bulat mata Balkish melihatnya. Bibir diketap geram.
“Abang ni ambik kesempatanlah.” Tungkas Balkish.
“Alaaa… kiss sikit ajelah. Takkan itu pun sayang abang ni nak berkira?”
Nafasnya dihela. Pantas dia mendekatkan bibir ke pipi Harriz. Kemudian sebuah ciuman dilekatkan ke pipi suaminya itu.
Harriz tersenyum lebar. Tangannya diangkat lalu diletakkan atas bahu Balkish. Ditarik isterinya itu supaya dekat ke dakapannya.
“Abang rasa baik sayang call Eidham. Slow talk dengan dia. Mana tahu Eidham dapat menyelesaikan semua masalah ni. Biasanya, sayang… orang perempuan ni cepat cair bila orang yang dicintainya datang memujuk.” Cadang Harriz dengan kening yang diangkat-angkat. Bibir pula mekar dengan senyuman.
Balkish menjungkit kening.
“Iye ke bang? Macam biasa buat je?”
Harriz tayang sengih lagi.
“Heheheee… dulu-dulu abang selalu buat macam tu kalau ada dikalangan girlfriends abang yang merajuk. Tapi sekarang ni tak lagi. Kalau nak buat pun… untuk sayang sorang aje.” Laju jarinya mencuit hidung mancung Balkish.
Balkish terjerit kecil bila hidung mancungnya ditarik nakal oleh suaminya itu. Harriz memang gemar menarik hidungnya. Namun perlakuan suaminya itu menerbitkan rasa bahagia di hatinya. Semakin hari, rasa cintanya pada Harriz semakin berkembang dengan mekar.
Semoga cinta ini terus mekar di taman hati!

Bila lagu cinta
bergema

~40~

TIDAK pernah Azura melihat wanita yang sedang berbual-bual dengan Dhia itu sebelum ini. Inilah kali pertama dia melihatnya. Bukan main rapat lagi kelihatannya mereka berdua itu. Siap ketawa-ketawa lagi. Macam ada sesuatu yang mengembirakan hati mereka berdua. Mungkin wanita berambut perang itu adalah teman Dhia ketika berada di luar negara.
Sejurus kereta Honda yang dipandu wanita seksi itu beredar dari rumahnya, Azura memasukkan selipar jepun ke kaki dan mengorak langkah mendekati Dhia yang masih berdiri di sisi pintu pagar. Melambai-lambai ke arah wanita tersebut.
“Siapa tu?” tanya Azura. Dia mengecilkan sedikit matanya untuk mengecam wajah teman Dhia. Tapi… dia benar-benar tidak kenal wanita itu.
Dhia berpaling dengan senyuman yang terukir mekar di bibir.
“Kawan.” Jawabnya pendek.
“Aku tak pernah pun nampak dia sebelum ni. Korang dah lama kenalkah?”
“Baru je. Dia tu senasib dengan aku, Zura. Ditinggalkan bekas teman lelaki.” Balas Dhia sambil melangkah untuk masuk ke dalam rumah.
Azura membuntuti langkah Dhia. Hatinya mula dirundung rasa kurang senang melihat wanita yang bersama Dhia tadi. Gaya wanita itu seolah-olah mempamerkan peribadinya yang kurang elok. Bukan Azura hendak menilai seseorang tanpa usul periksa, namun penampilan wanita itu menunjukkan siapa dirinya yang sebenar. Azura tidak mahu Dhia terpengaruh dengan kawan yang tidak baik. Cukuplah sekali Dhia pernah melakukan kesilapan.
“Dhia, aku tak nak kau salah pilih kawan. Aku tengok kawan kau tu pelik sikitlah orangnya.” Tutur Azura. Menyuarakan pendapatnya mengenai kawan baharu Dhia.
Serta-merta Dhia berpaling. Memandang tajam wajah Azura. Dia tidak suka Azura berkata begitu. Daripada kata-kata itu, dia dapat meneka pasti Azura telah mengesyaki sesuatu yang ingin dia dan Amylia lakukan. Dia tidak mahu Azura tahu apa-apa tentang rancangannya.
“Apa maksud kau, Zura? Aku tak suka tau kau tuduh kawan aku macam tu. Suka hati akulah nak kawan dengan siapa sekali pun. Kau takde hak nak masuk campur urusan aku, Zura.”
Terkejut Azura mendengar setiap patah ayat yang meniti keluar dari bibir Dhia. Tidak disangka Dhia tegar mengeluarkan kata-kata sebegitu untuknya.
“Dhia? Sampai hati kau cakap macam tu dekat aku. Aku ni bukan sahaja sahabat kau, Dhia. Malah kita dah macam adik-beradik. Aku tak nak kau mengulangi kesilapan yang sama. Lagipun, sejak kebelakangan ini aku selalu tengok kau balik lewat malam. Kadang-kadang tu sampai ke subuh. Aku tak nak kau buat sesuatu yang salah.”
Merah menyala wajah Dhia ketika ini. Mendidih rasa hatinya mendengar nasihat percuma Azura itu.
Fine! Kalau kau tak suka aku tinggal sini, aku akan keluar. Aku pun tak nak susahkan kaulah Zura. Aku boleh cari rumah sendiri dan tanggung hidup aku.” Seraya itu Dhia melangkah laju naik ke tingkat atas.
Azura menggeleng-geleng. Bukan itu yang dimaksudkannya. Dia tidak pernah kisah Dhia duduk di rumahnya itu. Dia lagi suka Dhia duduk di situ bersamanya. Sekurang-kurangnya dia ada kawan berbual dan berkongsi cerita. Apa yang dia tidak suka adalah sikap Dhia yang dirasakan semakin berlainan sejak kebelakangan ini. Bukan dia tidak tahu pukul berapa Dhia balik ke rumah. Cuma dia malas hendak menegur. Baru hari ini dia memberanikan diri untuk menegur sikap Dhia itu. Itu pun setelah dia melihat kawan baharu yang pernah Dhia nyatakan padanya dulu. Kalau kawan macam itulah yang dimaksudkan oleh Dhia, memang layak dia memberikan nasihat. Dia tidak mahu Dhia tersalah pilih kawan dan akhirnya membinasakan dirinya sendiri.
Pintu bilik dihempas kuat. Mendidih sungguh rasa hati Dhia bila Azura dengan berani menegurnya. Pantas beg pakaian beroda ditarik keluar dari almari. Kalau Azura tak suka dia tinggal di sini, dia boleh keluar dan mencari rumah sewa untuk dia tinggal.
“Ingat aku kemaruk sangat agaknya nak tinggal kat rumah dia ni.” bentak Dhia. Laju jari-jemarinya memasukkan pakaian ke dalam beg. Wajahnya masam mencuka. Sakit benar hatinya dengan Azura.
Tok… tok… tok.
Ketukan pada muka pintu langsung tidak dihiraukan. Dia tahu pasti itu adalah Azura.
“Dhia…” Panggil Azura. Lembut suaranya.
Dhia tidak menjawab. Masih meneruskan kerjanya memasukkan pakaian ke dalam beg beroda.
“Aku mintak maaf, okey? Aku tak bermaksud pun nak suruh kau keluar dari rumah ni. Kau janganlah pergi. Kalau kau pergi, kau nak duduk kat mana? Tinggal aje kat sini. Aku janji tak akan masuk campur urusan kau lagi.” Sambung Azura yang masih berada di luar bilik Dhia.
Jari-jemari yang lancar memasukkan pakaian ke dalam beg terhenti. Nafasnya dihela. Perasaan bersalah mula merundung jiwa. Tidak patut dia melenting marahkan Azura hanya kerana sahabatnya itu menegurnya. Bila difikirkan semula, memang benar apa yang diperkatakan oleh Azura kepadanya tadi. Kawan seperti Amylia bukanlah kawan yang baik untuknya. Namun kerana keinginan memilik Harriz, Dhia lupakan semua itu. Dia perlukan Amylia untuk menjayakan rancangannya demi memiliki Harriz Tan Sri Hamdan.
Sebuah keluhan keluar dari mulut Dhia.
“Aku keluar kejap. Makanan dah tersedia. Kau turun makan ye.” Suara Azura kedengaran lagi sebelum derap kakinya kedengaran meninggalkan kawasan bilik Dhia.
Dhia merebahkan tubuhnya yang langsing itu di atas katil. Ingatannya mula berlegar mengenangkan kejadian di Carrefour, Mid Valley petang semalam. Bukan main bahagia lagi Harriz bersama isterinya ketika itu. Membeli-belah sambil bergurau-senda.
“Harriz! I tak akan biarkan perempuan tu memiliki you. You milik I! Tak akan ada seorang perempuan pun yang boleh merampas sesuatu yang telah menjadi hak I.” Bulat keputusan Dhia untuk memiliki Harriz.
Tiba-tiba dia teringatkan rancangan yang diberitahu Amylia kepadanya tadi. Bibirnya tersungging senyuman.
Bodoh betul Amylia tu! Apa dia ingat aku teringin sangatkah nak ikut serta dalam rancangan bodoh dia tu? Huh… dia tak tahu aku dah ada rancangan aku sendiri. Sebelum aku singkirkan isteri Harriz, aku akan singkirkan kau dulu.
Dhia ketawa. Tidak sabar rasanya untuk dia menjalankan rancangan yang telah dirancang dengan teliti. Harriz! Harriz akan menjadi miliknya seorang.

******************************************************************************

“ARE you sure, sayang?” tanya Harriz lagi.
Masuk kali ini sahaja, sudah lima kali dia bertanyakan soalan yang sama kepada Balkish. Berat rasa hatinya hendak membiarkan Balkish pergi sendirian berjumpa dengan Eidham. Memanglah dia yang beri cadangan untuk Balkish bercakap dengan Eidham tentang Batrisya, tapi entah kenapa tiba-tiba dia rasa tak rela membiarkan Balkish bertemu dengan bekas teman lelakinya itu. Harriz bimbang hati Balkish akan berubah andai bertemu dengan Eidham.
Bimbang ke cemburu? Suara hati mempersendakan tuannya.
Tak kisahlah bimbang ke cemburu ke… yang penting Harriz tak mahu hati Balkish kembali berpaling kepada Eidham. Dia tidak sanggup untuk kehilangan cinta Balkish. Wanita yang amat dicintainya.
Dengar soalan yang sama keluar dari mulut Harriz, Balkish sekadar mengangguk bersama senyuman yang terukir di bibir mungilnya.
“Abang temankan sayang.” Harriz menawarkan diri.
“Takpelah, bang. Biar Kish sorang bercakap dengan Abang Eid. Takut nanti… dia tak selesa pulak bila abang ada sama.”
“Tapi…”
Belum pun sempat Harriz menambah ayatnya, Balkish terlebih dahulu bersuara, “Abang janganlah risau. Kish pergi jumpa Abang Eid untuk menyelesaikan semua masalah antara kami bertiga. Kish tak nak rumah tangga Kak Risya dengan Abang Eid runtuh. Kish tahu Kak Risya begitu sayangkan Abang Eid. Kish mahu mereka bahagia.”
Harriz mengeluh. Wajahnya terpancar rasa tidak senang. Risau dan cemburu bersatu menjadi satu. Memang inilah kelemahan Harriz. Bila hatinya sudah begitu menyintai seseorang, cemburunya cepat beraja di hati. Cemburunya membuak-buak.
“Abang bukannya tak percayakan sayang. Tapi abang tak percaya langsung dekat Eidham tu. Abang tahu dia masih cintakan sayang. Tengok pada caranya pun abang dah dapat teka. Abang tak sukalah cara dia tengok sayang macam tu.”
Rasa mahu sahaja Balkish ketawa mendengar kata-kata Harriz. Nampaknya suaminya itu diserang penyakit cemburu. Padanlah beria-ia hendak menemankan dia untuk bertemu dengan Eidham. Rupanya cemburu!
Namun ditahan ketawa itu dari terus meledak. Dia tidak mahu mengguris hati suaminya. Dia tahu kenapa Harriz cemburu. Rasa cinta dalam hati membuatkan perasaan cemburu itu datang bertandang.
Seperti juga apa yang dirasainya petang semalam. Bila mereka yang sedang seronok membeli barangan dapur untuk kegunaan di apartment, tiba-tiba datang seorang wanita menegur Harriz. Wanita cantik berambut keperangan itu diperkenalkan Harriz kepadanya sebagai Dhia. Setelah Dhia berlalu, dia bertanya siapakah Dhia? Wanita itu kelihatan begitu dingin terhadapnya. Tanpa berselindung, Harriz memberitahu bahawa itulah wanita yang pernah mengetuk hatinya suatu ketika dulu. Waktu itu, hanya ALLAH sahaja yang tahu rasa cemburu dalam hati Balkish. Namun sebaik mungkin dia mengawal perasaan itu dari terus menjadi barah dalam hatinya. Cemburu itu tanda sayang. Tapi cemburu yang berlebih-lebih hanya akan menjadi pemusnah dalam sesebuah hubungan.
“Abang… “ Balkish capai jari Harriz. Digenggam erat jari suaminya itu sebelum dia menyambung kata. “Kalaupun dia cintakan Kish, yang penting dalam hati Kish ni cuma ada nama abang sorang aje. Kish sayang dan cintakan abang. Takkan abang masih ragu-ragu terhadap cinta Kish pada abang? Demi TUHAN… hati Kish dah Kish berikan dekat abang. Selagi Kish bernafas, selagi itu cinta Kish milik abang.”
Harriz menghela nafas. Entah kenapa begitu sukar untuk dia membuang rasa cemburu ini dari terus beraja di dalam hatinya.
“Kish dah beri hati Kish untuk abang. Abang kena percayakan Kish.” Ujar Balkish lagi. Jemari Harriz dibawa dekat ke dada.
Kali ini Harriz mengangguk. Tidak patut dia berperangai seperti ini. Sepatutnya dia memberi sepenuh kepercayaan pada isterinya itu. Dia perlu yakin Balkish tak akan mempersiakan kepercayaan yang diberikan. Lagipun Balkish bertemu Eidham untuk menjernihkan rumah tangga Eidham dan Batrisya. Bukannya hendak menyambung kembali kasih antara mereka berdua.
Demi Balkish, Harriz menarik segaris senyuman di bibirnya. Rasa bersalah pula dia kerana membuatkan isterinya itu jadi serba salah.
“Abang mintak maaf sebab buat sayang jadi serba salah. Abang percayakan sayang. Sayang pergilah jumpa Eidham. Abang tunggu sayang dekat sini. Tapi sayang abang ni jangan nak nakal-nakal pulak ye?” seraya itu jemari Harriz naik mencuit hidung mancung Balkish. Menyebabkan Balkish tertawa kecil.
“Eh… takpe ke abang tunggu Kish dekat sini? Kesian pulak abang kena tunggu Kish.” rasa kurang selesa pula Balkish bila Harriz sanggup menunggunya di dalam kenderaan sahaja.
“Takpe sayang. Demi isteri kesayangan abang ni… abang rela menunggu walau seribu tahun sekali pun.” Amboi… Harriz sudah bermadah helah nampaknya. Padanlah dia ni digelar playboy. Dengar saja kata-katanya itu. Hati wanita manalah yang tidak akan cair. Romantik bukan main. Mujurlah dulu Balkish tak tergolong dalam golongan yang mudah cari dek kata-kata beracun suaminya ini.
 “Kalau macam tu, Kish pergi dulu ye. Doakan semuanya berjalan dengan lancar.”
Tangan Harriz dicapai. Dengan penuh rasa hormat dia mencium tangan itu.
 “Abang tunggu sayang dekat sini.” Sebagai balasan Harriz menghadiahkan sebuah kucupan di dahi Balkish.
Balkish mengangguk-angguk. Kemudian dia keluar dari perut BMW milik suaminya itu dan mengatur langkah ke restoren Kelasi untuk berjumpa dengan Eidham. Dia yakin Eidham pasti sudah menunggunya.
Kakin dibawa masuk ke dalam restoren. Melilau dia mencari-cari kelibat Eidham. Di satu sudut yang agak terperosok, seorang lelaki berdiri sambil mengamit tangan kepadanya. Balkish kenal benar lelaki berkameja biru laut itu. Lelaki itu adalah Eidham. Pantas dia mengorak langkah menghampiri Eidham.
“Maaf. Kish lewat.” Pinta Balkish. Bukannya dia sengaja hendak datang lewat.
It’s okey. Abang pun baru aje sampai. Duduklah.”
Balkish menarik kerusi di hadapan Eidham. Melabuhkan punggung di situ. Ketika Eidham mengamit tangan memanggil seorang pelayan, sempat dia memerhati keadaan diri lelaki itu. Kelihatan tubuh Eidham sedikit kurus dan keadaannya juga agak berserabut dengan jambang yang tidak dicukur. Rambut pula kelihatan sedikit panjang. Terbit rasa simpati di hati Balkish melihat keadaan abang iparnya itu.
Teguran seorang pelayan mematikan pemerhatian Balkish. Dia menolak lembut buku menu yang dihulurkan dan hanya memesan jus orange sahaja.
“Kenapa tak nak makan?” tanya Eidham bila Balkish hanya memesan minuman sahaja.
“Kish dah kenyang. Takpelah… Kish minum aje.”
Eidham sekadar mengangguk. Kemudian dia berpaling semula kepada pelayan yang masih setia menunggu pesanan daripadanya.
“Watermalon jus.” Pesan Eidham. Perutnya juga terasa tidak lapar.
Pelayan lelaki itu pun berlalu bersama pesanan yang diminta.
Buat seketika, Eidham dan Balkish mendiamkan diri. Masing-masing melayan perasan sendiri. Balkish memerhati Eidham. Abang iparnya itu kelihatan tidak banyak berbicara. Wajah sugul Eidham cukup meruntum hati wanita Balkish. Jika sebelum ini, setiap kali bertemu dengan Balkish, pasti Eidham akan merayunya. Tapi hari ini lelaki itu diam seribu bahasa.
Tidak sampai tiga minit, pelayan tadi datang semula bersama minuman yang dipesan. Diletak kemas atas meja.
Thanks.” Ucap Eidham.
Pelayan itu hanya tersenyum dan mengangguk sebelum berlalu.
“Jemput minum, Kish.” Pelawa Eidham.
Balkish angguk. Kemudian dia menyedut perlahan orange jus yang berada di depannya.
“Kak Risya apa khabar?” pertanyaan Eidham itu membuatkan Balkish angkat kepala dan memandang tepat ke wajah Eidham.
“Alhamdulillah… akak sihat.”
Perlahan Eidham mengangguk. Lega dia mendengar jawapan yang meniti keluar dari bibir Balkish.
“Alhamdulillah. Senang hati abang mendengarnya.” Ucap Eidham.
“Abang sedar semua ni salah abang. Kalaulah abang tak buat perangai… tentu Kak Risya tak tinggalkan abang dan keluar dari rumah. Abang menyesal, Kish. Abang tak patut buat Kak Risya macam tu. Abang bukan lelaki yang baik. Sepatutnya Kak Risya jumpa lelaki yang baik untuk menjaganya. Bukan lelaki seperti abang. Bila Batrisya pergi tinggalkan abang, barulah abang sedar dalam hidup ini abang begitu perlukan Kak Risya. Abang begitu cintakan dia. Maafkan abang atas apa yang terjadi Kish. Abang tahu abang buat salah dekat semua. Abang bukan saja lukakan hati Kish dengan Kak Risya, malah abang juga dah lukakan hati ibu dan tok mak. Abang persiakan janji abang pada ibu untuk menjaga Batrisya sebaiknya.” Sambung Eidham dalam nada kesal. Kesilapannya membuatkan dia seakan-akan pasrah dengan kehendak Batrisya yang menginginkan perpisahan dalam rumah tangga mereka.
Semalam, Batrisya ada menghantar mesej kepadanya selepas Balkish menelefon memberitahu ingin berjumpa. Dalam mesej ringkas itu, Batrisya minta untuk dilepaskan. Sampai ke saat ini, dia seakan tidak percaya dengan apa yang diingini isterinya itu. Dia binggung. Hatinya tidak mahu melepaskan Batrisya. Tapi… dia juga tidak berhak untuk mengikat Batrisya andai isterinya itu sudah tidak bahagia lagi hidup sebagai isterinya. Lagipun… semua ini salahnya!
“Semalam Kak Risya hantar SMS dekat abang. Dia mahu abang lepaskan dia. Dia kata dia dah tak perlukan abang lagi dalam hidupnya. Dia dah tak cintakan abang lagi. Mesti Kish nak jumpa abang ni untuk beritahu hal yang sama kan?”
Terkejut Balkish mendengar kata-kata Eidham itu. Batrisya hantar mesej kepada Eidham minta dilepaskan? Demi ALLAH Balkish tak tahu pun pasal ni. Memang dia tahu Batrisya berhasrat minta diceraikan, tapi dia tidak tahu pula bila masa kakaknya itu bulat dengan keputusannya itu.
“Abang pasrah, Kish. Abang yang mulakan semua ini. Abang memang berhak menerima hukuman sebegini daripada Kak Risya.”
“Semudah itu Abang Eid menyerah?” nampaknya Balkish tidak berpuas hati dengan jawapan Eidham itu. Rasa geram mula bermukim dalam hatinya. Hisy… lelaki jenis apa Eidham ni sampai sanggup menyerah kalah sebelum berjuang. Sedangkan sebelum ini, Eidham pernah merayu-rayu kepadanya untuk dia kembali ke pangkuan Eidham. Kenapa bila berdepan dengan Batrisya, Eidham perlu menyerah kalah semudah ABC?
Kalau benar Eidham cintakan Batrisya, buktikan! Rebut kembali cinta Batrisya yang pernah dipersiakan. Jangan lakukan kesilapan yang sama.
“Apa lagi yang abang perlu buat, Kish? Dah terang-terang abang ni bukan suami yang baik. Abang yang buat hal. Jadi seharusnya abang terima semua ini. Mungkin Kak Risya dah tak cintakan abang lagi. Dia dah bencikan abang.”
Laju Balkish menggeleng-gelengkan kepalanya. Mungkin mulut Batrisya mengatakan benci, tapi Balkish tahu jauh dalam lubuk hati kakaknya itu masih tersimpan kukuh rasa cinta buat Eidham.
“Tidak! Kish tak percaya Kak Risya tak cintakan Abang Eid. Kish kenal kakak Kish. Kak Risya begitu cintakan Abang Eid. Mungkin sekarang ni Kak Risya tengah binggung. Pasal tu dia buat keputusan macam tu. Abang Eid… kalau benar Abang Eid juga masih cintakan Kak Risya, tolonglah jangan bersetuju dengan permintaan kakak yang satu tu. Kish tahu dia sayangkan Abang Eid sepenuh hatinya.” Bersungguh-sungguh Balkish meyakinkan Eidham.
“Abang Eid kena kuat. Kalau Abang Eid berserah tanpa berjuang, itu maknanya Abang Eid tak cintakan Kak Risya sepenuh hati Abang Eid. Kish tahu… mungkin kesilapan Abang Eid sebelum ni disebabkan rasa sunyi dalam rumah tangga Abang Eid dengan Kak Risya. Pasal tu Abang Eid merayu cinta Kish semula. Sedangkan dalam hati Abang Eid ada nama Kak Risya. Abang Eid abaikan semua tu sebab kesunyian yang melanda. Abang Eid, Kish tak pernah berdendam dengan Abang Eid walau sebesar kuman sekali pun. Kish bersyukur sebab Abang Eid jadi pilihan Kak Risya. Sekurang-kurangnya Kish kenal hati budi Abang Eid.” Balkish berhenti seketika sebelum menyambung katanya semula. “Abang Eid pujuklah Kak Risya. Dia masih cintakan Abang Eid. Kalau Abang Eid nak tahu… sekarang ni Kak Risya tengah mengandung dua bulan. Takkan Abang Eid tergamak nak ikut kehendak Kak Risya yang tak masuk dek akal tu? Takkan Abang Eid nak tinggalkan Kak Risya kala anak Abang Eid bersamanya sedang membesar dalam rahim Kak Risya?”
Berkerut dahi Eidham. Rasanya dia tidak salah dengar bila Balkish menyebut perkataan mengandung dengan jelas.
“Batrisya mengandung?” tanya Eidham bagaikan tidak percaya. Berita inilah yang ditunggunya selama ini. Tak sangka hari ini dia mendengarnya daripada mulut Balkish.
Balkish anggukkan kepala. Laju benar dia mengangguk. Dah serupa burung belatuk.
“Iye Abang Eid. Kak Risya dah pregnant. Tak lama lagi Abang Eid akan jadi ayah dan Kak Risya jadi ibu. Bukankah ini yang kalian berdua nantikan? Jadi tolonglah… jangan bersetuju dengan permintaan Kak Risya yang satu tu. Abang Eid kena bertegas demi anak yang Kak Risya kandungkan.”
Perlahan-lahan bibir Eidham terukir senyuman. Gembiranya hanya ALLAH sahaja yang tahu. Inilah yang dinanti-nanti dalam rumah tangga mereka. Dalam badai yang melanda, ALLAH telah mengurniakan sesuatu yang begitu indah. Melonjak hati Eidham ingin bertemu dengan Batrisya. Ingin sekali dia berkongsi berita gembira itu bersama isterinya.
“Syukur, Alhamdulillah! Betul ke ni Kish?”
Laju kepala Balkish mengangguk lagi. Dia tidak main-main dalam perkara serius ini. Dan kerana perkara ini jugalah dia mengambil keputusan untuk bertemu dengan Eidham. Eidham perlu tahu keadaan isterinya. Dia mahu melihat kakak dan abang iparnya itu bahagia semula.
“Alhamdulillah… terima kasih Ya ALLAH! Terima kasih sangat-sangat.” Tidak putus Eidham mengucapkan rasa syukur. Tangan ditadah ke hadrat Ilahi. Gembiranya dia dengan berita ini.
“Boleh Kish bawa abang jumpa Kak Risya? Abang nak bawa balik isteri abang, Kish. Abang nak perbaiki rumah tangga kami.”
Balkish mengangguk lagi. Dia berjanji akan membawa Batrisya kembali ke pangkuan Eidham.
“Memang itulah yang Kish harapkan. Abang Eid jangan risau. Kish pasti akan temukan Abang Eid dengan Kak Risya.”
Lebar senyuman di bibir Eidham.
“Terima kasih, Kish. Terima kasih banyak-banyak. Kish memang wanita yang baik. Abang bersalah dengan Kish. Sebab abang…”
Belum sempat Eidham menghabiskan bicaranya, Balkish terlebih dahulu memotong kata.
“Sudahlah tu Abang Eid. Perkara dah lepas. Yang penting sekarang Kish mahu Abang Eid jaga Kak Risya sebaik-baiknya.”
“Insya-ALLAH… abang janji akan jaga Kak Risya dengan baik.” Janji Eidham.
Di satu sudut yang agak jauh, kelihatan Harriz sedang memerhati gelagat Balkish bersama Eidham. Timbul rasa cemburu dalam hatinya ketika itu. Namun cepat-cepat dihalau perasaan itu dari terus bermukim. Dia takut perasaan cemburu itu bisa menjadikan dia orang yang tidak waras. Dia perlu yakin dengan Balkish.

4 ulasan: